Dokumen tersebut membahas tentang sekularisme dan dampaknya terhadap dunia Islam. Secularisme menekankan pemisahan antara agama dan negara serta menolak pengaruh agama dalam kehidupan publik. Hal ini berdampak negatif terhadap akidah, sosial, politik, ekonomi, pendidikan, dan perundangan umat Islam.
2. Amal Hazirah Bte Haji Hujan (07B1123)
Hjh Nor Adiana Bte Haji Mohd Yussof
(07B1124)
NurSyifaa’Khairunnissa Bte Haji Rosli
(07B1126)
Dyg Bazilah Bte Awg Bakar (07B1127)
Hjh NurAtiqah Bte Hj Abib (07B1128)
3.
4.
5. Maksud Sekularisme
Perkataan sekular berasal daripada bahasa latin iaitu ‘Saeculum’ ,
bermaksud satu generasi atau zaman. Dalam hubungan dunia kristian
(khususnya di Barat) sekular bermaksud ‘dunia ini’ yang bertentangan
dengan ‘agama’,tidak ada hubungan dengan ajaran agama atau sebarang
urusan mengenai agama.
Istilah "sekularisme" mula digunakan di United Kingdom oleh penulis
bernama George Holyoake pada 1846. Walaupun ia satu istilah baru,
ideologi kebebasan berfikir sudah wujud sekian lama dalam sejarah
manusia menerusi pemikiran Aristotle .
Menurut kamus Dewan edisi ketiga, secular ialah Berkaitan dengan
keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan agama
Encyclopedia Britanica, Sekularisme ialah suatu gerakan sosial yang
bertujuan memalingkan manusia daripada mementingkan persoalan akhirat
kepada mementingkan kehidupan duniawi semata-mata.
6. FAHAMAN SEKULARISME
Sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa
kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, harus
berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh
agama.
Sekulrasime ini juga merupakan satu ideologi
(fahaman) urusan dunia; politik, pentadbiran dan
undang-undang harus dipisahkan dari agama.
Matlamat mereka tidak lari daripada hawa nafsu
mereka dan memenuhi kehendak mereka semata-mata
tanpa menghiraukan perkara lain.
7. Kesan Sekularisme ke Dunia Islam
Ideologi sekular ini secara umumnya
menimbulkan banyak kesan negatif
berbanding positif ke atas dunia Islam,
terutamanya dalam aspek akidah dan
pemikiran.
Ideologi ini kelihatan seolah-olah melanda
umat Islam seluruhnya, malah juga dunia
secara amnya. Malah ideologi ini menolak
fahaman agama.
8.
9. PEMIKIRAN
Ia dapat melemahkan keimanan dan
menggoyangkan akidah serta keyakinan terhadap
kekuasaan Allah s.w.t.
Keraguan terhadap rasul, para malaikat, hari
kiamat dan Al-Quran serta pembalasan Qadha dan
Qadar menyebabkan keimanan umat Islam semakin
rapuh dan terkeliru dengan pendapat aliran-aliran
Barat.
Masyarakat Islam mula mempertikaikan hal-hal
agama terutamanya yang tidak logik pada
pemikiran mereka. (seperti poligami)
10. SOSIAL
Terdapat perubahan perwatakan individu
Pengasingan diri dari kepentingan beragama
menyebabkan kekosongan di dalam diri dan jiwa.
Akibatnya keruntuhan moral dan akhlak
berleluasa serta gejala-gejala negatif wujud
dikalangan individu.
11. POLITIK
Aliran politik Barat tertanam di dalam jiwa umat di
negara-negara Islam seperti fahaman kapitalisme,
sosialisme, nasionalisme dan lain-lain.
Matlamat untuk mendapatkan pengaruh, pangkat
dan kuasa bertentangan dengan politik Islam yang
memandang jawatan itu sebagai amanah dan tugas
Khalifah Allah.
Hendaklah menggunakan kuasa untuk menunaikan
amanah, tanggungjawab dan kebajikan kepada
masyarakat.
12. EKONOMI
Lahirnya dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem
ekonomi kapitalis dan sosialis yang
bermatlamatkan kekayaan dan material semata-
mata.
Mereka menyediakan tempat-tempat khas untuk
mengadakan kegiatan maksiat.
Alasan mereka perkara sebegini boleh
mendatangkan kemajuan dan kepesatan
ekonomi negara.
13. PENDIDIKAN
Sistem yang dibawa oleh agama Islam merupakan
satu sistem yang mampu membawa penganutnya
menjadi insan rabbani dan kamil.
Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan
hal-hal dunia tanpa mengambil kira kepentingan
jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk
akhlak dan moral. (seperti sistem dualisme)
Penyelewengan fakta dalam Sejarah Islam dan
mengagung-agungkan saintis barat.
14. PERUNDANGAN
Penggantian undang-undang dari undang-undang
Islam kepada sistem perundangan barat.
Umat Islam tanpa segan silu mempertikaikan
keadilan perundangan Islam dan mempersendakan
golongan yang mengamalkannya. (seperti
diharamkan pemakaian Tudung)
Kerajaan Mesir umpamanya telah menghapuskan
mahkamah syariah dengan memasukkan
peranannya di dalam struktur mahkamah sivil
negara. (seperti muamalat, perceraian, harta riba)
15.
16. Sekular merupakan fahaman materialisme
Kebanyakan ciri-ciri asasnya adalah
berkaitan dengan kebendaan semata-mata.
Ia tidak mengakui kewujudan Tuhan
Menekankan nilai-nilai empirikal yang
menekankan konsep pengalaman dan
pengamatan pancaindera dalam memproses
ilmu pengetahuan.
17.
18. NASIONALISME
Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta
dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara
dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama
untuk sekumpulan manusia.
Islam tidak menjadi asas kepada kesetiaan, ketaatan
dan kasih sayang.
Ia berpunca dari teori romantisme iaitu “identiti
budaya", hujah liberalisme yang menganggap
kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak
rakyat, atau gabungan kedua-dua teori.
20. SOSIALISME
Sosialisme muncul di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-
19 sebagai reaksi dari perubahan ekonomi dan sosial yang
diakibatkan oleh revolusi industri.
Sebuah istilah umum untuk teori politik dan ekonomi yang
membela sebuah sistem kepemilikan bersama atau
pemerintah, dan pengurusan alat-alat produksi dan
pengagihan barang.
Walaupun nampak adil, namun ini melanggari fitrah kerana
pekerja yang malas diberikan jumlah gaji yang sama dengan
mereka yang rajin.
Sosialisme terbagi 2 jenis: Revolusion dan Evolusion
21. KOMMUNISME
Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang
menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas dan
tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor
pengeluaran dan harta secara umumnya.
"Komunisme suci" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa
kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang
pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna
membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses
membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang
sosialisme
Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam
ekonomi pasaran kapitalisme ,warisan penjajahan dan nasionalisme.
22. KOMMUNISME
Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan
masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat),
yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam
masyarakat yang diekploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis),
menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi
menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan
kaum.
Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk
kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.
Komunisme juga mempunyai pandangan agama adalah racun
yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.
23.
24.
25. SEKULARISME DI TURKI
Mustafa Kamal Ataturk - gelaran al-
Ghazi (orang yang memerangi).
Bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah
Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).
Dilahirkan pada tahun 1299H (1880M).
Pembubaran Sistem Khilafah Islamiah -
memisahkan agama Islam daripada sistem
pemerintahan di Turki dan meminggirkan
Islam daripada aspek kehidupan.
26. Antara ideologi Mustafa Kamal
Ataturk (bekas PM Turki)
Marhaban Bikum (Selamat Datang).
Membolehkan perempuan memakai tudung
dengan syarat pakai ‘skirt’.
Melarang pakaian Islam.
Menghapuskan perayaan serta melarang
mengerjakan Ibadah Haji.
Melarang poligami dan membenarkan
perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam.
Menukar azan dalam Bahasa Turki.
27. Antara ideologi Mustafa Kamal
Ataturk (bekas PM Turki)
Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
Menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab.
Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk
memodenkan Turki (mengukir patung-patung dan tugu-
tugunya di seluruh bandar Turki).
Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
Undang-undang waris dibatalkan.
Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan
huruf Arab.
Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.
28.
29. Firman Allah yang bermaksud :-
‘Dan dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan
segala nama benda-benda dan gunanya. Kemudian
ditunjukkannya kepada-Ku semua nama-nama
benda ini jika kamu golongan yang benar.’
(Al-Baqarah:31).
30.
31. PENDIDIKAN ISLAM
1) Kurshid Ahmad (1974) - Ilmu yang melahirkan
manusia yang mempunyai pendirian serta keyakinan
yang kukuh terhadap idealism Islam.
2) Yusof Al-Qardhawi (1982) - Mencakupi keseluruhan
hidup termasuk akal dan hati, rohani, jasmani, akhlak
dan tingkahlaku.
3) Al-Tamimi (1985) - Memperbaiki kehidupan dan
mewujudkan keseimbangan peribadi seseorang insan.
Islam mempunyai ciri-ciri keimanan, akhlak dan ilmu
(asas untuk mendapat kejayaan dan kemenangan).
32. DIANTARA MATLAMAT
PENDIDIKAN ISLAM
Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara
yang sempurna, berguna, berakhlak mulia.
Bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat
dan negara kerana Allah S.W.T.
Tidak mengenal kekecewaan atau putus asa.
Rasullullah s.a.w sebagai contoh dan teladan yang
terbaik.
Mementingkan aspek kebersihan rohani dan jasmani.
Proses pendidikan seumur hidup.
33.
34. SUMBER PENDIDIKAN ISLAM
Nahlawi (1985) - Mendidik manusia supaya
mengabdikan dirinya kepada Allah (swt).
Al-Quran menggariskan matlamat yang antara lainnya :
1. Mendidik akal supaya berfikir dan mengambil
pengiktibaran.
2. Pendidikan akhlak supaya manusia beristiqamah
dengannya, tenang serta mengambil petunjuk dengan
syariatnya.
3. Mendidik hati dan perasaan supaya tunduk hati dan
halus perasaanya.
35. "Dan kami tiadalah menurunkan kepadamu alkitab (Al-
Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan
kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu, dan
untuk menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang
beriman." ( An Nahl : 64 )
36.
37.
38.
39. Ibu Bapa
Mengajar dam menekankan kepentingan ajaran Islam dengan
menghantar anak-anak mengikuti pengajian agama di sekolah.
Guru
Mengajar dan mendidik nilai-nilai yang murni dan
mendisiplinkan pelajar.
Guru agama memegang peranan untuk memberi pengetahuan
Islam bagi memenuhi Fardu Ain secara teori dan amali.
Institusi Kerajaan
Mengadakan kegiatan dan rancangan-rancangan yang berbentuk
kerohanian untuk mendidik masyarakat tentang kefahaman Islam.
40.
41.
42. “ Bilamana seseorang telah jadi sekular, maka pegangannya
adalah semata-mata akal. Dia menyukat segala-galanya itu
hanya dengan akal. Dia mencari kebenaran dengan akal. Dia
menyelesaikan semua masalah dan perkara dengan akal. Dia
bertindak dengan akal, membangun dan berjuang hanya dengan
akal. Sekiranya kita bentangkan kepadanya hukum hakam
agama, apabila dia merasakan hukum hakam itu tidak sedap
atau tidak selesa dan cocok dengan akalnya, maka dia akan
tolak hukum hakam itu”.
(Ucapan Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Datu Seri
Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abduk
Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, pada 16 Jamadilawal,
1418 / 18 September 1997).
43. DASAR PENTADBIRAN NEGARA
Menjadikan MIB sebagai falsafah negara.
Menjadikan negara ini sebagai negara zikir.
Menubuhkan BIRO mencegah rasuah.
Menguatkuasakan undang-undang mahkamah syari’ah.
PENDIDIKAN
Pendidikan Islam bertujuan untuk menyatukan identiti sebagai
individu Islam, akhlak yang indah serta cara hidup yang mengikut
sunnah Rasulullah dalam mencapai kecemerlangan akademik.
Mewajibkan pendidikan Sekolah Ugama di sebelah petang.
Meletakkan matapelajaran pendidikan agama sebagai mata
pelajaran wajib di sekolah.
44. SISTEM EKONOMI:
Aktiviti-aktiviti ekonomi Negara adalah berlandaskan hukum
syari’ah .
Sentiasa diawasi oleh hukum-hukum Islam dan perlaksanaannya
dikawal pula oleh pihak Kerajaan Brunei.
Usaha kerajaan dalam memberi kesedaran kepada orang ramai
mengenai pengeluaran makanan halal (Majlis Pelancaran Produk
Halal Antarabangsa pada tahun 2009).
Tidak membenarkan perniagaan yang berunsurkan Bathil
dijalankan.
Cukup menentang amalan faedah/bayaran bunga (Riba) kerana
mempunyai unsur penindasan.
45. Tidak mementingkan keuntungan semata-mata tetapi menekankan kepada
soal kebajikan masyarakat.
Menggunakan kadar kaedah keuntungan tetap dari keseluruhan harga
objek skim Al-bai Bithaman Ajil.
Institusi perbankan Islam tidak akan meluluskan pinjaman bagi tujuan
perniagaan yang terdapat unsur-unsur Bathil dan bertentangan dengan
Hukum Sya’riah.
MEDIA MASSA
Peranan media seperti akhbar Pelita Brunei dan Media permata ada
memuatkan ruangan yang berbentuk agama dan pendidikan moral.
Negara menerima kemasukkan buku-buku berunsurkan pengetahuan Islam
dari luar negara sebagai contohnya mengenai Kewangan Islam, Kehidupan
Islam, Pakaian Muslimah, didikan moral yang baik dan dan sebagainya.
46.
47.
48. PERANAN MASJID
Dan kami meriwayatkan dari Buraidah RA katanya, Rasulullah
bersabda : “Sesungguhnya saya bangunkan masjid-masjid itu
hanya kerana-Nya”
( H.RMuslim, kitab Al Aszkar)
Aktiviti-aktiviti agama banyak diungkayahkan dengan tujuan
memupuk nilai-nilai murni selain merapatkan hubungan di antara
anggota masyarakat dan ahli jawatan kuasa masjid.
Melalui Khutbah jumaat yang banyak menyentuh hal ehwal
semasa yang membimbangkan seperti jenayah, pengharaman
arak, nilai moral anak-anak muda, bahaya riba dan sebagainya.