SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 30
1
SENARAI KANDUNGAN
BAHAGIAN A: ESEI MUKA SURAT
PENDAHULUAN
DEFINISI I’JAZ AL-QURAN
CIRI-CIRI I’JAZ AL-QURAN
SUDUT I’JAZ AL-QURAN
1. Al-I’jaz Al-I’lmi(Kemukjizatan dari segi Sains),
2. Al-I’jaz Al-Bayani (Kemukjizatan dari segi Bahasa)
3. KHABAR MASA DEPAN
Perkhabaran mengenai kemenangan kaum Muslimin dalam
peperangan Badar
BAHAGIAN B:
AL-QURAN
HADIS QUDSI
KHABAR MUTAWATIR
HADIS SAHIH
HADIS HASAN
HADIS DA’IF
BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKSI
SEBELUM
SEMASA
PENGALAMAN BARU SETELAH SELESAI
PENUTUP
RUJUKAN
2
BAHAGIAN A: ESEI
PENDAHULUAN
Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur
kepada cahaya keimanan. Ia tertulis di mana-mana lembaran bahawa al-
Quran juga merupakan sumber rujukan yang utama bagi menentukan hukum
fiqh Islam.
Kitab suci al-Quran atau kalam Allah yang diturunkan kepada Baginda
SAW ini, melalui malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat selama 23
tahun, penurunannya adalah mengikut suasana semasa yang berlaku ketika
itu, yang memerlukan istinbat hukum. Kandungan Al-Quran merangkumi ayat-
ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti mengatur
cara hidup bermasyarakat, cara beribadat, pembahagian harta pusaka,
urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran dan pembangunan negara, urusan
pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua kandungan ini menjadi
sumber rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat.
Ingin ditegaskan juga di sini bahawa selain al-Quran, as-Sunnah turut
menjadi pegangan seluruh umat Islam di dunia ini sebagai dua sumber utama
perundangan Islam. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menerima kedua-duanya
tanpa menolak salah satu daripadanya kerana kedua-duanya adalah sumber
rujukan yang menjadi penunjuk arah dalam kehidupan. Firman Allah :
‫ا‬َ‫ت‬ِ‫ك‬‫أ‬‫ل‬‫ا‬ ُ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫م‬ِ‫ل‬َ‫ع‬ُ‫ي‬َ‫و‬ ‫أ‬‫م‬ِ‫ه‬‫ي‬ِ‫ك‬َ‫ز‬ُ‫ي‬َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ات‬َ‫آي‬ ‫أ‬‫م‬ِ‫ه‬‫أ‬‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ‫و‬ُ‫ل‬‫أ‬‫ت‬َ‫ي‬ ‫أ‬‫م‬ُ‫ه‬‫أ‬‫ن‬ِ‫م‬ ً‫ال‬‫و‬ُ‫س‬َ‫ر‬ َ‫ني‬ِ‫ي‬ِ‫ُم‬‫أ‬‫اْل‬ ِ‫ِف‬ َ‫ث‬َ‫ع‬َ‫ب‬ ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ َ‫و‬ُ‫ه‬َ‫ة‬َ‫أم‬‫ك‬ِ‫أ‬‫اْل‬َ‫و‬ َ‫ب‬
ٍ‫ني‬ِ‫ب‬ُّ‫م‬ ٍ‫ل‬ َ‫َل‬َ‫ض‬ ‫ي‬ِ‫ف‬َ‫ل‬ ُ‫ل‬‫أ‬‫ب‬َ‫ق‬ ‫ن‬ِ‫م‬ ‫ا‬‫و‬ُ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬‫ن‬ِ‫إ‬َ‫و‬
Maksudnya :
"Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang
ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri,
3
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan
keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada
iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan
hikmat (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat). Dan
sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah
dalam kesesatan yang nyata".(Surah al-Jumuah: 2)
Demikianlah, al-Quran merupakan sumber utama hukum namun ayat-
ayatnya tidaklah menjelaskan semua jenis masalah kecil dan tidaklah
menerangkan semua hukum serta menyatakan nas mengenainya.
Disebabkan itu, selain al-Quran, terdapat juga sumber-sumber lain yang
disepakati boleh digunakan untuk mengistinbat hukum.
Oleh itu, di dalam kertas pengkajian ini akan menumpukan dan
membincangkan dengan lebih lanjut mengenai al-Quran sebagai sumber
hukum Islam yang pertama daripada segi kehujahannya, kedudukannya,
kemukjizatannya dan dalalahnya.
DEFINISI I’JAZ AL-QURAN
Al-Quran merupakan kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril secara mutawatir dalam
bahasa Arab dan membacanya adalah suatu ibadah. Al-quran telah
diturunkan untuk umat seluruh alam dan sesiapa sahaja yang mengikut apa-
apa yang terkandung dalamnya akan mendapat kejayaan. Al-quran juga
meliputi semua aspek kehidupan sama ada dari segi dunia dan akhirat.
Selain kitab suci Al-Quran, Allah SWT juga telah menurunkan
beberapa kitab yang lain iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Kitab Al-quran berbeza
dengan kitab samawi yang lain iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Di dalam kitab Al-
Quran terdapat 114 surah dan 29 surah daripada 114 surah tersebut bermula
dengan huruf al-muqaththa’ah (potongan-potongan huruf dalam Al-Quran)
seperti alif-lam-mim, berbeza dengan kitab samawi yang lain tidak terdapat
potongan huruf tersebut. Al-Quran terpelihara sampai akhir zaman,
sedangkan kitab samawi yang lain hanya berlaku pada masa dahulu sahaja.(
Abdul Karim Ali dan Mohd Noor Deris, 2007).
4
Dari segi bahasa perkataan mukjizat berasal daripada perkataan i’jaz
yang diambil daripada kata kerja a’jaza-i’jaza yang bermaksud melemahkan
atau menjadikan tidak mampu. Manakala dari segi istilah pula ialah sesuatu
yang luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan diluar kemampuan
serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun. (Abdul Ghani
dan Azmi Idris, 1999).
Selain itu, mukjizat juga boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang luar
biasa yang dianugerahkan oleh Allah melalui para nabi dan rasul sebagai
bukti kenabian dan kerasulan. Menurut Imam Jalaludin al-Sayuti, mukjizat
adalah suatu hal atau peristiwa luar biasa yang disertai halangan dan tidak
ada orang biasa yang sanggup menghadapi halangan itu.
Menurut Sheikh Mannan al Qattan, mukjizat ialah membuktikan
kebenaran nabi dalam pengakuannya sebagai seorang Rasul, dengan
membuktikan kelemahan orang-orang Arab jahiliyah yang menentang
kemukjizatan al-quran.
Selain itu, kemukjizatan Al-quran ialah kelemahan manusia untuk
mendatangkan sesuatu yang sejenis dengan Al-quran dan sebagai bukti kitab
ini ialah kitab yang Haq dan Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW adalah rasul
yang benar yang diutuskan oleh Allah SWT. Bukan bermaksud kemukjizatan
itu melemahkan. Bahkan ia bermaksud mencabar manusia namun mereka
tidak mencapai kemampuan tersebut.
Dalam kemukjizatan Al-quran mengandungi beberapa aspek iaitu
bermukjizat dengan tahap ketinggian balaghah yang tiada tolok bandingnya.
Kemudian pemberitaannya mengenai alam ghaib yang akan datang dan tidak
dapat diketahui melainkan melalui wahyu. Al quran itu mukjizat kerana
terkandung pelbagai ilmu dan hikmah yang meliputi seluruh aspek kehidupan
kita.
Secara kesimpulannya, mukjizat adalah sebuah peristiwa atau perkara
luar biasa yang hadir seiring dengan cabaran dan tidak mampu dilawan dan
ditandingi oleh sesiapapun. Al- Quran mencabar orang-orang Arab dan
mereka tidak pula mampu menentang walaupun mereka merupakan orang
5
yang fasih dalam bahsa arab. Ini sekaligus membuktikan kemukjizatan al-
quran.
CIRI-CIRI I’JAZ AL-QURAN
Daripada takrif-takrif di atas dapat disimpulkan beberapa ciri-ciri khusus al-
Quran :
1. Al-Quran merupakan kalam Allah Taala. Setiap ayatnya saling
berkaitan dan mempunyai kesesuaian balaghah yang mengagumkan.
Sehingga ia tidak mampu ditandingi oleh sekalian manusia, lebih-lebih lagi
kerana kemampuan manusia yang terbatas.
2. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab
seperti yang diterangkan dalam al-Quran itu sendiri. Firman Allah SWT:
َ‫ين‬ِ‫ر‬ِ‫نذ‬ُ‫م‬‫أ‬‫ل‬‫ا‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ك‬َ‫ت‬ِ‫ل‬ َ‫ك‬ِ‫ب‬‫أ‬‫ل‬َ‫ق‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ُ‫ني‬ِ‫َم‬‫أ‬‫اْل‬ ُ‫وح‬ُّ‫الر‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ َ‫ل‬َ‫ز‬َ‫ن‬ٍ‫ني‬ِ‫ب‬ُّ‫م‬ ٍِ‫ب‬َ‫ر‬َ‫ع‬ ٍ‫ان‬َ‫س‬ِ‫ل‬ِ‫ب‬
“Ia dibawa turun oleh Malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu, supaya
engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi-pemberi
ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa
Arab yang fasih serta terang nyata” (al-Syu’ara’:193-195).
3. Makna al-Quran dan lafaznya dibawa turun dari sisi Allah. Ini
membezakannya daripada hadis-hadis yang keluar daripada Rasulullah SAW
sama ada hadis Qudsi atau hadis Nabawi, kerana hadis-hadis tersebut
adalah ilham daripada Allah, tetapi lafaznya daripada Rasulullah SAW sendiri.
4. Al-Quran dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi
secara mutawatir. Pemindahan secara mutawatir ini memberi makna
keyakinan tentang kesahihan dan ketulenan al-Quran, ia tidak mengalami
sebarang perubahan, kerana itu tidak ada keraguan bahawa semua nasnya
adalah daripada Allah. (Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, 1994).
6
5. Al-Quran adalah mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad
SAW. Allah mencabar bangsa Arab keseluruhannya supaya mencipta satu
surah yang boleh menyamai al-Quran, namun mereka tidak mampu. Maka ia
adalah satu hujah ke atas mereka (bangsa Arab) yang mendakwa bahawa
wahyu (al-Quran) yang disampaikan Rasulullah SAW adalah rekaan Baginda
semata-mata. Firman Allah yang berbunyi :
ِِ‫ِب‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ت‬‫أ‬‫أ‬َ‫ي‬ َ‫ال‬ ِ‫آن‬‫أ‬‫ر‬ُ‫ق‬‫أ‬‫ل‬‫ا‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ ِ‫ل‬‫أ‬‫ث‬ِِ‫ِب‬ ‫أ‬‫ا‬‫و‬ُ‫ت‬‫أ‬‫أ‬َ‫ي‬ ‫َن‬‫أ‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُّ‫ن‬ِ‫أ‬‫اْل‬َ‫و‬ ُ‫نس‬ِ‫إل‬‫ا‬ ِ‫ت‬َ‫ع‬َ‫م‬َ‫ت‬‫أ‬‫اج‬ ِ‫ن‬ِ‫ئ‬َّ‫ل‬ ‫ل‬ُ‫ق‬‫أ‬‫م‬ُ‫ه‬ُ‫ض‬‫أ‬‫ع‬َ‫ب‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ‫أ‬‫و‬َ‫ل‬َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ل‬‫أ‬‫ث‬
ً‫ا‬‫ري‬ِ‫ه‬َ‫ظ‬ ٍ‫ض‬‫أ‬‫ع‬َ‫ب‬ِ‫ل‬
Katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya jika sekalian manusia dan
jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding
dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan
yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama
sendiri (al-Isra’:88).
6. Membaca al-Quran itu diberi pahala oleh Allah S.W.T, sama ada bacaan itu
berasal daripada hafalan sendiri mahupun dibaca langsung daripada mushaf
al-Quran. Raasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Siapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka ia akan mendapat
satu kebaikan, satu kebaikan itu bernilai sepuluh kali. Saya tidak akan
mengatakan alif lam mim itU satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf,
dan mim satu huruf.” (hadith riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim dari ‘Abdullah
ibn Mas’ud)
SUDUT I’JAZ AL-QURAN
1. Al-I’jaz Al-I’lmi(Kemukjizatan dari segi Sains),
Al-I’jaz Al-i’lmi ialah kemukjizatan dari segi sains. Bukan bermaksud
ilmu sains mendahului Al-quran. Akan tetapi, penemuan sains telah wujud di
dalam al-quran. Al-quran terlebih dahulu menceritakan perkara tersebut
sebelum ditemui oleh ahli-ahli sains. Mereka telah banyak meneroka alam
7
semesta ini dengan penemuan-penemuan baru. Akan tetapi hakikatnya
mereka tidak sedari sebenarnya semua perkara tersebut terkandung dalam
al-Quran. Tidak ada satupun kitab-kitab terdahulu di dunia memberi jaminan
seperti al-Quran. Allah berfirman:
............


Maksudnya: ........Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami
satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar
daripadanya. (surah Yunus ayat 24)
Dalam ayat ini menjelaskan bahawa Allah menjadikan al-Quran agar
kita mengkaji seberapa banyak untuk melahirkan umat yang mampu menjana
kemajuan berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Terdapat beberapa contoh
dimana teori-teori sains sudah wujud dalam al-Quran sejak dahulu.
Permulaan kepada alam diceritakan dalam al-Quran:








Maksudnya: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai
bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum
(sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami
8
jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak
mahu beriman? (surah Anbiya ayat 30)
Seterusnya, kita melihat bagaimana Teori Darwin yang menunjukkan
kebatilannya dan membuktikan bahawa kekuasaan Allah tiada tolok
bandingnya. Teori evolusi yang amat primitif dan hanya berlandaskan minda
manusia yang amat terbatas hampir memesongkan aqidah umat Islam di
seluruh dunia. Allah telah berfirman:




Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia
bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan
perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan);
oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
Kemudian di dalam firman Allah:









Maksudnya: Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah
beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian
9
Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut
tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk
ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan
ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(surah Al-Mukminin ayat 14)
Secara keseluruhannya hampir semua teori sains yang telah direka
sebenarnya hanyalah menurut al-Quran namun atas dasar kepentingan pihak
tertentu mereka mengubah maksud untuk memastikan aqidah umat Islam
tercalar. Al-Quran juga sebagai membuktikan bahawa segala yang
terkandung di alam semesta adalah milik Allah dan hanya Allah yang Maha
Mengetahui.
2. Al-I’jaz Al-Bayani (Kemukjizatan dari segi Bahasa)
Al-i’jaz Al-bayani ialah kemukjizatan dari segi bahasa. Bahasa amat
penting dalam komunikasi sehingga bahasa yang baik akan menjadikan kita
memahami kehendak seseorang.
Kehebatan bahasa yang digunakan dalam al-quran begitu hebat dan
tinggi sehingga orang arab sendiri kagum dengan bahasa yang terlalu indah
dan tinggi dalam Al-quran. Ahli-ahli sastera arab pun tunduk mengalah
dengan kehebatan dan keindahan bahasa yang terdapat dalam Al-quran.
Bahasa yang dikandung oleh al-Quran tidak mampu ditandingi dan
bahasa itu tidak pula terkeluar dari gaya bahasa kalam mereka. Setiap
manusia memfokuskan perhatiannya pada al-Qur’an, ia tentu akan
mengenalpasti rahsia-rahsia kemukjizatan aspek bahasanya tersebut. (Abdul
Hamid Muhammad Tahir dan Fauziah Sani, 1987),
Kemukjizatan melalui keindahan bunyi melalui nada huruf-hurufnya
ketika diperdengarkan harakat dan sukunnya, madd dan ghunnahnya, fasilah
dan maqta’nya, sehingga telinga tidak pernah merasa bosan, bahkan ingin
senantiasa terus mendengarnya. Buktinya hingga kini tiada sesiapapu pun
mampu untuk mencabar al-Quran. Allah berfirman dalam Al-quran:


10





Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian
manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan
mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat
membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka
bantu-membantu sesama sendiri. (Al-Isra,88)
Selain itu, orang arab gagal menandingi ayat-ayat al-Quran seperti
dalam firman Allah :





Maksudnya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi
Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya
mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
(An-nisa ayat 82)
Keindahan bahasa Al-Quran sangat menarik perhatian orang Arab
pada zaman dahulu sehingga ramai cerdik pandai ingin mendatangkan
seumpamanya, namun tetap menemui kegagalan. Sebagai contoh, seorang
sasterawan terkenal pada masa itu iaitu Al-Walid Bin Mugirah tertarik dengan
dan terpesona apabila mendengar nabi membaca Al-Quran dengan katanya:
‫بالكهان‬ ‫ولما‬ ‫بالسحر‬ ‫ولما‬ ‫لشعر‬ ‫با‬ ‫هو‬ ‫ما‬ ‫وهللا‬
11
“Demi Allah! Perkataan tersebut bukan Syair, bukan Sihir. Bukan Kahanah
(Mentera yang biasa dibaca oleh Dukun.)”
Inilah merupakan tanda kemukjizatan Al-quran dari sudut bahasa yang
membuktikan kebenaran Al-quran dan kehebatannya dapat dilihat dari sudut
pemilihan kata, kalimah dan hubungan antara keduanya, kesan fonologi
terhadap nada dan irama dan lain-lain.
3. KHABAR MASA DEPAN
1. Perkhabaran mengenai kemenangan kaum Muslimin dalam
peperangan Badar
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Qamar ayat 43-45:
ِ‫ِف‬ ٌ‫ة‬‫اء‬َ‫ر‬َ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ ‫أ‬‫َم‬‫أ‬ ‫أ‬‫م‬ُ‫ك‬ِ‫ئ‬َ‫ل‬‫أ‬‫ُو‬‫أ‬ ‫أ‬‫ن‬ِ‫م‬ ٌ‫ر‬‫أ‬‫ي‬َ‫خ‬ ‫أ‬‫م‬ُ‫ك‬ُ‫َّار‬‫ف‬ُ‫ك‬َ‫أ‬ُ‫ع‬‫أ‬‫م‬َ‫أ‬‫اْل‬ ُ‫م‬َ‫ز‬‫أ‬‫ه‬ُ‫ي‬َ‫س‬ ‫ر‬ِ‫ص‬َ‫نت‬ُّ‫م‬ ٌ‫يع‬َِ‫َج‬ ُ‫ن‬‫أ‬َ‫َن‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ل‬‫و‬ُ‫ق‬َ‫ي‬ ‫أ‬‫َم‬‫أ‬ِ‫ر‬ُ‫ب‬ُّ‫الز‬
َ‫ر‬ُ‫ُّب‬‫الد‬ َ‫ن‬‫و‬ُّ‫ل‬َ‫و‬ُ‫ي‬َ‫و‬
“Adakah orang-orang Kafir kamu (wahai kaum Musyrik Mekah) lebih baik
(kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum Kafir yang
tersebut itu ? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam kitab-kitab
suci tentang kebebasan kamu (dari azab) ? (Mereka tidak mempunyai
sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata dengan angkuhnya: “Kami satu
kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri”. Kumpulan mereka
yang bersatu sudah tentu dapat dikalahkan, dan mereka pula akan berpaling
lari”.
Ketika surah Al-Qamar ini diturunkan, jumlah kaum Muslimin pada saat
itu masih terlalu sedikit serta masih belum memiliki kekuatan yang padu
sehingga Saidina Umar Al-Khattab sendiri merasa hairan lalu berkata :
“Pasukan manakah yang diberitakan Al-Qur’an dapat kita kalahkan, sedang
12
kita melindungi diri sendiri sahaja tidak mampu”. (Abdul Halim El-
Muhammady, 1995),
Pemberitahuan kemenangan ini disokong pula oleh satu ayat lain iaitu ayat 9
dari surah Al-Anfal:
َ‫ن‬ِ‫م‬ ٍ‫ف‬‫أ‬‫ل‬َ‫أ‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ك‬ُّ‫د‬ُِ‫ُم‬ ِ‫َّن‬‫أ‬ ‫أ‬‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ َ‫اب‬َ‫ج‬َ‫ت‬‫أ‬‫اس‬َ‫ف‬ ‫أ‬‫م‬ُ‫ك‬َّ‫ب‬َ‫ر‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫يث‬ِ‫غ‬َ‫ت‬‫أ‬‫س‬َ‫ت‬ ‫أ‬‫ذ‬ِ‫إ‬َ‫ني‬ِ‫ف‬ِ‫د‬‫أ‬‫ر‬ُ‫م‬ ِ‫ة‬َ‫ك‬ِ‫آلئ‬َ‫م‬‫أ‬‫ل‬‫ا‬
“Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu
diperkenankanNya bagimu : “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala
bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”.
Demikianlah Al-Qur’an mengkhabarkan mereka bahawa kaum Muslimin akan
menang dan pasukan dari Mekah yang keluar menyerbu kaum Muslimin akan
kalah dan melarikan diri. Siapakah yang dapat menceritakan hal yang
sedemikian itu kalau bukan Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa ? Ternyata
apa yang telah dikhabarkan benar-benar berlaku tepat sebagaimana yang
disebut di dalam Al-Qur’an.( Budah @ Audah bin Mohsin, 1995).
BAHAGIAN B:
ISTILAH DEFINISI
AL-QURAN Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengeluarkan
manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya
keimanan. Kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada
Baginda SAW ini, melalui malaikat Jibril secara
berperingkat-peringkat selama 23 tahun, penurunannya
adalah mengikut suasana semasa yang berlaku ketika itu,
yang memerlukan istinbat hukum.
Kandungan Al-Quran merangkumi ayat-ayat yang
menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti
mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadat,
pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan
13
pentadbiran dan pembangunan negara, urusan
pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua
kandungan ini menjadi sumber rujukan yang unggul dan
abadi sehingga ke hari kiamat.
Para nabi dan rasul tidak akan sama sekali
mengubah wahyu Allah SWT ketika berdakwah tidak kira
dengan siapa dan apapun situasinya.Tidak juga akan
tunduk pada factor pangkat atau kedudukan mahupun
kekuasaan individu atau sesuatu kumpulan. Dakwah para
nabi dan rasul hanya menurut wahyu dan perintah dari
Allah SWT dan tidak akan di tokok tambah.
Kalimah wahyu yang terdapat di dalam al-Quran
mempunyai banyak pengertian bergantung kepada siapa
arahan itu ditentukan oleh Allah SWT. Wahyu membawa
pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada
pengertian al-Quran. Hal itu kerana al-Quran merupakan
wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW, tapi tidak semua wahyu itu, berupa Al-Quran. Di
mana ada yang berupa hadis, kitab Zabur, Taurat dan Injil
adalah juga wahyu Allah.
HADIS QUDSI  Lafaz daripada Rasulullah SAW dan maknanya
daripada Allah Taala
 Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh
Rasulullah SAW
 Sumber hukum kedua
 Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak
membaca dan menyentuhnya
 Boleh membaca ketika berhadas besar
 Tidak boleh dibaca dalam solat
KHABAR MUTAWATIR Mutawatir secara istilah didefinisikan sebagai apa yang
diriwatkan oleh banyak orang, yang menurut kebiasaan
14
mustahil mereka semua bersepakat untuk berbohong
(‫الكذب‬ ‫على‬ ‫اطؤهم‬‫و‬‫ت‬ ‫العادة‬ ‫حتيل‬ ‫كثري‬‫عدد‬ ‫اه‬‫و‬‫ر‬ ‫ما‬).
Maksud dari definisi ini adalah khabar atau hadits
mutawatir adalah khabar atau hadits yang diriwayatkan
oleh banyak rawi pada setiap tingkatan (‫طبقة‬) dari seluruh
tingkatan sanadnya, yang menurut kebiasaan mustahil
mereka semua bersepakat untuk berbohong atau
menyelisihi khabar ini.
Syarat-Syarat Hadits Mutawatir
Dari definisi di atas, dapat disimpulkan bahwa sebuah
khabar atau hadits tidak bisa disebut khabar atau hadits
mutawatir kecuali memenuhi empat syarat berikut ini:
1. Diriwayatkan oleh banyak rawi. Ada yang menyebutkan
jumlah minimalnya adalah 10 orang rawi.
2. Jumlah rawi –sebagaimana yang disebut di poin 1–
tersebut terdapat di setiap tingkatan sanad.
3. Menurut kebiasaan mustahil mereka bersepakat untuk
berbohong. Misalnya karena mereka berada di negeri-
negeri yang berbeda, bangsa yang berbeda, atau dari
berbagai madzhab yang berbeda.
4. Penyandaran khabar tersebut dilakukan melalui indra
(‫,)الحس‬ seperti kami mendengar (‫,)سمعنا‬ kami melihat (‫,)رأينا‬
atau kami menyentuh (‫.)لمسنا‬ Adapun jika penyandaran
khabar tersebut berdasarkan akal, seperti perkataan ‘alam
ini baru’, maka khabar seperti ini tidak bisa disebut
15
sebagai khabar mutawatir.
HADIS SAHIH 1. Hadith Sahih ialah hadith yang mempunyai sanad
yang berhubung daripada seorang yang lain
sehingga akhir sanad melalui perawi-perawi yang
adil dan dhobit, tiada syaz dan tidak cacat (syaz).
2. Apa yang dimaksudkan dengan syaz ialah suatu
hadith yang diriwayatkan oleh seorang yang thiqah
tetapi hadith ini bertentangan dengan hadith-hadith
yang diriwayatkan oleh beberapa orang yang
thiqah.
3. Ilah pula ialah kecacatan yang terdapat dalam
sesuatu hadith yangmenjadikan hadith itu tidak
boleh diterima.
4. Bagi menentukan sesuatu hadith itu sahih atau
tidak, hadith tersebut mestilah memenuhi syarat-
syarat.
5. Syarat-syarat tersebut merangkumi perawi,
sanad dan matan hadith. Antara syarat-syarat hadith sahih
ialah:
a. Perawinya bersifat adil. Maksud adil ialah seseorang
yang soleh, beriman,
bertakwa, tidak melakukan dosa besar, menjauhi perkara
merosakkan iman
dan tidak mengikut mana-mana hadith yang bertentangan
dengan syarak
serta menjaga akhlak dan maruah diri.
b. Dhabit atau penjagaannya baik. Maksudnya perawi
mempunyai kekuatan
ingatan, cerdik dan faham sama ada dalam bentuk
hafalan atau tulisan.
Perawi juga dapat menjaga tulisan -tulisannya daripada
16
sebarang
penambahan, pengurangan atau perubahan dengan
sebab lupa atau cuai.
c. Hadith diterima daripada perawi-perawi yang sama
sifatnya. Jika ada di
antara perawi yang tiada sifat-sifat yang boleh diterima,
maka hadithnya
ditolak.
d. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir iaitu tidak
terputuspada manamana
tabaqat atau peringkat hingga sampai kepada Rasulullah
saw.
e. Tidak terdapat kejanggalan atau syaz. Menurut Imam
Syafi’e hadith tersebut
diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi menyalahi
riwayat ramai.
f. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang
merosakkannya iaitu keadaan yang
berupa kecacatan yang boleh menghalang sesebuah
hadith itu untuk diakui
sebagai hadith sahih.
6. Semua yang disebutkan di atas merupakan syarat-
syarat yang menjadikan sesuatu riwayat itu benar-
benar sahih (sahih lizatihi).
7. Bagaimanapun, terdapat satu kategori lain di mana
riwayat berkenaan tidak memenuhi syarat-syarat
tersebut sebagaimana sepatutnya.
8. Namun kerana terdapat riwayat atau riwayat-
riwayat lain di dalam nilai yang sama
memperkukuhkannya, ia boleh disifatkan sebagai
‘sahih lighirihi’. Misalnya apabila suatu hadith hasan
itu diriwayatkan melalui berbagai salsilah
periwayatan, ia boleh bertukar menjadi hadith
17
sahih.
HADIS HASAN 1. Hadith Hasan ialah hadith yang diriwayatkan oleh
seorang yang bersifat adil, tetapi tidak begitu kuat
ingatannya. Sanadnya berurutan dan tidak terdapat
kecacatan serta kejanggalan pada matannya. Sesuatu
hadith itu diiktiraf hadis hasan apabila memenuhi lima
perkara berikut iaitu:
a. Perawi setiap hadith itu mestilah berhubung
antara satu sama lain.
b. Perawi itu mestilah adil
c. Perawi itu tidak mempunyai kekuatan ingatan
yang sempurna. Misalnya hadith sahih memerlukan
kekuatan menghafaz tidak kurang daripada 95%.
Oleh itu, hadith yang diriwayatkan oleh orang yang
mempunyai kekuatan menghafaz hanya 85%
sahaja adalah hasan. Manakala hadith yang
diriwayatkan oleh orang yang memiliki kekuatan
menghafaz kurang daripada jumlah tersebut adalah
lemah (dhaif).
d. Hadith itu tidak syaz.
e. Hadith itu tidak mempunyai illah.
2. Hadith Hasan terbahagi kepada dua martabat iaitu
hasan lizatihi dan hasan lighairihi. Untuk memahami lebih
lanjut lagi perbandingan antara hasan
lizatihi dan hasan lighairihi, anda perlu meneliti dan
memahami huraian jenis-jenis hadith hasan berikut:
1. Hadith Hasan Lizatihi
1. Hadith Hasan Lizatihi ialah hadith yang
bersambung sanadnya dari awal hingga akhir,
perawinya juga bersifat adil dan tidak terdapat
cacat serta tidak syaz iaitu tidak janggal dari sudut
matannya.
2. Cuma ia kurang kuat sifat dhabitnya. Dalam
18
konteks lain, Hadith Hasan Lizatihi juga dinamakan
sahih lighairihi iaitu hadith yang mempunyai syarat
penerimaan yang cukup, tetapi darjat dhabitnya
kurang baik.
3. Ia dinamakan Lizatihi kerana ia menjadi hasan
dengan sendirinya iaitu memenuhi syarat khas
pada hadis hasan, bukan sebab atau sesuatu
natijah daripada luar.
2. Hadith Lighairihi
1. Hadith Lighairihi adalah hadith yang tidak diketahui
dengan jelas keadaan sanadnya dari sudut sifat
dan kelayakan perawi, sama ada perawi itu kuat
atau lemah.
2. Walaubagaimanapun, perawi hadith Hasan
Lighairihi bukanlah seorang perawi yang lupa, juga
tidak banyak kesalahan yang dilakukannya dalam
periwayatan hadith, ia juga tidak illah atau cacat,
tidak dicela melakukan pemalsuan atau
pembohongan pada hadis serta tidak sabit sebagai
seorang yang fasiq.
3. Justeru itu, Hadis Hasan Lighairihi ini disokong oleh
riwayat lain yang muktabar dan sama dari sudut
lafaz serta maknanya, sama ada melalui almutabi’
atau al-syahid.
4. Dalam konteks lain, hasan lighairihi adalah hadis
yang tidak jelas hal-hal sanadnya sama ada kuat
atau lemah hafalan perawinya, tetapi tidak cuai,
tidak banyak kesalahan dan tidak dituduh
pembohong.
HADIS DA’IF Kata dha’if menurut bahasa berasal dari kata
dhuifun yang bererti lemah lawan dari kata qawiy yang
19
berarti kuat.
Sedangkan dhaif bererti hadits yang tidak
memenuhi hadits hasan. Hadits dhaif disebut juga hadits
mardud (ditolak). Contoh hadits dhaif ialah hadits yang
berbunyi:
ِ‫أ‬‫ني‬َ‫ب‬ َ‫ر‬‫أ‬‫و‬َ‫أ‬‫اْل‬ َ‫لى‬َ‫ع‬ َ‫ح‬َ‫س‬َ‫م‬َ‫و‬ َ‫أ‬َ‫ض‬ َ‫و‬َ‫ت‬ ‫وسلم‬ ‫علىه‬ ‫هللا‬ ‫صلى‬ َ
ِ‫ِب‬َ‫الن‬ َ‫ن‬ِ‫ا‬
Ertinya: “Bahwasanya Nabi SAW wudhu dan beliau
mengusap kedua alas kakinya”.
Hadits tersebut dikatakan dhaif karena diriwayatkan
dari Abu Qais al-Audi. Seorang perawi yang masih
dipersoalkan.
B.
Kriteria hadits dhaif
Para ulama memberikan batasan bagi hadits dhaif iaitu:
ِ‫ث‬‫أ‬‫ي‬ ِ‫د‬َ‫أ‬‫اْل‬ ُ‫ت‬ ‫ا‬َ‫ف‬ِ‫ص‬ ‫أ‬‫ع‬َ‫م‬‫أ‬ُ‫ُي‬ ‫أ‬َ‫َل‬ ‫أ‬‫ى‬ِ‫ذ‬َ‫ل‬‫ا‬ ُ‫ث‬‫أ‬‫ي‬ِ‫د‬َ‫أ‬‫اْل‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ِ‫ف‬‫أ‬‫ي‬ِ‫ع‬َ‫الض‬ ُ‫ث‬‫أ‬‫ي‬ِ‫د‬َ‫أ‬‫ْل‬َ‫ا‬
ِ‫ث‬‫أ‬‫ي‬ ِ‫د‬َ‫أ‬‫اْل‬ ِ‫ت‬ ‫ا‬َ‫ف‬َ‫ص‬ َ‫ال‬َ‫و‬ ِ‫ح‬‫أ‬‫ي‬ِ‫ح‬َ‫الص‬
Ertinya: “Hadits dhaif adalah hadits yang tidak
menghimpun sifat-sifat shahih, dan juga tidak
menghimpun sifat-sifat hadits hasan”.
Kriteria hadits dhaif yaitu hadits yang kehilangan
salah satu syaratnya sebagai hadits shahih dan hasan.
Dengan demikian, hadits dhaif itu bukan tidak memenuhi
syarat-syarat hadits shahih, juga tidak memenuhi
persyaratan hadits-hadits hasan. Para hadits dhaif
terdapat hal-hal yang menyebabkan lebih besarnya
dugaan untuk menetapkan hadits tersebut bukan berasal
dari Rasulullah SAW.
C.
Secara garis besar yang menyebabkan suatu
hadits digolongkan menjadi hadits dhaif dikarenakan dua
hal, yaitu gugurnya rawi dalam sanadnya dan ada cacat
pada rawi atau matan.
20
Hadits dhaif karena gugurnya rawi adalah tidak
adanya satu, dua atau beberapa rawi, yang seharusnya
ada dalam sanad, baik para pemulaan sanad,
pertengahan ataupun akhirnya.
BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKSI
SEBELUM
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi
peluang dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan yang pada saya
cukup berharga walaupun banyak tenaga dan masa dihabiskan.
Pada peringkat awal penerangan yang diberikan semasa taklimat agak
jelas tetapi saya kurang faham kehendak soalan yang diutarakan untuk
menulis esei ini. Selepas meneliti semula soalan beberapa kali dan
berbincang dengan pensyarah dan kawan-kawan, akhirnya segala kekeliruan
dapat saya atasi.
Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat pembacaan
tentang tajuk esei ini dalam buku, jurnal, artikel dalam internet dan
sebagainya. Setelah itu saya meneruskan proses mengumpul maklumat ini
21
sebelum saya mula menulisnya. Pada mulanya, tugasan ini dirasakan
sebagai satu beban yang besar memandangkan tajuk ini adalah berat bagi
saya untuk menulis eseinya,.
Saya tidak mempunyai pengalaman membuat tugasan ilmiah dengan
sempurna membuatkan saya gementar dan tidak yakin terhadap kemampuan
diri sendiri. Saya juga tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang
luas dalam bidang Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis. Namun, dengan berkat
usaha dan dorongan yang berterusan terutama dari rakan-rakan yang sam
belajar saya merasakan beban yang dipikul semakin ringan dan ia
sebenarnya adalah rahmat dan pengalaman yang tidak dapat dijual beli.
Selain itu guru-guru di sekolah juga memainkan peranan yang amat
penting, ini kerana merekalah yang akan memberikan pandangan dan
pengisian untuk tugasan ini. Kesungguhan yang mereka tunjukkan serba
sedikit telah dapat memberikan keyakinan kepada kami untuk lebih
berkeyakinan dalam usaha kami untuk merialisasikan impian dan wawasan
yang diimpikan.
Dari segi peruntukan masa bagi menyiapkan esei ini, secara jujur saya
mengatakan tidak cukup memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan
pada masa yang sama. Antaranya ialah saya terpaksa mengajar di sekolah
dengan tugas-tugas rutin yang lain.. Namun, masalah ini telah berjaya diatasi
kerana saya telah menggunakan pelbagai strategi dalam mengurus masa.
Sebagai contoh, saya mengambil lebih masa pada waktu malam untuk
menulis esei ini.
SEMASA
Pada mulanya saya berasa sangat teruja kerana ada beberapa rakan
seperjuangan agak mahir dalam bidang ini. Saya mendapati mereka juga
tidak lokek berkongsi maklumat terutama bahan dan buku rujukan. Saya
mengambil masa 2 minggu untuk mendapatkan maklumat dari buku, rencana,
artikel dan internet.
22
Saya bertanya ramai rakan guru untuk mendapat maklumat tentang
tugasan ini. Setelah maklumat diperolehi, saya mendapat sedikit sebanyak
kefahaman dan agak bersedia .Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran
yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan
berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing.
Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu
saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang
untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara
melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan.
Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan
semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu sekali.
Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang
tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan
pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah
banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.
PENGALAMAN BARU SETELAH SELESAI
Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil
beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk
menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan
tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa
seseorang guru haruslah menguasai Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis dan
mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer.
di samping itu pemilihan bahan yang autentik di dalam internet juga
turut menjadi keutamaan bagi saya. Saya amat takut maklumat yang
diperolehi akan jauh tersasar dari yang sebenarnya. Selain itu, saya juga
telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam
memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti
pembelajaran
23
Berdasarkan hasil kajian saya faham bahawa memang sukar untuk
memahami kesemua konsep Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis ini tanpa
bimbingan guru yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Menerusi
tugasan ini, sedikit sebanyak telah membuka minda saya sebagai seorang
guru yang perlu memainkan peranan yang penting dalam mencari maklumat
terkini untuk digunakan sepenuhnya di dalam pembelajaran dan pengajaran.
Dalam hal ini, saya insaf sebagai seorang guru, kita perlulah memikirkan jalan
penyelesaian yang terbaik untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid-
murid
PENUTUP
24
Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang terakhir yang Allah s.w.t
turunkan kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan inilah yang
dikatakan mukjizat yang utama kepada seorang Nabi,sedangkan Nabi-nabi
sebelum baginda pun Allah s.w.t ada turunkan kitab tetapi kehebatan al-
Quran mengatasi semuanya itu sehingga dikatakan mukjizat yang paling
utama dan besar.
Kita disuruh membaca dan mengamalkan apa yang terkandung
didalam al- Quran kerana ianya adalah satu pedoman,petunjuk dan pengubat
yang terhebat .Begitu banyak rahsia yang terkandung didalamnya,setiap
huruf dan ayat mengandungi hikmah yang amat besar.Kebanyakan diantara
kita hanya membacanya tanpa mengetahui isi maknanya .
I’jaz (kemukjizatan) adalah menetapkan kelemahan. Kelemahan
menurut pengertian umum ialah ketidakmampuan mengerjakan sesuatu,
lawan dari kemampuan. Apabila kemukjizatan telah terbukti, maka nampaklah
kemampuan mu’jiz (sesuatu yang melemahkan). Yang dimaksud dengan i’jaz
ialah menampakkan kebenaran Nabi dalam pengakuannya sebagai Rasul
dengan menampakkan kelemahan orang Arab untuk menghadapi
mukjizatnya yang abadi, iaitu al-Quran dan kelemahan generasi-generasi
sesudah mereka. Mukjizat adalah sesuatu hal yang luar biasa yang disertai
tentangan dan selamat dari perlawanan.
Maksud kemukjizatan al-Quran bukan semata mata untuk melemahkan
manusia atau menyedarkan mereka atas kelemahanya untuk mendatangkan
seumpama al-Quran akan tetapi tujuan yang sebenarnya adalah untuk
menjelaskan kebenaran al-Quran dan Rasul yang membawanya dan
sekaligus menetapkan bahwa sesuatu yang dibawa oleh mereka hanya
sekadar menyampaikan, mengkhabarkan dan menyerukan risalah Allah
s.w.t
Mukjizat (Al-Quran) yang dikurniakan kepada nabi Muhammad SAW.
sangatlah berbeza dengan mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada nabi-nabi
terdahulu. Jika para nabi sebelumnya bersifat Hissiy-Matrial sedangkan Al-
Quran bersifat maknawi. Perbezaan tersebut berdasarkan perutusan para
nabi sebelum Muhammad s.a.w. ditugaskan pada masyarakat dan masa
25
tertentu. Oleh kerana mukjizat tersebut hanya sementara. Sedangkan al-
Quran tidak terbatas pada masyrakat dan masa tertentu , malahan berlaku
sepanjang masa
RUJUKAN
26
Abdul Ghani Azmi Idris, (1999), Mengenal Al-Quran dan Asas-Asas Ulumul
Quran,Kuala Lumpur:Al-Hidayah Publishers.
Abdul Halim El-Muhammady, (1995), Islam dan Al-Hadith, Kuala Lumpur:
Angkatan Belia Islam Malaysia.
Abdul Hamid Muhammad Tahir, Fauziah Sani, (1987), Al-Hadith dan
Mustolah Al-Hadith, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Karim Ali, Mohd Noor Deris, (2007), Pengajian Al-Sunnah, Kuala
Lumpur:Intel Multimedia And Publication.
Abdul Majid Jaafar, (2007), Isu-isu Dalam Tafsir dan Hadith, Kuala Lumpur:
Pustaka Haji Abdul Majid.
Al-Qattan, Manna’ Khalil, (1976). Mabahith Fi Ulum al-Quran, Beirut:
Mu’assasah al- Risalah.
Budah @ Audah bin Mohsin, (1995), Ulum Al-Hadith, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Jalal al-Din Abd. al-Rahman Ibn Abu Bakr, al-Suyuti:al-Itqan Fi Ulum al-
Quran, Kaherah: Mustafa al-Halabi.
Jalal al-Din Abd. al-Rahman Ibn Abu Bakr, al-Burhan Fi Ulum al-Quran,
Kaherah: Mustafa al-Halabi.
Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, (1994), Ulum Al-Hadith, Kuala
Lumpur:Cahaya Pantai, Sdn. Bhd.
27
petunjuk kepada manusia supaya kembali Allah untuk menerima tugas
utamanya
sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Kedua: Tidak melampau dan terabai.
Tidak melakukan penyelidikan secara berlebih-lebihan tentang ayat-ayat
Kawniyyat
dan sebaliknya pula tidak mengabaikan aspek-aspek positif yang terdapat
dalam alam
ini yang dianugerahkan Allah untuk keperluan manusia.
Ketiga: Pendekatan Al-Qur’an adalah fleksibel.
Pendekatan Al-Qur’an dalam membentangkan ayat-ayatnya bersifat fleksibel
yang
boleh menerima pelbagai tafsiran yang sesuai.
Keempat: Hakikat sains adalah asas pembuktian.
Kita hendaklah elakkan daripada andaian-andaian dan teori-teori sains yang
tidak
sampai ke tahap hakikat sains.
Kelima: Tidak menentukan makna satu ayat atas satu hakikat sahaja.
Kadang-kadang satu hakikat sains yang kita tentukan maksud kepada satu
ayat,
padahal ia adalah salah satu maksud kepada ayat.
Keenam: Mustahil berlaku pertembungan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat
sains.
Mustahil berlaku pertentangan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat sains
kerana
28
kedua-duanya daripada sumber yang satu.
Ketujuh: Hendaklah mengikut metode Al-Qur’an dalam mencari ilmu
pengetahuan.
Kita mesti memahami bahawa segala hal itu bergantung kepada masanya.
Justeru itu
dikatakan bahawa sebaik-baik pentafsir bagi Al-Qur’an adalah masaPertama:
al-I’jaz al-Bayani (Kemukjizatan Dari Segi Kebahasaan)
Dalam membincangkan aspek ini, ia sekaligus melibatkan aspek al-Fasahah
dan al-Balaghah
al-Qur’an.
Pengertian al-Fasahah ) ( : pada bahasa ialah jelas dan terang. Manakala dar
!
ipada segi
istilah ia bermaksud mudah difahami 21
.
Adapun al-Balaghah ("#
) pula: pada bahasa bererti sampai kepada sesuatu. Pada istilah ia
bermaksud menyampaikan sesuatu pengertian ke hati dengan cara yang
sebaik-baiknya. 22
Perbezaan antara al-Fasahah dan al-Balaghah sepertimana disebut oleh al-
Khafaji dalam
karyanya “Sirr al-Fasahah” bahawa al-Fasahah yang berkait langsung dengan
lafaz,
sementara al-Balaghah sesuatu yang berkait dengan makna atau pengertian.
29
Sebagai contoh firman Allah s.w.t. :
Ï
ÉΑô‰yèø9$$Î/ ããΒù'tƒ ©!$# ¨βÎ) *
∩ ⊃∪ šχρã©.x‹s? öΝà6¯=yès9 öΝä3ÝàÏètƒ 4 Ä øöt7ø9$#uρ Ìx6Ψßϑø9$#uρ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat
kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang
daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta
kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya
kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
(
Tujuan utama Al-Qur’an al-Karim adalah untuk memandu dan memimpin tingkah
laku
manusia. Justeru itu, dakwah dan panduan Al-Qur’an muncul dalam pelbagai bentuk
dan cara.
Ada yang menjurus kepada fitrah asal kejadian manusia, Kadang-kadang dalam
bentuk
pembuktian yang berdasarkan sesuatu yang boleh dikesan melalui pancaindera,
kadangkadang
melalui dialog ilmiah, ada kalanya dengan cara mengambil pengiktibaran terhadap
apa yang yang berlaku pada umat terdahulu dan lain sebagainya.
Apabila kita meneliti tujuan dan metode Al-Qur’an dalam perbincangannya kita dapati
banyak ayat-ayat yang berkaitan dengan penciptaan alam semesta termasuk langit,
bumi dan
diri manusia sendiri. Para pengkaji telah mengenal pasti bahawa didapati ratusan
ayat Al-
Qur’an yang membicarakan tentang hukum alam yang telah ditentukan oleh Allah
s.w.t. serta
9
sistem yang berlaku kepada segala ciptaannya ini. Sebahagian pengkaji
menganggarkan ayatayat
tersebut lebih daripada 900 ayat terdapat di dalam surah-surah Al-Quran.23
Namun begitu, para ulama dahulu dan masa kini tidak mempunyai kata sepakat
sama ada
bolehkah ayat-ayat Al-Qur’an ditafsirkan dengan secara sains. Dalam hal ini, mereka
boleh
dikategorikan dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama, mereka yang menentang
tafsiran Al-
Qur’an secara sains. Kumpulan ini diketuai oleh salah seorang tokoh pemikir Islam
yang
ulung iaitu al-Imam Abu Ishaq al-Shatibi Ibrahim bin Musa al-Lakhmi al- Gharnati (m.
790H). Sementara ulama masa kini yang sependapat dengan kumpulan ini ialah al-
Shaykh
30
Amin al-Khuli –suami Dr. Bint al-Shati’. Demikian juga, al-Shaykh Mahmud Shaltut –
mantan Shaykh al-Azhar.24
Kumpulan kedua, mereka yang berpendapat bahawa Al-Qur’an boleh ditafsirkan
secara sains.
Mereka ini diketuai oleh tokoh sufi terkenal iaitu al-Imam al-Ghazali, al-Imam al-Razi,
al-
Shaykh Muhammad Rashid Rida, Mustafa Sadiq al-Rafi`i dan lain-lain. 25
Walau apapun, mereka yang mengatakan bahawa pentafsiran Al-Qur’an secara
sains itu boleh
dilakukan dengan mengambilkira beberapa ketetapan asas sebagai berikut: 26
Pertama: Al-Qur’an adalah Kitab Hidayah.
Sesungguhnya Al-Qur’an al-Karim sebuah kitab hidayah yang berperanan memberi
petunjuk kepada manusia supaya kembali Allah untuk menerima tugas utamanya
sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Kedua: Tidak melampau dan terabai.
Tidak melakukan penyelidikan secara berlebih-lebihan tentang ayat-ayat Kawniyyat
dan sebaliknya pula tidak mengabaikan aspek-aspek positif yang terdapat dalam
alam
ini yang dianugerahkan Allah untuk keperluan manusia.
Ketiga: Pendekatan Al-Qur’an adalah fleksibel.
Pendekatan Al-Qur’an dalam membentangkan ayat-ayatnya bersifat fleksibel yang
boleh menerima pelbagai tafsiran yang sesuai.
Keempat: Hakikat sains adalah asas pembuktian.
Kita hendaklah elakkan daripada andaian-andaian dan teori-teori sains yang tidak
sampai ke tahap hakikat sains.
Kelima: Tidak menentukan makna satu ayat atas satu hakikat sahaja.
Kadang-kadang satu hakikat sains yang kita tentukan maksud kepada satu ayat,
padahal ia adalah salah satu maksud kepada ayat.
Keenam: Mustahil berlaku pertembungan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat
sains.
Mustahil berlaku pertentangan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat sains kerana
kedua-duanya daripada sumber yang satu.
Ketujuh: Hendaklah mengikut metode Al-Qur’an dalam mencari ilmu pengetahuan.
Kita mesti memahami bahawa segala hal itu bergantung kepada masanya. Justeru
itu
dikatakan bahawa sebaik-baik pentafsir bagi Al-Qur’an adalah masa

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as sout
kenjisword
 
18.9.2012 hadis qudsi complete
18.9.2012   hadis qudsi complete18.9.2012   hadis qudsi complete
18.9.2012 hadis qudsi complete
Angah Rahim
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
123syahier
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
dr2200s
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
Wan Syafawati
 
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahPengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
mzaidin
 
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiFiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
ieda kahar
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
Camar Puteh
 

Was ist angesagt? (20)

Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as sout
 
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & ASHADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - Pengenalan
 
18.9.2012 hadis qudsi complete
18.9.2012   hadis qudsi complete18.9.2012   hadis qudsi complete
18.9.2012 hadis qudsi complete
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahPengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
 
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
 
Nota dakwah
Nota dakwahNota dakwah
Nota dakwah
 
Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-butiFiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
Fiqh al sirah 1 - muhammad said ramadan al-buti
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Asbabun nuzul
Asbabun nuzulAsbabun nuzul
Asbabun nuzul
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
 

Andere mochten auch

Tugasan ulum quran ustazah siti eshah salleh
Tugasan ulum quran ustazah siti eshah sallehTugasan ulum quran ustazah siti eshah salleh
Tugasan ulum quran ustazah siti eshah salleh
Norafsah Awang Kati
 
Powerpoint kura2 brazil
Powerpoint kura2 brazilPowerpoint kura2 brazil
Powerpoint kura2 brazil
MOHD AZHAR ALI
 
Makalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'anMakalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'an
Linbud
 
Kertas cadangan mata pelajaran mata pelajaran ulum al
Kertas cadangan  mata pelajaran mata pelajaran ulum alKertas cadangan  mata pelajaran mata pelajaran ulum al
Kertas cadangan mata pelajaran mata pelajaran ulum al
Noor Zainah
 
Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2
Lieya Rayyan
 
Jadual final v3 131
Jadual final  v3 131Jadual final  v3 131
Jadual final v3 131
taripin
 
(Ctu 085) 1st assignment
(Ctu 085) 1st assignment(Ctu 085) 1st assignment
(Ctu 085) 1st assignment
syeerakahar
 

Andere mochten auch (20)

Kemukjizatan al qur'an
Kemukjizatan al qur'anKemukjizatan al qur'an
Kemukjizatan al qur'an
 
Tugasan ulum quran ustazah siti eshah salleh
Tugasan ulum quran ustazah siti eshah sallehTugasan ulum quran ustazah siti eshah salleh
Tugasan ulum quran ustazah siti eshah salleh
 
ULUM AL- QUR'AN
ULUM AL- QUR'ANULUM AL- QUR'AN
ULUM AL- QUR'AN
 
Jom cari maklumat
Jom cari maklumat Jom cari maklumat
Jom cari maklumat
 
Hadis Dhaif
Hadis DhaifHadis Dhaif
Hadis Dhaif
 
Kemukjizatan al qur'an
Kemukjizatan al qur'anKemukjizatan al qur'an
Kemukjizatan al qur'an
 
makalah Ijazul al quran
makalah Ijazul al quran makalah Ijazul al quran
makalah Ijazul al quran
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.
 
Ulumu-l-Qur'an Nasikh wa Mansukh
Ulumu-l-Qur'an Nasikh wa MansukhUlumu-l-Qur'an Nasikh wa Mansukh
Ulumu-l-Qur'an Nasikh wa Mansukh
 
Powerpoint kura2 brazil
Powerpoint kura2 brazilPowerpoint kura2 brazil
Powerpoint kura2 brazil
 
Makalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'anMakalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'an
 
Tugasan elm3101
Tugasan elm3101Tugasan elm3101
Tugasan elm3101
 
Kertas cadangan mata pelajaran mata pelajaran ulum al
Kertas cadangan  mata pelajaran mata pelajaran ulum alKertas cadangan  mata pelajaran mata pelajaran ulum al
Kertas cadangan mata pelajaran mata pelajaran ulum al
 
Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2
Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2
 
Jadual final v3 131
Jadual final  v3 131Jadual final  v3 131
Jadual final v3 131
 
mukjizat al quran
mukjizat al quranmukjizat al quran
mukjizat al quran
 
Pendidikan al quran dan as-sunnah
Pendidikan al quran dan as-sunnahPendidikan al quran dan as-sunnah
Pendidikan al quran dan as-sunnah
 
Asbabun nuzul
Asbabun nuzulAsbabun nuzul
Asbabun nuzul
 
(Ctu 085) 1st assignment
(Ctu 085) 1st assignment(Ctu 085) 1st assignment
(Ctu 085) 1st assignment
 
Ushul fiqh hukum taklifi
Ushul fiqh hukum taklifiUshul fiqh hukum taklifi
Ushul fiqh hukum taklifi
 

Ähnlich wie Assignment mukjizat al quran 3

sumber ajaran dan sains
sumber ajaran dan sainssumber ajaran dan sains
sumber ajaran dan sains
mkazree
 
Tugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quranTugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quran
Khudrey Hamid
 
Tugas pembuatan makalah studi al qur’an
Tugas pembuatan makalah studi al qur’anTugas pembuatan makalah studi al qur’an
Tugas pembuatan makalah studi al qur’an
Nur Alfiyatur Rochmah
 
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaanSejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Riyan Smart
 
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaanSejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Riyan Smart
 
Resume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'anResume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'an
Suya Yahya
 

Ähnlich wie Assignment mukjizat al quran 3 (20)

Ulumul qur’an 3
Ulumul qur’an 3Ulumul qur’an 3
Ulumul qur’an 3
 
Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).
 
I jaz-alquran-kel-10
I jaz-alquran-kel-10I jaz-alquran-kel-10
I jaz-alquran-kel-10
 
sumber ajaran dan sains
sumber ajaran dan sainssumber ajaran dan sains
sumber ajaran dan sains
 
Mengenal Al Qur'an
Mengenal Al Qur'anMengenal Al Qur'an
Mengenal Al Qur'an
 
Icsb223
Icsb223Icsb223
Icsb223
 
I'jaz Al Qur'an
 I'jaz Al Qur'an I'jaz Al Qur'an
I'jaz Al Qur'an
 
KEMUJIZATAN AL-QUR'AN.pptx
KEMUJIZATAN AL-QUR'AN.pptxKEMUJIZATAN AL-QUR'AN.pptx
KEMUJIZATAN AL-QUR'AN.pptx
 
Tugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quranTugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quran
 
MAKALAH AL-QUR'AN.docx
MAKALAH AL-QUR'AN.docxMAKALAH AL-QUR'AN.docx
MAKALAH AL-QUR'AN.docx
 
Tugas pembuatan makalah studi al qur’an
Tugas pembuatan makalah studi al qur’anTugas pembuatan makalah studi al qur’an
Tugas pembuatan makalah studi al qur’an
 
Makalah ijaz alquran
Makalah ijaz alquranMakalah ijaz alquran
Makalah ijaz alquran
 
Al quran
Al quranAl quran
Al quran
 
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaanSejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
 
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaanSejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
 
AL-QUR'AN.pptx
 AL-QUR'AN.pptx AL-QUR'AN.pptx
AL-QUR'AN.pptx
 
Rasionalitas al Qur’an dalam Dunia Debat
Rasionalitas al Qur’an dalam Dunia DebatRasionalitas al Qur’an dalam Dunia Debat
Rasionalitas al Qur’an dalam Dunia Debat
 
Resume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'anResume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'an
 
I'jaz al qur'an (muhammad maghfur amin)
I'jaz al qur'an (muhammad maghfur amin)I'jaz al qur'an (muhammad maghfur amin)
I'jaz al qur'an (muhammad maghfur amin)
 
Adab membaca alquran
Adab membaca alquranAdab membaca alquran
Adab membaca alquran
 

Assignment mukjizat al quran 3

  • 1. 1 SENARAI KANDUNGAN BAHAGIAN A: ESEI MUKA SURAT PENDAHULUAN DEFINISI I’JAZ AL-QURAN CIRI-CIRI I’JAZ AL-QURAN SUDUT I’JAZ AL-QURAN 1. Al-I’jaz Al-I’lmi(Kemukjizatan dari segi Sains), 2. Al-I’jaz Al-Bayani (Kemukjizatan dari segi Bahasa) 3. KHABAR MASA DEPAN Perkhabaran mengenai kemenangan kaum Muslimin dalam peperangan Badar BAHAGIAN B: AL-QURAN HADIS QUDSI KHABAR MUTAWATIR HADIS SAHIH HADIS HASAN HADIS DA’IF BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKSI SEBELUM SEMASA PENGALAMAN BARU SETELAH SELESAI PENUTUP RUJUKAN
  • 2. 2 BAHAGIAN A: ESEI PENDAHULUAN Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya keimanan. Ia tertulis di mana-mana lembaran bahawa al- Quran juga merupakan sumber rujukan yang utama bagi menentukan hukum fiqh Islam. Kitab suci al-Quran atau kalam Allah yang diturunkan kepada Baginda SAW ini, melalui malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun, penurunannya adalah mengikut suasana semasa yang berlaku ketika itu, yang memerlukan istinbat hukum. Kandungan Al-Quran merangkumi ayat- ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadat, pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran dan pembangunan negara, urusan pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua kandungan ini menjadi sumber rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat. Ingin ditegaskan juga di sini bahawa selain al-Quran, as-Sunnah turut menjadi pegangan seluruh umat Islam di dunia ini sebagai dua sumber utama perundangan Islam. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menerima kedua-duanya tanpa menolak salah satu daripadanya kerana kedua-duanya adalah sumber rujukan yang menjadi penunjuk arah dalam kehidupan. Firman Allah : ‫ا‬َ‫ت‬ِ‫ك‬‫أ‬‫ل‬‫ا‬ ُ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫م‬ِ‫ل‬َ‫ع‬ُ‫ي‬َ‫و‬ ‫أ‬‫م‬ِ‫ه‬‫ي‬ِ‫ك‬َ‫ز‬ُ‫ي‬َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ات‬َ‫آي‬ ‫أ‬‫م‬ِ‫ه‬‫أ‬‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ‫و‬ُ‫ل‬‫أ‬‫ت‬َ‫ي‬ ‫أ‬‫م‬ُ‫ه‬‫أ‬‫ن‬ِ‫م‬ ً‫ال‬‫و‬ُ‫س‬َ‫ر‬ َ‫ني‬ِ‫ي‬ِ‫ُم‬‫أ‬‫اْل‬ ِ‫ِف‬ َ‫ث‬َ‫ع‬َ‫ب‬ ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ َ‫و‬ُ‫ه‬َ‫ة‬َ‫أم‬‫ك‬ِ‫أ‬‫اْل‬َ‫و‬ َ‫ب‬ ٍ‫ني‬ِ‫ب‬ُّ‫م‬ ٍ‫ل‬ َ‫َل‬َ‫ض‬ ‫ي‬ِ‫ف‬َ‫ل‬ ُ‫ل‬‫أ‬‫ب‬َ‫ق‬ ‫ن‬ِ‫م‬ ‫ا‬‫و‬ُ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬‫ن‬ِ‫إ‬َ‫و‬ Maksudnya : "Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri,
  • 3. 3 yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmat (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata".(Surah al-Jumuah: 2) Demikianlah, al-Quran merupakan sumber utama hukum namun ayat- ayatnya tidaklah menjelaskan semua jenis masalah kecil dan tidaklah menerangkan semua hukum serta menyatakan nas mengenainya. Disebabkan itu, selain al-Quran, terdapat juga sumber-sumber lain yang disepakati boleh digunakan untuk mengistinbat hukum. Oleh itu, di dalam kertas pengkajian ini akan menumpukan dan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai al-Quran sebagai sumber hukum Islam yang pertama daripada segi kehujahannya, kedudukannya, kemukjizatannya dan dalalahnya. DEFINISI I’JAZ AL-QURAN Al-Quran merupakan kalamullah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril secara mutawatir dalam bahasa Arab dan membacanya adalah suatu ibadah. Al-quran telah diturunkan untuk umat seluruh alam dan sesiapa sahaja yang mengikut apa- apa yang terkandung dalamnya akan mendapat kejayaan. Al-quran juga meliputi semua aspek kehidupan sama ada dari segi dunia dan akhirat. Selain kitab suci Al-Quran, Allah SWT juga telah menurunkan beberapa kitab yang lain iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Kitab Al-quran berbeza dengan kitab samawi yang lain iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Di dalam kitab Al- Quran terdapat 114 surah dan 29 surah daripada 114 surah tersebut bermula dengan huruf al-muqaththa’ah (potongan-potongan huruf dalam Al-Quran) seperti alif-lam-mim, berbeza dengan kitab samawi yang lain tidak terdapat potongan huruf tersebut. Al-Quran terpelihara sampai akhir zaman, sedangkan kitab samawi yang lain hanya berlaku pada masa dahulu sahaja.( Abdul Karim Ali dan Mohd Noor Deris, 2007).
  • 4. 4 Dari segi bahasa perkataan mukjizat berasal daripada perkataan i’jaz yang diambil daripada kata kerja a’jaza-i’jaza yang bermaksud melemahkan atau menjadikan tidak mampu. Manakala dari segi istilah pula ialah sesuatu yang luar biasa yang dapat melemahkan manusia dan diluar kemampuan serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana manusia pun. (Abdul Ghani dan Azmi Idris, 1999). Selain itu, mukjizat juga boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah melalui para nabi dan rasul sebagai bukti kenabian dan kerasulan. Menurut Imam Jalaludin al-Sayuti, mukjizat adalah suatu hal atau peristiwa luar biasa yang disertai halangan dan tidak ada orang biasa yang sanggup menghadapi halangan itu. Menurut Sheikh Mannan al Qattan, mukjizat ialah membuktikan kebenaran nabi dalam pengakuannya sebagai seorang Rasul, dengan membuktikan kelemahan orang-orang Arab jahiliyah yang menentang kemukjizatan al-quran. Selain itu, kemukjizatan Al-quran ialah kelemahan manusia untuk mendatangkan sesuatu yang sejenis dengan Al-quran dan sebagai bukti kitab ini ialah kitab yang Haq dan Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW adalah rasul yang benar yang diutuskan oleh Allah SWT. Bukan bermaksud kemukjizatan itu melemahkan. Bahkan ia bermaksud mencabar manusia namun mereka tidak mencapai kemampuan tersebut. Dalam kemukjizatan Al-quran mengandungi beberapa aspek iaitu bermukjizat dengan tahap ketinggian balaghah yang tiada tolok bandingnya. Kemudian pemberitaannya mengenai alam ghaib yang akan datang dan tidak dapat diketahui melainkan melalui wahyu. Al quran itu mukjizat kerana terkandung pelbagai ilmu dan hikmah yang meliputi seluruh aspek kehidupan kita. Secara kesimpulannya, mukjizat adalah sebuah peristiwa atau perkara luar biasa yang hadir seiring dengan cabaran dan tidak mampu dilawan dan ditandingi oleh sesiapapun. Al- Quran mencabar orang-orang Arab dan mereka tidak pula mampu menentang walaupun mereka merupakan orang
  • 5. 5 yang fasih dalam bahsa arab. Ini sekaligus membuktikan kemukjizatan al- quran. CIRI-CIRI I’JAZ AL-QURAN Daripada takrif-takrif di atas dapat disimpulkan beberapa ciri-ciri khusus al- Quran : 1. Al-Quran merupakan kalam Allah Taala. Setiap ayatnya saling berkaitan dan mempunyai kesesuaian balaghah yang mengagumkan. Sehingga ia tidak mampu ditandingi oleh sekalian manusia, lebih-lebih lagi kerana kemampuan manusia yang terbatas. 2. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab seperti yang diterangkan dalam al-Quran itu sendiri. Firman Allah SWT: َ‫ين‬ِ‫ر‬ِ‫نذ‬ُ‫م‬‫أ‬‫ل‬‫ا‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ك‬َ‫ت‬ِ‫ل‬ َ‫ك‬ِ‫ب‬‫أ‬‫ل‬َ‫ق‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ُ‫ني‬ِ‫َم‬‫أ‬‫اْل‬ ُ‫وح‬ُّ‫الر‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ َ‫ل‬َ‫ز‬َ‫ن‬ٍ‫ني‬ِ‫ب‬ُّ‫م‬ ٍِ‫ب‬َ‫ر‬َ‫ع‬ ٍ‫ان‬َ‫س‬ِ‫ل‬ِ‫ب‬ “Ia dibawa turun oleh Malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata” (al-Syu’ara’:193-195). 3. Makna al-Quran dan lafaznya dibawa turun dari sisi Allah. Ini membezakannya daripada hadis-hadis yang keluar daripada Rasulullah SAW sama ada hadis Qudsi atau hadis Nabawi, kerana hadis-hadis tersebut adalah ilham daripada Allah, tetapi lafaznya daripada Rasulullah SAW sendiri. 4. Al-Quran dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi secara mutawatir. Pemindahan secara mutawatir ini memberi makna keyakinan tentang kesahihan dan ketulenan al-Quran, ia tidak mengalami sebarang perubahan, kerana itu tidak ada keraguan bahawa semua nasnya adalah daripada Allah. (Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, 1994).
  • 6. 6 5. Al-Quran adalah mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Allah mencabar bangsa Arab keseluruhannya supaya mencipta satu surah yang boleh menyamai al-Quran, namun mereka tidak mampu. Maka ia adalah satu hujah ke atas mereka (bangsa Arab) yang mendakwa bahawa wahyu (al-Quran) yang disampaikan Rasulullah SAW adalah rekaan Baginda semata-mata. Firman Allah yang berbunyi : ِِ‫ِب‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ت‬‫أ‬‫أ‬َ‫ي‬ َ‫ال‬ ِ‫آن‬‫أ‬‫ر‬ُ‫ق‬‫أ‬‫ل‬‫ا‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ه‬ ِ‫ل‬‫أ‬‫ث‬ِِ‫ِب‬ ‫أ‬‫ا‬‫و‬ُ‫ت‬‫أ‬‫أ‬َ‫ي‬ ‫َن‬‫أ‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُّ‫ن‬ِ‫أ‬‫اْل‬َ‫و‬ ُ‫نس‬ِ‫إل‬‫ا‬ ِ‫ت‬َ‫ع‬َ‫م‬َ‫ت‬‫أ‬‫اج‬ ِ‫ن‬ِ‫ئ‬َّ‫ل‬ ‫ل‬ُ‫ق‬‫أ‬‫م‬ُ‫ه‬ُ‫ض‬‫أ‬‫ع‬َ‫ب‬ َ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ‫أ‬‫و‬َ‫ل‬َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ل‬‫أ‬‫ث‬ ً‫ا‬‫ري‬ِ‫ه‬َ‫ظ‬ ٍ‫ض‬‫أ‬‫ع‬َ‫ب‬ِ‫ل‬ Katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri (al-Isra’:88). 6. Membaca al-Quran itu diberi pahala oleh Allah S.W.T, sama ada bacaan itu berasal daripada hafalan sendiri mahupun dibaca langsung daripada mushaf al-Quran. Raasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka ia akan mendapat satu kebaikan, satu kebaikan itu bernilai sepuluh kali. Saya tidak akan mengatakan alif lam mim itU satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” (hadith riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim dari ‘Abdullah ibn Mas’ud) SUDUT I’JAZ AL-QURAN 1. Al-I’jaz Al-I’lmi(Kemukjizatan dari segi Sains), Al-I’jaz Al-i’lmi ialah kemukjizatan dari segi sains. Bukan bermaksud ilmu sains mendahului Al-quran. Akan tetapi, penemuan sains telah wujud di dalam al-quran. Al-quran terlebih dahulu menceritakan perkara tersebut sebelum ditemui oleh ahli-ahli sains. Mereka telah banyak meneroka alam
  • 7. 7 semesta ini dengan penemuan-penemuan baru. Akan tetapi hakikatnya mereka tidak sedari sebenarnya semua perkara tersebut terkandung dalam al-Quran. Tidak ada satupun kitab-kitab terdahulu di dunia memberi jaminan seperti al-Quran. Allah berfirman: ............   Maksudnya: ........Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya. (surah Yunus ayat 24) Dalam ayat ini menjelaskan bahawa Allah menjadikan al-Quran agar kita mengkaji seberapa banyak untuk melahirkan umat yang mampu menjana kemajuan berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Terdapat beberapa contoh dimana teori-teori sains sudah wujud dalam al-Quran sejak dahulu. Permulaan kepada alam diceritakan dalam al-Quran:         Maksudnya: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami
  • 8. 8 jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (surah Anbiya ayat 30) Seterusnya, kita melihat bagaimana Teori Darwin yang menunjukkan kebatilannya dan membuktikan bahawa kekuasaan Allah tiada tolok bandingnya. Teori evolusi yang amat primitif dan hanya berlandaskan minda manusia yang amat terbatas hampir memesongkan aqidah umat Islam di seluruh dunia. Allah telah berfirman:     Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. Kemudian di dalam firman Allah:          Maksudnya: Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian
  • 9. 9 Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(surah Al-Mukminin ayat 14) Secara keseluruhannya hampir semua teori sains yang telah direka sebenarnya hanyalah menurut al-Quran namun atas dasar kepentingan pihak tertentu mereka mengubah maksud untuk memastikan aqidah umat Islam tercalar. Al-Quran juga sebagai membuktikan bahawa segala yang terkandung di alam semesta adalah milik Allah dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. 2. Al-I’jaz Al-Bayani (Kemukjizatan dari segi Bahasa) Al-i’jaz Al-bayani ialah kemukjizatan dari segi bahasa. Bahasa amat penting dalam komunikasi sehingga bahasa yang baik akan menjadikan kita memahami kehendak seseorang. Kehebatan bahasa yang digunakan dalam al-quran begitu hebat dan tinggi sehingga orang arab sendiri kagum dengan bahasa yang terlalu indah dan tinggi dalam Al-quran. Ahli-ahli sastera arab pun tunduk mengalah dengan kehebatan dan keindahan bahasa yang terdapat dalam Al-quran. Bahasa yang dikandung oleh al-Quran tidak mampu ditandingi dan bahasa itu tidak pula terkeluar dari gaya bahasa kalam mereka. Setiap manusia memfokuskan perhatiannya pada al-Qur’an, ia tentu akan mengenalpasti rahsia-rahsia kemukjizatan aspek bahasanya tersebut. (Abdul Hamid Muhammad Tahir dan Fauziah Sani, 1987), Kemukjizatan melalui keindahan bunyi melalui nada huruf-hurufnya ketika diperdengarkan harakat dan sukunnya, madd dan ghunnahnya, fasilah dan maqta’nya, sehingga telinga tidak pernah merasa bosan, bahkan ingin senantiasa terus mendengarnya. Buktinya hingga kini tiada sesiapapu pun mampu untuk mencabar al-Quran. Allah berfirman dalam Al-quran:  
  • 10. 10      Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri. (Al-Isra,88) Selain itu, orang arab gagal menandingi ayat-ayat al-Quran seperti dalam firman Allah :      Maksudnya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. (An-nisa ayat 82) Keindahan bahasa Al-Quran sangat menarik perhatian orang Arab pada zaman dahulu sehingga ramai cerdik pandai ingin mendatangkan seumpamanya, namun tetap menemui kegagalan. Sebagai contoh, seorang sasterawan terkenal pada masa itu iaitu Al-Walid Bin Mugirah tertarik dengan dan terpesona apabila mendengar nabi membaca Al-Quran dengan katanya: ‫بالكهان‬ ‫ولما‬ ‫بالسحر‬ ‫ولما‬ ‫لشعر‬ ‫با‬ ‫هو‬ ‫ما‬ ‫وهللا‬
  • 11. 11 “Demi Allah! Perkataan tersebut bukan Syair, bukan Sihir. Bukan Kahanah (Mentera yang biasa dibaca oleh Dukun.)” Inilah merupakan tanda kemukjizatan Al-quran dari sudut bahasa yang membuktikan kebenaran Al-quran dan kehebatannya dapat dilihat dari sudut pemilihan kata, kalimah dan hubungan antara keduanya, kesan fonologi terhadap nada dan irama dan lain-lain. 3. KHABAR MASA DEPAN 1. Perkhabaran mengenai kemenangan kaum Muslimin dalam peperangan Badar Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Qamar ayat 43-45: ِ‫ِف‬ ٌ‫ة‬‫اء‬َ‫ر‬َ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ ‫أ‬‫َم‬‫أ‬ ‫أ‬‫م‬ُ‫ك‬ِ‫ئ‬َ‫ل‬‫أ‬‫ُو‬‫أ‬ ‫أ‬‫ن‬ِ‫م‬ ٌ‫ر‬‫أ‬‫ي‬َ‫خ‬ ‫أ‬‫م‬ُ‫ك‬ُ‫َّار‬‫ف‬ُ‫ك‬َ‫أ‬ُ‫ع‬‫أ‬‫م‬َ‫أ‬‫اْل‬ ُ‫م‬َ‫ز‬‫أ‬‫ه‬ُ‫ي‬َ‫س‬ ‫ر‬ِ‫ص‬َ‫نت‬ُّ‫م‬ ٌ‫يع‬َِ‫َج‬ ُ‫ن‬‫أ‬َ‫َن‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ل‬‫و‬ُ‫ق‬َ‫ي‬ ‫أ‬‫َم‬‫أ‬ِ‫ر‬ُ‫ب‬ُّ‫الز‬ َ‫ر‬ُ‫ُّب‬‫الد‬ َ‫ن‬‫و‬ُّ‫ل‬َ‫و‬ُ‫ي‬َ‫و‬ “Adakah orang-orang Kafir kamu (wahai kaum Musyrik Mekah) lebih baik (kekuatan, kekayaan dan kehandalannya) daripada kaum-kaum Kafir yang tersebut itu ? Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti dalam kitab-kitab suci tentang kebebasan kamu (dari azab) ? (Mereka tidak mempunyai sebarang bukti) bahkan mereka akan berkata dengan angkuhnya: “Kami satu kaum yang bersatu, yang sudah tentu dapat membela diri”. Kumpulan mereka yang bersatu sudah tentu dapat dikalahkan, dan mereka pula akan berpaling lari”. Ketika surah Al-Qamar ini diturunkan, jumlah kaum Muslimin pada saat itu masih terlalu sedikit serta masih belum memiliki kekuatan yang padu sehingga Saidina Umar Al-Khattab sendiri merasa hairan lalu berkata : “Pasukan manakah yang diberitakan Al-Qur’an dapat kita kalahkan, sedang
  • 12. 12 kita melindungi diri sendiri sahaja tidak mampu”. (Abdul Halim El- Muhammady, 1995), Pemberitahuan kemenangan ini disokong pula oleh satu ayat lain iaitu ayat 9 dari surah Al-Anfal: َ‫ن‬ِ‫م‬ ٍ‫ف‬‫أ‬‫ل‬َ‫أ‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ك‬ُّ‫د‬ُِ‫ُم‬ ِ‫َّن‬‫أ‬ ‫أ‬‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ َ‫اب‬َ‫ج‬َ‫ت‬‫أ‬‫اس‬َ‫ف‬ ‫أ‬‫م‬ُ‫ك‬َّ‫ب‬َ‫ر‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫يث‬ِ‫غ‬َ‫ت‬‫أ‬‫س‬َ‫ت‬ ‫أ‬‫ذ‬ِ‫إ‬َ‫ني‬ِ‫ف‬ِ‫د‬‫أ‬‫ر‬ُ‫م‬ ِ‫ة‬َ‫ك‬ِ‫آلئ‬َ‫م‬‫أ‬‫ل‬‫ا‬ “Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu : “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. Demikianlah Al-Qur’an mengkhabarkan mereka bahawa kaum Muslimin akan menang dan pasukan dari Mekah yang keluar menyerbu kaum Muslimin akan kalah dan melarikan diri. Siapakah yang dapat menceritakan hal yang sedemikian itu kalau bukan Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa ? Ternyata apa yang telah dikhabarkan benar-benar berlaku tepat sebagaimana yang disebut di dalam Al-Qur’an.( Budah @ Audah bin Mohsin, 1995). BAHAGIAN B: ISTILAH DEFINISI AL-QURAN Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya keimanan. Kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada Baginda SAW ini, melalui malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun, penurunannya adalah mengikut suasana semasa yang berlaku ketika itu, yang memerlukan istinbat hukum. Kandungan Al-Quran merangkumi ayat-ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadat, pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan
  • 13. 13 pentadbiran dan pembangunan negara, urusan pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua kandungan ini menjadi sumber rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat. Para nabi dan rasul tidak akan sama sekali mengubah wahyu Allah SWT ketika berdakwah tidak kira dengan siapa dan apapun situasinya.Tidak juga akan tunduk pada factor pangkat atau kedudukan mahupun kekuasaan individu atau sesuatu kumpulan. Dakwah para nabi dan rasul hanya menurut wahyu dan perintah dari Allah SWT dan tidak akan di tokok tambah. Kalimah wahyu yang terdapat di dalam al-Quran mempunyai banyak pengertian bergantung kepada siapa arahan itu ditentukan oleh Allah SWT. Wahyu membawa pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada pengertian al-Quran. Hal itu kerana al-Quran merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, tapi tidak semua wahyu itu, berupa Al-Quran. Di mana ada yang berupa hadis, kitab Zabur, Taurat dan Injil adalah juga wahyu Allah. HADIS QUDSI  Lafaz daripada Rasulullah SAW dan maknanya daripada Allah Taala  Wahyu Allah yang diungkapkan kembali oleh Rasulullah SAW  Sumber hukum kedua  Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak membaca dan menyentuhnya  Boleh membaca ketika berhadas besar  Tidak boleh dibaca dalam solat KHABAR MUTAWATIR Mutawatir secara istilah didefinisikan sebagai apa yang diriwatkan oleh banyak orang, yang menurut kebiasaan
  • 14. 14 mustahil mereka semua bersepakat untuk berbohong (‫الكذب‬ ‫على‬ ‫اطؤهم‬‫و‬‫ت‬ ‫العادة‬ ‫حتيل‬ ‫كثري‬‫عدد‬ ‫اه‬‫و‬‫ر‬ ‫ما‬). Maksud dari definisi ini adalah khabar atau hadits mutawatir adalah khabar atau hadits yang diriwayatkan oleh banyak rawi pada setiap tingkatan (‫طبقة‬) dari seluruh tingkatan sanadnya, yang menurut kebiasaan mustahil mereka semua bersepakat untuk berbohong atau menyelisihi khabar ini. Syarat-Syarat Hadits Mutawatir Dari definisi di atas, dapat disimpulkan bahwa sebuah khabar atau hadits tidak bisa disebut khabar atau hadits mutawatir kecuali memenuhi empat syarat berikut ini: 1. Diriwayatkan oleh banyak rawi. Ada yang menyebutkan jumlah minimalnya adalah 10 orang rawi. 2. Jumlah rawi –sebagaimana yang disebut di poin 1– tersebut terdapat di setiap tingkatan sanad. 3. Menurut kebiasaan mustahil mereka bersepakat untuk berbohong. Misalnya karena mereka berada di negeri- negeri yang berbeda, bangsa yang berbeda, atau dari berbagai madzhab yang berbeda. 4. Penyandaran khabar tersebut dilakukan melalui indra (‫,)الحس‬ seperti kami mendengar (‫,)سمعنا‬ kami melihat (‫,)رأينا‬ atau kami menyentuh (‫.)لمسنا‬ Adapun jika penyandaran khabar tersebut berdasarkan akal, seperti perkataan ‘alam ini baru’, maka khabar seperti ini tidak bisa disebut
  • 15. 15 sebagai khabar mutawatir. HADIS SAHIH 1. Hadith Sahih ialah hadith yang mempunyai sanad yang berhubung daripada seorang yang lain sehingga akhir sanad melalui perawi-perawi yang adil dan dhobit, tiada syaz dan tidak cacat (syaz). 2. Apa yang dimaksudkan dengan syaz ialah suatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang yang thiqah tetapi hadith ini bertentangan dengan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beberapa orang yang thiqah. 3. Ilah pula ialah kecacatan yang terdapat dalam sesuatu hadith yangmenjadikan hadith itu tidak boleh diterima. 4. Bagi menentukan sesuatu hadith itu sahih atau tidak, hadith tersebut mestilah memenuhi syarat- syarat. 5. Syarat-syarat tersebut merangkumi perawi, sanad dan matan hadith. Antara syarat-syarat hadith sahih ialah: a. Perawinya bersifat adil. Maksud adil ialah seseorang yang soleh, beriman, bertakwa, tidak melakukan dosa besar, menjauhi perkara merosakkan iman dan tidak mengikut mana-mana hadith yang bertentangan dengan syarak serta menjaga akhlak dan maruah diri. b. Dhabit atau penjagaannya baik. Maksudnya perawi mempunyai kekuatan ingatan, cerdik dan faham sama ada dalam bentuk hafalan atau tulisan. Perawi juga dapat menjaga tulisan -tulisannya daripada
  • 16. 16 sebarang penambahan, pengurangan atau perubahan dengan sebab lupa atau cuai. c. Hadith diterima daripada perawi-perawi yang sama sifatnya. Jika ada di antara perawi yang tiada sifat-sifat yang boleh diterima, maka hadithnya ditolak. d. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir iaitu tidak terputuspada manamana tabaqat atau peringkat hingga sampai kepada Rasulullah saw. e. Tidak terdapat kejanggalan atau syaz. Menurut Imam Syafi’e hadith tersebut diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi menyalahi riwayat ramai. f. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang merosakkannya iaitu keadaan yang berupa kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadith itu untuk diakui sebagai hadith sahih. 6. Semua yang disebutkan di atas merupakan syarat- syarat yang menjadikan sesuatu riwayat itu benar- benar sahih (sahih lizatihi). 7. Bagaimanapun, terdapat satu kategori lain di mana riwayat berkenaan tidak memenuhi syarat-syarat tersebut sebagaimana sepatutnya. 8. Namun kerana terdapat riwayat atau riwayat- riwayat lain di dalam nilai yang sama memperkukuhkannya, ia boleh disifatkan sebagai ‘sahih lighirihi’. Misalnya apabila suatu hadith hasan itu diriwayatkan melalui berbagai salsilah periwayatan, ia boleh bertukar menjadi hadith
  • 17. 17 sahih. HADIS HASAN 1. Hadith Hasan ialah hadith yang diriwayatkan oleh seorang yang bersifat adil, tetapi tidak begitu kuat ingatannya. Sanadnya berurutan dan tidak terdapat kecacatan serta kejanggalan pada matannya. Sesuatu hadith itu diiktiraf hadis hasan apabila memenuhi lima perkara berikut iaitu: a. Perawi setiap hadith itu mestilah berhubung antara satu sama lain. b. Perawi itu mestilah adil c. Perawi itu tidak mempunyai kekuatan ingatan yang sempurna. Misalnya hadith sahih memerlukan kekuatan menghafaz tidak kurang daripada 95%. Oleh itu, hadith yang diriwayatkan oleh orang yang mempunyai kekuatan menghafaz hanya 85% sahaja adalah hasan. Manakala hadith yang diriwayatkan oleh orang yang memiliki kekuatan menghafaz kurang daripada jumlah tersebut adalah lemah (dhaif). d. Hadith itu tidak syaz. e. Hadith itu tidak mempunyai illah. 2. Hadith Hasan terbahagi kepada dua martabat iaitu hasan lizatihi dan hasan lighairihi. Untuk memahami lebih lanjut lagi perbandingan antara hasan lizatihi dan hasan lighairihi, anda perlu meneliti dan memahami huraian jenis-jenis hadith hasan berikut: 1. Hadith Hasan Lizatihi 1. Hadith Hasan Lizatihi ialah hadith yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawinya juga bersifat adil dan tidak terdapat cacat serta tidak syaz iaitu tidak janggal dari sudut matannya. 2. Cuma ia kurang kuat sifat dhabitnya. Dalam
  • 18. 18 konteks lain, Hadith Hasan Lizatihi juga dinamakan sahih lighairihi iaitu hadith yang mempunyai syarat penerimaan yang cukup, tetapi darjat dhabitnya kurang baik. 3. Ia dinamakan Lizatihi kerana ia menjadi hasan dengan sendirinya iaitu memenuhi syarat khas pada hadis hasan, bukan sebab atau sesuatu natijah daripada luar. 2. Hadith Lighairihi 1. Hadith Lighairihi adalah hadith yang tidak diketahui dengan jelas keadaan sanadnya dari sudut sifat dan kelayakan perawi, sama ada perawi itu kuat atau lemah. 2. Walaubagaimanapun, perawi hadith Hasan Lighairihi bukanlah seorang perawi yang lupa, juga tidak banyak kesalahan yang dilakukannya dalam periwayatan hadith, ia juga tidak illah atau cacat, tidak dicela melakukan pemalsuan atau pembohongan pada hadis serta tidak sabit sebagai seorang yang fasiq. 3. Justeru itu, Hadis Hasan Lighairihi ini disokong oleh riwayat lain yang muktabar dan sama dari sudut lafaz serta maknanya, sama ada melalui almutabi’ atau al-syahid. 4. Dalam konteks lain, hasan lighairihi adalah hadis yang tidak jelas hal-hal sanadnya sama ada kuat atau lemah hafalan perawinya, tetapi tidak cuai, tidak banyak kesalahan dan tidak dituduh pembohong. HADIS DA’IF Kata dha’if menurut bahasa berasal dari kata dhuifun yang bererti lemah lawan dari kata qawiy yang
  • 19. 19 berarti kuat. Sedangkan dhaif bererti hadits yang tidak memenuhi hadits hasan. Hadits dhaif disebut juga hadits mardud (ditolak). Contoh hadits dhaif ialah hadits yang berbunyi: ِ‫أ‬‫ني‬َ‫ب‬ َ‫ر‬‫أ‬‫و‬َ‫أ‬‫اْل‬ َ‫لى‬َ‫ع‬ َ‫ح‬َ‫س‬َ‫م‬َ‫و‬ َ‫أ‬َ‫ض‬ َ‫و‬َ‫ت‬ ‫وسلم‬ ‫علىه‬ ‫هللا‬ ‫صلى‬ َ ِ‫ِب‬َ‫الن‬ َ‫ن‬ِ‫ا‬ Ertinya: “Bahwasanya Nabi SAW wudhu dan beliau mengusap kedua alas kakinya”. Hadits tersebut dikatakan dhaif karena diriwayatkan dari Abu Qais al-Audi. Seorang perawi yang masih dipersoalkan. B. Kriteria hadits dhaif Para ulama memberikan batasan bagi hadits dhaif iaitu: ِ‫ث‬‫أ‬‫ي‬ ِ‫د‬َ‫أ‬‫اْل‬ ُ‫ت‬ ‫ا‬َ‫ف‬ِ‫ص‬ ‫أ‬‫ع‬َ‫م‬‫أ‬ُ‫ُي‬ ‫أ‬َ‫َل‬ ‫أ‬‫ى‬ِ‫ذ‬َ‫ل‬‫ا‬ ُ‫ث‬‫أ‬‫ي‬ِ‫د‬َ‫أ‬‫اْل‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ِ‫ف‬‫أ‬‫ي‬ِ‫ع‬َ‫الض‬ ُ‫ث‬‫أ‬‫ي‬ِ‫د‬َ‫أ‬‫ْل‬َ‫ا‬ ِ‫ث‬‫أ‬‫ي‬ ِ‫د‬َ‫أ‬‫اْل‬ ِ‫ت‬ ‫ا‬َ‫ف‬َ‫ص‬ َ‫ال‬َ‫و‬ ِ‫ح‬‫أ‬‫ي‬ِ‫ح‬َ‫الص‬ Ertinya: “Hadits dhaif adalah hadits yang tidak menghimpun sifat-sifat shahih, dan juga tidak menghimpun sifat-sifat hadits hasan”. Kriteria hadits dhaif yaitu hadits yang kehilangan salah satu syaratnya sebagai hadits shahih dan hasan. Dengan demikian, hadits dhaif itu bukan tidak memenuhi syarat-syarat hadits shahih, juga tidak memenuhi persyaratan hadits-hadits hasan. Para hadits dhaif terdapat hal-hal yang menyebabkan lebih besarnya dugaan untuk menetapkan hadits tersebut bukan berasal dari Rasulullah SAW. C. Secara garis besar yang menyebabkan suatu hadits digolongkan menjadi hadits dhaif dikarenakan dua hal, yaitu gugurnya rawi dalam sanadnya dan ada cacat pada rawi atau matan.
  • 20. 20 Hadits dhaif karena gugurnya rawi adalah tidak adanya satu, dua atau beberapa rawi, yang seharusnya ada dalam sanad, baik para pemulaan sanad, pertengahan ataupun akhirnya. BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKSI SEBELUM Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan yang pada saya cukup berharga walaupun banyak tenaga dan masa dihabiskan. Pada peringkat awal penerangan yang diberikan semasa taklimat agak jelas tetapi saya kurang faham kehendak soalan yang diutarakan untuk menulis esei ini. Selepas meneliti semula soalan beberapa kali dan berbincang dengan pensyarah dan kawan-kawan, akhirnya segala kekeliruan dapat saya atasi. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat pembacaan tentang tajuk esei ini dalam buku, jurnal, artikel dalam internet dan sebagainya. Setelah itu saya meneruskan proses mengumpul maklumat ini
  • 21. 21 sebelum saya mula menulisnya. Pada mulanya, tugasan ini dirasakan sebagai satu beban yang besar memandangkan tajuk ini adalah berat bagi saya untuk menulis eseinya,. Saya tidak mempunyai pengalaman membuat tugasan ilmiah dengan sempurna membuatkan saya gementar dan tidak yakin terhadap kemampuan diri sendiri. Saya juga tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis. Namun, dengan berkat usaha dan dorongan yang berterusan terutama dari rakan-rakan yang sam belajar saya merasakan beban yang dipikul semakin ringan dan ia sebenarnya adalah rahmat dan pengalaman yang tidak dapat dijual beli. Selain itu guru-guru di sekolah juga memainkan peranan yang amat penting, ini kerana merekalah yang akan memberikan pandangan dan pengisian untuk tugasan ini. Kesungguhan yang mereka tunjukkan serba sedikit telah dapat memberikan keyakinan kepada kami untuk lebih berkeyakinan dalam usaha kami untuk merialisasikan impian dan wawasan yang diimpikan. Dari segi peruntukan masa bagi menyiapkan esei ini, secara jujur saya mengatakan tidak cukup memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan pada masa yang sama. Antaranya ialah saya terpaksa mengajar di sekolah dengan tugas-tugas rutin yang lain.. Namun, masalah ini telah berjaya diatasi kerana saya telah menggunakan pelbagai strategi dalam mengurus masa. Sebagai contoh, saya mengambil lebih masa pada waktu malam untuk menulis esei ini. SEMASA Pada mulanya saya berasa sangat teruja kerana ada beberapa rakan seperjuangan agak mahir dalam bidang ini. Saya mendapati mereka juga tidak lokek berkongsi maklumat terutama bahan dan buku rujukan. Saya mengambil masa 2 minggu untuk mendapatkan maklumat dari buku, rencana, artikel dan internet.
  • 22. 22 Saya bertanya ramai rakan guru untuk mendapat maklumat tentang tugasan ini. Setelah maklumat diperolehi, saya mendapat sedikit sebanyak kefahaman dan agak bersedia .Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu sekali. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik. PENGALAMAN BARU SETELAH SELESAI Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis dan mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer. di samping itu pemilihan bahan yang autentik di dalam internet juga turut menjadi keutamaan bagi saya. Saya amat takut maklumat yang diperolehi akan jauh tersasar dari yang sebenarnya. Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti pembelajaran
  • 23. 23 Berdasarkan hasil kajian saya faham bahawa memang sukar untuk memahami kesemua konsep Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis ini tanpa bimbingan guru yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Menerusi tugasan ini, sedikit sebanyak telah membuka minda saya sebagai seorang guru yang perlu memainkan peranan yang penting dalam mencari maklumat terkini untuk digunakan sepenuhnya di dalam pembelajaran dan pengajaran. Dalam hal ini, saya insaf sebagai seorang guru, kita perlulah memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid- murid PENUTUP
  • 24. 24 Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang terakhir yang Allah s.w.t turunkan kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan inilah yang dikatakan mukjizat yang utama kepada seorang Nabi,sedangkan Nabi-nabi sebelum baginda pun Allah s.w.t ada turunkan kitab tetapi kehebatan al- Quran mengatasi semuanya itu sehingga dikatakan mukjizat yang paling utama dan besar. Kita disuruh membaca dan mengamalkan apa yang terkandung didalam al- Quran kerana ianya adalah satu pedoman,petunjuk dan pengubat yang terhebat .Begitu banyak rahsia yang terkandung didalamnya,setiap huruf dan ayat mengandungi hikmah yang amat besar.Kebanyakan diantara kita hanya membacanya tanpa mengetahui isi maknanya . I’jaz (kemukjizatan) adalah menetapkan kelemahan. Kelemahan menurut pengertian umum ialah ketidakmampuan mengerjakan sesuatu, lawan dari kemampuan. Apabila kemukjizatan telah terbukti, maka nampaklah kemampuan mu’jiz (sesuatu yang melemahkan). Yang dimaksud dengan i’jaz ialah menampakkan kebenaran Nabi dalam pengakuannya sebagai Rasul dengan menampakkan kelemahan orang Arab untuk menghadapi mukjizatnya yang abadi, iaitu al-Quran dan kelemahan generasi-generasi sesudah mereka. Mukjizat adalah sesuatu hal yang luar biasa yang disertai tentangan dan selamat dari perlawanan. Maksud kemukjizatan al-Quran bukan semata mata untuk melemahkan manusia atau menyedarkan mereka atas kelemahanya untuk mendatangkan seumpama al-Quran akan tetapi tujuan yang sebenarnya adalah untuk menjelaskan kebenaran al-Quran dan Rasul yang membawanya dan sekaligus menetapkan bahwa sesuatu yang dibawa oleh mereka hanya sekadar menyampaikan, mengkhabarkan dan menyerukan risalah Allah s.w.t Mukjizat (Al-Quran) yang dikurniakan kepada nabi Muhammad SAW. sangatlah berbeza dengan mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada nabi-nabi terdahulu. Jika para nabi sebelumnya bersifat Hissiy-Matrial sedangkan Al- Quran bersifat maknawi. Perbezaan tersebut berdasarkan perutusan para nabi sebelum Muhammad s.a.w. ditugaskan pada masyarakat dan masa
  • 25. 25 tertentu. Oleh kerana mukjizat tersebut hanya sementara. Sedangkan al- Quran tidak terbatas pada masyrakat dan masa tertentu , malahan berlaku sepanjang masa RUJUKAN
  • 26. 26 Abdul Ghani Azmi Idris, (1999), Mengenal Al-Quran dan Asas-Asas Ulumul Quran,Kuala Lumpur:Al-Hidayah Publishers. Abdul Halim El-Muhammady, (1995), Islam dan Al-Hadith, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. Abdul Hamid Muhammad Tahir, Fauziah Sani, (1987), Al-Hadith dan Mustolah Al-Hadith, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Karim Ali, Mohd Noor Deris, (2007), Pengajian Al-Sunnah, Kuala Lumpur:Intel Multimedia And Publication. Abdul Majid Jaafar, (2007), Isu-isu Dalam Tafsir dan Hadith, Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. Al-Qattan, Manna’ Khalil, (1976). Mabahith Fi Ulum al-Quran, Beirut: Mu’assasah al- Risalah. Budah @ Audah bin Mohsin, (1995), Ulum Al-Hadith, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jalal al-Din Abd. al-Rahman Ibn Abu Bakr, al-Suyuti:al-Itqan Fi Ulum al- Quran, Kaherah: Mustafa al-Halabi. Jalal al-Din Abd. al-Rahman Ibn Abu Bakr, al-Burhan Fi Ulum al-Quran, Kaherah: Mustafa al-Halabi. Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, (1994), Ulum Al-Hadith, Kuala Lumpur:Cahaya Pantai, Sdn. Bhd.
  • 27. 27 petunjuk kepada manusia supaya kembali Allah untuk menerima tugas utamanya sebagai khalifah Allah di muka bumi. Kedua: Tidak melampau dan terabai. Tidak melakukan penyelidikan secara berlebih-lebihan tentang ayat-ayat Kawniyyat dan sebaliknya pula tidak mengabaikan aspek-aspek positif yang terdapat dalam alam ini yang dianugerahkan Allah untuk keperluan manusia. Ketiga: Pendekatan Al-Qur’an adalah fleksibel. Pendekatan Al-Qur’an dalam membentangkan ayat-ayatnya bersifat fleksibel yang boleh menerima pelbagai tafsiran yang sesuai. Keempat: Hakikat sains adalah asas pembuktian. Kita hendaklah elakkan daripada andaian-andaian dan teori-teori sains yang tidak sampai ke tahap hakikat sains. Kelima: Tidak menentukan makna satu ayat atas satu hakikat sahaja. Kadang-kadang satu hakikat sains yang kita tentukan maksud kepada satu ayat, padahal ia adalah salah satu maksud kepada ayat. Keenam: Mustahil berlaku pertembungan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat sains. Mustahil berlaku pertentangan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat sains kerana
  • 28. 28 kedua-duanya daripada sumber yang satu. Ketujuh: Hendaklah mengikut metode Al-Qur’an dalam mencari ilmu pengetahuan. Kita mesti memahami bahawa segala hal itu bergantung kepada masanya. Justeru itu dikatakan bahawa sebaik-baik pentafsir bagi Al-Qur’an adalah masaPertama: al-I’jaz al-Bayani (Kemukjizatan Dari Segi Kebahasaan) Dalam membincangkan aspek ini, ia sekaligus melibatkan aspek al-Fasahah dan al-Balaghah al-Qur’an. Pengertian al-Fasahah ) ( : pada bahasa ialah jelas dan terang. Manakala dar ! ipada segi istilah ia bermaksud mudah difahami 21 . Adapun al-Balaghah ("# ) pula: pada bahasa bererti sampai kepada sesuatu. Pada istilah ia bermaksud menyampaikan sesuatu pengertian ke hati dengan cara yang sebaik-baiknya. 22 Perbezaan antara al-Fasahah dan al-Balaghah sepertimana disebut oleh al- Khafaji dalam karyanya “Sirr al-Fasahah” bahawa al-Fasahah yang berkait langsung dengan lafaz, sementara al-Balaghah sesuatu yang berkait dengan makna atau pengertian.
  • 29. 29 Sebagai contoh firman Allah s.w.t. : Ï ÉΑô‰yèø9$$Î/ ããΒù'tƒ ©!$# ¨βÎ) * ∩ ⊃∪ šχρã©.x‹s? öΝà6¯=yès9 öΝä3ÝàÏètƒ 4 Ä øöt7ø9$#uρ Ìx6Ψßϑø9$#uρ Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. ( Tujuan utama Al-Qur’an al-Karim adalah untuk memandu dan memimpin tingkah laku manusia. Justeru itu, dakwah dan panduan Al-Qur’an muncul dalam pelbagai bentuk dan cara. Ada yang menjurus kepada fitrah asal kejadian manusia, Kadang-kadang dalam bentuk pembuktian yang berdasarkan sesuatu yang boleh dikesan melalui pancaindera, kadangkadang melalui dialog ilmiah, ada kalanya dengan cara mengambil pengiktibaran terhadap apa yang yang berlaku pada umat terdahulu dan lain sebagainya. Apabila kita meneliti tujuan dan metode Al-Qur’an dalam perbincangannya kita dapati banyak ayat-ayat yang berkaitan dengan penciptaan alam semesta termasuk langit, bumi dan diri manusia sendiri. Para pengkaji telah mengenal pasti bahawa didapati ratusan ayat Al- Qur’an yang membicarakan tentang hukum alam yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. serta 9 sistem yang berlaku kepada segala ciptaannya ini. Sebahagian pengkaji menganggarkan ayatayat tersebut lebih daripada 900 ayat terdapat di dalam surah-surah Al-Quran.23 Namun begitu, para ulama dahulu dan masa kini tidak mempunyai kata sepakat sama ada bolehkah ayat-ayat Al-Qur’an ditafsirkan dengan secara sains. Dalam hal ini, mereka boleh dikategorikan dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama, mereka yang menentang tafsiran Al- Qur’an secara sains. Kumpulan ini diketuai oleh salah seorang tokoh pemikir Islam yang ulung iaitu al-Imam Abu Ishaq al-Shatibi Ibrahim bin Musa al-Lakhmi al- Gharnati (m. 790H). Sementara ulama masa kini yang sependapat dengan kumpulan ini ialah al- Shaykh
  • 30. 30 Amin al-Khuli –suami Dr. Bint al-Shati’. Demikian juga, al-Shaykh Mahmud Shaltut – mantan Shaykh al-Azhar.24 Kumpulan kedua, mereka yang berpendapat bahawa Al-Qur’an boleh ditafsirkan secara sains. Mereka ini diketuai oleh tokoh sufi terkenal iaitu al-Imam al-Ghazali, al-Imam al-Razi, al- Shaykh Muhammad Rashid Rida, Mustafa Sadiq al-Rafi`i dan lain-lain. 25 Walau apapun, mereka yang mengatakan bahawa pentafsiran Al-Qur’an secara sains itu boleh dilakukan dengan mengambilkira beberapa ketetapan asas sebagai berikut: 26 Pertama: Al-Qur’an adalah Kitab Hidayah. Sesungguhnya Al-Qur’an al-Karim sebuah kitab hidayah yang berperanan memberi petunjuk kepada manusia supaya kembali Allah untuk menerima tugas utamanya sebagai khalifah Allah di muka bumi. Kedua: Tidak melampau dan terabai. Tidak melakukan penyelidikan secara berlebih-lebihan tentang ayat-ayat Kawniyyat dan sebaliknya pula tidak mengabaikan aspek-aspek positif yang terdapat dalam alam ini yang dianugerahkan Allah untuk keperluan manusia. Ketiga: Pendekatan Al-Qur’an adalah fleksibel. Pendekatan Al-Qur’an dalam membentangkan ayat-ayatnya bersifat fleksibel yang boleh menerima pelbagai tafsiran yang sesuai. Keempat: Hakikat sains adalah asas pembuktian. Kita hendaklah elakkan daripada andaian-andaian dan teori-teori sains yang tidak sampai ke tahap hakikat sains. Kelima: Tidak menentukan makna satu ayat atas satu hakikat sahaja. Kadang-kadang satu hakikat sains yang kita tentukan maksud kepada satu ayat, padahal ia adalah salah satu maksud kepada ayat. Keenam: Mustahil berlaku pertembungan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat sains. Mustahil berlaku pertentangan antara hakikat Al-Qur’an dan hakikat sains kerana kedua-duanya daripada sumber yang satu. Ketujuh: Hendaklah mengikut metode Al-Qur’an dalam mencari ilmu pengetahuan. Kita mesti memahami bahawa segala hal itu bergantung kepada masanya. Justeru itu dikatakan bahawa sebaik-baik pentafsir bagi Al-Qur’an adalah masa