SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 16
Teknik Drama Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan
Terhadap Sikap Dan Minat Murid Orang Asli Di Sekitar Negeri Pahang
Oleh:
Ghazali Bin Ismail
Mazlan Zaharuddin Bin Mat Arof
Mohamad Hanifah Bin Moideen
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis, Pahang
Abstract
This quantitative survey research was conducted in order to gain some understanding
into the interest and attitude of Orang Asli pupils toward the application of drama
techniques in the teaching and learning of Bahasa Melayu. Drama techniques such as
plays, pentomime and several other related activities in the pedagogical practice of
Bahasa Melayu have been proven to be successfull in inspiring liveliness in the teaching
and learning process in the classroom because of the diversity of medium and
heterogeneity of the activities. Henceforth, this study tries to unreval the extent to which
drama techniques influence the interest and attitude of the pupils towards Bahasa
Melayu as a subject insofar as to induce a positive attitude towards the learning in
general. A total of 160 Orang Asli pupils in six districts in the state of Pahang were
involved in this study which was analysed using statistical frequency. The finding of this
study indicated that Orang Asli pupils were interested in the nature of the teaching and
learning of Bahasa Melayu using drama techniques. They participated actively in the all
activities prepared by the teacher. This study also proved that by using drama
techniques in the language classroom, the school became more appealing as the Orang
Asli pupils were now interested in attending school.
Pendahuluan
Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan memperkembangkan potensi
diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Pengajaran juga
berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid
supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Ini
akan membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri
dan masyarakat, bangsa dan negaranya
Bagi mencapai hasrat itu, guru memainkan peranan penting. Seseorang guru
harus merancang, melaksana dan membuat penilaian sesi pengajaran dan
pembelajaran agar menepati citarasa dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Melalui daya kreativiti guru, pengubahsuaian strategi dan teknik mengajar dapat
dilakukan untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan membawa
kesan yang maksimum lebih-lebih lagi berdepan dengan murid-murid yang bermasalah.
Salah satu teknik yang mampu memenuhi ciri tersebut adalah melalui pelaksanaan
2
teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Matlamat ini akan menjadi realiti sekiranya para guru dapat melaksanakan set
pengajaran dan pembelajaran dengan berpaksikan ilmu kemahiran yang tinggi,
perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang sistematik. Sesungguhnya pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama dalam bilik darjah mampu
menyuburkan minat belajar dan menamkan sikap positif terhadap mata pelajaran
Bahasa Melayu khususnya bagi menangani murid-murid yang agak lambat menguasai
kemahiran membaca dan menulis. Dari segi sosialnya pula, aktiviti yang berteraskan
elemen drama seperti berlakon, berupaya menyuburkan kemahiran bersosial seperti
semangat kerjasama, berani dan bertanggungjawab.
Pendidikan drama di sekolah atau dalam bilik darjah lazimnya diserapkan dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu atau aktiviti kebahasaan yang lain. Bahkan aktiviti
berunsurkan drama, begitu bermanafaat kepada murid-murid kerana mereka akan
meneroka dan meraih pelbagai kemahiran baik secara langsung mahupun secara tidak
langsung. Sebagai contohnya, melalui aktiviti berdialog dengan menggunakan skrip,
akan mengasuh murid-murid membaca dan bertutur dengan menggunakan intonasi
dan sebutan yang betul dan jelas. Manakala melalui aktiviti gerak lakon pula, akan
memupuk semangat berani tampil ke hadapan tanpa malu dan segan, sekaligus akan
menjadikan seorang murid yang bersikap yakin diri, bertolak ansur dan seterusnya
berupaya mencorakkan pembinaan personaliti diri yang mantap.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa masyarakat orang asli
merupakan satu kelompok masyarakat yang mendiami kawasan luar bandar. Mereka
hidup dalam keadaan yang serba ringkas dan mudah. Corak kehidupan sebegini
ternyata banyak mempengaruhi gaya pembelajaran murid-murid Orang Asli. Secara
puratanya murid-murid Orang Asli mempunyai pencapaian yang lemah dalam
akademik. Mereka juga tidak mempunyai minat yang tinggi. Begitu juga dengan sikap
terhadap pelajaran pelajaran. Kebanyakkan murid orang asli begitu pasif dan pemalu.
Namun begitu, sifat-sifat negatif yang sinonim dengan murid orang asli
terutamanya dari aspek minat dan sikap terhadap pelajaran bukanlah sesuatu yang tepu
sifatnya. Minat boleh dipupuk dan sikap boleh diubah jika kena dengan cara dan
gayanya. Apa yang paling penting adalah usaha yang berterusan oleh para pendidik
untuk mencari strategi yang sesuai dalam usaha menyampaikan ilmu dan nilai kepadamurid
orang asli.
Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan
kemahiran sosial murid-murid. Apa yang diharapkan agar strategi yang dirancang
dengan mengaplikasikan beberapa teknik drama mampu memberi semangat dan
dimensi baru kepada minat dan sikap murid-murid orang asli terhadap subjek Bahasa
Melayu khususnya dan terhadap bidang pelajaran amnya. Sesungguhnya usaha murni
ini diharap dapat mengubah senario amalan pedagogi Bahasa Melayu ke arah yang
lebih mantap,kemas dan tersusun dalam usaha mengubah nasib masyarakat orang asli
ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang.
Tujuan Kajian
3
Kajian ini mengemukakan 4 objektif seperti berikut:
1. Untuk meninjau bagaimana reaksi murid Orang Asli terhadap mata pelajaran
Bahasa Melayu yang menerapkan teknik drama.
2. Untuk meninjau penglibatan murid Orang Asli dalam setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama.
3. Untuk meninjau implikasi daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran teknik
drama ke atas kemahiran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan
murid-murid Orang Asli.
4. Untuk meninjau implikasi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu
teknik drama terhadap motivasi diri untuk datang ke sekolah di kalangan murid
Orang Asli.
Rasional Kajian
a. Guru
1. Dapat memberi kesedaran kepada guru tentang keberkesanan penerapan teknik
drama dalam usaha mengajar kemahiran berbahasa.
2. Dapat membantu guru-guru merancang aktiviti drama yang kreatif dan inovatif
bagi menarik minat murid orang asli belajar dengan seronok dalam bilik darjah.
3. Dapat membantu guru mengetahui dan mengenal pasti masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid Orang Asli dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Dapat membantu guru mengetahui tahap aprisiasi murid Orang Asli sebagai
asas dalam penyediaan perancangan dan pelaksanaan pengajaran Bahasa
Melayu melalui penerapan teknik drama.
b. Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
1. Dapat membantu Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam usaha merangka modul berkesan bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid
Orang Asli.
Definisi Operasi
Untuk menjelaskan lagi gaya operasional yang digunakan dalam kajian ini, beberapa
frasa penting diberi penjelasan untuk mengikis sebarang ketaksamaan yang mungkin
timbul daripada pelbagai istilah yang agak relatif:
Pengajaran
Pengajaran dalam kajian ini bermaksud satu proses atau aktiviti yang
berusaha untuk memperkembangkan fizikal, inetelek, rohani dan emosi
seseorang individu. Pengajaran dalam konteks kajian ini pengajaran yang
dilakukan oleh guru dalam bilik darjah bagi menambah kemahiran, kebolehan,
pengetahuan dan pengalaman murid.
4
Pembelajaran
Pembelajaran ialah satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap kepercayaan.
Proses ini merupakan perkembangan sikap, emosi, nilai dan estetika serta
kesenian.
Teknik
Merupakan tindakan yang dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru mestilah menguasai teknik pengajaran yang pelbagai
supaya mereka dapat menyesuaikan diri teknik tersebut dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Drama
Abdul Rahman Napiah (1984: 2) berpendapat:
“..drama ialah bentuk karya fiksyen atau cereka yang mementingkan dialog
dan aksi watak. Sesebuah drama yang lengkap ditulis dinamakan skrip..”
Manakala Mustafa Kamal Yasin (1963: 23) pula menyatakan:
“…drama satu bentuk seni sastera untuk mempersembahkan terus perlakonan
dan watak manusia menerusi lakonan seseorang di hadapan para penonton..”
Teknik Drama
Teknik drama dalam kajian ini bermaksud cara bagaimana sesuatu pergerakan
tubuh badan bergerak atau dilakonkan. Teknik ini juga merujuk kepada
pengesahan secara spontan atau diatur sama ada bersuara atau tidak. Dalam
erti kata lain, cara bagaimana seseorang itu melakonkan atau melakukan aksi
seperti;
1. main peranan,
2. meniru perlakuan watak atau orang sebenar.
3. dialog
4. Lakonan bisu
5. Pentomin dan lain-lain.
Minat
Minat merujuk kepada reaksi pelajar mengikuti secara berterusan dan
mendalami sesuatu perkara atau kemahiran yang dipelajari dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Orang Asli
Satu kelompok masyarakat yang menghuni di sesuatu tempat. Biasanya di
kawasan pedalaman yang jauh dari arus pembangunan. Hidup dalam keadaan
yang serba sederhana dan ringkas.Terdapat beberapa jenis suku kaum
seperti jakun, jahut dan semelai.
Batasan Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan untuk melihat reaksi
murid Orang Asli dari segi minat dan sikap semasa dan selepas mengikuti set
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama.
Oleh itu populasi kajian ialah murid-murid sekolah Orang Asli yang mengikuti kelas
5
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di 8 buah sekolah dalam daerah
Temerloh, Bera, Cameron Highland, Pekan, Rompin dan Bentong.
Kajian juga dibataskan kepada perkara-perkara berikut:
1. Murid tahap dua yang dijadikan kumpulan sasaran di 8 buah sekolah tersebut.
2. Kelas dan guru yang telah dipilih sahaja yang akan dibuat pemerhatian dan
pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Hanya aplikasi teknik drama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sahaja yang dicerap.
4. Dua aspek yang dikaji iaitu proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Tinjauan Literatur
Drama dalam pendidikan telah bermula apabila anak-anak Queen Victoria dan Albert
mementaskan Athalia dan beberapa cerita lain. Bermula dari sinilah dikatakan drama
telah mula digunakan untuk membantu pengajian bahasa di sekolah-sekolah. Peranan
drama dalam pendidikan begitu signifikan berlaku pada pertengahan abad kelapan
belas (Zainal Abd. Latiff 1989: 4)
Kemudian Coldwell Cook sebagaimana yang dipetik oleh Zainal Latiff (1991:4)
pula telah memperkenalkan kaedahnya cara mainan (Play Way) untuk pembelajaran.
Prinsip asasnya ialah aktiviti drama adalah cara yang berkesan untuk pembelajaran,
dimana kanak-kanak belajar dengan cara membuat sesuatu. Tokoh-tokoh yang lain
menggunakan kaedah-kaedah yang hamper serupa ialah John Menik dan William
Went. Bermula dari sini, banyak sekolah telah cuba mengadakan aktiviti pembelajaran
dengan berbagai-bagai kaedah drama.
Cook dalam Courtney Richard (1975: 54) menyatakan bahawa lakon
merupakan satu cara yang sebenar untuk belajar. Di negara-negara barat terutama di
England, terdapat pendekatan yang dikenali sebagai The Living History yang
membenarkan kata-kata Cook di atas. Pendekatan ini menggunakan peristiwa dalam
sejarah dan dilakonkan semula oleh kanak-kanak di tempat kejadian.
John Adam (1960) sebagaimana oleh Zainal Latiff (1991:5) telah mempelopori
pendidikan yang dikenali sebagai Pidato Centric dan pendidikan dari kaca mata
kanakkanak.
Pendekatan ini lebih mementingkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak
terhadap pendidikan. Pendekatan ini selaras dengan pendapat Athur T. Jershild (1963:
35) yang menyatakan bahawa apabila kanak-kanak itu memasuki sekolah rendah,
mereka telahpun mempunyai daya ingatan untuk mengumpul semua
pengalamanpengalaman
silam dan merancang untuk masa depannya. Beliau juga menegaskan
bahawa kanak-kanak itu mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan boleh mentakrif
lambang-lambang yang mereka lihat tanpa menyoal apakah sebenarnya maksud
lambang itu.
Di Britain, pada tahun 1974, kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 7
tahun kebanyakkan daripada masa mereka dihabiskan dengan mainan. Bagi yang
6
berumur 7 – 11 tahun, mereka mempunyai waktu-waktu tertentu untuk aktiviti drama.
Pada peringkat sekolah menengah pula, terdapat pertambahan guru-guru pakar dalam
bidang drama. Oleh itu, banyak sekolah yang mempunyai drama dalam jadual waktu
mereka ( Zainal Abdul Latif 1989: 5)
Penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sememangnya mampu memikul tanggugjawab untuk
memperkembangkan potensi murid-murid. Menurut Mana Sikana (1985:90), beliau
mengungkapkan bahawa “meskipun drama yang sifatnya sebagai satu cabang seni
selalunya bercorak ekslusif tetapi drama dapat digunakan dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran”.
Kajian yang dilakukan oleh Faziah Sulaiman (1980) mendapati bahawa
pelaksanaan teknik drama dalam pedagogi Bahasa Melayu KBSR mampu mencapai
objektif program Bahasa Melayu melalui aktiviti lakonan, main peranan dan
improvisasi. Misalnya melalui teknik main peranan, murid-murid berupaya untuk bertutur
dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam
pelbagai bentuk perhubungan.
Hal ini juga sejajar dengan pendapat Robiah Kulup Hamzahmurid orang asli.
Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan
kemahiran sosial murid-murid. Apa yang diharapkan agar strategi yang dirancang
dengan mengaplikasikan beberapa teknik drama mampu memberi semangat dan
dimensi baru kepada minat dan sikap murid-murid orang asli terhadap subjek Bahasa
Melayu khususnya dan terhadap bidang pelajaran amnya. Sesungguhnya usaha murni
ini diharap dapat mengubah senario amalan pedagogi Bahasa Melayu ke arah yang
lebih mantap,kemas dan tersusun dalam usaha mengubah nasib masyarakat orang asli
ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang.
Tujuan Kajian
3
Kajian ini mengemukakan 4 objektif seperti berikut:
1. Untuk meninjau bagaimana reaksi murid Orang Asli terhadap mata pelajaran
Bahasa Melayu yang menerapkan teknik drama.
2. Untuk meninjau penglibatan murid Orang Asli dalam setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama.
3. Untuk meninjau implikasi daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran teknik
drama ke atas kemahiran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan
murid-murid Orang Asli.
4. Untuk meninjau implikasi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu
teknik drama terhadap motivasi diri untuk datang ke sekolah di kalangan murid
Orang Asli.
Rasional Kajian
a. Guru
1. Dapat memberi kesedaran kepada guru tentang keberkesanan penerapan teknik
drama dalam usaha mengajar kemahiran berbahasa.
2. Dapat membantu guru-guru merancang aktiviti drama yang kreatif dan inovatif
bagi menarik minat murid orang asli belajar dengan seronok dalam bilik darjah.
3. Dapat membantu guru mengetahui dan mengenal pasti masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid Orang Asli dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Dapat membantu guru mengetahui tahap aprisiasi murid Orang Asli sebagai
asas dalam penyediaan perancangan dan pelaksanaan pengajaran Bahasa
Melayu melalui penerapan teknik drama.
b. Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
1. Dapat membantu Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam usaha merangka modul berkesan bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid
Orang Asli.
Definisi Operasi
Untuk menjelaskan lagi gaya operasional yang digunakan dalam kajian ini, beberapa
frasa penting diberi penjelasan untuk mengikis sebarang ketaksamaan yang mungkin
timbul daripada pelbagai istilah yang agak relatif:
Pengajaran
Pengajaran dalam kajian ini bermaksud satu proses atau aktiviti yang
berusaha untuk memperkembangkan fizikal, inetelek, rohani dan emosi
seseorang individu. Pengajaran dalam konteks kajian ini pengajaran yang
dilakukan oleh guru dalam bilik darjah bagi menambah kemahiran, kebolehan,
pengetahuan dan pengalaman murid.
4
Pembelajaran
Pembelajaran ialah satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap kepercayaan.
Proses ini merupakan perkembangan sikap, emosi, nilai dan estetika serta
kesenian.
Teknik
Merupakan tindakan yang dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru mestilah menguasai teknik pengajaran yang pelbagai
supaya mereka dapat menyesuaikan diri teknik tersebut dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Drama
Abdul Rahman Napiah (1984: 2) berpendapat:
“..drama ialah bentuk karya fiksyen atau cereka yang mementingkan dialog
dan aksi watak. Sesebuah drama yang lengkap ditulis dinamakan skrip..”
Manakala Mustafa Kamal Yasin (1963: 23) pula menyatakan:
“…drama satu bentuk seni sastera untuk mempersembahkan terus perlakonan
dan watak manusia menerusi lakonan seseorang di hadapan para penonton..”
Teknik Drama
Teknik drama dalam kajian ini bermaksud cara bagaimana sesuatu pergerakan
tubuh badan bergerak atau dilakonkan. Teknik ini juga merujuk kepada
pengesahan secara spontan atau diatur sama ada bersuara atau tidak. Dalam
erti kata lain, cara bagaimana seseorang itu melakonkan atau melakukan aksi
seperti;
1. main peranan,
2. meniru perlakuan watak atau orang sebenar.
3. dialog
4. Lakonan bisu
5. Pentomin dan lain-lain.
Minat
Minat merujuk kepada reaksi pelajar mengikuti secara berterusan dan
mendalami sesuatu perkara atau kemahiran yang dipelajari dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Orang Asli
Satu kelompok masyarakat yang menghuni di sesuatu tempat. Biasanya di
kawasan pedalaman yang jauh dari arus pembangunan. Hidup dalam keadaan
yang serba sederhana dan ringkas.Terdapat beberapa jenis suku kaum
seperti jakun, jahut dan semelai.
Batasan Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan untuk melihat reaksi
murid Orang Asli dari segi minat dan sikap semasa dan selepas mengikuti set
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama.
Oleh itu populasi kajian ialah murid-murid sekolah Orang Asli yang mengikuti kelas
5
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di 8 buah sekolah dalam daerah
Temerloh, Bera, Cameron Highland, Pekan, Rompin dan Bentong.
Kajian juga dibataskan kepada perkara-perkara berikut:
1. Murid tahap dua yang dijadikan kumpulan sasaran di 8 buah sekolah tersebut.
2. Kelas dan guru yang telah dipilih sahaja yang akan dibuat pemerhatian dan
pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Hanya aplikasi teknik drama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sahaja yang dicerap.
4. Dua aspek yang dikaji iaitu proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Tinjauan Literatur
Drama dalam pendidikan telah bermula apabila anak-anak Queen Victoria dan Albert
mementaskan Athalia dan beberapa cerita lain. Bermula dari sinilah dikatakan drama
telah mula digunakan untuk membantu pengajian bahasa di sekolah-sekolah. Peranan
drama dalam pendidikan begitu signifikan berlaku pada pertengahan abad kelapan
belas (Zainal Abd. Latiff 1989: 4)
Kemudian Coldwell Cook sebagaimana yang dipetik oleh Zainal Latiff (1991:4)
pula telah memperkenalkan kaedahnya cara mainan (Play Way) untuk pembelajaran.
Prinsip asasnya ialah aktiviti drama adalah cara yang berkesan untuk pembelajaran,
dimana kanak-kanak belajar dengan cara membuat sesuatu. Tokoh-tokoh yang lain
menggunakan kaedah-kaedah yang hamper serupa ialah John Menik dan William
Went. Bermula dari sini, banyak sekolah telah cuba mengadakan aktiviti pembelajaran
dengan berbagai-bagai kaedah drama.
Cook dalam Courtney Richard (1975: 54) menyatakan bahawa lakon
merupakan satu cara yang sebenar untuk belajar. Di negara-negara barat terutama di
England, terdapat pendekatan yang dikenali sebagai The Living History yang
membenarkan kata-kata Cook di atas. Pendekatan ini menggunakan peristiwa dalam
sejarah dan dilakonkan semula oleh kanak-kanak di tempat kejadian.
John Adam (1960) sebagaimana oleh Zainal Latiff (1991:5) telah mempelopori
pendidikan yang dikenali sebagai Pidato Centric dan pendidikan dari kaca mata
kanakkanak.
Pendekatan ini lebih mementingkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak
terhadap pendidikan. Pendekatan ini selaras dengan pendapat Athur T. Jershild (1963:
35) yang menyatakan bahawa apabila kanak-kanak itu memasuki sekolah rendah,
mereka telahpun mempunyai daya ingatan untuk mengumpul semua
pengalamanpengalaman
silam dan merancang untuk masa depannya. Beliau juga menegaskan
bahawa kanak-kanak itu mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan boleh mentakrif
lambang-lambang yang mereka lihat tanpa menyoal apakah sebenarnya maksud
lambang itu.
Di Britain, pada tahun 1974, kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 7
tahun kebanyakkan daripada masa mereka dihabiskan dengan mainan. Bagi yang
6
berumur 7 – 11 tahun, mereka mempunyai waktu-waktu tertentu untuk aktiviti drama.
Pada peringkat sekolah menengah pula, terdapat pertambahan guru-guru pakar dalam
bidang drama. Oleh itu, banyak sekolah yang mempunyai drama dalam jadual waktu
mereka ( Zainal Abdul Latif 1989: 5)
Penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sememangnya mampu memikul tanggugjawab untuk
memperkembangkan potensi murid-murid. Menurut Mana Sikana (1985:90), beliau
mengungkapkan bahawa “meskipun drama yang sifatnya sebagai satu cabang seni
selalunya bercorak ekslusif tetapi drama dapat digunakan dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran”.
Kajian yang dilakukan oleh Faziah Sulaiman (1980) mendapati bahawa
pelaksanaan teknik drama dalam pedagogi Bahasa Melayu KBSR mampu mencapai
objektif program Bahasa Melayu melalui aktiviti lakonan, main peranan dan
improvisasi. Misalnya melalui teknik main peranan, murid-murid berupaya untuk bertutur
dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam
pelbagai bentuk perhubungan.
Hal ini juga sejajar dengan pendapat Robiah Kulup Hamzah(1989:3) yang
mengungkapkan bahawa pengaplikasian teknik drama dalam bilik darjah mampu
membina daya pemikiran intelek yang tinggi, perkembangan bahasa dan interaksi sosial
yang baik. Tegasnya, penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya di sekolah rendah mampu
memainkan peranan sebagai pemangkin dalam usaha dan menambah kefahaman
terhadap isi pelajaran dan menyuburkan minat belajar di kalangan murid.
Metodologi
Kajian ini telah dilakukan untuk melihat reaksi murid-murid Orang Asli terhadap amalan
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sekitar negeri Pahang Darul Makmur.
Pengelasan reka bentuk kajian ini adalah untuk menentukan kesan
pembolehubah tak bersandar (teknik drama) pada pemboleh ubah bersandar (minat
belajar, penglibatan murid, keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis dan minat datang
ke sekolah). Pengelasan rekabentuk adalah berdasarkan kepada sejauh mana sesuatu
rekabentuk memberi kawalan terhadap eksperimen. Oleh itu, kajian ini menggunakan
reka bentuk pemerhatian satu kumpulan.
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan (Gay & Arasian,
2003:10). Populasi kajian ialah murid orang asli sekolah rendah kebangsaan di enam
daerah di negeri Pahang Darul Makmur. Kajian ditadbir ke atas satu kumpulan
eksperimen untuk mengkaji kesan olehan pembolehubah tak bersandar. Cerapan
dilakukan dengan menggunakan borang pemerhatian (BP1) bagi menentukan
kedudukan subjek semasa olahan diberikan. Ujian juga dilakukan selepas olahan
7
diberikan bagi menentukan kedudukan subjek dengan menggunakan borang soal
selidik(BSS1).
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini ialah
a. Pemerhatian turut serta
b. Soal selidik
Borang pemerhatian (Borang BP1) digunakan untuk melihat pemboleh ubah kajian
semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala satu set soal selidik
(BSS1) juga digunakan untuk melihat pemboleh ubah selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran dilakukan.
SET 1 : Soal selidik kepada murid-murid (subjek) selepas mengikuti pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu melalui teknik drama.
Bahagian A: Butir-butir peribadi murid
Bahagian B: Soalan umum tentang minat murid dan sikap murid setelah
mengikuti satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menerapkan teknik drama.
SET 2 : Borang Pemerhatian..
Populasi
Populasi kajian ini adalah murid-murid orang asli sekolah kebangsaan yang dipilih
berdasarkan daerah iaitu daerah Bera, Pekan, Rompin, Temerloh, Bentong dan
Cameron Highland. Bagi mendapatkan sampel kajian yang benar-benar mewakili
populasi, kaedah persampelan kelompok telah digunakan. Kaedah persampelan
kelompok adalah pemilihan sampel berdasarkan kumpulan dan bukan individu secara
rawak (Gay, 1996). Murid-murid yang telah dipilih sebagai responden terdiri daripada
murid lelaki dan perempuan yang belajar dalam Tahun 5. Seramai 160 orang murid
yang mewakili 6 daerah dalam negeri Pahang telah terlibat dengan kajian ini. Taburan
persampelan ditunjukkan melalui jadual di bawah.
8
Jadual 1
Taburan murid-murid mengikut jantina dan suku kaum di sekolah yang dipilih
Suku kaum Jantina
Bil
Sekolah pilihanProsedur Pengumpulan Data
Pengumpulan data kajian ini dijalankan di 8 buah sekolah yang mewakili 6 daerah.
Dengan bantuan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pihak sekolah, guru-guru
yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kelas yang terpilih diberi penerangan
mengenai tatacara pengendalian kajian ini terlebih dahulu. Sebelum pencerapan
dilakukan, guru-guru telah dibekalkan dengan beberapa set rancangan pengajaran dan
pembelajaran yang menggaplikasikan teknik drama sepenuhnya dalam setiap langkah
pengajaran. Hal ini bertujuan supaya guru dapat membuat persiapan secukupnya.
Proses pengumpulan data dimulakan dengan pencerapan ke atas sampel
murid semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang
menggunakan teknik drama sepenuhnya. Catatan pemerhatian dibuat dalam Borang
Pemerhatian (BP1). Selepas sesi pengajaran pembelajaran berlangsung, sampel murid
yang sama telah diminta menjawab soalan yang terdapat dalam Borang Soal Selidik
(BS1) dengan bimbingan pengkaji.

Analisis Data
Data telah dikumpul hasil daripada maklumat yang terdapat dalam Borang Soal Selidik
(BS1) dan Borang Pemerhatian Pra (BP1). Data yang dikumpulkan dalam borang soal
selidik, telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS Window versi 11.0.
Manakala borang pemerhatian dianalisis secara deskriptif. Penganalisisan data dalam
kajian melibatkan statistik deskriptif seperti jadual di bawah.
Jadual 2
Kaedah analisis data kajian
Bil
Permasalahan kajian
Pemboleh ubah
Skala
pengukura
n
Statistik
1.
Minat murid-murid orang asli
terhadap mata pelajaran Bahasa
Melayu yang menggunakan
teknik drama dalam pengajaran
dan pembelajaran pemulihan.
a. Minat murid
b.Pengajaran
mengunakan teknik
drama
Ordinal
Frekuansi
2.
Untuk mengetahui sambutan
murid orang asli dalam setiap
aktiviti drama yang
dirancangkan semasa
pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
a.Penglibatan murid
b.Pengajaran
menggunakan teknik
drama.
Ordinal
Frekuansi
3. Untuk mengetahui pengaruh
aktiviti drama dalam p-p yang
mampu menjana daya fikir yang
kreatif dan kritis murid orang
asli.
a. Kemampuan berifkir
secara kritis yang
dijelmakan melui aksi
yang kreatif
b.Pengajaran
menggunakan teknik
drama
Ordinal
Frekuansi
4.
Untuk mengetahui kesan
amalan pengajaran yang
menerapkan teknik drama
terhadap menarik minat murid
Orang Asli untuk hadir ke
sekolah
a. Minat datang ke
sekolah
b.Amalan p-p
menggunakan teknik
drama
Ordinal
Frekuansi
Analisis Data
10
Analisis data tertumpu kepada empat aspek yang merupakan angkubah signifikan
bagi melihat reaksi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
teknik drama. Empat aspek tersebut adalah:
1. Minat belajar mata pelajaran Bahasa Melayu
2. Penglibatan murid-murid untuk mengikuti aktiviti yang dirancang oleh guru
3. Keupayaan murid berfikir lebih aktif dan kreatif
4. Motovasi diri murid untuk datang ke sekolah
Soalan-soalan yang diajukan berdasarkan kepada 4 aspek tersebut dipilih, diproses dan
diperturunkan dalam bentuk jadual yang memperlihatkan data dalam bentuk peratusan
dan kekerapan.
Dapatan Kajian
Kajian ini melibatkan sejumlah 160 orang murid Orang Asli. Ia terdiri daripada 8 buah
sekolah kebangsaan sekitar negeri Pahang. Dapatan kajian dapat dirumuskan melalui
jadual di bawah:
Jadual 3
Sikap dan Minat Murid Orang Asli terhadap Pengajaran dan Pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama
Setuju
Tidak Setuju
Bil
Perkara
Kekerapan
(f)
Peratus
%
Kekerapan
(f)
Peratus
%
1. Guru yang mengajar melalui teknik
drama menjadikan saya seronok
belajar subjek Bahasa Melayu
118
73.8
42
26.3
2. Saya sedia menawarkan diri
melakukan aktiviti yang diarahkan
oleh guru
128
80
32
20
3. Aktiviti yang saya dilakukan
mendorong saya berfikir lebih kritis
dan kreatif.
109
68.1
51
31.9
4. Saya suka datang sekolah jika cikgu
mengajar aktiviti lakonan dan
nyanyian setiap hari.
149
93.1
11
6.9
Jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat 73.8 % murid-murid Orang Asli
bersetuju bahawa mereka berminat untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang
diajar pada hari tersebut. Manakala hanya terdapat 26.3% sahaja yang tidak bersetuju.
Dapatan daripada pemerhatian turut serta oleh pengkaji juga mendapati murid-murid
menunjukkan riak muka yang ceria dan gembira semasa sesi pengajaran dan
11
pembelajaran berjalan. Keadaan ini sedikit sebanyak mencerminkan perasaan
dalamannya yang cukup seronok dan gembira mengkuti kelas tersebut.
Selain itu, jadual di atas juga menunjukkan bahawa peratus murid-murid yang
bersedia untuk menawarkan diri bagi mengikuti aktiviti yang dirancang oleh guru
adalah besar iaitu 80 %. Manakala hanya 32 orang sahaja yang tidak bersedia untuk
ikut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Hal ini juga dibuktikan melalui pemerhatian
pengkaji yang mendapati bahawa murid-murid sentiasa mengangkat tangan apabila
guru meminta murid melakukan aktiviti yang dirancangkan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Malah suasana kelas menjadi agak bising tetapi terkawal.
Melalui salah satu aktiviti berasaskan drama yang dijalankan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran iaitu aktiviti main peranan „tugas seorang posmen‟ ,
ternyata beberapa orang murid orang asli yang diberi peranan masing-masing, berjaya
melakukan dengan baik. Daripada pemerhatian pengkaji terdapat beberapa adegan
dan situasi spontan yang sangat kreatif telah dipamerkan oleh murid-murid. Ternyata
melalui aktiviti drama mereka mampu berfikiran lebih kreatif dan kritis. Pernyataan ini
dibuktikan lagi melalui dapatan kajian yang menunjukkan bahawa terdapat 68% murid
bersetuju bahawa aktiviti berasaskan drama mampu menjadikan mereka berfikiran lebih
kreatif dan kritis. Manakala hanya 32% sahaja yang tidak bersetuju dengan pernyataan
itu.
Selain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa unsur-unsur hiburan,
keseronokan dan peluang turut serta dalam setiap aktiviti yang berunsurkan drama
sememangnya memberi pengaruh besar kepada minat murid-murid orang asli untuk
datang ke sekolah. Ini dibuktikan daripada hampir 93% murid orang asli bersetuju
apabila diajukan soalan yang berkenaan. Selebihnya pula, iaitu hanya 6.9% sahaja
yang tidak bersetuju bahawa aktiviti drama tidak mendorong minat mereka untuk
datang ke sekolah setiap hari mata pelajaran Bahasa Melayu di ajar.
Rumusan, perbincangan dan cadangan
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid Orang Asli
begitu seronok dan berminat untuk mengikuti kelas mata pelajaran Bahasa Melayu,
yang diajar oleh guru yang menggunakan teknik drama. Kenyataan ini dibuktikan
dengan sebahagian besar murid (73.8%) memberikan reaksi positif semasa menjawab
soalan yang diajukan dalam borang soal selidik. Pemerhatian turut serta oleh pengkaji
juga mendapati bahawa murid-murid telah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
yang berlangsung selama satu jam, dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Segala
arahan dan permintaan guru, dipatuhi dan dilakukan dengan baik. Riak muka mereka
begitu ceria dan situasi bilik darjah begitu „hidup‟.
Situasi ini bukanlah perkara yang luar biasa, bahkan ia sememangnya diduga
akan berlaku. Beberapa faktor mungkin boleh dikaitkan dengan hal ini. Pertamanya,
tidak boleh dinafikan bahawa segala bentuk aktiviti yang dijalankan itu, lebih menjurus
kepada gaya pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar (student oriented).
Gaya pengajaran dan pembelajaran ini sudah tentu menuntut kepada penyertaan yang
menyeluruh dan penglibatan yang aktif daripada murid. Murid-murid bukan sahaja
sebagai penonton dan pendengar yang setia (hanya memasang telinga dan membuka
mata), malah akan turut serta dalam sebarang aktiviti yang dirancangkan oleh guru.
12
Tambahan pula dengan perancangan yang rapi dan persediaan yang baik dibuat oleh
guru, sudah tentu hasilnya tentu membanggakan. Murid seronok belajar, manakala guru
seronok mengajar. Menurut aliran pendekatan teori tingkahlaku yang dipelopori oleh
tokoh-tokoh seperti Pavlov, Thorndike, Watson dan Skinner (Slavin, R.E 1997) telah
membuktikan bahawa pembelajaran yang dilakukan dengan adanya kesediaan
dalaman sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran positif. Thorndike, misalkan
melalui teorinya yang berkait rapat dengan konsep Hukum Kesediaan, Hukum Kesan
dan Hukum Latihan, berpendapat bahawa pembelajaran akan menjadi lebih sempurna
sekiranya dilaksanakan dalam bentuk yang menyeronokkan. Seandainya dapat
dilaksanakan dalam bilik darjah sudah pasti akan memberi impak yang positif dalam
pengajaran dan pembelajaran (Roblyer, M.D, et al. (1977)..
Faktor kedua adalah minat murid-murid Orang Asli terhadap mata pelajaran
Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama, juga disebabkan oleh mereka
diberi ruang dan peluang untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh
guru. Lumrah kehidupan sebenar masyarakat orang asli yang lasak dan sentiasa
bergerak untuk survivalnya nampak lebih sinonim dengan aktiviti yang disediakan
melalui teknik drama. Sebagai contohnya, melalui aktiviti main peranan, murid diminta
tampil ke hadapan, bergerak dan bertindak sebagaimana yang diarahkan, sudah tentu
akan menghilangkan rasa bosan dan mengantuk. Teknik drama mampu memenuhi
keperluan ini kerana drama membuat situasi pengajaran dan pembelajaran yang
kurang konkongan, tidak formal dan penglibatan secara lansung dan aktif di kalangan
murid-murid ( Faridah Jaafar 1989:2)
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa setelah diserapkan teknik drama
dalam pengajaran dan pembelajaran, bilangan murid Orang Asli yang bersedia untuk
memberikan kerjasama kepada guru dalam setiap aktiviti mempunyai peratus yang
tinggi. Tidak kurang daripada 80% responden bersedia untuk mengikuti sebarang aktiviti
teknik drama yang dirancang oleh guru. Melalui pemerhatian pengkaji, murid Orang Asli
begitu ghairah mengangkat tangan dan menawarkan diri, untuk turut serta dalam setiap
aktiviti. Pemerhatian pengkaji juga mendapati, situasi ini memberi sedikit cabaran
kepada guru dalam pengurusan bilik darjah.
Fenomena ini agak luar biasa dan jarang berlaku. Sebagaimana yang kita
ketahui masyarakat orang asli begitu pasif dan sangat menebal rasa rendah dirinya.
Anak-anak murid Orang Asli amat sukar untuk memberi kerjasama jika dia tidak
berminat terhadap sesuatu perkara. Faktor inilah merupakan salah satu tabiat negatif
yang menyumbang kepada kemunduran masyarakat Orang Asli di negara kita.
Namun begitu, pengalaman mengikuti kelas Bahasa Melayu di 8 buah sekolah
Orang asli yang menjadi subjek kajian, didapati bahawa rata-rata murid Orang Asli
memberikan respon yang baik terhadap aktiviti yang dijalankan oleh guru. Perasaan
malu, segan dan rendah diri ternyata berjaya dihindari seketika semasa mengikuti
pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik drama. Walaupun tempoh
pemerhatian yang singkat iaitu selama 60 minit sahaja, namun dapat diperhatikan
dengan jelas perubahan sikap ini. Sekaligus, dapatan kajian ini juga selari dengan
pendapat Faridah Jaafar dan Hasriah Hussein (1989). Menurut dua orang pengkaji ini,
tujuan drama di sekolah adalah untuk meningkatkan daya pemikiran murid supaya lebih
cerdas serta dapat membina keyakinan diri (1989:2)
13
Selain itu, menurut Rahmah Bujang (1989), pendidikan drama di sekolah antara
lain bertujuan untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam memahami
sesuatu subjek dan membolehkan murid-murid mengendalikan sesuatu melalui
lakonan. Sememangya, murid-murid Orang Asli yang menjadi subjek kajian sudah
memenuhi matlamat tersebut. Hal ini kerana melalui aktiviti main peranan yang
dijalankan, murid-murid harus melibatkan diri untuk memahami tugas sebenar mengikut
peranan yang diberikan. Seandainya, mereka diberi peranan sebagai polis misalnya,
maka murid perlu terlebih dahulu memahami tugas sebagai seorang anggota polis,
mengaitkan dengan pengalaman sedia ada, kemudian menterjemahkan semula dalam
bentuk lakonan dalam bilik darjah.
Corak pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik drama, amat
berkait rapat dengan falsafah pembelajaran Konstruktivisme. Pendukung teori ini seperti
Dewey, Piaget, Vysgotsky dan Bruner (Epstein, 2002) mempercayai bahawa dalam
proses pembelajaran, peranan utama seharusnya dimainkan oleh pelajar atau murid itu
sendiri. Seseorang murid dianggap telah mengalami proses belajar sekiranya beliau
berjaya membina kefahaman kendiri tentang ilmu atau idea baru melalui pengalaman
sedia ada atau skemata. Green & Gredler (2002) menambah bahawa seseorang murid
akan belajar apabila pembelajaran mereka sentiasa dibawah kawalan dan mereka juga
sedar bahawa mereka belajar dalam keadaan terkawal. Sehubungan itu, melalui aktiviti
yang dijalankan dalam teknik drama, banyak menyediakan gabungan pengalaman
sedia ada murid untuk di bawa dan dilakonkan atau dinyanyikan dalam bilik darjah. Jadi
tidak hairanlah murid-murid Orang Asli sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan
guru bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan jayanya
kerana ia merupakan satu saluran murid-murid orang asli berkongsi pengalaman
dengan kawan lain.
Masalah ponteng sekolah sudah menjadi sinonim dengan budaya sekolah orang
asli. Kedatangan harian ke sekolah begitu mengecewakan. Sememangnya, pihak
pengurusan sekolah telah melakukan berbagai-bagai cara dan ikhtiar untuk mengatasi
gejala ini kerana jika keadaan ini berterusan maka hasrat kerajaan untuk mengatasi
masalah murid tercicir, khusunya di kalangan masyarakat luar bandar, akan menemui
jalan buntu.
Dapatan kajian ini mendapati bahawa murid Orang Asli berminat untuk datang
ke sekolah jika guru menyediakan set pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan
drama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir 92% responden bersetuju dengan
kenyataan ini. Dengan bahasa yang lebih mudah dapat dikatakan iaitu, teknik drama
yang diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu berkeupayaan
bagi menarik minat murid-murid Orang Asli untuk datang ke sekolah. Fenomena ini
nampaknya memberikan satu dimensi baru dalam usaha mengurangkan masalah
keciciran murid yang menjadi salah satu agenda utama Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Secara semula jadi, ramai orang gemar kepada hiburan sama ada melalui
nyanyian, tarian dan lakonan. Persembahan yang menghiburkan ini merupakan
sebahagian daripada kehidupan masyarakat, tidak kira rupa paras dan warna kulit.
Melalui seni pesembahan (lagu atau tarian), seseorang itu dapat berhibur, meluahkan
perasaan dan menyampaikan mesej. Begitu juga dengan masyarakat orang asli. Anakanak
orang asli amat meminati seni persembahan dan seni muzik. Sejak dari kecil lagi
14
mereka didedahkan dengan lagu-lagu rakyat warisan nenek moyang mereka. Salah
satu daripadanya adalah persembahan tradisional „Sewang‟. Oleh itu tidaklah
menghairankan jika seni persembahan menjadi sebahagian daripada cara hidup
masyarakat orang asli.
Arnald Bently (1966), mendefinisikan nyayian sebagai melafazkan sesuatu
perkataan atau rangkaikata ayat dalam bentuk lagu yang merangkumi beberapa unsur
muzik termasuk irama, melodi, tempo, rentak, dimanik dan mod. Aktiviti nyanyian
sememangya menjadi salah satu aset yang dipraktikkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Murid diminta untuk menyanyi sambil bergerak
mengikut seni kata lagu dan murid diminta berlakon mengikut skrip yang dibekalkan,
merupakan sebahagian daripada aktiviti biasa dilakukan dalam pengajaran dan
pembelajaran teknik drama. Misalnya, melalui lagu rakyat dan lagu kanak-kanak,
seperti “Burung Kenek-Kenek” dan “Seloka Pak Kaduk”. Menurut Siti Khairiah Zubir
(2006: 229-230), aktiviti nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu bukan sahaja mengembirakan murid-murid malah ia berupaya mengeksplotasi
kecerdasan pelbagai murid seperti kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan kinestatik
dan kecerdasan muzik. Tambahnya lagi, Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori
oleh Gardner , David G. Lazer dan Thomas Amstrong sangat perlu diaplikasikan dalam
bilik darjah kerana ia boleh digunakan untuk meningkatkan harga diri, kreativiti dan
motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan . Guru dan murid
seronok ke sekolah, kadar ponteng kelas menurun dan pencepatan pembelajaran
berlaku. Kes slah laku berkurangan dan murid bermasalah dan lembam dapat
meningkat tahap pencapaian mereka.
Pemikiran kritis yang dijelmakan melalui aksi yang kreatif telah berjaya
ditunjukkan oleh murid-murid Orang Asli. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan
bahawa lebih daripada 68% responden bersetuju apabila diajukan soalan yang
mengaitkan aktiviti drama dengan dorongan keupayan berfikir.
Menurut Rahmah Bujang dan Azlin Hamdon yang dipetik oleh Dahlia Janan dan
Zuraini Ramli (2006:308), seni persembahan yang mencakupi aktiviti bercerita,berlagu,
gerak tari atau lakonan pendek (sketsa) membolehkan peserta atau orang yang
melakukannya menguji pencapaian intelek, emosi dan nilai hidup mereka. Selain itu,
mereka juga dapat meluahkan pernyataan perasaan seperti marah, kasih, suka dan
duka selain dapat memperlihatkan kreativitinya. Ciri-ciri sedemikian semangnya dapat
dieksploitasikan melalui aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran teknik drama. Murid-murid akan diberi peluang untuk mengembangkan
potensi diri melalui medium seni persembahan. Melalui aktiviti simulasi, main peranan,
pentomin dan improvisasi, murid boleh melakukan aktiviti mengikut daya kreativiti
masing-masing. Sebagai contohnya, melalui satu aktiviti yang meminta murid Orang Asli
menghayati watak seorang posmen. Ternyata beberapa orang yang dipilih untuk
melakonkan aksi sebagai seorang posmen, berjaya menghayatinya dengan baik.
Sebahagian daripada mereka juga menyatakan perasaan simpati terhadap nasib yang
menimpa seorang posmen yang dikejar anjing semasa menghantar surat di sebuah
rumah. Walaupun diungkapkan dalam bahasa lisan yang ringkas, tetapi ternyata
mereka telah berkemampuan mengaplikasikan kemahiran berfifkir secara kritis dan
kreatif di dalam bilik darjah.
Menurut Rubin (1991), kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif memerlukan
pemikiran bercapah yang bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman personal
15
murid. Kemahiran yang dimaksudkan merangkumi kemahiran menilai, membuat
kesimpulan, menghayati dan mengesan pengajaran. Melalui teknik mengalami
menghayati yang dilakukan oleh murid Orang Asli dalam aktiviti lakonan, ternyata
menyerlahkan kemampuan berfikir secara kritis dan kreatif. Hal ini sekali gus
membuktikan bahawa murid orang asli sememangnya tidak ada beza dengan muridmurid
bangsa lain jika dididik dengan gaya dan cara yang betul.
Diharapkan kajian ini dapat diaplikasikan oleh guru Bahasa Melayu dalam usaha
meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya di
kalangan Orang Asli. Kajian ini menunjukkan bahawa minat yang mendalam dan sikap
yang positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu boleh meningkatkan kebolehan
murid menguasai kemahiran berbahasa sekali gus dapat meningkatkan pencapaian
murid secara keseluruhannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pengalaman menjalankan kajian ini membuatkan penyelidik merasakan bahawa
teknik drama seperti main peranan, nyanyian, melafazkan dialog dan lakonan begitu
berkesan dalam usaha menarik minat murid Orang Asli untuk mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Apabila pengkaji melakukan refleksi tentang sesi pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan teknik drama, kami berasa sungguh kesal kerana didapati guru-guru
di sekolah Orang Asli jarang menggunakan teknik drama dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Sedangkan sudah terbukti bahawa teknik ini sangat
sesuai dan begitu berkesan.
Setelah menjalankan kajian ini pengkaji mendapati bahawa kita seharusnya
berani berubah demi kejayaan murid-murid Orang Asli. Berubah dari segi amalan dalam
pendekatan pengajaran, perancangan dan perspekstif terhadap murid. Kepelbagaian
pendekatan dan teknik dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
adalah aset penting untuk menarik minat untuk belajar di kalangan murid-murid.
Secara keseuruhannya kajian ini telah menunjukkan bahawa peningkatan
penguasaan kemahiran berbahasa di kalangan murid Orang Asli boleh dipertingkatkan
melalui amalan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik drama.
Serentak dengan itu dapat membantu mengatasi masalah buta huruf yang begitu
membimbangkan sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini.
16
Rujukan
Abdul Rahman Napiah 1987. Drama Moden Malaysia: Perkembangan dan Perubahan.
K. Lumpur: DBP
Azman Wan Chik 1981. Prinsip dan Kaedah Mengajar Kesusasteraan Melayu, K.L :
Utusan Publication & Distributors
_______________1982. Drama Melayu Melalui Sistem Pendidikan, dalam Rahman
Bujang (ed). Drama Melayu 25 tahun. K.L : DBP
Countney, Richard 1991 (terjemahan). Lakon, Drama dan Pemikiran. K. Lumpur: DBP
Epstein, M. 2002. Cinstruction. http://tiger.fowson.edu
Faziah Sulaiman 1995. Drama Dalam Pendidikan Bahasa. K. Lumpur:Bahagian
Pendidikan Guru.
_____________1995. Pengajaran Lisan melalui Drama. K.Lumpur: Institut Bahasa.
Faridah Jaafar dan Hasriah Hussein. 1989. Peranan Drama Dalam Pendidikan. Kerta
Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan,. Universiti Pertanian
Malaysia. Serdang, 14-15 Okt.
Gay, L.R. dan Arasian, P., 2003. Educational Research: Competencies for analysis and
application. (5th.Ed) . New Jersey :Prantice Hall
Green, S.k. & Gredler, M. E, 2002. “A review and analysis of constructivism for schoolbased
practice. Dlm School Psycology Review, V.3 n1 ms 53-70.
Idris Mohd Radzi dan Dahlia Janan (ed). 2006. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu :
Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjung Malim : UPSI
Mana Sikana 1985. Kaedah Kajian Drama. K. Lumpur: Karya Bestari.
17
Rahmah Bujang. 1989. Falsafah dan Matlamat Drama Dalam Pendidikan. Kerta Kerja
Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan,. Universiti Pertanian Malaysia,
Serdang, 14-15 Okt.
Rubin,D., 1991. Diagnosis and Correction in Reading Instruction. (2nd. Ed.).
Massachussets Allyn and Bacon.
Robiah Kulop Hamzah. 1989. Pengendalian Aktiviti Drama dalam Pendidikan di luar bilik
darjah. Kerta Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan,. Universiti
Pertanian Malaysia, Serdang, 14-15 Okt.
Roblyer, M.D., Edwards,J, Harviluk, M.A., 1977. Antegrating Educational Technology
into Teaching. New Jersey: Prantice Hall.
Slavin, R.E 1997. Educatinal Psychology : Theory and Practise. Boston: Allyn Bacon.
Zainal Abdul Latif.1989. Bentuk Teater yang sesuai untuk Pendidikan masa kini. Kertas
Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan, Universiti Pertanian
Malaysia, Serdang, 14-15 Oktober.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
share with me
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr
Sharieda Md Dam
 
Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Rph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSRRph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Puyam Sabar
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
MohdRainie
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
Suhaida Anior
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Pensil Dan Pemadam
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pensil Dan Pemadam
 
Bmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalBmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah struktural
Princess Nikko
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
princess Sakura
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
pikaosman
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
fitri norlida
 

Was ist angesagt? (20)

Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr
 
Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Rph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSRRph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
 
4.3.2 seni bahasa
4.3.2 seni bahasa4.3.2 seni bahasa
4.3.2 seni bahasa
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Ameliorasi
AmeliorasiAmeliorasi
Ameliorasi
 
Teori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanTeori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusan
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan MalaysiaSejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
 
Bmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalBmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah struktural
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
 
Contoh rph tahun 4 seni bahasa sk
Contoh rph tahun 4 seni bahasa skContoh rph tahun 4 seni bahasa sk
Contoh rph tahun 4 seni bahasa sk
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 

Andere mochten auch

PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
Hon Shan Shan
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Cma Usin
 
Didik hibur dalam pengajaran bm
Didik hibur dalam pengajaran bmDidik hibur dalam pengajaran bm
Didik hibur dalam pengajaran bm
Eliza Ramlee
 
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Wan Noryatini Mahmood
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
pikaosman
 
Teori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasiTeori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasi
Ismail Noh
 
Improvisasi alat
Improvisasi alatImprovisasi alat
Improvisasi alat
Ismail Noh
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
must2ra86
 
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYAEDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
shukiahmad2013
 

Andere mochten auch (20)

Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
UNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATERUNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATER
 
Teknik Bercerita
Teknik BerceritaTeknik Bercerita
Teknik Bercerita
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
 
Modul didik hibur
Modul didik hiburModul didik hibur
Modul didik hibur
 
Didik hibur dalam pengajaran bm
Didik hibur dalam pengajaran bmDidik hibur dalam pengajaran bm
Didik hibur dalam pengajaran bm
 
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Rph
RphRph
Rph
 
Teori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasiTeori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasi
 
Improvisasi alat
Improvisasi alatImprovisasi alat
Improvisasi alat
 
Kajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatifKajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatif
 
Asas lakonan
Asas lakonanAsas lakonan
Asas lakonan
 
Edu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya
Edu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budayaEdu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya
Edu 3106 pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
 
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYAEDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
 
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
 

Ähnlich wie Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan

TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
Rasit Masrii
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Nur Piny
 
Penerapan metode bercerita untuk meningkatkan kosakata anak pada paud mawar h...
Penerapan metode bercerita untuk meningkatkan kosakata anak pada paud mawar h...Penerapan metode bercerita untuk meningkatkan kosakata anak pada paud mawar h...
Penerapan metode bercerita untuk meningkatkan kosakata anak pada paud mawar h...
Indri Riana
 
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Hishamuddin Jabar
 
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdfpanduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
ssuser182c9c
 
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
Tamilaarasi Jagan
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
firo HAR
 

Ähnlich wie Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan (20)

TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hibur
 
Latihan puan.zai
Latihan puan.zaiLatihan puan.zai
Latihan puan.zai
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
 
Laporan 1
Laporan 1Laporan 1
Laporan 1
 
Penyerapan bmm3101
Penyerapan bmm3101Penyerapan bmm3101
Penyerapan bmm3101
 
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptxMAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
 
Teknik pn p bm
Teknik pn p bmTeknik pn p bm
Teknik pn p bm
 
Bercerita
BerceritaBercerita
Bercerita
 
Penerapan metode bercerita untuk meningkatkan kosakata anak pada paud mawar h...
Penerapan metode bercerita untuk meningkatkan kosakata anak pada paud mawar h...Penerapan metode bercerita untuk meningkatkan kosakata anak pada paud mawar h...
Penerapan metode bercerita untuk meningkatkan kosakata anak pada paud mawar h...
 
Proposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adamProposal kajian tindakan adam
Proposal kajian tindakan adam
 
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A171972)
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A171972)LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A171972)
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A171972)
 
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
Pg bahasa malaysia_sjk_thn_4
 
Pelaporan kesenian ori
Pelaporan kesenian oriPelaporan kesenian ori
Pelaporan kesenian ori
 
kepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajarkepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajar
 
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdfpanduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-thn-4.pdf
 
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
220926449 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-sjk-tahun-4
 
50749853 skripsi
50749853 skripsi50749853 skripsi
50749853 skripsi
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
 

Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan

  • 1. Teknik Drama Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Sikap Dan Minat Murid Orang Asli Di Sekitar Negeri Pahang Oleh: Ghazali Bin Ismail Mazlan Zaharuddin Bin Mat Arof Mohamad Hanifah Bin Moideen Jabatan Pengajian Melayu Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang Abstract This quantitative survey research was conducted in order to gain some understanding into the interest and attitude of Orang Asli pupils toward the application of drama techniques in the teaching and learning of Bahasa Melayu. Drama techniques such as plays, pentomime and several other related activities in the pedagogical practice of Bahasa Melayu have been proven to be successfull in inspiring liveliness in the teaching and learning process in the classroom because of the diversity of medium and heterogeneity of the activities. Henceforth, this study tries to unreval the extent to which drama techniques influence the interest and attitude of the pupils towards Bahasa Melayu as a subject insofar as to induce a positive attitude towards the learning in general. A total of 160 Orang Asli pupils in six districts in the state of Pahang were involved in this study which was analysed using statistical frequency. The finding of this study indicated that Orang Asli pupils were interested in the nature of the teaching and learning of Bahasa Melayu using drama techniques. They participated actively in the all activities prepared by the teacher. This study also proved that by using drama techniques in the language classroom, the school became more appealing as the Orang Asli pupils were now interested in attending school. Pendahuluan Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan memperkembangkan potensi diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seseorang individu. Pengajaran juga berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Ini akan membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan masyarakat, bangsa dan negaranya Bagi mencapai hasrat itu, guru memainkan peranan penting. Seseorang guru harus merancang, melaksana dan membuat penilaian sesi pengajaran dan pembelajaran agar menepati citarasa dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui daya kreativiti guru, pengubahsuaian strategi dan teknik mengajar dapat dilakukan untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan membawa kesan yang maksimum lebih-lebih lagi berdepan dengan murid-murid yang bermasalah. Salah satu teknik yang mampu memenuhi ciri tersebut adalah melalui pelaksanaan 2 teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat ini akan menjadi realiti sekiranya para guru dapat melaksanakan set pengajaran dan pembelajaran dengan berpaksikan ilmu kemahiran yang tinggi, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang sistematik. Sesungguhnya pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama dalam bilik darjah mampu menyuburkan minat belajar dan menamkan sikap positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya bagi menangani murid-murid yang agak lambat menguasai kemahiran membaca dan menulis. Dari segi sosialnya pula, aktiviti yang berteraskan elemen drama seperti berlakon, berupaya menyuburkan kemahiran bersosial seperti semangat kerjasama, berani dan bertanggungjawab. Pendidikan drama di sekolah atau dalam bilik darjah lazimnya diserapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau aktiviti kebahasaan yang lain. Bahkan aktiviti berunsurkan drama, begitu bermanafaat kepada murid-murid kerana mereka akan
  • 2. meneroka dan meraih pelbagai kemahiran baik secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sebagai contohnya, melalui aktiviti berdialog dengan menggunakan skrip, akan mengasuh murid-murid membaca dan bertutur dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul dan jelas. Manakala melalui aktiviti gerak lakon pula, akan memupuk semangat berani tampil ke hadapan tanpa malu dan segan, sekaligus akan menjadikan seorang murid yang bersikap yakin diri, bertolak ansur dan seterusnya berupaya mencorakkan pembinaan personaliti diri yang mantap. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa masyarakat orang asli merupakan satu kelompok masyarakat yang mendiami kawasan luar bandar. Mereka hidup dalam keadaan yang serba ringkas dan mudah. Corak kehidupan sebegini ternyata banyak mempengaruhi gaya pembelajaran murid-murid Orang Asli. Secara puratanya murid-murid Orang Asli mempunyai pencapaian yang lemah dalam akademik. Mereka juga tidak mempunyai minat yang tinggi. Begitu juga dengan sikap terhadap pelajaran pelajaran. Kebanyakkan murid orang asli begitu pasif dan pemalu. Namun begitu, sifat-sifat negatif yang sinonim dengan murid orang asli terutamanya dari aspek minat dan sikap terhadap pelajaran bukanlah sesuatu yang tepu sifatnya. Minat boleh dipupuk dan sikap boleh diubah jika kena dengan cara dan gayanya. Apa yang paling penting adalah usaha yang berterusan oleh para pendidik untuk mencari strategi yang sesuai dalam usaha menyampaikan ilmu dan nilai kepadamurid orang asli. Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan kemahiran sosial murid-murid. Apa yang diharapkan agar strategi yang dirancang dengan mengaplikasikan beberapa teknik drama mampu memberi semangat dan dimensi baru kepada minat dan sikap murid-murid orang asli terhadap subjek Bahasa Melayu khususnya dan terhadap bidang pelajaran amnya. Sesungguhnya usaha murni ini diharap dapat mengubah senario amalan pedagogi Bahasa Melayu ke arah yang lebih mantap,kemas dan tersusun dalam usaha mengubah nasib masyarakat orang asli ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang. Tujuan Kajian 3 Kajian ini mengemukakan 4 objektif seperti berikut: 1. Untuk meninjau bagaimana reaksi murid Orang Asli terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang menerapkan teknik drama. 2. Untuk meninjau penglibatan murid Orang Asli dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama. 3. Untuk meninjau implikasi daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran teknik drama ke atas kemahiran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan murid-murid Orang Asli. 4. Untuk meninjau implikasi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu teknik drama terhadap motivasi diri untuk datang ke sekolah di kalangan murid Orang Asli. Rasional Kajian a. Guru 1. Dapat memberi kesedaran kepada guru tentang keberkesanan penerapan teknik drama dalam usaha mengajar kemahiran berbahasa. 2. Dapat membantu guru-guru merancang aktiviti drama yang kreatif dan inovatif bagi menarik minat murid orang asli belajar dengan seronok dalam bilik darjah. 3. Dapat membantu guru mengetahui dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid Orang Asli dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Dapat membantu guru mengetahui tahap aprisiasi murid Orang Asli sebagai asas dalam penyediaan perancangan dan pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu melalui penerapan teknik drama. b. Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia 1. Dapat membantu Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 3. dalam usaha merangka modul berkesan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid Orang Asli. Definisi Operasi Untuk menjelaskan lagi gaya operasional yang digunakan dalam kajian ini, beberapa frasa penting diberi penjelasan untuk mengikis sebarang ketaksamaan yang mungkin timbul daripada pelbagai istilah yang agak relatif: Pengajaran Pengajaran dalam kajian ini bermaksud satu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, inetelek, rohani dan emosi seseorang individu. Pengajaran dalam konteks kajian ini pengajaran yang dilakukan oleh guru dalam bilik darjah bagi menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid. 4 Pembelajaran Pembelajaran ialah satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap kepercayaan. Proses ini merupakan perkembangan sikap, emosi, nilai dan estetika serta kesenian. Teknik Merupakan tindakan yang dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mestilah menguasai teknik pengajaran yang pelbagai supaya mereka dapat menyesuaikan diri teknik tersebut dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Drama Abdul Rahman Napiah (1984: 2) berpendapat: “..drama ialah bentuk karya fiksyen atau cereka yang mementingkan dialog dan aksi watak. Sesebuah drama yang lengkap ditulis dinamakan skrip..” Manakala Mustafa Kamal Yasin (1963: 23) pula menyatakan: “…drama satu bentuk seni sastera untuk mempersembahkan terus perlakonan dan watak manusia menerusi lakonan seseorang di hadapan para penonton..” Teknik Drama Teknik drama dalam kajian ini bermaksud cara bagaimana sesuatu pergerakan tubuh badan bergerak atau dilakonkan. Teknik ini juga merujuk kepada pengesahan secara spontan atau diatur sama ada bersuara atau tidak. Dalam erti kata lain, cara bagaimana seseorang itu melakonkan atau melakukan aksi seperti; 1. main peranan, 2. meniru perlakuan watak atau orang sebenar. 3. dialog 4. Lakonan bisu 5. Pentomin dan lain-lain. Minat Minat merujuk kepada reaksi pelajar mengikuti secara berterusan dan mendalami sesuatu perkara atau kemahiran yang dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Orang Asli Satu kelompok masyarakat yang menghuni di sesuatu tempat. Biasanya di kawasan pedalaman yang jauh dari arus pembangunan. Hidup dalam keadaan yang serba sederhana dan ringkas.Terdapat beberapa jenis suku kaum seperti jakun, jahut dan semelai. Batasan Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan untuk melihat reaksi murid Orang Asli dari segi minat dan sikap semasa dan selepas mengikuti set pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama.
  • 4. Oleh itu populasi kajian ialah murid-murid sekolah Orang Asli yang mengikuti kelas 5 pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di 8 buah sekolah dalam daerah Temerloh, Bera, Cameron Highland, Pekan, Rompin dan Bentong. Kajian juga dibataskan kepada perkara-perkara berikut: 1. Murid tahap dua yang dijadikan kumpulan sasaran di 8 buah sekolah tersebut. 2. Kelas dan guru yang telah dipilih sahaja yang akan dibuat pemerhatian dan pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Hanya aplikasi teknik drama dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sahaja yang dicerap. 4. Dua aspek yang dikaji iaitu proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Tinjauan Literatur Drama dalam pendidikan telah bermula apabila anak-anak Queen Victoria dan Albert mementaskan Athalia dan beberapa cerita lain. Bermula dari sinilah dikatakan drama telah mula digunakan untuk membantu pengajian bahasa di sekolah-sekolah. Peranan drama dalam pendidikan begitu signifikan berlaku pada pertengahan abad kelapan belas (Zainal Abd. Latiff 1989: 4) Kemudian Coldwell Cook sebagaimana yang dipetik oleh Zainal Latiff (1991:4) pula telah memperkenalkan kaedahnya cara mainan (Play Way) untuk pembelajaran. Prinsip asasnya ialah aktiviti drama adalah cara yang berkesan untuk pembelajaran, dimana kanak-kanak belajar dengan cara membuat sesuatu. Tokoh-tokoh yang lain menggunakan kaedah-kaedah yang hamper serupa ialah John Menik dan William Went. Bermula dari sini, banyak sekolah telah cuba mengadakan aktiviti pembelajaran dengan berbagai-bagai kaedah drama. Cook dalam Courtney Richard (1975: 54) menyatakan bahawa lakon merupakan satu cara yang sebenar untuk belajar. Di negara-negara barat terutama di England, terdapat pendekatan yang dikenali sebagai The Living History yang membenarkan kata-kata Cook di atas. Pendekatan ini menggunakan peristiwa dalam sejarah dan dilakonkan semula oleh kanak-kanak di tempat kejadian. John Adam (1960) sebagaimana oleh Zainal Latiff (1991:5) telah mempelopori pendidikan yang dikenali sebagai Pidato Centric dan pendidikan dari kaca mata kanakkanak. Pendekatan ini lebih mementingkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak terhadap pendidikan. Pendekatan ini selaras dengan pendapat Athur T. Jershild (1963: 35) yang menyatakan bahawa apabila kanak-kanak itu memasuki sekolah rendah, mereka telahpun mempunyai daya ingatan untuk mengumpul semua pengalamanpengalaman silam dan merancang untuk masa depannya. Beliau juga menegaskan bahawa kanak-kanak itu mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan boleh mentakrif lambang-lambang yang mereka lihat tanpa menyoal apakah sebenarnya maksud lambang itu. Di Britain, pada tahun 1974, kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 7 tahun kebanyakkan daripada masa mereka dihabiskan dengan mainan. Bagi yang 6 berumur 7 – 11 tahun, mereka mempunyai waktu-waktu tertentu untuk aktiviti drama. Pada peringkat sekolah menengah pula, terdapat pertambahan guru-guru pakar dalam bidang drama. Oleh itu, banyak sekolah yang mempunyai drama dalam jadual waktu mereka ( Zainal Abdul Latif 1989: 5) Penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya mampu memikul tanggugjawab untuk memperkembangkan potensi murid-murid. Menurut Mana Sikana (1985:90), beliau mengungkapkan bahawa “meskipun drama yang sifatnya sebagai satu cabang seni selalunya bercorak ekslusif tetapi drama dapat digunakan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran”.
  • 5. Kajian yang dilakukan oleh Faziah Sulaiman (1980) mendapati bahawa pelaksanaan teknik drama dalam pedagogi Bahasa Melayu KBSR mampu mencapai objektif program Bahasa Melayu melalui aktiviti lakonan, main peranan dan improvisasi. Misalnya melalui teknik main peranan, murid-murid berupaya untuk bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai bentuk perhubungan. Hal ini juga sejajar dengan pendapat Robiah Kulup Hamzahmurid orang asli. Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan kemahiran sosial murid-murid. Apa yang diharapkan agar strategi yang dirancang dengan mengaplikasikan beberapa teknik drama mampu memberi semangat dan dimensi baru kepada minat dan sikap murid-murid orang asli terhadap subjek Bahasa Melayu khususnya dan terhadap bidang pelajaran amnya. Sesungguhnya usaha murni ini diharap dapat mengubah senario amalan pedagogi Bahasa Melayu ke arah yang lebih mantap,kemas dan tersusun dalam usaha mengubah nasib masyarakat orang asli ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang. Tujuan Kajian 3 Kajian ini mengemukakan 4 objektif seperti berikut: 1. Untuk meninjau bagaimana reaksi murid Orang Asli terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang menerapkan teknik drama. 2. Untuk meninjau penglibatan murid Orang Asli dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama. 3. Untuk meninjau implikasi daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran teknik drama ke atas kemahiran kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan murid-murid Orang Asli. 4. Untuk meninjau implikasi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu teknik drama terhadap motivasi diri untuk datang ke sekolah di kalangan murid Orang Asli. Rasional Kajian a. Guru 1. Dapat memberi kesedaran kepada guru tentang keberkesanan penerapan teknik drama dalam usaha mengajar kemahiran berbahasa. 2. Dapat membantu guru-guru merancang aktiviti drama yang kreatif dan inovatif bagi menarik minat murid orang asli belajar dengan seronok dalam bilik darjah. 3. Dapat membantu guru mengetahui dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid Orang Asli dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Dapat membantu guru mengetahui tahap aprisiasi murid Orang Asli sebagai asas dalam penyediaan perancangan dan pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu melalui penerapan teknik drama. b. Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia 1. Dapat membantu Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha merangka modul berkesan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid Orang Asli. Definisi Operasi Untuk menjelaskan lagi gaya operasional yang digunakan dalam kajian ini, beberapa frasa penting diberi penjelasan untuk mengikis sebarang ketaksamaan yang mungkin timbul daripada pelbagai istilah yang agak relatif: Pengajaran Pengajaran dalam kajian ini bermaksud satu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, inetelek, rohani dan emosi seseorang individu. Pengajaran dalam konteks kajian ini pengajaran yang dilakukan oleh guru dalam bilik darjah bagi menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid.
  • 6. 4 Pembelajaran Pembelajaran ialah satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap kepercayaan. Proses ini merupakan perkembangan sikap, emosi, nilai dan estetika serta kesenian. Teknik Merupakan tindakan yang dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mestilah menguasai teknik pengajaran yang pelbagai supaya mereka dapat menyesuaikan diri teknik tersebut dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Drama Abdul Rahman Napiah (1984: 2) berpendapat: “..drama ialah bentuk karya fiksyen atau cereka yang mementingkan dialog dan aksi watak. Sesebuah drama yang lengkap ditulis dinamakan skrip..” Manakala Mustafa Kamal Yasin (1963: 23) pula menyatakan: “…drama satu bentuk seni sastera untuk mempersembahkan terus perlakonan dan watak manusia menerusi lakonan seseorang di hadapan para penonton..” Teknik Drama Teknik drama dalam kajian ini bermaksud cara bagaimana sesuatu pergerakan tubuh badan bergerak atau dilakonkan. Teknik ini juga merujuk kepada pengesahan secara spontan atau diatur sama ada bersuara atau tidak. Dalam erti kata lain, cara bagaimana seseorang itu melakonkan atau melakukan aksi seperti; 1. main peranan, 2. meniru perlakuan watak atau orang sebenar. 3. dialog 4. Lakonan bisu 5. Pentomin dan lain-lain. Minat Minat merujuk kepada reaksi pelajar mengikuti secara berterusan dan mendalami sesuatu perkara atau kemahiran yang dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Orang Asli Satu kelompok masyarakat yang menghuni di sesuatu tempat. Biasanya di kawasan pedalaman yang jauh dari arus pembangunan. Hidup dalam keadaan yang serba sederhana dan ringkas.Terdapat beberapa jenis suku kaum seperti jakun, jahut dan semelai. Batasan Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan untuk melihat reaksi murid Orang Asli dari segi minat dan sikap semasa dan selepas mengikuti set pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama. Oleh itu populasi kajian ialah murid-murid sekolah Orang Asli yang mengikuti kelas 5 pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di 8 buah sekolah dalam daerah Temerloh, Bera, Cameron Highland, Pekan, Rompin dan Bentong. Kajian juga dibataskan kepada perkara-perkara berikut: 1. Murid tahap dua yang dijadikan kumpulan sasaran di 8 buah sekolah tersebut. 2. Kelas dan guru yang telah dipilih sahaja yang akan dibuat pemerhatian dan pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Hanya aplikasi teknik drama dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sahaja yang dicerap. 4. Dua aspek yang dikaji iaitu proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Tinjauan Literatur
  • 7. Drama dalam pendidikan telah bermula apabila anak-anak Queen Victoria dan Albert mementaskan Athalia dan beberapa cerita lain. Bermula dari sinilah dikatakan drama telah mula digunakan untuk membantu pengajian bahasa di sekolah-sekolah. Peranan drama dalam pendidikan begitu signifikan berlaku pada pertengahan abad kelapan belas (Zainal Abd. Latiff 1989: 4) Kemudian Coldwell Cook sebagaimana yang dipetik oleh Zainal Latiff (1991:4) pula telah memperkenalkan kaedahnya cara mainan (Play Way) untuk pembelajaran. Prinsip asasnya ialah aktiviti drama adalah cara yang berkesan untuk pembelajaran, dimana kanak-kanak belajar dengan cara membuat sesuatu. Tokoh-tokoh yang lain menggunakan kaedah-kaedah yang hamper serupa ialah John Menik dan William Went. Bermula dari sini, banyak sekolah telah cuba mengadakan aktiviti pembelajaran dengan berbagai-bagai kaedah drama. Cook dalam Courtney Richard (1975: 54) menyatakan bahawa lakon merupakan satu cara yang sebenar untuk belajar. Di negara-negara barat terutama di England, terdapat pendekatan yang dikenali sebagai The Living History yang membenarkan kata-kata Cook di atas. Pendekatan ini menggunakan peristiwa dalam sejarah dan dilakonkan semula oleh kanak-kanak di tempat kejadian. John Adam (1960) sebagaimana oleh Zainal Latiff (1991:5) telah mempelopori pendidikan yang dikenali sebagai Pidato Centric dan pendidikan dari kaca mata kanakkanak. Pendekatan ini lebih mementingkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak terhadap pendidikan. Pendekatan ini selaras dengan pendapat Athur T. Jershild (1963: 35) yang menyatakan bahawa apabila kanak-kanak itu memasuki sekolah rendah, mereka telahpun mempunyai daya ingatan untuk mengumpul semua pengalamanpengalaman silam dan merancang untuk masa depannya. Beliau juga menegaskan bahawa kanak-kanak itu mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan boleh mentakrif lambang-lambang yang mereka lihat tanpa menyoal apakah sebenarnya maksud lambang itu. Di Britain, pada tahun 1974, kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 7 tahun kebanyakkan daripada masa mereka dihabiskan dengan mainan. Bagi yang 6 berumur 7 – 11 tahun, mereka mempunyai waktu-waktu tertentu untuk aktiviti drama. Pada peringkat sekolah menengah pula, terdapat pertambahan guru-guru pakar dalam bidang drama. Oleh itu, banyak sekolah yang mempunyai drama dalam jadual waktu mereka ( Zainal Abdul Latif 1989: 5) Penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya mampu memikul tanggugjawab untuk memperkembangkan potensi murid-murid. Menurut Mana Sikana (1985:90), beliau mengungkapkan bahawa “meskipun drama yang sifatnya sebagai satu cabang seni selalunya bercorak ekslusif tetapi drama dapat digunakan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran”. Kajian yang dilakukan oleh Faziah Sulaiman (1980) mendapati bahawa pelaksanaan teknik drama dalam pedagogi Bahasa Melayu KBSR mampu mencapai objektif program Bahasa Melayu melalui aktiviti lakonan, main peranan dan improvisasi. Misalnya melalui teknik main peranan, murid-murid berupaya untuk bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai bentuk perhubungan. Hal ini juga sejajar dengan pendapat Robiah Kulup Hamzah(1989:3) yang mengungkapkan bahawa pengaplikasian teknik drama dalam bilik darjah mampu membina daya pemikiran intelek yang tinggi, perkembangan bahasa dan interaksi sosial yang baik. Tegasnya, penerapan teknik drama dalam amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya di sekolah rendah mampu memainkan peranan sebagai pemangkin dalam usaha dan menambah kefahaman terhadap isi pelajaran dan menyuburkan minat belajar di kalangan murid.
  • 8. Metodologi Kajian ini telah dilakukan untuk melihat reaksi murid-murid Orang Asli terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sekitar negeri Pahang Darul Makmur. Pengelasan reka bentuk kajian ini adalah untuk menentukan kesan pembolehubah tak bersandar (teknik drama) pada pemboleh ubah bersandar (minat belajar, penglibatan murid, keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis dan minat datang ke sekolah). Pengelasan rekabentuk adalah berdasarkan kepada sejauh mana sesuatu rekabentuk memberi kawalan terhadap eksperimen. Oleh itu, kajian ini menggunakan reka bentuk pemerhatian satu kumpulan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan (Gay & Arasian, 2003:10). Populasi kajian ialah murid orang asli sekolah rendah kebangsaan di enam daerah di negeri Pahang Darul Makmur. Kajian ditadbir ke atas satu kumpulan eksperimen untuk mengkaji kesan olehan pembolehubah tak bersandar. Cerapan dilakukan dengan menggunakan borang pemerhatian (BP1) bagi menentukan kedudukan subjek semasa olahan diberikan. Ujian juga dilakukan selepas olahan 7 diberikan bagi menentukan kedudukan subjek dengan menggunakan borang soal selidik(BSS1). Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini ialah a. Pemerhatian turut serta b. Soal selidik Borang pemerhatian (Borang BP1) digunakan untuk melihat pemboleh ubah kajian semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala satu set soal selidik (BSS1) juga digunakan untuk melihat pemboleh ubah selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan. SET 1 : Soal selidik kepada murid-murid (subjek) selepas mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui teknik drama. Bahagian A: Butir-butir peribadi murid Bahagian B: Soalan umum tentang minat murid dan sikap murid setelah mengikuti satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan teknik drama. SET 2 : Borang Pemerhatian.. Populasi Populasi kajian ini adalah murid-murid orang asli sekolah kebangsaan yang dipilih berdasarkan daerah iaitu daerah Bera, Pekan, Rompin, Temerloh, Bentong dan Cameron Highland. Bagi mendapatkan sampel kajian yang benar-benar mewakili populasi, kaedah persampelan kelompok telah digunakan. Kaedah persampelan kelompok adalah pemilihan sampel berdasarkan kumpulan dan bukan individu secara rawak (Gay, 1996). Murid-murid yang telah dipilih sebagai responden terdiri daripada murid lelaki dan perempuan yang belajar dalam Tahun 5. Seramai 160 orang murid yang mewakili 6 daerah dalam negeri Pahang telah terlibat dengan kajian ini. Taburan persampelan ditunjukkan melalui jadual di bawah. 8 Jadual 1 Taburan murid-murid mengikut jantina dan suku kaum di sekolah yang dipilih Suku kaum Jantina Bil Sekolah pilihanProsedur Pengumpulan Data Pengumpulan data kajian ini dijalankan di 8 buah sekolah yang mewakili 6 daerah. Dengan bantuan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pihak sekolah, guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kelas yang terpilih diberi penerangan mengenai tatacara pengendalian kajian ini terlebih dahulu. Sebelum pencerapan
  • 9. dilakukan, guru-guru telah dibekalkan dengan beberapa set rancangan pengajaran dan pembelajaran yang menggaplikasikan teknik drama sepenuhnya dalam setiap langkah pengajaran. Hal ini bertujuan supaya guru dapat membuat persiapan secukupnya. Proses pengumpulan data dimulakan dengan pencerapan ke atas sampel murid semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan teknik drama sepenuhnya. Catatan pemerhatian dibuat dalam Borang Pemerhatian (BP1). Selepas sesi pengajaran pembelajaran berlangsung, sampel murid yang sama telah diminta menjawab soalan yang terdapat dalam Borang Soal Selidik (BS1) dengan bimbingan pengkaji. Analisis Data Data telah dikumpul hasil daripada maklumat yang terdapat dalam Borang Soal Selidik (BS1) dan Borang Pemerhatian Pra (BP1). Data yang dikumpulkan dalam borang soal selidik, telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS Window versi 11.0. Manakala borang pemerhatian dianalisis secara deskriptif. Penganalisisan data dalam kajian melibatkan statistik deskriptif seperti jadual di bawah. Jadual 2 Kaedah analisis data kajian Bil Permasalahan kajian Pemboleh ubah Skala pengukura n Statistik 1. Minat murid-murid orang asli terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan. a. Minat murid b.Pengajaran mengunakan teknik drama Ordinal Frekuansi 2. Untuk mengetahui sambutan murid orang asli dalam setiap aktiviti drama yang dirancangkan semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. a.Penglibatan murid b.Pengajaran menggunakan teknik drama. Ordinal Frekuansi 3. Untuk mengetahui pengaruh aktiviti drama dalam p-p yang mampu menjana daya fikir yang kreatif dan kritis murid orang asli.
  • 10. a. Kemampuan berifkir secara kritis yang dijelmakan melui aksi yang kreatif b.Pengajaran menggunakan teknik drama Ordinal Frekuansi 4. Untuk mengetahui kesan amalan pengajaran yang menerapkan teknik drama terhadap menarik minat murid Orang Asli untuk hadir ke sekolah a. Minat datang ke sekolah b.Amalan p-p menggunakan teknik drama Ordinal Frekuansi Analisis Data 10 Analisis data tertumpu kepada empat aspek yang merupakan angkubah signifikan bagi melihat reaksi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama. Empat aspek tersebut adalah: 1. Minat belajar mata pelajaran Bahasa Melayu 2. Penglibatan murid-murid untuk mengikuti aktiviti yang dirancang oleh guru 3. Keupayaan murid berfikir lebih aktif dan kreatif 4. Motovasi diri murid untuk datang ke sekolah Soalan-soalan yang diajukan berdasarkan kepada 4 aspek tersebut dipilih, diproses dan diperturunkan dalam bentuk jadual yang memperlihatkan data dalam bentuk peratusan dan kekerapan. Dapatan Kajian Kajian ini melibatkan sejumlah 160 orang murid Orang Asli. Ia terdiri daripada 8 buah sekolah kebangsaan sekitar negeri Pahang. Dapatan kajian dapat dirumuskan melalui jadual di bawah: Jadual 3 Sikap dan Minat Murid Orang Asli terhadap Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama Setuju Tidak Setuju Bil Perkara Kekerapan (f) Peratus % Kekerapan (f) Peratus % 1. Guru yang mengajar melalui teknik
  • 11. drama menjadikan saya seronok belajar subjek Bahasa Melayu 118 73.8 42 26.3 2. Saya sedia menawarkan diri melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru 128 80 32 20 3. Aktiviti yang saya dilakukan mendorong saya berfikir lebih kritis dan kreatif. 109 68.1 51 31.9 4. Saya suka datang sekolah jika cikgu mengajar aktiviti lakonan dan nyanyian setiap hari. 149 93.1 11 6.9 Jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat 73.8 % murid-murid Orang Asli bersetuju bahawa mereka berminat untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar pada hari tersebut. Manakala hanya terdapat 26.3% sahaja yang tidak bersetuju. Dapatan daripada pemerhatian turut serta oleh pengkaji juga mendapati murid-murid menunjukkan riak muka yang ceria dan gembira semasa sesi pengajaran dan 11 pembelajaran berjalan. Keadaan ini sedikit sebanyak mencerminkan perasaan dalamannya yang cukup seronok dan gembira mengkuti kelas tersebut. Selain itu, jadual di atas juga menunjukkan bahawa peratus murid-murid yang bersedia untuk menawarkan diri bagi mengikuti aktiviti yang dirancang oleh guru adalah besar iaitu 80 %. Manakala hanya 32 orang sahaja yang tidak bersedia untuk ikut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Hal ini juga dibuktikan melalui pemerhatian pengkaji yang mendapati bahawa murid-murid sentiasa mengangkat tangan apabila guru meminta murid melakukan aktiviti yang dirancangkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah suasana kelas menjadi agak bising tetapi terkawal. Melalui salah satu aktiviti berasaskan drama yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu aktiviti main peranan „tugas seorang posmen‟ , ternyata beberapa orang murid orang asli yang diberi peranan masing-masing, berjaya melakukan dengan baik. Daripada pemerhatian pengkaji terdapat beberapa adegan dan situasi spontan yang sangat kreatif telah dipamerkan oleh murid-murid. Ternyata melalui aktiviti drama mereka mampu berfikiran lebih kreatif dan kritis. Pernyataan ini dibuktikan lagi melalui dapatan kajian yang menunjukkan bahawa terdapat 68% murid bersetuju bahawa aktiviti berasaskan drama mampu menjadikan mereka berfikiran lebih kreatif dan kritis. Manakala hanya 32% sahaja yang tidak bersetuju dengan pernyataan itu. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa unsur-unsur hiburan, keseronokan dan peluang turut serta dalam setiap aktiviti yang berunsurkan drama sememangnya memberi pengaruh besar kepada minat murid-murid orang asli untuk
  • 12. datang ke sekolah. Ini dibuktikan daripada hampir 93% murid orang asli bersetuju apabila diajukan soalan yang berkenaan. Selebihnya pula, iaitu hanya 6.9% sahaja yang tidak bersetuju bahawa aktiviti drama tidak mendorong minat mereka untuk datang ke sekolah setiap hari mata pelajaran Bahasa Melayu di ajar. Rumusan, perbincangan dan cadangan Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid Orang Asli begitu seronok dan berminat untuk mengikuti kelas mata pelajaran Bahasa Melayu, yang diajar oleh guru yang menggunakan teknik drama. Kenyataan ini dibuktikan dengan sebahagian besar murid (73.8%) memberikan reaksi positif semasa menjawab soalan yang diajukan dalam borang soal selidik. Pemerhatian turut serta oleh pengkaji juga mendapati bahawa murid-murid telah mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung selama satu jam, dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Segala arahan dan permintaan guru, dipatuhi dan dilakukan dengan baik. Riak muka mereka begitu ceria dan situasi bilik darjah begitu „hidup‟. Situasi ini bukanlah perkara yang luar biasa, bahkan ia sememangnya diduga akan berlaku. Beberapa faktor mungkin boleh dikaitkan dengan hal ini. Pertamanya, tidak boleh dinafikan bahawa segala bentuk aktiviti yang dijalankan itu, lebih menjurus kepada gaya pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar (student oriented). Gaya pengajaran dan pembelajaran ini sudah tentu menuntut kepada penyertaan yang menyeluruh dan penglibatan yang aktif daripada murid. Murid-murid bukan sahaja sebagai penonton dan pendengar yang setia (hanya memasang telinga dan membuka mata), malah akan turut serta dalam sebarang aktiviti yang dirancangkan oleh guru. 12 Tambahan pula dengan perancangan yang rapi dan persediaan yang baik dibuat oleh guru, sudah tentu hasilnya tentu membanggakan. Murid seronok belajar, manakala guru seronok mengajar. Menurut aliran pendekatan teori tingkahlaku yang dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Pavlov, Thorndike, Watson dan Skinner (Slavin, R.E 1997) telah membuktikan bahawa pembelajaran yang dilakukan dengan adanya kesediaan dalaman sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran positif. Thorndike, misalkan melalui teorinya yang berkait rapat dengan konsep Hukum Kesediaan, Hukum Kesan dan Hukum Latihan, berpendapat bahawa pembelajaran akan menjadi lebih sempurna sekiranya dilaksanakan dalam bentuk yang menyeronokkan. Seandainya dapat dilaksanakan dalam bilik darjah sudah pasti akan memberi impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran (Roblyer, M.D, et al. (1977).. Faktor kedua adalah minat murid-murid Orang Asli terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan teknik drama, juga disebabkan oleh mereka diberi ruang dan peluang untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru. Lumrah kehidupan sebenar masyarakat orang asli yang lasak dan sentiasa bergerak untuk survivalnya nampak lebih sinonim dengan aktiviti yang disediakan melalui teknik drama. Sebagai contohnya, melalui aktiviti main peranan, murid diminta tampil ke hadapan, bergerak dan bertindak sebagaimana yang diarahkan, sudah tentu akan menghilangkan rasa bosan dan mengantuk. Teknik drama mampu memenuhi keperluan ini kerana drama membuat situasi pengajaran dan pembelajaran yang kurang konkongan, tidak formal dan penglibatan secara lansung dan aktif di kalangan murid-murid ( Faridah Jaafar 1989:2) Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa setelah diserapkan teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran, bilangan murid Orang Asli yang bersedia untuk memberikan kerjasama kepada guru dalam setiap aktiviti mempunyai peratus yang tinggi. Tidak kurang daripada 80% responden bersedia untuk mengikuti sebarang aktiviti teknik drama yang dirancang oleh guru. Melalui pemerhatian pengkaji, murid Orang Asli begitu ghairah mengangkat tangan dan menawarkan diri, untuk turut serta dalam setiap aktiviti. Pemerhatian pengkaji juga mendapati, situasi ini memberi sedikit cabaran kepada guru dalam pengurusan bilik darjah. Fenomena ini agak luar biasa dan jarang berlaku. Sebagaimana yang kita ketahui masyarakat orang asli begitu pasif dan sangat menebal rasa rendah dirinya.
  • 13. Anak-anak murid Orang Asli amat sukar untuk memberi kerjasama jika dia tidak berminat terhadap sesuatu perkara. Faktor inilah merupakan salah satu tabiat negatif yang menyumbang kepada kemunduran masyarakat Orang Asli di negara kita. Namun begitu, pengalaman mengikuti kelas Bahasa Melayu di 8 buah sekolah Orang asli yang menjadi subjek kajian, didapati bahawa rata-rata murid Orang Asli memberikan respon yang baik terhadap aktiviti yang dijalankan oleh guru. Perasaan malu, segan dan rendah diri ternyata berjaya dihindari seketika semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik drama. Walaupun tempoh pemerhatian yang singkat iaitu selama 60 minit sahaja, namun dapat diperhatikan dengan jelas perubahan sikap ini. Sekaligus, dapatan kajian ini juga selari dengan pendapat Faridah Jaafar dan Hasriah Hussein (1989). Menurut dua orang pengkaji ini, tujuan drama di sekolah adalah untuk meningkatkan daya pemikiran murid supaya lebih cerdas serta dapat membina keyakinan diri (1989:2) 13 Selain itu, menurut Rahmah Bujang (1989), pendidikan drama di sekolah antara lain bertujuan untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam memahami sesuatu subjek dan membolehkan murid-murid mengendalikan sesuatu melalui lakonan. Sememangya, murid-murid Orang Asli yang menjadi subjek kajian sudah memenuhi matlamat tersebut. Hal ini kerana melalui aktiviti main peranan yang dijalankan, murid-murid harus melibatkan diri untuk memahami tugas sebenar mengikut peranan yang diberikan. Seandainya, mereka diberi peranan sebagai polis misalnya, maka murid perlu terlebih dahulu memahami tugas sebagai seorang anggota polis, mengaitkan dengan pengalaman sedia ada, kemudian menterjemahkan semula dalam bentuk lakonan dalam bilik darjah. Corak pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik drama, amat berkait rapat dengan falsafah pembelajaran Konstruktivisme. Pendukung teori ini seperti Dewey, Piaget, Vysgotsky dan Bruner (Epstein, 2002) mempercayai bahawa dalam proses pembelajaran, peranan utama seharusnya dimainkan oleh pelajar atau murid itu sendiri. Seseorang murid dianggap telah mengalami proses belajar sekiranya beliau berjaya membina kefahaman kendiri tentang ilmu atau idea baru melalui pengalaman sedia ada atau skemata. Green & Gredler (2002) menambah bahawa seseorang murid akan belajar apabila pembelajaran mereka sentiasa dibawah kawalan dan mereka juga sedar bahawa mereka belajar dalam keadaan terkawal. Sehubungan itu, melalui aktiviti yang dijalankan dalam teknik drama, banyak menyediakan gabungan pengalaman sedia ada murid untuk di bawa dan dilakonkan atau dinyanyikan dalam bilik darjah. Jadi tidak hairanlah murid-murid Orang Asli sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan guru bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan jayanya kerana ia merupakan satu saluran murid-murid orang asli berkongsi pengalaman dengan kawan lain. Masalah ponteng sekolah sudah menjadi sinonim dengan budaya sekolah orang asli. Kedatangan harian ke sekolah begitu mengecewakan. Sememangnya, pihak pengurusan sekolah telah melakukan berbagai-bagai cara dan ikhtiar untuk mengatasi gejala ini kerana jika keadaan ini berterusan maka hasrat kerajaan untuk mengatasi masalah murid tercicir, khusunya di kalangan masyarakat luar bandar, akan menemui jalan buntu. Dapatan kajian ini mendapati bahawa murid Orang Asli berminat untuk datang ke sekolah jika guru menyediakan set pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan drama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir 92% responden bersetuju dengan kenyataan ini. Dengan bahasa yang lebih mudah dapat dikatakan iaitu, teknik drama yang diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu berkeupayaan bagi menarik minat murid-murid Orang Asli untuk datang ke sekolah. Fenomena ini nampaknya memberikan satu dimensi baru dalam usaha mengurangkan masalah keciciran murid yang menjadi salah satu agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara semula jadi, ramai orang gemar kepada hiburan sama ada melalui
  • 14. nyanyian, tarian dan lakonan. Persembahan yang menghiburkan ini merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat, tidak kira rupa paras dan warna kulit. Melalui seni pesembahan (lagu atau tarian), seseorang itu dapat berhibur, meluahkan perasaan dan menyampaikan mesej. Begitu juga dengan masyarakat orang asli. Anakanak orang asli amat meminati seni persembahan dan seni muzik. Sejak dari kecil lagi 14 mereka didedahkan dengan lagu-lagu rakyat warisan nenek moyang mereka. Salah satu daripadanya adalah persembahan tradisional „Sewang‟. Oleh itu tidaklah menghairankan jika seni persembahan menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat orang asli. Arnald Bently (1966), mendefinisikan nyayian sebagai melafazkan sesuatu perkataan atau rangkaikata ayat dalam bentuk lagu yang merangkumi beberapa unsur muzik termasuk irama, melodi, tempo, rentak, dimanik dan mod. Aktiviti nyanyian sememangya menjadi salah satu aset yang dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Murid diminta untuk menyanyi sambil bergerak mengikut seni kata lagu dan murid diminta berlakon mengikut skrip yang dibekalkan, merupakan sebahagian daripada aktiviti biasa dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran teknik drama. Misalnya, melalui lagu rakyat dan lagu kanak-kanak, seperti “Burung Kenek-Kenek” dan “Seloka Pak Kaduk”. Menurut Siti Khairiah Zubir (2006: 229-230), aktiviti nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja mengembirakan murid-murid malah ia berupaya mengeksplotasi kecerdasan pelbagai murid seperti kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan kinestatik dan kecerdasan muzik. Tambahnya lagi, Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori oleh Gardner , David G. Lazer dan Thomas Amstrong sangat perlu diaplikasikan dalam bilik darjah kerana ia boleh digunakan untuk meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan . Guru dan murid seronok ke sekolah, kadar ponteng kelas menurun dan pencepatan pembelajaran berlaku. Kes slah laku berkurangan dan murid bermasalah dan lembam dapat meningkat tahap pencapaian mereka. Pemikiran kritis yang dijelmakan melalui aksi yang kreatif telah berjaya ditunjukkan oleh murid-murid Orang Asli. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa lebih daripada 68% responden bersetuju apabila diajukan soalan yang mengaitkan aktiviti drama dengan dorongan keupayan berfikir. Menurut Rahmah Bujang dan Azlin Hamdon yang dipetik oleh Dahlia Janan dan Zuraini Ramli (2006:308), seni persembahan yang mencakupi aktiviti bercerita,berlagu, gerak tari atau lakonan pendek (sketsa) membolehkan peserta atau orang yang melakukannya menguji pencapaian intelek, emosi dan nilai hidup mereka. Selain itu, mereka juga dapat meluahkan pernyataan perasaan seperti marah, kasih, suka dan duka selain dapat memperlihatkan kreativitinya. Ciri-ciri sedemikian semangnya dapat dieksploitasikan melalui aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran teknik drama. Murid-murid akan diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri melalui medium seni persembahan. Melalui aktiviti simulasi, main peranan, pentomin dan improvisasi, murid boleh melakukan aktiviti mengikut daya kreativiti masing-masing. Sebagai contohnya, melalui satu aktiviti yang meminta murid Orang Asli menghayati watak seorang posmen. Ternyata beberapa orang yang dipilih untuk melakonkan aksi sebagai seorang posmen, berjaya menghayatinya dengan baik. Sebahagian daripada mereka juga menyatakan perasaan simpati terhadap nasib yang menimpa seorang posmen yang dikejar anjing semasa menghantar surat di sebuah rumah. Walaupun diungkapkan dalam bahasa lisan yang ringkas, tetapi ternyata mereka telah berkemampuan mengaplikasikan kemahiran berfifkir secara kritis dan kreatif di dalam bilik darjah. Menurut Rubin (1991), kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif memerlukan pemikiran bercapah yang bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman personal 15
  • 15. murid. Kemahiran yang dimaksudkan merangkumi kemahiran menilai, membuat kesimpulan, menghayati dan mengesan pengajaran. Melalui teknik mengalami menghayati yang dilakukan oleh murid Orang Asli dalam aktiviti lakonan, ternyata menyerlahkan kemampuan berfikir secara kritis dan kreatif. Hal ini sekali gus membuktikan bahawa murid orang asli sememangnya tidak ada beza dengan muridmurid bangsa lain jika dididik dengan gaya dan cara yang betul. Diharapkan kajian ini dapat diaplikasikan oleh guru Bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya di kalangan Orang Asli. Kajian ini menunjukkan bahawa minat yang mendalam dan sikap yang positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu boleh meningkatkan kebolehan murid menguasai kemahiran berbahasa sekali gus dapat meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengalaman menjalankan kajian ini membuatkan penyelidik merasakan bahawa teknik drama seperti main peranan, nyanyian, melafazkan dialog dan lakonan begitu berkesan dalam usaha menarik minat murid Orang Asli untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Apabila pengkaji melakukan refleksi tentang sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama, kami berasa sungguh kesal kerana didapati guru-guru di sekolah Orang Asli jarang menggunakan teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sedangkan sudah terbukti bahawa teknik ini sangat sesuai dan begitu berkesan. Setelah menjalankan kajian ini pengkaji mendapati bahawa kita seharusnya berani berubah demi kejayaan murid-murid Orang Asli. Berubah dari segi amalan dalam pendekatan pengajaran, perancangan dan perspekstif terhadap murid. Kepelbagaian pendekatan dan teknik dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran adalah aset penting untuk menarik minat untuk belajar di kalangan murid-murid. Secara keseuruhannya kajian ini telah menunjukkan bahawa peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa di kalangan murid Orang Asli boleh dipertingkatkan melalui amalan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik drama. Serentak dengan itu dapat membantu mengatasi masalah buta huruf yang begitu membimbangkan sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini. 16 Rujukan Abdul Rahman Napiah 1987. Drama Moden Malaysia: Perkembangan dan Perubahan. K. Lumpur: DBP Azman Wan Chik 1981. Prinsip dan Kaedah Mengajar Kesusasteraan Melayu, K.L : Utusan Publication & Distributors _______________1982. Drama Melayu Melalui Sistem Pendidikan, dalam Rahman Bujang (ed). Drama Melayu 25 tahun. K.L : DBP Countney, Richard 1991 (terjemahan). Lakon, Drama dan Pemikiran. K. Lumpur: DBP Epstein, M. 2002. Cinstruction. http://tiger.fowson.edu Faziah Sulaiman 1995. Drama Dalam Pendidikan Bahasa. K. Lumpur:Bahagian Pendidikan Guru. _____________1995. Pengajaran Lisan melalui Drama. K.Lumpur: Institut Bahasa. Faridah Jaafar dan Hasriah Hussein. 1989. Peranan Drama Dalam Pendidikan. Kerta Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan,. Universiti Pertanian Malaysia. Serdang, 14-15 Okt. Gay, L.R. dan Arasian, P., 2003. Educational Research: Competencies for analysis and application. (5th.Ed) . New Jersey :Prantice Hall Green, S.k. & Gredler, M. E, 2002. “A review and analysis of constructivism for schoolbased practice. Dlm School Psycology Review, V.3 n1 ms 53-70. Idris Mohd Radzi dan Dahlia Janan (ed). 2006. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu : Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjung Malim : UPSI Mana Sikana 1985. Kaedah Kajian Drama. K. Lumpur: Karya Bestari.
  • 16. 17 Rahmah Bujang. 1989. Falsafah dan Matlamat Drama Dalam Pendidikan. Kerta Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan,. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, 14-15 Okt. Rubin,D., 1991. Diagnosis and Correction in Reading Instruction. (2nd. Ed.). Massachussets Allyn and Bacon. Robiah Kulop Hamzah. 1989. Pengendalian Aktiviti Drama dalam Pendidikan di luar bilik darjah. Kerta Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan,. Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, 14-15 Okt. Roblyer, M.D., Edwards,J, Harviluk, M.A., 1977. Antegrating Educational Technology into Teaching. New Jersey: Prantice Hall. Slavin, R.E 1997. Educatinal Psychology : Theory and Practise. Boston: Allyn Bacon. Zainal Abdul Latif.1989. Bentuk Teater yang sesuai untuk Pendidikan masa kini. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, 14-15 Oktober.