SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Nama Calon : _______________________________________ Nombor Surat Beranak : ________________
UJIAN PENINGKATAN PRESTASI 2013
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN
SET 3 011
50 minit Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
JPN PERAK
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
SULIT 2 011
011 SULIT
Soalan 1 - 19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1 Ustaz Isa merupakan __________ di Masjid Khairiah
semenjak beliau bersara setahun yang lalu.
A juruaudit
B juruberita
C jurubahasa
D juruazan
2 Apabila Amirah menulis surat, ____________ menggunakan komputer.
A dia
B aku
C anda
D mereka
3 Adik segera ____________ air yang ditumpahkannya sebelum dimarahi kakak.
A menyapu
B menggilap
C menggosok
D mengelap
4
Walaupun rumah pusaka datuk sudah berusia lebih 120 tahun, namun tiang rumahnya
masih ____________.
A kuat
B padu
C padat
D kukuh
5 Alunan suara Jacklyn Victor yang ____________ itu menambat hati para pengunjung
konsertnya.
A sedap
B merdu
C garau
D nyaring
6 Kamu boleh meminjam buku cerita ini ____________ mesti dikembalikan secepat
mungkin.
A dan
B lalu
C serta
D tetapi
SULIT 3 011
011 SULIT
7 Berita angin mengenai penceraian artis pujaan dengan suaminya mulai __________ ke
seluruh negara.
A tersebar
B penyebar
C persebaran
D menyebarkan
8 Pekerja itu menggunakan dua ____________ kawah untuk memasak nasi minyak.
A biji
B buah
C butir
D ketul
9 Pengguna jalan raya __________ agar sentiasa berhati-hati di jalan raya khususnya
ketika musim perayaan ini.
A diberi
B dirayu
C diminta
D disokong
10 Ketua pengawas sekolah kami itu mempunyai ciri-ciri __________ yang berwibawa.
A dipimpin
B berpimpin
C pemimpin
D memimpin
11 Tilam kekabu itu dibakarnya kerana banyak terdapat ____________ .
A jejentik
B pepijat
C rerambut
D jejarum
12 Sahabat-sahabat Kumar kurang senang dengan sikapnya yang suka ____________.
A tebal muka
B tarik muka
C bermuka-muka
D memberi muka
13
Saya boleh hantar kamu ke Stesen Kereta Api Ipoh. __________, pejabat saya terletak
tidak jauh dari sana.
A Walau bagaimanapun
B Oleh yang demikian
C Tambahan pula
D Kalau begitu
SULIT 4 011
011 SULIT
14 ____________ buah rumah roboh dalam kejadian ribut taufan itu.
A Seluruh
B Ketiga
C Enam
D Setiap
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
15 Setelah penat bekerja, Sulaiman duduk bersandar di
____________ sebatang pokok.
A pangkal
B depan
C hujung
D tengah
16 Baju sekolah yang dibasuh oleh ibu putih macam _____________ .
A kapas
B arang
C kabus
D tepung
17 Rakyat Malaysia perlu mempunyai ____________ yang matang untuk menjadikan negara
kita maju dan disegani.
A usaha sama
B daya tahan
C daya fikir
D jati diri
18 "Wah, __________ jernih air di dalam kolam renang ini!" kata Zainal.
A paling sekali
B terlalu amat
C terlalu paling
D paling sungguh
19 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah ____________ tengah hari bersama
menteri-menteri kabinet.
A bersantap
B bersiram
C beradu
D bertitah
SULIT 5 011
011 SULIT
20 Kita mestilah berbelanja secara berjimat, lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini.
Pilih kata seerti bagi berjimat.
A bermewah
B berdisiplin
C berhemat
D berhemah
21 Pasu bunga itu terjatuh kerana sikapnya yang cuai.
Pilih Perkataan berlawan bagi cuai.
A abai
B cermat
C gelojoh
D tamak
22 Pilih ayat yang betul.
A Ah, aku tidak sangka kamu turut serta dalam lawatan ini!
B Aduh, cantik sungguh pemandangan di tepi pantai pada waktu senja!
C Wah, kamu juga mendapat jemputan kahwin daripada ketua kampung!
D Syabas, kamu telah berjaya menjadi johan pertandingan bercerita peringkat zon!
23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di bawah.
Apakah langkah untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar?
A Pencemaran alam sekitar berlaku berpunca daripada kelalaian manusia.
B Pencemaran bunyi harus ditangani untuk mewujudkan suasana yang harmoni.
C Pembuangan sampah ke dalam sungai menyebabkan berlakunya pencemaran
alam sekitar.
D Pembakaran terbuka perlu dielakkan bagi menangani masalah pencemaran alam
sekitar.
24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Kita dijangka tiba di Stesen Bas Rawang pada lewat malam nanti.
A Bilakah bas itu akan tiba di Rawang?
B Bilakah kita akan tiba di Stesen Bas Rawang?
C Bilakah bas yang kamu naiki akan tiba di Rawang?
D Bilakah bas kita tiba di Stesen Bas Rawang?
SULIT 6 011
011 SULIT
Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25 Banyak ibu bapa yang mengambil bahagian dalam acara tarik tali dalam temasya itu.
A Ada dalam kalangan ibu bapa dalam temasya itu yang berminat untuk menyertai
acara tarik tali.
B Para ibu bapa amat menyukai acara tarik tali dalam temasya itu.
C Banyak ibu bapa dalam temasya itu yang menyertai acara tarik tali.
D Dalam temasya itu, banyak ibu bapa yang menyaksikan acara tarik tali.
26 Rumah yang tinggi itu telah roboh dipukul ribut pada petang semalam.
A Ribut telah merobohkan rumah yang tinggi itu pada petang semalam.
B Rumah yang tinggi itu telah memukul ribut hingga roboh pada petang semalam.
C Pada petang semalam, ribut dan rumah telah roboh kerana dipukul.
D Ribut yang tinggi itu telah memukul rumah hingga roboh.
Soalan 27 – 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
27 I Sikap Budin yang nakal itu kacau hati ibunya.
II Fikirannya menjadi kacau selepas kejadian itu.
III Rupa-rupanya budak itu yang menjadi kacau dalam kumpulan kita.
IV Suasana di kampung itu menjadi kacau semenjak kehadiran beberapa orang
pendatang asing.
A
B
C
D
I dan II
I dan III
II dan IV
II, III dan IV
28 I Api obor itu tidak padam walaupun ditiup angin.
II Pakaian baru itu padam benar dengan bentuk badannya.
III Kemarahannya terhadap pemuda itu tidak pernah padam.
IV Izuan menggunakan padam api untuk memadam kebakaran.
A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV
SULIT 7 011
011 SULIT
Soalan 29 – 30
Pilih ayat yang betul.
29 I Semua pelajar-pelajar diminta beratur semasa memasuki dewan.
II Kita mesti belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang gemilang.
III Di waktu pagi, puncak Gunung Kinabalu diselubungi kabus tebal.
IV Munirah tidak putus-putus menerima ucapan tahniah atas kejayaannya.
A
B
C
D
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
30 I Ibu tertarik akan sikap santun Kak Rini.
II Novel ”Ombak Rindu” telah habis dibaca oleh saya.
III Terdapat berbagai kraftangan dijual pada hari konvokesyen itu.
IV Burung-burung merpati itu memagut beras yang ditabur oleh ayah.
A
B
C
D
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
SULIT 8 011
011 SULIT
Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
TAIPING, Khamis - Hari Kerjaya yang dianjurkan leh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Kebangsaan Klian Pau mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga sekolah
hari ini. Kebanyakan murid mengakui bahawa program ini banyak memberikan faedah kepada
mereka dengan memberikan panduan tentang hala tuju kehidupan.
Menurut Cikgu Khalid Ahmad, Guru Penasihat Unit Bimbingan dan Kaunseling, program
ini diadakan untuk mendedahkan murid-murid tentang kerjaya. Hal ini demikian untuk
membuka minda murid dan sekaligus membantu mereka untuk merangka cita-cita yang sesuai
dengan minat, kemahiran, bakat dan kemampuan mereka.
“Semoga dengan pendedahan ini murid-murid lebih terbuka mindanya. Mereka akan
dapat melihat peluang kerjaya yang sesuai. Mereka dapat juga mengetahui bahawa kerjaya
yang ada di dunia bukan setakat sebagai guru, doktor, peguam, dan jurutera semata-mata.
Murid-murid tidak akan berasa terkongkong untuk memilih satu-satu bidang sahaja, malah ada
banyak lagi bidang kerjaya yang menarik untuk dipertimbangkan sebagai pilihan,” kata beliau.
Afiq Haiqal, murid Tahun Enam Cemerlang menganggap program ini dapat
membantunya menetapkan sasaran yang lebih jelas. Selepas mengikuti program ini, dia
semakin berkobar-kobar untuk bergelar arkitek. Dia ingin membina bangunan pencakar langit
dan masjid yang canggih dan unik.
“Kini saya tahu bahawa saya mesti cemerlang dalam pelajaran terutamanya dalam
mata pelajaran Sains, Matematik dan Pendidikan Seni. Hanya kecemerlangan dalam pelajaran
dalam pelajaran dan kreativiti yang baik akan dapat membantu saya untuk mencapai cita-cita
saya,” katanya.
Pelbagai aktiviti diadakan dalam program Hari Kerjaya yang berlangsung selama sehari.
Antaranya, termasuklah ceramah kerjaya yang disampaikan oleh guru Bimbingan dan
Kauseling, pameran tentang pelbagai kerjaya, edaran brosur tentang kerjaya, serta sesi ujian
sikap dan minat murid.
Unit Bimbingan dan Kauseling sekolah juga dengan rasminya membuka Unit Khas
Kerjaya. Unit ini berperanan untuk memberikan khidmat nasihat dan panduan kerjaya bagi
murid-murid yang berminat.
31 Apakah tujuan Hari Kerjaya Sekolah Kebangsaan Klian Pau diadakan?
A menentukan kerjaya murid-murid
B menetapkan hala tuju murid-murid
C memdedahkan murid-murid tentang kerjaya
D membantu murid-murid untuk merangka cita-cita ibu bapa
SULIT 9 011
011 SULIT
32 Siapakah Afiq Haiqal?
A guru Unit Bimbingan dan Kaunseling
B arkitek yang membina beberapa buah bangunan
C murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Klian Pau
D penceramah program Hari Kerjaya
33 Berdasarkan petikan, apakah perkara-perkara yang membantu ketika memilih kerjaya?
A mempunyai kreativiti yang tinggi
B minat, kemahiran, bakat dan kemampuan
C memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran
D mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang semua jenis kerjaya
34 Selain menganjurkan Hari Kerjaya, apakah cara Unit Bimbingan dan Kaunseling
membantu murid-murid Sekolah Kebangsaan Klian Pau?
A mencarikan kerja untuk murid-murid
B menentukan kerjaya yang sesuai untuk murid-murid
C menasihat dan menggalakkan murid-murid bekerja sambil belajar
D memberikan khidmat nasihat dan panduan kerjaya melalui Unit Khas Kerjaya
35 Apakah maksud rangkai kata semakin berkobar-kobar?
A lebih bersedia
B sentiasa berusaha
C tambah bersemangat
D semakin rajin
Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Aku dilahirkan di sebuah kilang di Batu Uban. Aku tidak mempunyai ayah dan ibu. Mesin-
mesin di kilang itulah yang menghasilkan aku. Badan dan tapak aku diperbuat daripada getah.
Rupa aku tidak cantik dan sepadan dengan hargaku yang murah.
Setiap pagi tuan aku akan membawa aku ke ladang. Segala macam benda dan
perkara yang kutempuhi. Kadangkala badanku terkena cecair putih. Namun, aku tidak pernah
ingkar, malah aku sentiasa sabar dan tabah.
Ada rakan-rakanku yang lebih bernasib baik. Ini mungkin kerana dia diperbuat daripada
kulit. Harga diri mereka juga mahal. Mereka hanya digunakan untuk bersiar-siar sahaja dan
tinggal di tempat yang khas. Badannya pula sentiasa dibersihkan.
Kini, aku sudah uzur. Tapakku sudah haus dan berlubang. Aku dibuang ke dalam tong
sampah. Segala baktiku tidak pernah dihargai. Kepada rakan-rakanku yang lain ingin aku
berpesan, janganlah bersikap hidung tinggi. Ingatlah, suatu hari nanti kalian juga akan
menerima padah seperti aku. Selamat tinggal.
SULIT 10 011
011 SULIT
36 Siapakah aku dalam petikan di atas?
A Sehelai baju
B Sepasang kasut
C Sebatang cangkul
D Sebilah pisau toreh
37 Apakah pekerjaan pemilik aku?
A Berkebun sayur
B Menoreh getah
C Pengurus ladang
D Berkebun kelapa sawit
38 Mengapakah rakan-rakan aku lebih bernasib baik?
A Mereka tidak uzur
B Harga mereka mahal
C Mereka diperbuat daripada kulit
D Mereka tidak digunakan untuk bekerja di kebun
39 Perkataan uzur dalam petikan bermaksud
A buruk
B sakit
C letih
D tua
40 Rangkai kata suatu hari nanti kalian juga akan menerima padah seperti aku
bermaksud
A rakannya dibuat di kilang juga
B rakannya akan digunakan di ladang
C penoreh getah itu akan menukarkannya dengan yang baharu
D rakannya akan dibuang ke dalam tong sampah jika sudah buruk
KERTAS SOALAN TAMAT

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Was ist angesagt? (17)

A soalan bmk1_model6
A soalan bmk1_model6A soalan bmk1_model6
A soalan bmk1_model6
 
Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4
 
Latih tubi tatabahasa KATA HUBUNG
Latih tubi tatabahasa KATA HUBUNGLatih tubi tatabahasa KATA HUBUNG
Latih tubi tatabahasa KATA HUBUNG
 
Adjektif
AdjektifAdjektif
Adjektif
 
Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3
 
011 bm pemahanan n9
011 bm pemahanan n9011 bm pemahanan n9
011 bm pemahanan n9
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
Bm tahun 5 pemahaman
Bm tahun 5 pemahamanBm tahun 5 pemahaman
Bm tahun 5 pemahaman
 
Latihan bm.3
Latihan bm.3Latihan bm.3
Latihan bm.3
 
Pemahaman sk set 2
Pemahaman sk set 2Pemahaman sk set 2
Pemahaman sk set 2
 
Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5
 
Kata penguat
Kata penguatKata penguat
Kata penguat
 
Latih tubi kata_bantu
Latih tubi kata_bantuLatih tubi kata_bantu
Latih tubi kata_bantu
 
Bm1
Bm1Bm1
Bm1
 
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
Penilaian sumatif
Penilaian sumatifPenilaian sumatif
Penilaian sumatif
 
Siap bm pemahaman set 1 y4
Siap bm pemahaman set 1 y4Siap bm pemahaman set 1 y4
Siap bm pemahaman set 1 y4
 

Andere mochten auch

Εκδρομή στο διδυμότειχο
Εκδρομή στο διδυμότειχοΕκδρομή στο διδυμότειχο
Εκδρομή στο διδυμότειχο11dimalex
 
πρόγραμμα Comenius-του-11ου-δημοτικού-σχολείου-Aλεξανδρούπολης
πρόγραμμα Comenius-του-11ου-δημοτικού-σχολείου-Aλεξανδρούποληςπρόγραμμα Comenius-του-11ου-δημοτικού-σχολείου-Aλεξανδρούπολης
πρόγραμμα Comenius-του-11ου-δημοτικού-σχολείου-Aλεξανδρούπολης11dimalex
 
NSPorto - Su design es mi design
NSPorto - Su design es mi designNSPorto - Su design es mi design
NSPorto - Su design es mi design_tiagoalmeida
 
Eκπαιδευτικό προγραμμα "Μαθαίνω να κυκλοφορώ με ασφάλεια"
Eκπαιδευτικό προγραμμα  "Μαθαίνω να κυκλοφορώ με ασφάλεια"Eκπαιδευτικό προγραμμα  "Μαθαίνω να κυκλοφορώ με ασφάλεια"
Eκπαιδευτικό προγραμμα "Μαθαίνω να κυκλοφορώ με ασφάλεια"11dimalex
 
Valores morales
Valores moralesValores morales
Valores moralesDani Lop
 
Fungi kingdom CLIL (Natural sciences) 1º ESO
Fungi kingdom  CLIL  (Natural sciences) 1º ESOFungi kingdom  CLIL  (Natural sciences) 1º ESO
Fungi kingdom CLIL (Natural sciences) 1º ESOjlpatinho1972
 
Επίσκεψη στο δάσος της Δαδιάς
Επίσκεψη στο δάσος της ΔαδιάςΕπίσκεψη στο δάσος της Δαδιάς
Επίσκεψη στο δάσος της Δαδιάς11dimalex
 
εκπαιδευτικη επισκεψη Ε΄ ταξη
εκπαιδευτικη επισκεψη Ε΄ ταξηεκπαιδευτικη επισκεψη Ε΄ ταξη
εκπαιδευτικη επισκεψη Ε΄ ταξη11dimalex
 
Αγώνες πετοσφαίρισης
Αγώνες πετοσφαίρισηςΑγώνες πετοσφαίρισης
Αγώνες πετοσφαίρισης11dimalex
 
Επίσκεψη στις αθλητικές εγκαταστάσεις του Μ.Γ.Σ Εθνικού
Επίσκεψη στις αθλητικές εγκαταστάσεις του Μ.Γ.Σ ΕθνικούΕπίσκεψη στις αθλητικές εγκαταστάσεις του Μ.Γ.Σ Εθνικού
Επίσκεψη στις αθλητικές εγκαταστάσεις του Μ.Γ.Σ Εθνικού11dimalex
 
Κυκλοφοριακή αγωγή απο το Ινστιτούτο Μεταφορών
Κυκλοφοριακή αγωγή απο το  Ινστιτούτο ΜεταφορώνΚυκλοφοριακή αγωγή απο το  Ινστιτούτο Μεταφορών
Κυκλοφοριακή αγωγή απο το Ινστιτούτο Μεταφορών11dimalex
 
Σχολικοί Αγώνες AθλοΠΑΙΔΕΙΆΣ Χειροσφαίρισης
Σχολικοί  Αγώνες  AθλοΠΑΙΔΕΙΆΣ ΧειροσφαίρισηςΣχολικοί  Αγώνες  AθλοΠΑΙΔΕΙΆΣ Χειροσφαίρισης
Σχολικοί Αγώνες AθλοΠΑΙΔΕΙΆΣ Χειροσφαίρισης11dimalex
 
Σχολικοί αγώνες ποδοσφαίρου
Σχολικοί αγώνες ποδοσφαίρουΣχολικοί αγώνες ποδοσφαίρου
Σχολικοί αγώνες ποδοσφαίρου11dimalex
 
΄Αθληση στο πάρκο προσκόπων
΄Αθληση στο πάρκο προσκόπων΄Αθληση στο πάρκο προσκόπων
΄Αθληση στο πάρκο προσκόπων11dimalex
 

Andere mochten auch (16)

Εκδρομή στο διδυμότειχο
Εκδρομή στο διδυμότειχοΕκδρομή στο διδυμότειχο
Εκδρομή στο διδυμότειχο
 
πρόγραμμα Comenius-του-11ου-δημοτικού-σχολείου-Aλεξανδρούπολης
πρόγραμμα Comenius-του-11ου-δημοτικού-σχολείου-Aλεξανδρούποληςπρόγραμμα Comenius-του-11ου-δημοτικού-σχολείου-Aλεξανδρούπολης
πρόγραμμα Comenius-του-11ου-δημοτικού-σχολείου-Aλεξανδρούπολης
 
Clipboard1
Clipboard1Clipboard1
Clipboard1
 
NSPorto - Su design es mi design
NSPorto - Su design es mi designNSPorto - Su design es mi design
NSPorto - Su design es mi design
 
Eκπαιδευτικό προγραμμα "Μαθαίνω να κυκλοφορώ με ασφάλεια"
Eκπαιδευτικό προγραμμα  "Μαθαίνω να κυκλοφορώ με ασφάλεια"Eκπαιδευτικό προγραμμα  "Μαθαίνω να κυκλοφορώ με ασφάλεια"
Eκπαιδευτικό προγραμμα "Μαθαίνω να κυκλοφορώ με ασφάλεια"
 
Comenius
ComeniusComenius
Comenius
 
Valores morales
Valores moralesValores morales
Valores morales
 
Fungi kingdom CLIL (Natural sciences) 1º ESO
Fungi kingdom  CLIL  (Natural sciences) 1º ESOFungi kingdom  CLIL  (Natural sciences) 1º ESO
Fungi kingdom CLIL (Natural sciences) 1º ESO
 
Επίσκεψη στο δάσος της Δαδιάς
Επίσκεψη στο δάσος της ΔαδιάςΕπίσκεψη στο δάσος της Δαδιάς
Επίσκεψη στο δάσος της Δαδιάς
 
εκπαιδευτικη επισκεψη Ε΄ ταξη
εκπαιδευτικη επισκεψη Ε΄ ταξηεκπαιδευτικη επισκεψη Ε΄ ταξη
εκπαιδευτικη επισκεψη Ε΄ ταξη
 
Αγώνες πετοσφαίρισης
Αγώνες πετοσφαίρισηςΑγώνες πετοσφαίρισης
Αγώνες πετοσφαίρισης
 
Επίσκεψη στις αθλητικές εγκαταστάσεις του Μ.Γ.Σ Εθνικού
Επίσκεψη στις αθλητικές εγκαταστάσεις του Μ.Γ.Σ ΕθνικούΕπίσκεψη στις αθλητικές εγκαταστάσεις του Μ.Γ.Σ Εθνικού
Επίσκεψη στις αθλητικές εγκαταστάσεις του Μ.Γ.Σ Εθνικού
 
Κυκλοφοριακή αγωγή απο το Ινστιτούτο Μεταφορών
Κυκλοφοριακή αγωγή απο το  Ινστιτούτο ΜεταφορώνΚυκλοφοριακή αγωγή απο το  Ινστιτούτο Μεταφορών
Κυκλοφοριακή αγωγή απο το Ινστιτούτο Μεταφορών
 
Σχολικοί Αγώνες AθλοΠΑΙΔΕΙΆΣ Χειροσφαίρισης
Σχολικοί  Αγώνες  AθλοΠΑΙΔΕΙΆΣ ΧειροσφαίρισηςΣχολικοί  Αγώνες  AθλοΠΑΙΔΕΙΆΣ Χειροσφαίρισης
Σχολικοί Αγώνες AθλοΠΑΙΔΕΙΆΣ Χειροσφαίρισης
 
Σχολικοί αγώνες ποδοσφαίρου
Σχολικοί αγώνες ποδοσφαίρουΣχολικοί αγώνες ποδοσφαίρου
Σχολικοί αγώνες ποδοσφαίρου
 
΄Αθληση στο πάρκο προσκόπων
΄Αθληση στο πάρκο προσκόπων΄Αθληση στο πάρκο προσκόπων
΄Αθληση στο πάρκο προσκόπων
 

Ähnlich wie Pemahaman sk set 3

Ähnlich wie Pemahaman sk set 3 (20)

Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Pemahaman sk set 2
Pemahaman sk set 2Pemahaman sk set 2
Pemahaman sk set 2
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
 
Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1
 
Kertas i -pemahaman
Kertas i -pemahamanKertas i -pemahaman
Kertas i -pemahaman
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a
 
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
 
A soalan bmk1_model2
A soalan bmk1_model2A soalan bmk1_model2
A soalan bmk1_model2
 
Latihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahamanLatihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahaman
 
Bm 1 exam 1 2011
Bm 1 exam 1 2011Bm 1 exam 1 2011
Bm 1 exam 1 2011
 
Pemahaman
PemahamanPemahaman
Pemahaman
 
102199883 percubaan-upsr-2012-png-bm1
102199883 percubaan-upsr-2012-png-bm1102199883 percubaan-upsr-2012-png-bm1
102199883 percubaan-upsr-2012-png-bm1
 
Latihan pemahaman sjk set 2
Latihan pemahaman sjk set 2Latihan pemahaman sjk set 2
Latihan pemahaman sjk set 2
 
Bm pemahaman sarawak
Bm pemahaman sarawakBm pemahaman sarawak
Bm pemahaman sarawak
 
A soalan bmk1_model1
A soalan bmk1_model1A soalan bmk1_model1
A soalan bmk1_model1
 
Bm kertas 1 copy
Bm kertas 1   copyBm kertas 1   copy
Bm kertas 1 copy
 
Bm sjk pemahaman set 1 edit
Bm sjk pemahaman set 1   editBm sjk pemahaman set 1   edit
Bm sjk pemahaman set 1 edit
 
Soalan sumatif1(2015)
Soalan sumatif1(2015)Soalan sumatif1(2015)
Soalan sumatif1(2015)
 
Pemahaman Bahasa Melayu
Pemahaman Bahasa MelayuPemahaman Bahasa Melayu
Pemahaman Bahasa Melayu
 
Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013
Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013
Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013
 

Pemahaman sk set 3

  • 1. Nama Calon : _______________________________________ Nombor Surat Beranak : ________________ UJIAN PENINGKATAN PRESTASI 2013 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN SET 3 011 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. JPN PERAK Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak
  • 2. SULIT 2 011 011 SULIT Soalan 1 - 19 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Ustaz Isa merupakan __________ di Masjid Khairiah semenjak beliau bersara setahun yang lalu. A juruaudit B juruberita C jurubahasa D juruazan 2 Apabila Amirah menulis surat, ____________ menggunakan komputer. A dia B aku C anda D mereka 3 Adik segera ____________ air yang ditumpahkannya sebelum dimarahi kakak. A menyapu B menggilap C menggosok D mengelap 4 Walaupun rumah pusaka datuk sudah berusia lebih 120 tahun, namun tiang rumahnya masih ____________. A kuat B padu C padat D kukuh 5 Alunan suara Jacklyn Victor yang ____________ itu menambat hati para pengunjung konsertnya. A sedap B merdu C garau D nyaring 6 Kamu boleh meminjam buku cerita ini ____________ mesti dikembalikan secepat mungkin. A dan B lalu C serta D tetapi
  • 3. SULIT 3 011 011 SULIT 7 Berita angin mengenai penceraian artis pujaan dengan suaminya mulai __________ ke seluruh negara. A tersebar B penyebar C persebaran D menyebarkan 8 Pekerja itu menggunakan dua ____________ kawah untuk memasak nasi minyak. A biji B buah C butir D ketul 9 Pengguna jalan raya __________ agar sentiasa berhati-hati di jalan raya khususnya ketika musim perayaan ini. A diberi B dirayu C diminta D disokong 10 Ketua pengawas sekolah kami itu mempunyai ciri-ciri __________ yang berwibawa. A dipimpin B berpimpin C pemimpin D memimpin 11 Tilam kekabu itu dibakarnya kerana banyak terdapat ____________ . A jejentik B pepijat C rerambut D jejarum 12 Sahabat-sahabat Kumar kurang senang dengan sikapnya yang suka ____________. A tebal muka B tarik muka C bermuka-muka D memberi muka 13 Saya boleh hantar kamu ke Stesen Kereta Api Ipoh. __________, pejabat saya terletak tidak jauh dari sana. A Walau bagaimanapun B Oleh yang demikian C Tambahan pula D Kalau begitu
  • 4. SULIT 4 011 011 SULIT 14 ____________ buah rumah roboh dalam kejadian ribut taufan itu. A Seluruh B Ketiga C Enam D Setiap Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah. 15 Setelah penat bekerja, Sulaiman duduk bersandar di ____________ sebatang pokok. A pangkal B depan C hujung D tengah 16 Baju sekolah yang dibasuh oleh ibu putih macam _____________ . A kapas B arang C kabus D tepung 17 Rakyat Malaysia perlu mempunyai ____________ yang matang untuk menjadikan negara kita maju dan disegani. A usaha sama B daya tahan C daya fikir D jati diri 18 "Wah, __________ jernih air di dalam kolam renang ini!" kata Zainal. A paling sekali B terlalu amat C terlalu paling D paling sungguh 19 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah ____________ tengah hari bersama menteri-menteri kabinet. A bersantap B bersiram C beradu D bertitah
  • 5. SULIT 5 011 011 SULIT 20 Kita mestilah berbelanja secara berjimat, lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini. Pilih kata seerti bagi berjimat. A bermewah B berdisiplin C berhemat D berhemah 21 Pasu bunga itu terjatuh kerana sikapnya yang cuai. Pilih Perkataan berlawan bagi cuai. A abai B cermat C gelojoh D tamak 22 Pilih ayat yang betul. A Ah, aku tidak sangka kamu turut serta dalam lawatan ini! B Aduh, cantik sungguh pemandangan di tepi pantai pada waktu senja! C Wah, kamu juga mendapat jemputan kahwin daripada ketua kampung! D Syabas, kamu telah berjaya menjadi johan pertandingan bercerita peringkat zon! 23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di bawah. Apakah langkah untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar? A Pencemaran alam sekitar berlaku berpunca daripada kelalaian manusia. B Pencemaran bunyi harus ditangani untuk mewujudkan suasana yang harmoni. C Pembuangan sampah ke dalam sungai menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. D Pembakaran terbuka perlu dielakkan bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar. 24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Kita dijangka tiba di Stesen Bas Rawang pada lewat malam nanti. A Bilakah bas itu akan tiba di Rawang? B Bilakah kita akan tiba di Stesen Bas Rawang? C Bilakah bas yang kamu naiki akan tiba di Rawang? D Bilakah bas kita tiba di Stesen Bas Rawang?
  • 6. SULIT 6 011 011 SULIT Soalan 25 - 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 25 Banyak ibu bapa yang mengambil bahagian dalam acara tarik tali dalam temasya itu. A Ada dalam kalangan ibu bapa dalam temasya itu yang berminat untuk menyertai acara tarik tali. B Para ibu bapa amat menyukai acara tarik tali dalam temasya itu. C Banyak ibu bapa dalam temasya itu yang menyertai acara tarik tali. D Dalam temasya itu, banyak ibu bapa yang menyaksikan acara tarik tali. 26 Rumah yang tinggi itu telah roboh dipukul ribut pada petang semalam. A Ribut telah merobohkan rumah yang tinggi itu pada petang semalam. B Rumah yang tinggi itu telah memukul ribut hingga roboh pada petang semalam. C Pada petang semalam, ribut dan rumah telah roboh kerana dipukul. D Ribut yang tinggi itu telah memukul rumah hingga roboh. Soalan 27 – 28 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 27 I Sikap Budin yang nakal itu kacau hati ibunya. II Fikirannya menjadi kacau selepas kejadian itu. III Rupa-rupanya budak itu yang menjadi kacau dalam kumpulan kita. IV Suasana di kampung itu menjadi kacau semenjak kehadiran beberapa orang pendatang asing. A B C D I dan II I dan III II dan IV II, III dan IV 28 I Api obor itu tidak padam walaupun ditiup angin. II Pakaian baru itu padam benar dengan bentuk badannya. III Kemarahannya terhadap pemuda itu tidak pernah padam. IV Izuan menggunakan padam api untuk memadam kebakaran. A I dan II B I dan III C I, II dan III D I, III dan IV
  • 7. SULIT 7 011 011 SULIT Soalan 29 – 30 Pilih ayat yang betul. 29 I Semua pelajar-pelajar diminta beratur semasa memasuki dewan. II Kita mesti belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang gemilang. III Di waktu pagi, puncak Gunung Kinabalu diselubungi kabus tebal. IV Munirah tidak putus-putus menerima ucapan tahniah atas kejayaannya. A B C D I dan II I dan III II dan IV III dan IV 30 I Ibu tertarik akan sikap santun Kak Rini. II Novel ”Ombak Rindu” telah habis dibaca oleh saya. III Terdapat berbagai kraftangan dijual pada hari konvokesyen itu. IV Burung-burung merpati itu memagut beras yang ditabur oleh ayah. A B C D I dan II I dan IV II dan III III dan IV
  • 8. SULIT 8 011 011 SULIT Soalan 31 - 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. TAIPING, Khamis - Hari Kerjaya yang dianjurkan leh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Klian Pau mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga sekolah hari ini. Kebanyakan murid mengakui bahawa program ini banyak memberikan faedah kepada mereka dengan memberikan panduan tentang hala tuju kehidupan. Menurut Cikgu Khalid Ahmad, Guru Penasihat Unit Bimbingan dan Kaunseling, program ini diadakan untuk mendedahkan murid-murid tentang kerjaya. Hal ini demikian untuk membuka minda murid dan sekaligus membantu mereka untuk merangka cita-cita yang sesuai dengan minat, kemahiran, bakat dan kemampuan mereka. “Semoga dengan pendedahan ini murid-murid lebih terbuka mindanya. Mereka akan dapat melihat peluang kerjaya yang sesuai. Mereka dapat juga mengetahui bahawa kerjaya yang ada di dunia bukan setakat sebagai guru, doktor, peguam, dan jurutera semata-mata. Murid-murid tidak akan berasa terkongkong untuk memilih satu-satu bidang sahaja, malah ada banyak lagi bidang kerjaya yang menarik untuk dipertimbangkan sebagai pilihan,” kata beliau. Afiq Haiqal, murid Tahun Enam Cemerlang menganggap program ini dapat membantunya menetapkan sasaran yang lebih jelas. Selepas mengikuti program ini, dia semakin berkobar-kobar untuk bergelar arkitek. Dia ingin membina bangunan pencakar langit dan masjid yang canggih dan unik. “Kini saya tahu bahawa saya mesti cemerlang dalam pelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Pendidikan Seni. Hanya kecemerlangan dalam pelajaran dalam pelajaran dan kreativiti yang baik akan dapat membantu saya untuk mencapai cita-cita saya,” katanya. Pelbagai aktiviti diadakan dalam program Hari Kerjaya yang berlangsung selama sehari. Antaranya, termasuklah ceramah kerjaya yang disampaikan oleh guru Bimbingan dan Kauseling, pameran tentang pelbagai kerjaya, edaran brosur tentang kerjaya, serta sesi ujian sikap dan minat murid. Unit Bimbingan dan Kauseling sekolah juga dengan rasminya membuka Unit Khas Kerjaya. Unit ini berperanan untuk memberikan khidmat nasihat dan panduan kerjaya bagi murid-murid yang berminat. 31 Apakah tujuan Hari Kerjaya Sekolah Kebangsaan Klian Pau diadakan? A menentukan kerjaya murid-murid B menetapkan hala tuju murid-murid C memdedahkan murid-murid tentang kerjaya D membantu murid-murid untuk merangka cita-cita ibu bapa
  • 9. SULIT 9 011 011 SULIT 32 Siapakah Afiq Haiqal? A guru Unit Bimbingan dan Kaunseling B arkitek yang membina beberapa buah bangunan C murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Klian Pau D penceramah program Hari Kerjaya 33 Berdasarkan petikan, apakah perkara-perkara yang membantu ketika memilih kerjaya? A mempunyai kreativiti yang tinggi B minat, kemahiran, bakat dan kemampuan C memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran D mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang semua jenis kerjaya 34 Selain menganjurkan Hari Kerjaya, apakah cara Unit Bimbingan dan Kaunseling membantu murid-murid Sekolah Kebangsaan Klian Pau? A mencarikan kerja untuk murid-murid B menentukan kerjaya yang sesuai untuk murid-murid C menasihat dan menggalakkan murid-murid bekerja sambil belajar D memberikan khidmat nasihat dan panduan kerjaya melalui Unit Khas Kerjaya 35 Apakah maksud rangkai kata semakin berkobar-kobar? A lebih bersedia B sentiasa berusaha C tambah bersemangat D semakin rajin Soalan 36 - 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Batu Uban. Aku tidak mempunyai ayah dan ibu. Mesin- mesin di kilang itulah yang menghasilkan aku. Badan dan tapak aku diperbuat daripada getah. Rupa aku tidak cantik dan sepadan dengan hargaku yang murah. Setiap pagi tuan aku akan membawa aku ke ladang. Segala macam benda dan perkara yang kutempuhi. Kadangkala badanku terkena cecair putih. Namun, aku tidak pernah ingkar, malah aku sentiasa sabar dan tabah. Ada rakan-rakanku yang lebih bernasib baik. Ini mungkin kerana dia diperbuat daripada kulit. Harga diri mereka juga mahal. Mereka hanya digunakan untuk bersiar-siar sahaja dan tinggal di tempat yang khas. Badannya pula sentiasa dibersihkan. Kini, aku sudah uzur. Tapakku sudah haus dan berlubang. Aku dibuang ke dalam tong sampah. Segala baktiku tidak pernah dihargai. Kepada rakan-rakanku yang lain ingin aku berpesan, janganlah bersikap hidung tinggi. Ingatlah, suatu hari nanti kalian juga akan menerima padah seperti aku. Selamat tinggal.
  • 10. SULIT 10 011 011 SULIT 36 Siapakah aku dalam petikan di atas? A Sehelai baju B Sepasang kasut C Sebatang cangkul D Sebilah pisau toreh 37 Apakah pekerjaan pemilik aku? A Berkebun sayur B Menoreh getah C Pengurus ladang D Berkebun kelapa sawit 38 Mengapakah rakan-rakan aku lebih bernasib baik? A Mereka tidak uzur B Harga mereka mahal C Mereka diperbuat daripada kulit D Mereka tidak digunakan untuk bekerja di kebun 39 Perkataan uzur dalam petikan bermaksud A buruk B sakit C letih D tua 40 Rangkai kata suatu hari nanti kalian juga akan menerima padah seperti aku bermaksud A rakannya dibuat di kilang juga B rakannya akan digunakan di ladang C penoreh getah itu akan menukarkannya dengan yang baharu D rakannya akan dibuang ke dalam tong sampah jika sudah buruk KERTAS SOALAN TAMAT