SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

                PEMBENTUKAN KURIKULUM MATEMATIK

                                          Oleh:

                             Tengku Zawawi b Tengku Zainal

                               Unit Matematik MPKTBR




PENGENALAN

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks
pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan
KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan
arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan.

Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem
pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun,
Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem
pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin
Haji Hussin, 1994 )

Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya.
Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu
proses yang dinamik dan seimbang.



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM

1.0 Falsafah pendidikan

Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem
pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita
adalah seperti berikut :

              " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
              memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
              untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani,
              emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
              Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
              berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
               dan kemakmuran masyarakat dan negara "

                                                                                ( PPK, 1988 )

 Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan
kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua
tersebut ialah ;

          i.   Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan
               dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (
               penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa
               dititik beratkan.
         ii.   Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya
               diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.
        iii.   Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan
               harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
               kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
         iv.   Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan.
          v.   Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.
         vi.   Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.
        vii.   Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.
       viii.   Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.
         ix.   Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu
               pengetahuan.
         x.    Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.
        xi.    Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap
               berdikari.

                                                            ( Kamaruddin Haji Husin, 1994 )



2.0 Kehendak masyarakat

 Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat.
Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak
mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat
terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang
kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.

Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan :

               " It is not an easy task to establish what demands society makes on education
               and what contribution education can or should make to culture, especially in a
               complex society in which vast and rapid changes are occuring."

Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak
masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri,
pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya
masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah
berbeza.

Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti
membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik,
sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat,
seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam
suatu sistem demokratik.

KBSR telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid :

- menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan.

- menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis.

               - menguasai kemahiran mengira

               - menguasai Bahasa Inggeris

- membina dan memupuk akhlak yang mulia

               - meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam

               - dapat bergaul dalam masyarakat

           o   mengembangkan bakat dan daya kepimpinan



3.0 Faktor politik

Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " :

 "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and
their various power bases and their views of what makes for good education"

Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut
menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum.

Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik,
kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah
kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting
bagi setiap badan pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab
menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.

Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan
menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka.
Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan
berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961
menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan
tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh
membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah
perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata
Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi
mewujudkan perpaduan negara itu.



4.0 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia

Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan
perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai
kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan
sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) :

              "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and
              the institutions of our society, but man itself "

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa
perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan
kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia.
Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran
teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang
berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)

5.0 Faktor perubahan sosial

 Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah
juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan
dalam dan negara diserapkan.

Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid
semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman
keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri,
merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan
merosak dan menghalang pembangunan negara.

Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani..
Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai
murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990;
Kamaruddin Hj. Husin, 1994).



6.0 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum
Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu
disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum
bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau
pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak
masyarakat dan kemajuan negara.

Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui,
sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah
pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak
dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan
menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan
permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus
menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj.
Husin, 1994).

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus sentiasa peka
dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah
kurikulum merupakan orang yang penting dalam



7.0 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat

Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang melibatkan
kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan
kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi
ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan
individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala
ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara
menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu
memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu
dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum
tersebut.

Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperlun individu, sekurang-kurangnya dari peringkat
bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem
pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan.

Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh
itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan
yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang
akan mereka hadapi kelak.



8.0 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya
Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut
mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang
kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan
ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum 6yang lebih kemas dan
sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya
menjadikan bidang itu terus berkembang. Perekembangan ini penting dalam pembentukan
kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat
dissalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.

Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu
meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, mem[erkenalkan ilmu pengurusan dan
perhubaungan ke dalam biodang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum,
meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembvangan kuriklum itu sendiri.



9.0 Pengaruh psikologi pendidikan

Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan
Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek
disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh
yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak.
Manakala ahli ` fahaman perkaitan’ mengaggap pembelajran sebagai pembinaan unit-unit
kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilakn tingkah laku. Fahaman ini
telah menghasilakn startegi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk
diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah
matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa,
1992).

Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik
sejak awal 60’an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru
berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini
mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam
diri pelajar terhadap matematik.

Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matetamati yang memberikan tumpuan kepada
penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun
70’an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajran Matematik ditekankan kepada
fahamanb binaan (konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

                                                                    (Nik Aziz Nik Pa, 1992)



PENUTUP

Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi
oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam
kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan
pendidikan yang menjadi wadah peneerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu
sendiri.

Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan [perkembangan kurikulum
adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa faktor-
faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme
dan perubahan keperluanmasyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan
meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru.



                                     BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti.

Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan
Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.

Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo
Enterprise.

Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

Mohd. Daud Hamzah(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP.

Taba. H. (1962). Curriculum Development - Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace
and World.

Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio: Merrill
Publishing Company

http://mujahid.tripod.com/math4.html 17/3/2013

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
shahrul93
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
DoEy Mas
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
Aziyan Bakar
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Noor Hidayah Ghazali
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
ibnussomad
 

Was ist angesagt? (20)

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGANKANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
 
Model taba
Model tabaModel taba
Model taba
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
 
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
 

Ähnlich wie Faktor perubahan kurikulum (20)

Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
SME 6044 ISU-ISU KURIKULUM
SME 6044   ISU-ISU KURIKULUMSME 6044   ISU-ISU KURIKULUM
SME 6044 ISU-ISU KURIKULUM
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
 
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
 
Fpn
FpnFpn
Fpn
 
Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumPengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum
 
Falsafah pendidikan kebangsaan 2
Falsafah pendidikan kebangsaan 2Falsafah pendidikan kebangsaan 2
Falsafah pendidikan kebangsaan 2
 
Makalah Telaah Kurikulum
Makalah Telaah KurikulumMakalah Telaah Kurikulum
Makalah Telaah Kurikulum
 
Ktsp farmasi
Ktsp farmasiKtsp farmasi
Ktsp farmasi
 
Asigm bm
Asigm bmAsigm bm
Asigm bm
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
 
Modul 11 kb 4
Modul 11 kb 4Modul 11 kb 4
Modul 11 kb 4
 
Huraian sukatan
Huraian sukatanHuraian sukatan
Huraian sukatan
 
9. Curriculum
9.	Curriculum9.	Curriculum
9. Curriculum
 
9. pembentangan kurikulum
9. pembentangan kurikulum9. pembentangan kurikulum
9. pembentangan kurikulum
 
9. curriculum
9. curriculum9. curriculum
9. curriculum
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
9. pembentangan kurikulum
9. pembentangan kurikulum9. pembentangan kurikulum
9. pembentangan kurikulum
 

Faktor perubahan kurikulum

  • 1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM MATEMATIK Oleh: Tengku Zawawi b Tengku Zainal Unit Matematik MPKTBR PENGENALAN Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ) Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM 1.0 Falsafah pendidikan Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut : " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
  • 2. mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara " ( PPK, 1988 ) Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ; i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan. ii. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. iii. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. iv. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan. v. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional. vi. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum. vii. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan. viii. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan. ix. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan. x. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris. xi. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari. ( Kamaruddin Haji Husin, 1994 ) 2.0 Kehendak masyarakat Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan : " It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are occuring." Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri,
  • 3. pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza. Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik. KBSR telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid : - menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan. - menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis. - menguasai kemahiran mengira - menguasai Bahasa Inggeris - membina dan memupuk akhlak yang mulia - meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam - dapat bergaul dalam masyarakat o mengembangkan bakat dan daya kepimpinan 3.0 Faktor politik Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " : "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education" Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan
  • 4. berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu. 4.0 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) : "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself " Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995) 5.0 Faktor perubahan sosial Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan. Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara. Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994). 6.0 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum
  • 5. Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994). Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah kurikulum merupakan orang yang penting dalam 7.0 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang melibatkan kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995). Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperlun individu, sekurang-kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan. Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak. 8.0 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya
  • 6. Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum 6yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perekembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, mem[erkenalkan ilmu pengurusan dan perhubaungan ke dalam biodang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembvangan kuriklum itu sendiri. 9.0 Pengaruh psikologi pendidikan Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli ` fahaman perkaitan’ mengaggap pembelajran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilakn tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilakn startegi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa, 1992). Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik sejak awal 60’an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik. Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matetamati yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun 70’an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajran Matematik ditekankan kepada fahamanb binaan (konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. (Nik Aziz Nik Pa, 1992) PENUTUP Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam
  • 7. kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah peneerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri. Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan [perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa faktor- faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluanmasyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru. BIBLIOGRAFI Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti. Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman. Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise. Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP. Mohd. Daud Hamzah(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP. Taba. H. (1962). Curriculum Development - Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace and World. Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio: Merrill Publishing Company http://mujahid.tripod.com/math4.html 17/3/2013