SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 18
Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan (UPSR§
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding
dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua
puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa
menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua
soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku
tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguhsungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar
yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan
semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai
semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam
untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan
anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia
meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan
menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar
anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka
sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan
lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran
pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan
membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana
menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana
mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn
dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham
atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk
lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda.
Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan
anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh
membantu anda dalam hal ini.
Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji.
Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka.
Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan

1
bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai
alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan
jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan
berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong
dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa
dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan
untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda
serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum
kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik,
anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam
lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu
berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu
mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa,
pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang.
Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.
Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai.
Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta
ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak
mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang
membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda.
Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan
berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan.
Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.”
Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini
selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar
lebih menyelerakan (jika sesuai).
Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda
menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam
keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya.
Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan
memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap
ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan
membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal
mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar
menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum
anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang

2
ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda
mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada.
Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar
apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda
dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan
menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda
tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa
depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan
peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan
dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus
atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda
hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am
yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga
atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar
membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan
sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana
anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri
anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk
mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

PANDUAN MENGHADAPI SAAT2 AKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN (UPSR,
PMR, SPM, STPM)

UPSR, PMR.SPM, STPM

Bagi calon2 yang bakal menduduki peperiksaan
atau apa
jua peperiksaan yang amat penting bagi anda, mami nak kongsi beberapa ikhtiar atau persediaan
akhiryang boleh anda lakukan sebelum hari yang mencabar itu.

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN
1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan
anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"
3. sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang, pemadam - 2
butir, peraut pensil - 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris - 1 batang
pendek & sebatang lagi yang panjang, pen - 2 batang, warna kayu - satu set & set geometri - jika
perlu.dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang
anda imbas sebentar tadi.

3
SEMASA HARI PEPERIKSAAN
1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa
tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-

a) Baca Surah Al-Fatihah - 3X

§
b) Takbir - 7X

§
c) Selawat Ke
atas Nabi
Muhammad
S.A.W - 3X

§
7. Salam & cium
tangam ibu bapa.
8. Langkah
kananbila keluar
rumah dan jangan
toleh belakang.
9. Bertolak ke
sekolah lebih
awal dari biasa. Ini bertujuan
untuk mencipta
suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.

BILA TIBA DI SEKOLAH
1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip

4
penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
3. Baca:Surah Al-Fatihah - 3X

§
,Takbir - 7X

§
Doa Penerang
Hati - 1X

§
Selawat Ke atas Nabi Muhammad.

§

DALAM DEWAN
5
PEERIKSAAN
1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :Doa Penerang hati

§
Doa Tidak Lupa

6
§

3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa, jangan panik.
Berselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat
semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN
Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU
JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.

Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Amin.
Mutiara kata:Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh.
Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan.
Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha.
Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya.

* TIPS

MENGHADAPI PEPERIKSAAN
*
7
1. Siapkan segala peralatan peperiksaan
Make sure slip exam, IC, stationary semua dah complete one day before the exam. Letak kat tempat
yang senang nampak (eg : atas meja). Baju dah gosok, stokin semua ada.

2. Tidur awal ( 6 - 8 hours )
Oklah ini tips yang paling bosan. But don't forget, not only your body needs some rest, your brain too.
Have a good sleep. Dah terlewat dah untuk study last-last minute macam ni. Just bring whatever
knowledge you have into the exam hall. Tutup lampu dan tidur. Kalau tak boleh tidur sebab
excessively worry, just berzikir, berdoa supaya Allah permudahkan segala perjalanan esok, dan mintak
Allah berkatkan ilmu yang adik-adik dah belajar.

3. Bangun awal
Bila bangun kita akan lebih bersedia mentally and physically. Lebihkan masa diatas sejadah supaya
tenang. Kena percaya dan percaya bahawa Allah akan bantu kita menghadapi exam ini. We are not
alone. Allah is with us.

4. Breakfast, breakfast and breakfast
Walaupun akak type 3 kali tapi bukanlah bermakna kau kena makan nasi lemak 3 pinggan. Adik-adik,
silalah breakfast ok. Remember your brain feeds on glucose. Masa tidur, badan kita ibarat berpuasa. 68 jam perut kosong. Exam memerlukan konsentrasi yang tinggi, dimana otak akan penat. Jika adik
tidak breakfast, otak akan depletes source of energy, maka adik tidak dapat berfikir dengan cergas.
Akak cadangkan adik mengambil breakfast ringan seperti sandwich, kismis, kurma. Kalau makan
berat-berat takut ko sakit perot, dah la kecut perot kan.

5. Jangan datang terlalu awal
Lagi awal ko datang examination hall, lagi kecut perot ko dik. Tapi janganlah datang lewat
pulak..kang tak pasal-pasal kena halau dengan pengawas peperiksaan. Just datang sedap-sedap rasa.
Sementara menunggu nak masuk hall tu, just go through short notes yang adik-adik dah buat.
JANGAN BELAJAR BENDA BARU PADA MASA INI. Walaupun kawan-kawan duk pung pang
pung pang, just ignore it. Nanti ko cemas, especially bila ko tak tau pasal benda yang dorang cakap..
kang daripada relax-relax terus jadi gelabah. Habis lupa semua benda.

6. Langkah kaki kanan.
Kalau terlangkah kaki kiri, gostan.

7. Berdoa
Bacalah doa dan bertawakal. Tak kiralah ilmu kita ada 80% or 50% pada waktu itu, dengan izin Allah
semua orang boleh berjaya. Baca dan beriman dengan kalimah ini. Hasbunallah wa ni'mal
wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga. Rasulullah juga menyebut
kalimah ini ketika perang badar. Perang ok.

8. Dah selesai menjawab kertas peperiksaan, jangan
check jawapan.
Jangan check jawapan dengan kawan diluar exam hall, mahupun check senyap-senyap ketika dirumah.

8
Tawakal dengan jawapan yang kita kasi dan fokus untuk exam seterusnya. Ini adalah amalan yang
tidak sihat kerana bila kita tau kita tersilap jawab, emosi akan terganggu. Emosi adalah paling penting
ketika exam.

9. Jaga hubungan dengan ibu bapa.
Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. Jangan merungut jika emak menyuruh angkat kain
sedangkan kita nak study... Allah kan menuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa. Manalah tau,
walaupun kita tak sempat nak study semua, tapi sebab kita anak yang baik, tup tup keluar question
yang kita dah study. Remember there's always a shade of grey between black and white =)
Nanti in between the exam ada gap kan? Masa tu boleh la belajar benda baru (in case kalau tak habis
cover chapter) But it will be better if you can learn it from your friend who knows well about it.
Bukan sahaja menjimatkan masa malah anda tidak akan rasa cemas sangat. Sepanjang exam, berkepit
dengan short notes adik-adik ok. Just go through banyak kali supaya ingat. Exam kat asian countries ni
more to memorizing facts..so yeah =P
Selain itu, sepanjang atau selepas exam selalulah membaca yasin serta membuat solat sunat agar
dimurahkan rezeki. Mungkinlah orang kata, eleh masa exam baru nak ingat tuhan. Sebelum ni
berkiblatkan syaiton. Pehh ayat aku. Well, pedulikan orang nak kata apa.. daripada tak ingat tuhan
langsung..oklah tu. Lagipun kat siapa nak mintak tolong kalau bukan kat Allah..tak gitu? People
always make mistake, its never to late to change. And one thing..jangan pedulikan orang cakap apa,
dont live up to people expectation. Its your life, you determine what should you do and what you
shouldn't.

Panduan Dan Teknik Berguna Menghadapi Peperiksaan
Posted by Rossa Calla ON WEDNESDAY, JUNE 05, 2013

TEKNIK-TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Sepatutnya anda dapat dikatakan pakar dalam hal ini, kerana kekerapan anda mengambil

9
peperiksaan semenjak kecil lagi. Namun begitu , anda mungkin lupa sesuatu, ataupun tidak
tahu teknik-teknik yang dapat membantu kecekapan anda. Berikut beberapa panduan dan
teknik yang dapat mengurangkan ketegangan menghadapi peperiksaan.

§
Panduan Untuk Menghadapi Peperiksaan
PERSIAPAN.
Persiapan pada sebelum malam peperiksaan.
Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum
peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur
awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan
pada keesokannya harinya.
• Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda
telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di
dinding dengan tulisan seperti ‘Anda Boleg Berjaya1' atau ‘You Can Do It'.
• Kurangkan meminum minuman the dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang
seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa
hendak mengambil peperiksaan.
• Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa
batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan
sebagainya.
PAGI HARI PEPERIKSAAN
• Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda memerlukan tenaga
mental dan fizikal sepanjang hari.
• Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa
yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.
• Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: Ada
pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang
bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka
supaya anda tidak merasa panik. Misalnya, apabila berbual mungkin anda mendapati
bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan menakutkan anda. Kalau perlu dan
kalau ada masa, belek nota-nota supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan.
• Apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan bahawa tempat duduk anda
memuaskan. Adakah tempat itu terlalu sejuk atau terlalu panas? Bagaimana dengan
cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai?
HARI PEPERIKSAAN
* Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan
• Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Aktiviti ini sangat penting bagi
calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja.
• Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas.

10
• Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburu-buru.
• Baca dengan teliti format dan arahan kertas peperiksaan.
• Pilih soalan yang terbail untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab dengan
baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum menjawab.
• Tulis dengan jelas dan cepat
• Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.
• Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya.
• Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh para
pengawas peperiksaan.
BUNTU FIKIRAN/TEKANAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGIKAL PADA MUSIM
PEPERIKSAAN.
• Ia boleh diatasi dengan pencegahan
• Ia boleh disebabkan oleh kurang persediaan, ulangan atau ualangkaji
• Jalankan kegiatan ulangan tiap-tiap hari dan minggu.
• Pelajar dinasihatkan supaya jangan gementar
• Bernafas panjang dan dalam
• Bersantai iaitu berehat
• Cuba ingatkan baik dengan mengingati fakta yang berkaitan dengan fakta yang
dilupai – cuba cari pertaliannya.
• Rujuk balik kepada nota (bukan semasa peperiksaan)
• Akibat kurang tidur, atau salah makan
• Jalankan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan.
KELETIHAN FIZIKAL DAN CARA MENGATASINYA
• Jaga masa tidur.
• Rehatkan tangan, mata dan otot-otot semasa menjawab soalan sekali sekala.
• Ambil angin sebentar
• Basuh muka dengan air sejuk
• MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN
SERANGAN GEMENTAR DAN CARA MENGATASINYA
1 Persediaan lebih awal
2 Kawalan mental melalui latihan
3 Kawalan fizikal melalui latihan
4 Bersantai – mental/fizikal
5 Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan
6 Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas.
7 Rehatkan fikiran
8 Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
9 Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik
MAKLUMAT PEPERIKSAAN
• Nama pusat peperiksaan
• Nombor pusat
• Angka giliran
• Lokasi tempat
• Keadaan fizikal bilik/kawasan

11
• Kenderaan
• Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus)
MAKLUMAT TENTANG KERTAS.
• Nombor kertas
• Tarikh
• Masa
• Sesi/Bahagian kertas
• Arahan spesifik
• Format
DOA DAN SEMBAHYANG SUNAT UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
• Sembahyang hajat
• Doa keluar rumah
• Doa naik kenderaan
• Doa apabila menemui sesuatu yang sukar
• Doa apabila hati menghadapi kesedihan
• Doa apabila terkena kesedihan hati
• Doa aneka macam kesusahan
HARI PEPERIKSAAN
• Ulang pelajaran
• Tidur awal
• Doa sebelum tidur
• Sembahyang fardu/sunat selepas bangun
• Sampai awal di pusat peperiksaan.
TEKNIK MENJAWAB
Panduan Umum
• Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu
• Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu
• Tinggal dahulu soalan yang sukar
• Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh
• Rancang jawapan (lakar jawapan)
2.Ujian Objektif
• Baca arahan dengan teliti
• Baca dengan cepat semua soalan dahulu
• Jawab dengan cepat yang pasti betul jawapannya
• Balik kepada soalan-soalan yang belum berjawab. Analisa soalan-soalan yang sukar
untuk mendapatkan perkataan kunci atau bayangan (clue)
• Baca beberapa kali
• Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan.
• Jangan terus ketepikan jawapan "semuanya di atas" atau "bukan di atas"
• Pilih jawapan "semuanya di atas" apabila semua pilihan jawapan betul.
• Baca jawapan untuk memahami soalan
• Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh
menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan yang
setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja.
• Olah balik soalan suapaya senang difahami. Cari contoh-contoh yang boleh
menambah kefahaman kita terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba dapatkan
jawapan yang setepat mungkin.

12
•
•
•

Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang lain
Cuba teka adalah usaha terakhir
Semak jawapan

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/panduan-dan-teknik-bergunamenghadapi.html#ixzz2d2T1MWxX
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

1

Memiliki Sikap Rajin
Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap

rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti
rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya
kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila
peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh
lagi.
2

Displin Diri
Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar mesti

menepati masa§ dan menggunakan masa§yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu,
sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti

13
mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa§ lapang pula pelajar mesti melakukan
aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi
menambahkan lagi pengetahuan mereka.
3

Menghormati Ibu Bapa Dan Guru
Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa

menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan
guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang
terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar
juga akan sentiasa disayangi dan diberkati.
4

Aktif Dalam Kokurikulum
Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat

banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah pelajar
yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat
menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam
bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.
5

Menjaga Kesihatan Diri
Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya,

kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada
pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan
baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang
mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.

14
TEKNIK BELAJAR BERKESAN
Pengenalan
Ba gi mereka yang telah ber jaya dengan cemer lang,beber pa
pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik
belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan
pembelajar an yang ber kesan.
Ter pulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti
teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami.
Untuk membantu pelajar di sini ter dapat beber apa teknik
belajar akan diutarakan.

Teknik Belajar 5R-STUV
1 Recopy
[salin semula]
2 Rewor k all model 5 x
[buat semula contoh/cepat/5x]
3 Recite out loud Repeatedl y [lafaz kuat ber ulang kali]
4 Recheck
[semak semula]
5 Reasonnablenes
[jawapan
ber patutan/sebaliknya]
6
7
8
9

s-sumarize
[ringkaskan nota penting]
t-test your self [uji diri anda]
u-use
[gunakan]
V-visualize
[bayangkan selalu]

Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri

15
melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor,
kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan
kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi,
warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak
dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak
kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu
digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi,
angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan
perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk
mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua
khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang
ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat
perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat,
semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan
menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di
stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah
gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula
bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah
dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis,
lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda.
Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata
pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di
tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu,
sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila
ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan
hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari
sekarang.

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
10 Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan
teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah
dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
11 Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
12 Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
13 Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
14 Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
15 Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
16 Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)

16
17 Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
18 Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
19 Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
20 Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lainlain lagi)
21 Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
22 Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
23 Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
24 Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
25 Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
26 Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
27 Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
28 Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lainlain)
29 Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lainlain)

MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG
MASA BELAJAR WAKTU SUBUH
Lain-lain masa yang perlu diurus.
30 Masa ditelipon-pendekan perbualan
31 Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
32 Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
33 Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
34 Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
35 Masa mendengar radio(kurangkan masa)
36 Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
37 Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan
berjaya dengan cemerlang.
Teknik Belajar PV3R
38
39
40
41
42
43
44
45
46

Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
Sumarize (ringkaskan)
Test your self (uji diri anda)
Use (gunakan)
Visualize (bayangkan)

7 Cara Cemerlangkan Otak
47 Positive mental attitude & positive physical action.

17
48
49
50
51
52
53

Air-clean air for the brain.
Mental Challenges for the brain.
Food for the brain.
Exercise for the brain.
Sleep for the brain.
Meditation & power brain./

Amalan peningkatan daya ingatan
54
55
56
57
58
59
60
61

Faham.
Jarakkan/pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

18

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlangNadia Khalid
 
Petua pelajar cemerlang
Petua pelajar cemerlangPetua pelajar cemerlang
Petua pelajar cemerlangPinat Bater
 
Pelajar cemerlang cermin diri05
Pelajar cemerlang cermin diri05Pelajar cemerlang cermin diri05
Pelajar cemerlang cermin diri05Abdullah Mat
 
Tip pelajar cemerlang
Tip pelajar cemerlangTip pelajar cemerlang
Tip pelajar cemerlangsmkdsh
 
Budaya kerja guru_cemerlang
Budaya kerja guru_cemerlangBudaya kerja guru_cemerlang
Budaya kerja guru_cemerlangJayfizu
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia
 
10 Tip Belajar Cemerlang Ruzimi
10 Tip Belajar Cemerlang Ruzimi10 Tip Belajar Cemerlang Ruzimi
10 Tip Belajar Cemerlang RuzimiRuzimi Mohamed
 
Dipetik dari majalah nur
Dipetik dari majalah nurDipetik dari majalah nur
Dipetik dari majalah nursujiman ae
 
Tip pelajar cemerlang
Tip pelajar cemerlangTip pelajar cemerlang
Tip pelajar cemerlangsmkdsh
 
Power point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baikPower point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baikDigna Rita
 
Tips pelajar cemerlang
Tips pelajar cemerlangTips pelajar cemerlang
Tips pelajar cemerlangzuraini idris
 
Manisnya kejayaan
Manisnya kejayaanManisnya kejayaan
Manisnya kejayaanumiefatiya
 
Belajar secara berkesan
Belajar secara berkesanBelajar secara berkesan
Belajar secara berkesanLinda Midy
 
Tips belajar efektif
Tips belajar efektifTips belajar efektif
Tips belajar efektifShundary Ajja
 
Tips menjadi guru yang disenangi murid
Tips menjadi guru yang disenangi muridTips menjadi guru yang disenangi murid
Tips menjadi guru yang disenangi muridSabil Tulen
 
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A162266)
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A162266)FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A162266)
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A162266)Adila Rasli
 

Was ist angesagt? (20)

Cara2 murid cemerlang
Cara2 murid cemerlangCara2 murid cemerlang
Cara2 murid cemerlang
 
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
 
Pelajar cemerlang
Pelajar  cemerlangPelajar  cemerlang
Pelajar cemerlang
 
Petua pelajar cemerlang
Petua pelajar cemerlangPetua pelajar cemerlang
Petua pelajar cemerlang
 
Pelajar cemerlang cermin diri05
Pelajar cemerlang cermin diri05Pelajar cemerlang cermin diri05
Pelajar cemerlang cermin diri05
 
Tip pelajar cemerlang
Tip pelajar cemerlangTip pelajar cemerlang
Tip pelajar cemerlang
 
Budaya kerja guru_cemerlang
Budaya kerja guru_cemerlangBudaya kerja guru_cemerlang
Budaya kerja guru_cemerlang
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 
10 Tip Belajar Cemerlang Ruzimi
10 Tip Belajar Cemerlang Ruzimi10 Tip Belajar Cemerlang Ruzimi
10 Tip Belajar Cemerlang Ruzimi
 
Dipetik dari majalah nur
Dipetik dari majalah nurDipetik dari majalah nur
Dipetik dari majalah nur
 
Tip pelajar cemerlang
Tip pelajar cemerlangTip pelajar cemerlang
Tip pelajar cemerlang
 
Power point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baikPower point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baik
 
Tips pelajar cemerlang
Tips pelajar cemerlangTips pelajar cemerlang
Tips pelajar cemerlang
 
Manisnya kejayaan
Manisnya kejayaanManisnya kejayaan
Manisnya kejayaan
 
Power poin
Power poinPower poin
Power poin
 
Belajar secara berkesan
Belajar secara berkesanBelajar secara berkesan
Belajar secara berkesan
 
Tips belajar efektif
Tips belajar efektifTips belajar efektif
Tips belajar efektif
 
Cara belajar efektif
Cara belajar efektifCara belajar efektif
Cara belajar efektif
 
Tips menjadi guru yang disenangi murid
Tips menjadi guru yang disenangi muridTips menjadi guru yang disenangi murid
Tips menjadi guru yang disenangi murid
 
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A162266)
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A162266)FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A162266)
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (A162266)
 

Ähnlich wie Tips pelajar cemerlang

21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan
21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan
21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesanNor Zairul Hisham
 
Cara belajar betul
Cara belajar betulCara belajar betul
Cara belajar betulPusat Kita
 
Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...
Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan   berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan   berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...
Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...Yellowz Timpuson Omie
 
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlangKaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlangDennyson Juien
 
Tekni belajar yg betul
Tekni belajar yg betulTekni belajar yg betul
Tekni belajar yg betulWan Zailan
 
Santi Muspitasari (201131067)
Santi Muspitasari (201131067)Santi Muspitasari (201131067)
Santi Muspitasari (201131067)santimuspitasari
 
Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067fittri57
 
Petua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelasPetua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelasfauzydp
 
Petua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelasPetua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelasfauzydp
 
Cara menumpukan perhatian di dalam kelas
Cara menumpukan perhatian di dalam kelasCara menumpukan perhatian di dalam kelas
Cara menumpukan perhatian di dalam kelasHidayati Razak
 
CARA BELAJAR EFEKTIF SELAMA MASA PANDEMI COVID-19 (MPLS ).pptx
CARA BELAJAR EFEKTIF SELAMA MASA PANDEMI COVID-19 (MPLS ).pptxCARA BELAJAR EFEKTIF SELAMA MASA PANDEMI COVID-19 (MPLS ).pptx
CARA BELAJAR EFEKTIF SELAMA MASA PANDEMI COVID-19 (MPLS ).pptxJOKO HANDOKO
 
CARA BELAJAR EFEKTIF MPLS SMAN 6 BS 2020.pptx
CARA BELAJAR EFEKTIF MPLS SMAN 6 BS 2020.pptxCARA BELAJAR EFEKTIF MPLS SMAN 6 BS 2020.pptx
CARA BELAJAR EFEKTIF MPLS SMAN 6 BS 2020.pptxAlamSyah755798
 
3. belajar efektif (amat setiawan)
3. belajar efektif (amat setiawan)3. belajar efektif (amat setiawan)
3. belajar efektif (amat setiawan)SMAN 1 WANASALAM
 
Buku komunikasi1
Buku komunikasi1Buku komunikasi1
Buku komunikasi1Hasnah Daud
 
Buku komunikasi2
Buku komunikasi2Buku komunikasi2
Buku komunikasi2Hasnah Daud
 
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajar
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajarRpl cara_menghilangkan_malas_belajar
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajarTatakustara
 
4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx
4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx
4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docxdededahuridisney
 

Ähnlich wie Tips pelajar cemerlang (20)

21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan
21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan
21 teknik pembelajaran yang betul dan berkesan
 
Cara belajar betul
Cara belajar betulCara belajar betul
Cara belajar betul
 
Cara belajar betul
Cara belajar betulCara belajar betul
Cara belajar betul
 
Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...
Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan   berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan   berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...
Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...
 
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlangKaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
 
Tekni belajar yg betul
Tekni belajar yg betulTekni belajar yg betul
Tekni belajar yg betul
 
Santi Muspitasari (201131067)
Santi Muspitasari (201131067)Santi Muspitasari (201131067)
Santi Muspitasari (201131067)
 
Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067
 
Petua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelasPetua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelas
 
Petua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelasPetua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelas
 
Buku komunikasi
Buku komunikasiBuku komunikasi
Buku komunikasi
 
belajar efektif.pptx
belajar efektif.pptxbelajar efektif.pptx
belajar efektif.pptx
 
Cara menumpukan perhatian di dalam kelas
Cara menumpukan perhatian di dalam kelasCara menumpukan perhatian di dalam kelas
Cara menumpukan perhatian di dalam kelas
 
CARA BELAJAR EFEKTIF SELAMA MASA PANDEMI COVID-19 (MPLS ).pptx
CARA BELAJAR EFEKTIF SELAMA MASA PANDEMI COVID-19 (MPLS ).pptxCARA BELAJAR EFEKTIF SELAMA MASA PANDEMI COVID-19 (MPLS ).pptx
CARA BELAJAR EFEKTIF SELAMA MASA PANDEMI COVID-19 (MPLS ).pptx
 
CARA BELAJAR EFEKTIF MPLS SMAN 6 BS 2020.pptx
CARA BELAJAR EFEKTIF MPLS SMAN 6 BS 2020.pptxCARA BELAJAR EFEKTIF MPLS SMAN 6 BS 2020.pptx
CARA BELAJAR EFEKTIF MPLS SMAN 6 BS 2020.pptx
 
3. belajar efektif (amat setiawan)
3. belajar efektif (amat setiawan)3. belajar efektif (amat setiawan)
3. belajar efektif (amat setiawan)
 
Buku komunikasi1
Buku komunikasi1Buku komunikasi1
Buku komunikasi1
 
Buku komunikasi2
Buku komunikasi2Buku komunikasi2
Buku komunikasi2
 
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajar
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajarRpl cara_menghilangkan_malas_belajar
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajar
 
4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx
4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx
4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx
 

Mehr von Noormawati Che Azmi

Motivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraan
Motivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraanMotivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraan
Motivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraanNoormawati Che Azmi
 
Jadual dan anggaran perbelanjaan makan
Jadual dan anggaran perbelanjaan makanJadual dan anggaran perbelanjaan makan
Jadual dan anggaran perbelanjaan makanNoormawati Che Azmi
 
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaPenerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaNoormawati Che Azmi
 

Mehr von Noormawati Che Azmi (7)

Prestasi oh prestasi
Prestasi oh prestasiPrestasi oh prestasi
Prestasi oh prestasi
 
Motivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraan
Motivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraanMotivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraan
Motivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraan
 
Laporan hari usahawan muda
Laporan hari usahawan mudaLaporan hari usahawan muda
Laporan hari usahawan muda
 
Jadual dan anggaran perbelanjaan makan
Jadual dan anggaran perbelanjaan makanJadual dan anggaran perbelanjaan makan
Jadual dan anggaran perbelanjaan makan
 
Laporan taklimat frog vle
Laporan taklimat frog vleLaporan taklimat frog vle
Laporan taklimat frog vle
 
Fasa fasa bulan
Fasa fasa bulanFasa fasa bulan
Fasa fasa bulan
 
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaPenerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
 

Tips pelajar cemerlang

  • 1. Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan (UPSR§ Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan. Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca. Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguhsungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran. Ketiga – Gunakan masa awal pagi Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya. Keempat – Buat nota ringkas Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah. Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran. Keenam – Mencuba soalan tahun lalu Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan. Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang. Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini. Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan 1
  • 2. bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji. Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing. Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri. Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi. Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen. Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti. Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai). Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar. Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang 2
  • 3. ditetapkan untuk hari tersebut. Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.” Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri. Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti. Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata. Kesimpulan Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran. PANDUAN MENGHADAPI SAAT2 AKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN (UPSR, PMR, SPM, STPM) UPSR, PMR.SPM, STPM Bagi calon2 yang bakal menduduki peperiksaan atau apa jua peperiksaan yang amat penting bagi anda, mami nak kongsi beberapa ikhtiar atau persediaan akhiryang boleh anda lakukan sebelum hari yang mencabar itu. SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN 1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok. 2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!" 3. sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang, pemadam - 2 butir, peraut pensil - 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen - 2 batang, warna kayu - satu set & set geometri - jika perlu.dan lain-lain. 4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda. 5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi. 3
  • 4. SEMASA HARI PEPERIKSAAN 1. Bangun awal. 2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat 3. Bersiap sedia ke sekolah 4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan. 5. Pastikan anda membawa:a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam. b) Surat lahir / kad pengenalan c) Slip angka giliran anda. 6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:- a) Baca Surah Al-Fatihah - 3X § b) Takbir - 7X § c) Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W - 3X § 7. Salam & cium tangam ibu bapa. 8. Langkah kananbila keluar rumah dan jangan toleh belakang. 9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik. BILA TIBA DI SEKOLAH 1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip 4
  • 5. penting dan rumusan. 2. Tarik nafas dalam2 dan releks. 3. Baca:Surah Al-Fatihah - 3X § ,Takbir - 7X § Doa Penerang Hati - 1X § Selawat Ke atas Nabi Muhammad. § DALAM DEWAN 5
  • 6. PEERIKSAAN 1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini. 2. Baca :Doa Penerang hati § Doa Tidak Lupa 6
  • 7. § 3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab. 4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa, jangan panik. Berselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula. SELEPAS PEPERIKSAAN Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR. Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Amin. Mutiara kata:Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh. Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan. Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha. Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya. * TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN * 7
  • 8. 1. Siapkan segala peralatan peperiksaan Make sure slip exam, IC, stationary semua dah complete one day before the exam. Letak kat tempat yang senang nampak (eg : atas meja). Baju dah gosok, stokin semua ada. 2. Tidur awal ( 6 - 8 hours ) Oklah ini tips yang paling bosan. But don't forget, not only your body needs some rest, your brain too. Have a good sleep. Dah terlewat dah untuk study last-last minute macam ni. Just bring whatever knowledge you have into the exam hall. Tutup lampu dan tidur. Kalau tak boleh tidur sebab excessively worry, just berzikir, berdoa supaya Allah permudahkan segala perjalanan esok, dan mintak Allah berkatkan ilmu yang adik-adik dah belajar. 3. Bangun awal Bila bangun kita akan lebih bersedia mentally and physically. Lebihkan masa diatas sejadah supaya tenang. Kena percaya dan percaya bahawa Allah akan bantu kita menghadapi exam ini. We are not alone. Allah is with us. 4. Breakfast, breakfast and breakfast Walaupun akak type 3 kali tapi bukanlah bermakna kau kena makan nasi lemak 3 pinggan. Adik-adik, silalah breakfast ok. Remember your brain feeds on glucose. Masa tidur, badan kita ibarat berpuasa. 68 jam perut kosong. Exam memerlukan konsentrasi yang tinggi, dimana otak akan penat. Jika adik tidak breakfast, otak akan depletes source of energy, maka adik tidak dapat berfikir dengan cergas. Akak cadangkan adik mengambil breakfast ringan seperti sandwich, kismis, kurma. Kalau makan berat-berat takut ko sakit perot, dah la kecut perot kan. 5. Jangan datang terlalu awal Lagi awal ko datang examination hall, lagi kecut perot ko dik. Tapi janganlah datang lewat pulak..kang tak pasal-pasal kena halau dengan pengawas peperiksaan. Just datang sedap-sedap rasa. Sementara menunggu nak masuk hall tu, just go through short notes yang adik-adik dah buat. JANGAN BELAJAR BENDA BARU PADA MASA INI. Walaupun kawan-kawan duk pung pang pung pang, just ignore it. Nanti ko cemas, especially bila ko tak tau pasal benda yang dorang cakap.. kang daripada relax-relax terus jadi gelabah. Habis lupa semua benda. 6. Langkah kaki kanan. Kalau terlangkah kaki kiri, gostan. 7. Berdoa Bacalah doa dan bertawakal. Tak kiralah ilmu kita ada 80% or 50% pada waktu itu, dengan izin Allah semua orang boleh berjaya. Baca dan beriman dengan kalimah ini. Hasbunallah wa ni'mal wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga. Rasulullah juga menyebut kalimah ini ketika perang badar. Perang ok. 8. Dah selesai menjawab kertas peperiksaan, jangan check jawapan. Jangan check jawapan dengan kawan diluar exam hall, mahupun check senyap-senyap ketika dirumah. 8
  • 9. Tawakal dengan jawapan yang kita kasi dan fokus untuk exam seterusnya. Ini adalah amalan yang tidak sihat kerana bila kita tau kita tersilap jawab, emosi akan terganggu. Emosi adalah paling penting ketika exam. 9. Jaga hubungan dengan ibu bapa. Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. Jangan merungut jika emak menyuruh angkat kain sedangkan kita nak study... Allah kan menuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa. Manalah tau, walaupun kita tak sempat nak study semua, tapi sebab kita anak yang baik, tup tup keluar question yang kita dah study. Remember there's always a shade of grey between black and white =) Nanti in between the exam ada gap kan? Masa tu boleh la belajar benda baru (in case kalau tak habis cover chapter) But it will be better if you can learn it from your friend who knows well about it. Bukan sahaja menjimatkan masa malah anda tidak akan rasa cemas sangat. Sepanjang exam, berkepit dengan short notes adik-adik ok. Just go through banyak kali supaya ingat. Exam kat asian countries ni more to memorizing facts..so yeah =P Selain itu, sepanjang atau selepas exam selalulah membaca yasin serta membuat solat sunat agar dimurahkan rezeki. Mungkinlah orang kata, eleh masa exam baru nak ingat tuhan. Sebelum ni berkiblatkan syaiton. Pehh ayat aku. Well, pedulikan orang nak kata apa.. daripada tak ingat tuhan langsung..oklah tu. Lagipun kat siapa nak mintak tolong kalau bukan kat Allah..tak gitu? People always make mistake, its never to late to change. And one thing..jangan pedulikan orang cakap apa, dont live up to people expectation. Its your life, you determine what should you do and what you shouldn't. Panduan Dan Teknik Berguna Menghadapi Peperiksaan Posted by Rossa Calla ON WEDNESDAY, JUNE 05, 2013 TEKNIK-TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN Sepatutnya anda dapat dikatakan pakar dalam hal ini, kerana kekerapan anda mengambil 9
  • 10. peperiksaan semenjak kecil lagi. Namun begitu , anda mungkin lupa sesuatu, ataupun tidak tahu teknik-teknik yang dapat membantu kecekapan anda. Berikut beberapa panduan dan teknik yang dapat mengurangkan ketegangan menghadapi peperiksaan. § Panduan Untuk Menghadapi Peperiksaan PERSIAPAN. Persiapan pada sebelum malam peperiksaan. Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya. • Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Anda Boleg Berjaya1' atau ‘You Can Do It'. • Kurangkan meminum minuman the dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan. • Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan sebagainya. PAGI HARI PEPERIKSAAN • Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda memerlukan tenaga mental dan fizikal sepanjang hari. • Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat. • Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka supaya anda tidak merasa panik. Misalnya, apabila berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan menakutkan anda. Kalau perlu dan kalau ada masa, belek nota-nota supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan. • Apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan bahawa tempat duduk anda memuaskan. Adakah tempat itu terlalu sejuk atau terlalu panas? Bagaimana dengan cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai? HARI PEPERIKSAAN * Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan • Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Aktiviti ini sangat penting bagi calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja. • Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas. 10
  • 11. • Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburu-buru. • Baca dengan teliti format dan arahan kertas peperiksaan. • Pilih soalan yang terbail untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum menjawab. • Tulis dengan jelas dan cepat • Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal. • Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya. • Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh para pengawas peperiksaan. BUNTU FIKIRAN/TEKANAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGIKAL PADA MUSIM PEPERIKSAAN. • Ia boleh diatasi dengan pencegahan • Ia boleh disebabkan oleh kurang persediaan, ulangan atau ualangkaji • Jalankan kegiatan ulangan tiap-tiap hari dan minggu. • Pelajar dinasihatkan supaya jangan gementar • Bernafas panjang dan dalam • Bersantai iaitu berehat • Cuba ingatkan baik dengan mengingati fakta yang berkaitan dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya. • Rujuk balik kepada nota (bukan semasa peperiksaan) • Akibat kurang tidur, atau salah makan • Jalankan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan. KELETIHAN FIZIKAL DAN CARA MENGATASINYA • Jaga masa tidur. • Rehatkan tangan, mata dan otot-otot semasa menjawab soalan sekali sekala. • Ambil angin sebentar • Basuh muka dengan air sejuk • MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN SERANGAN GEMENTAR DAN CARA MENGATASINYA 1 Persediaan lebih awal 2 Kawalan mental melalui latihan 3 Kawalan fizikal melalui latihan 4 Bersantai – mental/fizikal 5 Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan 6 Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas. 7 Rehatkan fikiran 8 Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif 9 Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik MAKLUMAT PEPERIKSAAN • Nama pusat peperiksaan • Nombor pusat • Angka giliran • Lokasi tempat • Keadaan fizikal bilik/kawasan 11
  • 12. • Kenderaan • Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus) MAKLUMAT TENTANG KERTAS. • Nombor kertas • Tarikh • Masa • Sesi/Bahagian kertas • Arahan spesifik • Format DOA DAN SEMBAHYANG SUNAT UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN • Sembahyang hajat • Doa keluar rumah • Doa naik kenderaan • Doa apabila menemui sesuatu yang sukar • Doa apabila hati menghadapi kesedihan • Doa apabila terkena kesedihan hati • Doa aneka macam kesusahan HARI PEPERIKSAAN • Ulang pelajaran • Tidur awal • Doa sebelum tidur • Sembahyang fardu/sunat selepas bangun • Sampai awal di pusat peperiksaan. TEKNIK MENJAWAB Panduan Umum • Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu • Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu • Tinggal dahulu soalan yang sukar • Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh • Rancang jawapan (lakar jawapan) 2.Ujian Objektif • Baca arahan dengan teliti • Baca dengan cepat semua soalan dahulu • Jawab dengan cepat yang pasti betul jawapannya • Balik kepada soalan-soalan yang belum berjawab. Analisa soalan-soalan yang sukar untuk mendapatkan perkataan kunci atau bayangan (clue) • Baca beberapa kali • Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan. • Jangan terus ketepikan jawapan "semuanya di atas" atau "bukan di atas" • Pilih jawapan "semuanya di atas" apabila semua pilihan jawapan betul. • Baca jawapan untuk memahami soalan • Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan yang setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja. • Olah balik soalan suapaya senang difahami. Cari contoh-contoh yang boleh menambah kefahaman kita terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba dapatkan jawapan yang setepat mungkin. 12
  • 13. • • • Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang lain Cuba teka adalah usaha terakhir Semak jawapan Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/panduan-dan-teknik-bergunamenghadapi.html#ixzz2d2T1MWxX Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook 1 Memiliki Sikap Rajin Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh lagi. 2 Displin Diri Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar mesti menepati masa§ dan menggunakan masa§yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti 13
  • 14. mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa§ lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka. 3 Menghormati Ibu Bapa Dan Guru Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati. 4 Aktif Dalam Kokurikulum Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan. 5 Menjaga Kesihatan Diri Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik. 14
  • 15. TEKNIK BELAJAR BERKESAN Pengenalan Ba gi mereka yang telah ber jaya dengan cemer lang,beber pa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajar an yang ber kesan. Ter pulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini ter dapat beber apa teknik belajar akan diutarakan. Teknik Belajar 5R-STUV 1 Recopy [salin semula] 2 Rewor k all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x] 3 Recite out loud Repeatedl y [lafaz kuat ber ulang kali] 4 Recheck [semak semula] 5 Reasonnablenes [jawapan ber patutan/sebaliknya] 6 7 8 9 s-sumarize [ringkaskan nota penting] t-test your self [uji diri anda] u-use [gunakan] V-visualize [bayangkan selalu] Teknik Belajar Secara Pembayangan Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri 15
  • 16. melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan. Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri. Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran. Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran. Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain. Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang. Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang. 10 Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam. 11 Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1) 12 Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam. 13 Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa) 14 Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4) 15 Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin) 16 Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar) 16
  • 17. 17 Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula) 18 Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan) 19 Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat) 20 Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lainlain lagi) 21 Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat) 22 Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat) 23 Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku) 24 Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah) 25 Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir) 26 Masa berada dalam bas ( baca kad nota) 27 Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah) 28 Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lainlain) 29 Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lainlain) MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG MASA BELAJAR WAKTU SUBUH Lain-lain masa yang perlu diurus. 30 Masa ditelipon-pendekan perbualan 31 Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan) 32 Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota) 33 Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda) 34 Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat) 35 Masa mendengar radio(kurangkan masa) 36 Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota) 37 Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan) Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang. Teknik Belajar PV3R 38 39 40 41 42 43 44 45 46 Preview (tinjauan awal) Question (soal diri) Read & Underline (Baca,garis dan tanda) Recite & write (lafaz dan tulis nota) Review (tinjauan akhir) Sumarize (ringkaskan) Test your self (uji diri anda) Use (gunakan) Visualize (bayangkan) 7 Cara Cemerlangkan Otak 47 Positive mental attitude & positive physical action. 17
  • 18. 48 49 50 51 52 53 Air-clean air for the brain. Mental Challenges for the brain. Food for the brain. Exercise for the brain. Sleep for the brain. Meditation & power brain./ Amalan peningkatan daya ingatan 54 55 56 57 58 59 60 61 Faham. Jarakkan/pecahkan masa belajar. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat. Percaya pada diri sendiri. Ulang berkali-kali. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang). 18