Weitere ähnliche Inhalte
Ähnlich wie Contoh Minit Mesyuarat Panitia BM Kali Pertama (20)
Contoh Minit Mesyuarat Panitia BM Kali Pertama
- 1. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK 07/3
PANITIA BAHASA MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN MURNI JAYA
81850 LAYANG-LAYANG, JOHOR.
MINIT MESYUARAT BILANGAN PERTAMA /TAHUN 2014
Hari /Tarikh : KHAMIS, 9 JANUARI 2014
Masa : 1.30 PETANG
Tempat : BILIK MESYUARAT SK MURNI JAYA
Pengerusi : ENCIK NOR RISAM BIN HAJI KAMARI
Kehadiran(Bilangan) : 6 ORANG
Turut Hadir (Jika ada) : -
1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI.
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan guru-guru Bahasa Malaysia.
1.2 Berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar agar dapat memantapkan
pengurusan dan program-program yang dirancang.
1.3 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru Bahasa Malaysia kerana hasil kerja keras
pencapaian Bahasa Malaysia tahun 2013 mencecah 100% bagi kedua-dua kertas
dengan pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran yang amat membanggakan.
Syabas diucapkan.
1.4 Mengucapkan terima kasih kepada Encik Darisham Bin Che Mat yang telah
membantu menjayakan program panitia sepanjang Tahun 2014. Encik Darisham
telah berpindah ke SK Senai, Kulai Johor. Semoga beliau akan terus berjaya.
1.5 Menyarankan agar guru-guru Bahasa Malaysia akan dapat bekerja lebih keras
untuk mencapai Visi dan Misi sekaligus dapat mencapai sasaran yang telah
ditetapkan.
Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia
2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.
2.1. Dibentang oleh Cik Rashidah Binti Bachok.
Dicadang untuk disahkan oleh Encik Maizan Bin Mohamad.
Disokong untuk pengesahan oleh Tuan Haji Othman Bin Haji Mohd. Kutty.
- 2. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
3 PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada perkara berbangkit.
Tindakan :
4 PERBINCANGAN ISU SEMASA :
4.1. Penulisan Buku Rekod Mengajar
4.1.1. Pengerusi mengingatkan dan menegaskan tentang akta berkenaan
Penulisan Buku Rancangan Mengajar.
4.1.2. Pengerusi juga mengingatkan guru-guru perkara yang mesti lengkapkan di
dalam buku rekod mengajar bertepatan dengan akta di bawah :
Mengikut peruntukan akta Pendidikan (Akta 1996 : PU(A) 531,
Per 7,8,9,)
PU(A) 531 Per. 7 : Sukatan terkini / Huraian Sukatan Pelajaran /
Rancangan Mengajar dan mempunyai senarai nama murid dalam
satu kelas.
PU(A) Per. 8 : Guru hendaklah menyimpan dan mengguna BRMG.
Peraturan 11 (1) : Guru hendaklah mengajar mengikut sukatan yang
diluluskan.
Format Rancangan harian adalah seperti berikut :
Penulisan RPH hendaklah mengandungi :
Rujuk lampiran contoh penulisan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) Tahun 1 - 6.
Penulisan RPH PKJR hendaklah mengandungi :
Rujuk lampiran contoh penulisan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) PKJR. Untuk guru-guru yang mengajar KSSR (Tahun 1
hingga Tahun 4) penulisan RPH masih mengikut kit paduan guru
iaitu masih mengekalkan FU dan FS.
Penalti pelanggaran peraturan 7-8 : RM500.00.
Penalti pelanggaran Peraturan 11(1) : RM5000.00
4.1.3. PLAN-J Bahasa Malaysia Tahap 2 tetap diteruskan. Guru bahasa diminta
untuk melaksanakannya dan merujuk contoh yang telah dibekalkan.
Tindakan : Makluman.
4.2. Sukatan Pelajaran (SP), Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), Kurikulum
Standard Sekolah Rendah, Dokumen Standard Prestasi (DSP), Dokumen
Standard Prestasi dan Pentaksiran (DSKP) dan Rancangan Pelajaran
Tahunan (RPT)
4.2.1. Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Prestasi
(DSP), Dokumen Standard Prestasi dan Pentaksiran (DSKP) dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) hendaklah difailkan manakala
- 3. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) boleh difailkan, ditampal atau ditulis
dalam Buku Rekod Mengajar.
4.2.2. Panitia telah mewujudkan fail untuk tujuan tersebut. Semua Sukatan
Pelajaran (SP), HSP dan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) telah
dimasukkan ke dalam fail sebagai rujukan guru-guru.
4.2.3. Guru-guru yang telah meminjam Sukatan Pelajaran (SP), Huraian Sukatan
Pelajaran (HSP) dan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah
memulangkan semula ke fail panitia.
4.2.4. RPT hendaklah mengandungi minggu dan tarikh pelaksanaan. Sila letakkan
nota di bahagian catatan sekiranya terdapat sebarang cuti umum atau
aktiviti di sekolah berdasarkan takwim sekolah yang terkandung dalam Buku
Pengurusan Sekolah.
Tindakan : Makluman.
4.3. Pengurusan Fail
4.3.1. Sistem fail masih mengekalkan format yang lepas (1 Fail Induk – Fail
Lembut dan 6 Fail Keras).
4.3.2. Kod fail :
JBA8021/600-3/3/1 - Fail Induk
JBA8021/600-3/3/1-1 - Sukatan Pelajaran
JBA8021/600-3/3/1-2 - Program Kecemerlangan
JBA8021/600-3/3/1-3 - Pentaksiran dan Penilaian
JBA8021/600-3/3/1-4 - Penyeliaan
JBA8021/600-3/3/1-5 - Pemeriksaan Buku Rampaian
JBA8021/600-3/3/1-6 - Maklumat Guru Mata Pelajaran
4.3.3. Guru-guru dikehendaki melengkap butir peribadi diri dan memasukkan
maklumat tersebut dalam fail.
Tindakan : Makluman.
4.4. Melantik AJK Panitia Bahasa Malaysia 2014 dan Mempekenalkan Guru-Guru
Bahasa Malaysia 2014
4.4.1. AJK Panitia Bahasa Malaysia 2014
Penaung : Encik. Mohd. Ali Bin Mohmmad (Guru Besar, SKMJ)
Penasihat : Tuan Haji Osman Bin Haji Mohd. Kutty (GPK 1, SKMJ)
Pengerusi : Encik Nor Risam Bin Haji Kamari
Setiausaha : Cik Rasidah Binti Bachok
AJK : Encik Maizan Bin Mohammad – Guru Pemulihan
: Encik Abdul Hamid Bin Ahmad
4.4.2. Guru Bahasa Malaysia 2014
Penyelaras Linus : Encik Maizan Bin Mohammad
Penyelaras Protim : Encik Nor Risam Bin Haji Kamari
Pemulihan : Encik Maizan Bin Mohamad
Tahun 4 & 6 : Encik Nor Risam Bin Hj. Kamari
Tahun 1 & 2 : Cik Rashidah Binti Bachok
Tahun 3 : Encik Abdul Hamid Bin Ahmad
Tahun 5 : Tuan Haji Osman Bin Haji Mohd. Kutty
Tindakan : Makluman.
- 4. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
4.5. Kewangan Anggaran Belanja Mengurus Panitia
4.5.1. Budjet yang diperuntukkan untuk Panita Bahasa Malaysia pada tahun ini
adalah sama seperti tahun-tahun lepas (lebih kurang RM500.00).
4.5.2. Guru-guru yang hendak membeli ABM atau BBM untuk memudahkan
proses P&P dikehendaki mengisi nota minta yang boleh didapati di pejabat
dan mestilah melalui Ketua Panitia.
4.5.3. Pembelian ABM untuk KSSR adalah diutamakan kerana KSSR telah
memasuki tahun keempat pada tahun ini.
Tindakan : Makluman.
4.6. Pencapaian UPSR 2013 dan Sasaran 2014
4.6.1. Mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu kerana
telah memberikan kerjasama sehingga Bahasa Melayu UPSR tahun lepas
mencatatkan keputusan yang cemerlang sekaligus menepati sasaran 100%
untuk kedua-dua kertas.
Tahun/
Kertas
PENCAPAIAN & SASARAN
2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
Kertas I (Pemahaman) 93% 100% 96.6% 96.7% 100% 100% 96.6% 100% 100%
Kertas II (Penulisan) 89% 100% 100% 96.9% 100% 100% 93.3% 100% 100%
SUBJEK 011- KERTAS 1 (PEMAHAMAN) 012 - KERTAS 2 (PENULISAN)
Jum. Calon 28 32 22 27 31 28 28 32 22 27 31 28
Gred / Tahun 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2008 2009 2010 2011 2011 2013
A 18 18 11 14 15 17 15 20 8 16 10 13
% 64.29 56.25 50 51.90 48.38 60.71 53.57 62.50 36.4 59.30 32.26 46.43
B 3 8 6 7 6 5 9 8 10 10 16 11
% 10.71 25 27.3 25.90 19.34 17.86 32.14 25 45.5 37 51.61 39.29
C 6 5 4 6 8 6 4 3 4 1 2 4
% 21.43 15.63 18.2 22.20 25.8 21.43 14.29 9.38 18.2 3.70 6.45 14.29
A+B+C 27 31 21 27 30 28 28 31 22 27 29 28
% 96.43 96.88 95.5 100 96.6 100 100 96.88 100 100 93.3 100
D 1 0 1 0 1 0 0 1 0 0 0 0
% 3.57 0 4.5 0 3.2 0 0 3.13 0 0 0 0
E 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 2 0
% 0 3.13 0 0 0 0 0 0 0 0 6.45 0
D+E 1 1 1 0 1 0 0 1 0 0 2 0
% 3.57 3.13 4.5 0 3.2 0 0 3.13 0 0 6.45 0
- 5. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
2012 2013 SASARAN 2014
GPMP (Sekolah) & % GPMP (Sekolah) & % GPMP (Sekolah) & %
BM Pemahaman 96.6 % - 1.83 100 % - 1.61 100 % - 1.32
BM Penulisan 93.3 % - 1.93 100 % - 1.68 100 % - 1.39
Sasaran Bahasa Melayu (Pemahaman) UPSR 2014
Calon
daftar
Calon
ambil
Gred A Gred B Gred C Bil
Capai
ABC
% Capai
ABC
Gred D Gred E Bil
TH
GPMP
BIL A % BIL B % BIL C % BIL D % BIL E %
28 28 19 67.85 9 32.14 0 0 28 100 % 0 0 0 0 0 1.32
Sasaran Bahasa Melayu (Penulisan) UPSR 2014
Calon
daftar
Calon
ambil
Gred A Gred B Gred C Bil
Capai
ABC
% Capai
ABC
Gred D Gred E Bil
TH
GPMP
BIL A % BIL B % BIL C % BIL D % BIL E %
28 28 17 60.71 11 39.29 0 0 28 100 % 0 0 0 0 0 1.39
Tindakan : Makluman.
4.6.2. Bedah siasat PBS KSSR 2013
4.6.2.1. Tidak dapat dibentangkan kerana statistik tidak dapat dicetak melalui
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang tidak
boleh diakses. Justeru, dalam mesyuarat yang akan datang guru-guru
diminta untuk membentangkan secara manual.
Tindakan : Guru-guru Tahun 1 – Tahun 4.
4.7. Pelaksanaan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dan PBS KSSR
4.7.1. Mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Malaysia kerana
telah melaksanakan PLBS tahun lepas dengan jayanya.
Tindakan : Makluman.
4.7.2. Pelaksanaan PLBS akan dijalankan sebanyak 5 kali setahun. Tiga kali pada
penggal pertama dan dua kali pada penggal kedua.
Tindakan : Guru-guru Tahun 5 – Tahun 6.
4.7.3. Pentaksir akan dilantik dalam kalangan guru bahasa dan akan diberi fail
pentaksiran.
Tindakan : Guru-guru Tahun 5 – Tahun 6.
4.7.4. Setiap pentaksiran hedaklah dicatat dalam buku persediaan mengajar.
Tindakan : Guru-guru Tahun 5 – Tahun 6.
- 6. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
4.7.5. Markah hendaklah dimasukkan ke dalam sistem yang boleh diperoleh
daripada Ketua Panitia.
Tindakan : Guru-guru Tahun 5 – Tahun 6.
4.7.6. Murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 pula akan diuji melalui penilaian
PBS KSSR mengikut standard dan prosedur yang telah ditetapkan. Pada
tahun ini KSSR telah masuk Tahun ke-4. PBS tahun 4 tidak memerlukan
guru-guru memasukan markah ke dalam SPPBS dan tidak wujud Fail
Perkembangan Murid serta Fail Showcase. Markah diisi dalam sistem excell
seperti mana yang dilampirkan dalam Kursus Penyebaran KSSR dan PBS
anjuran PPD.
Tindakan : Guru-guru Tahun 1 – Tahun 3.
4.7.7. PBS KSSR bermula pada hari pertama persekolahan manakala untuk
murid-murid Tahun 1, PBS KSSR akan dijalankan selepas tamatnya
Program Transisi dan Guru Penyayang.
Tindakan : Guru-guru Tahun 1 – Tahun 4.
4.7.8. Evidens hendaklah dimasukkan ke dalam Fail Perkembangan Murid
manakala evidens yang terbaik hendaklah dimasukkan ke dalam Fail
Showcase.
Tindakan : Guru-guru Tahun 1 – Tahun 4.
4.7.9. Markah hendaklah diisi ke dalam SPPBS dari semasa ke semasa. Jangan
tunggu hingga saat akhir untuk mengelakkan kesesakkan talian. Buat masa
ini SPPBS masih belum boleh diakses untuk kerja-kerja pengemaskinian
data dan juga kemasukkan prestasi pada tahun ini. Guru-guru akan
dimaklumkan mengenainya dari semasa ke semasa.
Tindakan : Guru-guru Tahun 1 – Tahun 4.
4.7.10. Pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa.
Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia.
4.8. Ujian Dalaman, Ujian Pertengahan Tahun dan Ujian Akhir Tahun
4.8.1. Ujian dalaman akan diadakan dua kali setahun. Guru Malaysia dikehendaki
menyediakan soalan mereka sendiri. Pembinaan item soalan hendaklah
mengikut JSU.
Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia.
4.8.2. Soalan akan dibekalkan untuk soalan Ujian Pertengahan Tahun dan Ujian
Akhir Tahun bagi murid-murid Tahun 5 dan 6 (Ujian Setara).
Jadual Ujian - Rujuk takwim sekolah
UPSR - 9-11 September 2013 (*)
(*) – Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Tindakan : Makluman.
- 7. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
4.8.3. Guru hendaklah mengisi markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan
(SAPS) apabila sesuatu ujian tamat.
Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia.
4.8.4. Bedah siasat akan dijalankan setiap kali selepas sesuatu ujian itu
dijalankan.
Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia.
4.9. Program Panitia Bahasa Melayu 2014
4.9.1. Berharap panitia akan dapat digerakkan lebih aktif lagi.
4.9.2. Program panita yang diselaraskan diperingkat Kementerian dan Jabatan
adalah seperti berikut :
Surat Rujukan : JPNJ.SPA(05)/600-2/3/1(60)
Program Transisi dan Guru Penyayang – Tahun Satu
PKJR Tahun 1 – 6
KSSR
Linus
Protim
Citra Bahasa Melayu
Plan J
Program NILAM
Bijak Kamus
Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kulaijaya
4.9.3. Antara program panitia yang dirancang diperingkat sekolah ialah:
Minggu Bahasa dan Sastera (Jun).
Pertandingan mendeklamasikan sajak.
Pertandingan melagukan syair.
Pertandingan bercerita.
Pertandingan menulis esei.
Pertandingan Sahhiba.
4.9.4. Program Kecemerlang UPSR:
Program Pasti 2A.
Program Pasti 100% (Kedua-dua kertas).
Latih Tubi dan Gerak Gempur.
Teknik Menjawab dan Galus
Motivasi.
Kelas Tambahan.
4.9.5. Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat sekolah.
4.9.6. Laluan Pendita Za’ba.
Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia.
- 8. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
5 HAL-HAL LAIN
5.1. Linus
5.1.1. Encik Maizan merupakan guru Penyelaras Linus tahun ini.
5.1.2. Program ini merupakan dasar kerajaan untuk memastikan murid menguasai
3M dan diletakkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama (NKRA).
5.1.3. Saringan Satu untuk literasi membaca dan menulis akan diadakan sekitar
bulan Mac – April.
5.1.4. Guru Pemulihan juga akan terlibat dalam program ini.
5.1.5. Statistik murid-murid Linus Tahun 1 – 3 bagi tahun 2013 :
Jumlah Murid Tidak Menguasai
(K1- K2)
Tidak Menguasai
(K3 – K12)
Menguasai
Tahun 1 35 0 6 29
Tahun 2 33 1 4 28
Tahun 3 24 0 1 23
Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia.
5.2. Pemulihan
5.2.1. Kelas Pemulihan dikendalikan oleh Encik Maizan Bin Mohamad.
5.2.2. Saringan Satu untuk literasi membaca dan menulis akan diadakan sekitar
bulan Mac – April.
5.2.3. Pada tahun ini juga, Encik Maizan diberi tanggungjawab yang lebih besar
iaitu menjadi Penyelaras Linus peringkat sekolah menggantikan Encik
Darisham. Justeru, Encik Maizan perlu mengemaskini fail Linus yang sedia
ada agar lebih lengkap.
Tindakan : Makluman.
5.3. Protim (Program Pemulihan 3M – Membaca, Menulis dan Mengira)
5.3.1. Guru Penyelaras Protim ialah Encik Nor Risam Bin Haji Kamari.
5.3.2. Kelas Protim akan bermula pada awal sesi persekolahan.
5.3.3. Pra Ujian akan dilaksanakan pada bulan Mac. (TOV diambil berdasarkan
Ujian Akhir Tahun 2013) untuk mengenal pasti murid yang bakal menduduki
kelas Protim.
5.3.4. Ujian Pasca Ujian akan dilaksanakan pada bulan November.
5.3.5. Markah hendaklah dimasukkan ke dalam sistem JPNJData.
5.3.6. Modul pelaksanaan ada disediakan.
5.3.7. Kelas Protim bermula sebaik sahaja sesi persekolah bermula. Murid Protim
diambil berdasarkan keputusan Pasca Ujian Tahun 2012 sebelum Pra Ujian
dijalankan semula untuk tahun 2013.
- 9. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
STATISTIK BILANGAN MURID Protim SELEPAS PASCA UJIAN TAHUN 2013
Kelas Bil. Murid Mengambil
Pasca Ujian
Bil. Murid Gagal
Pasca Ujian
Nama Murid Gagal
Tahun 4 0 0
Tahun 5 0 1 Shamizan
Tahun 6 0 0
Tindakan : Penyelaras Protim dan guru-guru
BM Tahun 4, 5 dan 6..
5.4. PKJR
5.4.1. PKJR merupakan kompenen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Sejumlah 30 minit diperuntukan untuk PKJR dan terkandung dalam jadual
waktu guru bahasa.
5.4.2. Ketua Panitia merupakan penyelaras PKJR.
5.4.3. PKJR akan dijalankan mulai bulan Januari dan tamat pada bulan
November. Manakala untuk Tahun 6, PKJR perlu ditamatkan pada bulan
April.
5.4.4. CD dan kit pengajaran ada di Bilik Tayang (simpanan ketua panitia)
manakala tenaga pengajar mempunyai cd sendiri yang telah diedarkan.
5.4.5. Buku PKJR telah diedarkan kepada semua murid.
5.4.6. Mengenai penulis RPH PKJR untuk Tahun 1 – Tahun 4 (KSSR), Fokus
Utama (FU) dan Fokus Sampingan (FS) masih dikekalkan dalam penulisan
RPH sehingga satu ketetapan dibuat untuk menggantikannya dengan
Standard Pembelajaran (SP).
Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia.
5.5. Penggunaan Alatan PPSMI – LCD dan Komputer Riba
5.5.1. Guru bahasa juga boleh menggunakan peralatan PPSMI untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merujuk kepada Penyelaras
Makmal Komputer dan Bilik Akses, Encik Khairul Azwan Bin Senis.
5.5.2. Sekiranya mempunyai masalah dalam pengendalian alatan tersebut, guru
boleh mendapatkan khidmat pakar ICT iaitu juruteknik komputer, Encik
Norman Bin Nordin (FT17).
Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia.
5.6. KSSR
5.6.1. KSSR sudah masuk tahun yang keempat.
5.6.2. Tahniah dan terima kasih kepada Cik Rashidah telah membuat latihan
dalaman untuk KSSR BM Tahun 4. Diharapkan Cik Rashidah dapat
menyediakan laporan Latihan Dalaman (LDP) mengikut format PK01/2 dan
PK01/3.
5.6.3. Tahun ini, Encik Nor Risam akan mengajar BM Tahun 4 dan bersedia juga
untuk menghadiri Kursus Penyebaran KSSR Tahun 5 (2014).
- 10. PK07 – Pengurusan Mesyuarat
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
5.6.4. Diharapkan guru-guru sentiasa merujuk Dokumen Kurikulum Standard
KSSR (KSSR) manakala untuk guru Tahun 4 merujuk Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSPK) semasa menyediakan RPH serata
semasa proses pdp. Semua dokumen ini boleh diperoleh di Bilik Gerakan
KSSR atau dimuat turun dari laman web.
5.6.5. Guru-guru juga boleh merujuk Buku Panduan Guru untuk memantapkan lagi
proses pdp. Selain itu, di bahagian belakang Buku Panduan Guru untuk
KSSR terdapat daftar kata dan peribahasa yang perlu diajar kepada murid-
murid. Murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6, guru-guru masih lagi
menggunakan Buku Daftar Kata yang sedia ada.
Tindakan : Makluman.
5.7. Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI)
5.8.1. Jawatankuasa telah dibentuk. Penyelaras MBMMBI ialah Cik Nor Azlina
Binti Abdul Razak.
5.8.2. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 1/2014 telah menetapkan
bahawa pdp Matematik dan Sains untuk murid-murid Tahun 5 (PPSMI)
hingga Tahun 6 akan dijalankan dalam dwibahasa.
Tindakan : Makluman.
PENUTUP
a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan mesyuarat panitia kali kedua
akan diadakan pada bulan April 2014.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Disediakan oleh,
................................................
(RASHIDAH BINTI BACHOK)
Setiausaha Panitia Bahasa Malaysia,
SK Murni Jaya.
Tarikh : 15 JANUARI 2014
Disemak oleh,
......................................................
(NOR RISAM BIN HAJI KAMARI)
Ketua Panitia Bahasa Malaysia,
SK Murni Jaya.
Tarikh : 20 JANUARI 2014