SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 17
ETIKA PROFESIONAL
DEFINISI ETIKA
1. Berasal daripada perkataan Inggeris (ethic) yang diambil daripada perkataan Greek
iaitu ETHOS (sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan);(Garner,
1986 ).
2. Suatu set prinsip-prinsip moral yang membezakan betul dan salah (Bauman, 1987).
3. Sebagai sains sosial dan prinsip-prinsip moral. Bertanggungjawab menentukan tindakan
seseorang itu baik atau buruk (Iwabuchi, 1990).
4. Suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan
manusia yang betul (Uthman, 1986).
DEFINISI MORAL
1. Berasal daripada perkataan Inggeris (moral) yang diambil daripada perkataan Greek
iaitu MORAS (adat dan kebiasaan). Ia adalah idea umum yang diterima oleh masyarakat
tentang sesuatu tingkah laku yang baik dan buruk oleh manusia (Garner, 1986 ).
2. Kod tingkah laku yang terdiri daripada nilai adat dan aspirasi yang diterima oleh sesuatu
masyarakat terhadap tingkah laku yang baik atau jahat. Etika dan moral berbeza dari segi
sebutan tetapi membawa erti yang satu. Etika lebih bersifat teori dan moral lebih bersifat
amalan (Shaw, 1991).
DEFINISI AKHLAK
1. Iaitu budi pekerti, watak, pegetahuan berkaitan kelakuan manusia sama ada baik atau jahat
(Kamus Dewan, 1984).
2. Berasal daripada perkataan Arab KHULUQUN yang bermaksud budi pekerti dan tabiat
(Uthman, 1984).
3. Ilmu yang menentukan batas baik dan buruk, lahir dari batin yang bersumberkan wahyu (Al
Quran) dan As Sunnah (Mustafa, 1996).
PROFESION, PROFESIONAL DAN PROFESIONALISME
1. Profesion : difahami sebagai pekerjaan.
2. Profesional : orang yang menganggap profesion individu itu sebagai suatu pekerjaan dan
sumber pendapatan utamanya.
3. Profesionalisme : tahap kecekapan dan akauntabiliti yang seharusnya didukung oleh
seseorang profesional.
4. Martin & Schiuzer (1996) : Profesion dan profesional hanya boleh digunakan untuk bidang
pekerjaan tertentu yang mempunyai kriteria berikut :
• Ilmu pengetahuan : pengetahuan dan kemahiran tinggi (know how).
• Latihan intensif dan berterusan : belajar hingga ke IPT seperti doktor, jurutera,peguam
dan lain-lain.
• Perkhidmatan penting untuk masyarakat : diperlukan masyarakat setiap masa, segenap
lapisan, di semua kawasan.
• Badan Profesional : Di Malaysia – Doktor (Persatuan Perubatan Malaysia), Peguam
(Majlis Peguam Malaysia), Jurutera (Lembaga Jurutera Malaysia), Arkitek (Pertubuhan
Arkitek Malaysia), Akauntan (Institut Perakaunan Malaysia).
• Pensijilan (pentauliahan) : perlu mendapatkan sijil atau lesen yang dikeluarkan oleh
Badan Profesional masing-masing.
• Bersifat autonomi : membuat keputusan penting dalam hal-hal berkaitan profesionnya.
PROFESIONAL
1. Profesional terbahagi 2
i. Profesional Perunding : bekerja sendiri.
ii. Profesional Bergaji : bekerja dengan majikan.
2. Etika profesional
i. Alat kawalan sosial terhadap gol profesional.
ii. Etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh
profesional mengikut profesion masing-masing.
iii. Ia menjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang
perlu dihindari.
iv. Tujuan etika diadakan adalah untuk mengekalkan intergriti moral seseorang profesional itu.
3. 3 isu yang dikaitkan dengan kajian etika profesional :
i. Memberi perkhidmatan tanpa diskriminasi.
ii. Hubungan di antara profesional – pelanggan.
iii. Kesan tingkah laku profesional terhadap pelanggan.
4. Secara kususnya etika profesional menekankan perkara berikut :
i. Menjaga kepentingan individu, masyarakat dan alam sekitar secara berterusan.
ii. Mengelak daripada berlakunya konflik antara kepentingan diri dengan masyarakat.
iii. Mengelak penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat tertentu untuk
kepentingan diri.
5. Perubahan yang dialami oleh golongan profesional :
i. Pengamalan secara individu bertukar kepada secara berkumpulan.
ii. Penggunaan ilmu dalam satu disiplin bertukar kepada pelbagai disiplin ilmu.
iii. Perkhidmatan secara percuma kepada secara berbayar.
iv. Peluang penilaian daripada rakan semakin bertambah.
v. Kebersendirian dalam hubungan profesional-klien mula berkurangan.
6. Kepentingan kajian etika professional
i. Menyedarkan gol profesional tentang kepentingan amalan etika dalam profesion mereka.
ii. Mewujudkan autonomi moral iaitu kebolehan menggunakan pandangan moral yang sesuai
dengan asas kemanusiaan.
iii. Membina kemahiran tertentu yangg membantu profesional mengikuti langkah-langkah
tersebut dengan lebih yakin.
PEMIKIRAN DAN TEORI ETIKA
TEORI TELEOLOGIS
1. Berasal daripada perkataan Yunani ‘telos’ (tujuan atau akibat).
2. Diasaskan oleh Bentham (1832) dan Mill (1873).
3. Tindakan dianggap betul jika bawa akibat dihajati iaitu kebaikan.
4. Sebelum melakukan sesuatu tindakan perlu fikirkan akibat baik dan buruk.
5. Ada 2 aliran :
i. Aliran utilitarianisme tindakan :
• tindakan yang bawa kesan baik lebih besar daripada kesan buruk.
• eg: mencuri roti untuk diberikan kepada pengemis yang kelaparan.
ii. Aliran utiliarianisme peraturan :
• tindakan dianggap betul jika selari dengan peraturan sedia ada.
• eg : elak ambil rasuah kerana kesannya tidak baik kepada penerima (boleh ditangkap
berdasarkan peraturan / undang-undang).
6. Kelemahan teori teleologis :
 Memerlukan kita mencari dan menentukan semua akibat daripada sesuatu tindakan atau
peraturan.
 Sukar menilai sesuatu akibat kerana tidak boleh meninjau masa hadapan.
 Ramai tiada pengetahuan yang cukup untuk menilai apa yang mendatangkan akibat baik
atau buruk daripada sesuatu tindakan.
TEORI DEONTOLOGIS
1. Berasal daripada perkataan yunani ‘deon’ (diharuskan atau diwajibkan).
2. Diasaskan oleh Kant (1804).
3. Tindakan berasaskan tangungjawab dan bukan kesan daripada sesuatu tindakan.
4. Betul atau salah ditentukan oleh pegangan seseorang berdasarkan ajaran agamanya.
5. Mesti sentiasa buat baik dan jangan fikirkan kesan sesuatu tindakan kepada diri atau orang
lain.
6. Kelemahan Teori Deontologis :
 Kita tidak boleh ketepikan secara langsung kesan sesuatu tindakan kita.
 Kita tidak dapat buat garis panduan untuk halang pertimbangan akibat sebelum ambil
sesuatu tindakan.
 Apakah faedah sesuatu tindakan jika tidak boleh membawa kesan baik kepada diri, org
lain atau kedua-duanya.
TEORI HAK ASASI
1. “Sesuatu tangungjawab perlu dilaksanakan kerana setiap orang punya hak tertentu”.
2. Diasaskan oleh John Locke ( 1704 ).
3. Setiap manusia ada tangungjawab terhadap orang lain kerana orang lain ada hak yang
sepatutnya dihormati.
4. Kelemahan Teori Hak Asasi :
 Terlalu fokus kepada hak kebebasan yang individulistik.
TEORI KEPERIBADIAN MULIA
1. Diasaskan oleh Arsitotle ( 332 sm ).
2. Kebaikan dianggap sebagai kecenderungan mencari ‘Golden Mean’.
3. Ada 4 kebaikan :
i. Kebaikan diri sendiri.
ii. Kebaikan untuk masyarakat.
iii. Kebaikan kepada kumpulan.
iv. Kebaikan kemahiran.
4. Keperibadian mulia dikaitkan dengan :
 Integriti.
 Kejujuran.
 Pertimbangan.
 Menghormati diri.
 Rasa tangungjawab.
KEGUNAAN TEORI ETIKA
1. Menyelesaikan dilema etika.
2. Mengenalpasti obligasi etika.
KESEDARAN ETIKA
Unsur2 utama kesedaran etika
1. Kemutlakan kewajipan
i. Manusia suka baik dan benci yang buruk.
ii. Kewajipan : tiada tawar menawar, tidak berdasarkan untung/ rugi, senang/ susah
(MUTLAK).
iii. Perlu pengorbanan kepentingan, keinginan & perasaan.
iv. Kebaikan / keburukan itu tidak tersembunyi atau perlu dicari, tetapi :
 Kewajipan buat baik kepada semua.
 Melakukan keadilan kepada semua.
2. Kerasionalan
i. Etika bukan bersifat perasaan atau emosi tetapi merupakan satu pernyataan. eg: pinjam wang,
mesti pulangkan.
ii. Diterima akal, bersifat umum, difahami dan dipersetujui oleh semua.
iii. Nilai itu diterima umum. eg : durian itu sedap.
iv. Satu nilai sahaja yang diterima : baik atau buruk.
3. Kebebasan pelaku
i. Pelaku berhadapan dengan kewajipan yang perlu dilakukan.
ii. Penting buat keputusan (bebas boleh laksanakan atau tidak).
iii. Keputusan muktamad pada diri sendiri.
iv. Kemampuan bertindak tanpa paksaan.
v. Jika buat kerana org lain maka dipanggil PERANGKAP ETIKA.
vi. Ianya dianggap hak autonomi (kuasa mentaati diri sendiri / disiplin).
vii. Kebebasan & tanggungjawab berkait rapat (mengurangkan tangunggjawab –
mengurangkan kebebasan).
PERANGKAP ETIKA
1. Satu kepercayaan seseorang yang mematuhi sesuatu peraturan kerana orang lain.
2. Kebebasan seseorang terhalang.
3. Persoalan yang ditekankan ialah :
 “ mengapa kita melakukan sesuatu itu daripada apa yang dilakukan “
 eg : memberi derma kepada anak yatim kerana adalah salah untuk mementingkan diri sendiri.
 eg : pergi gotong royong membersihkan kawasan taman perumahan kerana adalah tidak baik
hidup memencilkan diri.
4. Mungkin apa yang dilakukan betul dan baik tetapi mengapa kita lakukan janganlah kepada “
nanti apa yang orang lain kata”.
5. Sepatutnya ia lahir daripada kesedaran dan tangungjawab etika yang datang dari diri sendiri.
Kesedaran Etika Ynag Tinggi
1. Menyedari sebagai satu kewajipan.
- sendiri sedar bukan disedarkan oleh orang atau faktor lain.
2. Betul dari segi niat, tujuan dan cara.
3. Bersungguh-sungguh elak keburukan dan berusaha lebih buat kebaikan.
- tolong hingga selesai dan tidak separuh jalan sahaja.
4. Berprinsipkan “ jangan buat apa yang kita tidak suka orang lain buat kapada kita”.
5. Jangan harapkan balasan daripada kebaikan yang dilakukan.
- buat dengan ikhlas.
6. Terima dengan tenang segala kesusahan dan keburukan yang menimpa.
- Redha.
Kesedaran Etika Yang Tidak Mencukupi
1. Legalisme : bertindak hanya ikut peraturan atau kebiasaan.
- eg : pakai tali pinggang keledar kerana takut polis.
2. Melihat perlakuan lahir sahaja : maksud, tujuan dan niat juga penting.
- front stage & back stage.
3. Tidak merealisasikan maksud baik : maksud baik yang dilaksanakan tetapi hanya merupakan
satu keinginan (tiada ertinya).
4. Menganggap tindakan moral sebagai soal peribadi dan bukan soal bersama.
- eg : merompak bank, dadah.
- etika hak semua orang dan bukannya hak peribadi
- eg : ikut peraturan main bolasepak dan tidak boleh buat sesuka hati.
5. Anggap soal etika sebagai satu perkara sensitif.
- tidak berani menegur kesalahan kawan.
OBLIGASI KEPADA PELANGGAN/KLIEN
HUBUNGAN PROFESIONAL / PELANGGAN
1. Ada 5 model etika hubungan profesional-pelanggan iaitu:
a. Model Agensi
i. Menekankan bahawa autoriti membuat keputusan adalah di tangan klien.
ii. Profesional memberi perkhidmatan untuk mencapai matlamat yang dihajati oleh pelanggan.
iii. Sesuai untuk profesion guaman tetapi kurang sesuai untuk akauntan (manipulasi akaun).
iv. Kelemahan model ini ialah menganggap klien mempunyai cukup pengetahuan untuk
memberi arahan kepada profesional.
v. Menggalakkan profesional tidak menghiraukan kepentingan pihak lain (pihak ke-3).
b. Model Kontrak
i. Autoriti dikongsi bersama profesional dan klien.
ii. Kontrak berdasarkan persetujuan atau kuasa tawar menawar secara bersama.
iii. Selari dengan nilai kebebasan dan persamaan peluang.
iv. Walaubagaimanapun terdapat ketaksamaan yang ketara antara profesional dan klien seperti:
• Profesional ialah golongan berkemahiran dan berpengetahuan tinggi berbanding
klien.
• Tumpuan klien lebih kepada nilai asas seperti kesihatan tetapi profesional tidak.
• Profesional ada kebebasan samaada menjalinkan atau tidak hubungan kerana
mereka mudah mendapat klien berbanding klien untuk mendapat profesional.
c. Model Persahabatan
i. Profesional dan klien ada hubungan yang rapat berasaskan prinsip kepercayaan dan
kerjasama.
ii. Walaubagaimanapun hubungan seperti sahabat kurang tepat kerana:
• Hubungan tersebut satu arah sahaja iaitu tumpuan profesional ialah kepada
kepentingan klien dan bukannya klien.
• Tiada persamaan antara profesional dan klien kecuali mereka adalah manusia.
• Tidak terdapat komitmen perasaan kerana profesional menerima klien kerana
bayaran.
d. Model Paternalisme
i. Tanggungjawab membuat keputusan diserahkan kepada profesional.
ii. Model ini menafikan kebebasan klien menentukan pilihan atas alasan:
• Profesional ada pengetahuan dan kemahiran tinggi.
• Dalam keadaan tertentu, klien tidak mampu memberi persetujuan sebenar.
• Andaian suatu hari nanti, klien akan setuju dengan keputusan oleh profesional.
e. Model Fiduciari
i. Autoriti dan tanggungjawab yang lebih kepada klien untuk membuat keputusan.
ii. Persetujuan dan penilaian diperlukan untuk membolehkan klien mengambil bahagian sama
dalam membuat keputusan.
iii. Klien bergantung kepada kebolehan profesional.
iv. Profesional ada tanggungjawab lebih untuk merumus, merancang, menunjukkan kebaikan,
keburukan dan akhirnya mengemukakan cadangan.
v. Model ini sesuai diaplikasikan kepada semua peringkat klien.
vi. Persetujuan klien tidak diperlukan jika melibatkan soal teknikal dan kesan yang tidak
signifikan kepada klien tersebut.
Obligasi Untuk Bersikap Amanah
1. Ada 6 sikap amanah yang perlu ada pada profesional iaitu:
i. Kejujuran
• Ada kalanya profesional jujur kepada klien tetapi tidak kepada pihak lain.
• Tanggungjawab utama jujur ialah tidak mengambil sesuatu dari klien tanpa izin.
ii. Berterus terang
• Ada kala seseorang berterus terang tetapi tidak jujur.
• Sikap berterus terang melibatkan kejujuran dan pendedahan sepenuhnya.
• Ada pendapat dalam keadaan tertentu dibolehkan berbohong tetapi pendapat ini sukar
dipertahankan.
iii. Kompetensi
• Profesional mesti kompeten (cekap) melaksanakan tugasnya.
• Masalah tidak kompeten timbul apabila profesional tidak mengkhususkan dalam
sesuatu bidang.
• Persoalannya ialah siapa yang harus bayar kos latihan profesional yang tidak cekap.
iv. Ketekunan
• Ketekunan mengelakkan kecuaian yang menyebabkan hasil kerja tidak memuaskan.
• Biasanya faktor masa menjadi penghalang sikap tekun di kalangan profesional.
• Kecuaian akan menyebabkan masalah kepada klien.
v. Kesetiaan
• Klien mengharapkan profesional boleh jaga kepentingan mereka.
• Kesetiaan ini penting kepada klien tetapi ia bukan bermaksud kesetiaan melulu.
vi. Menyimpan rahsia
• Melibatkan fakta dan maklumat daripada klien.
• Simpan rahsia menjadi asas hubungan profesional-klien.
• Ia juga dianggap menjadi keistimewaan kepada profesional dan dilindungi oleh
undang-undang.
• Maklumat rahsia boleh didedahkan jika ada persetujuan daripada klien
OBLIGASI TERHADAP PIHAK KETIGA
1. Pihak ketiga iaitu orang lain selain daripada klien.
2. Menurut Model Agensi, profesional mempunyai obligasi kepada pihak lain selain daripada
klien.
3. Obligasi ini selari dengan peranan profesional di dalam masyarakat.
4. Profesional perlu melaksanakan obligasi selari dengan nilai-nilai masyarakat.
Ketelusan
1. Iaitu obligasi yang perlu terhadap pihak ketiga, dilakukan oleh profesional walaupun tidak
terjalin hubungan antara mereka.
2. Obligasi ini termasuk kesediaan mendedahkan maklumat yang mungkin boleh mengelirukan
orang lain.
Tidak mencederakan orang lain
1. Nilai asas di dalam masyarakat.
2. Selalunya tindakan profesional bagi pihak kliennya selalu menyebabkan pihak lain mendapat
kerugian/masalah.
3. Ini tidak dapat dielakkan tetapi penting bagi profesional memastikan tindakannya di atas
landasan yang adil dan di dalam persaingan yang sihat.
4. Eg: Doktor ada tanggungjawab untuk melindungi pesakit (klien) seperti mengasingkannya
daripada orang lain (pihak ketiga). Dia juga bertanggungjawab memberitahu majikan
(pihak ketiga) klien.
Klien dan orang lain
1. Prinsip umum ie perlu di utamakan kepentingan klien berbanding pihak lain asalkan tidak
melanggar undang-undang.
2. Persoalannya adalah bagaimana undang-undang sepatutnya menyeimbangi obligasi
profesional terhadap klien dengan pihak lain.
OBLIGASI TERHADAP PROFESION
1. Kebanyakan kod etika profesion menekankan tanggungjawab untuk memberi kebaikan
umum
2. Tanggungjawab kebaikan awam meliputi 3 aspek :
i. Kepimpinan sosial.
ii. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran.
iii. Mengekalkan dan menambahkan peranan profesion berkenaan.
PENYELIDIKAN DAN REFORMASI
1. Profesional bertanggungjawab menjalankan penyelidikan mengikut kepakaran dalam bidang
masing-masing.
2. Reformasi boleh dijalankan oleh golongan bukan profesional dengan bantuan daripada
profesional.
3. Ada 2 persoalan pokok dikaitkan dengan penyelidikan dan reformasi oleh profesional iaitu
:
i. Tidak semua profesional ada kemampuan dan minat yang sama untuk menjalankan
penyelidikan.
ii. Siapa yang sepatutnya biayai penyelidikan dan reformasi tersebut.
4. Penyelidikan
i. Isu yang sering dikaitkan dengan penyelidikan ialah persetujuan daripada pihak yang terlibat.
ii. Unsur utama aspek persetujuan ialah :
 Kemampuan untuk memahami dan membuat pilihan.
 Menjelaskan alternatif yang sedia ada.
 Menerangkan dan menjangka risiko yang akan dihadapi.
iii. Nilai etika penyelidikan seperti :
 Tanggungjawab melindungi orang lain daripada kecederaan (mudarat).
 Nilai terhadap kegunaan dan faedah daripada hasil penyelidikan.
iv. Penyelidikan yang tidak berfaedah tidak harus dijalankan.
5. Reformasi
i. Banyak tertumpu dalam bidang guaman.
ii. Reformasi tidak semestinya melibatkan undang-undang tetapi mungkin dalam bentuk-
bentuk peraturan secara sukarela.
iii. Tanggungjawab melaksanakan reformasi berpunca daripada kepakaran dan sifat monopoli
profesional.
Menghormati Profesion
1. Perlukan profesional sentiasa prihatin dgn pandangan umum tentang profesionalnya?
2. Mendapat penghormatan ada kaitan dengan memenuhi tanggungjawab profesion
keseluruhan.
Penekanan Kod Etika
1. Profesional sepatutnya beri gambaran bahawa mereka sentiasa hormat di antara satu sama
lain
2. Profesional bertanggungjawab memberi maklumat tentang kecekapan dan peribadi bakal
profesional yang akan masuk dalam profesion mereka.
3. Profeional bertanggungjawab memikul beban bersama untuk penuhi peranan sosial
profesion masing-masing:
 Isu identifikasi profesion ( profesion dikaitkan dengan kepentingan golongan tertentu.
 Isu ini timbul kerana kegagalan sediakan perkhidmatan yang sama rata kepadasemua pihak.
HAK GOLONGAN PROFESIONAL
1. Profesional yang bekerja dengan majikan mempunyai beberapa hak:
i. Hak membuat penilaian secara bebas.
ii. Hak menolak daripada melakukan sebarang tindakan tidak beretika dan melanggar undang-
undang.
iii. Hak bercakap kepada umum tentang tugas dan tanggungjawab.
iv. Hak melibatkan diri dalam persatuan.
v. Hak melindungi klien dan awam daripada kemudaratan yang dilakukan oleh orang lain.
vi. Hak mendapatkan pengiktirafan profesional hasil kerja-kerja yang dilakukan.
MENIUP WISEL (WHISTLE BLOWING)
1. Iaitu pendedahan tentang salah laku dan perbuatan tidak beretika dalam sesebuah organisasi
oleh pekerja atau bekas organisasi tersebut.
2. Ciri utama perbuatan meniup wisel :
• Tindakan mendedahkan.
• Bahan maklumat-maklumat itu dipercayai ada kaitannya dengan masalah etika yang
serius.
• Agen – orang yang mendedahkan ialah pekerja atau sesiapa yang ada hubungan dengan
organisasi berkenaan.
• Penerima maklumat–maklumat itu disampaikan kepada seseorang atau organisai yang ada
kuasa untuk membuat sesuatu tindakan.
3. Panduan etika meniup wisel - Tiga keadaan membolehkan seseorang profesional meniup
wisel
• Jika kesan perbuatan tidak beretika itu mendatangkan kemudaratan serius kepada
masyarakat.
• Jika keprihatinannya telah diberitahu kepada pihak atasan organisasi.
• Jika pelbagai usaha melalui saluran tertentu dalam organisasi tidak berkesan..
4. Perbuatan meniup wisel menjadi obligasi moral jika:
• Keadaan itu benar-benar berlaku dan polisi syarikat adalah salah.
• Dapat dibuktikan pendedahan itu dapat menghindar masyarakat daripada mudarat.
5. Prosedur meniup wisel
• Dalam keadaan biasa mulakan dengan menggunakan saluran yang betul dalam organisasi.
• Kemukakan bantahan dengan segera kepada pihak atasan.
• Ambil kira perasaan orang yang terlibat.
• Tumpukan kepada isu dan bukan kepada individu.
• Beritahu ketua secara formal atau tidak formal.
• Dakwa dengan rekod atau dokumen yang relevan.
• Minta nasihat daripada rakan sekerja.
• Sebelum didedahkan kepada pihak luar, bincang dengan jawatankuasa disiplin organisasi.
• Minta nasihat peguam mengenai perkara yang berkaitan dgn undang-undang.
PEMANTAUAN TINGKAH LAKU PROFESIONAL
1. Secara umumnya profesional mempunyai peraturan sendiri.
2. Kawalan dan pemantauan tingkahlaku profesional dalam pelbagai bentuk.
3. Keahlian seseorang dalam pertubuhan profesional boleh ditamatkan jika berlaku
pelanggaran peraturan yang ditetapkan.
4. Selain itu pihak berkuasa juga boleh menggantung atau menarik balik lesen pengamal
profesional.
5. Eg: lesen amalan guaman bagi peguam.
KEMASUKAN MENJADI AHLI PROFESIONAL
1. Keahlian dalam sesuatu profesion di ambil kira kesamaan peluang (tanpa ambil kira ideologi
politik, kaum, jantina dan lain-lain).
2. Seseorang yang mendapat ijazah tidak secara automatik boleh jadi pengamal bidang masing-
masing.
3. Mereka perlu menjadi ahli badan profesional masing-masing dan mendapatkan lesen atau
tauliah untuk menjadi pengamal persendirian.
4. Kemasukan ke dalam profesion haruslah berdasarkan kepada kompetensi.
5. Keahlian bukan hak tetapi hanya satu keistimewaan.
6. Matlamat utama diberi lesen ie untuk melindungi awam daripada perbuatan tidak beretika
dan tidak kompeten oleh seseorang profesional.
7. Kriteria etika kadangkala kabur dan boleh mewujudkan prasangka dan diskriminasi.
Disiplin
1. Ada sesetengah profesion kurang beretika.
2. Masyarakat boleh kenakan hukuman kepada profesional seperti :
• Menyalahkan profesional secara terbuka.
• Pemulauan,
• Menafikan keahliannya dalam mana-mana bidang profesional.
• Mendakwa di mahkamah.
3. Kepentingan profesional dan awam selalunya tidak selari namun masih ada kepentingan
bersama seperti :
• Kepentingan diri seperti kepentingan ekonomi.
• Kepentingan teknikal seperti kaedah pembinaan.
• Kepentingan budaya seperti kesihatan, keselamatan.
Autonomi Profesional
1. Dianggap ciri-ciri penentu bagi satu-satu kes dan merupakan ciri-ciri utama sesuatu
profesion.
2. Ada 2 bidang autonomi profesional :
• Pembentukan dan penguatkuasaan norma-norma profesional di kalangan profesional.
• Pengurusan aktiviti profesional sama ada dalam organisasi awam atau persendirian.
3. Sebab utama profesional perlu autonomi :
• Mereka sahaja yang pakar dalam sesuatu bidang.
• Penilaian mereka perlu bebas daripada pengaruh luar.
• Memastikan kerahsiaan hubungan profesional - klien terpelihara.
PENDEKATAN BARU PEMANTAUAN TERHADAP GOL PROFESIONAL
1. Penglibatan orang biasa.
2. Penguatkuasaan yang berkesan:
• Asas kepada disiplin itu sendiri.
• Setiap profesional sepatutnya melaporkan salah laku profesional lain.
• Perlunya penyiasatan menyeluruh terhadap salah laku profesional.
• Proses dan prosedur untuk melaksanakan tindakan disiplin terhadap profesional yang
tidak beretika.
3. Motivasi kepatuhan:
• Kaedah penyerapan (dalam bidang pendidikan).
• Kursus etika profesional.
• Pendidikan klinikal (ikut bidang @ profesion)
KOD ETIKA
1. Iaitu dokumen rasmi yang menyatakan nilai-nilai utama sesebuah organisasi untuk dipatuhi
oleh ahli organisasi tersebut.
2. Umumnya kod etika profesional menekankan perkara-perkara berikut :
• Norma-norma profesional yang perlu dipatuhi.
• Akauntabiliti dan tanggungjawab profesional.
• Bentuk-bentuk penyelewengan yang perlu dihindarkan.
• Bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan.
• Norma-norma profesional yang diterjemahkan dalam tingkahlaku yang khusus
3. Peranan kod etika
• Inspirasi dan tunjuk ajar : sediakan satu rangsangan positif terhadap tingkah laku yang
beretika.
• Sokongan : sokongan positif kepada mereka yang ingin berkelakuan secara beretika.
• Halangan dan disiplin : untuk menyiasat sebarang perlakuan tidak beretika.
• Pendidikan dan kefahaman : digunakan dalam bilik-bilik kuliah dalam perbincangan isu-
isu etika.
• Sumbangan kepada imej profesion : beri imej baik gol profesional yang beretika kepada
masyarakat
• Mempertahankan status : membantu promosi satu peringkat persetujuan yang minimum
terhadap perlakuan beretika.
4. Batasan kod etika
• Ayat-ayat di dalam kod etika terlalu umum dan kabur.
• Peruntukan pernyataan dalam kod etika berkonflik antara satu sama lain.
• Tidak boleh berperanan sebagai autoriti etika mutlak untuk kawal tingkahlaku
profesional.
• Wujud terlalu banyak kod etika.
• Untuk menjamin keberkesanan kod etika, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :
• Isi kandungan kod etika disebar meluas.
• Butiran kod etika masih jelas .
• Dapat menangani isu-isi pokok dgn tepat.
• Dikuatkuasakan dgn sungguh-sungguh.
• Disemak semula dari semasa ke semasa.
Pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam
1. Perlu dirumus, diperjelas dan dilaksanakan sesuai dengan kehendak negara yang
mahukannya menjadi cekap dan berkesan.
2. Setiap anggota perkhidmatan awam mesti faham, amalkan dan pemimpin jadi teladan kepada
bawahan.
3. Perlu kaji dan fahami cabaran semasa dan diselesaikan menerusi penghayatan nilai dan etika
ke arah pembinaan tamadun baru.
Kefahaman Etika Perkhidmatan Awam
1. Kefahaman penting kerana bakal menentukan arah dan beri makna kepada pemikiran,
tindakan dan tanggingjawab.
2. Dapat menyatukan dan menyelaras pengurusan perkhidmatan awam sebagai institusi utama
negara.
3. Penting untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti negara.
4. Sikap positif menjadi tunggak tata kelakuan perkhidmatan awam.
3 TERAS PERANAN PERKHIDMATAN AWAM
1. Beri perkhidmatan kepada raja, kerajaan dan rakyat dengan penuh kesetiaan.
• Untuk melaksanakannya, jabatan kerajaan perlu membuat rancangan, pelaksanaan dan
penilaian setiap program yang dipertanggungjawabkan.
2. Menjalankan hak dan kuasa dengan penuh tanggungjawab dan berlaku adil kepada rakyat
yang menerima khidmat.
3. Membentuk satu masyarakat yang adil dalam sistem ekonomi terbuka berpandukan kepada
kepentingan awam.
4. ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
- Kandungan etika perkhidmatan dan Perintah Am.
• Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
• Pengurusan Mesyuarat.
• Pengurusan Masa.
• Memberi Khidmat kepada orang ramai.
• Perkhidmatan Kaunter.
5. Matlamat Etika Perkhidmatan Awam
• Jangka pendek : meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kualiti pengeluaran.
• Jangka panjang : mencapai matlamat negara yang inginkan kakitangan pengurusannya
beramanah dan berakhlak mulia.
6. PERANAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
i. Senjata utama capai kecemerlangan dan motivasi institusi pengurusan sepanjang masa.
ii. Pucuk pimpinan melahirkan kesedaran dan keinsafan di peringkat kementerian, jabatan dan
agensi.
iii. Dasar dan peraturan untuk capai matlamat kemakmuran dan kesejahteraan sosial dan
ekonomi rakyat. Antara langkah yang diambil seperti program :
• Etika Perkhidmatan Awam dan Konsep.
• Perkhidmatan Cemerlang.
• Bersih, cekap dan amanah.
• Penerapan nilai-nilai Islam.
• Kepimpinan melalui teladan.
• Gerakan budaya kerja cemerlang.
• Pekeliling Penjawat Awam.
• Dasar Pandang ke Timur.
• Anugerah Kualiti Perdana Menteri.
TONGGAK DUA BELAS
ISU ETIKA DALAM PERNIAGAAN
1. Hak umum : hak untuk hidup, kejujuran, kebenaran dan kebebasan.
2. Hak untuk dilindungi : sebagai pekerja, majikan dan pengguna.
3. Hak mencari pekerjaan tanpa sekatan.
4. Hak menghormati perjanjian dan kontrak.
5. Hak peniaga : mengumpul harta, menentukan pekerja dan membuat keuntungan.
6. Hak Mendapatkan Keadilan & Kejujuran : Dalam Semua Urusan Perniagaan.
7. Hak Mencari Pengguna : Bagi Barang Keluaran.
8. Pendekatan tentang Hak dan Tanggungjawab Dalam Perniagaan:
a. Pendekatan secara pertandingan
• Istilah ekonomi bebas, survival for the fittest, dog eat dog.
• Perniagaan secara bebas tanpa campurtangan kerajaan.
• Prinsip dapatkan keuntungan sebanyak yang boleh.
• Peniaga besar vs peniaga kecil.
b. Pendekatan dikawal kerajaan
• Menolak sistem ekonomi bebas.
• Kerajaan mengendalikan ekonomi dan pedagangan.
• Tanggungjawab agihkan kekayaan kepada rakyat diserahkan kepada kerajaan.
• Banyak masalah sosial dan ekonomi dapat diselesaikan.
9. Prinsip Keadilan, Berkata Benar dan Kejujuran Dalam Perniagaan
a. Keadilan ; ada 3 bentuk iaitu keadilan pertukaran, keadilan yang diagihkan dan keadilan
sosial:
i. Keadilan Pertukaran
• Libatkan soal pembayaran barangan atau perkhidmatan.
• Jika penjual dan pengguna setuju pada satu takad harga maka dikatakan berlaku
keadilan pertukaran.
ii. Keadilan Diagihkan
• Berlaku semasa mengagihkan keuntungan kepada pengusaha, pekerja atau
pemegang saham.
• Agihan secara adil keuntungan syarikat kepada pihak terlibat.
iii. Keadilan Sosial
• Bagaimana peniaga melayan pengguna dan masyarakat.
• Eg melindungi daripada pencemaran alam sekitar.
10. Berkata benar
• Dalam perniagaan, elakkan penipuan. Eg: harga barangan, saham syarikat kepada
pemegang saham, hubungan pekerja – majikan.
• Beritahu maklumat yg betul. Eg : dalam iklan.
• Tidak tipu pengguna.
11. Kejujuran
• Libatkan perkara seperti mematuhi perjanjian, kontrak, akui kesalahan/ kerosakan produk,
pemberian gaji, harga berpatutan, barangan berkualiti, tiada rasuah dalam perniagaan.
ETIKA DALAM PERKHIDMATAN
1. Ada 2 pendekatan etika dalam pengiklanan
a. Pendekatan “ the anything goes “
i. Iklan tidak paksa pengguna membeli.
ii. Iklan yang salah (palsu) tidak mengapa kerana ianya permainan perniagaan.
iii. Iklan penting dalam persaingan perniagaan.
iv. Terpulang kepada pengguna membuat pilihan bijak.
b. Pendekatan berdasarkan kenyataan:
i. Dakwaan bagi barangan peniaga mesti disokong dengan fakta atau bukti.
ii. Peniaga bebas iklan barangan tetapi tidak boleh menipu.
iii. Untuk elak penipuan, etika berikut mesti dipatuhi :
• Barangan yang tidak selamat tidak sepatutnya diiklankan sebagai selamat.
• Peniaga tidak boleh mendakwa kebaikan sesuatu barangan/servis secara tidak
benar, keterlaluan, memperbesar-besarkan.
• Dakwaan dan jaminan tentang bentuk, nature, kesan dan kegunaan sesuatu
barangan mesti benar dan disokong dengan bukti.
ISU ETIKA DALAM UNDANG-UNDANG
1. Ada 2 persoalan utama :
• Adakah undang-undang yang dicipta manusia dan etika sememangnya terdapat dalam
kehidupan manusia?
• Adakah terdapat sebarang hubungan antara undang-undang dan etika ??
ISU ETIKA DALAM PERUBATAN
1. Isu pokok dalam perubatan ialah prinsip nilai hidup
2. Hak dan tanggungjawab dalam penjagaan pesakit/keluarga;
a. Pendekatan patenalisme
• Pesakit sepatutnya menyerahkan tugas menjaga dan merawat kepada doktor kerana
mereka profesional.
• Pesakit tidak perlu campur tangan kerana tidak pakar. Mereka mesti patuh kepada
keputusan dan arahan yang dibuat oleh doktor.
b. Pendekatan individualisme
• Jamin hak individu ke atas diri dan nyawa sendiri.
• Pesakit dan keluarga paling berhak buat keputusan.
• Ini kerana pesakit ada perasaan, ketahanan mental dan fizikal, emosi.
• Doktor beri cadangan, pesakit dan keluarga buat keputusan.
c. Pendekatan kerjasama :
• Pesakit dan keluarga jadi ahli utama, doktor dan pakar lain bekerjasama lakukan yang
terbaik untuk pesakit.
• Pesakit dan keluarga berhak pilih bentuk rawatan.
• Doktor beri cadangan, pesakit dan keluarga buat keputusan.
3. Etika Melayan Pesakit
• Mendengar maklumat yang dikehendaki oleh pesakit.
• Elakkan bertanya soalan secara terus terang atau kasar.
• Elakkan beri maklumat tergesa-gesa
• Semasa beri maklumat, gunakan bahasa yang boleh difahami.
• Terangkan sebenar dengan jelas, tenang, penuh harapan dan secara perikemanusiaan.
• Jangan sesekali biarkan pesakit dan keluarga di dalam keadaan putus harapan. Bantu dari
segi psikologi.
PERBEZAAN UNDANG-UNDANG & ETIKA
Bil Undang-undang Etika
1
Dikuatkuasakan oleh
mahkamah dan hukuman
dijatuhkan jika dilanggar
Dikuatkuasakan oleh hati dan tiada hukuman langgar
etika-ialah persoalan hati
2
Tentukan batas yang pasti. Bila
langgar batas itu jadi jenayah
Tentukan batas adapt, idealisme, keyakinan dan nilai
moral
3
Mematuhi undang-undang
belum pasti patuhi etika
Patuhi nilai dan kod etika pasti tidak melanggar undang-
undang
4
Merupakan peraturan minimum
untuk kawal jenayah
Lebih umum dan maksimum dari undang-undang dalam
kawal jenayah
5
Penguatkuasaan peraturan yang
ditetapkan
Kembangkan peraturan sikap terhadap kelakuan baik &
buruk dlm masyarakat
6
Tidak mencukupi untuk
tentukan batas etika dan moral
Mencukupi untuk tentukan batas etika yang baik dan
sebaliknya
7
Tidak liputi jadi panduan
individu dan masyarakat yang
pelbagai ragam
Batas kelakuan yang baik dan jahat yang liputi individu
dan masyarakat pelbagai ragam
8
Banyak perkara yang tidak
diambil kira undang-undang
seperti dengki. Hanya jatuhkan
hukuman kesan dengki
(jenayah )
Ambil kira perkara batin seperti jauhi dengki yang pasti
terselamat daripada jenayah
9
Tidak ambil kira perkara
samar-samar seperti ingkar
nikmat dan khianat
Ambil kira semua perkara termasuk yang samar-samar
PRINSIP NILAI HIDUP MANUSIA
1. Nyawa sangat berharga (jangan ambil nyawa orang lain / diri sendiri).
2. Hormati kematian walaupun musuh kita.
Prinsip Kebaikan Dan Keburukan
1. Galakan membuat kebaikan dan ketepikan keburukan.
2. Tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan.
3. Baik itu bermaksud kehidupan, kesedaran, keseronokan, kebahagian, kebenaran dan lain-
lain.
Ciri-Ciri Sistem Etika Yang Berkesan
1. Bersifat konsisten : tetapi tidak terlalu rigid dan boleh disesuaikan dengan pelbagai situasi.
2. Berbentuk universal : diterima dan diamalkan oleh semua.
3. Boleh diajar kepada semua manusia dan dikuatkuasakan dengan berkesan.
4. Berdasarkan pemikiran yang rasional : tetapi tidak bermakna mengetepikan langsung soal
emosi dan perasaan.
5. Boleh dan mampu selesaikan masalah-masalah dalam kehidupan manusia khususnya dalam
perkara-perkara berkaitan konflik dalam tangunggjawab dan obligasi.
TANGGUNGJAWAB MEMBERIKAN PERKHDIMATAN
1. Setiap profesional bertanggungjawab memberi pekhidmatan yang sama kepada semua tanpa
mengira agama, kaum, warna kulit, status, ideologi dan lain-lain.
2. Sebab-sebab profesional patut beri kesamaan peluang :
a) Mereka sebahagian ahli masyarakat
 Kepakaran yang ada sepatutnya dikongsi bersama.
 Kebanyakan profesional berjaya kerana bantuan kerajaan.
 Mereka wajar membantu masyarakat pula.
b) Undang-undang membenarkan mereka memonopoli perniagaan berkaitan kemahiran
mereka
 Orang lain tidak boleh melakukan bidang tugas atau guna gelaran mereka.
 Contoh : jururawat tetap jururawat dan tidak boleh dipanggil doktor sebab tiada ijazah
bidang tersebut walau pun tugasnya sama merawat pesakit.
c) Tidak semua pelanggan ada kemampuan untuk bayar lebih kos perkhidmatan mereka
 Mereka patut mengambil kira orang yang memerlukan perkhidmatan mereka walau
pun kurang mampu.
 Contoh : doktor pakar yang mengenakan caj rawatan dan perkhidmatan yang tinggi.
d) Perkhidmatan diperlukan oleh semua orang tanpa kira warna kulit, agama dan lain-
lain.
 Profesional tidak boleh pilih ‘bulu’.
 Kena melayan secara adil walaupun bukan dari kaumnya yang memerlukan
perkhidmatan mereka.
e) Perkhidmatan diperlukan di semua kawasan
 Kena beri khidmat walaupun di kawasan pedalaman.
 Perang, kawasan penyakit, merentasi sempadan negara.
 Di Malaysia, kerajaan memberi khidmat kesihatan walaupun di kawasan terpencil.
Halangan kesamaan peluang yang disebabkan oleh faktor ekonomi
1. Monopoli
 Ketara dalam bidang tertentu seperti perubatan dan guaman.
 Orang lain tidak boleh memberi perkhidmatan tersebut kerana tiada tauliah atau kelulusan
dalam bidang tersebut.
 Ini menyebabkan pelanggan tidak boleh medapatkan perkhidmatan yang sama daripada
orang yang tiada tauliah walaupunpun ada kemahiran tetapi tiada kelulusan bidang
berkenaan.
2. Bayaran perkhidmatan
 Pelanggan terikat dengan 4 jenis bayaran:
i. Bayaran mengikut jadual.
 Untuk elak kerja tidak sempurna.
 Eg. Kerja di kalangan jurutera.
 Bayaran ini tidak memungkinkan pelanggan menukar khidmat profesional yang
lain.
ii. Bayaran secara kontigensi.
 Bayaran kontigensi – biasanya di kalangan peguam.
 Bayaran selepas sesuatu kes selesai.
 Biasanya kes tuntutan ganti rugi atau kemalangan.
 Bayaran ikut % jumlah tuntutan.
iii. Bayaran agihan.
 Antara profesional dengan profesional lain.
 Di dalam kerja yang kompleks seperti projek perumahan.
 Kerja diagih di antara jurutera, arkitek, peguam.
 Bayaran yang dikenakan kepada pelanggan pasti melibatkan kos semua profesional
tersebut.
iv. Bida kompetetif
 Bayaran ikut tender.
 Tawaran harga terendah akan berjaya.
 Dikhuatiri perkhidmatan tidak seperti mana bayaran harga tinggi.
PUBLISITI PENGIKLANAN DAN RUNDING CARA
1. Tiada halangan atau galakan untak mencari publisiti, namun ada batasan :
i. Tidak digalakkan membujuk (yang boleh mengelirukan pelanggan)
 Eg: “pembedahan yg dijamin selamat.
ii. Tidak boleh membuat sesuatu yang tidak realistik
 Eg: “ubat penawar HIV dan SARS”.
iii. Tidak digalakkan menunjukkan keberkesanan perkhidmatannya
 Eg: “ A terlepas dari hukuman gantung, B terlepas daripada hukuman penjara seumur
hidup: Oleh peguam Z”.
2. Amalan runding cara sering berlaku terutama dalam bidang guaman dan perakaunan.
3. Ada akauntan membawa keluar bakal pelanggan makan dan terangkan perkhidmatan
mereka.
4. Amalan ini dipanggil ‘ mengejar ambulan’.
Eg: Peguam hubungi bakal pelanggan yang ditimpa kemalangan dan cadangkan cara
membuat tuntutan atau mendapatkan pampasan.
5. Masalah etika.
ie ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.
6. Ada percanggahan pendapat mengenai isu pengiklanan:
i. Penyokong: iklan membolehkan pelanggan buat pilihan terbaik.
ii. Penentang : Iklan menyebabkan persaingan tidak sihat dan penawaran kualiti rendah.
MASALAH AKIBAT PENGKHUSUSAN KEPAKARAN
1. Ramai bertumpu pada satu bidang (yang dirasakan banyak memberi keuntungan).
 Eg. Peguam komersial lebih untung daripada peguam kes.
2. Kurang yang mahu jadi pengamal umum.
 Eg : buka klinik swasta lebih untung daripada kerja dengan kerajaan.
3. Keberkesanan perkhidmatan profesional menjadi pengamal bersendirian
berkurangan.
 Tubuhkan syarikat perkongsian atau ada banyak cawangan (seperti pejabat guaman).
4. Kos perkhidmatan meningkat.
 Pelanggan terpaksa bayar lebih kos yang didakwa sebagai pakar dalam sesuatu bidang.
MELAYAN PELANGGAN TANPA ETIKA
1. Ada pelanggan yang tidak beretika mahukan perkhidmatan yang beretika.
Eg : mahu elak cukai dan manipulasi akaun.
2. Profesional berhak menolak permintaan seperti tersebut tetapi dalam kes tertentu terpaksa
akur seperti peguam yang diarah kendali sesuatu kes.
3. Persoalan yg timbul :
i. Patutkah layan pelanggan seperti di atas?
ii. Dalam keadaan bagaimana boleh tolak sesuatu pelanggan.
iii. Jika ditolak, pelanggan itu diserahkan kepada siapa?.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)SITI HAJAR
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)Syahremie Teja
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKamarudin Jaafar
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukSyahira Md Desa
 
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimKertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimAmira Dolce Farhana
 
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawananKreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawananSyahremie Teja
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahKathal Paiya
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifwmkfirdaus
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan KeputusanCkg Nizam
 
Definisi komunikasi
Definisi komunikasiDefinisi komunikasi
Definisi komunikasifiro HAR
 
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaBab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaAsmaroni Rahman
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 

Was ist angesagt? (20)

Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
 
Objektif kajian
Objektif kajianObjektif kajian
Objektif kajian
 
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimKertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawananKreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 
Definisi komunikasi
Definisi komunikasiDefinisi komunikasi
Definisi komunikasi
 
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaBab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
 
1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam
 
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja BeperlembagaanKonsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 

Ähnlich wie Etika profesional (20)

Bab 1 teoritika etika bisnis
Bab 1 teoritika etika bisnisBab 1 teoritika etika bisnis
Bab 1 teoritika etika bisnis
 
Etika.pptx
Etika.pptxEtika.pptx
Etika.pptx
 
Minggu 1 ETIKA.pptx
Minggu 1 ETIKA.pptxMinggu 1 ETIKA.pptx
Minggu 1 ETIKA.pptx
 
pengertian-etika.4.ppt.ppt
pengertian-etika.4.ppt.pptpengertian-etika.4.ppt.ppt
pengertian-etika.4.ppt.ppt
 
pengertian-etika 2.pptx
pengertian-etika 2.pptxpengertian-etika 2.pptx
pengertian-etika 2.pptx
 
Bab 1 teoritika etika bisnis
Bab 1 teoritika etika bisnisBab 1 teoritika etika bisnis
Bab 1 teoritika etika bisnis
 
Tugas etika
Tugas etikaTugas etika
Tugas etika
 
16108900.ppt
16108900.ppt16108900.ppt
16108900.ppt
 
Etika bisnis (uts)
Etika bisnis (uts)Etika bisnis (uts)
Etika bisnis (uts)
 
Resume Etika Profesi 'ETIKA PEMANFAATAN TEKNOLOGI INFORMASI'
Resume Etika Profesi 'ETIKA PEMANFAATAN TEKNOLOGI INFORMASI'Resume Etika Profesi 'ETIKA PEMANFAATAN TEKNOLOGI INFORMASI'
Resume Etika Profesi 'ETIKA PEMANFAATAN TEKNOLOGI INFORMASI'
 
Makalah etika11
Makalah etika11Makalah etika11
Makalah etika11
 
Makalah etika11
Makalah etika11Makalah etika11
Makalah etika11
 
Makalah etika11
Makalah etika11Makalah etika11
Makalah etika11
 
ETIKA BISNIS
ETIKA BISNISETIKA BISNIS
ETIKA BISNIS
 
ETIKA BISNIS
ETIKA BISNISETIKA BISNIS
ETIKA BISNIS
 
Etika bisnis
Etika bisnisEtika bisnis
Etika bisnis
 
Understanding ethics
Understanding ethicsUnderstanding ethics
Understanding ethics
 
Etika bisnis
Etika bisnisEtika bisnis
Etika bisnis
 
Etika bisnis
Etika bisnisEtika bisnis
Etika bisnis
 
Etika
Etika Etika
Etika
 

Kürzlich hochgeladen

Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfHendroGunawan8
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikThomasAntonWibowo
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 

Etika profesional

  • 1. ETIKA PROFESIONAL DEFINISI ETIKA 1. Berasal daripada perkataan Inggeris (ethic) yang diambil daripada perkataan Greek iaitu ETHOS (sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan);(Garner, 1986 ). 2. Suatu set prinsip-prinsip moral yang membezakan betul dan salah (Bauman, 1987). 3. Sebagai sains sosial dan prinsip-prinsip moral. Bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu baik atau buruk (Iwabuchi, 1990). 4. Suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul (Uthman, 1986). DEFINISI MORAL 1. Berasal daripada perkataan Inggeris (moral) yang diambil daripada perkataan Greek iaitu MORAS (adat dan kebiasaan). Ia adalah idea umum yang diterima oleh masyarakat tentang sesuatu tingkah laku yang baik dan buruk oleh manusia (Garner, 1986 ). 2. Kod tingkah laku yang terdiri daripada nilai adat dan aspirasi yang diterima oleh sesuatu masyarakat terhadap tingkah laku yang baik atau jahat. Etika dan moral berbeza dari segi sebutan tetapi membawa erti yang satu. Etika lebih bersifat teori dan moral lebih bersifat amalan (Shaw, 1991). DEFINISI AKHLAK 1. Iaitu budi pekerti, watak, pegetahuan berkaitan kelakuan manusia sama ada baik atau jahat (Kamus Dewan, 1984). 2. Berasal daripada perkataan Arab KHULUQUN yang bermaksud budi pekerti dan tabiat (Uthman, 1984). 3. Ilmu yang menentukan batas baik dan buruk, lahir dari batin yang bersumberkan wahyu (Al Quran) dan As Sunnah (Mustafa, 1996). PROFESION, PROFESIONAL DAN PROFESIONALISME 1. Profesion : difahami sebagai pekerjaan. 2. Profesional : orang yang menganggap profesion individu itu sebagai suatu pekerjaan dan sumber pendapatan utamanya. 3. Profesionalisme : tahap kecekapan dan akauntabiliti yang seharusnya didukung oleh seseorang profesional. 4. Martin & Schiuzer (1996) : Profesion dan profesional hanya boleh digunakan untuk bidang pekerjaan tertentu yang mempunyai kriteria berikut : • Ilmu pengetahuan : pengetahuan dan kemahiran tinggi (know how). • Latihan intensif dan berterusan : belajar hingga ke IPT seperti doktor, jurutera,peguam dan lain-lain. • Perkhidmatan penting untuk masyarakat : diperlukan masyarakat setiap masa, segenap lapisan, di semua kawasan. • Badan Profesional : Di Malaysia – Doktor (Persatuan Perubatan Malaysia), Peguam (Majlis Peguam Malaysia), Jurutera (Lembaga Jurutera Malaysia), Arkitek (Pertubuhan Arkitek Malaysia), Akauntan (Institut Perakaunan Malaysia). • Pensijilan (pentauliahan) : perlu mendapatkan sijil atau lesen yang dikeluarkan oleh Badan Profesional masing-masing. • Bersifat autonomi : membuat keputusan penting dalam hal-hal berkaitan profesionnya.
  • 2. PROFESIONAL 1. Profesional terbahagi 2 i. Profesional Perunding : bekerja sendiri. ii. Profesional Bergaji : bekerja dengan majikan. 2. Etika profesional i. Alat kawalan sosial terhadap gol profesional. ii. Etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh profesional mengikut profesion masing-masing. iii. Ia menjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari. iv. Tujuan etika diadakan adalah untuk mengekalkan intergriti moral seseorang profesional itu. 3. 3 isu yang dikaitkan dengan kajian etika profesional : i. Memberi perkhidmatan tanpa diskriminasi. ii. Hubungan di antara profesional – pelanggan. iii. Kesan tingkah laku profesional terhadap pelanggan. 4. Secara kususnya etika profesional menekankan perkara berikut : i. Menjaga kepentingan individu, masyarakat dan alam sekitar secara berterusan. ii. Mengelak daripada berlakunya konflik antara kepentingan diri dengan masyarakat. iii. Mengelak penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat tertentu untuk kepentingan diri. 5. Perubahan yang dialami oleh golongan profesional : i. Pengamalan secara individu bertukar kepada secara berkumpulan. ii. Penggunaan ilmu dalam satu disiplin bertukar kepada pelbagai disiplin ilmu. iii. Perkhidmatan secara percuma kepada secara berbayar. iv. Peluang penilaian daripada rakan semakin bertambah. v. Kebersendirian dalam hubungan profesional-klien mula berkurangan. 6. Kepentingan kajian etika professional i. Menyedarkan gol profesional tentang kepentingan amalan etika dalam profesion mereka. ii. Mewujudkan autonomi moral iaitu kebolehan menggunakan pandangan moral yang sesuai dengan asas kemanusiaan. iii. Membina kemahiran tertentu yangg membantu profesional mengikuti langkah-langkah tersebut dengan lebih yakin. PEMIKIRAN DAN TEORI ETIKA TEORI TELEOLOGIS 1. Berasal daripada perkataan Yunani ‘telos’ (tujuan atau akibat). 2. Diasaskan oleh Bentham (1832) dan Mill (1873). 3. Tindakan dianggap betul jika bawa akibat dihajati iaitu kebaikan. 4. Sebelum melakukan sesuatu tindakan perlu fikirkan akibat baik dan buruk. 5. Ada 2 aliran : i. Aliran utilitarianisme tindakan : • tindakan yang bawa kesan baik lebih besar daripada kesan buruk. • eg: mencuri roti untuk diberikan kepada pengemis yang kelaparan. ii. Aliran utiliarianisme peraturan : • tindakan dianggap betul jika selari dengan peraturan sedia ada. • eg : elak ambil rasuah kerana kesannya tidak baik kepada penerima (boleh ditangkap berdasarkan peraturan / undang-undang). 6. Kelemahan teori teleologis :
  • 3.  Memerlukan kita mencari dan menentukan semua akibat daripada sesuatu tindakan atau peraturan.  Sukar menilai sesuatu akibat kerana tidak boleh meninjau masa hadapan.  Ramai tiada pengetahuan yang cukup untuk menilai apa yang mendatangkan akibat baik atau buruk daripada sesuatu tindakan. TEORI DEONTOLOGIS 1. Berasal daripada perkataan yunani ‘deon’ (diharuskan atau diwajibkan). 2. Diasaskan oleh Kant (1804). 3. Tindakan berasaskan tangungjawab dan bukan kesan daripada sesuatu tindakan. 4. Betul atau salah ditentukan oleh pegangan seseorang berdasarkan ajaran agamanya. 5. Mesti sentiasa buat baik dan jangan fikirkan kesan sesuatu tindakan kepada diri atau orang lain. 6. Kelemahan Teori Deontologis :  Kita tidak boleh ketepikan secara langsung kesan sesuatu tindakan kita.  Kita tidak dapat buat garis panduan untuk halang pertimbangan akibat sebelum ambil sesuatu tindakan.  Apakah faedah sesuatu tindakan jika tidak boleh membawa kesan baik kepada diri, org lain atau kedua-duanya. TEORI HAK ASASI 1. “Sesuatu tangungjawab perlu dilaksanakan kerana setiap orang punya hak tertentu”. 2. Diasaskan oleh John Locke ( 1704 ). 3. Setiap manusia ada tangungjawab terhadap orang lain kerana orang lain ada hak yang sepatutnya dihormati. 4. Kelemahan Teori Hak Asasi :  Terlalu fokus kepada hak kebebasan yang individulistik. TEORI KEPERIBADIAN MULIA 1. Diasaskan oleh Arsitotle ( 332 sm ). 2. Kebaikan dianggap sebagai kecenderungan mencari ‘Golden Mean’. 3. Ada 4 kebaikan : i. Kebaikan diri sendiri. ii. Kebaikan untuk masyarakat. iii. Kebaikan kepada kumpulan. iv. Kebaikan kemahiran. 4. Keperibadian mulia dikaitkan dengan :  Integriti.  Kejujuran.  Pertimbangan.  Menghormati diri.  Rasa tangungjawab. KEGUNAAN TEORI ETIKA 1. Menyelesaikan dilema etika. 2. Mengenalpasti obligasi etika.
  • 4. KESEDARAN ETIKA Unsur2 utama kesedaran etika 1. Kemutlakan kewajipan i. Manusia suka baik dan benci yang buruk. ii. Kewajipan : tiada tawar menawar, tidak berdasarkan untung/ rugi, senang/ susah (MUTLAK). iii. Perlu pengorbanan kepentingan, keinginan & perasaan. iv. Kebaikan / keburukan itu tidak tersembunyi atau perlu dicari, tetapi :  Kewajipan buat baik kepada semua.  Melakukan keadilan kepada semua. 2. Kerasionalan i. Etika bukan bersifat perasaan atau emosi tetapi merupakan satu pernyataan. eg: pinjam wang, mesti pulangkan. ii. Diterima akal, bersifat umum, difahami dan dipersetujui oleh semua. iii. Nilai itu diterima umum. eg : durian itu sedap. iv. Satu nilai sahaja yang diterima : baik atau buruk. 3. Kebebasan pelaku i. Pelaku berhadapan dengan kewajipan yang perlu dilakukan. ii. Penting buat keputusan (bebas boleh laksanakan atau tidak). iii. Keputusan muktamad pada diri sendiri. iv. Kemampuan bertindak tanpa paksaan. v. Jika buat kerana org lain maka dipanggil PERANGKAP ETIKA. vi. Ianya dianggap hak autonomi (kuasa mentaati diri sendiri / disiplin). vii. Kebebasan & tanggungjawab berkait rapat (mengurangkan tangunggjawab – mengurangkan kebebasan). PERANGKAP ETIKA 1. Satu kepercayaan seseorang yang mematuhi sesuatu peraturan kerana orang lain. 2. Kebebasan seseorang terhalang. 3. Persoalan yang ditekankan ialah :  “ mengapa kita melakukan sesuatu itu daripada apa yang dilakukan “  eg : memberi derma kepada anak yatim kerana adalah salah untuk mementingkan diri sendiri.  eg : pergi gotong royong membersihkan kawasan taman perumahan kerana adalah tidak baik hidup memencilkan diri. 4. Mungkin apa yang dilakukan betul dan baik tetapi mengapa kita lakukan janganlah kepada “ nanti apa yang orang lain kata”. 5. Sepatutnya ia lahir daripada kesedaran dan tangungjawab etika yang datang dari diri sendiri. Kesedaran Etika Ynag Tinggi 1. Menyedari sebagai satu kewajipan. - sendiri sedar bukan disedarkan oleh orang atau faktor lain. 2. Betul dari segi niat, tujuan dan cara. 3. Bersungguh-sungguh elak keburukan dan berusaha lebih buat kebaikan. - tolong hingga selesai dan tidak separuh jalan sahaja. 4. Berprinsipkan “ jangan buat apa yang kita tidak suka orang lain buat kapada kita”. 5. Jangan harapkan balasan daripada kebaikan yang dilakukan. - buat dengan ikhlas.
  • 5. 6. Terima dengan tenang segala kesusahan dan keburukan yang menimpa. - Redha. Kesedaran Etika Yang Tidak Mencukupi 1. Legalisme : bertindak hanya ikut peraturan atau kebiasaan. - eg : pakai tali pinggang keledar kerana takut polis. 2. Melihat perlakuan lahir sahaja : maksud, tujuan dan niat juga penting. - front stage & back stage. 3. Tidak merealisasikan maksud baik : maksud baik yang dilaksanakan tetapi hanya merupakan satu keinginan (tiada ertinya). 4. Menganggap tindakan moral sebagai soal peribadi dan bukan soal bersama. - eg : merompak bank, dadah. - etika hak semua orang dan bukannya hak peribadi - eg : ikut peraturan main bolasepak dan tidak boleh buat sesuka hati. 5. Anggap soal etika sebagai satu perkara sensitif. - tidak berani menegur kesalahan kawan. OBLIGASI KEPADA PELANGGAN/KLIEN HUBUNGAN PROFESIONAL / PELANGGAN 1. Ada 5 model etika hubungan profesional-pelanggan iaitu: a. Model Agensi i. Menekankan bahawa autoriti membuat keputusan adalah di tangan klien. ii. Profesional memberi perkhidmatan untuk mencapai matlamat yang dihajati oleh pelanggan. iii. Sesuai untuk profesion guaman tetapi kurang sesuai untuk akauntan (manipulasi akaun). iv. Kelemahan model ini ialah menganggap klien mempunyai cukup pengetahuan untuk memberi arahan kepada profesional. v. Menggalakkan profesional tidak menghiraukan kepentingan pihak lain (pihak ke-3). b. Model Kontrak i. Autoriti dikongsi bersama profesional dan klien. ii. Kontrak berdasarkan persetujuan atau kuasa tawar menawar secara bersama. iii. Selari dengan nilai kebebasan dan persamaan peluang. iv. Walaubagaimanapun terdapat ketaksamaan yang ketara antara profesional dan klien seperti: • Profesional ialah golongan berkemahiran dan berpengetahuan tinggi berbanding klien. • Tumpuan klien lebih kepada nilai asas seperti kesihatan tetapi profesional tidak. • Profesional ada kebebasan samaada menjalinkan atau tidak hubungan kerana mereka mudah mendapat klien berbanding klien untuk mendapat profesional. c. Model Persahabatan i. Profesional dan klien ada hubungan yang rapat berasaskan prinsip kepercayaan dan kerjasama. ii. Walaubagaimanapun hubungan seperti sahabat kurang tepat kerana: • Hubungan tersebut satu arah sahaja iaitu tumpuan profesional ialah kepada kepentingan klien dan bukannya klien. • Tiada persamaan antara profesional dan klien kecuali mereka adalah manusia. • Tidak terdapat komitmen perasaan kerana profesional menerima klien kerana bayaran. d. Model Paternalisme i. Tanggungjawab membuat keputusan diserahkan kepada profesional.
  • 6. ii. Model ini menafikan kebebasan klien menentukan pilihan atas alasan: • Profesional ada pengetahuan dan kemahiran tinggi. • Dalam keadaan tertentu, klien tidak mampu memberi persetujuan sebenar. • Andaian suatu hari nanti, klien akan setuju dengan keputusan oleh profesional. e. Model Fiduciari i. Autoriti dan tanggungjawab yang lebih kepada klien untuk membuat keputusan. ii. Persetujuan dan penilaian diperlukan untuk membolehkan klien mengambil bahagian sama dalam membuat keputusan. iii. Klien bergantung kepada kebolehan profesional. iv. Profesional ada tanggungjawab lebih untuk merumus, merancang, menunjukkan kebaikan, keburukan dan akhirnya mengemukakan cadangan. v. Model ini sesuai diaplikasikan kepada semua peringkat klien. vi. Persetujuan klien tidak diperlukan jika melibatkan soal teknikal dan kesan yang tidak signifikan kepada klien tersebut. Obligasi Untuk Bersikap Amanah 1. Ada 6 sikap amanah yang perlu ada pada profesional iaitu: i. Kejujuran • Ada kalanya profesional jujur kepada klien tetapi tidak kepada pihak lain. • Tanggungjawab utama jujur ialah tidak mengambil sesuatu dari klien tanpa izin. ii. Berterus terang • Ada kala seseorang berterus terang tetapi tidak jujur. • Sikap berterus terang melibatkan kejujuran dan pendedahan sepenuhnya. • Ada pendapat dalam keadaan tertentu dibolehkan berbohong tetapi pendapat ini sukar dipertahankan. iii. Kompetensi • Profesional mesti kompeten (cekap) melaksanakan tugasnya. • Masalah tidak kompeten timbul apabila profesional tidak mengkhususkan dalam sesuatu bidang. • Persoalannya ialah siapa yang harus bayar kos latihan profesional yang tidak cekap. iv. Ketekunan • Ketekunan mengelakkan kecuaian yang menyebabkan hasil kerja tidak memuaskan. • Biasanya faktor masa menjadi penghalang sikap tekun di kalangan profesional. • Kecuaian akan menyebabkan masalah kepada klien. v. Kesetiaan • Klien mengharapkan profesional boleh jaga kepentingan mereka. • Kesetiaan ini penting kepada klien tetapi ia bukan bermaksud kesetiaan melulu. vi. Menyimpan rahsia • Melibatkan fakta dan maklumat daripada klien. • Simpan rahsia menjadi asas hubungan profesional-klien. • Ia juga dianggap menjadi keistimewaan kepada profesional dan dilindungi oleh undang-undang. • Maklumat rahsia boleh didedahkan jika ada persetujuan daripada klien OBLIGASI TERHADAP PIHAK KETIGA 1. Pihak ketiga iaitu orang lain selain daripada klien. 2. Menurut Model Agensi, profesional mempunyai obligasi kepada pihak lain selain daripada klien. 3. Obligasi ini selari dengan peranan profesional di dalam masyarakat.
  • 7. 4. Profesional perlu melaksanakan obligasi selari dengan nilai-nilai masyarakat. Ketelusan 1. Iaitu obligasi yang perlu terhadap pihak ketiga, dilakukan oleh profesional walaupun tidak terjalin hubungan antara mereka. 2. Obligasi ini termasuk kesediaan mendedahkan maklumat yang mungkin boleh mengelirukan orang lain. Tidak mencederakan orang lain 1. Nilai asas di dalam masyarakat. 2. Selalunya tindakan profesional bagi pihak kliennya selalu menyebabkan pihak lain mendapat kerugian/masalah. 3. Ini tidak dapat dielakkan tetapi penting bagi profesional memastikan tindakannya di atas landasan yang adil dan di dalam persaingan yang sihat. 4. Eg: Doktor ada tanggungjawab untuk melindungi pesakit (klien) seperti mengasingkannya daripada orang lain (pihak ketiga). Dia juga bertanggungjawab memberitahu majikan (pihak ketiga) klien. Klien dan orang lain 1. Prinsip umum ie perlu di utamakan kepentingan klien berbanding pihak lain asalkan tidak melanggar undang-undang. 2. Persoalannya adalah bagaimana undang-undang sepatutnya menyeimbangi obligasi profesional terhadap klien dengan pihak lain. OBLIGASI TERHADAP PROFESION 1. Kebanyakan kod etika profesion menekankan tanggungjawab untuk memberi kebaikan umum 2. Tanggungjawab kebaikan awam meliputi 3 aspek : i. Kepimpinan sosial. ii. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran. iii. Mengekalkan dan menambahkan peranan profesion berkenaan. PENYELIDIKAN DAN REFORMASI 1. Profesional bertanggungjawab menjalankan penyelidikan mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing. 2. Reformasi boleh dijalankan oleh golongan bukan profesional dengan bantuan daripada profesional. 3. Ada 2 persoalan pokok dikaitkan dengan penyelidikan dan reformasi oleh profesional iaitu : i. Tidak semua profesional ada kemampuan dan minat yang sama untuk menjalankan penyelidikan. ii. Siapa yang sepatutnya biayai penyelidikan dan reformasi tersebut. 4. Penyelidikan i. Isu yang sering dikaitkan dengan penyelidikan ialah persetujuan daripada pihak yang terlibat. ii. Unsur utama aspek persetujuan ialah :  Kemampuan untuk memahami dan membuat pilihan.  Menjelaskan alternatif yang sedia ada.  Menerangkan dan menjangka risiko yang akan dihadapi. iii. Nilai etika penyelidikan seperti :  Tanggungjawab melindungi orang lain daripada kecederaan (mudarat).  Nilai terhadap kegunaan dan faedah daripada hasil penyelidikan. iv. Penyelidikan yang tidak berfaedah tidak harus dijalankan. 5. Reformasi
  • 8. i. Banyak tertumpu dalam bidang guaman. ii. Reformasi tidak semestinya melibatkan undang-undang tetapi mungkin dalam bentuk- bentuk peraturan secara sukarela. iii. Tanggungjawab melaksanakan reformasi berpunca daripada kepakaran dan sifat monopoli profesional. Menghormati Profesion 1. Perlukan profesional sentiasa prihatin dgn pandangan umum tentang profesionalnya? 2. Mendapat penghormatan ada kaitan dengan memenuhi tanggungjawab profesion keseluruhan. Penekanan Kod Etika 1. Profesional sepatutnya beri gambaran bahawa mereka sentiasa hormat di antara satu sama lain 2. Profesional bertanggungjawab memberi maklumat tentang kecekapan dan peribadi bakal profesional yang akan masuk dalam profesion mereka. 3. Profeional bertanggungjawab memikul beban bersama untuk penuhi peranan sosial profesion masing-masing:  Isu identifikasi profesion ( profesion dikaitkan dengan kepentingan golongan tertentu.  Isu ini timbul kerana kegagalan sediakan perkhidmatan yang sama rata kepadasemua pihak. HAK GOLONGAN PROFESIONAL 1. Profesional yang bekerja dengan majikan mempunyai beberapa hak: i. Hak membuat penilaian secara bebas. ii. Hak menolak daripada melakukan sebarang tindakan tidak beretika dan melanggar undang- undang. iii. Hak bercakap kepada umum tentang tugas dan tanggungjawab. iv. Hak melibatkan diri dalam persatuan. v. Hak melindungi klien dan awam daripada kemudaratan yang dilakukan oleh orang lain. vi. Hak mendapatkan pengiktirafan profesional hasil kerja-kerja yang dilakukan. MENIUP WISEL (WHISTLE BLOWING) 1. Iaitu pendedahan tentang salah laku dan perbuatan tidak beretika dalam sesebuah organisasi oleh pekerja atau bekas organisasi tersebut. 2. Ciri utama perbuatan meniup wisel : • Tindakan mendedahkan. • Bahan maklumat-maklumat itu dipercayai ada kaitannya dengan masalah etika yang serius. • Agen – orang yang mendedahkan ialah pekerja atau sesiapa yang ada hubungan dengan organisasi berkenaan. • Penerima maklumat–maklumat itu disampaikan kepada seseorang atau organisai yang ada kuasa untuk membuat sesuatu tindakan. 3. Panduan etika meniup wisel - Tiga keadaan membolehkan seseorang profesional meniup wisel • Jika kesan perbuatan tidak beretika itu mendatangkan kemudaratan serius kepada masyarakat. • Jika keprihatinannya telah diberitahu kepada pihak atasan organisasi. • Jika pelbagai usaha melalui saluran tertentu dalam organisasi tidak berkesan..
  • 9. 4. Perbuatan meniup wisel menjadi obligasi moral jika: • Keadaan itu benar-benar berlaku dan polisi syarikat adalah salah. • Dapat dibuktikan pendedahan itu dapat menghindar masyarakat daripada mudarat. 5. Prosedur meniup wisel • Dalam keadaan biasa mulakan dengan menggunakan saluran yang betul dalam organisasi. • Kemukakan bantahan dengan segera kepada pihak atasan. • Ambil kira perasaan orang yang terlibat. • Tumpukan kepada isu dan bukan kepada individu. • Beritahu ketua secara formal atau tidak formal. • Dakwa dengan rekod atau dokumen yang relevan. • Minta nasihat daripada rakan sekerja. • Sebelum didedahkan kepada pihak luar, bincang dengan jawatankuasa disiplin organisasi. • Minta nasihat peguam mengenai perkara yang berkaitan dgn undang-undang. PEMANTAUAN TINGKAH LAKU PROFESIONAL 1. Secara umumnya profesional mempunyai peraturan sendiri. 2. Kawalan dan pemantauan tingkahlaku profesional dalam pelbagai bentuk. 3. Keahlian seseorang dalam pertubuhan profesional boleh ditamatkan jika berlaku pelanggaran peraturan yang ditetapkan. 4. Selain itu pihak berkuasa juga boleh menggantung atau menarik balik lesen pengamal profesional. 5. Eg: lesen amalan guaman bagi peguam. KEMASUKAN MENJADI AHLI PROFESIONAL 1. Keahlian dalam sesuatu profesion di ambil kira kesamaan peluang (tanpa ambil kira ideologi politik, kaum, jantina dan lain-lain). 2. Seseorang yang mendapat ijazah tidak secara automatik boleh jadi pengamal bidang masing- masing. 3. Mereka perlu menjadi ahli badan profesional masing-masing dan mendapatkan lesen atau tauliah untuk menjadi pengamal persendirian. 4. Kemasukan ke dalam profesion haruslah berdasarkan kepada kompetensi. 5. Keahlian bukan hak tetapi hanya satu keistimewaan. 6. Matlamat utama diberi lesen ie untuk melindungi awam daripada perbuatan tidak beretika dan tidak kompeten oleh seseorang profesional. 7. Kriteria etika kadangkala kabur dan boleh mewujudkan prasangka dan diskriminasi. Disiplin 1. Ada sesetengah profesion kurang beretika. 2. Masyarakat boleh kenakan hukuman kepada profesional seperti : • Menyalahkan profesional secara terbuka. • Pemulauan, • Menafikan keahliannya dalam mana-mana bidang profesional. • Mendakwa di mahkamah. 3. Kepentingan profesional dan awam selalunya tidak selari namun masih ada kepentingan bersama seperti : • Kepentingan diri seperti kepentingan ekonomi. • Kepentingan teknikal seperti kaedah pembinaan. • Kepentingan budaya seperti kesihatan, keselamatan. Autonomi Profesional 1. Dianggap ciri-ciri penentu bagi satu-satu kes dan merupakan ciri-ciri utama sesuatu profesion.
  • 10. 2. Ada 2 bidang autonomi profesional : • Pembentukan dan penguatkuasaan norma-norma profesional di kalangan profesional. • Pengurusan aktiviti profesional sama ada dalam organisasi awam atau persendirian. 3. Sebab utama profesional perlu autonomi : • Mereka sahaja yang pakar dalam sesuatu bidang. • Penilaian mereka perlu bebas daripada pengaruh luar. • Memastikan kerahsiaan hubungan profesional - klien terpelihara. PENDEKATAN BARU PEMANTAUAN TERHADAP GOL PROFESIONAL 1. Penglibatan orang biasa. 2. Penguatkuasaan yang berkesan: • Asas kepada disiplin itu sendiri. • Setiap profesional sepatutnya melaporkan salah laku profesional lain. • Perlunya penyiasatan menyeluruh terhadap salah laku profesional. • Proses dan prosedur untuk melaksanakan tindakan disiplin terhadap profesional yang tidak beretika. 3. Motivasi kepatuhan: • Kaedah penyerapan (dalam bidang pendidikan). • Kursus etika profesional. • Pendidikan klinikal (ikut bidang @ profesion) KOD ETIKA 1. Iaitu dokumen rasmi yang menyatakan nilai-nilai utama sesebuah organisasi untuk dipatuhi oleh ahli organisasi tersebut. 2. Umumnya kod etika profesional menekankan perkara-perkara berikut : • Norma-norma profesional yang perlu dipatuhi. • Akauntabiliti dan tanggungjawab profesional. • Bentuk-bentuk penyelewengan yang perlu dihindarkan. • Bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan. • Norma-norma profesional yang diterjemahkan dalam tingkahlaku yang khusus 3. Peranan kod etika • Inspirasi dan tunjuk ajar : sediakan satu rangsangan positif terhadap tingkah laku yang beretika. • Sokongan : sokongan positif kepada mereka yang ingin berkelakuan secara beretika. • Halangan dan disiplin : untuk menyiasat sebarang perlakuan tidak beretika. • Pendidikan dan kefahaman : digunakan dalam bilik-bilik kuliah dalam perbincangan isu- isu etika. • Sumbangan kepada imej profesion : beri imej baik gol profesional yang beretika kepada masyarakat • Mempertahankan status : membantu promosi satu peringkat persetujuan yang minimum terhadap perlakuan beretika. 4. Batasan kod etika • Ayat-ayat di dalam kod etika terlalu umum dan kabur. • Peruntukan pernyataan dalam kod etika berkonflik antara satu sama lain. • Tidak boleh berperanan sebagai autoriti etika mutlak untuk kawal tingkahlaku profesional. • Wujud terlalu banyak kod etika. • Untuk menjamin keberkesanan kod etika, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian : • Isi kandungan kod etika disebar meluas. • Butiran kod etika masih jelas .
  • 11. • Dapat menangani isu-isi pokok dgn tepat. • Dikuatkuasakan dgn sungguh-sungguh. • Disemak semula dari semasa ke semasa. Pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam 1. Perlu dirumus, diperjelas dan dilaksanakan sesuai dengan kehendak negara yang mahukannya menjadi cekap dan berkesan. 2. Setiap anggota perkhidmatan awam mesti faham, amalkan dan pemimpin jadi teladan kepada bawahan. 3. Perlu kaji dan fahami cabaran semasa dan diselesaikan menerusi penghayatan nilai dan etika ke arah pembinaan tamadun baru. Kefahaman Etika Perkhidmatan Awam 1. Kefahaman penting kerana bakal menentukan arah dan beri makna kepada pemikiran, tindakan dan tanggingjawab. 2. Dapat menyatukan dan menyelaras pengurusan perkhidmatan awam sebagai institusi utama negara. 3. Penting untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti negara. 4. Sikap positif menjadi tunggak tata kelakuan perkhidmatan awam. 3 TERAS PERANAN PERKHIDMATAN AWAM 1. Beri perkhidmatan kepada raja, kerajaan dan rakyat dengan penuh kesetiaan. • Untuk melaksanakannya, jabatan kerajaan perlu membuat rancangan, pelaksanaan dan penilaian setiap program yang dipertanggungjawabkan. 2. Menjalankan hak dan kuasa dengan penuh tanggungjawab dan berlaku adil kepada rakyat yang menerima khidmat. 3. Membentuk satu masyarakat yang adil dalam sistem ekonomi terbuka berpandukan kepada kepentingan awam. 4. ETIKA PERKHIDMATAN AWAM - Kandungan etika perkhidmatan dan Perintah Am. • Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja. • Pengurusan Mesyuarat. • Pengurusan Masa. • Memberi Khidmat kepada orang ramai. • Perkhidmatan Kaunter. 5. Matlamat Etika Perkhidmatan Awam • Jangka pendek : meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kualiti pengeluaran. • Jangka panjang : mencapai matlamat negara yang inginkan kakitangan pengurusannya beramanah dan berakhlak mulia. 6. PERANAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM i. Senjata utama capai kecemerlangan dan motivasi institusi pengurusan sepanjang masa. ii. Pucuk pimpinan melahirkan kesedaran dan keinsafan di peringkat kementerian, jabatan dan agensi. iii. Dasar dan peraturan untuk capai matlamat kemakmuran dan kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat. Antara langkah yang diambil seperti program : • Etika Perkhidmatan Awam dan Konsep. • Perkhidmatan Cemerlang. • Bersih, cekap dan amanah.
  • 12. • Penerapan nilai-nilai Islam. • Kepimpinan melalui teladan. • Gerakan budaya kerja cemerlang. • Pekeliling Penjawat Awam. • Dasar Pandang ke Timur. • Anugerah Kualiti Perdana Menteri. TONGGAK DUA BELAS ISU ETIKA DALAM PERNIAGAAN 1. Hak umum : hak untuk hidup, kejujuran, kebenaran dan kebebasan. 2. Hak untuk dilindungi : sebagai pekerja, majikan dan pengguna. 3. Hak mencari pekerjaan tanpa sekatan. 4. Hak menghormati perjanjian dan kontrak. 5. Hak peniaga : mengumpul harta, menentukan pekerja dan membuat keuntungan. 6. Hak Mendapatkan Keadilan & Kejujuran : Dalam Semua Urusan Perniagaan. 7. Hak Mencari Pengguna : Bagi Barang Keluaran. 8. Pendekatan tentang Hak dan Tanggungjawab Dalam Perniagaan: a. Pendekatan secara pertandingan • Istilah ekonomi bebas, survival for the fittest, dog eat dog. • Perniagaan secara bebas tanpa campurtangan kerajaan. • Prinsip dapatkan keuntungan sebanyak yang boleh. • Peniaga besar vs peniaga kecil. b. Pendekatan dikawal kerajaan • Menolak sistem ekonomi bebas. • Kerajaan mengendalikan ekonomi dan pedagangan. • Tanggungjawab agihkan kekayaan kepada rakyat diserahkan kepada kerajaan. • Banyak masalah sosial dan ekonomi dapat diselesaikan. 9. Prinsip Keadilan, Berkata Benar dan Kejujuran Dalam Perniagaan a. Keadilan ; ada 3 bentuk iaitu keadilan pertukaran, keadilan yang diagihkan dan keadilan sosial: i. Keadilan Pertukaran • Libatkan soal pembayaran barangan atau perkhidmatan. • Jika penjual dan pengguna setuju pada satu takad harga maka dikatakan berlaku keadilan pertukaran. ii. Keadilan Diagihkan • Berlaku semasa mengagihkan keuntungan kepada pengusaha, pekerja atau pemegang saham. • Agihan secara adil keuntungan syarikat kepada pihak terlibat. iii. Keadilan Sosial • Bagaimana peniaga melayan pengguna dan masyarakat. • Eg melindungi daripada pencemaran alam sekitar. 10. Berkata benar • Dalam perniagaan, elakkan penipuan. Eg: harga barangan, saham syarikat kepada pemegang saham, hubungan pekerja – majikan. • Beritahu maklumat yg betul. Eg : dalam iklan. • Tidak tipu pengguna. 11. Kejujuran • Libatkan perkara seperti mematuhi perjanjian, kontrak, akui kesalahan/ kerosakan produk, pemberian gaji, harga berpatutan, barangan berkualiti, tiada rasuah dalam perniagaan.
  • 13. ETIKA DALAM PERKHIDMATAN 1. Ada 2 pendekatan etika dalam pengiklanan a. Pendekatan “ the anything goes “ i. Iklan tidak paksa pengguna membeli. ii. Iklan yang salah (palsu) tidak mengapa kerana ianya permainan perniagaan. iii. Iklan penting dalam persaingan perniagaan. iv. Terpulang kepada pengguna membuat pilihan bijak. b. Pendekatan berdasarkan kenyataan: i. Dakwaan bagi barangan peniaga mesti disokong dengan fakta atau bukti. ii. Peniaga bebas iklan barangan tetapi tidak boleh menipu. iii. Untuk elak penipuan, etika berikut mesti dipatuhi : • Barangan yang tidak selamat tidak sepatutnya diiklankan sebagai selamat. • Peniaga tidak boleh mendakwa kebaikan sesuatu barangan/servis secara tidak benar, keterlaluan, memperbesar-besarkan. • Dakwaan dan jaminan tentang bentuk, nature, kesan dan kegunaan sesuatu barangan mesti benar dan disokong dengan bukti. ISU ETIKA DALAM UNDANG-UNDANG 1. Ada 2 persoalan utama : • Adakah undang-undang yang dicipta manusia dan etika sememangnya terdapat dalam kehidupan manusia? • Adakah terdapat sebarang hubungan antara undang-undang dan etika ?? ISU ETIKA DALAM PERUBATAN 1. Isu pokok dalam perubatan ialah prinsip nilai hidup 2. Hak dan tanggungjawab dalam penjagaan pesakit/keluarga; a. Pendekatan patenalisme • Pesakit sepatutnya menyerahkan tugas menjaga dan merawat kepada doktor kerana mereka profesional. • Pesakit tidak perlu campur tangan kerana tidak pakar. Mereka mesti patuh kepada keputusan dan arahan yang dibuat oleh doktor. b. Pendekatan individualisme • Jamin hak individu ke atas diri dan nyawa sendiri. • Pesakit dan keluarga paling berhak buat keputusan. • Ini kerana pesakit ada perasaan, ketahanan mental dan fizikal, emosi. • Doktor beri cadangan, pesakit dan keluarga buat keputusan. c. Pendekatan kerjasama : • Pesakit dan keluarga jadi ahli utama, doktor dan pakar lain bekerjasama lakukan yang terbaik untuk pesakit. • Pesakit dan keluarga berhak pilih bentuk rawatan. • Doktor beri cadangan, pesakit dan keluarga buat keputusan. 3. Etika Melayan Pesakit • Mendengar maklumat yang dikehendaki oleh pesakit. • Elakkan bertanya soalan secara terus terang atau kasar. • Elakkan beri maklumat tergesa-gesa • Semasa beri maklumat, gunakan bahasa yang boleh difahami. • Terangkan sebenar dengan jelas, tenang, penuh harapan dan secara perikemanusiaan. • Jangan sesekali biarkan pesakit dan keluarga di dalam keadaan putus harapan. Bantu dari segi psikologi.
  • 14. PERBEZAAN UNDANG-UNDANG & ETIKA Bil Undang-undang Etika 1 Dikuatkuasakan oleh mahkamah dan hukuman dijatuhkan jika dilanggar Dikuatkuasakan oleh hati dan tiada hukuman langgar etika-ialah persoalan hati 2 Tentukan batas yang pasti. Bila langgar batas itu jadi jenayah Tentukan batas adapt, idealisme, keyakinan dan nilai moral 3 Mematuhi undang-undang belum pasti patuhi etika Patuhi nilai dan kod etika pasti tidak melanggar undang- undang 4 Merupakan peraturan minimum untuk kawal jenayah Lebih umum dan maksimum dari undang-undang dalam kawal jenayah 5 Penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan Kembangkan peraturan sikap terhadap kelakuan baik & buruk dlm masyarakat 6 Tidak mencukupi untuk tentukan batas etika dan moral Mencukupi untuk tentukan batas etika yang baik dan sebaliknya 7 Tidak liputi jadi panduan individu dan masyarakat yang pelbagai ragam Batas kelakuan yang baik dan jahat yang liputi individu dan masyarakat pelbagai ragam 8 Banyak perkara yang tidak diambil kira undang-undang seperti dengki. Hanya jatuhkan hukuman kesan dengki (jenayah ) Ambil kira perkara batin seperti jauhi dengki yang pasti terselamat daripada jenayah 9 Tidak ambil kira perkara samar-samar seperti ingkar nikmat dan khianat Ambil kira semua perkara termasuk yang samar-samar PRINSIP NILAI HIDUP MANUSIA 1. Nyawa sangat berharga (jangan ambil nyawa orang lain / diri sendiri). 2. Hormati kematian walaupun musuh kita. Prinsip Kebaikan Dan Keburukan 1. Galakan membuat kebaikan dan ketepikan keburukan. 2. Tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan. 3. Baik itu bermaksud kehidupan, kesedaran, keseronokan, kebahagian, kebenaran dan lain- lain. Ciri-Ciri Sistem Etika Yang Berkesan 1. Bersifat konsisten : tetapi tidak terlalu rigid dan boleh disesuaikan dengan pelbagai situasi.
  • 15. 2. Berbentuk universal : diterima dan diamalkan oleh semua. 3. Boleh diajar kepada semua manusia dan dikuatkuasakan dengan berkesan. 4. Berdasarkan pemikiran yang rasional : tetapi tidak bermakna mengetepikan langsung soal emosi dan perasaan. 5. Boleh dan mampu selesaikan masalah-masalah dalam kehidupan manusia khususnya dalam perkara-perkara berkaitan konflik dalam tangunggjawab dan obligasi. TANGGUNGJAWAB MEMBERIKAN PERKHDIMATAN 1. Setiap profesional bertanggungjawab memberi pekhidmatan yang sama kepada semua tanpa mengira agama, kaum, warna kulit, status, ideologi dan lain-lain. 2. Sebab-sebab profesional patut beri kesamaan peluang : a) Mereka sebahagian ahli masyarakat  Kepakaran yang ada sepatutnya dikongsi bersama.  Kebanyakan profesional berjaya kerana bantuan kerajaan.  Mereka wajar membantu masyarakat pula. b) Undang-undang membenarkan mereka memonopoli perniagaan berkaitan kemahiran mereka  Orang lain tidak boleh melakukan bidang tugas atau guna gelaran mereka.  Contoh : jururawat tetap jururawat dan tidak boleh dipanggil doktor sebab tiada ijazah bidang tersebut walau pun tugasnya sama merawat pesakit. c) Tidak semua pelanggan ada kemampuan untuk bayar lebih kos perkhidmatan mereka  Mereka patut mengambil kira orang yang memerlukan perkhidmatan mereka walau pun kurang mampu.  Contoh : doktor pakar yang mengenakan caj rawatan dan perkhidmatan yang tinggi. d) Perkhidmatan diperlukan oleh semua orang tanpa kira warna kulit, agama dan lain- lain.  Profesional tidak boleh pilih ‘bulu’.  Kena melayan secara adil walaupun bukan dari kaumnya yang memerlukan perkhidmatan mereka. e) Perkhidmatan diperlukan di semua kawasan  Kena beri khidmat walaupun di kawasan pedalaman.  Perang, kawasan penyakit, merentasi sempadan negara.  Di Malaysia, kerajaan memberi khidmat kesihatan walaupun di kawasan terpencil. Halangan kesamaan peluang yang disebabkan oleh faktor ekonomi 1. Monopoli  Ketara dalam bidang tertentu seperti perubatan dan guaman.  Orang lain tidak boleh memberi perkhidmatan tersebut kerana tiada tauliah atau kelulusan dalam bidang tersebut.  Ini menyebabkan pelanggan tidak boleh medapatkan perkhidmatan yang sama daripada orang yang tiada tauliah walaupunpun ada kemahiran tetapi tiada kelulusan bidang berkenaan. 2. Bayaran perkhidmatan  Pelanggan terikat dengan 4 jenis bayaran: i. Bayaran mengikut jadual.  Untuk elak kerja tidak sempurna.  Eg. Kerja di kalangan jurutera.
  • 16.  Bayaran ini tidak memungkinkan pelanggan menukar khidmat profesional yang lain. ii. Bayaran secara kontigensi.  Bayaran kontigensi – biasanya di kalangan peguam.  Bayaran selepas sesuatu kes selesai.  Biasanya kes tuntutan ganti rugi atau kemalangan.  Bayaran ikut % jumlah tuntutan. iii. Bayaran agihan.  Antara profesional dengan profesional lain.  Di dalam kerja yang kompleks seperti projek perumahan.  Kerja diagih di antara jurutera, arkitek, peguam.  Bayaran yang dikenakan kepada pelanggan pasti melibatkan kos semua profesional tersebut. iv. Bida kompetetif  Bayaran ikut tender.  Tawaran harga terendah akan berjaya.  Dikhuatiri perkhidmatan tidak seperti mana bayaran harga tinggi. PUBLISITI PENGIKLANAN DAN RUNDING CARA 1. Tiada halangan atau galakan untak mencari publisiti, namun ada batasan : i. Tidak digalakkan membujuk (yang boleh mengelirukan pelanggan)  Eg: “pembedahan yg dijamin selamat. ii. Tidak boleh membuat sesuatu yang tidak realistik  Eg: “ubat penawar HIV dan SARS”. iii. Tidak digalakkan menunjukkan keberkesanan perkhidmatannya  Eg: “ A terlepas dari hukuman gantung, B terlepas daripada hukuman penjara seumur hidup: Oleh peguam Z”. 2. Amalan runding cara sering berlaku terutama dalam bidang guaman dan perakaunan. 3. Ada akauntan membawa keluar bakal pelanggan makan dan terangkan perkhidmatan mereka. 4. Amalan ini dipanggil ‘ mengejar ambulan’. Eg: Peguam hubungi bakal pelanggan yang ditimpa kemalangan dan cadangkan cara membuat tuntutan atau mendapatkan pampasan. 5. Masalah etika. ie ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. 6. Ada percanggahan pendapat mengenai isu pengiklanan: i. Penyokong: iklan membolehkan pelanggan buat pilihan terbaik. ii. Penentang : Iklan menyebabkan persaingan tidak sihat dan penawaran kualiti rendah. MASALAH AKIBAT PENGKHUSUSAN KEPAKARAN 1. Ramai bertumpu pada satu bidang (yang dirasakan banyak memberi keuntungan).  Eg. Peguam komersial lebih untung daripada peguam kes. 2. Kurang yang mahu jadi pengamal umum.  Eg : buka klinik swasta lebih untung daripada kerja dengan kerajaan. 3. Keberkesanan perkhidmatan profesional menjadi pengamal bersendirian berkurangan.  Tubuhkan syarikat perkongsian atau ada banyak cawangan (seperti pejabat guaman). 4. Kos perkhidmatan meningkat.
  • 17.  Pelanggan terpaksa bayar lebih kos yang didakwa sebagai pakar dalam sesuatu bidang. MELAYAN PELANGGAN TANPA ETIKA 1. Ada pelanggan yang tidak beretika mahukan perkhidmatan yang beretika. Eg : mahu elak cukai dan manipulasi akaun. 2. Profesional berhak menolak permintaan seperti tersebut tetapi dalam kes tertentu terpaksa akur seperti peguam yang diarah kendali sesuatu kes. 3. Persoalan yg timbul : i. Patutkah layan pelanggan seperti di atas? ii. Dalam keadaan bagaimana boleh tolak sesuatu pelanggan. iii. Jika ditolak, pelanggan itu diserahkan kepada siapa?.