SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 20
1
1.0 PENGENALAN
Secara umumnya, pedagogi merujuk satu kajian tentang pengajaran, khususnya pengajaran
dalam pendidikan formal. Pedagogi juga boleh dikatakan sebagai sains dan seni mengenai
cara mengajar di sekolah. Dalam hal ini, pedagogi juga dikatakan melibatkan satu kajian
mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah
dan seterusnya interaksi antara guru dan pelajar. Kini, pedagogi moden telah membahagikan
fungsi pengajaran kepada tiga bidang yakni bidang kognitif, iaitu berkenaan dengan aktiviti
mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa, bidang afektif yakni yang berkaitan
dengan sikap dan sahsiah pelajar dan seterusnya bidang psikomotor, iaitu berkenaan dengan
aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan dan sukan. Bidang-bidang ini telah
dikemukakan oleh sarjana barat Taksonomi Bloom.
Pedagogi sangat berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk
formal. Pengajaran merupakan satu aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian. Menurut Arbak (1985), pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah
oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu
kepada pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah. Dalam hal ini, pengajaran
dapat diringkaskan sebagai satu perkara yang menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu
sepanjang hayat, menghormati kanak-kanak dan remaja, saling berkongsi ilmu pengetahuan
antara pelajar dan guru, membimbing, mengarah, membantu menyubur dan merancang,
menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid, menghadapi cabaran diri dan profesional
dan akhir sekali sebagai satu cara untuk menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada
pelajar.
2
Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu istilah yang berbeza apabila dilihat dari
segi pengertiannya. Ahli psikologi masing-masing mempunyai pandangannya yang tersendiri
mengenai istilah pembelajaran ini. Ahli teoris behaviorisme menegaskan bahawa
pembelajaran merujuk perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan manakala ahli
kognitif pula menekankan tentang proses mental yang terlibat semasa pembelajaran yang
berlaku tetapi tidak dapat diperhatikan. Menurut Evan & Brueckner (1990) dan Gagne
(1985), pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan
perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman.
Gagne juga menyatakan bahawa pembelajaran merupakan perubahan dari segi
kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan
bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Walaupun kedua-
dua istilah tersebut berbeza dari segi pengertiannya namun, ia sangat berkait antara satu sama
lain dalam pedagogi pendidikan.
Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan
interaksi guru dan pelajar dalam membentuk pelajar menjadi modal insan yang cemerlang
melalui ilmu pengetahuan yang diterapkan oleh guru. Dalam menjayakan proses ini,
pelbagai pendekatan yang telah diwujudkan dalam proses ini. Kaedah serta teknik yang
terbaik mampu membentuk pelajar berilmu atau memudahkan pelajar memperoleh
pengetahuan untuk diterapkan dalam kehidupan harian mereka, misalnya kaedah tunjuk cara,
simulsi dan sebagainya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa teknik dan kaedah yang terbaik
mampu mempengaruhi pemerolehan bahasa atau pengetahuan kepada pelajar.
3
2.0 SOROTAN KAJIAN
Kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran bukan sesuatu yang baru kerana kajian ini
telah dilakukan oleh para sarjana daripada pelbagai aspek. Berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh Zamri Mahamod, Celinea anak Lasan, dan Nik Mohd. Rahimi Nik
Yusoff(2009), mereka telah mengkaji pengajaran dan pembelajaran pada peringkat institusi
pengajian tinggi di Sarawak. Focus utama bagi kajian ini ialah untuk mengetahui persepsi
pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap pengkaedahan pengajaran, sukatan
pelajaran, dan penilaian pengajaran dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil yang didapati
melalui soal selidik terhadap beberapa orang pelajar menunjukkan tiada perbezaan
signifikan dari segi pandangan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap
pendekatan pengajaran, sukatan pelajaran, dan bahan pengajaran yang digunakan oleh tenaga
pengajar, namun terdapat perbezaan terhadap pengkaedahan pengajaran dan penilaian
pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak.
Menurut Seman Salleh(2005), kini guru memandang remeh pengajaran bahasa Melayu
kerana mereka menganggap pengajaran bahasa Melayu merupakan subjek matapelajaran
yang mudah untuk diajar. Tanggapan ini disokong oleh pentadbir sekolah dan tren masa
kini, pentadbir sekolah memberi mata pelajaran bahasa Melayu kepada guru yang tidak
memiliki opsyen bahasa Melayu. Guru-guru ini ternyata sukar untuk mengajar kerana mereka
tidak benar-benar menguasi matapelajaran tersebut. keadaan ini mengundang masalah kepada
para pelajar untuk memahami matapelajaran tersebut. kajian ini juga memperlihatkan
peranan guru yang memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-
murid mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Bahasa juga penting sebagai medium
4
komunikasi antara guru dan pelajar, hal ini demikian kerana bahasa adalah medium utama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kajian oleh Siti Hawa Hamzah(2003) pula,beliau mengkaji pengajaran
bahasa dari sudut penggunaan teknologi. Teknologi terkini dapat memudahkan pengajaran
bahasa, hal ini dapat dibuktikan melalui kajian terhadap penggunaan perisian multimedia
dalam pengajaran simpulan bahasa. Namun begitu, teknik pengajaran ini menghadapi
masalah apabila kebanyakan gruru-guru tidak pandai mengaplikasikan kemahiran mereka
dalam pengajaran bahasa. Selain itu kekurangan bahan dan perisian yang sesuai untuk
diintergrasikan ke dalam pelajaran membuatkan terdapat halangan untuk menggunakan
kaedah ini. keadaan ini perlu dinaiktaraf berikutan dunia semakin maju dengan teknologi,
sudah tentu kaedah pembelajaran perlu juga mempunyai peningkatan dari teknologi. Kaedah
ini juga mendapat sambutan para guru bahasa di kawasan kajian.
Selain itu kajian barat juga dapat dilihat bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa.
William S (dalam pendekatan pengajaran membaca permulaan: satu tinjauan,2003) telah
membuat kajian terhadap bacaan hingga menjadi satu bidang khusus bagi ijazah kedoktoran
di Universiti Chicago. Menyedari kepentingan kemahiran membaca dalam pendidikan,
kerajaan Amerika telah menyediakan peruntukan khas bagi membiayai penyelidikan dalam
bidang tersebut dengan membeli pelbagai bahan bacaan, menubuhkan institusi untuk
memperbaiki kaedah pengajaran dan memberi bantuan kepada individu yang ingin
mendalami aspek bacaan.
Collins(..) di dalam kajiannya terhadap kemajuan murid-murid yang lambat belajar, telah
menyalahkan guru-guru yang pengajar di kelas pemulihan. Pada pandangannya guru-guru itu
hanya memberi perhatian terhadap kelembapan murid tetapi tidak memahami kesan-kesan
5
daripada perbezaan individu. Collins menekan bahawa guru-guru perlu yakin terhadap
murid-muridnya dan menerima kekurangan yang terdapat pada mereka. Mereka perlu
pengetahuan yang tepat mengenai pelajaran-pelajaran yang berguna dan sesuai dengan setiap
peringkat umur murid-murid tersebut. sikap sabar dan tegas perlu ada dalam diri para guru,
dan tahu cara untuk menarik minat murid serta melahir kecekapan-kecekapan dan kebiasaan-
kebiasaan yang berfaedah kepada murid-murid.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian dibuat merujuk kepada beberapa tujuan atau objektifnya. Antara objektif tersebut
ialah:
i. Mengenalpasti teori pendekatan pengajaran yang digunakan dalam pembelajaran bahasa
Melayu.
ii. Mengenalpasti proses yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
iii. Menjelaskan kaedah dan teknik pengajaran dalam pembelajaran bahasa Melayu.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian merupakan kaedah kajian yang digunakan untuk merujuk satu cara
mendapatkan data kajian atau penganalisisan sesuatu bahan. Bagi mendapatkan data atau
hasil kajian dalam penulisan ini, kaedah kajian yang digunakan ialah aedah kepustakaan dan
kaedah lapangan. Dalam kaedah kepustakaan, Bahan-bahan pepustakaan telah digunakan
untuk rujukan dalam kajian ini. Antara perpustakaan yang dirujuk untuk mendapatkan
maklumat ialah perpustakaan utama Universiti Malaya dan perpustakaan Za’ba Universiti
Malaya. Bahan-bahan yang menjadi rujukan adalah seperti buku-buku rujukan dan jurnal-
jurnal yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini. Dalam kaedah lapangan pula, kajian
6
dibuat di sebuah taska atau tadika yang berdekatan bagi menyelidik proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu terhadap pelajar empat tahun. Kaedah lapangan ini dibuat di
Taska dan Tadika Murni kawasan Kerinchi pada 6 november 2013 jam 10 pagi. Bagi
memudahkan dalam mendapatkan data kajian ini, kami dibantu oleh penyelia taska tersebut,
iaitu Pn. Murniwati Abd. Wahab. Secara keseluruhannya, kedua-dua kaedah ini sangat
membantu dalam menyelesaikan penulisan terhadap kajian ini.
5.0 BATASAN KAJIAN
i. Kajian terbatas terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pelajar 4 tahun.
ii. Terbatas kepada golongan pelajar normal dari segi mental dan fizikal.
iii. Terbatas terhadap pelajar daripada latar belakang keluarga yang berpendidikan dan
bekerjaya.
6.0 TEORI PENDEKATAN
6.1 Teori Mekanis
Teori mekanis juga dikenali sebagai teori behaviurisme. Teori ini memandang bahasa
sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan
kesan. Ia menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas
organisma pada rangsangan iaitu tingkah laku sebagai gerak balas. Teori mekanis
menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan individu lebih banyak belajar melalui
pengalaman daripada melalui otaknya. Ia tidak mementingkan peranan mental dan apa yang
perlu dikaji ialah data-data iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur.
Teori mekanis juga mementingkan penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik. Segala
penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu kata harus dapat dilakukan secara tepat terutama dari
7
aspek fonologi, struktur, intonasi dan lain-lain sistem bunyi. Latihan dan latih tubi yang
kerap tidak boleh diabaikan.
Teori mekanis mengutarakan beberapa ciri penting seperti bahasa diperolehi melalui proses
pengulangan iaitu mengulang sebanyak mungkin kemahiran bahasa itu sehingga menjadi satu
kebiasaan,bahasa adalah satu tingkah laku manusia yang dihasilkan daripada operasi
rangsangan dan tindak balas iaitu perlakuan ini sama seperti tingkah laku yang lain yang
boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Seterusnya bahasa adalah alat untuk
berhubung. Aspek lisan yang berupa percakapan sangat dipentingkan. Selain itu, teori
mekanis juga mementingkan ciri pengukuhan dan ganjaran di dalam sesuatu pengajaran.
6.2 Teori Mentalis
Teori mentalis memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu
kebolehan khas manusia secara semula jadi. Ia menganggap bahasa adalah sebagai
pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf dan ini boleh berlaku
setelah ianya menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada telinga, mata dan
lain-lain alat pancaindera. Perkara yang dikaji ialah proses yang berlaku dalam otak dan
saraf itu yang membolehkan pembentukan dan penghasilan bahasa tersebut. Mengikut teori
ini, semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan logik, kerana sesuatu yang tidak
dapat difahami itu adalah tidak bermakna dan tidak dapat diterima. Dari segi pembelajaran,
teori ini menekankan kepada pengetahuan seseorang itu.
Teori mentalis juga menekankan beberapa ciri penting iaitu manusia sejak lahir sudah
mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa dan perkara ini adalah semula jadi. Bahasa
8
juga mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran di mana penguasaan bahasa ada
kaitannya dengan keupayaan mental. Selain itu, bahasa juga mempunyai ciri-ciri kesejagatan
dan kreativiti. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran,
pengetahuan dan makna adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang membentuk
kebiasaan. Di samping itu, kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan mereka tetapi
ia adalah satu percubaan hipotesis.
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 Persediaan Mengajar
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahap pendidikan : Pelajar Taska dan Tadika
Bilangan pelajar : 10 orang
Umur : 4 tahun
Masa : 10.15 pagi hingga 11.00 pagi (45 minit)
Tarikh : 6 November 2013.
Hari : Rabu
Tajuk : Belajar mengenal haiwan.
Kemahiran fokus : Mengenal nama haiwan
Objektif : Pada akhir pelajaran pelajar dapat mengenal nama-nama haiwan yang
difokuskan.
Penggabungjalinan kemahiran: Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran
psikomotor.
Penyerapan ilmu : Pendidikan moral
9
Penyerapan nilai : Bijaksana, usaha tangga kejayaan dan nilai bekerjasama.
Alat bantu mengajar : Figurin (gambar-gambar) dan komputer riba.
7.2 Pendekatan Pengajaran
Pendekatan dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling
berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa. Setiap penbdekatan itu harus mencerminkan satu pandangan
tentang hakikat bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia dikuasai
dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta dimanakah ia
disimpan. Pendekatan harus mencerminkan satu teori bahasa atau satu teori
pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Terdapat dua jenis pendekatan yang digunakan oleh guru tadika tersebut semasa
mengajar pelajar empat tahun iaitu pendekatan induktif dan pendekatan komunikatif.
Pendekatan induktif
Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan sesuatu
kajian itu dengan melihat penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar melalui contoh-
contoh. Ia merupakan kaedah pencarian yang melihat, mengkaji dan menganalisa
sesuatu aspek dan membuat kesimpulan umum daripada data yang dikaji.
Contohnya, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, guru menceritakan kisah
haiwan ‘Sang Kancil dengan Buaya’ dengan menayangkan gambar-gambar haiwan
tersebut kepada pelajar. Konsep-konsep pendekatan induktif adalah memperkenalkan
10
pengetahuan dan memberi pengalaman, cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu
urutan pemikiran.
Pendekatan induktif bercirikan penggunaan pengantara deria untuk mendapatkan
pengetahuan. Contohnya semasa pemerhatian dilakukan ke atas proses pengajaran
dan pembelajaran pelajar empat tahun, huru tersebut telah menggunakan deria
penglihatan pelajar dengan menunjukkan gambar haiwan yang ingin dipelajari. Di
samping itu, guru tersebut juga menggunakan deria mendengar pelajar dengan
mengulang-ulang nama haiwan yang ingin dipelajari. Pendekatan induktif juga
memerlukan kekerapan ulangan dalam beraneka konteks untuk menguasai sesuatu
kemahiran. Ciri seterusnya yang ditekankan dalam pendekatan induktif adalah
pendekatan ini menekankan penglibatan murid secara aktif. Pendekatan induktif juga
menekankan banyak kepada aspek lisan.
Prinsip penggunaan pendekatan induktif seperti satu strategi penyoalan haruslah
diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid membentuk konsep-konsep dan
seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki. Contohnya berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan, guru tersebut telah menanyakan pelajar “kaki Kancil
ada berapa?”. Soalan ini ditanya bagi membantu pelajar mengetahui bahawa Sang
Kancil mempunyai empat kaki. Prinsip lain yang boleh digunakan dalam pendekatan
induktif ialah guru harus merancang dan mempelbagaikan aktiviti untuk menjadikan
pengajaran guru lebih menarik, dan memikat serta menggalakkan murid-murid belajar
secara aktif dan terlibat sepenuhnya. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan guru
tersebut sememangnya menjalankan aktiviti –aktiviti yang menarik bagi menarik
perhatian pelajar antaranya ialah menunjukkan kisah Sang Kancil dengan Buaya di
11
laptop, melaksanakan aktiviti mewarna gambar haiwan dan menyusun gambar-
gambar haiwan dan sebagainya.
Pendekatan komunikatif
Teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi. Tujuannya untuk
membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi.
Pendekatan ini menyarankan supaya pelajar diberi peluang menggunakan bahasa
dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam kelas. Contohnya guru meminta
pelajar menceritakan kembali kisah tersebut kepada pelajar lain sekali gus melihat
penguasaan bahasa yang digunakan oleh pelajar berkenaan. Berdasarkan pemerhatian
yang dilakukan, walaupun pengusaan bahasa murid masih di tahap yang lemah
namun murid tersebut cuba menggunakan bahasa yang baik dengan dibantu oleh
guru. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan komunikatif iaitu dialog jika digunakan
tertumpu kepada fungsi komunikatif dan bukannya untuk dihafaz, pengucapan bahasa
setakat untuk difahami sahaja seterusnya apa sahaja alat yang boleh membantu
pelajar-pelajar diterima asalkan ia sesuai dengan umur, minat dan sebagainya.
Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif pula menekankan aktiviti-aktiviti yang
pelbagai yang biasanya menarik minat pelajar dan secara tidak langsung mendorong
pelajar terlibat dalam aktiviti pelajaran itu secara aktif. Contohnya guru tersebut
menggunakan teknik menceritakan kisah haiwan dengan memaparkan cerita tersebut
di komputer riba.
12
7.2 Proses/ Rancangan Pengajaran
Proses atau Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu:
7.3 Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa
Kaedah pengajaran merupakan salah satu elemen yang digunakan oleh para guru untuk
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Abu Salleh (1988),
kedah itu merupakan satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun
dan dalam setiap langkah yang tersusun tersebut mempunyai kemahiran dan latihan yang
terancang. Menurut Mok (1992), kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan
untuk mencapai objektif pengajaran dalam jangka masa yang pendek. Kaedah pengajaran pula
merupakan cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan prosedur yang tersusun.
Teknik ditakrifkan sebagai pengendalian suatu organisasi yang berlaku di dalam bilik
darjah. Teknik ini berfungsi untuk mencapai objektif pengajaran dengan segera. Teknik juga
merupakan instrumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran
13
guru bahasa yang telah dipilih untuk murid-murid. Menurut Kamarudin (2001), teknik mengajar
didefinisikan sebagai wadah yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran. Teknik
pengajaran mempunyai beberapa objektif. Antaranya seperti berikut:
a) Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang menarik minat murid-murid
dan untuk mengekalkan perhatian dan daya ingin tahu mereka.
b) Untuk memudahkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran.
Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa
a) Teknik simulasi
Teknik simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan
sebenar yang memerlukan para peserta berinteraksi berdasarkan peranan masing-masing
bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan tertentu. Melalui
teknik ini, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya
dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Kelebihan teknik ialah dapat menggalakkan murid-murid untuk menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan, selain itu dapat mewujudkan pelbagai aktiviti yang
menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid-murid untuk meneruskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini juga dapat memperluaskan pengetahuan dan
pengalaman murid-murid, dan murid mempunyai peluang untuk menjalankan pelbagai
aktiviti yang meningkatkan kemahiran insaniah mereka.
Tujuan teknik ini digunakan ialah untuk menarik minat murid-murid ke arah
pengajaran yang dijalankan oleh guru. Selain itu guru dapat menimbulkan suasana yang
berfungsi untuk menilai dan menguji kemahiran murid-murid tanpa menghakis elemen
14
realiti. Teknik ini juga bertujuan untuk mengesan pengetahuan murid-murid,
menggalakkan murid-murid secara kreatif, inovatif, logik, dan kritis. Ia juga berfungsi
untuk mendorong muri-murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
b) Tunjuk cara (Demonstrasi)
Kaedah ini melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara di dalam teknik
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Tunjuk cara ini melibatkan aktiviti penerangan dan
demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran, penglihatan, dan percubaan murid.
Sebelum demontrasi, guru perlu menyediakan topik, objektif, alatan, radas, dan tujuan
demonstrasi. Selepas demonstrasi mereka akan membincangkan bahagian demonstrasi
yang penting, tujuan, dan aktiviti pengukuhan.
Teknik ini mempunyai beberapa jenis iaitu model hidup, model simbolik, dan
model persepsi. Model hidup ialah contoh sebenar yang ditunjukkan kepada murid-murid
dalam sesi pembelajaran di dalam kelas seperti demonstrasi bermain alat muzik. Selain
itu model simbolik pula contoh yang diterangkan secara penulisan dan murid-murid akan
mengikut setiap langkah yang sudah disenaraikan oleh guru. Akhir sekali model persepsi
ialah contoh yang ditunjukkan melalui video. Sebagai contoh ialah pergerakan tubuh
badan semasa menari dan pola langkah dalam tarian tersebut.
c) Eksplorasi penemuan
Eksplorasi dikaitkan dengan penerokaan terhadap sesuatu. Sudah menjadi lumrah
manusia yang mempunyai sifat ingin tahu. Bagi memenuhi keinginan ini mereka sentiasa
ingin menerokai sesuatu yang baru. Kaedah ini sangat bersesuaian untuk
mengembangkan sifat ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran berorientasikan
penyelesaian masalah. Kaedah eksplorasi penemuan merupakan aktiviti yang dapat
15
meransang pembelajaran murid. Murid-murid akan memperoleh maklumat berdasarkan
hasil penyelidikan sendiri yang melibatkan proses pertanyaan, mencari, menjalankan
kajian, dan penyelidikan sendiri.
Eksplorasi mengandungi proses seperti mengenali masalah, mengkaji ramalan,
mengumpul maklumat, menganalisis, dan membuat rumusan. Kaedah atau teknik
eksplorasi ini dikendalikan mengikut urutan aktiviti yang dilakukan bagi mencari dan
menyelesaikan sesuatu masalah atau fenomena yang telah dirancang. Berikut ialah urutan
dan langkah aktiviti yang teknik eksplorasi adalah seperti berikut:
a) Pemerhatian
b) Pengelasan
c) Membuat ramalan
d) Uji kaji
e) Merekod, melabel, dan melapor
f) Pentafsiran dan pengaman
Dalam pelaksanaan aktiviti ini guru tidak semestinya menggunakan bahan-bahan atau alat bantu
pengajaran. Sudah memadai penggunaan sumber-sumber biasa seperti buku teks, gambar, atau
bacaan tambahan untuk kaedah ini. guru perlu menerangkan secara terperinci kepada murid-
murid mengenai sumber yang digunakan untuk mengumpul maklumat atau data. Guru juga boleh
menggunakan sumber komuniti yang melibatkan penyertaan masyarakat sekeliling.
d) Memberi Arahan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga dikaitkan dengan kemahiran guru untuk memberi
arahan di dalam kelas. Kemahiran ini dianggap penting kerana guru perlu bijak memberi arahan
16
supaya pelajar dapat memahaminya dengan mudah. Arahan guru tersebut haruslah jelas, tepat,
dan mudah difahami oleh murid-murid. Beberapa panduan telah ditetapkan untuk menjamin
arahan yang diberikan jelas dan mudah difahami.
a) Arahan yang diberikan pada mula ditulis, hal ini demikian bertujuan untuk
memudahkan murid-murid mengingati arahan yang diberikan.
b) Jika arahan yang diberikan terlalu banyak, guru perlu membuat demonstrasi atau
penerangan yang lebih terperinci.
c) Laras bahasa yang digunakan perlulah bersesuaian supaya murid dan memberi
tumpuan sepenuhnya.
d) Menguji tahap kefahaman murid-murid dengan bertanyakan soalan kepada murid-
murid tersebut, dan minta penjelasan ringkas mengenai arahan yang diberikan.
Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis masalah yang
dihadapi oleh murid semasa mereka melakukan ativiti. Arahan tidak tepat, kabur, sukar, singkat,
dan diulang-ulang akan membuatkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan
tugasan.
e)Program Cahayaku
Secara umumnya, konsep pembelajaran Cahayaku menekankan perkembangan EQ (emotional
quality) dan IQ (intellectual quality). Konsep ini wujud berdasarkan 7M, iaitu main, membaca,
mengira, menulis, mewarna, mengeja, dan moral. Sistem ini menggabungkan tiga teknik
mengajar secara serentak, iaitu mimik untuk guru, Iqra’ untuk ibu bapa, dan latih tubi untuk guru
dan ibu bapa. Cahayaku menggalakkan kanak-kanak membaca dengan sendiri apabila corak
susunan belajar yang dibina oleh guru dapat dikuasai oleh pelajar. Keadaan ini akan
17
menimbulkan sifat ketagihan untuk membaca di samping menerapkan sifat mulia yang lain pada
masa yang sama.
Cahayaku seperti program yang lain juga yang mempunyai keistimewaannya yang
tersendiri berdasarkan ciri yang dimilikinya. Program ini jelas cirinya dengan adanya dua buah
buku bacaan dan tiga buah buku latihan digunakan dalam proses pembelajaran. Apabila pelajar
diajar, perkataan perlu disebut secara automatik dalam bahasa baku. Dengan kaedah ini, pelajar
tidak berasa terbeban dan membosankan semasa belajar sekali gus membentuk minat membaca
dalam kalangan pelajar. Kaedah ini jelas dapat mengesan kelemahan antara pelajar dan guru
melalui penilaian bagi setiap pembelajaran.
Program Cahayaku sebenarnya bukan sahaja dapat digunakan oleh guru dalam proses
pembelajaran pelajar, malah ibu bapa juga boleh menerapkan kaedah ini dalam membantu guru
mendidik pelajar di rumah. Dengan kaedah ini, mereka tidak perlu mengeja perkataan tersebut,
sebaliknya hanya bunyikan perkataan. Dalam masa sesingkat dua hingga lima minit latihan
bersama ibu bapa sehari, pelajar akan lebih cepat memahami suku kata perkataan. Ibu bapa perlu
memastikan bahawa guru-guru yang mengajar mempunyai sijil Cahayaku yang sah kerana guru-
guru tersebut telah mengikuti kursus sistem Cahayaku dan memahamu cara-cara mengajar
dengan menggunakan buku Cahayaku.
Secara keseluruhannya atau ringkasannya, program cahayaku ini dapat dikatakan sebagai
satu teknik untuk perkembangan IQ (minda) serta pemerolehan kefahaman secara drastik. Selain
itu, program ini sebagau satu teknik untuk guru-guru mengesan dan menyelamu jiwa pelajar di
samping untuk guru mengesan kesan diri sendiri terhadap hasil yang telah diterapkan kepada
pelajar, iaitu melalui interaksi dan komunikasi antara guru dan pelajar. Program ini jelas dapat
18
melahirkan kanak-kanak atau pelajar ke arah generasi yang dinamik dan membentuk modal insan
yang lebih berpengetahuan.
7.4 Saranan Pengajaran
Pengajaran berkualiti telah dibincang sejak dulu lagi, hingga hari ini isu ini masih dibangkit.
Pelbagai model dan saranan yang telah dikemukakan bagi menjamin kualiti pendidikan terus
meningkat. Sesetengah inovasi lebih bersifat fizikal dan material semata-mata serta kurang
menyentuh soal dalaman guru dan pelajar sebagai manusia pengajar dan pelajar ( Yahya Othman
et. al, 2009). Perkembangan sains dan teknologi telah mengubah tamadun manusia.
Perkembangan tamadun ini memerlukan perubahan besar dalam sistem pendidikan. Pengajaran
yang berkualiti juga dikaitkan dengan persoalan iaitu kualiti pengajaran secara teori dan ilmu
semata-mata atau kepercayaan? Hal ini turut dijelaskan oleh Roselan Baki (2003) jika amalan
pengajaran berdasarkan ilmu dan teori, maka proses dan prosedur perlaksanaannya empiris,
sistematik, tekal, dan dapat dipertanggungjawabkan. Sebaliknya jika pertimbangan pengajaran
banyak dipengaruhi pengalaman dan kepercayaan semata-mata, maka guru akan sering bertemu
ketidaktentuan dan kecelaruan.( dlm Yahya, 2009).
Kini sudah tiba masanya guru beralih kepada pengajaran secara santai. Hal ini demikian
kerana, selama ini penilaian terhadap pengajaran berkualiti dinilai dari sudut fizikal dan material.
Seharusnya aspek emosional dan psikologi diberi penekanan sewajarnya. Industri pengajaran
turut dianggap sebagai industri perniagaan, kerana bidang memberi perkhidmatan kepada
pelanggan iaitu guru dan murid. Dengan penerapan model-model dan alat bantu mengajar yang
sesuai sesi pengajaran dapat dilakukan dalam keadaan yang seronok. Kebanyakan guru-guru
enggan melakukan aktiviti pembelajaran di dalam kelas kerana dianggap tidak bersungguh-
19
sungguh dalam melaksanankan tugas mereka sebagai guru. Hakikatnya murid-murid tidak dapat
memahami kepentingan ilmu itu walaupun kepentingan ilmu sudah diterangkan oleh guru.
Teknik dalam pengajaran perlu diperbaharui supaya pembelajaran di dalam kelas lebih bersifat
aktif.
Selain itu guru harus didedahkan dengan ilmu kemanusiaan supaya lebih peka dengan
kehendak pelajar yang diajar. Guru perlu didedahkan dengan konsep penguasaan ilmu menerusi
pancaindera. Peranan otak juga perlu diberi pendedahan oleh guru supaya ilmu yang
disampaikan akan dapat digarap dengan berkesan. Ilmu ini juga secara positif membuat guru
lebih memahami pelajar daripada pelbagai latar belakang. Berdasarkan kajian Dr Ornstein (dlm
R. Jeyagobi: 2007), otak manusia berfungsi mengikut gelombang yang diukur dalam bentuk
beta, alpha, theta, dan delta. Gelombang ini mengikut aktiviti seharian yang dilakukan atau
perasaan yang dialami oleh individu tersebut.
Kini guru lebih didedahkan cara untuk mendekatkan diri dengan murid-murid atas aspek
memberi keseronokan dalam sesi pembelajaran. Pelbagai saranan yang telah diberi untuk
menaiktaraf kedudukan pendidikan di Malaysia. Oleh itu usaha yang perlu dicapai ialah
memupuk hubungan antara guru dan pelajar. Tanpa pemupukan ini, pembelajaran tidak akan
berlansung dengan seronok. Murid-murid juga hanya memandang remeh ilmu yang disampaikan
oleh guru walaupun kepentingan ilmu tersebut sudah dijelaskan. Teknik penyampaian yang
berkesan ialah dengan menggunakan cara pengajaran yang sesuai dengan pemikiran pelajar yang
suka kepada keseronokan. Tiada lagi perasaan terpaksa untuk mengikuti sesi pembelajaran,
malah pelajar akan lebih menghargai ilmu yang telah disampaikan.
20
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya sebuah proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kekreatifan guru-guru
sebagai penyampai ilmu. Tanpa elemen ini kelas yang sedang berjalan hanya sebuah kelas yang
tidak berfungsi. Pembelajaran di dalam seharusnya aktif supaya komunikasi guru dan murid
berjalan sekaligus dapat meningkatkan kefahaman murif-murid. Menyampaikan ilmu merupakan
tugas utama guru memandangkan tugas mereka sendiri merupakan pendidik, namun begitu tugas
guru bukan sekadar mengajar di hadapan begitu buku teks semata-mata. Tugas pendidik lebih
mencabar kerana peredaran zaman memerlukan guru-guru yang mempunyai kriteria berkualiti,
lebih aktif dan bijak mengendalikan murid-murid.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Araizzs Othman
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Mohd Fadzil Ambok
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
mohdkhamdani
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
Rashidah Awang
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Ila Ali
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
naninami
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
Kathal Paiya
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
Siti Zulaikha
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme
Ct Muna
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Damia Noraini
 

Was ist angesagt? (20)

Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajian
 
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKATPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarul
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Interpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonalInterpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonal
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme
 
Apakah teori itu
Apakah teori ituApakah teori itu
Apakah teori itu
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 

Andere mochten auch (6)

Mgt soalan latihan
Mgt soalan latihanMgt soalan latihan
Mgt soalan latihan
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
 
Assigment etika wati
Assigment etika watiAssigment etika wati
Assigment etika wati
 
work ethics
work ethicswork ethics
work ethics
 
Assignment benar
Assignment benarAssignment benar
Assignment benar
 
TITAS USM
TITAS USMTITAS USM
TITAS USM
 

Ähnlich wie Full assignment (20)

Masalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsMasalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sains
 
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
 
(Group 18) pck
(Group 18) pck(Group 18) pck
(Group 18) pck
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2
 
Gru proposal (2)
Gru  proposal (2)Gru  proposal (2)
Gru proposal (2)
 
Proposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiaProposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesia
 
PTK IPA SMP
PTK IPA SMP PTK IPA SMP
PTK IPA SMP
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
Contoh Skripsi PTK Geografi
Contoh Skripsi PTK Geografi Contoh Skripsi PTK Geografi
Contoh Skripsi PTK Geografi
 
Proposal
ProposalProposal
Proposal
 
Tesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based LearningTesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based Learning
 
1. pengertian dan ruang lingkup psikologi pendidikan
1. pengertian dan ruang lingkup psikologi pendidikan1. pengertian dan ruang lingkup psikologi pendidikan
1. pengertian dan ruang lingkup psikologi pendidikan
 
Tugas hesti cepriana
Tugas hesti ceprianaTugas hesti cepriana
Tugas hesti cepriana
 
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
 
Laporan sujarwo
Laporan sujarwoLaporan sujarwo
Laporan sujarwo
 
Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08
 
Pembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discoveryPembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discovery
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 

Mehr von Nur Khairani (9)

disleksia kanak2
 disleksia kanak2 disleksia kanak2
disleksia kanak2
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru anali
 
Full asgment morfologi group
Full asgment morfologi groupFull asgment morfologi group
Full asgment morfologi group
 
Rph pendidikan seni
Rph pendidikan seniRph pendidikan seni
Rph pendidikan seni
 
CARA MEMBUAT ANIMASI RINGKAS DGN FLASH
CARA MEMBUAT ANIMASI RINGKAS DGN FLASHCARA MEMBUAT ANIMASI RINGKAS DGN FLASH
CARA MEMBUAT ANIMASI RINGKAS DGN FLASH
 
cara membuat Kad undangan vintage
cara membuat Kad undangan vintagecara membuat Kad undangan vintage
cara membuat Kad undangan vintage
 
proses membuat cover buku
proses membuat cover bukuproses membuat cover buku
proses membuat cover buku
 
cara menghasilkan Poster mh370 dgn adobe photoshop cs5
cara menghasilkan Poster mh370 dgn adobe photoshop cs5cara menghasilkan Poster mh370 dgn adobe photoshop cs5
cara menghasilkan Poster mh370 dgn adobe photoshop cs5
 
Analisis wacana bahasa melayu
Analisis wacana bahasa melayuAnalisis wacana bahasa melayu
Analisis wacana bahasa melayu
 

Kürzlich hochgeladen

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
DewiUmbar
 

Kürzlich hochgeladen (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 

Full assignment

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Secara umumnya, pedagogi merujuk satu kajian tentang pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Pedagogi juga boleh dikatakan sebagai sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Dalam hal ini, pedagogi juga dikatakan melibatkan satu kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan seterusnya interaksi antara guru dan pelajar. Kini, pedagogi moden telah membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang yakni bidang kognitif, iaitu berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa, bidang afektif yakni yang berkaitan dengan sikap dan sahsiah pelajar dan seterusnya bidang psikomotor, iaitu berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan dan sukan. Bidang-bidang ini telah dikemukakan oleh sarjana barat Taksonomi Bloom. Pedagogi sangat berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk formal. Pengajaran merupakan satu aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Menurut Arbak (1985), pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah. Dalam hal ini, pengajaran dapat diringkaskan sebagai satu perkara yang menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat, menghormati kanak-kanak dan remaja, saling berkongsi ilmu pengetahuan antara pelajar dan guru, membimbing, mengarah, membantu menyubur dan merancang, menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid, menghadapi cabaran diri dan profesional dan akhir sekali sebagai satu cara untuk menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada pelajar.
  • 2. 2 Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu istilah yang berbeza apabila dilihat dari segi pengertiannya. Ahli psikologi masing-masing mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai istilah pembelajaran ini. Ahli teoris behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan manakala ahli kognitif pula menekankan tentang proses mental yang terlibat semasa pembelajaran yang berlaku tetapi tidak dapat diperhatikan. Menurut Evan & Brueckner (1990) dan Gagne (1985), pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman. Gagne juga menyatakan bahawa pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Walaupun kedua- dua istilah tersebut berbeza dari segi pengertiannya namun, ia sangat berkait antara satu sama lain dalam pedagogi pendidikan. Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan interaksi guru dan pelajar dalam membentuk pelajar menjadi modal insan yang cemerlang melalui ilmu pengetahuan yang diterapkan oleh guru. Dalam menjayakan proses ini, pelbagai pendekatan yang telah diwujudkan dalam proses ini. Kaedah serta teknik yang terbaik mampu membentuk pelajar berilmu atau memudahkan pelajar memperoleh pengetahuan untuk diterapkan dalam kehidupan harian mereka, misalnya kaedah tunjuk cara, simulsi dan sebagainya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa teknik dan kaedah yang terbaik mampu mempengaruhi pemerolehan bahasa atau pengetahuan kepada pelajar.
  • 3. 3 2.0 SOROTAN KAJIAN Kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran bukan sesuatu yang baru kerana kajian ini telah dilakukan oleh para sarjana daripada pelbagai aspek. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Zamri Mahamod, Celinea anak Lasan, dan Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff(2009), mereka telah mengkaji pengajaran dan pembelajaran pada peringkat institusi pengajian tinggi di Sarawak. Focus utama bagi kajian ini ialah untuk mengetahui persepsi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap pengkaedahan pengajaran, sukatan pelajaran, dan penilaian pengajaran dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil yang didapati melalui soal selidik terhadap beberapa orang pelajar menunjukkan tiada perbezaan signifikan dari segi pandangan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera terhadap pendekatan pengajaran, sukatan pelajaran, dan bahan pengajaran yang digunakan oleh tenaga pengajar, namun terdapat perbezaan terhadap pengkaedahan pengajaran dan penilaian pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak. Menurut Seman Salleh(2005), kini guru memandang remeh pengajaran bahasa Melayu kerana mereka menganggap pengajaran bahasa Melayu merupakan subjek matapelajaran yang mudah untuk diajar. Tanggapan ini disokong oleh pentadbir sekolah dan tren masa kini, pentadbir sekolah memberi mata pelajaran bahasa Melayu kepada guru yang tidak memiliki opsyen bahasa Melayu. Guru-guru ini ternyata sukar untuk mengajar kerana mereka tidak benar-benar menguasi matapelajaran tersebut. keadaan ini mengundang masalah kepada para pelajar untuk memahami matapelajaran tersebut. kajian ini juga memperlihatkan peranan guru yang memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid- murid mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Bahasa juga penting sebagai medium
  • 4. 4 komunikasi antara guru dan pelajar, hal ini demikian kerana bahasa adalah medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian oleh Siti Hawa Hamzah(2003) pula,beliau mengkaji pengajaran bahasa dari sudut penggunaan teknologi. Teknologi terkini dapat memudahkan pengajaran bahasa, hal ini dapat dibuktikan melalui kajian terhadap penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran simpulan bahasa. Namun begitu, teknik pengajaran ini menghadapi masalah apabila kebanyakan gruru-guru tidak pandai mengaplikasikan kemahiran mereka dalam pengajaran bahasa. Selain itu kekurangan bahan dan perisian yang sesuai untuk diintergrasikan ke dalam pelajaran membuatkan terdapat halangan untuk menggunakan kaedah ini. keadaan ini perlu dinaiktaraf berikutan dunia semakin maju dengan teknologi, sudah tentu kaedah pembelajaran perlu juga mempunyai peningkatan dari teknologi. Kaedah ini juga mendapat sambutan para guru bahasa di kawasan kajian. Selain itu kajian barat juga dapat dilihat bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa. William S (dalam pendekatan pengajaran membaca permulaan: satu tinjauan,2003) telah membuat kajian terhadap bacaan hingga menjadi satu bidang khusus bagi ijazah kedoktoran di Universiti Chicago. Menyedari kepentingan kemahiran membaca dalam pendidikan, kerajaan Amerika telah menyediakan peruntukan khas bagi membiayai penyelidikan dalam bidang tersebut dengan membeli pelbagai bahan bacaan, menubuhkan institusi untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan memberi bantuan kepada individu yang ingin mendalami aspek bacaan. Collins(..) di dalam kajiannya terhadap kemajuan murid-murid yang lambat belajar, telah menyalahkan guru-guru yang pengajar di kelas pemulihan. Pada pandangannya guru-guru itu hanya memberi perhatian terhadap kelembapan murid tetapi tidak memahami kesan-kesan
  • 5. 5 daripada perbezaan individu. Collins menekan bahawa guru-guru perlu yakin terhadap murid-muridnya dan menerima kekurangan yang terdapat pada mereka. Mereka perlu pengetahuan yang tepat mengenai pelajaran-pelajaran yang berguna dan sesuai dengan setiap peringkat umur murid-murid tersebut. sikap sabar dan tegas perlu ada dalam diri para guru, dan tahu cara untuk menarik minat murid serta melahir kecekapan-kecekapan dan kebiasaan- kebiasaan yang berfaedah kepada murid-murid. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian dibuat merujuk kepada beberapa tujuan atau objektifnya. Antara objektif tersebut ialah: i. Mengenalpasti teori pendekatan pengajaran yang digunakan dalam pembelajaran bahasa Melayu. ii. Mengenalpasti proses yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. iii. Menjelaskan kaedah dan teknik pengajaran dalam pembelajaran bahasa Melayu. 4.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian merupakan kaedah kajian yang digunakan untuk merujuk satu cara mendapatkan data kajian atau penganalisisan sesuatu bahan. Bagi mendapatkan data atau hasil kajian dalam penulisan ini, kaedah kajian yang digunakan ialah aedah kepustakaan dan kaedah lapangan. Dalam kaedah kepustakaan, Bahan-bahan pepustakaan telah digunakan untuk rujukan dalam kajian ini. Antara perpustakaan yang dirujuk untuk mendapatkan maklumat ialah perpustakaan utama Universiti Malaya dan perpustakaan Za’ba Universiti Malaya. Bahan-bahan yang menjadi rujukan adalah seperti buku-buku rujukan dan jurnal- jurnal yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini. Dalam kaedah lapangan pula, kajian
  • 6. 6 dibuat di sebuah taska atau tadika yang berdekatan bagi menyelidik proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terhadap pelajar empat tahun. Kaedah lapangan ini dibuat di Taska dan Tadika Murni kawasan Kerinchi pada 6 november 2013 jam 10 pagi. Bagi memudahkan dalam mendapatkan data kajian ini, kami dibantu oleh penyelia taska tersebut, iaitu Pn. Murniwati Abd. Wahab. Secara keseluruhannya, kedua-dua kaedah ini sangat membantu dalam menyelesaikan penulisan terhadap kajian ini. 5.0 BATASAN KAJIAN i. Kajian terbatas terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pelajar 4 tahun. ii. Terbatas kepada golongan pelajar normal dari segi mental dan fizikal. iii. Terbatas terhadap pelajar daripada latar belakang keluarga yang berpendidikan dan bekerjaya. 6.0 TEORI PENDEKATAN 6.1 Teori Mekanis Teori mekanis juga dikenali sebagai teori behaviurisme. Teori ini memandang bahasa sebagai satu aktiviti fizikal semata-mata dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan kesan. Ia menganggap faktor-faktor persekitaran sebagai rangsangan dan tindak balas organisma pada rangsangan iaitu tingkah laku sebagai gerak balas. Teori mekanis menekankan bahawa bahasa adalah perangai dan individu lebih banyak belajar melalui pengalaman daripada melalui otaknya. Ia tidak mementingkan peranan mental dan apa yang perlu dikaji ialah data-data iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Teori mekanis juga mementingkan penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik. Segala penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu kata harus dapat dilakukan secara tepat terutama dari
  • 7. 7 aspek fonologi, struktur, intonasi dan lain-lain sistem bunyi. Latihan dan latih tubi yang kerap tidak boleh diabaikan. Teori mekanis mengutarakan beberapa ciri penting seperti bahasa diperolehi melalui proses pengulangan iaitu mengulang sebanyak mungkin kemahiran bahasa itu sehingga menjadi satu kebiasaan,bahasa adalah satu tingkah laku manusia yang dihasilkan daripada operasi rangsangan dan tindak balas iaitu perlakuan ini sama seperti tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Seterusnya bahasa adalah alat untuk berhubung. Aspek lisan yang berupa percakapan sangat dipentingkan. Selain itu, teori mekanis juga mementingkan ciri pengukuhan dan ganjaran di dalam sesuatu pengajaran. 6.2 Teori Mentalis Teori mentalis memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan khas manusia secara semula jadi. Ia menganggap bahasa adalah sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf dan ini boleh berlaku setelah ianya menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada telinga, mata dan lain-lain alat pancaindera. Perkara yang dikaji ialah proses yang berlaku dalam otak dan saraf itu yang membolehkan pembentukan dan penghasilan bahasa tersebut. Mengikut teori ini, semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan logik, kerana sesuatu yang tidak dapat difahami itu adalah tidak bermakna dan tidak dapat diterima. Dari segi pembelajaran, teori ini menekankan kepada pengetahuan seseorang itu. Teori mentalis juga menekankan beberapa ciri penting iaitu manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa dan perkara ini adalah semula jadi. Bahasa
  • 8. 8 juga mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran di mana penguasaan bahasa ada kaitannya dengan keupayaan mental. Selain itu, bahasa juga mempunyai ciri-ciri kesejagatan dan kreativiti. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang membentuk kebiasaan. Di samping itu, kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan mereka tetapi ia adalah satu percubaan hipotesis. 7.0 DAPATAN KAJIAN 7.1 Persediaan Mengajar Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahap pendidikan : Pelajar Taska dan Tadika Bilangan pelajar : 10 orang Umur : 4 tahun Masa : 10.15 pagi hingga 11.00 pagi (45 minit) Tarikh : 6 November 2013. Hari : Rabu Tajuk : Belajar mengenal haiwan. Kemahiran fokus : Mengenal nama haiwan Objektif : Pada akhir pelajaran pelajar dapat mengenal nama-nama haiwan yang difokuskan. Penggabungjalinan kemahiran: Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran psikomotor. Penyerapan ilmu : Pendidikan moral
  • 9. 9 Penyerapan nilai : Bijaksana, usaha tangga kejayaan dan nilai bekerjasama. Alat bantu mengajar : Figurin (gambar-gambar) dan komputer riba. 7.2 Pendekatan Pengajaran Pendekatan dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Setiap penbdekatan itu harus mencerminkan satu pandangan tentang hakikat bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta dimanakah ia disimpan. Pendekatan harus mencerminkan satu teori bahasa atau satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Terdapat dua jenis pendekatan yang digunakan oleh guru tadika tersebut semasa mengajar pelajar empat tahun iaitu pendekatan induktif dan pendekatan komunikatif. Pendekatan induktif Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan sesuatu kajian itu dengan melihat penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar melalui contoh- contoh. Ia merupakan kaedah pencarian yang melihat, mengkaji dan menganalisa sesuatu aspek dan membuat kesimpulan umum daripada data yang dikaji. Contohnya, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, guru menceritakan kisah haiwan ‘Sang Kancil dengan Buaya’ dengan menayangkan gambar-gambar haiwan tersebut kepada pelajar. Konsep-konsep pendekatan induktif adalah memperkenalkan
  • 10. 10 pengetahuan dan memberi pengalaman, cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran. Pendekatan induktif bercirikan penggunaan pengantara deria untuk mendapatkan pengetahuan. Contohnya semasa pemerhatian dilakukan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran pelajar empat tahun, huru tersebut telah menggunakan deria penglihatan pelajar dengan menunjukkan gambar haiwan yang ingin dipelajari. Di samping itu, guru tersebut juga menggunakan deria mendengar pelajar dengan mengulang-ulang nama haiwan yang ingin dipelajari. Pendekatan induktif juga memerlukan kekerapan ulangan dalam beraneka konteks untuk menguasai sesuatu kemahiran. Ciri seterusnya yang ditekankan dalam pendekatan induktif adalah pendekatan ini menekankan penglibatan murid secara aktif. Pendekatan induktif juga menekankan banyak kepada aspek lisan. Prinsip penggunaan pendekatan induktif seperti satu strategi penyoalan haruslah diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid membentuk konsep-konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki. Contohnya berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, guru tersebut telah menanyakan pelajar “kaki Kancil ada berapa?”. Soalan ini ditanya bagi membantu pelajar mengetahui bahawa Sang Kancil mempunyai empat kaki. Prinsip lain yang boleh digunakan dalam pendekatan induktif ialah guru harus merancang dan mempelbagaikan aktiviti untuk menjadikan pengajaran guru lebih menarik, dan memikat serta menggalakkan murid-murid belajar secara aktif dan terlibat sepenuhnya. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan guru tersebut sememangnya menjalankan aktiviti –aktiviti yang menarik bagi menarik perhatian pelajar antaranya ialah menunjukkan kisah Sang Kancil dengan Buaya di
  • 11. 11 laptop, melaksanakan aktiviti mewarna gambar haiwan dan menyusun gambar- gambar haiwan dan sebagainya. Pendekatan komunikatif Teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi. Tujuannya untuk membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi. Pendekatan ini menyarankan supaya pelajar diberi peluang menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam kelas. Contohnya guru meminta pelajar menceritakan kembali kisah tersebut kepada pelajar lain sekali gus melihat penguasaan bahasa yang digunakan oleh pelajar berkenaan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, walaupun pengusaan bahasa murid masih di tahap yang lemah namun murid tersebut cuba menggunakan bahasa yang baik dengan dibantu oleh guru. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan komunikatif iaitu dialog jika digunakan tertumpu kepada fungsi komunikatif dan bukannya untuk dihafaz, pengucapan bahasa setakat untuk difahami sahaja seterusnya apa sahaja alat yang boleh membantu pelajar-pelajar diterima asalkan ia sesuai dengan umur, minat dan sebagainya. Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif pula menekankan aktiviti-aktiviti yang pelbagai yang biasanya menarik minat pelajar dan secara tidak langsung mendorong pelajar terlibat dalam aktiviti pelajaran itu secara aktif. Contohnya guru tersebut menggunakan teknik menceritakan kisah haiwan dengan memaparkan cerita tersebut di komputer riba.
  • 12. 12 7.2 Proses/ Rancangan Pengajaran Proses atau Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: 7.3 Kaedah Dan Teknik Pembelajaran Bahasa Kaedah pengajaran merupakan salah satu elemen yang digunakan oleh para guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Abu Salleh (1988), kedah itu merupakan satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam setiap langkah yang tersusun tersebut mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Menurut Mok (1992), kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan untuk mencapai objektif pengajaran dalam jangka masa yang pendek. Kaedah pengajaran pula merupakan cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan prosedur yang tersusun. Teknik ditakrifkan sebagai pengendalian suatu organisasi yang berlaku di dalam bilik darjah. Teknik ini berfungsi untuk mencapai objektif pengajaran dengan segera. Teknik juga merupakan instrumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran
  • 13. 13 guru bahasa yang telah dipilih untuk murid-murid. Menurut Kamarudin (2001), teknik mengajar didefinisikan sebagai wadah yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran. Teknik pengajaran mempunyai beberapa objektif. Antaranya seperti berikut: a) Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian dan daya ingin tahu mereka. b) Untuk memudahkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran. Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa a) Teknik simulasi Teknik simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan para peserta berinteraksi berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan tertentu. Melalui teknik ini, pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Kelebihan teknik ialah dapat menggalakkan murid-murid untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, selain itu dapat mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid-murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini juga dapat memperluaskan pengetahuan dan pengalaman murid-murid, dan murid mempunyai peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang meningkatkan kemahiran insaniah mereka. Tujuan teknik ini digunakan ialah untuk menarik minat murid-murid ke arah pengajaran yang dijalankan oleh guru. Selain itu guru dapat menimbulkan suasana yang berfungsi untuk menilai dan menguji kemahiran murid-murid tanpa menghakis elemen
  • 14. 14 realiti. Teknik ini juga bertujuan untuk mengesan pengetahuan murid-murid, menggalakkan murid-murid secara kreatif, inovatif, logik, dan kritis. Ia juga berfungsi untuk mendorong muri-murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. b) Tunjuk cara (Demonstrasi) Kaedah ini melibatkan kemahiran guru melakukan tunjuk cara di dalam teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa. Tunjuk cara ini melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran, penglihatan, dan percubaan murid. Sebelum demontrasi, guru perlu menyediakan topik, objektif, alatan, radas, dan tujuan demonstrasi. Selepas demonstrasi mereka akan membincangkan bahagian demonstrasi yang penting, tujuan, dan aktiviti pengukuhan. Teknik ini mempunyai beberapa jenis iaitu model hidup, model simbolik, dan model persepsi. Model hidup ialah contoh sebenar yang ditunjukkan kepada murid-murid dalam sesi pembelajaran di dalam kelas seperti demonstrasi bermain alat muzik. Selain itu model simbolik pula contoh yang diterangkan secara penulisan dan murid-murid akan mengikut setiap langkah yang sudah disenaraikan oleh guru. Akhir sekali model persepsi ialah contoh yang ditunjukkan melalui video. Sebagai contoh ialah pergerakan tubuh badan semasa menari dan pola langkah dalam tarian tersebut. c) Eksplorasi penemuan Eksplorasi dikaitkan dengan penerokaan terhadap sesuatu. Sudah menjadi lumrah manusia yang mempunyai sifat ingin tahu. Bagi memenuhi keinginan ini mereka sentiasa ingin menerokai sesuatu yang baru. Kaedah ini sangat bersesuaian untuk mengembangkan sifat ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran berorientasikan penyelesaian masalah. Kaedah eksplorasi penemuan merupakan aktiviti yang dapat
  • 15. 15 meransang pembelajaran murid. Murid-murid akan memperoleh maklumat berdasarkan hasil penyelidikan sendiri yang melibatkan proses pertanyaan, mencari, menjalankan kajian, dan penyelidikan sendiri. Eksplorasi mengandungi proses seperti mengenali masalah, mengkaji ramalan, mengumpul maklumat, menganalisis, dan membuat rumusan. Kaedah atau teknik eksplorasi ini dikendalikan mengikut urutan aktiviti yang dilakukan bagi mencari dan menyelesaikan sesuatu masalah atau fenomena yang telah dirancang. Berikut ialah urutan dan langkah aktiviti yang teknik eksplorasi adalah seperti berikut: a) Pemerhatian b) Pengelasan c) Membuat ramalan d) Uji kaji e) Merekod, melabel, dan melapor f) Pentafsiran dan pengaman Dalam pelaksanaan aktiviti ini guru tidak semestinya menggunakan bahan-bahan atau alat bantu pengajaran. Sudah memadai penggunaan sumber-sumber biasa seperti buku teks, gambar, atau bacaan tambahan untuk kaedah ini. guru perlu menerangkan secara terperinci kepada murid- murid mengenai sumber yang digunakan untuk mengumpul maklumat atau data. Guru juga boleh menggunakan sumber komuniti yang melibatkan penyertaan masyarakat sekeliling. d) Memberi Arahan Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga dikaitkan dengan kemahiran guru untuk memberi arahan di dalam kelas. Kemahiran ini dianggap penting kerana guru perlu bijak memberi arahan
  • 16. 16 supaya pelajar dapat memahaminya dengan mudah. Arahan guru tersebut haruslah jelas, tepat, dan mudah difahami oleh murid-murid. Beberapa panduan telah ditetapkan untuk menjamin arahan yang diberikan jelas dan mudah difahami. a) Arahan yang diberikan pada mula ditulis, hal ini demikian bertujuan untuk memudahkan murid-murid mengingati arahan yang diberikan. b) Jika arahan yang diberikan terlalu banyak, guru perlu membuat demonstrasi atau penerangan yang lebih terperinci. c) Laras bahasa yang digunakan perlulah bersesuaian supaya murid dan memberi tumpuan sepenuhnya. d) Menguji tahap kefahaman murid-murid dengan bertanyakan soalan kepada murid- murid tersebut, dan minta penjelasan ringkas mengenai arahan yang diberikan. Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis masalah yang dihadapi oleh murid semasa mereka melakukan ativiti. Arahan tidak tepat, kabur, sukar, singkat, dan diulang-ulang akan membuatkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan. e)Program Cahayaku Secara umumnya, konsep pembelajaran Cahayaku menekankan perkembangan EQ (emotional quality) dan IQ (intellectual quality). Konsep ini wujud berdasarkan 7M, iaitu main, membaca, mengira, menulis, mewarna, mengeja, dan moral. Sistem ini menggabungkan tiga teknik mengajar secara serentak, iaitu mimik untuk guru, Iqra’ untuk ibu bapa, dan latih tubi untuk guru dan ibu bapa. Cahayaku menggalakkan kanak-kanak membaca dengan sendiri apabila corak susunan belajar yang dibina oleh guru dapat dikuasai oleh pelajar. Keadaan ini akan
  • 17. 17 menimbulkan sifat ketagihan untuk membaca di samping menerapkan sifat mulia yang lain pada masa yang sama. Cahayaku seperti program yang lain juga yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri berdasarkan ciri yang dimilikinya. Program ini jelas cirinya dengan adanya dua buah buku bacaan dan tiga buah buku latihan digunakan dalam proses pembelajaran. Apabila pelajar diajar, perkataan perlu disebut secara automatik dalam bahasa baku. Dengan kaedah ini, pelajar tidak berasa terbeban dan membosankan semasa belajar sekali gus membentuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Kaedah ini jelas dapat mengesan kelemahan antara pelajar dan guru melalui penilaian bagi setiap pembelajaran. Program Cahayaku sebenarnya bukan sahaja dapat digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran pelajar, malah ibu bapa juga boleh menerapkan kaedah ini dalam membantu guru mendidik pelajar di rumah. Dengan kaedah ini, mereka tidak perlu mengeja perkataan tersebut, sebaliknya hanya bunyikan perkataan. Dalam masa sesingkat dua hingga lima minit latihan bersama ibu bapa sehari, pelajar akan lebih cepat memahami suku kata perkataan. Ibu bapa perlu memastikan bahawa guru-guru yang mengajar mempunyai sijil Cahayaku yang sah kerana guru- guru tersebut telah mengikuti kursus sistem Cahayaku dan memahamu cara-cara mengajar dengan menggunakan buku Cahayaku. Secara keseluruhannya atau ringkasannya, program cahayaku ini dapat dikatakan sebagai satu teknik untuk perkembangan IQ (minda) serta pemerolehan kefahaman secara drastik. Selain itu, program ini sebagau satu teknik untuk guru-guru mengesan dan menyelamu jiwa pelajar di samping untuk guru mengesan kesan diri sendiri terhadap hasil yang telah diterapkan kepada pelajar, iaitu melalui interaksi dan komunikasi antara guru dan pelajar. Program ini jelas dapat
  • 18. 18 melahirkan kanak-kanak atau pelajar ke arah generasi yang dinamik dan membentuk modal insan yang lebih berpengetahuan. 7.4 Saranan Pengajaran Pengajaran berkualiti telah dibincang sejak dulu lagi, hingga hari ini isu ini masih dibangkit. Pelbagai model dan saranan yang telah dikemukakan bagi menjamin kualiti pendidikan terus meningkat. Sesetengah inovasi lebih bersifat fizikal dan material semata-mata serta kurang menyentuh soal dalaman guru dan pelajar sebagai manusia pengajar dan pelajar ( Yahya Othman et. al, 2009). Perkembangan sains dan teknologi telah mengubah tamadun manusia. Perkembangan tamadun ini memerlukan perubahan besar dalam sistem pendidikan. Pengajaran yang berkualiti juga dikaitkan dengan persoalan iaitu kualiti pengajaran secara teori dan ilmu semata-mata atau kepercayaan? Hal ini turut dijelaskan oleh Roselan Baki (2003) jika amalan pengajaran berdasarkan ilmu dan teori, maka proses dan prosedur perlaksanaannya empiris, sistematik, tekal, dan dapat dipertanggungjawabkan. Sebaliknya jika pertimbangan pengajaran banyak dipengaruhi pengalaman dan kepercayaan semata-mata, maka guru akan sering bertemu ketidaktentuan dan kecelaruan.( dlm Yahya, 2009). Kini sudah tiba masanya guru beralih kepada pengajaran secara santai. Hal ini demikian kerana, selama ini penilaian terhadap pengajaran berkualiti dinilai dari sudut fizikal dan material. Seharusnya aspek emosional dan psikologi diberi penekanan sewajarnya. Industri pengajaran turut dianggap sebagai industri perniagaan, kerana bidang memberi perkhidmatan kepada pelanggan iaitu guru dan murid. Dengan penerapan model-model dan alat bantu mengajar yang sesuai sesi pengajaran dapat dilakukan dalam keadaan yang seronok. Kebanyakan guru-guru enggan melakukan aktiviti pembelajaran di dalam kelas kerana dianggap tidak bersungguh-
  • 19. 19 sungguh dalam melaksanankan tugas mereka sebagai guru. Hakikatnya murid-murid tidak dapat memahami kepentingan ilmu itu walaupun kepentingan ilmu sudah diterangkan oleh guru. Teknik dalam pengajaran perlu diperbaharui supaya pembelajaran di dalam kelas lebih bersifat aktif. Selain itu guru harus didedahkan dengan ilmu kemanusiaan supaya lebih peka dengan kehendak pelajar yang diajar. Guru perlu didedahkan dengan konsep penguasaan ilmu menerusi pancaindera. Peranan otak juga perlu diberi pendedahan oleh guru supaya ilmu yang disampaikan akan dapat digarap dengan berkesan. Ilmu ini juga secara positif membuat guru lebih memahami pelajar daripada pelbagai latar belakang. Berdasarkan kajian Dr Ornstein (dlm R. Jeyagobi: 2007), otak manusia berfungsi mengikut gelombang yang diukur dalam bentuk beta, alpha, theta, dan delta. Gelombang ini mengikut aktiviti seharian yang dilakukan atau perasaan yang dialami oleh individu tersebut. Kini guru lebih didedahkan cara untuk mendekatkan diri dengan murid-murid atas aspek memberi keseronokan dalam sesi pembelajaran. Pelbagai saranan yang telah diberi untuk menaiktaraf kedudukan pendidikan di Malaysia. Oleh itu usaha yang perlu dicapai ialah memupuk hubungan antara guru dan pelajar. Tanpa pemupukan ini, pembelajaran tidak akan berlansung dengan seronok. Murid-murid juga hanya memandang remeh ilmu yang disampaikan oleh guru walaupun kepentingan ilmu tersebut sudah dijelaskan. Teknik penyampaian yang berkesan ialah dengan menggunakan cara pengajaran yang sesuai dengan pemikiran pelajar yang suka kepada keseronokan. Tiada lagi perasaan terpaksa untuk mengikuti sesi pembelajaran, malah pelajar akan lebih menghargai ilmu yang telah disampaikan.
  • 20. 20 8.0 KESIMPULAN Kesimpulannya sebuah proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kekreatifan guru-guru sebagai penyampai ilmu. Tanpa elemen ini kelas yang sedang berjalan hanya sebuah kelas yang tidak berfungsi. Pembelajaran di dalam seharusnya aktif supaya komunikasi guru dan murid berjalan sekaligus dapat meningkatkan kefahaman murif-murid. Menyampaikan ilmu merupakan tugas utama guru memandangkan tugas mereka sendiri merupakan pendidik, namun begitu tugas guru bukan sekadar mengajar di hadapan begitu buku teks semata-mata. Tugas pendidik lebih mencabar kerana peredaran zaman memerlukan guru-guru yang mempunyai kriteria berkualiti, lebih aktif dan bijak mengendalikan murid-murid.