SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 27
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PENGGUNAAN KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN

                               PEMBELAJARAN IBADAH



                          NURSAFRA BINTI MOHD ZHAFFAR

                                Kolej Komuniti Jelebu, KPT

                                 Emel: saff07@yahoo.com



                       WAN ALI AKBAR BIN WAN ABDULLAH

                       Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu

                              Emel: wanaliakbar@yahoo.com



                              DR AB HALIM BIN TAMURI

                              Universiti Kebangsaan Malaysia



                                          Abstrak

Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence) menyatakan terdapat lapan jenis

kecerdasan utama yang berbeza-beza kekuatannya dalam diri setiap pelajar. Justeru, guru

perlu kreatif dalam merangsang kecerdasan pelbagai yang dimiliki pelajar-pelajar agar

mereka memperoleh pengalaman dan hasil pembelajaran semaksimum mungkin. Kajian

tindakan ini dijalankan ke atas 18 orang pelajar lelaki kursus Sijil Teknologi Elektrik (PW2)

semester satu Sesi Januari 2012 Kolej Komuniti Jelebu dalam silibus ibadah. Sebanyak tiga

gelung kajian dijalankan selama satu bulan untuk meningkatkan motivasi dan penguasaan

amali ibadah pelajar menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai

fokus kepada kecerdasan bahasa, kinestetik dan interpersonal. Kajian ini menggunakan

kaedah temu bual, tinjauan soal selidik dan markah penilaian amali pelajar bagi mengumpul
data tentang keberkesanan tindakan. Analisis dapatan menunjukkan pendekatan ini berjaya

meningkatkan motivasi dan pengusaan amali ibadah pelajar. Kajian ini diharapkan dapat

membantu menambahbaik amalan pengajaran guru agama untuk meningkatkan motivasi

pelajar mengikuti dan mengamalkan ibadah ke arah melahirkan generasi Rabbani yang

cemerlang.



Kata kunci: Teori Kecerdasan Pelbagai, Motivasi, Penguasaan Ibadah, Pengajaran dan

Pembelajaran Ibadah, Pengajaran Berpusatkan Pelajar



                                     Tinjauan Literatur

Teori Kecerdasan Pelbagai merupakan satu pendekatan berpusatkan pelajar yang boleh

diintegrasikan dalam strategi pengajaran guru Pendidikan Islam bagi memenuhi kepelbagaian

pelajar dari sudut keupayaan kognitif dalam menerima rangsangan daripada persekitaran.

Amnya, institusi pengajian tinggi menumpukan kepada dua jenis kecerdasan sahaja;

kecerdasan verbal / bahasa dan logik / matematik. Namun, setiap pelajar mempunyai cara

berbeza bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran. Barrington (2004) menyatakan Teori

Kecerdasan Pelbagai relevan kepada pengajaran peringkat pengajian tinggi sebagai respon

kepada kepelbagaian pelajar dari sudut bidang pengajian, jantina, bangsa, etnik, latar belakang

akademik dan asal-usul. Kajian (Barrington 2004) menunjukkan kesemua (n=21) pensyarah

daripada Institut Pendidikan Vokasional, Hong Kong bersetuju bahawa kualiti pembelajaran

boleh ditingkatkan sekiranya teori ini diaplikasikan dalam kelas.



Banyak kajian telah menunjukkan kesan positif daripada aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai

dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Siti Nurul Mahfuzah & Mohd Azran 2010;

Douglas 2008; Mustafa & Mustafa Serdar 2007). Melalui kajian Siti Nurul Mahfuzah dan
Mohd Azran (2010) ke atas pelajar-pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah menunjukkan

terdapat peningkatan dalam penguasaan pembelajaran Teknologi Maklumat dalam ujian pos

selepas pengajaran menggunakan perisian interaktif berasaskan Kecerdasan Pelbagai. Pelajar-

pelajar didapati seronok belajar menggunakan perisian yang dibangunkan serta mampu

merangsang kemahiran dan ilmu pelajar berbanding pengajaran tradisional.



Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai ke dalam pengajaran Ibadah diharap dapat

memberikan pembelajaran bermakna kepada pelajar di mana mereka dapat menggunakan

ilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Ianya juga merupakan strategi guru untuk

merubah pembelajaran pasif kebanyakan pelajar dalam kelas di Malaysia (Lob 2004) kepada

pembelajaran aktif.



                                            Refleksi Masalah

Pelajar-pelajar Kolej Komuniti merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan

datang daripada pelbagai latar belakang keluarga, pendidikan, taraf ekonomi dan minat.

Seharusnya pensyarah menyampaikan pengajaran dengan mengambilkira aspek kepelbagaian

tersebut bagi mewujudkan pembelajaran bermakna (Barrington 2004). Ini kerana kelemahan

penyampaian pengajaran oleh pensyarah antara faktor pelajar ponteng kelas dalam kalangan

pelajar Kolej Komuniti (Zainab 2010).



Menurut Laporan Sesi Kaunseling Pelajar Kolej Komuniti Jelebu (2007-2010), Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia, 20% daripada pelajar-pelajarnya terlibat dengan kes ponteng1

kelas pada tahun 2007. Gejala ponteng dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti didapati

semakin berleluasa dan tidak terkecuali kelas Pendidikan Islam.

1
 Ponteng di sini bermaksud tidak hadir ke kelas melebihi 20% jumlah kehadiran dan hadir ke kelas lewat tanpa
alasan yang munasabah.
Seterusnya, gejala ponteng kelas membawa kepada pencapaian yang tidak memuaskan.

Markah Amali Ibadah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di Kolej Komuniti mewakili

40% daripada keseluruhan markah. Oleh itu, kegagalan pelajar menghadirkan diri ke kelas

menyebabkan amali ibadah mereka tidak dicerap dan mempengaruhi sebahagian besar

markah Pendidikan Islam. Menurut statistik peratusan pencapaian pelajar kursus Pendidikan

Islam Kolej Komuniti Jelebu tiga semester kebelakangan, kebanyakan kelas menunjukkan

keputusan yang tidak homogenus dengan serakan markah pencapaian akhir pelajar terlalu

luas. Peratusan pelajar yang lulus cemerlang hampir sama dengan peratusan pelajar gagal

dalam peperiksaan akhir Pendidikan Islam. Selain itu, data menunjukkan peratusan pelajar

cemerlang daripada ketiga-tiga semester terlalu sedikit manakala, separuh daripada pelajar

mendapat keputusan sederhana dan lemah iaitu markah 60% ke bawah.



Selain isu ponteng dan pencapaian akademik, satu lagi isu penting dalam Pendidikan Islam

ialah berkaitan penguasaan pelajar dalam amali ibadah-ibadah khusus dan pengamalannya.

Seterusnya, menurut Laporan Amali Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Jelebu untuk subjek

SPA 101 – Pendidikan Islam (2009-2010), 10% pelajar tidak menguasai bacaan Tahiyat

Akhir, manakala sebahagian kecil sahaja iaitu 39% pelajar menguasai amali wuduk dengan

sempurna perkara rukun dan sunatnya. Di samping itu, terdapat juga kelemahan dalam

penguasaan bacaan-bacaan sunat seperti Doa Iftitah dan Doa Qunut. Kegagalan pelajar

menguasai perkara rukun dalam wuduk dan solat perlu dipandang serius walaupun

peratusannya kecil kerana pelajar-pelajar ini telah melalui pengalaman pembelajaran

Pendidikan Islam khususnya mempelajari tentang solat dan bersuci di sekolah rendah dan

sekolah menengah.
Seterusnya, menyentuh isu pengamalan solat dalam kehidupan harian pelajar-pelajar di Kolej

Komuniti Jelebu. Menurut Laporan Bengkel Smart Solat Kolej Komuniti Jelebu (2011), 100%

responden (n=31) yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester akhir pengajian Sijil Sepenuh

Masa tidak menunaikan solat fardhu dengan lengkap 5 waktu sehari semalam. Antara alasan

tidak menunaikan solat fardhu ialah malas, pengaruh rakan dan tidak diberi dorongan.

Laporan ini menunjukkan pelajar tidak bermotivasi secara berterusan untuk menunaikan solat

wajib.



                                       Fokus Kajian

Daripada kesemua isu di atas berkaitan ponteng, pencapaian keseluruhan kursus Pendidikan

Islam, penguasaan ibadah dan motivasi melaksanakannya di luar daripada kelas menunjukkan

satu tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Pengkaji berhasrat

melaksanakan kajian tindakan ke atas pelajar yang mengambil kursus Pendidikan Islam

dengan mengintegrasikan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran topik Ibadah kerana

secara teorinya, strategi kecerdasan pelbagai ini mampu meningkatkan motivasi, pencapaian

dan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang sukar dilupakan (Armstrong 1994), di

samping tidak menyekat pelajar menguasai sesuatu kemahiran dan nilai (Ikhsan & Rohizani

2010). Kajian ini memfokuskan pengintegrasian tiga jenis kecerdasan pelbagai sahaja iaitu

kecerdasan bahasa, kinestetik dan interpersonal dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah.



                                      Objektif Kajian

    Meningkatkan motivasi pelajar mengikuti kelas ibadah selepas menjalani pengajaran dan

    pembelajaran Ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai.

    Meningkatkan motivasi pelajar mengamalkan ibadah dipelajari di luar kelas selepas

    menjalani pengajaran dan pembelajaran Ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai
Meningkatkan penguasaan hasil pembelajaran pelajar dalam amali Ibadah selepas

    menjalani pengajaran dan pembelajaran Ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai .



                                           Metodologi

Rekabentuk Kajian

Kajian ini dijalankan secara kajian tindakan menggunakan Model Kajian Tindakan Somekh

(Somekh 2006) yang melibatkan lapan fasa iaitu mengenal pasti masalah atau fokus yang

diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membentuk hipotesis, merancang pelan

tindakan, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan,

menganalisis dan menilai dan putaran seterusnya.



Responden Kajian

Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Jelebu melibatkan satu kelas Program Sijil Teknologi

Elektrik (Perkhidmatan dan Pemasangan) semester satu sesi Januari 2012 seramai 18 orang.

Kajian berlangsung dalam surau kolej dan perkarangannya.



Kaedah Pengumpulan Data

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data utama bagi mengesan keberkesanan

tindakan ialah temu bual refleksi pelajar. Data refleksi pelajar ini disokong oleh data-data

berikut:



Jadual 1: Data sokongan pelaksanaan pelan tindakan

Jenis Data Sokongan      Sumber                               Kaedah Analisis

Soal selidik Motivasi    Adaptasi daripada kajian Zuria et    Analisis deskriptif

Belajar                  al. (2002). Soal selidik diedarkan   menggunakan perisian SPSS
selepas setiap kali selesai sesi P&P   16.0 (skor min)

Markah Penilaian         Borang penilaian amali ibadah yang     Analisis deskriptif

Amali                    ditanda untuk menilai penguasaan       menggunakan peratusan.

                         ibadah



                                   Analisis Dapatan Kajian

Gelung pertama

Topik pengajaran dan pembelajaran (P&P) ibadah yang pertama ialah Konsep Bersuci (Rujuk

Lampiran A) dengan mengintegrasikan kecerdasan pelbagai dalam pendekatan, kaedah dan

teknik pengajaran.



Penilaian dan Refleksi

Hasil dapatan temu bual individu dan berkumpulan pelajar mendapati pelajar berasa seronok

dengan pengalaman mereka menjalani kaedah pembelajaran ibadah berbentuk amali

terutamanya amali wuduk menggunakan air yang terhad. Tema lain yang muncul daripada

temu bual ialah memperbaiki amalan semasa, keinginan mengamalkan ibadah dan cadangan

penambahbaikan.



Kenyataan peserta tentang penambahbaikan teknik amali, “Part yang ustazah suruh dua

orang buat amali wuduk, dua orang buat amali tayamum, saya rasa perlu semua orang buat.

Biar semua orang faham. Setiap orang buat wuduk pastu semua orang buat tayamum.”

(G1R1:9-12).



Data Deskriptif Motivasi Belajar

Secara keseluruhan, motivasi belajar berada pada tahap tinggi dengan skor min 6.3952.
Jadual 2: Analisis Nilai Min Motivasi Belajar Gelung 1

Aspek                                                           Nilai Min            Tahap

Perasaan terhadap subjek yang diajar                            6.33                 Tinggi

Perasaan terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini             6.44                 Tinggi

Perasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini         6.41                 Tinggi



Penilaian Penguasaan Amali

Pada awal penilaian, terdapat enam orang peserta kajian yang tidak sah wuduknya iaitu lima

orang didapati tidak meratakan air mengenai keseluruhan muka dan tangannya apabila

berwuduk menggunakan botol mineral. Baki seorang peserta didapati salah turutan rukun

wuduknya dalam amali wuduk menggunakan air paip. Kesemua enam peserta ini diberi

peluang melakukan amali wuduk sekali lagi dengan memperbaiki kesalahan sebelum.

Hasilnya seperti dalam jadual di atas, 83% peserta dapat berwuduk dengan sah dan sempurna

dengan sebahagian peserta berwuduk menggunakan botol mineral 500ml dan sebahagian lagi

menggunakan paip. Manakala, 17% peserta didapati sah wuduknya namun kurang sempurna

iaitu meninggalkan mana-mana sunat berwuduk Tiada pelajar yang tidak sah wuduknya. Bagi

amali tayamum, 100% pelajar mampu bertayamum dengan sempurna. Skema pemarkahan

amali adalah seperti berikut:

             Skor 0                             Skor 1                                Skor 2

           Tidak sah                   Sah tetapi kurang sempurna                Sah dan sempurna



Jadual 3: Skor Amali Ibadah Gelung 1

                Amali                       Skor 2            Skor 1        Skor 0    Bilangan peserta

Wuduk       menggunakan air terhad        9 (50%)         1 (6%)       -              18

            menggunakan air paip          6 (33%)         2 (11%)      -

Tayamum                                   18 (100%)       -            -              18
Perubahan tindakan

Daripada hasil dapatan dalam gelung kajian pertama ini, pengkaji membuat perubahan dari

segi teknik pengajaran amali berdasarkan refleksi pelajar. Manakala, pendekatan pengajaran

ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai dikekalkan (Rujuk Lampiran B).



Gelung Kedua

Sesi P&P kedua mengintrgrasikan kecerdasan pelbagai ini dijalankan ke atas topik Jenis-jenis

Najis dan Hadas serta Cara Menyucikannya.



Penilaian dan Refleksi

Temu bual individu pelajar yang sama sebelum ini dan temu bual berkumpulan mendapati

pelajar konsisten menyatakan keseronokan pembelajaran ibadah dengan teknik amali,

penggunaan bahan sebenar dalam amali dan aktiviti berkumpulan. Selain itu, pelajar juga

menyatakan pengalamannya mempelajari perkara baru dan keinginan mengamalkan ibadah.



Data Deskriptif Motivasi Belajar

Secara keseluruhan, motivasi belajar berada pada tahap tinggi dengan skor min 6.56.



Jadual 4: Analisis Nilai Min Motivasi Belajar Gelung 2

Aspek                                                     Nilai Min      Tahap

Perasaan terhadap subjek yang diajar                      6.57           Tinggi

Perasaan terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini       6.58           Tinggi

Perasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini   6.54           Tinggi
Penilaian Penguasaan Amali

Secara keseluruhannya, kesemua pelajar mampu menguasai kaedah menyucikan najis

mengikut jenisnya dengan betul dan menepati syariat. Kerjasama antara ahli kumpulan sangat

baik, terdapat seorang yang menerangkan kaedah menyucikannya sambil membantu ahli lain

menyucikan bahan yang terkena najis tersebut. Skema penilaian adalah seperti berikut:

0   Tidak Sah

    Sah tetapi tidak sempurna proses penyucian (tertinggal mana-mana langkah proses penyucian dan
2
    berlaku pembaziran air atau bahan)

4   Sah tetapi tidak sempurna proses penyucian (tertinggal mana-mana langkah proses penyucian)

6   Sah dan sempurna proses penyucian



Jadual 5: Skor Amali Ibadah Gelung 2

Amali                               Skor 6    Skor 4    Skor 2    Skor 0    Bilangan Peserta

Menyucikan najis mughallazah        5     -             -         -

Menyucikan najis mutawasitah        5         -         -         -
                                                                            18
Menyucikan najis mukhaffafah        5         -         -         -

Menyamak kulit binatang             3         -         -         -



Perubahan Tindakan

Pengkaji mengekalkan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran ibadah berasaskan

kecerdasan pelbagai seperti dalam gelung kedua kajian berikutan refleksi positif pelajar,

motivasi belajar dan penguasaan amali ibadah pelajar (Rujuk Lampiran C).



Gelung ketiga

Topik P&P yang ketiga ialah Amali Solat Jamak Qasar dan Solat ketika Sakit.
Penilaian dan Refleksi

Daripada hasil temu bual responden individu dan berkumpulan, pelajar memaparkan respon

yang konsisten daripada gelung pertama dan kedua kajian berkenaan pengalaman

pembelajaran. Pelajar juga mengaitkan ibadah dipelajari dengan kehidupan harian serta

menunjukkan kesedaran atas pengabaian ibadah wajib sebelum ini khususnya solat.



Data Deskriptif Motivasi Belajar

Secara keseluruhan, motivasi belajar berada pada tahap tinggi dengan skor min 6.67.



Jadual 6: Analisis Nilai Min Motivasi Belajar Gelung 3

Aspek                                                     Nilai Min      Tahap

Perasaan terhadap subjek yang diajar                      6.63           Tinggi

Perasaan terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini       6.75           Tinggi

Perasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini   6.63           Tinggi



Penilaian Penguasaan Amali

Secara keseluruhan, 100% pelajar yang dinilai mempamerkan penguasaan dalam kaedah

menyusun saf solat. Imam yang dilantik memantau susunan saf makmum sebelum solat.

Seterusnya, kesemua ahli dalam Kumpulan 1, 2 dan 3 melaksanakan solat jamak atau qasar

dan solat ketika sakit dengan sah dan sempurna berdasarkan soalan tugasan masing-masing.

Namun, Kumpulan 4 diberikan peluang kedua untuk menunaikan solat ketika duduk kerana

mereka tidak berdiri tegak semasa takbiratul ihram. Pada akhirnya, ahli kumpulan ini turut

berjaya melaksanakan tugasan dengan sah dan sempurna. Berikut adalah skema penilaian

amali ibadah kali ini yang terdiri daripada 3 bahagian penilaian;
Susunan saf

2       Saf yang tersusun dan betul kedudukannya

1       Saf yang tersusun tetapi tidak betul kedudukannya

0       Saf yang tidak tersusun dan tidak betul kedudukannya



Penilaian Solat Jamak Qasar dan Solat Ketika Sakit pula seperti di bawah:

                4                                  2                          0

        Sah dan sempurna             Sah tetapi kurang sempurna            Tidak sah



Jadual 7: Skor Amali Ibadah Gelung 3

Amali                                   Skor 4         Skor 2     Skor 0     Bilangan Peserta

Susunan saf                                      15               -

Solat Jamak/Qasar atau Jamak Qasar      15             -          -          15

Solat ketika sakit                      15             -          -




                                 Perbincangan dan Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya meningkatkan motivasi pelajar yang hadir

mengikuti kelas ibadah daripada awal kelas sehingga ke akhirnya berdasarkan tema refleksi

pelajar yang konsisten iaitu pengalaman pembelajaran yang seronok dengan amali,

penggunaan bahan sebenar dan aktiviti berkumpulan. Dapatan ini selari dengan kajian

Douglas et al. (2008) dan Akkuzu dan Akcay (2011) di mana penggunaan kecerdasan

pelbagai dalam P&P mampu meningkatkan motivasi pelajar dan komitmen terhadap tugasan.

Selain itu, kajian ini juga berjaya meningkatkan motivasi pelajar mengamalkan ibadah

dipelajari dalam kehidupan harian berdasarkan tema refleksi yang diperolehi secara konsisten

iaitu keinginan mengamalkan ibadah. Al-Qardhawi (1998) pernah membincangkan supaya

guru-guru agama tidak hanya menumpukan pengajaran agama kepada aspek teoritikal yang
kaku sahaja, malah memfokuskan kepada aspek pengamalannya sebagai hamba Allah.

Pengkaji berpendapat kaedah pengajaran yang berkesan sangat penting supaya pelajar melihat

ibadah bukanlah sesuatu yang rumit, tetapi sebagai jalan melahirkan rasa kehambaan kepada

Allah. Peserta kajian menyatakan ibadah yang dipelajari kelihatan mudah untuk dilaksanakan

serta bermotivasi melakukannya di luar kelas. Hal ini menunjukkan pelaksanaan kajian

berjaya menyentuh aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.



Seterusnya, motivasi belajar peserta kajian kekal berada pada tahap tinggi sepanjang

pelaksanaan kajian. Daripada tiga aspek yang terdapat dalam borang soal selidik, min

perasaan terhadap kelas berkaitan subjek Pendidikan Islam lebih tinggi dalam ketiga-tiga

gelung kajian berbanding aspek perasaan terhadap subjek yang diajar dan aspek perasaan

terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek Pendidikan Islam. Sebagai pendidik, harapan

supaya dengan terbentuknya motivasi pelajar terhadap kelas ibadah akan menjadi pendorong

pelajar mengamalkan ibadah tersebut secara konsisten. Hal ini kerana pendidik hanya mampu

memastikan pelajar memahami, meminati dan menasihati pelajar supaya tidak mengabaikan

ibadah fardhu. Namun, hidayah Allah yang memastikan ketekalan pelajar mengamalkannya

secara konsisten (Surah Al-Qasas: 56).



Penggunaan kecerdasan pelbagai dalam kajian ini ternyata tidak menyekat perkembangan

kemahiran pelajar dalam menguasai ibadah-ibadah yang dipelajari selari dengan dapatan

kajian Ikhsan dan Rohizani (2010). Kajian Ikhsan dan Rohizani mendapati perkembangan

sikap saintifik pelajar seiring dengan pemerolehan ilmu yang dipelajari. Demikian juga

penguasaan ibadah pelajar dalam kajian ini yang semakin bertambah baik daripada gelung

pertama hingga gelung ketiga kajian.
Elemen kecerdasan interpersonal dalam kajian ini menggunakan aktiviti berkumpulan sebagai

asas setiap aktiviti P&P. Kumpulan dibentuk daripada hari pertama kelas dan dikekalkan

sehingga akhir semester. Kajian mendapati aktiviti berkumpulan sesuai dengan kebanyakan

peserta kajian malah mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Perbincangan

berkumpulan dilakukan setiap kali kelas dan setiap ahli saling membantu dalam penjanaan

maklumat tentang konsep sesuatu ibadah di peringkat awal kelas. Namun, terdapat juga

responden yang menyatakan aktiviti berkumpulan hanya sesuai ketika membincangkan teori

di awal kelas dan mencadangkan amali dilakukan secara individu. Ini disokong oleh Teori

Andragogi (Knowles 1984) yang menyatakan pelajar dewasa mementingkan proses

berbanding isi kandungan dan cenderung mendapatkan maklum balas daripada penilaian

aktiviti pembelajaran yang dibuat. Disebabkan peruntukan masa hanya dua jam seminggu,

pengkaji mengambilkira pendapat tersebut dengan mengekalkan amali berkumpulan, namun

penglibatan dan penguasaan amali dinilai secara individu.



Kajian ini memberikan implikasi kepada:

a) Amalan pengajaran pengkaji sendiri sebagai seorang pensyarah agama di kolej komuniti.

    Kajian ini dapat menambah baik perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran

    pengkaji di samping menghasilkan modul pengajaran ibadah berasaskan kecerdasan

    pelbagai. Pengkaji boleh menggunakan modul dan pendekatan dalam kajian ini dalam

    pengajaran sesi akan datang sekiranya konteks bersesuaian.

b) Para pelajar yang mengikuti kajian tindakan. Kajian ini dapat meningkatkan motivasi

    mengikuti kelas ibadah dan motivasi mengamalkan ibadah dalam kehidupan. Selain itu,

    pelajar-pelajar ini dapat menguasai kemahiran melaksanakan ibadah tanpa ada keciciran.

c) Pendidik yang mengajar Pendidikan Islam dapat menjadikan kajian ini sebagai panduan

    dalam merancang dan melaksanakan P&P Ibadah kepada sasaran pelajar seperti di kolej
komuniti atau konteks yang bersesuaian. Guru atau pensyarah Pendidikan Islam

    disarankan mempelbagaikan teknik pengajaran menggunakan kecerdasan pelbagai

    mengikut kesesuaian topik dan pelajar.

d) Membuktikan Teori Kecerdasan Pelbagai boleh diserapkan dalam Pendidikan Islam

    khususnya bidang ibadah mengikut kesesuaian topik pengajaran, sasaran pelajar dan

    tempoh pengajaran. Aplikasi teori dalam kajian berupaya meningkatkan motivasi pelajar

    dan penguasaan ibadah pelajar.

e) Modul dalam kajian ini boleh digunakan oleh guru Pendidikan Islam atau pensyarah

    agama di kolej komuniti. Modul ini menekankan pembelajaran ibadah perlu kepada

    aktiviti amali setiap individu pelajar kerana belajar ibadah tanpa amali bagi pelajar

    berkecerdasan kinestetik seperti sasaran kajian menyebabkannya tidak kekal di ingatan

    dan kurang difahami aplikasinya.



Berikut merupakan cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan ke arah memperbaiki mutu

pendidikan khususnya Pendidikan Islam. Cadangan tersebut ialah:

a) Menjalankan kajian penggunaan kecerdasan pelbagai ini dalam bidang lain dalam

    Pendidikan Islam selain ibadah seperti akidah, akhlak, tasawwur Islam dan sebagainya.

    Pengadaptasian teori pembelajaran Barat dalam kerangka Pendidikan Islam boleh dilihat

    kesesuaiannya dengan melihat impak pelaksanaannya.

b) Sasaran kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar Sijil Teknologi Elektrik di Kolej

    Komuniti Jelebu sahaja. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kajian tindakan yang sama

    boleh dijalankan di kolej-kolej lain atau institusi teknikal   yang lain untuk melihat

    kecenderungan corak pembelajaran pelajar jurusan teknikal dalam kelas agama yang

    dapat meningkatkan motivasi.
c) Menjalankan kajian penggunaan kecerdasan pelbagai ini dalam reka bentuk eksperimen

    supaya dapat membanding beza kesan kaedah pengajaran tradisional dengan kaedah

    pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai.

d) Kajian lanjutan boleh digunakan dengan membangunkan modul pengajaran dan

    pembelajaran menggunakan kesemua jenis kecerdasan pelbagai untuk melihat kesannya

    kepada pelajar.



Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu memperbaiki amalan pengajaran pengkaji dalam

menggalakkan minat pelajar terhadap kursus Pendidikan Islam khususnya kelas ibadah. Di

samping itu, kajian ini boleh memberikan idea atau contoh modul kepada pendidik agama

sebagai keperluan untuk kita mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kesesuaian

pelajar dan kandungan pelajaran. Hal ini supaya pembelajaran berlaku dengan menyentuh

aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar sehingga mampu melahirkan generasi Rabbani

yang cermerlang minda, akhlak dan peribadi.
Rujukan

Al-Quran al-Karim.

Akkuzu, N. & Akcay, H. 2011. The Design of a Learning Environment Based on the Theory

     of Multiple Intelligence and the Study its Effectiveness on the Achievemnets, Attitudes

     and Retention of Students. Procedia Computer Science. 3 (2011): 1003-1008.

Al-Qardhawi, Yusuf. 1998. Ibadah dalam Islam. Penterjemah: H. Umar Fanani. Surabaya:

     PT, Bina Ilmu.

Armstrong, T. 1994. Multiple Intelligences in the Classroom. Alexandria: Association for

     Supervision and Curriculum Development.

Barrington, E. 2004. Teaching to student diversity in higher education: how Multiple

     Intelligence Theory can help. Teaching in Higher Education. 9 (4): 421- 434.

Douglas, O., Burton, K.S., Durham, N.R. 2008. The Effects of the Multiple Intelligence

     Teaching Strategy on the Academic Achievement of Eighth Grade Math Students.

     Journal of Instructional Psychology. 35 (2):182-187.

Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub. 2010. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam

     Pelaksanaan Kurikulum. Asia Pacific Journal of Educators and Education. 25: 21-32.

Knowles, M. 1984. The Adult Learner: A Neglected Species (3rd Ed.). Houston, TX: Gulf

     Publishing.

Laporan Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Jelebu 2010. 2010. Jelebu: Kolej Komuniti

     Jelebu.

Laporan Bengkel Smart Solat Kolej Komuniti Jelebu. 2011. Jelebu: Kolej Komuniti Jelebu.

Laporan Sesi Kaunseling Pelajar Kolej Komuniti Jelebu 2007-2009. 2009. Jelebu: Kolej

     Komuniti Jelebu

Lob, Sau Cheong. 2004. Transfer of Learning among Malaysian Learners. Masalah

     Pendidikan. 27: 99-108.
Mustafa Serdar & Mustafa. 2007. The Effect of Multiple Intelligences Theory-based

     Instruction on Attitudes Towards the Course, Academic Success and Permanence of

     Teaching on the Topic of Respiratory Systems. Educational Sciences: Theory &

     Practice. 7 (11): 231-239.

Siti Nurul Mahfuzah. 2010. Learning Tool for Malaysian Community College Based on

     Multiple Intelligence. Prosiding Seminar Penyelidikan Kolej Komuniti Negeri Melaka

     2010: 1-9.

Somekh, B. 2006. Action Research: a Methodology for Change and Development.

     Maidenhead: Open University Press.

Zainab Othman. 2010. Gejala Ponteng di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti, Kementerian

     Pengajian Tinggi. Prosiding Seminar Kebangsaan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti

     2010.: 14-19.

Zuria, Mohammad & Thantawi Jauhari. 2002. Persepsi Pelajar ke Atas Amalan Kod Etika

     Professional Pensyarah dan Kesannya Ke Atas Motivasi Belajar Pelajar. Prosiding

     Seminar Kebangsaan Profesional Perguruan. 401-415.
LAMPIRAN

Lampiran A: Rancangan Pengajaran Harian 1

_____________________________________________________________________

Kursus: Pendidikan Islam                                 Kursus: JLE 1

Unit: Ibadah-ibadah Khusus                               Kedatangan: /18

Topik: Konsep Taharah (Bersuci)                          Tajuk: Wuduk dan Tayamum

Masa Pertemuan: 8.15 pagi – 10.15 pagi                   Tarikh:

________________________________________________________________________

Objektif P&P:

Pada akhir P & P pelajar dapat:

          Pelajar mengetahui konsep dan kepentingan taharah dalam kehidupan.

          Pelajar dapat membezakan perkara rukun dan sunat dalam berwuduk

          Pelajar dapat berwuduk dengan sempurna

          Pelajar dapat bertayamum dengan sempurna

________________________________________________________________________

Bahan Bantu Mengajar:

Borang Penilaian Amali (Lampiran 1.1), Lembaran Latihan Wuduk (Lampiran 1.2), debu tanah, botol

air mineral 500ml.



Pengetahuan Sedia Ada Pelajar:

Pelajar telah melalui pengalaman pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah merangkumi

topik wuduk dan tayamum.



  Langkah &                      Kaedah, Teknik dan Aktiviti Pengajaran               Jenis

     Masa                                                                           Kecerdasan

Set Induksi          1. Pelajar membaca doa diketuai oleh seseorang (mengikut

5 minit              giliran).                                                  Kecerdasan
2. Guru menunjukkan air daripada botol mineral sambil bertanya   Bahasa

                 apakah yang boleh dibuat dengan air ini selain diminum?

                 3. Pelajar meneka air tersebut boleh dibuat berwuduk.

                 4. Guru mengaitkan jawapan tersebut dengan tajuk

                 pembelajaran.

                 5. Guru menerangkan objektif pembelajaran.

Isi Satu      SuSumbangsaran berkumpulan

Pembahagian      Pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan dan diberi soalan:         Kecerdasan

Taharah    dan Mengapakah Islam mementingkan soal kebersihan dan dan              Bahasa,

Kepentingannya   kesucian setiap masa?                                            Kinestetik

30 minit         K1: Sudut Ibadah

                 K2: Sudut Kesihatan

                 K3: Sudut Hubungan Sosial

                 K4: Sudut Alam Sekitar



                 Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Guru

                 mengaitkan dengan pembahagian taharah; suci dalaman dan suci

                 luaran.

Isi Dua          Amali wuduk                                                      Kecerdasan

Wuduk            Pelajar diberi Borang Penilaian Wuduk. Secara berpasangan,       Kinestetik,

50 minit         pelajar diminta berwuduk sambil diperhatikan pasangan dan        Interpersonal

                 guru. Penilaian dilakukan.



                 Arahan amali terbahagi kepada 2:

                 1.Sebahagian pelajar golongan awal diminta berwuduk

                 menggunakan air paip sempurna segala rukun dan sunat.

                 2. Sebahagian lain diminta berwuduk menggunakan sebotol air
mineral dengan menyempurnakan perkara rukun sahaja.

           Pelajar yang menungu giliran diminta menjawab latihan wuduk.      Kecerdasan

           Setelah selesai amali wuduk, pelajar diminta mereflek kesalahan   bahasa,

           yang biasa dilakukan ketika berwuduk.                             interpersonal,

                                                                             intrapersonal

           Guru mengaitkan dengan dalil bersuci, dan kelebihan berwuduk.

Isi Tiga   Guru bersoal jawab tentang keharusan tayammum.                    Kecerdasan

Tayamum                                                                      Interpersonal,

30 minit   Amali Tayammum                                                    Kinestetik

           1. Setiap kumpulan telah diminta membawa debu tanah masing-

           masing.

           2. Seorang pelajar dipanggil sebagai model tayammum. Pelajar

           lain memberi pandangan sama ada betul atau salah amali

           tayamum model tersebut.

           3. Pelajar melakukan amali tayammum dalam kumpulan dengan

           pemerhatian guru. Penilaian dilakukan.

Penutup    Pelajar diminta memberi satu isi pelajaran baru yang dapat

5 minit    dipelajari pada sesi itu. Guru membuat kesimpulan bahawa

           Islam amat menitik beratkan kebersihan dan kesucian setiap

           masa khususnya dalam beribadat.
Lampiran B: Rancangan Pengajaran Harian 2

________________________________________________________________________

Kursus: Pendidikan Islam                                  Kursus: JLE 1

Unit: Ibadah-ibadah Khusus                                Kedatangan: /18

Tajuk: Jenis-jenis Najis dan Hadas serta Cara Menyucikannya

Masa Pertemuan: 8.15 pagi – 10.15 pagi                    Tarikh:

________________________________________________________________________

Objektif P&P:

Pada akhir P & P pelajar dapat:

          Menyatakan jenis-jenis najis dan menerangkan cara menyucikannya.

          Menyatakan jenis-jenis hadas dan menerangkan cara menyucikannya.

          Menyatakan cara menyamak kulit binatang.

________________________________________________________________________

Bahan Bantu Mengajar:

Carta Jenis-jenis Najis dan Hadas serta Cara Menyucikannya, Kain Pelekat, Gayung, Tuala Kecil

(menggantikan kulit lembu), Tawas, Artikel tentang najis dan hadas.

________________________________________________________________________

Pengetahuan Sedia Ada Pelajar:

Pelajar telah menguasai amali wuduk dan tayamum dalam topik sebelum ini.



Langkah        & Kaedah, Teknik dan Aktiviti Pengajaran                                Jenis

Masa                                                                                   Kecerdasan

Set Induksi     1. Pelajar duduk dalam separa bulatan besar.

5 minit          2. Kelas dimulakan dengan bacaan doa.                                 Kecerdasan

                    3. Guru menegur terdapat bau najis kucing dalam surau.             Kinestetik,

                    4. Pelajar tercari-cari najis tersebut dan guru mengaitkan najis   Bahasa

                    tersebut dengan tajuk pembelajaran.
Isi Satu           Perbincangan Berkumpulan                                          Kecerdasan

Pembahagian 1. Setiap pelajar dibekalkan dengan lembaran artikel tentang najis dan   Kinestetik,

najis, hadas dan hadas.                                                              Bahasa.

cara          2.

penyuciannya. 3. Hasil perbincangan berkumpulan berpandukan artikel, pelajar

25 minit           mengisi lembaran carta berkenaan pembahagian najis, hadas dan

                   cara penyuciannya.

              4.

              5. Guru membincangkan jawapan setiap kumpulan dalam kelas dan

                   menerangkan secara keseluruhan konsep najis dan hadas.

Isi Dua            Demonstrasi                                                       Kecerdasan

Simulasi Mandi Seorang model daripada pelajar dipanggil ke hadapan untuk Kinestetik

Wajib              menunjukkan simulasi cara mandi wajib yang sempurna. Pelajar

15 minit           lain mengulas langkah-langkah mandi wajib model tersebut sama

                   ada tepat atau tidak.

Isi Tiga           Amali Menyucikan Najis                                            Kecerdasan

60 minit           1.Pelajar dikelompokkan dalam 4 kumpulan untuk menjalani amali    Kinestetik,

                   menyucikan najis di perkarangan surau.                            Interpersonal

                   K1: Mencuci Najis Mukhaffafah

                   K2: Mencuci Najis Mutawasitah

                   K3: Mencuci Najis Mughallazah

                   K4: Menyamak Kulit Binatang



                   2.Setiap kumpula mengambil bahan dan peralatan yang berkaitan

                   dengan soalan tugasan amali.
3.Pelajar berbincang ringkas dalam kumpulan.



           4. Setiap kumpulan melakukan amali sambil diperhatikan oleh

           kumpulan lain.



           5.Sekiranya ada pelajar yang tidak boleh melakukan amali, peluang

           kedua diberikan dengan bantuan ahli kumpulan.

10 minit   Refleksi Aktiviti Amali                                             Kecerdasan

           Setelah selesai amali menyucikan najis, pelajar diminta mereflek    bahasa,

           aktiviti amali tersebut: Apa perkara baru yang dapat kamu pelajari intrapersonal

           dalam amali ini? Apa kesalahan kerap dilakukan dalam

           menyucikan najis atau hadas?

Rumusan    Guru merumuskan isi pengajaran dan pembelajaran dan mengaitkan      Kecerdasan

5 minit    dengan kepentingan kebersihan dalam Islam.                          Bahasa
Lampiran C: Rancangan Pengajaran Harian 3

________________________________________________________________________

Subjek: Pendidikan Islam                                   Kursus: JLE 1

Unit: Ibadah-ibadah Khusus                                 Kedatangan: /18

Tajuk: Amali Solat Jamak Qasar dan Solat Ketika Sakit

Masa Pertemuan: 8.15 pagi – 10.15 pagi                     Tarikh:

________________________________________________________________________

Objektif P&P:

Pada akhir P & P pelajar dapat:

          Mempraktikkan amali solat jamak dan qasar dengan betul.

          Mengetahui cara-cara bersolat ketika sakit.

________________________________________________________________________

Bahan Bantu Mengajar:

Gambar, Artikel mengandungi gambar kaedah solat ketika sakit, Soalan tugasan, Kerusi, Bantal

________________________________________________________________________

Pengetahuan Sedia Ada Pelajar:

Pelajar mengetahui cara bersuci sebelum solat, pelajar pernah belajar tentang solat fardhu di peringkat

sekolah rendah dan menengah.



Langkah & Aktiviti                                                                       Jenis

Masa                                                                                     Kecerdasan

Set Induksi 1. Pelajar duduk dalam separa bulatan besar.

5 minit       2. Kelas dimulakan dengan bacaan doa.                                      Kecerdasan

              3. Guru menayangkan dua keping gambar tentang lelaki muda bertongkat Visual,

                 sedang menuruni tangga dan gambar lelaki berkerusi roda sedang solat    Kecerdasan

                 berjemaah.                                                              Bahasa

              4. Pelajar meneka isi pembelajaran tentang solat ketika sakit.
Isi Satu   1. Setiap kumpulan diagihkan artikel yang berbeza tentang kepentingan

Kepentingan   dan faedah/hikmah solat dari pelbagai sudut.                               Kecerdasan

Solat      2. Pelajar dikehendaki berbincang, memahami dan mengeluarkan isi Bahasa,

20 minit      penting untuk dibentangkan. Guru akan masuk ke dalam perbincangan

              kumpulan mengikut giliran untuk merangsang idea dengan soalan              Kecerdasan

              terarah.                                                                   Interpersonal

           3. Setiap kumpulan membentang faedah solat.

           4. Guru merumuskan kepentingan dan faedah solat dari sudut spiritual,

              fizikal dan emosi didasari oleh dalil Al-Quran, Hadis dan kajian

              saintifik.

Isi Dua       Amali Solat Jamak Qasar dan Solat Ketika Sakit                             Kecerdasan

Solat Ketika Setiap kumpulan diberi nota bergambar dan tugasan yang berbeza Kinestetik,
           1.

Sakit         tentang pelaksanaan solat ketika sakit dan solat jamak qasar.              Interpersonal

60 minit   2. Pelajar diberi peluang berbincang dalam kumpulan dan membuat

              persediaan amali.

           3. Pelajar mempersembahkan tugasan masing-masing di hadapan kelas

              sambil dinilai oleh guru.

           4. Pelajar yang silap melakukan amali ditegur dan diberi peluang kedua

              sambil dibantu oleh ahli kumpulan.

Isi Tiga   1. Guru memilih wakil seorang pelajar memperdengarkan bacaan solat            Kecerdasan

Bacaan        dan melantik yang fasih bacaannya sebagai ketua.                           Bahasa

dalam Solat 2. Ketua     mendengar   bacaan   rakan    sekumpulan     dan     membantu

30 minit      memperbaikinya.

           3. Tasmi’ disambung selepas kelas sekiranya tidak habis.

Rumusan       Guru merumuskan isi pembelajaran dan menekankan kepentingan solat

5 minit       sebagai hak Allah yang perlu dipenuhi.
Lampiran D: Soal Selidik Motivasi Belajar

Berikut merupakan soal selidik bagi mendapatkan maklumat motivasi belajar responden.

Anda diminta membulatkan skala bipolar bagi menunjukkan sokongan anda terhadap setiap

kenyataan di bawah.



A. Perasaan anda terhadap subjek yang diajar adalah

1   Tidak Bermotivasi        1    2    3    4   5     6   7    Sangat Bermotivasi

2   Bosan                    1    2    3    4   5     6   7    Sangat Menarik

3   Tidak Berminat           1    2    3    4   5     6   7    Sangat Berminat

4   Tiada Perasaan           1    2    3    4   5     6   7    Sangat Menjiwai

5   Berat Hati               1    2    3    4   5     6   7    Sangat Ternanti-nanti



B. Perasaan anda terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini adalah

1   Tidak Bermotivasi        1    2    3    4   5     6   7    Sangat Bermotivasi

2   Bosan                    1    2    3    4   5     6   7    Sangat Menarik

3   Tidak Berminat           1    2    3    4   5     6   7    Sangat Berminat

4   Tiada Perasaan           1    2    3    4   5     6   7    Sangat Menjiwai

5   Berat Hati               1    2    3    4   5     6   7    Sangat Ternanti-nanti



C. Perasaan anda terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini adalah

1   Tidak Bermotivasi        1    2    3    4   5     6   7    Sangat Bermotivasi

2   Bosan                    1    2    3    4   5     6   7    Sangat Menarik

3   Tidak Berminat           1    2    3    4   5     6   7    Sangat Berminat

4   Tiada Perasaan           1    2    3    4   5     6   7    Sangat Menjiwai

5   Berat Hati               1    2    3    4   5     6   7    Sangat Ternanti-nanti

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Rph bahasa arab kssr
Rph bahasa arab kssrRph bahasa arab kssr
Rph bahasa arab kssrSiti Khadijah
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliFATINATUL HUSNA
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamMohd Aizat
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatKhasim Din
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranNik Mat
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)FaFai S.
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Guru sebagai agen sosial
Guru sebagai agen sosial Guru sebagai agen sosial
Guru sebagai agen sosial mashmello2
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiShamsul Amir
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8khaidiny
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahamira nurfahmida
 

Was ist angesagt? (20)

Rph bahasa arab kssr
Rph bahasa arab kssrRph bahasa arab kssr
Rph bahasa arab kssr
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazali
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumat
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaranTajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Guru sebagai agen sosial
Guru sebagai agen sosial Guru sebagai agen sosial
Guru sebagai agen sosial
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawi
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 

Andere mochten auch

Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Borang penilaian pafa ( kelompok tahun 6 )
Borang penilaian pafa ( kelompok tahun 6 )Borang penilaian pafa ( kelompok tahun 6 )
Borang penilaian pafa ( kelompok tahun 6 )hidayahhussin
 
Pelaksanaan PPsi
Pelaksanaan PPsiPelaksanaan PPsi
Pelaksanaan PPsigpbsmkjk
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakanguest410d715
 
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHPELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHSyaza Mohd Sabri
 
Borang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukan
Borang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukanBorang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukan
Borang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukanAdnan Nan
 
Borang soal selidik-tingkah_laku_emosi_k
Borang soal selidik-tingkah_laku_emosi_kBorang soal selidik-tingkah_laku_emosi_k
Borang soal selidik-tingkah_laku_emosi_kmariulfah
 
Kem bestarisolattahun4
Kem bestarisolattahun4Kem bestarisolattahun4
Kem bestarisolattahun4Pak Tih Sbk
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)muhammad
 
Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3Mohd Noor Noor
 
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mentalMalenna Omar
 
17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sainsEmi Emi Abdul Rasid
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Noor Aini Samsusah
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Cma Usin
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikCg Sue
 

Andere mochten auch (20)

Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang penilaian pafa ( kelompok tahun 6 )
Borang penilaian pafa ( kelompok tahun 6 )Borang penilaian pafa ( kelompok tahun 6 )
Borang penilaian pafa ( kelompok tahun 6 )
 
Penilaian Pafa
Penilaian PafaPenilaian Pafa
Penilaian Pafa
 
Pelaksanaan PPsi
Pelaksanaan PPsiPelaksanaan PPsi
Pelaksanaan PPsi
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
 
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAHPELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
PELAKSANAAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DI SEKOLAH
 
Borang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukan
Borang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukanBorang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukan
Borang kaji selidik perlaksanaan 1 murid 1 sukan
 
Borang soal selidik-tingkah_laku_emosi_k
Borang soal selidik-tingkah_laku_emosi_kBorang soal selidik-tingkah_laku_emosi_k
Borang soal selidik-tingkah_laku_emosi_k
 
Kem bestarisolattahun4
Kem bestarisolattahun4Kem bestarisolattahun4
Kem bestarisolattahun4
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)
 
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURANKEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
 
Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3Pentadbiran IKP Ting 3
Pentadbiran IKP Ting 3
 
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
1. garis panduan psikososial dan kesejahteraan mental
 
17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains17729664 kajian-tindakan-an-sains
17729664 kajian-tindakan-an-sains
 
Soal selidik plg525 kepimpinan
Soal selidik plg525 kepimpinanSoal selidik plg525 kepimpinan
Soal selidik plg525 kepimpinan
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1
 
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar d...
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Ähnlich wie 40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah

ARTIKEL JURNAL SKRIPSI EKSPERIMEN
ARTIKEL JURNAL SKRIPSI EKSPERIMENARTIKEL JURNAL SKRIPSI EKSPERIMEN
ARTIKEL JURNAL SKRIPSI EKSPERIMENDina Adilah
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkQbarrizky
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkQbarrizky
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Muhammad Nazri Abdul Halim
 
Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran Kemahiran...
Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran...Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran...
Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran Kemahiran...761117105188
 
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfs_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfMyData19
 
Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11johar
 
Makalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoMakalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoYohanes Purwanto
 
Skripsi zuraida akhir
Skripsi zuraida akhirSkripsi zuraida akhir
Skripsi zuraida akhirAmrizal Ahmad
 
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...sushanblue
 
66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e
66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e
66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38eRoem Meuneuh
 
72 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-2020071172 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-20200711thamil arasi
 
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Harsidi Side
 

Ähnlich wie 40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah (20)

ARTIKEL JURNAL SKRIPSI EKSPERIMEN
ARTIKEL JURNAL SKRIPSI EKSPERIMENARTIKEL JURNAL SKRIPSI EKSPERIMEN
ARTIKEL JURNAL SKRIPSI EKSPERIMEN
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Jon hendri tugas ptk
Jon hendri tugas ptkJon hendri tugas ptk
Jon hendri tugas ptk
 
Ipi22489
Ipi22489Ipi22489
Ipi22489
 
kajian tindakaku
kajian tindakakukajian tindakaku
kajian tindakaku
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
 
Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran Kemahiran...
Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran...Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran  Kemahiran...
Faktor Motivasi Ke Atas Pelajar Beraliran Agama Dalam Pembelajaran Kemahiran...
 
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfs_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
 
Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11
 
Makalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoMakalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwanto
 
Proposal skripsi
Proposal skripsiProposal skripsi
Proposal skripsi
 
PTK METODE NTH
PTK METODE NTHPTK METODE NTH
PTK METODE NTH
 
Bab 1 3
Bab 1 3Bab 1 3
Bab 1 3
 
3. bab i
3. bab i3. bab i
3. bab i
 
Skripsi zuraida akhir
Skripsi zuraida akhirSkripsi zuraida akhir
Skripsi zuraida akhir
 
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
Penggunaanmediaanimasidalammodelpembelajaranlangsunguntukmeningkatkanhasilbel...
 
66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e
66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e
66cb960420eb1b91ec2a8253e23de38e
 
72 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-2020071172 article text-213-3-10-20200711
72 article text-213-3-10-20200711
 
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
 

40 penggunaan-kecerdasan-pelbagai-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-ibadah

  • 1. PENGGUNAAN KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH NURSAFRA BINTI MOHD ZHAFFAR Kolej Komuniti Jelebu, KPT Emel: saff07@yahoo.com WAN ALI AKBAR BIN WAN ABDULLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu Emel: wanaliakbar@yahoo.com DR AB HALIM BIN TAMURI Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence) menyatakan terdapat lapan jenis kecerdasan utama yang berbeza-beza kekuatannya dalam diri setiap pelajar. Justeru, guru perlu kreatif dalam merangsang kecerdasan pelbagai yang dimiliki pelajar-pelajar agar mereka memperoleh pengalaman dan hasil pembelajaran semaksimum mungkin. Kajian tindakan ini dijalankan ke atas 18 orang pelajar lelaki kursus Sijil Teknologi Elektrik (PW2) semester satu Sesi Januari 2012 Kolej Komuniti Jelebu dalam silibus ibadah. Sebanyak tiga gelung kajian dijalankan selama satu bulan untuk meningkatkan motivasi dan penguasaan amali ibadah pelajar menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai fokus kepada kecerdasan bahasa, kinestetik dan interpersonal. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual, tinjauan soal selidik dan markah penilaian amali pelajar bagi mengumpul
  • 2. data tentang keberkesanan tindakan. Analisis dapatan menunjukkan pendekatan ini berjaya meningkatkan motivasi dan pengusaan amali ibadah pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membantu menambahbaik amalan pengajaran guru agama untuk meningkatkan motivasi pelajar mengikuti dan mengamalkan ibadah ke arah melahirkan generasi Rabbani yang cemerlang. Kata kunci: Teori Kecerdasan Pelbagai, Motivasi, Penguasaan Ibadah, Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah, Pengajaran Berpusatkan Pelajar Tinjauan Literatur Teori Kecerdasan Pelbagai merupakan satu pendekatan berpusatkan pelajar yang boleh diintegrasikan dalam strategi pengajaran guru Pendidikan Islam bagi memenuhi kepelbagaian pelajar dari sudut keupayaan kognitif dalam menerima rangsangan daripada persekitaran. Amnya, institusi pengajian tinggi menumpukan kepada dua jenis kecerdasan sahaja; kecerdasan verbal / bahasa dan logik / matematik. Namun, setiap pelajar mempunyai cara berbeza bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran. Barrington (2004) menyatakan Teori Kecerdasan Pelbagai relevan kepada pengajaran peringkat pengajian tinggi sebagai respon kepada kepelbagaian pelajar dari sudut bidang pengajian, jantina, bangsa, etnik, latar belakang akademik dan asal-usul. Kajian (Barrington 2004) menunjukkan kesemua (n=21) pensyarah daripada Institut Pendidikan Vokasional, Hong Kong bersetuju bahawa kualiti pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya teori ini diaplikasikan dalam kelas. Banyak kajian telah menunjukkan kesan positif daripada aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Siti Nurul Mahfuzah & Mohd Azran 2010; Douglas 2008; Mustafa & Mustafa Serdar 2007). Melalui kajian Siti Nurul Mahfuzah dan
  • 3. Mohd Azran (2010) ke atas pelajar-pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan pembelajaran Teknologi Maklumat dalam ujian pos selepas pengajaran menggunakan perisian interaktif berasaskan Kecerdasan Pelbagai. Pelajar- pelajar didapati seronok belajar menggunakan perisian yang dibangunkan serta mampu merangsang kemahiran dan ilmu pelajar berbanding pengajaran tradisional. Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai ke dalam pengajaran Ibadah diharap dapat memberikan pembelajaran bermakna kepada pelajar di mana mereka dapat menggunakan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Ianya juga merupakan strategi guru untuk merubah pembelajaran pasif kebanyakan pelajar dalam kelas di Malaysia (Lob 2004) kepada pembelajaran aktif. Refleksi Masalah Pelajar-pelajar Kolej Komuniti merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan datang daripada pelbagai latar belakang keluarga, pendidikan, taraf ekonomi dan minat. Seharusnya pensyarah menyampaikan pengajaran dengan mengambilkira aspek kepelbagaian tersebut bagi mewujudkan pembelajaran bermakna (Barrington 2004). Ini kerana kelemahan penyampaian pengajaran oleh pensyarah antara faktor pelajar ponteng kelas dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti (Zainab 2010). Menurut Laporan Sesi Kaunseling Pelajar Kolej Komuniti Jelebu (2007-2010), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 20% daripada pelajar-pelajarnya terlibat dengan kes ponteng1 kelas pada tahun 2007. Gejala ponteng dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti didapati semakin berleluasa dan tidak terkecuali kelas Pendidikan Islam. 1 Ponteng di sini bermaksud tidak hadir ke kelas melebihi 20% jumlah kehadiran dan hadir ke kelas lewat tanpa alasan yang munasabah.
  • 4. Seterusnya, gejala ponteng kelas membawa kepada pencapaian yang tidak memuaskan. Markah Amali Ibadah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di Kolej Komuniti mewakili 40% daripada keseluruhan markah. Oleh itu, kegagalan pelajar menghadirkan diri ke kelas menyebabkan amali ibadah mereka tidak dicerap dan mempengaruhi sebahagian besar markah Pendidikan Islam. Menurut statistik peratusan pencapaian pelajar kursus Pendidikan Islam Kolej Komuniti Jelebu tiga semester kebelakangan, kebanyakan kelas menunjukkan keputusan yang tidak homogenus dengan serakan markah pencapaian akhir pelajar terlalu luas. Peratusan pelajar yang lulus cemerlang hampir sama dengan peratusan pelajar gagal dalam peperiksaan akhir Pendidikan Islam. Selain itu, data menunjukkan peratusan pelajar cemerlang daripada ketiga-tiga semester terlalu sedikit manakala, separuh daripada pelajar mendapat keputusan sederhana dan lemah iaitu markah 60% ke bawah. Selain isu ponteng dan pencapaian akademik, satu lagi isu penting dalam Pendidikan Islam ialah berkaitan penguasaan pelajar dalam amali ibadah-ibadah khusus dan pengamalannya. Seterusnya, menurut Laporan Amali Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Jelebu untuk subjek SPA 101 – Pendidikan Islam (2009-2010), 10% pelajar tidak menguasai bacaan Tahiyat Akhir, manakala sebahagian kecil sahaja iaitu 39% pelajar menguasai amali wuduk dengan sempurna perkara rukun dan sunatnya. Di samping itu, terdapat juga kelemahan dalam penguasaan bacaan-bacaan sunat seperti Doa Iftitah dan Doa Qunut. Kegagalan pelajar menguasai perkara rukun dalam wuduk dan solat perlu dipandang serius walaupun peratusannya kecil kerana pelajar-pelajar ini telah melalui pengalaman pembelajaran Pendidikan Islam khususnya mempelajari tentang solat dan bersuci di sekolah rendah dan sekolah menengah.
  • 5. Seterusnya, menyentuh isu pengamalan solat dalam kehidupan harian pelajar-pelajar di Kolej Komuniti Jelebu. Menurut Laporan Bengkel Smart Solat Kolej Komuniti Jelebu (2011), 100% responden (n=31) yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester akhir pengajian Sijil Sepenuh Masa tidak menunaikan solat fardhu dengan lengkap 5 waktu sehari semalam. Antara alasan tidak menunaikan solat fardhu ialah malas, pengaruh rakan dan tidak diberi dorongan. Laporan ini menunjukkan pelajar tidak bermotivasi secara berterusan untuk menunaikan solat wajib. Fokus Kajian Daripada kesemua isu di atas berkaitan ponteng, pencapaian keseluruhan kursus Pendidikan Islam, penguasaan ibadah dan motivasi melaksanakannya di luar daripada kelas menunjukkan satu tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Pengkaji berhasrat melaksanakan kajian tindakan ke atas pelajar yang mengambil kursus Pendidikan Islam dengan mengintegrasikan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran topik Ibadah kerana secara teorinya, strategi kecerdasan pelbagai ini mampu meningkatkan motivasi, pencapaian dan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang sukar dilupakan (Armstrong 1994), di samping tidak menyekat pelajar menguasai sesuatu kemahiran dan nilai (Ikhsan & Rohizani 2010). Kajian ini memfokuskan pengintegrasian tiga jenis kecerdasan pelbagai sahaja iaitu kecerdasan bahasa, kinestetik dan interpersonal dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah. Objektif Kajian Meningkatkan motivasi pelajar mengikuti kelas ibadah selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran Ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai. Meningkatkan motivasi pelajar mengamalkan ibadah dipelajari di luar kelas selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran Ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai
  • 6. Meningkatkan penguasaan hasil pembelajaran pelajar dalam amali Ibadah selepas menjalani pengajaran dan pembelajaran Ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai . Metodologi Rekabentuk Kajian Kajian ini dijalankan secara kajian tindakan menggunakan Model Kajian Tindakan Somekh (Somekh 2006) yang melibatkan lapan fasa iaitu mengenal pasti masalah atau fokus yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membentuk hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai dan putaran seterusnya. Responden Kajian Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Jelebu melibatkan satu kelas Program Sijil Teknologi Elektrik (Perkhidmatan dan Pemasangan) semester satu sesi Januari 2012 seramai 18 orang. Kajian berlangsung dalam surau kolej dan perkarangannya. Kaedah Pengumpulan Data Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data utama bagi mengesan keberkesanan tindakan ialah temu bual refleksi pelajar. Data refleksi pelajar ini disokong oleh data-data berikut: Jadual 1: Data sokongan pelaksanaan pelan tindakan Jenis Data Sokongan Sumber Kaedah Analisis Soal selidik Motivasi Adaptasi daripada kajian Zuria et Analisis deskriptif Belajar al. (2002). Soal selidik diedarkan menggunakan perisian SPSS
  • 7. selepas setiap kali selesai sesi P&P 16.0 (skor min) Markah Penilaian Borang penilaian amali ibadah yang Analisis deskriptif Amali ditanda untuk menilai penguasaan menggunakan peratusan. ibadah Analisis Dapatan Kajian Gelung pertama Topik pengajaran dan pembelajaran (P&P) ibadah yang pertama ialah Konsep Bersuci (Rujuk Lampiran A) dengan mengintegrasikan kecerdasan pelbagai dalam pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Penilaian dan Refleksi Hasil dapatan temu bual individu dan berkumpulan pelajar mendapati pelajar berasa seronok dengan pengalaman mereka menjalani kaedah pembelajaran ibadah berbentuk amali terutamanya amali wuduk menggunakan air yang terhad. Tema lain yang muncul daripada temu bual ialah memperbaiki amalan semasa, keinginan mengamalkan ibadah dan cadangan penambahbaikan. Kenyataan peserta tentang penambahbaikan teknik amali, “Part yang ustazah suruh dua orang buat amali wuduk, dua orang buat amali tayamum, saya rasa perlu semua orang buat. Biar semua orang faham. Setiap orang buat wuduk pastu semua orang buat tayamum.” (G1R1:9-12). Data Deskriptif Motivasi Belajar Secara keseluruhan, motivasi belajar berada pada tahap tinggi dengan skor min 6.3952.
  • 8. Jadual 2: Analisis Nilai Min Motivasi Belajar Gelung 1 Aspek Nilai Min Tahap Perasaan terhadap subjek yang diajar 6.33 Tinggi Perasaan terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini 6.44 Tinggi Perasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini 6.41 Tinggi Penilaian Penguasaan Amali Pada awal penilaian, terdapat enam orang peserta kajian yang tidak sah wuduknya iaitu lima orang didapati tidak meratakan air mengenai keseluruhan muka dan tangannya apabila berwuduk menggunakan botol mineral. Baki seorang peserta didapati salah turutan rukun wuduknya dalam amali wuduk menggunakan air paip. Kesemua enam peserta ini diberi peluang melakukan amali wuduk sekali lagi dengan memperbaiki kesalahan sebelum. Hasilnya seperti dalam jadual di atas, 83% peserta dapat berwuduk dengan sah dan sempurna dengan sebahagian peserta berwuduk menggunakan botol mineral 500ml dan sebahagian lagi menggunakan paip. Manakala, 17% peserta didapati sah wuduknya namun kurang sempurna iaitu meninggalkan mana-mana sunat berwuduk Tiada pelajar yang tidak sah wuduknya. Bagi amali tayamum, 100% pelajar mampu bertayamum dengan sempurna. Skema pemarkahan amali adalah seperti berikut: Skor 0 Skor 1 Skor 2 Tidak sah Sah tetapi kurang sempurna Sah dan sempurna Jadual 3: Skor Amali Ibadah Gelung 1 Amali Skor 2 Skor 1 Skor 0 Bilangan peserta Wuduk menggunakan air terhad 9 (50%) 1 (6%) - 18 menggunakan air paip 6 (33%) 2 (11%) - Tayamum 18 (100%) - - 18
  • 9. Perubahan tindakan Daripada hasil dapatan dalam gelung kajian pertama ini, pengkaji membuat perubahan dari segi teknik pengajaran amali berdasarkan refleksi pelajar. Manakala, pendekatan pengajaran ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai dikekalkan (Rujuk Lampiran B). Gelung Kedua Sesi P&P kedua mengintrgrasikan kecerdasan pelbagai ini dijalankan ke atas topik Jenis-jenis Najis dan Hadas serta Cara Menyucikannya. Penilaian dan Refleksi Temu bual individu pelajar yang sama sebelum ini dan temu bual berkumpulan mendapati pelajar konsisten menyatakan keseronokan pembelajaran ibadah dengan teknik amali, penggunaan bahan sebenar dalam amali dan aktiviti berkumpulan. Selain itu, pelajar juga menyatakan pengalamannya mempelajari perkara baru dan keinginan mengamalkan ibadah. Data Deskriptif Motivasi Belajar Secara keseluruhan, motivasi belajar berada pada tahap tinggi dengan skor min 6.56. Jadual 4: Analisis Nilai Min Motivasi Belajar Gelung 2 Aspek Nilai Min Tahap Perasaan terhadap subjek yang diajar 6.57 Tinggi Perasaan terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini 6.58 Tinggi Perasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini 6.54 Tinggi
  • 10. Penilaian Penguasaan Amali Secara keseluruhannya, kesemua pelajar mampu menguasai kaedah menyucikan najis mengikut jenisnya dengan betul dan menepati syariat. Kerjasama antara ahli kumpulan sangat baik, terdapat seorang yang menerangkan kaedah menyucikannya sambil membantu ahli lain menyucikan bahan yang terkena najis tersebut. Skema penilaian adalah seperti berikut: 0 Tidak Sah Sah tetapi tidak sempurna proses penyucian (tertinggal mana-mana langkah proses penyucian dan 2 berlaku pembaziran air atau bahan) 4 Sah tetapi tidak sempurna proses penyucian (tertinggal mana-mana langkah proses penyucian) 6 Sah dan sempurna proses penyucian Jadual 5: Skor Amali Ibadah Gelung 2 Amali Skor 6 Skor 4 Skor 2 Skor 0 Bilangan Peserta Menyucikan najis mughallazah 5 - - - Menyucikan najis mutawasitah 5 - - - 18 Menyucikan najis mukhaffafah 5 - - - Menyamak kulit binatang 3 - - - Perubahan Tindakan Pengkaji mengekalkan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai seperti dalam gelung kedua kajian berikutan refleksi positif pelajar, motivasi belajar dan penguasaan amali ibadah pelajar (Rujuk Lampiran C). Gelung ketiga Topik P&P yang ketiga ialah Amali Solat Jamak Qasar dan Solat ketika Sakit.
  • 11. Penilaian dan Refleksi Daripada hasil temu bual responden individu dan berkumpulan, pelajar memaparkan respon yang konsisten daripada gelung pertama dan kedua kajian berkenaan pengalaman pembelajaran. Pelajar juga mengaitkan ibadah dipelajari dengan kehidupan harian serta menunjukkan kesedaran atas pengabaian ibadah wajib sebelum ini khususnya solat. Data Deskriptif Motivasi Belajar Secara keseluruhan, motivasi belajar berada pada tahap tinggi dengan skor min 6.67. Jadual 6: Analisis Nilai Min Motivasi Belajar Gelung 3 Aspek Nilai Min Tahap Perasaan terhadap subjek yang diajar 6.63 Tinggi Perasaan terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini 6.75 Tinggi Perasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini 6.63 Tinggi Penilaian Penguasaan Amali Secara keseluruhan, 100% pelajar yang dinilai mempamerkan penguasaan dalam kaedah menyusun saf solat. Imam yang dilantik memantau susunan saf makmum sebelum solat. Seterusnya, kesemua ahli dalam Kumpulan 1, 2 dan 3 melaksanakan solat jamak atau qasar dan solat ketika sakit dengan sah dan sempurna berdasarkan soalan tugasan masing-masing. Namun, Kumpulan 4 diberikan peluang kedua untuk menunaikan solat ketika duduk kerana mereka tidak berdiri tegak semasa takbiratul ihram. Pada akhirnya, ahli kumpulan ini turut berjaya melaksanakan tugasan dengan sah dan sempurna. Berikut adalah skema penilaian amali ibadah kali ini yang terdiri daripada 3 bahagian penilaian;
  • 12. Susunan saf 2 Saf yang tersusun dan betul kedudukannya 1 Saf yang tersusun tetapi tidak betul kedudukannya 0 Saf yang tidak tersusun dan tidak betul kedudukannya Penilaian Solat Jamak Qasar dan Solat Ketika Sakit pula seperti di bawah: 4 2 0 Sah dan sempurna Sah tetapi kurang sempurna Tidak sah Jadual 7: Skor Amali Ibadah Gelung 3 Amali Skor 4 Skor 2 Skor 0 Bilangan Peserta Susunan saf 15 - Solat Jamak/Qasar atau Jamak Qasar 15 - - 15 Solat ketika sakit 15 - - Perbincangan dan Kesimpulan Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya meningkatkan motivasi pelajar yang hadir mengikuti kelas ibadah daripada awal kelas sehingga ke akhirnya berdasarkan tema refleksi pelajar yang konsisten iaitu pengalaman pembelajaran yang seronok dengan amali, penggunaan bahan sebenar dan aktiviti berkumpulan. Dapatan ini selari dengan kajian Douglas et al. (2008) dan Akkuzu dan Akcay (2011) di mana penggunaan kecerdasan pelbagai dalam P&P mampu meningkatkan motivasi pelajar dan komitmen terhadap tugasan. Selain itu, kajian ini juga berjaya meningkatkan motivasi pelajar mengamalkan ibadah dipelajari dalam kehidupan harian berdasarkan tema refleksi yang diperolehi secara konsisten iaitu keinginan mengamalkan ibadah. Al-Qardhawi (1998) pernah membincangkan supaya guru-guru agama tidak hanya menumpukan pengajaran agama kepada aspek teoritikal yang
  • 13. kaku sahaja, malah memfokuskan kepada aspek pengamalannya sebagai hamba Allah. Pengkaji berpendapat kaedah pengajaran yang berkesan sangat penting supaya pelajar melihat ibadah bukanlah sesuatu yang rumit, tetapi sebagai jalan melahirkan rasa kehambaan kepada Allah. Peserta kajian menyatakan ibadah yang dipelajari kelihatan mudah untuk dilaksanakan serta bermotivasi melakukannya di luar kelas. Hal ini menunjukkan pelaksanaan kajian berjaya menyentuh aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Seterusnya, motivasi belajar peserta kajian kekal berada pada tahap tinggi sepanjang pelaksanaan kajian. Daripada tiga aspek yang terdapat dalam borang soal selidik, min perasaan terhadap kelas berkaitan subjek Pendidikan Islam lebih tinggi dalam ketiga-tiga gelung kajian berbanding aspek perasaan terhadap subjek yang diajar dan aspek perasaan terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek Pendidikan Islam. Sebagai pendidik, harapan supaya dengan terbentuknya motivasi pelajar terhadap kelas ibadah akan menjadi pendorong pelajar mengamalkan ibadah tersebut secara konsisten. Hal ini kerana pendidik hanya mampu memastikan pelajar memahami, meminati dan menasihati pelajar supaya tidak mengabaikan ibadah fardhu. Namun, hidayah Allah yang memastikan ketekalan pelajar mengamalkannya secara konsisten (Surah Al-Qasas: 56). Penggunaan kecerdasan pelbagai dalam kajian ini ternyata tidak menyekat perkembangan kemahiran pelajar dalam menguasai ibadah-ibadah yang dipelajari selari dengan dapatan kajian Ikhsan dan Rohizani (2010). Kajian Ikhsan dan Rohizani mendapati perkembangan sikap saintifik pelajar seiring dengan pemerolehan ilmu yang dipelajari. Demikian juga penguasaan ibadah pelajar dalam kajian ini yang semakin bertambah baik daripada gelung pertama hingga gelung ketiga kajian.
  • 14. Elemen kecerdasan interpersonal dalam kajian ini menggunakan aktiviti berkumpulan sebagai asas setiap aktiviti P&P. Kumpulan dibentuk daripada hari pertama kelas dan dikekalkan sehingga akhir semester. Kajian mendapati aktiviti berkumpulan sesuai dengan kebanyakan peserta kajian malah mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Perbincangan berkumpulan dilakukan setiap kali kelas dan setiap ahli saling membantu dalam penjanaan maklumat tentang konsep sesuatu ibadah di peringkat awal kelas. Namun, terdapat juga responden yang menyatakan aktiviti berkumpulan hanya sesuai ketika membincangkan teori di awal kelas dan mencadangkan amali dilakukan secara individu. Ini disokong oleh Teori Andragogi (Knowles 1984) yang menyatakan pelajar dewasa mementingkan proses berbanding isi kandungan dan cenderung mendapatkan maklum balas daripada penilaian aktiviti pembelajaran yang dibuat. Disebabkan peruntukan masa hanya dua jam seminggu, pengkaji mengambilkira pendapat tersebut dengan mengekalkan amali berkumpulan, namun penglibatan dan penguasaan amali dinilai secara individu. Kajian ini memberikan implikasi kepada: a) Amalan pengajaran pengkaji sendiri sebagai seorang pensyarah agama di kolej komuniti. Kajian ini dapat menambah baik perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran pengkaji di samping menghasilkan modul pengajaran ibadah berasaskan kecerdasan pelbagai. Pengkaji boleh menggunakan modul dan pendekatan dalam kajian ini dalam pengajaran sesi akan datang sekiranya konteks bersesuaian. b) Para pelajar yang mengikuti kajian tindakan. Kajian ini dapat meningkatkan motivasi mengikuti kelas ibadah dan motivasi mengamalkan ibadah dalam kehidupan. Selain itu, pelajar-pelajar ini dapat menguasai kemahiran melaksanakan ibadah tanpa ada keciciran. c) Pendidik yang mengajar Pendidikan Islam dapat menjadikan kajian ini sebagai panduan dalam merancang dan melaksanakan P&P Ibadah kepada sasaran pelajar seperti di kolej
  • 15. komuniti atau konteks yang bersesuaian. Guru atau pensyarah Pendidikan Islam disarankan mempelbagaikan teknik pengajaran menggunakan kecerdasan pelbagai mengikut kesesuaian topik dan pelajar. d) Membuktikan Teori Kecerdasan Pelbagai boleh diserapkan dalam Pendidikan Islam khususnya bidang ibadah mengikut kesesuaian topik pengajaran, sasaran pelajar dan tempoh pengajaran. Aplikasi teori dalam kajian berupaya meningkatkan motivasi pelajar dan penguasaan ibadah pelajar. e) Modul dalam kajian ini boleh digunakan oleh guru Pendidikan Islam atau pensyarah agama di kolej komuniti. Modul ini menekankan pembelajaran ibadah perlu kepada aktiviti amali setiap individu pelajar kerana belajar ibadah tanpa amali bagi pelajar berkecerdasan kinestetik seperti sasaran kajian menyebabkannya tidak kekal di ingatan dan kurang difahami aplikasinya. Berikut merupakan cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan ke arah memperbaiki mutu pendidikan khususnya Pendidikan Islam. Cadangan tersebut ialah: a) Menjalankan kajian penggunaan kecerdasan pelbagai ini dalam bidang lain dalam Pendidikan Islam selain ibadah seperti akidah, akhlak, tasawwur Islam dan sebagainya. Pengadaptasian teori pembelajaran Barat dalam kerangka Pendidikan Islam boleh dilihat kesesuaiannya dengan melihat impak pelaksanaannya. b) Sasaran kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Jelebu sahaja. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kajian tindakan yang sama boleh dijalankan di kolej-kolej lain atau institusi teknikal yang lain untuk melihat kecenderungan corak pembelajaran pelajar jurusan teknikal dalam kelas agama yang dapat meningkatkan motivasi.
  • 16. c) Menjalankan kajian penggunaan kecerdasan pelbagai ini dalam reka bentuk eksperimen supaya dapat membanding beza kesan kaedah pengajaran tradisional dengan kaedah pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai. d) Kajian lanjutan boleh digunakan dengan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran menggunakan kesemua jenis kecerdasan pelbagai untuk melihat kesannya kepada pelajar. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu memperbaiki amalan pengajaran pengkaji dalam menggalakkan minat pelajar terhadap kursus Pendidikan Islam khususnya kelas ibadah. Di samping itu, kajian ini boleh memberikan idea atau contoh modul kepada pendidik agama sebagai keperluan untuk kita mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dan kandungan pelajaran. Hal ini supaya pembelajaran berlaku dengan menyentuh aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar sehingga mampu melahirkan generasi Rabbani yang cermerlang minda, akhlak dan peribadi.
  • 17. Rujukan Al-Quran al-Karim. Akkuzu, N. & Akcay, H. 2011. The Design of a Learning Environment Based on the Theory of Multiple Intelligence and the Study its Effectiveness on the Achievemnets, Attitudes and Retention of Students. Procedia Computer Science. 3 (2011): 1003-1008. Al-Qardhawi, Yusuf. 1998. Ibadah dalam Islam. Penterjemah: H. Umar Fanani. Surabaya: PT, Bina Ilmu. Armstrong, T. 1994. Multiple Intelligences in the Classroom. Alexandria: Association for Supervision and Curriculum Development. Barrington, E. 2004. Teaching to student diversity in higher education: how Multiple Intelligence Theory can help. Teaching in Higher Education. 9 (4): 421- 434. Douglas, O., Burton, K.S., Durham, N.R. 2008. The Effects of the Multiple Intelligence Teaching Strategy on the Academic Achievement of Eighth Grade Math Students. Journal of Instructional Psychology. 35 (2):182-187. Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub. 2010. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pelaksanaan Kurikulum. Asia Pacific Journal of Educators and Education. 25: 21-32. Knowles, M. 1984. The Adult Learner: A Neglected Species (3rd Ed.). Houston, TX: Gulf Publishing. Laporan Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Jelebu 2010. 2010. Jelebu: Kolej Komuniti Jelebu. Laporan Bengkel Smart Solat Kolej Komuniti Jelebu. 2011. Jelebu: Kolej Komuniti Jelebu. Laporan Sesi Kaunseling Pelajar Kolej Komuniti Jelebu 2007-2009. 2009. Jelebu: Kolej Komuniti Jelebu Lob, Sau Cheong. 2004. Transfer of Learning among Malaysian Learners. Masalah Pendidikan. 27: 99-108.
  • 18. Mustafa Serdar & Mustafa. 2007. The Effect of Multiple Intelligences Theory-based Instruction on Attitudes Towards the Course, Academic Success and Permanence of Teaching on the Topic of Respiratory Systems. Educational Sciences: Theory & Practice. 7 (11): 231-239. Siti Nurul Mahfuzah. 2010. Learning Tool for Malaysian Community College Based on Multiple Intelligence. Prosiding Seminar Penyelidikan Kolej Komuniti Negeri Melaka 2010: 1-9. Somekh, B. 2006. Action Research: a Methodology for Change and Development. Maidenhead: Open University Press. Zainab Othman. 2010. Gejala Ponteng di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi. Prosiding Seminar Kebangsaan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti 2010.: 14-19. Zuria, Mohammad & Thantawi Jauhari. 2002. Persepsi Pelajar ke Atas Amalan Kod Etika Professional Pensyarah dan Kesannya Ke Atas Motivasi Belajar Pelajar. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesional Perguruan. 401-415.
  • 19. LAMPIRAN Lampiran A: Rancangan Pengajaran Harian 1 _____________________________________________________________________ Kursus: Pendidikan Islam Kursus: JLE 1 Unit: Ibadah-ibadah Khusus Kedatangan: /18 Topik: Konsep Taharah (Bersuci) Tajuk: Wuduk dan Tayamum Masa Pertemuan: 8.15 pagi – 10.15 pagi Tarikh: ________________________________________________________________________ Objektif P&P: Pada akhir P & P pelajar dapat: Pelajar mengetahui konsep dan kepentingan taharah dalam kehidupan. Pelajar dapat membezakan perkara rukun dan sunat dalam berwuduk Pelajar dapat berwuduk dengan sempurna Pelajar dapat bertayamum dengan sempurna ________________________________________________________________________ Bahan Bantu Mengajar: Borang Penilaian Amali (Lampiran 1.1), Lembaran Latihan Wuduk (Lampiran 1.2), debu tanah, botol air mineral 500ml. Pengetahuan Sedia Ada Pelajar: Pelajar telah melalui pengalaman pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah merangkumi topik wuduk dan tayamum. Langkah & Kaedah, Teknik dan Aktiviti Pengajaran Jenis Masa Kecerdasan Set Induksi 1. Pelajar membaca doa diketuai oleh seseorang (mengikut 5 minit giliran). Kecerdasan
  • 20. 2. Guru menunjukkan air daripada botol mineral sambil bertanya Bahasa apakah yang boleh dibuat dengan air ini selain diminum? 3. Pelajar meneka air tersebut boleh dibuat berwuduk. 4. Guru mengaitkan jawapan tersebut dengan tajuk pembelajaran. 5. Guru menerangkan objektif pembelajaran. Isi Satu SuSumbangsaran berkumpulan Pembahagian Pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan dan diberi soalan: Kecerdasan Taharah dan Mengapakah Islam mementingkan soal kebersihan dan dan Bahasa, Kepentingannya kesucian setiap masa? Kinestetik 30 minit K1: Sudut Ibadah K2: Sudut Kesihatan K3: Sudut Hubungan Sosial K4: Sudut Alam Sekitar Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Guru mengaitkan dengan pembahagian taharah; suci dalaman dan suci luaran. Isi Dua Amali wuduk Kecerdasan Wuduk Pelajar diberi Borang Penilaian Wuduk. Secara berpasangan, Kinestetik, 50 minit pelajar diminta berwuduk sambil diperhatikan pasangan dan Interpersonal guru. Penilaian dilakukan. Arahan amali terbahagi kepada 2: 1.Sebahagian pelajar golongan awal diminta berwuduk menggunakan air paip sempurna segala rukun dan sunat. 2. Sebahagian lain diminta berwuduk menggunakan sebotol air
  • 21. mineral dengan menyempurnakan perkara rukun sahaja. Pelajar yang menungu giliran diminta menjawab latihan wuduk. Kecerdasan Setelah selesai amali wuduk, pelajar diminta mereflek kesalahan bahasa, yang biasa dilakukan ketika berwuduk. interpersonal, intrapersonal Guru mengaitkan dengan dalil bersuci, dan kelebihan berwuduk. Isi Tiga Guru bersoal jawab tentang keharusan tayammum. Kecerdasan Tayamum Interpersonal, 30 minit Amali Tayammum Kinestetik 1. Setiap kumpulan telah diminta membawa debu tanah masing- masing. 2. Seorang pelajar dipanggil sebagai model tayammum. Pelajar lain memberi pandangan sama ada betul atau salah amali tayamum model tersebut. 3. Pelajar melakukan amali tayammum dalam kumpulan dengan pemerhatian guru. Penilaian dilakukan. Penutup Pelajar diminta memberi satu isi pelajaran baru yang dapat 5 minit dipelajari pada sesi itu. Guru membuat kesimpulan bahawa Islam amat menitik beratkan kebersihan dan kesucian setiap masa khususnya dalam beribadat.
  • 22. Lampiran B: Rancangan Pengajaran Harian 2 ________________________________________________________________________ Kursus: Pendidikan Islam Kursus: JLE 1 Unit: Ibadah-ibadah Khusus Kedatangan: /18 Tajuk: Jenis-jenis Najis dan Hadas serta Cara Menyucikannya Masa Pertemuan: 8.15 pagi – 10.15 pagi Tarikh: ________________________________________________________________________ Objektif P&P: Pada akhir P & P pelajar dapat: Menyatakan jenis-jenis najis dan menerangkan cara menyucikannya. Menyatakan jenis-jenis hadas dan menerangkan cara menyucikannya. Menyatakan cara menyamak kulit binatang. ________________________________________________________________________ Bahan Bantu Mengajar: Carta Jenis-jenis Najis dan Hadas serta Cara Menyucikannya, Kain Pelekat, Gayung, Tuala Kecil (menggantikan kulit lembu), Tawas, Artikel tentang najis dan hadas. ________________________________________________________________________ Pengetahuan Sedia Ada Pelajar: Pelajar telah menguasai amali wuduk dan tayamum dalam topik sebelum ini. Langkah & Kaedah, Teknik dan Aktiviti Pengajaran Jenis Masa Kecerdasan Set Induksi 1. Pelajar duduk dalam separa bulatan besar. 5 minit 2. Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Kecerdasan 3. Guru menegur terdapat bau najis kucing dalam surau. Kinestetik, 4. Pelajar tercari-cari najis tersebut dan guru mengaitkan najis Bahasa tersebut dengan tajuk pembelajaran.
  • 23. Isi Satu Perbincangan Berkumpulan Kecerdasan Pembahagian 1. Setiap pelajar dibekalkan dengan lembaran artikel tentang najis dan Kinestetik, najis, hadas dan hadas. Bahasa. cara 2. penyuciannya. 3. Hasil perbincangan berkumpulan berpandukan artikel, pelajar 25 minit mengisi lembaran carta berkenaan pembahagian najis, hadas dan cara penyuciannya. 4. 5. Guru membincangkan jawapan setiap kumpulan dalam kelas dan menerangkan secara keseluruhan konsep najis dan hadas. Isi Dua Demonstrasi Kecerdasan Simulasi Mandi Seorang model daripada pelajar dipanggil ke hadapan untuk Kinestetik Wajib menunjukkan simulasi cara mandi wajib yang sempurna. Pelajar 15 minit lain mengulas langkah-langkah mandi wajib model tersebut sama ada tepat atau tidak. Isi Tiga Amali Menyucikan Najis Kecerdasan 60 minit 1.Pelajar dikelompokkan dalam 4 kumpulan untuk menjalani amali Kinestetik, menyucikan najis di perkarangan surau. Interpersonal K1: Mencuci Najis Mukhaffafah K2: Mencuci Najis Mutawasitah K3: Mencuci Najis Mughallazah K4: Menyamak Kulit Binatang 2.Setiap kumpula mengambil bahan dan peralatan yang berkaitan dengan soalan tugasan amali.
  • 24. 3.Pelajar berbincang ringkas dalam kumpulan. 4. Setiap kumpulan melakukan amali sambil diperhatikan oleh kumpulan lain. 5.Sekiranya ada pelajar yang tidak boleh melakukan amali, peluang kedua diberikan dengan bantuan ahli kumpulan. 10 minit Refleksi Aktiviti Amali Kecerdasan Setelah selesai amali menyucikan najis, pelajar diminta mereflek bahasa, aktiviti amali tersebut: Apa perkara baru yang dapat kamu pelajari intrapersonal dalam amali ini? Apa kesalahan kerap dilakukan dalam menyucikan najis atau hadas? Rumusan Guru merumuskan isi pengajaran dan pembelajaran dan mengaitkan Kecerdasan 5 minit dengan kepentingan kebersihan dalam Islam. Bahasa
  • 25. Lampiran C: Rancangan Pengajaran Harian 3 ________________________________________________________________________ Subjek: Pendidikan Islam Kursus: JLE 1 Unit: Ibadah-ibadah Khusus Kedatangan: /18 Tajuk: Amali Solat Jamak Qasar dan Solat Ketika Sakit Masa Pertemuan: 8.15 pagi – 10.15 pagi Tarikh: ________________________________________________________________________ Objektif P&P: Pada akhir P & P pelajar dapat: Mempraktikkan amali solat jamak dan qasar dengan betul. Mengetahui cara-cara bersolat ketika sakit. ________________________________________________________________________ Bahan Bantu Mengajar: Gambar, Artikel mengandungi gambar kaedah solat ketika sakit, Soalan tugasan, Kerusi, Bantal ________________________________________________________________________ Pengetahuan Sedia Ada Pelajar: Pelajar mengetahui cara bersuci sebelum solat, pelajar pernah belajar tentang solat fardhu di peringkat sekolah rendah dan menengah. Langkah & Aktiviti Jenis Masa Kecerdasan Set Induksi 1. Pelajar duduk dalam separa bulatan besar. 5 minit 2. Kelas dimulakan dengan bacaan doa. Kecerdasan 3. Guru menayangkan dua keping gambar tentang lelaki muda bertongkat Visual, sedang menuruni tangga dan gambar lelaki berkerusi roda sedang solat Kecerdasan berjemaah. Bahasa 4. Pelajar meneka isi pembelajaran tentang solat ketika sakit.
  • 26. Isi Satu 1. Setiap kumpulan diagihkan artikel yang berbeza tentang kepentingan Kepentingan dan faedah/hikmah solat dari pelbagai sudut. Kecerdasan Solat 2. Pelajar dikehendaki berbincang, memahami dan mengeluarkan isi Bahasa, 20 minit penting untuk dibentangkan. Guru akan masuk ke dalam perbincangan kumpulan mengikut giliran untuk merangsang idea dengan soalan Kecerdasan terarah. Interpersonal 3. Setiap kumpulan membentang faedah solat. 4. Guru merumuskan kepentingan dan faedah solat dari sudut spiritual, fizikal dan emosi didasari oleh dalil Al-Quran, Hadis dan kajian saintifik. Isi Dua Amali Solat Jamak Qasar dan Solat Ketika Sakit Kecerdasan Solat Ketika Setiap kumpulan diberi nota bergambar dan tugasan yang berbeza Kinestetik, 1. Sakit tentang pelaksanaan solat ketika sakit dan solat jamak qasar. Interpersonal 60 minit 2. Pelajar diberi peluang berbincang dalam kumpulan dan membuat persediaan amali. 3. Pelajar mempersembahkan tugasan masing-masing di hadapan kelas sambil dinilai oleh guru. 4. Pelajar yang silap melakukan amali ditegur dan diberi peluang kedua sambil dibantu oleh ahli kumpulan. Isi Tiga 1. Guru memilih wakil seorang pelajar memperdengarkan bacaan solat Kecerdasan Bacaan dan melantik yang fasih bacaannya sebagai ketua. Bahasa dalam Solat 2. Ketua mendengar bacaan rakan sekumpulan dan membantu 30 minit memperbaikinya. 3. Tasmi’ disambung selepas kelas sekiranya tidak habis. Rumusan Guru merumuskan isi pembelajaran dan menekankan kepentingan solat 5 minit sebagai hak Allah yang perlu dipenuhi.
  • 27. Lampiran D: Soal Selidik Motivasi Belajar Berikut merupakan soal selidik bagi mendapatkan maklumat motivasi belajar responden. Anda diminta membulatkan skala bipolar bagi menunjukkan sokongan anda terhadap setiap kenyataan di bawah. A. Perasaan anda terhadap subjek yang diajar adalah 1 Tidak Bermotivasi 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Bermotivasi 2 Bosan 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Menarik 3 Tidak Berminat 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Berminat 4 Tiada Perasaan 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Menjiwai 5 Berat Hati 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Ternanti-nanti B. Perasaan anda terhadap kelas berkaitan dengan subjek ini adalah 1 Tidak Bermotivasi 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Bermotivasi 2 Bosan 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Menarik 3 Tidak Berminat 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Berminat 4 Tiada Perasaan 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Menjiwai 5 Berat Hati 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Ternanti-nanti C. Perasaan anda terhadap tugasan atau aktiviti bagi subjek ini adalah 1 Tidak Bermotivasi 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Bermotivasi 2 Bosan 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Menarik 3 Tidak Berminat 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Berminat 4 Tiada Perasaan 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Menjiwai 5 Berat Hati 1 2 3 4 5 6 7 Sangat Ternanti-nanti