Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Penggolongan kata kata kerja
1. 1http://dermagabmk1.blogspot.com
PENGGOLONGAN KATA : KATA KERJA
A. KONSEP KATA KERJA
1. PENGERTIAN:
Kata kerja merujuk kepada perkataan
yang menunjukkan perbuatan atau
sesuatu yang dilakukan.
Kata kerja menjadi inti bagi binaan
atau konstruksi frasa kerja.
2. KATEGORI:
Kata kerja perbuatan = yang
menunjukkan adanya gerak
perbuatan dilakukan pada diri
sendiri, terhadap orang atau benda lain
sengaja atau tidak sengaja
minum
berlari
membaling
tertendang
tumbuk-
menumbuk
Kata kerja keadaan = yang tidak
menampakkan ada gerak
perbuatan lazimnya merujuk
kepada kognisi, peristiwa, kepunyaan,
pemerian, dan sebagainya.
lahir
habis
hidup
hilang
mati
menjadi
3. CIRI-CIRI:
(i) Boleh didahului oleh kata bantu:
belum pergi
baru sampai
akan
bertanding
pernah
bersahabat
sedang
memberitahu...
(ii) Dapat dijadikan perintah dalam
ayat minimal:
Pergi!
Pecahkan!
Pungut!
(iii) Tidak boleh digandingkan
dengan kata penguat:
*amat
melompat
*sungguh
berdoa
terguling
benar
tembak sangat
(iv) Dapat dinafikan dengan kata
“tidak”:
tidak bangun
tidak berjaya
tidak tiba
4. FUNGSI:
(i) Inti bagi binaan frasa kerja:
berjalan cepat
sudah datang tadi
masih tersenyum
(ii) Unsur utama predikat ayat:
Emak berniaga.
Harga ayam sudah turun.
Adik menangis teresak-esak.
(iii) Penerang bagi frasa nama (FN)
aktiviti berbasikal
tabiat merokok
perbuatan memburuk-
burukkan negara
(iv) FN subjek = asalnya penerang bagi
FN dalam subjek, menjadi subjek
apabila KN digugurkan
(Aktiviti) Berbasikal menyihatkan
badan.
(Tabiat) Merokok tidak baik untuk
kesihatan.
(Perbuatan) Memburuk-
burukkan negara perlu dielakkan.
2. 2http://dermagabmk1.blogspot.com
1.1 Pengertian:
= kata kerja yang digunakan dalam ayat aktif dalam konstituen predikat
Lazimnya menggunakan imbuhan yang berfungsi penanda aktif: meN-, ter-, ber-,
memper-, meN-...-kan, meN-...-i, memper-...-kan, memper-...-i
1.2 Jenis Kata Kerja:
1.2.1 Kata Kerja (KK) Aktif Transitif
(a) Konsep:
Kata kerja ini memerlukan objek selepasnya.
Objek terdiri daripada kata nama (KN), frasa nama (FN), atau klausa
nama
KK aktif transitif boleh ditukarkan menjadi bentuk kata kerja pasif:
...membeli buku... buku dibeli...
...menyemarakkan suasana... suasana disemarakkan...
...memperoleh keuntungan... keuntungan diperoleh...
Lazimnya ditandai dengan penggunaan imbuhan:
Penggunaan
imbuhan
Kata kerja aktif transitif + objek
meN-
membawa bekal (objek = KN)
mencari rakan (objek = KN)
mengecat dinding
melawat emak saudara (objek = FN)
menghantar pesanan baharu (objek = FN)
ter-
tersepak kayu (objek = KN)
terpijak kaki adik (objek = FN)
tertangkap ular besar (objek = FN)
KATA KERJA
Aktif Pasif
Transitif Tak Transitif
Tanpa Pelengkap Berpelengkap Berpenerang
B. PENGGOLONGAN KATA KERJA
1. Kata Kerja Aktif
3. 3http://dermagabmk1.blogspot.com
memper-
memperlebar jalan (objek = KN)
memperelok tulisan (objek = KN)
memperindah halaman rumah (objek = FN)
meN-...-kan
menceriakan keadaan (objek = KN)
menghidangkan air (objek = KN)
membisikkan rahsia diri (objek = FN)
mengesahkan kejadian sebenar (objek = FN)
menjelaskan bahawa dia (objek = klausa nama)
meN-...-i
menemani kakak (objek = KN)
membekali suami (objek = KN)
menghadiri majlis kesyukuran (objek = FN)
mendendami perbuatan saudaranya (objek = FN)
mengetahui bahawa hal itu (objek = klausa nama)
memper-...-kan
mempersembahkan lagu (objek = KN)
memperjudikan masa hadapan (objek = FN)
mempertemukan dua saudara (objek = FN)
memper-...-i
mempersenjatai diri (objek = KN)
memperingati jasa pahlawan (objek = FN)
(b) Jenis KK aktif transitif:
Dengan satu objek
= KK yang diikuti terus oleh satu objek sahaja
Subjek KK Aktif Transitif Objek
1. Ayam
2. Mereka
3. Kumpulan itu
sedang mematuk
mahu menyelesaikan
akan mempersembahkan
beras.
masalah itu.
drama.
Dengan dua objek
= KK yang diikuti dua objek secara berturut-turut
Objek pertama (mengikuti KK) ialah objek tepat
Objek kedua (yang mengikuti objek pertama) ialah objek sipi
Subjek KK Aktif Transitif Objek Tepat Objek Sipi
1. Bahari
2. Rosnani
3. Nenek itu
mencarikan
mengambilkan
membelikan
isterinya
ayahnya
Mardiah
sebiji nangka.
air masak
basikal baharu.
(c) Kekecualian: Terdapat KK aktif tak transitif yang tidak disertai objek,
kerana terjadinya pengguguran, dan ketiadaannya tidak menjejaskan
kesempurnaan makna ayat.1
Mereka sedang makan.
Pemuda itu suka membaca.
Biarkan dia menunggu di sini.
Dia masih mengarang.
Cerita itu amat menyeramkan.
1 Tatabahasa Asas (2012:123)
4. 4http://dermagabmk1.blogspot.com
1.2.2 Kata Kerja Aktif Tak Transitif
(a) Konsep:
Kata kerja ini tidak memerlukan objek atau penyambut
Kata kerja jenis ini tidak dapat dipasifkan
Boleh terdiri daripada kata tunggal dan kata berimbuhan ber-, ter-, dan
meN-
duduk
bersembang
menari
(b) Jenis KK tak transitif:
Tanpa pelengkap
= yang dapat berdiri sendiri dalam binaan ayat, tetapi boleh diberikan
keterangan selepasnya.
Mereka duduk (di beranda).
Kedua-duanya bersembang (hingga tengah malam).
Budak itu enggan menari (di hadapan orang lain).
Berpelengkap
= yang memerlukan kata atau frasa tertentu selepasnya untuk
melengkap maksudnya. Pelengkap boleh terdiri daripada:
kata nama/frasa nama
Saudaranya bertemankan gadis kota.
Budak itu tidak mahu berjabat tangan.
Sudah lama saya ingin menjadi guru.
kata adjektif/frasa adjektif
Kesihatan mentuanya bertambah tenat.
Kita hendaklah sentiasa berbuat baik.
Keadaan di negara itu menjadi kucar-kacir.
frasa sendi nama
Keluarganya akan bermastautin di Eropah.
Lori itu baru membelok ke arah sungai.
Semua orang tua itu tinggal dalam keadaan daif.
Berpenerang2
= kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti oleh kata nama
sebagai penerang. Kata nama itu boleh digugurkan.
Dia berkereta Proton Iswara.
Padi Wan Empuk berbuah emas.
Pengunjung perlu berjalan kaki.
2 Tatabahasa Asas (2012:121)
5. 5http://dermagabmk1.blogspot.com
2.1 Pengertian:
Kata kerja pasif terhasil daripada kata kerja aktif transitif
Lazimnya menggunakan imbuhan yang berfungsi pasif:
Penggunaan
imbuhan
Kata kerja pasif
di-
(+ oleh)
dibawa
dicari
dicat
dilawat
dihantar
ber-
(+ oleh)
berbasuh
bertebas
berbalas
ter-
+ oleh
tersepak oleh...
terpijak oleh...
tertangkap oleh...
diper-
(+ oleh)
diperlebar
dipermudah
diperoleh
di-...-kan
(+ oleh)
dibisikkan
dijelaskan
disahkan
dikelaskan
disatukan
di-...-i
(+ oleh)
diingati
diserapi
diterangi
ditemui
disenangi
diper-...-kan
(+ oleh)
dipersembahkan
dipertemukan
diperlakukan
ter-...-kan
+ oleh
tergambarkan oleh...
terlaksanakan oleh...
terfikirkan oleh...
ter-...-i
+ oleh
terpenuhi oleh...
terhalusi oleh...
1. Kata Kerja Tunggal
(a) Pengertian = Kata kerja yang terbentuk tanpa imbuhan dan bentuk kata lain.
Biasanya terdiri daripada kata kerja tak transitif
(b) Akronim = terbentuk daripada cantuman huruf, suku kata, dan bahagian
lain daripada serangkaian perkataan
berdikari = berdiri di atas kaki sendiri
hakis = habis kikis
pulihara = pulih dan pelihara
ubahsuai = ubah sesuai
jatuh
lompat
lulus
kirim
terjun
hentak
2. Kata Kerja Pasif
C. BENTUK KATA KERJA
6. 6http://dermagabmk1.blogspot.com
2. Kata Kerja Terbitan
(a) Pengertian = bentuk kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan =
proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar
(b) Jenis imbuhan kata kerja
Terdiri daripada awalan, akhiran, apitan, dan sisipan
Terdapat imbuhan asli sahaja bagi kata kerja
Awalan Akhiran Apitan Sisipan
me-
mem-
men-
meng-
menge-
meny-3
memper-
be-
bel-
ber-
ter-
diper-
-kan
-i
me-...-kan
mem-...-kan
men-...-kan
meng-...-kan
menge-...-kan
meny-...-kan4
me-...-i
mem-...-i
men-...-i
meng-...-i
menge-...-i
meny-...-i
memper-...-kan
memper-...-i
ber-...-kan
ber-...-an
di-...-kan
di-...-i
diper-...-kan
diper-...-i
ter-...-kan
ter-...-i
ke-...-an
-el-
3. Kata Kerja Ganda
(a) Pengertian = bentuk kata kerja yang terhasil daripada proses penggandaan =
proses mengulang kata dasar
(b) Jenis gandaan kata kerja:
(i) Gandaan penuh = seluruh kata kerja dasar diulang, sama ada kata tunggal atau
kata terbitan
Kata dasar tunggal Kata dasar terbitan5
pujuk-pujuk
senyum-senyum
tolak-tolak
ditonjol-tonjolkan
mengulang-ulangi
berbohong-bohongan
(ii) Gandaan separa = sebahagian kata dasar diulang, melibatkan kata berawalan
dan berakhiran
Berawalan Berakhiran
terlari-lari
dirisik-risik
mencari-cari
tarik-menarik
doa-doakan
amat-amati
3 Tatabahasa Asas (2012:21), seperti di dalam Abdullah Hassan: Morfologi (PTS Profesional, 2006:124)
4 Tatabahasa Asas (2012:24)
5
Tatabahasa Asas (2012:164), tetapi bentuk seperti ini dianggap gandaan separa berapitan oleh
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:78, 220-221)
7. 7http://dermagabmk1.blogspot.com
(iii) Gandaan berentak = pengulangan atau persamaan bunyi vokal dan konsonan,
dan berentak bebas
Pengulangan
vokal
Pengulangan
konsonan
Berentak bebas
cerai-berai
gotong-royong
bolak-balik
huyung-hayang
mundar-mandir
hempas-pulas
ulang-alik
(c) Makna Gandaan Kata Nama = Rujuk nota Proses Pembentukan Kata:
Penggandaan, hlm. 3: (b) Makna Penggandaan Kata Kerja
4. Kata Kerja Majmuk
(a) Pengertian = bentuk kata kerja yang terhasil daripada proses
merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu
Wujud perkataan baharu yang membawa makna yang berbeza daripada
makna asal kata dasar yang digunakan
(b) Ejaan kata kerja majmuk = lazimnya terpisah
kenal pasti
terima kasih
tolak ansur
angkat kaki
curi tulang
tumbuk rusuk
(c) Jenis Kata Kerja Majmuk
(i) Rangkai kata bebas = digunakan secara umum dalam pelbagai bidang
ambil alih
campur aduk
tunjuk ajar
kemas kini
lipat ganda
(ii) Kiasan = terdiri daripada peribahasa
gulung tikar
makan angin
tikam belakang
tunjuk belang