SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 5
8.5   PERKAITAN ANTARA TEORI INTERAKSIONISME DENGAN MOBILITI
      SOSIAL

      8.5.1   Teori Interaksionisme

      Teori interaksionisme banyak dikaitkan dengan George Herbert Mead. Beliau
      merupakan pengkaji sosiologi yang bersifat mikro. Ia membincangkan peranan
      individu dalam sesuatu sistem sosial. Teori ini mengkaji bagaimana seseorang
      menginterpretasi dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam
      masyarakat. Ahli-ahli interaksionisme mentafsir makna perlakuan atau aksi individu
      dan memperjelaskan makna-makna perlakuan manusia yang subjektif. Mereka
      melihat bagaimana makna-makna yang subjektif dikongsi bersama oleh anggota-
      anggota masyarakat. Oleh itu, teori ini mempunyai dua asas pemerhatian penting iaitu
      pertamanya ia mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.
      Keduanya ia melihat bagaimana makna yang simbolik itu digunakan dalam interaksi
      manusia.

      Blummer (1969) yang mengembangkan teori interaksionisme simbolik memberikan
      tiga huraian penting mengenai konsep makna. Pertama adalah kepentingan memahami
      makna-makna simbolik mengikut konteks penggunaannya. Kedua, makna yang
      simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan
      hubungan bertambah mesra. Ketiga, makna adalah sesuatu yang boleh dirundingkan
      iaitu kita tidak semestinya menerima sesuatu makna yang diutarakan oleh pihak lain
      tetapi kita juga berperanan memberi makna yang sesuai kepada sesuatu perkara. Oleh
      itu dapat dikatakan bahawa interaksionisme simbolik melihat bagaimana individu
      membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Ia memberi penekanan
      tentang peranan aktif seseorang individu dalam perhubungan sosial dan seseorang
      manusia bukanlah secara pasif dibentuk oleh persekitaran sosial.

      Makna-makna simbolik diperoleh daripada bentuk-bentuk simbol tertentu seperti
      perkataan, perlakuan, objek dan bahasa. Perkataan yang digunakan sebagai simbol
      adalah mewakili objek-objek fizikal, perasaan, nilai dan idea. Perlakuan pula meliputi
      perbuatan termasuklah yang berdasarkan pemikiran dan niat seseorang. Objek adalah
      perkara nyata yang dapat dilihat. Bahasa pula adalah bahasa lisan untuk berhubung.
      Menurut Mead, bahasa membolehkan manusia menjadi makhluk sedar kendiri atau
      kita menyedari bahawa diri kita adalah seseorang individu. Penggunaan simbol-simbol
      merupakan perkara penting dalam proses mengenali diri ini. Simbol merupakan
      sesuatu yang wujud sebagai wakil kepada sesuatu perkara lain sama ada yang diwakili
      itu wujud dalam bentuk nyata atau abstrak. Sebagai contoh, perkataan ‘pokok’
      merupakan simbol yang mewakili objek pokok. Kita boleh fikir dan gambarkan
      mengenai pokok walaupun ketika itu pokok tidak wujud di depan mata kita, hanya
      sekiranya kita telah menguasai konsep simbol. Oleh itu, pemikiran simbolik
      membebaskan kita daripada hanya terhad kepada perkara-perkara yang kita boleh
      lihat, dengar, hidu dan rasa sahaja.
Ahli interaksionisme simbolik selalunya berfokus kepada hubungan bersemuka dalam
konteks kehidupan seharian. Setiap hari manusia terlibat dengan pergaulan dengan
orang lain. Hubungan antara manusia ini melibatkan simbol. Signifikasinya,
kehidupan manusia adalah dipenuhi dengan simbol-simbol. Simbol menyebabkan kita
dapat mempelajari tentang diri kita dan dapat melihat diri kita dari luar. Contoh paling
mudah ialah simbol ‘saya’ merujuk kepada objek yang dipanggil oleh orang lain
sebagai ‘awak’ merupakan tahap permulaan kesedaran kendiri. Lebih jelas lagi, kita
dapat melihat diri kita sebagaimana orang lain melihat diri kita.

Prose menginterpretasi simbol-simbol adalah sangat kompleks. Bila berinteraksi
dengan orang lain, kita selalunya mencari ‘petanda-petanda’ jenis tingkah laku dalam
konteks hubungan berkenaan. Kita mengiterpretasi simbol-simbol daripada pihak lain
seperti apakah kemahuan mereka, apa merka akan kata atau apa mereka akan buat.
Misalannya, apabila buat pertama kali bertemu dalam temujanji antara lelaki dan
perempuan, masing-masing akan menunjukkan sesuatu yang baik dan memikirkan
apa pandangan pasangan terhadapnya, mereka akan menggunakan simbol-simbol dan
disesuaikan dengan perlakuan yang berhati-hati.

Oleh itu, teori interaksionisme mementingkan proses interaksi sosial manusia.
Sekiranya kita tidak bersosial, kita tidak akan berkelakuan seperti makhluk manusia
biasa. Kita mungkin dianggap tidak waras dan tidak siuman. Banyak cerita-cerita
manusia yang sejak kanak-kanak terasing daripada manusia lain telah menunjukkan
tingkah laku berbeza daripada manusia yang kita anggap normal. Salah satu contoh
ialah lagenda Tarzan yang tidak mempunyai interaksi dengan manusia semasa zaman
kanak-kanaknya.

Secara keseluruhannya terdapat beberapa prinsip asas teori interaksi simbolik seperti
berikut (Ritzer 1992):

   1. Manusia adalah tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai
      keupayaan untuk berfikir.
   2. Keupayaan berfikir manusia adalah dibentuk oleh interaksi sosial.
   3. Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari makna-makna dan simbol-simbol
      yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada
      mereka.
   4. Makna-makna dan simbol-simbol membolehkan manusia beraksi dan
      berinteraksi.
   5. Manusia berkeupayaan mengubah makna-makna dan simbol-simbol yang
      mereka gunaka dalam aksi dan interaksi berdasarkan interpretasi mereka
      terhadap sesuatu situasi.
   6. Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana
      kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri. Kebolehan ini
      membolehkan mereka menjangkakan kemungkinan-kemungkinan kesan
      tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya
      menentukan tindakan atau aksi yang sesuai.
7. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat.



      8.5.2   Pendidikan

      Kajian interaksionisme dalam pendidikan berfokus kepada meneliti makna-makna
      yang dibentuk oleh peserta-peserta yang terlibat terutamanya guru dan murid. Mereka
      juga melihat aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat
      bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah. Contohnya mereka menunjukkan
      bagaimana murid mempunyai perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara
      murid berinteraksi dengan guru. Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar
      belakang kelas sosial dalam masyarakat.

      Dalam bidang pendidikan, pendekatan interaksionisme simbolik sangat popular
      digunakan khususnya untuk melihat hubungan antara guru dengan murid, murid
      dengan murid dan guru dengan guru. Pendekatan ini biasanya dapat dilihat ketika
      interkasi yang berlaku dalam bilik darjah. Antara teknik-teknik yang digunakan oleh
      guru untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
      adalah seperti membuat janji dan ancaman atau amaran, merujuk kepada pihak atasan
      seperti guru besar, dasar pecah dan perintah dan lain-lain. Antara teknik-teknik yang
      digunakan oleh murid pula ialah seperti merujuk kepada keadilan, melakukan
      gangguan, merujuk kepada pihak berautoriti seperti ibu bapa dan sebagainya. Teknik-
      tekni atau stratergi-stratergi ini akan mempengaruhi interaksi dan menjadikan suasana
      bilik darjah hidup, menjadi lebih teratur dan menggalakkan proses P&P.



8.6   PERKAITAN ANTARA TEORI KONFLIK DENGAN MOBILITI SOSIAL

      8.6.1   Teori Konflik

      Teori konflik bermula daripada pandangan asal Marx dan diikuti oleh Weber. Tokoh-
      tokoh lain telah memperkembangkan pandangan mereka. Secara analitikal teori ini
      terbahagi kepada dua bahagian iaitu aliran Marx dan aliran Weber.

      8.6.1.1 Aliran Marx

      Teori konflik aliran Marx adalah berlatarbelakangkan tafsiran-tafsiran sosiologikal
      terhadap karya-karya Karl Marx. Perspektif Marxime adalah agak berbeza dengan
      pandangan sosiologi bukan Marx.ia berbeza dengan fungsionalisme kerana ia tidak
      bersetuju engan konsep consensus dan sosiologikal yang bebas nilai. Bagi pengikut
      aliran Marx, mereka melihat teori bukan semata-semata sebagai satu cara analisis
      sosiologi bahkan ia juaga merupakan satu cara reformasi social. Marxime pula
      menjadi pengerak kepada perubahan politik yang radikal. Fatimah Daud (1992)
      mengatakan bahawa konsep sejarah Marxime Marx mengandungi tiga elemen penting
      iaitu ia merupakan satu teori atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran politik dan
satu pandangan hidup yang kekuatannya sama dengan agama. Brinkerhoff dan Whife
(1989), pula merumuskan terdapat tiga andaian penting teori konflik iaitu:

   1. Konsep dialektik : Evolusi bukan merupakan proses utama yang menghasilkan
      perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah
      konflik.
   2. Determinisme : Asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh faktor-
      faktor persaingan ekonomi.
   3. Ativisme Sosial : Tugas utama analisis sosial adalah kriktikan sosial.

Pada keseluruhannya teori konflik juga membicarakan mengenai peranan struktur
sosial. Konsep-konsep berkaitan yang selalu dibincangkan oleh teori ini ialah seperti
soal pembahagian kelas sosial dalam masyarakat, konflik, perubahan sosial, alienasi
kuasa dan ideologi. Ketidaksamaan selalu menjadi fokus perdebatan. Dua perkara
utama yang biasa diutarakan ialah pertamanya, teori ini melihat akses atau peluang
yang tidak sama terhadap sumber-sumber yang terhad yang ada dalam struktur sosial.
Kedua, ia melihat bagaimana ketegangan yang berpunca daripada ketidaksamaan
memberi kesan kepada kestabilan dan perubahan. Oleh itu, teori ini melihat
masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan. Konflik tidak dapat
dihindarkan untuk berubah. Pergeseran-pergeseran berlaku antara kelas sosial rendah,
berlaku dalam kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau dalam kumpulan: dimana
semuanya mahukan perubahan. Dalam sesuatu konflik, akan ada satu pihak yang
kalah dan satu pihak yang menang. Fenomena kalah-menang ini kan menyebabkan
perubahan. Oleh itu, ketegangan dan konflik dalam masyarakat akan memyumbang
kepada perubahan sosial. Walaupun perubahan boleh berlaku revolusi dan adaptasi, ia
mesti dimulai oleh konflik.

Untuk berfikir seperti Marx, kita perlu menerima pandangan bahawa asas kepada
pembentukan masyarakat adalah merupakan faktor-faktor ekonomi seperti tanah,
modal, industry dan perdagangan.pembentukan sesebuah masyarakat baru adalah
hasil daripada perjuangan antara kelas untuk menguasai ekonomi. Faktor-faktor yang
berkaitan dengan pengeluaran ekonomi menjadi asas kepada perubahan masyarakat.
Bahagaian-bahagian lain selain daripada ekonomi seperti agama, institusi politik,
institusi kekeluargaan, dan institusi pendidikan pula menjadi superstruktur
masyarakat. Superstruktur masyarakat adalah dibentuk dan dipengaruhi oleh struktur
asas masyarakat, iaitu ekonomi. Perubahan pada superstruktur masyarakat hanya kan
berlaku sekiranya telah terdapat perubahan pada asasnya. Sebagai contoh, masyaralat
kapitalis terbentuk kerana pertentangan antara tuan tanah aristrokrat dengan kelas
baru dimana kekayaan kelas baru adalah berasaskan kepada keluaran industry dan
perdagangan. Kelas baru yang menguasai faktor-faktor perdagangan ini disebut oleh
Marx sebagai berjuis. Golongan berjuis yang menguasai perdagangan dan
perindustrian menggunakan mereka yang tidak berharta untuk menjadi buruh dan
mereka digelar sebagai golongan proletariat atau kelas pekerja.
Golongan berjuis merupakan minoriti dalam masyarakat sementara yang majoritinya
adalah golongan proletariat. Golongan minoriti mempunyai kauasa yang besar kerana
merekalah yang menguasai ekonomi. Dengan kuasa, mereka mendominasikan
golongan majoriti. Kedua-dua golongan ini sentiasa berkonflik. Setiap kelas
mempunyai kesedaran untuk perpaduan dan menjaga kepentingan kelas masing-
masing serta berseteru dengan kelas lain. Kelas pekerja selalu mendakwa mereka
ditindas oleh golongan yang mempunyai kekuasaan. Oleh itu, kaum buruh akan
berjuang dan memprotes untuk mendapatkan hak mereka seperti, berjuang meminta
gaji yang lebih tinggi. Golongan berjuis akan menjaga kepentingan utama untuk
mencapai keuntungan maksima dengan melakukan pengeksploitasian. Ketegangan
dan konflik antara mereka berterusan yang mengakibatkan perubahan sosial tidak
dapat dielakkan. Mengikut teori Marx pada sejarah tertentu kapitalisme, perjuangan
ini akan dimenangi oleh kelas pekerja. Mereka akan memperoleh kuasa dan pada
peringkat ini masyarakat akan sekali lagi berubah. Dalam masyarakat baru yang
dipanggil sosialis, tiada individu yang akan menguasai faktor-faktor pengeluaran.
Semua hak milik terhadap faktor-faktor pengeluaran dianggap sama. Oleh itu, kelas
sosial dan ketidaksamaan pengagihan kekayaan akan terputus dan semua orang akan
mempunyai peluang yang sama.

Kewujudan institusi-institusi dalam masyarakat kapitalisme adalah untuk
mempertahankan faktor-faktor pengeluaran. Dalam masyarakat kapitalis, semua
institusi sosial wujud kerana kepentingan kelas memerintah mengekalkan kedudukan
dan kekuasaan mereka. Institusi keluarga misalnya digunakan untuk melahirkan dan
membekalkan generasi pekerja akan datang. Kuasa institusi undang-undang
digunakan untuk menjaga kepentingan minoriti dan mengawal mereka yang
menentang hak individu dalam sistem kapitalisme. Pendidikan akan mengajar anak-
anak kelas pekerja untuk menduduiki kedudukan yang sesuai bagi mereka dalam
struktur masyarakat. Mereka dibekalkan dengan ilmu dan nilai sebagai pekerja yang
dikehendaki untuk terus mencipta kekayaan kepada kelas domain.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
sahronzulkepli
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
Aziyan Bakar
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Gulit Rukag
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
Ieta Sa'ad
 

Was ist angesagt? (20)

Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Tajuk 5
Tajuk 5Tajuk 5
Tajuk 5
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendirifaktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 

Andere mochten auch

nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
Yuvarani Subramaniam
 
Kemahiran mikropengajaran1
Kemahiran mikropengajaran1Kemahiran mikropengajaran1
Kemahiran mikropengajaran1
Amirah_Ahmad
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
xiaomei1029
 
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasaKumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
pikaosman
 

Andere mochten auch (15)

nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Teori bahasa
Teori bahasaTeori bahasa
Teori bahasa
 
Teori Konstruktivisme
Teori KonstruktivismeTeori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Kemahiran mikropengajaran1
Kemahiran mikropengajaran1Kemahiran mikropengajaran1
Kemahiran mikropengajaran1
 
Teori
TeoriTeori
Teori
 
49628001 teknik-penyoalan-3
49628001 teknik-penyoalan-349628001 teknik-penyoalan-3
49628001 teknik-penyoalan-3
 
Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme
 
KBAT: kemahiran menyoal
KBAT: kemahiran menyoal KBAT: kemahiran menyoal
KBAT: kemahiran menyoal
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasaKumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
 
Kemahiran menyoal
Kemahiran menyoalKemahiran menyoal
Kemahiran menyoal
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
 

Ähnlich wie 8.5 teori interaksionisme

Inetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatif
Inetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatifInetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatif
Inetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatif
Riska sasaka
 
Teori interaksi simbolik
Teori interaksi simbolikTeori interaksi simbolik
Teori interaksi simbolik
Ronzzy Kevin
 
teori interaksi simbolik-Laila.R
teori interaksi simbolik-Laila.Rteori interaksi simbolik-Laila.R
teori interaksi simbolik-Laila.R
LailaRachmaw
 
Inetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatif
Inetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatifInetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatif
Inetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatif
Riska sasaka
 
proses sosial dan interaksi sosial
proses sosial dan interaksi sosialproses sosial dan interaksi sosial
proses sosial dan interaksi sosial
suher lambang
 
Perspektif komunikasi sebagai ilmu
Perspektif komunikasi sebagai ilmuPerspektif komunikasi sebagai ilmu
Perspektif komunikasi sebagai ilmu
Ichan32
 
Makalah interaksi sosial
Makalah interaksi sosialMakalah interaksi sosial
Makalah interaksi sosial
Yadhi Muqsith
 

Ähnlich wie 8.5 teori interaksionisme (20)

Inetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatif
Inetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatifInetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatif
Inetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatif
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1
 
Teori interaksi simbolik
Teori interaksi simbolikTeori interaksi simbolik
Teori interaksi simbolik
 
teori interaksi simbolik-Laila.R
teori interaksi simbolik-Laila.Rteori interaksi simbolik-Laila.R
teori interaksi simbolik-Laila.R
 
Inetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatif
Inetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatifInetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatif
Inetraksi simbolik sebuah penelitian kwalitatif
 
BAB 3
BAB 3 BAB 3
BAB 3
 
TEORI TEORI SOSIAL
TEORI TEORI SOSIALTEORI TEORI SOSIAL
TEORI TEORI SOSIAL
 
proses sosial dan interaksi sosial
proses sosial dan interaksi sosialproses sosial dan interaksi sosial
proses sosial dan interaksi sosial
 
7 Tradisi Komunikasi
7 Tradisi Komunikasi7 Tradisi Komunikasi
7 Tradisi Komunikasi
 
Perspektif komunikasi sebagai ilmu
Perspektif komunikasi sebagai ilmuPerspektif komunikasi sebagai ilmu
Perspektif komunikasi sebagai ilmu
 
Pengantar sosiologi antropologi filsafat Ilmu
Pengantar sosiologi  antropologi filsafat IlmuPengantar sosiologi  antropologi filsafat Ilmu
Pengantar sosiologi antropologi filsafat Ilmu
 
KPS 4043 TEORI KAJIAN SOSIAL.pptx
KPS 4043 TEORI KAJIAN SOSIAL.pptxKPS 4043 TEORI KAJIAN SOSIAL.pptx
KPS 4043 TEORI KAJIAN SOSIAL.pptx
 
Diri dan pesan (teori interaksi simbolik)
Diri dan pesan (teori interaksi simbolik)Diri dan pesan (teori interaksi simbolik)
Diri dan pesan (teori interaksi simbolik)
 
Presentasi Teori Komunikasi Kelompok 3 - Word
Presentasi Teori Komunikasi Kelompok 3 - WordPresentasi Teori Komunikasi Kelompok 3 - Word
Presentasi Teori Komunikasi Kelompok 3 - Word
 
Makalah interaksi sosial
Makalah interaksi sosialMakalah interaksi sosial
Makalah interaksi sosial
 
Nilai dan norma sosial
Nilai dan norma sosialNilai dan norma sosial
Nilai dan norma sosial
 
Makalah perilaku sosial [pos]
Makalah perilaku sosial [pos]Makalah perilaku sosial [pos]
Makalah perilaku sosial [pos]
 
SLIDE 1 SOSIOLOGIo.pptx
SLIDE 1 SOSIOLOGIo.pptxSLIDE 1 SOSIOLOGIo.pptx
SLIDE 1 SOSIOLOGIo.pptx
 
Ppt_TEORI BELAJAR SOSIAL_ MODUL 4 UT
Ppt_TEORI BELAJAR SOSIAL_ MODUL 4 UTPpt_TEORI BELAJAR SOSIAL_ MODUL 4 UT
Ppt_TEORI BELAJAR SOSIAL_ MODUL 4 UT
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 

8.5 teori interaksionisme

  • 1. 8.5 PERKAITAN ANTARA TEORI INTERAKSIONISME DENGAN MOBILITI SOSIAL 8.5.1 Teori Interaksionisme Teori interaksionisme banyak dikaitkan dengan George Herbert Mead. Beliau merupakan pengkaji sosiologi yang bersifat mikro. Ia membincangkan peranan individu dalam sesuatu sistem sosial. Teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasi dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Ahli-ahli interaksionisme mentafsir makna perlakuan atau aksi individu dan memperjelaskan makna-makna perlakuan manusia yang subjektif. Mereka melihat bagaimana makna-makna yang subjektif dikongsi bersama oleh anggota- anggota masyarakat. Oleh itu, teori ini mempunyai dua asas pemerhatian penting iaitu pertamanya ia mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. Keduanya ia melihat bagaimana makna yang simbolik itu digunakan dalam interaksi manusia. Blummer (1969) yang mengembangkan teori interaksionisme simbolik memberikan tiga huraian penting mengenai konsep makna. Pertama adalah kepentingan memahami makna-makna simbolik mengikut konteks penggunaannya. Kedua, makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra. Ketiga, makna adalah sesuatu yang boleh dirundingkan iaitu kita tidak semestinya menerima sesuatu makna yang diutarakan oleh pihak lain tetapi kita juga berperanan memberi makna yang sesuai kepada sesuatu perkara. Oleh itu dapat dikatakan bahawa interaksionisme simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Ia memberi penekanan tentang peranan aktif seseorang individu dalam perhubungan sosial dan seseorang manusia bukanlah secara pasif dibentuk oleh persekitaran sosial. Makna-makna simbolik diperoleh daripada bentuk-bentuk simbol tertentu seperti perkataan, perlakuan, objek dan bahasa. Perkataan yang digunakan sebagai simbol adalah mewakili objek-objek fizikal, perasaan, nilai dan idea. Perlakuan pula meliputi perbuatan termasuklah yang berdasarkan pemikiran dan niat seseorang. Objek adalah perkara nyata yang dapat dilihat. Bahasa pula adalah bahasa lisan untuk berhubung. Menurut Mead, bahasa membolehkan manusia menjadi makhluk sedar kendiri atau kita menyedari bahawa diri kita adalah seseorang individu. Penggunaan simbol-simbol merupakan perkara penting dalam proses mengenali diri ini. Simbol merupakan sesuatu yang wujud sebagai wakil kepada sesuatu perkara lain sama ada yang diwakili itu wujud dalam bentuk nyata atau abstrak. Sebagai contoh, perkataan ‘pokok’ merupakan simbol yang mewakili objek pokok. Kita boleh fikir dan gambarkan mengenai pokok walaupun ketika itu pokok tidak wujud di depan mata kita, hanya sekiranya kita telah menguasai konsep simbol. Oleh itu, pemikiran simbolik membebaskan kita daripada hanya terhad kepada perkara-perkara yang kita boleh lihat, dengar, hidu dan rasa sahaja.
  • 2. Ahli interaksionisme simbolik selalunya berfokus kepada hubungan bersemuka dalam konteks kehidupan seharian. Setiap hari manusia terlibat dengan pergaulan dengan orang lain. Hubungan antara manusia ini melibatkan simbol. Signifikasinya, kehidupan manusia adalah dipenuhi dengan simbol-simbol. Simbol menyebabkan kita dapat mempelajari tentang diri kita dan dapat melihat diri kita dari luar. Contoh paling mudah ialah simbol ‘saya’ merujuk kepada objek yang dipanggil oleh orang lain sebagai ‘awak’ merupakan tahap permulaan kesedaran kendiri. Lebih jelas lagi, kita dapat melihat diri kita sebagaimana orang lain melihat diri kita. Prose menginterpretasi simbol-simbol adalah sangat kompleks. Bila berinteraksi dengan orang lain, kita selalunya mencari ‘petanda-petanda’ jenis tingkah laku dalam konteks hubungan berkenaan. Kita mengiterpretasi simbol-simbol daripada pihak lain seperti apakah kemahuan mereka, apa merka akan kata atau apa mereka akan buat. Misalannya, apabila buat pertama kali bertemu dalam temujanji antara lelaki dan perempuan, masing-masing akan menunjukkan sesuatu yang baik dan memikirkan apa pandangan pasangan terhadapnya, mereka akan menggunakan simbol-simbol dan disesuaikan dengan perlakuan yang berhati-hati. Oleh itu, teori interaksionisme mementingkan proses interaksi sosial manusia. Sekiranya kita tidak bersosial, kita tidak akan berkelakuan seperti makhluk manusia biasa. Kita mungkin dianggap tidak waras dan tidak siuman. Banyak cerita-cerita manusia yang sejak kanak-kanak terasing daripada manusia lain telah menunjukkan tingkah laku berbeza daripada manusia yang kita anggap normal. Salah satu contoh ialah lagenda Tarzan yang tidak mempunyai interaksi dengan manusia semasa zaman kanak-kanaknya. Secara keseluruhannya terdapat beberapa prinsip asas teori interaksi simbolik seperti berikut (Ritzer 1992): 1. Manusia adalah tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir. 2. Keupayaan berfikir manusia adalah dibentuk oleh interaksi sosial. 3. Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari makna-makna dan simbol-simbol yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka. 4. Makna-makna dan simbol-simbol membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi. 5. Manusia berkeupayaan mengubah makna-makna dan simbol-simbol yang mereka gunaka dalam aksi dan interaksi berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi. 6. Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri. Kebolehan ini membolehkan mereka menjangkakan kemungkinan-kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya menentukan tindakan atau aksi yang sesuai.
  • 3. 7. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat. 8.5.2 Pendidikan Kajian interaksionisme dalam pendidikan berfokus kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh peserta-peserta yang terlibat terutamanya guru dan murid. Mereka juga melihat aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah. Contohnya mereka menunjukkan bagaimana murid mempunyai perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru. Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat. Dalam bidang pendidikan, pendekatan interaksionisme simbolik sangat popular digunakan khususnya untuk melihat hubungan antara guru dengan murid, murid dengan murid dan guru dengan guru. Pendekatan ini biasanya dapat dilihat ketika interkasi yang berlaku dalam bilik darjah. Antara teknik-teknik yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seperti membuat janji dan ancaman atau amaran, merujuk kepada pihak atasan seperti guru besar, dasar pecah dan perintah dan lain-lain. Antara teknik-teknik yang digunakan oleh murid pula ialah seperti merujuk kepada keadilan, melakukan gangguan, merujuk kepada pihak berautoriti seperti ibu bapa dan sebagainya. Teknik- tekni atau stratergi-stratergi ini akan mempengaruhi interaksi dan menjadikan suasana bilik darjah hidup, menjadi lebih teratur dan menggalakkan proses P&P. 8.6 PERKAITAN ANTARA TEORI KONFLIK DENGAN MOBILITI SOSIAL 8.6.1 Teori Konflik Teori konflik bermula daripada pandangan asal Marx dan diikuti oleh Weber. Tokoh- tokoh lain telah memperkembangkan pandangan mereka. Secara analitikal teori ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu aliran Marx dan aliran Weber. 8.6.1.1 Aliran Marx Teori konflik aliran Marx adalah berlatarbelakangkan tafsiran-tafsiran sosiologikal terhadap karya-karya Karl Marx. Perspektif Marxime adalah agak berbeza dengan pandangan sosiologi bukan Marx.ia berbeza dengan fungsionalisme kerana ia tidak bersetuju engan konsep consensus dan sosiologikal yang bebas nilai. Bagi pengikut aliran Marx, mereka melihat teori bukan semata-semata sebagai satu cara analisis sosiologi bahkan ia juaga merupakan satu cara reformasi social. Marxime pula menjadi pengerak kepada perubahan politik yang radikal. Fatimah Daud (1992) mengatakan bahawa konsep sejarah Marxime Marx mengandungi tiga elemen penting iaitu ia merupakan satu teori atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaran politik dan
  • 4. satu pandangan hidup yang kekuatannya sama dengan agama. Brinkerhoff dan Whife (1989), pula merumuskan terdapat tiga andaian penting teori konflik iaitu: 1. Konsep dialektik : Evolusi bukan merupakan proses utama yang menghasilkan perubahan sosial tetapi sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. 2. Determinisme : Asas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh faktor- faktor persaingan ekonomi. 3. Ativisme Sosial : Tugas utama analisis sosial adalah kriktikan sosial. Pada keseluruhannya teori konflik juga membicarakan mengenai peranan struktur sosial. Konsep-konsep berkaitan yang selalu dibincangkan oleh teori ini ialah seperti soal pembahagian kelas sosial dalam masyarakat, konflik, perubahan sosial, alienasi kuasa dan ideologi. Ketidaksamaan selalu menjadi fokus perdebatan. Dua perkara utama yang biasa diutarakan ialah pertamanya, teori ini melihat akses atau peluang yang tidak sama terhadap sumber-sumber yang terhad yang ada dalam struktur sosial. Kedua, ia melihat bagaimana ketegangan yang berpunca daripada ketidaksamaan memberi kesan kepada kestabilan dan perubahan. Oleh itu, teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan. Konflik tidak dapat dihindarkan untuk berubah. Pergeseran-pergeseran berlaku antara kelas sosial rendah, berlaku dalam kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau dalam kumpulan: dimana semuanya mahukan perubahan. Dalam sesuatu konflik, akan ada satu pihak yang kalah dan satu pihak yang menang. Fenomena kalah-menang ini kan menyebabkan perubahan. Oleh itu, ketegangan dan konflik dalam masyarakat akan memyumbang kepada perubahan sosial. Walaupun perubahan boleh berlaku revolusi dan adaptasi, ia mesti dimulai oleh konflik. Untuk berfikir seperti Marx, kita perlu menerima pandangan bahawa asas kepada pembentukan masyarakat adalah merupakan faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industry dan perdagangan.pembentukan sesebuah masyarakat baru adalah hasil daripada perjuangan antara kelas untuk menguasai ekonomi. Faktor-faktor yang berkaitan dengan pengeluaran ekonomi menjadi asas kepada perubahan masyarakat. Bahagaian-bahagian lain selain daripada ekonomi seperti agama, institusi politik, institusi kekeluargaan, dan institusi pendidikan pula menjadi superstruktur masyarakat. Superstruktur masyarakat adalah dibentuk dan dipengaruhi oleh struktur asas masyarakat, iaitu ekonomi. Perubahan pada superstruktur masyarakat hanya kan berlaku sekiranya telah terdapat perubahan pada asasnya. Sebagai contoh, masyaralat kapitalis terbentuk kerana pertentangan antara tuan tanah aristrokrat dengan kelas baru dimana kekayaan kelas baru adalah berasaskan kepada keluaran industry dan perdagangan. Kelas baru yang menguasai faktor-faktor perdagangan ini disebut oleh Marx sebagai berjuis. Golongan berjuis yang menguasai perdagangan dan perindustrian menggunakan mereka yang tidak berharta untuk menjadi buruh dan mereka digelar sebagai golongan proletariat atau kelas pekerja.
  • 5. Golongan berjuis merupakan minoriti dalam masyarakat sementara yang majoritinya adalah golongan proletariat. Golongan minoriti mempunyai kauasa yang besar kerana merekalah yang menguasai ekonomi. Dengan kuasa, mereka mendominasikan golongan majoriti. Kedua-dua golongan ini sentiasa berkonflik. Setiap kelas mempunyai kesedaran untuk perpaduan dan menjaga kepentingan kelas masing- masing serta berseteru dengan kelas lain. Kelas pekerja selalu mendakwa mereka ditindas oleh golongan yang mempunyai kekuasaan. Oleh itu, kaum buruh akan berjuang dan memprotes untuk mendapatkan hak mereka seperti, berjuang meminta gaji yang lebih tinggi. Golongan berjuis akan menjaga kepentingan utama untuk mencapai keuntungan maksima dengan melakukan pengeksploitasian. Ketegangan dan konflik antara mereka berterusan yang mengakibatkan perubahan sosial tidak dapat dielakkan. Mengikut teori Marx pada sejarah tertentu kapitalisme, perjuangan ini akan dimenangi oleh kelas pekerja. Mereka akan memperoleh kuasa dan pada peringkat ini masyarakat akan sekali lagi berubah. Dalam masyarakat baru yang dipanggil sosialis, tiada individu yang akan menguasai faktor-faktor pengeluaran. Semua hak milik terhadap faktor-faktor pengeluaran dianggap sama. Oleh itu, kelas sosial dan ketidaksamaan pengagihan kekayaan akan terputus dan semua orang akan mempunyai peluang yang sama. Kewujudan institusi-institusi dalam masyarakat kapitalisme adalah untuk mempertahankan faktor-faktor pengeluaran. Dalam masyarakat kapitalis, semua institusi sosial wujud kerana kepentingan kelas memerintah mengekalkan kedudukan dan kekuasaan mereka. Institusi keluarga misalnya digunakan untuk melahirkan dan membekalkan generasi pekerja akan datang. Kuasa institusi undang-undang digunakan untuk menjaga kepentingan minoriti dan mengawal mereka yang menentang hak individu dalam sistem kapitalisme. Pendidikan akan mengajar anak- anak kelas pekerja untuk menduduiki kedudukan yang sesuai bagi mereka dalam struktur masyarakat. Mereka dibekalkan dengan ilmu dan nilai sebagai pekerja yang dikehendaki untuk terus mencipta kekayaan kepada kelas domain.