SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 36
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Esei Kenegaraan (ULP 1013)
Adat Resam Orang Cina
Pensyarah :
Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
Ahli Kumpulan:
Nurul Hasanah Bt Md Desa D20101037395
Nur Faralina Binti Asrab Ali D20101037415
Nor Fadilah BtZakaria D20101037413
Siti Noor Salwiyah Bt Abdul Rahim D20101037394
Faridah Bt Jaafar D20101037376
Suzana Bt Suddin D20101038944
Norsharina Bt Shaari D20101037374
Isi kandungan Muka surat
Pendahuluan 1
Perayaan Bangsa Cina 1
Perkahwinan Cina 5
Kematian Orang Cina 14
Makanan Orang Cina 17
Pemakaian Kaum Cina 21
Agama dan Kepercayaan Kaum China 24
Kesimpulan 34
Pendahuluan
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik.
Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib.Dalam pelbagai perkara,
tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara
berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang
diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara
keseluruhannya.
Perayaan Bangsa Cina
a) Perayaan Ching Ming
Hari Ching Ming merupakan hari bagi masyarakat Cina berziarah ke makam
orang tua dan leluhur, membersihkan makam dan juga melakukan ritual sembahyang
bagi para leluhur.Kegiatan Ching Ming dilakukan sepuluh hari sebelum dan sesudah
hari Cheng Beng.Hari Ching Ming biasanya jatuh pada tanggal 4, 5 atau 6 April dan
dirayakan dalam 10 hari sebelum dan 10 hari selepas Hari Ching Ming.Ini bermakna
kaum Cina ada dua puluh hari untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberi
kehormatan dan peringatan kepada nenek-moyang, ibu-bapa dan ahli-ahli tersayang
yang telah meninggal dunia.Ching Ming bermaksud “bersih” dan “cerah” dalam bahasa
Cina.
b) Asal Usul Hari Ching Ming
Terdapat beberapa kisah tentang Hari Ching Ming. Akan tetapi, yang lebih
tepatnya ialah kisah tentang seorang putera yang melarikan diri bersama pengikutnya
kerana kerajaannya telah dikalahkan oleh kerajaan lain. Dalam suatu keadaan, mereka
telah kehabisan makanan.Para pengikutnya mengambil sebahagian daging pahanya
sendiri untuk dimakan putera.Bertahun-tahun berlalu, setelah berhasil merebut kembali
kerajaaannya, putera Berjaya mendapat balik takhta raja dan ingin memebalas budi
pengikutnya.Akan tetapi ditolak oleh para pengikutnya tersebut yang ingin migrat ke
hutan untuk merawat ibunya yang sudah tua.
Berbagai-bagai cara dilakukan raja untuk bertemu dengan para pengikutnya
tetapi tidak berhasil. Akhirnya raja memerintahkan prajuritnya untuk membakar hutan
tersebut untuk memaksa para pengikutnya dan ibunya keluar dari hutan.Ternyata,
keduanya sudah terbakar hidup-hidup dalam hutan.Akan tetapi, raja menemui sehelai
kain dengan sajak yang ditulis oleh para pengikutnya.Dia berharap raja dapat
memerintah dengan cekap, bersih, dan cekap, iaitu “Ching Ming” dalam bahasa
Cina.Raja amat menyesali perbuatan beliau, oleh itu hari terbakarnya para pengikutnya
ditetapkan sebagai hari sembahyang yang menandakan penghormatan bagi orangtua
dan lelulur.Sejak itu, Cheng Beng diperingati setiap tahun sebagai wujud bakti dan
syukur kepada orang tua dan leluhur kita.
c) Adat Resam dan Cara Perayaan
Kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan Buddha, mempunyai
kepercayaanbahawa hidup atau mati, mereka terus bertanggungjawab menjaga makan-
minum ahli keluarga yang telah mati.Ini sebagai tanda sayang kepada yang mati dan
bukan kepercayaan hantu.Majoritinya telah menyembah kubur ini adalah dengan niat
murni untuk terus mengingati ahli keluarga yang telah mati.Pembakaran
bahan-bahan kertas adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada nenek
moyang kerana mereka mempercayai bahawa roh-roh akan hidup macam mereka juga.
Oleh itu,bahan-bahan keperluan dalam bentuk kertas akan dibakar untuk
digunakan oleh roh-roh nenek moyang. Kertas perak merupakan duit bagi leluhur.Colok
juga dibakar sebagai satu penghormatan dan bentuk makanan kepada leluhur.Selain
bahan-bahan kertasakandibakar untuk leluhur, makanan juga disajikan untuk leluhur.
Pada malam yang sama selepas pergi kubur. Di tempat kediaman juga akan diadakan
satu penyembahan di tepi jalan yang biasanya di depan rumah kediaman, lebih kurang
waktu.
d) Perayaan hantu lapar
Perayaan Hantu Lapar atau Hungry Ghost Festival turut wujud di Malaysia.
Kaum Cina yang beragama Taoist akan mengingati Perayaan Hantu Lapar pada bulan
tujuh, mengikut kalendar Cina. Biasanya, mereka akan merayaakan Perayaan Hantu
Lapar selama lima belas hari, iaitu bermula dari malam hingga bulan
mengambang.Siapakah hantu-hantu itu? Biasanya, mereka adalah roh-roh yang mati
tanpa keluarga.Jadi, mereka kebiasaannya merayau-rayau di merata-rata tempat.Oleh
sebab mereka tidak ada keluarga, tidak ada sesiapa yang bersembahyang untuk
mereka.
Oleh itu, orang-orang Cina beragama Taoist (orang Buddist tidak percaya
terhadap perkara iniakan menghulurkan makanan dan „wang-wang‟ kertas kepada roh-
roh ini. Jika kamu semua tengok, di tempat sembahyang, biasanya ada satu raksaksa
bermuka hitam dan lidah panjang.Dia merupakan ketua yang menjagakan pintu
neraka.Sesetengah hantu atau roh ini adalah manusia yang dahulunya telah berdosa
dan telah masuk neraka kerana perbuatan mereka.
e) Perayaan qing ming
Dalam budaya tradisional China, "Qing Ming" merupakan hari untuk memuja
nenek moyang yang telah meninggal dunia. Berdasarkan catatan sejarah, adat resam
yang mempunyai sejarah lebih kurang 2,500 tahun itu bukan sahaja diamalkan oleh
etnik Han, tetapi juga oleh beberapa kaum minoriti yang lain.
Pada hari "Qing Ming", orang ramai akan menziarahi kawasan perkuburan,
membakar colok, meletakkan makanan dan buah-buahan di depan jirat kaum keluarga
dan menimbunkan tanah di atas jirat lama supaya jirat itu menjadi lebih tinggi dan
kukuh. Selepas itu, ahli keluarga akan menjalankan upacara penyembahan kepada
nenek moyang dan mencurahkan arak di depan jirat.
Kebanyakan kawasan di China biasanya mengalami hujan pada hari "Qing
Ming". Suasana ini akan menyebabkan bertambahnya rasa sedih dan rasa rindu ahli
keluarga terhadap orang yang sudah pergi. Penyajak terkenal China pada abad ke-9
Masihi, Du Mu, pernah menulis sajak "Qing Ming" yang berbunyi "hujan turun tidak
henti-henti pada hari Qing Ming, mereka yang dalam perjalanan untuk menziarahi kubur
kaum keluarga juga kelihatan sedih yang amat sangat."
Menziarah dan membersihkan kubur nenek moyang pada hari "Qing Ming"
merupakan bahagian penting dalam kebudayaan tradisional China.Hingga ke hari ini,
orang China masih mengamalkan adat resam yang diwarisi turun-temurun ini.Pada
awal tahun ini, kerajaan China telah mengisytiharkan hari "Qing Ming" sebagai hari cuti
umum.
Walau bagaimanapun, hari "Qing Ming" bukanlah hanya dikaitkan dengan
kesedihan sahaja.Ia juga dikenali sebagai musim untuk memijak rumput-rumput yang
kembali menghijau, iaitu tanda tibanya masa bagi orang ramai keluar untuk menikmati
keindahan musim bunga.Berdasarkan catatan sejarah, rakyat China pada zaman purba
mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik sempena hari tersebut. Selain keluar ke luar
bandar, berbuai dan main wau juga dilakukan pada hari tersebut.
Perkahwinan Cina
Perkahwinan Cina secara tradisi diatur antara keluarga-keluarga berkenaan.
Pada asalnya, kebudayaan Cina membenarkan percintaan, dengan monogami
merupakan norma masyarakat etnik Cina.
Perkahwinan dalam konteks konfusianisme
Dalam pemikiran Konfusianisme, perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang
amat penting kepada kedua-dua unit keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam
kebudayaan Cina, inses telah ditakrifkan sebagai perkahwinan antara dua orang
dengan nama keluarga yang sama. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang
menganuti Konfusianisme, perkahwinan merapatkan keluarga-keluarga dengan
namakeluarga yang berlainan dan meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Secara
amnya, ini merupakan sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding
dengan anak perempuan ketika melahirkan anak.Oleh itu, manfaat dan kelemahan
sesuatu perkahwinan adalah penting kepada seluruh keluarga, bukannya sahaja
kepada pasangan yang berkenaan.Secara sosial, sepasang suami isteri dianggap
sebagai unit asas masyarakat Cina.Dalam sejarah Cina, terdapat banyak perkahwinan
yang menjejaskan kestabilan politik negara dan hubungan-hubungan antarabangsanya.
Sejak zaman Dinasti Han, raja puak-puak asing yang kuat seperti puak Mongol,
Manchu, Xiongnu, dan Turki, sering menuntut perempuan-perempuan daripada
keluarga diraja Cina. Banyak zaman dalam sejarah Cina juga dikuasai oleh keluarga
isteri atau ibu Maharaja.Oleh itu, perkahwinan juga berkait dengan politik.
Upacara amal perkahwinan tradisional
Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 402 - 221 SM. Sebelum
zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin.
Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan
dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta
keperluan bapa dan suaminya.
Walaupun China mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi
yang berbeza, terdapat enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali
sebagai tiga aksara dan enam etiket.
Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu
perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk
mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu ketika membincangkan
kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau
langsung dikenali.
Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak
membantah terhadap pinangan, tukang risik akan membandingkan hari jadi
pasangan tersebut. Jika pasangan itu adalah sesuai menurut astrologi Cina, mereka
akan meneruskan ke langkah yang berikut.
Harga pengantin perempuan (Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan
mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah
pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin
perempuan.
Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-berbeza,
bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga. Makanan dan
makanan istimewa merupakan hadiah yang biasa.
Pemilihan Hari Perkahwinan: Takwim Cinaakan dirujuk untuk menetapkan hari yang
bertuah.
Upacara Perkahwinan: Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang
menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri, dan
terdiri daripada beberapa bahagian yang teliti:
o Perarakan Perkahwinan: Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin
perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki. Perarakan itu terdiri daripada
sebuah tandu pengantin perempuan, sebuah pancaragam tradisional, sepasukan
pengapit pengantin perempuan (jika ada), serta hantaran kahwin pengantin
perempuan dalam bentuk wang.
o Penyambutan Pengantin Perempuan: Perarakan perkahwinan berhenti di
hadapan pintu rumah pengantin lelaki. Terdapat upacara-upacara tertentu yang
dipatuhi untuk menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli perarakan ke
dalam rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara tersebut berbeza-beza dari
tempat ke tempat.
o Upacara Perkahwinan Sebenar: Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan
di Barat, pasangan akan memberi penghormatan-penghormatan kepada Syurga
dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, serta antara satu sama lain.
o Jamuan Perkahwinan: Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan dikenali
sebagai xǐ-jǐu yang secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan", dan
kekadang adalah jauh lebih penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya.
Adanya juga upacara-upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu bapa,
pasangan, dan para tetamu.
Proses penceraian tradisional
Dalam masyarakat Cina tradisional, terdapat tiga cara utama untuk membubarkan
perkahwinan:
1. Perceraian tanpa kesalahan: Menurut kod undang-undang Dinasti Tang (618-
907), sebuah perkahwinan boleh dibubarkan atas sebab tidak bersesuaian,
asalkan suami menulis catatan perceraian.
2. Pembubaran perkahwinan melalui mandat negara: Ini berlaku jika salah satu
pasangan melakukan jenayah serius (ditakrifkan dengan berbagai-bagai cara,
tetapi ditakrifkan dengan lebih longgar untuk isteri) terhadap pasangan atau klan
pasangannya.
3. Pengisytiharan perceraian satu pihak oleh suami: Bagaimanapun, untuk
berkuatkuasa di sisi undang-undang, perceraian tersebut harus mendasarkan
salah satu daripada tujuh alasan yang berikut:
I. Isteri tidak taat kepada ibubapa mentua. Ini menyebabkan mentua
berupaya membubarkan perkahwinan tanpa kerelaan hati pasangan.
II. Isteri tidak berjaya melahirkan anak lelaki.
III. Isteri tidak beradab atau berzina.
IV. Isteri cemburu. Ini termasuk membantah suami kerana berkahwin lagi
seorang isteri atau mengambil gundik.
V. Isteri mempunyai penyakit yang keji.
VI. Isteri suka mengumpat.
VII. Isteri mencuri.
Jelas alasan-alasan tersebut boleh diputarbelitkan untuk menyesuaikan suami dan
keluarganya. Bagaimanapun, terdapat tiga kekecualian yang jelas yang penceraian
satu pihak tidak dibenarkan:
1. Isteri tidak ada keluarga untuk pulang.
2. Isteri pernah berkabung selama tiga tahun penuh untuk seorang mertua.
3. Suami miskin pada masa perkahwinan, tetapi kini telah menjadi kaya.
Undang-undang di atas adalah berkenaan dengan penceraian satu pihak yang
dikuatkuasakan sejak dari masa Dinasti Tang sehingga dibubarkan oleh kerajaan
Republik China pada tahun 1930.
Poligami
Bahagian ini membincangan aspek-aspek sosial dan undang-undang poligami,
khususnya poligini (seorang lelaki dengan banyak perempuan) dalam masyarakat Cina
tradisional. Kebudayaan tradisional tidak melarang atau menggalakkan poligini dengan
tersurat, kecuali sebagai cara untuk memperoleh anak-anak lelaki.
Amalan poligami dalam masyarakat Cina tradisional hanya terhad kepada
bilangan perempuan yang boleh didapatkan, serta keupayaan seseorang lelaki untuk
menyara mereka.Oleh itu, poligini pada dasarnya terhad kepada golongan atasan dan
kelas menengah manakala di kalangan mereka yang lain, monogami bolehlah dianggap
sebagai normal.Rekod-rekod sejarah tertulis mungkin berat sebelah tentang kejadian
poligami yang sebenar, kerana golongan elit bolehlah dianggap sebagai lebih
ditonjolkan dalam rekod-rekod tersebut.
a) Perkahwinan ganti tikar
Perkahwinan sororat atau perkahwinan ganti tikar ialah adat resam yang mana
seseorang lelaki berkahwin dengan kakak atau adik isterinya. Istilah ini kemudian
diperluas untuk merangkumi saudara-saudara sepupu atau perempuan-perempuan
daripada klan yang sama.
Perkahwinan ganti tikar boleh berlaku pada bila-bila masa, baik pada waktu yang
sama dengan perkahwinan isteri pertama, atau semasa isterinya masih hidup, ataupun
juga selepas isterinya telah meninggal dunia. Amalan ini amat biasa semasa Dinasti
Zhou di kalangan orang bangsawan, dengan amalan ini juga berlaku pada zaman-
zaman yang kemudian.
b) Isteri berbilang dengan status sama
Maharaja-maharaja bagi sesetengah dinasti yang agak kecil diketahui
mempunyai banyak maharani.Selain itu, kejadian ini juga boleh berlaku dalam keadaan-
keadaan yang khas.Umpamanya semasa perang, sepasangan suami isteri mungkin
berpisah dan suami itu salah menganggap bahawa isterinya telah meninggal dunia.Dia
berkahwin semula dan kemudian mendapati bahawa isteri pertamanya masih
hidup.Mereka disatukan semula dan kedua-dua isterinya diakui.
Maharaja Qianlong daripada Dinasti Qing mula membenarkan poligami yang
bertujuan khusus untuk melahirkan pewaris bagi lagi satu cabang keluarga.Dikenali
sebagai "pewarisan berbilang", jika seorang lelaki merupakan anak tunggal, dan bapa
saudaranya tidak mempunyai anak lelaki, jadi dengan persetujuan bersama, dia boleh
mengahwini lagi seorang isteri. Anak lelaki daripada perkahwinan ini akan menjadi cucu
dan pewaris kepada bapa saudaranya. Proses ini boleh diulangi untuk bapa-bapa
saudara yang lain.
Selain daripada keinginan tradisional untuk mempunyai anak lelaki agar dapat
meneruskan nama keluarga, kebenaran ini pada setakatnya dapat mengatasi dilema
yang ditimbulkan oleh Maharaja Qianlong sendiri. Baginda ketika itu baru sahaja
mengharamkan sebarang bentuk pewarisan bukan nasab bapa, tetapi masih hendak
mengekalkan hubungan kekeluargaan Cina yang wajar. Oleh itu, sepasangan suami
isteri tidah boleh mengambil anak angkat daripada keluarga luasnya.Mereka harus
mengambil anak angkat daripada orang luar (yang dianggap oleh banyak orang
sebagai memberi kekayaan kepada "orang luar" yang tidak bersaudara), atau menjadi
tidak mempunyai sebarang pewaris.Perkahwinan-perkahwinan pewarisan berbilang
memberikan jalan keluar ketika adik-beradik suami mempunyai seorang anak lelaki.
c) Sekedudukan
Perempuan-perempuan yang menjadi gundik diperlakukan sebagai orang yang
berkedudukan rendah dan dijangka harus menyerah dan menurut perintah isteri (jika
ada) lelaki yang berkenaan.Perkahwinan perempuan-perempuan itu tidak dilakukan
dengan sebarang upacara, mempunyai hak yang kurang dalam hubungan, dan boleh
diceraikan dengan sewenang-wenangnya.Pada umumnya, mereka datang daripada
status sosial yang lebih rendah atau dibeli sebagai abdi.Perempuan-perempuan yang
lari bersama kekasih mungkin juga menjadi gundik kerana perkahwinan yang rasmi
memerlukan penyertaan ibu bapa mereka.
Bilangan gundik yang boleh dikahwini oleh seseorang lelaki kekadang dikawal,
dengan maharaja hampir selalu boleh mempunyai banyak gundik.
Satu bentuk sekedudukan yang agak berlainan ialah apa yang dipanggil "dua
isteri utama". Secara tradisi, seorang isteri dijangka akan tinggal dengan keluarga
suaminya. Apabila seseorang suami terpaksa tinggal jauh daripada keluarganya,
isterinya harus tinggal dengan mertua dan menjaga mereka.Seorang lelaki yang
menderita pemisahan kronik daripada isterinya, seperti pedagang kembara, boleh
"berkahwin" dengan lagi seorang perempuan dan memulakan rumah tangga yang
berasingan dengannya. Disebabkan oleh perpisahan geografi, perempuan kedua itu
sering menganggap diri sebagai isteri penuh , walaupun perkahwinannya tidak diakui di
sisi undang-undang dan dia masih dianggap sebagai gundik.
Amalan ini telah mempengaruhi pertambahan poligami yang mendadak pada
baru-baru ini di tanah besar China.Sejak pembukaan sempadan China pada dekad
1970-an, ahli-ahli perniagaan dari Hong Kong dan Taiwan telah mengahwini "isteri-isteri
sekunder" di tanah besar.Sejak dari masa itu, amalan ini juga mempengaruhi orang-
orang kaya tempatan.[1]
.
d) Poliandri
Poliandri ialah amalan seorang wanita mempunyai banyak suami. Tidak ada hal
macam ini, ini hanya idaman isterinya yang ingin mempunyai suami lain kerana mereka
mungkin berkahwin secara tidak bersuka rela dan mungkin sekali juga ternampak lelaki
lain yang lebih kaya atau kacak. Pada zaman dahulu, perempuan yang telah masuk ke
rumah suaminya sudah dianggap sebagai ahli keluarganya dan perlu patuh pada
undang-undang rumah dan patuh pada suaminya. Pada zaman kini, mungkin sekali ada
isteri yang ada lelaki lain yang dipanggil [xiao bai lian] tetapi tidak berkahwin dan
dengan itu tidak mungkin mempunyai banyak suami.
Kematian Orang Cina
Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan
dengan soal-soal kematian.Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang
tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan
kematian.Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai
memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu
dengan minyak wangi dan disolek.Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama
apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan
pakaian yang cantik.Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari
perkahwinan.Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian
perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan
aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam
keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda
diukir dengan bersalutkan logam.Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang
semasa hidupnya.
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai
dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati.Tangisan ini perlu dilakukan
dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan
perkuburan ditanam.Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-
kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa.Tangisan ,mengungkit keburukan si
mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati
akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si
mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat
kelak.Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik
dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan
mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam
perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan.Tangisan ini seolah-olah
menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu.
Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.
Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan
pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik .lazimnya ukiran tersebut
mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus
dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang
telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan
untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.
Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu
akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional
masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah.Tidak kurang juga mereka
mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup.Lazimnya pemuzik tersebut
ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah
sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti
supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna
hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan
mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam
upacara kematian tersebut.Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam
yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang
diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika
mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam
akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan
masyarakatCina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah
berpandukan kertas tersebut.
Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang
tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina
tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad
perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan
darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan
tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian menggali lubang kubur
dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi.Hanya kertas yang bercop
bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh
mereka yang tidak bertanggungjawab.
Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan
penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang
telah meninggal dunia.Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi
adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata.Kebanyakan tanah
perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan
masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan
pulang.
Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik.Terdapat beberapa hiasan
yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk.Ukiran ini sebagai
melambangkan kekayaan si mati ketika hidup.Kubur atau jirat yang besar dan
mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan.Ini bermakna si mati
layak menikmati kemewahan selepas mati sepertiketika hidup.Oleh itu tidak hairanlah
masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga yang
meninggal dunia.
Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam
dipakai beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian
warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami
yang kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.
Makanan Orang Cina
Negara kita merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang
bangsa yang terdiri daripada kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.Setiap daripada
kaum ini mempunyai keunikan masing-masing termasuklah dari segi makanan. Kita
sentiasa mendengar tentang makanan tradisional orang Melayu tetapi kurang
mengambil perhatian tentang makanan tradisional makanan masyarakat lain di negara
kita. Setiap kaum di negara kita mempunyai makanan yang tersendiri termasuk juga
kaum Cina. Antara makanan tradisional kaum Cina di negara kita ialah „cha kui‟, „yong
tau fu‟, „pau‟, „chee cheong fang‟. Selain itu terdapat juga makanan yang dihidang
sempena musim perayaan iaitu kuih bakul, „chang‟ atau ketupat cina, kuih bulan, dan
„tangyuan‟ soltis musim sejuk.
„Cha kui‟ merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung yang diuli menjadi
bentuk bulat atau panjang dengan sedikit gula dan garam.Kuih ini biasanya dimakan
dengan bubur nasi, sup “bak kut teh” atau dimakan bersama makanan laut.Kuih ini juga
dihidang sebagai sarapan pagi.Selain itu, makanan yang paling popular dan disukai
ramai ialah „yong tau fu‟. „yong tau fu‟ ialah kepingan taufu, sayur bendi, peria, terung,
cili merah/hijau dan lain-lain yang dimasukkan inti daging ikan, ayam, dan sotong kering.
Ada juga yang menggunakan kacang panjang, cendawan dan telur sebagai pembalut
inti. Makanan ini direbus di dalam sup. „Yong tau fu‟ ini juga dimakan dengan cara
dicicah dengan sos cili atau kicap manis. Ia juga boleh dimakan pada bila-bila masa
sebagai hidangan utama atau dijadikan lauk.
Disamping itu, „pau‟ ialah antara kuih tradisional yang bukan sahaja popular dalam
kalangan masyarakat Cina malah kaum lain juga menyukai kuih ini. „Pau‟ diperbuat
daripada tepung gandum yang diuli dan dibentuk menjadi agak bulat untuk kulitnya.
Intinya pula diperbuat daripada kacang merah, bunga teratai, daging, telur, sengkuang,
atau cendawan. Kuih ini dihidang sebagai sarapan pagi atau alas perut pada waktu
tangan. “Chee cheong fan” juga salah satu daripada makanan masyarakat Cina .“Chee
cheong fan” ialah tepung gandum yang dikukus nipis-nipis menjadi seperti „kuew
teow‟.Ianya hendaklah dipotong kecil-kecil sebelum dimakan. Makanan ini juga sangat
enak jika dicampur dengan bahan makanan lain mengikut cita rasa masing-masing
seperti kuah kari, sos cendawan, sos tiram, sos udang, sos cili dan lain-lain.Ia juga
boleh dimakan bersama “yong tau fu”. Makanan ini juga dihidang sebagai sarapan pagi
atau minum petang.
Selain itu, bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya seperti tahu, taucu,
kicap soya, cendawan, bunga lily, biji-bijian dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan
diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu
manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan
resipinya berasal dari Negeri China, contohnya yong tau foo, char koay teow, dim sum
dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18.
Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran
kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari
sayuran, daging dan makanan laut.Dalam pada itu, nasi ayam bukan sahaja dipelopori
oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.Nasi ayam dihidangkan
bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus.Bagi orang Melayu mereka
lebih meminati ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang
dikukus.
Selain itu, bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya seperti tahu, taucu,
kicap soya, cendawan, bunga lily, biji-bijian dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan
diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu
manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan
resipinya berasal dari Negeri China, contohnya yong tau foo, char koay teow, dim sum
dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18.
Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran
kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari
sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina
tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.Nasi ayam dihidangkan bersama ayam
goreng, ayam panggang atau ayam kukus.Bagi orang Melayu mereka lebih meminati
ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus.
Apakah pula makanan yang dihidangkan semasa musim perayaan dalam masyarakat
Cina?Kuih bakul merupakan makanan yang wajib dijamu sewaktu perayaan Tahun
Baru Cina. Kuih bakul diperbuat daripada beras pulut dan gula yang diadun dan
dimasukkan ke dalam relau dan dikukus selama 12 jam sehingga kering dan bewarna
perang. Kuih bakul ini boleh dimakan terus seperti dodol.Ia juga boleh digoreng dengan
ubi keledek atau ubi keladi. “Chang” atau ketupat cina juga antara makanan yang
dihidang semasa musim perayaan.Ketupat ini diperbuat daripada campuran beras pulut,
cendawan, daging, buah berangan, udang kering dan kacang merah yang
dikukus.Walaupun begitu, ramuan ketupat ini mungkin berbeza mengikut
etnik.Contohnya etnik Hokkien tidak memasukkan kacang manakala etnik Kantonis dan
Hakka memasukkan kacang ke dalam ketupat ini.
Disamping itu, kuih bulan merupakan sejenis kuih yang terhasil daripada adunan
tepung gandum, kacang merah, bijian seperti bunga teratai atau kuaci, buah berangan
atau daging.Kuih bulan pada asalnya mempunyai empat jenis inti iaitu yang pertama
kuih bulan kacang merah yang mengandungi telur atau tanpa telur. Jenis kuih bulan
yang kedua ialah kuih bulan „wu ren‟ yang intinya terdiri daripada lima jenis bijian
seperti almond, buah berangan, kuaci dan lain-lain. „Jin tui‟ merupakan jenis kuih bulan
yang mengandungi inti daging.Jenis kuih bulan yang keempat ialah kuih bulan yang
dibalut kulit pulut dan mesti disimpan dalam peti ais.Kuih bulan merupakan kuih yang
dimakan sempena Pesta Tanglung upacara menikmati bulan purnama pada bulan 8
menurut kalendar cina.Cara terbaik untuk menikmati kuih bulan ialah kuih ini dimakan
bersama teh cina terutama pada malam bulan purnama.
„Tangyuan‟ atau Soltis Musim Sejuk sejenis makanan orang Cina yang jarang-jarang
didengar atau dilihat.Kuih ini asalnya dimakan oleh orang China ketika menunggu
ketibaan musim bunga setelah menhadapi musim sejuk. Di Malaysia, budaya
menghidangkan makanan ini diamalkan pada 21 atau 22 haribulan Disember setiap
tahun dan ia dimakan selepas upacara sembahyang kesyukuran. Selain itu, kuih ini
juga dimakan oleh pasangan pengantin pada malam sebelum hari perkahwinan.Kuih
diperbuat daripada campuran tepung beras dan pewarna.Ianya dijadikan bola kecil
kemudian dimasak dalam air mendidih dengan sedikit halia.Makanan ini dihidangkan
dengan air gula.
Pemakaian Kaum Cina
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya terutama sekali
di negeri selat iaitu di Melaka sebagai pusat perdagangan, kemudian diikuti Pulau
Pinang dan seterusnya ke negeri seperti Kuala Lumpur.Kehadiran mereka ini
membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat
resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan
dengan suasana tempatan di Tanah Melayu.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang
emas dan sutera, namun kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut
peredaran masa dan kesesuaian.Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China
menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias
benang emas dan perak. Antaranya ialah seperti Jubah Labuh, Cheongsam, Qun
Gua,Baju Shanghai dan Samfoo yang masih kekal dipakai di dalam majlis dan upacara
sama ada untuk kematian, perkahwinan mahupun menyambut tahun baru.
Cheongsam merupakan pakaian tradisional bagi kaum cina
perempuan.Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.Manakala versi lelaki
dipanggil changshan.Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina
yang labuh sampai ke kaki.Perkataan 'cheong sam' dalam dialek kantonis bermaksud
'baju labuh'.Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera
China pada tahun 1911.Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di
bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan
kain.Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain
lembut.Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut.
Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan
sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
Qun gua merupakan pakaian pengantin perempuan biasanya memakai pakaian
dua bahagian iaitu yang disulam dengan jahitan berbentuk burung Pheonix dengan
benang emas dan perak.Manakala pengantin lelaki memakai jubah panjang kain sutera
bersulam dengan corak naga.Seterusnya pula ialah baju Shanghai iaitu baju pendek
yang sering dipakai oleh golongon wanita Cina. Baju Shanghai ini dipadankan bersama
skirt atau kain labuh untuk kelihatan lebih anggun dan menarik. Selain itu, Jubah labuh
dipakai oleh kaum lelaki Cina.Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara
tertentu.Kebiasaannya majlis perkahwinan dan perayaan.Kebanyakan jubah labuh
masih dihasilkan di China.
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis.Ia
merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari
oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah.
Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.Samfoo
adalah baju pendek yang kebiasaannya dipadankan dengan seluar.Samfoo turut
dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan
samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar
dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti
seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain
sutera.Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-
motif tertentu.Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina
di Malaysia.
Agama dan Kepercayaan Kaum China
Pada dasarnya pandangan pemikiran orang Cina selalu mengembalikan hakikat
keharmonian antara kehidupan “langit” (alam ghaib) dan kehidupan di bumi (alam dunia
nyata).Mereka percaya bahawa alam semesta ini sebagai akibat dari kekuatan
alam.Alam dikuasai oleh semangat yang kekuatannya luar biasa.Alam semesta
semata-mata hanyalah ekspresi dari kekuatan-kekuatan alam yang dipengaruhi oleh
semangat yang mendiami alam.Beberapa semangat itu berada dan hidup di dalam
fenomena-fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan,
gunung, serta fenomena-fenomena alam lainnya.Di antara semangat alam itu adalah
semangat yang berasal dari arwah leluhur yang kekuatan hidupnya sangat besar,
sekeluarga dapat melanjutkan kekekalan hidupnya setelah jasad jasmaniahnya mati.
Menurut dasar pemikiran orang Cina, seluruh fenomena alam itu terbahagi
kepada dua iaitu yang dan yin. “Yang” merupakan prinsip dasar untuk lelaki, matahari,
arah selatan, panasnya cahaya (siang), dan segala yang termasuk keaktifan,
sedangkan “yin” adalah suatu prinsip seperti: wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap
(malam), dan segala yang bersifat pasif. Orang Cina beranggapan bahawa manusia
harus dapat menyesuaikan diri dengan ritma alam semesta. Kehidupan harus harmoni
dengan tiga dasar iaitu: kehidupan langit, bumi, dan kehidupan manusia itu sendiri. Di
samping itu harus disesuaikan pula dengan fengsui yang bererti angin dan
air.Penyesuaian itu bererti hidup manusia itu harus disesuaikan dengan arah angin dan
keadaan air di mana manusia tinggal. Tiap bangunan yang digunakan harus pula
disesuaikan dengan keadaan fengsui, sehingga akan terhindar dari segala malapetaka.
Kedua-dua prinsip yin dan yang ini merupakan nafas dan kekuatan yang
dilambangkan dalam bentuk lingkaran yang dibahagi kepada dua bahagian dengan
garis yang saling melingkar yang memisahkan yang dan ying.Bulatan melambangkan
prinsip alam semesta, dimana alam semesta ini wujud oleh kerana kedua prinsip
kesatuan antara yang dan yin.“Yang” merupakan daya cipta suatu sifat Tuhan yang
memberi gerakan dan hidup kepada sesuatu.“Yin” bersifat bahan atau zat yang diberi
kemampuan menerima “yang”, sehingga terjadilah hidup dan bergerak. Dengan kata
lain, “yang” bersifat memberi dan memperbanyak, sedangkan “yin” bersifat menerima
dan menyimpan. Adanya kesatuan hidup ini maka wujudlah fenomena alam semesta
seperti: air, kayu, bumi, dan makhluk hidup di dalamnya. Penciptaan dan pergerakan
kesatuan yang dan yin tunduk dan mengikuti hukum tata kehidupan alam semesta,
sehingga dengan demikian bergerak dengan teratur dan berirama.Ritma ini mengisi dan
mengatur setiap ruangan di alam semesta ini seperti jalannya matahari, bintang, bulan,
pergantian musim, dan lain-lain.Ritma ini disebut tao iaitu bagaimana sesuatu di dunia
itu dijadikan dan jalan bagaimana orang harus mengatur hidup.Tao adalah jalan
Tuhan.Dasar demikian inilah yang selanjutnya menimbulkan fahaman Taoisme.
Dalam kehidupan orang Cina, ada tiga ajaran yang mereka anuti iaitu Toisme,
Konfusianisme, dan Buddha. Ketiga-tiga ajaran ini sudah saling menyatu (sinkretisme)
dan dikenali dengan nama San Jiao atau Sam Kauw (dialek Hokkien). Dalam
kehidupannya, orang Cina memang sangat toleran terhadap soal-soal agama.Setiap
agama dianggap baik dan bermanfaat, begitu pula dengan ajaran Taoisme,
Konfusianisme, dan Buddha yang mempunyai banyak kesamaan-kesamaan
pandangan dan saling memerlukan sehingga ketiga ajaran tersebut berpadu menjadi
satu.
Agama Buddha :
Agama Buddha sudah menjadi bahagian dari filosofi Cina selama hampir 2000
tahun.Meskipun Buddha bukanlah merupakan agama asli, melainkan pengaruh dari
India, tetapi ajaran Buddha mempunyai pengaruh yang cukup berarti pada kehidupan
orang Cina.Tema pokok ajaran agama Buddha adalah bagaimana menghindarkan
manusia dari penderitaan (sengsara).Kejahatan adalah pangkal penderitaan.
Pengasas agama Buddha adalah Sidharta Gautama.Ia dilahirkan dari keluarga
bangsawan di India. Sewaktu kecil, ayahnya menjauhkan Sidharta dari segala macam
bentuk penderitaan dunia, sampai pada suatu hari secara tidak sengaja ia melihat
orang-orang yang selama ini belum dilihatnya iaitu orang-orang tua, seorang yang sakit
dan yang meninggal. Kenyataan tersebut membuatnya kemudian meninggalkan istana
dan bertapa di bawah pohon bodhi. Setelah bertapa selama enam tahun akhirnya ia
memperoleh pencerahan dengan menemukan ubat penawar bagi penderitaan, jalan
keluar dari lingkaran tanpa akhir iaitu melalui kelahiran kembali kepada suatu jalan
menuju Nirwana. Jalan ini yang kemudian dikenal juga sebagai inti dari ajaran Buddha.
Buddhisme masuk ke Cina kira-kira abad 3 Masehi, pada masa pemerintahan
dinasti Han.Buddhisme selanjutnya mengalami perkembangan sendiri di negara
tersebut.Ajarannya di Cina mendapat pengaruh dari kepercayaan yang sudah ada
sebelumnya iaitu Taoisme dan Konfusiansianisme. Hal yang paling kentara dari
percampuran ini ialah dengan munculnya sekte Shan, yang juga muncul di Jepang
dengan nama Zen yang merupakan Buddhisme India bercorak Taoisme Cina. Wujud
dari agama ini adalah timbulnya versi-versi signifikan dari dewata-dewata buddha,
seperti Avalokitecvara, Maitreya, dan sebagainya. Avalokitecvara berubah menjadi
Dewi Welas Asih (Guan Yin atau Kwan Im).Dewi ini sangat popular sekali di kalangan
orang Cina, tempat orang memohon pertolongan dalam kesukaran, memohon
keturunannya, dan lain sebagainya.Kwan Im dalam penampilannya mempunyai 33
wujud, diantaranya yang paling popular adalah Kwan Im berbaju putih, Kwan Im
membawa botol air suci, dan Kwan Im bertangan seribu. Dalam Avalokitecvara,
Maitreya juga mempunyai wujud lain di Cina yaitu Mi le fo, seorang yang bertubuh
gemuk dan raut muka yang selalu tertawa. Dewa ini dikenal sebagai dewa pengubatan.
Selain dewata-dewata Buddhis, di dalam sistem kepercayaan rakyat Cina
mengenal tiga penggolongan utama dewata, iaitu:
1. Dewata penguasa alam semesta yang mempunyai wilayah kekuasaan di langit.
Para dewata golongan ini dipimpin oleh dewata tertinggi iaitu Yu Huang Da Di,
Yuan Shi Tian Sun, dan termasuk di dalamnya antara lain dewa-dewa bintang,
dewa kilat, dan dewa angin.
2. Dewata penguasa bumi yang memiliki kekuasaan di bumi, walau sebetulnya
mereka termasuk malaikat langit. Kekuasaan mereka adalah dunia dan manusia,
termasuk akhirat. Mereka dikatakan sebagai para dewata yang menguasai Wu-
Xing (lima unsur), iaitu:
kayu (dewa hutan, dewa kutub, dan lain sebagainya)
api (dewa api, dewa dapur)
logam (dewata penguasa kekayaan dalam bumi)
air (dewa sumur, dewa sungai, dewa laut, dewa hujan, dan lain sebagainya)
tanah (dewa bumi, dewa gunung, penguasa akhirat, dewa pelindung kota, dan
lain sebagainya)
3. Dewata penguasa manusia, iaitu para dewata yang mengurus soal-soal yang
bersangkutan dengan kehidupan manusia seperti kelahiran, perjodohan,
kematian, usia, rezeki, kekayaan, kepangkatan dan lain sebagainya. Termasuk
dalam golongan dewata penguasa manusia ini adalah para dewata pelindung
usaha pertokoan, dewata pengubatan, dewata pelindung, dan peternakan ulat
sutera. Di samping itu, terdapat dewata-dewata kedaerahan yang menjadi
pelindung masyarakat yang berasal dari daerah yang sama.
Ajaran Konfusianisme :
Konfusianisme atau Konghuchu mulai dikenal di Cina melalui pemikiran-
pemikirannya yang cemerlang yang dilontarkan pada zaman Chou Timur (770-221 SM).
Konghuchu lahir pada tahun 551 SM berasal dari kota Lu, Provinsi Shandong. Pada
masa itu dinasti Chou tengah kehilangan kendali terhadap para tuan tanah yang
menempati hampir setengah bahagian dari wilayah Cina. Konghuchu dibesarkan oleh
ibunya kerana ia sudah kehilangan ayahnya ketika masih berusia tiga tahun. Ketika
dewasa dan bekerja sebagai pegawai di kuil bangsawan Zhou, ia mengikuti semua
detail-detail yang terdapat dalam perayaan yang akhirnya menjadikannya sebagai
seorang yang ahli dalam ritual agama kuno.
Konfusianisme adalah humanisme, tujuan yang hendak dicapai adalah
kesejahteraan manusia dalam hubungan yang harmonis dengan masyarakatnya.
Kudrat manusia menurut konfusius adalah “pemberian langit”, yang bererti bahawa
dalam hal tertentu ia berada di luar piliham manusia. Kesempurnaan manusia terletak
dalam pemenuhannya sebagai manusia yang seharusnya.Moraliti merupakan realisasi
dari rancangan yang ada dalam manusia.Oleh kerana itu, tujuan manusia yang paling
tinggi adalah menemukan petunjuk sentral bagi moral yang mempersatukan manusia
dengan seluruh isi alam semesta. Bagi Konfusius, manusia adalah baian dari konstitutif
dai seluruh isi alam semesta. Manusia harus berhubungan secara indah dan harmonis
dengan harmoni alam di luarnya. Ungkapan yang paling terkenal yang merupakan inti
ajarannya iaitu tidak berbuat kepada orang lain apa yang dia tidak sukai orang lain
perbuatan pada dirinya. Secara praktik ajaran Konfusius dapat disimpulkan menjadi tiga
pokok iaitu:
1. Pemujaan terhadap Tuhan (Thian)
Konfusius mengajarkan keyakinan kepada pengikutnya bahwa Thian atau Tuhan
menjadi awal atas sumber kesadaran alam semesta dan segalanya.Ia menekankan
bahawa amat perlu untuk melakukan sembahyang korban terhadap Thian. Pengertian
Tuhan dalam kepercayaan Tionghoa sebenarnya juga tidak berbeza dengan agama-
agama yang lain iaitu sebagai pencipta alam semesta dan segala isinya. Dalam
kepercayaan kalangan rakyat, Tuhan biasanya disebut sebagai Thian atau Shangdi
atau Siang Te (dialek Hokkian).Thian adalah penguasa tertinggi alam semesta ini.
Kerana itu, kedudukan-Nya berada di tempat yang paling agung, sedangkan para dewa
dan malaikat yang lain adalah para pembantunya dalam menjalankan roda
pemerintahan di alam semesta ini, sesuai dengan fungsinya masing-masing. Di dalam
sistem pemerintahan ini, merupakan cerminan dari prinsip Yin dan Yang, yang
diwujudkan dalam bentuk pemerintahan di dunia dan pemerintahan syurga yang
dilakukan oleh para dewa yang dipuncaki oleh Shangdi. Rakyat percaya pemerintahan
syurga memiliki struktur yang sama dengan pemerintahan dunia. Kalau pemerintahan
dunia terdiri dari kaisar, para keluarganya, perdana menteri, menteri-menteri sipil dan
militer, dan lain sebagainya, maka pemerintahan syurga pun dipimpin oleh Shangdi dan
dibantu para dewa-dewa baik sipil maupun militer untuk mengatur tata tertib di alam
semesta ini. Sebab inilah maka para kaisar (hung-di) yang di bumi merasa perlu untuk
memuja Shangdi (yang berkedudukan di atas) untuk memohon perlindungan dan berkat
serta petunjuk-petunjuk untuk menjalankan roda pemerintahan di mayapada ini agar
selalu selaras dengan kehendak Shangdi (Shang=di atas, di=tanah).
2. Pemujaan terhadap leluhur
Pemujaan terhadap leluhur adalah menolong seseorang untuk mengingat
kembali asal-usulnya.Di sini asal mula manusia adalah dari leluhurnya.Upacara
pemujaan terhadap leluhur di sini diperlukan sesaji.Sebagian besar aktifitas rumah
tangga dalam keluarga Cina selalu berhubungan dengan roh leluhur.Salah satu fungsi
utama dalam keluarga adalah melakasanakan pemujaan terhadap leluhur.Pemujaan
leluhur dipandang sebagai perwujudan dari bakti anak terhadap orang tua dan
leluhurnya (Xiao).Pelaksanaan upacara pemujaan leluhur dalam keluarga dipimpin oleh
ayah sebagai kepala keluarga.Keluarga Cina menganut garus keturunan dari pihak
ayah atau disebut patrilineal.Garis keturunan sangat penting bagi mereka guna
menjaga kelangsungan keluarga.Oleh kerana itu, anak laki-laki sangat penting untuk
meneruskan garis keturunan.
3. Penghormatan terhadap Konfusius
Bagi orang Cina merupakan kewajiban mereka untuk menghormati Konghuchu
yang mereka anggap sebagai guru besar seperti halnya penghormatan terhadap orang
tua.Konghuchu dianggap telah berjasa dalam mengajarkan dasar-dasar ajaran moral
yang sampai sekarang masih terus diterapkan. Filsafatnya yang pada akhirnya menyatu
dengan kehidupan masyarakat Cina membuat secara keseluruhan ajaran Konfusius
lebih banyak ditujukan kepada manusia sebagai makhluk hidup
Ajaran Toisme :
Taoisme merupakan ajaran pertama bagi orang Cina yang dikemukakan
Laotze.Ia dilahirkan di Provinsi Hunan pada tahun 604 SM. Dikisahkan, Laotze merasa
amat kecewa akan kehidupan dunia, sehingga ia memutuskan untuk pergi
mengasingkan diri dengan tidak mencampuri urusan duniawi. Ia kemudian menulis
kitab Tao Te Ching yang kelak menjadi dasar pandangan ajaran Taoisme. Tao berarti
“jalan” dan dalam erti luas iaitu realiti absolut, yang tidak terselami, dasar penyebab,
dan akal budi.Kitab Tao Te Ching memuat ajaran bahawa seharusnya manusia
mengikuti geraknya (hukum alam) iaitu dengan menilik kesederhanaan hukum
alam.Dengan Tao manusia dapat menghindarkan diri dari segala keadaan yang
bertentangan dengan irama alam semesta. Taoisme diakui sebagai suatu pra-
sistematik berfikir terbesar di dunia yang telah mempengaruhi cara berfikir orang Cina.
Haryono (1994), menyimpulkan bahawa pada dasarnya filsafat Taoisme dibangun
dengan tiga kata, iaitu:
1. Tao Te, “tao” adalah kebenaran, hukum alam, sedangkan “te” adalah kebajikan.
Jadi Tao Te bererti hukum alam yang merupakan irama dan kaedah yang
mengatur bagaimana seharusnya manusia menjalani hidupnya.
2. Tzu-Yan ertinya wajar. Manusia seharusnya hidup secara wajar, selaras dengan
cara bekerja sama dengan alam.
3. Wu-Wei bereti tidak campur tangan dengan alam. Manusia tidak boleh
mengubah apa yang sudah diatur oleh alam.
Pada zaman pertengahan dinasti Han muncul seorang yang bernama Zhang Dao-
ling, yang juga menulis kitab Tao.Ia juga menyembuhkan orang sakit, membuat jimat
sehingga banyak orang yang kemudian menjadi pengikutnya. Begitu besar
pengaruhnya hingga pada akhirnya ajaran-ajarannya menjadi dasar dari agama Tao
yang kemudian disebut Tao-Jiao.Di dalam penerapannya, aliran mereka berbeza
dengan ajaran Tao yang dilontarkan oleh Laotze.Jika Laotze mengajarkan hidup
selaras dengan alam, Tao-Jiao justeru mengajarkan upaya untuk menentang kehendak
alam. Usaha ini mereka lakukan dengan jalan melakukan tapa untuk hidup abadi,
membuat jimat-jimat dan kias guna menolak pengaruh jahat, sakit, penyakit, dan
sebagainya (Setiawan, dkk, 1982: 156-157). Dalam prakteknya, perwujudan ajaran
Tao-Jiao antara lain berupa aksi-aksi seperti berjalan di atas bara api, memotong lidah,
dan perayaan-perayaan tertentu.
Kepercayaan Alam Sekitar :
Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang
dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan.Ini menyebabkan mereka menyembah
alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap
mempu mengubah sesuatu keadaan.Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu
Shang Ti menyembah alam sekitar.
Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang :
Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan
seharian.Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih
mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan
mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi
pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan,
dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh
masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh
nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk
memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang
dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.
Kepercayaan kepada Anak Syurga :
Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan
sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu
menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut.Anak syurga
dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou
mengamalkan kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah
Dinasti Chou.
Kepercayaan kepada dewa :
Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan
meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di
syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau
jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah „Dewa Biji-bijian‟
Kesimpulan
Pelbagai adat resam orang cina yang menarik telah dihuraikan.Sebagai
warganegara Malaysia kita harus berbangga kerana mempunyai kaum cina sebagai
rakyat Malaysia.Kewujudan mereka telah mempelbagaikan adat resam yang ada di
Malaysia.Orang Cina mempunyai pelbagai jenis makanan, budaya, serta perayaan
yang unik.Keunikan ini mengambarkan identiti kaum Cina yang tersendiri. Sebagai
bangsa satu Malaysia kita sepatutnya mengenali budaya, kepercayaan, dan makanan
kaum lain.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
mothy
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme
Ct Muna
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Mohd Fadzil Ambok
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
INSTAQLIM
 
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaTokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Izzat Najmi
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Engku Fatin
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Tika Daud
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
firo HAR
 
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaPakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Kamarzaman Md Sharif
 
Sumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cinaSumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cina
Omy Hong
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
Nur Fareha
 

Was ist angesagt? (20)

Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajian
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
 
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaTokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
 
konsep negara bangsa
 konsep negara bangsa konsep negara bangsa
konsep negara bangsa
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaPakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Bab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun indiaBab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun india
 
Sumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cinaSumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cina
 
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah MelayuTeori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
 
Perkahwinan campur
Perkahwinan  campur Perkahwinan  campur
Perkahwinan campur
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 

Ähnlich wie Adat Resam Orang Cina

(Sadn1013 h) kump 24
(Sadn1013 h) kump 24(Sadn1013 h) kump 24
(Sadn1013 h) kump 24
sadn1013
 
Tradisi dan budaya qing ming
Tradisi dan budaya qing mingTradisi dan budaya qing ming
Tradisi dan budaya qing ming
Juli Lee
 
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
inferno92
 
Baba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportBaba Nyonya Report
Baba Nyonya Report
Pang Shuen
 

Ähnlich wie Adat Resam Orang Cina (20)

Etnik chinesse
Etnik chinesseEtnik chinesse
Etnik chinesse
 
(Sadn1013 h) kump 24
(Sadn1013 h) kump 24(Sadn1013 h) kump 24
(Sadn1013 h) kump 24
 
Masyarakat cina
Masyarakat cinaMasyarakat cina
Masyarakat cina
 
Kebudayaan bangsa cina
Kebudayaan bangsa cinaKebudayaan bangsa cina
Kebudayaan bangsa cina
 
Modul 1 Permainan Tanglung
Modul 1 Permainan TanglungModul 1 Permainan Tanglung
Modul 1 Permainan Tanglung
 
Agama dan kebudayaan tamadun cina
Agama dan kebudayaan tamadun cinaAgama dan kebudayaan tamadun cina
Agama dan kebudayaan tamadun cina
 
Modul 1 Tanglung
Modul 1 TanglungModul 1 Tanglung
Modul 1 Tanglung
 
Sejarah tahun baru cina
Sejarah tahun baru cinaSejarah tahun baru cina
Sejarah tahun baru cina
 
Tanglung Slide PPT
Tanglung Slide PPTTanglung Slide PPT
Tanglung Slide PPT
 
China
ChinaChina
China
 
Kebudayaan china
Kebudayaan chinaKebudayaan china
Kebudayaan china
 
Menghubung kait intergrasi budaya dalam perayaan
Menghubung kait intergrasi budaya dalam perayaanMenghubung kait intergrasi budaya dalam perayaan
Menghubung kait intergrasi budaya dalam perayaan
 
Tradisi dan budaya qing ming
Tradisi dan budaya qing mingTradisi dan budaya qing ming
Tradisi dan budaya qing ming
 
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
 
Hungry Ghost Festival
Hungry Ghost FestivalHungry Ghost Festival
Hungry Ghost Festival
 
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun laluValentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
Valentine day dan pesan arsitek yahudi 80 tahun lalu
 
Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2
 
Baba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportBaba Nyonya Report
Baba Nyonya Report
 
Adat kematian PBS Sejarah
Adat kematian PBS SejarahAdat kematian PBS Sejarah
Adat kematian PBS Sejarah
 
Buku gratis pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikal
Buku gratis   pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikalBuku gratis   pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikal
Buku gratis pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikal
 

Mehr von nur fara

Mehr von nur fara (12)

Ordinary Differential Equation
Ordinary Differential EquationOrdinary Differential Equation
Ordinary Differential Equation
 
Poster the physiological effects of obesity on body system latest
Poster the physiological effects of obesity on body system latestPoster the physiological effects of obesity on body system latest
Poster the physiological effects of obesity on body system latest
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
 
Alkane Slide
Alkane SlideAlkane Slide
Alkane Slide
 
Alkanes
AlkanesAlkanes
Alkanes
 
Pascal Triangle
Pascal TrianglePascal Triangle
Pascal Triangle
 
Hockey stick n odd even
Hockey stick n odd evenHockey stick n odd even
Hockey stick n odd even
 
Assignment Discrete
Assignment DiscreteAssignment Discrete
Assignment Discrete
 
Ammonia and Polymerasation
Ammonia and PolymerasationAmmonia and Polymerasation
Ammonia and Polymerasation
 
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUSUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
 
PENYESUAIAN TINGKAH LAKU
PENYESUAIAN TINGKAH LAKUPENYESUAIAN TINGKAH LAKU
PENYESUAIAN TINGKAH LAKU
 
Pemakanan dan Stress
Pemakanan dan StressPemakanan dan Stress
Pemakanan dan Stress
 

Kürzlich hochgeladen

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 

Kürzlich hochgeladen (20)

power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
 

Adat Resam Orang Cina

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Esei Kenegaraan (ULP 1013) Adat Resam Orang Cina Pensyarah : Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob Ahli Kumpulan: Nurul Hasanah Bt Md Desa D20101037395 Nur Faralina Binti Asrab Ali D20101037415 Nor Fadilah BtZakaria D20101037413 Siti Noor Salwiyah Bt Abdul Rahim D20101037394 Faridah Bt Jaafar D20101037376 Suzana Bt Suddin D20101038944 Norsharina Bt Shaari D20101037374
  • 2. Isi kandungan Muka surat Pendahuluan 1 Perayaan Bangsa Cina 1 Perkahwinan Cina 5 Kematian Orang Cina 14 Makanan Orang Cina 17 Pemakaian Kaum Cina 21 Agama dan Kepercayaan Kaum China 24 Kesimpulan 34
  • 3. Pendahuluan Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib.Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya. Perayaan Bangsa Cina a) Perayaan Ching Ming Hari Ching Ming merupakan hari bagi masyarakat Cina berziarah ke makam orang tua dan leluhur, membersihkan makam dan juga melakukan ritual sembahyang bagi para leluhur.Kegiatan Ching Ming dilakukan sepuluh hari sebelum dan sesudah hari Cheng Beng.Hari Ching Ming biasanya jatuh pada tanggal 4, 5 atau 6 April dan dirayakan dalam 10 hari sebelum dan 10 hari selepas Hari Ching Ming.Ini bermakna kaum Cina ada dua puluh hari untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberi kehormatan dan peringatan kepada nenek-moyang, ibu-bapa dan ahli-ahli tersayang yang telah meninggal dunia.Ching Ming bermaksud “bersih” dan “cerah” dalam bahasa Cina.
  • 4. b) Asal Usul Hari Ching Ming Terdapat beberapa kisah tentang Hari Ching Ming. Akan tetapi, yang lebih tepatnya ialah kisah tentang seorang putera yang melarikan diri bersama pengikutnya kerana kerajaannya telah dikalahkan oleh kerajaan lain. Dalam suatu keadaan, mereka telah kehabisan makanan.Para pengikutnya mengambil sebahagian daging pahanya sendiri untuk dimakan putera.Bertahun-tahun berlalu, setelah berhasil merebut kembali kerajaaannya, putera Berjaya mendapat balik takhta raja dan ingin memebalas budi pengikutnya.Akan tetapi ditolak oleh para pengikutnya tersebut yang ingin migrat ke hutan untuk merawat ibunya yang sudah tua. Berbagai-bagai cara dilakukan raja untuk bertemu dengan para pengikutnya tetapi tidak berhasil. Akhirnya raja memerintahkan prajuritnya untuk membakar hutan tersebut untuk memaksa para pengikutnya dan ibunya keluar dari hutan.Ternyata, keduanya sudah terbakar hidup-hidup dalam hutan.Akan tetapi, raja menemui sehelai kain dengan sajak yang ditulis oleh para pengikutnya.Dia berharap raja dapat memerintah dengan cekap, bersih, dan cekap, iaitu “Ching Ming” dalam bahasa Cina.Raja amat menyesali perbuatan beliau, oleh itu hari terbakarnya para pengikutnya ditetapkan sebagai hari sembahyang yang menandakan penghormatan bagi orangtua dan lelulur.Sejak itu, Cheng Beng diperingati setiap tahun sebagai wujud bakti dan syukur kepada orang tua dan leluhur kita. c) Adat Resam dan Cara Perayaan Kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan Buddha, mempunyai kepercayaanbahawa hidup atau mati, mereka terus bertanggungjawab menjaga makan- minum ahli keluarga yang telah mati.Ini sebagai tanda sayang kepada yang mati dan
  • 5. bukan kepercayaan hantu.Majoritinya telah menyembah kubur ini adalah dengan niat murni untuk terus mengingati ahli keluarga yang telah mati.Pembakaran bahan-bahan kertas adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada nenek moyang kerana mereka mempercayai bahawa roh-roh akan hidup macam mereka juga. Oleh itu,bahan-bahan keperluan dalam bentuk kertas akan dibakar untuk digunakan oleh roh-roh nenek moyang. Kertas perak merupakan duit bagi leluhur.Colok juga dibakar sebagai satu penghormatan dan bentuk makanan kepada leluhur.Selain bahan-bahan kertasakandibakar untuk leluhur, makanan juga disajikan untuk leluhur. Pada malam yang sama selepas pergi kubur. Di tempat kediaman juga akan diadakan satu penyembahan di tepi jalan yang biasanya di depan rumah kediaman, lebih kurang waktu. d) Perayaan hantu lapar Perayaan Hantu Lapar atau Hungry Ghost Festival turut wujud di Malaysia. Kaum Cina yang beragama Taoist akan mengingati Perayaan Hantu Lapar pada bulan tujuh, mengikut kalendar Cina. Biasanya, mereka akan merayaakan Perayaan Hantu Lapar selama lima belas hari, iaitu bermula dari malam hingga bulan mengambang.Siapakah hantu-hantu itu? Biasanya, mereka adalah roh-roh yang mati tanpa keluarga.Jadi, mereka kebiasaannya merayau-rayau di merata-rata tempat.Oleh sebab mereka tidak ada keluarga, tidak ada sesiapa yang bersembahyang untuk mereka. Oleh itu, orang-orang Cina beragama Taoist (orang Buddist tidak percaya terhadap perkara iniakan menghulurkan makanan dan „wang-wang‟ kertas kepada roh-
  • 6. roh ini. Jika kamu semua tengok, di tempat sembahyang, biasanya ada satu raksaksa bermuka hitam dan lidah panjang.Dia merupakan ketua yang menjagakan pintu neraka.Sesetengah hantu atau roh ini adalah manusia yang dahulunya telah berdosa dan telah masuk neraka kerana perbuatan mereka. e) Perayaan qing ming Dalam budaya tradisional China, "Qing Ming" merupakan hari untuk memuja nenek moyang yang telah meninggal dunia. Berdasarkan catatan sejarah, adat resam yang mempunyai sejarah lebih kurang 2,500 tahun itu bukan sahaja diamalkan oleh etnik Han, tetapi juga oleh beberapa kaum minoriti yang lain. Pada hari "Qing Ming", orang ramai akan menziarahi kawasan perkuburan, membakar colok, meletakkan makanan dan buah-buahan di depan jirat kaum keluarga dan menimbunkan tanah di atas jirat lama supaya jirat itu menjadi lebih tinggi dan kukuh. Selepas itu, ahli keluarga akan menjalankan upacara penyembahan kepada nenek moyang dan mencurahkan arak di depan jirat. Kebanyakan kawasan di China biasanya mengalami hujan pada hari "Qing Ming". Suasana ini akan menyebabkan bertambahnya rasa sedih dan rasa rindu ahli keluarga terhadap orang yang sudah pergi. Penyajak terkenal China pada abad ke-9 Masihi, Du Mu, pernah menulis sajak "Qing Ming" yang berbunyi "hujan turun tidak henti-henti pada hari Qing Ming, mereka yang dalam perjalanan untuk menziarahi kubur kaum keluarga juga kelihatan sedih yang amat sangat."
  • 7. Menziarah dan membersihkan kubur nenek moyang pada hari "Qing Ming" merupakan bahagian penting dalam kebudayaan tradisional China.Hingga ke hari ini, orang China masih mengamalkan adat resam yang diwarisi turun-temurun ini.Pada awal tahun ini, kerajaan China telah mengisytiharkan hari "Qing Ming" sebagai hari cuti umum. Walau bagaimanapun, hari "Qing Ming" bukanlah hanya dikaitkan dengan kesedihan sahaja.Ia juga dikenali sebagai musim untuk memijak rumput-rumput yang kembali menghijau, iaitu tanda tibanya masa bagi orang ramai keluar untuk menikmati keindahan musim bunga.Berdasarkan catatan sejarah, rakyat China pada zaman purba mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik sempena hari tersebut. Selain keluar ke luar bandar, berbuai dan main wau juga dilakukan pada hari tersebut. Perkahwinan Cina Perkahwinan Cina secara tradisi diatur antara keluarga-keluarga berkenaan. Pada asalnya, kebudayaan Cina membenarkan percintaan, dengan monogami merupakan norma masyarakat etnik Cina. Perkahwinan dalam konteks konfusianisme Dalam pemikiran Konfusianisme, perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat penting kepada kedua-dua unit keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam kebudayaan Cina, inses telah ditakrifkan sebagai perkahwinan antara dua orang dengan nama keluarga yang sama. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang menganuti Konfusianisme, perkahwinan merapatkan keluarga-keluarga dengan
  • 8. namakeluarga yang berlainan dan meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Secara amnya, ini merupakan sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding dengan anak perempuan ketika melahirkan anak.Oleh itu, manfaat dan kelemahan sesuatu perkahwinan adalah penting kepada seluruh keluarga, bukannya sahaja kepada pasangan yang berkenaan.Secara sosial, sepasang suami isteri dianggap sebagai unit asas masyarakat Cina.Dalam sejarah Cina, terdapat banyak perkahwinan yang menjejaskan kestabilan politik negara dan hubungan-hubungan antarabangsanya. Sejak zaman Dinasti Han, raja puak-puak asing yang kuat seperti puak Mongol, Manchu, Xiongnu, dan Turki, sering menuntut perempuan-perempuan daripada keluarga diraja Cina. Banyak zaman dalam sejarah Cina juga dikuasai oleh keluarga isteri atau ibu Maharaja.Oleh itu, perkahwinan juga berkait dengan politik. Upacara amal perkahwinan tradisional Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 402 - 221 SM. Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya. Walaupun China mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza, terdapat enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga aksara dan enam etiket.
  • 9. Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu ketika membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau langsung dikenali. Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut. Jika pasangan itu adalah sesuai menurut astrologi Cina, mereka akan meneruskan ke langkah yang berikut. Harga pengantin perempuan (Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin perempuan. Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-berbeza, bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga. Makanan dan makanan istimewa merupakan hadiah yang biasa. Pemilihan Hari Perkahwinan: Takwim Cinaakan dirujuk untuk menetapkan hari yang bertuah. Upacara Perkahwinan: Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri, dan terdiri daripada beberapa bahagian yang teliti:
  • 10. o Perarakan Perkahwinan: Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki. Perarakan itu terdiri daripada sebuah tandu pengantin perempuan, sebuah pancaragam tradisional, sepasukan pengapit pengantin perempuan (jika ada), serta hantaran kahwin pengantin perempuan dalam bentuk wang. o Penyambutan Pengantin Perempuan: Perarakan perkahwinan berhenti di hadapan pintu rumah pengantin lelaki. Terdapat upacara-upacara tertentu yang dipatuhi untuk menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli perarakan ke dalam rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara tersebut berbeza-beza dari tempat ke tempat. o Upacara Perkahwinan Sebenar: Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan di Barat, pasangan akan memberi penghormatan-penghormatan kepada Syurga dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, serta antara satu sama lain. o Jamuan Perkahwinan: Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan dikenali sebagai xǐ-jǐu yang secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan", dan kekadang adalah jauh lebih penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya. Adanya juga upacara-upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan para tetamu. Proses penceraian tradisional Dalam masyarakat Cina tradisional, terdapat tiga cara utama untuk membubarkan perkahwinan:
  • 11. 1. Perceraian tanpa kesalahan: Menurut kod undang-undang Dinasti Tang (618- 907), sebuah perkahwinan boleh dibubarkan atas sebab tidak bersesuaian, asalkan suami menulis catatan perceraian. 2. Pembubaran perkahwinan melalui mandat negara: Ini berlaku jika salah satu pasangan melakukan jenayah serius (ditakrifkan dengan berbagai-bagai cara, tetapi ditakrifkan dengan lebih longgar untuk isteri) terhadap pasangan atau klan pasangannya. 3. Pengisytiharan perceraian satu pihak oleh suami: Bagaimanapun, untuk berkuatkuasa di sisi undang-undang, perceraian tersebut harus mendasarkan salah satu daripada tujuh alasan yang berikut: I. Isteri tidak taat kepada ibubapa mentua. Ini menyebabkan mentua berupaya membubarkan perkahwinan tanpa kerelaan hati pasangan. II. Isteri tidak berjaya melahirkan anak lelaki. III. Isteri tidak beradab atau berzina. IV. Isteri cemburu. Ini termasuk membantah suami kerana berkahwin lagi seorang isteri atau mengambil gundik. V. Isteri mempunyai penyakit yang keji. VI. Isteri suka mengumpat. VII. Isteri mencuri. Jelas alasan-alasan tersebut boleh diputarbelitkan untuk menyesuaikan suami dan keluarganya. Bagaimanapun, terdapat tiga kekecualian yang jelas yang penceraian satu pihak tidak dibenarkan:
  • 12. 1. Isteri tidak ada keluarga untuk pulang. 2. Isteri pernah berkabung selama tiga tahun penuh untuk seorang mertua. 3. Suami miskin pada masa perkahwinan, tetapi kini telah menjadi kaya. Undang-undang di atas adalah berkenaan dengan penceraian satu pihak yang dikuatkuasakan sejak dari masa Dinasti Tang sehingga dibubarkan oleh kerajaan Republik China pada tahun 1930. Poligami Bahagian ini membincangan aspek-aspek sosial dan undang-undang poligami, khususnya poligini (seorang lelaki dengan banyak perempuan) dalam masyarakat Cina tradisional. Kebudayaan tradisional tidak melarang atau menggalakkan poligini dengan tersurat, kecuali sebagai cara untuk memperoleh anak-anak lelaki. Amalan poligami dalam masyarakat Cina tradisional hanya terhad kepada bilangan perempuan yang boleh didapatkan, serta keupayaan seseorang lelaki untuk menyara mereka.Oleh itu, poligini pada dasarnya terhad kepada golongan atasan dan kelas menengah manakala di kalangan mereka yang lain, monogami bolehlah dianggap sebagai normal.Rekod-rekod sejarah tertulis mungkin berat sebelah tentang kejadian poligami yang sebenar, kerana golongan elit bolehlah dianggap sebagai lebih ditonjolkan dalam rekod-rekod tersebut. a) Perkahwinan ganti tikar
  • 13. Perkahwinan sororat atau perkahwinan ganti tikar ialah adat resam yang mana seseorang lelaki berkahwin dengan kakak atau adik isterinya. Istilah ini kemudian diperluas untuk merangkumi saudara-saudara sepupu atau perempuan-perempuan daripada klan yang sama. Perkahwinan ganti tikar boleh berlaku pada bila-bila masa, baik pada waktu yang sama dengan perkahwinan isteri pertama, atau semasa isterinya masih hidup, ataupun juga selepas isterinya telah meninggal dunia. Amalan ini amat biasa semasa Dinasti Zhou di kalangan orang bangsawan, dengan amalan ini juga berlaku pada zaman- zaman yang kemudian. b) Isteri berbilang dengan status sama Maharaja-maharaja bagi sesetengah dinasti yang agak kecil diketahui mempunyai banyak maharani.Selain itu, kejadian ini juga boleh berlaku dalam keadaan- keadaan yang khas.Umpamanya semasa perang, sepasangan suami isteri mungkin berpisah dan suami itu salah menganggap bahawa isterinya telah meninggal dunia.Dia berkahwin semula dan kemudian mendapati bahawa isteri pertamanya masih hidup.Mereka disatukan semula dan kedua-dua isterinya diakui. Maharaja Qianlong daripada Dinasti Qing mula membenarkan poligami yang bertujuan khusus untuk melahirkan pewaris bagi lagi satu cabang keluarga.Dikenali sebagai "pewarisan berbilang", jika seorang lelaki merupakan anak tunggal, dan bapa saudaranya tidak mempunyai anak lelaki, jadi dengan persetujuan bersama, dia boleh mengahwini lagi seorang isteri. Anak lelaki daripada perkahwinan ini akan menjadi cucu
  • 14. dan pewaris kepada bapa saudaranya. Proses ini boleh diulangi untuk bapa-bapa saudara yang lain. Selain daripada keinginan tradisional untuk mempunyai anak lelaki agar dapat meneruskan nama keluarga, kebenaran ini pada setakatnya dapat mengatasi dilema yang ditimbulkan oleh Maharaja Qianlong sendiri. Baginda ketika itu baru sahaja mengharamkan sebarang bentuk pewarisan bukan nasab bapa, tetapi masih hendak mengekalkan hubungan kekeluargaan Cina yang wajar. Oleh itu, sepasangan suami isteri tidah boleh mengambil anak angkat daripada keluarga luasnya.Mereka harus mengambil anak angkat daripada orang luar (yang dianggap oleh banyak orang sebagai memberi kekayaan kepada "orang luar" yang tidak bersaudara), atau menjadi tidak mempunyai sebarang pewaris.Perkahwinan-perkahwinan pewarisan berbilang memberikan jalan keluar ketika adik-beradik suami mempunyai seorang anak lelaki. c) Sekedudukan Perempuan-perempuan yang menjadi gundik diperlakukan sebagai orang yang berkedudukan rendah dan dijangka harus menyerah dan menurut perintah isteri (jika ada) lelaki yang berkenaan.Perkahwinan perempuan-perempuan itu tidak dilakukan dengan sebarang upacara, mempunyai hak yang kurang dalam hubungan, dan boleh diceraikan dengan sewenang-wenangnya.Pada umumnya, mereka datang daripada status sosial yang lebih rendah atau dibeli sebagai abdi.Perempuan-perempuan yang lari bersama kekasih mungkin juga menjadi gundik kerana perkahwinan yang rasmi memerlukan penyertaan ibu bapa mereka.
  • 15. Bilangan gundik yang boleh dikahwini oleh seseorang lelaki kekadang dikawal, dengan maharaja hampir selalu boleh mempunyai banyak gundik. Satu bentuk sekedudukan yang agak berlainan ialah apa yang dipanggil "dua isteri utama". Secara tradisi, seorang isteri dijangka akan tinggal dengan keluarga suaminya. Apabila seseorang suami terpaksa tinggal jauh daripada keluarganya, isterinya harus tinggal dengan mertua dan menjaga mereka.Seorang lelaki yang menderita pemisahan kronik daripada isterinya, seperti pedagang kembara, boleh "berkahwin" dengan lagi seorang perempuan dan memulakan rumah tangga yang berasingan dengannya. Disebabkan oleh perpisahan geografi, perempuan kedua itu sering menganggap diri sebagai isteri penuh , walaupun perkahwinannya tidak diakui di sisi undang-undang dan dia masih dianggap sebagai gundik. Amalan ini telah mempengaruhi pertambahan poligami yang mendadak pada baru-baru ini di tanah besar China.Sejak pembukaan sempadan China pada dekad 1970-an, ahli-ahli perniagaan dari Hong Kong dan Taiwan telah mengahwini "isteri-isteri sekunder" di tanah besar.Sejak dari masa itu, amalan ini juga mempengaruhi orang- orang kaya tempatan.[1] . d) Poliandri Poliandri ialah amalan seorang wanita mempunyai banyak suami. Tidak ada hal macam ini, ini hanya idaman isterinya yang ingin mempunyai suami lain kerana mereka mungkin berkahwin secara tidak bersuka rela dan mungkin sekali juga ternampak lelaki lain yang lebih kaya atau kacak. Pada zaman dahulu, perempuan yang telah masuk ke
  • 16. rumah suaminya sudah dianggap sebagai ahli keluarganya dan perlu patuh pada undang-undang rumah dan patuh pada suaminya. Pada zaman kini, mungkin sekali ada isteri yang ada lelaki lain yang dipanggil [xiao bai lian] tetapi tidak berkahwin dan dengan itu tidak mungkin mempunyai banyak suami. Kematian Orang Cina Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian.Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian.Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek.Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik.Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan.Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam.Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya. Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati.Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan
  • 17. perkuburan ditanam.Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata- kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa.Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak.Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan.Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik .lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan. Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah.Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup.Lazimnya pemuzik tersebut
  • 18. ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat. Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut.Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakatCina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut. Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi.Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
  • 19. Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia.Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata.Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan pulang. Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik.Terdapat beberapa hiasan yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk.Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si mati ketika hidup.Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan.Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati sepertiketika hidup.Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga yang meninggal dunia. Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung. Makanan Orang Cina Negara kita merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa yang terdiri daripada kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.Setiap daripada kaum ini mempunyai keunikan masing-masing termasuklah dari segi makanan. Kita
  • 20. sentiasa mendengar tentang makanan tradisional orang Melayu tetapi kurang mengambil perhatian tentang makanan tradisional makanan masyarakat lain di negara kita. Setiap kaum di negara kita mempunyai makanan yang tersendiri termasuk juga kaum Cina. Antara makanan tradisional kaum Cina di negara kita ialah „cha kui‟, „yong tau fu‟, „pau‟, „chee cheong fang‟. Selain itu terdapat juga makanan yang dihidang sempena musim perayaan iaitu kuih bakul, „chang‟ atau ketupat cina, kuih bulan, dan „tangyuan‟ soltis musim sejuk. „Cha kui‟ merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung yang diuli menjadi bentuk bulat atau panjang dengan sedikit gula dan garam.Kuih ini biasanya dimakan dengan bubur nasi, sup “bak kut teh” atau dimakan bersama makanan laut.Kuih ini juga dihidang sebagai sarapan pagi.Selain itu, makanan yang paling popular dan disukai ramai ialah „yong tau fu‟. „yong tau fu‟ ialah kepingan taufu, sayur bendi, peria, terung, cili merah/hijau dan lain-lain yang dimasukkan inti daging ikan, ayam, dan sotong kering. Ada juga yang menggunakan kacang panjang, cendawan dan telur sebagai pembalut inti. Makanan ini direbus di dalam sup. „Yong tau fu‟ ini juga dimakan dengan cara dicicah dengan sos cili atau kicap manis. Ia juga boleh dimakan pada bila-bila masa sebagai hidangan utama atau dijadikan lauk. Disamping itu, „pau‟ ialah antara kuih tradisional yang bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat Cina malah kaum lain juga menyukai kuih ini. „Pau‟ diperbuat daripada tepung gandum yang diuli dan dibentuk menjadi agak bulat untuk kulitnya. Intinya pula diperbuat daripada kacang merah, bunga teratai, daging, telur, sengkuang, atau cendawan. Kuih ini dihidang sebagai sarapan pagi atau alas perut pada waktu tangan. “Chee cheong fan” juga salah satu daripada makanan masyarakat Cina .“Chee
  • 21. cheong fan” ialah tepung gandum yang dikukus nipis-nipis menjadi seperti „kuew teow‟.Ianya hendaklah dipotong kecil-kecil sebelum dimakan. Makanan ini juga sangat enak jika dicampur dengan bahan makanan lain mengikut cita rasa masing-masing seperti kuah kari, sos cendawan, sos tiram, sos udang, sos cili dan lain-lain.Ia juga boleh dimakan bersama “yong tau fu”. Makanan ini juga dihidang sebagai sarapan pagi atau minum petang. Selain itu, bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya seperti tahu, taucu, kicap soya, cendawan, bunga lily, biji-bijian dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut.Dalam pada itu, nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus.Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Selain itu, bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya seperti tahu, taucu, kicap soya, cendawan, bunga lily, biji-bijian dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu
  • 22. manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negeri China, contohnya yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.Nasi ayam dihidangkan bersama ayam goreng, ayam panggang atau ayam kukus.Bagi orang Melayu mereka lebih meminati ayam yang bergoreng atau dipanggang dan kaum Cina memilih yang dikukus. Apakah pula makanan yang dihidangkan semasa musim perayaan dalam masyarakat Cina?Kuih bakul merupakan makanan yang wajib dijamu sewaktu perayaan Tahun Baru Cina. Kuih bakul diperbuat daripada beras pulut dan gula yang diadun dan dimasukkan ke dalam relau dan dikukus selama 12 jam sehingga kering dan bewarna perang. Kuih bakul ini boleh dimakan terus seperti dodol.Ia juga boleh digoreng dengan ubi keledek atau ubi keladi. “Chang” atau ketupat cina juga antara makanan yang dihidang semasa musim perayaan.Ketupat ini diperbuat daripada campuran beras pulut, cendawan, daging, buah berangan, udang kering dan kacang merah yang dikukus.Walaupun begitu, ramuan ketupat ini mungkin berbeza mengikut etnik.Contohnya etnik Hokkien tidak memasukkan kacang manakala etnik Kantonis dan Hakka memasukkan kacang ke dalam ketupat ini. Disamping itu, kuih bulan merupakan sejenis kuih yang terhasil daripada adunan tepung gandum, kacang merah, bijian seperti bunga teratai atau kuaci, buah berangan
  • 23. atau daging.Kuih bulan pada asalnya mempunyai empat jenis inti iaitu yang pertama kuih bulan kacang merah yang mengandungi telur atau tanpa telur. Jenis kuih bulan yang kedua ialah kuih bulan „wu ren‟ yang intinya terdiri daripada lima jenis bijian seperti almond, buah berangan, kuaci dan lain-lain. „Jin tui‟ merupakan jenis kuih bulan yang mengandungi inti daging.Jenis kuih bulan yang keempat ialah kuih bulan yang dibalut kulit pulut dan mesti disimpan dalam peti ais.Kuih bulan merupakan kuih yang dimakan sempena Pesta Tanglung upacara menikmati bulan purnama pada bulan 8 menurut kalendar cina.Cara terbaik untuk menikmati kuih bulan ialah kuih ini dimakan bersama teh cina terutama pada malam bulan purnama. „Tangyuan‟ atau Soltis Musim Sejuk sejenis makanan orang Cina yang jarang-jarang didengar atau dilihat.Kuih ini asalnya dimakan oleh orang China ketika menunggu ketibaan musim bunga setelah menhadapi musim sejuk. Di Malaysia, budaya menghidangkan makanan ini diamalkan pada 21 atau 22 haribulan Disember setiap tahun dan ia dimakan selepas upacara sembahyang kesyukuran. Selain itu, kuih ini juga dimakan oleh pasangan pengantin pada malam sebelum hari perkahwinan.Kuih diperbuat daripada campuran tepung beras dan pewarna.Ianya dijadikan bola kecil kemudian dimasak dalam air mendidih dengan sedikit halia.Makanan ini dihidangkan dengan air gula. Pemakaian Kaum Cina Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya terutama sekali di negeri selat iaitu di Melaka sebagai pusat perdagangan, kemudian diikuti Pulau Pinang dan seterusnya ke negeri seperti Kuala Lumpur.Kehadiran mereka ini
  • 24. membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan di Tanah Melayu. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, namun kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian.Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak. Antaranya ialah seperti Jubah Labuh, Cheongsam, Qun Gua,Baju Shanghai dan Samfoo yang masih kekal dipakai di dalam majlis dan upacara sama ada untuk kematian, perkahwinan mahupun menyambut tahun baru. Cheongsam merupakan pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan.Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.Manakala versi lelaki dipanggil changshan.Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki.Perkataan 'cheong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'.Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut.Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
  • 25. Qun gua merupakan pakaian pengantin perempuan biasanya memakai pakaian dua bahagian iaitu yang disulam dengan jahitan berbentuk burung Pheonix dengan benang emas dan perak.Manakala pengantin lelaki memakai jubah panjang kain sutera bersulam dengan corak naga.Seterusnya pula ialah baju Shanghai iaitu baju pendek yang sering dipakai oleh golongon wanita Cina. Baju Shanghai ini dipadankan bersama skirt atau kain labuh untuk kelihatan lebih anggun dan menarik. Selain itu, Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki Cina.Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu.Kebiasaannya majlis perkahwinan dan perayaan.Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China. Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis.Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.Samfoo adalah baju pendek yang kebiasaannya dipadankan dengan seluar.Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif- motif tertentu.Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
  • 26. Agama dan Kepercayaan Kaum China Pada dasarnya pandangan pemikiran orang Cina selalu mengembalikan hakikat keharmonian antara kehidupan “langit” (alam ghaib) dan kehidupan di bumi (alam dunia nyata).Mereka percaya bahawa alam semesta ini sebagai akibat dari kekuatan alam.Alam dikuasai oleh semangat yang kekuatannya luar biasa.Alam semesta semata-mata hanyalah ekspresi dari kekuatan-kekuatan alam yang dipengaruhi oleh semangat yang mendiami alam.Beberapa semangat itu berada dan hidup di dalam fenomena-fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung, serta fenomena-fenomena alam lainnya.Di antara semangat alam itu adalah semangat yang berasal dari arwah leluhur yang kekuatan hidupnya sangat besar, sekeluarga dapat melanjutkan kekekalan hidupnya setelah jasad jasmaniahnya mati. Menurut dasar pemikiran orang Cina, seluruh fenomena alam itu terbahagi kepada dua iaitu yang dan yin. “Yang” merupakan prinsip dasar untuk lelaki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya (siang), dan segala yang termasuk keaktifan, sedangkan “yin” adalah suatu prinsip seperti: wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap (malam), dan segala yang bersifat pasif. Orang Cina beranggapan bahawa manusia harus dapat menyesuaikan diri dengan ritma alam semesta. Kehidupan harus harmoni dengan tiga dasar iaitu: kehidupan langit, bumi, dan kehidupan manusia itu sendiri. Di samping itu harus disesuaikan pula dengan fengsui yang bererti angin dan air.Penyesuaian itu bererti hidup manusia itu harus disesuaikan dengan arah angin dan keadaan air di mana manusia tinggal. Tiap bangunan yang digunakan harus pula disesuaikan dengan keadaan fengsui, sehingga akan terhindar dari segala malapetaka.
  • 27. Kedua-dua prinsip yin dan yang ini merupakan nafas dan kekuatan yang dilambangkan dalam bentuk lingkaran yang dibahagi kepada dua bahagian dengan garis yang saling melingkar yang memisahkan yang dan ying.Bulatan melambangkan prinsip alam semesta, dimana alam semesta ini wujud oleh kerana kedua prinsip kesatuan antara yang dan yin.“Yang” merupakan daya cipta suatu sifat Tuhan yang memberi gerakan dan hidup kepada sesuatu.“Yin” bersifat bahan atau zat yang diberi kemampuan menerima “yang”, sehingga terjadilah hidup dan bergerak. Dengan kata lain, “yang” bersifat memberi dan memperbanyak, sedangkan “yin” bersifat menerima dan menyimpan. Adanya kesatuan hidup ini maka wujudlah fenomena alam semesta seperti: air, kayu, bumi, dan makhluk hidup di dalamnya. Penciptaan dan pergerakan kesatuan yang dan yin tunduk dan mengikuti hukum tata kehidupan alam semesta, sehingga dengan demikian bergerak dengan teratur dan berirama.Ritma ini mengisi dan mengatur setiap ruangan di alam semesta ini seperti jalannya matahari, bintang, bulan, pergantian musim, dan lain-lain.Ritma ini disebut tao iaitu bagaimana sesuatu di dunia itu dijadikan dan jalan bagaimana orang harus mengatur hidup.Tao adalah jalan Tuhan.Dasar demikian inilah yang selanjutnya menimbulkan fahaman Taoisme. Dalam kehidupan orang Cina, ada tiga ajaran yang mereka anuti iaitu Toisme, Konfusianisme, dan Buddha. Ketiga-tiga ajaran ini sudah saling menyatu (sinkretisme) dan dikenali dengan nama San Jiao atau Sam Kauw (dialek Hokkien). Dalam kehidupannya, orang Cina memang sangat toleran terhadap soal-soal agama.Setiap agama dianggap baik dan bermanfaat, begitu pula dengan ajaran Taoisme, Konfusianisme, dan Buddha yang mempunyai banyak kesamaan-kesamaan
  • 28. pandangan dan saling memerlukan sehingga ketiga ajaran tersebut berpadu menjadi satu. Agama Buddha : Agama Buddha sudah menjadi bahagian dari filosofi Cina selama hampir 2000 tahun.Meskipun Buddha bukanlah merupakan agama asli, melainkan pengaruh dari India, tetapi ajaran Buddha mempunyai pengaruh yang cukup berarti pada kehidupan orang Cina.Tema pokok ajaran agama Buddha adalah bagaimana menghindarkan manusia dari penderitaan (sengsara).Kejahatan adalah pangkal penderitaan. Pengasas agama Buddha adalah Sidharta Gautama.Ia dilahirkan dari keluarga bangsawan di India. Sewaktu kecil, ayahnya menjauhkan Sidharta dari segala macam bentuk penderitaan dunia, sampai pada suatu hari secara tidak sengaja ia melihat orang-orang yang selama ini belum dilihatnya iaitu orang-orang tua, seorang yang sakit dan yang meninggal. Kenyataan tersebut membuatnya kemudian meninggalkan istana dan bertapa di bawah pohon bodhi. Setelah bertapa selama enam tahun akhirnya ia memperoleh pencerahan dengan menemukan ubat penawar bagi penderitaan, jalan keluar dari lingkaran tanpa akhir iaitu melalui kelahiran kembali kepada suatu jalan menuju Nirwana. Jalan ini yang kemudian dikenal juga sebagai inti dari ajaran Buddha. Buddhisme masuk ke Cina kira-kira abad 3 Masehi, pada masa pemerintahan dinasti Han.Buddhisme selanjutnya mengalami perkembangan sendiri di negara tersebut.Ajarannya di Cina mendapat pengaruh dari kepercayaan yang sudah ada sebelumnya iaitu Taoisme dan Konfusiansianisme. Hal yang paling kentara dari
  • 29. percampuran ini ialah dengan munculnya sekte Shan, yang juga muncul di Jepang dengan nama Zen yang merupakan Buddhisme India bercorak Taoisme Cina. Wujud dari agama ini adalah timbulnya versi-versi signifikan dari dewata-dewata buddha, seperti Avalokitecvara, Maitreya, dan sebagainya. Avalokitecvara berubah menjadi Dewi Welas Asih (Guan Yin atau Kwan Im).Dewi ini sangat popular sekali di kalangan orang Cina, tempat orang memohon pertolongan dalam kesukaran, memohon keturunannya, dan lain sebagainya.Kwan Im dalam penampilannya mempunyai 33 wujud, diantaranya yang paling popular adalah Kwan Im berbaju putih, Kwan Im membawa botol air suci, dan Kwan Im bertangan seribu. Dalam Avalokitecvara, Maitreya juga mempunyai wujud lain di Cina yaitu Mi le fo, seorang yang bertubuh gemuk dan raut muka yang selalu tertawa. Dewa ini dikenal sebagai dewa pengubatan. Selain dewata-dewata Buddhis, di dalam sistem kepercayaan rakyat Cina mengenal tiga penggolongan utama dewata, iaitu: 1. Dewata penguasa alam semesta yang mempunyai wilayah kekuasaan di langit. Para dewata golongan ini dipimpin oleh dewata tertinggi iaitu Yu Huang Da Di, Yuan Shi Tian Sun, dan termasuk di dalamnya antara lain dewa-dewa bintang, dewa kilat, dan dewa angin. 2. Dewata penguasa bumi yang memiliki kekuasaan di bumi, walau sebetulnya mereka termasuk malaikat langit. Kekuasaan mereka adalah dunia dan manusia, termasuk akhirat. Mereka dikatakan sebagai para dewata yang menguasai Wu- Xing (lima unsur), iaitu: kayu (dewa hutan, dewa kutub, dan lain sebagainya)
  • 30. api (dewa api, dewa dapur) logam (dewata penguasa kekayaan dalam bumi) air (dewa sumur, dewa sungai, dewa laut, dewa hujan, dan lain sebagainya) tanah (dewa bumi, dewa gunung, penguasa akhirat, dewa pelindung kota, dan lain sebagainya) 3. Dewata penguasa manusia, iaitu para dewata yang mengurus soal-soal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia seperti kelahiran, perjodohan, kematian, usia, rezeki, kekayaan, kepangkatan dan lain sebagainya. Termasuk dalam golongan dewata penguasa manusia ini adalah para dewata pelindung usaha pertokoan, dewata pengubatan, dewata pelindung, dan peternakan ulat sutera. Di samping itu, terdapat dewata-dewata kedaerahan yang menjadi pelindung masyarakat yang berasal dari daerah yang sama. Ajaran Konfusianisme : Konfusianisme atau Konghuchu mulai dikenal di Cina melalui pemikiran- pemikirannya yang cemerlang yang dilontarkan pada zaman Chou Timur (770-221 SM). Konghuchu lahir pada tahun 551 SM berasal dari kota Lu, Provinsi Shandong. Pada masa itu dinasti Chou tengah kehilangan kendali terhadap para tuan tanah yang menempati hampir setengah bahagian dari wilayah Cina. Konghuchu dibesarkan oleh ibunya kerana ia sudah kehilangan ayahnya ketika masih berusia tiga tahun. Ketika dewasa dan bekerja sebagai pegawai di kuil bangsawan Zhou, ia mengikuti semua detail-detail yang terdapat dalam perayaan yang akhirnya menjadikannya sebagai seorang yang ahli dalam ritual agama kuno.
  • 31. Konfusianisme adalah humanisme, tujuan yang hendak dicapai adalah kesejahteraan manusia dalam hubungan yang harmonis dengan masyarakatnya. Kudrat manusia menurut konfusius adalah “pemberian langit”, yang bererti bahawa dalam hal tertentu ia berada di luar piliham manusia. Kesempurnaan manusia terletak dalam pemenuhannya sebagai manusia yang seharusnya.Moraliti merupakan realisasi dari rancangan yang ada dalam manusia.Oleh kerana itu, tujuan manusia yang paling tinggi adalah menemukan petunjuk sentral bagi moral yang mempersatukan manusia dengan seluruh isi alam semesta. Bagi Konfusius, manusia adalah baian dari konstitutif dai seluruh isi alam semesta. Manusia harus berhubungan secara indah dan harmonis dengan harmoni alam di luarnya. Ungkapan yang paling terkenal yang merupakan inti ajarannya iaitu tidak berbuat kepada orang lain apa yang dia tidak sukai orang lain perbuatan pada dirinya. Secara praktik ajaran Konfusius dapat disimpulkan menjadi tiga pokok iaitu: 1. Pemujaan terhadap Tuhan (Thian) Konfusius mengajarkan keyakinan kepada pengikutnya bahwa Thian atau Tuhan menjadi awal atas sumber kesadaran alam semesta dan segalanya.Ia menekankan bahawa amat perlu untuk melakukan sembahyang korban terhadap Thian. Pengertian Tuhan dalam kepercayaan Tionghoa sebenarnya juga tidak berbeza dengan agama- agama yang lain iaitu sebagai pencipta alam semesta dan segala isinya. Dalam kepercayaan kalangan rakyat, Tuhan biasanya disebut sebagai Thian atau Shangdi atau Siang Te (dialek Hokkian).Thian adalah penguasa tertinggi alam semesta ini. Kerana itu, kedudukan-Nya berada di tempat yang paling agung, sedangkan para dewa
  • 32. dan malaikat yang lain adalah para pembantunya dalam menjalankan roda pemerintahan di alam semesta ini, sesuai dengan fungsinya masing-masing. Di dalam sistem pemerintahan ini, merupakan cerminan dari prinsip Yin dan Yang, yang diwujudkan dalam bentuk pemerintahan di dunia dan pemerintahan syurga yang dilakukan oleh para dewa yang dipuncaki oleh Shangdi. Rakyat percaya pemerintahan syurga memiliki struktur yang sama dengan pemerintahan dunia. Kalau pemerintahan dunia terdiri dari kaisar, para keluarganya, perdana menteri, menteri-menteri sipil dan militer, dan lain sebagainya, maka pemerintahan syurga pun dipimpin oleh Shangdi dan dibantu para dewa-dewa baik sipil maupun militer untuk mengatur tata tertib di alam semesta ini. Sebab inilah maka para kaisar (hung-di) yang di bumi merasa perlu untuk memuja Shangdi (yang berkedudukan di atas) untuk memohon perlindungan dan berkat serta petunjuk-petunjuk untuk menjalankan roda pemerintahan di mayapada ini agar selalu selaras dengan kehendak Shangdi (Shang=di atas, di=tanah). 2. Pemujaan terhadap leluhur Pemujaan terhadap leluhur adalah menolong seseorang untuk mengingat kembali asal-usulnya.Di sini asal mula manusia adalah dari leluhurnya.Upacara pemujaan terhadap leluhur di sini diperlukan sesaji.Sebagian besar aktifitas rumah tangga dalam keluarga Cina selalu berhubungan dengan roh leluhur.Salah satu fungsi utama dalam keluarga adalah melakasanakan pemujaan terhadap leluhur.Pemujaan leluhur dipandang sebagai perwujudan dari bakti anak terhadap orang tua dan leluhurnya (Xiao).Pelaksanaan upacara pemujaan leluhur dalam keluarga dipimpin oleh ayah sebagai kepala keluarga.Keluarga Cina menganut garus keturunan dari pihak
  • 33. ayah atau disebut patrilineal.Garis keturunan sangat penting bagi mereka guna menjaga kelangsungan keluarga.Oleh kerana itu, anak laki-laki sangat penting untuk meneruskan garis keturunan. 3. Penghormatan terhadap Konfusius Bagi orang Cina merupakan kewajiban mereka untuk menghormati Konghuchu yang mereka anggap sebagai guru besar seperti halnya penghormatan terhadap orang tua.Konghuchu dianggap telah berjasa dalam mengajarkan dasar-dasar ajaran moral yang sampai sekarang masih terus diterapkan. Filsafatnya yang pada akhirnya menyatu dengan kehidupan masyarakat Cina membuat secara keseluruhan ajaran Konfusius lebih banyak ditujukan kepada manusia sebagai makhluk hidup Ajaran Toisme : Taoisme merupakan ajaran pertama bagi orang Cina yang dikemukakan Laotze.Ia dilahirkan di Provinsi Hunan pada tahun 604 SM. Dikisahkan, Laotze merasa amat kecewa akan kehidupan dunia, sehingga ia memutuskan untuk pergi mengasingkan diri dengan tidak mencampuri urusan duniawi. Ia kemudian menulis kitab Tao Te Ching yang kelak menjadi dasar pandangan ajaran Taoisme. Tao berarti “jalan” dan dalam erti luas iaitu realiti absolut, yang tidak terselami, dasar penyebab, dan akal budi.Kitab Tao Te Ching memuat ajaran bahawa seharusnya manusia mengikuti geraknya (hukum alam) iaitu dengan menilik kesederhanaan hukum alam.Dengan Tao manusia dapat menghindarkan diri dari segala keadaan yang
  • 34. bertentangan dengan irama alam semesta. Taoisme diakui sebagai suatu pra- sistematik berfikir terbesar di dunia yang telah mempengaruhi cara berfikir orang Cina. Haryono (1994), menyimpulkan bahawa pada dasarnya filsafat Taoisme dibangun dengan tiga kata, iaitu: 1. Tao Te, “tao” adalah kebenaran, hukum alam, sedangkan “te” adalah kebajikan. Jadi Tao Te bererti hukum alam yang merupakan irama dan kaedah yang mengatur bagaimana seharusnya manusia menjalani hidupnya. 2. Tzu-Yan ertinya wajar. Manusia seharusnya hidup secara wajar, selaras dengan cara bekerja sama dengan alam. 3. Wu-Wei bereti tidak campur tangan dengan alam. Manusia tidak boleh mengubah apa yang sudah diatur oleh alam. Pada zaman pertengahan dinasti Han muncul seorang yang bernama Zhang Dao- ling, yang juga menulis kitab Tao.Ia juga menyembuhkan orang sakit, membuat jimat sehingga banyak orang yang kemudian menjadi pengikutnya. Begitu besar pengaruhnya hingga pada akhirnya ajaran-ajarannya menjadi dasar dari agama Tao yang kemudian disebut Tao-Jiao.Di dalam penerapannya, aliran mereka berbeza dengan ajaran Tao yang dilontarkan oleh Laotze.Jika Laotze mengajarkan hidup selaras dengan alam, Tao-Jiao justeru mengajarkan upaya untuk menentang kehendak alam. Usaha ini mereka lakukan dengan jalan melakukan tapa untuk hidup abadi, membuat jimat-jimat dan kias guna menolak pengaruh jahat, sakit, penyakit, dan sebagainya (Setiawan, dkk, 1982: 156-157). Dalam prakteknya, perwujudan ajaran
  • 35. Tao-Jiao antara lain berupa aksi-aksi seperti berjalan di atas bara api, memotong lidah, dan perayaan-perayaan tertentu. Kepercayaan Alam Sekitar : Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan.Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan.Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar. Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang : Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian.Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh. Kepercayaan kepada Anak Syurga :
  • 36. Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut.Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou. Kepercayaan kepada dewa : Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah „Dewa Biji-bijian‟ Kesimpulan Pelbagai adat resam orang cina yang menarik telah dihuraikan.Sebagai warganegara Malaysia kita harus berbangga kerana mempunyai kaum cina sebagai rakyat Malaysia.Kewujudan mereka telah mempelbagaikan adat resam yang ada di Malaysia.Orang Cina mempunyai pelbagai jenis makanan, budaya, serta perayaan yang unik.Keunikan ini mengambarkan identiti kaum Cina yang tersendiri. Sebagai bangsa satu Malaysia kita sepatutnya mengenali budaya, kepercayaan, dan makanan kaum lain.