SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 14
EPPE6264 EKONOMI BURUH LANJUTAN
SESI 2013/2014 SEM 1
TAJUK:
Kesan Perbezaan Kategori Pekerjaan Terhadap Kadar Pendapatan
Pekerja Di Selangor Dan W.P Kuala Lumpur
PENSYARAH: Prof. Madya. Dr. Zulkifli Osman
Nur Hidayah Binti Ramli (P65809)
Abstrak
Terdapat banyak faktor yang menentukan tingkat upah pekerja seperti modal manusia khususnya
pencapaian pendidikan, pengalaman dan latihan, faktor demografi dan sektor pekerjaan. Tujuan
utama kajian ini adalah untuk mengkaji dan menganalisis kesan perbezaan upah mengikut
kemahiran bagi pekerja-pekerja dalam sektor swasta negeri Selangor dan wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, di Semenanjung Malaysia yang dijalankan melalui kerja lapangan terhadap 161
responden. Model Mincer digunakan dalam kajian ini untuk meninjau sejauhmana kemahiran
pekerja swasta akan memberi kesan kepada perbezaan upah. hasil kajian ini menunjukkan
pemboleh ubah modal manusia memainkan peranan utama dalam menentukan tingkat dan
perbezaan upah mengikut kemahiran Hasil kajian ini juga penting untuk melihat pencapaian atau
status perkembangan sektor swasta negara dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang
strategik, berguna dan bersesuaian serta terbaik bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan
yang dapat meningkatkan kadar pulangan pendidikan atau pendapatan masyarakat di masa akan
datang.
Pendahuluan
Dewasa ini, dilihat perkembagan dalam teknologi secara tidak langsung akan mempengaruhi
perubahan struktur industri di Malaysia. Perubahan ini telah mengubah struktur permintaan
tenaga buruh berkaitan dengan kategori pekerjaan, pekerja sambilan,gender. Oleh itu pekerja
yang berada dalam kategori pekerja kurang berkemahiran adalah pekerja yang lebih terdedah
kepada risiko. Hal ini kerana perubahan dalam pasaran buruh, pekerja yang memiliki kemahiran
khusus yang diperlukan oleh syarikat atau firma adalah telah selamat, kerana mendapat
keutamaan firma. Hal ini secara tidak langsung akan mendorong kepada peningkatan dalam
perbezaan upah.
Sememangnya isu perbezaan upah merupakan satu isu yang penting dalam pasaran buruh.
Perubahan dalam perbezaan upah akibat daripada perubahan teknologi ini yang berlaku secara
pantas telah menyebabkan berlaku perubahan dalam upah relatif. Perubahan ini secara tidak
langsung akan menjejaskan dalam keseimbangan penawaran dan permintaan buruh di Malaysia.
Seperti di malaysia, pendapatan isirumah merupakan pendapatan buruh seperti upah,elaun,kerja
lebih masa dan lain-lain. Oleh itu perbezaan upah sememangnya akan menyebabkan berlaku
perbezaan dalam agihan pendapatan isirumah di Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang
mendorong kepada perbezaan upah pekerja antaranya lokasi kerja,jantina, tahap pendidikan,
pengalaman, kemahiran dan lain-lain lagi.
Namun begitu kajian ini menumpukan kesan kemahiran kepada perbezaan pendapatan individu.
Hal ini kerana perkembagan dalam ekonomi Malaysia yang seiring dengan perkembangan
teknologi. Perkembagan dalam sektor swata di dalam negara menyebabkan golongan pekerja
dari tenaga mahir dan tenaga kurang mahir dalam pekerjaan menjadi semakin rumit dan spesifik.
Selain Malaysia negara masih lagi menghadap kekurangan tenaga pekerja mahir dalam bidang
kritikal seperti jurutera, dan doktor. Umumnya, permintaan terhadap pekerja profesional dan
pekerja mahir terus meningkat dari masa ke semasa, namun jumlah mereka yang mempunyai
kemahiran khusus adalah terhad. Oleh yang demikian tahap pendidikan yang sama boleh
membawa kepada penerimaan upah yang berbeza dalam kalangan individu, sekiranya kemahiran
khusus berbeza.
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis faktor penentu tingkat upah pekerja mengikut jenis
pekerjaan di Malaysia. Seterusnya, artikel ini akan mengenal pasti faktor penentu perbezaan
upah yang berlaku mengikut kemahiran dan melihat sejauhmana diskriminasi pasaran
memainkan peranan. Secara umumnya, jenis pekerjaan dapat dikategorikan kepada dua jenis
yang utama, iaitu pekerja mahir atau pekerja peringkat tinggidan pekerja tidak mahir. Pekerja
mahir termasuk dalam kategori mereka yang mempunyai kelulusan peringkat diploma ke atas
iaitu peringkat profesional. Pekerja mahir ini juga boleh didefinisikan sebagai mereka yang telah
menerima segala latihan formal yang difikirkan perlu oleh firma. Dengan kata lain, firma telah
memberi latihan perlu dari segi proses pengeluaran dan pengendalian peralatan yang secukupnya
kepada pekerja ini. Mereka juga dikategorikan sebagai pekerja yang berpengetahuan(Malaysia,
2006). pekerja tidak mahir terdiri daripada pekerja yang hanya berkelulusan darjah enam ke
bawah dan juga terdapat sebilangan golongan pekerja yang tidak mempunyai apa-apa kelulusan.
Golongan ini juga masih belum mendapat sebarang latihan formal daripada firma tempat mereka
bekerja.
Kajian lepas
Kajian yang telah dijalakan oleh pengkaji-pengkaji di negara barat telah mengemukan beberapa
teori ekonomi yang menjelaskan hubungan tahap dan perbezaan upah yang berlaku dalam
kalangan pekerja dalam sesebuah ekonomi. Pertama Adam Smith(1776) menjelaskan perbezaan
upah yang berlaku lebih didorong oleh faktor perbezaan dalam pekerjaan. Beliau menyatakan
lagi bahawa perubahan upah adalah mengikut kesesuaian dalam jenis pekerjaan dan seterusnya
akan seimbang. Ahli ekonomi neoklasik menyatakan bahawa dalam keadaan persaingan
sempurna pekerja adalah homogen dimana upah dibayar mengikut maginal produktiviti. Namun
begitu dalam realiti pekerjan adalah heterogen yang memiliki tahap pendidikan dan kemahiran
yang berbeza.
Terdapat tiga teori utama neoklasik yang menunjukan wujud perbezaan upah antara pekerja iaitu
modal manusia, teori kecekapan upah dan ”equalizing difference theory”. Becker(1964),
Schulz(1971) dan Mincer (1974) merupakan pengkaji teori modal manusia yang telah
menjalankan pelbagai kajian emperikal. Backer (1974) menjelaskan bahawa teori modal manusia
telah menbuktikan keluk agihan perolehan berbentuk terpencong, yang mana disebabkan oleh
perbezaan dalam tingkat pelaburan manusia mengikut individu. Pelaburan ke atas modal manusia
adalah lebih tinggi bagi mereka yangmempunyai kebolehan yang lebih tinggi berbanding mereka
yang mempunyai kebolehan yang lebih rendah.
Terdapat banyak kajian empikal yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas menunjukkan bahawa
upah pekerja mahir lebih tinggi daripada pekerja kurang mahir. Kajian Becker (1964) telah
mengaitkan tingkat upah dengan tahun persekolahan, iaitu peningkatan dalam pendidikan formal
mampu meningkatkan perolehan individu peningkatan produktiviti individu. Mincer (1974)
telah mengkaji penentu tingkat upah pelalui anggaran pulangan kepada faktor umur,
pedidikan,kualiti persekolahan, pengalaman kerja. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan
positif antara tahun bersekolah dan pengalaman kerja dengan tingkat pendapatan individu.
Brown, et al (1984) hasil kajian menunjukkan punca perbezaan upah disebabkan oleh jenis
pekerjaan dan tingkat percapaikan pendidikan. Dimana apabila berlaku keseimbangan dalam
pasaran buruh berlaku, oleh itu tingkat upah dan bilangan penawaran tenaga kerja akan dapat
diketahui. Namun telah diketahui ia tidak mudah berlaku dalam realiti sesebuah ekonomi yang
mana keperluan pasaran adalah tidak dapat dijangkakan. Kajian Jung et al (2000) telah
menggunakan model pemintaan dan penawaran buruh membuat analisis perubahan perbezaan
upah mengikut kemahiran selepas tahun 1980, hasilkan diperolehi menunjukkan wujud
perbezaan upah mengikut kemahiran di Korea Selatan yang menurun dari tahun 1980an hingga
1990an dan stabil selepas itu. Ini kerana peningkatan dan perkembangan dalam pendidikan.
Katz dan Murphy (1992) menunjukkan permintaan bagi pekerja yang berpendidikan tinggi jauh
mengatasi penawaran terhadapnya sejak awal 1980an. Keadaan ini telah menjadikan upah
kepada buruh berpendidikan tinggi meningkat secara konstan. Peningkatan ini disumbangkan
oleh pelbagai faktor termasuk teknologi dan perdagangan antarabangsa. Keadaan ini secara tak
langsung menunjukkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran tinggi telah meningkat.
Rahmah (1987) hasil kajian menggunakan data Malaysian Family life survey telah menunjukkan
bahawa jenis pekerjaan professional dan teknikal,pentadbiran dan pengurusan mendapat
pulangan yang tinggi, selarh dengan pelaburan modal manusia. Kajian Lim (1978), pula
menunjukkan keperluan pendidikan adalah berbeza mengikut jenis pekerjaan.
Berdasarkan kepada pelbagai kajian, perbezaan upah mengikut kemahiran boleh diterangkan
menerusi dua faktor utama. Pertama adalah perubahan dalam penawaran buruh relatif melalui
pendidikan atau kemahiran (Levy & Murnane,1992; Katz, Loveman & Blanchflower, 1995;
Autor Katz, et al 1998). Kedua, permintaan buruh yang lebih berpendidikan dan berkemahiran
mengatasi permintaan buruh yang kurang berpendidikan dan kurang mahir kesan daripada
perubahan teknologi. Begitu juga bagi kajian yang telah dilakukan terhadap negara-negara
OECD bagi tahun 1970an sehingga awal 1990an telah membuktikan terdapat perbezaan yang
luas dalam upah antara buruh mahir dengan buruh tidak mahir.
Metodologi kajian
Kajian ini meggunakan kaedah kajian secara kaji selidik dan diedarkan kepada pekerja swasta di
negeri Selangor dan wilayah persekutuan. walaupun asal borang kajian yang diedarkan sebanyak
200 borang manun hanya 161 orang sahaja yang mengisi maklumat secara lengkap. Kaedah
statistik kajian ini telah menggunakan Model persekolahan yang dikembangkan oleh Schultz
(1960,1961), Backer (1962, 1964) dan Mincer(1970, 1972, 1974, 1976) untuk mengenalpasti
perbezaan upah yang diterima dengan oleh pekerja kategori pekerja mahir, dan kurang mahir.
Kaedah kajian menggunakan Anova menggunakan analisis OLS linear dan diskriptif .
secara umumnya model persekolahan Mincer adalah seperti dibawah
Persamaan 1 :
In Y = β0 + β1 (SCH) + β2 (EXP) + β3 (EXP)2
+ β4 GEN+ µ
Di mana,
Y = Pendapatan Bulanan Individu
SCH = Tahun Persekolahan
EXP = Pengalaman Kerja
EXP2 = Pengalaman Kerja Kuasa Dua
GEN = Jantina Responden
μ = Ralat rawak
Persamaan 2:
InY=β0+ β1 (SCH) + β2 (EXP) + β3 (EXP)2
+ β4 GEN + β5(DUMj.kerja) +µ
Y = Pendapatan Bulanan Individu
EXP = Pengalaman Kerja
EXP2
= Pengalaman Kerja Kuasa Dua
DUMj.kerja = Dami kategori pekerjaan (0 = lain-lain, 1 = pegawai kanan dan pengurusan,
profesional,juruteknik dan profesional bersekutu )
Pembolehubah pendapatan (Y) dikira berasaskan kepada pendapatan bulanan individu. Tahun
persekolahan(SCH) dikira dengan mengambilkira tempoh individu berada dalam sistem
pendidikan. Pengalaman kerja di kira dengan mengambil umur semasa ditolak dengan tahun
persekolahan dan jumlah tahun tidak bersekolah (6 tahun). Pengalaman kerja dikatakan dapat
meningkatkan produktiviti dan pendapatan. Maka, pembolehubah pengalaman kuasa dua
digunakan untuk melihat sama ada pendapatan individu terus meningkat dengan peningkatan
pengalaman atau sebaliknya.
Dalam model pengubahsuaian yang kedua ini, telah membuat penambahan pembolehubah bebas
iaitu kategori pekerjaan. Untuk melihat kesan perbezaan upah pembolehubah dummy
dibahagikan kepada dua peringkat iaitu kategori pekerjaan mahir dan pekerjaan tidak mahir.
Keputusan kajian
Jadual 1: Analisis diskriptif responden
perkara Bil Peratus
jantina
 Lelaki
79 49.1
 Perempuan
82 50.9
Jumlah 161 100.0
Kaum
 Melayu
125 77.6
 India
8 5.0
 Cina
28 17.4
Jumlah 161 100
Data-data telah diperolehi melalui kaji selidik ke atas 161 responden yang bekerja di sektor
swasta di negeri Selangor dan wilayah persekutuan Semenanjung Malaysia yang menunjukkan
jumlah responden terdiri daripada 82 orang wanita iaitu 50.9% dan lelaki seramai 79 orang
merangkumi 49.1%. kategori etnik pula didapati etnik melayu adalah seramai 125orang(77.6%),
etnik Cina 28 orang(17.4%) dan India 8orang(5.0%).
Jadual 2: Analisis Ordinal Least Square(OLS).
P/Ubah Koefisien Nilai t
Konstan 5.210 24.442
Pengalaman kerja 0.054 5.538
Pengalaman kerja kuasa dua -0.001 -3.047
Dum jantina 0.169 3.306
Tahun Bersekolah 0.149 11.105
R2
0.489
F 37.263
N 161
In Y = 5.210 + 0.149SCH + 0.199GEN+ 0.054EXP -0.001EXP2
Berdasarkan kepada hasil regresi bagi model 1 di atas, nilai R2
adalah 0.489 yang menunjukkan
sebanyak 48.9 peratus variasi dalam pembolehubah bersandar iaitu log Pendapatan dapat di
terangkan oleh pembolehubah tak bersandar. Keseluruhan regresi ini menunjukkan hubungan
yang signifikan apabila nilai F statistik lebih besar daripada aras keertian 1 peratus.
Pembolehubah tahun bersekolah menunjukkan hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi
upah. Keputusan anggaran menunjukkan tambahan satu peratus dalam tahun persekolahan akan
meninggkatkan kadar upah sebanyak 16.07 peratus. Begitu juga bagi pembolehubah pengalaman
yang positif dan signifikan. Ini menunjukkan bahawa bagi setiap tambahan setahun pengalaman
akan menghasilkan peningkatan upah sebanyak 5.55 peratus. Tanda negatif bagi pengalaman
kerja kuasa dua menunjukkan peningkatan pengalaman tidak menghasilkan tambahan
pendapatan secara berterusan, sebaliknya ia tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang.
Pendapatan individu tidak meningkat berterusan mengikut peningkatan pengalaman kerja. Bagi
pembolehubah dumi jantina individu didapati ia adalah positif yang bermaksud lelaki mendapat
pendapatan lebih daripada wanita sebanyak 18.4 peratus.
Jadual 3: model kesan
P/Ubah Koefisien Nilai t
Konstan 5.380*** 26.093
Tahun bersekolah 0.134*** 10.095
Pengalaman kerja 0.051*** 5.543
Pengalaman kerja kuasa dua -0.001** -2.960
Dumjantina 0.143** 2.917
Dumi. J.kerja 0.228*** 4.201
R2
0.541
F 36.523
N 161
InY=5.380+ 0.134SCH + 0.051EXP – 0.001EXP2
+ 0.143 GEN + 0.228DUMj.kerja +µ
Berdasarkan kepada hasil regresi bagi model 1 di atas, nilai R2
adalah 0.541 yang menunjukkan
sebanyak 54.1 peratus variasi dalam pembolehubah bersandar iaitu log Pendapatan dapat di
terangkan oleh pembolehubah tak bersandar. Keseluruhan regresi ini menunjukkan hubungan
yang signifikan apabila nilai F statistik lebih besar daripada aras keertian 1 peratus.
Pembolehubah tahun bersekolah menunjukkan hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi
upah. Keputusan anggaran menunjukkan tambahan satu peratus dalam tahun persekolahan akan
meninggkatkan kadar upah sebanyak 14.34 peratus. Begitu juga bagi pembolehubah pengalaman
yang positif dan signifikan. Ini menunjukkan bahawa bagi setiap tambahan setahun pengalaman
akan menghasilkan peningkatan upah sebanyak 5.2 peratus. Tanda negatif bagi pengalaman kerja
kuasa dua menunjukkan peningkatan pengalaman tidak menghasilkan tambahan pendapatan
secara berterusan, sebaliknya ia tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang.
Pendapatan individu tidak meningkat berterusan mengikut peningkatan pengalaman kerja. Bagi
pembolehubah dumi jantina individu didapati ia adalah positif yang bermaksud lelaki mendapat
pendapatan lebih daripada wanita sebanyak 15.5 peratus. Bagi pembolehubah tambahan model
dua dumi kategori pekerjaan individu didapati ia adalah positif yang bermaksud pekerja
mahir/profesional mendapat pendapatan lebih daripada kurang mahir/ non-profesional sebanyak
25.61 peratus.
Kesimpulan
Analisis dalam artikel ini menunjukkan perbezaan upah berlaku mengikut kemahiran.
Pembolehubah modal manusia terutamanya tahun bersekolah, pengalaman dan latihan
memainkan peranan yang penting dalam menentukan tingkat dan perbezaan upah pekerja dalam
sampel kajian. Keputusan daripada pengiraan model pengasingan upah menunjukkan. perbezaan
upah antara pekerja mahir dan kurang mahir. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa tingkat
dan perbezaan upah amat dipengaruhi oleh pembolehubah modal manusia. Oleh itu, pelaburan
modal manusia perlu dipertingkatkan dalam kalangan pekerja.
Ini selaras dengan strategi kerajaan yang meletakkan pengetahuan sebagai kunci pertumbuhan
ekonomi negara. Dari sudut permintaan buruh pula, semua sektor dalam ekonomi perlu
mengenal pasti perspektif baru operasi industri dengan mengambil kira pengetahuan sebagai
pendorong pertumbuhan, iaitu dengan meningkatkan penggunaan teknologi tinggi serta
menyediakan kemudahan latihan kepada pekerja. Ini selain daripada meningkatkan produktiviti
dan kecekapan pekerja, sekaligus dapat merapatkan jurang perbezaan upah yang wujud.
Kesimpulannya, perbezaan upah buruh merupakan isu penting dalam pasaran buruh. Perbezaan
upah buruh terutamanya dalam kategori pekerjaan yang sama mestilah diminimumkan.
Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah diperolehi, langkah penting dalam mengurangkan
perbezaan upah buruh adalah melalui pengurangan perbezaan pencapaian pendidikan. Tahap
pendidikan pekerja perlu ditingkatkan secara seimbang dan ini selaras dengan proses
pembangunan ekonomi yang menuntut kepada pertambahan lebih ramai golongan yang
berkemahiran, khususnya yang berpendidikan tinggi. Dalam masa yang sama keseimbangan
dalam pencapaian pendidikan dalam kalangan pekerja boleh menyumbang kepada kesetaraan
upah mengikut pelbagai dimensi termasuklah mengikut kemahiran. Selain itu, amalan
diskriminasi majikan terhadap pekerja perlu diminimumkan melalui campur tangan kerajaan
yang lebih tinggi dalam meletakkan kadar upah pekerja terutamanya di sektor swasta.
Pengenalan kepada sistem upah mínimum boleh mengurangkan masalah perbezaan upah.
Rujukan
Al-Samarrai, S. 2007. Changes in Employment in Bangladesh, 2000-2005: The Impacts on Poverty and
Gender Equity.
Asadullah, M. 2005. Returns to Education in Bangladesh. QEH working Paper Series. Number 130,
Oxford.
Arrow, K., 1973. The Theory of Discrimination. In: Ashenfelter, O. and Rees, A., Editors, 1973.
Discrimination In labor Market Princeton Univ. Press, Princeton, NJ. 3-33.
Becker, Gary S. 1964. Human Capital : A theoretical and Empirical Analysis, With Special Reference to
Education. New York: Columbia University Press.
Brown, J. N. et al. 1984. Taxation, Wage Variation, and Job Choice. National Bureau of economic
research. Working Paper No. 1284.
Katz, L., and K. Murphy. 1992. Changes in RelativeWages, 1963-1987: Supply and Demand Factors.
Quarterly Journal of Economics. 107(1): 35-78.
Katz, et al. 1998. Computing Inequality: Have Computers Changed The Labor Market. Quarterly.
Quarterly Journal of Economics 113(4): 1169-1213
Krugman, P. 1994. Past and Prospective Causes of High Unemployment, Proceedings, Federal Reserve
Bank of Kansas City, issue Jan. 49-98.
Lim, C. Y. 1978. Economics and Current Affairs, Vol. I (In English and Chinese), Sin Chew Jit Poh.
Mincer, J. 1974. Schooling, Experience and Earnings. New York: National Bureau of Economic Research
Rahmah Ismail. 2003. Penentu Perbezaan Pendapatan Buruh Mengikut Kemahiran Dalam Industri
Pembuatan di Malaysia. Journal Of Economics an Management 13: 119-137.
Smith A. 1776. The Wealth of Nations. The modern library 1973 Random House, Inc.
Variables Entered/Removeda
Model Variables Entered Variables
Removed
Method
1
Jantina
responden, EXP,
YS, EXP2b
. Enter
a. Dependent Variable: log_wage1
b. All requested variables entered.
Model Summaryb
Model R R Square Adjusted R
Square
Std. Error of the
Estimate
Change Statistics
R Square Change F Change df1 d
1 .699a
.489 .475 .31053 .489 37.263 4
a. Predictors: (Constant), Jantina responden, EXP, YS, EXP2
b. Dependent Variable: log_wage1
Coefficientsa
Model Unstandardized Coefficients Standardized
Coefficients
t Sig.
B Std. Error Beta
1
(Constant) 5.210 .213 24.442 .000
YS .149 .013 .836 11.105 .000
EXP .054 .010 1.205 5.538 .000
EXP2 -.001 .000 -.672 -3.047 .003
Jantina responden .169 .051 .197 3.306 .001
Variables Entered/Removeda
Model Variables Entered Variables
Removed
Method
1
Jantina
responden,
K.kerja, EXP, YS,
EXP2b
. Enter
a. Dependent Variable: log_wage1
b. All requested variables entered.
Model Summaryb
Model R R Square Adjusted R
Square
Std. Error of the
Estimate
Change Statistics
R Square Change F Change df1 d
1 .735a
.541 .526 .29518 .541 36.523 5
a. Predictors: (Constant), Jantina responden, K.kerja, EXP, YS, EXP2
b. Dependent Variable: log_wage1
ANOVAa
Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.
1
Regression 15.911 5 3.182 36.523 .000b
Residual 13.505 155 .087
Total 29.416 160
a. Dependent Variable: log_wage1
b. Predictors: (Constant), Jantina responden, K.kerja, EXP, YS, EXP2
Coefficientsa
Model Unstandardized Coefficients Standardized
Coefficients
t Sig.
B Std. Error Beta
1
(Constant) 5.380 .207 26.039 .000
YS .134 .013 .751 10.095 .000
EXP .051 .009 1.149 5.543 .000
EXP2 -.001 .000 -.621 -2.960 .004
K.kerja .228 .054 .242 4.201 .000
Jantina responden .143 .049 .167 2.917 .004
a. Dependent Variable: log_wage1

Weitere ähnliche Inhalte

Andere mochten auch (6)

KERTAS KERJA PERSEORANGAN (KKP) RENCANA KERJA PENINGKATAN KINERJA PENCAP...
KERTAS KERJA PERSEORANGAN  (KKP)   RENCANA KERJA PENINGKATAN  KINERJA  PENCAP...KERTAS KERJA PERSEORANGAN  (KKP)   RENCANA KERJA PENINGKATAN  KINERJA  PENCAP...
KERTAS KERJA PERSEORANGAN (KKP) RENCANA KERJA PENINGKATAN KINERJA PENCAP...
 
Stpm2013 ulangan
Stpm2013 ulanganStpm2013 ulangan
Stpm2013 ulangan
 
Ekonomi asas f4 unit 5 - Pasaran
Ekonomi asas f4 unit 5 - PasaranEkonomi asas f4 unit 5 - Pasaran
Ekonomi asas f4 unit 5 - Pasaran
 
Ekonomi STPM penggal 3 bab 1
Ekonomi STPM penggal 3 bab 1Ekonomi STPM penggal 3 bab 1
Ekonomi STPM penggal 3 bab 1
 
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalEkonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerja
 

Ähnlich wie Kertas kerja buruh (6)

Literarture review afzan
Literarture review afzanLiterarture review afzan
Literarture review afzan
 
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
Ebook kajian analisiskeperluanprogramdiplomapengurusanperhidmatanmakanandipol...
 
Tahap burnout dan_kepuasan_kerja
Tahap burnout dan_kepuasan_kerjaTahap burnout dan_kepuasan_kerja
Tahap burnout dan_kepuasan_kerja
 
Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1
 
Rethinking Rewards Overview
Rethinking Rewards OverviewRethinking Rewards Overview
Rethinking Rewards Overview
 
Pbs ekonomi fazrul
Pbs ekonomi fazrulPbs ekonomi fazrul
Pbs ekonomi fazrul
 

Mehr von pelangi sepi

Mehr von pelangi sepi (8)

panel data simple
panel data simple panel data simple
panel data simple
 
GARCH
GARCHGARCH
GARCH
 
Capsicum sell enterprise (CSE)
Capsicum sell enterprise (CSE)Capsicum sell enterprise (CSE)
Capsicum sell enterprise (CSE)
 
Macroeconomic 3 economic growth
Macroeconomic 3 economic growthMacroeconomic 3 economic growth
Macroeconomic 3 economic growth
 
Sectoral bias of malaysia's export
Sectoral bias of malaysia's exportSectoral bias of malaysia's export
Sectoral bias of malaysia's export
 
GST
GSTGST
GST
 
Agropolitan
AgropolitanAgropolitan
Agropolitan
 
Malthus
Malthus Malthus
Malthus
 

Kertas kerja buruh

  • 1. EPPE6264 EKONOMI BURUH LANJUTAN SESI 2013/2014 SEM 1 TAJUK: Kesan Perbezaan Kategori Pekerjaan Terhadap Kadar Pendapatan Pekerja Di Selangor Dan W.P Kuala Lumpur PENSYARAH: Prof. Madya. Dr. Zulkifli Osman Nur Hidayah Binti Ramli (P65809)
  • 2. Abstrak Terdapat banyak faktor yang menentukan tingkat upah pekerja seperti modal manusia khususnya pencapaian pendidikan, pengalaman dan latihan, faktor demografi dan sektor pekerjaan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji dan menganalisis kesan perbezaan upah mengikut kemahiran bagi pekerja-pekerja dalam sektor swasta negeri Selangor dan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Semenanjung Malaysia yang dijalankan melalui kerja lapangan terhadap 161 responden. Model Mincer digunakan dalam kajian ini untuk meninjau sejauhmana kemahiran pekerja swasta akan memberi kesan kepada perbezaan upah. hasil kajian ini menunjukkan pemboleh ubah modal manusia memainkan peranan utama dalam menentukan tingkat dan perbezaan upah mengikut kemahiran Hasil kajian ini juga penting untuk melihat pencapaian atau status perkembangan sektor swasta negara dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah yang strategik, berguna dan bersesuaian serta terbaik bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan yang dapat meningkatkan kadar pulangan pendidikan atau pendapatan masyarakat di masa akan datang.
  • 3. Pendahuluan Dewasa ini, dilihat perkembagan dalam teknologi secara tidak langsung akan mempengaruhi perubahan struktur industri di Malaysia. Perubahan ini telah mengubah struktur permintaan tenaga buruh berkaitan dengan kategori pekerjaan, pekerja sambilan,gender. Oleh itu pekerja yang berada dalam kategori pekerja kurang berkemahiran adalah pekerja yang lebih terdedah kepada risiko. Hal ini kerana perubahan dalam pasaran buruh, pekerja yang memiliki kemahiran khusus yang diperlukan oleh syarikat atau firma adalah telah selamat, kerana mendapat keutamaan firma. Hal ini secara tidak langsung akan mendorong kepada peningkatan dalam perbezaan upah. Sememangnya isu perbezaan upah merupakan satu isu yang penting dalam pasaran buruh. Perubahan dalam perbezaan upah akibat daripada perubahan teknologi ini yang berlaku secara pantas telah menyebabkan berlaku perubahan dalam upah relatif. Perubahan ini secara tidak langsung akan menjejaskan dalam keseimbangan penawaran dan permintaan buruh di Malaysia. Seperti di malaysia, pendapatan isirumah merupakan pendapatan buruh seperti upah,elaun,kerja lebih masa dan lain-lain. Oleh itu perbezaan upah sememangnya akan menyebabkan berlaku perbezaan dalam agihan pendapatan isirumah di Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada perbezaan upah pekerja antaranya lokasi kerja,jantina, tahap pendidikan, pengalaman, kemahiran dan lain-lain lagi. Namun begitu kajian ini menumpukan kesan kemahiran kepada perbezaan pendapatan individu. Hal ini kerana perkembagan dalam ekonomi Malaysia yang seiring dengan perkembangan teknologi. Perkembagan dalam sektor swata di dalam negara menyebabkan golongan pekerja dari tenaga mahir dan tenaga kurang mahir dalam pekerjaan menjadi semakin rumit dan spesifik. Selain Malaysia negara masih lagi menghadap kekurangan tenaga pekerja mahir dalam bidang kritikal seperti jurutera, dan doktor. Umumnya, permintaan terhadap pekerja profesional dan pekerja mahir terus meningkat dari masa ke semasa, namun jumlah mereka yang mempunyai kemahiran khusus adalah terhad. Oleh yang demikian tahap pendidikan yang sama boleh membawa kepada penerimaan upah yang berbeza dalam kalangan individu, sekiranya kemahiran khusus berbeza.
  • 4. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis faktor penentu tingkat upah pekerja mengikut jenis pekerjaan di Malaysia. Seterusnya, artikel ini akan mengenal pasti faktor penentu perbezaan upah yang berlaku mengikut kemahiran dan melihat sejauhmana diskriminasi pasaran memainkan peranan. Secara umumnya, jenis pekerjaan dapat dikategorikan kepada dua jenis yang utama, iaitu pekerja mahir atau pekerja peringkat tinggidan pekerja tidak mahir. Pekerja mahir termasuk dalam kategori mereka yang mempunyai kelulusan peringkat diploma ke atas iaitu peringkat profesional. Pekerja mahir ini juga boleh didefinisikan sebagai mereka yang telah menerima segala latihan formal yang difikirkan perlu oleh firma. Dengan kata lain, firma telah memberi latihan perlu dari segi proses pengeluaran dan pengendalian peralatan yang secukupnya kepada pekerja ini. Mereka juga dikategorikan sebagai pekerja yang berpengetahuan(Malaysia, 2006). pekerja tidak mahir terdiri daripada pekerja yang hanya berkelulusan darjah enam ke bawah dan juga terdapat sebilangan golongan pekerja yang tidak mempunyai apa-apa kelulusan. Golongan ini juga masih belum mendapat sebarang latihan formal daripada firma tempat mereka bekerja. Kajian lepas Kajian yang telah dijalakan oleh pengkaji-pengkaji di negara barat telah mengemukan beberapa teori ekonomi yang menjelaskan hubungan tahap dan perbezaan upah yang berlaku dalam kalangan pekerja dalam sesebuah ekonomi. Pertama Adam Smith(1776) menjelaskan perbezaan upah yang berlaku lebih didorong oleh faktor perbezaan dalam pekerjaan. Beliau menyatakan lagi bahawa perubahan upah adalah mengikut kesesuaian dalam jenis pekerjaan dan seterusnya akan seimbang. Ahli ekonomi neoklasik menyatakan bahawa dalam keadaan persaingan sempurna pekerja adalah homogen dimana upah dibayar mengikut maginal produktiviti. Namun begitu dalam realiti pekerjan adalah heterogen yang memiliki tahap pendidikan dan kemahiran yang berbeza. Terdapat tiga teori utama neoklasik yang menunjukan wujud perbezaan upah antara pekerja iaitu modal manusia, teori kecekapan upah dan ”equalizing difference theory”. Becker(1964), Schulz(1971) dan Mincer (1974) merupakan pengkaji teori modal manusia yang telah menjalankan pelbagai kajian emperikal. Backer (1974) menjelaskan bahawa teori modal manusia telah menbuktikan keluk agihan perolehan berbentuk terpencong, yang mana disebabkan oleh perbezaan dalam tingkat pelaburan manusia mengikut individu. Pelaburan ke atas modal manusia
  • 5. adalah lebih tinggi bagi mereka yangmempunyai kebolehan yang lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai kebolehan yang lebih rendah. Terdapat banyak kajian empikal yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas menunjukkan bahawa upah pekerja mahir lebih tinggi daripada pekerja kurang mahir. Kajian Becker (1964) telah mengaitkan tingkat upah dengan tahun persekolahan, iaitu peningkatan dalam pendidikan formal mampu meningkatkan perolehan individu peningkatan produktiviti individu. Mincer (1974) telah mengkaji penentu tingkat upah pelalui anggaran pulangan kepada faktor umur, pedidikan,kualiti persekolahan, pengalaman kerja. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara tahun bersekolah dan pengalaman kerja dengan tingkat pendapatan individu. Brown, et al (1984) hasil kajian menunjukkan punca perbezaan upah disebabkan oleh jenis pekerjaan dan tingkat percapaikan pendidikan. Dimana apabila berlaku keseimbangan dalam pasaran buruh berlaku, oleh itu tingkat upah dan bilangan penawaran tenaga kerja akan dapat diketahui. Namun telah diketahui ia tidak mudah berlaku dalam realiti sesebuah ekonomi yang mana keperluan pasaran adalah tidak dapat dijangkakan. Kajian Jung et al (2000) telah menggunakan model pemintaan dan penawaran buruh membuat analisis perubahan perbezaan upah mengikut kemahiran selepas tahun 1980, hasilkan diperolehi menunjukkan wujud perbezaan upah mengikut kemahiran di Korea Selatan yang menurun dari tahun 1980an hingga 1990an dan stabil selepas itu. Ini kerana peningkatan dan perkembangan dalam pendidikan. Katz dan Murphy (1992) menunjukkan permintaan bagi pekerja yang berpendidikan tinggi jauh mengatasi penawaran terhadapnya sejak awal 1980an. Keadaan ini telah menjadikan upah kepada buruh berpendidikan tinggi meningkat secara konstan. Peningkatan ini disumbangkan oleh pelbagai faktor termasuk teknologi dan perdagangan antarabangsa. Keadaan ini secara tak langsung menunjukkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran tinggi telah meningkat. Rahmah (1987) hasil kajian menggunakan data Malaysian Family life survey telah menunjukkan bahawa jenis pekerjaan professional dan teknikal,pentadbiran dan pengurusan mendapat pulangan yang tinggi, selarh dengan pelaburan modal manusia. Kajian Lim (1978), pula menunjukkan keperluan pendidikan adalah berbeza mengikut jenis pekerjaan.
  • 6. Berdasarkan kepada pelbagai kajian, perbezaan upah mengikut kemahiran boleh diterangkan menerusi dua faktor utama. Pertama adalah perubahan dalam penawaran buruh relatif melalui pendidikan atau kemahiran (Levy & Murnane,1992; Katz, Loveman & Blanchflower, 1995; Autor Katz, et al 1998). Kedua, permintaan buruh yang lebih berpendidikan dan berkemahiran mengatasi permintaan buruh yang kurang berpendidikan dan kurang mahir kesan daripada perubahan teknologi. Begitu juga bagi kajian yang telah dilakukan terhadap negara-negara OECD bagi tahun 1970an sehingga awal 1990an telah membuktikan terdapat perbezaan yang luas dalam upah antara buruh mahir dengan buruh tidak mahir. Metodologi kajian Kajian ini meggunakan kaedah kajian secara kaji selidik dan diedarkan kepada pekerja swasta di negeri Selangor dan wilayah persekutuan. walaupun asal borang kajian yang diedarkan sebanyak 200 borang manun hanya 161 orang sahaja yang mengisi maklumat secara lengkap. Kaedah statistik kajian ini telah menggunakan Model persekolahan yang dikembangkan oleh Schultz (1960,1961), Backer (1962, 1964) dan Mincer(1970, 1972, 1974, 1976) untuk mengenalpasti perbezaan upah yang diterima dengan oleh pekerja kategori pekerja mahir, dan kurang mahir. Kaedah kajian menggunakan Anova menggunakan analisis OLS linear dan diskriptif . secara umumnya model persekolahan Mincer adalah seperti dibawah Persamaan 1 : In Y = β0 + β1 (SCH) + β2 (EXP) + β3 (EXP)2 + β4 GEN+ µ Di mana, Y = Pendapatan Bulanan Individu SCH = Tahun Persekolahan EXP = Pengalaman Kerja EXP2 = Pengalaman Kerja Kuasa Dua GEN = Jantina Responden μ = Ralat rawak
  • 7. Persamaan 2: InY=β0+ β1 (SCH) + β2 (EXP) + β3 (EXP)2 + β4 GEN + β5(DUMj.kerja) +µ Y = Pendapatan Bulanan Individu EXP = Pengalaman Kerja EXP2 = Pengalaman Kerja Kuasa Dua DUMj.kerja = Dami kategori pekerjaan (0 = lain-lain, 1 = pegawai kanan dan pengurusan, profesional,juruteknik dan profesional bersekutu ) Pembolehubah pendapatan (Y) dikira berasaskan kepada pendapatan bulanan individu. Tahun persekolahan(SCH) dikira dengan mengambilkira tempoh individu berada dalam sistem pendidikan. Pengalaman kerja di kira dengan mengambil umur semasa ditolak dengan tahun persekolahan dan jumlah tahun tidak bersekolah (6 tahun). Pengalaman kerja dikatakan dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan. Maka, pembolehubah pengalaman kuasa dua digunakan untuk melihat sama ada pendapatan individu terus meningkat dengan peningkatan pengalaman atau sebaliknya. Dalam model pengubahsuaian yang kedua ini, telah membuat penambahan pembolehubah bebas iaitu kategori pekerjaan. Untuk melihat kesan perbezaan upah pembolehubah dummy dibahagikan kepada dua peringkat iaitu kategori pekerjaan mahir dan pekerjaan tidak mahir. Keputusan kajian Jadual 1: Analisis diskriptif responden perkara Bil Peratus jantina  Lelaki 79 49.1  Perempuan 82 50.9 Jumlah 161 100.0 Kaum  Melayu 125 77.6
  • 8.  India 8 5.0  Cina 28 17.4 Jumlah 161 100 Data-data telah diperolehi melalui kaji selidik ke atas 161 responden yang bekerja di sektor swasta di negeri Selangor dan wilayah persekutuan Semenanjung Malaysia yang menunjukkan jumlah responden terdiri daripada 82 orang wanita iaitu 50.9% dan lelaki seramai 79 orang merangkumi 49.1%. kategori etnik pula didapati etnik melayu adalah seramai 125orang(77.6%), etnik Cina 28 orang(17.4%) dan India 8orang(5.0%). Jadual 2: Analisis Ordinal Least Square(OLS). P/Ubah Koefisien Nilai t Konstan 5.210 24.442 Pengalaman kerja 0.054 5.538 Pengalaman kerja kuasa dua -0.001 -3.047 Dum jantina 0.169 3.306 Tahun Bersekolah 0.149 11.105 R2 0.489 F 37.263 N 161 In Y = 5.210 + 0.149SCH + 0.199GEN+ 0.054EXP -0.001EXP2 Berdasarkan kepada hasil regresi bagi model 1 di atas, nilai R2 adalah 0.489 yang menunjukkan sebanyak 48.9 peratus variasi dalam pembolehubah bersandar iaitu log Pendapatan dapat di terangkan oleh pembolehubah tak bersandar. Keseluruhan regresi ini menunjukkan hubungan yang signifikan apabila nilai F statistik lebih besar daripada aras keertian 1 peratus.
  • 9. Pembolehubah tahun bersekolah menunjukkan hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi upah. Keputusan anggaran menunjukkan tambahan satu peratus dalam tahun persekolahan akan meninggkatkan kadar upah sebanyak 16.07 peratus. Begitu juga bagi pembolehubah pengalaman yang positif dan signifikan. Ini menunjukkan bahawa bagi setiap tambahan setahun pengalaman akan menghasilkan peningkatan upah sebanyak 5.55 peratus. Tanda negatif bagi pengalaman kerja kuasa dua menunjukkan peningkatan pengalaman tidak menghasilkan tambahan pendapatan secara berterusan, sebaliknya ia tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang. Pendapatan individu tidak meningkat berterusan mengikut peningkatan pengalaman kerja. Bagi pembolehubah dumi jantina individu didapati ia adalah positif yang bermaksud lelaki mendapat pendapatan lebih daripada wanita sebanyak 18.4 peratus. Jadual 3: model kesan P/Ubah Koefisien Nilai t Konstan 5.380*** 26.093 Tahun bersekolah 0.134*** 10.095 Pengalaman kerja 0.051*** 5.543 Pengalaman kerja kuasa dua -0.001** -2.960 Dumjantina 0.143** 2.917 Dumi. J.kerja 0.228*** 4.201 R2 0.541 F 36.523 N 161
  • 10. InY=5.380+ 0.134SCH + 0.051EXP – 0.001EXP2 + 0.143 GEN + 0.228DUMj.kerja +µ Berdasarkan kepada hasil regresi bagi model 1 di atas, nilai R2 adalah 0.541 yang menunjukkan sebanyak 54.1 peratus variasi dalam pembolehubah bersandar iaitu log Pendapatan dapat di terangkan oleh pembolehubah tak bersandar. Keseluruhan regresi ini menunjukkan hubungan yang signifikan apabila nilai F statistik lebih besar daripada aras keertian 1 peratus. Pembolehubah tahun bersekolah menunjukkan hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi upah. Keputusan anggaran menunjukkan tambahan satu peratus dalam tahun persekolahan akan meninggkatkan kadar upah sebanyak 14.34 peratus. Begitu juga bagi pembolehubah pengalaman yang positif dan signifikan. Ini menunjukkan bahawa bagi setiap tambahan setahun pengalaman akan menghasilkan peningkatan upah sebanyak 5.2 peratus. Tanda negatif bagi pengalaman kerja kuasa dua menunjukkan peningkatan pengalaman tidak menghasilkan tambahan pendapatan secara berterusan, sebaliknya ia tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang. Pendapatan individu tidak meningkat berterusan mengikut peningkatan pengalaman kerja. Bagi pembolehubah dumi jantina individu didapati ia adalah positif yang bermaksud lelaki mendapat pendapatan lebih daripada wanita sebanyak 15.5 peratus. Bagi pembolehubah tambahan model dua dumi kategori pekerjaan individu didapati ia adalah positif yang bermaksud pekerja mahir/profesional mendapat pendapatan lebih daripada kurang mahir/ non-profesional sebanyak 25.61 peratus. Kesimpulan Analisis dalam artikel ini menunjukkan perbezaan upah berlaku mengikut kemahiran. Pembolehubah modal manusia terutamanya tahun bersekolah, pengalaman dan latihan memainkan peranan yang penting dalam menentukan tingkat dan perbezaan upah pekerja dalam sampel kajian. Keputusan daripada pengiraan model pengasingan upah menunjukkan. perbezaan upah antara pekerja mahir dan kurang mahir. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa tingkat dan perbezaan upah amat dipengaruhi oleh pembolehubah modal manusia. Oleh itu, pelaburan modal manusia perlu dipertingkatkan dalam kalangan pekerja.
  • 11. Ini selaras dengan strategi kerajaan yang meletakkan pengetahuan sebagai kunci pertumbuhan ekonomi negara. Dari sudut permintaan buruh pula, semua sektor dalam ekonomi perlu mengenal pasti perspektif baru operasi industri dengan mengambil kira pengetahuan sebagai pendorong pertumbuhan, iaitu dengan meningkatkan penggunaan teknologi tinggi serta menyediakan kemudahan latihan kepada pekerja. Ini selain daripada meningkatkan produktiviti dan kecekapan pekerja, sekaligus dapat merapatkan jurang perbezaan upah yang wujud. Kesimpulannya, perbezaan upah buruh merupakan isu penting dalam pasaran buruh. Perbezaan upah buruh terutamanya dalam kategori pekerjaan yang sama mestilah diminimumkan. Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah diperolehi, langkah penting dalam mengurangkan perbezaan upah buruh adalah melalui pengurangan perbezaan pencapaian pendidikan. Tahap pendidikan pekerja perlu ditingkatkan secara seimbang dan ini selaras dengan proses pembangunan ekonomi yang menuntut kepada pertambahan lebih ramai golongan yang berkemahiran, khususnya yang berpendidikan tinggi. Dalam masa yang sama keseimbangan dalam pencapaian pendidikan dalam kalangan pekerja boleh menyumbang kepada kesetaraan upah mengikut pelbagai dimensi termasuklah mengikut kemahiran. Selain itu, amalan diskriminasi majikan terhadap pekerja perlu diminimumkan melalui campur tangan kerajaan yang lebih tinggi dalam meletakkan kadar upah pekerja terutamanya di sektor swasta. Pengenalan kepada sistem upah mínimum boleh mengurangkan masalah perbezaan upah.
  • 12. Rujukan Al-Samarrai, S. 2007. Changes in Employment in Bangladesh, 2000-2005: The Impacts on Poverty and Gender Equity. Asadullah, M. 2005. Returns to Education in Bangladesh. QEH working Paper Series. Number 130, Oxford. Arrow, K., 1973. The Theory of Discrimination. In: Ashenfelter, O. and Rees, A., Editors, 1973. Discrimination In labor Market Princeton Univ. Press, Princeton, NJ. 3-33. Becker, Gary S. 1964. Human Capital : A theoretical and Empirical Analysis, With Special Reference to Education. New York: Columbia University Press. Brown, J. N. et al. 1984. Taxation, Wage Variation, and Job Choice. National Bureau of economic research. Working Paper No. 1284. Katz, L., and K. Murphy. 1992. Changes in RelativeWages, 1963-1987: Supply and Demand Factors. Quarterly Journal of Economics. 107(1): 35-78. Katz, et al. 1998. Computing Inequality: Have Computers Changed The Labor Market. Quarterly. Quarterly Journal of Economics 113(4): 1169-1213 Krugman, P. 1994. Past and Prospective Causes of High Unemployment, Proceedings, Federal Reserve Bank of Kansas City, issue Jan. 49-98. Lim, C. Y. 1978. Economics and Current Affairs, Vol. I (In English and Chinese), Sin Chew Jit Poh. Mincer, J. 1974. Schooling, Experience and Earnings. New York: National Bureau of Economic Research Rahmah Ismail. 2003. Penentu Perbezaan Pendapatan Buruh Mengikut Kemahiran Dalam Industri Pembuatan di Malaysia. Journal Of Economics an Management 13: 119-137. Smith A. 1776. The Wealth of Nations. The modern library 1973 Random House, Inc.
  • 13. Variables Entered/Removeda Model Variables Entered Variables Removed Method 1 Jantina responden, EXP, YS, EXP2b . Enter a. Dependent Variable: log_wage1 b. All requested variables entered. Model Summaryb Model R R Square Adjusted R Square Std. Error of the Estimate Change Statistics R Square Change F Change df1 d 1 .699a .489 .475 .31053 .489 37.263 4 a. Predictors: (Constant), Jantina responden, EXP, YS, EXP2 b. Dependent Variable: log_wage1 Coefficientsa Model Unstandardized Coefficients Standardized Coefficients t Sig. B Std. Error Beta 1 (Constant) 5.210 .213 24.442 .000 YS .149 .013 .836 11.105 .000 EXP .054 .010 1.205 5.538 .000 EXP2 -.001 .000 -.672 -3.047 .003 Jantina responden .169 .051 .197 3.306 .001 Variables Entered/Removeda Model Variables Entered Variables Removed Method 1 Jantina responden, K.kerja, EXP, YS, EXP2b . Enter a. Dependent Variable: log_wage1 b. All requested variables entered.
  • 14. Model Summaryb Model R R Square Adjusted R Square Std. Error of the Estimate Change Statistics R Square Change F Change df1 d 1 .735a .541 .526 .29518 .541 36.523 5 a. Predictors: (Constant), Jantina responden, K.kerja, EXP, YS, EXP2 b. Dependent Variable: log_wage1 ANOVAa Model Sum of Squares df Mean Square F Sig. 1 Regression 15.911 5 3.182 36.523 .000b Residual 13.505 155 .087 Total 29.416 160 a. Dependent Variable: log_wage1 b. Predictors: (Constant), Jantina responden, K.kerja, EXP, YS, EXP2 Coefficientsa Model Unstandardized Coefficients Standardized Coefficients t Sig. B Std. Error Beta 1 (Constant) 5.380 .207 26.039 .000 YS .134 .013 .751 10.095 .000 EXP .051 .009 1.149 5.543 .000 EXP2 -.001 .000 -.621 -2.960 .004 K.kerja .228 .054 .242 4.201 .000 Jantina responden .143 .049 .167 2.917 .004 a. Dependent Variable: log_wage1