Islamofobia merujuk kepada prasangka dan diskriminasi terhadap Islam dan umat Islam. Ia berpunca daripada salah faham masyarakat tentang agama Islam serta tingkah laku sebahagian umat Islam sendiri yang menyumbang kepada imej negatif agama ini. Umat Islam perlu menangani Islamofobia dengan memberikan pemahaman yang betul kepada masyarakat bukan Islam tentang ajaran sebenar agama Islam.
Siri Kuliah Bulanan HIKMAH Wilayah 2017: Topik Pengenalan - Pembangunan Rangk...
Presentation islamofobia
1.
2. Islamofobia ialah suatu istilah kontroversi yang merujuk kepada
prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim. Badan
Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa
takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan
tidak suka kepada orang Islam,“.
Umat Islam diasingkan dari kegiatan ekonomi, sosial dan
kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi
bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya
lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik
yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama
3. 1. SALAH FAHAM
- Persepsi negatif terhadap agama Islam ini disumbangkan dengan amat berkesan
oleh laporan media massa . Pelbagai laporan akhbar di mana agama ISLAM dan
penganutnya sering dikaitkan dengan unsur keganasan dan ketidaktamadunan .
2. ORANG ISLAM SENDIRI
-Akhlak buruk dalam kalangan umat Islam. Contohnya, , perbalahan politik dalam
kalangan orang ISLAM dan pertelingkahan antara sesama golongan agamawan yang
berlaku sekarang.
3. FATWA DARIPADA BUKAN PAKAR
-Prof. Dr Izzat Atiyah (Ketua Jabatan Hadith, Universiti Al-Azhar , Mesir)
mengeluarkan fatwa harus seorang lelaki dewasa untuk menyusu dengan rakan
sekerja wanitanya bagi mendapatkan title anak susuan . Dengan title tersebut
dijangkakan boleh memudahkan pergaulan antara rakan sekerja lelaki dan wanita ,
hatta jika mereka berdua duaan sekalipun , kerana status mereka sudah menjadi ibu
dan anak susuan yang haram berkahwin . Fatwa pelik ini menimbulkan kehebohan di
Mesir dan mendapat kutukan keras dari ulama' seluruh mesir.
4. 4. PENGETAHUAN YANG KURANG JELAS DIKALANGAN NON-MUSLIM
TENTANG ISLAM.
-Islam Agama Yang Ganas. Hal ini disebabkan berlakunya kejadian 11/9 iaitu
kemusnahan World Trade Center . Sejak dari itu , apa sahaja kejadian ganas
yang berlaku akan dikaitkan dengan agama Islam.
-Islam negara yang mundur. Mereka melihat negara-negara Islam semuanya
mundur , tiada kemajuan .
- Sikap prejudis segelintir manusia yang sering mempertikaikan perintah
ALLAH di dalam Al-Quran dan sekaligus mengatakan ISLAM adalah agama
yang menyusahkan , tidak adil , kejam dan sebagainya .
5. Penerbitan kartun yang menghina Nabi
Muhammad s.a.w
Peristiwa membakar Al-Quran sepanjang 9
bulan dari September 2010 hingga April 2011
di Amerika
Perancangan untuk membakar Quran
Protes jalanan dan demonstrasi
6. Pengetahuan masyarakat AS mengenai Islam adalah
rendah dan usaha mempertingkatkan kefahaman
mengenainya perlu dilakukan.
Amerika perlu memainkan peranan menerusi bidang
yang ia mempunyai kekuatan termasuk pendidikan;
sains dan teknologi; keselamatan; langkah menangani
keganasan dan maritim.
Umat Islam perlu mengambil perhatian dan
memahami isu-isu yang menyumbang kepada
ISLAMOPHOBIA dan juga cara untuk
menanganinya .
7. Kesimpulannya , adalah penting bagi umat Islam
mengambil cakna dan memahami isu-isu yang
menyumbang kepada ISLAMOPHOBIA dan
juga cara untuk menanganinya . Dalam hal ini ,
kita tidak sepatutnya menuding jari siapa yang
bersalah atau siapa yang benar , kerana hal ini
tidak akan selesai tanpa sebarang tindakan
. Marilah kita sama-sama menyelesaikan
masalah ini dengan memberi kenyataan yang
benar kepada non-muslim tentang salah faham
mereka terhadap agama Islam .