Pembelajaran masteri adalah pendekatan yang memfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu mata pelajaran dengan memberikan masa yang mencukupi untuk setiap murid belajar pada kadar masing-masing. Ia melibatkan penentuan hasil pembelajaran, pengajaran sistematik, penilaian berterusan, dan tindakan pemulihan atau pengayaan.
1. PENGENALAN
PEMBELAJARAN MASTERI
kumpulan 5
Radiatul Nurbaya
Nurul Nadwah
Diana
Syuhaidah
Ameera
•Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berfokus kepada penguasaan murid
dalam sesuatu perkara yang dipelajari.
•Maju mengikut kebolehan masing-masing.
2. OBJEKTIF
• Menyatakan konsep Pembelajaran
Masteri.
• Menerangkan langkah Pembelajaran
Master dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
• Melaksanakan Pembelajaran Masteri
dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. APAKAH PEMBELAJARAN
MASTERI?
• …merupakan satu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berfokuskan
penguasaan murid dalam sesuatu perkara
yang diajar.
[Bloom, 1968]
• … berasaskan kepada falsafah bahawa
semua atau hampir semua murid boleh
menguasai sesuatu pengetahuan atau
kemahiran dengan baik dan penuh
keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai
dan masa yang mencukupi disediakan untuk
murid itu menguasai pembelajarannya.
[Bloom, 1968]
4. APAKAH PEMBELAJARAN
MASTERI?
• … ialah satu set idea dan amalan pengajaran
secara individu yang dapat membantu murid
untuk belajar secara konsisten…idea dan
amalan ini menghasilkan pengajaran yang
sistematik, membantu murid apabila
menghadapi masalah pembelajaran,
memperuntukkan masa yang mencukupi
untuk murid mencapai masteri dengan
berpandukan kriteria masteri yang jelas.
• [Anderson & Block, 1975]
5. Rumusan Definisi
• Suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan semua
murid menguasai hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke
unit pembelajaran seterusnya.
Pendekatan ini memerlukan
peruntukan masa yang mencukupi dan
proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkualiti…
6. MENGAPA PEMBELAJARAN
MASTERI?
• Murid mempunyai kebolehan dan
keperluan yang berbeza.
• Murid memerlukan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dan berkesan.
• Murid mesti menguasai pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang diajarkan.
7. PRINSIP PEMBELAJARAN
MASTERI
• Murid normal boleh mempelajari apa yang
diajarkan oleh guru.
• Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa
unit kecil supaya mudah dikuasai.
• Murid memerlukan masa yang mencukupi
untuk menguasai sesuatu hasil
pembelajaran yang ditentukan.
• Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi
setiap unit pembelajaran mestilah jelas.
8. APAKAH CIRI-CIRI PEMBELAJARAN
MASTERI?
• Hasil pembelajaran perlu ditentukan.
• Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit
pembelajaran.
• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna,
berkesan, menarik dan menyeronokkan.
• Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK).
• Bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
• Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan
setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran yang baru.
• Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum
menguasai aras masteri.
• Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah
mencapai aras masteri.
15. PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
•
•
•
•
•
•
Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan
setiap pelajar.
Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran
masteri.
Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan
pembelajaran.
Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada
hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang
sepanjang waktu pelajaran.
Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan
perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran.
Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang
dikehendaki.
16. PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
• Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai
mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu.
• Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian
formatif atau dianostik dan ujian sumatif.
• Menjalankan ujian formatif atau dianostik dan
ujian sumatif pada masa yang sesuai.
• Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan
aktiviti pengayaan.
• Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah
yang berkesan.
17. PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
• Menggunakan masa dengan bijak
untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam sesuatu
pelajaran.
• Menyimpan rekod secara sisitematik
tentang sifat peribadi dan pencapaian
pelajar.
19. Rumusan
• Dalam pembelajaran masteri atau
kadang kala disebut sebagai
pengajaran sistematik, ia
menitikberatkan penguasaan dan
membenarkan masa yang berbezabeza.