SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 16
Downloaden Sie, um offline zu lesen
GEMA Online™ Journal of Language Studies 83
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
Haiwan Sebagai Perlambangan Dalam Peribahasa Orang Semai
Saidatul Nornis Hj. Mahali
saidatul@ums.edu.my
Pusat Penataran Ilmu & Bahasa,
Universiti Malaysia Sabah
Mohd. Rasdi Saamah
rasdi146@yahoo.com
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
ABSTRAK
Sebagai suku kaum yang menghuni hutan sebagai lokasi utama kediaman maka, suku
kaum semai merupakan pengamat alam yang sangat baik. Mereka menggunakan alam
persekitaran sebagai bahan terbaik untuk menyatakan rasa, kehendak dan dijadikan
sebagai perbandingan dengan sifat atau perlakuan manusia. Khazanah hutan yang kaya
ini menyebabkan kiasan bahasa milik suku kaum Semai merujuk kepada sifat haiwan
sebagai bahan persamaan dan perbandingan dengan sifat manusia. Tujuan makalah ini
ialah untuk meneliti unsur haiwan yang terdapat dalam peribahasa suku kaum Semai.
Kajian ini menggunakan kaedah temu bual terhadap lima orang responden dan ulasannya
dibuat berlandaskan penyesuaian terhadap kerangka etnografi komunikasi yang
dikemukakan oleh Hymes (1972) dengan memberi fokus kepada empat perkara pokok,
iaitu huraian situasi, pemakaian, struktur dan fungsi aktiviti sesuatu pertuturan tersebut.
Didapati bahawa peribahasa yang digunakan oleh masyarakat Semai banyak berunsurkan
haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan mereka seharian. Kesemua unsur haiwan
dalam peribahasa yang dikaji merupakan haiwan yang mempunyai kaitan dalam ruang
lingkup kehidupan suku kaum tersebut. Kajian ini penting untuk memberikan
pemahaman kepada masyarakat yang mempunyai hubungan secara langsung dengan suku
kaum ini, sebagai salah satu kaedah untuk merapatkan jurang sosiobudaya dalam
kalangan masyarakat di negara ini. Peribahasa suku kaum ini juga mampu
memperlihatkan betapa orang-orang Semai adalah pemerhati yang baik kerana mampu
menggabungjalinkan antara alam dengan kehidupan sebenar manusia. Pemasukan unsur
haiwan ke dalam peribahasa memperlihatkan bahawa terdapat sesetengah sifat haiwan
yang mempunyai persamaan dengan sifat manusia dan sebaliknya. Pemasukan
sedemikian secara tidak langsung menunjukkan bahawa nilai dan norma kehidupan suku
kaum Semai bermula dan diasaskan kepada alam sekitaran sebagai guru terbaik dalam
kehidupan mereka.
Katakunci: peribahasa; suku kaum Semai; bahasa Semai; unsur haiwan; budaya
ANIMAL SYMBOLISMS IN SEMAI PROVERBS
ABSTRACT
Amongst the tribes which inhabit the forests, the Semai tribe are very good nature
observers. It is inevitable that they utilize the natural environment as the best material to
GEMA Online™ Journal of Language Studies 84
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
express sense, desires and as a reference for the comparison of human nature or behavior.
Their rich natural heritage allows the Semai figurative language to use the nature and
behaviour of animals as comparisons to humans. This study therefore examines the
elements of animals used in Semai proverbs. Data from the interview of five respondents
were analyzed and then commented based on Hymes‟s (1972) ethnographic framework
that focuses on four fundamental points, namely situation, application, structure and
activity function. It is found that the animals and plants used in the Semai proverbs are
those encountered in their daily life and are relevent to the ethnic‟s lifestyle. The present
study is important to help develop a better understanding of this ethnic group and also to
bridge the sociocultural gap among the ethnics in Malaysia. The analysis of these
proverbs reveal that the Semai are very good observers of nature and are able to combine
the natural environment with their daily activities. The inclusion of animalistic elements
in their proverbs shows that animals and humans share some common characteristics.
Such inclusion implies that the values and norms of the Semai tribes are derived from and
based on the environment, which they perceive as the best teacher.
Keywords: proverbs; Semai ethnic group; Semai language; animal; cultural elements
PENGENALAN
Penggunaan bahasa dengan pelbagai strategi telah memperlihatkan pelbagai nilai sosial
dan kebudayaan yang diamalkan dalam suatu masyarakat bahasa. Corak dan bentuk
sesuatu bahasa itu bergantung kepada siapa yang menuturkannya dan dalam suasana
mana bahasa itu digunakan (Nik Safiah Karim, 1992). Dengan demikian, jelas bahawa
semua bahasa di dunia ini mempunyai berbagai-bagai strategi lisan untuk menyampaikan
buah fikiran dan emosi penuturnya (lihat Clore, Ortony, & Foss,1987; Davitz, 1969;
Johnson-Laird & Oatley, 1989; Ortony, 1988; Ortony, Clore, & Foss, 1987, Ortony,
Clore, & Collins, 1988; Fussell, 2002). Salah satu strategi yang digunakan oleh penutur
bahasa untuk menyampaikan buah fikiran mereka adalah melalui peribahasa kerana
peribahasa mampu berfungsi untuk menyampaikan gagasan, buah fikiran dan perasaan
dalam berbagai-bagai situasi dan tujuan komunikatif (Bahren Umar Siregar, 2010).
Peribahasa mempunyai dua peranan penting dalam kehidupan manusia, pertamanya
berperanan sebagai saluran yang memaparkan pelbagai realiti dalam kehidupan
masyarakat pengguna peribahasa itu; dan kedua, peribahasa mempunyai nilai-nilai yang
boleh dijadikan sebagai pedoman hidup baik antara manusia dengan manusia, manusia
dengan alam sekitar dan manusia dengan penciptanya. Ishak Ramly (1990) menyatakan
banyak peribahasa Melayu yang mengambil lambang alam sekeliling untuk memberi
makna yang padat dan tepat, yang terbit daripada pengalaman, pemerhatian dan
pandangan tajam. Mengikut Oktavianus Liudawati (2008) peribahasa mempunyai tiga
kelebihan, iaitu pertamanya, memiliki struktur kalimat yang sebahagian besarnya tidak
dapat diubah; kedua, mengandungi makna kiasan yang ditentukan oleh faktor-faktor
etnografi komunikasi dan ketiga, memiliki nilai estetika yang tinggi dalam aspek bentuk
dan cara penyampaian makna. Peribahasa mempunyai peranan dan kedudukan yang
penting dalam masyarakat pendukungnya. Peribahasa turut dilihat sebagai medium
komunikasi bagi anggota masyarakatnya berhubung. Melaluinya juga masyarakat dapat
menyampaikan dan menyebarkan maklumat, pendidikan, dan tradisi budaya seperti nilai-
GEMA Online™ Journal of Language Studies 85
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
nilai sosial, adat, kemahiran dan kecekapan menilai persekitaran kepada anggotanya.
Proses pembudayaan yang dilalui oleh seseorang individu dalam masyarakat itu berlaku
secara tidak langsung dan peranan itu turut didukung oleh peribahasa. Seterusnya
individu itu pula akan menurunkan proses sosial itu kepada anaknya dan demikianlah ia
berterusan. Peribahasa juga merupakan salah satu lambang jati diri masyarakat
pendukungnya. Peribahasa dalam mana-mana masyarakat itu memperlihatkan keindahan
dan kehalusan bahasa dan budaya. Di sebalik sebuah peribahasa tersembunyi susun atur
pemikiran; penggunaan dan pemilihan kata yang bersesuaian untuk menggambarkan
persekitaran dan latar hidup masyarakat pendukung; mengandungi kearifan dan daya
intelektual serta kreativiti penciptanya; dan ia menjadi lambang jati diri yang telah
dipertahankan sejak berzaman lamanya. Demikian antara kepentingan peribahasa bagi
masyarakat peribumi Orang Asli Semai yang juga memelihara peribahasa sebagai satu
media dan medium komunikasi sosial dalam kelompoknya.
PERMASALAHAN KAJIAN
Kurangnya dokumentasi terhadap bahasa dan budaya masyarakat peribumi Orang Asli di
negara ini menyebabkan kebanyakan budaya lisan khususnya, milik masyarakat ini
semakin hilang bersama peredaran masa. Keadaan ini dibantu pula oleh faktor
penyusutan bilangan masyarakat orang asli di negara ini. Apatah lagi wujud juga
perbezaan bahasa dan budaya antara kelompok-kelompok Orang Asli. Keadaan
sedemikian secara tidak langsung telah membataskan pergaulan masyarakat peribumi ini
dengan masyarakat lain di Malaysia khususnya dalam kalangan masyarakat umum di
Malaysia. Oleh itu, bahasa dan budaya masyarakat peribumi Orang Asli di negara ini
perlu diketengahkan kepada khalayak luas agar bahasa dan aspek budaya masyarakat ini
dapat diketahui dan lebih difahami oleh masyarakat lain di negara ini. Salah satu aspek
budaya masyarakat Orang Asli adalah menerusi peribahasa. Peribahasa merupakan salah
satu aspek budaya yang mampu memaparkan latar persekitaran hidup dan pemikiran
masyarakat pendukungnya. Demikian halnya dengan Orang Asli yang juga menyimpan
nilai dan norma budaya melalui peribahasa mereka. Pendedahan peribahasa masyarakat
Orang Asli secara tidak langsung membolehkan bahasa dan budaya mereka diketahui dan
difahami oleh masyarakat luas di Malaysia. Sehubungan itu, makalah ini diusahakan
untuk memberi paparan awal tentang peribahasa masyarakat Orang Asli Semai.
METODOLOGI
Kajian ini hanya terbatas kepada peribahasa yang sering digunakan dalam pertuturan
masyarakat Orang Asli suku kaum Semai di Kampung Kuala Koyan yang terletak di
kawasan Lembah Jelai, Daerah Kuala Lipis, Pahang. Lembah Jelai termasuk dalam
kawasan Tapak Penyelidikan Lanai Betau Koyan (LBK) di bawah Pusat Kecemerlangan
Pedagogi Peribumi Kebangsaan yang dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Perlu dijelaskan di sini bahawa
bahasa Semai yang digunakan di kawasan Lembah Jelai mempunyai sedikit perbezaan
dengan Bahasa Semai yang digunakan sebagai mata pelajaran dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) dan bahasa Semai
yang digunakan di negeri Perak serta beberapa daerah lain di Semenanjung Malaysia.
Hanya lima orang responden sahaja yang terlibat dalam kajian ini kerana mereka
GEMA Online™ Journal of Language Studies 86
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
merupakan responden yang berwibawa dalam masyarakat Semai di kampung berkenaan.
Kelima-lima mereka merupakan antara individu-individu yang dipercayai oleh ahli-ahli
masyarakatnya dan mereka juga menjadi individu rujukan dalam hal-hal yang melibatkan
kebudayaan Semai. Antara soalan yang diajukan kepada responden-responden berkenaan
seperti konsep haiwan dalam peribahasa Semai yang mendatangkan unsur positif dan
negatif serta, perbandingannya dengan peribahasa Melayu. Selain itu, aspek-aspek yang
menunjukkan persamaan dan perbezaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayu juga
diajukan. Kesemua responden turut menjelaskan dengan baik pemilihan konsep haiwan
dan perlambangan yang wujud dalam peribahasa yang mereka dukung. Peribahasa
dikumpul melalui sesi temu bual dengan para responden, yakni rakaman secara langsung
dibuat semasa temu bual dilaksanakan. Responden juga dimaklumkan bahawa perbualan
tersebut dirakamkan untuk maksud pendokumentasian. Data kemudiannya dirakam ke
dalam kaset rakaman dan data berkenaan kemudiannya ditranskripsi terlebih dahulu
sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kaedah ini dilakukan bagi memastikan
agar data yang dikumpul itu boleh disahkan dan dapat diperdengarkan semula.
TINJAUAN LITERATUR
Kajian tentang pengaruh alam dan budaya dalam sesuatu bahasa sudah banyak dilakukan
tetapi kajian yang berasaskan kepada peribahasa dalam bahasa sukuan yang berasaskan
sesuatu unsur masih amat terhad bilangannya. Peribahasa yang berkaitan dengan
haiwan boleh ditemui dalam hampir semua bahasa dan budaya di dunia ini. Ismet
Fanany dan Rebecca Fanany (2003, hlm. 44) dalam Ding (2009, hlmn. 8) mendapati
25% peribahasa Minangkabau berisikan imej alam semula jadi. Mereka menambah:
“…of these, 44 % relate to natural features, 23% make reference to plants and tress, and
33% involve animals”. Manakala Krikmann (2007, hlmn. 12) dalam Imran Ho-Abdullah
(201, hlmn. 126) menyatakan bahawa tanpa mengira perbezaan kawasan geografi,
haiwan dalam kumpulan yang paling kerap digunakan dalam peribahasa ialah anjing,
kuda dan lembu. Ini diikuti oleh ayam, serigala, babi, kucing dan kambing biri-biri dan
dikuti oleh ikan, kaldai, burung, kambing dan tikus. Tiga belas haiwan ini membentuk
dua pertiga daripada keberlakuan haiwan dalam peribahasa. Haiwan yang „dekat‟ dengan
manusia atau yang sering ditemui manusia serta mempunyai impak kepada manusia akan
muncul dengan lebih kerap dalam peribahasa.
Goh (2010) dalam kajiannya mendapati kedudukan geografi yang berhampiran
telah menyebabkan kedua-dua pengguna bahasa Melayu dan bahasa Mandarin
berhadapan dengan suasana persekitaran yang sememangnya banyak kesamaannya. Jenis
haiwan liar dan binatang peliharaan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka
telah banyak digunakan dalam peribahasa bahasa Melayu dan bahasa Mandarin sebagai
lambang yang diberikan pelbagai tafsiran. Kajian ini mendapati sebanyak 261 peribahasa
bahasa Melayu dan bahasa Mandarin mempunyai lambang yang sama, antaranya
penggunaan haiwan harimau, kera, anjing, ketam, gajah, kambing, serigala, tikus dan
kucing. Harimau digambarkan sebagai lambang bahaya dan tidak mengenang budi, kera
dilambangkan sebagai kepandaian dan kemahiran, anjing dilambangkan sebagai orang
tidak mengenang budi, ketam lambang kepada orang yang tidak menunjukkan teladan,
gajah pula sebagai kuasa besar, kambing dilambangkan lemah-lembut dan jinak, serigala
lambang ganas dan zalim. Selain itu kucing dianggap sebagai ketua atau pihak yang lebih
GEMA Online™ Journal of Language Studies 87
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
dominan manakala tikus dilambangkan sebagai orang bawahan atau pihak yang dikuasai.
Kajian Rahmawati Iskandar (2006) mendapati salah satu unsur pembentuk peribahasa
dalam peribahasa Indonesia dan peribahasa Jepun ialah unsur haiwan. Haiwan-haiwan
yang menjadi unsur utama dalam pembentukan peribahasa Jepun ialah kera, lembu,
kucing, ikan, burung, kuda, serangga dan lain-lain. Unsur haiwan digunakan sebagai
pembentuk peribahasa kerana haiwan memiliki tingkah laku yang hampir mirip dengan
manusia dan sering diibaratkan tingkah laku manusia kepada haiwan, salah satu
contohnya „kera‟. Kajian ini juga mendapati bahawa daripada jumlah 16 peribahasa
Jepun yang menggunakan kata „kera‟ yang diteliti, 12 daripadanya mempunyai makna
yang hampir sama dengan peribahasa Indonesia walaupun cara pengungkapannya
berbeza. Perbezaan ini disebabkan oleh berbezanya cara berfikir serta ciri-ciri lain
pengguna kedua-dua bahasa tersebut.
Rozaimah Rashidin dan Noriza Daud (2009) dalam kajian mereka terhadap unsur
perlambangan dalam peribahasa Melayu mendapati bahawa terdapat dua jenis
perlambangan, iaitu perlambangan yang berkonotasi positif dan perlambangan yang
berkonotasi negatif yang dikategorikan kepada alatan, haiwan, tumbuhan dan orang atau
gelaran. Bagi konteks haiwan sebagai lambang, peribahasa-peribahasa yang mereka kaji
banyak menggunakan haiwan seperti kumbang, kucing, babi dan anjing sebagai lambang
yang berkonotasi positif dan berkonotasi negatif terhadap kaum lelaki dan wanita. Dalam
perlambangan imej lelaki dan wanita, anjing digunakan dalam kedua-dua peribahasa
yang mengaitkan kedua-dua jantina ini. Anjing dalam konteks masyarakat Melayu
mempunyai unsur yang negatif. Dalam hal ini, unsur seksisme tidak begitu ketara dan
didapati agak seimbang dalam menggambarkan imej lelaki dan wanita. Zaitul Azma
Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011) membincangkan tentang
pemikiran Melayu dalam peribahasa Melayu. Pemikiran dalam peribahasa Melayu turut
menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan
bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya
dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetika hasil interaksi mereka terhadap
alam benda, alam flora dan fauna yang ada di sekeliling mereka. Kajian mereka
diusahakan untuk mengenal pasti hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa
Melayu menggunakan hipotesis Sapir-Whorf dengan bersumberkan empat buah teks
peribahasa Melayu iaitu Kitab Kiliran Budi, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, 1001
Peribahasa Melayu, dan Peribahasa SPM. Hasil kajian mereka membuktikan terdapat
hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan
dalam hipotesis Sapir-Whorf.
PERBINCANGAN
Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan kajian ini
dibincangkan berdasarkan kepada penyesuaian terhadap kerangka etnografi komunikasi
yang dikemukakan oleh Hymes (1972) dengan menghuraikan makna peribahasa suku
kaum Semai yang berunsurkan haiwan berasaskan situasi, pemakaian, struktur dan
fungsinya dalam konteks kehidupan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai di kawasan
kajian. Perbincangan dapatan kajian ini dibuat berdasarkan tiga daripada empat perkara
pokok tersebut iaitu situasi, pemakaian dan fungsinya dalam penggunaan seharian para
penuturnya. Terdapat dua kategori dalam peribahasa Semai, iaitu simpulan bahasa dan
GEMA Online™ Journal of Language Studies 88
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
perumpamaan. Perbincangan bagi kedua-dua kategori ini tidak akan melibatkan aspek
struktur peribahasa berkenaan kerana, tumpuan perbincangan diberikan kepada
mekanisme yang membentuk peribahasa Semai, yakni unsur haiwan yang sentiasa
melatari kehidupan mereka. Sebagai penghuni hutan rimba, orang-orang Semai sangat
dekat dengan alam dan, alam secara tidak langsung telah membentuk satu pandang
budaya rakyat (folk culture) serta pandang dunia (world view) mereka. Justeru, tidaklah
menghairankan sekiranya di dalam setiap peribahasa mereka itu mengandungi elemen
haiwan yang sentiasa berlegar-legar di dalam kehidupan mereka.
Sehubungan itu, perbincangan dalam makalah ini akan menggunakan 35
peribahasa berunsurkan haiwan yang terdiri daripada 22 simpulan bahasa dan 13
perumpamaan. Sebanyak 22 jenis haiwan dikesan wujud dalam peribahasa ini yang
terdiri daripada anai-anai, anjing, ayam, babi, beruk, burung, cawi-cawi, helang, ikan,
kera, kijang, kucing, kura-kura, lintah, mawas, mengkarung, murai, rajawali, rusa,
tebuan, tupai dan ular. Daripada 22 jenis haiwan tersebut terdapat 3 peribahasa tentang
anjing, ayam, burung dan kera, masing-masing dua peribahasa tentang beruk, ikan, kura-
kura, rusa dan ular. Manakala masing-masing satu peribahasa tentang anai-anai, babi,
cawi-cawi, helang, kijang, kucing, lintah, mawas, mengkarung, murai, rajawali, tebuan
dan tupai. Kesemua peribahasa berunsurkan haiwan tersebut dipaparkan sebagaimana
jadual 1 di bawah ini.
JADUAL 1. Peribahasa Semai berunsurkan haiwan
Peribahasa Haiwan Jumlah
Anjing 3
Ayam 3
Burung 3
Kera 3
Beruk 2
Ikan 2
Kura-kura 2
Rusa 2
ular 2
Anai-anai 1
Babi 1
Cawi-cawi 1
Helang 1
Kijang 1
Kucing 1
Lintah 1
Mawas 1
Mengkarung 1
Murai 1
Rajawali 1
Tebuan 1
Tupai 1
Terdapat lima kategori perlambangan berunsurkan haiwan yang digunakan dalam
kesemua peribahasa berkenaan. Perlambangan berkenaan merujuk kepada kategori sifat
atau keadaan sebanyak 21 peribahasa; perlambangan warna sebanyak enam peribahasa;
perlambangan ukuran sebanyak empat peribahasa; perlambangan bentuk sebanyak dua
GEMA Online™ Journal of Language Studies 89
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
peribahasa dan perlambangan pancaindera juga sebanyak dua peribahasa. Perlambangan
bagi maksud sifat atau keadaan dapat dibahagikan kepada dua kategori pula, iaitu sifat
positif dan sifat negatif. Begitu juga keadaannya dengan perlambangan bagi maksud
pancaindera dapat dibahagikan kepada pancaindera rasa dan pancaindera dengar.
Pengkategorian perlambangan berkenaan dapat dirumuskan sepertimana jadual di bawah
ini.
JADUAL 2. Kategori Perlambangan berunsur haiwan
Kategori Perlambangan Jumlah
sifat/keadaan 21
warna 6
ukuran 4
bentuk 2
pancaindera 2
PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD SIFAT ATAU KEADAAN
Perbincangan ini menunjukkan bahawa peribahasa yang menunjukkan perlambangan
bagi maksud sifat atau perangai manusia dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
perlambangan bagi maksud sifat yang positif dan perlambangan bagi maksud sifat yang
negatif. Analisis terhadap kesemua peribahasa ini mendapati bahawa daripada jumlah 18
peribahasa yang menunjukkan perlambangan bagi maksud sifat atau keadaan tersebut,
hanya satu sahaja yang menunjukkan perlambangan bagi maksud sifat positif selebihnya,
menunjukkan perlambangan bagi maksud sifat negatif.
SIFAT POSITIF
Satu-satunya simpulan bahasa yang berunsurkan haiwan yang menunjukkan
perlambangan bagi maksud sifat positif ialah raha-pok [raha po‟] (macam ayam) yang
bermaksud seseorang yang sangat rajin. Masyarakat Semai menganggap ayam sebagai
binatang yang sangat rajin kerana haiwan tersebut biasanya keluar mencari rezeki pada
awal pagi berbanding haiwan lain. Dalam kalangan masyarakat Melayu banyak pepatah
dan simpulan bahasa menggunakan perkataan ayam antaranya, cakar ayam, kaki ayam,
ajak-ajak ayam, tidur ayam dan sebagainya. Meskipun ayam merupakan haiwan yang
amat rapat dengan masyarakat Melayu namun, mereka tidak meletakkan haiwan tersebut
sebagai haiwan yang melambangkan sifat rajin atau tabah mencari rezeki.
SIFAT NEGATIF
Peribahasa yang melambangkan sifat negatif pula dapat diteliti sebagaimana contoh-
contoh di bawah ini.
1. rah greit chak ma-i-pangkal (anai-anai makan hingga ke akar).
[rah greit ca‟mga i pɑŋkal]
2. raha cep birai [ra ha cep birai] (seperti burung murai).
3. segerlah lok coh [segerloh lo‟ coh] (terleceh kemaluan anjing).
4. begei tentog ru kelag (seperti burung rajawali dengan
helang).
[begei tento‟ ru kelag]
GEMA Online™ Journal of Language Studies 90
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
5. enggei cok ru kucig [enggei co‟ ru kucig] (seperti anjing dengan kucing).
6. sentak tentok [senta‟ tento‟] (ekor cawi-cawi [sejenis burung]).
7. sui ku jug kelak [sui ku jug kelo‟] (hidup di kaki helang).
8. kenalok kurak [kenalo‟ kura‟] (kura-kura bodoh).
9. raha-cak nakpug [raha ca‟ na‟ pug] (macam makan ayam).
10. le-em-le-em, moh gau (lembut-lembut hidung babi).
[le‟em le‟em moh gau]
11. raha rau [raha rau] (macam kera).
12. nyenhat rau [nyenhat rau] (kejahatan kera).
13. raha weoi [raha weoi] (macam mawas).
14. sengik tajuk [sengi‟ tajo‟] atau (hati ular / hati tedung).
sengik selik [sengi‟ seli‟]
15. tendang rusak [tendang rusa‟] atau (penendang atau tendangan rusa).
tengak rusak [tenga‟ rusa‟]
16. tengak pos [tenga‟ pos] (tendangan kijang).
17. kitendang ya pos [kitendang ya pos] (ditendang oleh rusa).
Kebanyakan peribahasa dalam kategori perlambangan ini merujuk kepada sifat atau
perangai negatif seseorang. peribahasa rah greit chak ma-i-pangkal (anai-anai makan
hingga ke akar) membawa maksud seseorang yang suka mengikis wang orang atau
kedua-dua ibu bapanya sendiri. Penggunaan anai-anai sebagai lambang kepada sifat atau
perangai negatif seseorang ini bertepatan dengan sifat anai-anai, iaitu sejenis serangga
seperti semut yang membuat sarang dalam tanah atau kayu (makanan utamanya kayu)
dan tergolong dalam order isoptera (Kamus Dewan, 2007, hlmn. 49) yang boleh
merosakkan apa sahaja seperti tanaman, rumah dan sebagainya. Peribahasa ini
mempunyai makna yang sama dengan simpulan bahasa pisau cukur dalam peribahasa
masyarakat Melayu. Bagi melambangkan aspek negatif dalam percakapan seseorang,
masyarakat Semai menggunakan dua peribahasa, iaitu raha cep birai (seperti burung
murai) dan segerlah lok coh (terleceh kemaluan anjing). Perumpamaan raha cep birai
(seperti burung murai) membawa maksud seseorang yang suka bercakap atau mulut
bising dan celupar. Peribahasa segerlah lok coh (terleceh kemaluan anjing) pula
bermaksud percakapan seseorang yang tidak boleh dipakai atau seseorang yang bercakap
tanpa berfikir terlebih dahulu. Bagi masyarakat Semai, maksud peribahasa ini dipadankan
dengan sifat anjing yang biasanya akan membuang najis di mana-mana sahaja tanpa
mengira tempat. Perumpamaan raha cep birai mempunyai persamaan dengan peribahasa
yang digunakan dalam masyarakat Melayu, iaitu mulut murai . Perumpamaan begei
tentog ru kelag (seperti burung rajawali dengan helang) pula membawa maksud
seseorang yang suka mengusik orang lain. Burung rajawali (microhierax fringillarius)
merupakan satu spesis helang yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang
suka mengkhianati atau mengacau orang lain. Manakala perumpamaan enggei cok ru
kucig (seperti anjing dengan kucing) pula bermaksud dua orang yang pantang bertemu
akan bergaduh atau bertengkar. Perumpamaan ini juga mempunyai persamaan dengan
perumpamaan yang digunakan dalam masyarakat Melayu daripada segi maksud dan
unsur haiwan di dalamnya. Selain itu, terdapat tiga simpulan bahasa yang membawa
maksud seseorang yang suka menghebahkan keburukan orang lain tetapi akhirnya
keburukan itu terkena kepada dirinya sendiri, iaitu tendang rusak atau tengak rusak
GEMA Online™ Journal of Language Studies 91
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
(penendang atau tendangan rusa), tengak pos (tendangan kijang) dan kitendang ya pos
(ditendang oleh rusa). Perumpamaan- perumpamaan tersebut mempunyai maksud yang
sama dengan peribahasa pulang paku buah keras dalam peribahasa masyarakat Melayu.
Bagi menggambarkan seseorang yang terlalu mengikut telunjuk dan bergantung
harap kepada orang lain mereka menggunakan simpulan bahasa sentak tentok ekor cawi-
cawi (sejenis burung) dan perumpamaan sui ku jug kelak (hidup di kaki helang). Sentak
tentok membawa maksud seseorang yang suka mengikut telunjuk orang lain secara
membabi buta. Peribahasa ini merujuk kepada burung cawi-cawi (dicrurus remifer) atau
sri gunting bukit yang mempunyai ekor yang unik seperti ekor damak panah dan menarik
perhatian burung kecil lain untuk mengekorinya. Perumpamaan sui ku jug kelak (hidup di
kaki helang) pula bermaksud seseorang yang hidup terlalu bergantung kepada orang lain
kerana malas berusaha. Seseorang yang malas berusaha dianggap sebagai anak burung
helang yang sentiasa mengharapkan suapan makanan daripada ibunya apabila lapar.
Peribahasa lain yang melambangkan seseorang yang malas berusaha ialah raha weoi
(macam mawas) yang bermaksud orang yang tidak mempunyai tempat tinggal kerana
malas berusaha. Masyarakat Semai telah memadankan seseorang yang malas umpama
seekor mawas yang tidak mempunyai tempat tinggal nyata. Mawas ialah sejenis monyet
besar dalam famili pongidae, termasuk orang hutan dan cimpanzi (Kamus Dewan, 2007:
1009). Berdasarkan data peribahasa ini didapati terdapat dua peribahasa yang
berunsurkan haiwan kera yang menunjukkan perlambangan bagi maksud sifat negatif,
iaitu raha rau (macam kera) dan nyenhat rau (kejahatan kera). Peribahasa raha rau
bermaksud seseorang yang kedekut, manakala peribahasa nyenhat rau bermaksud
seseorang yang memetik dan merosakkan buah-buahan sesuka hati. Bagi masyarakat
Semai, kera (macacus cynomolgus) merupakan haiwan yang mempunyai sifat kedekut
dan suka merosakkan buah-buahan serta hasil tanaman mereka. Kedua-dua sifat haiwan
tersebut telah dijadikan sebagai unsur dalam bahasa berkias bagi melambangkan sifat
manusia yang berperangai sedemikian. Peribahasa yang berunsurkan haiwan ini banyak
terdapat dalam peribahasa masyarakat Melayu umpamanya kera sumbang, seperti kera
mendapat bunga, seperti kera kena belacan dan sebagainya yang menggambarkan sifat
dan tingkah lakunya yang lucu dan menarik.
KEADAAN
Dua peribahasa yang tergolong dalam maksud keadaan terdiri daripada peribahasa
berikut.
1. nelumpat rusak [nelumpa‟ rusa‟] (lompatan rusa).
2. lehem cep [lehem cep] (nafas burung).
3. cahnu/cenawang kurak [cahnu/cenawang kura‟] (berak kura-kura).
Peribahasa nelumpat rusak (lompatan rusa) digunakan untuk menunjukkan keadaan
kawasan hutan yang ditebas dan dibakar dengan tujuan untuk pembukaan kawasan
pertanian baru, yang hangus tidak menyeluruh atau hangus secara bertompok-tompok.
Keadaan ladang yang hangus bertompok-tompok itu disamakan dengan lompatan haiwan
rusak atau rusa (cervus equimus) yang jarak antara satu lompatan dengan satu lompatan
lain melangkaui jarak tertentu. Mereka menganggap keadaan ladang seperti itu sebagai
melaksanakan kerja yang masih belum sempurna kerana terdapatnya kawasan atau
bahagian-bahagian yang hangus atau terbakar sepenuhnya. Simpulan-simpulan bahasa
GEMA Online™ Journal of Language Studies 92
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
yang merujuk kepada keadaan seseorang pula terdiri daripada dua simpulan bahasa, iaitu
lehem cep (nafas burung) dan cahnu/cenawang kurak (berak kura-kura). Simpulan bahasa
lehem cep (nafas burung) membawa maksud keadaan seseorang yang sedang nazak atau
seseorang yang berada dalam saat-saat menghembuskan nafas yang terakhir kerana sakit
atau sebagainya. Dalam masyarakat Melayu simpulan bahasa yang sama ialah nyawa-
nyawa ikan yang membawa maksud hampir-hampir mati. Penggunaan unsur haiwan yang
berbeza ini disebabkan oleh budaya yang berbeza walaupun maksud simpulan bahasanya
sama atau hampir sama. Kehidupan masyarakat Semai yang tinggal di kawasan hutan
belantara menjadikan mereka lebih rapat dengan haiwan „burung‟ sama ada sebagai
haiwan peliharaan atau haiwan buruan mereka. Sedangkan, kebanyakan masyarakat
Melayu pula tinggal di kawasan kampung-kampung berhampiran sungai, paya atau
sawah padi yang menjadikan mereka lebih biasa dengan „ikan‟ sebagai hasil tangkapan
mereka. Simpulan bahasa cahnu/cenawang kurak (berak kura-kura) merujuk kepada
keadaan seseorang yang terkena cirit-birit yang biasanya terdiri daripada kalangan kanak-
kanak. Masyarakat Semai menganggap seseorang kanak-kanak yang terkena cirit-birit
akan sentiasa membuang air besar tanpa kawalan, seperti mana kura-kura akan
mengeluarkan najis apabila diangkat atau dibawa. Mereka telah menyamakan perihal
kura-kura yang diangkat atau dibawa itu dengan seseorang kanak-kanak yang terkena
cirit-birit. Kanak-kanak yang terkena cahnu/cenawang kurak kadang-kadang boleh
membawa maut jika penghidratan mereka tidak dirawat dengan segera.
PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD WARNA
Peribahasa bagi maksud warna terdiri daripada kategori simpulan bahasa yang merujuk
kepada tahap matang (masak) buah-buahan atau hasil tanaman masyarakat Semai.
Simpulan-simpulan bahasa tersebut terdiri daripada senarai berikut.
1. celun rau [celun rau] (belakang kera).
2. ket jelor [ket jelor] (perut lintah).
3. bihip kap [bihip kap] (ekor ikan).
4. celut tajuk [celu‟ tajo‟] (belakang ular).
5. kit ot [kit o‟] (pinggang tebuan).
6. sentak kak [senta‟ ka‟] (ekor ikan).
Bagi menunjukkan buah rambutan yang hampir masak atau mengkar masyarakat Semai
menggunakan simpulan bahasa celun rau (belakang kera). Haiwan rau, iaitu kera atau
monyet (macacus cynomolgus) sebagai perbandingan warnanya merupakan haiwan yang
tidak asing bagi mereka khususnya, yang mendiami kawasan hutan atau kawasan
pedalaman. „Belakang kera‟, yakni merujuk kepada bulu di bahagian belakang haiwan itu
yang berwarna hijau kekuningan jika dilihat dari jarak tertentu. Mereka telah
menyamakan bulu buah rambutan hampir masak yang berwarna hijau kekuningan dengan
warna bulu di bahagian belakang kera tersebut. Simpulan bahasa ini bertujuan untuk
memaklumkan bahawa buah rambutan yang celun rau masih belum boleh dipetik kerana
tidak cukup masak dan sesuai untuk dimakan. Simpulan bahasa yang sama ialah ket jelor
(perut lintah) dan bihip kap (ekor ikan) yang merujuk kepada warna kedua-dua jenis
haiwan tersebut juga disamakan dengan warna buah rambutan yang sedang mengkar.
Simpulan bahasa ket jelor menunjukkan warna kekuningan di bahagian perut lintah
berbanding di bahagian belakangnya yang lebih berwarna hijau kehitaman. Rambutan
GEMA Online™ Journal of Language Studies 93
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
yang bihip kap berwarna kuning kemerahan, manakala rambutan yang celun rau atau ket
jelor berwarna hijau kekuningan. Tahap masak bagi bihip kap lebih tinggi kerana
simpulan bahasa ini merujuk kepada warna darah ikan yang merah tetapi belum benar-
benar masak. Ini bermaksud rambutan yang bihip kap lebih masak berbanding buah
rambutan yang celun rau atau ket jelor. Meskipun maksudnya hampir sama namun, bihip
kap menggambarkan rambutan yang hampir boleh dipetik dari segi tahap masaknya
berbanding pada tahap celun rau dan ket jelor.
Untuk mengambarkan warna pisang yang hampir masak pula, masyarakat Semai
menggunakan simpulan bahasa celut tajuk belakang ular. Warna belakang ular (tanpa
menyatakan jenis ular) dibandingkan dengan warna pisang yang sudah matang dan
hampir masak. Manakala bagi menggambarkan buah pinang yang hampir masak, mereka
menggunakan simpulan bahasa kit ot (pinggang tebuan) yang menunjukkan warna buah
pinang yang separuh masak tersebut menyamai warna kuning di bahagian perut tebuan
(gespa tropica) dan belum boleh diambil atau dipetik. Bagi tujuan menggambarkan padi
yang mereka usahakan hampir masak dan belum sesuai untuk dituai, simpulan bahasa
yang digunakan ialah sentak kak (ekor ikan). Simpulan bahasa sentak kak juga
menggunakan perlambangan bagi maksud warna ekor ikan (tanpa menyatakan jenis ikan)
disamakan dengan warna buah padi yang mula menguning tersebut. Kesemua simpulan
bahasa di atas digunakan oleh masyarakat Semai dengan tujuan, pertama, untuk
menyatakan bahawa buah-buahan atau hasil tanaman di dusun mereka sudah mula
menguning atau hampir masak; dan kedua, sebagai peringatan khususnya kepada kanak-
kanak bahawa buah-buahan tersebut masih belum cukup masak untuk diambil dan
dimakan. Simpulan-simpulan bahasa tersebut merupakan larangan cara yang lebih
berhemah agar buah-buahan atau hasil tanaman tersebut tidak dipetik atau diambil
sehingga benar-benar masak dan sesuai untuk dipetik atau dimakan.
PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD UKURAN
Simpulan bahasa yang menunjukkan perlambangan bagi maksud ukuran pula
sebagaimana berikut.
1. kadoq cok [kado‟ co‟] (kaki anjing).
2. marha-woc-dog [marha woc dog] (sebesar pusar beruk).
3. marha seningkang rau [marha sniŋkaŋ rau] (seluas sekangkang kera).
4. ensop cep [ensop cep] (sarang burung).
Masyarakat Semai juga menggunakan simpulan bahasa untuk menunjukkan ukuran dan
keluasan rumah, ladang, kebun dan sebagainya dalam ruang lingkup akitiviti kehidupan
mereka seharian. Bagi menggambarkan keluasan kawasan tanah, ladang atau kebun yang
mereka miliki atau usahakan, perumpamaan marha-woc-dog (sebesar pusar beruk) dan
marha seningkang rau (seluas sekangkang kera) digunakan dalam pertuturan seharian.
Perumpamaan Pusar beruk dan sekangkang kera merupakan perbandingan yang
memberikan maksud saiz keluasan bagi sesuatu kawasan. Haiwan kera [rau] (macacus
cynomolgus) dan beruk [dog] (macaca nemestrina) sekali lagi dijadikan unsur simpulan
bahasa kerana kedua-dua haiwan ini merupakan antara haiwan yang terdekat dalam
kehidupan mereka. Maksud perumpamaan seluas sekangkang kera bagi masyarakat
Semai adalah saiz keluasan bagi sesuatu kawasan mempunyai persamaan dengan maksud
sekangkang kera dalam simpulan bahasa masyarakat Melayu. Namun, simpulan bahasa
GEMA Online™ Journal of Language Studies 94
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
sekangkang kera dalam masyarakat Melayu adakalanya digunakan untuk maksud jarak
yang tidak jauh bagi sesuatu tempat. Simpulan bahasa yang menunjukkan perlambangan
bagi maksud ukuran luas untuk rumah (deg) atau tempat tinggal, menggunakan simpulan
bahasa ensop cep (sarang burung) yang bermaksud saiz rumah yang kecil atau sempit dan
tidak sesuai untuk didiami oleh keluarga yang agak besar. Manakala simpulan bahasa
yang menunjukkan perlambangan bagi maksud ukuran tinggi dan rendah sesebuah rumah
pula ialah kadoq cok (kaki anjing) yang bermaksud rumah yang ukuran ketinggian
tiangnya hanya setengah kaki atau satu kaki dari tanah. Penggunaan simpulan bahasa
kadoq cok ini bagi melambangkan ukuran ketinggian sesebuah rumah yang dibina dengan
membandingkan ketinggiannya dengan kaki anjing. Sebagaimana haiwan kera, burung
dan anjing juga merupakan salah satu haiwan yang dekat dalam konteks kehidupan
mereka.
PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD BENTUK
Simpulan bahasa bagi merujuk maksud bentuk antaranya sebagaimana berikut.
1. begneg mensikkoq [begneg mense‟ko‟] (simpulan/ikatan anjing mengawan).
2. deg puk [deg pu‟] (reban ayam).
Aktiviti yang melibatkan penggunaan rotan, akar, tali dan sebagainya merupakan salah
satu aktiviti yang mereka warisi sejak zaman berzaman. Penggunaan bahan ikatan
tersebut memerlukan kemahiran yang tinggi, khususnya bagi aktiviti anyaman, ikatan dan
sebagainya. Untuk menggambarkan bentuk sesuatu ikatan itu kemas tetapi mudah untuk
dirungkai atau dibuka semula, masyarakat Orang Asli suku kaum Semai menggunakan
simpulan bahasa begneg mensikkoq (simpulan/ikatan anjing mengawan) yang bermaksud
sesuatu ikatan atau simpulan yang kuat atau kemas tetapi senang diuraikan kembali.
Simpulan bahasa ini adalah berdasarkan pemerhatian mereka terhadap perilaku anjing
yang sedang mengawan amat sukar untuk dirungkai atau dipisahkan sehinggalah
perlakuan itu selesai. Walaupun simpulan bahasa ini nampak agak lucah daripada segi
bahasanya namun, mereka menganggap analogi berkenaan merupakan yang paling tepat
untuk melambangkan bentuk ikatan tersebut. Penggunaan simpulan bahasa deg puk
(reban ayam) pula merujuk kepada bentuk rumah yang dibina oleh seseorang yang bukan
tukang rumah. Hasil kerja daripada seseorang yang tidak mempunyai kepakaran dalam
sesuatu bidang itu tentunya mempunyai kelemahan atau kekurangan dalam pelbagai
aspek. Dengan demikian mereka menggunakan deg puk atau reban ayam sebagai
lambang untuk menggambarkan ketidaksempurnaan hasil binaan rumah tersebut.
Penggunaan simpulan bahasa ini hampir sama dengan analogi yang digunakan dalam
masyarakat Melayu bagi menggambarkan keadaan rumah yang kecil, buruk dan tidak
sempurna dari pandangan mata, iaitu „teratak usang‟, „dangau usang‟ dan sebagainya.
PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD PANCAINDERA
Simpulan bahasa yang menunjukkan maksud pancaindera dapat dibahagikan kepada dua,
iaitu untuk maksud pancaindera rasa dan pancaindera dengar.
1. Simpulan bahasa untuk maksud pancaindera rasa ialah sen up peruk
[sen up peru‟] (sesuam sarang tupai).
2. Simpulan bahasa untuk maksud pancaindera dengar ialah lempok karok
[lempo‟ karo‟] (suara mengkarung).
GEMA Online™ Journal of Language Studies 95
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
Simpulan bahasa sen up peruk (sesuam sarang tupai) digunakan bagi maksud pancaindera
rasa, iaitu merujuk kepada kadar kepanasan air yang sesuai untuk memandikan bayi.
Orang Semai menggunakan sarang tupai (tupaia ferruginea) sebagai analoginya kerana
keadaan sarang haiwan itu yang diperbuat daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu
dibuat di tempat yang agak tinggi dan selamat daripada ancaman musuh. Keadaan bentuk
binaan ini dilihat sebagai ruang yang selesa untuk didiami terutamanya bagi kawasan atau
cuaca yang sejuk. Air pada kadar kepanasan sen up peruk atau sesuam sarang tupai ini
merupakan air yang tidak terlalu sejuk dan tidak juga terlalu panas, iaitu tahap yang
paling sesuai untuk memandikan bayi. Simpulan bahasa yang menunjukkan
perlambangan bagi maksud pancaindera dengar ialah lempok karok (suara mengkarung)
yang membawa maksud seseorang yang mempunyai suara yang tidak sedap atau
sumbang untuk didengar. Simpulan bahasa ini mereka gunakan untuk menyatakan perihal
suara seseorang yang tidak merdu atau sumbang semasa menyanyi atau melagukan lagu-
lagu semangat atau keagamaan dalam upacara tertentu mengikut kepercayaan mereka.
Simpulan bahasa ini juga mereka gunakan untuk tujuan yang sama semasa persembahan
nyanyian lagu-lagu biasa dalam majlis-majlis tertentu sebagaimana masyarakat Melayu
merujuk kepada kata-kata seperti suara katak, katak panggil hujan dan sebagainya bagi
merujuk kepada suara yang sedemikian.
REALITI PERIBAHASA DALAM KONTEKS ORANG SEMAI
Sebagai bahasa kiasan sama ada sifatnya peribahasa mahupun simpulan bahasa, bahasa
kiasan sedemikian sifatnya membawa banyak hal-hal tersirat yang perlu diamati
sebaiknya oleh khalayak pendengar, lawan bicara mahupun para pengkaji budaya. Ramai
dari kalangan masyarakat luas di Malaysia kurang mahu mendalami konsep atau jati diri
yang diungkapkan dalam bahasa kiasan masing-masing apatah pula, bahasa kiasan seperti
peribahasa dalam kalangan orang Semai. Berlandaskan perbincangan sebelumnya
dapatlah dirangkumkan realiti sebenar di sebalik penggunaan perlambangan dalam
peribahasa tersebut kepada empat, iaitu latar hidup; nilai rasa dan jiwa; refleksi budaya;
dan pandang dunia.
Pertama, hidup orang Semai tradisi pastinya dilatari dan sentiasa didukungi hutan
belantara. Sebelum hidup moden menjengah kehidupan mereka seperti hari, generasi
lama orang-orang Semai merupakan pengamat yang kreatif. Mereka menjadikan alam
yang melatari kehidupan sebagai „guru‟, „pembimbing‟, serta teladan yang perlu
dicontohi dan dihormati. Sebagai manusia yang arif tentang hutan dan kehidupan di
dalamnya, mereka menggunakan kesempatan yang ada misalnya sifat dan watak setiap
haiwan sebagai satu teladan dan dijadikan sebagai acuan pembentuk pasak minda dan
budaya secara tidak langsung. Pengamatan tajam sedemikian kemudiannya diungkapkan
semula ke dalam lakuan berbahasa dan ia kemudiannya menghasilkan peribahasa yang
kaya dengan perlambangan. Secara tidak langsung, generasi tua Semai telah mewariskan
satu bentuk pengajaran dan pembelajaran tidak formal kepada generasi mudanya. Kedua,
nilai rasa dan jiwa yang menyelimuti peribahasa Semai bukan sekadar satu bentuk
mainan kata-kata sebaliknya, peribahasa berkenaan menjadi satu realiti pegangan dalam
usaha menanggapi hidup yang penuh dengan kepayahan di dalam hutan. Ia dijadikan
pedoman dan pengajaran untuk mendidik anak-anak Semai. Kini, kebanyakan generasi
muda Semai mendiami kawasan pinggir hutan dan perubahan yang dihadapi mereka
memungkinkan perubahan terhadap rasa dan jiwa mereka nilai hutan. Hutan mungkin
GEMA Online™ Journal of Language Studies 96
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
dianggap sebagai satu kawasan atau wilayah yang kuno, atau ketinggalan yang perlu
dihindari. Oleh yang demikian, nilai rasa dan jiwa generasi muda Semai pasti turut
berubah seiring dengan perkembangan semasa. Malah, berkemungkinan proses
pemodenan menyebabkan mereka tidak lagi memberi penghayatan yang tinggi terhadap
peribahasa dukungan berzaman. Justeru, peribahasa Semai sedia ada perlu dipelihara
sebaiknya agar nilai rasa dan jiwa yang tersirat di dalamnya dapat disimpan serta
diaplikasikan sebaiknya oleh semua generasi Semai. Ketiga, peribahasa Semai secara
tidak langsung mencerminkan refleksi budaya Semai. Meskipun peribahasa bukanlah
suatu budaya benda yang boleh dipegang dan disimpan dalam bentuk fizikal namun, ia
merupakan satu bahan budaya yang mampu dijana semula dalam minda pendukungnya.
Pemeliharaan budaya minda seumpama ini bukanlah satu upaya yang mudah kerana ia
akan berkubur sekiranya penerusan dan pengamalan peribahasa tersebut dihentikan,
yakni wujud unsur penolakan dalam jiwa generasi muda daripada mengamalkannya.
Peribahasa Semai adalah sebahagian daripada budaya kreatif Semai yang telah
berlangsung berzaman lamanya maka, ia perlu terus digunakan agar keaslian dan
kekreatifan minda itu mampu bertahan sebagai satu bentuk refleksi budaya lisan mereka.
Yang terakhir, pandangan dunia Semai boleh diteliti di sebalik baris-baris
peribahasanya. Meskipun bukanlah satu kerja mudah untuk menggali keluar pandang
dunia sesuatu masyarakat namun, melalui artifak budaya sama ada bersifat lisan atau
sebaliknya, ia mampu digambarkan dengan kata-kata. Peribahasa Semai yang dipaparkan
dalam perbincangan sebelumnya secara tidak langsung telah menggambarkan suasana
sebenar yang mendasari kehidupan mereka sejak berzaman lamanya. Keupayaan orang-
orang Semai menghayati alam hutan sebagai „dunia‟ kecil yang penuh rahsia
menyebabkan mereka perlu merincikan „dunia‟ itu secara telus dan berhati-hati. Dengan
demikian, maka muncullah antaranya ungkapan peribahasa yang mengambil sepenuhnya
kelebihan alam fauna yang dilihat berupaya memberi pelajaran dan pengajaran berguna
kepada mereka. Orang-orang Semai turut melihat „dunia‟ hutan itu sebagai sebahagian
daripada hidup mereka kerana itu, mereka perlu „berbaik-baik‟ dengan „dunia‟ kecil itu
dan hidup secara harmoni. Hutan dalam tafsiran masyarakat asli dilihat sebagai memiliki
roh dan jiwa yang perlu dihormati dan ditangani sebaiknya agar „hubungan‟ dua hala
antara manusia Semai dan „dunia‟ hutan itu berlangsung baik dan secara tidak langsung,
ia turut mencerminkan pandang dunia orang-orang Semai kepada khalayak.
KESIMPULAN
Unsur alam khususnya yang berkait dengan haiwan merupakan unsur yang terdekat
dengan kehidupan orang Semai. Ini jelas membuktikan bahawa haiwan merupakan salah
satu unsur yang memainkan peranan penting sebagai asas kepada tercetusnya sesuatu
peribahasa dalam bahasa mereka. Meskipun terdapat sedikit perbezaan penggunaan unsur
haiwan dan konteksnya dalam peribahasa-peribahasa tersebut berbanding peribahasa
masyarakat Melayu namun, maksud dan tujuan kewujudannya adalah sama, iaitu untuk
memberi nasihat, peringatan, sindiran dan pedoman hidup. Persamaan tafsiran terhadap
lambang yang serupa ini menunjukkan bahawa dalam situasi tertentu terdapatnya corak
pemikiran yang hampir sama antara orang Semai dan masyarakat Melayu. Penggunaan
peribahasa yang berunsurkan haiwan telah menampakkan dengan jelas betapa hubungan
manusia, khususnya orang Semai dengan alam sekeliling itu amat penting dalam
GEMA Online™ Journal of Language Studies 97
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
kehidupan mereka. Peribahasa sedemikian cirinya memandu pemikiran masyarakat
umum untuk memahami bahawa pemikiran dan cara hidup sesuatu etnik itu perlu
ditangani melalui bahasa dan budaya mereka bukan berdasarkan bahasa dan budaya
masyarakat majoriti di negara ini. Dengan demikian, masyarakat umum juga harus
menyedari bahawa peri pentingnya memahami bahasa dan budaya masyarakat lain
khususnya, dalam aspek peribahasa, kerana peribahasa itu dikatakan inti kepada nilai-
nilai budaya yang terungkap dalam sesuatu bahasa itu.
RUJUKAN
Bahren Umar Siregar. (2010). Emosi dan kebudayaan dalam peribahasa. Muat turun 1
April, 2011 dari http://sastra.um.ac.id/wp-content/uploads/2010/01/104-Bahren-
UmarSiregar-LTBI-UAJ-Emosi-dan Kebudayaan-dalam-Peribahasa.pdf
Clore, G.L., A. Ortony, & M.A. Foss. (1987). The Psychplogical Structure of the
Affective Lexicon. Journal of Personality and Social Psychology. Vol 53, 751-66.
Davitz, J. R. (1969). The Language of Emotion. New York: Academic Press.
Dentan, Robert Knox. (2003). Preliminary Field Notes on the Semai Language. Edited by
Thomas Doyle. Retrived July 31, 2011 from
http://www.keene.edu/library/OrangAsli/DentanBaer.pdf
Ding Choo Ming. (2009). Beberapa sifat, asal-usul dan kepengarangan peribahasa
Melayu. Sari - Internasional Journal of the Malay World an Civilization. Vol
27(2), 3-26.
Fanany, Ismet & Fanany, Rebecca. (2003). Wisdom of the Malay Proverbs. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Fussell, Susan R. (2002). The Verbal Communication of Emotions: Interdisiplinary
Perspectives. London: Routledge.
Goh Sang Seong. (2010). Persamaan Lambang dalam Terjemahan Peribahasa Bahasa
Melayu-Bahasa Mandarin Dlm. Looi Siew Teip et al. (Eds.). Found in
Translation a common voice in a multicultural world (pp.1-8). Kuala Lumpur:
Universiti of Malaya.
Hymes, D. (1972). Models of the interaction of language and social life. In J. Gumperz &
D. Hymes (Eds.). Directions in Sociolinguistics: The Ethnography of
Communication (pp. 35-71). New York: Holt, Rinehart, Winston.
Ishak Ramly. (1990). Perkembangan Peribahasa dalam Bahasa Melayu. Jurnal Dewan
Bahasa. Vol 34(1), 54-61.
Imran Ho-Abdullah. (2011). Analisis Kognitif Semantik Peribahasa Melayu
Bersumberkan Anjing. GEMA Online™ Journal of Language Studies. Vol 11(1),
125-141.
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. (2008). Data Maklumat Asas. Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia.
Johnson-Laird, P.N., & Oatley, K. (1989). The language of emotions: An analysis of a
semantic field. Cognition and Emotion. Vol 3, 81-123.
Kamus Dewan. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Semai,
Peringkat 1 Tahun 3 dan 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum,
KPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
GEMA Online™ Journal of Language Studies 98
Volume 13(1), February 2013
ISSN: 1675-8021
Krikmann, A. (2007). The great chain of being as the background of personificatory and
depersonificatory metaphors in proverbs and elsewhere. Kertas kerja dalam 1st
Interdisciplinary colloquium on proverbs: Tavira (Algarve), Portugal, 5 – 12
November 2007.
Nik Safiah Karim. (1992). Beberapa persoalan sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Oktavianus Liudawati. (2008). Rekonstruksi nilai budaya dari peribahasa Minangkabau
dalam upaya memperkokoh filosofi Adat Basandi Syarak-Syarak Basandi
Kitabullah (ABS-SBK). Lingua Didaktika. Vol 2(3), 51-73.
Ortony, A. (1988). Are emotion metaphors conceptual or lexical? Cognition & Emotion.
Vol 2, 95-103.
Ortony, A., G.L. Clore, & M.A. Foss. (1987). The Referential Structure of the Affective
Lexicon. Cognitive Science. Vol 11, 341-64.
Ortony, A., Clore, G. L., & Collins, A. (1988). The Cognitive Structure of Emotions.
Cambridge, England: Cambridge University Press.
Osman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod.
Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rahmawati Iskandar. (2006). Analisis peribahasa Jepang dan Indonesia yang
menggunakan kata “kera” (Saru). (Kertas Projek Sarjana Pendidikan tidak
diterbitkan) Universiti Pendidikan Indonesia.
Rozaimah Rashidin & Noriza Daud. (2009). Unsur perlambangan dalam bahasa Melayu:
Satu analisis teori relevans. Jurnal Aswara. Muat turun 30 Julai, 2011 dari
www.aswara.edu.my/c/document_ library/get_file?uuid=c538310d
Schensul, S. L., Schensul, J. J. & LeCompte, M. D. (1999). Essential ethnographic
methods: Ethnographer’s toolkit. New York: Altamira Press.
Zaitul Azman Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Bahasa dan
Pemikiran dalam Peribahasa Melayu. GEMA Online™ Journal of Language
Studies. Vol 11(1), 31-51.
RESPONDEN TEMU BUAL
1. Achom bin Luji; Kampung Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang
2. Sembunyi anak Jamil;Jabatan Kebajikan Orang Asli, Kuala Lipis, Pahang
3. Pong a/p Panjang; Kampung Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang
4. Batin Achom a/l Khamis; Kampung Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang
5. Munan a/l Yai; Kampung Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang
PENULIS
Saidatul Nornis Hj. Mahali (Ph.D) ialah Prof. Madya dalam bidang Sosiolinguistik di
Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Minat Penelitiannya adalah
terhadap bahasa-bahasa peribumi di Sabah.
Mohd Rasdi Abu Samah ialah Pensyarah di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Pahang dan merupakan calon Ph.D di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim,
Perak.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Mohd Nuruzzaman
 
Nur hafizah linguistik gunaan
Nur hafizah linguistik gunaanNur hafizah linguistik gunaan
Nur hafizah linguistik gunaanWatak Bulat
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaUSM
 
Sifat bahasa hashida
Sifat bahasa hashidaSifat bahasa hashida
Sifat bahasa hashidaWatak Bulat
 
Kepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaKepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaPAKLONG CIKGU
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4Laila Mohd Sarjan
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasacikgushamsuddin
 
Dialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanDialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanShila Melisha
 
Nota Sosiolinguistik
Nota SosiolinguistikNota Sosiolinguistik
Nota Sosiolinguistikly infinitryx
 
Contoh pembentangan kerja kursus BM Tingkatan 6 2013. "6A1"
Contoh pembentangan kerja kursus BM Tingkatan 6 2013. "6A1"Contoh pembentangan kerja kursus BM Tingkatan 6 2013. "6A1"
Contoh pembentangan kerja kursus BM Tingkatan 6 2013. "6A1"KiDuKo KiMaGoRi
 

Was ist angesagt? (12)

Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
 
Nur hafizah linguistik gunaan
Nur hafizah linguistik gunaanNur hafizah linguistik gunaan
Nur hafizah linguistik gunaan
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 
Sifat bahasa hashida
Sifat bahasa hashidaSifat bahasa hashida
Sifat bahasa hashida
 
Pengenalan komsas
Pengenalan komsasPengenalan komsas
Pengenalan komsas
 
Kepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasaKepelbagaian bentuk bahasa
Kepelbagaian bentuk bahasa
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
Bidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistikBidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistik
 
Dialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanDialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat Kelantan
 
Nota Sosiolinguistik
Nota SosiolinguistikNota Sosiolinguistik
Nota Sosiolinguistik
 
Contoh pembentangan kerja kursus BM Tingkatan 6 2013. "6A1"
Contoh pembentangan kerja kursus BM Tingkatan 6 2013. "6A1"Contoh pembentangan kerja kursus BM Tingkatan 6 2013. "6A1"
Contoh pembentangan kerja kursus BM Tingkatan 6 2013. "6A1"
 

Ähnlich wie Gema ukm bahasa semai

08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Norhayati Muhamad
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)Khairul Amin Ishak
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4Oh Jenny
 
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuBuku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuSyed Shafiq Syed Zaini
 
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedahMpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedahfnurizdian
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012johari7755
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuSiew Hong Ting
 
Rangka tugasan
Rangka tugasanRangka tugasan
Rangka tugasanCid Hamdan
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuKelvin WC
 
Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat MalaysiaKonsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat MalaysiaDemolish Wolf
 
Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)
Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)
Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)Ct Atikah
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANRthi Ban
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausureXeri Ee
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalZaidah Ahmad
 
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...Rozaiman Makmun
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistiktaylor
 

Ähnlich wie Gema ukm bahasa semai (20)

08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuBuku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
 
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedahMpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Rangka tugasan
Rangka tugasanRangka tugasan
Rangka tugasan
 
Pendekatan 1
Pendekatan 1Pendekatan 1
Pendekatan 1
 
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa MelayuMPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
MPU3012 Bahasa Melayu Komunikatif - Fungsi Bahasa Melayu
 
Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat MalaysiaKonsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
Konsep Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
 
Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)
Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)
Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
 
Bmm3107 pengantar linguistik
Bmm3107 pengantar linguistikBmm3107 pengantar linguistik
Bmm3107 pengantar linguistik
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausure
 
Taj 1 BMM3107
Taj 1 BMM3107Taj 1 BMM3107
Taj 1 BMM3107
 
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasionalBahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
Bahasa melayu pemangkin perpaduan nasional
 
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
PENGAJARAN TERANCANG KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS: MEMPERKAYA KOSA KATA PELA...
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
 

Gema ukm bahasa semai

  • 1. GEMA Online™ Journal of Language Studies 83 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 Haiwan Sebagai Perlambangan Dalam Peribahasa Orang Semai Saidatul Nornis Hj. Mahali saidatul@ums.edu.my Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah Mohd. Rasdi Saamah rasdi146@yahoo.com IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan ABSTRAK Sebagai suku kaum yang menghuni hutan sebagai lokasi utama kediaman maka, suku kaum semai merupakan pengamat alam yang sangat baik. Mereka menggunakan alam persekitaran sebagai bahan terbaik untuk menyatakan rasa, kehendak dan dijadikan sebagai perbandingan dengan sifat atau perlakuan manusia. Khazanah hutan yang kaya ini menyebabkan kiasan bahasa milik suku kaum Semai merujuk kepada sifat haiwan sebagai bahan persamaan dan perbandingan dengan sifat manusia. Tujuan makalah ini ialah untuk meneliti unsur haiwan yang terdapat dalam peribahasa suku kaum Semai. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual terhadap lima orang responden dan ulasannya dibuat berlandaskan penyesuaian terhadap kerangka etnografi komunikasi yang dikemukakan oleh Hymes (1972) dengan memberi fokus kepada empat perkara pokok, iaitu huraian situasi, pemakaian, struktur dan fungsi aktiviti sesuatu pertuturan tersebut. Didapati bahawa peribahasa yang digunakan oleh masyarakat Semai banyak berunsurkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan mereka seharian. Kesemua unsur haiwan dalam peribahasa yang dikaji merupakan haiwan yang mempunyai kaitan dalam ruang lingkup kehidupan suku kaum tersebut. Kajian ini penting untuk memberikan pemahaman kepada masyarakat yang mempunyai hubungan secara langsung dengan suku kaum ini, sebagai salah satu kaedah untuk merapatkan jurang sosiobudaya dalam kalangan masyarakat di negara ini. Peribahasa suku kaum ini juga mampu memperlihatkan betapa orang-orang Semai adalah pemerhati yang baik kerana mampu menggabungjalinkan antara alam dengan kehidupan sebenar manusia. Pemasukan unsur haiwan ke dalam peribahasa memperlihatkan bahawa terdapat sesetengah sifat haiwan yang mempunyai persamaan dengan sifat manusia dan sebaliknya. Pemasukan sedemikian secara tidak langsung menunjukkan bahawa nilai dan norma kehidupan suku kaum Semai bermula dan diasaskan kepada alam sekitaran sebagai guru terbaik dalam kehidupan mereka. Katakunci: peribahasa; suku kaum Semai; bahasa Semai; unsur haiwan; budaya ANIMAL SYMBOLISMS IN SEMAI PROVERBS ABSTRACT Amongst the tribes which inhabit the forests, the Semai tribe are very good nature observers. It is inevitable that they utilize the natural environment as the best material to
  • 2. GEMA Online™ Journal of Language Studies 84 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 express sense, desires and as a reference for the comparison of human nature or behavior. Their rich natural heritage allows the Semai figurative language to use the nature and behaviour of animals as comparisons to humans. This study therefore examines the elements of animals used in Semai proverbs. Data from the interview of five respondents were analyzed and then commented based on Hymes‟s (1972) ethnographic framework that focuses on four fundamental points, namely situation, application, structure and activity function. It is found that the animals and plants used in the Semai proverbs are those encountered in their daily life and are relevent to the ethnic‟s lifestyle. The present study is important to help develop a better understanding of this ethnic group and also to bridge the sociocultural gap among the ethnics in Malaysia. The analysis of these proverbs reveal that the Semai are very good observers of nature and are able to combine the natural environment with their daily activities. The inclusion of animalistic elements in their proverbs shows that animals and humans share some common characteristics. Such inclusion implies that the values and norms of the Semai tribes are derived from and based on the environment, which they perceive as the best teacher. Keywords: proverbs; Semai ethnic group; Semai language; animal; cultural elements PENGENALAN Penggunaan bahasa dengan pelbagai strategi telah memperlihatkan pelbagai nilai sosial dan kebudayaan yang diamalkan dalam suatu masyarakat bahasa. Corak dan bentuk sesuatu bahasa itu bergantung kepada siapa yang menuturkannya dan dalam suasana mana bahasa itu digunakan (Nik Safiah Karim, 1992). Dengan demikian, jelas bahawa semua bahasa di dunia ini mempunyai berbagai-bagai strategi lisan untuk menyampaikan buah fikiran dan emosi penuturnya (lihat Clore, Ortony, & Foss,1987; Davitz, 1969; Johnson-Laird & Oatley, 1989; Ortony, 1988; Ortony, Clore, & Foss, 1987, Ortony, Clore, & Collins, 1988; Fussell, 2002). Salah satu strategi yang digunakan oleh penutur bahasa untuk menyampaikan buah fikiran mereka adalah melalui peribahasa kerana peribahasa mampu berfungsi untuk menyampaikan gagasan, buah fikiran dan perasaan dalam berbagai-bagai situasi dan tujuan komunikatif (Bahren Umar Siregar, 2010). Peribahasa mempunyai dua peranan penting dalam kehidupan manusia, pertamanya berperanan sebagai saluran yang memaparkan pelbagai realiti dalam kehidupan masyarakat pengguna peribahasa itu; dan kedua, peribahasa mempunyai nilai-nilai yang boleh dijadikan sebagai pedoman hidup baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar dan manusia dengan penciptanya. Ishak Ramly (1990) menyatakan banyak peribahasa Melayu yang mengambil lambang alam sekeliling untuk memberi makna yang padat dan tepat, yang terbit daripada pengalaman, pemerhatian dan pandangan tajam. Mengikut Oktavianus Liudawati (2008) peribahasa mempunyai tiga kelebihan, iaitu pertamanya, memiliki struktur kalimat yang sebahagian besarnya tidak dapat diubah; kedua, mengandungi makna kiasan yang ditentukan oleh faktor-faktor etnografi komunikasi dan ketiga, memiliki nilai estetika yang tinggi dalam aspek bentuk dan cara penyampaian makna. Peribahasa mempunyai peranan dan kedudukan yang penting dalam masyarakat pendukungnya. Peribahasa turut dilihat sebagai medium komunikasi bagi anggota masyarakatnya berhubung. Melaluinya juga masyarakat dapat menyampaikan dan menyebarkan maklumat, pendidikan, dan tradisi budaya seperti nilai-
  • 3. GEMA Online™ Journal of Language Studies 85 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 nilai sosial, adat, kemahiran dan kecekapan menilai persekitaran kepada anggotanya. Proses pembudayaan yang dilalui oleh seseorang individu dalam masyarakat itu berlaku secara tidak langsung dan peranan itu turut didukung oleh peribahasa. Seterusnya individu itu pula akan menurunkan proses sosial itu kepada anaknya dan demikianlah ia berterusan. Peribahasa juga merupakan salah satu lambang jati diri masyarakat pendukungnya. Peribahasa dalam mana-mana masyarakat itu memperlihatkan keindahan dan kehalusan bahasa dan budaya. Di sebalik sebuah peribahasa tersembunyi susun atur pemikiran; penggunaan dan pemilihan kata yang bersesuaian untuk menggambarkan persekitaran dan latar hidup masyarakat pendukung; mengandungi kearifan dan daya intelektual serta kreativiti penciptanya; dan ia menjadi lambang jati diri yang telah dipertahankan sejak berzaman lamanya. Demikian antara kepentingan peribahasa bagi masyarakat peribumi Orang Asli Semai yang juga memelihara peribahasa sebagai satu media dan medium komunikasi sosial dalam kelompoknya. PERMASALAHAN KAJIAN Kurangnya dokumentasi terhadap bahasa dan budaya masyarakat peribumi Orang Asli di negara ini menyebabkan kebanyakan budaya lisan khususnya, milik masyarakat ini semakin hilang bersama peredaran masa. Keadaan ini dibantu pula oleh faktor penyusutan bilangan masyarakat orang asli di negara ini. Apatah lagi wujud juga perbezaan bahasa dan budaya antara kelompok-kelompok Orang Asli. Keadaan sedemikian secara tidak langsung telah membataskan pergaulan masyarakat peribumi ini dengan masyarakat lain di Malaysia khususnya dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia. Oleh itu, bahasa dan budaya masyarakat peribumi Orang Asli di negara ini perlu diketengahkan kepada khalayak luas agar bahasa dan aspek budaya masyarakat ini dapat diketahui dan lebih difahami oleh masyarakat lain di negara ini. Salah satu aspek budaya masyarakat Orang Asli adalah menerusi peribahasa. Peribahasa merupakan salah satu aspek budaya yang mampu memaparkan latar persekitaran hidup dan pemikiran masyarakat pendukungnya. Demikian halnya dengan Orang Asli yang juga menyimpan nilai dan norma budaya melalui peribahasa mereka. Pendedahan peribahasa masyarakat Orang Asli secara tidak langsung membolehkan bahasa dan budaya mereka diketahui dan difahami oleh masyarakat luas di Malaysia. Sehubungan itu, makalah ini diusahakan untuk memberi paparan awal tentang peribahasa masyarakat Orang Asli Semai. METODOLOGI Kajian ini hanya terbatas kepada peribahasa yang sering digunakan dalam pertuturan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai di Kampung Kuala Koyan yang terletak di kawasan Lembah Jelai, Daerah Kuala Lipis, Pahang. Lembah Jelai termasuk dalam kawasan Tapak Penyelidikan Lanai Betau Koyan (LBK) di bawah Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan yang dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Perlu dijelaskan di sini bahawa bahasa Semai yang digunakan di kawasan Lembah Jelai mempunyai sedikit perbezaan dengan Bahasa Semai yang digunakan sebagai mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) dan bahasa Semai yang digunakan di negeri Perak serta beberapa daerah lain di Semenanjung Malaysia. Hanya lima orang responden sahaja yang terlibat dalam kajian ini kerana mereka
  • 4. GEMA Online™ Journal of Language Studies 86 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 merupakan responden yang berwibawa dalam masyarakat Semai di kampung berkenaan. Kelima-lima mereka merupakan antara individu-individu yang dipercayai oleh ahli-ahli masyarakatnya dan mereka juga menjadi individu rujukan dalam hal-hal yang melibatkan kebudayaan Semai. Antara soalan yang diajukan kepada responden-responden berkenaan seperti konsep haiwan dalam peribahasa Semai yang mendatangkan unsur positif dan negatif serta, perbandingannya dengan peribahasa Melayu. Selain itu, aspek-aspek yang menunjukkan persamaan dan perbezaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayu juga diajukan. Kesemua responden turut menjelaskan dengan baik pemilihan konsep haiwan dan perlambangan yang wujud dalam peribahasa yang mereka dukung. Peribahasa dikumpul melalui sesi temu bual dengan para responden, yakni rakaman secara langsung dibuat semasa temu bual dilaksanakan. Responden juga dimaklumkan bahawa perbualan tersebut dirakamkan untuk maksud pendokumentasian. Data kemudiannya dirakam ke dalam kaset rakaman dan data berkenaan kemudiannya ditranskripsi terlebih dahulu sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kaedah ini dilakukan bagi memastikan agar data yang dikumpul itu boleh disahkan dan dapat diperdengarkan semula. TINJAUAN LITERATUR Kajian tentang pengaruh alam dan budaya dalam sesuatu bahasa sudah banyak dilakukan tetapi kajian yang berasaskan kepada peribahasa dalam bahasa sukuan yang berasaskan sesuatu unsur masih amat terhad bilangannya. Peribahasa yang berkaitan dengan haiwan boleh ditemui dalam hampir semua bahasa dan budaya di dunia ini. Ismet Fanany dan Rebecca Fanany (2003, hlm. 44) dalam Ding (2009, hlmn. 8) mendapati 25% peribahasa Minangkabau berisikan imej alam semula jadi. Mereka menambah: “…of these, 44 % relate to natural features, 23% make reference to plants and tress, and 33% involve animals”. Manakala Krikmann (2007, hlmn. 12) dalam Imran Ho-Abdullah (201, hlmn. 126) menyatakan bahawa tanpa mengira perbezaan kawasan geografi, haiwan dalam kumpulan yang paling kerap digunakan dalam peribahasa ialah anjing, kuda dan lembu. Ini diikuti oleh ayam, serigala, babi, kucing dan kambing biri-biri dan dikuti oleh ikan, kaldai, burung, kambing dan tikus. Tiga belas haiwan ini membentuk dua pertiga daripada keberlakuan haiwan dalam peribahasa. Haiwan yang „dekat‟ dengan manusia atau yang sering ditemui manusia serta mempunyai impak kepada manusia akan muncul dengan lebih kerap dalam peribahasa. Goh (2010) dalam kajiannya mendapati kedudukan geografi yang berhampiran telah menyebabkan kedua-dua pengguna bahasa Melayu dan bahasa Mandarin berhadapan dengan suasana persekitaran yang sememangnya banyak kesamaannya. Jenis haiwan liar dan binatang peliharaan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka telah banyak digunakan dalam peribahasa bahasa Melayu dan bahasa Mandarin sebagai lambang yang diberikan pelbagai tafsiran. Kajian ini mendapati sebanyak 261 peribahasa bahasa Melayu dan bahasa Mandarin mempunyai lambang yang sama, antaranya penggunaan haiwan harimau, kera, anjing, ketam, gajah, kambing, serigala, tikus dan kucing. Harimau digambarkan sebagai lambang bahaya dan tidak mengenang budi, kera dilambangkan sebagai kepandaian dan kemahiran, anjing dilambangkan sebagai orang tidak mengenang budi, ketam lambang kepada orang yang tidak menunjukkan teladan, gajah pula sebagai kuasa besar, kambing dilambangkan lemah-lembut dan jinak, serigala lambang ganas dan zalim. Selain itu kucing dianggap sebagai ketua atau pihak yang lebih
  • 5. GEMA Online™ Journal of Language Studies 87 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 dominan manakala tikus dilambangkan sebagai orang bawahan atau pihak yang dikuasai. Kajian Rahmawati Iskandar (2006) mendapati salah satu unsur pembentuk peribahasa dalam peribahasa Indonesia dan peribahasa Jepun ialah unsur haiwan. Haiwan-haiwan yang menjadi unsur utama dalam pembentukan peribahasa Jepun ialah kera, lembu, kucing, ikan, burung, kuda, serangga dan lain-lain. Unsur haiwan digunakan sebagai pembentuk peribahasa kerana haiwan memiliki tingkah laku yang hampir mirip dengan manusia dan sering diibaratkan tingkah laku manusia kepada haiwan, salah satu contohnya „kera‟. Kajian ini juga mendapati bahawa daripada jumlah 16 peribahasa Jepun yang menggunakan kata „kera‟ yang diteliti, 12 daripadanya mempunyai makna yang hampir sama dengan peribahasa Indonesia walaupun cara pengungkapannya berbeza. Perbezaan ini disebabkan oleh berbezanya cara berfikir serta ciri-ciri lain pengguna kedua-dua bahasa tersebut. Rozaimah Rashidin dan Noriza Daud (2009) dalam kajian mereka terhadap unsur perlambangan dalam peribahasa Melayu mendapati bahawa terdapat dua jenis perlambangan, iaitu perlambangan yang berkonotasi positif dan perlambangan yang berkonotasi negatif yang dikategorikan kepada alatan, haiwan, tumbuhan dan orang atau gelaran. Bagi konteks haiwan sebagai lambang, peribahasa-peribahasa yang mereka kaji banyak menggunakan haiwan seperti kumbang, kucing, babi dan anjing sebagai lambang yang berkonotasi positif dan berkonotasi negatif terhadap kaum lelaki dan wanita. Dalam perlambangan imej lelaki dan wanita, anjing digunakan dalam kedua-dua peribahasa yang mengaitkan kedua-dua jantina ini. Anjing dalam konteks masyarakat Melayu mempunyai unsur yang negatif. Dalam hal ini, unsur seksisme tidak begitu ketara dan didapati agak seimbang dalam menggambarkan imej lelaki dan wanita. Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011) membincangkan tentang pemikiran Melayu dalam peribahasa Melayu. Pemikiran dalam peribahasa Melayu turut menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetika hasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada di sekeliling mereka. Kajian mereka diusahakan untuk mengenal pasti hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu menggunakan hipotesis Sapir-Whorf dengan bersumberkan empat buah teks peribahasa Melayu iaitu Kitab Kiliran Budi, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, 1001 Peribahasa Melayu, dan Peribahasa SPM. Hasil kajian mereka membuktikan terdapat hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan dalam hipotesis Sapir-Whorf. PERBINCANGAN Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan kajian ini dibincangkan berdasarkan kepada penyesuaian terhadap kerangka etnografi komunikasi yang dikemukakan oleh Hymes (1972) dengan menghuraikan makna peribahasa suku kaum Semai yang berunsurkan haiwan berasaskan situasi, pemakaian, struktur dan fungsinya dalam konteks kehidupan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai di kawasan kajian. Perbincangan dapatan kajian ini dibuat berdasarkan tiga daripada empat perkara pokok tersebut iaitu situasi, pemakaian dan fungsinya dalam penggunaan seharian para penuturnya. Terdapat dua kategori dalam peribahasa Semai, iaitu simpulan bahasa dan
  • 6. GEMA Online™ Journal of Language Studies 88 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 perumpamaan. Perbincangan bagi kedua-dua kategori ini tidak akan melibatkan aspek struktur peribahasa berkenaan kerana, tumpuan perbincangan diberikan kepada mekanisme yang membentuk peribahasa Semai, yakni unsur haiwan yang sentiasa melatari kehidupan mereka. Sebagai penghuni hutan rimba, orang-orang Semai sangat dekat dengan alam dan, alam secara tidak langsung telah membentuk satu pandang budaya rakyat (folk culture) serta pandang dunia (world view) mereka. Justeru, tidaklah menghairankan sekiranya di dalam setiap peribahasa mereka itu mengandungi elemen haiwan yang sentiasa berlegar-legar di dalam kehidupan mereka. Sehubungan itu, perbincangan dalam makalah ini akan menggunakan 35 peribahasa berunsurkan haiwan yang terdiri daripada 22 simpulan bahasa dan 13 perumpamaan. Sebanyak 22 jenis haiwan dikesan wujud dalam peribahasa ini yang terdiri daripada anai-anai, anjing, ayam, babi, beruk, burung, cawi-cawi, helang, ikan, kera, kijang, kucing, kura-kura, lintah, mawas, mengkarung, murai, rajawali, rusa, tebuan, tupai dan ular. Daripada 22 jenis haiwan tersebut terdapat 3 peribahasa tentang anjing, ayam, burung dan kera, masing-masing dua peribahasa tentang beruk, ikan, kura- kura, rusa dan ular. Manakala masing-masing satu peribahasa tentang anai-anai, babi, cawi-cawi, helang, kijang, kucing, lintah, mawas, mengkarung, murai, rajawali, tebuan dan tupai. Kesemua peribahasa berunsurkan haiwan tersebut dipaparkan sebagaimana jadual 1 di bawah ini. JADUAL 1. Peribahasa Semai berunsurkan haiwan Peribahasa Haiwan Jumlah Anjing 3 Ayam 3 Burung 3 Kera 3 Beruk 2 Ikan 2 Kura-kura 2 Rusa 2 ular 2 Anai-anai 1 Babi 1 Cawi-cawi 1 Helang 1 Kijang 1 Kucing 1 Lintah 1 Mawas 1 Mengkarung 1 Murai 1 Rajawali 1 Tebuan 1 Tupai 1 Terdapat lima kategori perlambangan berunsurkan haiwan yang digunakan dalam kesemua peribahasa berkenaan. Perlambangan berkenaan merujuk kepada kategori sifat atau keadaan sebanyak 21 peribahasa; perlambangan warna sebanyak enam peribahasa; perlambangan ukuran sebanyak empat peribahasa; perlambangan bentuk sebanyak dua
  • 7. GEMA Online™ Journal of Language Studies 89 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 peribahasa dan perlambangan pancaindera juga sebanyak dua peribahasa. Perlambangan bagi maksud sifat atau keadaan dapat dibahagikan kepada dua kategori pula, iaitu sifat positif dan sifat negatif. Begitu juga keadaannya dengan perlambangan bagi maksud pancaindera dapat dibahagikan kepada pancaindera rasa dan pancaindera dengar. Pengkategorian perlambangan berkenaan dapat dirumuskan sepertimana jadual di bawah ini. JADUAL 2. Kategori Perlambangan berunsur haiwan Kategori Perlambangan Jumlah sifat/keadaan 21 warna 6 ukuran 4 bentuk 2 pancaindera 2 PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD SIFAT ATAU KEADAAN Perbincangan ini menunjukkan bahawa peribahasa yang menunjukkan perlambangan bagi maksud sifat atau perangai manusia dapat dibahagikan kepada dua, iaitu perlambangan bagi maksud sifat yang positif dan perlambangan bagi maksud sifat yang negatif. Analisis terhadap kesemua peribahasa ini mendapati bahawa daripada jumlah 18 peribahasa yang menunjukkan perlambangan bagi maksud sifat atau keadaan tersebut, hanya satu sahaja yang menunjukkan perlambangan bagi maksud sifat positif selebihnya, menunjukkan perlambangan bagi maksud sifat negatif. SIFAT POSITIF Satu-satunya simpulan bahasa yang berunsurkan haiwan yang menunjukkan perlambangan bagi maksud sifat positif ialah raha-pok [raha po‟] (macam ayam) yang bermaksud seseorang yang sangat rajin. Masyarakat Semai menganggap ayam sebagai binatang yang sangat rajin kerana haiwan tersebut biasanya keluar mencari rezeki pada awal pagi berbanding haiwan lain. Dalam kalangan masyarakat Melayu banyak pepatah dan simpulan bahasa menggunakan perkataan ayam antaranya, cakar ayam, kaki ayam, ajak-ajak ayam, tidur ayam dan sebagainya. Meskipun ayam merupakan haiwan yang amat rapat dengan masyarakat Melayu namun, mereka tidak meletakkan haiwan tersebut sebagai haiwan yang melambangkan sifat rajin atau tabah mencari rezeki. SIFAT NEGATIF Peribahasa yang melambangkan sifat negatif pula dapat diteliti sebagaimana contoh- contoh di bawah ini. 1. rah greit chak ma-i-pangkal (anai-anai makan hingga ke akar). [rah greit ca‟mga i pɑŋkal] 2. raha cep birai [ra ha cep birai] (seperti burung murai). 3. segerlah lok coh [segerloh lo‟ coh] (terleceh kemaluan anjing). 4. begei tentog ru kelag (seperti burung rajawali dengan helang). [begei tento‟ ru kelag]
  • 8. GEMA Online™ Journal of Language Studies 90 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 5. enggei cok ru kucig [enggei co‟ ru kucig] (seperti anjing dengan kucing). 6. sentak tentok [senta‟ tento‟] (ekor cawi-cawi [sejenis burung]). 7. sui ku jug kelak [sui ku jug kelo‟] (hidup di kaki helang). 8. kenalok kurak [kenalo‟ kura‟] (kura-kura bodoh). 9. raha-cak nakpug [raha ca‟ na‟ pug] (macam makan ayam). 10. le-em-le-em, moh gau (lembut-lembut hidung babi). [le‟em le‟em moh gau] 11. raha rau [raha rau] (macam kera). 12. nyenhat rau [nyenhat rau] (kejahatan kera). 13. raha weoi [raha weoi] (macam mawas). 14. sengik tajuk [sengi‟ tajo‟] atau (hati ular / hati tedung). sengik selik [sengi‟ seli‟] 15. tendang rusak [tendang rusa‟] atau (penendang atau tendangan rusa). tengak rusak [tenga‟ rusa‟] 16. tengak pos [tenga‟ pos] (tendangan kijang). 17. kitendang ya pos [kitendang ya pos] (ditendang oleh rusa). Kebanyakan peribahasa dalam kategori perlambangan ini merujuk kepada sifat atau perangai negatif seseorang. peribahasa rah greit chak ma-i-pangkal (anai-anai makan hingga ke akar) membawa maksud seseorang yang suka mengikis wang orang atau kedua-dua ibu bapanya sendiri. Penggunaan anai-anai sebagai lambang kepada sifat atau perangai negatif seseorang ini bertepatan dengan sifat anai-anai, iaitu sejenis serangga seperti semut yang membuat sarang dalam tanah atau kayu (makanan utamanya kayu) dan tergolong dalam order isoptera (Kamus Dewan, 2007, hlmn. 49) yang boleh merosakkan apa sahaja seperti tanaman, rumah dan sebagainya. Peribahasa ini mempunyai makna yang sama dengan simpulan bahasa pisau cukur dalam peribahasa masyarakat Melayu. Bagi melambangkan aspek negatif dalam percakapan seseorang, masyarakat Semai menggunakan dua peribahasa, iaitu raha cep birai (seperti burung murai) dan segerlah lok coh (terleceh kemaluan anjing). Perumpamaan raha cep birai (seperti burung murai) membawa maksud seseorang yang suka bercakap atau mulut bising dan celupar. Peribahasa segerlah lok coh (terleceh kemaluan anjing) pula bermaksud percakapan seseorang yang tidak boleh dipakai atau seseorang yang bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Bagi masyarakat Semai, maksud peribahasa ini dipadankan dengan sifat anjing yang biasanya akan membuang najis di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat. Perumpamaan raha cep birai mempunyai persamaan dengan peribahasa yang digunakan dalam masyarakat Melayu, iaitu mulut murai . Perumpamaan begei tentog ru kelag (seperti burung rajawali dengan helang) pula membawa maksud seseorang yang suka mengusik orang lain. Burung rajawali (microhierax fringillarius) merupakan satu spesis helang yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang suka mengkhianati atau mengacau orang lain. Manakala perumpamaan enggei cok ru kucig (seperti anjing dengan kucing) pula bermaksud dua orang yang pantang bertemu akan bergaduh atau bertengkar. Perumpamaan ini juga mempunyai persamaan dengan perumpamaan yang digunakan dalam masyarakat Melayu daripada segi maksud dan unsur haiwan di dalamnya. Selain itu, terdapat tiga simpulan bahasa yang membawa maksud seseorang yang suka menghebahkan keburukan orang lain tetapi akhirnya keburukan itu terkena kepada dirinya sendiri, iaitu tendang rusak atau tengak rusak
  • 9. GEMA Online™ Journal of Language Studies 91 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 (penendang atau tendangan rusa), tengak pos (tendangan kijang) dan kitendang ya pos (ditendang oleh rusa). Perumpamaan- perumpamaan tersebut mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa pulang paku buah keras dalam peribahasa masyarakat Melayu. Bagi menggambarkan seseorang yang terlalu mengikut telunjuk dan bergantung harap kepada orang lain mereka menggunakan simpulan bahasa sentak tentok ekor cawi- cawi (sejenis burung) dan perumpamaan sui ku jug kelak (hidup di kaki helang). Sentak tentok membawa maksud seseorang yang suka mengikut telunjuk orang lain secara membabi buta. Peribahasa ini merujuk kepada burung cawi-cawi (dicrurus remifer) atau sri gunting bukit yang mempunyai ekor yang unik seperti ekor damak panah dan menarik perhatian burung kecil lain untuk mengekorinya. Perumpamaan sui ku jug kelak (hidup di kaki helang) pula bermaksud seseorang yang hidup terlalu bergantung kepada orang lain kerana malas berusaha. Seseorang yang malas berusaha dianggap sebagai anak burung helang yang sentiasa mengharapkan suapan makanan daripada ibunya apabila lapar. Peribahasa lain yang melambangkan seseorang yang malas berusaha ialah raha weoi (macam mawas) yang bermaksud orang yang tidak mempunyai tempat tinggal kerana malas berusaha. Masyarakat Semai telah memadankan seseorang yang malas umpama seekor mawas yang tidak mempunyai tempat tinggal nyata. Mawas ialah sejenis monyet besar dalam famili pongidae, termasuk orang hutan dan cimpanzi (Kamus Dewan, 2007: 1009). Berdasarkan data peribahasa ini didapati terdapat dua peribahasa yang berunsurkan haiwan kera yang menunjukkan perlambangan bagi maksud sifat negatif, iaitu raha rau (macam kera) dan nyenhat rau (kejahatan kera). Peribahasa raha rau bermaksud seseorang yang kedekut, manakala peribahasa nyenhat rau bermaksud seseorang yang memetik dan merosakkan buah-buahan sesuka hati. Bagi masyarakat Semai, kera (macacus cynomolgus) merupakan haiwan yang mempunyai sifat kedekut dan suka merosakkan buah-buahan serta hasil tanaman mereka. Kedua-dua sifat haiwan tersebut telah dijadikan sebagai unsur dalam bahasa berkias bagi melambangkan sifat manusia yang berperangai sedemikian. Peribahasa yang berunsurkan haiwan ini banyak terdapat dalam peribahasa masyarakat Melayu umpamanya kera sumbang, seperti kera mendapat bunga, seperti kera kena belacan dan sebagainya yang menggambarkan sifat dan tingkah lakunya yang lucu dan menarik. KEADAAN Dua peribahasa yang tergolong dalam maksud keadaan terdiri daripada peribahasa berikut. 1. nelumpat rusak [nelumpa‟ rusa‟] (lompatan rusa). 2. lehem cep [lehem cep] (nafas burung). 3. cahnu/cenawang kurak [cahnu/cenawang kura‟] (berak kura-kura). Peribahasa nelumpat rusak (lompatan rusa) digunakan untuk menunjukkan keadaan kawasan hutan yang ditebas dan dibakar dengan tujuan untuk pembukaan kawasan pertanian baru, yang hangus tidak menyeluruh atau hangus secara bertompok-tompok. Keadaan ladang yang hangus bertompok-tompok itu disamakan dengan lompatan haiwan rusak atau rusa (cervus equimus) yang jarak antara satu lompatan dengan satu lompatan lain melangkaui jarak tertentu. Mereka menganggap keadaan ladang seperti itu sebagai melaksanakan kerja yang masih belum sempurna kerana terdapatnya kawasan atau bahagian-bahagian yang hangus atau terbakar sepenuhnya. Simpulan-simpulan bahasa
  • 10. GEMA Online™ Journal of Language Studies 92 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 yang merujuk kepada keadaan seseorang pula terdiri daripada dua simpulan bahasa, iaitu lehem cep (nafas burung) dan cahnu/cenawang kurak (berak kura-kura). Simpulan bahasa lehem cep (nafas burung) membawa maksud keadaan seseorang yang sedang nazak atau seseorang yang berada dalam saat-saat menghembuskan nafas yang terakhir kerana sakit atau sebagainya. Dalam masyarakat Melayu simpulan bahasa yang sama ialah nyawa- nyawa ikan yang membawa maksud hampir-hampir mati. Penggunaan unsur haiwan yang berbeza ini disebabkan oleh budaya yang berbeza walaupun maksud simpulan bahasanya sama atau hampir sama. Kehidupan masyarakat Semai yang tinggal di kawasan hutan belantara menjadikan mereka lebih rapat dengan haiwan „burung‟ sama ada sebagai haiwan peliharaan atau haiwan buruan mereka. Sedangkan, kebanyakan masyarakat Melayu pula tinggal di kawasan kampung-kampung berhampiran sungai, paya atau sawah padi yang menjadikan mereka lebih biasa dengan „ikan‟ sebagai hasil tangkapan mereka. Simpulan bahasa cahnu/cenawang kurak (berak kura-kura) merujuk kepada keadaan seseorang yang terkena cirit-birit yang biasanya terdiri daripada kalangan kanak- kanak. Masyarakat Semai menganggap seseorang kanak-kanak yang terkena cirit-birit akan sentiasa membuang air besar tanpa kawalan, seperti mana kura-kura akan mengeluarkan najis apabila diangkat atau dibawa. Mereka telah menyamakan perihal kura-kura yang diangkat atau dibawa itu dengan seseorang kanak-kanak yang terkena cirit-birit. Kanak-kanak yang terkena cahnu/cenawang kurak kadang-kadang boleh membawa maut jika penghidratan mereka tidak dirawat dengan segera. PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD WARNA Peribahasa bagi maksud warna terdiri daripada kategori simpulan bahasa yang merujuk kepada tahap matang (masak) buah-buahan atau hasil tanaman masyarakat Semai. Simpulan-simpulan bahasa tersebut terdiri daripada senarai berikut. 1. celun rau [celun rau] (belakang kera). 2. ket jelor [ket jelor] (perut lintah). 3. bihip kap [bihip kap] (ekor ikan). 4. celut tajuk [celu‟ tajo‟] (belakang ular). 5. kit ot [kit o‟] (pinggang tebuan). 6. sentak kak [senta‟ ka‟] (ekor ikan). Bagi menunjukkan buah rambutan yang hampir masak atau mengkar masyarakat Semai menggunakan simpulan bahasa celun rau (belakang kera). Haiwan rau, iaitu kera atau monyet (macacus cynomolgus) sebagai perbandingan warnanya merupakan haiwan yang tidak asing bagi mereka khususnya, yang mendiami kawasan hutan atau kawasan pedalaman. „Belakang kera‟, yakni merujuk kepada bulu di bahagian belakang haiwan itu yang berwarna hijau kekuningan jika dilihat dari jarak tertentu. Mereka telah menyamakan bulu buah rambutan hampir masak yang berwarna hijau kekuningan dengan warna bulu di bahagian belakang kera tersebut. Simpulan bahasa ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa buah rambutan yang celun rau masih belum boleh dipetik kerana tidak cukup masak dan sesuai untuk dimakan. Simpulan bahasa yang sama ialah ket jelor (perut lintah) dan bihip kap (ekor ikan) yang merujuk kepada warna kedua-dua jenis haiwan tersebut juga disamakan dengan warna buah rambutan yang sedang mengkar. Simpulan bahasa ket jelor menunjukkan warna kekuningan di bahagian perut lintah berbanding di bahagian belakangnya yang lebih berwarna hijau kehitaman. Rambutan
  • 11. GEMA Online™ Journal of Language Studies 93 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 yang bihip kap berwarna kuning kemerahan, manakala rambutan yang celun rau atau ket jelor berwarna hijau kekuningan. Tahap masak bagi bihip kap lebih tinggi kerana simpulan bahasa ini merujuk kepada warna darah ikan yang merah tetapi belum benar- benar masak. Ini bermaksud rambutan yang bihip kap lebih masak berbanding buah rambutan yang celun rau atau ket jelor. Meskipun maksudnya hampir sama namun, bihip kap menggambarkan rambutan yang hampir boleh dipetik dari segi tahap masaknya berbanding pada tahap celun rau dan ket jelor. Untuk mengambarkan warna pisang yang hampir masak pula, masyarakat Semai menggunakan simpulan bahasa celut tajuk belakang ular. Warna belakang ular (tanpa menyatakan jenis ular) dibandingkan dengan warna pisang yang sudah matang dan hampir masak. Manakala bagi menggambarkan buah pinang yang hampir masak, mereka menggunakan simpulan bahasa kit ot (pinggang tebuan) yang menunjukkan warna buah pinang yang separuh masak tersebut menyamai warna kuning di bahagian perut tebuan (gespa tropica) dan belum boleh diambil atau dipetik. Bagi tujuan menggambarkan padi yang mereka usahakan hampir masak dan belum sesuai untuk dituai, simpulan bahasa yang digunakan ialah sentak kak (ekor ikan). Simpulan bahasa sentak kak juga menggunakan perlambangan bagi maksud warna ekor ikan (tanpa menyatakan jenis ikan) disamakan dengan warna buah padi yang mula menguning tersebut. Kesemua simpulan bahasa di atas digunakan oleh masyarakat Semai dengan tujuan, pertama, untuk menyatakan bahawa buah-buahan atau hasil tanaman di dusun mereka sudah mula menguning atau hampir masak; dan kedua, sebagai peringatan khususnya kepada kanak- kanak bahawa buah-buahan tersebut masih belum cukup masak untuk diambil dan dimakan. Simpulan-simpulan bahasa tersebut merupakan larangan cara yang lebih berhemah agar buah-buahan atau hasil tanaman tersebut tidak dipetik atau diambil sehingga benar-benar masak dan sesuai untuk dipetik atau dimakan. PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD UKURAN Simpulan bahasa yang menunjukkan perlambangan bagi maksud ukuran pula sebagaimana berikut. 1. kadoq cok [kado‟ co‟] (kaki anjing). 2. marha-woc-dog [marha woc dog] (sebesar pusar beruk). 3. marha seningkang rau [marha sniŋkaŋ rau] (seluas sekangkang kera). 4. ensop cep [ensop cep] (sarang burung). Masyarakat Semai juga menggunakan simpulan bahasa untuk menunjukkan ukuran dan keluasan rumah, ladang, kebun dan sebagainya dalam ruang lingkup akitiviti kehidupan mereka seharian. Bagi menggambarkan keluasan kawasan tanah, ladang atau kebun yang mereka miliki atau usahakan, perumpamaan marha-woc-dog (sebesar pusar beruk) dan marha seningkang rau (seluas sekangkang kera) digunakan dalam pertuturan seharian. Perumpamaan Pusar beruk dan sekangkang kera merupakan perbandingan yang memberikan maksud saiz keluasan bagi sesuatu kawasan. Haiwan kera [rau] (macacus cynomolgus) dan beruk [dog] (macaca nemestrina) sekali lagi dijadikan unsur simpulan bahasa kerana kedua-dua haiwan ini merupakan antara haiwan yang terdekat dalam kehidupan mereka. Maksud perumpamaan seluas sekangkang kera bagi masyarakat Semai adalah saiz keluasan bagi sesuatu kawasan mempunyai persamaan dengan maksud sekangkang kera dalam simpulan bahasa masyarakat Melayu. Namun, simpulan bahasa
  • 12. GEMA Online™ Journal of Language Studies 94 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 sekangkang kera dalam masyarakat Melayu adakalanya digunakan untuk maksud jarak yang tidak jauh bagi sesuatu tempat. Simpulan bahasa yang menunjukkan perlambangan bagi maksud ukuran luas untuk rumah (deg) atau tempat tinggal, menggunakan simpulan bahasa ensop cep (sarang burung) yang bermaksud saiz rumah yang kecil atau sempit dan tidak sesuai untuk didiami oleh keluarga yang agak besar. Manakala simpulan bahasa yang menunjukkan perlambangan bagi maksud ukuran tinggi dan rendah sesebuah rumah pula ialah kadoq cok (kaki anjing) yang bermaksud rumah yang ukuran ketinggian tiangnya hanya setengah kaki atau satu kaki dari tanah. Penggunaan simpulan bahasa kadoq cok ini bagi melambangkan ukuran ketinggian sesebuah rumah yang dibina dengan membandingkan ketinggiannya dengan kaki anjing. Sebagaimana haiwan kera, burung dan anjing juga merupakan salah satu haiwan yang dekat dalam konteks kehidupan mereka. PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD BENTUK Simpulan bahasa bagi merujuk maksud bentuk antaranya sebagaimana berikut. 1. begneg mensikkoq [begneg mense‟ko‟] (simpulan/ikatan anjing mengawan). 2. deg puk [deg pu‟] (reban ayam). Aktiviti yang melibatkan penggunaan rotan, akar, tali dan sebagainya merupakan salah satu aktiviti yang mereka warisi sejak zaman berzaman. Penggunaan bahan ikatan tersebut memerlukan kemahiran yang tinggi, khususnya bagi aktiviti anyaman, ikatan dan sebagainya. Untuk menggambarkan bentuk sesuatu ikatan itu kemas tetapi mudah untuk dirungkai atau dibuka semula, masyarakat Orang Asli suku kaum Semai menggunakan simpulan bahasa begneg mensikkoq (simpulan/ikatan anjing mengawan) yang bermaksud sesuatu ikatan atau simpulan yang kuat atau kemas tetapi senang diuraikan kembali. Simpulan bahasa ini adalah berdasarkan pemerhatian mereka terhadap perilaku anjing yang sedang mengawan amat sukar untuk dirungkai atau dipisahkan sehinggalah perlakuan itu selesai. Walaupun simpulan bahasa ini nampak agak lucah daripada segi bahasanya namun, mereka menganggap analogi berkenaan merupakan yang paling tepat untuk melambangkan bentuk ikatan tersebut. Penggunaan simpulan bahasa deg puk (reban ayam) pula merujuk kepada bentuk rumah yang dibina oleh seseorang yang bukan tukang rumah. Hasil kerja daripada seseorang yang tidak mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang itu tentunya mempunyai kelemahan atau kekurangan dalam pelbagai aspek. Dengan demikian mereka menggunakan deg puk atau reban ayam sebagai lambang untuk menggambarkan ketidaksempurnaan hasil binaan rumah tersebut. Penggunaan simpulan bahasa ini hampir sama dengan analogi yang digunakan dalam masyarakat Melayu bagi menggambarkan keadaan rumah yang kecil, buruk dan tidak sempurna dari pandangan mata, iaitu „teratak usang‟, „dangau usang‟ dan sebagainya. PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD PANCAINDERA Simpulan bahasa yang menunjukkan maksud pancaindera dapat dibahagikan kepada dua, iaitu untuk maksud pancaindera rasa dan pancaindera dengar. 1. Simpulan bahasa untuk maksud pancaindera rasa ialah sen up peruk [sen up peru‟] (sesuam sarang tupai). 2. Simpulan bahasa untuk maksud pancaindera dengar ialah lempok karok [lempo‟ karo‟] (suara mengkarung).
  • 13. GEMA Online™ Journal of Language Studies 95 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 Simpulan bahasa sen up peruk (sesuam sarang tupai) digunakan bagi maksud pancaindera rasa, iaitu merujuk kepada kadar kepanasan air yang sesuai untuk memandikan bayi. Orang Semai menggunakan sarang tupai (tupaia ferruginea) sebagai analoginya kerana keadaan sarang haiwan itu yang diperbuat daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu dibuat di tempat yang agak tinggi dan selamat daripada ancaman musuh. Keadaan bentuk binaan ini dilihat sebagai ruang yang selesa untuk didiami terutamanya bagi kawasan atau cuaca yang sejuk. Air pada kadar kepanasan sen up peruk atau sesuam sarang tupai ini merupakan air yang tidak terlalu sejuk dan tidak juga terlalu panas, iaitu tahap yang paling sesuai untuk memandikan bayi. Simpulan bahasa yang menunjukkan perlambangan bagi maksud pancaindera dengar ialah lempok karok (suara mengkarung) yang membawa maksud seseorang yang mempunyai suara yang tidak sedap atau sumbang untuk didengar. Simpulan bahasa ini mereka gunakan untuk menyatakan perihal suara seseorang yang tidak merdu atau sumbang semasa menyanyi atau melagukan lagu- lagu semangat atau keagamaan dalam upacara tertentu mengikut kepercayaan mereka. Simpulan bahasa ini juga mereka gunakan untuk tujuan yang sama semasa persembahan nyanyian lagu-lagu biasa dalam majlis-majlis tertentu sebagaimana masyarakat Melayu merujuk kepada kata-kata seperti suara katak, katak panggil hujan dan sebagainya bagi merujuk kepada suara yang sedemikian. REALITI PERIBAHASA DALAM KONTEKS ORANG SEMAI Sebagai bahasa kiasan sama ada sifatnya peribahasa mahupun simpulan bahasa, bahasa kiasan sedemikian sifatnya membawa banyak hal-hal tersirat yang perlu diamati sebaiknya oleh khalayak pendengar, lawan bicara mahupun para pengkaji budaya. Ramai dari kalangan masyarakat luas di Malaysia kurang mahu mendalami konsep atau jati diri yang diungkapkan dalam bahasa kiasan masing-masing apatah pula, bahasa kiasan seperti peribahasa dalam kalangan orang Semai. Berlandaskan perbincangan sebelumnya dapatlah dirangkumkan realiti sebenar di sebalik penggunaan perlambangan dalam peribahasa tersebut kepada empat, iaitu latar hidup; nilai rasa dan jiwa; refleksi budaya; dan pandang dunia. Pertama, hidup orang Semai tradisi pastinya dilatari dan sentiasa didukungi hutan belantara. Sebelum hidup moden menjengah kehidupan mereka seperti hari, generasi lama orang-orang Semai merupakan pengamat yang kreatif. Mereka menjadikan alam yang melatari kehidupan sebagai „guru‟, „pembimbing‟, serta teladan yang perlu dicontohi dan dihormati. Sebagai manusia yang arif tentang hutan dan kehidupan di dalamnya, mereka menggunakan kesempatan yang ada misalnya sifat dan watak setiap haiwan sebagai satu teladan dan dijadikan sebagai acuan pembentuk pasak minda dan budaya secara tidak langsung. Pengamatan tajam sedemikian kemudiannya diungkapkan semula ke dalam lakuan berbahasa dan ia kemudiannya menghasilkan peribahasa yang kaya dengan perlambangan. Secara tidak langsung, generasi tua Semai telah mewariskan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran tidak formal kepada generasi mudanya. Kedua, nilai rasa dan jiwa yang menyelimuti peribahasa Semai bukan sekadar satu bentuk mainan kata-kata sebaliknya, peribahasa berkenaan menjadi satu realiti pegangan dalam usaha menanggapi hidup yang penuh dengan kepayahan di dalam hutan. Ia dijadikan pedoman dan pengajaran untuk mendidik anak-anak Semai. Kini, kebanyakan generasi muda Semai mendiami kawasan pinggir hutan dan perubahan yang dihadapi mereka memungkinkan perubahan terhadap rasa dan jiwa mereka nilai hutan. Hutan mungkin
  • 14. GEMA Online™ Journal of Language Studies 96 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 dianggap sebagai satu kawasan atau wilayah yang kuno, atau ketinggalan yang perlu dihindari. Oleh yang demikian, nilai rasa dan jiwa generasi muda Semai pasti turut berubah seiring dengan perkembangan semasa. Malah, berkemungkinan proses pemodenan menyebabkan mereka tidak lagi memberi penghayatan yang tinggi terhadap peribahasa dukungan berzaman. Justeru, peribahasa Semai sedia ada perlu dipelihara sebaiknya agar nilai rasa dan jiwa yang tersirat di dalamnya dapat disimpan serta diaplikasikan sebaiknya oleh semua generasi Semai. Ketiga, peribahasa Semai secara tidak langsung mencerminkan refleksi budaya Semai. Meskipun peribahasa bukanlah suatu budaya benda yang boleh dipegang dan disimpan dalam bentuk fizikal namun, ia merupakan satu bahan budaya yang mampu dijana semula dalam minda pendukungnya. Pemeliharaan budaya minda seumpama ini bukanlah satu upaya yang mudah kerana ia akan berkubur sekiranya penerusan dan pengamalan peribahasa tersebut dihentikan, yakni wujud unsur penolakan dalam jiwa generasi muda daripada mengamalkannya. Peribahasa Semai adalah sebahagian daripada budaya kreatif Semai yang telah berlangsung berzaman lamanya maka, ia perlu terus digunakan agar keaslian dan kekreatifan minda itu mampu bertahan sebagai satu bentuk refleksi budaya lisan mereka. Yang terakhir, pandangan dunia Semai boleh diteliti di sebalik baris-baris peribahasanya. Meskipun bukanlah satu kerja mudah untuk menggali keluar pandang dunia sesuatu masyarakat namun, melalui artifak budaya sama ada bersifat lisan atau sebaliknya, ia mampu digambarkan dengan kata-kata. Peribahasa Semai yang dipaparkan dalam perbincangan sebelumnya secara tidak langsung telah menggambarkan suasana sebenar yang mendasari kehidupan mereka sejak berzaman lamanya. Keupayaan orang- orang Semai menghayati alam hutan sebagai „dunia‟ kecil yang penuh rahsia menyebabkan mereka perlu merincikan „dunia‟ itu secara telus dan berhati-hati. Dengan demikian, maka muncullah antaranya ungkapan peribahasa yang mengambil sepenuhnya kelebihan alam fauna yang dilihat berupaya memberi pelajaran dan pengajaran berguna kepada mereka. Orang-orang Semai turut melihat „dunia‟ hutan itu sebagai sebahagian daripada hidup mereka kerana itu, mereka perlu „berbaik-baik‟ dengan „dunia‟ kecil itu dan hidup secara harmoni. Hutan dalam tafsiran masyarakat asli dilihat sebagai memiliki roh dan jiwa yang perlu dihormati dan ditangani sebaiknya agar „hubungan‟ dua hala antara manusia Semai dan „dunia‟ hutan itu berlangsung baik dan secara tidak langsung, ia turut mencerminkan pandang dunia orang-orang Semai kepada khalayak. KESIMPULAN Unsur alam khususnya yang berkait dengan haiwan merupakan unsur yang terdekat dengan kehidupan orang Semai. Ini jelas membuktikan bahawa haiwan merupakan salah satu unsur yang memainkan peranan penting sebagai asas kepada tercetusnya sesuatu peribahasa dalam bahasa mereka. Meskipun terdapat sedikit perbezaan penggunaan unsur haiwan dan konteksnya dalam peribahasa-peribahasa tersebut berbanding peribahasa masyarakat Melayu namun, maksud dan tujuan kewujudannya adalah sama, iaitu untuk memberi nasihat, peringatan, sindiran dan pedoman hidup. Persamaan tafsiran terhadap lambang yang serupa ini menunjukkan bahawa dalam situasi tertentu terdapatnya corak pemikiran yang hampir sama antara orang Semai dan masyarakat Melayu. Penggunaan peribahasa yang berunsurkan haiwan telah menampakkan dengan jelas betapa hubungan manusia, khususnya orang Semai dengan alam sekeliling itu amat penting dalam
  • 15. GEMA Online™ Journal of Language Studies 97 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 kehidupan mereka. Peribahasa sedemikian cirinya memandu pemikiran masyarakat umum untuk memahami bahawa pemikiran dan cara hidup sesuatu etnik itu perlu ditangani melalui bahasa dan budaya mereka bukan berdasarkan bahasa dan budaya masyarakat majoriti di negara ini. Dengan demikian, masyarakat umum juga harus menyedari bahawa peri pentingnya memahami bahasa dan budaya masyarakat lain khususnya, dalam aspek peribahasa, kerana peribahasa itu dikatakan inti kepada nilai- nilai budaya yang terungkap dalam sesuatu bahasa itu. RUJUKAN Bahren Umar Siregar. (2010). Emosi dan kebudayaan dalam peribahasa. Muat turun 1 April, 2011 dari http://sastra.um.ac.id/wp-content/uploads/2010/01/104-Bahren- UmarSiregar-LTBI-UAJ-Emosi-dan Kebudayaan-dalam-Peribahasa.pdf Clore, G.L., A. Ortony, & M.A. Foss. (1987). The Psychplogical Structure of the Affective Lexicon. Journal of Personality and Social Psychology. Vol 53, 751-66. Davitz, J. R. (1969). The Language of Emotion. New York: Academic Press. Dentan, Robert Knox. (2003). Preliminary Field Notes on the Semai Language. Edited by Thomas Doyle. Retrived July 31, 2011 from http://www.keene.edu/library/OrangAsli/DentanBaer.pdf Ding Choo Ming. (2009). Beberapa sifat, asal-usul dan kepengarangan peribahasa Melayu. Sari - Internasional Journal of the Malay World an Civilization. Vol 27(2), 3-26. Fanany, Ismet & Fanany, Rebecca. (2003). Wisdom of the Malay Proverbs. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Fussell, Susan R. (2002). The Verbal Communication of Emotions: Interdisiplinary Perspectives. London: Routledge. Goh Sang Seong. (2010). Persamaan Lambang dalam Terjemahan Peribahasa Bahasa Melayu-Bahasa Mandarin Dlm. Looi Siew Teip et al. (Eds.). Found in Translation a common voice in a multicultural world (pp.1-8). Kuala Lumpur: Universiti of Malaya. Hymes, D. (1972). Models of the interaction of language and social life. In J. Gumperz & D. Hymes (Eds.). Directions in Sociolinguistics: The Ethnography of Communication (pp. 35-71). New York: Holt, Rinehart, Winston. Ishak Ramly. (1990). Perkembangan Peribahasa dalam Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. Vol 34(1), 54-61. Imran Ho-Abdullah. (2011). Analisis Kognitif Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing. GEMA Online™ Journal of Language Studies. Vol 11(1), 125-141. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. (2008). Data Maklumat Asas. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia. Johnson-Laird, P.N., & Oatley, K. (1989). The language of emotions: An analysis of a semantic field. Cognition and Emotion. Vol 3, 81-123. Kamus Dewan. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Semai, Peringkat 1 Tahun 3 dan 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 16. GEMA Online™ Journal of Language Studies 98 Volume 13(1), February 2013 ISSN: 1675-8021 Krikmann, A. (2007). The great chain of being as the background of personificatory and depersonificatory metaphors in proverbs and elsewhere. Kertas kerja dalam 1st Interdisciplinary colloquium on proverbs: Tavira (Algarve), Portugal, 5 – 12 November 2007. Nik Safiah Karim. (1992). Beberapa persoalan sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Oktavianus Liudawati. (2008). Rekonstruksi nilai budaya dari peribahasa Minangkabau dalam upaya memperkokoh filosofi Adat Basandi Syarak-Syarak Basandi Kitabullah (ABS-SBK). Lingua Didaktika. Vol 2(3), 51-73. Ortony, A. (1988). Are emotion metaphors conceptual or lexical? Cognition & Emotion. Vol 2, 95-103. Ortony, A., G.L. Clore, & M.A. Foss. (1987). The Referential Structure of the Affective Lexicon. Cognitive Science. Vol 11, 341-64. Ortony, A., Clore, G. L., & Collins, A. (1988). The Cognitive Structure of Emotions. Cambridge, England: Cambridge University Press. Osman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rahmawati Iskandar. (2006). Analisis peribahasa Jepang dan Indonesia yang menggunakan kata “kera” (Saru). (Kertas Projek Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan) Universiti Pendidikan Indonesia. Rozaimah Rashidin & Noriza Daud. (2009). Unsur perlambangan dalam bahasa Melayu: Satu analisis teori relevans. Jurnal Aswara. Muat turun 30 Julai, 2011 dari www.aswara.edu.my/c/document_ library/get_file?uuid=c538310d Schensul, S. L., Schensul, J. J. & LeCompte, M. D. (1999). Essential ethnographic methods: Ethnographer’s toolkit. New York: Altamira Press. Zaitul Azman Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Bahasa dan Pemikiran dalam Peribahasa Melayu. GEMA Online™ Journal of Language Studies. Vol 11(1), 31-51. RESPONDEN TEMU BUAL 1. Achom bin Luji; Kampung Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang 2. Sembunyi anak Jamil;Jabatan Kebajikan Orang Asli, Kuala Lipis, Pahang 3. Pong a/p Panjang; Kampung Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang 4. Batin Achom a/l Khamis; Kampung Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang 5. Munan a/l Yai; Kampung Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang PENULIS Saidatul Nornis Hj. Mahali (Ph.D) ialah Prof. Madya dalam bidang Sosiolinguistik di Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Minat Penelitiannya adalah terhadap bahasa-bahasa peribumi di Sabah. Mohd Rasdi Abu Samah ialah Pensyarah di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang dan merupakan calon Ph.D di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.