Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
1. protokol dalam majlis rasmi
1. PROTOKOL DALAM MAJLIS RASMI
DISAMPAIKAN OLEH:
HAJI MAT RADZI BIN HAJI MAT ALI
Bahagian Dakwah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
1Haji Radzi
2. DEFINISI PROTOKOL
• Perkataan protokol berasal daripada cantuman
perkataan Yunani protos (pelekat) dan kolla (status
atau kedudukan).
• Kamus Dewan: “Peraturan-peraturan atau prosedur
menyambut tetamu dalam istiadat rasmi negara. “
• Di Malaysia: Diertikan sebagai peraturan, tatacara
atau amalan sosial kehidupan bermasyarakat.
• Menurut Rahmat (2002): Protokol merupakan kod
amalan masyarakat sosial yang merangkumi cara dan
gaya duduk dan berpakaian, panggilan yang sesuai,
susunan tempat duduk dan acara, kesesuaian kata-
kata aluan dan ucapan dan sebagainya.
2Haji Radzi
3. PERANAN UTAMA PROTOKOL
1. Memberi penghormatan kepada tuan rumah
dan tetamu dalam sesuatu majlis formal atau
informal agar kemudahan-kemudahan yang
wajar diberikan, demi mengelakkan
pertelingkahan atau salah faham.
2. Dengan protokol yang sesuai, hubungan
awam antara individu dalam masyarakat dan
juga tokoh-tokoh antara negara dapat
dikekalkan.
3Haji Radzi
4. PERANAN AMALAN PROTOKOL
1. Menetapkan penghormatan yang diberikan
kepada seseorang tetamu kehormat dan
para jemputan, di samping menetapkan
peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi
oleh penganjur sesuatu majlis.
2. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan
mencerminkan atau melambangkan
kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah
agensi tersebut menganjurkan sesuatu
majlis.
4Haji Radzi
5. KEPENTINGAN PROTOKOL
1. Kegunaan harian wajib dalam interaksi
manusia.
2. Mengekal dan mengeratkan hubungan
sesama individu dalam masyarakat.
3. Pengurusan dan pengelolaan majlis formal
atau bukan formal
4. Mengekal dan mengeratkan hubungan di
peringkat antarabangsa.
5Haji Radzi
6. JENIS-JENIS AMALAN PROTOKOL
1. Amalan Protokol Individu
2. Amalan Protokol Keluarga
3. Amalan Protokol dalam Masyarakat.
4. Amalan Protokol dalam Majlis
5. Amalan Protokol di Istana
6. Amalan Protokol Antarabangsa.
6Haji Radzi
7. AMALAN ETIKA SOSIAL YANG
BAIK DAN BETUL
1. Amalan tingkahlaku yang diterima
2. Amalan budi pekerti yang baik
3. Membawa imej sosial yang disanjungi
4. Menonjolkan keyakinan diri dan gaya yang
dihormati.
5. Menunjukkan amalan yang diikhtiraf umum.
6. Mencerminkan adat yang diikhtiraf oleh
masyarakat.
7. Menunjukkan tradisi yang diikhtiraf oleh
komuniti. 7Haji Radzi
8. KEPENTINGAN GAYA DIRI YANG
SOPAN
1. Tetamu berasa senang serta gembira apabila
diiringi atau disambut.
2. Perilaku yang betul dapat memeriahkan lagi majlis
atau keadaan.
3. Perilaku yang betul dapat melicinkan proses
mengiring dan menyambut tetamu.
4. Dapat menunjukkan tatasusila yang tinggi nilainya.
5. Dapat menunjukkan peribadi yang mulia dan sopan.
6. Tidak kaku dan kekok.
7. Tidak berasa tertekan dan tidak dipedulikan.
8Haji Radzi
9. PETUA MENYESUAIKAN DIRI
DALAM MAJLIS
1. Lemparkan senyuman kepada semua tetamu
yang ditemui.
2. Jumpalah tuan rumah majlis tersebut untuk
menunjukkan kehadiran kita dan memberi
penghormatan.
3. Cuba cari kenalan yang boleh diajak berbual.
4. Mulakan perbualan dengan tetamu yang paling
hampir.
5. Bertanyakan khabar dan bersalaman mengikut
kesesuaian.
9Haji Radzi
10. PETUA MENYESUAIKAN DIRI
DALAM MAJLIS
6. Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu
sebelum menanyakan tentang orang lain.
7. Tentukan perlakuan anda tidak terburu-
buru dan bercakaplah dengan suara yang
sederhana.
8. Akui sekiranya anda terlupa nama orang
yang diperkenalkan dan bertanyakan
sekali lagi. Elakkan melakukannya buat
kali ketiga.
10Haji Radzi
11. KETIDAKSOPANAN DALAM MAJLIS
1. Menggoyang-goyangkan kaki sama ada semasa
duduk atau berdiri.
2. Mengunyah gula-gula getah atau sebagainya
sambil bercakap.
3. Mencelah perbualan orang lain yang sedang asyik
berbual.
4. Bercakap dengan mulut yang penuh dengan
makanan.
5. Menggigit kuku, mengorek telinga, hidung dan
mencungkil gigi di khalayak ramai.
6. Berlagak sombong.
11Haji Radzi
12. KETIDAKSOPANAN DALAM MAJLIS
7. Membiarkan sudu dalam gelas atau cawan dan
kacau kopi/teh dengan bunyi yang kuat.
8. Memakai minyak wangi yang kuat pada waktu
siang.
9. Meletakkan barangan peribadi di atas meja makan.
10. Mengguna atau berjenaka lucah.
11. Bergaduh.
12. Bertumpu ke meja makan secara bufet dan
mengambil makanan secara berlebihan.
13. Menyendiri dan menjadi “ Kera Sumbang “
12Haji Radzi
13. KETIDAKSOPANAN DALAM MAJLIS
14. Berbedak, bergincu dan bersikat rambut di kalayak
ramai.
15. Memakai pakaian yang tidak sesuai dengan majlis.
16. Berkelakuan yang tidak senonoh dan melakukan
perkara-perkara sumbang.
17. Bercakap dengan nada suara yang tinggi.
18. Merokok bagi kaum wanita.
19. Berbisik sesama teman.
20. Menggunakan bahasa asing yang tidak difahami
oleh orang lain.
13Haji Radzi
14. KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN
KEKEMASAN
(A) BAHAGIAN KEPALA DAN MUKA:
• Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan
terjaga
• Misai dan janggut diurus dengan baik
• Bulu hidung tidak kelihatan liar
• Gigi sentiasa bersih
• Nafas tidak berbau
14Haji Radzi
15. KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN
KEKEMASAN
(B) BAHAGIAN BADAN DAN TANGAN:
• Badan tidak berbau
• Baju tidak ada tanda tercarik
• Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan,
poket dan kolar.
• Baju kelihatan tidak bergosok (iron).
• Kuku jari dipotong tidak kelihatan panjang atau
tanda digigit-gigit.
• Kulit di lenggan, siku, muka dan leher tidak
terdapat tanda-tanda berpenyakit atau bersisik.
15Haji Radzi
16. KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN
KEKEMASAN
(c) BAHAGIAN PUNGGUNG DAN KAKI:
• Seluar tidak kelihatan tidak bergosok (iron)
• Seluar tidak kelihatan tercarik
• Tidak berstokin
• Memakai stokin lebih daripada had harinya.
• Bagi wanita, jangan pakai stokin berwarna perang
atau berbunga.
• Kasut kelihatan kelabu.
• Kasut coklat kelihatan hitam
• Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah
“ worn-out “
16Haji Radzi
17. TATAHIAS PAKAIAN DAN GAYA
• Pakaian bagi sesuatu majlis adalah
tertakluk kepada tahap atau taraf majlis
tersebut. Penampilan seseorang individu
dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa
diiringi oleh dua bentuk imej:
• Imej organisasi di mana ia berkhidmat
• Imej peribadi.
17Haji Radzi
19. PANDANGAN MASYARAKAT
TERHADAP PAKAIAN
1. Tahap ekonomi
2. Tahap pendidikan
3. Tahap sosial
4. Kebolehpercayaan
5. Tingkah laku moral
6. Kejayaan dan masa depan.
19Haji Radzi
20. KESESUAIAN PAKAIAN WANITA
1. Elakkan daripada memakai kain berkilat/ berkilau
pada siang hari.
2. Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.
3. Jangan melebihi empat warna pada satu masa.
4. Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada
warna kulit dan bentuk badan.
5. Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak
sesuai.
6. Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi
tidak jarang.
20Haji Radzi
21. KESESUAIAN PAKAIAN WANITA
7. Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.
8. Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang
kuat.
9. Rambut hendaklah tersisir rapi.
10. Semua bahagian rambut tertutup dan diikat
kemas jika memakai tudung.
11. Jika memakai mini telekong, warna tudung
hendaklah bertentangan dengan warna baju.
12. Bila guna sarung kaki pilih warna “ skin colour “
21Haji Radzi
22. KESESUAIAN PAKAIAN WANITA
13. Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.
14. Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh,
rantai tangan berloceng yang akan membuat bunyi
apabila anda berjalan.
15. Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol
(frills) ataupun berbunga besar.
16. Perhiasan hendaklah minimum dan bukan
menjolok mata.
17. Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan di
tangan yang sama.
22Haji Radzi
23. KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI
1. Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali
leher.
2. Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher
(kecuali butang Kolar).
3. Jangan lipat bahagian lengan kemeja berlengan
panjang.
4. Memakai tali leher hanya dengan kemeja berlengan
panjang.
5. Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke
bahagian kepala tali pingggang.
23Haji Radzi
24. KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI
6. Sesuaikan warna tali leher dengan baju.
7. Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa
corak.
8. Badan kurus dan gempal hendaklah memakai
singlet.
9. Sesuaikan warna setokin dengan seluar.
10. Kasut hendaklah bersih dan berkilat.
11. Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.
12. Gunakan “cologne” dan deodoron yang lembut.
24Haji Radzi
25. KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI
13. Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi
jangan sampai kelihatan singlet tersebut.
14. Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan
bahan (material).
15. Baju berwarna putih sebagai pilihan utama.
Warna-warna lain tanpa corak (light and plain)
sebagai pilihan kedua.
16. Baju hendaklah sentiasa disematkan dalam seluar.
17. Elakkan daripada memakai baju ketat yang boleh
menyulitkan pergerakan badan dan tangan.
25Haji Radzi
26. KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI
18. Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/
jenis berjalur keseluruhannya.
19. Seluar jangan terlalu labuh hingga mencecah lantai
ataupun singkat hingga kelihatan tergantung.
Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe).
20. Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian
pejabat melainkan berpakaian putih/berpakaian
sukan.
21. Kasut sukan walaupun mahal, tidak ada tempat
dalam urusan rasmi.
26Haji Radzi
27. KESESUAIAN PAKAIAN BAGI MAJLIS RASMI
27Haji Radzi
MAJLIS PEREMPUAN LELAKI
1. Bankuet Negara atau
Negeri
Baju Kurung atau Kebaya
Labuh, berselendang dan
tidak sedondon
Mess Kit/White Tie/ Baju
Kebangsaan Rasmi dengan
Darjah Kebesaran
2. Jamuan Makan Malam
Rasmi oleh Ketua Negara
atau Ketua Kerajaan
a) Baju Kurung
berselendang
b) Baju Kebaya Labuh
berselendang
a) Baju Kebangsaan Hitam
b) Black Tie
3. Jamuan Makan Malam
Formal
a) Baju kurung
b) Baju Kebaya Labuh
Baju Batik Lengan Panjang
4. Jamuan Makan Malam
Tidak Formal
Baju Melayu Moden Baju Batik Lengan Panjang
28. KESESUAIAN PAKAIAN BAGI MAJLIS RASMI
28Haji Radzi
MAJLIS PEREMPUAN LELAKI
5. Jamuan Makan Tengah
Hari Rasmi
a) Baju Kebaya
b) Baju Kurung
a) Baju Batik Lengan
Panjang
b) Lounge Suit
c) Pakaian Kerja
6. Jamuan Makan Tengah
Hari Tidak Rasmi
a) Baju Melayu Moden
b) Baju Kurung
c) Baju Kebaya Labuh
Baju Batik Lengan Panjang
7. Jamuan Teh Rasmi Baju Kurung atau Kebaya
Labuh , berselendang dan
tidak sedondon
a) Baju Batik Lengan
Panjang
b) Lounge Suit
c) Pakaian Kerja
8. Pengurnian Darjah
Kebesaran
Baju Kurung atau Kebaya
Labuh , berselendang dan
tidak sedondon
a) Baju Batik Lengan
Panjang
b) Lounge Suit
c) Pakaian Kerja
29. KESESUAIAN PAKAIAN BAGI MAJLIS RASMI
29Haji Radzi
MAJLIS PEREMPUAN LELAKI
9. Istiadat Pertabalan Baju Kurung atau Kebaya
Labuh , berselendang dan
tidak sedondon
a) Baju Batik Lengan
Panjang
b) Lounge Suit
c) Pakaian Kerja
10. Hari Ulang Tahun
Kemerdekaan
a) Baju Kebaya
b) Baju Kurung
a) Pakaian Istiadat
b) Baju Kebangsaan
11. Pembukaan
Persidangan Parlimen
Baju Kurung atau Kebaya
Labuh , berselendang dan
tidak sedondon
a) Baju Batik Lengan
Panjang
b) Bush-jacket
c) Pakaian Kerja
12. Mengadap Tuanku Baju Kurung atau Kebaya
Labuh , berselendang dan
tidak sedondon
a) Pakaian Istiadat
b) Baju Kebangsaan
30. KESESUAIAN PAKAIAN BAGI MAJLIS RASMI
30Haji Radzi
MAJLIS PEREMPUAN LELAKI
13. Cocktails dan Majlis
Resepsi
Baju Kurung atau Kebaya
Labuh , berselendang dan
tidak sedondon
a) Lounge Suit gelap dan
bersongkok
b) Baju Kebangsaan
14. Musabaqah a) Baju Kebaya
b) Baju Kurung
a) Baju Batik Lengan
Panjang
b) Baju Kebangsaan
15. Pengebumian Baju Kurung atau Kebaya
Labuh , berselendang dan
tidak sedondon
a) Baju Kebangsaan
b) Baju Batik Lengan
Panjang
c) Pakaian-pakaian yang
sesuai
16. Majlis Anjuran Agensi
(Siang)
Baju Kurung atau Kebaya
Labuh , berselendang dan
tidak sedondon
Baju Kebangsaan
31. KESESUAIAN PAKAIAN BAGI MAJLIS RASMI
31Haji Radzi
MAJLIS PEREMPUAN LELAKI
17. Majlis Di Luar Dewan
Seperti Perasmian
Sukan
a) Pakaian Kerja
b) Baju Kurung
Pakaian Kerja
18. Anugerah Sastera
Negara Dan Anugerah
Seni
Baju Kurung atau Kebaya
Labuh , berselendang dan
tidak sedondon
a) Baju Kebangsaan Hitam
b) Lounge Suit Warna Gelap
32. TATACARA MAKAN
1. Bacaan doa diadakan sebelum makan bermula.
2. Tetamu Kehormat atau Terutama dihidang terlebih
dahulu.
3. Tetamu wanita dihidangkan lebih awal daripada lelaki.
4. Makanan mula dihidangkan dari sebelah kiri tetamu,
manakala minuman dihidangkan dari sebelah kanan.
5. Gunakan sudu yang paling luar.
6. Bagi majlis makanan Eropah, pegang garpu dengan tangan
kiri dan pisau memotong daging di tangan kanan.
7. Selepas makan dan sebagai isyarat selesai makan, letakkan
pisau pemotong daging dan garpu, dengan giginya
menghala ke atas, di sebelah kiri pinggan.
32Haji Radzi
33. TATACARA MINUM
1. Minuman dihidangkan bermula dari sebelah
kanan.
2. Dilarang gunakan sudu teh untuk minuman yang
masih panas.
3. Tunggu sehingga minuman kurang panas sebelum
minum.
4. Untuk menambah gula, gunakan sudu yang
kering.
5. Dilarang minum sambil makan.
6. Pastikan tidak meninggalkan sisa makanan pada
mulut gelas minuman. 33Haji Radzi
34. LARANGAN DI MEJA MAKAN
1. Jangan letak lengan di atas meja makan.
2. Jangan letak pil atau ubat di atas meja.
3. Jangan bawa makanan dari luar.
4. Jangan meniup minuman panas sebagai usaha
mempercepat hilang panasnya.
5. Jangan bercakap dengan makanan dalam mulut.
6. Jangan tinggalkan sisa makanan yang boleh dihabiskan.
7. Selepas makan, jangan tolak pinggan ke kawasan
tetamu lain.
8. Jangan gunakan pencungkil gigi di hadapan tetamu lain.
34Haji Radzi
35. LARANGAN DI MEJA MAKAN
9. Jangan main-main dengan peralatan meja makan.
10. Jangan menggunakan sudu, garpu atau pisau
pemotong daging sehingga berbunyi.
11. Jangan mengelap peralatan meja makan dengan kain
meja atau napkin.
12. Jangan meludah makanan di depan tetamu lain.
13. Kecuali majlis barbecue, jangan gunakan tangan
menyentuh atau mengambil makanan.
14. Jangan menghirup sup atau makanan sampai
berbunyi.
15. Jangan jilat makanan dengan lidah terjelir.
35Haji Radzi
36. JENIS-JENIS MAJLIS RASMI
1. Majlis Penuh Istiadat: Istiadat pertabalan; Penganugerahan
darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat
sumpah oleh menteri.
2. Majlis Rasmi Dan Formal : Majlis jamuan makan malam yang
diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara
asing.
3. Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal: Majlis yang tidak banyak
mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena Hari
Kebangsaan.
4. Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal: Dianjurkan oleh pihak swasta
yang memerlukan protokol seperti perasmian penganugerahan
hadiah oleh seorang menteri.
5. Majlis Tidak Rasmi Dan Tidak Formal: Seperti Hari Keluarga
sesebuah agensi kerajaan atau swasta.
36Haji Radzi
37. PENGURUSAN MAJLIS RASMI ATAU FORMAL
1. Jawatankuasa
2. Tempat majlis
3. Penyediaan senarai
jemputan
4. Aturcara majlis
5. Kesesuaian pakaian dalam
majlis
6. Penulisan dan pengedaran
kad jemputan
7. Pemilihan menu
8. Susunan keutamaan
9. Panggilan hormat
10. Susunan tempat duduk
11. Pengacaraan Majlis Formal
12. Penyediaan aturcara
pentadbiran
13. Peranan penyambut
tetamu
14. Raptai
15. Nilai-nilai Islam
16. Post mortem
Haji Radzi 37
38. TUJUAN RAPTAI
1. Mereka yang terlibat tahu akan tugas dan
tanggungjawabnya.
2. Menentukan urutan majlis.
3. Menentukan jangka masa yang tepat.
4. Memperbaiki kelemahan yang ada.
5. Penyelarasan acara.
6. Membiasakan petugas-petugas dengan
keadaan tempat.
38Haji Radzi
39. PRINSIP-PRINSIP KUALITI
PROTOKOL MAJLIS
1. Semua perkara seperti tempat duduk, set dan meja,
kelengkapan lain-lain diperlukan disiap sedia sebelum majlis
bermula.
2. Ada cukup penyambut tetamu yang berpengalaman berada di
majlis lebih awal.
3. Pengurusan masa dengan cekap, iaitu perjalanan acara
dilakukan pada ketika acara yang ditetapkan, tidak lambat
mahupun tidak lebih awal.
4. Ada juruacara dan penolongnya yang berpengalaman dan
mahir menyampaikan acara majlis berdasarkan program yang
disediakan.
5. Sikap positif penganjur dengan keazaman mencapai
matlamat kualiti Zero Defect dalam pengurusan protokol
majlis. 39Haji Radzi
40. STRATEGI KUALITI PENGURUSAN
PROTOKOL MAJLIS
1. Membentuk Jawatankuasa Pengurusan Protokol Majlis.
2. Melantik ahli-ahli J/K Kecil dengan mengagihkan tugas
dan tanggungjawab yang sesuai.
3. Menyediakan rancangan dan acara majlis.
4. Menyediakan tempat dan kelengkapan yang diperlukan.
5. Mengedarkan kad jemputan kepada para jemputan
sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum majlis
dilangsungkan.
6. Memberi taklimat kepada semua ahli J/K kecil yang
membantu anjuran majlis.
40Haji Radzi
41. STRATEGI KUALITI PENGURUSAN
PROTOKOL MAJLIS
7. Mengadakan raptai dua hari sebelum majlis dimulakan.
8. Memastikan program dilaksanakan mengikut masa
yang diperuntukkan.
9. Menjamin keselesaan, keceriaan, keselamatan dan
kemudahannya yang sempurna.
10. Memantau kualiti segala aspek perancangan,
pengurusan dan perlaksanaan acara majlis.
41Haji Radzi
42. KOMPONEN KUALITI SUMBER MANUSIA DALAM
PENGURUSAN PROTOKOL MAJLIS
1. Sikap positif
2. Berdisiplin dan menepati masa.
3. Bertanggungjawab dan berakauntabiliti.
4. Hormat menghormati.
5. Saling membantu, bekerjasama dan
tolak ansur.
6. Menepati janji dan tidak putus asa.
42Haji Radzi
43. KRITERIA ASAS KEJAYAAN PENGURUSAN
PROTOKOL MAJLIS
1. Memahami matlamat majlis.
2. Memahami konsep kualiti protokol
3. Mempunyai sikap positif dan semangat
kerjasama untuk melaksanakan protokol
majlis.
4. Tidak putus asa apabila menghadapi sebarang
rintangan.
5. Merendah diri dan sedia menerima teguran
dengan hati terbuka.
43Haji Radzi
44. KRITERIA ASAS KEJAYAAN PENGURUSAN
PROTOKOL MAJLIS
6. Kecekapan mengurus masa mengikut masa.
7. Tidak berlagak, tidak berusaha menonjol diri
atau mementingkan diri.
8. Menyediakan bahan dan kelengkapan yang
berkualiti.
9. Membentuk iklim keselesaan, keceriaan dan
keselamatan.
10. Memantau dan pastikan setiap aktiviti acara
yang dilaksanakan adalah zero defect.
44Haji Radzi
45. RUMUSAN
1. Amalan protokol membantu kita untuk
melaksanakan kerja secara lebih teratur,
kemas dan menepati kecemerlangan.
2. Amalan protokol menjadikan kita seorang yang
lebih berdisiplin dan berakhlak mulia serta
berbudi pekerti tinggi.
3. Pelanggaran amalan protokol yang betul dan
baik akan menyebabkan manusia dianggap
sebagai seorang yang kurang berakhlak,
mementingkan diri dan menimbulkan pelbagai
masalah.
45Haji Radzi
46. 46Haji Radzi
SEKIAN, TERIMA KASIHSEKIAN, TERIMA KASIH
MOGA BERTEMU LAGI DI LAINMOGA BERTEMU LAGI DI LAIN
KETIKAKETIKA