Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Pendidikan kesihatan dan persekitaran
1. DISEDIAKAN OLEH: 1) AHMAD FAQIH BIN AHMAD SHOHIR
2) FARIS HAZMI BIN MUHAMAD JAMIL
3) SHAIKH MUHAMAD SYAWAL BIN SHAIKH ABD RAHIM
1.3 FUNGSI NUTRIEN
1.3.1 PROTEIN
Menurut Gavin De Walle (2018) protein terdiri daripada rantaian asid
amino. Apabila dua asid amino bergabung, ia dikenali sebagai
dipeptida dan jika lebih dari dua, dipanggil polipeptida. Protein boleh
didapati dari daging, hasil tenusu, kekacang dan juga tumbuhan
seperti brokoli dan lobak merah.
Protein terdiri daripada dua:
- Protein haiwan
- Protein tumbuhan
1.3.1 FUNGSI PROTEIN
1. Tumbesaran tubuh badan.
2. Membentuk tisu dan organ.
3. Membaiki dan menggantikan sel yang rosak dan mati.
4. Menghasilkan bahan kimia tubuh seperti antibodi, enzim,
hormon dan sel darah.
5. Membekalkan tenaga sekiranya terdapat kekurangan
karbohidrat.
2. 1.3.2 LEMAK
Tubuh badan manusia sentiasa menggunakan lemak sebagai sumber
bahan bakar. Lemak adalah bentuk simpanan utama tenaga dalam tubuh.
Lemak juga mempunyai banyak fungsipenting lain dalam tubuh badan dan
jumlah yang diperlukan dalam diet untuk kesihatan yang baik. Lemak terdiri
daripada 2 unsur molekul utama iaitu hydrogen dan karbon. Lipid’dietary’
yang penting dalam diet kita adalah trigliserida, kolesterol dan fosfolipid.
Lemak boleh didapati dalam daging, hasil tenusu dan kekacang.
Jenis-jenis
Lemak terdiri drpd 3 jenis iaitu:
1. kolesterol
2. fosfolipid
3. trigliserida
1. Kolesterol
- Kolesterol adalah lipid yang hanya didapati dari makanan
berasaskan haiwan dan tidak didapati dari tumbuh-tumbuhan.
3. - Kolesterol penting untuk membentuk hormon seperti
testosteron dan estrogen.
2. Fosfolipid
- Fosfolipid boleh didapati dari kuning telur, hati, kekacang dan
lecithin.
3. Trigliserida
- Trigliserida merupakan satu jenis lemak yg dibawa dalam aliran
darah ( disimpan dalam tisu badan ).
Fungsi Lemak
1. Menjadi penebat haba dan menjadi pelindung kepada
badan. Sel lemak disimpan di dalam adipos tisu pada
sesetengah tempat.
2. Membekalkan tenaga bagi proses metabolisma. Lemak
menjadi salah satu sebagai tenaga sampingan selain
karbohidrat.
3. Penyerapanvitamin. Vitamin A, D, E, K adalah vitamin yang
diserap di dalam badan (fat-soluble) yang sangatbaik dalam
diet seharian.
4. 1.3.3 KARBOHIDRAT
Berdasarkan laman web eufic.org Karbohidrat merupakan salah satu
daripada tiga makronutrien komponen dalam diet seseorang.
Karbohidratterdiri daripada makanan berkanji seperti roti, pasta dan
nasi. Karbohidrat merupakan sumber tenaga paling penting untuk
badan dan sesuai untuk diet pemakanan yang seimbang.
I. Jenis: 1) Gula ringkas seperti nasi putih (jangka masa singkat )
2) Gula kompleks seperti kanji (long time period)
II. Fungsi karbohidrat menurut Erica.H (2017):
1. Sumber tenaga paling tinggi dalam badan. Tenaga yang
hadir dalam kadar yang tinggi mampu untuk mengeluarkan
tenaga untuk aktiviti yang berat atau lasak. Kanji dan gula
yang banyakdalambadan akandirembeskanke dalamdarah
secara perlahan-lahan untuk disimpan.
2. Dapat mengurangkan penyakit berisiko. Sekiranya gula
ringkas dimakan dengan kadar yang tinggi maka, penyakit
kronik seperti diabetes akan dihadapi.
3. Boleh mengawal berat badan. Berat badan boleh dikawal
melalui pemakanan karbohidrat dalam diet seharian.
5. 4. Membantu otak untuk berfungsi. 20% tenaga diperlukan
oleh otak untuk berfungsi dengan baik selain daripada
organ-organ badan yang lain. Hal ini kerana otak juga
memerlukan tenaga bersumberkan karbohidrat dalam
badan seeorang.
6. KONSEP PKP
Menurut UNESCO (1975) konsep pendidikan persekitaran ini adalah proses di
mana seseorang individu peka terhadap persekitaran termasuk pengetahuan,
skil, harga, pengalaman dan kerajinan secara bersendirian atau dalam bentuk
komuniti terhadap penyelesaian masalah masa kini dan pencegahan pada waktu
mendatang.
Tujuan PKP
- Perubahan t/laku kesihatan – pengetahuan, sikap dan amalan.
- Wujudkan insan yg berpelajaran dan berpengelaman ttg kesihatan.
- Menbantu orang ramai mencapai tahap kesihatan yang optimum dengan t/laku
dan usaha sendiri.
7. - Memajukan keadaan komuniti dan meningkatkan t/jawab dlm kalangan
masyarakat tentang kesihatan
(Matlamat PKP)
Matlamat pendidikan kesihatan persekitaran yang utama ialah untuk
memberi setiap orang berpeluang untuk memperoleh pengetahuan, nilai, sikap,
komitmen dan kemahiran yang diperlukan untuk melindungi dan memperbaiki
persekitaran. Menurut UNESCO matlamat terbahagi kepada 5 iaitu:
1. Kesedaran
Untuk membantu kumpulan sosial dan individu untuk memperoleh pengetahuan
mengenai pencemaran dan kemusnahan alam sekitar.
2. Pengetahuan
Untuk membantu kumpulan sosial dan individu untuk memperoleh pengetahuan
tentang alam sekitar di luar persekitaran serta persekitaran yang jauh.
3. Sikap
Untuk membantu kumpulan sosial dan individu untuk memperoleh satu set nilai
untuk perlindungan alam sekitar.
4. Kemahiran dan Pembinaan Kapasiti:
Untuk membantu kumpulan sosial dan individu untuk mengembangkan kemahiran
yang diperlukan untuk membuat diskriminasi dalam bentuk, , bunyi, sentuhan,
tabiat dan habitat. Selanjutnya, untuk membangunkan keupayaan untuk membuat
kesimpulan dan kesimpulan yang tidak berat sebelah.
Kesimpulan
- Pendidikan kesihatan persekitaran merupakan satu medium bagi membentuk
individu utk menjaga diri serta persiktaran samada dari segi fizikal dan
psikologikal.
- Kesedaran dlm asprk ini dpt membantu individu utk mengekalkan kesejahteraan,
kerohanian, dan keseimbangan dari segi diri, masyarakat, negara serta yang
paling utama ialah alam sekitar