Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Laporan 1
1. Laporan
Sepanjang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada 16 March 2014
hingga 20 March 2014, kami telah menjalankan pemerhatian dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di kelas 3 Ren. Guru yang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas
3 Ren bernama Puan Ku Shazreen yang mempunyai pengalaman selama 13 tahun dalam
bidang pendidikan.
Pada pukul 10 pagi, kami mengikuti guru masuk ke kelas 3 Ren dan kami dibenarkan
duduk di belakang kelas untuk menjalankan pemerhatian sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran ini. Guru memulakan sesi pengajarannya dengan menggunakan teknik bercerita.
Guru menceritakan cerita yang bertajuk “Ahmad pergi ke Sekolah”. Dalam cerita tersebut, guru
meletakkan kedudukan penjodoh bilangan yang sesuai supaya murid dapat terlibat secara aktif
dan pada masa yang sama mempercepat penguasaan kemahiran mendegar. Setelah habis
cerita, barulah guru mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini, iaitu penjodoh bilangan. Murid
kemudian dihendaki menyatakan penjodoh bilangan yang telah disebutkan oleh guru tadi. Ini
telah menunjukkan bahawa guru mengaplikasikan pendekatan induktif dalam pengajarannya,
iaitu memperkenalkan contoh-contoh kepada murid barulah diikuti dengan kesimpulan.
Selanjutnya, guru menunjukkan bahan-bahan maujud kepada murid-murid. Antaranya,
rumah mainan, pisang, payung kecil, bola dan lain-lain. Murid-murid diminta menyatakan
penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan bahan yang ditunjukkan oleh guru. Seterusnya,
guru membahagikan murid kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan
A diberi penjodoh bilangan ‘biji’ dan kumpulan B diberi penjodoh bilangan ‘buah’. Murid-murid
dihendaki mencari perkataan yang sesuai dengan penjodoh bilangan berkenaan. Kumpulan
yang dapat jawab dengan pantas dan tepat dianggap menang. Melalui aktiviti ini, boleh
dilihatkan bahawa guru telah menggunakan strategi pembelajaran koperatif, iaiu murid-murid
belajar dalam kumpulan, saling membantu apabila anggota kumpuln menghadapi sebarang
kesusahan. Ini bukan sahaja dapat membantu murid yang lemah, malahan juga meningkatkan
kemahiran sosial.
Di samping itu, guru telah melaksanakan kaedah bahasa komuniti. Kaedah ini
juga berasaskan teori interaksi dan berpegang kepada prinsip pengajaran bahasa pertama
dan pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.
Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kanak-kanak
menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan
2. makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah
menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbangsaran, wawancara
dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. Guru
telah menggunakan teknik psikologi dan kaunseling. Beliau sentiasa menjaga emosi murid dan
lebih peka kepada perasaan murid dan membantu mereka mengatasi perasaan negatif untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan licin. Tamsilannya, beliau
mendorong dan menggalakkan murid yang gagal menjawabkan soalan dengan betul dalam
kelas.
3. Murid berebut-rebut menjawab soalan guru Guru membahagikan murid kepada dua
Kumpulan
Jawapan yang diberikan oleh murid.
4. Rasional Guru menggunakan Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik.
Tujuan guru menggunakan strategi pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran adalah disebabkan oleh dapat melibatkan murid secara aktif dalam
mengembangkan pengetahuan, sikap dan keterampilannya dalam suasana belajaryang bersifat
terbuka dan demokratis. Misalnya, dalam aktiviti kumpulan, ia bukan sahaja melibatkan seorang
murid sahaja malahan melibatkan semua murid dalam sesuatu pembelajaran. Dengan itu, lebih
mudah mengembangkan pengetahuan kerana semua murid terlibat dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, strategi ini juga dapat mengembangkan dan melatih berbagai sikap,
nilai dan keterampilan-keterampilan sosial untuk diterapkan dalam kehidupan masyarakat.
Melalui aktiviti kumpulan, dapat memupuk sikap toleransi, bekerjasama dan saling bantu-
membantu murid. Oleh yang demikian, hubungan yang erat dapat dipupuk antara murid. Murid
yang dilatih untuk bekerjasama juga dapat mengembangkan potensi dirinya secara optimal bagi
kesuksesan kelompoknya. Ini dapat memberi kesempatan kepada murid untuk belajar
memperoleh dan memahami pengetahuan yang ditubuhkan secara langsung sehingga apa
yang dipelajari lebih bermakna bagi dirinya.
Yang seterusnya, pendekatan induktif yang diggunakan oleh guru amat sesuai
digunakan dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana pendekaan
ini dapar mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Murid-murid dihendaki
mengunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar
kepada pembentukan sesuatu perkataan atau ayat. Dengan itu, daya kefahaman dan ingatan
murid terhadap isi pelajaran dapat dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam
pengesanan rumus. Selain itu, melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dan kumpulan
dapat digalakkan kerana tugas menuntukan rumus dibuat oleh murid-muri sendiri. Ini
membolehkan suasana oembelajaran menjadi lebih hidup dan menarik. Di samping itu, tujuan
guru menggunkan pendekatan induktif adalah untuk meningkatkan kemahiran lisan yang dapat
disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah
dan juga murid-murid tidak begitu beban dengan rumus-rumus pada peringkat awal
pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih
dahulu. Justerunya, penggunaan pendekataan ini dapat mengurangkan kebosanan murid.
Selanjutnya berkaitan dengan kaedah yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran
dan pembelajarannya, iaitu kaedah bahasa komuniti. Dalam kaedah bahasa komuniti ini, guru
bertindak sebagai kaunselor bahasa yang cuba memahami murid melalui ‘caunsellor emphities’.
Kamarudin Hj. Husin(1990) pula menyatakan dalam pembelajaran bahasa ia adalah dianggap
5. sebagai “social prosess”. Dengan itu, melakui keadah bahasa komuniti ini dapat melahirkan
murid yang berdikari, boleh ditegur, dan dikritik. Selain itu, juga dapat melahir murid yang dapat
menguasai gaya, linguistik dan mampu berinteraksi dan berkomunikasi dalam bahasa gramatis.
Seterusnya, teknik yang akan digunakan ialah teknik bercerita. Guru Ku menggunakan
teknik ini kerana ia merupakan salah satu cara atau teknik pembelajaran yang berkesan. Ini
kerana menerusi teknik ini lebih mudah untuk guru menarik perhatian serta memudahkan
pembelajaran murid-murid. Ia dapat membantu murid menyerap masuk ilmu dan informasi
dengan lebih cepat kerana disampaikan dengan gaya dan bersahaja. Selain itu, bercerita dapat
menambahkan kosa atau perbendaharaan kata murid-murid. Ini boleh dibuktikan apabila
seseorang kanak boleh bercakap dengan perkataan yang tidak pernah dia jumpai dalam buku.
Apabila koso kata bertambah, maka mereka lebih yakin untuk berkomunikasi.