SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 16
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 1
1.0 PENGENALAN
Perkhemahan unif beruniform ini merupakan antara saluran pendidikan luar bilik darjah
yang sangat berkesan. Usaha ini adalah bertujuan menangani masalah gejala sosial.
Perkhemahan ini diharap akan dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri
dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka ini
akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperolehi
ketika di dalam bilik darjah. Ia menanam sifat keberanian dan kepercayaan
interpersonal dan intrapersonal. Diharapkan program ini akan dapat memberi peluang
kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mere disamping mengeratkan
hubungan siratulrrahim dikalangan murid dan guru-guru.
2.0 NAMA PROGRAM
Perkhemahan unit beruniform Pengakap/Tunas Puteri
3.0 MATLAMAT
Dengan program hari ko-kurikulum ini diharap agar:
1. Peserta-peserta dapat membuka minda bagi menilai keupayaan diri serta
mengetahui kelemehan-kelemahan diri untuk bergerak ke hadapan.
2. Membuka laluan minda yang lebih besar dalam menyampaikan mesej dalam
hubungan antara manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan
alam sekitar dengan penerapan mata pelajaran tertentu secara halus seperti
Sains, Kajian Tempatan, Moral, Sivik& Kenegaraan dan sebagainya untuk
melahirkan generasi yang berpengetahaan.
3. Menyedarkan dan menginsafi diri peserta-peserta dalam penggunaan masa
supaya dapat melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan
masa dengan baik.
4. Membentuk generasi yang serba boleh dan sentiasa bersedia dengan segala
ujian serta dapat berfikir secara rasional.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 2
4.0 OBJEKTIF
Diharapkan program ini dapat:
1. Mengetahui, memahami serta mempraktikkan cara-cara berkhemah yang
betul merangkumi pemilihan kawasan khemah, pemasangan dan penjagaan
khemah, penyediaan bekalan makanan dan aspek keselamatan diri.
2. Mempelajari, memahami serta melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang
dijalankan supaya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri dan membuang
perasaan rasa rendah diri dan tidak yakin.
3. Menghayati, melindungi alam sejagat ciptaan tuhan melalui konsep
perlindungan bersepadu menerusi penerapan aktiviti merentas desa.
4. Mengetahui, menyedari serta dapat bertindak pantas dalam sebarang masa
kecemasan dengan menggunakan sebarang benda yang ada di persekitaran.
5. Menanam sikap toleransi,kerjasama dan tolong menolong serta bermuafakat
dalam segala perkara dan aktiviti yang dijalankan.
5.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN
Tarikh Pelaksanaan
12 dan 13 Oktober 2012 ( Jumaat dan Sabtu )
Tempat Pelaksanaan
1. Kawasan sekolah SK Kampung senta, dan
2. Kawasan sekitar Kampung senta, Bidor.
Kumpulan Sasaran
1. Semua murid tahap dua SK Kampung Senta
( Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6 )
Bilangan Peserta Perkhemahan
Kelas Lelaki Perempuan Jumlah
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 3
Tahun 4 7 11 18 orang
Tahun 5 11 9 20 orang
Tahun 6 8 13 21 orang
Jumlah Besar 26 33 59 orang
5.4 Jurulatih/Fasilitator : 11 orang guru-guru SK Kampung Senta
6.0 BAYARAN PENYERTAAN :
Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja)
Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti:
i. Aktiviti
ii. Makan dan minuman peserta
8.0 JAWATANKUASA INDUK
Penaung : En. Othman Bin Md Ali PJK Guru Besar
Penasihat : Pn. Norizan Johari Guru Kanan Pentadbiran
Pn Hasnah a/p Bah Shadat Guru Kanan HEM
Pengerusi : En. Mohd Mahadhir Bin Mohd Shafie Guru Kanan Kokurikulum
Setiausaha :Pn. Noor a/p Dollah
Bendahari : : Pn. Nur Alina Syuhada Binti Abd Rahim
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 4
Ahli Jawatankuasa Pelaksana:
Jawatan Bidang Tugas
Kem Komandan :
1. En. Amiruddin Baki b. Hashim
PJK
2. Pn. Nurhafizah bt Ajlan
1. Memastikan Program Hari Ko-Kurikulum
berjalan lancar.
2. Memastikan keselamatan seluruh peserta
program.
3. Memastikan bilangan peserta program sentiasa
mencukupi dari semasa ke semasa.
Pendaftaran :
Pn Noor ap Dollah
Pn Hasnah a/p Bah Shadat
1.Menyediakan borang pendaftaran untuk peserta
perkhemahan.
2. Menyediakan tempat pendaftaran murid.
3.Mendaftar peserta perkhemahan.
Pengurus Peserta :
1. Pn. Hasnah a/p Bah Shadat
2. Cik Hinthumathy a/p
Kaliappan
1. Menyediakan murid untuk menyertai
perkhemahan
2. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi
menyertai perkhemahan.
3. Menyediakan segala peralatan yang diperlukan
semasa perkhemahan.
4. Mengawal disiplin peserta sebelum dan selepas
perkhemahan.
Khemah, Elektrik & Siaraya
1. En. Nor’ Ariff Bin Ismail
2. En. Mohd Mahadhir Bin Mohd
Shafie
3. En. A Annadurai
4. En. Bah Kiong a/l Bah
Berincik
5. En. Hamdan a/l Bah Stanby
6. En. Bah Ronny
1. Menyediakan pelan tempat tapak perkhemahan
mengikut unit.
2. Menyediakan khemah yang mencukupi bagi
peserta.
3. Memastikan semua khemah dibuka dan
dibersihkan selepas perkhemahan.
4. Menyediakan kemudahan elektrik dan
peralatan siaraya di tapak perkhemahan.
5. Mengemas peralatan yang telah digunakan dan
disimpan di tempat yang sesuai.
Makan / Minum :
1. Pn. Nurhafizah Binti Ajlan
2. Cik Ajyah Louisiana
Napitupulu
3. Pn. Arimah
5. Cik Safira a/p Bah Kanah
1. Menyediakan makanan dan minuman yang
mencukupi untuk peserta dan guru.
2. Menyediakan jadual dan menu makanan pada
hari perkhemahan.
3. Mengemas dan membersihkan semua
peralatan selepas perkhemahan.
Kerohanian :
1. Pn. Noor a/p Dollah
2. Pn. Nur Alina Syuhada Binti
Abd Rahim
1. Mengendalikan kuliah kerohanian kepada
peserta.
( malam dan pagi )
2. Memastikan disiplin dan pergaulan yang
terkawal antara peserta.
3. Memastikan pakaian peserta yang bersesuaian
sepanjang perkhemahan.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 5
Keselamatan & Kecemasan
1. En. Bah Kanah Bin Bah Ngah
2. En. San
3. En. Lan
4. En. Sharul Iman Bin Zamry
1. Memastikan tahap keselamatan peserta dan
semua peralatan dalam keadaan yang amat
baik.
2. Melakukan kawalan keselamatan di kawasan
perkhemahan.
3. Menyediakan peti kecemasan yang lengkap
dan diletakkan di urusetia.
Senaman Pagi :
1. En. Amiruddin Baki Bin
Hashim PJK
2. Pn. Norizan a/p Johari
1. Mengendalikan senaman pagi semasa hari
perkhemahan.
Kembara Muda
1. En. Nor’ Ariff Bin Ismail
2. En. Mohd Mahadhir Bin Mohd
Shafie.
3. En. Amiruddin Baki b. Hashim
PJK
4. Pn. Nurhafizah bt Ajlan
5.Pn. Norizan a/p Johari
6.Pn. Noor a/p Dollah
7. Pn. Nur Alina Syuhada Binti
Abd Rahim
8. Cik Ajyah Louisiana
Napitupulu
9.Pn. Hasnah a/p Bah Shadat
10. Cik Hinthumathy a/p
Kaliappan
11.En. A Annadurai
12.En. Bah Kiong a/l Bah
Berincik
13. En. Hamdan a/l Bah Stanby
14. En. Bah Ronny
1.Menyediakan track atau laluan untuk kembara
muda.
2.Menyediakan peti kecemasan yang lengkap
dan dibawa oleh guru yang terlibat.
3.Memastikan keselamatan murid-murid terjamin
sewaktu melakukan aktiviti kembara muda.
Kebudayaan
1.Pn Nur Alina Syuhada bt Abd
Rahim.
2.Pn Nurhafizah bt Ajlan.
3.Pn Noor a/p Dollah
1. Menyediakan persiapan tempat malam
kebudayaan.
2. Memastikan setiap kumpulan memasuki acara
kebudayaan.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 6
8.0 . SENARAI TUGAS
10.1 PENGERUSI / KETUA PROJEK
a. Membentuk jawatankuasa
b. Mempengerusikan mesyuarat
c. Merujuk kepada penasihat
10.2 SETIAUSAHA
a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b. Urusan surat menyurat dan borang.
10.3 BENDAHARI
a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan
program.
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang
sepatutnya.
10.4 KETUA DAN PENOLONG KOMANDO PERKHEMAHAN
a. Merancang segala pengisian aktiviti.
b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.
10.5 PERALATAN / SIARAYA
a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.
b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa
pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal.
10.6 KESELAMATAN
a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin di sepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 7
10.7 MAKANAN DAN MINUMAN
a. Merancang dan menentukan menu makanan
b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih
c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.
10.8 DOKUMENTASI /FOTO
a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan.
b. mengambil foto untuk setiap aktiviti.
c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan.
d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk
didokumentasikan.
10.9 IBADAH /KEROHANIAN
a. Memimpin para peserta dalam program kerohanian.
b. Mengelolakan kuliah keohanian.
c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian.
10.10 HADIAH DAN CENDERAMATA
a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program
10.11 DISIPLIN PESERTA
a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.
10.12 PENGESAHAN PENDAFTARAN
a. Memastikan para peserta sudah berada di tapak perhimpunan
b. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh
setiausaha.
10.13 KEMBARA MUDA
a.Menyediakan laluan atau track.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 8
b. Memastikan keselamatan murid terjamin sewaktu menjalankan aktiviti
kembara muda.
c.Memimpin murid sewaktu menjalankan aktiviti ini .
10.14 MALAM KEBUDAYAAN
a. Menyediakan tempat persembahan.
b. Memastikan setiap kumpulan menyerti malam kebudayaan.
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Butiran Jumlah (RM)
1. Makan murid
- makan malam
- supper
- sarapan
- makan tengah hari
59 murid x RM 3.50
59 murid x RM 2.00
59 murid x RM 2.00
59 murid x RM 3.50
206.50
118.00
118.00
206.50
2. Makan guru&kakitangan
- makan malam
- supper
- sarapan
- makan tengah hari
21 orang x RM 4.50
21 orang x RM 2.00
21 orang x RM 2.00
21 orang x RM 4.50
94.50
42.00
42.00
94.50
3. Alatan
- lampu kalimantang
- wayar
- belerang
- bateri healer
- ubat nyamuk
- air minuman
6 unit x RM 15.00
-
-
12 biji
1 kotak
4 katon x RM 12.00
90.00
30.00
30.00
20.00
8.00
48.00
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 9
- ubat-ubatan
- tali
-
2 gulung
15.00
10.00
4. Sijil penyertaan 59 orang x RM 2.00 118.00
5. Kos luar jangka - 50.00
Jumlah Besar RM 1,341.00
12.0 TENTATIF PROGRAM
TARIKH MASA PERKARA TINDAKAN
12
Oktober
2012
(Jumaat)
3.00 ptg- 3.30 ptg Pendaftaran peserta di kantin AJK Pendaftaran
3.30 ptg – 4.30 ptg Taklimat perkhemahan Kem Komandan
4.30 ptg – 6.30 ptg Mendirikan khemah
/gajet/minum petang
AJK Khemah / Fasilitator
AJK Makanan & Minuman
6.30 ptg – 7.30 ptg Makan Malam Ketua Kumpulan
7.30 ptg - 8.30 mlm Pengurusan diri, dan tazkirah
moral
Kem Komandan
8.30 – 10.30 mlm Latihan Dalam
Kumpulan/Permaianan
Berstesen
AJK LDK Penghayatan
Malam
10.30 – 11.30 mlm Malam Kebudayaan AJK Malam Kebudayaan
11.30 – 12.00 mlm Minum Malam AJK Makanan & Minuman
11.30 mlm-5.30 pagi Tidur AJK Keselamatan
13
Oktober
2012
(Sabtu)
5.30 pg – 6.30 pg Pengurusan diri Fasilitator
6.30 pg – 7.00 pg Takzirah moral AJK Keagamaan
7.00 pg – 7.30 pg Sarapan pagi AJK Makanan & Minuman
7.30 pg – 8.30 pg Senamrobik/ Malaysia Cergas AJK Senamrobik
8.30 pg –10.30 pg Jejak Komando AJK Komando
10.30 – 11.00 pg Pemeriksaan kawad kaki AJK Kem Komandan
11.00 – 12.30 tgh Membuka dan mengemas
khemah.
Membersihkan kawasan
khemah.
Acara penutup.
Ajk khemah
13. PERINCIAN AKTIVITI
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 10
13.1 MENDIRIKAN KHEMAH ( 2 jam)
Objektif : Memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam pemasangan
khemah.
Langkah Perlaksanaan :
 Taklimat dan demontrasi pemasangan khemah.
 Peserta memasang khemah mengikut kumpulan dan dipantau
fasilitator kumpulan.
. 13.2 PERSEMBAHAN MURID : ( 1 jam )
Aktiviti : Malam Kebudayaan
Objektif : Membina sikap keyakinan diri dan dapat bekerja sebagai satu
pasukan.
Langkah Perlaksanaan :
 Setiap kumpulan akan mempersembahkan satu persembahan
berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat di Malaysia
 Diadakan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan
Khemah yang
digunakan adalah jenis
berbentuk gelembung
dan diperbuat daripada
material yang kalis air.
Ciri utama khemah
jenis ini adalah ianya
mudah dibawa, dan
sesuai untuk
perkhemahan di
sekolah.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 11
13.3 LATIHAN DALAM KUMPULAN (PENGHAYATAN MALAM) : ( 2 jam )
Aktiviti 1 : Pembentukan Kumpulan – ( 1 jam )
Objektif :
 Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta
 Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu
 Membina semangat setiakawan dalam diri peserta
Langkah Perlaksanaan :
 Fasilitator akan menerangkan tujuan aktiviti yang akan dilakukan.
 Peserta berbaris dalam kumpulan mengikut tahun.
 Setiap peserta akan mengambil secebis kertas (gambar haiwan) dalam
kotak yang disediakan. ( ada sebelas gambar haiwan – 11 kumpulan)
 Peserta akan mencari kumpulan mengikut gambar haiwan yang diperolehi
dengan hanya membunyikan bunyi atau pergerakan haiwan tersebut.
 Apabila kumpulan sudah terbentuk. Aktiviti seterusnya
mempersembahkan persembahan kumpulan dalam bahasa dan
pergerakan haiwan yang diwakili.
 Fasilitator menegaskan kepentingan dalam bekerja dalam kumpulan,
saling menerima kelebihan dan kekurangan diri dan rakan dalam
kumpulan.
Aktiviti 2 : Nur Kasih / Moral (1 jam)
Objektif ;:
 Menilai sendiri kasih sayang kepada ibu bapa.
 Menginsafi diri dan berazam menjadi anak yang taat.
 Menyedarkan peserta bukan sesuatu yang mudah dalam membuat
keputusan.
Langkah Pelaksanaan :
 Peserta diberi secebis kertas, mereka diminta menulis satu nama atau
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 12
panggilan yang mereka sangat sayangi.
 Minta peserta berkumpul mengikut seseorang yang disayangi, contohnya
ibu, ayah , datuk atau nenek.
 Pilih beberapa peserta dari kumpulan, dan minta mereka memberi alas an
atas pemilihan mereka.
 Aktiviti diteruskan dengan tayangan video berkaitan ‘ibu bapa’
 Fasilitator membuat rumusan sambil bersoaljawab dengan peserta.
13.4 PERSEMBAHAN KUMPULAN ( 1 jam )
Aktiviti : Malam Kebudayaan
Objektif :
 Memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat
masing-masing.
 Membina keyakinan diri peserta.
Langkah Pelaksanaan :
 Peserta diberi masa dalam 15 minit untuk membuat persediaan.
 Peserta membuat persembahan dalam kumpulan mengikut giliran.
 Fasilitator membuat refleksi keseluruhan persembahan.
13.5 TAZKIRAH DAN MORAL ( 1 jam )
Aktiviti : , Kuliah Subuh
Objektif :
 Memberi santapan kerohanian kepada peserta menimba serta
mempraktikkan ilmu dan ibadah untuk kebahgian dunia dan akhirat.
Langkah Pelaksanaan :
 Peserta diwajibkan mengerjakan solat apabila masuk waktunya.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 13
 Mendengar kuliah subuh selepas solat subuh di surau sekolah.
 Peserta dibimbing mempraktikkan amalan solat yang sempurna.
13.6 MALAYSIA CERGAS ( 1 jam )
Aktiviti : Senamrobik
Objektif :
 Membina kecergasan tubuh badan untuk melakukan aktiviti-aktiviti
fizikal.
 Membina kecerdasan mental untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti
keilmuan.
Langkah Pelaksanaan :
 Peserta berkumpulan di tapak perhimpunan.
 Aktiviti senamrobik dikendalikan oleh seorang jurulatih.
13.7 KEMBARA 1 ( 2 jam )
Aktiviti : Kembara Ilmu
Objektif :
 Menyemai semangat kerjasama dan setiakawan serta membentuk
hubungan sosial di kalangan peserta.
Langkah Pelaksanaan :
 Aktiviti dilaksanakan dalam kumpulan.
 Kumpulan peserta akan membuat aktiviti di stesen-stesen yang
disediakan secara bergilir.
 Aktiviti yang dilakukan berdasarkan arahan bertulis.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 14
13.8 KEMBARA 2 ( 1 jam )
Aktiviti : Kembara Muda
Objektif :
 Memantapkan diri peserta dengan pelbagai teknik dan kemahiran
usaha hidup.
 Menguji tahap ketahanan mental dan fizikal peserta.
Langkah Pelaksanaan :
 Aktiviti dalam kumpulan besar melalui laluan yang telah dikenalpasti.
 Antaranya cabaran dalam aktiviti :
o Melalui denai kampung
o Mengharungi sungai cetek
. 13.9 KAWAD KAKI ( 1 jam )
Objektif :
 Memberi pendedahan asas kawad kaki untuk perbarisan,
 Membina kecekapan dan keseragaman dalam pergerakan
perbarisan.
Langkah Pelaksanaan :
 Membuat pergerakan dalam kumpulan mengikut persatuan.
 Peserta dikehendaki berpakaian lengkap.
14. PERATURAN-PERATURAN PERKHEMAHAN
Semasa perkhemahan, peserta-pesrta hendaklah,
14.1 Menjalinkan silaturahim, kenal-mengenal dan hormat-menghormat antara
satu sama lain.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 15
14.2 Mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan.
14.3 Menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
14.4 Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.
14.5 Semua pihak yang terlibat merokok dalam kawasan perkhemahan dan
membuang sampah merata-rata tempat.
14.6 Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat di
kawasan perkhemahan.
14.7 Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan
begitu juga sebaliknya.
14.8 Sentiasa berpakaian kemas dan tidak dibenarkan berselipar kecuali
berwuduk.
14.9 Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran selepas pukul 12.30 tengah
malam.
14.20 Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan
perkhemahan.
14.21 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali aktiviti rasmi
bersama jurulatih dan fasilitator.
14.22 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran pihak
penganjur.
14.23 Penjagaan diri/peralatan/harta pensendirian perlu diberi keutamaan.
14.24 Aktiviti penggunaan air dan api perlu di bawah penyeliaan dan
pengawasan pihak bertanggungjawab.
14.25 Peserta yang melanggar perauran keselamatan ini akan dikenakan
tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
14.26 Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari
semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 16
15. PENUTUP
Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat melahirkan insan
yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin
berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk
merealisasikannya objektif perkhemahan ini. Apa yang paling penting adalah
kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah
disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya
dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan
berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk
proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan
seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
artyschatz
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
SiTi Nurhidayah
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
RENU PRIYA
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
zabidah awang
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
asyikin hashim
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Vince Here
 

Was ist angesagt? (20)

Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Refleksi BIG
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Kurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSRKurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSR
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Autonomi guru
Autonomi guruAutonomi guru
Autonomi guru
 

Andere mochten auch

Andere mochten auch (17)

Presentation slide kembara
Presentation slide kembaraPresentation slide kembara
Presentation slide kembara
 
Taklimat pemasangan khemah
Taklimat pemasangan khemahTaklimat pemasangan khemah
Taklimat pemasangan khemah
 
Rph pj t3 khemah
Rph pj t3 khemahRph pj t3 khemah
Rph pj t3 khemah
 
Kertas kerja big
Kertas kerja bigKertas kerja big
Kertas kerja big
 
Kapreza 1314 paperwork
Kapreza 1314 paperworkKapreza 1314 paperwork
Kapreza 1314 paperwork
 
Kertas kerja
Kertas kerjaKertas kerja
Kertas kerja
 
contoh-kertas-kerja
 contoh-kertas-kerja contoh-kertas-kerja
contoh-kertas-kerja
 
67899969 an-unit-beruniform-skj-2011
67899969 an-unit-beruniform-skj-201167899969 an-unit-beruniform-skj-2011
67899969 an-unit-beruniform-skj-2011
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
 
nota-pandu-puteri
nota-pandu-puterinota-pandu-puteri
nota-pandu-puteri
 
Kertas kerja big (baru)
Kertas kerja big (baru)Kertas kerja big (baru)
Kertas kerja big (baru)
 
Kertas kerja light up autism
Kertas kerja light up autismKertas kerja light up autism
Kertas kerja light up autism
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
 
Kertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajarKertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajar
 
Contoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanContoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukan
 
Kertas kerja gain_2.0
Kertas kerja gain_2.0Kertas kerja gain_2.0
Kertas kerja gain_2.0
 

Ähnlich wie Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1

Kertas kerja camping 2012edit
Kertas kerja camping 2012editKertas kerja camping 2012edit
Kertas kerja camping 2012edit
Eiza Alias
 
Program Perkhemahan Kanak-kanak
Program Perkhemahan Kanak-kanakProgram Perkhemahan Kanak-kanak
Program Perkhemahan Kanak-kanak
rosnita wahab
 
Kem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlangKem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlang
Siti Norlina
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Fadhlullah Kamil
 
Kertas kerja kokurikulum
Kertas kerja kokurikulumKertas kerja kokurikulum
Kertas kerja kokurikulum
Shid Azie
 
Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1
Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1
Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1
Mad Jaraha C Rinold
 
LAPORAN KARYA WISATA - Jakarta
LAPORAN KARYA WISATA - JakartaLAPORAN KARYA WISATA - Jakarta
LAPORAN KARYA WISATA - Jakarta
Suya Yahya
 
Taklimat hem terkini skpaya, penetapan dasar hem
Taklimat hem terkini skpaya, penetapan dasar hemTaklimat hem terkini skpaya, penetapan dasar hem
Taklimat hem terkini skpaya, penetapan dasar hem
NURAINABTMUHDNASIRMo
 

Ähnlich wie Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1 (20)

Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
 
Contoh kertas kerja_perkhemahan_ppg
Contoh kertas kerja_perkhemahan_ppgContoh kertas kerja_perkhemahan_ppg
Contoh kertas kerja_perkhemahan_ppg
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
 
Kertas kerja camping 2012edit
Kertas kerja camping 2012editKertas kerja camping 2012edit
Kertas kerja camping 2012edit
 
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRSKertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
Kertas Cadangan Perkhemahan Unit Beruniform TKRS
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
 
Program Perkhemahan Kanak-kanak
Program Perkhemahan Kanak-kanakProgram Perkhemahan Kanak-kanak
Program Perkhemahan Kanak-kanak
 
Kertas kerja perkhemahan ppki
Kertas kerja perkhemahan ppkiKertas kerja perkhemahan ppki
Kertas kerja perkhemahan ppki
 
HBHE3203
HBHE3203HBHE3203
HBHE3203
 
Laporan program qiamullail fasa 1
Laporan program qiamullail fasa 1Laporan program qiamullail fasa 1
Laporan program qiamullail fasa 1
 
Kem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlangKem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlang
 
Kertas kerja perkhemahan pengakap 2015
Kertas kerja perkhemahan pengakap 2015Kertas kerja perkhemahan pengakap 2015
Kertas kerja perkhemahan pengakap 2015
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
Kertas kerja perkhemahan tahun 5 2011
 
Kertas kerja kokurikulum
Kertas kerja kokurikulumKertas kerja kokurikulum
Kertas kerja kokurikulum
 
Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1
Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1
Contoh kertas kerja konsevasi alam sekitar pendidikan jasmani 1
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
LAPORAN KARYA WISATA - Jakarta
LAPORAN KARYA WISATA - JakartaLAPORAN KARYA WISATA - Jakarta
LAPORAN KARYA WISATA - Jakarta
 
Taklimat hem terkini skpaya, penetapan dasar hem
Taklimat hem terkini skpaya, penetapan dasar hemTaklimat hem terkini skpaya, penetapan dasar hem
Taklimat hem terkini skpaya, penetapan dasar hem
 
Kertas kerja perkhemahan tahun 2012
Kertas kerja perkhemahan tahun 2012Kertas kerja perkhemahan tahun 2012
Kertas kerja perkhemahan tahun 2012
 

Mehr von Noor Dollah (20)

Minit mesyuarat bm 2
Minit mesyuarat bm 2Minit mesyuarat bm 2
Minit mesyuarat bm 2
 
Minit mesyuarat bm 1
Minit mesyuarat bm 1Minit mesyuarat bm 1
Minit mesyuarat bm 1
 
Minit mesyuarat 4 2017 bm
Minit mesyuarat 4 2017 bmMinit mesyuarat 4 2017 bm
Minit mesyuarat 4 2017 bm
 
contoh minit mesyuarat panitia BM
contoh minit mesyuarat panitia BMcontoh minit mesyuarat panitia BM
contoh minit mesyuarat panitia BM
 
Contoh laporan plc
Contoh laporan plcContoh laporan plc
Contoh laporan plc
 
Tutorial pembelajaran noor
Tutorial pembelajaran noorTutorial pembelajaran noor
Tutorial pembelajaran noor
 
Minit mesyuarat perkhemahan unit beruniform
Minit mesyuarat perkhemahan unit beruniformMinit mesyuarat perkhemahan unit beruniform
Minit mesyuarat perkhemahan unit beruniform
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
Big sem 6 guru inovatif
Big sem 6 guru inovatifBig sem 6 guru inovatif
Big sem 6 guru inovatif
 
Big sem 5 bengkel
Big sem 5 bengkelBig sem 5 bengkel
Big sem 5 bengkel
 
Big sayangi kaw sek anda sem 4
Big sayangi kaw sek anda sem 4Big sayangi kaw sek anda sem 4
Big sayangi kaw sek anda sem 4
 
Contoh Perjanjian RMT sekolah rendah
Contoh Perjanjian RMT sekolah rendahContoh Perjanjian RMT sekolah rendah
Contoh Perjanjian RMT sekolah rendah
 
etika dan profesion perguruan
etika dan profesion perguruanetika dan profesion perguruan
etika dan profesion perguruan
 
Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1
 
pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1
pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1
pjm3112 Assgmnt permainan tradisional 1
 
Tajuk 8 done
Tajuk 8 doneTajuk 8 done
Tajuk 8 done
 
Tajuk 6 done
Tajuk 6 doneTajuk 6 done
Tajuk 6 done
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
Tajuk 4 done
Tajuk 4 doneTajuk 4 done
Tajuk 4 done
 
Tajuk 3 done
Tajuk 3 doneTajuk 3 done
Tajuk 3 done
 

Kürzlich hochgeladen

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 

Kertas kerja Bina insan guru fasa 1 sem 1

  • 1. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 1 1.0 PENGENALAN Perkhemahan unif beruniform ini merupakan antara saluran pendidikan luar bilik darjah yang sangat berkesan. Usaha ini adalah bertujuan menangani masalah gejala sosial. Perkhemahan ini diharap akan dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka ini akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperolehi ketika di dalam bilik darjah. Ia menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Diharapkan program ini akan dapat memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mere disamping mengeratkan hubungan siratulrrahim dikalangan murid dan guru-guru. 2.0 NAMA PROGRAM Perkhemahan unit beruniform Pengakap/Tunas Puteri 3.0 MATLAMAT Dengan program hari ko-kurikulum ini diharap agar: 1. Peserta-peserta dapat membuka minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemehan-kelemahan diri untuk bergerak ke hadapan. 2. Membuka laluan minda yang lebih besar dalam menyampaikan mesej dalam hubungan antara manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitar dengan penerapan mata pelajaran tertentu secara halus seperti Sains, Kajian Tempatan, Moral, Sivik& Kenegaraan dan sebagainya untuk melahirkan generasi yang berpengetahaan. 3. Menyedarkan dan menginsafi diri peserta-peserta dalam penggunaan masa supaya dapat melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik. 4. Membentuk generasi yang serba boleh dan sentiasa bersedia dengan segala ujian serta dapat berfikir secara rasional.
  • 2. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 2 4.0 OBJEKTIF Diharapkan program ini dapat: 1. Mengetahui, memahami serta mempraktikkan cara-cara berkhemah yang betul merangkumi pemilihan kawasan khemah, pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan dan aspek keselamatan diri. 2. Mempelajari, memahami serta melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang dijalankan supaya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri dan membuang perasaan rasa rendah diri dan tidak yakin. 3. Menghayati, melindungi alam sejagat ciptaan tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan aktiviti merentas desa. 4. Mengetahui, menyedari serta dapat bertindak pantas dalam sebarang masa kecemasan dengan menggunakan sebarang benda yang ada di persekitaran. 5. Menanam sikap toleransi,kerjasama dan tolong menolong serta bermuafakat dalam segala perkara dan aktiviti yang dijalankan. 5.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN Tarikh Pelaksanaan 12 dan 13 Oktober 2012 ( Jumaat dan Sabtu ) Tempat Pelaksanaan 1. Kawasan sekolah SK Kampung senta, dan 2. Kawasan sekitar Kampung senta, Bidor. Kumpulan Sasaran 1. Semua murid tahap dua SK Kampung Senta ( Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6 ) Bilangan Peserta Perkhemahan Kelas Lelaki Perempuan Jumlah
  • 3. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 3 Tahun 4 7 11 18 orang Tahun 5 11 9 20 orang Tahun 6 8 13 21 orang Jumlah Besar 26 33 59 orang 5.4 Jurulatih/Fasilitator : 11 orang guru-guru SK Kampung Senta 6.0 BAYARAN PENYERTAAN : Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti: i. Aktiviti ii. Makan dan minuman peserta 8.0 JAWATANKUASA INDUK Penaung : En. Othman Bin Md Ali PJK Guru Besar Penasihat : Pn. Norizan Johari Guru Kanan Pentadbiran Pn Hasnah a/p Bah Shadat Guru Kanan HEM Pengerusi : En. Mohd Mahadhir Bin Mohd Shafie Guru Kanan Kokurikulum Setiausaha :Pn. Noor a/p Dollah Bendahari : : Pn. Nur Alina Syuhada Binti Abd Rahim
  • 4. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 4 Ahli Jawatankuasa Pelaksana: Jawatan Bidang Tugas Kem Komandan : 1. En. Amiruddin Baki b. Hashim PJK 2. Pn. Nurhafizah bt Ajlan 1. Memastikan Program Hari Ko-Kurikulum berjalan lancar. 2. Memastikan keselamatan seluruh peserta program. 3. Memastikan bilangan peserta program sentiasa mencukupi dari semasa ke semasa. Pendaftaran : Pn Noor ap Dollah Pn Hasnah a/p Bah Shadat 1.Menyediakan borang pendaftaran untuk peserta perkhemahan. 2. Menyediakan tempat pendaftaran murid. 3.Mendaftar peserta perkhemahan. Pengurus Peserta : 1. Pn. Hasnah a/p Bah Shadat 2. Cik Hinthumathy a/p Kaliappan 1. Menyediakan murid untuk menyertai perkhemahan 2. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi menyertai perkhemahan. 3. Menyediakan segala peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan. 4. Mengawal disiplin peserta sebelum dan selepas perkhemahan. Khemah, Elektrik & Siaraya 1. En. Nor’ Ariff Bin Ismail 2. En. Mohd Mahadhir Bin Mohd Shafie 3. En. A Annadurai 4. En. Bah Kiong a/l Bah Berincik 5. En. Hamdan a/l Bah Stanby 6. En. Bah Ronny 1. Menyediakan pelan tempat tapak perkhemahan mengikut unit. 2. Menyediakan khemah yang mencukupi bagi peserta. 3. Memastikan semua khemah dibuka dan dibersihkan selepas perkhemahan. 4. Menyediakan kemudahan elektrik dan peralatan siaraya di tapak perkhemahan. 5. Mengemas peralatan yang telah digunakan dan disimpan di tempat yang sesuai. Makan / Minum : 1. Pn. Nurhafizah Binti Ajlan 2. Cik Ajyah Louisiana Napitupulu 3. Pn. Arimah 5. Cik Safira a/p Bah Kanah 1. Menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi untuk peserta dan guru. 2. Menyediakan jadual dan menu makanan pada hari perkhemahan. 3. Mengemas dan membersihkan semua peralatan selepas perkhemahan. Kerohanian : 1. Pn. Noor a/p Dollah 2. Pn. Nur Alina Syuhada Binti Abd Rahim 1. Mengendalikan kuliah kerohanian kepada peserta. ( malam dan pagi ) 2. Memastikan disiplin dan pergaulan yang terkawal antara peserta. 3. Memastikan pakaian peserta yang bersesuaian sepanjang perkhemahan.
  • 5. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 5 Keselamatan & Kecemasan 1. En. Bah Kanah Bin Bah Ngah 2. En. San 3. En. Lan 4. En. Sharul Iman Bin Zamry 1. Memastikan tahap keselamatan peserta dan semua peralatan dalam keadaan yang amat baik. 2. Melakukan kawalan keselamatan di kawasan perkhemahan. 3. Menyediakan peti kecemasan yang lengkap dan diletakkan di urusetia. Senaman Pagi : 1. En. Amiruddin Baki Bin Hashim PJK 2. Pn. Norizan a/p Johari 1. Mengendalikan senaman pagi semasa hari perkhemahan. Kembara Muda 1. En. Nor’ Ariff Bin Ismail 2. En. Mohd Mahadhir Bin Mohd Shafie. 3. En. Amiruddin Baki b. Hashim PJK 4. Pn. Nurhafizah bt Ajlan 5.Pn. Norizan a/p Johari 6.Pn. Noor a/p Dollah 7. Pn. Nur Alina Syuhada Binti Abd Rahim 8. Cik Ajyah Louisiana Napitupulu 9.Pn. Hasnah a/p Bah Shadat 10. Cik Hinthumathy a/p Kaliappan 11.En. A Annadurai 12.En. Bah Kiong a/l Bah Berincik 13. En. Hamdan a/l Bah Stanby 14. En. Bah Ronny 1.Menyediakan track atau laluan untuk kembara muda. 2.Menyediakan peti kecemasan yang lengkap dan dibawa oleh guru yang terlibat. 3.Memastikan keselamatan murid-murid terjamin sewaktu melakukan aktiviti kembara muda. Kebudayaan 1.Pn Nur Alina Syuhada bt Abd Rahim. 2.Pn Nurhafizah bt Ajlan. 3.Pn Noor a/p Dollah 1. Menyediakan persiapan tempat malam kebudayaan. 2. Memastikan setiap kumpulan memasuki acara kebudayaan.
  • 6. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 6 8.0 . SENARAI TUGAS 10.1 PENGERUSI / KETUA PROJEK a. Membentuk jawatankuasa b. Mempengerusikan mesyuarat c. Merujuk kepada penasihat 10.2 SETIAUSAHA a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan b. Urusan surat menyurat dan borang. 10.3 BENDAHARI a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program. b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya. 10.4 KETUA DAN PENOLONG KOMANDO PERKHEMAHAN a. Merancang segala pengisian aktiviti. b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat. 10.5 PERALATAN / SIARAYA a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program. b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal. 10.6 KESELAMATAN a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap. b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin di sepanjang aktiviti. c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.
  • 7. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 7 10.7 MAKANAN DAN MINUMAN a. Merancang dan menentukan menu makanan b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar. 10.8 DOKUMENTASI /FOTO a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan. b. mengambil foto untuk setiap aktiviti. c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan. d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan. 10.9 IBADAH /KEROHANIAN a. Memimpin para peserta dalam program kerohanian. b. Mengelolakan kuliah keohanian. c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian. 10.10 HADIAH DAN CENDERAMATA a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program 10.11 DISIPLIN PESERTA a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan. 10.12 PENGESAHAN PENDAFTARAN a. Memastikan para peserta sudah berada di tapak perhimpunan b. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh setiausaha. 10.13 KEMBARA MUDA a.Menyediakan laluan atau track.
  • 8. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 8 b. Memastikan keselamatan murid terjamin sewaktu menjalankan aktiviti kembara muda. c.Memimpin murid sewaktu menjalankan aktiviti ini . 10.14 MALAM KEBUDAYAAN a. Menyediakan tempat persembahan. b. Memastikan setiap kumpulan menyerti malam kebudayaan. 11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. Perkara Butiran Jumlah (RM) 1. Makan murid - makan malam - supper - sarapan - makan tengah hari 59 murid x RM 3.50 59 murid x RM 2.00 59 murid x RM 2.00 59 murid x RM 3.50 206.50 118.00 118.00 206.50 2. Makan guru&kakitangan - makan malam - supper - sarapan - makan tengah hari 21 orang x RM 4.50 21 orang x RM 2.00 21 orang x RM 2.00 21 orang x RM 4.50 94.50 42.00 42.00 94.50 3. Alatan - lampu kalimantang - wayar - belerang - bateri healer - ubat nyamuk - air minuman 6 unit x RM 15.00 - - 12 biji 1 kotak 4 katon x RM 12.00 90.00 30.00 30.00 20.00 8.00 48.00
  • 9. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 9 - ubat-ubatan - tali - 2 gulung 15.00 10.00 4. Sijil penyertaan 59 orang x RM 2.00 118.00 5. Kos luar jangka - 50.00 Jumlah Besar RM 1,341.00 12.0 TENTATIF PROGRAM TARIKH MASA PERKARA TINDAKAN 12 Oktober 2012 (Jumaat) 3.00 ptg- 3.30 ptg Pendaftaran peserta di kantin AJK Pendaftaran 3.30 ptg – 4.30 ptg Taklimat perkhemahan Kem Komandan 4.30 ptg – 6.30 ptg Mendirikan khemah /gajet/minum petang AJK Khemah / Fasilitator AJK Makanan & Minuman 6.30 ptg – 7.30 ptg Makan Malam Ketua Kumpulan 7.30 ptg - 8.30 mlm Pengurusan diri, dan tazkirah moral Kem Komandan 8.30 – 10.30 mlm Latihan Dalam Kumpulan/Permaianan Berstesen AJK LDK Penghayatan Malam 10.30 – 11.30 mlm Malam Kebudayaan AJK Malam Kebudayaan 11.30 – 12.00 mlm Minum Malam AJK Makanan & Minuman 11.30 mlm-5.30 pagi Tidur AJK Keselamatan 13 Oktober 2012 (Sabtu) 5.30 pg – 6.30 pg Pengurusan diri Fasilitator 6.30 pg – 7.00 pg Takzirah moral AJK Keagamaan 7.00 pg – 7.30 pg Sarapan pagi AJK Makanan & Minuman 7.30 pg – 8.30 pg Senamrobik/ Malaysia Cergas AJK Senamrobik 8.30 pg –10.30 pg Jejak Komando AJK Komando 10.30 – 11.00 pg Pemeriksaan kawad kaki AJK Kem Komandan 11.00 – 12.30 tgh Membuka dan mengemas khemah. Membersihkan kawasan khemah. Acara penutup. Ajk khemah 13. PERINCIAN AKTIVITI
  • 10. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 10 13.1 MENDIRIKAN KHEMAH ( 2 jam) Objektif : Memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam pemasangan khemah. Langkah Perlaksanaan :  Taklimat dan demontrasi pemasangan khemah.  Peserta memasang khemah mengikut kumpulan dan dipantau fasilitator kumpulan. . 13.2 PERSEMBAHAN MURID : ( 1 jam ) Aktiviti : Malam Kebudayaan Objektif : Membina sikap keyakinan diri dan dapat bekerja sebagai satu pasukan. Langkah Perlaksanaan :  Setiap kumpulan akan mempersembahkan satu persembahan berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat di Malaysia  Diadakan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan Khemah yang digunakan adalah jenis berbentuk gelembung dan diperbuat daripada material yang kalis air. Ciri utama khemah jenis ini adalah ianya mudah dibawa, dan sesuai untuk perkhemahan di sekolah.
  • 11. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 11 13.3 LATIHAN DALAM KUMPULAN (PENGHAYATAN MALAM) : ( 2 jam ) Aktiviti 1 : Pembentukan Kumpulan – ( 1 jam ) Objektif :  Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta  Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu  Membina semangat setiakawan dalam diri peserta Langkah Perlaksanaan :  Fasilitator akan menerangkan tujuan aktiviti yang akan dilakukan.  Peserta berbaris dalam kumpulan mengikut tahun.  Setiap peserta akan mengambil secebis kertas (gambar haiwan) dalam kotak yang disediakan. ( ada sebelas gambar haiwan – 11 kumpulan)  Peserta akan mencari kumpulan mengikut gambar haiwan yang diperolehi dengan hanya membunyikan bunyi atau pergerakan haiwan tersebut.  Apabila kumpulan sudah terbentuk. Aktiviti seterusnya mempersembahkan persembahan kumpulan dalam bahasa dan pergerakan haiwan yang diwakili.  Fasilitator menegaskan kepentingan dalam bekerja dalam kumpulan, saling menerima kelebihan dan kekurangan diri dan rakan dalam kumpulan. Aktiviti 2 : Nur Kasih / Moral (1 jam) Objektif ;:  Menilai sendiri kasih sayang kepada ibu bapa.  Menginsafi diri dan berazam menjadi anak yang taat.  Menyedarkan peserta bukan sesuatu yang mudah dalam membuat keputusan. Langkah Pelaksanaan :  Peserta diberi secebis kertas, mereka diminta menulis satu nama atau
  • 12. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 12 panggilan yang mereka sangat sayangi.  Minta peserta berkumpul mengikut seseorang yang disayangi, contohnya ibu, ayah , datuk atau nenek.  Pilih beberapa peserta dari kumpulan, dan minta mereka memberi alas an atas pemilihan mereka.  Aktiviti diteruskan dengan tayangan video berkaitan ‘ibu bapa’  Fasilitator membuat rumusan sambil bersoaljawab dengan peserta. 13.4 PERSEMBAHAN KUMPULAN ( 1 jam ) Aktiviti : Malam Kebudayaan Objektif :  Memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat masing-masing.  Membina keyakinan diri peserta. Langkah Pelaksanaan :  Peserta diberi masa dalam 15 minit untuk membuat persediaan.  Peserta membuat persembahan dalam kumpulan mengikut giliran.  Fasilitator membuat refleksi keseluruhan persembahan. 13.5 TAZKIRAH DAN MORAL ( 1 jam ) Aktiviti : , Kuliah Subuh Objektif :  Memberi santapan kerohanian kepada peserta menimba serta mempraktikkan ilmu dan ibadah untuk kebahgian dunia dan akhirat. Langkah Pelaksanaan :  Peserta diwajibkan mengerjakan solat apabila masuk waktunya.
  • 13. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 13  Mendengar kuliah subuh selepas solat subuh di surau sekolah.  Peserta dibimbing mempraktikkan amalan solat yang sempurna. 13.6 MALAYSIA CERGAS ( 1 jam ) Aktiviti : Senamrobik Objektif :  Membina kecergasan tubuh badan untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.  Membina kecerdasan mental untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti keilmuan. Langkah Pelaksanaan :  Peserta berkumpulan di tapak perhimpunan.  Aktiviti senamrobik dikendalikan oleh seorang jurulatih. 13.7 KEMBARA 1 ( 2 jam ) Aktiviti : Kembara Ilmu Objektif :  Menyemai semangat kerjasama dan setiakawan serta membentuk hubungan sosial di kalangan peserta. Langkah Pelaksanaan :  Aktiviti dilaksanakan dalam kumpulan.  Kumpulan peserta akan membuat aktiviti di stesen-stesen yang disediakan secara bergilir.  Aktiviti yang dilakukan berdasarkan arahan bertulis.
  • 14. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 14 13.8 KEMBARA 2 ( 1 jam ) Aktiviti : Kembara Muda Objektif :  Memantapkan diri peserta dengan pelbagai teknik dan kemahiran usaha hidup.  Menguji tahap ketahanan mental dan fizikal peserta. Langkah Pelaksanaan :  Aktiviti dalam kumpulan besar melalui laluan yang telah dikenalpasti.  Antaranya cabaran dalam aktiviti : o Melalui denai kampung o Mengharungi sungai cetek . 13.9 KAWAD KAKI ( 1 jam ) Objektif :  Memberi pendedahan asas kawad kaki untuk perbarisan,  Membina kecekapan dan keseragaman dalam pergerakan perbarisan. Langkah Pelaksanaan :  Membuat pergerakan dalam kumpulan mengikut persatuan.  Peserta dikehendaki berpakaian lengkap. 14. PERATURAN-PERATURAN PERKHEMAHAN Semasa perkhemahan, peserta-pesrta hendaklah, 14.1 Menjalinkan silaturahim, kenal-mengenal dan hormat-menghormat antara satu sama lain.
  • 15. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 15 14.2 Mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan. 14.3 Menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. 14.4 Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain. 14.5 Semua pihak yang terlibat merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah merata-rata tempat. 14.6 Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat di kawasan perkhemahan. 14.7 Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan begitu juga sebaliknya. 14.8 Sentiasa berpakaian kemas dan tidak dibenarkan berselipar kecuali berwuduk. 14.9 Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran selepas pukul 12.30 tengah malam. 14.20 Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan perkhemahan. 14.21 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali aktiviti rasmi bersama jurulatih dan fasilitator. 14.22 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran pihak penganjur. 14.23 Penjagaan diri/peralatan/harta pensendirian perlu diberi keutamaan. 14.24 Aktiviti penggunaan air dan api perlu di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab. 14.25 Peserta yang melanggar perauran keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia. 14.26 Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
  • 16. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 16 15. PENUTUP Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya objektif perkhemahan ini. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.