SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 17
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
PENGENALAN
Sebagai manusia yang sentiasa mengharapkan kebahagian hidup dan menjalani
kehidupan dengan penuh keselesaan, kita haruslah mensyukuri dan menghargai setiap pemberian
nikmat dari Allah s.w.t. yang menjadi keperluan asas bagi kehidupan dengan sebaik mungkin.
Terutamanya, nikmat air, udara, tumbuhan-tumbuhan, haiwan dan sebagainya yang merupakan
ciptaan Allah sebagai pelengkap kepada kelangsungan kehidupan manusia di atas muka bumi ini.
Sememangnya Allah s.w.t. menjadikan alam ini sebagai kemudahan dan keperluan bagi
kehidupan hambanya. Segala kemudahan dan ciptaan Allah sama ada di langit mahupun di bumi
merupakan nikmat Allah kepada hambanya. Dan dalam masa yang sama manusia diamanahkan
menjadi khalifah untuk memikul tanggungjawab mengurus dan mengatur alam ini dengan baik.
Disamping menggunapakai segala kemudahan tersebut untuk urusan keperluan hidup dengan
faedah yang terbaik. Hal ini sebagaimana firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 56 :
Maksudnya : “ Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan
segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa’lah kepadanya dengan perasaan
bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya
makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki
amalannya ”.
Sehubungan firman Allah di atas, sewajarnya pelajar diasuh dan dididik supaya
mempunyai kesedaran dan kepekaan terhadap isu alam sekitar. Perasaan sayang dan cinta
kepada alam sekitar perlu ditanam dijiwa pelajar sejak dari kecil melalui pendidikan yang
berkesan. Pendidikan adalah penting untuk mempertingkatkan dan memperbaiki keupayaan
manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar.
Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai komponen penting dalam
pembelajaran. Pendidikan formal dan tidak formal adalah penting untuk menukar sikap manusia
agar mereka mempunyai keupayaan untuk menilai dan menghadapi kepekaan mereka terhadap
1
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
pemasalahan isu-isu alam sekitar. Ianya juga penting untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan
etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku yang konsisten, juga melihat keberkesanan
penglibatan awam dalam membuat keputusan terhadap peri perlunya pendidikan alam sekitar.
Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha mencapai perolehan
pendidikan alam sekitar dan pembangunan, yang dikaitkan dengan pendidikan sosial, daripada
peringkat umur sekolah rendah dan tadika hingga kepada setiap orang dewasa.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan Bantu mengajar (BBM) atau alat
bantu mengajar (ABM) digunakan bagi menjelas dan mengukuhkan isi pelajaran yang ingin
disampaikan oleh kita untuk mencapai objektif pembelajaran moral yang menjurus kepada
kesedaran peri pentingnya menjaga alam sekitar. Kajian telah membuktikan bahawa
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bertambah jika bahan Bantu mengajar (BBM)
yang digunakan itu sesuai, jelas menarik dan berkesan. Mengikut kajian, 75% daripada
maklumat yang diperolehi oleh pelajar adalah melalui deria penglihatan, 13% melalui deria
pendengaran, 4% melalui deria sentuh, 4% deria lagi melalui deria bau. Deria penglihatan dan
pendengaran merupakan dua saluran deria manusia yang penting sekali untuk memperolehi
maklumat. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar, khasnya alat pandang dengar memainkan
peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan memperolehi ilmu
pengetahuan, menguasai kemahiran dan berlakunya perubahan tingkah laku. Dalam masa yang
sama ianya dapat meningkatkan kesedaran dalam isu-isu alam sekitar
Kepekaan guru dalam memilih, membina dan mengguna sumber amat penting kerana
setiap sumber yang digunakan dengan baik akan memberi kesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kesesuaian setiap sumber tidak hanya terletak kepada kos yang mahal tetapi ia
amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif dan
berkesan. Kebolehan guru merealisasikan penggunaan sumber dengan baik akan membantu
memperjelaskan dan menambah keyakinan pelajar.
Bahan pengajaran dan pembelajaran biasanya digolongkan sebagai media pengajaran
atau instructional media. Gerlach dan Ely (1980) melihat media pengajaran sebagai sumber-
sumber seperti manusia, bahan atau suasana yang boleh menimbulkan iklim pembelajaran untuk
merangsangkan pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta pembentukan sikap positif.
2
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
Reiser dan gagne (1983) membuat kesimpulan bahawa media pengajaran merangkumi bahan
bercetak, rakaman audio dan visual, filem, slaid serta alatan yang digunakan bagi menyampaikan
isi pengajaran. Manakala Atan Long (1982) mengatakan bahawa alat-alat yang menyokong
penyampaian pembelajaran diberi nama “alat Bantu mengajar”. Bahan-bahan itu mungkin dalam
bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Thomas, R. Murray dan Swartout,
Sherwin G. (1963) menjelaskan bahawa hanya alat Bantu mengajar yang mempunyai
komunikatif tinggi mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah
bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.
Sumber pengajaran, alat dan bahan bantu mengajar adalah istilah yang selari dan saling
melengkapi antara satu sama lain. Keupayaan guru merancang, mengurus dan menggunakan
setiap bahan, alat dan sumber pengajaran akan menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran
berkesan. Penyepaduan unsur pedagogi, bahan, sumber dan alat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran akan memungkinkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
serta berkesan dan ada kejelasan.
1.0. Sediakan satu bahan membantu mengajar untuk mengajar nilai 4.3 Peka terhadap
isu alam sekitar ( Tahun 5 ). Huraikan dengan jelas cara penggunaan bahan tersebut
untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam kerja kursus ini, Penggunaan komputer dan Perisian Powerpoint bertajuk “
Bersama Menjaga Kebersihan Alam “dipilih sebagai bahan Bantu mengajar untuk mata
pelajaran Moral Tahun lima. Pemilihan ini dibuat adalah kerana di sekolah, penggunaannya
dilihat sebagai alat pedagogi atau pengupaya yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Perisian ini mengandungi kepelbagaian ‘variasi’ aplikasi dalam bidang pendidikan dalam
kuantiti yang tinggi. Selain daripada itu, ianya dapat bertindak sebagai ‘pengaturan’ kursus atau
“media direktif”. Perisian ini mengandungi perisian simulasi yang dapat memotivasi pelajar di
samping ‘membangkitkan’ minat seterusnya meningkatkan kefahaman mereka. Simulasi ini
membantu pelajar memerhati fenomena yang kurang tampak secara fizikal atau fenomena yang
sukar dihasilkan semula.
3
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
Melalui teknologi multimedia, pelbagai perisian kursus multimedia bagi matapelajaran
pendidikan moral dapat dibangunkan dengan penyepaduan pelbagai media seperti teks, grafik,
animasi, video, audio dan interaktiviti dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Moral.
Menurut Jonassen (1996), persembahan multimedia adalah lebih attention-getting dan attention-
holding kerana ia adalah multimode iaitu rangsangan yang berlaku adalah lebih dari satu deria
pada satu masa. Menurut beliau lagi, kajian tentang kesan multimedia ke atas pembelajaran
menunjukkan bahawa peningkatan pembelajaran berlaku apabila saluran (media) yang berlainan
menyediakan maklumat yang saling melengkapi antara satu sama lain. Malah, multimedia dapat
memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran yang kaya dengan sumber bagi
membolehkan pengajaran guru berorientasikan pelajar dan diamalkan secara lebih berkesan.
1.1. Garis panduan menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
1. Bahan Bantu Mengajar hendaklah disimpan di suatu tempat yang sesuai supaya
pelajar boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, kita seharusnya
membimbing pelajar-pelajar meneliti fakta yang penting supaya tidak membazirkan
masa serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika ia
mengandungi banyak segmen, tunjukkan hanya bahagian yang ingin disampaikan
terlebih dahulu, jangan tunjukkan keseluruhan segmen. Cara ini akan membangkitkan
rasa ingin tahun pelajar kesudahan kandungan perisian power point.
2. Sebelum bahan digunakan, edarkan kepada pelajar bahan kerja praktis atau kertas
tugasan. Guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti
pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang
ditetapkan.
3. Guru harus menunjukkan BBM kepada pelajar hanya pada masa yang diperlukan
sahaja. Jika sesuatu BBM ditunjukkan lebih awal, pelajar akan asyik tumpukan
perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti
pengajaran.
4. Guru harus membimbing pelajar-pelajar membincangkan fakta-fakta atau isi penting
yang terkandung dalam BBM. Selepas itu guru boleh menggadakan aktiviti penilaian
4
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
terhadap tindakbalas pelajar tentang hasil penggunaan BBM itu dengan tujuan untuk
mengetahui pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.
5. BBM yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul semula dan disimpan dengan
baik di tempat yang selamat.
6. BBM haruslah digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. Penggunaan BBM
haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai
objektif pelajaaran yang telah ditetapkan.
1.2. Cara-cara menggunakan perisian power point dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Pengajaran ini menggunakan pendekatan Induktif yang mana ianya lebih memusatkan
kepada penyertaan murid dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ini
berlangsung selama 60 minit. Tajuk pengajaran ini ialah “ Bersama Menjaga Kebersihan Alam ”.
Pengajaran bermula dengan bacaan doa mengikut agama masing-masing bagi
mendapatkan keberkatan. Murid-murid juga digalakan bertafakur sebentar untuk memperingati
dan menghormati keluarga dan sahabat yang telah meninggal dunia.
Dengan menggunakan perisian power point, guru memulakan pengajaran dengan
menayangkan video tentang pencemaran alam sekitar yang mencakupi pencemaran air,
pencemaran udara, punca-punca pencemaran, kesan pencemaran kepada hidupan dan cara-cara
mengatasi masalah pencemaran. Video ini mengandungi lagu “ Ikan Kekek” yang berlatar
belakangkan isu pencemaran yang melanda Bumi. Nyanyian lagu “ Ikan Kekek “ yang telah
diubah suai liriknya dengan memasukkan isu-isu pencemaran. Pada permulaannya guru meminta
murid-murid mendengar dan membaca lirik baris demi baris dan kemudian menyanyi bersama-
sama. Video ini adalah berbentuk karaoke. Setelah selesai menyanyi guru bersoaljawab tentang
lagu dan kandungan video yang telah ditayang.
5
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
Lirik lagu “ Ikan Kekek ”
Di antara soalan yang dikemukakan oleh guru ialah:
Apakah jenis-jenis pencemaran yang terdapat dalam lagu “Ikan Kekek”?
Apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut?
Siapakah yang melakukan perbuatan mencemarkan sungai?
Tujuan guru bersoaljawab adalah untuk menimbulkan kesedaran bahawa pencemaran
yang berlaku di persekitaran murid adalah berpunca dan hasil perbuatan murid-murid sendiri dan
6
Ikan oh ikan Ikan kekek mak iloi-iloi,
Mengapa engkau lembik? Ikan gelama rasa berbisa
Macam mana aku tak lembik Tabiat ‘tak pa’ tak berbaloi
Air sungai kotor. Angkara kita Bumi binasa
Sungai oh sungai kenapa engkau kotor? Atuk oh atuk kenapa atuk batuk?
Macam mana aku tak kotor Macam mana atuk tak batuk
Depa buang sampah Tanah gambut kena bakar
Depa kata ‘ tak pa’. Udara pun tercemar.
Ikan kekek mak iloi-iloi Atuk oh atuk kenapa makin panas?
Ikan gelama hidup merana Ha,,,,la,,,kau jawabla aku letih la
Buang sampah berbakul-bakul Macam mana tak panas
Tabiat ‘tak pa’ jadi budaya Orang makin lalai, orang dah tak kisah
Atuk oh atuk, kenapa jadi banjir? Ikan kekek si ikan keli
Hai macam mana tak jadi banjir Ikan gelama tak bermaya
Orang tebang pokok, Hentikanlah cemari Bumi
Orang potong bukit. Angkara kita Bumi binasa
Bumi oh bumi, kenapa makin panas?
Macam mana aku tak panas?
Kesan asap toksik
Kesan asap toksik
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
kesan buruk akibat perbuatan murid-murid akan ditanggung oleh mereka semua seperti wabak
penyakit. Guru seterusnya membacakan satu firman Allah yang bermaksud:
“ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut
dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya
yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat)”. surah ar-Ruum ayat 41 :
Tujuan guru membacakan surah ini adalah untuk memboleh murid-murid mengambil
ikhtibar daripada bala-bala yang diturunkan Allah seperti banjir, kebakaran kemarau, ribut dan
sebagainya adalah akibat daripada perbuatan manusia. Melalui aktiviti ini, nilai murni seperti
menjaga kebersihan, sikap bertanggungjawab dan bersyukur diterapkan kedalam diri murid-
murid.
Dengan berbantukan komputer dan perisian power point, guru menerangkan definisi
pencemaran dengan menggunakan gambar-gambar pencemaran yang berlaku di seluruh
Malaysia. Gambar-gambar yang ditayangkan adalah dalam bentuk slaid. Murid-murid
mengenalpasti dan menamakan objek yang terdapat dalam gambar tersebut. Gambar-gambar ini
mencakupi jenis-jenis bahan pencemar seperti sampah sarap. Murid-murid dijelaskan bahawa
pembuangan bahan pencemar ini akan mengakibatkan persekitaran manusia menjadi tercemar
dan ianya tidak boleh digunakan lagi, sekiranya digunakan ia akan memudaratkan manusia
bahkan boleh menyebabkan kematian kepada manusia dan hidupan lain. Dalam aktiviti ini juga,
guru meminta murid-murid menyata dan menyenaraikan beberapa contoh lain bahan-bahan
pencemar yang diketahui. Guru mencatat contoh-contoh yang diberikan murid di papan hitam.
Aktiviti ini dapat memberi pengetahuan tentang bahan-bahan yang boleh memudaratkan alam
7
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
sekitar serta melalui aktiviti ini juga, murid-murid diharapkan dapat meningkatkan kesedaran
mereka tentang amalan pelupusan dan pembuangan sampah dengan cara yang betul bagi
memelihara alam sekitar serta bersederhana dalam menggunakan sumber alam bernilai seperti
petroleum untuk mengelakkan kehabisan sumber tersebut. Nilai murni seperti berterima kasih
kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan untuk melupuskan sampah dan bersikap
prihatin terhadap masalah dan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan alam sekitar.
Guru sekali lagi menggunakan video “ Ikan Kekek ” bagi aktiviti berkumpulan. Guru
membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan
juga seorang pencatat bagi melancarkan perjalanan aktiviti.
Kumpulan 1: Pencemaran air – Punca-punca pencemaran
Kumpulan 2: Pencemaran air - Kesan-kesan pencemaran kepada hidup dan alam sekitar
Kumpulan 3: Pencemaran udara - Punca-punca pencemaran
Kumpulan 5:Pencemaran udara- Kesan-kesan pencemaran kepada hidup dan alam sekitar
Guru mengedarkan pelajar kertas tugasan dan memberi arahan yang terang dan jelas
tentang aktiviti pembelajaran itu agar dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut
masa yang ditetapkan. Video “ikan kekek”, ditayangkan dan murid-murid diminta
menyelesaikan tugasan yang telah diberikan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam video
‘Ikan Kekek” mengikut kumpulan masing-masing. Setiap murid dalam kumpulan memainkan
peranan masing-masing mengikut tugasan yang telah ditetapkan oleh kumpulan. Melalui aktiviti
seperti ini semangat kerjasama dan tolong menolong diterapkan kepada murid-murid bagi
mendapat satu hasil kerja yang baik. Selain daripada itu, aktiviti ini juga melatih murid patuh dan
8
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
taat kepada perintah ketua serta membentuk rasa tanggungjawab terhadap kumpulan. Setiap
kumpulan akan melaporkan hasil dapatan yang diperolehi mereka.
Guru menayangkan video kempen kebersihan melalui perisian power point. Guru
kemudiannya bersoal jawab tentang video yang ditayangkan. Aktiviti ini adalah untuk
membolehkan murid menjana idea mereka tentang cara menangani isu kebersihan alam sekitar.
Guru seterusnya meminta murid untuk menyumbang pendapat tentang cara-cara untuk menjaga
kebersihan kawasan tempat tinggal mereka. Guru mencatat semua pendapat murid di papan
hitam tanpa mengubah atau meminda pendapat mereka. Guru dan murid memilih serta membuat
rumusan beberapa pendapat yang terbaik. Berdasarkan kepada hasil rumusan tentang cara-cara
menjaga kebersihan alam sekitar. Murid kemudiannya diminta membina peta minda tentang isu-
isu pencemaran alam sekitar yang telah diperolehi dengan dibantu oleh guru. Murid-murid
menggunakan semua maklumat yang diperolehi hasil laporan perbincangan dan mencatatnya di
atas kertas manila dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Guru kemudiannya
mempamerkan hasil kerja murid di papan pameran. Menerusi aktiviti ini murid-murid diasuh
untuk berani mengeluarkan pendapat dan menghormati pendapat orang lain serta menerima
keputusan yang munasabah walaupun mereka ada pendapat sendiri. Murid-murid juga diterapkan
tentang pentingnya nilai kebersihan dalam kehidupan mereka. Mereka juga dinasihatkan agar
mengelakkan diri daripada terlibat dalam kegiatan yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Sebagai tugasan susulan, guru mengedarkan lembaran yang mengandungi gambar
sekumpulan murid yang sedang bergotong royong membersihkan kawasan sekolah. Guru
meminta murid-murid mewarna gambar tersebut. Setelah murid selesai mewarna lukisan, guru
9
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
mengadakan sesi apreasiasi hasil kerja murid. Guru dan murid kemudiannya memilih beberapa
lukisan yang terbaik kemudian melekatkan lukisan tersebut pada papan pameran sebagai
motivasi untuk menghasilkan kerja yang kemas, bersih dan menarik. Melalui aktiviti ini murid-
murid diterapkan dengan nilai kerajinan, sukakan kebersihan dan menyayangi sekolah sebagai
tempat memperolehi ilmu.
Sebagai penutup guru membuat kesimpulannya:
1. Manusia sebagai makhluk yang diamanah oleh Allah untuk memakmur dan
membangunkan bumi, hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan
bagi mengelak berlakunya kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar.
2. Nikmat air dan udara yang bersih adalah anugerah Allah s.w.t. untuk kita gunakan dan
mengurusnya dengan penuh bijaksana.
3. Janganlah kita menggadaikan segala kurniaan Allah ini hanya untuk mengejar kemajuan
dan kemewahan hidup tanpa memikirkan hak-hak makhluk lain seperti haiwan dan
tumbuh-tumbuhan yang menumpang seperti kita di atas bumi Allah ini.
1.3. Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan.
Koh Boh Boon ( 1992 ) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah
membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff
( 1983 ) pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar
kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkan. Hal ini melibatkan corak pengajaran
berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga
merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusat kepada para pelajarnya sehingga
mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran.
Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
membahagikan tugas pengajaran kepada tiga bahagian iaitu sebelum proses pengajaran, semasa
pengajaran dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3.1. Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
10
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
1.3.1.1 Rancangan Pengajaran.
Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan perancangan yang mantap
dan teliti oleh seorang guru sebelum ia terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlu tahu kelompok pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan
matlamat serta objektif yang hendak dicapai. Perancangan pengajaran yang teliti akan membantu
guru melangsungkan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan cukup berkesan seperti
kata perpatah : “ Sekiranya kamu gagal untuk merancang, maka kamu merancang untuk gagal,”.
1.3.1.2 Membuat Rujukan
Seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berbanding
pelajar. Kepakaran di dalam bidang yang diajar atau subject content adalah faktor dominan yang
menyumbang kearah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perpatah Arab ada
berkata “Orang yang tidak apa-apa, ia tidak akan dapat memberi apa-apa pun.”
1.3.1.3 Persiapan Emosi
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “ Bukan daripada golongan kami, orang
yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani orang muda”. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan tidak akan terhasil tanpa emosi yang stabil daripada kedua-dua
belah pihak iaitu guru dan murid kerana pendidikan itu merupakan satu seni yang melibatkan
hati dan perasaan.
1.3.2. Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran
1.3.2.1.Komunikasi yang Berkesan
Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002) Komunikasi adalah merupakan satu proses
pemindahan makna iaitu maklumat, idea, pengetahuan, persefahaman atau penyampaian kepada
penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan. Untuk
memastikan pelajar memahami pengajaran guru, maka guru harus menggunakan laras bahasa
yang sesuai dengan kemampuan kognitif mereka. Allah juga berfirman dengan maksud: “ Maka
rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu
bersifat kasar lagi berhati keras, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling kamu.” ( Ali
I’mran: 159). Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa hikmah, kebijaksanaan, lemah-lembut dan
11
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
percakapan yang baik sememangnya menjadi asas mewujudkan komunikasi yang baik dan
berkesan.
1.3.2.2 Penggunaan Teknologi Pendidikan
Charles B. Klasek (1972) menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur
sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu mengajar.
Pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran
mereka.
1.3.2.3 Memberi bantuan klinikal
Kebolehan guru untuk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan
dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan
mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan
menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan
membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu melakukannya
1.3.3 Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
1.3.3.1.Refleksi
Menurut Hanipah (1999) refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis, mencari
alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan berterusan.
Apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai guru perlu membuat refleksi terhadap
pengajaran yang telah disampaikan untuk mengetahui sama ada pelajar dapat memahami
isikandung yang telah disampaikan. Proses ini amat penting untuk menentukan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3.1.2 Memantau kemajuan
Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan
maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kepada guru, ibubapa dan pelajar
sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa.
Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain untuk mdapatkan
maklumat awal mengenai diri pelajar.
12
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
2.0. Sediakan 15 soalan untuk menilai penguasaan murid-murid Tahun 5 tentang nilai
4.2 Menyayangi alam sekitar dan 4.3 Peka terhadap isu alam sekitar.
2.1. Soalan Berbentuk Pengetahuan
2.1.1 Lalat mudah menghinggapi sampah sarap yang tidak___________
A. dibakar dengan sempurna
B. berbau busuk
C. dikutip oleh pemungut sampah
D. diurus secara betul.
2.1.2 Lori pengangkut sampah membawa sampah sarap ke_________ untuk dilupuskan
A. kawasan lapang
B. tapak pelupusan sampah
C. kilang pelupusan sampah
D. kawasan perumahan
2.1.3. Tong-tong sampah disediakan untuk___________ sampah sarap.
A. membersihkan
B. menyimpan
C. melupuskan
D mengitar semula
( 6 markah )
2.2. Soalan Berbentuk Kefahaman
2.2.1 Antara yang berikut, yang manakah bukan usaha kerajaan bagi mengatasi masalah
pencemaran alam?
A. Menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar.
B. Memberikan ceramah tentang alam sekitar
C. Menguatkuasakan undang-undang.
D. Mengadakan tunjuk perasaan
2.2.2. Pilih pernyataan yang benar tentang cara mengatasi masalah pencemaran alam
i. Pembakaran secara terbuka
ii. Membuang sisa toksik ke dalam laut
iii. Tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai
iv. Menanam semula pokok selepas aktiviti penebangan
A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. iii dan iv
13
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
2.2.3. Pembakaran terbuka menyebabkan pembebasan asap yang banyak. Hal ini akan
mengakibatkan___________
A. udara di kawasan sekitar tercemar.
B. kenderaan di jalan raya berhenti untuk melihat kawasan pembakaran.
C. pihak bomba pergi ke tempat pembakaran.
D. orang ramai berkumpul ke tempat pembakaran.
2.2.4. Yang berikut ialah amalan baik yang harus ada pada diri setiap individu dalam
Menjaga alam sekitar, kecuali
A. membersihkan longkang yang tersumbat
B. memotong dahan-dahan pokok yang tumbuh berselerak
C. tidak membakar sampah di halaman rumah
D. membuang surat khabar lama yang tidak digunakan
( 8 markah )
2.3. Soalan Berbentuk Aplikasi
2.3.1 Pencemaran air yang berlaku adalah akibat dari pembuangan sampah sarap ke
dalam sungai. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya sampah sarap terus
dibuang ke dalam sungai
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
iii. __________________________________________________________
( 3 markah )
2.3.2. Nyatakan tiga tindakan kamu dalam menyokong usaha mengitar semula
bahan buangan
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
iii. __________________________________________________________
( 3 markah )
2.3.3. Pada tahun 1997 dan 2005 darurat jerebu telah diisytiharkan. Berikan 3 cara
untuk menyelesaikan masalah jerebu yang melanda Malaysia.
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
iii. _________________________________________________________
( 3 markah )
14
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
2.3.4. Nyatakan 3 faedah mengitar semula bahan buangan.
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
iv. _________________________________________________________
( 3 markah )
2.4. Soalan Berbentuk Analisis
2.4.1 Terangkan bagaimana keindahan dan keceriaan pantai di gambar B boleh
dipulihkan.
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
iii. __________________________________________________________
2.4.2.
2.5. Soalan Berbentuk Sintesis
2.5.1 Kamu dan rakan melihat kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab mecemari
sungai dengan sisa toksik. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?
(
2.6 Soalan Berbentuk Penilaian
2.6.1. Sekiranya kamu seorang pelancong, adakah kamu akan mengunjungi pantai
di gambar A atau B? Berikan alasan kamu.
Penutup
Bagi mencapai kepekaan tentang periperlunya kesedaran alam sekitar, penggunaan
teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berkaitan dengan usaha-usaha memudahkan
pembelajaran kita termasuklah mengenai pasti semua bahan-bahan pembelajaran,
mengembangkan sistem-sistem pengajaran, menyampaikan sumber-sumber ini kepada pelajar-
pelajar. Penggunaan bahan Bantu mengajar telah mengurangkan beban guru dalam penyampaian
pengajaran dan pembelajaran murid. Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi bukan
lagi dalam sektor ekonomi tetapi ia berperanan besar dalam pendidikan. Penggunaan E-
pembelajaran walaupun bukan penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang baik untuk
15
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
kita merealisasikan pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah tradisi ‘chalk and talk’.
Dengan itu, penggunaan perisian power point serta komputer dalam pendidikan membawa kita
banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa
reformasi serta perkembangan yang baru dalam pelbagai bidang pendidikan.
Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni seperti menyayangi alam sekitar dan peka
kepada isu-isu alam sekitar perlu disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa,
guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-
kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada
nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan
warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil
terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan
manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi. Begitu juga
dengan jalan penyelesaian yang diambil terhadap masalah alam sekitar yang timbul tidak
seharusnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan lahiran dan fizikal manusia yang tidak terbatas
itu sahaja.
Kerana itu, kita harus ingat bahawa setiap bencana alam yang berlaku adalah kerana
sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. Hal ini, al-Quran sendiri telah menerangkan kepada
kita bahawa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh
perbuatan tangan-tangan manusia. Sebagaimana firmannya dalam surah ar-Ruum ayat 41 :
Maksudnya : “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut
dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
16
HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6
SEPTEMBER 2009
Krisis alam sekitar yang telah melanda manusia ini sebenarnya memerlukan kepada jalan
penyelesaian yang lebih bersifat ketauhidan/rabbani. Kaedah penyelesaiannya hendaklah
berasaskan kepada kefahaman manusia itu sendiri terhadap sejauh mana peranan yang perlu
dimainkannya sebagai khalifah di alam ini. Sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk
memakmurkan alam ini, sudah pastilah manusia itu dituntut untuk mengetahui isi kandungannya
dan memahaminya sebagai satu jalan untuk menjadikannya sebagai seorang khalifah yang
sempurna. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al Quran yang bermaksud:
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap
ufuk (penjuru), dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bahawa al Quran itu adalah
benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan
segala sesuatu?? Fussilat – 53
Hanya asas yang sebegini sahajalah yang mampu untuk membangunkan dunia yang
selamat dan sejahtera, yang dapat membentuk sains dan teknologi yang bersopan, membina
peradaban yang tinggi, dan mencorakkan pandangan dan cara hidup yang sihat.
17

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Buku alquran hadis pegangan guru Kurikulum 2013 Untuk MI
Buku alquran hadis pegangan guru Kurikulum 2013 Untuk MI Buku alquran hadis pegangan guru Kurikulum 2013 Untuk MI
Buku alquran hadis pegangan guru Kurikulum 2013 Untuk MI Tjoetnyak Izzatie
 
proposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistproposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistWIDIYAH02ASTUTIK
 
Buku fiqih kelas 1 mi
Buku fiqih kelas 1 miBuku fiqih kelas 1 mi
Buku fiqih kelas 1 miEvi Sofia
 
Ptk nabi dan rasul kelas iv
Ptk nabi dan rasul kelas ivPtk nabi dan rasul kelas iv
Ptk nabi dan rasul kelas ivFurqan Okan
 
Upaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalamUpaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalamJihan Alive
 
Proposal penelitian kuantitatif
Proposal penelitian kuantitatifProposal penelitian kuantitatif
Proposal penelitian kuantitatifSiska Wulandari
 
Buku fikih Pegangan Guru Untuk MI Kurikulum 2013
Buku fikih Pegangan Guru Untuk MI Kurikulum 2013Buku fikih Pegangan Guru Untuk MI Kurikulum 2013
Buku fikih Pegangan Guru Untuk MI Kurikulum 2013Tjoetnyak Izzatie
 
Contoh proposal pengajuan skripsi
Contoh proposal pengajuan skripsiContoh proposal pengajuan skripsi
Contoh proposal pengajuan skripsiimammuttaqin58
 
Buku akidah akhlak Kurikulum 2013 untuk Guru
Buku akidah akhlak Kurikulum 2013 untuk GuruBuku akidah akhlak Kurikulum 2013 untuk Guru
Buku akidah akhlak Kurikulum 2013 untuk GuruTjoetnyak Izzatie
 
Pendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakat
Pendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakatPendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakat
Pendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakattuti Oktaviani
 
Proposal pak edy siap print
Proposal pak edy   siap printProposal pak edy   siap print
Proposal pak edy siap printekatrisnawati
 
Ilmu pendidikan 5
Ilmu pendidikan 5Ilmu pendidikan 5
Ilmu pendidikan 5FENY DYAH
 
Penelitian Dosen Drs. H. Mokh Ya'kup., M.MPd
Penelitian Dosen Drs. H. Mokh Ya'kup., M.MPdPenelitian Dosen Drs. H. Mokh Ya'kup., M.MPd
Penelitian Dosen Drs. H. Mokh Ya'kup., M.MPdRianto MSi
 
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3FENY DYAH
 

Was ist angesagt? (18)

Maulidia tugas 3
Maulidia tugas 3Maulidia tugas 3
Maulidia tugas 3
 
Buku alquran hadis pegangan guru Kurikulum 2013 Untuk MI
Buku alquran hadis pegangan guru Kurikulum 2013 Untuk MI Buku alquran hadis pegangan guru Kurikulum 2013 Untuk MI
Buku alquran hadis pegangan guru Kurikulum 2013 Untuk MI
 
proposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadistproposal ptk qur'an hadist
proposal ptk qur'an hadist
 
Proposal sekripsi
Proposal sekripsi Proposal sekripsi
Proposal sekripsi
 
Buku fiqih kelas 1 mi
Buku fiqih kelas 1 miBuku fiqih kelas 1 mi
Buku fiqih kelas 1 mi
 
Cara Belajar Siswa Aktif
Cara Belajar Siswa AktifCara Belajar Siswa Aktif
Cara Belajar Siswa Aktif
 
Ptk nabi dan rasul kelas iv
Ptk nabi dan rasul kelas ivPtk nabi dan rasul kelas iv
Ptk nabi dan rasul kelas iv
 
Upaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalamUpaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalam
 
Proposal penelitian kuantitatif
Proposal penelitian kuantitatifProposal penelitian kuantitatif
Proposal penelitian kuantitatif
 
Buku fikih Pegangan Guru Untuk MI Kurikulum 2013
Buku fikih Pegangan Guru Untuk MI Kurikulum 2013Buku fikih Pegangan Guru Untuk MI Kurikulum 2013
Buku fikih Pegangan Guru Untuk MI Kurikulum 2013
 
Contoh proposal pengajuan skripsi
Contoh proposal pengajuan skripsiContoh proposal pengajuan skripsi
Contoh proposal pengajuan skripsi
 
Buku akidah akhlak Kurikulum 2013 untuk Guru
Buku akidah akhlak Kurikulum 2013 untuk GuruBuku akidah akhlak Kurikulum 2013 untuk Guru
Buku akidah akhlak Kurikulum 2013 untuk Guru
 
Kem upsr ta edit
Kem upsr ta editKem upsr ta edit
Kem upsr ta edit
 
Pendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakat
Pendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakatPendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakat
Pendidikan merupakan aset yang tak ternilai bagi individu dan masyarakat
 
Proposal pak edy siap print
Proposal pak edy   siap printProposal pak edy   siap print
Proposal pak edy siap print
 
Ilmu pendidikan 5
Ilmu pendidikan 5Ilmu pendidikan 5
Ilmu pendidikan 5
 
Penelitian Dosen Drs. H. Mokh Ya'kup., M.MPd
Penelitian Dosen Drs. H. Mokh Ya'kup., M.MPdPenelitian Dosen Drs. H. Mokh Ya'kup., M.MPd
Penelitian Dosen Drs. H. Mokh Ya'kup., M.MPd
 
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
 

Andere mochten auch

Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianRicky Ong
 
MORAL 1_ Projek 1
MORAL 1_ Projek 1 MORAL 1_ Projek 1
MORAL 1_ Projek 1 Arise Ling
 
Esei moral ting 5 khamis
Esei moral ting 5 khamisEsei moral ting 5 khamis
Esei moral ting 5 khamisAbe Mat
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Nur Kareena
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralNorazah Mohamad
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolahAznida Ninie
 

Andere mochten auch (14)

Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harian
 
MORAL 1_ Projek 1
MORAL 1_ Projek 1 MORAL 1_ Projek 1
MORAL 1_ Projek 1
 
Esei moral ting 5 khamis
Esei moral ting 5 khamisEsei moral ting 5 khamis
Esei moral ting 5 khamis
 
Tugasan moral (sabrina)
Tugasan moral (sabrina)Tugasan moral (sabrina)
Tugasan moral (sabrina)
 
Pendidikan moral
Pendidikan moralPendidikan moral
Pendidikan moral
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364
 
Soalan 2
Soalan 2Soalan 2
Soalan 2
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
131420725 peranan-guru-pendidikan-moral-di-sekolah
 

Ähnlich wie Assignment moral sem sept2009

Hafsa shabrina 1172020092
Hafsa shabrina 1172020092Hafsa shabrina 1172020092
Hafsa shabrina 1172020092HafsaShabrina
 
MAKALAH PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJ...
MAKALAH PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJ...MAKALAH PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJ...
MAKALAH PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJ...AnisMarsella21
 
Pengertian media, sumber belajar dan alat peraga
Pengertian media, sumber belajar dan alat peragaPengertian media, sumber belajar dan alat peraga
Pengertian media, sumber belajar dan alat peragaambarlestari
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PNurimani Yase
 
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02Yamunah Subramaniam
 
Pengembangan media dan sumber belajar
Pengembangan media dan sumber belajarPengembangan media dan sumber belajar
Pengembangan media dan sumber belajararyasetya123
 
Modul klasifikasi dan karakteristik media pembelajaran
Modul klasifikasi dan karakteristik media pembelajaranModul klasifikasi dan karakteristik media pembelajaran
Modul klasifikasi dan karakteristik media pembelajaranImayaMurtina
 
Harun makalah kantasia
Harun makalah kantasiaHarun makalah kantasia
Harun makalah kantasiaharun_tarbiyah
 
Harun makalah kantasia
Harun makalah kantasiaHarun makalah kantasia
Harun makalah kantasiaharun_tarbiyah
 
MEDIA PEMBELAJARAN.pptx
MEDIA PEMBELAJARAN.pptxMEDIA PEMBELAJARAN.pptx
MEDIA PEMBELAJARAN.pptxTriSusanti24
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
MODUL PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJUA...
MODUL PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJUA...MODUL PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJUA...
MODUL PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJUA...AnisMarsella21
 
Makalah media pembelajaranpengertian media pembelajaran converted
Makalah media pembelajaranpengertian media pembelajaran convertedMakalah media pembelajaranpengertian media pembelajaran converted
Makalah media pembelajaranpengertian media pembelajaran convertedzulfadhly5
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"suciherna
 
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"yuniasih331
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rphRyabbi Imp
 
Artikel Pengambangan Pembelajaran Bola Besar Menggunakan e-learning berbasisi...
Artikel Pengambangan Pembelajaran Bola Besar Menggunakan e-learning berbasisi...Artikel Pengambangan Pembelajaran Bola Besar Menggunakan e-learning berbasisi...
Artikel Pengambangan Pembelajaran Bola Besar Menggunakan e-learning berbasisi...Heri Darso
 

Ähnlich wie Assignment moral sem sept2009 (20)

Hafsa shabrina 1172020092
Hafsa shabrina 1172020092Hafsa shabrina 1172020092
Hafsa shabrina 1172020092
 
MAKALAH PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJ...
MAKALAH PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJ...MAKALAH PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJ...
MAKALAH PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJ...
 
Pengertian media, sumber belajar dan alat peraga
Pengertian media, sumber belajar dan alat peragaPengertian media, sumber belajar dan alat peraga
Pengertian media, sumber belajar dan alat peraga
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
 
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
 
Pengembangan media dan sumber belajar
Pengembangan media dan sumber belajarPengembangan media dan sumber belajar
Pengembangan media dan sumber belajar
 
Modul klasifikasi dan karakteristik media pembelajaran
Modul klasifikasi dan karakteristik media pembelajaranModul klasifikasi dan karakteristik media pembelajaran
Modul klasifikasi dan karakteristik media pembelajaran
 
Harun makalah kantasia
Harun makalah kantasiaHarun makalah kantasia
Harun makalah kantasia
 
Harun makalah kantasia
Harun makalah kantasiaHarun makalah kantasia
Harun makalah kantasia
 
MEDIA PEMBELAJARAN.pptx
MEDIA PEMBELAJARAN.pptxMEDIA PEMBELAJARAN.pptx
MEDIA PEMBELAJARAN.pptx
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
MODUL PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJUA...
MODUL PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJUA...MODUL PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJUA...
MODUL PENGERTIAN MEDIA PEMBELAJARAN, SUMBER BELAJAR, ALAT PERAGA. SERTA TUJUA...
 
Makalah media pembelajaranpengertian media pembelajaran converted
Makalah media pembelajaranpengertian media pembelajaran convertedMakalah media pembelajaranpengertian media pembelajaran converted
Makalah media pembelajaranpengertian media pembelajaran converted
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
 
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
Definisi bbm
Definisi bbmDefinisi bbm
Definisi bbm
 
Bahan Ajar Media
Bahan Ajar MediaBahan Ajar Media
Bahan Ajar Media
 
Artikel Pengambangan Pembelajaran Bola Besar Menggunakan e-learning berbasisi...
Artikel Pengambangan Pembelajaran Bola Besar Menggunakan e-learning berbasisi...Artikel Pengambangan Pembelajaran Bola Besar Menggunakan e-learning berbasisi...
Artikel Pengambangan Pembelajaran Bola Besar Menggunakan e-learning berbasisi...
 

Kürzlich hochgeladen

Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxRIMA685626
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024RoseMia3
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 

Assignment moral sem sept2009

  • 1. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 PENGENALAN Sebagai manusia yang sentiasa mengharapkan kebahagian hidup dan menjalani kehidupan dengan penuh keselesaan, kita haruslah mensyukuri dan menghargai setiap pemberian nikmat dari Allah s.w.t. yang menjadi keperluan asas bagi kehidupan dengan sebaik mungkin. Terutamanya, nikmat air, udara, tumbuhan-tumbuhan, haiwan dan sebagainya yang merupakan ciptaan Allah sebagai pelengkap kepada kelangsungan kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Sememangnya Allah s.w.t. menjadikan alam ini sebagai kemudahan dan keperluan bagi kehidupan hambanya. Segala kemudahan dan ciptaan Allah sama ada di langit mahupun di bumi merupakan nikmat Allah kepada hambanya. Dan dalam masa yang sama manusia diamanahkan menjadi khalifah untuk memikul tanggungjawab mengurus dan mengatur alam ini dengan baik. Disamping menggunapakai segala kemudahan tersebut untuk urusan keperluan hidup dengan faedah yang terbaik. Hal ini sebagaimana firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 56 : Maksudnya : “ Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa’lah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya ”. Sehubungan firman Allah di atas, sewajarnya pelajar diasuh dan dididik supaya mempunyai kesedaran dan kepekaan terhadap isu alam sekitar. Perasaan sayang dan cinta kepada alam sekitar perlu ditanam dijiwa pelajar sejak dari kecil melalui pendidikan yang berkesan. Pendidikan adalah penting untuk mempertingkatkan dan memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar. Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai komponen penting dalam pembelajaran. Pendidikan formal dan tidak formal adalah penting untuk menukar sikap manusia agar mereka mempunyai keupayaan untuk menilai dan menghadapi kepekaan mereka terhadap 1
  • 2. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 pemasalahan isu-isu alam sekitar. Ianya juga penting untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku yang konsisten, juga melihat keberkesanan penglibatan awam dalam membuat keputusan terhadap peri perlunya pendidikan alam sekitar. Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha mencapai perolehan pendidikan alam sekitar dan pembangunan, yang dikaitkan dengan pendidikan sosial, daripada peringkat umur sekolah rendah dan tadika hingga kepada setiap orang dewasa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan Bantu mengajar (BBM) atau alat bantu mengajar (ABM) digunakan bagi menjelas dan mengukuhkan isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh kita untuk mencapai objektif pembelajaran moral yang menjurus kepada kesedaran peri pentingnya menjaga alam sekitar. Kajian telah membuktikan bahawa keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bertambah jika bahan Bantu mengajar (BBM) yang digunakan itu sesuai, jelas menarik dan berkesan. Mengikut kajian, 75% daripada maklumat yang diperolehi oleh pelajar adalah melalui deria penglihatan, 13% melalui deria pendengaran, 4% melalui deria sentuh, 4% deria lagi melalui deria bau. Deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua saluran deria manusia yang penting sekali untuk memperolehi maklumat. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar, khasnya alat pandang dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan berlakunya perubahan tingkah laku. Dalam masa yang sama ianya dapat meningkatkan kesedaran dalam isu-isu alam sekitar Kepekaan guru dalam memilih, membina dan mengguna sumber amat penting kerana setiap sumber yang digunakan dengan baik akan memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesesuaian setiap sumber tidak hanya terletak kepada kos yang mahal tetapi ia amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif dan berkesan. Kebolehan guru merealisasikan penggunaan sumber dengan baik akan membantu memperjelaskan dan menambah keyakinan pelajar. Bahan pengajaran dan pembelajaran biasanya digolongkan sebagai media pengajaran atau instructional media. Gerlach dan Ely (1980) melihat media pengajaran sebagai sumber- sumber seperti manusia, bahan atau suasana yang boleh menimbulkan iklim pembelajaran untuk merangsangkan pelajar mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran serta pembentukan sikap positif. 2
  • 3. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 Reiser dan gagne (1983) membuat kesimpulan bahawa media pengajaran merangkumi bahan bercetak, rakaman audio dan visual, filem, slaid serta alatan yang digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran. Manakala Atan Long (1982) mengatakan bahawa alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama “alat Bantu mengajar”. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Thomas, R. Murray dan Swartout, Sherwin G. (1963) menjelaskan bahawa hanya alat Bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan. Sumber pengajaran, alat dan bahan bantu mengajar adalah istilah yang selari dan saling melengkapi antara satu sama lain. Keupayaan guru merancang, mengurus dan menggunakan setiap bahan, alat dan sumber pengajaran akan menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran berkesan. Penyepaduan unsur pedagogi, bahan, sumber dan alat dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memungkinkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik serta berkesan dan ada kejelasan. 1.0. Sediakan satu bahan membantu mengajar untuk mengajar nilai 4.3 Peka terhadap isu alam sekitar ( Tahun 5 ). Huraikan dengan jelas cara penggunaan bahan tersebut untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam kerja kursus ini, Penggunaan komputer dan Perisian Powerpoint bertajuk “ Bersama Menjaga Kebersihan Alam “dipilih sebagai bahan Bantu mengajar untuk mata pelajaran Moral Tahun lima. Pemilihan ini dibuat adalah kerana di sekolah, penggunaannya dilihat sebagai alat pedagogi atau pengupaya yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perisian ini mengandungi kepelbagaian ‘variasi’ aplikasi dalam bidang pendidikan dalam kuantiti yang tinggi. Selain daripada itu, ianya dapat bertindak sebagai ‘pengaturan’ kursus atau “media direktif”. Perisian ini mengandungi perisian simulasi yang dapat memotivasi pelajar di samping ‘membangkitkan’ minat seterusnya meningkatkan kefahaman mereka. Simulasi ini membantu pelajar memerhati fenomena yang kurang tampak secara fizikal atau fenomena yang sukar dihasilkan semula. 3
  • 4. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 Melalui teknologi multimedia, pelbagai perisian kursus multimedia bagi matapelajaran pendidikan moral dapat dibangunkan dengan penyepaduan pelbagai media seperti teks, grafik, animasi, video, audio dan interaktiviti dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Moral. Menurut Jonassen (1996), persembahan multimedia adalah lebih attention-getting dan attention- holding kerana ia adalah multimode iaitu rangsangan yang berlaku adalah lebih dari satu deria pada satu masa. Menurut beliau lagi, kajian tentang kesan multimedia ke atas pembelajaran menunjukkan bahawa peningkatan pembelajaran berlaku apabila saluran (media) yang berlainan menyediakan maklumat yang saling melengkapi antara satu sama lain. Malah, multimedia dapat memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran yang kaya dengan sumber bagi membolehkan pengajaran guru berorientasikan pelajar dan diamalkan secara lebih berkesan. 1.1. Garis panduan menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 1. Bahan Bantu Mengajar hendaklah disimpan di suatu tempat yang sesuai supaya pelajar boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, kita seharusnya membimbing pelajar-pelajar meneliti fakta yang penting supaya tidak membazirkan masa serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika ia mengandungi banyak segmen, tunjukkan hanya bahagian yang ingin disampaikan terlebih dahulu, jangan tunjukkan keseluruhan segmen. Cara ini akan membangkitkan rasa ingin tahun pelajar kesudahan kandungan perisian power point. 2. Sebelum bahan digunakan, edarkan kepada pelajar bahan kerja praktis atau kertas tugasan. Guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan. 3. Guru harus menunjukkan BBM kepada pelajar hanya pada masa yang diperlukan sahaja. Jika sesuatu BBM ditunjukkan lebih awal, pelajar akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran. 4. Guru harus membimbing pelajar-pelajar membincangkan fakta-fakta atau isi penting yang terkandung dalam BBM. Selepas itu guru boleh menggadakan aktiviti penilaian 4
  • 5. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 terhadap tindakbalas pelajar tentang hasil penggunaan BBM itu dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. 5. BBM yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul semula dan disimpan dengan baik di tempat yang selamat. 6. BBM haruslah digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. Penggunaan BBM haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaaran yang telah ditetapkan. 1.2. Cara-cara menggunakan perisian power point dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ini menggunakan pendekatan Induktif yang mana ianya lebih memusatkan kepada penyertaan murid dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ini berlangsung selama 60 minit. Tajuk pengajaran ini ialah “ Bersama Menjaga Kebersihan Alam ”. Pengajaran bermula dengan bacaan doa mengikut agama masing-masing bagi mendapatkan keberkatan. Murid-murid juga digalakan bertafakur sebentar untuk memperingati dan menghormati keluarga dan sahabat yang telah meninggal dunia. Dengan menggunakan perisian power point, guru memulakan pengajaran dengan menayangkan video tentang pencemaran alam sekitar yang mencakupi pencemaran air, pencemaran udara, punca-punca pencemaran, kesan pencemaran kepada hidupan dan cara-cara mengatasi masalah pencemaran. Video ini mengandungi lagu “ Ikan Kekek” yang berlatar belakangkan isu pencemaran yang melanda Bumi. Nyanyian lagu “ Ikan Kekek “ yang telah diubah suai liriknya dengan memasukkan isu-isu pencemaran. Pada permulaannya guru meminta murid-murid mendengar dan membaca lirik baris demi baris dan kemudian menyanyi bersama- sama. Video ini adalah berbentuk karaoke. Setelah selesai menyanyi guru bersoaljawab tentang lagu dan kandungan video yang telah ditayang. 5
  • 6. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 Lirik lagu “ Ikan Kekek ” Di antara soalan yang dikemukakan oleh guru ialah: Apakah jenis-jenis pencemaran yang terdapat dalam lagu “Ikan Kekek”? Apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut? Siapakah yang melakukan perbuatan mencemarkan sungai? Tujuan guru bersoaljawab adalah untuk menimbulkan kesedaran bahawa pencemaran yang berlaku di persekitaran murid adalah berpunca dan hasil perbuatan murid-murid sendiri dan 6 Ikan oh ikan Ikan kekek mak iloi-iloi, Mengapa engkau lembik? Ikan gelama rasa berbisa Macam mana aku tak lembik Tabiat ‘tak pa’ tak berbaloi Air sungai kotor. Angkara kita Bumi binasa Sungai oh sungai kenapa engkau kotor? Atuk oh atuk kenapa atuk batuk? Macam mana aku tak kotor Macam mana atuk tak batuk Depa buang sampah Tanah gambut kena bakar Depa kata ‘ tak pa’. Udara pun tercemar. Ikan kekek mak iloi-iloi Atuk oh atuk kenapa makin panas? Ikan gelama hidup merana Ha,,,,la,,,kau jawabla aku letih la Buang sampah berbakul-bakul Macam mana tak panas Tabiat ‘tak pa’ jadi budaya Orang makin lalai, orang dah tak kisah Atuk oh atuk, kenapa jadi banjir? Ikan kekek si ikan keli Hai macam mana tak jadi banjir Ikan gelama tak bermaya Orang tebang pokok, Hentikanlah cemari Bumi Orang potong bukit. Angkara kita Bumi binasa Bumi oh bumi, kenapa makin panas? Macam mana aku tak panas? Kesan asap toksik Kesan asap toksik
  • 7. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 kesan buruk akibat perbuatan murid-murid akan ditanggung oleh mereka semua seperti wabak penyakit. Guru seterusnya membacakan satu firman Allah yang bermaksud: “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. surah ar-Ruum ayat 41 : Tujuan guru membacakan surah ini adalah untuk memboleh murid-murid mengambil ikhtibar daripada bala-bala yang diturunkan Allah seperti banjir, kebakaran kemarau, ribut dan sebagainya adalah akibat daripada perbuatan manusia. Melalui aktiviti ini, nilai murni seperti menjaga kebersihan, sikap bertanggungjawab dan bersyukur diterapkan kedalam diri murid- murid. Dengan berbantukan komputer dan perisian power point, guru menerangkan definisi pencemaran dengan menggunakan gambar-gambar pencemaran yang berlaku di seluruh Malaysia. Gambar-gambar yang ditayangkan adalah dalam bentuk slaid. Murid-murid mengenalpasti dan menamakan objek yang terdapat dalam gambar tersebut. Gambar-gambar ini mencakupi jenis-jenis bahan pencemar seperti sampah sarap. Murid-murid dijelaskan bahawa pembuangan bahan pencemar ini akan mengakibatkan persekitaran manusia menjadi tercemar dan ianya tidak boleh digunakan lagi, sekiranya digunakan ia akan memudaratkan manusia bahkan boleh menyebabkan kematian kepada manusia dan hidupan lain. Dalam aktiviti ini juga, guru meminta murid-murid menyata dan menyenaraikan beberapa contoh lain bahan-bahan pencemar yang diketahui. Guru mencatat contoh-contoh yang diberikan murid di papan hitam. Aktiviti ini dapat memberi pengetahuan tentang bahan-bahan yang boleh memudaratkan alam 7
  • 8. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 sekitar serta melalui aktiviti ini juga, murid-murid diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang amalan pelupusan dan pembuangan sampah dengan cara yang betul bagi memelihara alam sekitar serta bersederhana dalam menggunakan sumber alam bernilai seperti petroleum untuk mengelakkan kehabisan sumber tersebut. Nilai murni seperti berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan untuk melupuskan sampah dan bersikap prihatin terhadap masalah dan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan alam sekitar. Guru sekali lagi menggunakan video “ Ikan Kekek ” bagi aktiviti berkumpulan. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan juga seorang pencatat bagi melancarkan perjalanan aktiviti. Kumpulan 1: Pencemaran air – Punca-punca pencemaran Kumpulan 2: Pencemaran air - Kesan-kesan pencemaran kepada hidup dan alam sekitar Kumpulan 3: Pencemaran udara - Punca-punca pencemaran Kumpulan 5:Pencemaran udara- Kesan-kesan pencemaran kepada hidup dan alam sekitar Guru mengedarkan pelajar kertas tugasan dan memberi arahan yang terang dan jelas tentang aktiviti pembelajaran itu agar dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan. Video “ikan kekek”, ditayangkan dan murid-murid diminta menyelesaikan tugasan yang telah diberikan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam video ‘Ikan Kekek” mengikut kumpulan masing-masing. Setiap murid dalam kumpulan memainkan peranan masing-masing mengikut tugasan yang telah ditetapkan oleh kumpulan. Melalui aktiviti seperti ini semangat kerjasama dan tolong menolong diterapkan kepada murid-murid bagi mendapat satu hasil kerja yang baik. Selain daripada itu, aktiviti ini juga melatih murid patuh dan 8
  • 9. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 taat kepada perintah ketua serta membentuk rasa tanggungjawab terhadap kumpulan. Setiap kumpulan akan melaporkan hasil dapatan yang diperolehi mereka. Guru menayangkan video kempen kebersihan melalui perisian power point. Guru kemudiannya bersoal jawab tentang video yang ditayangkan. Aktiviti ini adalah untuk membolehkan murid menjana idea mereka tentang cara menangani isu kebersihan alam sekitar. Guru seterusnya meminta murid untuk menyumbang pendapat tentang cara-cara untuk menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal mereka. Guru mencatat semua pendapat murid di papan hitam tanpa mengubah atau meminda pendapat mereka. Guru dan murid memilih serta membuat rumusan beberapa pendapat yang terbaik. Berdasarkan kepada hasil rumusan tentang cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar. Murid kemudiannya diminta membina peta minda tentang isu- isu pencemaran alam sekitar yang telah diperolehi dengan dibantu oleh guru. Murid-murid menggunakan semua maklumat yang diperolehi hasil laporan perbincangan dan mencatatnya di atas kertas manila dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Guru kemudiannya mempamerkan hasil kerja murid di papan pameran. Menerusi aktiviti ini murid-murid diasuh untuk berani mengeluarkan pendapat dan menghormati pendapat orang lain serta menerima keputusan yang munasabah walaupun mereka ada pendapat sendiri. Murid-murid juga diterapkan tentang pentingnya nilai kebersihan dalam kehidupan mereka. Mereka juga dinasihatkan agar mengelakkan diri daripada terlibat dalam kegiatan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Sebagai tugasan susulan, guru mengedarkan lembaran yang mengandungi gambar sekumpulan murid yang sedang bergotong royong membersihkan kawasan sekolah. Guru meminta murid-murid mewarna gambar tersebut. Setelah murid selesai mewarna lukisan, guru 9
  • 10. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 mengadakan sesi apreasiasi hasil kerja murid. Guru dan murid kemudiannya memilih beberapa lukisan yang terbaik kemudian melekatkan lukisan tersebut pada papan pameran sebagai motivasi untuk menghasilkan kerja yang kemas, bersih dan menarik. Melalui aktiviti ini murid- murid diterapkan dengan nilai kerajinan, sukakan kebersihan dan menyayangi sekolah sebagai tempat memperolehi ilmu. Sebagai penutup guru membuat kesimpulannya: 1. Manusia sebagai makhluk yang diamanah oleh Allah untuk memakmur dan membangunkan bumi, hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar. 2. Nikmat air dan udara yang bersih adalah anugerah Allah s.w.t. untuk kita gunakan dan mengurusnya dengan penuh bijaksana. 3. Janganlah kita menggadaikan segala kurniaan Allah ini hanya untuk mengejar kemajuan dan kemewahan hidup tanpa memikirkan hak-hak makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang menumpang seperti kita di atas bumi Allah ini. 1.3. Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan. Koh Boh Boon ( 1992 ) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1983 ) pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkan. Hal ini melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusat kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membahagikan tugas pengajaran kepada tiga bahagian iaitu sebelum proses pengajaran, semasa pengajaran dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. 1.3.1. Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran 10
  • 11. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 1.3.1.1 Rancangan Pengajaran. Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan perancangan yang mantap dan teliti oleh seorang guru sebelum ia terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu tahu kelompok pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan matlamat serta objektif yang hendak dicapai. Perancangan pengajaran yang teliti akan membantu guru melangsungkan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan cukup berkesan seperti kata perpatah : “ Sekiranya kamu gagal untuk merancang, maka kamu merancang untuk gagal,”. 1.3.1.2 Membuat Rujukan Seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berbanding pelajar. Kepakaran di dalam bidang yang diajar atau subject content adalah faktor dominan yang menyumbang kearah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perpatah Arab ada berkata “Orang yang tidak apa-apa, ia tidak akan dapat memberi apa-apa pun.” 1.3.1.3 Persiapan Emosi Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “ Bukan daripada golongan kami, orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani orang muda”. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak akan terhasil tanpa emosi yang stabil daripada kedua-dua belah pihak iaitu guru dan murid kerana pendidikan itu merupakan satu seni yang melibatkan hati dan perasaan. 1.3.2. Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran 1.3.2.1.Komunikasi yang Berkesan Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002) Komunikasi adalah merupakan satu proses pemindahan makna iaitu maklumat, idea, pengetahuan, persefahaman atau penyampaian kepada penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan. Untuk memastikan pelajar memahami pengajaran guru, maka guru harus menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan kognitif mereka. Allah juga berfirman dengan maksud: “ Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersifat kasar lagi berhati keras, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling kamu.” ( Ali I’mran: 159). Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa hikmah, kebijaksanaan, lemah-lembut dan 11
  • 12. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 percakapan yang baik sememangnya menjadi asas mewujudkan komunikasi yang baik dan berkesan. 1.3.2.2 Penggunaan Teknologi Pendidikan Charles B. Klasek (1972) menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu mengajar. Pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka. 1.3.2.3 Memberi bantuan klinikal Kebolehan guru untuk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu melakukannya 1.3.3 Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran. 1.3.3.1.Refleksi Menurut Hanipah (1999) refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan berterusan. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai guru perlu membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah disampaikan untuk mengetahui sama ada pelajar dapat memahami isikandung yang telah disampaikan. Proses ini amat penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. 1.3.1.2 Memantau kemajuan Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kepada guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain untuk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar. 12
  • 13. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 2.0. Sediakan 15 soalan untuk menilai penguasaan murid-murid Tahun 5 tentang nilai 4.2 Menyayangi alam sekitar dan 4.3 Peka terhadap isu alam sekitar. 2.1. Soalan Berbentuk Pengetahuan 2.1.1 Lalat mudah menghinggapi sampah sarap yang tidak___________ A. dibakar dengan sempurna B. berbau busuk C. dikutip oleh pemungut sampah D. diurus secara betul. 2.1.2 Lori pengangkut sampah membawa sampah sarap ke_________ untuk dilupuskan A. kawasan lapang B. tapak pelupusan sampah C. kilang pelupusan sampah D. kawasan perumahan 2.1.3. Tong-tong sampah disediakan untuk___________ sampah sarap. A. membersihkan B. menyimpan C. melupuskan D mengitar semula ( 6 markah ) 2.2. Soalan Berbentuk Kefahaman 2.2.1 Antara yang berikut, yang manakah bukan usaha kerajaan bagi mengatasi masalah pencemaran alam? A. Menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar. B. Memberikan ceramah tentang alam sekitar C. Menguatkuasakan undang-undang. D. Mengadakan tunjuk perasaan 2.2.2. Pilih pernyataan yang benar tentang cara mengatasi masalah pencemaran alam i. Pembakaran secara terbuka ii. Membuang sisa toksik ke dalam laut iii. Tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai iv. Menanam semula pokok selepas aktiviti penebangan A. i dan ii B. i dan iii C. ii dan iii D. iii dan iv 13
  • 14. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 2.2.3. Pembakaran terbuka menyebabkan pembebasan asap yang banyak. Hal ini akan mengakibatkan___________ A. udara di kawasan sekitar tercemar. B. kenderaan di jalan raya berhenti untuk melihat kawasan pembakaran. C. pihak bomba pergi ke tempat pembakaran. D. orang ramai berkumpul ke tempat pembakaran. 2.2.4. Yang berikut ialah amalan baik yang harus ada pada diri setiap individu dalam Menjaga alam sekitar, kecuali A. membersihkan longkang yang tersumbat B. memotong dahan-dahan pokok yang tumbuh berselerak C. tidak membakar sampah di halaman rumah D. membuang surat khabar lama yang tidak digunakan ( 8 markah ) 2.3. Soalan Berbentuk Aplikasi 2.3.1 Pencemaran air yang berlaku adalah akibat dari pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya sampah sarap terus dibuang ke dalam sungai i. __________________________________________________________ ii. __________________________________________________________ iii. __________________________________________________________ ( 3 markah ) 2.3.2. Nyatakan tiga tindakan kamu dalam menyokong usaha mengitar semula bahan buangan i. __________________________________________________________ ii. __________________________________________________________ iii. __________________________________________________________ ( 3 markah ) 2.3.3. Pada tahun 1997 dan 2005 darurat jerebu telah diisytiharkan. Berikan 3 cara untuk menyelesaikan masalah jerebu yang melanda Malaysia. i. __________________________________________________________ ii. __________________________________________________________ iii. _________________________________________________________ ( 3 markah ) 14
  • 15. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 2.3.4. Nyatakan 3 faedah mengitar semula bahan buangan. i. __________________________________________________________ ii. __________________________________________________________ iv. _________________________________________________________ ( 3 markah ) 2.4. Soalan Berbentuk Analisis 2.4.1 Terangkan bagaimana keindahan dan keceriaan pantai di gambar B boleh dipulihkan. i. __________________________________________________________ ii. __________________________________________________________ iii. __________________________________________________________ 2.4.2. 2.5. Soalan Berbentuk Sintesis 2.5.1 Kamu dan rakan melihat kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab mecemari sungai dengan sisa toksik. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? ( 2.6 Soalan Berbentuk Penilaian 2.6.1. Sekiranya kamu seorang pelancong, adakah kamu akan mengunjungi pantai di gambar A atau B? Berikan alasan kamu. Penutup Bagi mencapai kepekaan tentang periperlunya kesedaran alam sekitar, penggunaan teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berkaitan dengan usaha-usaha memudahkan pembelajaran kita termasuklah mengenai pasti semua bahan-bahan pembelajaran, mengembangkan sistem-sistem pengajaran, menyampaikan sumber-sumber ini kepada pelajar- pelajar. Penggunaan bahan Bantu mengajar telah mengurangkan beban guru dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid. Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi bukan lagi dalam sektor ekonomi tetapi ia berperanan besar dalam pendidikan. Penggunaan E- pembelajaran walaupun bukan penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang baik untuk 15
  • 16. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 kita merealisasikan pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah tradisi ‘chalk and talk’. Dengan itu, penggunaan perisian power point serta komputer dalam pendidikan membawa kita banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa reformasi serta perkembangan yang baru dalam pelbagai bidang pendidikan. Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni seperti menyayangi alam sekitar dan peka kepada isu-isu alam sekitar perlu disemai dan dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak- kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang diambil terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di mukabumi. Begitu juga dengan jalan penyelesaian yang diambil terhadap masalah alam sekitar yang timbul tidak seharusnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan lahiran dan fizikal manusia yang tidak terbatas itu sahaja. Kerana itu, kita harus ingat bahawa setiap bencana alam yang berlaku adalah kerana sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. Hal ini, al-Quran sendiri telah menerangkan kepada kita bahawa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia. Sebagaimana firmannya dalam surah ar-Ruum ayat 41 : Maksudnya : “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. 16
  • 17. HBME3203 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 & 6 SEPTEMBER 2009 Krisis alam sekitar yang telah melanda manusia ini sebenarnya memerlukan kepada jalan penyelesaian yang lebih bersifat ketauhidan/rabbani. Kaedah penyelesaiannya hendaklah berasaskan kepada kefahaman manusia itu sendiri terhadap sejauh mana peranan yang perlu dimainkannya sebagai khalifah di alam ini. Sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan alam ini, sudah pastilah manusia itu dituntut untuk mengetahui isi kandungannya dan memahaminya sebagai satu jalan untuk menjadikannya sebagai seorang khalifah yang sempurna. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al Quran yang bermaksud: “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk (penjuru), dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bahawa al Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?? Fussilat – 53 Hanya asas yang sebegini sahajalah yang mampu untuk membangunkan dunia yang selamat dan sejahtera, yang dapat membentuk sains dan teknologi yang bersopan, membina peradaban yang tinggi, dan mencorakkan pandangan dan cara hidup yang sihat. 17