2. Kinestetik
( bodily kinesthetic intelligence )
‘Body smart’
Pergerakan dan kemahiran fizikal seperti
koordinasi, keseimbangan dan kelenturan
badan
Menggunakan anggota badan untuk
meluahkan perasaan
Aktiviti sesuai : tarian kreatif, aktiviti jasmani,
latihan fizikal , permainan sukan
3. Aktiviti
Subjek : Bahasa Malaysia Tahun Tiga
Tajuk : Surat Kiriman Tidak Rasmi
Aktiviti :
Murid duduk mengelilingi guru dan melihat contoh
surat kiriman tidak rasmi
Setiap murid diberi peluang untuk memegang dan
melihat sendiri surat tersebut.
Murid mendengar guru membaca surat tersebut di
hadapan murid secara ringkas sebagai pengenalan
4. Kemudian murid-murid dipecahkan kepada 3
kumpulan berdasarkan warna merah , biru dan hijau
Setiap ahli kumpulan perlu bergerak di dalam
kawasan kelas dan mencari kad yang mengandungi
perenggan surat kiriman yang tidak tersusun
mengikut warna kumpulan masing-masing
Selepas semua kad dikumpulkan, murid perlu
menyusun kad-kad tersebut menjadi sebuah surat
kiriman tidak rasmi dengan format yang betul.
Murid menyalin semula surat kiriman tidak rasmi yang
telah lengkap di atas kertas mahjong.
Setiap kumpulan membaca surat mereka di hadapan
kelas.
5. Hasil pembelajaran:
Murid dapat memahami format penulisan surat
kiriman tidak rasmi
Murid dapat bekerjasama di dalam satu kumpulan
Murid dapat mendisiplinkan diri dengan mematuhi
peraturan yang ditetapkan