SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 15
KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 3:
KAJIAN TINJAUAN:
KEBERKESANAN PROGRAM ZOOM-A DALAM
MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
(PAK) PELAJAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI
SIPUT (U).

NAMA PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN
HAJI GAPOR

NAMA PELAJAR:
NUURUL JAMILAH BINTI MOHAMMED ASARI
M20121000509
TARIKH SERAHAN:
30 NOVEMBER 2013
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0

Pendahuluan

2

2.0

Latar Belakang Kajian

2

3.0

Kajian Literatur

3

4.0

Objektif Kajian

4

5.0

Pernyataan Masalah

4

6.0

Sasaran Kajian

5

7.0

Metodologi Kajian
7.1

Rekabentuk Kajian

5

7.2

Instrumen Kajian

5

8.0

Kaedah Mengutip Data

6

9.0

Tinjauan Awal

6

10.0 Pelaksanaan Kajian

7

11.0 Dapatan Kajian
11.1 Pemerhatian Laporan

8

11.2 Temubual Pelajar

9

11.3 Temubual Guru

10

12.0 Perbincangan
12.1 Refleksi

11

12.2 Cadangan

12

RUJUKAN

1
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

1.0

Pendahuluan

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah program Zoom- A secara
atas talian dapat meningkatkan pembelajaran akses kendiri pelajar. Pembelajaran Akses
Kendiri

(PAK)

adalah

pendekatan

yang

memberi

akses

kepada

sumber

pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara
berdikari.

PAK

membolehkan

murid

belajar

mengikut

minat,

keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Murid juga mendapat
maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka melalui PAK.
Program Zoom-A ialah suatu program e-Pembelajaran eksklusif melalui
kemudahan internet yang dirancang dan dikendalikan secara rapi, bersistematik, dan
terkini untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran. Program ini dilihat sesuai
dengan kehendak PAK. Program Zoom-A merupakan gedung e-Pembelajaran yang
eksklusif dan efektif. Zoom-A adalah aplikasi berbayar yang perlu dilanggan oleh
pelajar dan guru. Yuran langganan Zoom A ialah RM10 sahaja setahun tanpa mengira
bulan mulai melanggan. Tempoh langganan tamat pada 31 Disember setiap tahun.
Kajian ini juga cuba untuk mengetahui keberkesanan program ini serta
mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penggunaan para guru dan pelajar terhadap
program ini di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U) ( SKSSU ). Responden kajian ini
terdiri daripada 4 orang guru dan 15 orang pelajar yang mempunyai aras
kemahiran yang berbeza. Dapatan awal kajian menunjukkan 100% responden
mengatakan bahawa program Zoom-A merupakan portal PAK yang menarik dan
berkesan. Dapatan ini diperoleh melalui pemerhatian dan temubual ke atas pelajar dan
guru. Berdasarkan temubual guru, secara purata berpendapat bahawa program Zoom- A
boleh membantu dalam PAK.

2.0

Latar Belakang Kajian

Aplikasi Zoom-A mula digunakan di SKSSU pada tahun 2007 dan masih
digunakan sehingga kini. Terdapat 138 akaun pelajar dan 10 orang guru yang
menggunakannya secara aktif bagi tahun ini. Walaupun bilangan ini masih sedikit
berbanding bilangan keseluruhan guru dan murid, namun aplikasi ini memberi kesan
yang baik terhadap PAK pelajar. Aplikasi ini kebanyakannya digunakan oleh pelajar
tahap dua iaitu murid tahun 4, 5 dan 6.
2
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Soalan-soalan yang terdapat di dalam portal ini digubal oleh guru-guru pakar mata
pelajaran di seluruh Malaysia melalui Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia dan
OneTouch Education sebagai pembangunnya. Aplikasi ini menekankan kepada empat
matapelajarn teras peperiksaan UPSR iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains. Selain daripada itu, soalan-soalan di sini dikumpul dan
diklasifikasikan dalam 3 aras kesukaran iaitu mudah, sederhana dan sukar.
Di antara ciri-ciri paling menarik kaedah ujian ini ialah pelajar boleh menjalankan
ujian kendiri tanpa guru, boleh memilih ujian berasaskan topik atau klon, boleh
mengatur sendiri masa latihan, kertas jawapan diperiksa oleh sistem dan memberikan
keputusan ujian yang telah dibuat, dapat merekodkan markah ujian dengan sistematik,
dapat mengulangkaji dan menjalani ujian latih tubi tanpa had dan mempelajari kaedah
mendapatkan jawapan yang betul melalui huraian jawapan secara atas talian selepas
jawapan tersebut disemak. Ciri-ciri ini menjadikan Zoom-A amat berkesan untuk
membantu pelajar menjalankan aktiviti ujian kendiri secara latih tubi.
Berdasarkan ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada program Zoom-A ini
menjadikan ia sebagai pilihan guru-guru di SKSSU untuk menggunakannya sebagai
bahan bantu mengajar ( BBM ) dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ).
Pihak sekolah juga menyokong usaha guru ini dengan menyediakan satu jadual waktu
penggunaan makmal komputer terutamanya kepada kelas peperiksaan bagi memastikan
semua pelajar berpeluang menggunakan program pembelajaran akses kendiri ini. Selain
itu, pihak sekolah turut menyediakan akaun khas bagi pelajar-pelajar yang tidak mampu
untuk membuka akaun sendiri.

3.0

Kajian Literatur

Kajian awal yang telah dijalankan oleh Nordin (1991) melaporkan bahawa sistem
media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan
pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman
mereka. Menurut kajian Losinin bin Johalin (2009), mendapati bahawa pelajar
mempunyai sikap yang positif, minat dan motivasi yang tinggi terhadap program ZoomA. Guru berpendapat bahawa Program Zoom- A sangat membantu dalam PAK.

3
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

4.0

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana program Zoom-A membantu
dalam proses penilaian kendiri pelajar sama ada di sekolah atau di rumah dari segi
keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan. Secara khususnya objektif kajian adalah seperti
berikut:
4.1

Mengetahui sejauhmanakah tahap penggunaan pelajar tehadap program Zoom-A
dalam meningkatkan tahap Pembelajaran Akses Kendiri.

4.2

Mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penerimaan para guru

yang terdiri

daripada pelbagai opsyen terhadap program Zoom-A dengan menggunakan
instrumen temubual.

5.0

Pernyataan Masalah

Mulai Tahun 2003 kadar penggunaan peralatan ICT dan internet dalam proses
PdP di sekolah terus meningkat. Pemasangan perkakasan Schoolnet di sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah memudahkan pihak sekolah, guru serta
pelajar mendapatkan maklumat di hujung jari. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berasaskan web dan CDRI menjadi lebih berkesan. Berdasarkan
pengalaman pengkaji, beberapa isu boleh dihubungkaitkan dengan penggunaan
kemudahan ICT ini. Antaranya ialah kekerapan penggunaan, sebab-sebab penggunaan dan PdP
berjalan lancar di samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan
dan pentafsiran.
Manusia dikatakan makhluk yang visually oriented dan mereka banyak belajar
melalui penglihatan (Pulley). Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar
dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan
konsep atau makna yang lebih jelas. Ini selaras dengan kata-kata yang pernah
dimadahkan oleh Kung Fu Tze , seorang pujangga dan ahli falsafah cina; ‘…kalau saya
dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu…’. Kajian ini juga
telah menunjukkan betapa pentingnya peranan internet dalam memastikan keberkesanan
media pembelajaran. Justeru, ia perlu dimanfaatkan khususnya oleh pelajar
untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

4
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

6.0

Sasaran Kajian

Kajian ini telah dijalankan ke atas 15 orang pelajar dengan ciri-ciri starata dari
segi tahun pembelajaran (Tahun 6) dan aras kemahiran. Pemilihan starata boleh
meningkatkan kebolehpercayaan dapatan kajian sebagaimana pendapat Anastasi (1982:125)
. Para pelajar diambil dari 3 kumpulan pelbagai aras kemahiran seperti berikut:a) Murid Prestasi Tinggi - 5 orang
b) Murid Prestasi Sederhana - 5 orang
c) Murid Prestasi Rendah - 5 orang
Responden guru pula terdiri daripada 4 orang guru daripada empat matapelajaran
teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Responden guru
diberikan instrumen temubual.

7.0

Metodologi Kajian

7.1

Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah satu kajian kualitatif. Pengkaji memilih untuk
menjalankan kajian berbentuk kualitatif kerana ia sesuai dengan kajian yang ingin
dijalankan dari segi jangka masa kajian, kos kajian, lokasi kajian di sekolah
sendiri, dan sampel kajian yang sedikit.

7.2

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah temubual dan pemerhatian.
Temu bual dilakukan ke atas pelajar dan guru yang dipilih. Soalan yang
dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik. Manakala
pemerhatian pula, dilakukan semasa proses PdP di dalam makmal komputer dan
penggunaan Zoom-A di rumah serta laporan penggunaan di dalam akaun Zoom-A
sekolah dan pelajar sendiri.

5
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

8.0

Kaedah Mengutip Data

Oleh kerana populasi kajian adalah sedikit maka pemerhatian dan temubual
digunakan. Untuk mendapatkan maklumat daripada pelajar, pemerhatian dilakukan ke
atas laporan penggunaan Zoom-A yang diperolehi melalui akaun pelajar. Manakala
analisis dari instrumen temu bual dibuat dalam bentuk laporan. Analisis ini dilakukan
untuk mengenal pasti pola-pola maklumat dengan mengambilkira aspek objektiviti dan
ciri-ciri kualitatif maklumat yang telah dikumpul ( Marshal & Rossman, 1989 ). Cara ini
merupakan teknik analisis yang dibuat secara objektif dan sistematik bagi
mengenalpasti ciri-ciri mesej ( Marshal & Rossman, 1989 ) atau tema-tema tertentu
( Metcalf, 1985).

9.0

Tinjauan awal

9.1

Proses pembelajaran kendiri pelajar amat penting untuk menjana kecemerlangan
pada masa hadapan. Guru dilihat sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Di rumah pula, pendidikan bermula dengan lebih efisien dengan
adanya penglibatan dan pemantauan ibu bapa. PAK berbantukan komputer dan
internet telah dikenalpasti boleh dilaksanakan baik di sekolah mahu pun di rumah.
Selain daripada kaedah ini memang menarik minat pelajar, jika ia digunakan
dengan sistematik dan bersungguh-sungguh, ia lebih berkesan dan menjimatkan
kos.

9.2

Sebelum kajian ini dijalankan, pengkaji telah membuat beberapa tinjauan tentang
pembelajaran asas kendiri ( Personel Based Learning ) berasaskan internet.
Walaupun bidang ICT dalam pendidikan semakin berkembang, namun
kebanyakan guru masih suka menggunakan cara tradisional iaitu chalk and talk.
Bentuk latihan yang disediakan adalah lembaran kerja, buku latihan, edisi Didik
dan sebagainya. Bagaimanapun, kapasiti soalan agak terbatas dan dokumentasi
gerak kerja tidak disediakan. Namun, Zoom-A merupakan satu bahan interaktif
yang menarik dan mesra pengguna. Selepas Portal Zoom-A dilancarkan, pelajar
dan guru mula menggunakannya sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah.

9.3

Pengkaji telah membuat tinjauan terhadap Portal Zoom-A melalui Penjelajahan
Web ( Web Explore ). Berdasarkan penelitian, pengkaji mendapati terdapat ciriciri yang baik dan efisien di dalam portal tersebut dan sangat sesuai digunakan
6
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

oleh guru dan pelajar. Apatah lagi dengan adanya kemudahan jalur lebar tanpa wayar
(WiFi) dan Mobile Broadband . Kemudahan internet bukan lagi satu persoalan
yang besar. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kemudahan internet dan komputer
di rumah, pihak sekolah telah mengambil langkah dengan membuka makmal
komputer pada hari Sabtu dan Ahad bagi membolehkan pelajar menggunakan
kemudahan yang ada.

10.0 Pelaksanaan Kajian

Secara khususnya, kajian ini dilakukan untuk menyiapkan tugasan KPT 6044
Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web iaitu menjalankan satu kajian tinjauan
pelbagai aspek dalam amalan penggunaan media elektronik atau web

di institusi

pendidikan anda semasa. Oleh itu, kajian ini secara serius mula dilakukan sejak lebih
kurang tiga bulan lalu. Namun secara amnya, pengkaji telah melakukan pemerhatian
dan kajian ketika program Zoom-A ini mula diperkenalkan di SKSSU. Dalam masa
yang sama, pengkaji mengajar kelas peperiksaan pada ketika itu dan program ini dilihat
banyak membantu proses PdP terutamanya sebagai latih tubi kepada pelajar.
Sepertimana yang telah kita maklum, murid tahun 6 yang menduduki peperiksaan
UPSR memerlukan lebih banyak latihan berbanding tahun 1 hingga 5. Oleh itu, guru
tidak hanya boleh bergantung kepada buku latihan semata-mata dan set ujian yang
diberikan oleh guru. Zoom-A dilihat sebagai BBM yang dapat meningkatkan PAK
pelajar.
Pengkaji mula mengumpul maklumat dengan membuat pemerhatian ke atas
laporan penggunaan melalui akaun Zoom-A sekolah. Seterusnya, pengkaji membuat
sedikit temu bual bersama pelajar. Di samping itu, pengkaji memantau pelaksanaan
program ini di sekolah. Guru-guru juga ditemu bual bagi mendapatkan gambaran lebih
jelas berkaitan penggunaan program Zoom-A dalam proses PdP mereka. Kesemua guru
memberikan kerjasama yang sangat baik.

7
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

11.0 Laporan Kajian

11.1 Pemerhatian Laporan

Jika dilihat daripada laporan penggunaan yang diperolehi dari akaun setiap
sampel, didapati bahawa setiap pelajar secara purata ada menggunakan program
Zoom-A dalam tempoh seminggu sebagai bahan latih tubi mereka samada semasa
di rumah mahupun di sekolah. Laporan ini diperhatikan selama tempoh dua bulan.
Pengkaji mendapati sepanjang tempoh itu, pelajar paling kerap menggunakannya
pada bulan pertama iaitu bulan September kerana pada masa ini, pelajar bakal
menghadapi peperiksaan UPSR dan penggunaanya lebih kerap semasa di rumah
berbanding di sekolah. Namun perbezaannya tidak ketara.
Namun, pada bulan kedua kekerapan pelajar lebih banyak semasa di sekolah
kerana guru masih menggunakannya dalam proses PdP walaupun peperiksaan
telah tamat. Ini kerana program tersebut digunakan sebagai salah satu bahan
dalam Program Selepas UPSR. Walaubagaimanapun, kekerapan penggunaan
merosot semasa di rumah pada bulan Oktober. Ini mungkin kerana pelajar sudah
tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana peperiksaan UPSR sudah
berakhir.
Jadual di bawah menunjukkan kekerapan penggunaan program Zoom-A
oleh sampel. Berdasarkan jadual di bawah, kekerapan penggunaan lebih banyak
pada bulan September berbanding bulan Oktober.

Jadual 1: Kekerapan Penggunaan Zoom-A
Kekerapan
Bil.

Kumpulan Pelajar

September

Oktober

Sekolah

Rumah

Sekolah

Rumah

1.

Pelajar Prestasi Tinggi

20

21

27

15

2.

Pelajar Prestasi Sederhana

20

23

19

8

3.

Pelajar Prestasi Lemah

17

16

17

4

57

59

53

27

Jumlah

Berdasarkan jadual di atas, kumpulan pelajar prestasi tinggi mencatatkan
lebih penggunaan, diikuti pelajar prestasi sederhana dan pelajar prestasi lemah.
8
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Faktor aras kemahiran mungkin mempengaruhi serba sedikit kekerapan
penggunaan. Pelajar prestasi tinggi lebih mudah memahami apa yang dipelajari
dan mampu menyelesaikan ujian dengan cepat. Begitu juga pelajar prestasi
sederhana. Pelajar prestasi lemah memerlukan lebih bimbingan dalam
mempelajari sesuatu. Apa yang berlaku di SKSSU berdasarkan temubual bersama
pelajar prestasi lemah ini, guru mereka akan memberikan huraian secara terperinci
apa yang telah mereka jawab di dalam apa jua ujian yang dilakukan.

11.2 Temubual Pelajar

Hasil daripada temubual yang dilakukan ke atas 15 orang pelajar yang
dipilih, mendapati secara purata pelajar menggunakan program Zoom-A ini
samada di sekolah mahupun di rumah. Walaubagaimanapun, kekerapan
penggunaannya adalah berbeza. Daripada 15 orang pelajar berkenaan, 5
daripadanya adalah pelajar yang cemerlang 5 lagi pelajar aras sederhana dan 5
daripadanya pelajar yang lemah.
Hampir kesemua pelajar menggunakan Zoom-A seperti yang diarahkan
guru. Di samping itu, pelajar turut membuat ujian selain daripada yang diarahkan
oleh guru. Cuma, bilangan ujian yang dibuat adalah berbeza. Pelajar yang prestasi
tinggi lebih kerap membuat Zoom-A berbanding pelajar yang lemah. Pelajar yang
sederhana pula, ada yang membuat Zoom-A kadangkala menyamai bilangan
pelajar prestasi tinggi dan ada juga yang menyamai pelajar lemah. Berdasarkan
temubual, ia disebakan oleh sikap mereka yang tidak serius dalam pembelajaran
dan mereka lebih suka permainan interaktif. Mereka juga adakalanya adalah
pelajar yang berpotensi cemerlang, namun atas sikap ibu bapa yang tidak
mengutamakan aspek pembelajaran menjadikan prestasi mereka sederhana. Ibu
bapa lebih banyak memberi kebebasan kepada mereka.
Begitu juga alasan segelintir pelajar yang lemah. Namun, ada di antara
pelajar lemah ini yang membuat ujian Zoom-A, tetapi oleh kerana aras kemahiran
mereka lemah, ujian yang dibuat agak mengambil masa dan mereka tidak dapat
membuat ujian Zoom-A dengan lebih banyak. Bagi pelajar prestasi tinggi pula,
mereka memang gemar membuat Zoom-A kerana mereka sukakan pembelajaran
secara interaktif dan gembira apabila melihat hasil ujian yang dibuat.
9
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

11.3 Temubual Guru

Berdasarkan hasil temubual ke atas 4 orang guru yang mengajar tahun 6,
mendapati bahawa guru menggunakan program Zoom-A sebagai latih tubi kepada
pelajar. Ini kerana, guru perlu kreatif dalam menjalankan proses PdP bagi
memastikan proses tersebut menarik dan berkesan dan pembelajaran interaktif
merupakan satu aktiviti yang menarik. Tambahan pula dengan kemudahan yang
ada di sekolah seperti makmal komputer dan akses internet.
Guru-guru yang dipilih adalah guru bagi empat matapelajaran teras iaitu
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Guru-guru ini adalah
guru yang mengajar kelas yang pelajar berprestasi tinggi iaitu kelas pertama,
sederhana dari kelas kedua dan lemah, murid kelas yang ketiga. Dua orang guru
adalah guru mengajar kelas pelajar berprestasi tinggi dan satu masing-masing dari
kelas sederhana dan lemah.
Hasil temubual bersama guru Matematik yang mengajar kelas pertama, guru
akan membawa pelajar menggunakan program Zoom-A sekurang-kurangnya dua
kali sebulan dan akan memberikan latihan dalam program tersebut kepada pelajar
untuk dilakukan di rumah dengan pemantauan ibu bapa. Beliau juga mengatakan
bahawa, pelajarnya gemar membuat latihan di dalam program tersebut dan
mereka akan bersaing di antara satu sama lain dalam menyiapkan ujian yang
diberi. Ini merupakan sikap positif yang berjaya disemai dalam diri pelajarnya
melalui program Zoom-A berkenaan.
Guru berikutnya ialah guru Bahasa Inggeris yang mengajar kelas pertama.
Beliau

menggunakan

program

Zoom-A

bersama-sama

pelajar-pelajarnya

sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ini bagi memberi peluang kepada pelajarnya
menggunakan pembelajaran interaktif. Bagi memastikan pelajarnya membuat
PAK di rumah dengan pemantauan ibu bapa, beliau akan memberikan tugasan
mengikut topik yang diberi di dalam program tersebut. Ia juga bagi menggalakkan
penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak.
“Menggunakan Zoom-A, pelajar-pelajar saya berasa selesa dan sekaligus
membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam matapelajaran Bahasa
Malaysia”. Begitulah antara hasil temubual bersama guru Bahasa Malaysia yang
mengajar kelas kedua. Beliau berpendapat program Zoom-A membantu

10
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

mempelbagaikan sumber pembelajaran interaktif bagi pelajar-pelajarnya. Beliau
menggunakan program Zoom-A secara purata satu hingga dua kali sebulan.
Seterusnya bagi guru keempat yang ditembual, beliau turut menggunakan
program Zoom-A bersama pelajarnya. Namun tidak sekerap kelas pertama dan
kedua. Beliau ialah seorang guru Sains. Oleh kerana matapelajaran Sains hanya
ada 5 waktu seminggu, beliau secara purata menggunakan program Zoom-A dua
kali dalam tiga bulan. Beliau jarang memberikan ujian melalui Zoom-A kerana
tidak semua murid dari kelasnya mempunyai kemudahan komputer dan internet di
rumah. Walaubagaimanapun, beliau berpendapat bahawa program Zoom-A
adalah satu program yang bagus.

12.0 Perbincangan

12.1 Refleksi

Sesungguhnya program Zoom-A secara sendirinya mempunyai kekuatan
tersendiri. Ia dapat membantu pelajar membuat PAK. Programnya juga mudah
dikendalikan malahan oleh pelajar sendiri. Ia juga berupaya memupuk sikap
berdikari di kalangan pelajar. Di samping itu, guru dapat meningkatkan
keberkesanan PdP seterusnya membantu mencapai objektif yang hendak dicapai.
Program ini juga sejajar dengan perkembangan ICT dalam bidang pendidikan.
Yuran langganan yang murah dan sistem yang mudah dikendalikan menjadikan ia
mampu diperolehi oleh pelajar terutamanya pelajar di SKSSU yang merupakan
pelajar kategori luar bandar.
Namun, terdapat pelbagai kekangan dalam melaksanakannya. Kekangan
masa dan bebanan kerja yang dihadapi oleh guru menjadikan program ini tidak
dapat digunakan semaksimum mungkin. Bukan itu sahaja, bilangan pelajar yang
ramai dalam sesebuah kelas menyebabkan bilangan komputer tidak dapat
menampung keperluan pelajar. Oleh itu, langkah yang diambil oleh guru adalah
dengan mengarahkan pelajar berkongsi komputer. Ini menyebabkan pelajar tidak
secara langsung belajar sendiri, malahan bersama kawan. Bukan itu sahaja,
bilangan kelas yang banyak di SKSSU, menjadikan kemudahan makmal komputer
tidak dapat digunakan dengan lebih kerap. Namun, langkah mengatasi telah

11
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

diambil dengan menyediakan jadual penggunaan makmal komputer. Kelas
peperiksaan biasanya diberi keutamaan.
Selain daripada masalah di atas, capaian akses internet yang adakalanya
perlahan membuatkan program tersebut tidak dapat diakses langsung atau sangat
perlahan. Masalah ini terjadi kerana, terdapat sebuah Pusat Kegiatan Guru ( PKG
) di dalam kawasan sekolah. Sekiranya terdapat kursus yang dijalankan di PKG
berkenaan, maka akan timbul masalah akses internet. Ini amat mendukacitakan
bukan sahaja guru, malahan pelajar-pelajar sendiri.
Secara keseluruhannya, berdasarkan kajian yang dilakukan ini, program
Zoom-A meningkatkan tahap PAK di kalangan pelajar di SKSSU. Program PAK
adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya murid mempunyai autonomi
dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah
individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya serta rentak pembelajaran yang berbeza.
Pengawasan dan bimbingan guru merupakan akses bagi pelajar belajar secara
berdikari.
Walaubagaimanapun, guru yang hanya bertindak sebagai fasilitator
sebenarnya masih mempunyai peranan yang penting dalam menggalakkan pelajar
melaksanakan PAK. Ini dapat dilihat daripada hasil laporan penggunaan Zoom-A
oleh pelajar di mana apabila terdapat pemantauan guru iaitu semasa di sekolah
dan apabila guru membekalkan ujian yang perlu dilakukan dalam Zoom-A di
rumah, didapati bilangan penggunaan tinggi. Ini dapat dilihat pada bulan
September semasa di rumah sebanyak 59 kali dan sekolah sebanyak 57 serta
Oktober semasa di sekolah sebanyak 53 kali. Bilangan ini tinggi berbanding pada
bulan Oktober semasa di rumah dengan hanya sebanyak 27 kali penggunaan. Pada
bulan Oktober, guru sudah tidak membekalkan ujian yang perlu diselesaikan
kerana ujian hanya dijalankan di sekolah untuk Program Selepas UPSR.

12.2 Cadangan

12.2.1

Menyediakan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan bukan sematamata soalan berbentuk klon. Ini pastinya lebih menarik minat guru untuk
menggunakannya dalam PdP. Guru tidak lagi perlu membuat salinan
yang banyak untuk diberikan kepada murid, malahan guru dan murid

12
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

dapat menyemak jawapan dengan lebih cepat dan mendapat huraian
jawapan dengan serta merta. Ini dapat menjimatkan masa dan kos.
12.2.2

Program ini boleh diperkembangkan lagi ke peringkat sekolah menengah
kerana pada masa ini, program ini hanya terdapat untuk pelajar sekolah
rendah. Pengkaji bependapat bahawa program ini akan lebih berkesan
bagi pelajar sekolah menengah kerana mereka lebih berupaya untuk
melakukan PAK berdasarkan faktor usia dan pengetahuan internet
mereka.

12.2.3

Oleh kerana program Zoom-A ini memerlukan kemudahan komputer dan
internet, pengkaji mencadangkan agar pihak JKKK menyediakan satu
pusat yang ada kemudahan komputer dan internet. Ini kerana, bukan
semua ibu bapa mampu menyediakan kemudahan yang diperlukan
terutamanya ibu bapa yang berpendapatan rendah. Usaha ini bersesuaian
dengan program Kampung Tanpa Wayar (KTW) di bawah Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyediakan
kemudahan jalur lebar di kawasan kampung dan felda.

13
KPT6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

RUJUKAN

Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill ( Malaysia )
Sdn. Bhd.

Losinin Bin Johalin. 2009. Program Zoom-A: Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran Asas
Kendiri Pelajar. (atas talian). http://www.scribd.com/doc/36324187/Zoom-A-MeningkatkanKeberkesanan-Pembelajaran-Asas-Kendiri-Pelajar (19 November 2013).

Mazlan

Junaidi.

2012.

Pembelajaran

Akses

Kendiri.

(atas

http://mrmazlanjunaidi.blogspot.com/2012/06/pembelajaran-akses-kendiri.html

talian).
(19

November 2013).

Pembelajaran Interaktif Melalui Internet. (atas talian). http://www.zoom-a.com/ ( 17
November 2013).

14

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

My analisis
My analisisMy analisis
My analisissoulmoon
 
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN Shemila Elaine Ambrose
 
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200shila siti
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemiknooriza kassim
 
Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Ena Ros
 
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016Amir Net
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelKer0
 
Penulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian ePenulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian eLily Ting
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bfLee Roy
 
Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...
Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...
Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...Nadrah Rosman
 

Was ist angesagt? (19)

My analisis
My analisisMy analisis
My analisis
 
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
 
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
Tugasan 1 (hazrul jori)M20112001200
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemik
 
Asg 3
Asg 3Asg 3
Asg 3
 
Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1
 
Ringkasan jurnal
Ringkasan jurnalRingkasan jurnal
Ringkasan jurnal
 
Untitled 1
Untitled 1Untitled 1
Untitled 1
 
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
 
Contoh proposal tesis
Contoh  proposal tesis   Contoh  proposal tesis
Contoh proposal tesis
 
Jurnal kajian
Jurnal kajianJurnal kajian
Jurnal kajian
 
Kajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPAKajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPA
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Penulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian ePenulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian e
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
 
Interaksi 8
Interaksi 8 Interaksi 8
Interaksi 8
 
Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...
Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...
Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 

Andere mochten auch

Dr qis assignment
Dr qis assignmentDr qis assignment
Dr qis assignmentEty Sue
 
PowerPoint Pendidikan Pergerakan
PowerPoint Pendidikan PergerakanPowerPoint Pendidikan Pergerakan
PowerPoint Pendidikan PergerakanAhmad Husairi
 
Kps 6014 ulasan jurnal
Kps 6014 ulasan jurnalKps 6014 ulasan jurnal
Kps 6014 ulasan jurnalEty Sue
 
Tugas sosiologi pendidikan
Tugas sosiologi pendidikan Tugas sosiologi pendidikan
Tugas sosiologi pendidikan Nurul Azzahra
 
Kps 6014 tugasan 1
Kps 6014 tugasan 1Kps 6014 tugasan 1
Kps 6014 tugasan 1Ety Sue
 
Teori-Teori Sosiologi Pendidikan
Teori-Teori Sosiologi PendidikanTeori-Teori Sosiologi Pendidikan
Teori-Teori Sosiologi PendidikanAni Mahisarani
 

Andere mochten auch (8)

Dr qis assignment
Dr qis assignmentDr qis assignment
Dr qis assignment
 
PowerPoint Pendidikan Pergerakan
PowerPoint Pendidikan PergerakanPowerPoint Pendidikan Pergerakan
PowerPoint Pendidikan Pergerakan
 
Kps 6014 ulasan jurnal
Kps 6014 ulasan jurnalKps 6014 ulasan jurnal
Kps 6014 ulasan jurnal
 
Tugas sosiologi pendidikan
Tugas sosiologi pendidikan Tugas sosiologi pendidikan
Tugas sosiologi pendidikan
 
Kps 6014 tugasan 1
Kps 6014 tugasan 1Kps 6014 tugasan 1
Kps 6014 tugasan 1
 
Kertas kerja projek prs
Kertas kerja projek prsKertas kerja projek prs
Kertas kerja projek prs
 
Robert k
Robert kRobert k
Robert k
 
Teori-Teori Sosiologi Pendidikan
Teori-Teori Sosiologi PendidikanTeori-Teori Sosiologi Pendidikan
Teori-Teori Sosiologi Pendidikan
 

Ähnlich wie KPT 6044 tugasan 3

Tugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauanTugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauansiti75
 
Ulasan jurnal baru
Ulasan jurnal baruUlasan jurnal baru
Ulasan jurnal barusalmaazizi
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)zalizakpt6044
 
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianWan Mohamad Farhan
 
APLIKASI WEB 2.0 PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN FIZIK UNIVERSITI: SATU KAJIAN KES
APLIKASI WEB 2.0 PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN FIZIK UNIVERSITI: SATU KAJIAN KESAPLIKASI WEB 2.0 PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN FIZIK UNIVERSITI: SATU KAJIAN KES
APLIKASI WEB 2.0 PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN FIZIK UNIVERSITI: SATU KAJIAN KESSidek Aziz
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi
3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi
3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardiWarni Warni
 
FIX SAJIAN PPT SINGKAT SEMHAS.pptx
FIX SAJIAN PPT SINGKAT SEMHAS.pptxFIX SAJIAN PPT SINGKAT SEMHAS.pptx
FIX SAJIAN PPT SINGKAT SEMHAS.pptxDianAyuRamadhan
 
Kajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalangan
Kajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalanganKajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalangan
Kajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalanganKatherine Kho Lin
 
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi AlvianTemplate Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi AlvianAlvian Alvian
 
contoh Presentasi penelitian E-learning Moodle
contoh Presentasi penelitian E-learning Moodle contoh Presentasi penelitian E-learning Moodle
contoh Presentasi penelitian E-learning Moodle Mat Matteo
 
PPT SNPK (SEMNAS)_Nurmala Sari.pptx
PPT SNPK (SEMNAS)_Nurmala Sari.pptxPPT SNPK (SEMNAS)_Nurmala Sari.pptx
PPT SNPK (SEMNAS)_Nurmala Sari.pptxssuserbdb4c9
 
Ulasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah ali
Ulasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah aliUlasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah ali
Ulasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah aliNorZie Ali
 

Ähnlich wie KPT 6044 tugasan 3 (20)

Tugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauanTugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauan
 
Smk ungku aziz
Smk ungku azizSmk ungku aziz
Smk ungku aziz
 
Ulasan jurnal baru
Ulasan jurnal baruUlasan jurnal baru
Ulasan jurnal baru
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
 
Ppt seminar
Ppt seminarPpt seminar
Ppt seminar
 
APLIKASI WEB 2.0 PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN FIZIK UNIVERSITI: SATU KAJIAN KES
APLIKASI WEB 2.0 PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN FIZIK UNIVERSITI: SATU KAJIAN KESAPLIKASI WEB 2.0 PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN FIZIK UNIVERSITI: SATU KAJIAN KES
APLIKASI WEB 2.0 PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN FIZIK UNIVERSITI: SATU KAJIAN KES
 
Pbl
PblPbl
Pbl
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi
3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi
3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi
 
FIX SAJIAN PPT SINGKAT SEMHAS.pptx
FIX SAJIAN PPT SINGKAT SEMHAS.pptxFIX SAJIAN PPT SINGKAT SEMHAS.pptx
FIX SAJIAN PPT SINGKAT SEMHAS.pptx
 
Ptkppt
PtkpptPtkppt
Ptkppt
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044
 
Kpt6044 pp
Kpt6044 ppKpt6044 pp
Kpt6044 pp
 
Kajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalangan
Kajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalanganKajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalangan
Kajian mengenai penggunaan e pembelajaran di kalangan
 
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi AlvianTemplate Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
Template Presentasi Powerpoint - Seminar Proposal Skripsi Alvian
 
contoh Presentasi penelitian E-learning Moodle
contoh Presentasi penelitian E-learning Moodle contoh Presentasi penelitian E-learning Moodle
contoh Presentasi penelitian E-learning Moodle
 
PPT SNPK (SEMNAS)_Nurmala Sari.pptx
PPT SNPK (SEMNAS)_Nurmala Sari.pptxPPT SNPK (SEMNAS)_Nurmala Sari.pptx
PPT SNPK (SEMNAS)_Nurmala Sari.pptx
 
Ulasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah ali
Ulasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah aliUlasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah ali
Ulasan jurnal kpt6044 m20141000701 norziah ali
 

KPT 6044 tugasan 3

  • 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN: KEBERKESANAN PROGRAM ZOOM-A DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK) PELAJAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT (U). NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR NAMA PELAJAR: NUURUL JAMILAH BINTI MOHAMMED ASARI M20121000509 TARIKH SERAHAN: 30 NOVEMBER 2013
  • 2. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKASURAT 1.0 Pendahuluan 2 2.0 Latar Belakang Kajian 2 3.0 Kajian Literatur 3 4.0 Objektif Kajian 4 5.0 Pernyataan Masalah 4 6.0 Sasaran Kajian 5 7.0 Metodologi Kajian 7.1 Rekabentuk Kajian 5 7.2 Instrumen Kajian 5 8.0 Kaedah Mengutip Data 6 9.0 Tinjauan Awal 6 10.0 Pelaksanaan Kajian 7 11.0 Dapatan Kajian 11.1 Pemerhatian Laporan 8 11.2 Temubual Pelajar 9 11.3 Temubual Guru 10 12.0 Perbincangan 12.1 Refleksi 11 12.2 Cadangan 12 RUJUKAN 1
  • 3. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 1.0 Pendahuluan Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah program Zoom- A secara atas talian dapat meningkatkan pembelajaran akses kendiri pelajar. Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) adalah pendekatan yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. PAK membolehkan murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Murid juga mendapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka melalui PAK. Program Zoom-A ialah suatu program e-Pembelajaran eksklusif melalui kemudahan internet yang dirancang dan dikendalikan secara rapi, bersistematik, dan terkini untuk membantu para pelajar dalam pembelajaran. Program ini dilihat sesuai dengan kehendak PAK. Program Zoom-A merupakan gedung e-Pembelajaran yang eksklusif dan efektif. Zoom-A adalah aplikasi berbayar yang perlu dilanggan oleh pelajar dan guru. Yuran langganan Zoom A ialah RM10 sahaja setahun tanpa mengira bulan mulai melanggan. Tempoh langganan tamat pada 31 Disember setiap tahun. Kajian ini juga cuba untuk mengetahui keberkesanan program ini serta mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penggunaan para guru dan pelajar terhadap program ini di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U) ( SKSSU ). Responden kajian ini terdiri daripada 4 orang guru dan 15 orang pelajar yang mempunyai aras kemahiran yang berbeza. Dapatan awal kajian menunjukkan 100% responden mengatakan bahawa program Zoom-A merupakan portal PAK yang menarik dan berkesan. Dapatan ini diperoleh melalui pemerhatian dan temubual ke atas pelajar dan guru. Berdasarkan temubual guru, secara purata berpendapat bahawa program Zoom- A boleh membantu dalam PAK. 2.0 Latar Belakang Kajian Aplikasi Zoom-A mula digunakan di SKSSU pada tahun 2007 dan masih digunakan sehingga kini. Terdapat 138 akaun pelajar dan 10 orang guru yang menggunakannya secara aktif bagi tahun ini. Walaupun bilangan ini masih sedikit berbanding bilangan keseluruhan guru dan murid, namun aplikasi ini memberi kesan yang baik terhadap PAK pelajar. Aplikasi ini kebanyakannya digunakan oleh pelajar tahap dua iaitu murid tahun 4, 5 dan 6. 2
  • 4. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB Soalan-soalan yang terdapat di dalam portal ini digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran di seluruh Malaysia melalui Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia dan OneTouch Education sebagai pembangunnya. Aplikasi ini menekankan kepada empat matapelajarn teras peperiksaan UPSR iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Selain daripada itu, soalan-soalan di sini dikumpul dan diklasifikasikan dalam 3 aras kesukaran iaitu mudah, sederhana dan sukar. Di antara ciri-ciri paling menarik kaedah ujian ini ialah pelajar boleh menjalankan ujian kendiri tanpa guru, boleh memilih ujian berasaskan topik atau klon, boleh mengatur sendiri masa latihan, kertas jawapan diperiksa oleh sistem dan memberikan keputusan ujian yang telah dibuat, dapat merekodkan markah ujian dengan sistematik, dapat mengulangkaji dan menjalani ujian latih tubi tanpa had dan mempelajari kaedah mendapatkan jawapan yang betul melalui huraian jawapan secara atas talian selepas jawapan tersebut disemak. Ciri-ciri ini menjadikan Zoom-A amat berkesan untuk membantu pelajar menjalankan aktiviti ujian kendiri secara latih tubi. Berdasarkan ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada program Zoom-A ini menjadikan ia sebagai pilihan guru-guru di SKSSU untuk menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar ( BBM ) dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ). Pihak sekolah juga menyokong usaha guru ini dengan menyediakan satu jadual waktu penggunaan makmal komputer terutamanya kepada kelas peperiksaan bagi memastikan semua pelajar berpeluang menggunakan program pembelajaran akses kendiri ini. Selain itu, pihak sekolah turut menyediakan akaun khas bagi pelajar-pelajar yang tidak mampu untuk membuka akaun sendiri. 3.0 Kajian Literatur Kajian awal yang telah dijalankan oleh Nordin (1991) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka. Menurut kajian Losinin bin Johalin (2009), mendapati bahawa pelajar mempunyai sikap yang positif, minat dan motivasi yang tinggi terhadap program ZoomA. Guru berpendapat bahawa Program Zoom- A sangat membantu dalam PAK. 3
  • 5. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 4.0 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana program Zoom-A membantu dalam proses penilaian kendiri pelajar sama ada di sekolah atau di rumah dari segi keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan. Secara khususnya objektif kajian adalah seperti berikut: 4.1 Mengetahui sejauhmanakah tahap penggunaan pelajar tehadap program Zoom-A dalam meningkatkan tahap Pembelajaran Akses Kendiri. 4.2 Mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penerimaan para guru yang terdiri daripada pelbagai opsyen terhadap program Zoom-A dengan menggunakan instrumen temubual. 5.0 Pernyataan Masalah Mulai Tahun 2003 kadar penggunaan peralatan ICT dan internet dalam proses PdP di sekolah terus meningkat. Pemasangan perkakasan Schoolnet di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah memudahkan pihak sekolah, guru serta pelajar mendapatkan maklumat di hujung jari. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan web dan CDRI menjadi lebih berkesan. Berdasarkan pengalaman pengkaji, beberapa isu boleh dihubungkaitkan dengan penggunaan kemudahan ICT ini. Antaranya ialah kekerapan penggunaan, sebab-sebab penggunaan dan PdP berjalan lancar di samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran. Manusia dikatakan makhluk yang visually oriented dan mereka banyak belajar melalui penglihatan (Pulley). Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas. Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze , seorang pujangga dan ahli falsafah cina; ‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu…’. Kajian ini juga telah menunjukkan betapa pentingnya peranan internet dalam memastikan keberkesanan media pembelajaran. Justeru, ia perlu dimanfaatkan khususnya oleh pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka. 4
  • 6. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 6.0 Sasaran Kajian Kajian ini telah dijalankan ke atas 15 orang pelajar dengan ciri-ciri starata dari segi tahun pembelajaran (Tahun 6) dan aras kemahiran. Pemilihan starata boleh meningkatkan kebolehpercayaan dapatan kajian sebagaimana pendapat Anastasi (1982:125) . Para pelajar diambil dari 3 kumpulan pelbagai aras kemahiran seperti berikut:a) Murid Prestasi Tinggi - 5 orang b) Murid Prestasi Sederhana - 5 orang c) Murid Prestasi Rendah - 5 orang Responden guru pula terdiri daripada 4 orang guru daripada empat matapelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Responden guru diberikan instrumen temubual. 7.0 Metodologi Kajian 7.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah satu kajian kualitatif. Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian berbentuk kualitatif kerana ia sesuai dengan kajian yang ingin dijalankan dari segi jangka masa kajian, kos kajian, lokasi kajian di sekolah sendiri, dan sampel kajian yang sedikit. 7.2 Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah temubual dan pemerhatian. Temu bual dilakukan ke atas pelajar dan guru yang dipilih. Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik. Manakala pemerhatian pula, dilakukan semasa proses PdP di dalam makmal komputer dan penggunaan Zoom-A di rumah serta laporan penggunaan di dalam akaun Zoom-A sekolah dan pelajar sendiri. 5
  • 7. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 8.0 Kaedah Mengutip Data Oleh kerana populasi kajian adalah sedikit maka pemerhatian dan temubual digunakan. Untuk mendapatkan maklumat daripada pelajar, pemerhatian dilakukan ke atas laporan penggunaan Zoom-A yang diperolehi melalui akaun pelajar. Manakala analisis dari instrumen temu bual dibuat dalam bentuk laporan. Analisis ini dilakukan untuk mengenal pasti pola-pola maklumat dengan mengambilkira aspek objektiviti dan ciri-ciri kualitatif maklumat yang telah dikumpul ( Marshal & Rossman, 1989 ). Cara ini merupakan teknik analisis yang dibuat secara objektif dan sistematik bagi mengenalpasti ciri-ciri mesej ( Marshal & Rossman, 1989 ) atau tema-tema tertentu ( Metcalf, 1985). 9.0 Tinjauan awal 9.1 Proses pembelajaran kendiri pelajar amat penting untuk menjana kecemerlangan pada masa hadapan. Guru dilihat sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di rumah pula, pendidikan bermula dengan lebih efisien dengan adanya penglibatan dan pemantauan ibu bapa. PAK berbantukan komputer dan internet telah dikenalpasti boleh dilaksanakan baik di sekolah mahu pun di rumah. Selain daripada kaedah ini memang menarik minat pelajar, jika ia digunakan dengan sistematik dan bersungguh-sungguh, ia lebih berkesan dan menjimatkan kos. 9.2 Sebelum kajian ini dijalankan, pengkaji telah membuat beberapa tinjauan tentang pembelajaran asas kendiri ( Personel Based Learning ) berasaskan internet. Walaupun bidang ICT dalam pendidikan semakin berkembang, namun kebanyakan guru masih suka menggunakan cara tradisional iaitu chalk and talk. Bentuk latihan yang disediakan adalah lembaran kerja, buku latihan, edisi Didik dan sebagainya. Bagaimanapun, kapasiti soalan agak terbatas dan dokumentasi gerak kerja tidak disediakan. Namun, Zoom-A merupakan satu bahan interaktif yang menarik dan mesra pengguna. Selepas Portal Zoom-A dilancarkan, pelajar dan guru mula menggunakannya sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. 9.3 Pengkaji telah membuat tinjauan terhadap Portal Zoom-A melalui Penjelajahan Web ( Web Explore ). Berdasarkan penelitian, pengkaji mendapati terdapat ciriciri yang baik dan efisien di dalam portal tersebut dan sangat sesuai digunakan 6
  • 8. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB oleh guru dan pelajar. Apatah lagi dengan adanya kemudahan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) dan Mobile Broadband . Kemudahan internet bukan lagi satu persoalan yang besar. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kemudahan internet dan komputer di rumah, pihak sekolah telah mengambil langkah dengan membuka makmal komputer pada hari Sabtu dan Ahad bagi membolehkan pelajar menggunakan kemudahan yang ada. 10.0 Pelaksanaan Kajian Secara khususnya, kajian ini dilakukan untuk menyiapkan tugasan KPT 6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web iaitu menjalankan satu kajian tinjauan pelbagai aspek dalam amalan penggunaan media elektronik atau web di institusi pendidikan anda semasa. Oleh itu, kajian ini secara serius mula dilakukan sejak lebih kurang tiga bulan lalu. Namun secara amnya, pengkaji telah melakukan pemerhatian dan kajian ketika program Zoom-A ini mula diperkenalkan di SKSSU. Dalam masa yang sama, pengkaji mengajar kelas peperiksaan pada ketika itu dan program ini dilihat banyak membantu proses PdP terutamanya sebagai latih tubi kepada pelajar. Sepertimana yang telah kita maklum, murid tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR memerlukan lebih banyak latihan berbanding tahun 1 hingga 5. Oleh itu, guru tidak hanya boleh bergantung kepada buku latihan semata-mata dan set ujian yang diberikan oleh guru. Zoom-A dilihat sebagai BBM yang dapat meningkatkan PAK pelajar. Pengkaji mula mengumpul maklumat dengan membuat pemerhatian ke atas laporan penggunaan melalui akaun Zoom-A sekolah. Seterusnya, pengkaji membuat sedikit temu bual bersama pelajar. Di samping itu, pengkaji memantau pelaksanaan program ini di sekolah. Guru-guru juga ditemu bual bagi mendapatkan gambaran lebih jelas berkaitan penggunaan program Zoom-A dalam proses PdP mereka. Kesemua guru memberikan kerjasama yang sangat baik. 7
  • 9. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 11.0 Laporan Kajian 11.1 Pemerhatian Laporan Jika dilihat daripada laporan penggunaan yang diperolehi dari akaun setiap sampel, didapati bahawa setiap pelajar secara purata ada menggunakan program Zoom-A dalam tempoh seminggu sebagai bahan latih tubi mereka samada semasa di rumah mahupun di sekolah. Laporan ini diperhatikan selama tempoh dua bulan. Pengkaji mendapati sepanjang tempoh itu, pelajar paling kerap menggunakannya pada bulan pertama iaitu bulan September kerana pada masa ini, pelajar bakal menghadapi peperiksaan UPSR dan penggunaanya lebih kerap semasa di rumah berbanding di sekolah. Namun perbezaannya tidak ketara. Namun, pada bulan kedua kekerapan pelajar lebih banyak semasa di sekolah kerana guru masih menggunakannya dalam proses PdP walaupun peperiksaan telah tamat. Ini kerana program tersebut digunakan sebagai salah satu bahan dalam Program Selepas UPSR. Walaubagaimanapun, kekerapan penggunaan merosot semasa di rumah pada bulan Oktober. Ini mungkin kerana pelajar sudah tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana peperiksaan UPSR sudah berakhir. Jadual di bawah menunjukkan kekerapan penggunaan program Zoom-A oleh sampel. Berdasarkan jadual di bawah, kekerapan penggunaan lebih banyak pada bulan September berbanding bulan Oktober. Jadual 1: Kekerapan Penggunaan Zoom-A Kekerapan Bil. Kumpulan Pelajar September Oktober Sekolah Rumah Sekolah Rumah 1. Pelajar Prestasi Tinggi 20 21 27 15 2. Pelajar Prestasi Sederhana 20 23 19 8 3. Pelajar Prestasi Lemah 17 16 17 4 57 59 53 27 Jumlah Berdasarkan jadual di atas, kumpulan pelajar prestasi tinggi mencatatkan lebih penggunaan, diikuti pelajar prestasi sederhana dan pelajar prestasi lemah. 8
  • 10. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB Faktor aras kemahiran mungkin mempengaruhi serba sedikit kekerapan penggunaan. Pelajar prestasi tinggi lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan mampu menyelesaikan ujian dengan cepat. Begitu juga pelajar prestasi sederhana. Pelajar prestasi lemah memerlukan lebih bimbingan dalam mempelajari sesuatu. Apa yang berlaku di SKSSU berdasarkan temubual bersama pelajar prestasi lemah ini, guru mereka akan memberikan huraian secara terperinci apa yang telah mereka jawab di dalam apa jua ujian yang dilakukan. 11.2 Temubual Pelajar Hasil daripada temubual yang dilakukan ke atas 15 orang pelajar yang dipilih, mendapati secara purata pelajar menggunakan program Zoom-A ini samada di sekolah mahupun di rumah. Walaubagaimanapun, kekerapan penggunaannya adalah berbeza. Daripada 15 orang pelajar berkenaan, 5 daripadanya adalah pelajar yang cemerlang 5 lagi pelajar aras sederhana dan 5 daripadanya pelajar yang lemah. Hampir kesemua pelajar menggunakan Zoom-A seperti yang diarahkan guru. Di samping itu, pelajar turut membuat ujian selain daripada yang diarahkan oleh guru. Cuma, bilangan ujian yang dibuat adalah berbeza. Pelajar yang prestasi tinggi lebih kerap membuat Zoom-A berbanding pelajar yang lemah. Pelajar yang sederhana pula, ada yang membuat Zoom-A kadangkala menyamai bilangan pelajar prestasi tinggi dan ada juga yang menyamai pelajar lemah. Berdasarkan temubual, ia disebakan oleh sikap mereka yang tidak serius dalam pembelajaran dan mereka lebih suka permainan interaktif. Mereka juga adakalanya adalah pelajar yang berpotensi cemerlang, namun atas sikap ibu bapa yang tidak mengutamakan aspek pembelajaran menjadikan prestasi mereka sederhana. Ibu bapa lebih banyak memberi kebebasan kepada mereka. Begitu juga alasan segelintir pelajar yang lemah. Namun, ada di antara pelajar lemah ini yang membuat ujian Zoom-A, tetapi oleh kerana aras kemahiran mereka lemah, ujian yang dibuat agak mengambil masa dan mereka tidak dapat membuat ujian Zoom-A dengan lebih banyak. Bagi pelajar prestasi tinggi pula, mereka memang gemar membuat Zoom-A kerana mereka sukakan pembelajaran secara interaktif dan gembira apabila melihat hasil ujian yang dibuat. 9
  • 11. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB 11.3 Temubual Guru Berdasarkan hasil temubual ke atas 4 orang guru yang mengajar tahun 6, mendapati bahawa guru menggunakan program Zoom-A sebagai latih tubi kepada pelajar. Ini kerana, guru perlu kreatif dalam menjalankan proses PdP bagi memastikan proses tersebut menarik dan berkesan dan pembelajaran interaktif merupakan satu aktiviti yang menarik. Tambahan pula dengan kemudahan yang ada di sekolah seperti makmal komputer dan akses internet. Guru-guru yang dipilih adalah guru bagi empat matapelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Guru-guru ini adalah guru yang mengajar kelas yang pelajar berprestasi tinggi iaitu kelas pertama, sederhana dari kelas kedua dan lemah, murid kelas yang ketiga. Dua orang guru adalah guru mengajar kelas pelajar berprestasi tinggi dan satu masing-masing dari kelas sederhana dan lemah. Hasil temubual bersama guru Matematik yang mengajar kelas pertama, guru akan membawa pelajar menggunakan program Zoom-A sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan akan memberikan latihan dalam program tersebut kepada pelajar untuk dilakukan di rumah dengan pemantauan ibu bapa. Beliau juga mengatakan bahawa, pelajarnya gemar membuat latihan di dalam program tersebut dan mereka akan bersaing di antara satu sama lain dalam menyiapkan ujian yang diberi. Ini merupakan sikap positif yang berjaya disemai dalam diri pelajarnya melalui program Zoom-A berkenaan. Guru berikutnya ialah guru Bahasa Inggeris yang mengajar kelas pertama. Beliau menggunakan program Zoom-A bersama-sama pelajar-pelajarnya sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ini bagi memberi peluang kepada pelajarnya menggunakan pembelajaran interaktif. Bagi memastikan pelajarnya membuat PAK di rumah dengan pemantauan ibu bapa, beliau akan memberikan tugasan mengikut topik yang diberi di dalam program tersebut. Ia juga bagi menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. “Menggunakan Zoom-A, pelajar-pelajar saya berasa selesa dan sekaligus membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam matapelajaran Bahasa Malaysia”. Begitulah antara hasil temubual bersama guru Bahasa Malaysia yang mengajar kelas kedua. Beliau berpendapat program Zoom-A membantu 10
  • 12. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB mempelbagaikan sumber pembelajaran interaktif bagi pelajar-pelajarnya. Beliau menggunakan program Zoom-A secara purata satu hingga dua kali sebulan. Seterusnya bagi guru keempat yang ditembual, beliau turut menggunakan program Zoom-A bersama pelajarnya. Namun tidak sekerap kelas pertama dan kedua. Beliau ialah seorang guru Sains. Oleh kerana matapelajaran Sains hanya ada 5 waktu seminggu, beliau secara purata menggunakan program Zoom-A dua kali dalam tiga bulan. Beliau jarang memberikan ujian melalui Zoom-A kerana tidak semua murid dari kelasnya mempunyai kemudahan komputer dan internet di rumah. Walaubagaimanapun, beliau berpendapat bahawa program Zoom-A adalah satu program yang bagus. 12.0 Perbincangan 12.1 Refleksi Sesungguhnya program Zoom-A secara sendirinya mempunyai kekuatan tersendiri. Ia dapat membantu pelajar membuat PAK. Programnya juga mudah dikendalikan malahan oleh pelajar sendiri. Ia juga berupaya memupuk sikap berdikari di kalangan pelajar. Di samping itu, guru dapat meningkatkan keberkesanan PdP seterusnya membantu mencapai objektif yang hendak dicapai. Program ini juga sejajar dengan perkembangan ICT dalam bidang pendidikan. Yuran langganan yang murah dan sistem yang mudah dikendalikan menjadikan ia mampu diperolehi oleh pelajar terutamanya pelajar di SKSSU yang merupakan pelajar kategori luar bandar. Namun, terdapat pelbagai kekangan dalam melaksanakannya. Kekangan masa dan bebanan kerja yang dihadapi oleh guru menjadikan program ini tidak dapat digunakan semaksimum mungkin. Bukan itu sahaja, bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas menyebabkan bilangan komputer tidak dapat menampung keperluan pelajar. Oleh itu, langkah yang diambil oleh guru adalah dengan mengarahkan pelajar berkongsi komputer. Ini menyebabkan pelajar tidak secara langsung belajar sendiri, malahan bersama kawan. Bukan itu sahaja, bilangan kelas yang banyak di SKSSU, menjadikan kemudahan makmal komputer tidak dapat digunakan dengan lebih kerap. Namun, langkah mengatasi telah 11
  • 13. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB diambil dengan menyediakan jadual penggunaan makmal komputer. Kelas peperiksaan biasanya diberi keutamaan. Selain daripada masalah di atas, capaian akses internet yang adakalanya perlahan membuatkan program tersebut tidak dapat diakses langsung atau sangat perlahan. Masalah ini terjadi kerana, terdapat sebuah Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) di dalam kawasan sekolah. Sekiranya terdapat kursus yang dijalankan di PKG berkenaan, maka akan timbul masalah akses internet. Ini amat mendukacitakan bukan sahaja guru, malahan pelajar-pelajar sendiri. Secara keseluruhannya, berdasarkan kajian yang dilakukan ini, program Zoom-A meningkatkan tahap PAK di kalangan pelajar di SKSSU. Program PAK adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya serta rentak pembelajaran yang berbeza. Pengawasan dan bimbingan guru merupakan akses bagi pelajar belajar secara berdikari. Walaubagaimanapun, guru yang hanya bertindak sebagai fasilitator sebenarnya masih mempunyai peranan yang penting dalam menggalakkan pelajar melaksanakan PAK. Ini dapat dilihat daripada hasil laporan penggunaan Zoom-A oleh pelajar di mana apabila terdapat pemantauan guru iaitu semasa di sekolah dan apabila guru membekalkan ujian yang perlu dilakukan dalam Zoom-A di rumah, didapati bilangan penggunaan tinggi. Ini dapat dilihat pada bulan September semasa di rumah sebanyak 59 kali dan sekolah sebanyak 57 serta Oktober semasa di sekolah sebanyak 53 kali. Bilangan ini tinggi berbanding pada bulan Oktober semasa di rumah dengan hanya sebanyak 27 kali penggunaan. Pada bulan Oktober, guru sudah tidak membekalkan ujian yang perlu diselesaikan kerana ujian hanya dijalankan di sekolah untuk Program Selepas UPSR. 12.2 Cadangan 12.2.1 Menyediakan soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan bukan sematamata soalan berbentuk klon. Ini pastinya lebih menarik minat guru untuk menggunakannya dalam PdP. Guru tidak lagi perlu membuat salinan yang banyak untuk diberikan kepada murid, malahan guru dan murid 12
  • 14. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB dapat menyemak jawapan dengan lebih cepat dan mendapat huraian jawapan dengan serta merta. Ini dapat menjimatkan masa dan kos. 12.2.2 Program ini boleh diperkembangkan lagi ke peringkat sekolah menengah kerana pada masa ini, program ini hanya terdapat untuk pelajar sekolah rendah. Pengkaji bependapat bahawa program ini akan lebih berkesan bagi pelajar sekolah menengah kerana mereka lebih berupaya untuk melakukan PAK berdasarkan faktor usia dan pengetahuan internet mereka. 12.2.3 Oleh kerana program Zoom-A ini memerlukan kemudahan komputer dan internet, pengkaji mencadangkan agar pihak JKKK menyediakan satu pusat yang ada kemudahan komputer dan internet. Ini kerana, bukan semua ibu bapa mampu menyediakan kemudahan yang diperlukan terutamanya ibu bapa yang berpendapatan rendah. Usaha ini bersesuaian dengan program Kampung Tanpa Wayar (KTW) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyediakan kemudahan jalur lebar di kawasan kampung dan felda. 13
  • 15. KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB RUJUKAN Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill ( Malaysia ) Sdn. Bhd. Losinin Bin Johalin. 2009. Program Zoom-A: Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran Asas Kendiri Pelajar. (atas talian). http://www.scribd.com/doc/36324187/Zoom-A-MeningkatkanKeberkesanan-Pembelajaran-Asas-Kendiri-Pelajar (19 November 2013). Mazlan Junaidi. 2012. Pembelajaran Akses Kendiri. (atas http://mrmazlanjunaidi.blogspot.com/2012/06/pembelajaran-akses-kendiri.html talian). (19 November 2013). Pembelajaran Interaktif Melalui Internet. (atas talian). http://www.zoom-a.com/ ( 17 November 2013). 14