SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
KOLOKIUM MEMPERKASA PENYELIDIKAN DAN
INOVASI
Friday, 18 May 2012 11:17
                 KOLOKIUM MEMPERKASA PENYELIDIKAN DAN INOVASI
                     FOKUS PEMADANAN KLUSTER PENYELIDIKAN

Kolokium Memperkasa Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan pada 5 Mei 2012 di Dewan Tunku
Ibrahim Ismail (DTII) telah berjaya mencapai objektif utama yang ditetapkan iaitu ke arah mewujudkan
medium perbincangan dan perkongsian ilmu untuk memperkasa penyelidikan dan inovasi di UTHM
serta mensasarkan usaha untuk mewujudkan pemadanan kluster penyelidikan khasnya melibatkan
para penyelidik muda dengan Pusat-Pusat Kecemerlangan dan Pusat-Pusat Penyelidikan UTHM.

Majlis perasmian kolokium ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Wahid bin Razzaly, Timbalan
Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selaku wakil rasmi YBhg. Dato‟ Naib Canselor UTHM. Beliau
juga telah dijemput menyampaikan ucaptama bertajuk „Hala Tuju Penyelidikan dan Inovasi UTHM‟.
Dalam ucapannya, beliau menyeru semua warga penyelidik UTHM untuk bersama-sama berganding
bahu meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi melalui usaha mewujudkan pemadanan
kluster penyelidikan, berusaha meningkatkan perolehan geran penyelidikan swasta dan antarabangsa,
berusaha mempergiatkan aktiviti pengkomersilan dan sebagainya.

Selain itu, kolokium ini juga telah berjaya mewujudkan platform perkongsian ilmu antara para penyelidik
dan panel penceramah jemputan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Antara
penceramah yang diundang ialah YBhg. Prof. Dr. Ruzairi Hj. Abdul Rahim, Pengarah Pusat
Pengurusan Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau telah berkongsi pengalaman
dengan para peserta melalui ceramah yang disampaikan bertajuk „Universiti Penyelidikan:
Pengalaman dan Strategi‟.

Pada kolokium kali ini juga, forum berkaitan pengkomersilan telah diadakan dengan mengenengahkan
isu berkaitan “Pengkomersilan Hasil Penyelidikan IPTA: Isu & Cabaran”. Forum ini telah melibatkan
beberapa panel jemputan iaitu Prof. Ir. Dr. Saparudin bin Ariffin (Dekan Pusat Inovasi, Pengkomersilan
dan Perundingan),        Dr. Maimunah bt Mohd Said (Malay Chamber of Commerce Malaysia, Negeri
Johor), En. Norazman Hussein (Senior Vice President MTDC) dan Prof. Dr. Maizam bt Alias (Dekan
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan). Dalam forum tersebut itu juga, Prof Dr. Maizam telah
berkongsi maklumat mengenai usaha-usaha pengkomersilan oleh institusi penyelidikan di United
Kingdom hasil lawatan beliau ke Negara berkenaan awal tahun ini. Institusi yang dilawati iaitu, Wolfson
Centre di Universiti Brunel, Tun Abdul Razak Research Centre, Nanoscience Centre dan Institute of
Manufacturing di Universiti Cambridge rata-ratanya mempunyai kerjasama universiti-industri yang rapat
dalam menjayakan usaha pengkomersilan mereka.

Selain itu, perlaksanaan program pemadanan kluster penyelidikan antara penyelidik dan Pusat-Pusat
Kecemerlangan serta Pusat-Pusat Penyelidikan UTHM juga telah diadakan. Staf-staf akademik yang
balik cuti belajar telah mengambil peluang pada sesi ini untuk berkongsi maklumat berkaitan kepakaran
mereka dan juga peluang melaksanakan kolaborasi penyelidikan peringkat antarabangsa khasnya
melibatkan institusi pengajian tinggi di tempat mereka belajar sebelum ini.

Program ini juga turut memfokuskan usaha-usaha untuk meningkatkan pengkomersilan hasil
penyelidikan dan inovasi universiti. Sejumlah 20 produk yang mewakili UTHM dalam ITEX 2012 pada
17-19 Mei ini telah dibentangkan kepada wakil industri yang terdiri daripada Malay Chamber of
Commerce Malaysia Negeri Johor, untuk dinilai dan seterusnya mendapatkan maklumbalas industri ke
arah mewujudkan peluang dan kerjasama pengkomersilan.

               Semoga program seumpama ini akan dapat dianjurkan pada masa-masa akan datang bagi membantu
               memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan UTHM dalam penyelidikan dan inovasi. Setinggi-tinggi
               penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan
               program ini.




                                          PERKASA PENYELIDIKAN DAN INOVASI
                                         UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

                                  05 MEI 2012 (SABTU) / DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL

                      08.30 pagi - Ketibaan peserta dan tetamu jemputan

                      08.45 pagi - Ketibaan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
               Naib Canselor UTHM

                      09.00 pagi - Ucapan Aluan Oleh ;
                      YBhg. Prof. Dr. Wahid bin Razzaly
               Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM

                       09.15 pagi - Ucapan Perasmian Oleh ;
                       YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
                       Naib Canselor UTHM
               09.45 pagi - Ucaptama 1 : Halatuju Penyelidikan dan Inovasi UTHM
               Oleh : YBhg. Prof. Dr. Wahid bin Razzaly
               Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

               10.15 pagi - Minum pagi

10.45 pagi - Ucaptama 2 : Strategi Memperkasa Penyelidikan,Inovasi,
                      Pengkomersilan dan Penerbitan : Perkongsian Pengalaman
                      Oleh : Penceramah Jemputan

11.30 pagi - Model Perlaksanaan Central Research Lab :
                       Pengalaman di United Kingdom’
                       Oleh ; YBhg. Prof. Dr. Maizam bt Alias
                       Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan UTHM

11.45 pagi - Forum : “Pengkomersilan Hasil Penyelidikan IPTA :
                         Isu & Cabaran”
                         Panel :
                i) YBhg. Prof. Ir. Dr. Saparudin bin Ariffin
                Dekan Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan
                ii) Dr. Maimunah bt Mohd Said
                         Malay Chamber of Commerce Malaysia Johor State
                iii) Wakil MTDC
       - Lawatan ke ruang pameran :
                Perkongsian Maklumat Staf Tamat Cuti Belajar -
                “Kepakaran dan Peluang Kolaborasi Antarabangsa”
       (Kerjasama bersama Staf Tamat Cuti Belajar UTHM)
1.30 t/hari - Makan tengahari

2.15 petang - Sesi Pembentangan Produk ITEX Bersama Wakil Industri



        Sesi temuduga calon Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)


4.00 petang - Minum petang / bersurai




fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) telah mengadakan sesi taklimat Outcome
Based Education (OBE) pelajar siri 1 dengan jayanya pada minggu lalu.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 1500 orang pelajar tahun satu hingga empat ini dimulakan dengan
kata-kata aluan daripada Dr. Shahruddin Mahzan, Timbalan Dekan Akademik dan
Pengantarabangsaan (TDA). Beliau mewakili pihak fakuti menyatakan rasa terima kasih kepada para
pelajar yang memberikan sokongan padu dalam agenda melahirkan warga fakulti yang celik OBE.

Ceramah OBE telah disampaikan oleh mantan TDA FKMP, Profesor Madya Dr. Hj. Badrul Omar.
Beliau menarik perhatian hadirin terhadap peri pentingnya sesebuah sistem pendidikan berkesan,
yang mampu mencetuskan perubahan terhadap sikap (attitude), perilaku (behavior), dan tanggapan
(perception) seseorang pelajar. Dua unsur penting dalam OBE, iaitu Programme Educational
Objectives (PEO) dan Programme Learning Outcomes (PLO) pula menjadi kayu pengukur dalam
mempraktikkan sistem pendidikan berkesan.
Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab di antara pelajar dengan penceramah. Semoga intisari taklimat
Outcome Based Education (OBE) pelajar siri 1 dapat difahami dan dihayati oleh seluruh pelajar FKMP
sebagai sebuah garis panduan penting, bukan sahaja selama mereka berada di fakulti ini, bahkan
juga dalam kehidupan mereka selepas bergraduat suatu hari nanti.
Last Updated ( Tuesday, 10 April 2012 08:29 )




imbalan Menteri Sempurnakan Seminar Transformasi Profesionalisme Kaunseling
Zon Selatan


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima
kunjungan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Dr.
Hou Kok Chung bagi menyempurnakan Seminar Transformasi
Profesionalisme Kaunseling Zon Selatan yang diadakan
pada 22 Mei lalu.




Seminar yang telah diadakan di Dewan Tunku Ibrahim
Ismail, UTHM ini dianjurkan bertujuan bagi
menghimpunkan para kaunselor sekolah dan pengamal
kaunseling daripada zon selatan untuk berkongsi
pandangan dan pengetahuan mengenai profesion
kaunseling.

Dato' Dr. Hou Kok Chung dalam ucapan perasmiannya
berkata dengan perkembangan dunia maklumat yang semakin
pantas dan gaya hidup masyarakat yang semakin rencam,
gejala negatif mudah menular dalam masyarakat. Justeru,
peranan kaunselor menjadi lebih penting dalam membantu
mereka yang kurang daya tahan diri menghadapi pelbagai
cabaran dan permasalahan hidup.

"Menyedari pentingnya peranan kaunselor dalam
masyarakat, adalah menjadi kewajiban kepada pengamal
kaunseling untuk mempersiapkan diri dengan seberapa
banyak ilmu agar tahap profesionalisme masing-masing
dapat ditingkatkan," katanya.

Seminar yang dihadiri oleh kira-kira 500 peserta itu
dimulakan dengan ucaptama bertajuk "Kaunselor dan
Cabaran Profesionalisme" oleh Presiden Persatuan
Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA), Tan Sri Dr.
Nordin Kardi.

Beberapa sesi pembentangan telah diadakan dalam seminar
anjuran UTHM dan PERKAMA ini. Pembentangan dimulakan
dengan pengenalan kepada PERKAMA iaitu sebuah badan
akreditasi yang menjalankan perkhidmatan kaunseling di
rantau ini. Tajuk pembentangan "Tiga Dekad Perjuangan
PERKAMA untuk Profesion Kaunseling" telah disampaikan
oleh Setiausaha Agung PERKAMA, Profesor Madya Dr. Abdul
Halim Mohd Hussin.
Peserta seminar turut disajikan dengan pembentangan
beberapa kertas kerja antaranya bertajuk "Managing
Stress Using Our Five Senses" yang disampaikan oleh Cik
Hana Halim dari Biosential Malaysia, "Pendekatan Play
Theraphy Dalam Membantu Mengenalpasti Personaliti
Pelajar" oleh Ku Suhaila Ku Johari dari Universiti
Kebangsaan Malaysia dan "Peranan Pencegahan
Berlandaskan Model Risiko dan Pelindung" oleh Dr. Mohd
Muzafar Shah Mohd Razali dari Universiti Perguruan
Sultan Idris.
Turut hadir Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni) UTHM, Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Mohd
Kassim, Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan
Pelajar, Prof. Madya Dr. Asri Selamat serta beberapa
pegawai kanan universiti.




Kolokium Memperkasa Penyelidikan dan Inovasi – penyelidik UTHM kongsi
kepakaran


Bagi mewujudkan medium perbincangan dan perkongsian ilmu untuk memperkasakan lagi
penyelidikan dan inovasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), satu program
Kolokium Memperkasa Penyelidikan dan Inovasi telah diadakan pada 5 Mei 2012 lalu
bertempat di kampus induk UTHM.

Kolokium ini merupakan antara usaha untuk mewujudkan pemadanan kluster penyelidikan
khasnya melibatkan para penyelidik muda dengan pusat-pusat kecemerlangan dan pusat-
pusat Penyelidikan di UTHM.

Majlis perasmian kolokium ini telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Wahid Razzaly,
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selaku wakil rasmi Naib Canselor
UTHM. Beliau juga telah dijemput menyampaikan ucaptama bertajuk „Hala Tuju
Penyelidikan dan Inovasi UTHM‟.

Dalam ucapannya, beliau menyeru semua warga penyelidik UTHM untuk turut sama
berganding bahu meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi melalui usaha
mewujudkan pemadanan kluster penyelidikan, berusaha meningkatkan perolehan geran
penyelidikan swasta dan antarabangsa dan mempergiatkan lagi aktiviti pengkomersilan.

Selain itu, kolokium ini juga telah berjaya mewujudkan platform perkongsian ilmu antara
para penyelidik dan panel penceramah jemputan yang mempunyai kepakaran dalam bidang
masing-masing. Antara penceramah yang diundang ialah Profesor Dr. Ruzairi Haji Abdul
Rahim, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Beliau telah berkongsi pengalaman dengan para peserta melalui ceramah yang disampaikan
bertajuk „Universiti Penyelidikan: Pengalaman dan Strategi‟.

Dalam kolokium ini juga, forum berkaitan pengkomersilan telah diadakan dengan
membincangkan tajuk “Pengkomersilan Hasil Penyelidikan IPTA: Isu & Cabaran”. Forum ini
telah melibatkan beberapa panel jemputan iaitu Profesor Ir. Dr. Saparudin Ariffin, Dekan
Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan UTHM, Dr. Maimunah Mohd Said dari
Malay Chamber of Commerce Malaysia Johor, Encik Norazman Hussein, Timbalan Presiden
Kanan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Profesor Dr. Maizam
Alias, Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan,UTHM.

Dalam forum itu, Profesor Dr. Maizam telah berkongsi maklumat mengenai usaha-usaha
pengkomersilan oleh institusi penyelidikan yang terdapat di United Kingdom. Maklumat
tersebut merupakan hasil daripada lawatan beliau ke negara berkenaan awal tahun ini.
Institusi yang dilawati beliau ialah Wolfson Centre di Universiti Brunel, Tun Abdul Razak
Research Centre, Nanoscience Centre dan Institute of Manufacturing di Universiti
Cambridge.

Selain itu, perlaksanaan program pemadanan kluster penyelidikan antara penyelidik dan
pusat-pusat kecemerlangan serta pusat-pusat penyelidikan UTHM juga telah diadakan. Staf-
staf akademik yang pulang daripada cuti belajar telah mengambil peluang pada sesi ini untuk
berkongsi maklumat berkaitan kepakaran mereka dan berpeluang melaksanakan kolaborasi
penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Program ini juga turut memfokuskan usaha-usaha untuk meningkatkan pengkomersilan hasil
penyelidikan dan inovasi universiti. Sejumlah 20 produk yang mewakili UTHM dalam ITEX
2012 yang berlangsung pada 17 hingga 19 Mei telah dibentangkan kepada wakil industri
yang terdiri daripada Malay Chamber of Commerce Malaysia, Johor untuk dinilai dan
seterusnya mendapatkan maklumbalas industri ke arah mewujudkan peluang dan kerjasama
pengkomersilan.

Semoga program seumpama ini akan dapat dianjurkan pada masa-masa akan datang bagi
membantu memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan UTHM dalam penyelidikan dan
inovasi. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu menjayakan program ini.

January 12, 2010 12:28 PM

Dr Mahathir Sampai Ucaptama Di Kolokium Pendidikan Negeri Kedah

ALOR SETAR, 12 Jan (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan
menyampaikan ucaptama pada Kolokium Pendidikan Negeri, yang bakal disertai lebih 1,000 guru
besar dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), di Universiti Utara Malaysia (UUM), pada
25 Jan ini.

Pengerusi Persatuan Kecemerlangan Pendidikan Negeri Kedah (Cerdik) Datuk Abd Aziz Sheikh
Fadzir berkata Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama bertajuk "Pendidikan di Masa Hadapan",
yang akan menyentuh pelbagai isu berkaitan sistem pendidikan negara pada masa akan datang.

"Ucaptama itu akan menyentuh tentang cabaran era globalisasi dan teknologi maklumat dalam sistem
pendidikan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata kolokium sehari anjuran Cerdik dengan kerjasama UUM itu juga membolehkan guru
besar dan pengerusi PIBG menyuarakan masalah yang mereka hadapi, terutama membabitkan
sekolah di kawasan luar bandar.

"Pada akhir kolokium satu resolusi akan dibentangkan dan diserahkan kepada Kementerian
Pelajaran, yang diharap akan mendapat tindakan segera pihak kementerian," katanya.

Abd Aziz yang juga Pengerusi Biro Pelajaran Umno Kedah berkata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk
Dr Mohd Puad Zarkashi akan menutup program itu dan beliau akan menerima resolusi yang
dibentangkan bagi pihak kementerian.

Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai kolokium berkenaan boleh
menghubungi urusetia, Haidar Zofrain Mohd Daud di talian 019-5707711.

-- BERNAMA

Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instuksional (2011),Anjuran Institut
Aminuddin Baki Cawangan Utara,Kementerian Pelajaran Malaysia, Bandar
Darulaman,06000 Jitra, Kedah Darul Aman/170




KOLOKIUM Kebangsaan Kepimpinan Instuksional ke-7 di adakan pada 2 Hingga 5 Mei
2011, bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara,Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bandar Darulaman,06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Tema kolokium pada kali ini
ialah “Kepimpinan Instruksional Penggerak Transformasi Pendidikan”. Antara sub-tema
yang dibincangkan i. Hala tuju pendidikan: Perubahan kurikulum dan sistem pentaksiran,ii.
Peningkatan Kualiti Guru Melalui Kepimpinan Instruksional, iii.Inovasi dalam pendidikan ke
arah pembentukan modal insan cemerlang dan iv.Kemenjadian murid melalui kepimpinan
instruksional. Peserta seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar,
Pegawai JPN dan PPD serta pegawai-pegawai pendidikan dari seluruh negara. Berikut adalah
senarai kertas kerja yang telah dibentangkan.

1. Ucaptama Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Kali Ke-7
2. Kepimpinan Berimpak Tinggi Menjana Kecemerlangan Sekolah Berprestasi Tinggi
3. Pengaruh Amalan Pengurusan Pemimpin Sekolah Terhadap Komitmen Dan Tingkah Laku
Inovatif Guru
4. Kepimpinan Instruksional: Satu Transformasi Kepimpinan Atau Mengekal Status-Quo
5. Tahap Pengetahuan, Kemahiran Dan Amalan Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah Di Pulau Pinang
6. Penggunaan Model Berfasa Kursus Kajian Tindakan (MBKKT) Untuk Meningkatkan
Kualiti Pendidik Dalam Membentuk Modal Insan Cemerlang
7. Keberkesanan Amalan Headcount: Kajian Kes Di Dua Buah Sekolah Kebangsaan
8. Kepimpinan Instruksional Ke Arah Transformasi Sekolah : Satu Perkongsian Pengalaman

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Kolukium contoh

Kertas kerja dialog meja bulat
Kertas kerja dialog meja bulatKertas kerja dialog meja bulat
Kertas kerja dialog meja bulatMia Amin
 
Kertas kerja pke3104 ekot spek
Kertas kerja pke3104 ekot spekKertas kerja pke3104 ekot spek
Kertas kerja pke3104 ekot spekRonny Kayny
 
Kertas kerja forum intelek iii
Kertas kerja forum intelek iiiKertas kerja forum intelek iii
Kertas kerja forum intelek iiiFaten Norfatihah
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14salimomo
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14Ct Safiyah
 
2017.10.12 Memo 031 Makluman KL'17 Startup Forum
2017.10.12   Memo 031 Makluman KL'17 Startup Forum2017.10.12   Memo 031 Makluman KL'17 Startup Forum
2017.10.12 Memo 031 Makluman KL'17 Startup ForumAhmad Turmizi Mohd Khalil
 
SEMINAR INSANIAH DAN MOTIVASI PPPIKN 2019
SEMINAR INSANIAH DAN MOTIVASI PPPIKN 2019SEMINAR INSANIAH DAN MOTIVASI PPPIKN 2019
SEMINAR INSANIAH DAN MOTIVASI PPPIKN 2019M Syamir Shukeri
 
Kertas kerja cancer awareness yang baru
Kertas kerja cancer awareness yang baruKertas kerja cancer awareness yang baru
Kertas kerja cancer awareness yang baruAthirah Azam
 
Minit mesyuarat i touch 7
Minit mesyuarat i touch 7Minit mesyuarat i touch 7
Minit mesyuarat i touch 7halwaizzati
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatNurerie Nishazlan
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatNurerie Nishazlan
 
ATURCARA WACANA KEPIMPINAN PERDANA MASTI KALI KE-2 24 MAC 2022 (V5).doc
ATURCARA WACANA KEPIMPINAN PERDANA MASTI KALI KE-2 24 MAC 2022 (V5).docATURCARA WACANA KEPIMPINAN PERDANA MASTI KALI KE-2 24 MAC 2022 (V5).doc
ATURCARA WACANA KEPIMPINAN PERDANA MASTI KALI KE-2 24 MAC 2022 (V5).docAsrNiaga
 
Kertas Kerja China
Kertas Kerja  China Kertas Kerja  China
Kertas Kerja China Zulkarnain
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14salimomo
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14Ct Safiyah
 
Present inovasi dan reka cipta
Present inovasi dan reka ciptaPresent inovasi dan reka cipta
Present inovasi dan reka ciptasya dien
 

Ähnlich wie Kolukium contoh (20)

Kertas kerja dialog meja bulat
Kertas kerja dialog meja bulatKertas kerja dialog meja bulat
Kertas kerja dialog meja bulat
 
Kertas kerja pke3104 ekot spek
Kertas kerja pke3104 ekot spekKertas kerja pke3104 ekot spek
Kertas kerja pke3104 ekot spek
 
laporan
laporan laporan
laporan
 
laporan
laporanlaporan
laporan
 
Kertas kerja forum intelek iii
Kertas kerja forum intelek iiiKertas kerja forum intelek iii
Kertas kerja forum intelek iii
 
Program book Mention 2015
Program book Mention 2015Program book Mention 2015
Program book Mention 2015
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14
 
2017.10.12 Memo 031 Makluman KL'17 Startup Forum
2017.10.12   Memo 031 Makluman KL'17 Startup Forum2017.10.12   Memo 031 Makluman KL'17 Startup Forum
2017.10.12 Memo 031 Makluman KL'17 Startup Forum
 
SEMINAR INSANIAH DAN MOTIVASI PPPIKN 2019
SEMINAR INSANIAH DAN MOTIVASI PPPIKN 2019SEMINAR INSANIAH DAN MOTIVASI PPPIKN 2019
SEMINAR INSANIAH DAN MOTIVASI PPPIKN 2019
 
Kertas kerja cancer awareness yang baru
Kertas kerja cancer awareness yang baruKertas kerja cancer awareness yang baru
Kertas kerja cancer awareness yang baru
 
Minit mesyuarat i touch 7
Minit mesyuarat i touch 7Minit mesyuarat i touch 7
Minit mesyuarat i touch 7
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
ATURCARA WACANA KEPIMPINAN PERDANA MASTI KALI KE-2 24 MAC 2022 (V5).doc
ATURCARA WACANA KEPIMPINAN PERDANA MASTI KALI KE-2 24 MAC 2022 (V5).docATURCARA WACANA KEPIMPINAN PERDANA MASTI KALI KE-2 24 MAC 2022 (V5).doc
ATURCARA WACANA KEPIMPINAN PERDANA MASTI KALI KE-2 24 MAC 2022 (V5).doc
 
Mmpro
MmproMmpro
Mmpro
 
Kertas Kerja China
Kertas Kerja  China Kertas Kerja  China
Kertas Kerja China
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14
 
Kertas kerja hascup 14
Kertas kerja hascup  14Kertas kerja hascup  14
Kertas kerja hascup 14
 
Present inovasi dan reka cipta
Present inovasi dan reka ciptaPresent inovasi dan reka cipta
Present inovasi dan reka cipta
 

Kolukium contoh

  • 1. KOLOKIUM MEMPERKASA PENYELIDIKAN DAN INOVASI Friday, 18 May 2012 11:17 KOLOKIUM MEMPERKASA PENYELIDIKAN DAN INOVASI FOKUS PEMADANAN KLUSTER PENYELIDIKAN Kolokium Memperkasa Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan pada 5 Mei 2012 di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) telah berjaya mencapai objektif utama yang ditetapkan iaitu ke arah mewujudkan medium perbincangan dan perkongsian ilmu untuk memperkasa penyelidikan dan inovasi di UTHM serta mensasarkan usaha untuk mewujudkan pemadanan kluster penyelidikan khasnya melibatkan para penyelidik muda dengan Pusat-Pusat Kecemerlangan dan Pusat-Pusat Penyelidikan UTHM. Majlis perasmian kolokium ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Wahid bin Razzaly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selaku wakil rasmi YBhg. Dato‟ Naib Canselor UTHM. Beliau juga telah dijemput menyampaikan ucaptama bertajuk „Hala Tuju Penyelidikan dan Inovasi UTHM‟. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua warga penyelidik UTHM untuk bersama-sama berganding bahu meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi melalui usaha mewujudkan pemadanan kluster penyelidikan, berusaha meningkatkan perolehan geran penyelidikan swasta dan antarabangsa, berusaha mempergiatkan aktiviti pengkomersilan dan sebagainya. Selain itu, kolokium ini juga telah berjaya mewujudkan platform perkongsian ilmu antara para penyelidik dan panel penceramah jemputan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Antara penceramah yang diundang ialah YBhg. Prof. Dr. Ruzairi Hj. Abdul Rahim, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau telah berkongsi pengalaman dengan para peserta melalui ceramah yang disampaikan bertajuk „Universiti Penyelidikan: Pengalaman dan Strategi‟. Pada kolokium kali ini juga, forum berkaitan pengkomersilan telah diadakan dengan mengenengahkan isu berkaitan “Pengkomersilan Hasil Penyelidikan IPTA: Isu & Cabaran”. Forum ini telah melibatkan beberapa panel jemputan iaitu Prof. Ir. Dr. Saparudin bin Ariffin (Dekan Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan), Dr. Maimunah bt Mohd Said (Malay Chamber of Commerce Malaysia, Negeri Johor), En. Norazman Hussein (Senior Vice President MTDC) dan Prof. Dr. Maizam bt Alias (Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan). Dalam forum tersebut itu juga, Prof Dr. Maizam telah berkongsi maklumat mengenai usaha-usaha pengkomersilan oleh institusi penyelidikan di United Kingdom hasil lawatan beliau ke Negara berkenaan awal tahun ini. Institusi yang dilawati iaitu, Wolfson Centre di Universiti Brunel, Tun Abdul Razak Research Centre, Nanoscience Centre dan Institute of Manufacturing di Universiti Cambridge rata-ratanya mempunyai kerjasama universiti-industri yang rapat dalam menjayakan usaha pengkomersilan mereka. Selain itu, perlaksanaan program pemadanan kluster penyelidikan antara penyelidik dan Pusat-Pusat Kecemerlangan serta Pusat-Pusat Penyelidikan UTHM juga telah diadakan. Staf-staf akademik yang balik cuti belajar telah mengambil peluang pada sesi ini untuk berkongsi maklumat berkaitan kepakaran mereka dan juga peluang melaksanakan kolaborasi penyelidikan peringkat antarabangsa khasnya melibatkan institusi pengajian tinggi di tempat mereka belajar sebelum ini. Program ini juga turut memfokuskan usaha-usaha untuk meningkatkan pengkomersilan hasil penyelidikan dan inovasi universiti. Sejumlah 20 produk yang mewakili UTHM dalam ITEX 2012 pada 17-19 Mei ini telah dibentangkan kepada wakil industri yang terdiri daripada Malay Chamber of Commerce Malaysia Negeri Johor, untuk dinilai dan seterusnya mendapatkan maklumbalas industri ke
  • 2. arah mewujudkan peluang dan kerjasama pengkomersilan. Semoga program seumpama ini akan dapat dianjurkan pada masa-masa akan datang bagi membantu memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan UTHM dalam penyelidikan dan inovasi. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini. PERKASA PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 05 MEI 2012 (SABTU) / DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL 08.30 pagi - Ketibaan peserta dan tetamu jemputan 08.45 pagi - Ketibaan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin Naib Canselor UTHM 09.00 pagi - Ucapan Aluan Oleh ; YBhg. Prof. Dr. Wahid bin Razzaly Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM 09.15 pagi - Ucapan Perasmian Oleh ; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin Naib Canselor UTHM 09.45 pagi - Ucaptama 1 : Halatuju Penyelidikan dan Inovasi UTHM Oleh : YBhg. Prof. Dr. Wahid bin Razzaly Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) 10.15 pagi - Minum pagi 10.45 pagi - Ucaptama 2 : Strategi Memperkasa Penyelidikan,Inovasi, Pengkomersilan dan Penerbitan : Perkongsian Pengalaman Oleh : Penceramah Jemputan 11.30 pagi - Model Perlaksanaan Central Research Lab : Pengalaman di United Kingdom’ Oleh ; YBhg. Prof. Dr. Maizam bt Alias Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan UTHM 11.45 pagi - Forum : “Pengkomersilan Hasil Penyelidikan IPTA : Isu & Cabaran” Panel : i) YBhg. Prof. Ir. Dr. Saparudin bin Ariffin Dekan Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan ii) Dr. Maimunah bt Mohd Said Malay Chamber of Commerce Malaysia Johor State iii) Wakil MTDC - Lawatan ke ruang pameran : Perkongsian Maklumat Staf Tamat Cuti Belajar - “Kepakaran dan Peluang Kolaborasi Antarabangsa” (Kerjasama bersama Staf Tamat Cuti Belajar UTHM)
  • 3. 1.30 t/hari - Makan tengahari 2.15 petang - Sesi Pembentangan Produk ITEX Bersama Wakil Industri Sesi temuduga calon Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) 4.00 petang - Minum petang / bersurai fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) telah mengadakan sesi taklimat Outcome Based Education (OBE) pelajar siri 1 dengan jayanya pada minggu lalu. Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 1500 orang pelajar tahun satu hingga empat ini dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Dr. Shahruddin Mahzan, Timbalan Dekan Akademik dan Pengantarabangsaan (TDA). Beliau mewakili pihak fakuti menyatakan rasa terima kasih kepada para pelajar yang memberikan sokongan padu dalam agenda melahirkan warga fakulti yang celik OBE. Ceramah OBE telah disampaikan oleh mantan TDA FKMP, Profesor Madya Dr. Hj. Badrul Omar. Beliau menarik perhatian hadirin terhadap peri pentingnya sesebuah sistem pendidikan berkesan, yang mampu mencetuskan perubahan terhadap sikap (attitude), perilaku (behavior), dan tanggapan (perception) seseorang pelajar. Dua unsur penting dalam OBE, iaitu Programme Educational Objectives (PEO) dan Programme Learning Outcomes (PLO) pula menjadi kayu pengukur dalam mempraktikkan sistem pendidikan berkesan. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab di antara pelajar dengan penceramah. Semoga intisari taklimat Outcome Based Education (OBE) pelajar siri 1 dapat difahami dan dihayati oleh seluruh pelajar FKMP sebagai sebuah garis panduan penting, bukan sahaja selama mereka berada di fakulti ini, bahkan juga dalam kehidupan mereka selepas bergraduat suatu hari nanti. Last Updated ( Tuesday, 10 April 2012 08:29 ) imbalan Menteri Sempurnakan Seminar Transformasi Profesionalisme Kaunseling
  • 4. Zon Selatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima kunjungan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Dr. Hou Kok Chung bagi menyempurnakan Seminar Transformasi Profesionalisme Kaunseling Zon Selatan yang diadakan pada 22 Mei lalu. Seminar yang telah diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM ini dianjurkan bertujuan bagi menghimpunkan para kaunselor sekolah dan pengamal kaunseling daripada zon selatan untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan mengenai profesion
  • 5. kaunseling. Dato' Dr. Hou Kok Chung dalam ucapan perasmiannya berkata dengan perkembangan dunia maklumat yang semakin pantas dan gaya hidup masyarakat yang semakin rencam, gejala negatif mudah menular dalam masyarakat. Justeru, peranan kaunselor menjadi lebih penting dalam membantu mereka yang kurang daya tahan diri menghadapi pelbagai cabaran dan permasalahan hidup. "Menyedari pentingnya peranan kaunselor dalam masyarakat, adalah menjadi kewajiban kepada pengamal kaunseling untuk mempersiapkan diri dengan seberapa banyak ilmu agar tahap profesionalisme masing-masing dapat ditingkatkan," katanya. Seminar yang dihadiri oleh kira-kira 500 peserta itu dimulakan dengan ucaptama bertajuk "Kaunselor dan Cabaran Profesionalisme" oleh Presiden Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA), Tan Sri Dr. Nordin Kardi. Beberapa sesi pembentangan telah diadakan dalam seminar anjuran UTHM dan PERKAMA ini. Pembentangan dimulakan dengan pengenalan kepada PERKAMA iaitu sebuah badan akreditasi yang menjalankan perkhidmatan kaunseling di rantau ini. Tajuk pembentangan "Tiga Dekad Perjuangan PERKAMA untuk Profesion Kaunseling" telah disampaikan oleh Setiausaha Agung PERKAMA, Profesor Madya Dr. Abdul Halim Mohd Hussin.
  • 6. Peserta seminar turut disajikan dengan pembentangan beberapa kertas kerja antaranya bertajuk "Managing Stress Using Our Five Senses" yang disampaikan oleh Cik Hana Halim dari Biosential Malaysia, "Pendekatan Play Theraphy Dalam Membantu Mengenalpasti Personaliti Pelajar" oleh Ku Suhaila Ku Johari dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan "Peranan Pencegahan Berlandaskan Model Risiko dan Pelindung" oleh Dr. Mohd Muzafar Shah Mohd Razali dari Universiti Perguruan Sultan Idris.
  • 7. Turut hadir Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim, Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Prof. Madya Dr. Asri Selamat serta beberapa pegawai kanan universiti. Kolokium Memperkasa Penyelidikan dan Inovasi – penyelidik UTHM kongsi kepakaran Bagi mewujudkan medium perbincangan dan perkongsian ilmu untuk memperkasakan lagi penyelidikan dan inovasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), satu program Kolokium Memperkasa Penyelidikan dan Inovasi telah diadakan pada 5 Mei 2012 lalu bertempat di kampus induk UTHM. Kolokium ini merupakan antara usaha untuk mewujudkan pemadanan kluster penyelidikan khasnya melibatkan para penyelidik muda dengan pusat-pusat kecemerlangan dan pusat- pusat Penyelidikan di UTHM. Majlis perasmian kolokium ini telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Wahid Razzaly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM. Beliau juga telah dijemput menyampaikan ucaptama bertajuk „Hala Tuju Penyelidikan dan Inovasi UTHM‟. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua warga penyelidik UTHM untuk turut sama berganding bahu meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi melalui usaha mewujudkan pemadanan kluster penyelidikan, berusaha meningkatkan perolehan geran penyelidikan swasta dan antarabangsa dan mempergiatkan lagi aktiviti pengkomersilan. Selain itu, kolokium ini juga telah berjaya mewujudkan platform perkongsian ilmu antara para penyelidik dan panel penceramah jemputan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Antara penceramah yang diundang ialah Profesor Dr. Ruzairi Haji Abdul Rahim, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau telah berkongsi pengalaman dengan para peserta melalui ceramah yang disampaikan bertajuk „Universiti Penyelidikan: Pengalaman dan Strategi‟. Dalam kolokium ini juga, forum berkaitan pengkomersilan telah diadakan dengan
  • 8. membincangkan tajuk “Pengkomersilan Hasil Penyelidikan IPTA: Isu & Cabaran”. Forum ini telah melibatkan beberapa panel jemputan iaitu Profesor Ir. Dr. Saparudin Ariffin, Dekan Pusat Inovasi, Pengkomersilan dan Perundingan UTHM, Dr. Maimunah Mohd Said dari Malay Chamber of Commerce Malaysia Johor, Encik Norazman Hussein, Timbalan Presiden Kanan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Profesor Dr. Maizam Alias, Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan,UTHM. Dalam forum itu, Profesor Dr. Maizam telah berkongsi maklumat mengenai usaha-usaha pengkomersilan oleh institusi penyelidikan yang terdapat di United Kingdom. Maklumat tersebut merupakan hasil daripada lawatan beliau ke negara berkenaan awal tahun ini. Institusi yang dilawati beliau ialah Wolfson Centre di Universiti Brunel, Tun Abdul Razak Research Centre, Nanoscience Centre dan Institute of Manufacturing di Universiti Cambridge. Selain itu, perlaksanaan program pemadanan kluster penyelidikan antara penyelidik dan pusat-pusat kecemerlangan serta pusat-pusat penyelidikan UTHM juga telah diadakan. Staf- staf akademik yang pulang daripada cuti belajar telah mengambil peluang pada sesi ini untuk berkongsi maklumat berkaitan kepakaran mereka dan berpeluang melaksanakan kolaborasi penyelidikan di peringkat antarabangsa. Program ini juga turut memfokuskan usaha-usaha untuk meningkatkan pengkomersilan hasil penyelidikan dan inovasi universiti. Sejumlah 20 produk yang mewakili UTHM dalam ITEX 2012 yang berlangsung pada 17 hingga 19 Mei telah dibentangkan kepada wakil industri yang terdiri daripada Malay Chamber of Commerce Malaysia, Johor untuk dinilai dan seterusnya mendapatkan maklumbalas industri ke arah mewujudkan peluang dan kerjasama pengkomersilan. Semoga program seumpama ini akan dapat dianjurkan pada masa-masa akan datang bagi membantu memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan UTHM dalam penyelidikan dan inovasi. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini. January 12, 2010 12:28 PM Dr Mahathir Sampai Ucaptama Di Kolokium Pendidikan Negeri Kedah ALOR SETAR, 12 Jan (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama pada Kolokium Pendidikan Negeri, yang bakal disertai lebih 1,000 guru besar dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), di Universiti Utara Malaysia (UUM), pada 25 Jan ini. Pengerusi Persatuan Kecemerlangan Pendidikan Negeri Kedah (Cerdik) Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama bertajuk "Pendidikan di Masa Hadapan", yang akan menyentuh pelbagai isu berkaitan sistem pendidikan negara pada masa akan datang. "Ucaptama itu akan menyentuh tentang cabaran era globalisasi dan teknologi maklumat dalam sistem pendidikan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa. Beliau berkata kolokium sehari anjuran Cerdik dengan kerjasama UUM itu juga membolehkan guru besar dan pengerusi PIBG menyuarakan masalah yang mereka hadapi, terutama membabitkan sekolah di kawasan luar bandar. "Pada akhir kolokium satu resolusi akan dibentangkan dan diserahkan kepada Kementerian
  • 9. Pelajaran, yang diharap akan mendapat tindakan segera pihak kementerian," katanya. Abd Aziz yang juga Pengerusi Biro Pelajaran Umno Kedah berkata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi akan menutup program itu dan beliau akan menerima resolusi yang dibentangkan bagi pihak kementerian. Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai kolokium berkenaan boleh menghubungi urusetia, Haidar Zofrain Mohd Daud di talian 019-5707711. -- BERNAMA Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instuksional (2011),Anjuran Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara,Kementerian Pelajaran Malaysia, Bandar Darulaman,06000 Jitra, Kedah Darul Aman/170 KOLOKIUM Kebangsaan Kepimpinan Instuksional ke-7 di adakan pada 2 Hingga 5 Mei 2011, bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara,Kementerian Pelajaran Malaysia, Bandar Darulaman,06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Tema kolokium pada kali ini ialah “Kepimpinan Instruksional Penggerak Transformasi Pendidikan”. Antara sub-tema yang dibincangkan i. Hala tuju pendidikan: Perubahan kurikulum dan sistem pentaksiran,ii. Peningkatan Kualiti Guru Melalui Kepimpinan Instruksional, iii.Inovasi dalam pendidikan ke arah pembentukan modal insan cemerlang dan iv.Kemenjadian murid melalui kepimpinan instruksional. Peserta seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Pegawai JPN dan PPD serta pegawai-pegawai pendidikan dari seluruh negara. Berikut adalah senarai kertas kerja yang telah dibentangkan. 1. Ucaptama Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Kali Ke-7 2. Kepimpinan Berimpak Tinggi Menjana Kecemerlangan Sekolah Berprestasi Tinggi 3. Pengaruh Amalan Pengurusan Pemimpin Sekolah Terhadap Komitmen Dan Tingkah Laku Inovatif Guru
  • 10. 4. Kepimpinan Instruksional: Satu Transformasi Kepimpinan Atau Mengekal Status-Quo 5. Tahap Pengetahuan, Kemahiran Dan Amalan Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah Di Pulau Pinang 6. Penggunaan Model Berfasa Kursus Kajian Tindakan (MBKKT) Untuk Meningkatkan Kualiti Pendidik Dalam Membentuk Modal Insan Cemerlang 7. Keberkesanan Amalan Headcount: Kajian Kes Di Dua Buah Sekolah Kebangsaan 8. Kepimpinan Instruksional Ke Arah Transformasi Sekolah : Satu Perkongsian Pengalaman