SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 12
APLIKASI IT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                          PENDIDIKAN ISLAM

       Nama Penulis : Fify Farisa Mohamad Firdaus IEB 060027
                      (kapochilulu@yahoo.com)

                        Norhayati Osman                IEB 060094
                       (norhayati_409@yahoo.com)

                        Siti Zamriah Mohd. Hussin      IEB 060141
                       (ctzamriah@yahoo.com)

                                      ABSTRACK

       This article attempt to discuss the Islamic Education are among important
       element towards human self moulding desirableness. There is no doubt that
       rapid change in national education through IT's reformation and
       communication give large impact lesson and learning in process.
       Educational technology use of the equipment like computer and internet by
       Islamic Education teacher is one of the ways practicable of process
       increase effectiveness lesson and learning. Apart from that, student interest
       and focus can be pulled through neat and systematic computer application
       planning. Religious teacher should make Islamic Education as a attractive
       subject and interested student.

Keyword : Islamic Education, lesson and learning

BAB 1 PENGENALAN

Pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk

mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran. Isu ini memberi satu cabaran

yang besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan mental serta kompetensi dalam

penggunaannya dalam kalangan guru secara amnya. Pada masa yang sama, masih terdapat

                                            1
guru yang ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat (IT). Akibatnya, mereka

tidak dapat mengikuti perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan

terutamanya yang dikaitkan dengan IT. Oleh itu, penggunaan IT dalam bidang pendidikan

sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan yang semakin maju dan

menuntut kepada kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi daripada mereka.

BAB 2 PRINSIP PENGGUNAAN IT

Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara

satu sama lain. Ilmu ialah sumber teknologi yang mampu menjadi pemagkin munculnya

berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea baru. Fenomena ini terjadi kerana teknologi

itu sebenarnya muncul hasil daripada aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam bentuk nyata

yang lebih canggih. Malah kecanggihan ini seterusnya mendorong manusia untuk

mengembangkan lagi ilmu teknologi tersebut.

Menerusi     hakikat   inilah   membuktikan       bahawa   Islam   tidak   menghalang   atau

mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem

pendidikan. Menurut pandangan Islam, hukum asal segala sesuatu itu adalah mubah

(harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada yang lama

ataupun yang baru. Dalam Islam tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat

nas atau dalil yang terang dan jelas yang menyatakan sesuatu itu haram. Kenyataan ini

menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang sempit. Firman Allah S.W.T yang

bermaksud:

                                              2
r   r

Dia memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu

kesempitan.

Dalam hal ini, penggunaan IT seharusnya digunakan untuk kepentingan sejagat dan

bukannya untuk kerosakan. Walaupun dijelaskan bahawa Islam bukan agama yang sempit,

tetapi kegunaan alat teknologi masih tertakluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan

oleh Islam. Tujuan ciptaan dan hadarah (kemajuan) serta objektif             Islam untuk

kesejahteraan manusia supaya dengan itu manusia mampu mengagungkan Allah S.W.T.

Dengan kesejahteraan itu mampu membina sebuah tamadun. Namun tamadun itu perlulah

memenuhi prinsip Islam. Tamadun yang bertentangan dengan idea tamadun Islam perlulah

dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

ddddd                            i                 i

                                                               i                    i ha

Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima

(agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.

                                           3
Hakikat yang perlu diketahui ialah penemuan teknologi seperti televisyen ,video, alat

komunikasi dan yang terkini ledakan IT seperti perkembangan komputer dan internet

menuntut masyarakat berpegang kepada nilai dan etika murni serta tidak terpesong

daripada ajaran Islam. Contohnya, komputer dan internet yang mempunyai manfaat yang

besar dalam bidang pendidikan dan dakwah Islamiah tidak seharusnya dicemari dengan

perkara yang menyalahi ajaran Islam serta sumbang seperti pornography dan kebebasan

hidup tanpa agama tajaan barat.

Sebenarnya, dalam al-Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu teknologi yang hanya

menunggu untuk dikaji dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung dalamnya

digali, diteliti dan direnungi kerana al-Quran ialah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar.

Keterangan mengenai ilmu pengetahuan dan teknologi banyak dikupas dalamal-Quran.

Sebagai contoh firman Allah S.W.T :

SSe SSSSSSSSSS                                                                         e

Dan Telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara

kamu dalam peperanganmu.

Islam juga amat menggalakkan kajian atau penelitian untuk mencari penemuan baru dalam

bidang teknologi serta memggunakannya dalam kehidupan seharian. Islam juga menuntut

supaya umatnya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan

                                            4
Allah S.W.T yang tidak dapat ditandingi oleh segala makhluk yang ada di langit dan di

bumi. Firman Allah S.W.T :

                  bbbb                      u                u

Katakanlah: quot;Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi.

Ringkasnya, Islam menetapkan bahawa sesuatu perkara itu tertakluk kepada peraturan yang

ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah. Begitu juga dengan ilmu dan teknologi. Oleh itu,

islam tidak pernah menghalang atau menolak kemajuan ilmu pengetahuan dan

perkembangan teknologi. Malah Islam juga tidak anti kepada peralatan teknologi dalam

bidang dalam hal ini dapat dimanfaatkan dan bertepatan dengan teori dan objektif tamadun

Islam.

BAB 3 IT DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Sumbangan IT terhadap pembelajaran sangat ketara. Dengan pelaksanaan KBSR dan

KBSM, teknologi pendidikan adalah penyokong utama untuk mencapai matlamatnya di

samping fungsi guru sebagai pemudah cara. Malahan, pihak KPM begitu komited dan

                                           5
menekankan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sesuai

dengan perkembangan pesat era IT dan komunikasi yang berlaku di Malaysia.

Menurut Blai (1988,195-200), penggunaan teknologi komputer boleh mengoptimumkan

proses pengajaran. Teknologi komputer merupakan revolusi terbaru yang membuka

dimensi baru dalam kaedah penyampaian maklumat. Dengan adanya aplikasi multimedia,

fungsi komputer diperluaskan lagi jauh kehadapan daripada penggunaan awalnya, iaitu

sebagai alat pemprosesan data. Cara penyampaian pada peringkat awal penggunaan

komputer hanyalah terhad kepada teks, grafik, angka dan animasi yang canggih di samping

penerangan bersuara.

Era perkembangan IT mempengaruhi setiap sudut bidang kehidupan manusia. Aspek

teknologi kini digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah

menyemai dan memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap perkembangan teknologi.

Oleh itu, guru Pendidikan Islam di Malaysia perlu mengorak langkah menjadikan komputer

sebagai alat yang mampu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Islam. Selaras dengan keperluan terkini untuk memperkenalkan komputer secara

menyeluruh dalam sistem pendidikan, mereka seharusnya tahu dan mampu mengendalikan

beberapa perisian komputer yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia berbanding kaedah pengajaran tradisional

harus diambil kesempatan oleh guru Pendidikan Islam. Perisian khusus untuk mata

                                          6
pelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik

dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran

yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video, dan animasi dalam multimedia memudahkan

pemahaman pelajar.

Menurut Jonassen (1996,45-54), persembahan multimedia lebih attention-getting dan

attention-holding kerana multimedia adalah multimode, iaitu ransangan yang berlaku lebih

daripada satu deria pada satu masa. Menurut beliau lagi, kajian tentang kesan multimedia

terhadap pembelajaran menunjukkan bahawa peningkatan pembelajaran berlaku apabila

saluran (media) yang berlainan menyediakan maklumat yang saling melengkapi antara satu

sama lain. Malah, multimedia dapat memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran

yang kaya dengan sumber bagi membolehkan pengajaran guru berorientasikan pelajar dan

diamalkan secara lebih berkesan. Di samping itu terdapat pelbagai alasan mengapa

penggunaan multimedia sangat berkesan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang

antaranya ialah :

   1. Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokkan .

   2. Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka dengan

       pelajar boleh belajar mengikut tahap kebolehan sendiri memandangkan mereka

       boleh mengulangi bahan yang ingin dipelajari beberapa kali sehingga faham.

   3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih mudah.

                                           7
4. Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan menjadikan pelajar lebih

       berdikari.

   5. Pelajar belajar secara lebih spontan, lebih natural dan berkesan berdasarkan mod

       deria yang digemari.

   6. Penggabungan pelbagai media di samping latihan yang direka bentuk secara

       interaktif membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan

       menerokai pembelajaran sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperoleh

       maklumat secara pasif. Dengan mengambil peranan yang aktif dalam pembelajaran

       dan menggunakan deria untuk memahami peristiwa baru mereka dapat

       menyelesaikan tugasan dengan pemahaman yang lebih luas dan mendalam

       ( Halimah, 1996,37-48).

Selain daripada itu, pengajaran menggunakan multimedia dapat dimanfaatkan oleh guru

melalui pelaksanaan beberapa pendekatan dalam pengajaran seperti yang disaran oleh Md.

Yusoff dan Azhar (2000) :

   1. Membantu dalam penyampaian yang lebih menarik dan berkesan.

   2. Berdasarkan program multimedia yang direka bentuk, guru mempunyai ruang

       untuk memantau para pelajar yang lemah. Usaha ini dapat dilakukan kerana

       program yang direka bentuk lazimnya ialah self-driven dan dimuatkan dengan

       latihan dan ujian untuk memastikan pelajar memahami pelajaran yang disampaikan.

       Program ini biasanya memuatkan maklum balas serta merta untuk menjelaskan

       sesuatu perkara atau konsep.

                                          8
Dalam pendidikan, Komunikasi Berperantarakan Komputer (KBK) adalah payung kepada

pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet. Komunikasi dalam pendidikan berlaku

antara pelajar dengan pengajar serta pelajar dan pengajar dengan bahan pengajaran.

Menurut Jonassen (1996,45-54), KBK memudahkan komunikasi antara individu dengan

kumpulan dan seterusnya membenarkan pelajar membina pengetahuannya sendiri serta

membolehkan mereka memahami dan mengingati apa yang dipelajari.

Sehubungan dengan itu, penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diberi

tumpuan oleh guru Pendidikan kerana penggunaannya mampu menarik minat para pelajar

terhadap pendidikan Islam. Saranan ini selaras dengan penyataan yang dikemukakan oleh

Zainab et al. (2002,) yang menyatakan bahawa terdapat banyak laman web yang boleh

dimanfaatkan oleh guru Pendidikan Islam. Contohnya guru mengakses laman web yang

berkaitan dengan Islam seperti laman web jabatan agama negeri, Pusat Zakat Selangor dan

beberapa laman web lain termasuk jalinan keluarga, solat.net, ikhlas.com, islm.gov.my,

haj-e.com dan shukur.com sebagai bahan bantu mengajar bagi topik pengajaran yang

terdapat dalam Pendidikan Islam. Melalui laman web tersebut, pelajar mengetahui

perkhidmatan agama Islam yang disediakan mengikut institusi di Malaysia. Pengajar boleh

menyediakan tugasan lanjutan dengan meminta pelajar menggunakan perkhidmatan yang

disediakan di laman web tersebut. Sebagai contoh pelajar diminta melayari laman web

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mengambil bahagian dalam perkhidmatan

soal jawab agama yang disediakan atau mendapatkan maklumat ibadah haji serta umrah di

laman web Tabung Haji. Guru dan para pelajar juga boleh mnggunakan enjin pencarian

yang mudah dan popular seperti Google dan Yahoo untuk mencari laman yang berkaitan

                                          9
dengan Pendidikan Islam. Dengan pemantauan guru, para pelajar juga boleh mendapat

maklumat dengan mudah dan luas di laman web pendidikan Islam yang menggunakan

bahasa Arab ataupun bahasa Inggeris.

Memandangkan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran memberi kesan

yang positif kepada pelajar, maka penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah

bagi memastikan pelajar tertarik kepada ilmu pengetahuan yang disampaikan dalam

Pendidikan Islam.

Dalam konteks ini, laman web dalam internet boleh menjadi bahan bantu mengajar yang

efisyen untuk guru mengajar Pendidikan Islam. Laman web bukan setakat memberikan

maklumat terkini secara interaktif dalam sesuatu topik, malah pengajar juga boleh

menyediakan tugasan dan meminta pelajar membuat penyelidikan lanjut dalam topik

tertentu dengan berutus mel elektronik dengan webmaster atau pegawai di institusi

kerajaan atau bukan kerajaan yang berurusan dengan pentadbiran agama Islam di Malaysia.

Umumnya, perbincangan di atas menunjukkan kepentingan penggunaan IT dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Konsep kesepaduan antara teknologi

dengan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam haruslah disedari oleh guru Pendidikan

Islam. Menurut Noor Shamsinar et.al (2002), kesepaduan antara IT dengan kurikulum

Pendidikan Islam dapat mendorong pelajar untuk memahami konsep akidah dan syariat

Islam yang sebenar supaya beriman dan mentauhidkan Allah S.W.T. Selain daripada

menjadi alat untuk mendorong supaya beriman kepada Allah S.W.T, kedua-dua unsur ini

                                          10
mendorong pelajar melakukan amal salih yang layak baginya menerima balasan syurga

yang kekal abadi.

RUMUSAN

Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan

hasrat dan matlamat FPK dapat direalisasikan. Dengan itu, guru Pendidikan Islam haruslah

lebih berani mengguna dan mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik

tumpuan pelajar. Antaranya pendekatan yang wajar diambil ialah menggunakan IT dalam

                                          11
proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi penggunaan media, alat dan bahan

dalam bentuk yang sistematik dan menyeluruh untuk mempersembah, menyokong dan

mengukuhkan pengajaran seperti televisyen, radio, filem, komputer dan internet.

Kepentigan IT tidak dapat disangkal lagi dalam sistem pendidikan seluruh dunia hari ini.

Oleh itu, penggunaannya dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan serta memberi

keyakinan yang tinggi kepada guru dan murid serta mengekalkan minat murid untuk

belajar pendidikan Islam di sekolah. Tumpuan utama boleh diberikan kepada penggunaan

komputer kerana komputer merupakan alat teknologi yang mendapat tumpuan utama dalam

sistem pendidikan hari ini kerana keupayaannya mampu memberi maklumat lebih baik dan

banyak berbanding dengan peralatan teknologi pendidikan yang lain. Penggunaan yang

meluas akan memberikan satu tanda arus perubahan besar yang berlaku dalam sistem

pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan IT dalam bidang Pendidikan

Islam.

                                           12

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianAeyn Solehah
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid123syahier
 
Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ MadrasahSistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ MadrasahAl-Khawarizmi Yiffy
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaimKaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaimzaimomar
 
Jenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalanJenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalangrace_tyler12
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahFuad Ee
 
Kemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arabKemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arabHazizah Samat
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)Ieta Sa'ad
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Dina Amira
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranshare with me
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifHaryati Ismail
 
KURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKANKURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKANsafyah
 
Was ist angesagt? (20)

Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
 
Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ MadrasahSistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Umar al khatab
Umar al khatabUmar al khatab
Umar al khatab
 
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaimKaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
Kaedah dan strategi pengajaran oleh zaim
 
Jenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalanJenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalan
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
 
Kemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arabKemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arab
 
Imam 'Asim
Imam 'AsimImam 'Asim
Imam 'Asim
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaran
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
 
KURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKANKURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
Andere mochten auch

Panduan membina blog
Panduan membina blogPanduan membina blog
Panduan membina blogustazyusman
 
Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran & Pembelajaran
Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran & PembelajaranAplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran & Pembelajaran
Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran & PembelajaranMohamed Amin Embi
 
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)Jemindar Ab Kadir
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASAAdila Dila
 
interaksi antara tamadun
interaksi antara tamaduninteraksi antara tamadun
interaksi antara tamadunzils nur
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmNorazelin Mat Isa
 
Andere mochten auch (8)

Panduan membina blog
Panduan membina blogPanduan membina blog
Panduan membina blog
 
Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran & Pembelajaran
Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran & PembelajaranAplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran & Pembelajaran
Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
 
Perisian komputer
Perisian komputerPerisian komputer
Perisian komputer
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
interaksi antara tamadun
interaksi antara tamaduninteraksi antara tamadun
interaksi antara tamadun
 
Hedonisme
HedonismeHedonisme
Hedonisme
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
 
Ähnlich wie Aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

Tugas siti azkiyah dan nur asiyah
Tugas siti azkiyah  dan nur asiyahTugas siti azkiyah  dan nur asiyah
Tugas siti azkiyah dan nur asiyahnurasiyahnabil
 
Strategi Guru PAI Dalam Pengembangan ICT Untuk Pembelajaran Bermutu
Strategi Guru PAI Dalam Pengembangan ICT Untuk Pembelajaran BermutuStrategi Guru PAI Dalam Pengembangan ICT Untuk Pembelajaran Bermutu
Strategi Guru PAI Dalam Pengembangan ICT Untuk Pembelajaran Bermutunajihmustofa
 
Makalah power point
Makalah power pointMakalah power point
Makalah power pointdaenx03
 
Pemanfaatan it
Pemanfaatan itPemanfaatan it
Pemanfaatan itelqatamy
 
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...guest7db2e8
 
Tugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. YusufTugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. Yusufaidil.1976
 
Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...
Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...
Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...RETNOSUSILOWATI
 
Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...
Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...
Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...herdisaksul
 
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanPerubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanEffa Zulaikha Zahir
 
Tugas Makalah-TEKNOLOGI DAN MEDIA PEMBELAJARAN (Strategi Guru PAI Dalam Penge...
Tugas Makalah-TEKNOLOGI DAN MEDIA PEMBELAJARAN (Strategi Guru PAI Dalam Penge...Tugas Makalah-TEKNOLOGI DAN MEDIA PEMBELAJARAN (Strategi Guru PAI Dalam Penge...
Tugas Makalah-TEKNOLOGI DAN MEDIA PEMBELAJARAN (Strategi Guru PAI Dalam Penge...daenx03
 
File blok, tugas individu, 17 10-15 uts (pak fuad) - copy
File blok, tugas individu, 17 10-15 uts (pak fuad) - copyFile blok, tugas individu, 17 10-15 uts (pak fuad) - copy
File blok, tugas individu, 17 10-15 uts (pak fuad) - copyratnajutiningsih
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Budak Baik
 
Pemanfaatan Teknologi Informasi dalam Dunia Pendidikan Pendidikan
Pemanfaatan Teknologi Informasi dalam Dunia Pendidikan PendidikanPemanfaatan Teknologi Informasi dalam Dunia Pendidikan Pendidikan
Pemanfaatan Teknologi Informasi dalam Dunia Pendidikan PendidikanSyarif Hidayatullah
 
Ähnlich wie Aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam (20)

Tugas siti azkiyah dan nur asiyah
Tugas siti azkiyah  dan nur asiyahTugas siti azkiyah  dan nur asiyah
Tugas siti azkiyah dan nur asiyah
 
Tugas siti azkiyah dan nur asiyah
Tugas siti azkiyah  dan nur asiyahTugas siti azkiyah  dan nur asiyah
Tugas siti azkiyah dan nur asiyah
 
Tugas siti azkiyah dan nur asiyah
Tugas siti azkiyah  dan nur asiyahTugas siti azkiyah  dan nur asiyah
Tugas siti azkiyah dan nur asiyah
 
Strategi Guru PAI Dalam Pengembangan ICT Untuk Pembelajaran Bermutu
Strategi Guru PAI Dalam Pengembangan ICT Untuk Pembelajaran BermutuStrategi Guru PAI Dalam Pengembangan ICT Untuk Pembelajaran Bermutu
Strategi Guru PAI Dalam Pengembangan ICT Untuk Pembelajaran Bermutu
 
Makalah power point
Makalah power pointMakalah power point
Makalah power point
 
Pemanfaatan it
Pemanfaatan itPemanfaatan it
Pemanfaatan it
 
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
 
Tugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. YusufTugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. Yusuf
 
Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...
Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...
Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...
 
Tugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. YusufTugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. Yusuf
 
Tugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. YusufTugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. Yusuf
 
Tugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. YusufTugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. Yusuf
 
Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...
Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...
Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...
 
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanPerubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
 
Tugas Makalah-TEKNOLOGI DAN MEDIA PEMBELAJARAN (Strategi Guru PAI Dalam Penge...
Tugas Makalah-TEKNOLOGI DAN MEDIA PEMBELAJARAN (Strategi Guru PAI Dalam Penge...Tugas Makalah-TEKNOLOGI DAN MEDIA PEMBELAJARAN (Strategi Guru PAI Dalam Penge...
Tugas Makalah-TEKNOLOGI DAN MEDIA PEMBELAJARAN (Strategi Guru PAI Dalam Penge...
 
Fti209 tgs kon_tek
Fti209 tgs kon_tekFti209 tgs kon_tek
Fti209 tgs kon_tek
 
File blok, tugas individu, 17 10-15 uts (pak fuad) - copy
File blok, tugas individu, 17 10-15 uts (pak fuad) - copyFile blok, tugas individu, 17 10-15 uts (pak fuad) - copy
File blok, tugas individu, 17 10-15 uts (pak fuad) - copy
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Pemanfaatan Teknologi Informasi dalam Dunia Pendidikan Pendidikan
Pemanfaatan Teknologi Informasi dalam Dunia Pendidikan PendidikanPemanfaatan Teknologi Informasi dalam Dunia Pendidikan Pendidikan
Pemanfaatan Teknologi Informasi dalam Dunia Pendidikan Pendidikan
 
Mehr von norfariszam

Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206
Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206
Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206norfariszam
 
Penggunaan teknologi dalam pendidikan
Penggunaan teknologi dalam pendidikanPenggunaan teknologi dalam pendidikan
Penggunaan teknologi dalam pendidikannorfariszam
 
akibat derhaka kepada ibubapa
akibat derhaka kepada ibubapaakibat derhaka kepada ibubapa
akibat derhaka kepada ibubapanorfariszam
 
Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206
Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206
Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206norfariszam
 
Mehr von norfariszam (7)

Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206
Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206
Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 
Model ARCS
Model ARCSModel ARCS
Model ARCS
 
Hari kiamat
Hari kiamatHari kiamat
Hari kiamat
 
Penggunaan teknologi dalam pendidikan
Penggunaan teknologi dalam pendidikanPenggunaan teknologi dalam pendidikan
Penggunaan teknologi dalam pendidikan
 
akibat derhaka kepada ibubapa
akibat derhaka kepada ibubapaakibat derhaka kepada ibubapa
akibat derhaka kepada ibubapa
 
Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206
Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206
Tilawah Al Quran Surah Al Araf Ayat 205 206
 
Kürzlich hochgeladen

MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxshafiraramadhani9
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Kürzlich hochgeladen (20)

MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

  • 1. APLIKASI IT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Nama Penulis : Fify Farisa Mohamad Firdaus IEB 060027 (kapochilulu@yahoo.com) Norhayati Osman IEB 060094 (norhayati_409@yahoo.com) Siti Zamriah Mohd. Hussin IEB 060141 (ctzamriah@yahoo.com) ABSTRACK This article attempt to discuss the Islamic Education are among important element towards human self moulding desirableness. There is no doubt that rapid change in national education through IT's reformation and communication give large impact lesson and learning in process. Educational technology use of the equipment like computer and internet by Islamic Education teacher is one of the ways practicable of process increase effectiveness lesson and learning. Apart from that, student interest and focus can be pulled through neat and systematic computer application planning. Religious teacher should make Islamic Education as a attractive subject and interested student. Keyword : Islamic Education, lesson and learning BAB 1 PENGENALAN Pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran. Isu ini memberi satu cabaran yang besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan mental serta kompetensi dalam penggunaannya dalam kalangan guru secara amnya. Pada masa yang sama, masih terdapat 1
  • 2. guru yang ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat (IT). Akibatnya, mereka tidak dapat mengikuti perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya yang dikaitkan dengan IT. Oleh itu, penggunaan IT dalam bidang pendidikan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan yang semakin maju dan menuntut kepada kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi daripada mereka. BAB 2 PRINSIP PENGGUNAAN IT Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ialah sumber teknologi yang mampu menjadi pemagkin munculnya berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea baru. Fenomena ini terjadi kerana teknologi itu sebenarnya muncul hasil daripada aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam bentuk nyata yang lebih canggih. Malah kecanggihan ini seterusnya mendorong manusia untuk mengembangkan lagi ilmu teknologi tersebut. Menerusi hakikat inilah membuktikan bahawa Islam tidak menghalang atau mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Menurut pandangan Islam, hukum asal segala sesuatu itu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada yang lama ataupun yang baru. Dalam Islam tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas atau dalil yang terang dan jelas yang menyatakan sesuatu itu haram. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang sempit. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 2
  • 3. r r Dia memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. Dalam hal ini, penggunaan IT seharusnya digunakan untuk kepentingan sejagat dan bukannya untuk kerosakan. Walaupun dijelaskan bahawa Islam bukan agama yang sempit, tetapi kegunaan alat teknologi masih tertakluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Tujuan ciptaan dan hadarah (kemajuan) serta objektif Islam untuk kesejahteraan manusia supaya dengan itu manusia mampu mengagungkan Allah S.W.T. Dengan kesejahteraan itu mampu membina sebuah tamadun. Namun tamadun itu perlulah memenuhi prinsip Islam. Tamadun yang bertentangan dengan idea tamadun Islam perlulah dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ddddd i i i i ha Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. 3
  • 4. Hakikat yang perlu diketahui ialah penemuan teknologi seperti televisyen ,video, alat komunikasi dan yang terkini ledakan IT seperti perkembangan komputer dan internet menuntut masyarakat berpegang kepada nilai dan etika murni serta tidak terpesong daripada ajaran Islam. Contohnya, komputer dan internet yang mempunyai manfaat yang besar dalam bidang pendidikan dan dakwah Islamiah tidak seharusnya dicemari dengan perkara yang menyalahi ajaran Islam serta sumbang seperti pornography dan kebebasan hidup tanpa agama tajaan barat. Sebenarnya, dalam al-Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung dalamnya digali, diteliti dan direnungi kerana al-Quran ialah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar. Keterangan mengenai ilmu pengetahuan dan teknologi banyak dikupas dalamal-Quran. Sebagai contoh firman Allah S.W.T : SSe SSSSSSSSSS e Dan Telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu. Islam juga amat menggalakkan kajian atau penelitian untuk mencari penemuan baru dalam bidang teknologi serta memggunakannya dalam kehidupan seharian. Islam juga menuntut supaya umatnya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan 4
  • 5. Allah S.W.T yang tidak dapat ditandingi oleh segala makhluk yang ada di langit dan di bumi. Firman Allah S.W.T : bbbb u u Katakanlah: quot;Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Ringkasnya, Islam menetapkan bahawa sesuatu perkara itu tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah. Begitu juga dengan ilmu dan teknologi. Oleh itu, islam tidak pernah menghalang atau menolak kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan teknologi. Malah Islam juga tidak anti kepada peralatan teknologi dalam bidang dalam hal ini dapat dimanfaatkan dan bertepatan dengan teori dan objektif tamadun Islam. BAB 3 IT DALAM PENDIDIKAN ISLAM Sumbangan IT terhadap pembelajaran sangat ketara. Dengan pelaksanaan KBSR dan KBSM, teknologi pendidikan adalah penyokong utama untuk mencapai matlamatnya di samping fungsi guru sebagai pemudah cara. Malahan, pihak KPM begitu komited dan 5
  • 6. menekankan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sesuai dengan perkembangan pesat era IT dan komunikasi yang berlaku di Malaysia. Menurut Blai (1988,195-200), penggunaan teknologi komputer boleh mengoptimumkan proses pengajaran. Teknologi komputer merupakan revolusi terbaru yang membuka dimensi baru dalam kaedah penyampaian maklumat. Dengan adanya aplikasi multimedia, fungsi komputer diperluaskan lagi jauh kehadapan daripada penggunaan awalnya, iaitu sebagai alat pemprosesan data. Cara penyampaian pada peringkat awal penggunaan komputer hanyalah terhad kepada teks, grafik, angka dan animasi yang canggih di samping penerangan bersuara. Era perkembangan IT mempengaruhi setiap sudut bidang kehidupan manusia. Aspek teknologi kini digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Oleh itu, guru Pendidikan Islam di Malaysia perlu mengorak langkah menjadikan komputer sebagai alat yang mampu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selaras dengan keperluan terkini untuk memperkenalkan komputer secara menyeluruh dalam sistem pendidikan, mereka seharusnya tahu dan mampu mengendalikan beberapa perisian komputer yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh guru Pendidikan Islam. Perisian khusus untuk mata 6
  • 7. pelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video, dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar. Menurut Jonassen (1996,45-54), persembahan multimedia lebih attention-getting dan attention-holding kerana multimedia adalah multimode, iaitu ransangan yang berlaku lebih daripada satu deria pada satu masa. Menurut beliau lagi, kajian tentang kesan multimedia terhadap pembelajaran menunjukkan bahawa peningkatan pembelajaran berlaku apabila saluran (media) yang berlainan menyediakan maklumat yang saling melengkapi antara satu sama lain. Malah, multimedia dapat memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran yang kaya dengan sumber bagi membolehkan pengajaran guru berorientasikan pelajar dan diamalkan secara lebih berkesan. Di samping itu terdapat pelbagai alasan mengapa penggunaan multimedia sangat berkesan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang antaranya ialah : 1. Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokkan . 2. Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka dengan pelajar boleh belajar mengikut tahap kebolehan sendiri memandangkan mereka boleh mengulangi bahan yang ingin dipelajari beberapa kali sehingga faham. 3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih mudah. 7
  • 8. 4. Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan menjadikan pelajar lebih berdikari. 5. Pelajar belajar secara lebih spontan, lebih natural dan berkesan berdasarkan mod deria yang digemari. 6. Penggabungan pelbagai media di samping latihan yang direka bentuk secara interaktif membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan menerokai pembelajaran sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperoleh maklumat secara pasif. Dengan mengambil peranan yang aktif dalam pembelajaran dan menggunakan deria untuk memahami peristiwa baru mereka dapat menyelesaikan tugasan dengan pemahaman yang lebih luas dan mendalam ( Halimah, 1996,37-48). Selain daripada itu, pengajaran menggunakan multimedia dapat dimanfaatkan oleh guru melalui pelaksanaan beberapa pendekatan dalam pengajaran seperti yang disaran oleh Md. Yusoff dan Azhar (2000) : 1. Membantu dalam penyampaian yang lebih menarik dan berkesan. 2. Berdasarkan program multimedia yang direka bentuk, guru mempunyai ruang untuk memantau para pelajar yang lemah. Usaha ini dapat dilakukan kerana program yang direka bentuk lazimnya ialah self-driven dan dimuatkan dengan latihan dan ujian untuk memastikan pelajar memahami pelajaran yang disampaikan. Program ini biasanya memuatkan maklum balas serta merta untuk menjelaskan sesuatu perkara atau konsep. 8
  • 9. Dalam pendidikan, Komunikasi Berperantarakan Komputer (KBK) adalah payung kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet. Komunikasi dalam pendidikan berlaku antara pelajar dengan pengajar serta pelajar dan pengajar dengan bahan pengajaran. Menurut Jonassen (1996,45-54), KBK memudahkan komunikasi antara individu dengan kumpulan dan seterusnya membenarkan pelajar membina pengetahuannya sendiri serta membolehkan mereka memahami dan mengingati apa yang dipelajari. Sehubungan dengan itu, penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diberi tumpuan oleh guru Pendidikan kerana penggunaannya mampu menarik minat para pelajar terhadap pendidikan Islam. Saranan ini selaras dengan penyataan yang dikemukakan oleh Zainab et al. (2002,) yang menyatakan bahawa terdapat banyak laman web yang boleh dimanfaatkan oleh guru Pendidikan Islam. Contohnya guru mengakses laman web yang berkaitan dengan Islam seperti laman web jabatan agama negeri, Pusat Zakat Selangor dan beberapa laman web lain termasuk jalinan keluarga, solat.net, ikhlas.com, islm.gov.my, haj-e.com dan shukur.com sebagai bahan bantu mengajar bagi topik pengajaran yang terdapat dalam Pendidikan Islam. Melalui laman web tersebut, pelajar mengetahui perkhidmatan agama Islam yang disediakan mengikut institusi di Malaysia. Pengajar boleh menyediakan tugasan lanjutan dengan meminta pelajar menggunakan perkhidmatan yang disediakan di laman web tersebut. Sebagai contoh pelajar diminta melayari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mengambil bahagian dalam perkhidmatan soal jawab agama yang disediakan atau mendapatkan maklumat ibadah haji serta umrah di laman web Tabung Haji. Guru dan para pelajar juga boleh mnggunakan enjin pencarian yang mudah dan popular seperti Google dan Yahoo untuk mencari laman yang berkaitan 9
  • 10. dengan Pendidikan Islam. Dengan pemantauan guru, para pelajar juga boleh mendapat maklumat dengan mudah dan luas di laman web pendidikan Islam yang menggunakan bahasa Arab ataupun bahasa Inggeris. Memandangkan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang positif kepada pelajar, maka penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar tertarik kepada ilmu pengetahuan yang disampaikan dalam Pendidikan Islam. Dalam konteks ini, laman web dalam internet boleh menjadi bahan bantu mengajar yang efisyen untuk guru mengajar Pendidikan Islam. Laman web bukan setakat memberikan maklumat terkini secara interaktif dalam sesuatu topik, malah pengajar juga boleh menyediakan tugasan dan meminta pelajar membuat penyelidikan lanjut dalam topik tertentu dengan berutus mel elektronik dengan webmaster atau pegawai di institusi kerajaan atau bukan kerajaan yang berurusan dengan pentadbiran agama Islam di Malaysia. Umumnya, perbincangan di atas menunjukkan kepentingan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Konsep kesepaduan antara teknologi dengan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam haruslah disedari oleh guru Pendidikan Islam. Menurut Noor Shamsinar et.al (2002), kesepaduan antara IT dengan kurikulum Pendidikan Islam dapat mendorong pelajar untuk memahami konsep akidah dan syariat Islam yang sebenar supaya beriman dan mentauhidkan Allah S.W.T. Selain daripada menjadi alat untuk mendorong supaya beriman kepada Allah S.W.T, kedua-dua unsur ini 10
  • 11. mendorong pelajar melakukan amal salih yang layak baginya menerima balasan syurga yang kekal abadi. RUMUSAN Perubahan dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat FPK dapat direalisasikan. Dengan itu, guru Pendidikan Islam haruslah lebih berani mengguna dan mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar. Antaranya pendekatan yang wajar diambil ialah menggunakan IT dalam 11
  • 12. proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi penggunaan media, alat dan bahan dalam bentuk yang sistematik dan menyeluruh untuk mempersembah, menyokong dan mengukuhkan pengajaran seperti televisyen, radio, filem, komputer dan internet. Kepentigan IT tidak dapat disangkal lagi dalam sistem pendidikan seluruh dunia hari ini. Oleh itu, penggunaannya dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan serta memberi keyakinan yang tinggi kepada guru dan murid serta mengekalkan minat murid untuk belajar pendidikan Islam di sekolah. Tumpuan utama boleh diberikan kepada penggunaan komputer kerana komputer merupakan alat teknologi yang mendapat tumpuan utama dalam sistem pendidikan hari ini kerana keupayaannya mampu memberi maklumat lebih baik dan banyak berbanding dengan peralatan teknologi pendidikan yang lain. Penggunaan yang meluas akan memberikan satu tanda arus perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan IT dalam bidang Pendidikan Islam. 12