SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 15
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


         Pembangunan dan Penilaian Perisian Kursus Multimedia Interaktif
                "Analisis Kualitatif Garam" dalam Subjek Kimia

                 Dr. Rosnaini Mahmud & *Norsiati Bt Razali @ Mohd Ghazali
                        Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
                             *SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan


                                               Abstrak

Tujuan kajian ini ialah untuk membangun dan menilai perisian kursus pengajaran dan pembelajaran
multimedia interaktif yang bertajuk 'Analisis Kualitatif Garam' bagi membantu meningkatkan minat dan
motivasi pelajar di dalam pembelajaran kimia. Perisian ini mengaplikasikan teori-teori pembelajaran
kognitif, konstruktivime, behaviorisme dan kepelbagaian kecerdasan dengan menggunakan strategi
pembelajaran aktif, strategi pembelajaran anjal dan pendekatan inkuiri. Model ADDIE digunakan sebagai
pendekatan pedagogi dengan gabungan tutorial, simulasi dan latih tubi dengan konsep hipermedia dan
struktur sesawang. Micromedia Flash MX dijadikan pelantar utama. Penilaian sumatif dijalankan
menggunakan kaedah tinjauan ke atas sampel kajian yang terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 4
dari SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan yang dipilih secara rawak berdasarkan gred kimia
peperiksaan akhir tahun. Instrumen pengukuran dibuat dengan menggunakan borang soal selidik skala
Likert dengan kebolehpercayaan Alpha-Cronbach iaitu 0.9116. Hasil dapatan daripada penilaian sumatif
dianalisa menggunakan perisian SPSS Versi 11 untuk mendapatkan nilai min, frekuensi dan sisihan
piawai. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan kesemua responden bersetuju bahawa dengan
penggunaan perisian PPBK ini boleh meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalam
pembelajaran kimia. Rumusan ini dibuat berdasarkan purata min keseluruhan untuk kesemua item
pelajar iaitu 1.42. Interpretasi nilai min ini menunjukkan perisian ini berada ditahap yang sangat baik.
Kesemua hipotesis nol juga diterima.


Pendahuluan
Ledakan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi era globalisasi kini memberi nafas baru
kepada senario dunia pendidikan di Malaysia. Malah perkembangan bidang teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam pendidikan telah dikenal pasti dapat menjadikan
ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer secara bestari perlu diimplementasikan oleh para guru dalam memupuk minat dan
kesungguhan pelajar terutama dalam bidang sains dan matematik. Kajian-kajian ilmiah antaranya yang
telah dijalankan oleh Kulik et al. (1983, 1984, 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain
penggunaan perisian kursus pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran
dan pembelajaran. Sementara itu, kajian perbandingan menunjukkan bahawa pelajar yang menerima
PPBK berkombinasikan pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada
pelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring et al. 1988).

Begitu juga dalam subjek kimia seperti yang dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)
(2001) di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kimia, penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran
seperti simulasi dan animasi berkomputer yang dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus, atau
laman web atau perbincangan melalui telesidang dijalankan sebagai salah satu kaedah untuk mengajar
konsep sains yang mujarab dan sukar serta amat membantu dalam meningkatkan minat murid belajar
sains. Manakala, strategi penggunaan PPBK amat sesuai sebagai salah satu strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam kurikulum kimia yang mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran
berfikrah adalah suatu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang
dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap optimum. Pendekatan pengajaran dan
pembelajaran berfikrah boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
antaranya kaedah eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan dengan
penggunaan sumber luar bilik darjah dan penggunaan teknologi seperti simulasi dan animasi
berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pernyataan Masalah
Belajar kimia memerlukan pelajar untuk menghubungkaitkan antara persamaan kimia dan simbol-simbol
yang berkait dengan atom dan molekul dan juga pemerhatian makroskopik di dalam makmal dan juga
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


mendapatkan data. Ia memerlukan pelajar menghubungkaitkan antara pemerhatian makroskopik, tafsiran
mikroskopik dan simbol-simbol. Belajar untuk menghubungkait antara keiga-tiga dunia ini agak sukar bagi
pelajar yang baru belajar kimia. Malah kebanyakan proses kimia sukar ditafsirkan secara berkesan
kerana ia melibatkan konsep di mana setiap individu perlu membuat visualisasi terhadap pergerakan
molekul, ion dan elektron (Beal et al. 1994; Brooks & Brooks 1996). Malah Heron (1975) menjelaskan
dunia kimia ibarat mengendalikan tiga dunia iaitu dunia makroskopik yang melibatkan bahan kimia yang
digunakan dalam kehidupan, dunia mikroskopik yang melibatkan atom dan molekul dan dunia simbolik
yang melibatkan formula dan persamaan kimia. Ward dan Herron (1980) pula menyatakan kimia
merupakan subjek yang sukar kerana ia memerlukan pelajar membuat gambaran mental dengan
pelbagai bahan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti atom, ion dan molekul. Interaksi
antara zarah-zarah ini tidak dapat dirasa atau dialami sendiri oleh pelajar.

Malah daripada hasil temu bual dan soal selidik kajian permulaan dalam fasa analisis pengguna yang
dijalankan, perisian kursus untuk tajuk garam amat perlu dibangunkan berdasarkan dapatan di mana
96.7% pelajar menyatakan tidak mendapat markah yang tinggi dalam tajuk Analisis Kualitatif Garam
apabila diuji dan 73.3% menyatakan tajuk ini sukar dikuasai. Sebanyak 86.7% pelajar menyatakan
bahawa tajuk ini amat sukar diingat kerana terlalu banyak fakta yang perlu dihafal terutamanya tentang
warna garam, keterlarutan garam, ujian pengesahan kation dan anion serta banyak eksperimen yang
perlu dihurai langkahnya terutama untuk soalan berbentuk esei. Faktor-faktor ini mengurangkan minat
pelajar untuk mepelajari tajuk garam. Oleh kerana kurang minat untuk mempelajari dan mengingat fakta
yang telah dinyatakan, pelajar mengalami kesukaran untuk menjawab soalan yang dikemukakan dalam
ujian atau peperiksaan terutama soalan yang melibatkan carta aliran eksperimen untuk mengesahkan
kehadiran kation atau anion dalam suatu garam yang tidak diketahui. Menurut kajian Bosco (1986),
punca utama terhadap kelemahan pelajar dalam pelajaran adalah disebabkan pelajar mudah lupa
ataupun gagal mengingat apa yang telah mereka pelajari. Oleh itu selain daripada penerangan jelas yang
perlu diberikan oleh guru semasa P&P, teknologi komputer multimedia mampu membantu mengurangkan
dan menangani kesukaran-kesukaran yang dinyatakan dengan mempersembahkan grafik dan animasi
bagi interaksi zarah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar serta carta dan peta konsep yang dapat
menunjukkan perkaitan yang lebih jelas antara konsep-konsep kimia, seterusnya akan meningkatkan
minat pelajar menguasai tajuk ini.

Faktor-faktor yang telah dinyatakan itu memberi dorongan penyelidik untuk menjalankan kajian terhadap
pembangunan dan penilaian perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif bertajuk
„Analisis Kualitatif Garam‟ yang diajar kepada pelajar tingkatan 4. Pelajar akan dapat mengalami sendiri
dan melihat keputusan eksperimen yang dijalankan dengan lebih jelas terutamanya dari segi perubahan
warna garam yang dihasilkan semasa proses simulasi. Perisian kursus yang dibangunkan diharap
mampu mengatasi kelemahan ini dan mampu meningkatkan minat dan motivasi pelajar tentang topik ini
melalui mod tutorial yang mengandungi paparan audio, visual, animasi, grafik, video dan teks yang
mudah dilihat dengan jelas, mod simulasi eksperimen yang memerlukan penglibatan aktif daripada
pelajar dan mod latih tubi bersama maklum balas positif serta selitan tips mengingat di dalam
persembahannya. Malah dengan ciri-ciri interaktif dan suasana pembelajaran aktif, minat dan motivasi
pelajar serta daya ingatan dan pemahaman pelajar terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam akan
meningkat selepas menggunakan perisian ini sebagaimana kajian daripada Dale Edgar pada tahun 1969
di dalam bukunya “Audio-Visual Methods in Teaching” telah membuat kesimpulan bahawa pelajar hanya
mampu mengingat 10% daripada apa yang dibaca dan 20% apa yang didengar. Walau bagaimanapun,
mereka mampu mempertahankan 90% apa yang dipelajari melalui pembelajaran aktif (Bell 1998). Dalam
kajian Norhashim et al. (1996) pula, menyatakan bahawa minat pelajar untuk terus belajar dapat
dipertingkatkan dengan adanya faktor motivasi yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam
perisian kursus.

Malah daripada dapatan kajian Rusnida (2004) membuktikan bahawa dengan pembangunan makmal
kimia maya (MaKim) mampu membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap perkara-perkara
yang tidak dapat dilihat secara realiti sekaligus mencipta satu persekitaran pembelajaran yang menarik
untuk pelajar. Selain itu, Osberg (1997) menyatakan dengan menggunakan perhubungan anggota badan,
penglihatan serta pendengaran melalui aktiviti virtual, suatu persekitaran belajar interaktif dan menarik
dapat disediakan yang seterusnya akan menarik minat pelajar dan menguatkan serta meningkatkan
kefahaman mereka terhadap konsep pembelajaran. Oleh itu adalah diharapkan dengan pembangunan
perisian kursus ini, objektif pengajaran dan pembelajaran akan dapat dicapai seterusnya menambah
minat dan membantu mengatasi kesukaran pelajar dalam mengingat, memahami dan menguasai tajuk
Analisis Kualitatif Garam dalam subjek kimia di peringkat sekolah menengah.

                                                                528
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini ialah untuk membangun dan menilai perisian kursus pengajaran dan pembelajaran
multimedia interaktif yang bertajuk „Analisis Kualitatif Garam‟ bagi membantu meningkatkan minat dan
motivasi pelajar di dalam pembelajaran kimia.

Persoalan Kajian
i.    Bagaimanakah perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam yang dibangunkan
      dapat meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam?
ii. Adakah perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam yang dibangunkan dapat
      meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam?
iii. Adakah terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari
      tajuk garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam
      mengikut jantina?
viii. Adakah terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari
      tajuk garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam
      mengikut tahap pencapaian kimia?

Hipotesis Kajian
Hipotesis nol 1 : Tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk
analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang
dibangunkan mengikut jantina.
Hipotesis nol 2 : Tidak perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis
kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan
mengikut tahap pencapaian kimia.

Kerangka Konseptual
Rajah 1 di bawah menunjukkan kerangka konseptual kajian di mana pembangunan perisian kursus
multimedia interaktif pengajaran dan pembelajaran kimia dilaksanakan berdasarkan model reka bentuk
instruksi bersistem iaitu Model ADDIE (Rosset 1987) yang terbahagi kepada lima fasa iaitu fasa analisis,
reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Daripada analisis pengguna dan persekitaran
pembelajaran kimia, maka pemasalahan dan tujuan kajian telah dikenal pasti. Seterusnya gabungan teori
pembelajaran iaitu teori pembelajaran konstruktivisme, kognitivisme, behaviorisme dan kepelbagaian
kecerdasan, diikuti dengan strategi pembelajaran inkuiri, aktif dan anjal serta penerapan kemahiran
proses sains, kemahiran berfikir juga penerapan sikap saintifik dan nilai murni, maka struktur kandungan
hierarki dan sesawang serta pendekatan pedagogi dalam mod tutorial, simulasi dan latih tubi telah
dirangka dengan ciri-ciri multimedia interaktif di dalam fasa reka bentuk dan pembangunan perisian
kursus bertajuk Analisis Kualitatif Garam.




                                                   529
2nd International Malaysian Educational Technology Convention




                                        Rajah 1: Kerangka konseptual kajian

Setelah perisian kursus Analisis Kualitatif Garam dibangunkan, maka perisian yang terhasil disemak oleh
guru kimia dan pakar IT melalui suatu borang senarai semak yang disediakan. Proses baik pulih perisian
akan dilaksanakan daripada hasil penilaian formatif tersebut. Selepas dibaik pulih, maka perisian kursus
yang telah siap dibangunkan akan dibentangkan kepada para responden pelajar dengan kaedah
lapangan. Akhirnya para responden akan menilai perisian tersebut melalui kaedah tinjauan dengan
menggunakan borang soal selidik. Hasil daripada penggunaan perisian kursus multimedia interaktif
Analisis Kualitatif Garam ini, adalah diharapkan dapat menarik minat dan motivasi pelajar untuk
mempelajari subjek kimia.

Kaedah Kajian
Kaedah kajian ini merupakan kaedah penyelidikan penilaian ke atas perisian kursus multimedia interaktif
Analisis Kualitatif Garam yang telah dibangunkan. Menurut Mohd Najib (1999), penyelidikan penilaian
merujuk kepada set soalan atau sokongan program (komputer atau perisian kursus) berdasarkan kriteria
yang ditetapkan oleh penyelidik iaitu kajian membangunkan sesuatu program dan menilai reka bentuk
program tersebut. Kajian ini lebih berbentuk teknikal dan mempunyai ciri-ciri praktikal untuk kegunaan
manusia. Proses pembangunan perisian adalah proses di mana perisian dibangunkan berpandukan
model-model reka bentuk instruksi bersistem (Jamaluddin et al. 2001). Untuk kajian ini, Model ADDIE
telah digunakan. Model ini mengandungi lima fasa iaitu fasa pertama ialah fasa analisis, fasa reka
bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian (Rossett 1987).




                                                                530
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


Instrumen Penilaian, Populasi dan Sampel Kajian
Pembangunan perisian kursus „Analisis Kualitatif Garam‟ melibatkan pelbagai instrumen dan responden
untuk tujuan taksiran masalah, analisis keperluan pengguna, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa
perlaksanaan dan fasa penilaian. Instrumen kajian adalah dalam bentuk skrin templat dan papan cerita,
soal selidik, protokol temubual dan senarai semak. Borang soal selidik bagi penilaian sumatif pelajar
dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu Bahagian I dan Bahagian II. Soalan Bahagian I melibatkan
latar belakang responden iaitu jantina dan gred kimia peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Manakala
Bahagian II pula terdiri daripada soalan berkaitan minat dan motivasi pelajar selepas meneroka perisian
kursus. Kesemua item dalam Bahagian II bagi penilaian pelajar diukur menggunakan skala
pemeringkatan sumatif iaitu Skala Likert dalam bentuk ordinal iaitu 1-sangat setuju (SS) , 2-setuju (S), 3-
kurang setuju (KS), 4-tidak setuju (TS) dan 5-sangat tidak setuju (STS). Fasa penilaian sumatif
melibatkan populasi kajian yang terdiri daripada pelajar kimia tingkatan 4 di sekolah menengah daerah
Kuantan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar kimia tingkatan 4 yang dipilih secara rawak
berstrata berdasarkan gred kimia peperiksaan akhir tahun yang dikategorikan sebagai pelajar cemerlang
yang mendapat gred 1A dan 2A, pelajar kategori sederhana dengan gred kimia 3B, 4B, 5C dan 6C
seterusnya kategori lemah dengan gred kimia 7D, 8E dan 9G. Secara keseluruhannya, instrumen dan
responden yang terlibat dalam pembangunan dan penilaian perisian kursus Analisis Kualitatif Garam ini
adalah seperti ditunjukkan di dalam jadual 1.

Nilai pekali alpha Cronbach bagi instrumen soal selidik yang diperolehi adalah tinggi iaitu 0.9116.
Menurut Mohd Najib (1999), nilai pekali keboleh percayaan yang digunakan harus melebihi 0.80. Oleh itu
item-item yang telah dibina mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan berupaya mengukur
pembolehubah-pembolehubah dalam kajian ini.

                                    Jadual 1: Instrumen dan responden kajian
 FASA                        INSTRUMEN                  RESPONDEN
 FASA ANALISA                i. Protokol Temubual       i. 5 orang guru kimia (termasuk guru pakar
 KEPERLUAN                   Guru                          kimia)
                             ii.Soal selidik            i. 30 orang pelajar tingkatan 4
 FASA REKA BENTUK            i. Skrin Templat           i. Pembangun perisian
 FASA PEMBANGUNAN            i. Perisian Kursus                i. Pembangun perisian
 FASA PELAKSANAAN            i. Senarai semak                  i. 2 orang guru kimia
                                                               ii. 1 orang Pegawai Teknologi Pendidikan
                                                               iii.Pembangun perisian
 FASA PENILAIAN              i. Soal selidik pelajar           i. 30 orang pelajar tingkatan 4


Tatacara Penganalisaan Data
Hasil dapatan daripada penilaian sumatif, dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS Versi 11 untuk
mendapatkan analisa data dalam bentuk deskriptif. Item dalam Bahagian I akan dianalisa menggunakan
statistik deskriptif dalam bentuk frekuensi dan peratus. Sementara item Bahagian II yang menggunakan
skala Likert 5 mata dianalisa menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan
sisihan piawai. Skor yang diberi kepada setiap item ialah 1-sangat setuju (SS), 2-setuju (S), 3-kurang
setuju (KS), 4-tidak setuju (TS) dan 5-sangat tidak setuju (STS). Untuk tujuan interpretasi minat dan
motivasi pelajar, skor item dibahagikan kepada tiga tahap berdasarkan min iaitu seperti jadual 2.

         Jadual 2: Interpretasi skor min bagi penilaian perisian kursus analisis kualitatif garam
                            Min                                     Interpretasi
                         1.00 - 1.99                                Sangat baik
                         2.00 - 2.99                                    Baik
                         3.00 - 3.99                                 Sederhana
                         4.00 - 5.00                                   Lemah

Bagi tujuan menguji hipotesis untuk menentukan hubungan antara pembolehubah tidak bersandar dan
pembolehubah bersandar, statistik inferensi menggunakan ujian-t tidak bersandar dan ANOVA sehala
(Ujian F) digunakan untuk mengenal pasti perbandingan antara jantina dan tahap pencapaian pelajar
dengan minat dan motivasi pelajar selepas menggunakan perisian kursus „Analisis Kualitatif Garam‟.



                                                       531
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


Dapatan Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas 30 orang pelajar kimia tingkatan 4 yang terdiri daripada 15 orang (50.0%)
pelajar perempuan dan 15 orang (50.0%) pelajar lelaki. Daripada jumlah tersebut seramai 10 orang
(33.3%) pelajar mempunyai tahap pencapaian cemerlang (1A dan 2A), 13 orang (43.3%) pelajar
sederhana dan 7 orang (23.3%) pelajar di dalam kategori pencapaian lemah di dalam peperiksaan akhir
tahun tingkatan 4.

Dapatan persoalan kajian 1 dapat ditunjukkan melalui contoh skrin persembahan seperti ditunjukkan
dalam Rajah 2-5. Perisian kursus „Analisis Kualitatif Garam‟ yang dibangunkan dengan ciri-ciri multimedia
interaktif serta dengan struktur kandungan dan pedagogi yang terancang dapat menarik minat dan
motivasi pelajar. Antaranya ialah melalui set induksi yang disediakan dalam bentuk kartun iaitu video
dialog antara ibu dan anak dalam kehidupan harian sebagai langkah permulaan untuk menarik perhatian
pelajar untuk meneruskan penerokaan terhadap perisian kursus yang dibangunkan seperti ditunjukkan di
dalam Rajah 2.




                       Rajah 2: Video kartun set induksi untuk menarik perhatian pelajar

Contoh skrin persembahan lain yang dibangunkan yang dapat menarik minat pelajar adalah melalui
maklum balas yang diberikan di dalam perisian ini seperti di dalam persembahan uji minda, latihan,
penilaian, eksperimen dan simulasi yang memerlukan interaksi antara pengguna dan komputer. Ia dapat
ditunjukkan melalui Rajah 3 di bawah.

Markah prestasi keseluruhan dan komen yang membina bagi soalan penilaian kertas 1 yang disediakan
juga dapat menjadi salah satu elemen yang dapat menarik minat dan motivasi pelajar seperti yang
ditunjukan di dalam rajah 4 dan 5, kerana ia dapat memberikan maklum balas serta merta setelah pelajar
menjawab soalan yang dikemukakan. Maklum balas yang diberikan berbeza mengikut markah dan gred
pelajar. Pelajar juga akan lebih bermotivasi apabila nama beliau yang dimasukkan pada permulaan skrin
penilaian dinyatakan semula sebelum paparan keputusan markah dan gred. Melalui skrin maklum balas
betul atau salah dan juga markah prestasi yang diberikan dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar
di mana kata-kata penghargaan dan motivasi diberikan apabila pelajar menjawab soalan atau tugasan
yang diberikan.




             Rajah 3: Maklum balas positif uji minda untuk menarik minat dan motivasi pelajar
                                                                532
2nd International Malaysian Educational Technology Convention




                     Rajah 4: Skrin paparan markah dan komen prestasi pelajar A




                      Rajah 5: Skrin paparan markah dan komen prestasi pelajar B

Reka bentuk skrin seperti rajah 3-5 di atas, bersesuaian dengan prinsip utama teori behaviorisme iaitu
iaitu rangsangan, gerakbalas dan peneguhan. Proses pembelajaran akan lebih berkesan apabila
wujudnya tindak balas pelajar berdasarkan rangsangan yang diberikan kepada mereka. Menurut Pavlov,
setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas dan rangsangan yang diterima boleh dikaitkan dengan
rangsangan yang lain seperti suara, gerakan untuk mewujudkan pembelajaran. Sebagaimana yang
dinyatakan oleh Pavlov iaitu dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku dan penghapusan
juga boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan (Ee 2002). Begitu juga menurut pandangan Hartley
dan Davies (1978), iaitu proses belajar dapat berlaku dengan baik apabila pelajar dapat mengikuti
pembelajaran dengan aktif, tiap-tiap tindak balas harus diberi maklum balas secara langsung supaya
pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya benar dan setiap kali pelajar memberikan
respon yang benar maka ia perlu diberi peneguhan positif seperti „tahniah‟, „syabas, teruskan usaha
anda‟ atau „ada peningkatan dalam jawapan anda‟ yang akan menyebabkan pengguna terus melakukan
yang terbaik dan berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian. Pujian atau ganjaran dalam
peneguhan positif yang diperkenalkan oleh B.F. Skinner dalam teori pelaziman operan boleh
diaplikasikan dalam perisian PPBK melalui maklum balas apabila pelajar menjawab soalan latihan yang
dikemukakan.

Selain itu, skrin persembahan perisian yang mempunyai pelbagai warna terutama bagi menunjukkan
warna garam bagi pemerhatian ujian pengesahan kation dan anion ditambah pula dengan butang-butang
navigasi yang interaktif yang disediakan di dalam perisian ini, juga antara faktor yang dapat
meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk meneruskan penerokaan dan memahami tajuk Analisis
Kualitatif Garam seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6 di bawah. Melalui butang-butang navigasi yang
disediakan di dalam perisian ini yang bersifat interaktif dan boleh diulang-ulang, soalan-soalan uji minda,
latihan dan penilaian yang disediakan bagi membolehkan pelajar melazimi hasil pembelajaran. Contoh
lain bagaimana perisian kursus yang dibangunkan dapat menarik minat dan motivasi pelajar adalah
melalui reka bentuk simulasi eksperimen yang disediakan seperti rajah 7 dan 8. Ia merupakan suatu
pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan motivasi pelajar di mana pelajar mengambil bahagian
secara aktif, berlaku pemindahan pembelajaran iaitu daripada kemahiran atau ilmu yang telah dipelajari
                                                   533
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


digabungkan dengan situasi baru yang disediakan. Pendekatan simulasi komputer juga lebih fleksibel
kerana ia dapat mengambil tempat sebagai tutorial di mana ia memberikan bimbingan kepada pengguna
untuk menjalankan simulasi, ia juga boleh dijadikan sebagai latih tubi apabila pengguna menjalankan
simulasi secara berulang-ulang dan ia juga boleh digunakan sebagai ujian untuk menguji penguasaan
pelajar dalam tajuk analisis kualitatif garam. Ia juga dianggap fleksibel kerana reka bentuk perisian
simulasi boleh didasarkan kepada pelbagai falsafah dan teori pendidikan sama ada teori tingkah laku,
kognitif, konstruktif atau instruktif atau menggabungkan beberapa teori dan boleh dijalankan secara
individu atau pembelajaran koperatif di dalam kumpulan (Alessi & Trollip 2001). Maka pendekatan
simulasi ini dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran menggunakan perisian ini,
sebagaimana menurut Keller (1987) di dalam model reka bentuk pegajaran ARCS, faktor perhatian
(attention), kesesuaian (relevant), keyakinan (confident) dan kepuasan (satisfaction) merupakan elemen
yang perlu diterapkan di dalam aktiviti P&P untuk menarik minat pelajar serta merangsang keinginan
belajar. Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini, pembangunan perisian kursus Analisis Kualitatif Garam
melalui aktiviti yang mempunyai ciri multimedia interaktif di dalam persembahan tutorial, latih tubi dan
simulasi merupakan faktor yang akan menggerakkan pelajar untuk meneroka perisian ini seterusnya
menarik sifat ingin tahu pelajar dan semangat yang kuat untuk menerus dan menguasai pembelajaran.




        Rajah 6: Skrin tutorial dengan persembahan berwarna dan butang navigasi yang interaktif




                                Rajah 7: Skrin Persembahan Kandungan Simulasi




                                                                534
2nd International Malaysian Educational Technology Convention




                                   Rajah 8: Skrin kesimpulan simulasi

 Sementara dapatan daripada jadual 3 di bawah adalah untuk menjawab persoalan kajian 2 di mana ia
 menunjukkan peratus kekerapan, min dan sisihan piawai terhadap minat dan motivasi pelajar.

         Jadual 3 : Peratus kekerapan, min dan sisihan piawai terhadap minat dan motivasi pelajar
                                                             % Kekerapan Skor                                Sisihan
BIL                         ITEM                                                      N Min
                                                          SS     S   KS TS STS                               Piawai
S1 Reka bentuk skrin Perisian Kursus Analisis
                                                         56.7 40.0 3.3 0         0 30 1.47                    0.571
    Kualitatif Garam menarik dan bersesuaian.
S2 Gabungan teks, imej, warna dan suara menambah
                                                         50.0 43.3 6.7 0         0 30 1.57                    0.626
    minat dan membantu proses pembelajaran saya.
S3 Penggunaan video dan animasi menyeronokkan
    lagi proses pembelajaran dan penerokaan              70.0 30.0 0       0     0 30 1.30                    0.466
    maklumat saya.
S4 Penggunaan muzik latar memberikan rangsangan
                                                         53.3 40.0 6.7 0         0 30 1.53                    0.629
    untuk saya belajar.
S5 Butang-butang navigasi yang disediakan untuk
    capaian maklumat memudahkan saya meneroka
                                                         76.7 23.3 0       0     0 30 1.23                    0.430
    dan mendapatkan maklumat serta menambahkan
    lagi minat untuk belajar.
S6 Saya semakin berminat meneroka perisian ini
    kerana dapat berinteraksi dengan perisian Analisis 63.3 33.3 3.3 0           0 30 1.40                    0.563
    Kualitatif Garam ini dengan baik.
S7 Perjalanan persembahan maklumat dalam perisian
                                                         76.7 20.0 3.3 0         0 30 1.27                    0.521
    mudah diikuti
S8 Maklumat atau kemahiran yang dipersembahkan
                                                         56.7 40.0 3.3 0         0 30 1.47                    0.571
    dalam tutorial adalah padat dan menarik
S9 Kepelbagaian persembahan maklumat seperti
    eksperimen, simulasi dan latih tubi yang disediakan
                                                         66.7 33.3 0       0     0 30 1.33                    0.479
    menambahkan minat untuk saya belajar tajuk
    garam
S10 Pembelajaran semakin menyeronokkan kerana
    saya dapat menjalankan eksperimen dan simulasi 80.0 20.0 0             0     0 30 1.20                    0.407
    eksperimen sendiri.
S11 Paparan maklumat atau soalan-soalan uji minda
    sebelum memulakan setiap sub topik menarik           70.0 26.7 3.3 0         0 30 1.33                    0.547
    minat saya untuk memulakan pelajaran.
S12 Saya berasa seronok belajar melalui perisian ini
    kerana terdapat skrin-skrin Ulang kaji, Tips Belajar
                                                         73.3 23.3 3.3 0         0 30 1.30                    0.535
    dan Informasi Tahukah Anda yang dapat
    membantu saya menambahkan maklumat.
S13 Kata-kata motivasi yang sesuai diberikan pada
    setiap jawapan yang betul meningkatkan semangat 43.3 53.3 3.3 0              0 30 1.60                    0.563
    saya untuk meneruskan penerokaan maklumat
S14 Kata-kata peneguhan yang diberikan jika jawapan
    saya salah menambahkan lagi semangat saya            36.7 56.7 6.7 0         0 30 1.70                    0.596
    untuk terus mencuba dan membuat ulang kaji.
                                                   535
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


                                                                            % Kekerapan Skor                   Sisihan
BIL                             ITEM                                                          N         Min
                                                                       SS      S    KS TS STS                  Piawai
S15 Saya berasa seronok kerana boleh belajar
    mengikut kemampuan dan kadar sendiri dengan                        56.7   43.3   0     0   0   30   1.43    0.504
    menggunakan perisian ini.
S16 Saya berasa seronok meneroka perisian ini kerana
    dapat mengawal pembelajaran mengikut                               66.7   33.3   0     0   0   30   1.33    0.479
    kemampuan dan keperluan saya.
S17 Perisian ini menjadikan pengajaran guru lebih
                                                                       73.3   13.3 13.3    0   0   30   1.40    0.724
    menarik.
S18 Secara keseluruhannya saya berasa seronok
    menggunakan perisian kursus Analisis Kualitatif                    66.7   26.7   6.7   0   0   30   1.40    0.621
    Garam ini.
S19 Minat dan motivasi belajar saya terhadap subjek
    kimia semakin bertambah setelah menggunakan                        66.7   26.7   6.7   0   0   30   1.40    0.621
    perisian ini.
 PURATA KESELURUHAN MINAT DAN MOTIVASI                                 63.3   33.0   3.7   0   0   30   1.42    0.343

 Dapatan menunjukkan min keseluruhan yang sangat baik bagi minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk
 „Analisis Kualitatif Garam‟ selepas menggunakan perisian kursus yang dibangunkan iaitu 1.42. Min ini
 diperolehi hasil maklumbalas yang sangat baik daripada responden terhadap soalan-soalan di dalam
 item yang dikemukakan di mana keseluruhannya min bagi semua item yang ditanya adalah antara 1
 (sangat setuju) dan 2 (setuju) sebagaimana yang ditunjukkan di dalam jadual 3 di bawah.Daripada item
 18 dan 19, secara keseluruhannya 93.4% pelajar sangat bersetuju dan bersetuju bahawa mereka berasa
 seronok menggunakan perisian kursus Analisis Kualitatif Garam dan minat serta motivasi belajar
 terhadap subjek kimia semakin bertambah setelah menggunakan perisian ini dengan min 1.40
 berbanding hanya 6.7% sahaja yang kurang bersetuju. Begitu juga bagi item 1, 2, 4, 6, 7, 8, 11, 12, 13,
 14 dan 17 lebih 90.0% pelajar bersetuju dan sangat bersetuju bahawa reka bentuk skrin perisian menarik
 dan bersesuaian, gabungan teks, imej, warna dan suara menambah minat dan membantu proses
 pembelajaran, penggunaan muzik latar memberikan rangsangan untuk belajar, interaksi yang baik
 meningkatkan minat untuk meneroka perisian, persembahan yang mudah diikuti, maklumat yang
 dipersembahkan adalah padat dan menarik, soalan uji minda sebelum memulakan topik menarik minat
 untuk memulakan pembelajaran, skrin-skrin ulang kaji, tips belajar dan informasi tahukah anda
 menambahkan keseronokan belajar, kata-kata motivasi yang sesuai diberikan pada setiap jawapan yang
 betul dan salah meningkatkan semangat saya untuk meneruskan penerokaan maklumat dan membuat
 ulang kaji dan pengajaran guru menjadi lebih menarik dengan menggunakan perisian ini.

 Bagi item 3, 5, 9, 10, 15 dan 16 dalam jadual 4.15 di atas, 100% pelajar bersetuju dan sangat bersetuju
 terhadap penggunaan video dan animasi menyeronokkan lagi proses pembelajaran dan penerokaan
 maklumat, butang-butang navigasi yang disediakan untuk capaian maklumat memudahkan meneroka
 dan mendapatkan maklumat serta menambahkan lagi minat untuk belajar, kepelbagaian persembahan
 maklumat seperti eksperimen, simulasi dan latih tubi yang disediakan menambahkan minat untuk belajar
 „Analisis Kualitatif Garam‟, pembelajaran semakin menyeronokkan kerana dapat menjalankan
 eksperimen dan simulasi eksperimen sendiri, berasa seronok kerana boleh belajar mengikut kemampuan
 dan kadar sendiri dengan menggunakan perisian ini dan berasa seronok meneroka perisian ini kerana
 dapat mengawal pembelajaran mengikut kemampuan dan keperluan diri.

 Pengujian Hipotesis
 Merujuk kepada Jadual 4, min minat dan motivasi terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas
 penggunaan perisian kursus bagi kedua-dua kumpulan jantina adalah sama iaitu 1.42 dan menghampiri
 skor 1 sangat setuju. Sisihan piawai bagi pelajar lelaki ialah 0.334 dan pelajar perempuan 0.363.

        Jadual 4: Min bagi pemboleh ubah tidak bersandar (jantina) bagi aspek minat dan motivasi
                      Jantina               N                      Min              Sisihan piawai
      MINAT &           lelaki              15                    1.42                   0.334
      MOTIVASI       perempuan              15                    1.42                   0.363

 Jadual 5 pula menunjukkan dapatan analisis ujian-t. Daripada ujian t yang dijalankan, di dapati nilai
 t=0.536 dengan aras signifikan p<0.05 dengan 2 arah. Oleh kerana nilai t > 0.05/2, maka hipotesis nol 1

                                                                 536
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


adalah diterima. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek
minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus
multimedia interaktif kimia yang dibangunkan mengikut jantina.

    Jadual 5: Ujian t bagi pemboleh ubah tidak bersandar (jantina) bagi aspek minat dan motivasi
                                            Ujian Levene's                               Sig. (2-
                                                                Sig.    Nilai t   Df
                                                   F                                      arah)
  MINAT &     Equal variances assumed            0.392         0.536 -0.055      28       0.956
  MOTIVASI Equal variances not assumed                                  -0.055 27.816     0.956

Jadual 6 pula menunjukkan min minat dan motivasi terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas
penggunaan perisian kursus bagi tiga kumpulan tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia bagi
pelajar cemerlang ialah 1.42, pelajar sederhana 1.50 dan pelajar lemah ialah 1.27. Kesemua tahap
pelajar memberikan maklumbalas yang amat baik di mana skor yang diberikan adalah menghampiri skor
1 sangat setuju.

Sementara jadual 7 pula menunjukkan dapatan analisis ANOVA sehala yang dijalankan. Daripada jadual
4.22, dapatan ujian F yang dijalankan memberikan nilai F=0.367 dengan aras signifikan p<0.05 dengan 2
arah. Oleh kerana nilai F > 0.05/2, maka hipotesis nol 2 adalah diterima. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan
bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis
kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan
mengikut tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia.

                  Jadual 6: Min bagi tahap pencapaian bagi aspek minat dan motivasi
                  Tahap pencapaian                N                        Min                 Sisihan piawai
                       cemerlang                 10                        1.42                      0.257
   MINAT &             sederhana                 13                        1.50                      0.441
   MOTIVASI              lemah                    7                        1.27                      0.198
                          Total                  30                        1.42                      0.343

    Jadual 7: Ujian F (ANOVA sehala) bagi sampel tidak bersandar (tahap pencapaian) bagi aspek
              minat dan motivasi
                                              df                    F                 Sig.
                    Antara kumpulan            2
   MINAT &
                  Di dalam kumpulan           27                  1.039               .367
   MOTIVASI
                          Total               29


Perbincangan
Daripada dapatan kajian yang telah diperolehi, di dapati bahawa secara keseluruhannya maklum balas
terhadap persepsi minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas meneroka
perisian kursus yang dibangunkan adalah sangat baik iaitu 1.42 iaitu hampir kepada skor 1 iaitu sangat
setuju. Menurut Zoraini (1993), ciri penting perisian yang perlu diambil perhatian ialah interaktiviti bagi
menarik minat pengguna untuk terus berinteraksi terhadap perisian tersebut. Semua respon yang
diberikan bersifat positif, bersesuaian dan berkaitan dengan input yang diberikan oleh pengguna. Ciri-ciri
interaktif dalam perisian yang dibangunkan diakui sendiri oleh pelajar dan guru sebagaimana yang di
dapati daripada hasil kajian soal selidik pelajar item 5 dan 6 di mana 100% (S5) dan 96.6% (S6) pelajar
bersetuju dan sangat bersetuju bahawa melalui butang navigasi yang dan interaksi dua hala dengan
perisian dapat menambahkan minat untuk belajar tajuk ini. Ditambah pula 96.7% pelajar sangat
bersetuju dan bersetuju dengan reka bentuk skrin persembahan yang menarik (item 1) dan 93.3% sangat
bersetuju dan bersetuju bahawa ciri-ciri multimedia (item 2 dan 4) yang disediakan di dalam perisian ini
mengukuhkan lagi minat mereka untuk meneruskan penerokaan ilmu di dalam tajuk „Analisis Kualitatif
Garam‟. Begitu juga dengan pandangan pelajar terhadap item 3, 9 dan 10 di mana 100% bersetuju dan
sangat bersetuju bahawa selitan video, animasi, eksperimen maya dan simulasi eksperimen di dalam
perisian ini menyeronokkan proses pembelajaran mereka. Pernyataan ini diperkuatkan lagi dengan
96.6% pelajar mengakui bahawa dengan adanya kata-kata motivasi (item 13) dan 93.4% mengakui kata-
kata peneguhan (item 14) pada setiap jawapan betul atau salah meningkatkan lagi semangat untuk
meneruskan penerokaan. Dapatan ini bersesuaian dengan pandangan Norhashim et al. (1996) di mana
                                                   537
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


beliau menyatakan bahawa minat pelajar untuk terus belajar dapat dipertingkatkan dengan adanya faktor
motivasi yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam perisian kursus.

Pelajar mengakui 100% sangat bersetuju dan bersetuju (item 15 dan 16) bahawa mereka seronok belajar
dengan menggunakan perisian yang dibangunkan kerana dapat mengawal kadar pembelajaran mengikut
kemampuan dan akses kendiri mereka. Menurut teori Thorndike mengemukakan tiga hukum iaitu hukum
kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia
bertindak. Ini bersesuaian dengan konsep PPBK iaitu pembelajaran kendiri dan anjal di mana pelajar
boleh belajar secara akses kendiri mengikut kadar kendiri pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.
Hukum latihan pula menyatakan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah jika
latihan diadakan berulang-ulang. Sementara hukum kesan pula menyatakan pertalian antara rangsangan
dengan gerakbalas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya
gerak balas. Kesan pembelajaran yang menyeronokkan akan terus mendorong murid ke arah
pencapaian yang lebih baik (Wilhelmsen et al. 1998). Menurut teoari Pavlov pula, motivasi memainkan
peranan penting dalam pembelajaran. Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, pembiasaan dan
pengalaman. Dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku dan penghapusan juga boleh
berlaku jika peneguhan tidak diberikan (Ee 2002). Teori tingkah laku inilah antaranya telah diaplikasikan
ke dalam perisian kursus yang dibangunkan melalui ciri-ciri multimedia interaktif serta latihan dan
simulasi yang dipersembahkan untuk mengekalkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar seterusnya
memberikan kesan pembelajaran yang baik dan mendorong pencapaian yang lebih baik.

Dalam persoalan kajian ketiga dan keempat pula, pengkaji mengutarakan dua hipotesis nol berkaitan
aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk garam selepas menggunakan perisian dengan
memanipulasikan faktor jantina dan tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia. Daripada kedua-dua
dapatan hipotesis nol ini, dapatlah dibuat rumusan bahawa faktor jantina dan tahap pencapaian pelajar
tidak mempengaruhi minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam. Semua jantina
pelajar, lelaki dan perempuan menunjukkan minat yang setara terhadap perisian yang dibangunkan. Ini
menunjukkan bahawa perisian kimia ini mampu menarik minat kedua-dua jantina untuk mempelajari tajuk
garam selepas menggunakan perisian. Begitu juga dengan faktor tahap pencapaian pelajar dalam subjek
kimia menunjukkan tiada perbezaan ketara antara kumpulan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah
terhadap persepsi minat dan motivasi terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas menggunakan
perisian yang dibangunkan. Secara keseluruhannya, samada pelajar lelaki atau perempuan, pelajar
cemerlang, sederhana atau lemah, semuanya menunjukkan minat dan motivasi yang sangat baik
terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas meneroka dan menggunakan perisian yang
dibangunkan. Dapatan ini disokong oleh Rosafri (2004) iaitu daripada kajiannya beliau mendapati
perbezaan jantina dan kemahiran tidak mempengaruhi pelajar dalam peningkatan motivasi dan gaya
pembelajaran sejarah. Ini menunjukkan bahawa walaupun berbeza jantina dan tahap pencapaian pelajar,
minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk „Analisis Kualitatif Garam‟ meningkat setelah menggunakan
perisian ini.

Implikasi Dapatan Kajian
Implikasi keseluruhan daripada reka bentuk instruksi bersistem yang diaplikasikan di dalam
pembangunan perisian kursus ini, iaitu menurut Model ADDIE (Rosset 1987), dapat dilihat menerusi
pembangunan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif bertajuk „Analisis
Kualitatif Garam‟ bagi subjek kimia tingkatan 4 yang mempunyai isi kandungan tersusun dan berstruktur
dengan penerapan dan aplikasi teori dan strategi pembelajaran, persembahan perisian yang mempunyai
ciri-ciri multimedia interaktif, penglibatan aktif pelajar melalui butang-butang navigasi, aktiviti yang
disediakan, eksperimen, simulasi eksperimen, latih tubi, soalan penilaian serta maklumbalas peneguhan
dan pengukuhan yang disediakan di dalam perisian ini. Oleh itu, implikasi penggunaan reka bentuk
instruksi bersistem ini dapat digunakan untuk membangunkan sebuah perisian kursus pengajaran dan
pembelajaran yang lebih baik dan bermutu tinggi bagi manfaat pelajar dan guru khususnya untuk
mencapai matlamat pendidikan seperti yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Seterusnya, implikasi yang diharapkan ialah ia akan dapat melahirkan guru kimia yang mempunyai
kesungguhan untuk memastikan hasil dan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta berusaha
mempebaharui ilmu dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi bagi menyediakan
diri dengan perkembangan arus ICT dan globalisasi terkini serta bagi meningkatkan profesionalisme dan
martabat guru di mata masyarakat. Justeru, dapatan kajian ini juga akan memberikan implikasi kepada
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar lebih menyedari betapa pentingnya guru-guru
menguasai perisian pengarangan untuk membina sendiri perisian kursus bagi subjek masing-masing.
Bagi pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau pihak pentadbir dan
pengurusan sekolah pula, implikasi pembangunan dan penggunaan perisian kursus di dalam P&P akan
                                                                538
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


mendorong mereka memperbanyakkan aktiviti-aktiviti penggubalan modul dan bengkel pembinaan
perisian kursus di kalangan guru-guru subjek dan guru pakar. Oleh itu, pengumpulan bahan bantu
mengajar berasaskan perisian kursus yang dibina oleh guru secara terancang akan dapat dilaksanakan
dan diagihkan secara bersama kepada semua sekolah di bawah pentadbirannya, seterusnya akan
menggalakkan proses P&P yang lebih menarik dan bermakna.

Implikasi yang amat penting daripada dapatan kajian ini, adalah kesannya terhadap minat dan motivasi
pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran kimia. Ini jelas melalui dapatan kajian menunjukkan minat
dan motivasi pelajar bertambah selepas menggunakan perisian kursus „Analisis Kualitatif Garam‟ yang
dibangunkan. Implikasi ke atas minat dan motivasi terhadap pembelajaran kimia amat penting kerana
mata pelajaran kimia merupakan program dua tahun untuk murid tingkatan empat dan lima sekolah
menengah atas. Maka, jika minat dan motivasi pelajar juga pemahaman dan penguasaan pelajar
terhadap subjek ini tidak dipupuk dari awal, maka akan lahirlah pelajar yang hanya mengikuti
pembelajaran tetapi tidak belajar daripada apa yang dialaminya. Justeru, pembelajaran berkesan tidak
akan berlaku kerana menurut Ausubel pembelajaran haruslah bermakna (Ee 2002), maka dengan
bantuan teknologi multimedia yang canggih dan interaktif ini, minat dan motivasi serta pemahaman dan
daya ingatan pelajar diransang bagi menguasai pembelajaran seterusnya pembelajaran yang dialaminya
akan memberikan makna bagi pelajar tersebut. Oleh itu, diharapkan agar implikasi bagi dapatan kajian ini
juga akan memberikan peluang sama rata untuk pelajar mengakses maklumat dan mengalami sendiri
pembelajaran terutama dalam kaedah eksperimen samada secara simulasi atau demonstrasi.
Seterusnya perisian kursus dalam bentuk cakera digital ini dapat digunakan oleh pelajar secara
pendekatan masteri melalui pengggunaan perisian secara berulang seberapa kerap yang diingini dan
lebih fleksibel di mana pelajar dapat menjalankannya di luar waktu persekolahan mengikut perancangan
dan kesesuaian sendiri sesuai dengan konsep pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri, kadar kendiri
dan penilaian kendiri yang dicadangkan oleh pihak KPM. Menurut KPM (1997), pembelajaran ini memberi
ruang kepada pelajar untuk memantau progress pembelajaran diri. Implikasi ini sesuai dengan kehendak
kurikulum pendidikan kimia di mana ia dirancang untuk membolehkan murid memahami bidang kimia
dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian.
Dapatan kajian ini juga dapat memberikan implikasi ke atas bidang sumber dan teknologi maklumat
terutama di dalam bidang pendidikan kimia di mana ia merupakan bidang pendidikan yang menekankan
penguasaan ilmu dan kemahiran serta perkembangan sumber pendidikan terkini meliputi komponen
teknologi pendidikan, pendidikan komputer, teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pendidikan,
penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sumber dengan berkesan.
Maka dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai salah satu sumber bagi memperkayakan
maklumat dalam bidang sumber dan teknologi maklumat khususnya di dalam bidang pendidikan kimia
seterusnya dapat diaplikasikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan menggalakkan penggunaan ICT
di dalam pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan
implikasi ke atas kajian-kajian seterusnya dengan dijadikan panduan kepada para penyelidik dan
pengkaji di peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi bagi memperbaiki dan meningkatkan
kualiti perisian kursus dan reka bentuk pengajaran dalam kajian yang seterusnya. Ia juga boleh memberi
implikasi kepada kajian lanjutan dalam bidang ini, khususnya bagi mengkaji pula keberkesanan
penggunaan perisian semasa P&P serta kajian tentang pendekatan terbaik yang boleh digunakan oleh
para guru bagi pengaplikasian perisian kursus semasa P&P sesuai dengan peruntukan masa dan
kehendak silibus di sekolah dalam masa yang sama bagi menjamin minat dan penguasaan pelajar
terhadap pembelajaran akan meningkat.

Rumusan
Secara keseluruhannya, kajian pembangunan dan penilaian perisian kursus pengajaran dan
pembelajaran multimedia interaktif „Analisis Kualitatif Garam‟ bagi subjek Kimia Tingkatan 4 ini telah
berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa kelemahan di dalam proses
pembangunan perisian ini, namun kekuatan dan kelebihan yang ada melalui dapatan kajian ini lebih
wajar dititik beratkan kerana secara keseluruhannya ia dapat dilihat daripada maklum balas responden
daripada para guru dan pelajar yang berpuas hati setelah meneroka perisian kursus ini serta daripada
dapatan persoalan kajian yang menunjukkan perisian kursus ini adalah di tahap yang sangat baik.
Adalah diharapkan agar perisian kursus yang telah dibangunkan dengan mengaplikasikan reka bentuk
pengajaran bersistem diintegrasikan dengan teori dan strategi pembelajaran serta penerapan kemahiran
berfikir kritis dan kreatif, kemahiran proses sains dan sikap saintifik dan nilai murni, akan dapat
meningkatkan minat dan motivasi serta meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap
pembelajaran kimia serta menjadikan pembelajaran suatu proses yang menyeronokkan seterusnya akan
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual sesuai dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Justeru itu, para guru kimia wajar meningkatkan usaha dalam menguasai
                                                  539
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


kemahiran teknologi komputer dan memperbaiki keberkesanan pengajaran dan pembelajaran masing-
masing. Natijahnya sudah pasti keuntungannya akan diraih bersama oleh para generasi pelajar yang
akan mewarisi kepimpinan dan mencorakkan tamadun negara akan datang.

Kajian-kajian lepas yang dijalankan daripada dalam dan luar negara telah banyak menunjukkan bahawa
penggunaan komputer dan perisian kursus dapat membantu guru untuk meningkatkan dan memperbaiki
kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keupayaan komputer yang pelbagai boleh digunakan
untuk mengurangkan pelbagai kelemahan di dalam pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.
Malahan pembelajaran menggunakan multimedia boleh diaplikasikan secara meluas memandangkan
pelajar-pelajar kini kebanyakannya telah pun didedahkan dengan peralatan canggih komputer dan dunia
tanpa sempadan melalui internet. Sudah pasti pelajar generasi net ini lebih meminati kaedah ini. Oleh itu,
adalah diharapkan agar semua pihak daripada pihak KPM, JPN, PPD, pentadbir sekolah dan terutama
sekali para guru lebih bersedia dengan kaedah dan strategi terkini untuk mengimplementasikan proses
P&P secara konvensional kepada pembelajaran berasaskan teknologi multimedia dan ICT. Pepatah
melayu ada mengatakan “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Begitulah dengan
sikap, kesediaan dan persiapan guru serta pelajar untuk bersama-sama berusaha mengatasi halangan
dan cabaran yang ada supaya dapat memanfaatkan semaksimum mungkin kebaikan teknologi canggih
ini. Malah usaha-usaha penyediaan kelengkapan pengkomputeran yang sempurna oleh pihak KPM dan
pentadbiran sekolah juga perlu digiatkan lagi agar intipati dan kebaikan teknologi ini dapat dimanfaatkan
oleh semua pihak.

Rujukan
                                                                                       rd
Alessi, S.M. & Trollip, R.S. 2001. Multimedia for learning : Methods and development. 3 Ed. New Jersey:
         Prentice Hall.
Beal, H., Trimbur, J. & Weineger, S.J. 1994. Mastery, insight and the teaching of chemistry. Journal of
         Science Education and Technology 3(2): pp. 99-105.
Bell, J.T. & Fogler, H.S. 1998. Virtual Reality in the chemical engineering classroom. Computer
         Application in Engineering Education 4(4): pp. 15-17.
Bosco, J. 1986. An Analysis of evaluation of interactive video. Educational Technology 25: pp. 7-16.
Brooks, H.B. & Brooks, D.W. 1996. The emerging role of CD-ROMs in teaching chemistry. Journal of
         Science Education and Technology 5(3): pp. 203-205.
Ee Ah Meng. 2002. Psikologi pendidikan III. Edisi 3. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hartley, J. and Davies, I. 1978. “Note Taking: A Critical Review,” Programmed Learning and Educational
         Technology 15(3): pp. 207–224.
Hasselbring, T.S., Goin, L.I., & Bransford, J.D., 1988. Developing math automaticity in learning
         handicapped children : The role of computerized drill and practice. Focus on
Herron, J.D. 1975. Piaget for Chemists. Journal of Chemical Education 52(3): pp. 145-150.
Jamaluddin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir. 2001. Pembangunan perisian multimedia : satu
         pendekatan sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing.
Keller, J. M. 1987. Development and use of the ARCS model of motivational design. Journal of
         Instructional Development 10(3): pp. 2-10.
Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. 1983. Effects of computer based teaching on secondary students.
         Journal of Educational Psychology 75(1): pp. 19-26.
Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. 1984. Effects of computer based education in elementery schools.
         Computer in Human Behavior 1(1): pp. 59-74.
Kulik, C.C. & Kulik, J.A. 1986 Effects of computer based education in Colleges. AEDS Journal 19(2):
         pp. 81-108.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Smart School Flagship Application: The Malaysian Smart
         School. Kuala Lumpur: Gov. of Malaysia.
Mohd Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti.
Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp & Rose Alinda Alias. 1996. Pengajaran bantuan komputer. Kuala
         Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Osberg, K.M. 1997. Constructivism in practice: The case for meaning making in the virtual world. (atas
         talian) http://www.man.ac.uk/MVC//Osb/virtech/title.html (31 Disember 2007).
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Huraian Sukatan Pelajaran Kimia KBSM Tingkatan Empat. Kuala
         Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Roblyer, M.D. 1988. The effectiveness of microcomputer in education. A review of research from 1980-
         87. T.H.E. Journal 16(2): pp. 85-89.
Rossafri Bin Mohamad. 2004. Tahap keberkesanan perisian kursus modul TMK sejarah Tingkatan satu
         dalam pengajaran dan pembelajaran. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

                                                                540
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


Rossett, A. 1987. Training needs assessment. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology
        Publications.
Rusnida Romli. 2004. Makmal Kimia Maya : Aplikasi Pembelajaran Kimia Menggunakan Teknologi Realiti
        Maya. Kertas kerja yang dibentangkan di dalam Persidangan Kebangsaan Sains, Teknologi dan
        Masyarakat : Ke arah pembangunan yang bersepadu. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 10-11
        Disember.
Ward, C.R. & Herron J.D. 1980. Helping students understand formal chemical concepts. Journal of
        Research in Science Teaching 17: pp. 387-400.
Wilhelmsen, S. , Asmul, S.I. & Meistad, O. 1998. A collaborative term paper project in pedagogical
        information science graduate level (atas talian) http://www.uib.no/People/sinia/CSCL/web_
        struktur-832.htm (28 November 2003).
Zoraini Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.




                                               541

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
rambai7
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
Lee Roy
 
Ulasan jurnal kajian kualitatif
Ulasan jurnal kajian kualitatifUlasan jurnal kajian kualitatif
Ulasan jurnal kajian kualitatif
Suzana Che Harun
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
zalizakpt6044
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikan
peningla
 
Ambar tri wahyuni ambar tri wahyuni artikel
Ambar tri wahyuni ambar tri wahyuni artikelAmbar tri wahyuni ambar tri wahyuni artikel
Ambar tri wahyuni ambar tri wahyuni artikel
herdis91
 
Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learning
ronaroni1706
 

Was ist angesagt? (19)

Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Andrew hidayat 122268-id-studi-komparasi-penggunaan-praktikum-dan
 Andrew hidayat   122268-id-studi-komparasi-penggunaan-praktikum-dan Andrew hidayat   122268-id-studi-komparasi-penggunaan-praktikum-dan
Andrew hidayat 122268-id-studi-komparasi-penggunaan-praktikum-dan
 
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 
Tesis presentasi
Tesis presentasiTesis presentasi
Tesis presentasi
 
Form analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas naniForm analisis jurnal tugas nani
Form analisis jurnal tugas nani
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
 
Ulasan jurnal kajian kualitatif
Ulasan jurnal kajian kualitatifUlasan jurnal kajian kualitatif
Ulasan jurnal kajian kualitatif
 
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
TUGASAN 1 - ANALISIS JURNAL e-PEMBELAJARAN (KPT 6044)
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikan
 
Ulasan Jurnal KPR 4063 DPLI 2011
Ulasan Jurnal KPR 4063 DPLI 2011Ulasan Jurnal KPR 4063 DPLI 2011
Ulasan Jurnal KPR 4063 DPLI 2011
 
Proposal skripsi
Proposal skripsiProposal skripsi
Proposal skripsi
 
nirwanto
nirwantonirwanto
nirwanto
 
Ambar tri wahyuni ambar tri wahyuni artikel
Ambar tri wahyuni ambar tri wahyuni artikelAmbar tri wahyuni ambar tri wahyuni artikel
Ambar tri wahyuni ambar tri wahyuni artikel
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
 
Ipi315917
Ipi315917Ipi315917
Ipi315917
 
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
 
Ulasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learningUlasan jurnal e learning
Ulasan jurnal e learning
 

Andere mochten auch

Getting Git...before it gets you
Getting Git...before it gets youGetting Git...before it gets you
Getting Git...before it gets you
Jeremy Brown
 
『アメーバとサイバーエージェントのスマートフォンビジネス』サイバーエージェント名村氏
『アメーバとサイバーエージェントのスマートフォンビジネス』サイバーエージェント名村氏『アメーバとサイバーエージェントのスマートフォンビジネス』サイバーエージェント名村氏
『アメーバとサイバーエージェントのスマートフォンビジネス』サイバーエージェント名村氏
Developers Summit
 
Workshop Pal achter de middengroepen
Workshop Pal achter de middengroepen  Workshop Pal achter de middengroepen
Workshop Pal achter de middengroepen
Atrivé
 
FUSIONERA MakerFaire Taipei 2015 Masakazu Takasu ( Interactive Design from te...
FUSIONERA MakerFaire Taipei 2015 Masakazu Takasu ( Interactive Design from te...FUSIONERA MakerFaire Taipei 2015 Masakazu Takasu ( Interactive Design from te...
FUSIONERA MakerFaire Taipei 2015 Masakazu Takasu ( Interactive Design from te...
Nico-Tech Shenzhen/ニコ技深圳コミュニティ
 
Schede tecniche integratori alimentari gjav 09 2012
Schede tecniche integratori alimentari gjav 09 2012Schede tecniche integratori alimentari gjav 09 2012
Schede tecniche integratori alimentari gjav 09 2012
GJAV
 
Social Media for Educaion Associations
Social Media for Educaion AssociationsSocial Media for Educaion Associations
Social Media for Educaion Associations
dinica
 

Andere mochten auch (20)

Installing bi applications 7.9.6.4 on obiee 11.1.1.7.0
Installing bi applications 7.9.6.4 on obiee 11.1.1.7.0Installing bi applications 7.9.6.4 on obiee 11.1.1.7.0
Installing bi applications 7.9.6.4 on obiee 11.1.1.7.0
 
Praktijkervaring met het stappenplan Duurzaam Beheer en onderhoud
Praktijkervaring met het stappenplan Duurzaam Beheer en onderhoudPraktijkervaring met het stappenplan Duurzaam Beheer en onderhoud
Praktijkervaring met het stappenplan Duurzaam Beheer en onderhoud
 
Preparing Your Data for an Affirmative Action Plan: Workforce Snapshot
Preparing Your Data for an Affirmative Action Plan: Workforce SnapshotPreparing Your Data for an Affirmative Action Plan: Workforce Snapshot
Preparing Your Data for an Affirmative Action Plan: Workforce Snapshot
 
Regelstrategieën in de praktijk
Regelstrategieën in de praktijkRegelstrategieën in de praktijk
Regelstrategieën in de praktijk
 
Energiebesparing in de utiliteitsbouw
Energiebesparing in de utiliteitsbouwEnergiebesparing in de utiliteitsbouw
Energiebesparing in de utiliteitsbouw
 
Getting Git...before it gets you
Getting Git...before it gets youGetting Git...before it gets you
Getting Git...before it gets you
 
2039 ec7cb423d81f8c8
2039 ec7cb423d81f8c82039 ec7cb423d81f8c8
2039 ec7cb423d81f8c8
 
Liderana 120517174738-phpapp01 (1)
Liderana 120517174738-phpapp01 (1)Liderana 120517174738-phpapp01 (1)
Liderana 120517174738-phpapp01 (1)
 
『アメーバとサイバーエージェントのスマートフォンビジネス』サイバーエージェント名村氏
『アメーバとサイバーエージェントのスマートフォンビジネス』サイバーエージェント名村氏『アメーバとサイバーエージェントのスマートフォンビジネス』サイバーエージェント名村氏
『アメーバとサイバーエージェントのスマートフォンビジネス』サイバーエージェント名村氏
 
20150430_Meiji Univ 発明の民主化 -深セン、シンガポール、タイ、ネパール、トロンハイム、そして東京のメイカームーブメント #fmstks
20150430_Meiji Univ 発明の民主化 -深セン、シンガポール、タイ、ネパール、トロンハイム、そして東京のメイカームーブメント #fmstks20150430_Meiji Univ 発明の民主化 -深セン、シンガポール、タイ、ネパール、トロンハイム、そして東京のメイカームーブメント #fmstks
20150430_Meiji Univ 発明の民主化 -深セン、シンガポール、タイ、ネパール、トロンハイム、そして東京のメイカームーブメント #fmstks
 
Energiebesparing met prestatiecontracten
Energiebesparing met prestatiecontractenEnergiebesparing met prestatiecontracten
Energiebesparing met prestatiecontracten
 
Audolici
AudoliciAudolici
Audolici
 
Workshop Pal achter de middengroepen
Workshop Pal achter de middengroepen  Workshop Pal achter de middengroepen
Workshop Pal achter de middengroepen
 
FUSIONERA MakerFaire Taipei 2015 Masakazu Takasu ( Interactive Design from te...
FUSIONERA MakerFaire Taipei 2015 Masakazu Takasu ( Interactive Design from te...FUSIONERA MakerFaire Taipei 2015 Masakazu Takasu ( Interactive Design from te...
FUSIONERA MakerFaire Taipei 2015 Masakazu Takasu ( Interactive Design from te...
 
Twitter Session
Twitter SessionTwitter Session
Twitter Session
 
[HQ Nacional] Street Fighter II Ano I - Número 1 - Parte 3
[HQ Nacional] Street Fighter II Ano I - Número 1 - Parte 3[HQ Nacional] Street Fighter II Ano I - Número 1 - Parte 3
[HQ Nacional] Street Fighter II Ano I - Número 1 - Parte 3
 
Liderana 120517174738-phpapp01
Liderana 120517174738-phpapp01Liderana 120517174738-phpapp01
Liderana 120517174738-phpapp01
 
Zonder energieopslag geen energietransitie
Zonder energieopslag geen energietransitieZonder energieopslag geen energietransitie
Zonder energieopslag geen energietransitie
 
Schede tecniche integratori alimentari gjav 09 2012
Schede tecniche integratori alimentari gjav 09 2012Schede tecniche integratori alimentari gjav 09 2012
Schede tecniche integratori alimentari gjav 09 2012
 
Social Media for Educaion Associations
Social Media for Educaion AssociationsSocial Media for Educaion Associations
Social Media for Educaion Associations
 

Ähnlich wie 60 rosnaini mahmud

Ptk hasil belajar fisika materi momentum dan impuls pada siswa kelas xi
Ptk hasil belajar fisika materi momentum dan impuls pada siswa kelas xiPtk hasil belajar fisika materi momentum dan impuls pada siswa kelas xi
Ptk hasil belajar fisika materi momentum dan impuls pada siswa kelas xi
Eko Supriyadi
 
Skripsi Minat Prestasi Belajar Kimia Siswa
Skripsi Minat Prestasi Belajar Kimia SiswaSkripsi Minat Prestasi Belajar Kimia Siswa
Skripsi Minat Prestasi Belajar Kimia Siswa
Jx Proezack
 
Teaching lab report writing through inquiry a green chemistry stoichiometry ...
Teaching lab report writing through inquiry  a green chemistry stoichiometry ...Teaching lab report writing through inquiry  a green chemistry stoichiometry ...
Teaching lab report writing through inquiry a green chemistry stoichiometry ...
Linda Rosita
 
Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111
Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111
Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111
JibutSubagjo
 

Ähnlich wie 60 rosnaini mahmud (20)

Jurnal yeni
Jurnal yeniJurnal yeni
Jurnal yeni
 
Jp kimia122 redhana
Jp kimia122 redhanaJp kimia122 redhana
Jp kimia122 redhana
 
Metodologi Penelitian
Metodologi PenelitianMetodologi Penelitian
Metodologi Penelitian
 
Ptk hasil belajar fisika materi momentum dan impuls pada siswa kelas xi
Ptk hasil belajar fisika materi momentum dan impuls pada siswa kelas xiPtk hasil belajar fisika materi momentum dan impuls pada siswa kelas xi
Ptk hasil belajar fisika materi momentum dan impuls pada siswa kelas xi
 
3842 8495-1-sm
3842 8495-1-sm3842 8495-1-sm
3842 8495-1-sm
 
PPT Sidang Skripsi.pptx
PPT Sidang Skripsi.pptxPPT Sidang Skripsi.pptx
PPT Sidang Skripsi.pptx
 
Skripsi Minat Prestasi Belajar Kimia Siswa
Skripsi Minat Prestasi Belajar Kimia SiswaSkripsi Minat Prestasi Belajar Kimia Siswa
Skripsi Minat Prestasi Belajar Kimia Siswa
 
PPT Seminar PTK.pptx
PPT Seminar PTK.pptxPPT Seminar PTK.pptx
PPT Seminar PTK.pptx
 
Seminar proposal Tesis
Seminar proposal Tesis Seminar proposal Tesis
Seminar proposal Tesis
 
PENGEMBANGAN MODUL PEMBELAJARAN KIMIA BERBASIS PENDEKATAN SAINTIFIK PADA MATE...
PENGEMBANGAN MODUL PEMBELAJARAN KIMIA BERBASIS PENDEKATAN SAINTIFIK PADA MATE...PENGEMBANGAN MODUL PEMBELAJARAN KIMIA BERBASIS PENDEKATAN SAINTIFIK PADA MATE...
PENGEMBANGAN MODUL PEMBELAJARAN KIMIA BERBASIS PENDEKATAN SAINTIFIK PADA MATE...
 
Seminar proposal
Seminar proposalSeminar proposal
Seminar proposal
 
Pemodelan Jangka Sorong
Pemodelan Jangka SorongPemodelan Jangka Sorong
Pemodelan Jangka Sorong
 
REVIEW JURNAL.pptx
REVIEW JURNAL.pptxREVIEW JURNAL.pptx
REVIEW JURNAL.pptx
 
Presentasi KPTPK_Keterampilan Berpikir Kritis.pptx
Presentasi KPTPK_Keterampilan Berpikir Kritis.pptxPresentasi KPTPK_Keterampilan Berpikir Kritis.pptx
Presentasi KPTPK_Keterampilan Berpikir Kritis.pptx
 
Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminar
 
42622-75676629363-1-SM.pdf
42622-75676629363-1-SM.pdf42622-75676629363-1-SM.pdf
42622-75676629363-1-SM.pdf
 
Teaching lab report writing through inquiry a green chemistry stoichiometry ...
Teaching lab report writing through inquiry  a green chemistry stoichiometry ...Teaching lab report writing through inquiry  a green chemistry stoichiometry ...
Teaching lab report writing through inquiry a green chemistry stoichiometry ...
 
Analisis pemahaman siswa terhadapa pembelajaran kimia di sma pab 4 sampali
Analisis pemahaman siswa terhadapa pembelajaran kimia di sma pab 4 sampaliAnalisis pemahaman siswa terhadapa pembelajaran kimia di sma pab 4 sampali
Analisis pemahaman siswa terhadapa pembelajaran kimia di sma pab 4 sampali
 
Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111
Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111
Buku untuk belajar PPG prajabatan1111111111111111111111111111
 
1247-2601-1-SM.pdf Penerapan problem bas
1247-2601-1-SM.pdf Penerapan problem bas1247-2601-1-SM.pdf Penerapan problem bas
1247-2601-1-SM.pdf Penerapan problem bas
 

Mehr von Ena Ros

Rph ikan
Rph ikanRph ikan
Rph ikan
Ena Ros
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
Ena Ros
 
Papan cerita
Papan ceritaPapan cerita
Papan cerita
Ena Ros
 
Persediaan mengajar harian
Persediaan mengajar harianPersediaan mengajar harian
Persediaan mengajar harian
Ena Ros
 
Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010
Ena Ros
 
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
Ena Ros
 
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt60432012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
Ena Ros
 
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt60432012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
Ena Ros
 
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt60432012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
Ena Ros
 
Model pembelajaran abm 2010
Model pembelajaran abm 2010Model pembelajaran abm 2010
Model pembelajaran abm 2010
Ena Ros
 
Matapelajaran
MatapelajaranMatapelajaran
Matapelajaran
Ena Ros
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
Ena Ros
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasan
Ena Ros
 
Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1
Ena Ros
 

Mehr von Ena Ros (14)

Rph ikan
Rph ikanRph ikan
Rph ikan
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
Papan cerita
Papan ceritaPapan cerita
Papan cerita
 
Persediaan mengajar harian
Persediaan mengajar harianPersediaan mengajar harian
Persediaan mengajar harian
 
Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010
 
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
 
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt60432012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
2012100608102620111014181047 kuliah2kpt6043
 
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt60432012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
2012100607103520111014181028 kulliah1 kpt6043
 
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt60432012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
2012100608101520111014181052 kuliah3ppt6043
 
Model pembelajaran abm 2010
Model pembelajaran abm 2010Model pembelajaran abm 2010
Model pembelajaran abm 2010
 
Matapelajaran
MatapelajaranMatapelajaran
Matapelajaran
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasan
 
Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1Slide final tugasan 1
Slide final tugasan 1
 

60 rosnaini mahmud

  • 1. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Pembangunan dan Penilaian Perisian Kursus Multimedia Interaktif "Analisis Kualitatif Garam" dalam Subjek Kimia Dr. Rosnaini Mahmud & *Norsiati Bt Razali @ Mohd Ghazali Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia *SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan Abstrak Tujuan kajian ini ialah untuk membangun dan menilai perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif yang bertajuk 'Analisis Kualitatif Garam' bagi membantu meningkatkan minat dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran kimia. Perisian ini mengaplikasikan teori-teori pembelajaran kognitif, konstruktivime, behaviorisme dan kepelbagaian kecerdasan dengan menggunakan strategi pembelajaran aktif, strategi pembelajaran anjal dan pendekatan inkuiri. Model ADDIE digunakan sebagai pendekatan pedagogi dengan gabungan tutorial, simulasi dan latih tubi dengan konsep hipermedia dan struktur sesawang. Micromedia Flash MX dijadikan pelantar utama. Penilaian sumatif dijalankan menggunakan kaedah tinjauan ke atas sampel kajian yang terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 4 dari SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan yang dipilih secara rawak berdasarkan gred kimia peperiksaan akhir tahun. Instrumen pengukuran dibuat dengan menggunakan borang soal selidik skala Likert dengan kebolehpercayaan Alpha-Cronbach iaitu 0.9116. Hasil dapatan daripada penilaian sumatif dianalisa menggunakan perisian SPSS Versi 11 untuk mendapatkan nilai min, frekuensi dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan kesemua responden bersetuju bahawa dengan penggunaan perisian PPBK ini boleh meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran kimia. Rumusan ini dibuat berdasarkan purata min keseluruhan untuk kesemua item pelajar iaitu 1.42. Interpretasi nilai min ini menunjukkan perisian ini berada ditahap yang sangat baik. Kesemua hipotesis nol juga diterima. Pendahuluan Ledakan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi era globalisasi kini memberi nafas baru kepada senario dunia pendidikan di Malaysia. Malah perkembangan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam pendidikan telah dikenal pasti dapat menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer secara bestari perlu diimplementasikan oleh para guru dalam memupuk minat dan kesungguhan pelajar terutama dalam bidang sains dan matematik. Kajian-kajian ilmiah antaranya yang telah dijalankan oleh Kulik et al. (1983, 1984, 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan perisian kursus pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Sementara itu, kajian perbandingan menunjukkan bahawa pelajar yang menerima PPBK berkombinasikan pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring et al. 1988). Begitu juga dalam subjek kimia seperti yang dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (2001) di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kimia, penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran seperti simulasi dan animasi berkomputer yang dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus, atau laman web atau perbincangan melalui telesidang dijalankan sebagai salah satu kaedah untuk mengajar konsep sains yang mujarab dan sukar serta amat membantu dalam meningkatkan minat murid belajar sains. Manakala, strategi penggunaan PPBK amat sesuai sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum kimia yang mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah suatu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap optimum. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berfikrah boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran antaranya kaedah eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan dengan penggunaan sumber luar bilik darjah dan penggunaan teknologi seperti simulasi dan animasi berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Pernyataan Masalah Belajar kimia memerlukan pelajar untuk menghubungkaitkan antara persamaan kimia dan simbol-simbol yang berkait dengan atom dan molekul dan juga pemerhatian makroskopik di dalam makmal dan juga
  • 2. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention mendapatkan data. Ia memerlukan pelajar menghubungkaitkan antara pemerhatian makroskopik, tafsiran mikroskopik dan simbol-simbol. Belajar untuk menghubungkait antara keiga-tiga dunia ini agak sukar bagi pelajar yang baru belajar kimia. Malah kebanyakan proses kimia sukar ditafsirkan secara berkesan kerana ia melibatkan konsep di mana setiap individu perlu membuat visualisasi terhadap pergerakan molekul, ion dan elektron (Beal et al. 1994; Brooks & Brooks 1996). Malah Heron (1975) menjelaskan dunia kimia ibarat mengendalikan tiga dunia iaitu dunia makroskopik yang melibatkan bahan kimia yang digunakan dalam kehidupan, dunia mikroskopik yang melibatkan atom dan molekul dan dunia simbolik yang melibatkan formula dan persamaan kimia. Ward dan Herron (1980) pula menyatakan kimia merupakan subjek yang sukar kerana ia memerlukan pelajar membuat gambaran mental dengan pelbagai bahan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti atom, ion dan molekul. Interaksi antara zarah-zarah ini tidak dapat dirasa atau dialami sendiri oleh pelajar. Malah daripada hasil temu bual dan soal selidik kajian permulaan dalam fasa analisis pengguna yang dijalankan, perisian kursus untuk tajuk garam amat perlu dibangunkan berdasarkan dapatan di mana 96.7% pelajar menyatakan tidak mendapat markah yang tinggi dalam tajuk Analisis Kualitatif Garam apabila diuji dan 73.3% menyatakan tajuk ini sukar dikuasai. Sebanyak 86.7% pelajar menyatakan bahawa tajuk ini amat sukar diingat kerana terlalu banyak fakta yang perlu dihafal terutamanya tentang warna garam, keterlarutan garam, ujian pengesahan kation dan anion serta banyak eksperimen yang perlu dihurai langkahnya terutama untuk soalan berbentuk esei. Faktor-faktor ini mengurangkan minat pelajar untuk mepelajari tajuk garam. Oleh kerana kurang minat untuk mempelajari dan mengingat fakta yang telah dinyatakan, pelajar mengalami kesukaran untuk menjawab soalan yang dikemukakan dalam ujian atau peperiksaan terutama soalan yang melibatkan carta aliran eksperimen untuk mengesahkan kehadiran kation atau anion dalam suatu garam yang tidak diketahui. Menurut kajian Bosco (1986), punca utama terhadap kelemahan pelajar dalam pelajaran adalah disebabkan pelajar mudah lupa ataupun gagal mengingat apa yang telah mereka pelajari. Oleh itu selain daripada penerangan jelas yang perlu diberikan oleh guru semasa P&P, teknologi komputer multimedia mampu membantu mengurangkan dan menangani kesukaran-kesukaran yang dinyatakan dengan mempersembahkan grafik dan animasi bagi interaksi zarah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar serta carta dan peta konsep yang dapat menunjukkan perkaitan yang lebih jelas antara konsep-konsep kimia, seterusnya akan meningkatkan minat pelajar menguasai tajuk ini. Faktor-faktor yang telah dinyatakan itu memberi dorongan penyelidik untuk menjalankan kajian terhadap pembangunan dan penilaian perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif bertajuk „Analisis Kualitatif Garam‟ yang diajar kepada pelajar tingkatan 4. Pelajar akan dapat mengalami sendiri dan melihat keputusan eksperimen yang dijalankan dengan lebih jelas terutamanya dari segi perubahan warna garam yang dihasilkan semasa proses simulasi. Perisian kursus yang dibangunkan diharap mampu mengatasi kelemahan ini dan mampu meningkatkan minat dan motivasi pelajar tentang topik ini melalui mod tutorial yang mengandungi paparan audio, visual, animasi, grafik, video dan teks yang mudah dilihat dengan jelas, mod simulasi eksperimen yang memerlukan penglibatan aktif daripada pelajar dan mod latih tubi bersama maklum balas positif serta selitan tips mengingat di dalam persembahannya. Malah dengan ciri-ciri interaktif dan suasana pembelajaran aktif, minat dan motivasi pelajar serta daya ingatan dan pemahaman pelajar terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam akan meningkat selepas menggunakan perisian ini sebagaimana kajian daripada Dale Edgar pada tahun 1969 di dalam bukunya “Audio-Visual Methods in Teaching” telah membuat kesimpulan bahawa pelajar hanya mampu mengingat 10% daripada apa yang dibaca dan 20% apa yang didengar. Walau bagaimanapun, mereka mampu mempertahankan 90% apa yang dipelajari melalui pembelajaran aktif (Bell 1998). Dalam kajian Norhashim et al. (1996) pula, menyatakan bahawa minat pelajar untuk terus belajar dapat dipertingkatkan dengan adanya faktor motivasi yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam perisian kursus. Malah daripada dapatan kajian Rusnida (2004) membuktikan bahawa dengan pembangunan makmal kimia maya (MaKim) mampu membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap perkara-perkara yang tidak dapat dilihat secara realiti sekaligus mencipta satu persekitaran pembelajaran yang menarik untuk pelajar. Selain itu, Osberg (1997) menyatakan dengan menggunakan perhubungan anggota badan, penglihatan serta pendengaran melalui aktiviti virtual, suatu persekitaran belajar interaktif dan menarik dapat disediakan yang seterusnya akan menarik minat pelajar dan menguatkan serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep pembelajaran. Oleh itu adalah diharapkan dengan pembangunan perisian kursus ini, objektif pengajaran dan pembelajaran akan dapat dicapai seterusnya menambah minat dan membantu mengatasi kesukaran pelajar dalam mengingat, memahami dan menguasai tajuk Analisis Kualitatif Garam dalam subjek kimia di peringkat sekolah menengah. 528
  • 3. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Tujuan Kajian Tujuan kajian ini ialah untuk membangun dan menilai perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif yang bertajuk „Analisis Kualitatif Garam‟ bagi membantu meningkatkan minat dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran kimia. Persoalan Kajian i. Bagaimanakah perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam yang dibangunkan dapat meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam? ii. Adakah perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam yang dibangunkan dapat meningkatkan persepsi minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam? iii. Adakah terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam mengikut jantina? viii. Adakah terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari tajuk garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam mengikut tahap pencapaian kimia? Hipotesis Kajian Hipotesis nol 1 : Tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan mengikut jantina. Hipotesis nol 2 : Tidak perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan mengikut tahap pencapaian kimia. Kerangka Konseptual Rajah 1 di bawah menunjukkan kerangka konseptual kajian di mana pembangunan perisian kursus multimedia interaktif pengajaran dan pembelajaran kimia dilaksanakan berdasarkan model reka bentuk instruksi bersistem iaitu Model ADDIE (Rosset 1987) yang terbahagi kepada lima fasa iaitu fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Daripada analisis pengguna dan persekitaran pembelajaran kimia, maka pemasalahan dan tujuan kajian telah dikenal pasti. Seterusnya gabungan teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran konstruktivisme, kognitivisme, behaviorisme dan kepelbagaian kecerdasan, diikuti dengan strategi pembelajaran inkuiri, aktif dan anjal serta penerapan kemahiran proses sains, kemahiran berfikir juga penerapan sikap saintifik dan nilai murni, maka struktur kandungan hierarki dan sesawang serta pendekatan pedagogi dalam mod tutorial, simulasi dan latih tubi telah dirangka dengan ciri-ciri multimedia interaktif di dalam fasa reka bentuk dan pembangunan perisian kursus bertajuk Analisis Kualitatif Garam. 529
  • 4. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Rajah 1: Kerangka konseptual kajian Setelah perisian kursus Analisis Kualitatif Garam dibangunkan, maka perisian yang terhasil disemak oleh guru kimia dan pakar IT melalui suatu borang senarai semak yang disediakan. Proses baik pulih perisian akan dilaksanakan daripada hasil penilaian formatif tersebut. Selepas dibaik pulih, maka perisian kursus yang telah siap dibangunkan akan dibentangkan kepada para responden pelajar dengan kaedah lapangan. Akhirnya para responden akan menilai perisian tersebut melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil daripada penggunaan perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam ini, adalah diharapkan dapat menarik minat dan motivasi pelajar untuk mempelajari subjek kimia. Kaedah Kajian Kaedah kajian ini merupakan kaedah penyelidikan penilaian ke atas perisian kursus multimedia interaktif Analisis Kualitatif Garam yang telah dibangunkan. Menurut Mohd Najib (1999), penyelidikan penilaian merujuk kepada set soalan atau sokongan program (komputer atau perisian kursus) berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh penyelidik iaitu kajian membangunkan sesuatu program dan menilai reka bentuk program tersebut. Kajian ini lebih berbentuk teknikal dan mempunyai ciri-ciri praktikal untuk kegunaan manusia. Proses pembangunan perisian adalah proses di mana perisian dibangunkan berpandukan model-model reka bentuk instruksi bersistem (Jamaluddin et al. 2001). Untuk kajian ini, Model ADDIE telah digunakan. Model ini mengandungi lima fasa iaitu fasa pertama ialah fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian (Rossett 1987). 530
  • 5. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Instrumen Penilaian, Populasi dan Sampel Kajian Pembangunan perisian kursus „Analisis Kualitatif Garam‟ melibatkan pelbagai instrumen dan responden untuk tujuan taksiran masalah, analisis keperluan pengguna, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian. Instrumen kajian adalah dalam bentuk skrin templat dan papan cerita, soal selidik, protokol temubual dan senarai semak. Borang soal selidik bagi penilaian sumatif pelajar dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu Bahagian I dan Bahagian II. Soalan Bahagian I melibatkan latar belakang responden iaitu jantina dan gred kimia peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Manakala Bahagian II pula terdiri daripada soalan berkaitan minat dan motivasi pelajar selepas meneroka perisian kursus. Kesemua item dalam Bahagian II bagi penilaian pelajar diukur menggunakan skala pemeringkatan sumatif iaitu Skala Likert dalam bentuk ordinal iaitu 1-sangat setuju (SS) , 2-setuju (S), 3- kurang setuju (KS), 4-tidak setuju (TS) dan 5-sangat tidak setuju (STS). Fasa penilaian sumatif melibatkan populasi kajian yang terdiri daripada pelajar kimia tingkatan 4 di sekolah menengah daerah Kuantan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar kimia tingkatan 4 yang dipilih secara rawak berstrata berdasarkan gred kimia peperiksaan akhir tahun yang dikategorikan sebagai pelajar cemerlang yang mendapat gred 1A dan 2A, pelajar kategori sederhana dengan gred kimia 3B, 4B, 5C dan 6C seterusnya kategori lemah dengan gred kimia 7D, 8E dan 9G. Secara keseluruhannya, instrumen dan responden yang terlibat dalam pembangunan dan penilaian perisian kursus Analisis Kualitatif Garam ini adalah seperti ditunjukkan di dalam jadual 1. Nilai pekali alpha Cronbach bagi instrumen soal selidik yang diperolehi adalah tinggi iaitu 0.9116. Menurut Mohd Najib (1999), nilai pekali keboleh percayaan yang digunakan harus melebihi 0.80. Oleh itu item-item yang telah dibina mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan berupaya mengukur pembolehubah-pembolehubah dalam kajian ini. Jadual 1: Instrumen dan responden kajian FASA INSTRUMEN RESPONDEN FASA ANALISA i. Protokol Temubual i. 5 orang guru kimia (termasuk guru pakar KEPERLUAN Guru kimia) ii.Soal selidik i. 30 orang pelajar tingkatan 4 FASA REKA BENTUK i. Skrin Templat i. Pembangun perisian FASA PEMBANGUNAN i. Perisian Kursus i. Pembangun perisian FASA PELAKSANAAN i. Senarai semak i. 2 orang guru kimia ii. 1 orang Pegawai Teknologi Pendidikan iii.Pembangun perisian FASA PENILAIAN i. Soal selidik pelajar i. 30 orang pelajar tingkatan 4 Tatacara Penganalisaan Data Hasil dapatan daripada penilaian sumatif, dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS Versi 11 untuk mendapatkan analisa data dalam bentuk deskriptif. Item dalam Bahagian I akan dianalisa menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk frekuensi dan peratus. Sementara item Bahagian II yang menggunakan skala Likert 5 mata dianalisa menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Skor yang diberi kepada setiap item ialah 1-sangat setuju (SS), 2-setuju (S), 3-kurang setuju (KS), 4-tidak setuju (TS) dan 5-sangat tidak setuju (STS). Untuk tujuan interpretasi minat dan motivasi pelajar, skor item dibahagikan kepada tiga tahap berdasarkan min iaitu seperti jadual 2. Jadual 2: Interpretasi skor min bagi penilaian perisian kursus analisis kualitatif garam Min Interpretasi 1.00 - 1.99 Sangat baik 2.00 - 2.99 Baik 3.00 - 3.99 Sederhana 4.00 - 5.00 Lemah Bagi tujuan menguji hipotesis untuk menentukan hubungan antara pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar, statistik inferensi menggunakan ujian-t tidak bersandar dan ANOVA sehala (Ujian F) digunakan untuk mengenal pasti perbandingan antara jantina dan tahap pencapaian pelajar dengan minat dan motivasi pelajar selepas menggunakan perisian kursus „Analisis Kualitatif Garam‟. 531
  • 6. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Dapatan Kajian Kajian ini dijalankan ke atas 30 orang pelajar kimia tingkatan 4 yang terdiri daripada 15 orang (50.0%) pelajar perempuan dan 15 orang (50.0%) pelajar lelaki. Daripada jumlah tersebut seramai 10 orang (33.3%) pelajar mempunyai tahap pencapaian cemerlang (1A dan 2A), 13 orang (43.3%) pelajar sederhana dan 7 orang (23.3%) pelajar di dalam kategori pencapaian lemah di dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Dapatan persoalan kajian 1 dapat ditunjukkan melalui contoh skrin persembahan seperti ditunjukkan dalam Rajah 2-5. Perisian kursus „Analisis Kualitatif Garam‟ yang dibangunkan dengan ciri-ciri multimedia interaktif serta dengan struktur kandungan dan pedagogi yang terancang dapat menarik minat dan motivasi pelajar. Antaranya ialah melalui set induksi yang disediakan dalam bentuk kartun iaitu video dialog antara ibu dan anak dalam kehidupan harian sebagai langkah permulaan untuk menarik perhatian pelajar untuk meneruskan penerokaan terhadap perisian kursus yang dibangunkan seperti ditunjukkan di dalam Rajah 2. Rajah 2: Video kartun set induksi untuk menarik perhatian pelajar Contoh skrin persembahan lain yang dibangunkan yang dapat menarik minat pelajar adalah melalui maklum balas yang diberikan di dalam perisian ini seperti di dalam persembahan uji minda, latihan, penilaian, eksperimen dan simulasi yang memerlukan interaksi antara pengguna dan komputer. Ia dapat ditunjukkan melalui Rajah 3 di bawah. Markah prestasi keseluruhan dan komen yang membina bagi soalan penilaian kertas 1 yang disediakan juga dapat menjadi salah satu elemen yang dapat menarik minat dan motivasi pelajar seperti yang ditunjukan di dalam rajah 4 dan 5, kerana ia dapat memberikan maklum balas serta merta setelah pelajar menjawab soalan yang dikemukakan. Maklum balas yang diberikan berbeza mengikut markah dan gred pelajar. Pelajar juga akan lebih bermotivasi apabila nama beliau yang dimasukkan pada permulaan skrin penilaian dinyatakan semula sebelum paparan keputusan markah dan gred. Melalui skrin maklum balas betul atau salah dan juga markah prestasi yang diberikan dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar di mana kata-kata penghargaan dan motivasi diberikan apabila pelajar menjawab soalan atau tugasan yang diberikan. Rajah 3: Maklum balas positif uji minda untuk menarik minat dan motivasi pelajar 532
  • 7. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Rajah 4: Skrin paparan markah dan komen prestasi pelajar A Rajah 5: Skrin paparan markah dan komen prestasi pelajar B Reka bentuk skrin seperti rajah 3-5 di atas, bersesuaian dengan prinsip utama teori behaviorisme iaitu iaitu rangsangan, gerakbalas dan peneguhan. Proses pembelajaran akan lebih berkesan apabila wujudnya tindak balas pelajar berdasarkan rangsangan yang diberikan kepada mereka. Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas dan rangsangan yang diterima boleh dikaitkan dengan rangsangan yang lain seperti suara, gerakan untuk mewujudkan pembelajaran. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Pavlov iaitu dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku dan penghapusan juga boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan (Ee 2002). Begitu juga menurut pandangan Hartley dan Davies (1978), iaitu proses belajar dapat berlaku dengan baik apabila pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan aktif, tiap-tiap tindak balas harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya benar dan setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi peneguhan positif seperti „tahniah‟, „syabas, teruskan usaha anda‟ atau „ada peningkatan dalam jawapan anda‟ yang akan menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik dan berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian. Pujian atau ganjaran dalam peneguhan positif yang diperkenalkan oleh B.F. Skinner dalam teori pelaziman operan boleh diaplikasikan dalam perisian PPBK melalui maklum balas apabila pelajar menjawab soalan latihan yang dikemukakan. Selain itu, skrin persembahan perisian yang mempunyai pelbagai warna terutama bagi menunjukkan warna garam bagi pemerhatian ujian pengesahan kation dan anion ditambah pula dengan butang-butang navigasi yang interaktif yang disediakan di dalam perisian ini, juga antara faktor yang dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk meneruskan penerokaan dan memahami tajuk Analisis Kualitatif Garam seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6 di bawah. Melalui butang-butang navigasi yang disediakan di dalam perisian ini yang bersifat interaktif dan boleh diulang-ulang, soalan-soalan uji minda, latihan dan penilaian yang disediakan bagi membolehkan pelajar melazimi hasil pembelajaran. Contoh lain bagaimana perisian kursus yang dibangunkan dapat menarik minat dan motivasi pelajar adalah melalui reka bentuk simulasi eksperimen yang disediakan seperti rajah 7 dan 8. Ia merupakan suatu pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan motivasi pelajar di mana pelajar mengambil bahagian secara aktif, berlaku pemindahan pembelajaran iaitu daripada kemahiran atau ilmu yang telah dipelajari 533
  • 8. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention digabungkan dengan situasi baru yang disediakan. Pendekatan simulasi komputer juga lebih fleksibel kerana ia dapat mengambil tempat sebagai tutorial di mana ia memberikan bimbingan kepada pengguna untuk menjalankan simulasi, ia juga boleh dijadikan sebagai latih tubi apabila pengguna menjalankan simulasi secara berulang-ulang dan ia juga boleh digunakan sebagai ujian untuk menguji penguasaan pelajar dalam tajuk analisis kualitatif garam. Ia juga dianggap fleksibel kerana reka bentuk perisian simulasi boleh didasarkan kepada pelbagai falsafah dan teori pendidikan sama ada teori tingkah laku, kognitif, konstruktif atau instruktif atau menggabungkan beberapa teori dan boleh dijalankan secara individu atau pembelajaran koperatif di dalam kumpulan (Alessi & Trollip 2001). Maka pendekatan simulasi ini dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran menggunakan perisian ini, sebagaimana menurut Keller (1987) di dalam model reka bentuk pegajaran ARCS, faktor perhatian (attention), kesesuaian (relevant), keyakinan (confident) dan kepuasan (satisfaction) merupakan elemen yang perlu diterapkan di dalam aktiviti P&P untuk menarik minat pelajar serta merangsang keinginan belajar. Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini, pembangunan perisian kursus Analisis Kualitatif Garam melalui aktiviti yang mempunyai ciri multimedia interaktif di dalam persembahan tutorial, latih tubi dan simulasi merupakan faktor yang akan menggerakkan pelajar untuk meneroka perisian ini seterusnya menarik sifat ingin tahu pelajar dan semangat yang kuat untuk menerus dan menguasai pembelajaran. Rajah 6: Skrin tutorial dengan persembahan berwarna dan butang navigasi yang interaktif Rajah 7: Skrin Persembahan Kandungan Simulasi 534
  • 9. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Rajah 8: Skrin kesimpulan simulasi Sementara dapatan daripada jadual 3 di bawah adalah untuk menjawab persoalan kajian 2 di mana ia menunjukkan peratus kekerapan, min dan sisihan piawai terhadap minat dan motivasi pelajar. Jadual 3 : Peratus kekerapan, min dan sisihan piawai terhadap minat dan motivasi pelajar % Kekerapan Skor Sisihan BIL ITEM N Min SS S KS TS STS Piawai S1 Reka bentuk skrin Perisian Kursus Analisis 56.7 40.0 3.3 0 0 30 1.47 0.571 Kualitatif Garam menarik dan bersesuaian. S2 Gabungan teks, imej, warna dan suara menambah 50.0 43.3 6.7 0 0 30 1.57 0.626 minat dan membantu proses pembelajaran saya. S3 Penggunaan video dan animasi menyeronokkan lagi proses pembelajaran dan penerokaan 70.0 30.0 0 0 0 30 1.30 0.466 maklumat saya. S4 Penggunaan muzik latar memberikan rangsangan 53.3 40.0 6.7 0 0 30 1.53 0.629 untuk saya belajar. S5 Butang-butang navigasi yang disediakan untuk capaian maklumat memudahkan saya meneroka 76.7 23.3 0 0 0 30 1.23 0.430 dan mendapatkan maklumat serta menambahkan lagi minat untuk belajar. S6 Saya semakin berminat meneroka perisian ini kerana dapat berinteraksi dengan perisian Analisis 63.3 33.3 3.3 0 0 30 1.40 0.563 Kualitatif Garam ini dengan baik. S7 Perjalanan persembahan maklumat dalam perisian 76.7 20.0 3.3 0 0 30 1.27 0.521 mudah diikuti S8 Maklumat atau kemahiran yang dipersembahkan 56.7 40.0 3.3 0 0 30 1.47 0.571 dalam tutorial adalah padat dan menarik S9 Kepelbagaian persembahan maklumat seperti eksperimen, simulasi dan latih tubi yang disediakan 66.7 33.3 0 0 0 30 1.33 0.479 menambahkan minat untuk saya belajar tajuk garam S10 Pembelajaran semakin menyeronokkan kerana saya dapat menjalankan eksperimen dan simulasi 80.0 20.0 0 0 0 30 1.20 0.407 eksperimen sendiri. S11 Paparan maklumat atau soalan-soalan uji minda sebelum memulakan setiap sub topik menarik 70.0 26.7 3.3 0 0 30 1.33 0.547 minat saya untuk memulakan pelajaran. S12 Saya berasa seronok belajar melalui perisian ini kerana terdapat skrin-skrin Ulang kaji, Tips Belajar 73.3 23.3 3.3 0 0 30 1.30 0.535 dan Informasi Tahukah Anda yang dapat membantu saya menambahkan maklumat. S13 Kata-kata motivasi yang sesuai diberikan pada setiap jawapan yang betul meningkatkan semangat 43.3 53.3 3.3 0 0 30 1.60 0.563 saya untuk meneruskan penerokaan maklumat S14 Kata-kata peneguhan yang diberikan jika jawapan saya salah menambahkan lagi semangat saya 36.7 56.7 6.7 0 0 30 1.70 0.596 untuk terus mencuba dan membuat ulang kaji. 535
  • 10. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention % Kekerapan Skor Sisihan BIL ITEM N Min SS S KS TS STS Piawai S15 Saya berasa seronok kerana boleh belajar mengikut kemampuan dan kadar sendiri dengan 56.7 43.3 0 0 0 30 1.43 0.504 menggunakan perisian ini. S16 Saya berasa seronok meneroka perisian ini kerana dapat mengawal pembelajaran mengikut 66.7 33.3 0 0 0 30 1.33 0.479 kemampuan dan keperluan saya. S17 Perisian ini menjadikan pengajaran guru lebih 73.3 13.3 13.3 0 0 30 1.40 0.724 menarik. S18 Secara keseluruhannya saya berasa seronok menggunakan perisian kursus Analisis Kualitatif 66.7 26.7 6.7 0 0 30 1.40 0.621 Garam ini. S19 Minat dan motivasi belajar saya terhadap subjek kimia semakin bertambah setelah menggunakan 66.7 26.7 6.7 0 0 30 1.40 0.621 perisian ini. PURATA KESELURUHAN MINAT DAN MOTIVASI 63.3 33.0 3.7 0 0 30 1.42 0.343 Dapatan menunjukkan min keseluruhan yang sangat baik bagi minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk „Analisis Kualitatif Garam‟ selepas menggunakan perisian kursus yang dibangunkan iaitu 1.42. Min ini diperolehi hasil maklumbalas yang sangat baik daripada responden terhadap soalan-soalan di dalam item yang dikemukakan di mana keseluruhannya min bagi semua item yang ditanya adalah antara 1 (sangat setuju) dan 2 (setuju) sebagaimana yang ditunjukkan di dalam jadual 3 di bawah.Daripada item 18 dan 19, secara keseluruhannya 93.4% pelajar sangat bersetuju dan bersetuju bahawa mereka berasa seronok menggunakan perisian kursus Analisis Kualitatif Garam dan minat serta motivasi belajar terhadap subjek kimia semakin bertambah setelah menggunakan perisian ini dengan min 1.40 berbanding hanya 6.7% sahaja yang kurang bersetuju. Begitu juga bagi item 1, 2, 4, 6, 7, 8, 11, 12, 13, 14 dan 17 lebih 90.0% pelajar bersetuju dan sangat bersetuju bahawa reka bentuk skrin perisian menarik dan bersesuaian, gabungan teks, imej, warna dan suara menambah minat dan membantu proses pembelajaran, penggunaan muzik latar memberikan rangsangan untuk belajar, interaksi yang baik meningkatkan minat untuk meneroka perisian, persembahan yang mudah diikuti, maklumat yang dipersembahkan adalah padat dan menarik, soalan uji minda sebelum memulakan topik menarik minat untuk memulakan pembelajaran, skrin-skrin ulang kaji, tips belajar dan informasi tahukah anda menambahkan keseronokan belajar, kata-kata motivasi yang sesuai diberikan pada setiap jawapan yang betul dan salah meningkatkan semangat saya untuk meneruskan penerokaan maklumat dan membuat ulang kaji dan pengajaran guru menjadi lebih menarik dengan menggunakan perisian ini. Bagi item 3, 5, 9, 10, 15 dan 16 dalam jadual 4.15 di atas, 100% pelajar bersetuju dan sangat bersetuju terhadap penggunaan video dan animasi menyeronokkan lagi proses pembelajaran dan penerokaan maklumat, butang-butang navigasi yang disediakan untuk capaian maklumat memudahkan meneroka dan mendapatkan maklumat serta menambahkan lagi minat untuk belajar, kepelbagaian persembahan maklumat seperti eksperimen, simulasi dan latih tubi yang disediakan menambahkan minat untuk belajar „Analisis Kualitatif Garam‟, pembelajaran semakin menyeronokkan kerana dapat menjalankan eksperimen dan simulasi eksperimen sendiri, berasa seronok kerana boleh belajar mengikut kemampuan dan kadar sendiri dengan menggunakan perisian ini dan berasa seronok meneroka perisian ini kerana dapat mengawal pembelajaran mengikut kemampuan dan keperluan diri. Pengujian Hipotesis Merujuk kepada Jadual 4, min minat dan motivasi terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas penggunaan perisian kursus bagi kedua-dua kumpulan jantina adalah sama iaitu 1.42 dan menghampiri skor 1 sangat setuju. Sisihan piawai bagi pelajar lelaki ialah 0.334 dan pelajar perempuan 0.363. Jadual 4: Min bagi pemboleh ubah tidak bersandar (jantina) bagi aspek minat dan motivasi Jantina N Min Sisihan piawai MINAT & lelaki 15 1.42 0.334 MOTIVASI perempuan 15 1.42 0.363 Jadual 5 pula menunjukkan dapatan analisis ujian-t. Daripada ujian t yang dijalankan, di dapati nilai t=0.536 dengan aras signifikan p<0.05 dengan 2 arah. Oleh kerana nilai t > 0.05/2, maka hipotesis nol 1 536
  • 11. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention adalah diterima. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan mengikut jantina. Jadual 5: Ujian t bagi pemboleh ubah tidak bersandar (jantina) bagi aspek minat dan motivasi Ujian Levene's Sig. (2- Sig. Nilai t Df F arah) MINAT & Equal variances assumed 0.392 0.536 -0.055 28 0.956 MOTIVASI Equal variances not assumed -0.055 27.816 0.956 Jadual 6 pula menunjukkan min minat dan motivasi terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas penggunaan perisian kursus bagi tiga kumpulan tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia bagi pelajar cemerlang ialah 1.42, pelajar sederhana 1.50 dan pelajar lemah ialah 1.27. Kesemua tahap pelajar memberikan maklumbalas yang amat baik di mana skor yang diberikan adalah menghampiri skor 1 sangat setuju. Sementara jadual 7 pula menunjukkan dapatan analisis ANOVA sehala yang dijalankan. Daripada jadual 4.22, dapatan ujian F yang dijalankan memberikan nilai F=0.367 dengan aras signifikan p<0.05 dengan 2 arah. Oleh kerana nilai F > 0.05/2, maka hipotesis nol 2 adalah diterima. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan mengikut tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia. Jadual 6: Min bagi tahap pencapaian bagi aspek minat dan motivasi Tahap pencapaian N Min Sisihan piawai cemerlang 10 1.42 0.257 MINAT & sederhana 13 1.50 0.441 MOTIVASI lemah 7 1.27 0.198 Total 30 1.42 0.343 Jadual 7: Ujian F (ANOVA sehala) bagi sampel tidak bersandar (tahap pencapaian) bagi aspek minat dan motivasi df F Sig. Antara kumpulan 2 MINAT & Di dalam kumpulan 27 1.039 .367 MOTIVASI Total 29 Perbincangan Daripada dapatan kajian yang telah diperolehi, di dapati bahawa secara keseluruhannya maklum balas terhadap persepsi minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas meneroka perisian kursus yang dibangunkan adalah sangat baik iaitu 1.42 iaitu hampir kepada skor 1 iaitu sangat setuju. Menurut Zoraini (1993), ciri penting perisian yang perlu diambil perhatian ialah interaktiviti bagi menarik minat pengguna untuk terus berinteraksi terhadap perisian tersebut. Semua respon yang diberikan bersifat positif, bersesuaian dan berkaitan dengan input yang diberikan oleh pengguna. Ciri-ciri interaktif dalam perisian yang dibangunkan diakui sendiri oleh pelajar dan guru sebagaimana yang di dapati daripada hasil kajian soal selidik pelajar item 5 dan 6 di mana 100% (S5) dan 96.6% (S6) pelajar bersetuju dan sangat bersetuju bahawa melalui butang navigasi yang dan interaksi dua hala dengan perisian dapat menambahkan minat untuk belajar tajuk ini. Ditambah pula 96.7% pelajar sangat bersetuju dan bersetuju dengan reka bentuk skrin persembahan yang menarik (item 1) dan 93.3% sangat bersetuju dan bersetuju bahawa ciri-ciri multimedia (item 2 dan 4) yang disediakan di dalam perisian ini mengukuhkan lagi minat mereka untuk meneruskan penerokaan ilmu di dalam tajuk „Analisis Kualitatif Garam‟. Begitu juga dengan pandangan pelajar terhadap item 3, 9 dan 10 di mana 100% bersetuju dan sangat bersetuju bahawa selitan video, animasi, eksperimen maya dan simulasi eksperimen di dalam perisian ini menyeronokkan proses pembelajaran mereka. Pernyataan ini diperkuatkan lagi dengan 96.6% pelajar mengakui bahawa dengan adanya kata-kata motivasi (item 13) dan 93.4% mengakui kata- kata peneguhan (item 14) pada setiap jawapan betul atau salah meningkatkan lagi semangat untuk meneruskan penerokaan. Dapatan ini bersesuaian dengan pandangan Norhashim et al. (1996) di mana 537
  • 12. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention beliau menyatakan bahawa minat pelajar untuk terus belajar dapat dipertingkatkan dengan adanya faktor motivasi yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam perisian kursus. Pelajar mengakui 100% sangat bersetuju dan bersetuju (item 15 dan 16) bahawa mereka seronok belajar dengan menggunakan perisian yang dibangunkan kerana dapat mengawal kadar pembelajaran mengikut kemampuan dan akses kendiri mereka. Menurut teori Thorndike mengemukakan tiga hukum iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Murid dikatakan akan berasa puas apabila dia bersedia bertindak. Ini bersesuaian dengan konsep PPBK iaitu pembelajaran kendiri dan anjal di mana pelajar boleh belajar secara akses kendiri mengikut kadar kendiri pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Hukum latihan pula menyatakan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah jika latihan diadakan berulang-ulang. Sementara hukum kesan pula menyatakan pertalian antara rangsangan dengan gerakbalas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya gerak balas. Kesan pembelajaran yang menyeronokkan akan terus mendorong murid ke arah pencapaian yang lebih baik (Wilhelmsen et al. 1998). Menurut teoari Pavlov pula, motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, pembiasaan dan pengalaman. Dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku dan penghapusan juga boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan (Ee 2002). Teori tingkah laku inilah antaranya telah diaplikasikan ke dalam perisian kursus yang dibangunkan melalui ciri-ciri multimedia interaktif serta latihan dan simulasi yang dipersembahkan untuk mengekalkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar seterusnya memberikan kesan pembelajaran yang baik dan mendorong pencapaian yang lebih baik. Dalam persoalan kajian ketiga dan keempat pula, pengkaji mengutarakan dua hipotesis nol berkaitan aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk garam selepas menggunakan perisian dengan memanipulasikan faktor jantina dan tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia. Daripada kedua-dua dapatan hipotesis nol ini, dapatlah dibuat rumusan bahawa faktor jantina dan tahap pencapaian pelajar tidak mempengaruhi minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam. Semua jantina pelajar, lelaki dan perempuan menunjukkan minat yang setara terhadap perisian yang dibangunkan. Ini menunjukkan bahawa perisian kimia ini mampu menarik minat kedua-dua jantina untuk mempelajari tajuk garam selepas menggunakan perisian. Begitu juga dengan faktor tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia menunjukkan tiada perbezaan ketara antara kumpulan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah terhadap persepsi minat dan motivasi terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas menggunakan perisian yang dibangunkan. Secara keseluruhannya, samada pelajar lelaki atau perempuan, pelajar cemerlang, sederhana atau lemah, semuanya menunjukkan minat dan motivasi yang sangat baik terhadap tajuk Analisis Kualitatif Garam selepas meneroka dan menggunakan perisian yang dibangunkan. Dapatan ini disokong oleh Rosafri (2004) iaitu daripada kajiannya beliau mendapati perbezaan jantina dan kemahiran tidak mempengaruhi pelajar dalam peningkatan motivasi dan gaya pembelajaran sejarah. Ini menunjukkan bahawa walaupun berbeza jantina dan tahap pencapaian pelajar, minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk „Analisis Kualitatif Garam‟ meningkat setelah menggunakan perisian ini. Implikasi Dapatan Kajian Implikasi keseluruhan daripada reka bentuk instruksi bersistem yang diaplikasikan di dalam pembangunan perisian kursus ini, iaitu menurut Model ADDIE (Rosset 1987), dapat dilihat menerusi pembangunan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif bertajuk „Analisis Kualitatif Garam‟ bagi subjek kimia tingkatan 4 yang mempunyai isi kandungan tersusun dan berstruktur dengan penerapan dan aplikasi teori dan strategi pembelajaran, persembahan perisian yang mempunyai ciri-ciri multimedia interaktif, penglibatan aktif pelajar melalui butang-butang navigasi, aktiviti yang disediakan, eksperimen, simulasi eksperimen, latih tubi, soalan penilaian serta maklumbalas peneguhan dan pengukuhan yang disediakan di dalam perisian ini. Oleh itu, implikasi penggunaan reka bentuk instruksi bersistem ini dapat digunakan untuk membangunkan sebuah perisian kursus pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan bermutu tinggi bagi manfaat pelajar dan guru khususnya untuk mencapai matlamat pendidikan seperti yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Seterusnya, implikasi yang diharapkan ialah ia akan dapat melahirkan guru kimia yang mempunyai kesungguhan untuk memastikan hasil dan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta berusaha mempebaharui ilmu dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi bagi menyediakan diri dengan perkembangan arus ICT dan globalisasi terkini serta bagi meningkatkan profesionalisme dan martabat guru di mata masyarakat. Justeru, dapatan kajian ini juga akan memberikan implikasi kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) agar lebih menyedari betapa pentingnya guru-guru menguasai perisian pengarangan untuk membina sendiri perisian kursus bagi subjek masing-masing. Bagi pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau pihak pentadbir dan pengurusan sekolah pula, implikasi pembangunan dan penggunaan perisian kursus di dalam P&P akan 538
  • 13. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention mendorong mereka memperbanyakkan aktiviti-aktiviti penggubalan modul dan bengkel pembinaan perisian kursus di kalangan guru-guru subjek dan guru pakar. Oleh itu, pengumpulan bahan bantu mengajar berasaskan perisian kursus yang dibina oleh guru secara terancang akan dapat dilaksanakan dan diagihkan secara bersama kepada semua sekolah di bawah pentadbirannya, seterusnya akan menggalakkan proses P&P yang lebih menarik dan bermakna. Implikasi yang amat penting daripada dapatan kajian ini, adalah kesannya terhadap minat dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran kimia. Ini jelas melalui dapatan kajian menunjukkan minat dan motivasi pelajar bertambah selepas menggunakan perisian kursus „Analisis Kualitatif Garam‟ yang dibangunkan. Implikasi ke atas minat dan motivasi terhadap pembelajaran kimia amat penting kerana mata pelajaran kimia merupakan program dua tahun untuk murid tingkatan empat dan lima sekolah menengah atas. Maka, jika minat dan motivasi pelajar juga pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap subjek ini tidak dipupuk dari awal, maka akan lahirlah pelajar yang hanya mengikuti pembelajaran tetapi tidak belajar daripada apa yang dialaminya. Justeru, pembelajaran berkesan tidak akan berlaku kerana menurut Ausubel pembelajaran haruslah bermakna (Ee 2002), maka dengan bantuan teknologi multimedia yang canggih dan interaktif ini, minat dan motivasi serta pemahaman dan daya ingatan pelajar diransang bagi menguasai pembelajaran seterusnya pembelajaran yang dialaminya akan memberikan makna bagi pelajar tersebut. Oleh itu, diharapkan agar implikasi bagi dapatan kajian ini juga akan memberikan peluang sama rata untuk pelajar mengakses maklumat dan mengalami sendiri pembelajaran terutama dalam kaedah eksperimen samada secara simulasi atau demonstrasi. Seterusnya perisian kursus dalam bentuk cakera digital ini dapat digunakan oleh pelajar secara pendekatan masteri melalui pengggunaan perisian secara berulang seberapa kerap yang diingini dan lebih fleksibel di mana pelajar dapat menjalankannya di luar waktu persekolahan mengikut perancangan dan kesesuaian sendiri sesuai dengan konsep pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri, kadar kendiri dan penilaian kendiri yang dicadangkan oleh pihak KPM. Menurut KPM (1997), pembelajaran ini memberi ruang kepada pelajar untuk memantau progress pembelajaran diri. Implikasi ini sesuai dengan kehendak kurikulum pendidikan kimia di mana ia dirancang untuk membolehkan murid memahami bidang kimia dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian. Dapatan kajian ini juga dapat memberikan implikasi ke atas bidang sumber dan teknologi maklumat terutama di dalam bidang pendidikan kimia di mana ia merupakan bidang pendidikan yang menekankan penguasaan ilmu dan kemahiran serta perkembangan sumber pendidikan terkini meliputi komponen teknologi pendidikan, pendidikan komputer, teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pendidikan, penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sumber dengan berkesan. Maka dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai salah satu sumber bagi memperkayakan maklumat dalam bidang sumber dan teknologi maklumat khususnya di dalam bidang pendidikan kimia seterusnya dapat diaplikasikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan menggalakkan penggunaan ICT di dalam pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan implikasi ke atas kajian-kajian seterusnya dengan dijadikan panduan kepada para penyelidik dan pengkaji di peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti perisian kursus dan reka bentuk pengajaran dalam kajian yang seterusnya. Ia juga boleh memberi implikasi kepada kajian lanjutan dalam bidang ini, khususnya bagi mengkaji pula keberkesanan penggunaan perisian semasa P&P serta kajian tentang pendekatan terbaik yang boleh digunakan oleh para guru bagi pengaplikasian perisian kursus semasa P&P sesuai dengan peruntukan masa dan kehendak silibus di sekolah dalam masa yang sama bagi menjamin minat dan penguasaan pelajar terhadap pembelajaran akan meningkat. Rumusan Secara keseluruhannya, kajian pembangunan dan penilaian perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif „Analisis Kualitatif Garam‟ bagi subjek Kimia Tingkatan 4 ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa kelemahan di dalam proses pembangunan perisian ini, namun kekuatan dan kelebihan yang ada melalui dapatan kajian ini lebih wajar dititik beratkan kerana secara keseluruhannya ia dapat dilihat daripada maklum balas responden daripada para guru dan pelajar yang berpuas hati setelah meneroka perisian kursus ini serta daripada dapatan persoalan kajian yang menunjukkan perisian kursus ini adalah di tahap yang sangat baik. Adalah diharapkan agar perisian kursus yang telah dibangunkan dengan mengaplikasikan reka bentuk pengajaran bersistem diintegrasikan dengan teori dan strategi pembelajaran serta penerapan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran proses sains dan sikap saintifik dan nilai murni, akan dapat meningkatkan minat dan motivasi serta meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pembelajaran kimia serta menjadikan pembelajaran suatu proses yang menyeronokkan seterusnya akan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara. Justeru itu, para guru kimia wajar meningkatkan usaha dalam menguasai 539
  • 14. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention kemahiran teknologi komputer dan memperbaiki keberkesanan pengajaran dan pembelajaran masing- masing. Natijahnya sudah pasti keuntungannya akan diraih bersama oleh para generasi pelajar yang akan mewarisi kepimpinan dan mencorakkan tamadun negara akan datang. Kajian-kajian lepas yang dijalankan daripada dalam dan luar negara telah banyak menunjukkan bahawa penggunaan komputer dan perisian kursus dapat membantu guru untuk meningkatkan dan memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keupayaan komputer yang pelbagai boleh digunakan untuk mengurangkan pelbagai kelemahan di dalam pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. Malahan pembelajaran menggunakan multimedia boleh diaplikasikan secara meluas memandangkan pelajar-pelajar kini kebanyakannya telah pun didedahkan dengan peralatan canggih komputer dan dunia tanpa sempadan melalui internet. Sudah pasti pelajar generasi net ini lebih meminati kaedah ini. Oleh itu, adalah diharapkan agar semua pihak daripada pihak KPM, JPN, PPD, pentadbir sekolah dan terutama sekali para guru lebih bersedia dengan kaedah dan strategi terkini untuk mengimplementasikan proses P&P secara konvensional kepada pembelajaran berasaskan teknologi multimedia dan ICT. Pepatah melayu ada mengatakan “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Begitulah dengan sikap, kesediaan dan persiapan guru serta pelajar untuk bersama-sama berusaha mengatasi halangan dan cabaran yang ada supaya dapat memanfaatkan semaksimum mungkin kebaikan teknologi canggih ini. Malah usaha-usaha penyediaan kelengkapan pengkomputeran yang sempurna oleh pihak KPM dan pentadbiran sekolah juga perlu digiatkan lagi agar intipati dan kebaikan teknologi ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Rujukan rd Alessi, S.M. & Trollip, R.S. 2001. Multimedia for learning : Methods and development. 3 Ed. New Jersey: Prentice Hall. Beal, H., Trimbur, J. & Weineger, S.J. 1994. Mastery, insight and the teaching of chemistry. Journal of Science Education and Technology 3(2): pp. 99-105. Bell, J.T. & Fogler, H.S. 1998. Virtual Reality in the chemical engineering classroom. Computer Application in Engineering Education 4(4): pp. 15-17. Bosco, J. 1986. An Analysis of evaluation of interactive video. Educational Technology 25: pp. 7-16. Brooks, H.B. & Brooks, D.W. 1996. The emerging role of CD-ROMs in teaching chemistry. Journal of Science Education and Technology 5(3): pp. 203-205. Ee Ah Meng. 2002. Psikologi pendidikan III. Edisi 3. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hartley, J. and Davies, I. 1978. “Note Taking: A Critical Review,” Programmed Learning and Educational Technology 15(3): pp. 207–224. Hasselbring, T.S., Goin, L.I., & Bransford, J.D., 1988. Developing math automaticity in learning handicapped children : The role of computerized drill and practice. Focus on Herron, J.D. 1975. Piaget for Chemists. Journal of Chemical Education 52(3): pp. 145-150. Jamaluddin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir. 2001. Pembangunan perisian multimedia : satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing. Keller, J. M. 1987. Development and use of the ARCS model of motivational design. Journal of Instructional Development 10(3): pp. 2-10. Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. 1983. Effects of computer based teaching on secondary students. Journal of Educational Psychology 75(1): pp. 19-26. Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. 1984. Effects of computer based education in elementery schools. Computer in Human Behavior 1(1): pp. 59-74. Kulik, C.C. & Kulik, J.A. 1986 Effects of computer based education in Colleges. AEDS Journal 19(2): pp. 81-108. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Smart School Flagship Application: The Malaysian Smart School. Kuala Lumpur: Gov. of Malaysia. Mohd Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti. Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp & Rose Alinda Alias. 1996. Pengajaran bantuan komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Osberg, K.M. 1997. Constructivism in practice: The case for meaning making in the virtual world. (atas talian) http://www.man.ac.uk/MVC//Osb/virtech/title.html (31 Disember 2007). Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Huraian Sukatan Pelajaran Kimia KBSM Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Roblyer, M.D. 1988. The effectiveness of microcomputer in education. A review of research from 1980- 87. T.H.E. Journal 16(2): pp. 85-89. Rossafri Bin Mohamad. 2004. Tahap keberkesanan perisian kursus modul TMK sejarah Tingkatan satu dalam pengajaran dan pembelajaran. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. 540
  • 15. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Rossett, A. 1987. Training needs assessment. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications. Rusnida Romli. 2004. Makmal Kimia Maya : Aplikasi Pembelajaran Kimia Menggunakan Teknologi Realiti Maya. Kertas kerja yang dibentangkan di dalam Persidangan Kebangsaan Sains, Teknologi dan Masyarakat : Ke arah pembangunan yang bersepadu. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 10-11 Disember. Ward, C.R. & Herron J.D. 1980. Helping students understand formal chemical concepts. Journal of Research in Science Teaching 17: pp. 387-400. Wilhelmsen, S. , Asmul, S.I. & Meistad, O. 1998. A collaborative term paper project in pedagogical information science graduate level (atas talian) http://www.uib.no/People/sinia/CSCL/web_ struktur-832.htm (28 November 2003). Zoraini Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 541