ciri -ciri universal tamadun kini dan perbandingan tamadun dahulu
1. Aspek-aspek
universal tamadun
masa kini
AHLI :
SITI NUR ‘ATIKAH BINTI MIOR AZIZAN
D20121057612
SITI AIDA BINTI ABU BAKAR
D20121057619
NUR HIDAYAH BINTI ABD RAZAK
D20121057613
NURSHAIRA AISYAH BINTI ISMAIL
D20121057675
2. CIRI-CIRI TAMADUN
STRATIFIKASI REVOLUSI
SOSIAL PERTANIAN
PENGKHUSUSAN
ORGANISASI
PEKERJAAN &
POLITIK &
INOVASI
PEMERINTAHAN
TEKNOLOGI
SISTEM PENEMPATAN
TULISAN KEKAL
KEHIDUPAN
URBANISASI
BERAGAMA
3. STRATIFIKASI SOSIAL
Definisi :
Perbezaan atau pengelompokan para anggota masyarakat secara
vertikal ataupun berperingkat.
Stratifikasi sosial ini terdapat dalam dua pembahagian melalui tamadun
dahulu dan sekarang
Tamadun dahulu lebih ekstrem berbanding tamadun sekarang dari
segi pengkelasan masyarakat
4. Antara perbezaan yang paling ketara dalam sistem pengkelasan
masyarakat dalam tamadun dahulu dan juga tamadun sekarang ialah
melibatkan golongan bawahan
Golongan bawahan dari tamadun dahulu rendah tarafnya hingga
dijadikan hamba
Golongan bawahan dari tamadun sekarang lebih terjaga tarafnya kerana
dilindungi dan diberi hak keistimewaan dalam undang-undang dan
perlembagaan.
5. STRATIFIKASI SOSIAL
TAMADUN DAHULU
Pengkelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status
Contoh : pemilikan tanah
Sesiapa yang mempunyai tanah dianggap mempunyai kedudukan yang
tinggi.
Bagi yang tidak memiliki tanah dianggap golongan bawahan :hamba
Golongan masyarakat yang berstatus tinggi mempunyai adat yang
istimewa seperti jenis pakaian,perhiasan dan bentuk binaan rumah.
6. Golongan yang berstatus tinggi merupakan golongan yang berada di
tahap sosial yang tinggi
Spt: golongan bangsawan
Banyak menindas golongan bawahan ,golongan bawahan dijadikan
hamba.
Spt: Tamadun India dalam sistem kasta
Golongan bawahan iaitu Paria (rakyat bawahan yang dipinggirkan
yang dijadikan hamba abdi)
7. STRATIFIKASI SOSIAL
TAMADUN SEKARANG
Pengkelasan masyarakat masih wujud tetapi tidak begitu ekstrem
seperti tamadun dahulu
Contoh : golongan pemerintah
Tingkatan teratas ialah Sultan
Tingkatan yang terakhir ialah rakyat
Walaupun rakyat berada di tingkatan terakhir,namun tidak berlaku
sebarang bentuk penindasan ataupun ketidakadilan kepada golongan
rakyat ini seperti dijadikan hamba abdi.
8. Hak-hak istimewa rakyat terpelihara melalui perlembagaan yang
ditetapkan
Rakyat berpeluang untuk memilih pemerintahan mereka sendiri
melalui sistem pilihanraya.
Hal ini menunjukkan kedudukan rakyat itu istimewa dan terpelihara
kerana salah satunya diberi peluang untuk memilih pemimpin yang
bakal memimpin kerajaan.
Rakyat juga diberi peluang yang sama dalam memajukan ekonomi
negara,rakyat merupakan tonggak bagi sesebuah kerajaan.
9. ORGANISASI POLITIK DAN
PEMERINTAHAN
Simbol atau lambang kepada ketamadunan sesebuah masyarakat
Sistem politik dan pemerintahan penting dalam organisasi sesebuah
tamadun,ini menunjukkan kemajuan tamadun tersebut
Pada peringkat awal perkembangan sesuatu tamadun sistem politik dan
corak pemerintahan berdasarkan kepada hubungan kekeluargaan dan
darah
10. Terdapat perbezaan yang agak ketara mengenai sistem politik dan
pemerintahan tamadun dahulu dan juga sekarang terutamanya dari segi
pemerintahannya.
Tamadun dahulu menggunakan sistem feudal dan tamadun sekarang
lebih terarah kepada demokrasi berparlimen.
Perbezaannya dapat dilihat dari segi penguasaan kuasa oleh raja serta
organisasi bawahannya seperti rakyat.
11. ORGANISASI POLITIK DAN
PEMERINTAHAN TAMADUN
DAHULU
Tamadun dahulu menggunakan sistem feudal dalam sistem
pemerintahannya.
Sistem feudal atau feudalisme ini lebih memberi kuasa yang mutlak
kepada raja.
Organisasi pemerintahannya berbentuk piramid.
Tingkatan yang teratas ialah Raja atau Sultan.
Mempunyai kuasa yang mutlak dalam pelbagai hal termasuk agama
12. Di samping itu raja atau Sultan ini akan dibantu oleh golongan tengah
seperti temenggung,bendahara serta laksamana.
Kesimpulannya pada tamadun dahulu,raja dianggap sebagai odre
kosmos,iaitu raja yang berkuasa mutlak dalam segala hal dan dianggap
seperti menderhaka jika memgingkari arahan raja.
Contoh :Tamadun China
Raja dianggap sebagai tuhan kerana mendapat mandat daripada tuhan .
13. ORGANISASI POLITIK DAN
PEMERINTAHAN TAMADUN KINI
Tamadun sekarang corak pemerintahannya lebih bersifat terbuka dan
meluas
Mengambil kira pandangan rakyat dalam memilih bakal pemimpin
negara.
Sistem pemerintahan tamadun sekarang ialah demokrasi berparlimen.
Demokrasi berparlimen ini ini merupakan sistem pentadbiran kerajaan
moden yang mengutamakan mandat dan suara rakyat dalam
pemerintahan.
Mandat daripada rakyat ini diterjemahkan dalam dua ruang lingkup
pentadbiran iaitu pilihanraya dan juga parlimen.
14. Sistem pilihanraya ini berperanan bagi memilih siapakah yang layak
diberi mandat untuk membentuk kerajaan,dalam hal ini rakyat
merupakan tunggak utama dalam membentuk kerajaan.
Parlimen pula merupakan badan terpenting dalam pelaksanaan dan
proses demokrasi di Malaysia.
Secara kesimpulannya rakyat mempunyai keistimewaan dalam
pembentukan kerajaan dalam tamadun masa kini berbanding tamadun
dahulu yang lebih mementingkan kuasa raja berbanding rakyat.
15. SISTEM TULISAN
PENGENALAN
Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal melalui
penemuan sistem tulisan yang terdapat pada batu bersurat, tugu, istana,
kuil, surat perjanjian dan sebagainya.
Menurut Darcy Riberio, sistem tulisan ialah lambang dan manifestasi
sesebuah bangsa.
Antara sistem tulisan terawal ialah hieroglif (Tamadun Mesir Purba),
cuneiform(Tamadun Mesopotamia) dan ideogram (Tamadun Hwang
Ho).
16. TULISAN PADA TAMADUN
AWAL
Bentuk tulisan awal berbentuk lambang dan simbol serta
mempunyai maksud tertentu.
Berperanan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan
perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara
sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Digunakan untuk tujuan urusan pentadbiran seperti
penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal
keagamaan.
17. Merupakan instrumen penting untuk menyampaikan,
memperkembangkan serta mencatatkan idea dan pemikiran manusia.
Antaranya seperti undang-undang yang tercatat di Tiang Asoka, Kitab
Veda, Kod Hammurabi
18. TULISAN PADA TAMADUN
SEKARANG
Tidak lagi berbentuk simbol dan mula berubah kepada bentuk yang
lebih kompleks dan mudah difahami.
Digunakan secara meluas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
hingga menyebabkan perkembangan dalam banyak bidang-bidang
seperti bidang sains, matematik, ekonomi.
Menggalakkan perhubungan yang tidak lagi terhad dan bersifat global.
Memudahkan urusan pentadbiran dan perniagaan dalam hal berkaitan
merekod seperti resit.
Perkembangan yang pesat dalam bidang penulisan dan percetakan.
Dari segi agama, sesuatu ajaran itu dapat disampaikan dengan lebih
mudah dan difahami.
19. URBANISASI
PENGENALAN
Mengikut Kamus Dewan Edisi-4(2005), urbanisasi diertikan
sebagai proses, usaha dsb yang menjadikan sesuatu keadaan,
kawasan dsb bersifat bandar,pembandaran yang berlaku hasil
daripada industrialisasi, berlaku penghijrahan dari desa ke
kota.
Proses perubahan dari segi pertambahan penduduk dan
pembangunan fizikal sesebuah bandar.
20. URBANISASI TAMADUN AWAL
Dalam tamadun awal, proses urbanisasi lebih dikenali sebagai proses
pembandaran.
Pembinaan sesebuah tamadun sering dikaitkan dengan pembukaan
bandar.
Menurut Colin Renfew, terdapat 3 ciri yang menjadi pemangkin
kepada lahiriah tamadun iaitu kemunculan bandar, tempat ibadat dan
sistem tulisan.
Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi
perkembangan tamadun khususnya dari segi perkembangan budaya,
material, intelektual dan kesenian.
Pada awalnya adalah sebuah perkampungan yang didirikan
berhampiran dengan sungai dan kemudiannya berkembang menjadi
bandar.
21. Antaranya adalah seperti Tamadun Mesopotamia(lembah Sungai
Euphrates), Tamadun Mesir Purba(lembah Sungai Nil), Tamadun
Indus(lembah sungai Indus) dan Tamadun Hwang Ho(lembah Sungai
Hwang Ho/Sungai Kuning)
Pembandaran mula berlaku apabila kegiatan ekonomi berkembang
pesat ekoran dari wujudnya pengkhususan kerja.
Antara bandar penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo Daro,
Harappa, Anyang, Thinis, Thebes, dan Memphis.
Bandar memainkan peranan penting sebagai pusat pentadbiran, pusat
keagamaan, pusat kegiatan ekonomi, pusat pendidikan dan pusat
perindustrian.
Kesan daripada pembandaran ini ialah wujudnya pengkelasan sosial
yang di mana adanya golongan memerintah dan golongan yang
diperintah.
22. URBANISASI TAMADUN
MASA KINI
Proses urbanisasi mempunyai hubungan yang rapat dengan
industrialisasi, ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Melibatkan pertambahan penduduk yang ramai akibat daripada proses
migrasi.
Perkembangannya juga tidak terhad kepada aktiviti ekonomi seperti
pertanian sahaja tetapi juga kepada sektor perniagaan, perindustrian
dan perkhidmatan.
Perkembangan sektor ekonomi ini menjadi pemangkin utama kepada
berlakunya migrasi dari desa ke kota.
Antara faktor lain yang menyebabkan urbanisasi ialah mempunyai
prasarana yang lebih lengkap dan canggih, peluang pekerjaan yang
lebih banyak dan taraf pendidikan yang lebih tinggi.
23. Kesan dari proses ini ialah berlakunya perubahan dalam pandang darat
fizikal, sistem ekologi bumi terjejas, berlakunya bencana alam seperti
tanah runtuh, banjir kilat dan juga pencemaran udara.
Bukan itu sahaja, sektor pertanian akan mempunyai masalah untuk
berkembang kerana kekurangan tenaga kerja dan masalah setinggan.
24. REVOLUSI PERTANIAN
TAMADUN TERDAHULU
Hanya untuk kehidupan sara diri seperti bercucuk tanam dan
menternak binatang.
menggunakan alatan tradisional.
bertukar menjadi komersial dengan menyimpan lebihan hasil tanaman.
jenis tanaman komersial yang diusahakan seperti gandum, filet, pokok
papyrus dan lain-lain.
25. REVOLUSI PERTANIAN
TAMADUN MASA KINI
mengenalpasti bidang usaha baru yang berkaitan seperti bioteknologi
dan nanoteknologi.
bioteknologi dalam menghasilkan baka-baka tanaman yang baik dan
hidrofonik iaitu penanaman tumbuhan tanpa menggunakan tanah.
mengenalpasti bidang usaha baru yang berkaitan seperti bioteknologi
dan nanoteknologi.
bioteknologi dalam menghasilkan baka-baka tanaman yang baik dan
hidrofonik iaitu penanaman tumbuhan tanpa menggunakan tanah.
26. nanoteknologi dapat menghasilkan baja dan zat penggalak, sistem
kawalan menggunakan nanoteknologi, keselamatan makanan, sistem
kawalan penyakit, kawalan alam sekitar.
‘Baja pelepasan perlahan’ dapat meningkatkan hasil pertanian dan
menjimatkan perbelanjaan.
Bahan ‘pengaktif-nano’ atau ‘perangsang-nano’ berfungsi sebagai
perangsang penghasilan buah.
Alat penderia-nano iaitu jenis penderia-kimia berasaskan bahan
berstruktur-nano telah diguna bagi menentukan keberkesanan
penggunaan baja memantau sisa racun serangga di dalam air.
27. PENGKHUSUSAN PEKERJAAN
DAN INOVASI TEKNOLOGI
TAMADUN DAHULU
Golongan pedagang, petani, dan artisan memainkan peranan penting
dan menjadi tulang belakang kepada kemajuan ekonomi.
Golongan wanita terlibat dengan kegiatan pertanian manakala golongan
lelaki terlibat dengan kegiatan memburu atau menternak binatang,
golongan agama menguruskan urusan agama dan kepercayaan yang
berkaitan dengan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian
dan kebajikan masyarakatnya.
28. kebanyakan alat-alat walaupun dibuat daripada batu adalah lebih halus
dan juga diubahsuaikan dengan keperluan pertanian.
Terdapat tenggala dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda
untuk mengangkut hasil pertanian.
penciptaan roda menyebabkan berlakunya perkembangan pesat dalam
bidang ekonomi, perhubungan, dan pertahanan.
perbezaan individu dalam kebolehan, kemahiran dan minat
menyebabkan wujudnya pelbagai profession seperti guru, doktor,
akauntan, peguam dan lain-lain.
29. Untuk memudahkan penghasilan produk melalui proses, mesin
digunakan untuk menghasilkan produk secara besar-besaran.
Pengkhususan juga dilakukan mengikut kawasan bergantung kepada
bentuk muka bumi, sumber alam dan saliran.Sebagai contoh kawasan
luar Kuala Terengganu mengkhusus dalam bidang petroleum.
Penemuan penciptaan baja organik telah dapat menghasilkan hasil
tanaman yang lebih bermutu.
penggunaan jentera mesin, dapat menghasilkan hasil tanaman yang
banyak disamping menjimatkan masa dan tenaga.
Kemajuan Internet dan e-dagang memudahkan perhubungan ekonomi
ke seluruh dunia.
30. PENEMPATAN KEKAL
TAMADUN SILAM
lokasi:
ada kemudahan spt lembah sungai, pesisir pantai, tanah yang subur
revolusi pertanian
penternakan
- contoh : Lembah Sungai Nil ( Tamadun Mesir )
Lembah Indus ( Tamadun India )
Pesisir Selat Melaka & Selat Sunda ( Tamadun
Melayu )
kewujudan bandar
- contoh : politik istana
agama pusat upacara keagamaan
perniagaan pasar
31. PENEMPATAN KEKAL
TAMADUN KINI
Lokasi
kawasan bandar
peluang pekerjaan
kemudahan seperti pengangkutan awam, institusi pendidikan
contoh : Kuala Lumpur, Shah Alam
TAPI…
Kampung / desa
ada kemajuan
naik taraf
bandar
fungsi bandar berbeza dengan tamadun dulu
contoh : politik parlimen, pusat pentadbiran kerajaan
agama masjid, surau, institusi pendidikan
perniagaan pasar, pusat beli-belah
32.
33. KEHIDUPAN BERAGAMA
TAMADUN SILAM
Kepercayaan
pemikiran kuasa ghaib kawal kehidupan
peninggalan bangunan
awal : animisme ( dominasi )
- unsur alam yang mempunyai semangat dan kuasa luar biasa yang
mempengaruhi kehidupan manusia
34. wujud Konsep Dewa
pegangan agama kuat
golongan agama:
kelas tertinggi
aktiviti keagamaan pusat upacara agama
35. KEHIDUPAN BERAGAMA
TAMADUN KINI
pegangan agama mulai goyah
kepercayaan terhadap Ketuhanan longgar
fanatik ism ( ideologi )
ciptaan manusia
golongan agama :
golongan ulama’
tinggi ilmu agama
ajar agama : fardhu ‘ain
ceramah @ motivasi
36. Aktiviti keagamaan masjid, surau, institusi pendidikan, tempat `
awam
Agama Islam - ramai murtad
- contoh : Natrah
Islam menerima saudara baru - perlu bagi perhatian