SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 20
PAKEJ PENGELUARAN VERMIKOMPOS



                     Pendahuluan
Vermes adalah perkataan Latin untuk cacing. Vermikultur
adalah proses membiak cacing        untuk penghasilan
vermikompos

Vermikompos adalah bahan organik hasil daripada proses
atau aktiviti mikrobial dan cacing tanah ke atas bahan
organic mentah seperti sisa pertanian. Aktiviti mikrobial ke
atas jerami padi yang baru dituai, contohnya menyebabkan
berlakunya proses reputan. Sebelum proses pereputan ini
tamat sebahagiannya dimakan oleh cacing tanah dan
dikeluarkan sebagai vermicast atau tahi cacing dan yang
sebahagian lagi terus reput sehingga menjadi kompos.

Vermikompos ini adalah lebih baik daripada kompos
kerana, selain daripada faedah yang terdapat pada kompos
dalam pertumbuhan pokok, komponen vermicast yang
terdiri daripada aggregat-aggregat kecil dapat membaiki
struktur tanah.

Vermicast ini mengandungi pelbagai jenis hormon dan
enzim yang dikeluarkan oleh bakteria yang terdapat dalam
perut cacing yang boleh membantu tumbesaran pokok.

Vermicast juga mengandungi lebih banyak jenis dan
populasi bakteria yang berfaedah kepada pertumbuhan
pokok.




                             1
Cacing Kompos

Cacing yang digunakan dalam proses pengkomposan
dinamakan cacing kompos. Cacing ini suka tinggal di dalam
bahan organan yang separuh reput.

Jenis-jenis cacing tanah yang digunakan sebagai cacing
kompos mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Suka memakan lapisan atas
Sifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa
menjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos di
mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas binca
setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini juga
memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing dan
vermikompos semasa menjalankan kerja-kerja mengutip
hasil.

Selera makan yang tajam
Cacing kompos makan mengikut berat badannya.
Contohnya, purata berat cacing ialah 4 gm seekor, jadi,
jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gm
seekor sehari. Proses pertambahan makanan akan lebih
kerap selepas sebulan cacing dilepaskan di dalam plot
penghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakan
telah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa.
Dengan ini, kita perlu pastikan makanan asas yang
digunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untuk
digunakan.

Membiak dengan cepat
Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan
cepat. Sepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji



                           2
kapsul setahun di mana, satu biji kapsul mengandungi 2-3
ekor anak cacing.

Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan terdiri daripada
beberapa spesis seperti berikut:-

. Lumbricus rubellus (Cacing merah)
. Eisenia fetida (Cacing harimau)
. Perionyx excavatus (Cacing biru)




Cacing kompos jenis Harimau, Eisenia fetida




                                 3
Penyediaan Tapak Pembiakan
Penyediaan Bekas Cacing
Cacing kompos boleh dibiak dalam bekas. Bekas yang
digunakan hendaklah cetek dan dilengkapi dengan lubang
untuk peredaran udara dan penyaliran air siraman. Ia boleh
diperbuat daripada kayu, plastik atau bahan-bahan lain yang
bersesuaian. Bekas yang telah siap dimasukkan cacing
perlulah diletakkan di tempat yang teduh.




Kotak cacing diperbuat daripada   Kotak cacing diperbuat daripada
kayu                              polistirena




Penyediaan Bangsal Cacing
Untuk pengeluaran vermikompos secara komersial bangsal
atau rumah cacing dengan palung-palungnya perlu
disedakan. Tujuan pembinaan bangsal dan palung-
palungnya adalah untuk melindungi cacing      daripada
cahaya matahari dan hujan serta menyelamatkan dari
serangan musuh .




                             4
Bangsal cacing



Palung cacing
Palung cacing berukuran 8’ x 3’ boleh diperbuat daripada
kayu atau bata dengan dasar konkrit yang mencondong 80
darjah bertujuan untuk saliran air supaya tidak bertakung
dalam palung semasa kerja-kerja penyiraman dijalankan.
Biasanya air lebihan ini yang dikenali sebagai asid humik
boleh ditakungkan dalam tong dan digunakan sebagai baja
pada tanaman sayur-sayuran.

Sistem ini adalah merupakan sistem kekal di mana proses
pengeluaran vermikompos boleh dilakukan semula setiap
kali kompos dikutip.




                           5
Kerja-kerja membuat palung cacing dengan bata dan konkrit




                         Binca cacing

Binca cacing adalah jerami tempat tinggal cacing. Binca ini
juga sebagai makanan cacing.

Binca yang sesuai adalah bahan organik yang gembur yang
boleh menyimpan air dan udara. Ia juga hendaklah
membolehkan air siraman mengalir dengan baik. Binca-
binca ini hendaklah diproses terlebih dehulu supaya ia telah
melepasi peringkat kepanasan dan permentasi.




                                 6
Penyediaan Bahan Binca
Bahan binca yang sesuai untuk cacing kompos dalam proses
penghasilan vermikompos termasuk :-

   -   Jerami padi
   -   Batang jagung
   -   Baja kandang
   -   Carikan Kertas dan Peat Moss

Jerami padi
Kerja-kerja pengumpulan dijalankan selepas padi dituai
dengan menggunakan baler supaya jerami dapat disimpan
dengan banyak serta dapat menampung sehingga musim
menuai akan datang.

Penyediaan tempat merendam jerami seperti polytank
diperlukan untuk proses mereputkan jerami . Pastikan
tempat merendam jerami tidak terdiri daripada bekas-bekas
yang boleh berkarat.

Air perlu diisi ke dalam tangki dan selepas itu jerami
dimasukkan ke dalam tangki tersebut.

Jangkamasa merendam jerami bergantung kepada kereputan
jerami tersebut. Jika jerami yang direndam terdiri daripada
jerami yang baru diambil dari ladang, jangkamasa
merendam untuk proses asas sebelum melepaskan cacing
adalah lebih panjang iaitu sehingga 10-14 hari tetapi jika
jerami yang direndam itu adalah jerami dari stok lama di
mana keadaan jerami telah sedikit reput jangkama
merendam ialah 7-10 minggu.




                            7
Jerami perlu kerap ditekan-tekan dan dipusingkan supaya
kereputannya sekata. Jerami yang hendak dimasukkan ke
dalam plot penghasilan vermikompos perlu disejatkan
terlebih dahulu ke dalam raga.

Untuk bekas cacing jerami padi yang telah diredam
hendaklah disejatkan dan diperam terlebih dahulu supaya ia
melepasi peringkat kepanasan dan permentasi.




Jerami padi      Merendam jerami padi       menyejatkan air
                 dalam tangki air           sebelum diperam




Memeram                          Jerami padi selepas diperam

Batang Jagung
Batang jagung dikumpulkan dari ladang dan pastikan bahan
binca ini mencukupi untuk proses seterusnya.



                             8
Seterusnya, batang jagung ini akan dimasukkan ke dalam
mesin bagi menghancurkan supaya mudah lembut apabila
proses memeram dijalankan dalam tong dram.




Batang jagung




Batang jagung dipotong dengan mesin   Batang jagung selepas
penyiat                               diperam dalam tong dram


Baja Kandang
Baja kandang yang paling sesuai adalah baja tahi lembu
yang separuh reput. Ia merupakan bahan binca dan
makanan yang amat digemari oleh cacing kompos.



                                9
Baja kandang, tahi lembu    Mengambil tahi lembu



Carikan Kertas dan Peat Moss (Tanah Semaian)
Carikan Kertas dan Peat Moss adalah sesuai untuk bekas
cacing. Kertas perlu dicarik-carikan dan dibasahkan supaya
lembap sebelum digunakan.




                      Bahan Makanan
Sisa-sisa organik dari ladang-ladang pertanian, halaman
rumah dan sisa-sisa dapur boleh dijadikan makanan cacing.

Sisa Ladang
Kebanyakan sisa organik dari pelbagai jenis tanaman boleh
digunakan sebagai makanan cacing untuk pengeluaran
vermikompos. Sisa-sisa organik tersebut adalah seperti
jerami padi, batang jagung, tandan kelapa sawit, rumput
kering dan baja kandang yang separuh reput atau telah
diperam. Batang-batang pokok yang keras adalah kurang
sesuai digunakan.



                           10
Jadual 1: Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan
untuk cacing ialah :-
Yang disyorkan              Tidak disyorkan/
                            Elakkan
Sisa-Sisa Dapur              - Daging
  - Reja-reja sayur          - Makanan tenusu
  - Kulit buah-              - Telur
     buahan                  - Makanan berminyak
  - Surat khabar             - Garam dan cuka
  - Kulit telur              - Bawang dan bawang
                               putih
Sisa Halaman                 - Buah-buahan jenis
  - Rumpai                     limau
  - Keratan rumput
     halaman
  - Daun-daun

Sisa Ladang
  - Jerami padi
  - Batang jagung

Baja Kandang
  - Tahi lembu
  - Tahi kuda
  - Tahi kambing dan
    tahi haiwan yang
    makan rumput




                          11
Sisa dapur
Sisa dapur adalah sesuai untuk bekas cacing dan boleh
dijalankan di rumah oleh suri rumah. Jika menggunakan
sisa-sisa dapur untuk penghasilan vermikompos, adalah
perlu menggunakan binca-binca seperti di atas sebagai
bahan asas bagi menyesuaikan keadaan persekitaran cacing.

Sisa-sisa dapur perlulah ditanam di dalam binca tersebut
mengikut keperluan makanan untuk cacing.
Sifat cacing adalah memakan makanan mengikut berat
badannya. Jadi, sisa dapur yang ditanam di dalam binca
perlulah bersesuaian dengan jumlah cacing yang ada.

Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk
cacing adalah seperti dalam Jadual 1.

Sebelum menggunakan salah satu bahan yang disyorkan di
atas, kita perlulah mengetahui cara penyediaannya kerana
ada di antara bahan di atas mempunyai cara penyediaan
yang berbeza. Ini adalah penting supaya cacing tidak akan
mati atau lari dari tempat yang disediakan.




            Pengeluaran Vermikompos
Penyediaan bahan makanan
Sisa bahan pertanian perlulah dipotong kecil-kecil dan
direndam sekurang-kurangnya 24 jam dan reputkan terlebih
dahulu bergantung kepada jenis bahan tersebut.

Baja kandang seperti tahi lembu atau tahi kambing boleh
dicampur dengan sisa bahan pertanian bagi


                           12
mempercepatkan proses penghasilan vermikompos. Ia juga
dapat menambah kuantiti dan kualiti vermikompos.
Sekiranya baja kandang digunakan ianya juga perlu
diperam 2 – 3 hari sebelum digunakan.

Pelepasan Cacing
Pelepasan cacing dalam palung
Bahan binca seperti jerami padi yang telah direndam
perlulah diletakkan di atas lantai konkrit dalam palung
selama 1-2 minggu supaya keadaan jerami mendap daripada
ketebalan asal 6 inch kepada 3 inch.

Dalam masa 1-2 minggu, pastikan jerami yang diletakkan di
atas konkrit tadi ditutup dengan jaring plastik seperti tolinet
supaya tidak cepat kering. Jika jerami kelihatan kering,
penyiraman perlu dilakukan.

Sekiranya baja kandang yang separuh reput digunakan
sebagai bahan binca ia perlu disiram dengan air secukup-
cukupnya dan dibiarkan 24 jam untuk air sejat sebelum
cacing dilepaskan ke dalamnya.

Sebelum cacing dilepaskan, buatkan parit kecil di sepanjang
tengah palung yang telah tersedia bahan binca tadi.
Masukkan sebanyak 1,500-2,000 ekor cacing dengan sedikit
vermikompos di sepanjang parit kecil yang dibuat supaya
cacing yang dimasukkan akan bergerak serata kawasan
palung.

Setelah cacing dimasukkan, tutup semula parit kecil tadi
dengan menarik semula binca yang dikais untuk dijadikan
parit kecil tadi.




                              13
Tahi lembu dimasukan ke dalam           Membuat parit kecil di sepanjang
palung                                  tengah palung




Cacing dilepaskan ke dalam parit        Menutup semula parit kecil
kecil                                   dengan binca seperti jerami padi
                                        atau potongan batang jagung


Penutup Batas
Binca yang telah siap sedia dengan cacing perlulah ditutup
dengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapa
untuk memelihara kelembapan dan mengekalkan suasana
gelap yang disukai oleh cacing.

Selain daripada itu penutup-penutup ini juga dapat
menghalang musuh-musuh seperti tikus kasturi dan burung
memasuk ke dalam palung memakan cacing.




                                   14
Penutup ini juga dapat menghalang kumbang tanduk
bertelur dan membiak dalam palung.




Penutup batas. Binca yang telah siap sedia dengan cacing ditutup
dengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapa.




                         Penjagaan
Menyiram
Bahan-bahan makanan dan binca yang disediakan untuk
pengeluaran vermikompos perlu disiram 1-3 kali seminggu
bergantung kepada keadaan cuaca dan jenis makanan dan
binca yang digunakan.




                              15
Menyiram dengan paip air

Menyiram ringan dan secara konsisten adalah kunci kepada
pengomposan menggunakan cacing. Jadi jadual penyiraman

perlulah ditetapkan supaya waktu dan hari menyiram tidak
berubah-ubah.

Kelembapan batas cacing yang menggunakan bahan binca
daripada baja kandang haruslah dikekalkan pada 30 hingga
40 % manakala bahan binca yang lain iaitu sisa
ladang,kelembapan yang diperlukan adalah melebihi 40 %.

Cacing suka tinggal di binca yang lembap tetapi tidak
basah. Cara mengenalpasti kelembapan yang sesuai untuk
cacing adalah dengan memerah bahan binca tersebut.
Sekiranya air perahan keluar setitik bermakna itulah
kelembapan yang diperlukan tetapi sekiranya air perahan
tersebut mengalir berterusan bermakna bahan binca tersebut



                           16
terlalu lembap dan ia perlu disejatkan terlebih dahulu
sebelum dimasukkan ke dalam plot untuk makanan cacing.

Jadi, kerja-kerja penyiraman perlu dilakukan secara berhati-
hati supaya kelembapan yang dibekalkan tidaklah
berlebihan dari yang diperlukan oleh cacing.

Memberi cacing makan
Pemberian makanan pada cacing haruslah dijalankan secara
perlahan. Haruslah dipastikan bahawa jumlah makanan
yang diberi adalah bersesuaian dengan jumlah cacing yang
ada. Ini adalah penting kerana jika makanan yang diberi
terlalu berlebihan ia akan memberi mudarat kepada cacing
di mana makanan yang tidak dimakan oleh cacing ini akan
menjadi masam dan busuk. Dalam keadaan yang terlalu
berlebihan juga proses permentasi akan berlaku yang akan
menaikkan suhu dalam bahan binca.

Proses pemberian makanan di atas perlu diambil berat untuk
keselamatan cacing dan tidak perlu risau tentang cacing
yang kelaparan.

Bahan makanan juga perlulah ditabur dipermukaan binca
dengan kadar yang nipis supaya tidak berlaku proses
permentasi.

Jika hanya jerami padi digunakan sebagai bahan makanan,
baja kandang atau najis haiwan seperti najis kuda, kambing,
arnab, lembu dan lain-lain boleh ditabur di lapisan atas yang
melitupi keseluruhan jerami di dalam palung berkenaan. Ia
bertujuan memberi makanan tambahan kepada cacing di
samping dapat menambah kandungan zat makanan dalam
vermikompos berkenaan.



                             17
Perlu sensitif pada kadar keperluan penambahan makanan
supaya seimbang dengan jumlah yang perlu untuk cacing.
Pada prinsipnya populasi cacing yang padat memerlukan
pemberian makanan yang berat dan kerap

Biasanya setiap kali apabila sisa pertanian yang digunakan
tadi telah nampak banyak dimakan dan bertukar kepada
vermikompos sisa pertanian yang disediakan terdahulu
sebagai makanan ditambah setebal tidak melebihi 100 sm.

Apabila populasi cacing bertambah penambahan makanan
dilakukan lebih kerap sehingga masa untuk mengutip hasil.

Sukatan suhu & pH
Tentukan suhu bahan binca dan makanan dalam palung atau
kotak tidak melebihi 30C. Sekiranya melebihi 30C
siramkan air untuk menurunkan suhunya. pHnya juga perlu
disukat dan dijaga pada paras pH 6–7. Taburkan sedikit
kapur sekiranya pH di bawah 6.0.

Penjagaan Dari Musoh / Perosak
Tempat pengeluaran dan pemeliharaan cacing perlulah
dijaga dari dimasuki burung, ayam, tikus kasturi dan juga
semut. Binatang-binatang ini gemar memakan cacing.




                   Memungut hasil
Ciri-ciri kompos yang sesuai dikutip hasilnya
Hasil boleh dipungut 3–4 bulan sekali apabila bahan
makanan yang diberikan kepada cacing tadi telah berubah



                           18
menjadi campuran tahi cacing dan kompos. Keadaan ini
juga bergantung pada banyaknya jumlah cacing yang ada
dalam palung.

Vermikompos juga sesuai untuk dikutip apabila kandungan
dalam palung/bekas telah menyusut agak banyaknya. Binca
dalam palung/bekas juga tidak berada dalam bentuk asal
lagi dan telah berubah menjadi warna coklat gelap.

Selain daripada itu keseluruhan bahan makanan yang
digunakan juga telah bertukar warna kepada coklat gelap
dan kelihatan serupa tanah.

Kaedah memungut kompos
Sebelum vermikompos dipungut cacing-cacing perlulah
dipisahkan terlebih dahulu.

Terdapat beberapa kaedah untuk memisahkan cacing
sebelum memungut kompos. Langkah pertama sebelum
kerja memungut hasil ialah dengan berhenti memberi
makanan dan melaparkan cacing selama 1-2 minggu.

Semua aktiviti menyiram juga diberhentikan untuk
memudahkan kerja-kerja membungkus dan menimbang
kompos tersebut dengan mudah dan tidak melekat serta
berada dalam keadaan tekstur yang halus dan menarik.

Kaedah memungut kompos yang disyorkan ialah :-
   1. Kompos yang telah menjadi itu hendaklah
      dihimpunkan di sebelah bahagian palung sahaja.
   2. Sebelah bahagian plot tersebut akan kosong. Jadi,
      bahagian yang kosong akan dimasukkan binca baru.




                          19
3. Cacing akan berpindah ke dalam binca baru secara
       perlahan-lahan.
    4. Biarkan proses ini berjalan sehingga 1-2 minggu dan
       selepas itu kompos tersebut bolehlah dipungut .




Kompos yang telah menjadi          Binca baru dimasukan ke bahagian
dihimpunkan di sebelah bahagian    palung yang kosong
palung




                      Pembungkusan


Vermikompos yang telah dipungut kemudiannya
dimasukkan ke dalam beg-beg muatan 2 kilo sekiranya
untuk dijual atau boleh dikumpul setempat untuk digunakan
di ladang kemudiannya.




                                  20

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Was ist angesagt? (20)

ORGANIC PLANT BOOSTER
ORGANIC PLANT BOOSTERORGANIC PLANT BOOSTER
ORGANIC PLANT BOOSTER
 
Pengenalan Komsas
Pengenalan KomsasPengenalan Komsas
Pengenalan Komsas
 
GEO T2 KSSM Bab 2 Peta Topografi.pptx
GEO T2 KSSM Bab 2 Peta Topografi.pptxGEO T2 KSSM Bab 2 Peta Topografi.pptx
GEO T2 KSSM Bab 2 Peta Topografi.pptx
 
Hidroponik dan aeroponik
Hidroponik dan aeroponikHidroponik dan aeroponik
Hidroponik dan aeroponik
 
Ciri ciri tumbuhan
Ciri ciri tumbuhanCiri ciri tumbuhan
Ciri ciri tumbuhan
 
Alatan Untuk Makan
Alatan Untuk MakanAlatan Untuk Makan
Alatan Untuk Makan
 
Soalan pjpk ting 1
Soalan pjpk ting 1Soalan pjpk ting 1
Soalan pjpk ting 1
 
Jenis sayur-sayuran
Jenis sayur-sayuranJenis sayur-sayuran
Jenis sayur-sayuran
 
Baja organik
Baja organikBaja organik
Baja organik
 
Padi
PadiPadi
Padi
 
Budidaya Tanaman Padi
Budidaya Tanaman PadiBudidaya Tanaman Padi
Budidaya Tanaman Padi
 
Pertanian
PertanianPertanian
Pertanian
 
Soalan pai PAT tahun 1
Soalan pai PAT tahun 1Soalan pai PAT tahun 1
Soalan pai PAT tahun 1
 
Presentasi no 5 9_pertanian organik cabe rawit
Presentasi no 5 9_pertanian organik cabe rawitPresentasi no 5 9_pertanian organik cabe rawit
Presentasi no 5 9_pertanian organik cabe rawit
 
KAWALAN PEROSAK SECARA ORGANIK (BIOPESTICIDE) II
KAWALAN PEROSAK SECARA ORGANIK (BIOPESTICIDE) IIKAWALAN PEROSAK SECARA ORGANIK (BIOPESTICIDE) II
KAWALAN PEROSAK SECARA ORGANIK (BIOPESTICIDE) II
 
Jamur Merang
Jamur MerangJamur Merang
Jamur Merang
 
Keimunan aktif dan pasif
Keimunan aktif dan pasifKeimunan aktif dan pasif
Keimunan aktif dan pasif
 
Amalan membaiki tanah pembajaan
Amalan membaiki tanah pembajaanAmalan membaiki tanah pembajaan
Amalan membaiki tanah pembajaan
 
Rumpai di Bawah Kelapa Sawit
Rumpai di Bawah Kelapa SawitRumpai di Bawah Kelapa Sawit
Rumpai di Bawah Kelapa Sawit
 
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawahPenyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
 

Andere mochten auch

Baja organik
Baja organikBaja organik
Baja organikazabear
 
Bases de datos
Bases de datosBases de datos
Bases de datosLianVH
 
30 Digital Champions guide
30 Digital Champions guide30 Digital Champions guide
30 Digital Champions guideGemma Shaylor
 
Orion Jupiter JM4 Magnetostrictive Level Transmitter
Orion Jupiter JM4 Magnetostrictive Level TransmitterOrion Jupiter JM4 Magnetostrictive Level Transmitter
Orion Jupiter JM4 Magnetostrictive Level TransmitterM.S. Jacobs & Associates
 
January 19, 2016
January 19, 2016January 19, 2016
January 19, 2016khyps13
 
Presentación you tube
Presentación you tubePresentación you tube
Presentación you tubenanita801122
 
Universidad de panamá [autoguardado]
Universidad de panamá [autoguardado]Universidad de panamá [autoguardado]
Universidad de panamá [autoguardado]daysita15
 
Presentación1 ana
Presentación1 anaPresentación1 ana
Presentación1 anaanamapepo
 
Rmg m3 u4_reporte_recursoweb2.0_personal_actividadopcional
Rmg m3 u4_reporte_recursoweb2.0_personal_actividadopcionalRmg m3 u4_reporte_recursoweb2.0_personal_actividadopcional
Rmg m3 u4_reporte_recursoweb2.0_personal_actividadopcionalRaquel Mercado
 
La naturaleza
La naturalezaLa naturaleza
La naturalezaKatty
 
Minna no nihongo ii kanji eigoban
Minna no nihongo ii    kanji eigobanMinna no nihongo ii    kanji eigoban
Minna no nihongo ii kanji eigobanbelen kmpanita
 
Reporte presentación preliminar de resultados
Reporte presentación preliminar de resultadosReporte presentación preliminar de resultados
Reporte presentación preliminar de resultadosLibélula Perú
 
Trabajo de español
Trabajo de españolTrabajo de español
Trabajo de españolPaulo Victor
 

Andere mochten auch (20)

Baja organik
Baja organikBaja organik
Baja organik
 
LR WORLD 3/2017
LR WORLD 3/2017LR WORLD 3/2017
LR WORLD 3/2017
 
Sebas blog
Sebas blogSebas blog
Sebas blog
 
Bases de datos
Bases de datosBases de datos
Bases de datos
 
Presentacion the road.
Presentacion the road.Presentacion the road.
Presentacion the road.
 
30 Digital Champions guide
30 Digital Champions guide30 Digital Champions guide
30 Digital Champions guide
 
Orion Jupiter JM4 Magnetostrictive Level Transmitter
Orion Jupiter JM4 Magnetostrictive Level TransmitterOrion Jupiter JM4 Magnetostrictive Level Transmitter
Orion Jupiter JM4 Magnetostrictive Level Transmitter
 
January 19, 2016
January 19, 2016January 19, 2016
January 19, 2016
 
Presentación you tube
Presentación you tubePresentación you tube
Presentación you tube
 
Inicio
InicioInicio
Inicio
 
T area
T areaT area
T area
 
Universidad de panamá [autoguardado]
Universidad de panamá [autoguardado]Universidad de panamá [autoguardado]
Universidad de panamá [autoguardado]
 
PLAGIO!!
PLAGIO!!PLAGIO!!
PLAGIO!!
 
Presentación1 ana
Presentación1 anaPresentación1 ana
Presentación1 ana
 
Access
AccessAccess
Access
 
Rmg m3 u4_reporte_recursoweb2.0_personal_actividadopcional
Rmg m3 u4_reporte_recursoweb2.0_personal_actividadopcionalRmg m3 u4_reporte_recursoweb2.0_personal_actividadopcional
Rmg m3 u4_reporte_recursoweb2.0_personal_actividadopcional
 
La naturaleza
La naturalezaLa naturaleza
La naturaleza
 
Minna no nihongo ii kanji eigoban
Minna no nihongo ii    kanji eigobanMinna no nihongo ii    kanji eigoban
Minna no nihongo ii kanji eigoban
 
Reporte presentación preliminar de resultados
Reporte presentación preliminar de resultadosReporte presentación preliminar de resultados
Reporte presentación preliminar de resultados
 
Trabajo de español
Trabajo de españolTrabajo de español
Trabajo de español
 

Ähnlich wie Nota+Vermikompos++Hakcipta+Jab+Pertanian

Cara ternak belut di rumah
Cara ternak belut di rumahCara ternak belut di rumah
Cara ternak belut di rumahSejahtera Affif
 
Pakan dan nutrisi fkh
Pakan dan nutrisi fkhPakan dan nutrisi fkh
Pakan dan nutrisi fkhdjubaidin
 
Slide presentasi kompos takakura
Slide presentasi kompos takakuraSlide presentasi kompos takakura
Slide presentasi kompos takakuraSyamsul Asinar
 
Juknis bibit induk
Juknis bibit indukJuknis bibit induk
Juknis bibit indukBPA_ADMIN
 
Juknis bibit induk
Juknis bibit indukJuknis bibit induk
Juknis bibit indukBPA_ADMIN
 
Cara membuat kompos super
Cara membuat kompos superCara membuat kompos super
Cara membuat kompos superNandar Sunandar
 
Produksi dan Nutrisi Satwa Harapan-Maggot-pertemuan 2.pdf
Produksi dan Nutrisi Satwa Harapan-Maggot-pertemuan 2.pdfProduksi dan Nutrisi Satwa Harapan-Maggot-pertemuan 2.pdf
Produksi dan Nutrisi Satwa Harapan-Maggot-pertemuan 2.pdfIdrisFaturrohman
 
komposting dan keranjang tatakura
komposting dan keranjang tatakurakomposting dan keranjang tatakura
komposting dan keranjang tatakuraWila Dantika
 
Step by step budidaya jamur merang
Step by step budidaya jamur merangStep by step budidaya jamur merang
Step by step budidaya jamur merangcendawankoe10
 
SEPUTAR JAMUR MERANG - BAHAN BAKU, BUDIDAYA & PELATIHAN
SEPUTAR JAMUR MERANG - BAHAN BAKU, BUDIDAYA & PELATIHANSEPUTAR JAMUR MERANG - BAHAN BAKU, BUDIDAYA & PELATIHAN
SEPUTAR JAMUR MERANG - BAHAN BAKU, BUDIDAYA & PELATIHANcendawankoe10
 
Teknologi Fermentasi padaTempe
Teknologi Fermentasi padaTempeTeknologi Fermentasi padaTempe
Teknologi Fermentasi padaTempeNuruliswati
 
Budidaya & Usaha Tanaman Pangan : Gandum
Budidaya & Usaha Tanaman Pangan : GandumBudidaya & Usaha Tanaman Pangan : Gandum
Budidaya & Usaha Tanaman Pangan : GandumRizky Nurcahyati
 
Mas pembuatan kompos dengan cacing.docx
Mas pembuatan kompos dengan cacing.docxMas pembuatan kompos dengan cacing.docx
Mas pembuatan kompos dengan cacing.docxJumitaRoza1
 
Budidaya cacing sutra
Budidaya cacing sutraBudidaya cacing sutra
Budidaya cacing sutraFathul Rizkoh
 
PPT PERTEMUAN 2.pptx
PPT PERTEMUAN 2.pptxPPT PERTEMUAN 2.pptx
PPT PERTEMUAN 2.pptxRestiana8
 

Ähnlich wie Nota+Vermikompos++Hakcipta+Jab+Pertanian (20)

Rencana pengembangan kandang sapi
Rencana pengembangan kandang sapiRencana pengembangan kandang sapi
Rencana pengembangan kandang sapi
 
Metode SRI 2
Metode SRI 2Metode SRI 2
Metode SRI 2
 
Semut rangrang
Semut rangrangSemut rangrang
Semut rangrang
 
Cara ternak belut di rumah
Cara ternak belut di rumahCara ternak belut di rumah
Cara ternak belut di rumah
 
Pakan dan nutrisi fkh
Pakan dan nutrisi fkhPakan dan nutrisi fkh
Pakan dan nutrisi fkh
 
Slide presentasi kompos takakura
Slide presentasi kompos takakuraSlide presentasi kompos takakura
Slide presentasi kompos takakura
 
Juknis bibit induk
Juknis bibit indukJuknis bibit induk
Juknis bibit induk
 
Juknis bibit induk
Juknis bibit indukJuknis bibit induk
Juknis bibit induk
 
Cara membuat kompos super
Cara membuat kompos superCara membuat kompos super
Cara membuat kompos super
 
Produksi dan Nutrisi Satwa Harapan-Maggot-pertemuan 2.pdf
Produksi dan Nutrisi Satwa Harapan-Maggot-pertemuan 2.pdfProduksi dan Nutrisi Satwa Harapan-Maggot-pertemuan 2.pdf
Produksi dan Nutrisi Satwa Harapan-Maggot-pertemuan 2.pdf
 
komposting dan keranjang tatakura
komposting dan keranjang tatakurakomposting dan keranjang tatakura
komposting dan keranjang tatakura
 
Step by step budidaya jamur merang
Step by step budidaya jamur merangStep by step budidaya jamur merang
Step by step budidaya jamur merang
 
SEPUTAR JAMUR MERANG - BAHAN BAKU, BUDIDAYA & PELATIHAN
SEPUTAR JAMUR MERANG - BAHAN BAKU, BUDIDAYA & PELATIHANSEPUTAR JAMUR MERANG - BAHAN BAKU, BUDIDAYA & PELATIHAN
SEPUTAR JAMUR MERANG - BAHAN BAKU, BUDIDAYA & PELATIHAN
 
Teknologi Fermentasi padaTempe
Teknologi Fermentasi padaTempeTeknologi Fermentasi padaTempe
Teknologi Fermentasi padaTempe
 
Budidaya & Usaha Tanaman Pangan : Gandum
Budidaya & Usaha Tanaman Pangan : GandumBudidaya & Usaha Tanaman Pangan : Gandum
Budidaya & Usaha Tanaman Pangan : Gandum
 
Mas pembuatan kompos dengan cacing.docx
Mas pembuatan kompos dengan cacing.docxMas pembuatan kompos dengan cacing.docx
Mas pembuatan kompos dengan cacing.docx
 
Budidaya jamur
Budidaya jamurBudidaya jamur
Budidaya jamur
 
Budidaya cacing sutra
Budidaya cacing sutraBudidaya cacing sutra
Budidaya cacing sutra
 
Pupuk Organik
Pupuk OrganikPupuk Organik
Pupuk Organik
 
PPT PERTEMUAN 2.pptx
PPT PERTEMUAN 2.pptxPPT PERTEMUAN 2.pptx
PPT PERTEMUAN 2.pptx
 

Mehr von Ridzaludin

Peranan dan Penglibatan PP dalam menyumbang ke arah ssl daging negara.
Peranan dan Penglibatan PP dalam menyumbang ke arah ssl daging negara.Peranan dan Penglibatan PP dalam menyumbang ke arah ssl daging negara.
Peranan dan Penglibatan PP dalam menyumbang ke arah ssl daging negara.Ridzaludin
 
Dasar tabung pup
Dasar tabung pupDasar tabung pup
Dasar tabung pupRidzaludin
 
Present untuk u atau sek
Present untuk u atau sekPresent untuk u atau sek
Present untuk u atau sekRidzaludin
 
Jaij jbtn-kimia-report-
Jaij jbtn-kimia-report-Jaij jbtn-kimia-report-
Jaij jbtn-kimia-report-Ridzaludin
 
Prosedur dan isu halal 2011 a
Prosedur dan isu halal 2011 aProsedur dan isu halal 2011 a
Prosedur dan isu halal 2011 aRidzaludin
 
Jmm utk racim em com 2011 3mei2011_bagan lalang1
Jmm utk racim em com 2011 3mei2011_bagan lalang1Jmm utk racim em com 2011 3mei2011_bagan lalang1
Jmm utk racim em com 2011 3mei2011_bagan lalang1Ridzaludin
 
Peranan bsm dalam pengurusan bencana1
Peranan bsm dalam pengurusan bencana1Peranan bsm dalam pengurusan bencana1
Peranan bsm dalam pengurusan bencana1Ridzaludin
 
Seminar kepenggunaan halal negeri johor 2011 (20 april)1
Seminar kepenggunaan halal negeri johor 2011 (20 april)1Seminar kepenggunaan halal negeri johor 2011 (20 april)1
Seminar kepenggunaan halal negeri johor 2011 (20 april)1Ridzaludin
 
Amateur radio bm - april racim-em com2011a
Amateur radio   bm - april racim-em com2011aAmateur radio   bm - april racim-em com2011a
Amateur radio bm - april racim-em com2011aRidzaludin
 
Taklimat tender11
Taklimat tender11Taklimat tender11
Taklimat tender11Ridzaludin
 
Taklimat pembekal commercedotcom 20111
Taklimat pembekal commercedotcom 20111Taklimat pembekal commercedotcom 20111
Taklimat pembekal commercedotcom 20111Ridzaludin
 
Kertas kerja 5 mpob1
Kertas kerja 5 mpob1Kertas kerja 5 mpob1
Kertas kerja 5 mpob1Ridzaludin
 
Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)
Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)
Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)Ridzaludin
 

Mehr von Ridzaludin (20)

Madu kelulut
Madu kelulutMadu kelulut
Madu kelulut
 
Peranan dan Penglibatan PP dalam menyumbang ke arah ssl daging negara.
Peranan dan Penglibatan PP dalam menyumbang ke arah ssl daging negara.Peranan dan Penglibatan PP dalam menyumbang ke arah ssl daging negara.
Peranan dan Penglibatan PP dalam menyumbang ke arah ssl daging negara.
 
Kertas 1
Kertas 1Kertas 1
Kertas 1
 
Dasar tabung pup
Dasar tabung pupDasar tabung pup
Dasar tabung pup
 
Present untuk u atau sek
Present untuk u atau sekPresent untuk u atau sek
Present untuk u atau sek
 
Jaij jbtn-kimia-report-
Jaij jbtn-kimia-report-Jaij jbtn-kimia-report-
Jaij jbtn-kimia-report-
 
Prosedur dan isu halal 2011 a
Prosedur dan isu halal 2011 aProsedur dan isu halal 2011 a
Prosedur dan isu halal 2011 a
 
Jmm utk racim em com 2011 3mei2011_bagan lalang1
Jmm utk racim em com 2011 3mei2011_bagan lalang1Jmm utk racim em com 2011 3mei2011_bagan lalang1
Jmm utk racim em com 2011 3mei2011_bagan lalang1
 
Core emcomm
Core   emcommCore   emcomm
Core emcomm
 
Peranan bsm dalam pengurusan bencana1
Peranan bsm dalam pengurusan bencana1Peranan bsm dalam pengurusan bencana1
Peranan bsm dalam pengurusan bencana1
 
Seminar kepenggunaan halal negeri johor 2011 (20 april)1
Seminar kepenggunaan halal negeri johor 2011 (20 april)1Seminar kepenggunaan halal negeri johor 2011 (20 april)1
Seminar kepenggunaan halal negeri johor 2011 (20 april)1
 
Amateur radio bm - april racim-em com2011a
Amateur radio   bm - april racim-em com2011aAmateur radio   bm - april racim-em com2011a
Amateur radio bm - april racim-em com2011a
 
Hamfest 2011
Hamfest 2011Hamfest 2011
Hamfest 2011
 
Taklimat tender11
Taklimat tender11Taklimat tender11
Taklimat tender11
 
Taklimat pembekal commercedotcom 20111
Taklimat pembekal commercedotcom 20111Taklimat pembekal commercedotcom 20111
Taklimat pembekal commercedotcom 20111
 
Taklimat dp1
Taklimat dp1Taklimat dp1
Taklimat dp1
 
Taklimat cbt1
Taklimat cbt1Taklimat cbt1
Taklimat cbt1
 
Ecat1
Ecat1Ecat1
Ecat1
 
Kertas kerja 5 mpob1
Kertas kerja 5 mpob1Kertas kerja 5 mpob1
Kertas kerja 5 mpob1
 
Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)
Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)
Penglibatan pp dalam komoditi sawit lpp edit (haji azhar)
 

Kürzlich hochgeladen

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptAlfandoWibowo2
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRizalAminulloh2
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 

Nota+Vermikompos++Hakcipta+Jab+Pertanian

  • 1. PAKEJ PENGELUARAN VERMIKOMPOS Pendahuluan Vermes adalah perkataan Latin untuk cacing. Vermikultur adalah proses membiak cacing untuk penghasilan vermikompos Vermikompos adalah bahan organik hasil daripada proses atau aktiviti mikrobial dan cacing tanah ke atas bahan organic mentah seperti sisa pertanian. Aktiviti mikrobial ke atas jerami padi yang baru dituai, contohnya menyebabkan berlakunya proses reputan. Sebelum proses pereputan ini tamat sebahagiannya dimakan oleh cacing tanah dan dikeluarkan sebagai vermicast atau tahi cacing dan yang sebahagian lagi terus reput sehingga menjadi kompos. Vermikompos ini adalah lebih baik daripada kompos kerana, selain daripada faedah yang terdapat pada kompos dalam pertumbuhan pokok, komponen vermicast yang terdiri daripada aggregat-aggregat kecil dapat membaiki struktur tanah. Vermicast ini mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh bakteria yang terdapat dalam perut cacing yang boleh membantu tumbesaran pokok. Vermicast juga mengandungi lebih banyak jenis dan populasi bakteria yang berfaedah kepada pertumbuhan pokok. 1
  • 2. Cacing Kompos Cacing yang digunakan dalam proses pengkomposan dinamakan cacing kompos. Cacing ini suka tinggal di dalam bahan organan yang separuh reput. Jenis-jenis cacing tanah yang digunakan sebagai cacing kompos mempunyai ciri-ciri seperti berikut:- Suka memakan lapisan atas Sifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos di mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas binca setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini juga memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing dan vermikompos semasa menjalankan kerja-kerja mengutip hasil. Selera makan yang tajam Cacing kompos makan mengikut berat badannya. Contohnya, purata berat cacing ialah 4 gm seekor, jadi, jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gm seekor sehari. Proses pertambahan makanan akan lebih kerap selepas sebulan cacing dilepaskan di dalam plot penghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakan telah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa. Dengan ini, kita perlu pastikan makanan asas yang digunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untuk digunakan. Membiak dengan cepat Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan cepat. Sepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji 2
  • 3. kapsul setahun di mana, satu biji kapsul mengandungi 2-3 ekor anak cacing. Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan terdiri daripada beberapa spesis seperti berikut:- . Lumbricus rubellus (Cacing merah) . Eisenia fetida (Cacing harimau) . Perionyx excavatus (Cacing biru) Cacing kompos jenis Harimau, Eisenia fetida 3
  • 4. Penyediaan Tapak Pembiakan Penyediaan Bekas Cacing Cacing kompos boleh dibiak dalam bekas. Bekas yang digunakan hendaklah cetek dan dilengkapi dengan lubang untuk peredaran udara dan penyaliran air siraman. Ia boleh diperbuat daripada kayu, plastik atau bahan-bahan lain yang bersesuaian. Bekas yang telah siap dimasukkan cacing perlulah diletakkan di tempat yang teduh. Kotak cacing diperbuat daripada Kotak cacing diperbuat daripada kayu polistirena Penyediaan Bangsal Cacing Untuk pengeluaran vermikompos secara komersial bangsal atau rumah cacing dengan palung-palungnya perlu disedakan. Tujuan pembinaan bangsal dan palung- palungnya adalah untuk melindungi cacing daripada cahaya matahari dan hujan serta menyelamatkan dari serangan musuh . 4
  • 5. Bangsal cacing Palung cacing Palung cacing berukuran 8’ x 3’ boleh diperbuat daripada kayu atau bata dengan dasar konkrit yang mencondong 80 darjah bertujuan untuk saliran air supaya tidak bertakung dalam palung semasa kerja-kerja penyiraman dijalankan. Biasanya air lebihan ini yang dikenali sebagai asid humik boleh ditakungkan dalam tong dan digunakan sebagai baja pada tanaman sayur-sayuran. Sistem ini adalah merupakan sistem kekal di mana proses pengeluaran vermikompos boleh dilakukan semula setiap kali kompos dikutip. 5
  • 6. Kerja-kerja membuat palung cacing dengan bata dan konkrit Binca cacing Binca cacing adalah jerami tempat tinggal cacing. Binca ini juga sebagai makanan cacing. Binca yang sesuai adalah bahan organik yang gembur yang boleh menyimpan air dan udara. Ia juga hendaklah membolehkan air siraman mengalir dengan baik. Binca- binca ini hendaklah diproses terlebih dehulu supaya ia telah melepasi peringkat kepanasan dan permentasi. 6
  • 7. Penyediaan Bahan Binca Bahan binca yang sesuai untuk cacing kompos dalam proses penghasilan vermikompos termasuk :- - Jerami padi - Batang jagung - Baja kandang - Carikan Kertas dan Peat Moss Jerami padi Kerja-kerja pengumpulan dijalankan selepas padi dituai dengan menggunakan baler supaya jerami dapat disimpan dengan banyak serta dapat menampung sehingga musim menuai akan datang. Penyediaan tempat merendam jerami seperti polytank diperlukan untuk proses mereputkan jerami . Pastikan tempat merendam jerami tidak terdiri daripada bekas-bekas yang boleh berkarat. Air perlu diisi ke dalam tangki dan selepas itu jerami dimasukkan ke dalam tangki tersebut. Jangkamasa merendam jerami bergantung kepada kereputan jerami tersebut. Jika jerami yang direndam terdiri daripada jerami yang baru diambil dari ladang, jangkamasa merendam untuk proses asas sebelum melepaskan cacing adalah lebih panjang iaitu sehingga 10-14 hari tetapi jika jerami yang direndam itu adalah jerami dari stok lama di mana keadaan jerami telah sedikit reput jangkama merendam ialah 7-10 minggu. 7
  • 8. Jerami perlu kerap ditekan-tekan dan dipusingkan supaya kereputannya sekata. Jerami yang hendak dimasukkan ke dalam plot penghasilan vermikompos perlu disejatkan terlebih dahulu ke dalam raga. Untuk bekas cacing jerami padi yang telah diredam hendaklah disejatkan dan diperam terlebih dahulu supaya ia melepasi peringkat kepanasan dan permentasi. Jerami padi Merendam jerami padi menyejatkan air dalam tangki air sebelum diperam Memeram Jerami padi selepas diperam Batang Jagung Batang jagung dikumpulkan dari ladang dan pastikan bahan binca ini mencukupi untuk proses seterusnya. 8
  • 9. Seterusnya, batang jagung ini akan dimasukkan ke dalam mesin bagi menghancurkan supaya mudah lembut apabila proses memeram dijalankan dalam tong dram. Batang jagung Batang jagung dipotong dengan mesin Batang jagung selepas penyiat diperam dalam tong dram Baja Kandang Baja kandang yang paling sesuai adalah baja tahi lembu yang separuh reput. Ia merupakan bahan binca dan makanan yang amat digemari oleh cacing kompos. 9
  • 10. Baja kandang, tahi lembu Mengambil tahi lembu Carikan Kertas dan Peat Moss (Tanah Semaian) Carikan Kertas dan Peat Moss adalah sesuai untuk bekas cacing. Kertas perlu dicarik-carikan dan dibasahkan supaya lembap sebelum digunakan. Bahan Makanan Sisa-sisa organik dari ladang-ladang pertanian, halaman rumah dan sisa-sisa dapur boleh dijadikan makanan cacing. Sisa Ladang Kebanyakan sisa organik dari pelbagai jenis tanaman boleh digunakan sebagai makanan cacing untuk pengeluaran vermikompos. Sisa-sisa organik tersebut adalah seperti jerami padi, batang jagung, tandan kelapa sawit, rumput kering dan baja kandang yang separuh reput atau telah diperam. Batang-batang pokok yang keras adalah kurang sesuai digunakan. 10
  • 11. Jadual 1: Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk cacing ialah :- Yang disyorkan Tidak disyorkan/ Elakkan Sisa-Sisa Dapur - Daging - Reja-reja sayur - Makanan tenusu - Kulit buah- - Telur buahan - Makanan berminyak - Surat khabar - Garam dan cuka - Kulit telur - Bawang dan bawang putih Sisa Halaman - Buah-buahan jenis - Rumpai limau - Keratan rumput halaman - Daun-daun Sisa Ladang - Jerami padi - Batang jagung Baja Kandang - Tahi lembu - Tahi kuda - Tahi kambing dan tahi haiwan yang makan rumput 11
  • 12. Sisa dapur Sisa dapur adalah sesuai untuk bekas cacing dan boleh dijalankan di rumah oleh suri rumah. Jika menggunakan sisa-sisa dapur untuk penghasilan vermikompos, adalah perlu menggunakan binca-binca seperti di atas sebagai bahan asas bagi menyesuaikan keadaan persekitaran cacing. Sisa-sisa dapur perlulah ditanam di dalam binca tersebut mengikut keperluan makanan untuk cacing. Sifat cacing adalah memakan makanan mengikut berat badannya. Jadi, sisa dapur yang ditanam di dalam binca perlulah bersesuaian dengan jumlah cacing yang ada. Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk cacing adalah seperti dalam Jadual 1. Sebelum menggunakan salah satu bahan yang disyorkan di atas, kita perlulah mengetahui cara penyediaannya kerana ada di antara bahan di atas mempunyai cara penyediaan yang berbeza. Ini adalah penting supaya cacing tidak akan mati atau lari dari tempat yang disediakan. Pengeluaran Vermikompos Penyediaan bahan makanan Sisa bahan pertanian perlulah dipotong kecil-kecil dan direndam sekurang-kurangnya 24 jam dan reputkan terlebih dahulu bergantung kepada jenis bahan tersebut. Baja kandang seperti tahi lembu atau tahi kambing boleh dicampur dengan sisa bahan pertanian bagi 12
  • 13. mempercepatkan proses penghasilan vermikompos. Ia juga dapat menambah kuantiti dan kualiti vermikompos. Sekiranya baja kandang digunakan ianya juga perlu diperam 2 – 3 hari sebelum digunakan. Pelepasan Cacing Pelepasan cacing dalam palung Bahan binca seperti jerami padi yang telah direndam perlulah diletakkan di atas lantai konkrit dalam palung selama 1-2 minggu supaya keadaan jerami mendap daripada ketebalan asal 6 inch kepada 3 inch. Dalam masa 1-2 minggu, pastikan jerami yang diletakkan di atas konkrit tadi ditutup dengan jaring plastik seperti tolinet supaya tidak cepat kering. Jika jerami kelihatan kering, penyiraman perlu dilakukan. Sekiranya baja kandang yang separuh reput digunakan sebagai bahan binca ia perlu disiram dengan air secukup- cukupnya dan dibiarkan 24 jam untuk air sejat sebelum cacing dilepaskan ke dalamnya. Sebelum cacing dilepaskan, buatkan parit kecil di sepanjang tengah palung yang telah tersedia bahan binca tadi. Masukkan sebanyak 1,500-2,000 ekor cacing dengan sedikit vermikompos di sepanjang parit kecil yang dibuat supaya cacing yang dimasukkan akan bergerak serata kawasan palung. Setelah cacing dimasukkan, tutup semula parit kecil tadi dengan menarik semula binca yang dikais untuk dijadikan parit kecil tadi. 13
  • 14. Tahi lembu dimasukan ke dalam Membuat parit kecil di sepanjang palung tengah palung Cacing dilepaskan ke dalam parit Menutup semula parit kecil kecil dengan binca seperti jerami padi atau potongan batang jagung Penutup Batas Binca yang telah siap sedia dengan cacing perlulah ditutup dengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapa untuk memelihara kelembapan dan mengekalkan suasana gelap yang disukai oleh cacing. Selain daripada itu penutup-penutup ini juga dapat menghalang musuh-musuh seperti tikus kasturi dan burung memasuk ke dalam palung memakan cacing. 14
  • 15. Penutup ini juga dapat menghalang kumbang tanduk bertelur dan membiak dalam palung. Penutup batas. Binca yang telah siap sedia dengan cacing ditutup dengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapa. Penjagaan Menyiram Bahan-bahan makanan dan binca yang disediakan untuk pengeluaran vermikompos perlu disiram 1-3 kali seminggu bergantung kepada keadaan cuaca dan jenis makanan dan binca yang digunakan. 15
  • 16. Menyiram dengan paip air Menyiram ringan dan secara konsisten adalah kunci kepada pengomposan menggunakan cacing. Jadi jadual penyiraman perlulah ditetapkan supaya waktu dan hari menyiram tidak berubah-ubah. Kelembapan batas cacing yang menggunakan bahan binca daripada baja kandang haruslah dikekalkan pada 30 hingga 40 % manakala bahan binca yang lain iaitu sisa ladang,kelembapan yang diperlukan adalah melebihi 40 %. Cacing suka tinggal di binca yang lembap tetapi tidak basah. Cara mengenalpasti kelembapan yang sesuai untuk cacing adalah dengan memerah bahan binca tersebut. Sekiranya air perahan keluar setitik bermakna itulah kelembapan yang diperlukan tetapi sekiranya air perahan tersebut mengalir berterusan bermakna bahan binca tersebut 16
  • 17. terlalu lembap dan ia perlu disejatkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam plot untuk makanan cacing. Jadi, kerja-kerja penyiraman perlu dilakukan secara berhati- hati supaya kelembapan yang dibekalkan tidaklah berlebihan dari yang diperlukan oleh cacing. Memberi cacing makan Pemberian makanan pada cacing haruslah dijalankan secara perlahan. Haruslah dipastikan bahawa jumlah makanan yang diberi adalah bersesuaian dengan jumlah cacing yang ada. Ini adalah penting kerana jika makanan yang diberi terlalu berlebihan ia akan memberi mudarat kepada cacing di mana makanan yang tidak dimakan oleh cacing ini akan menjadi masam dan busuk. Dalam keadaan yang terlalu berlebihan juga proses permentasi akan berlaku yang akan menaikkan suhu dalam bahan binca. Proses pemberian makanan di atas perlu diambil berat untuk keselamatan cacing dan tidak perlu risau tentang cacing yang kelaparan. Bahan makanan juga perlulah ditabur dipermukaan binca dengan kadar yang nipis supaya tidak berlaku proses permentasi. Jika hanya jerami padi digunakan sebagai bahan makanan, baja kandang atau najis haiwan seperti najis kuda, kambing, arnab, lembu dan lain-lain boleh ditabur di lapisan atas yang melitupi keseluruhan jerami di dalam palung berkenaan. Ia bertujuan memberi makanan tambahan kepada cacing di samping dapat menambah kandungan zat makanan dalam vermikompos berkenaan. 17
  • 18. Perlu sensitif pada kadar keperluan penambahan makanan supaya seimbang dengan jumlah yang perlu untuk cacing. Pada prinsipnya populasi cacing yang padat memerlukan pemberian makanan yang berat dan kerap Biasanya setiap kali apabila sisa pertanian yang digunakan tadi telah nampak banyak dimakan dan bertukar kepada vermikompos sisa pertanian yang disediakan terdahulu sebagai makanan ditambah setebal tidak melebihi 100 sm. Apabila populasi cacing bertambah penambahan makanan dilakukan lebih kerap sehingga masa untuk mengutip hasil. Sukatan suhu & pH Tentukan suhu bahan binca dan makanan dalam palung atau kotak tidak melebihi 30C. Sekiranya melebihi 30C siramkan air untuk menurunkan suhunya. pHnya juga perlu disukat dan dijaga pada paras pH 6–7. Taburkan sedikit kapur sekiranya pH di bawah 6.0. Penjagaan Dari Musoh / Perosak Tempat pengeluaran dan pemeliharaan cacing perlulah dijaga dari dimasuki burung, ayam, tikus kasturi dan juga semut. Binatang-binatang ini gemar memakan cacing. Memungut hasil Ciri-ciri kompos yang sesuai dikutip hasilnya Hasil boleh dipungut 3–4 bulan sekali apabila bahan makanan yang diberikan kepada cacing tadi telah berubah 18
  • 19. menjadi campuran tahi cacing dan kompos. Keadaan ini juga bergantung pada banyaknya jumlah cacing yang ada dalam palung. Vermikompos juga sesuai untuk dikutip apabila kandungan dalam palung/bekas telah menyusut agak banyaknya. Binca dalam palung/bekas juga tidak berada dalam bentuk asal lagi dan telah berubah menjadi warna coklat gelap. Selain daripada itu keseluruhan bahan makanan yang digunakan juga telah bertukar warna kepada coklat gelap dan kelihatan serupa tanah. Kaedah memungut kompos Sebelum vermikompos dipungut cacing-cacing perlulah dipisahkan terlebih dahulu. Terdapat beberapa kaedah untuk memisahkan cacing sebelum memungut kompos. Langkah pertama sebelum kerja memungut hasil ialah dengan berhenti memberi makanan dan melaparkan cacing selama 1-2 minggu. Semua aktiviti menyiram juga diberhentikan untuk memudahkan kerja-kerja membungkus dan menimbang kompos tersebut dengan mudah dan tidak melekat serta berada dalam keadaan tekstur yang halus dan menarik. Kaedah memungut kompos yang disyorkan ialah :- 1. Kompos yang telah menjadi itu hendaklah dihimpunkan di sebelah bahagian palung sahaja. 2. Sebelah bahagian plot tersebut akan kosong. Jadi, bahagian yang kosong akan dimasukkan binca baru. 19
  • 20. 3. Cacing akan berpindah ke dalam binca baru secara perlahan-lahan. 4. Biarkan proses ini berjalan sehingga 1-2 minggu dan selepas itu kompos tersebut bolehlah dipungut . Kompos yang telah menjadi Binca baru dimasukan ke bahagian dihimpunkan di sebelah bahagian palung yang kosong palung Pembungkusan Vermikompos yang telah dipungut kemudiannya dimasukkan ke dalam beg-beg muatan 2 kilo sekiranya untuk dijual atau boleh dikumpul setempat untuk digunakan di ladang kemudiannya. 20