SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 34
Downloaden Sie, um offline zu lesen
TEMA UMUM KERTAS 3 SPM 2014 
GURU-GURU SUMBER 2014 JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA PUTRAJAYA. 
DEMOKRASI BERPARLIMEN 
MODUL JAWAPAN 
SEJARAH K3 (1249/3) 2014
SOALAN 1:Konsep Demokrasi Berparlimen. 
Contoh Jawapan 1 
Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. 
Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan 
Sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. 
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Rakyat tidak memerintah tetapi memilih wakil mereka melalui pilihan raya. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Rakyat berhak menyokong, mengekal, atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. 
SOALAN 2a:Latarbelakang perlaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita. (15 Markah) SOALAN 2b: Sistem Pentadbiran Negara sebelum perlaksanaan Sistem Demokrasi Berparlimen (15 markah) 
Contoh Jawapan 2(a) 
Berikut adalah langkah-langkah kearah pembentukan Demokrasi Berparlimen seperti yang ada di negara kita hari ini.Pada tahun 1867 Majlis Perundangan Negeri- Negeri Selat ditubuhkan berikutan perpindahan pentadbiran dari Syarikat Hindia Timur Inggeris ke Pejabat Kolonial di London. Majlis Perundangan tersebut merupakan institusi pertama yang mengadakan perbahasan dan perbincangan seperti ciri-ciri Parlimen moden. 
Pada tahun 1896 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dibentuk. Dengan itu satu sistem Kerajaan Persekutuan seperti yang ada sekarang terbentuk. Pada tahun 1909 Majlis Mesyuarat Persekutuan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk dengan pemusatan kuasa perundangan mengikut asas-asas Parlimen. Majlis ini mempunyai 13 ahli yang dilantik termasuk Raja keempat-empat Negeri Melayu Bersekutu, Residen Jeneral British serta empat orang ahli tidak rasmi. 
Pada tahun 1927 Raja-Raja Melayu Bersekutu berhenti menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Ini turut mengubah keanggotaannya menjadi 13 orang ahli rasmi dan 11orang ahli tidak rasmi. Majlis tersebut merupakan satu-satunya badan yang dilantik sepenuhnya sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua pada Disember 1941.
Setelah tamat perang DuniaKedua British kembali dengan Gagasan Malayan Union. Namun ia telah ditentang oleh orang Melayu. Malayan union telah dibatalkan. Pada 1 Februari 1948 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dilancarkan secara rasminya. Di bawah sistem ini telah bermula sistem pilihan raya. Sistem pilihan raya yang diwujudkan itu merupakan asas kepada sistem politik demokrasi berparlimen di Malaysia hari ini. Pilihan raya diadakan untuk memilih perwakilan ke Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Undangan Negeri. Malangnya, cadangan untuk mengadakan pilihan raya ditangguhkan kerana pemberontakan komunis. Apabila keadaan telah reda, pihak British telah mengambil beberapa langkah untuk membolehkan Tanah Melayu membentuk kerajaan sendiri. Langkah terawal dilakukan apabila Sistem Ahli telah diperkenalkan pada tahun 1951. Dalam sistem ahli, beberapa orang pemimpin telah dilantik ke dalam Majlis Undangan Persekutuan dan diberi portfolio tertentu. 
Pada tahun 1952 pilihanraya untuk kawasan perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan. Pilihan raya umum pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955. Perikatan telah berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi.YTM Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri dan beliau membentuk Kabinet pertama Tanah Melayu. Pada tahun 1957 satu Perlembagaan bagi Tanah Melayu telah digubal dan diterima sebulat suara oleh Majlis Perundangan Persekutuan. YTM Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama dengan Jemaah Menteri seramai 12 orang. Pada 31 Ogos 1957 pengisytiharan Kemerdekaan diadakan di Stadium Merdeka. Majlis Perundangan Persekutuan menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah Dewan parlimen sehingga dibubarkan pada Jun 1959. 
Pada tahun 1959, satu pilihan raya umum diadakan. Berikutan itu Sistem parlimen dua Dewan yang mengandungi Institusi Seri Paduka Baginda yang diPertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk.. Pembukaan Parlimen Pertama oleh Seri paduka Yang Dipertuan Agong 1, Tuanku Rahman Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad di Dewan Tunku Abdul di Ampang. 
Contoh Jawapan 2b 
Sebelum Perlaksanaan Sistem Demokrasi Berparlimen setelah kedatangan British, Negeri-negeri Melayu telah pun mempunyai satu sistem politik dan pentadbiran yang boleh dibanggakan. 
Empayar Kesultanan Melayu telah memiliki satu sistem pentadbiran yang tersusun bagi memastikan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan cekap dan sempurna. Ketika itu system pentadbiran Melaka diketuai oleh sultan yang dibantu oleh beberapa pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada bendahara, Laksamana, temenggung, syahbandar dan lain-lain termasuk para pembesar di peringkat daerah. Tugas-tugas pentadbiran pada masa itu telah dijalankan mengikut Hukum Kanun Melaka dan
Undang-Undang Laut Melaka. Dari situlah dikatakan sistem perkhidmatan awam di negara ini telah bermula. 
Terdapat ciri-ciri Demokrasi dalam sistem pemerintahan persekutuan Negeri Sembilan. Sistem berasaskan Adat perpatih. Kedaulatan berada di tangan rakyat. Perlantikan pemimpin daripada peringkat paling bawah. Anak Buah, memilih Buapak, Lembaga Undang dan melantik Yang Dipertuan Besar. Yang Dipertuan Besar merupakan Pemerintah Tertinggi. Keputusan yang Dipertuan Besar berdasarkan perundingan dengan Undang. Tidakj berhak melantik pembesar. Pemerintah tidak mengamalkan kuasa mutlak . kerana kuasa diagihkan kepada individu mengikut peringkat. Terdapat peraturan hidup yang mementingkan kepentingan bersama . Wujud semangat Gotong- Royong. 
Kerajaan Johor dan Trengganu mempunyai Undang-Undang Tubuh Yang dbentuk berasaskan Perlembagaan Barat. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1895. Undang-undang diperkenalkan dengan tujuan membentuk Kerajaan bercorak Demokrasi dan untuk memantapkan sistem pentadbiran Johor dan menghalang British daripada menguasai Johor. Undang-undang ini merupakan Perlembagaan Bertulis yang mengandungi fasal syarat menjadi Raja dan Peranan Raja.
SOALAN 3: Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen (30 Markah) 
3.1 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Perlembagaan 
Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mempunyai perlembagaan.Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara. 
Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.Parti politik atau kerajaan yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. 
Perlembagaan ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September, 1963 mengandungi 183 perkara. 
Perlembagaan juga mengandungi peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Senarai Bersama.Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri, dan Badan Kehakiman. 
Selaian itu,perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan. Negeri-negeri yang bergabung dengan Persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa, dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. 
3.1.1 Keluhuran Perlembagaan 
Keluhuran perlembagaan merupakan Rukun Negara yang ketiga.Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertua Agong , Parlimen, Jemaah Menteri dan mahkamah. 
Bukti Keluruhan Perlembagaan dapat dilihat pada peruntukkan kuasa Parlimen. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Kuasa Parlimen, kedudukan Yang di-Pertua Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh Perlembagaan. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Yang di-Pertua Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertua Agong , Parlimen, Jemaah Menteri , dan mahkamah. 
Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.Undang-undang Negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan .Dalam perkara 75 menyatakan bahawa undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa kepada mahkamah .Tujuannya untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembangan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. 
3.1.2 Kepentingan Perlembagaan 
Kepentingan perlembagaan menentukan rangka dan bentuk kerajaan.Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. 
Selain itu perlembagaan dapat membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. 
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.Dalam perkara 24, Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.Manakala dalam perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia 
Di samping itu perlembagaan Malaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.Perlembagaan membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.Ia juga dapat menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. 
Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Yang di-Pertua Agong berperanan menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.Hak istimewa ini termasuklah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, dan pemberian lessen perniagaan dan perdagangan. 
Perlembagaan memastikan Perkara 153 dilaksanakan dengan berhati-hati juga supaya pelaksaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain. 
Perkara ini menjamin kerjasama, kesepakatan, dan kepentingan bersama .Perlembagaan Malaysia menjamin kerjasama, kesepakatan, dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri juga.
Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri untuk membolehkan sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. 
Pembahagian ini turut menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Ia menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak dipersoalkan. 
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.Kerajaan persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan . 
Jaminan ini telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia sebelum Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.Kerajaan Persekutuan menggunakan senaraikan kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di Sarawak dan Sabah .Perkara ini menyebabkan pembangunan yang pesat berlaku dalam bidang pendidikan, kesihatan, dan perkhidmatan pos, telekom, dan polis terutamanya di kawasan pedalaman. 
3.1.3 Pindaan Perlembagaan 
Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk melindungi kepentingan rakyat.Pindaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat,menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.Pindaan menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. 
Pindaan perlembagaan juga bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. 
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini.Tujuannya ialah untuk memelihara keselamatan, ketenteraman, dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. 
Pindaan terbesar yang dibuat ialah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-Pertua Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.
3.2 Raja Berpelembagaan 
3.2.1 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Sistem Raja Berperlembagaan 
Raja perlembagaan merupakan ciri penting dalam negara Malaysia. Raja perlembagaan sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. 
Yang Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.Baginda merupakan tonggak negara.Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Yang Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan Malaysia. Baginda juga bertindak atas nasihat Perdana Menteri. 
Semasa menjalankan tugas, Yang Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan. Yang di - Pertuan Agong di pilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu.Daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir. 
Pemilihan Yang di - Pertuan Agong dibuat berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.Sistem Raja Berpelembagaan Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka.Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita.Sistem ini memberi keseimbangan antara raja yang menaung dan rakyat yang dinaungi. 
3.2.2 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia. 
Mengikut perlembagaan Malaysia,Yang di Pertuan Agong adalah sebagai ketua negara.Baginda mengetuai tiga badan kerajaan. Badan perundangan (Legislatif). Badan pemerintahan (eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari). 
Yang di Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga unsur parlimen.Baginda berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. 
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, dan kehormatan Raja-Raja Melayu. 
Baginda juga merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
Baginda boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ” Undang-Undang X ”jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).Baginda juga melantik ahli Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Selaian itu,baginda juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.Baginda mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara. 
3.2.2 Cara-cara Pemilihan Yang di Pertuan Agong 
Pemilihan Yang di Pertuan Agong telah diwujudkan sejak tahun 1957. Yang di - Pertuan Agong di pilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu.Daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan berdasarkan peruntukan perlembagaan Malaysia secara sulit dalam Mesyuarat Raja-rajaMelayu mengikut senarai pemilihan. Cara pemilihan ini memberi peluang kepada setiap Raja Melayu memegang jawatan Yang di Pertuan Agong selama lima tahun. Baginda berhak meletak jawatan sebelum tamat perkhidmatan.Baginda boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-raja Melayu. 
3.3 Kuasa Pemerintah 
3.3.1 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Kuasa Pemerintah 
Kuasa pemerintahan Malaysia ialah salah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana clan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. 
3.3.2 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Badan Perundangan (Legislatif) 
Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan Malaysia. Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 
3.3.3 Dewan Negara atau Senat 
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar sebagai Senator yang mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh
tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. 
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli. 
Keahlian ahli dewan negara terdiri daripada 26 orang ahli dipilih dari 13 buah negeri oleh Dewan undangan Negeri(DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN.Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Putrajaya.40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional seperti perniagaan ,perusahaan,pertanian,kesenian,kebajikan atau individu yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti orang Asli. 
.3.4 Dewan Rakyat 
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. 
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan. 
3.3.5 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Badan Pelaksana (Eksekutif) 
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. TugasJemaah Menteri atau Kabinet bertindak menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. 
3.3.5 Kementerian 
Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.Pada masa ini terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. 
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan
diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. 
3.3.5 Perkhidmatan Awam 
Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. 
Pada peringkat kementerian, pentadbiran diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. 
Jabatan kerajaan yang diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah. 
Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. 
3.3.6 Badan Berkanun 
Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanunmerupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. 
Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. 
Beberapa contoh Badan Berkanun antaranya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (F RIM). 
3.3.7 Suruhanjaya 
Suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. 
Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
3.3.7 Badan Kehakiman (Judisiari) 
Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit.Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. 
Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. 
Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. 
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa perundangan atau Parlimen.Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini individu kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli -Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenangwenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. 
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang -undang. Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman. 
3.4 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Pilihan raya 
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah.Sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan mengggunakan prosedur yang teratur. 
Pengiraan dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.Sistem ini dikenali dengan system majority mudah.Pilihan raya memerupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.Warga negara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik. 
3.4.1 Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) 
Pilihan raya di Malaysia dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).Keanggotaannya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Melayu.Suruhanjaya Pilihanraya ditubuhkan untuk menjamin pilahan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. 
3.4.2 Fungsi/Peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) 
Peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ialah menjamin pilihanraya yang adil.Bebas tanpa tekanan parti pemerintah dan pembangkang. 
Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.SPR juga menjalankan pilihan raya dengan efektif,adil dan saksama. SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan ketua Pentadbir urus setia.Mereka dibantu sekumpulan kakitangan awam.Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.Tujuannya untuk memastikan pilihan raya di jalankan dengan efektif dan adil.Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. 
3.4.3 Jenis pilihan raya 
3.4.3.1 Pilihan raya umum 
Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. 
3.4.3.2 Pilihan raya kecil 
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 
Kekosongan ini berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu kematian, peletakan jawatan dan pelucutan jawatan.Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenenjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu. 
3.4.4 Proses Pilihan raya di Malaysia 
Proses pilihan raya di Malaysia pada tahap pertamanya ialah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).Kemudian penamaan calon dan diikuti oleh penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.
Di negara kita sebelum proses pengundian dijalankan, sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. 
Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja. 
Selepas itu, diadakan pelancaran kempen pilihan raya dan pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR. 
Langkah seterusnya ialah pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian.Pembuangan undi. Pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undid an memasukkan kertas undi tersebut ke dalam peti.Pegiraan undi dilakukan.Pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya. 
3.4.5 Syarat menjadi calon dalam Pilihan raya 
Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. 
Seorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. 
Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM 2000 dan belum mendapat pengampunan. 
Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon. 
3.4.6 Syarat menjadi pengundi dalam Pilihan raya 
Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.Menurut Perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut. 
Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.
3.4 Parlimen 
Parlimen ialah badan perundangan yang berundangan yang bertangungjawab menggubal undang-undang di negara kita.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 
3.4.1 Dewan Negara 
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.Dalam Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli dan 26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang setiap negeri. Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN.Dua orang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Seramai 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional, atau bidang tertentu seperti perniagaan. Perusahaan,pertanian, kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli. 
Ahli Dewan Negara digelar Senator . Namun begitu, mereka dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya. Seorang senator memegang jawatannya bagi tempoh tiga tahun. Syarat menjadi senator ialah seseorang itu mesti lah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Senator juga boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. 
3.4.2 Dewan Rakyat 
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara.Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai Akta. Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. 
Manakala undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan Sabah dinamakan Ordinan. 
3.5 Parti-parti politik 
Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Selain itu, ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti. Selain ideologi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti,contohnya Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah Melayu (MCA)dan Kongres India Tanah Melayu (MIC) di negara kita. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.
3.5.1 Parti-parti Politik di Tanah Melayu Sehingga Tahun 1963.Nama Parti, Tujuan Penubuhan dan Sejarah Ringkas. 
3.5.1.1 Malayan Democratic Union (MDU) 
Ditubuhkan oleh golongan profesional Cina pada bulan Disember 1945. 
Matlamat penubuhannya adalahuntuk menentang penubuhan Malayan Union. MDU merupakan pertubuhan bukan Melayu yang menentang Malayan Union kerana dianggap 
tidak demokratik. 
3.5.1.2 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 
UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 untuk menumbangkan gagasan Malayan Union. Matlamat penubuhannya adalah untuk menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union dan melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu. Di samping itu, matlamat untuk mencapai kemerdekaan merupakan agenda utama penubuhan UMNO. UMNO kemudian bekerjasama dengan parti MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan. 
3.5.1.3 Malayan Indian Congress (MIC) 
Yang dipertua MIC ialah John Thivy. MIC ditubuhkan pada bulan Ogos 1946. Matlamat penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu. Selain memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain. 
3.5.1.4 Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu atau all Malayan Council of Joint Action (AMCJA).Ditubuhkan oleh beberapa persatuan bukan Melayu pada bulan September 1946.Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock dan setiausahanya ialah John Eber.Penubuhannya adalah bertujuan untuk menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu. Selain itu, matlamat lain ialah menuntut kewargenegaraan yang sama. 
3.5.1.5 Hizbul Muslimin. 
Diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir. Hizbul Muslimin bermaksud Pertubuhan Kaum Muslimin. Merupakan pertubuhan politik yang pertama antara tahun 1948 hingga awal tahun 1950-an. Perjuangan pertubuhan ini untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu yang merdeka. Perjuangan Hizbul Muslimin kemudian disambung oleh Parti Islam Setanah Melayu(PAS). 
3.5.1.6 Malayan Chinese Association(MCA) 
MCA itubuhkan pada tahun 1949. Pengasas penubuhannya termasuklah Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin, Kolonel Lee Hau Shik( H.S.Lee) dan Leong Yew Koh.Matlamat MCA ditubuhkan adalah untuk menjaga kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu. Matlamat lain ialah,bekerjasama menentang keganasan komunis di Tanah Melayu.
3.5.1.7 Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence Malaya Party (IMP) 
Diasaskan oleh’Onn Jaafar pada bulan September 1951. IMP menuntut supaya pilihanraya diadakan pada 1955 dan mahukan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1961. Parti ini merupakan parti berbilang bangsa. Namun begitu, Parti IMP tidak mendapat sambutan. 
3.5.1.8 Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) 
Ditubuhkan pada 24 November 1951 di Kepala Batas,Seberang Perai dan diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan. Perjuangannya bermatlamat menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi. 
3.5.1.9 Parti Buruh Se- Tanah Melayu. 
Ditubuhkan pada tahun 1952 dan Presiden pertama ialah Mohamad Sopiee Ibrahim. 
Menentang keganasan komunis dan Merancang kemerdekaan Tanah Melayu merupakan matlamat perjuangan parti ini. 
3.5.1.10 Parti Negara 
Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar pada bulan Februari 1954. Bermatlamat mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun. Parti ini menekankan kepentingan orang Melayu kerana Dato’Onn Jaafar ingin mendapatkan semula sokongan masyarakat Melayu terhadapnya. 
3.5.2 Parti- parti politik di Sarawak sehingga Tahun 1963.Nama Parti,Tujuan Penubuhan dan Sejarah Ringkas. 
3.5.2.1 Parti Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) 
Ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada awal tahun 1940-an. Matlamat penubuhannya bertujuan memupukkan kesetiaan dan perpaduan di kalangan semua kaum. 
3.5.2.2 Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) 
Ditubuhkan oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong pada 12 Jun 1959.Penubuhannya bermatlamatkan melahirkan perasaan taat setia.Menyatukan kaum-kaum di Sarawak. Selain itu bertujuan mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak. 
3.5.2.3 Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) 
Ditubuhkan pada 10 April 1961 oleh Stephen Kalong Ningkan, ketua orang Iban dari Saribas.Matlamat perjuangannya bagi mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak. 
3.5.2.4 Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) 
Ditubuhkan oleh Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman,Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud pada tahun 1961. Matlamat untuk membantu orang Dayak mencapai perpaduan dan menjaga hak mereka dalam Perlembagaan serta meninggikan taraf hidup rakyat Sarawak.
3.5.2.5 Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) 
Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah Anak Bareing pada bulan Julai 1962 demi menjaga hak dan kepentingan orang Dayak di Sarawak. 
3.5.2.6 Parti Cina Sarawak (PCS) 
Ditubuhkan pada bulan Julai 1962,oleh William Tan. Berusaha mencapai matlamat ke arah perpaduan demi untuk menyatukan orang Cina dan menyokong gagasan Malaysia. 
3.5.2.7 Parti Negara Sarawak(PANAS) 
Ditubuhkan oleh Datu Bandar abang Haji Mustapha yang bermatlamatkan melindungi kaum bumiputera dan melindungi kedudukan mereka dalam bidang ekonomi,politik dan sosial. PANAS Namun, tidak mendapat sokongan segolongan orang Melayu yang menentang penyerahan Sarawak. 
3.5.3 Parti-parti politik di Sabah Sehingga Tahun 1963,Nama Parti,Tujuan Penubuhan dan Sejarah Ringkas. 
3.5.3.1 Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) 
Diasaskan oleh Donald Stephens pada bulan Ogos 1961. Matlamat penubuhannya untuk menyatukan dan mengeratkan hubungan antara orang Kadazan Dusun agar mereka dapat berjuang bagi meningkatkan cita-cita mereka dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. 
3.5.3.2 Parti Kebangsaan sabah bersatu (USNO) 
Ditubuhkan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun pada bulan Disember 1961. 
Parti ini menyokong gagasan Malaysia.Mendapat sokongan kuat daripada kaum Sulu,Bajau,Kedayan dan Melayu Brunei. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Memperjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi. Menukarkan nama Borneo Utara kepada Sabah. 
3.5.3.3 Parti Pasok Momugun. 
Ditubuhkan pada tahun 1962. Dipimpin oleh G.S Sundang dan O.K.K Sedomon Perjuangan bermatlamatkan melindungi hak kaum bumiputera di pendalaman. 
3.5.3.4 Parti Cina Sabah atau Sabah Chinese Association (SCA) 
Diasaskan oleh Khoo Siak Chiew dan Peter Chin. Memperjuangkan usaha memelihara kepentingan masyarakat Cina di Sabah.Parti Bersatu atau United Party dan Parti Demokrat atau Democrat Party telah bercantum menjadi Parti Cina Sabah ( SCA).
SOALAN 4 (a) : Mengapakah negara kita memilih sistem demokrasi berparlimen sebagai asas pentadbiran.? SOALAN 4(b) : Apakah faedah/manfaat sistem demokrasi berparlimen kepada bangsa dan negara? 
Contoh Jawapan 4a: 
Negara kita memilih sistem demokrasi berparlimen sebagai asas pentadbiran kerana rakyat berpeluang memilih kerajaan melalui pilihan raya. Pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya. Oleh itu, rakyat berhak membuat pemilihan yang tepat mengikut pertimbangan masing-masing dalam setiap pilihan raya di kawasan tertentu yang telah ditetapkan. 
Sistem demokrasi berparlimen juga dipilih untuk mengekalkan warisan kesultanan Melayu. Hal ini kerana raja-raja Melayu sebagai ketua negara di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan yang merupakan tonggak kedaulatan sistem beraja sejak zaman kerajaan Melayu Melaka. Seri Paduka Yang Dipertuan Agong diberi kuasa untuk memelihara adat-istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam. Sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera Negara, rakyat menumpahkan kesetiaan bersandarkan keluhuran perlembagaan. Raja-raja pula menjadi ketua negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri. 
Selain itu, pemilihan sistem demokrasi berparlimen adalah untuk melicinkan pentadbiran negara. perlembagaan yang merupakan asas demokrasi berparlimen adalah secara langsung sebagai undang-undang tertinggi dan dokumen rasmi yang mengandungi peraturan dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara. Contoh yang jelas dapat dijelaskan dalam Perlembagaan yang memperuntukkan Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. 
Di samping itu, Sistem Demokrasi Berparlimen dapat menjamin kestabilan politik negara Malaysia. Hal ini dapat dilihat dalam Sistem Demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini kuasa pemerintahan dibahagikan tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. 
Akhir sekali, negara kita memilih Sistem Demokrasi berparlimen dalam pentadbiran negara untuk mengekalkan perpaduan rakyat. Ia diterjemahkan dalam penggubalan perlembagaan negara yang memperlihatkan semangat persefahaman dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Contohnya, Barisan Nasional ialah sebuah
pertubuhan politik hasil gabungan kaum Melayu, Cina dan India. Kandungan perlembagaan juga memanifestasikan pencapaian kata sepakat antara takhta dengan rakyat, antara rakyat dengan rakyat yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa. 
Contoh Jawapan 4b: 
Faedah pembentukan sesebuah kerajaan yang berasaskan demokrasi berparlimen adalah dapat mewujudkan keamanan negara. Sistem demokrasi berparlimen membolehkan rakyatnya dapat hidup dengan tenteram, bebas serta mendapat layanan yang adil, saksama dan sama rata. Bagi tujuan ini, perlembagaan telah digubal. Buktinya, tunjuk perasaan yang membawa kepada pertumpahan darah tidak berlaku di Malaysia kerana rakyat berpuas hati dengan amalan demokrasi berparlimen. Amalan Perlembagaan yang menjadi asas demokrasi berparlimen mengehadkan kuasa pemerintah supaya ia tidak dapat menyalahgunakan kuasanya atau bertindak sewenang-wenangnya terhadap rakyat dan negara. 
Seterusnya, demokrasi berparlimen mementingkan perlembagaan yang berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran agar wujud kecekapan, keadilan, ketulusan serta kelancaran. Misalnya, pada lewat arus kemodenan ini, institusi beraja sebagai ketua agama Islam yang menjadi tonggak kekuatan negara amat penting dalam menjana keseimbangan politik selain mengekalkan kestabilan sesebuah negara. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Dengan itu, semua prinsip pentadbiran negara terkandung dalam Perlembagaan. 
Selain itu, Sistem Demokrasi Berparlimen juga bermanfaat kepada rakyat kerana ia dapat memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera lain. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak juga tertera dalam perlembagaan. Buktinya, telah terpahat secara tersirat dan tertera secara tersurat di dalam Perlembagaan Persekutuan semangat menjunjung tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menetapkan antaranya ialah kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain. Hak istimewa tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain. 
Seterusnya undang-undang negara dapat dimantapkan melalui sistem demokrasi berparlimen. Hal ini berdasarkan fungsi badan perundangan iaitu menggubal undang- undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagan persekutuan menjadi rujukan utama dalam mengurus tadbir negara. Ia mengatasi segala undang- undang lain. Tidak ada undang-undang lain yang harus mencabar keunggulanya. Contohnya, Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang berperanan menggubal undang- undang dan dasar negara. Oleh itu, mematuhi dan menghormati perkara-perkara yang
telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan bukan satu pilihan tetapi adalah satu kemestian untuk membolehkan sistem pemerintahan demokrasi yang sejati dapat ditegakkan. 
Akhir sekali, manfaat yang diperoleh daripada sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan adalah dapat menyatupadukan rakyat majmuk di Malaysia. Peranan raja yang berada di atas politik kepartian telah menyumbang secara tuntas ke arah proses penyatuan rakyat majmuk dan pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya. Ia mempamerkan semangat persefahaman dan mempamerkan kesediaan berkompromi pelbagai pihak. Ia juga memanifestasikan pencapaian kata sepakat antara rakyat sesama rakyat yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan agama. Sebagai contoh, setiap tahun rakyat Malaysia berkongsi kegembiraan menyambut perayaan bersama-sama walaupun berbeza anutan agama. Sambutan “Deepa Raya” dan “Gong Xi Raya” menjadi salah satu keunikan di Malaysia. 
SOALAN 5 (a) : Kepentingan Warganegara Malaysia Memahami Pelaksanaan Sistem Demokrasi Berparlimen SOALAN 5(b) :Peranan Warganegara Dalam Menjayakan Sistem Demokrasi Berparlimen. SOALAN (c) :Sebab Anda Berbangga Dengan Sistem Demokrasi Berparlimen Di Negara Kita. 
Jawapan 5(a): 
Warganegara Malaysia perlu memahami pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin yang berwibawa dan benar-benar layak untuk menerajui pentadbiran negara dan menentukan kerajaan yang akan memerintah. Amalan memilih pemimpin dan kerajaan dalam Demokrasi Berparlimen ini dibuat melalui pilihan raya. Kuasa rakyatlah yang akan menentukan pemimpin yang dipilih sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri merupakan pemimpin yang bertanggungjawab memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya. Melalui pilihan raya juga, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada sesebuah parti untuk membentuk kerajaan dan memerintah negara. Hal ini bagi memastikan kerajaan yang memerintah sentiasa menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat yang diperintah bagi menjamin kestabilan politik dan kamakmuran ekonomi negara. 
Warganegara Malaysia juga perlu memahami pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen agar rakyat mempunyai pengetahuan tentang hak dan peranan mereka sebagai warganegara Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan
kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Perlembagaan membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang. Rakyat juga terlibat dalam membuat keputusan politik dan urusan pemerintahan negara. Melalui pilihan raya, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan yang akan menerajui pemerintahan negara. 
Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan juga penting bagi menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan dan kelicinan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan. Perlembagaan Malaysia merupakan undang- undang tertinggi yang dijadikan asas kepada pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini dapat menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan. Setiap pemimpin juga memerlukan panduan semasa memerintah agar pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. 
Perlembagaan juga digubal supaya pemerintah tidak menyalah guna kuasa atau bertindak sewenang-wenangnya. Pemerintahan Malaysia yang bercirikan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan juga perlu difahami oleh warganegaranya demi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk melindungi kepentingan rakyat dan menjamin keselamatan negara. Perlembagaan telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Seseorang individu dilarang bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Lantaran itu, kita mestilah saling bertoleransi dan memelihara hak asasi serta kebebasan individu supaya rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni. 
Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen juga membolehkan pemimpin dan rakyat berganding bahu mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Berdasarkan prinsip Raja Berperlembagaan seperti yang dimaksudkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Raja menjadi payung atau simbol perpaduan semua kaum serta simbol perpaduan antara agama. Dalam konteks negara Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama Negara. Yang di-Pertuan Agong juga merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini. Justeru, tindakan sesetengah individu yang menghina institusi diraja dalam media sosial dianggap mangandungi unsur hasutan yang boleh membuatkan masyarakat berpecah belah dan tidak menghormati institusi raja. . Kita haruslah berusaha mengukuhkan perpaduan antara kaum dan mengutamakan rundingan dalam menyelesaikan masalah
Antara peranan warganegara Malaysia dalam menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen ialah senantiasa menghormati keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara serta memupuk semangat patriotisme. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Jika perlembagaan diabaikan, perpaduan kaum akan terjejas dan negara berada dalam keadaan kucar-kacir. Hal ini boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara serta mendedahkan negara kepada pencerobohan luar. 
Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi menjamin keamanan negara. Undang-undang digubal bagi menjaga kepentingan rakyat dan keselamatan negara ini. Undang-undang juga digubal untuk membantu melicinkan urusan pentadbiran negara. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan pelampau dalam negara. Pindaan Akta Hasutan 1970, mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya serta larangan menyentuh perkara sensitif demi mengelakkan perbalahan antara kaum. 
Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat dijalankan dengan baik dan mantap melalui sokongan padu rakyat terhadap kerajaan yang memerintah. Rakyat harus menjalin permuafakatan dengan kerajaan dengan menyokong dasar-dasar kerajaan, menyahut seruan kerajaan dan bekerja dengan telus dan amanah. Selain itu, rakyat haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh oleh anasir – anasir luar. Rakyat perlu menghindari diri daripada terlibat dengan anasir yang boleh merosakkan negara seperti perhimpunan di jalanan. Rakyat juga harus saling bekerjasama, tolong-menolong dan menyokong kerajaan yang memerintah demi mengekalkan keharmonian negara. Hal ini penting kerana keamanan dan kemakmuran negara mampu menjanjikan masa depan ekonomi Malaysia dapat dipacu dengan lebih cemerlang. 
Warganegara Malaysia juga boleh memainkan peranan menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen dengan melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya. Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut.
Warganegara Malaysia juga perlu mempertahankan Sistem Raja Berperlembagaan di negara kita dalam usaha menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen. Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat di negara ini. Raja merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Raja memelihara hak keistimewaan dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak. Raja sebagai ketua negara dan lambang kedaulatan negara. Oleh sebab itu, sistem beraja perlu dipertahankan kerana raja merupakan lambang penyatuan orang Melayu dan pelindung bagi semua rakyat Malaysia. Pengukuhan institusi beraja dapat mengekalkan keharmonian antara kaum di negara ini. 
Jawapan 5b 
Antara peranan warganegara Malaysia dalam menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen ialah senantiasa menghormati keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara serta memupuk semangat patriotisme. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Jika perlembagaan diabaikan, perpaduan kaum akan terjejas dan negara berada dalam keadaan kucar-kacir. Hal ini boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara serta mendedahkan negara kepada pencerobohan luar. 
Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi menjamin keamanan negara. Undang-undang digubal bagi menjaga kepentingan rakyat dan keselamatan negara ini. Undang-undang juga digubal untuk membantu melicinkan urusan pentadbiran negara. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan pelampau dalam negara. Pindaan Akta Hasutan 1970, mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya serta larangan menyentuh perkara sensitif demi mengelakkan perbalahan antara kaum. 
Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat dijalankan dengan baik dan mantap melalui sokongan padu rakyat terhadap kerajaan yang memerintah. Rakyat harus menjalin permuafakatan dengan kerajaan dengan menyokong dasar-dasar kerajaan, menyahut seruan kerajaan dan bekerja dengan telus dan amanah. Selain itu, rakyat haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh oleh anasir – anasir luar. Rakyat perlu menghindari diri daripada terlibat dengan anasir yang boleh merosakkan negara seperti perhimpunan di jalanan. Rakyat juga harus saling bekerjasama, tolong-menolong dan menyokong kerajaan yang memerintah demi mengekalkan keharmonian negara. Hal ini penting kerana keamanan
dan kemakmuran negara mampu menjanjikan masa depan ekonomi Malaysia dapat dipacu dengan lebih cemerlang. 
Warganegara Malaysia juga boleh memainkan peranan menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen dengan melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya. Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut. 
Warganegara Malaysia juga perlu mempertahankan Sistem Raja Berperlembagaan di negara kita dalam usaha menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen. Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat di negara ini. Raja merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Raja memelihara hak keistimewaan dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak. Raja sebagai ketua negara dan lambang kedaulatan negara. Oleh sebab itu, sistem beraja perlu dipertahankan kerana raja merupakan lambang penyatuan orang Melayu dan pelindung bagi semua rakyat Malaysia. Pengukuhan institusi beraja dapat mengekalkan keharmonian antara kaum di negara ini. 
Jawapan 5c 
Saya berbangga dengan pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita kerana terbukti sistem ini menjamin kerajaan yang adil dan saksama. Malaysia ialah salah sebuah negara yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan. Tujuannya untuk mengelakkan pembolotan kuasa serta menghindari pemimpin berkuasa mutlak dan zalim. 
Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita juga membanggakan saya kerana sistem ini menjamin ketenteraman dan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kerjasama dan kesepakatan antara pemimpin dan rakyat dan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membolehkan rakyat hidup aman damai dan bersatu padu serta terhindar daripada perbalahan antara kaum dan pertumpahan darah. Keadaan yang aman ini menjamin kestabilan negara dan kerajaan boleh memberi tumpuan kepada pembangunan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Saya harus berbangga dengan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita kerana institusi beraja terus berfungsi sebagai payung kepada rakyat sedangkan terdapat banyak negara yang tidak mengekalkan kedaulatan raja pada arus kemodenan ini. Peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai tonggak utama negara amat dikagumi oleh masyarakat dunia. Malaysia sudah membuktikan bahawa sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan adalah sistem pemerintahan yang paling efisen dan progresif kerana sistem ini menggabungkan barisan kepimpinan negara yang menjunjung aspirasi rakyat. Institusi beraja amat penting dalam menjana keseimbangan politik selain mengekalkan kestabilan negara. Peranan raja-raja dalam memelihara dan melindungi kedaulatan bangsa Melayu dan kepentingan kaum-kaum lain wajar dijadikan aspirasi oleh rakyat Malaysia. 
Saya juga berbangga dengan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita yang peka dan mengutamakan kepentingan rakyat. Rakyat digalakkan terlibat menentukan dasar atau polisi kerajaan. Rakyat juga berhak membantah segala cadangan kerajaan jika kerajaan gagal memenuhi kehendak rakyat atau menyeleweng daripada dasar yang telah dipersetujui. Setiap rakyat dianggap mempunyai hak yang sama dan berhak menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan dan hak asasi rakyat negara ini seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan ini rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang. 
Selepas 57 tahun merdeka, sistem Demokrasi Berparlimen masih menjadi simbol kebanggaan rakyat Malaysia. Demokrasi Berparlimen masih merupakan sistem terbaik negara ini yang mempertahan tanggungjawab pemimpin dan hak rakyat ke atas kerajaan. Perlembagaan merupakan dokumen terpenting yang mendasari hubungan ini dan menjadi asas permuafakatan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Demokrasi Berparlimen yang kita amalkan membolehkan rakyat menyalurkan pandangan dan kritikan melalui wakil yang terpilih. 
Pengamalan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di negara kita turut membanggakan saya kerana berjaya melahirkan pemimpin yang dikagumi dunia seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antara kejayaan Tun Dr. Mahathir ialah mencipta idea bagi mengatasi krisis kewangan dunia, mengelakkan negara kita daripada penguasaan International Monetary Fund (IMF), membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menubuhkan Koridor Raya Multimedia dan membina Litar Formula 1. 
Tun Dr. Mahathir juga merupakan pemimpin yang lantang membela kepentingan Negara Dunia Ketiga serta membela negara-negara Islam secara konsisten dalam forum antarabangsa seperti menyokong perjuangan rakyat Palestine bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.
Soalan 6(a): Amalan demokrasi berparlimen telah menjadi kunci kestabilan politik di Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut. (10m) Soalan 6(b): Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Buktikan. (10m) Soalan 6(c): Amalan demokrasi berparlimen telah menjamin kestabilan politik dan kemakmuran sosioekonomi negara. Buktikan. (10m) 
Contoh jawapan 6(a) 
Amalan demokrasi yang diamalkan oleh negara sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara Malaysia.Konsep pengasingan kuasa telah berjaya melicinkan sistem pentadbiran negara. Kuasa pemerintahan negara telah dibahagikan kepada kepada 3 cabang iaitu badan perundangan, badan perlaksana dan badan kehakiman, dimana ketiga-tiga badan di pegang oleh pihak yang berasingan bagi mengelakkan pembolotan kuasa. 
Raja berpelembagaan adalah ciri penting dan unik dalam negara Malaysia. Ia merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini. Yang di Pertuan Agong bertindak berdasarkan kuasa yang ditetapkan dalam perlembagaan negara. Konsep raja berpelembagaan telah memantapkan kewibawaan institusi raja negara kita. 
Penetapan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah untuk mengekalkan identiti bangsa. Namun begitu bahasa lain masih dibenarkan penggunaannya. 
Islam adalah agama rasmi persekutuan. Namun begitu agama lain bebas diamalkan tanpa menyinggung amalan agama kaum lain. Seperti mana yang kita lihat pada hari ini nilai-nilai Islam telah diaplikasikan dalam cara hidup, ekonomi dan politik Malaysia. Agama lain juga bebas mengamalkan cara hidup agama mereka, membina kuil dan sebagainya 
Perlembagaan telah menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dinegara ini, seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Setiap rakyat mengetahui had kebebasan disisi undang-undang. Hal ini menjamin keharmonian dan kestabilan negara. 
Contoh jawapan 6(b) Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Buktikan. 
Amalan demokrasi yang diamalkan oleh negara sejak merdeka terbukti berkesan memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Islam adalah agama rasmi persekutuan. Ianya telah termaktub dalam perlembagaan. Agama lain bebas diamalkan. Seperti mana yang kita lihat pada hari ini nilai-nilai Islam telah diaplikasikan
dalam cara hidup, ekonomi dan politik Malaysia. Agama lain juga bebas mengamalkan cara hidup agama mereka, membina kuil dan sebagainya. 
Sebagai negara persekutuan, konsep pengasingan kuasa telah diamalkan dalam sistem pentadbiran negara. Kuasa pemerintahan negara telah dibahagikan kepada kepada 3 cabang iaitu badan perundangan, badan perlaksana dan badan kehakiman dimana ketiga-tiga badan mempunyai tugas dan tanggungjawab melancarkan dan memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia negara. 
Raja berpelembagaan adalah ciri penting dan unik dalam negara Malaysia. Ia merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini. Yang di Pertuan Agong bertindak berdasarkan kuasa yang ditetapkan dalam perlembagaan negara. Konsep raja berpelembagaan telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. 
Ciri pembinaan negara bangsa yang seterusnya ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ianya menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa perpaduan apabila semua kaum bertutur dalam bahasa yang sama. Namun begitu penggunaan bahasa kaum lain tidak dihalang. 
Perlembagaan telah menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dinegara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Setiap rakyat mengetahui had kebebasan disisi undang- undang. Hal ini membantu memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. 
Contoh jawapan 6(c) Amalan demokrasi berparlimen telah menjamin kestabilan politik dan kemakmuran sosioekonomi negara. Buktikan. (10m) 
Rakyat perlu berpegang teguh dan memegang lima prinsip rukun negara. Setiap rakyat perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Rakyat perlu menjadikan Raja-Raja Melayu sebagai lambang taat setia rakyat kepada negara. Dengan itu kestabilan politik dan keharmonian negara akan dapat dicapai. 
Perlembagaan telah menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dinegara ini, seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Setiap rakyat mengetahui had kebebasan disisi undang-undang. Hal ini menjamin keharmonian dan kestabilan negara. 
Kerajaan perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif kearah mempertingkatkan kualiti hidup. Penyediaan kemudahan awan yang selesa seperti kemudahan pengangkutan, kemudahan kesihatan dan pendidikan yang baik perlu disediakan untuk rakyat . 
Sikap penerimaan dikalangan rakyat berbilang kaum perlu dipupuk sedari awal. Hal ini perlu bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara. Sikap saling bantu membantu antara kaum perlu diamalkan bagi mengekalkan kesejahteraan hidup.
Kesejahteraan hidup juga dapat dipelihara dengan memelihara kestabilan ekonomi negara. Golongan yang kurang berkemampuan perlu diberikan bantuan kewangan. Pemimpin yang berkalibar yang dipilih oleh rakyat dapat membantu rakyat dengan cara menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak. 
Soalan 7 (a): Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. Soalan 7(b): Cadangan anda bagi memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita.(10 markah) 
Contoh Jawapan 7(a) 
i) Cabaran (5 markah) 
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen antaranya ialah mempersoalkan perlembagaan negara. Terdapat segelintir rakyat yang tidak berpuas hati dengan kandungan Perlembagaan Malaysia. Mereka berpendapat perlembagaan mesti diubah sejajar dengan perubahan politik . Contohnya isu berhubung dengan dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu sering dipersoalkan oleh pihak-pihak yang tertentu. 
Mereka tidak menghormati institusi beraja dan mempersoal kewibawaan raja-raja Melayu sebagai pemerintah negeri. Sikap biadap dan memperlekehkan institusi beraja semakin menjadi-jadi dalam kalangan rakyat dan pemimpin tertentu di negara kita ini. Kesannya boleh membuatkan masyarakat berpecah belah dan tidak menghormati institusi raja. 
Cabaran yang seterusnya ialah menyalahgunakan hak kebebasan asasi yang diberikan terutamanya kebebasan bersuara. Rakyat menuntut perkara-perkara yang melampaui peruntukan dalam perlembagaan negara dan juga membangkitkan isu-isu yang sensitif. Contohnya menuntut hak sama rata, isu kebebasan beragama dan sebagainya. Tuntutan ini mereka zahirkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan. 
Cabaran yang berikutnya ialah tidak menghormati hak kaum lain. Ini disebabkan oleh sifat perkauman yang menebal. Situasi ini boleh mengugat perpaduan antara kaum dan seterusnya boleh mengugat keamanan dan kestabilan negara di bawah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. 
Cabaran yang seterusnya ialah isu pemimpin yang tidak berintergriti dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawab. Terdapat segelintir pemimpin yang mengutamakan kaum keluarga daripada kepentingan negara, rasis, terlibat dengan rasuah dan tidak menjaga kebajikan rakyat. Keadaan ini boleh membawa kepada
ketidakpuasan hati rakyat kepada pemimpin. Situasi ini boleh mengugat kelancaran sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh negara kita. 
Cabaran yang berikutnya ialah terdapat pihak yang mengambil kesempatan untuk mencemarkan pilihanraya dengan melakukan perbuatan yang salah. Antaranya berkempen secara agresif dan melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kekacauan. Mereka juga turut mempertikai kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya dengan membangkitkan isu-isu pengiraan undi, pengundi hantu dan ada juga yang menganggap SPR memihak kepada parti kerajaan. Contohnya demonstrasi BERSIH yang menuntut pilihanraya yang bebas dan adil. Mereka berjaya memperdayakan rakyat sehingga pengundi-pengundi mudah menjadi bingung, prejudis dan teragak-agak untuk membuat pilihan disebabkan banyaknya maklumat yang saling bertentangan daripada pihak-pihak yang berkepentingan. 
Selain itu pengaruh globalisasi turut memberi cabaran dalam mengekalkan sistem demokrasi berparlimen. Kepesatan teknologi maklumat menyebabkan rakyat mudah terpengaruh dengan banyak fahaman politik negara lain dan terdedah dengan ideologi politik. Rakyat mula mempersoal perkara-perkara yang terdapat dalam pentadbiran negara. Tidak ramai rakyat umum yang celik hak dan yang mahu mengambil tahu fakta- fakta tepat sesuatu situasi sebaliknya menerima bulat-bulat apa yang disampaikan dalam media elektronik. 
Cabaran lainnya ialah menghina sistem kehakiman dan melanggar undang- undang negara. Mereka menuduh sistem kehakiman negara tidak telus dan adil. Mereka juga turut mempertikaikan kewibawaan badan kehakiman dalam mengendalikan kes- kes yang melibatkan orang kenamaan dan membuat tuduhan melampau terhadap badan kehakiman. 
ii) Langkah-langkah mengatasi (5 markah) 
Antara langkah-langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran di atas ialah peranan pihak kerajaan memberi penjelasan kepada pihak yang terlibat agar mereka memahami perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Malaysia seperti kempen melalui media massa dan elektronik. 
Pihak kerajaan juga boleh memperkasakan pembelajaran di sekolah rendah. Mulai tahun 2014 mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan di sekolah rendah kepada pelajar-pelajar Tahun 4 supaya mereka dapat mengetahui latar belakang sejarah negara. Proses pendidikan ini perlu bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi. Dengan ini generasi muda dapat memahami sebab-sebab kandungan perlembagaan mempunyai elemen-elemen yang tertentu seperti hak keistimewaan orang Melayu, bumiputera dan kedudukan raja-raja Melayu. 
Langkah yang berikutnya ialah menghormati institusi beraja. Ada baiknya satu badan khusus ditubuhkan untuk menjadi tempat rujukan ilmuan hingga kepada anak
sekolah diwujudkan bagi memastikan kedaulatan raja sebagai tonggak pemerintahan negara kekal utuh di negara ini. Institusi raja sebagai sebagai payung dan lambang kerajaan sejak zaman berzaman perlu dihormati dan ditaati setiap lapisan rakyat berbilang kaum. Fenomena mempersoalkan kuasa raja tidak sepatutnya berlaku kerana kedudukan raja-raja Melayu telah diletakkan dalam perlembagaan. Sehubungan dengan itu kajian serta penyelidikan yang khusus mengenai raja-raja Melayu perlu dijalankan secara intelektual dan ilmiah bagi mempertahankan institusi beraja. 
Langkah seterusnya ialah tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan dengan tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan isu agama, hak istimewa orang melayu dan sebagainya. Masyarakat Malaysia perlulah mengukuhkan lagi semangat patriotisme iaitu cinta akan negara dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan antara kaum supaya mereka dapat menerima dan mematuhi Perlembagaan Negara. Apabila wujud semangat perpaduan yang menebal ini, rakyat akan saling bertolak ansur dan menghormati hak kaum lain. Selain itu konsep 1 Malaysia perlu dipraktikkan dan diamalkan. 
Pemimpin-pemimpin negara yang telah dipilih dan diberi kepercayaan oleh rakyat juga perlu mengamalkan sifat kepemimpinan yang cemerlang, jujur dalam tanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas. Selain itu, melakukan kerja dengan beretika dan profesional dan mementingkan kebajikan rakyat daripada kepentingan sendiri. Mereka juga perlu berpegang teguh kepada agama supaya tidak melakukan rasuah dan sebagainya yang boleh mengugat kepercayaan rakyat kepada mereka. Bakal-bakal pemimpin juga perlu mempunyai pegangan agama yang kukuh. 
Langkah seterusnya bagi melicinkan perjalanan pilihanraya, pihak pemerintah perlu memberikan panduan kepada parti politik dalam menjalankan kempen pilihanraya. Pihak kerajaan atau SPR boleh membuat beberapa penambahbaikan. Antaranya seperti penggunaan dakwat kekal boleh diteruskan. Pihak keselamatan pula boleh mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang sengaja mencemarkan pilihanraya yang diadakan. Pihak yang masih berdegil akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. (di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) 
Langkah berikutnya ialah Suruhanjaya Komunikasi Malaysia harus bertindak menapis unsur-unsur negatif khususnya dalam media cetak dan media elektronik. 
Langkah terakhir ialah menghayati Rukun Negara. Apabila rakyat menjiwai Rukun Negara, semua cabaran yang ada dapat diatasi. Rakyat akan taat setia kepada raja dan negara, mematuhi undang-undang dan perlembagaan. Selain itu memantapkan lagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah.
Contoh Jawapan 7(b) 
Cadangan saya bagi memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita ialah pemimpin/pemerintah memerintah dengan adil dan saksama. Institusi raja perlu menjunjung amanah pemerintahan dan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat. Pemimpin yang dipilih pula perlulah berpegang teguh kepada prinsip sistem demokrasi berparlimen serta bersikap jujur, amanah dan berintegriti serta memgutamakan kepentingan negara daripada kepentingan sendiri. 
Kerajaan yang memerintah juga perlu menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat dengan sebaik mungkin. Kerajaan yang mesra rakyat perlu diwujudkan. 
Sistem pemerintahan demokrasi juga dapat ditegakkan dengan cara menghormati dan mematuhi perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan negara hendaklah dijadikan rujukan utama dalam mengurus tadbir negara. Perlembagaan adalah milik semua. Ia bukan saja milik dan tanggungjawab kerajaan tetapi ia juga milik dan tanggungjawab semua warga negara untuk terus mempertahankan dan menghormatinya. 
Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat memilih pemimpin yang benar- benar layak dan berhemah di samping bertindak bijak membuat keputusan yang rasional untuk mengekalkan kerajaan yang berwibawa. 
Rakyat juga perlu mematuhi undang-undang negara dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu berganding bahu dengan pihak kerajaan membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosial. Kerjasama dan kesepakatan antara pemimpin dan rakyat dapat memantapkan sistem pemerintahan kita seterusnya mengekalkan kestabilan dan keselamatan negara. 
Sebagai warganegara Malaysia, semangat cinta akan negara perlu dikukuhkan lagi. Semangat patriotisme yang menebal dalam kalangan rakyat boleh membantu memantapkan sistem pemerintahan negara seterusnya dapat mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara. 
Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen juga boleh dimantapkan dengan cara mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum. Semua kaum perlu bekerjasama, menghormati antara satu sama lain dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan berlaku perbalahan kaum. Perpaduan yang kukuh dapat dapat mengekalkan keharmonian kaum serta memajukan negara. 
Cadangan yang terakhir ialah menyuarakan pendapat dengan menggunakan saluran yang betul iaitu menyalurkannya melalui wakil rakyat. Demonstrasi jalanan tidak seharusnya diamalkan. Wakil rakyat pula perlu menerima pandangan rakyat dengan hati yang terbuka.Konklusinya, amalan demokrasi hanya dapat berfungsi dengan baik jika ada kesungguhan dan kerjasama dalam kalangan semua pihak bukan pemimpin semata-mata.
Soalan 8: Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen untuk kecemerlangan bangsa dan negara Malaysia. (5 markah) 
Nilai-nilai murni yang boleh diambil daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah menjadi tanggungjawab rakyat memilih pemimpin yang benar-benar layak dan berkeliber untuk memimpin negara. Pemimpin yang dipilih hendaklah berpegang teguh kepada prinsip sistem demokrasi berparlimen serta jujur, amanah dan berintegriti agar negara terus maju dan berdaulat. 
Sebagai warganegara yang baik, kita mestilah memahami perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita supaya perlaksanaannya menjadi sistematik. Sehubungan rakyat hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan bijak supaya dapat membuat keputusan yang rasional untuk mengekalkan kerajaan berwibawa. 
Warganegara Malaysia hendaklah menghormati pemimpin negara agar pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kita mestilah saling bertoleransi dalam memelihara hak asasi dan kebebasan individu supaya setiap rakyat dapat hidup dengan sejahtera. 
Kita hendaklah mengamalkan prinsip keluhuran perlembagaan serta mematuhi undang-undang negara agar keselamatan negara terjamin. Kita hendaklah bersatu mengekalkan keamanan negara supaya rakyat dapat hidup dengan harmoni. 
Tuntasnya pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen membolehkan pemimpin dan rakyat berganding bahu untuk memajukan negara dan bangsa. Maka dengan semangat patriotisme yang tinggi dan jati diri yang kukuh dalam kalangan rakyat berjaya mengekalkan kestabilan politik negara kita yang tercinta.
Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan (5 markah) a. Pengetahuan yang diperoleh b. Iktibar yang diperoleh daripada kejayaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ke arah kecemerlangan bangsa dan negara Malaysia. c. Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang 
Contoh Jawapan 
a. Pengetahuan yang diperoleh 
Pengetahuan yang diperoleh ialah pentadbiran negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan institusi raja berperlembagaan. Ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen ialan jentera pentadbiran kerajaan iaitu Badan perlaksana, Badan Perundangan(parlimen), Badan kehakiman, Raja berperlembagaan, perlembagaan, pilihanraya, parti politik dan kebebasan asasi. Sistem ini membolehkan rakyat memilih pemimpin dan kerajaan melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil sejahtera dan stabil. 
b. Iktibar yang diperoleh daripada kejayaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ke arah kecemerlangan bangsa dan negara Malaysia. 
Iktibar yang dapat diambil daripada perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen ialah kerajaan dan rakyat hendaklah bermuafakat untuk mengwujudkan kestabilan politik negara. Kerajaan yang memerintah wajib menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang diperintah. Rakyat Malaysia hendaklah bekerjasama dan bersatupadu menyokong kerajaan mengekalkan keharmonian kaum serta memajukan negara. Sistem ini berjalan lancar dan mantap kerana sokongan daripada rakyat. Rakyat Malaysia hendaklah mempunyai semangat setia negara yang tinggi agar kemerdekaan dan kedaulatan negara dapat dikekalkan. 
c. Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang 
Saya berharap negara kita dapat mengekalkan pemerintahan sistem demokrasi berparlimen dan institusi raja berperlembagaan. Pemimpin yang dipilih dapat menunaikan tanggungjawab dengan amanah agar pentadbiran bertambah cekap dan negara terus aman dan makmur. Kerajaan yang adil dapat dikekalkan kesan daripada kerjasama rakyat berbilang kaum. Pemerintahan demokrasi berparlimen akan mengukuhkan perasaan setia dan bangga kepada negara. Begitu juga perpaduan rakyat akan terus kukuh dan masyarakat dapat hidup secara bersama dengan harmoni. Di samping itu, Malaysia akan terus dihormati olen negara lain didunia kerana kestabilan politiknya. Kunklusinya Malaysia mampu merealisasikan Wawasan 2020 iaitu mencapai taraf negara maju dengan pengamalan sistem Demokrasi berparlimen yang cekap dan mantap.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014ciklaili. com
 
sejarah tingkatan 4
sejarah tingkatan 4sejarah tingkatan 4
sejarah tingkatan 4Nazmi Nami
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzetaGuru Sejarah
 
Kerajaan Demokrasi
Kerajaan DemokrasiKerajaan Demokrasi
Kerajaan Demokrasiasam jeruk
 
Demokrasi di Malaysia
Demokrasi di MalaysiaDemokrasi di Malaysia
Demokrasi di MalaysiaFifii Ridzuan
 
Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia dka1a2015
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014Mohd Muzlimi Junoh
 
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi BerparlimenRaja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimenmayanggsari
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMarzuq Ismail
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysiafiro HAR
 
Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7far84
 
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraanwk_aiman
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranSistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranKongChunLeong1
 

Was ist angesagt? (17)

Cadangan kertas 3 jpnp 2014
Cadangan kertas 3 jpnp 2014Cadangan kertas 3 jpnp 2014
Cadangan kertas 3 jpnp 2014
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
sejarah tingkatan 4
sejarah tingkatan 4sejarah tingkatan 4
sejarah tingkatan 4
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
Kerajaan Demokrasi
Kerajaan DemokrasiKerajaan Demokrasi
Kerajaan Demokrasi
 
Demokrasi di Malaysia
Demokrasi di MalaysiaDemokrasi di Malaysia
Demokrasi di Malaysia
 
Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia Perbentangan pengajian malaysia
Perbentangan pengajian malaysia
 
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014Kertas 3   beuafort  sipitang sabah 2014
Kertas 3 beuafort sipitang sabah 2014
 
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi BerparlimenRaja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
Raja Berpelmbagaan Dan Demokrasi Berparlimen
 
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIAMPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU2163 - PENGAJIAN MALAYSIA
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di MalaysiaPerlembagaan di Malaysia
Perlembagaan di Malaysia
 
Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7Hist note form 5 chap 7
Hist note form 5 chap 7
 
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan8. keluhuran perlembagaan   kewarganegaraan
8. keluhuran perlembagaan kewarganegaraan
 
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiranSistem pemerintahan dan pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiran
 

Andere mochten auch

Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahenMohd Muzlimi Junoh
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]isharsmiaa
 
历史拿A真的这么难吗?
历史拿A真的这么难吗?历史拿A真的这么难吗?
历史拿A真的这么难吗?刘 世一
 
Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016
Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016
Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016isharsmiaa
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bMohd Muzlimi Junoh
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaanNur Az
 

Andere mochten auch (10)

Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 
Kertas 3 negeri sembilan 2014
Kertas 3   negeri sembilan 2014Kertas 3   negeri sembilan 2014
Kertas 3 negeri sembilan 2014
 
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahenKertas 3   jpwpkl-cikgu mike mahen
Kertas 3 jpwpkl-cikgu mike mahen
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
 
历史拿A真的这么难吗?
历史拿A真的这么难吗?历史拿A真的这么难吗?
历史拿A真的这么难吗?
 
Hirarc
HirarcHirarc
Hirarc
 
Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016
Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016
Soalan Kertas 3 Sejarah SPM 2016
 
Sejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkkSejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkk
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 

Ähnlich wie Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya

Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Suet Yet
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Tuisyen Geliga
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzetaGuru Sejarah
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanShila Sim Rin
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysiaNur Az
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)Kamisah Madhan
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfhambadah
 
Struktur pemerintahan
Struktur pemerintahanStruktur pemerintahan
Struktur pemerintahanPaish Gto
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikMaizatul Akmal
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara MalaysiaFasyah Tutor
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaharizaish96
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaanNur Az
 
Tamadun Islam 31032019
Tamadun Islam 31032019Tamadun Islam 31032019
Tamadun Islam 31032019TheCikguSha
 
NOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxNOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxSHUMJINGFUN
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Rathnaa Wayy
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa firo HAR
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa firo HAR
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa firo HAR
 

Ähnlich wie Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya (20)

Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407Semester 4 amt 407
Semester 4 amt 407
 
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Contoh Soalan dan Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3   2014 - kemas kini c.muzetaKertas 3   2014 - kemas kini c.muzeta
Kertas 3 2014 - kemas kini c.muzeta
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 
8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia8 perlembagaan malaysia
8 perlembagaan malaysia
 
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
8 perlembagaanmalaysia-130105130655-phpapp02 (1)
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdfTOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN.pdf
 
Pengenalan Perlembagaan
Pengenalan PerlembagaanPengenalan Perlembagaan
Pengenalan Perlembagaan
 
Struktur pemerintahan
Struktur pemerintahanStruktur pemerintahan
Struktur pemerintahan
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara MalaysiaSEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
SEJARAH T5 KBSM BAB 7 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
5 politik dan perlembagaan
5  politik dan perlembagaan5  politik dan perlembagaan
5 politik dan perlembagaan
 
Tamadun Islam 31032019
Tamadun Islam 31032019Tamadun Islam 31032019
Tamadun Islam 31032019
 
NOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptxNOTA PA LAST MINIT.pptx
NOTA PA LAST MINIT.pptx
 
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
Pengajian malaysia (PERLEMBAGAAN)
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa
 
Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa Pengukuhn negara bgsa
Pengukuhn negara bgsa
 

Mehr von Mohd Muzlimi Junoh

Mehr von Mohd Muzlimi Junoh (18)

Id pelajar dan ibu bapa 2016
Id pelajar  dan ibu bapa 2016Id pelajar  dan ibu bapa 2016
Id pelajar dan ibu bapa 2016
 
Kertas 3 sabah 2014
Kertas 3   sabah  2014Kertas 3   sabah  2014
Kertas 3 sabah 2014
 
Kertas 3 johor 2014
Kertas 3   johor 2014Kertas 3   johor 2014
Kertas 3 johor 2014
 
Pecutan akhir andrew choo 2014
Pecutan akhir andrew choo 2014Pecutan akhir andrew choo 2014
Pecutan akhir andrew choo 2014
 
Soalan kbkk dan kbat 2014
Soalan kbkk dan kbat 2014Soalan kbkk dan kbat 2014
Soalan kbkk dan kbat 2014
 
Matematic spm kcm exam tips 1®
Matematic spm kcm exam tips 1®Matematic spm kcm exam tips 1®
Matematic spm kcm exam tips 1®
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
 
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014Tajuk ramalan sejarah spm 2014
Tajuk ramalan sejarah spm 2014
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
Tajuk pilihan spm 2014
Tajuk pilihan spm 2014Tajuk pilihan spm 2014
Tajuk pilihan spm 2014
 
Fokus spm sbp 2014
Fokus spm sbp 2014Fokus spm sbp 2014
Fokus spm sbp 2014
 
Tajuk panas spm 2014
Tajuk panas spm 2014Tajuk panas spm 2014
Tajuk panas spm 2014
 
Pt3 2014 (tarikh penting) yes yes
Pt3 2014 (tarikh penting) yes yesPt3 2014 (tarikh penting) yes yes
Pt3 2014 (tarikh penting) yes yes
 
Hem
HemHem
Hem
 
Jadual tarikh-ujian-pt3-2014
Jadual tarikh-ujian-pt3-2014Jadual tarikh-ujian-pt3-2014
Jadual tarikh-ujian-pt3-2014
 
Pt3 2014 (tarikh penting)
Pt3 2014 (tarikh penting)Pt3 2014 (tarikh penting)
Pt3 2014 (tarikh penting)
 
Pt3 2014 (tarikh penting)
Pt3 2014 (tarikh penting)Pt3 2014 (tarikh penting)
Pt3 2014 (tarikh penting)
 
Akademik format instrumen_pt3
Akademik format instrumen_pt3Akademik format instrumen_pt3
Akademik format instrumen_pt3
 

Ppwp 2014 kertas 3 putrajaya

  • 1. TEMA UMUM KERTAS 3 SPM 2014 GURU-GURU SUMBER 2014 JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA PUTRAJAYA. DEMOKRASI BERPARLIMEN MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2014
  • 2. SOALAN 1:Konsep Demokrasi Berparlimen. Contoh Jawapan 1 Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Rakyat tidak memerintah tetapi memilih wakil mereka melalui pilihan raya. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Rakyat berhak menyokong, mengekal, atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. SOALAN 2a:Latarbelakang perlaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita. (15 Markah) SOALAN 2b: Sistem Pentadbiran Negara sebelum perlaksanaan Sistem Demokrasi Berparlimen (15 markah) Contoh Jawapan 2(a) Berikut adalah langkah-langkah kearah pembentukan Demokrasi Berparlimen seperti yang ada di negara kita hari ini.Pada tahun 1867 Majlis Perundangan Negeri- Negeri Selat ditubuhkan berikutan perpindahan pentadbiran dari Syarikat Hindia Timur Inggeris ke Pejabat Kolonial di London. Majlis Perundangan tersebut merupakan institusi pertama yang mengadakan perbahasan dan perbincangan seperti ciri-ciri Parlimen moden. Pada tahun 1896 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dibentuk. Dengan itu satu sistem Kerajaan Persekutuan seperti yang ada sekarang terbentuk. Pada tahun 1909 Majlis Mesyuarat Persekutuan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk dengan pemusatan kuasa perundangan mengikut asas-asas Parlimen. Majlis ini mempunyai 13 ahli yang dilantik termasuk Raja keempat-empat Negeri Melayu Bersekutu, Residen Jeneral British serta empat orang ahli tidak rasmi. Pada tahun 1927 Raja-Raja Melayu Bersekutu berhenti menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Ini turut mengubah keanggotaannya menjadi 13 orang ahli rasmi dan 11orang ahli tidak rasmi. Majlis tersebut merupakan satu-satunya badan yang dilantik sepenuhnya sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua pada Disember 1941.
  • 3. Setelah tamat perang DuniaKedua British kembali dengan Gagasan Malayan Union. Namun ia telah ditentang oleh orang Melayu. Malayan union telah dibatalkan. Pada 1 Februari 1948 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dilancarkan secara rasminya. Di bawah sistem ini telah bermula sistem pilihan raya. Sistem pilihan raya yang diwujudkan itu merupakan asas kepada sistem politik demokrasi berparlimen di Malaysia hari ini. Pilihan raya diadakan untuk memilih perwakilan ke Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Undangan Negeri. Malangnya, cadangan untuk mengadakan pilihan raya ditangguhkan kerana pemberontakan komunis. Apabila keadaan telah reda, pihak British telah mengambil beberapa langkah untuk membolehkan Tanah Melayu membentuk kerajaan sendiri. Langkah terawal dilakukan apabila Sistem Ahli telah diperkenalkan pada tahun 1951. Dalam sistem ahli, beberapa orang pemimpin telah dilantik ke dalam Majlis Undangan Persekutuan dan diberi portfolio tertentu. Pada tahun 1952 pilihanraya untuk kawasan perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan. Pilihan raya umum pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955. Perikatan telah berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi.YTM Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri dan beliau membentuk Kabinet pertama Tanah Melayu. Pada tahun 1957 satu Perlembagaan bagi Tanah Melayu telah digubal dan diterima sebulat suara oleh Majlis Perundangan Persekutuan. YTM Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama dengan Jemaah Menteri seramai 12 orang. Pada 31 Ogos 1957 pengisytiharan Kemerdekaan diadakan di Stadium Merdeka. Majlis Perundangan Persekutuan menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah Dewan parlimen sehingga dibubarkan pada Jun 1959. Pada tahun 1959, satu pilihan raya umum diadakan. Berikutan itu Sistem parlimen dua Dewan yang mengandungi Institusi Seri Paduka Baginda yang diPertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk.. Pembukaan Parlimen Pertama oleh Seri paduka Yang Dipertuan Agong 1, Tuanku Rahman Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad di Dewan Tunku Abdul di Ampang. Contoh Jawapan 2b Sebelum Perlaksanaan Sistem Demokrasi Berparlimen setelah kedatangan British, Negeri-negeri Melayu telah pun mempunyai satu sistem politik dan pentadbiran yang boleh dibanggakan. Empayar Kesultanan Melayu telah memiliki satu sistem pentadbiran yang tersusun bagi memastikan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan cekap dan sempurna. Ketika itu system pentadbiran Melaka diketuai oleh sultan yang dibantu oleh beberapa pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada bendahara, Laksamana, temenggung, syahbandar dan lain-lain termasuk para pembesar di peringkat daerah. Tugas-tugas pentadbiran pada masa itu telah dijalankan mengikut Hukum Kanun Melaka dan
  • 4. Undang-Undang Laut Melaka. Dari situlah dikatakan sistem perkhidmatan awam di negara ini telah bermula. Terdapat ciri-ciri Demokrasi dalam sistem pemerintahan persekutuan Negeri Sembilan. Sistem berasaskan Adat perpatih. Kedaulatan berada di tangan rakyat. Perlantikan pemimpin daripada peringkat paling bawah. Anak Buah, memilih Buapak, Lembaga Undang dan melantik Yang Dipertuan Besar. Yang Dipertuan Besar merupakan Pemerintah Tertinggi. Keputusan yang Dipertuan Besar berdasarkan perundingan dengan Undang. Tidakj berhak melantik pembesar. Pemerintah tidak mengamalkan kuasa mutlak . kerana kuasa diagihkan kepada individu mengikut peringkat. Terdapat peraturan hidup yang mementingkan kepentingan bersama . Wujud semangat Gotong- Royong. Kerajaan Johor dan Trengganu mempunyai Undang-Undang Tubuh Yang dbentuk berasaskan Perlembagaan Barat. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1895. Undang-undang diperkenalkan dengan tujuan membentuk Kerajaan bercorak Demokrasi dan untuk memantapkan sistem pentadbiran Johor dan menghalang British daripada menguasai Johor. Undang-undang ini merupakan Perlembagaan Bertulis yang mengandungi fasal syarat menjadi Raja dan Peranan Raja.
  • 5. SOALAN 3: Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen (30 Markah) 3.1 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Perlembagaan Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mempunyai perlembagaan.Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara. Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.Parti politik atau kerajaan yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. Perlembagaan ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September, 1963 mengandungi 183 perkara. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Senarai Bersama.Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri, dan Badan Kehakiman. Selaian itu,perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan. Negeri-negeri yang bergabung dengan Persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa, dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. 3.1.1 Keluhuran Perlembagaan Keluhuran perlembagaan merupakan Rukun Negara yang ketiga.Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertua Agong , Parlimen, Jemaah Menteri dan mahkamah. Bukti Keluruhan Perlembagaan dapat dilihat pada peruntukkan kuasa Parlimen. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Kuasa Parlimen, kedudukan Yang di-Pertua Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh Perlembagaan. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Yang di-Pertua Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertua Agong , Parlimen, Jemaah Menteri , dan mahkamah. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.Undang-undang Negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan .Dalam perkara 75 menyatakan bahawa undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
  • 6. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa kepada mahkamah .Tujuannya untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembangan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. 3.1.2 Kepentingan Perlembagaan Kepentingan perlembagaan menentukan rangka dan bentuk kerajaan.Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Selain itu perlembagaan dapat membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.Dalam perkara 24, Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.Manakala dalam perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia Di samping itu perlembagaan Malaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.Perlembagaan membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.Ia juga dapat menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Yang di-Pertua Agong berperanan menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.Hak istimewa ini termasuklah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, dan pemberian lessen perniagaan dan perdagangan. Perlembagaan memastikan Perkara 153 dilaksanakan dengan berhati-hati juga supaya pelaksaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain. Perkara ini menjamin kerjasama, kesepakatan, dan kepentingan bersama .Perlembagaan Malaysia menjamin kerjasama, kesepakatan, dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri juga.
  • 7. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri untuk membolehkan sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini turut menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Ia menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak dipersoalkan. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.Kerajaan persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan . Jaminan ini telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia sebelum Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.Kerajaan Persekutuan menggunakan senaraikan kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di Sarawak dan Sabah .Perkara ini menyebabkan pembangunan yang pesat berlaku dalam bidang pendidikan, kesihatan, dan perkhidmatan pos, telekom, dan polis terutamanya di kawasan pedalaman. 3.1.3 Pindaan Perlembagaan Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk melindungi kepentingan rakyat.Pindaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat,menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.Pindaan menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Pindaan perlembagaan juga bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini.Tujuannya ialah untuk memelihara keselamatan, ketenteraman, dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Pindaan terbesar yang dibuat ialah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-Pertua Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.
  • 8. 3.2 Raja Berpelembagaan 3.2.1 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Sistem Raja Berperlembagaan Raja perlembagaan merupakan ciri penting dalam negara Malaysia. Raja perlembagaan sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Yang Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.Baginda merupakan tonggak negara.Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Yang Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan Malaysia. Baginda juga bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Semasa menjalankan tugas, Yang Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan. Yang di - Pertuan Agong di pilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu.Daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di - Pertuan Agong dibuat berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.Sistem Raja Berpelembagaan Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka.Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita.Sistem ini memberi keseimbangan antara raja yang menaung dan rakyat yang dinaungi. 3.2.2 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia. Mengikut perlembagaan Malaysia,Yang di Pertuan Agong adalah sebagai ketua negara.Baginda mengetuai tiga badan kerajaan. Badan perundangan (Legislatif). Badan pemerintahan (eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari). Yang di Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga unsur parlimen.Baginda berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, dan kehormatan Raja-Raja Melayu. Baginda juga merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
  • 9. Baginda boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ” Undang-Undang X ”jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).Baginda juga melantik ahli Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Selaian itu,baginda juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.Baginda mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara. 3.2.2 Cara-cara Pemilihan Yang di Pertuan Agong Pemilihan Yang di Pertuan Agong telah diwujudkan sejak tahun 1957. Yang di - Pertuan Agong di pilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu.Daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan berdasarkan peruntukan perlembagaan Malaysia secara sulit dalam Mesyuarat Raja-rajaMelayu mengikut senarai pemilihan. Cara pemilihan ini memberi peluang kepada setiap Raja Melayu memegang jawatan Yang di Pertuan Agong selama lima tahun. Baginda berhak meletak jawatan sebelum tamat perkhidmatan.Baginda boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-raja Melayu. 3.3 Kuasa Pemerintah 3.3.1 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Kuasa Pemerintah Kuasa pemerintahan Malaysia ialah salah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana clan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. 3.3.2 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Badan Perundangan (Legislatif) Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan Malaysia. Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 3.3.3 Dewan Negara atau Senat Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar sebagai Senator yang mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh
  • 10. tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli. Keahlian ahli dewan negara terdiri daripada 26 orang ahli dipilih dari 13 buah negeri oleh Dewan undangan Negeri(DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN.Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Putrajaya.40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional seperti perniagaan ,perusahaan,pertanian,kesenian,kebajikan atau individu yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti orang Asli. .3.4 Dewan Rakyat Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan. 3.3.5 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Badan Pelaksana (Eksekutif) Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. TugasJemaah Menteri atau Kabinet bertindak menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. 3.3.5 Kementerian Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.Pada masa ini terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan
  • 11. diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. 3.3.5 Perkhidmatan Awam Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbiran diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan kerajaan yang diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. 3.3.6 Badan Berkanun Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanunmerupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Beberapa contoh Badan Berkanun antaranya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (F RIM). 3.3.7 Suruhanjaya Suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
  • 12. 3.3.7 Badan Kehakiman (Judisiari) Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit.Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa perundangan atau Parlimen.Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini individu kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli -Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenangwenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang -undang. Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman. 3.4 Konsep/Maksud/Ciri-ciri Pilihan raya Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah.Sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan mengggunakan prosedur yang teratur. Pengiraan dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.Sistem ini dikenali dengan system majority mudah.Pilihan raya memerupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.Warga negara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik. 3.4.1 Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Pilihan raya di Malaysia dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).Keanggotaannya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
  • 13. Melayu.Suruhanjaya Pilihanraya ditubuhkan untuk menjamin pilahan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. 3.4.2 Fungsi/Peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ialah menjamin pilihanraya yang adil.Bebas tanpa tekanan parti pemerintah dan pembangkang. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.SPR juga menjalankan pilihan raya dengan efektif,adil dan saksama. SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan ketua Pentadbir urus setia.Mereka dibantu sekumpulan kakitangan awam.Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.Tujuannya untuk memastikan pilihan raya di jalankan dengan efektif dan adil.Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. 3.4.3 Jenis pilihan raya 3.4.3.1 Pilihan raya umum Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. 3.4.3.2 Pilihan raya kecil Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan ini berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu kematian, peletakan jawatan dan pelucutan jawatan.Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenenjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu. 3.4.4 Proses Pilihan raya di Malaysia Proses pilihan raya di Malaysia pada tahap pertamanya ialah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).Kemudian penamaan calon dan diikuti oleh penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.
  • 14. Di negara kita sebelum proses pengundian dijalankan, sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja. Selepas itu, diadakan pelancaran kempen pilihan raya dan pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR. Langkah seterusnya ialah pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian.Pembuangan undi. Pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undid an memasukkan kertas undi tersebut ke dalam peti.Pegiraan undi dilakukan.Pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya. 3.4.5 Syarat menjadi calon dalam Pilihan raya Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. Seorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM 2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon. 3.4.6 Syarat menjadi pengundi dalam Pilihan raya Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.Menurut Perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut. Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.
  • 15. 3.4 Parlimen Parlimen ialah badan perundangan yang berundangan yang bertangungjawab menggubal undang-undang di negara kita.Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 3.4.1 Dewan Negara Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.Dalam Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli dan 26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang setiap negeri. Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN.Dua orang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Seramai 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional, atau bidang tertentu seperti perniagaan. Perusahaan,pertanian, kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli. Ahli Dewan Negara digelar Senator . Namun begitu, mereka dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya. Seorang senator memegang jawatannya bagi tempoh tiga tahun. Syarat menjadi senator ialah seseorang itu mesti lah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Senator juga boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. 3.4.2 Dewan Rakyat Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara.Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai Akta. Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. Manakala undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan Sabah dinamakan Ordinan. 3.5 Parti-parti politik Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Selain itu, ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti. Selain ideologi politik, sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti,contohnya Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Cina Se-Tanah Melayu (MCA)dan Kongres India Tanah Melayu (MIC) di negara kita. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.
  • 16. 3.5.1 Parti-parti Politik di Tanah Melayu Sehingga Tahun 1963.Nama Parti, Tujuan Penubuhan dan Sejarah Ringkas. 3.5.1.1 Malayan Democratic Union (MDU) Ditubuhkan oleh golongan profesional Cina pada bulan Disember 1945. Matlamat penubuhannya adalahuntuk menentang penubuhan Malayan Union. MDU merupakan pertubuhan bukan Melayu yang menentang Malayan Union kerana dianggap tidak demokratik. 3.5.1.2 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 untuk menumbangkan gagasan Malayan Union. Matlamat penubuhannya adalah untuk menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union dan melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu. Di samping itu, matlamat untuk mencapai kemerdekaan merupakan agenda utama penubuhan UMNO. UMNO kemudian bekerjasama dengan parti MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan. 3.5.1.3 Malayan Indian Congress (MIC) Yang dipertua MIC ialah John Thivy. MIC ditubuhkan pada bulan Ogos 1946. Matlamat penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu. Selain memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain. 3.5.1.4 Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu atau all Malayan Council of Joint Action (AMCJA).Ditubuhkan oleh beberapa persatuan bukan Melayu pada bulan September 1946.Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock dan setiausahanya ialah John Eber.Penubuhannya adalah bertujuan untuk menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu. Selain itu, matlamat lain ialah menuntut kewargenegaraan yang sama. 3.5.1.5 Hizbul Muslimin. Diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir. Hizbul Muslimin bermaksud Pertubuhan Kaum Muslimin. Merupakan pertubuhan politik yang pertama antara tahun 1948 hingga awal tahun 1950-an. Perjuangan pertubuhan ini untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu yang merdeka. Perjuangan Hizbul Muslimin kemudian disambung oleh Parti Islam Setanah Melayu(PAS). 3.5.1.6 Malayan Chinese Association(MCA) MCA itubuhkan pada tahun 1949. Pengasas penubuhannya termasuklah Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin, Kolonel Lee Hau Shik( H.S.Lee) dan Leong Yew Koh.Matlamat MCA ditubuhkan adalah untuk menjaga kepentingan politik kaum Cina di Tanah Melayu. Matlamat lain ialah,bekerjasama menentang keganasan komunis di Tanah Melayu.
  • 17. 3.5.1.7 Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence Malaya Party (IMP) Diasaskan oleh’Onn Jaafar pada bulan September 1951. IMP menuntut supaya pilihanraya diadakan pada 1955 dan mahukan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1961. Parti ini merupakan parti berbilang bangsa. Namun begitu, Parti IMP tidak mendapat sambutan. 3.5.1.8 Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) Ditubuhkan pada 24 November 1951 di Kepala Batas,Seberang Perai dan diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan. Perjuangannya bermatlamat menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi. 3.5.1.9 Parti Buruh Se- Tanah Melayu. Ditubuhkan pada tahun 1952 dan Presiden pertama ialah Mohamad Sopiee Ibrahim. Menentang keganasan komunis dan Merancang kemerdekaan Tanah Melayu merupakan matlamat perjuangan parti ini. 3.5.1.10 Parti Negara Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar pada bulan Februari 1954. Bermatlamat mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun. Parti ini menekankan kepentingan orang Melayu kerana Dato’Onn Jaafar ingin mendapatkan semula sokongan masyarakat Melayu terhadapnya. 3.5.2 Parti- parti politik di Sarawak sehingga Tahun 1963.Nama Parti,Tujuan Penubuhan dan Sejarah Ringkas. 3.5.2.1 Parti Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) Ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada awal tahun 1940-an. Matlamat penubuhannya bertujuan memupukkan kesetiaan dan perpaduan di kalangan semua kaum. 3.5.2.2 Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Ditubuhkan oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong pada 12 Jun 1959.Penubuhannya bermatlamatkan melahirkan perasaan taat setia.Menyatukan kaum-kaum di Sarawak. Selain itu bertujuan mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak. 3.5.2.3 Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Ditubuhkan pada 10 April 1961 oleh Stephen Kalong Ningkan, ketua orang Iban dari Saribas.Matlamat perjuangannya bagi mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak. 3.5.2.4 Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) Ditubuhkan oleh Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman,Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud pada tahun 1961. Matlamat untuk membantu orang Dayak mencapai perpaduan dan menjaga hak mereka dalam Perlembagaan serta meninggikan taraf hidup rakyat Sarawak.
  • 18. 3.5.2.5 Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah Anak Bareing pada bulan Julai 1962 demi menjaga hak dan kepentingan orang Dayak di Sarawak. 3.5.2.6 Parti Cina Sarawak (PCS) Ditubuhkan pada bulan Julai 1962,oleh William Tan. Berusaha mencapai matlamat ke arah perpaduan demi untuk menyatukan orang Cina dan menyokong gagasan Malaysia. 3.5.2.7 Parti Negara Sarawak(PANAS) Ditubuhkan oleh Datu Bandar abang Haji Mustapha yang bermatlamatkan melindungi kaum bumiputera dan melindungi kedudukan mereka dalam bidang ekonomi,politik dan sosial. PANAS Namun, tidak mendapat sokongan segolongan orang Melayu yang menentang penyerahan Sarawak. 3.5.3 Parti-parti politik di Sabah Sehingga Tahun 1963,Nama Parti,Tujuan Penubuhan dan Sejarah Ringkas. 3.5.3.1 Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) Diasaskan oleh Donald Stephens pada bulan Ogos 1961. Matlamat penubuhannya untuk menyatukan dan mengeratkan hubungan antara orang Kadazan Dusun agar mereka dapat berjuang bagi meningkatkan cita-cita mereka dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. 3.5.3.2 Parti Kebangsaan sabah bersatu (USNO) Ditubuhkan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun pada bulan Disember 1961. Parti ini menyokong gagasan Malaysia.Mendapat sokongan kuat daripada kaum Sulu,Bajau,Kedayan dan Melayu Brunei. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Memperjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi. Menukarkan nama Borneo Utara kepada Sabah. 3.5.3.3 Parti Pasok Momugun. Ditubuhkan pada tahun 1962. Dipimpin oleh G.S Sundang dan O.K.K Sedomon Perjuangan bermatlamatkan melindungi hak kaum bumiputera di pendalaman. 3.5.3.4 Parti Cina Sabah atau Sabah Chinese Association (SCA) Diasaskan oleh Khoo Siak Chiew dan Peter Chin. Memperjuangkan usaha memelihara kepentingan masyarakat Cina di Sabah.Parti Bersatu atau United Party dan Parti Demokrat atau Democrat Party telah bercantum menjadi Parti Cina Sabah ( SCA).
  • 19. SOALAN 4 (a) : Mengapakah negara kita memilih sistem demokrasi berparlimen sebagai asas pentadbiran.? SOALAN 4(b) : Apakah faedah/manfaat sistem demokrasi berparlimen kepada bangsa dan negara? Contoh Jawapan 4a: Negara kita memilih sistem demokrasi berparlimen sebagai asas pentadbiran kerana rakyat berpeluang memilih kerajaan melalui pilihan raya. Pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya. Oleh itu, rakyat berhak membuat pemilihan yang tepat mengikut pertimbangan masing-masing dalam setiap pilihan raya di kawasan tertentu yang telah ditetapkan. Sistem demokrasi berparlimen juga dipilih untuk mengekalkan warisan kesultanan Melayu. Hal ini kerana raja-raja Melayu sebagai ketua negara di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan yang merupakan tonggak kedaulatan sistem beraja sejak zaman kerajaan Melayu Melaka. Seri Paduka Yang Dipertuan Agong diberi kuasa untuk memelihara adat-istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam. Sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera Negara, rakyat menumpahkan kesetiaan bersandarkan keluhuran perlembagaan. Raja-raja pula menjadi ketua negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri. Selain itu, pemilihan sistem demokrasi berparlimen adalah untuk melicinkan pentadbiran negara. perlembagaan yang merupakan asas demokrasi berparlimen adalah secara langsung sebagai undang-undang tertinggi dan dokumen rasmi yang mengandungi peraturan dan prinsip sebagai panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara. Contoh yang jelas dapat dijelaskan dalam Perlembagaan yang memperuntukkan Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Di samping itu, Sistem Demokrasi Berparlimen dapat menjamin kestabilan politik negara Malaysia. Hal ini dapat dilihat dalam Sistem Demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini kuasa pemerintahan dibahagikan tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Akhir sekali, negara kita memilih Sistem Demokrasi berparlimen dalam pentadbiran negara untuk mengekalkan perpaduan rakyat. Ia diterjemahkan dalam penggubalan perlembagaan negara yang memperlihatkan semangat persefahaman dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Contohnya, Barisan Nasional ialah sebuah
  • 20. pertubuhan politik hasil gabungan kaum Melayu, Cina dan India. Kandungan perlembagaan juga memanifestasikan pencapaian kata sepakat antara takhta dengan rakyat, antara rakyat dengan rakyat yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa. Contoh Jawapan 4b: Faedah pembentukan sesebuah kerajaan yang berasaskan demokrasi berparlimen adalah dapat mewujudkan keamanan negara. Sistem demokrasi berparlimen membolehkan rakyatnya dapat hidup dengan tenteram, bebas serta mendapat layanan yang adil, saksama dan sama rata. Bagi tujuan ini, perlembagaan telah digubal. Buktinya, tunjuk perasaan yang membawa kepada pertumpahan darah tidak berlaku di Malaysia kerana rakyat berpuas hati dengan amalan demokrasi berparlimen. Amalan Perlembagaan yang menjadi asas demokrasi berparlimen mengehadkan kuasa pemerintah supaya ia tidak dapat menyalahgunakan kuasanya atau bertindak sewenang-wenangnya terhadap rakyat dan negara. Seterusnya, demokrasi berparlimen mementingkan perlembagaan yang berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbiran agar wujud kecekapan, keadilan, ketulusan serta kelancaran. Misalnya, pada lewat arus kemodenan ini, institusi beraja sebagai ketua agama Islam yang menjadi tonggak kekuatan negara amat penting dalam menjana keseimbangan politik selain mengekalkan kestabilan sesebuah negara. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Dengan itu, semua prinsip pentadbiran negara terkandung dalam Perlembagaan. Selain itu, Sistem Demokrasi Berparlimen juga bermanfaat kepada rakyat kerana ia dapat memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera lain. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak juga tertera dalam perlembagaan. Buktinya, telah terpahat secara tersirat dan tertera secara tersurat di dalam Perlembagaan Persekutuan semangat menjunjung tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menetapkan antaranya ialah kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain. Hak istimewa tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain. Seterusnya undang-undang negara dapat dimantapkan melalui sistem demokrasi berparlimen. Hal ini berdasarkan fungsi badan perundangan iaitu menggubal undang- undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagan persekutuan menjadi rujukan utama dalam mengurus tadbir negara. Ia mengatasi segala undang- undang lain. Tidak ada undang-undang lain yang harus mencabar keunggulanya. Contohnya, Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang berperanan menggubal undang- undang dan dasar negara. Oleh itu, mematuhi dan menghormati perkara-perkara yang
  • 21. telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan bukan satu pilihan tetapi adalah satu kemestian untuk membolehkan sistem pemerintahan demokrasi yang sejati dapat ditegakkan. Akhir sekali, manfaat yang diperoleh daripada sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan adalah dapat menyatupadukan rakyat majmuk di Malaysia. Peranan raja yang berada di atas politik kepartian telah menyumbang secara tuntas ke arah proses penyatuan rakyat majmuk dan pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya. Ia mempamerkan semangat persefahaman dan mempamerkan kesediaan berkompromi pelbagai pihak. Ia juga memanifestasikan pencapaian kata sepakat antara rakyat sesama rakyat yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan agama. Sebagai contoh, setiap tahun rakyat Malaysia berkongsi kegembiraan menyambut perayaan bersama-sama walaupun berbeza anutan agama. Sambutan “Deepa Raya” dan “Gong Xi Raya” menjadi salah satu keunikan di Malaysia. SOALAN 5 (a) : Kepentingan Warganegara Malaysia Memahami Pelaksanaan Sistem Demokrasi Berparlimen SOALAN 5(b) :Peranan Warganegara Dalam Menjayakan Sistem Demokrasi Berparlimen. SOALAN (c) :Sebab Anda Berbangga Dengan Sistem Demokrasi Berparlimen Di Negara Kita. Jawapan 5(a): Warganegara Malaysia perlu memahami pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin yang berwibawa dan benar-benar layak untuk menerajui pentadbiran negara dan menentukan kerajaan yang akan memerintah. Amalan memilih pemimpin dan kerajaan dalam Demokrasi Berparlimen ini dibuat melalui pilihan raya. Kuasa rakyatlah yang akan menentukan pemimpin yang dipilih sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri merupakan pemimpin yang bertanggungjawab memperjuangkan kepentingan rakyat yang diwakilinya. Melalui pilihan raya juga, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada sesebuah parti untuk membentuk kerajaan dan memerintah negara. Hal ini bagi memastikan kerajaan yang memerintah sentiasa menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat yang diperintah bagi menjamin kestabilan politik dan kamakmuran ekonomi negara. Warganegara Malaysia juga perlu memahami pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen agar rakyat mempunyai pengetahuan tentang hak dan peranan mereka sebagai warganegara Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan
  • 22. kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Perlembagaan membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang. Rakyat juga terlibat dalam membuat keputusan politik dan urusan pemerintahan negara. Melalui pilihan raya, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan yang akan menerajui pemerintahan negara. Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan juga penting bagi menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan dan kelicinan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan. Perlembagaan Malaysia merupakan undang- undang tertinggi yang dijadikan asas kepada pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini dapat menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan. Setiap pemimpin juga memerlukan panduan semasa memerintah agar pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan juga digubal supaya pemerintah tidak menyalah guna kuasa atau bertindak sewenang-wenangnya. Pemerintahan Malaysia yang bercirikan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan juga perlu difahami oleh warganegaranya demi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk melindungi kepentingan rakyat dan menjamin keselamatan negara. Perlembagaan telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Seseorang individu dilarang bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Lantaran itu, kita mestilah saling bertoleransi dan memelihara hak asasi serta kebebasan individu supaya rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni. Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen juga membolehkan pemimpin dan rakyat berganding bahu mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Berdasarkan prinsip Raja Berperlembagaan seperti yang dimaksudkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Raja menjadi payung atau simbol perpaduan semua kaum serta simbol perpaduan antara agama. Dalam konteks negara Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama Negara. Yang di-Pertuan Agong juga merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini. Justeru, tindakan sesetengah individu yang menghina institusi diraja dalam media sosial dianggap mangandungi unsur hasutan yang boleh membuatkan masyarakat berpecah belah dan tidak menghormati institusi raja. . Kita haruslah berusaha mengukuhkan perpaduan antara kaum dan mengutamakan rundingan dalam menyelesaikan masalah
  • 23. Antara peranan warganegara Malaysia dalam menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen ialah senantiasa menghormati keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara serta memupuk semangat patriotisme. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Jika perlembagaan diabaikan, perpaduan kaum akan terjejas dan negara berada dalam keadaan kucar-kacir. Hal ini boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara serta mendedahkan negara kepada pencerobohan luar. Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi menjamin keamanan negara. Undang-undang digubal bagi menjaga kepentingan rakyat dan keselamatan negara ini. Undang-undang juga digubal untuk membantu melicinkan urusan pentadbiran negara. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan pelampau dalam negara. Pindaan Akta Hasutan 1970, mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya serta larangan menyentuh perkara sensitif demi mengelakkan perbalahan antara kaum. Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat dijalankan dengan baik dan mantap melalui sokongan padu rakyat terhadap kerajaan yang memerintah. Rakyat harus menjalin permuafakatan dengan kerajaan dengan menyokong dasar-dasar kerajaan, menyahut seruan kerajaan dan bekerja dengan telus dan amanah. Selain itu, rakyat haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh oleh anasir – anasir luar. Rakyat perlu menghindari diri daripada terlibat dengan anasir yang boleh merosakkan negara seperti perhimpunan di jalanan. Rakyat juga harus saling bekerjasama, tolong-menolong dan menyokong kerajaan yang memerintah demi mengekalkan keharmonian negara. Hal ini penting kerana keamanan dan kemakmuran negara mampu menjanjikan masa depan ekonomi Malaysia dapat dipacu dengan lebih cemerlang. Warganegara Malaysia juga boleh memainkan peranan menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen dengan melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya. Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut.
  • 24. Warganegara Malaysia juga perlu mempertahankan Sistem Raja Berperlembagaan di negara kita dalam usaha menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen. Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat di negara ini. Raja merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Raja memelihara hak keistimewaan dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak. Raja sebagai ketua negara dan lambang kedaulatan negara. Oleh sebab itu, sistem beraja perlu dipertahankan kerana raja merupakan lambang penyatuan orang Melayu dan pelindung bagi semua rakyat Malaysia. Pengukuhan institusi beraja dapat mengekalkan keharmonian antara kaum di negara ini. Jawapan 5b Antara peranan warganegara Malaysia dalam menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen ialah senantiasa menghormati keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara serta memupuk semangat patriotisme. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Jika perlembagaan diabaikan, perpaduan kaum akan terjejas dan negara berada dalam keadaan kucar-kacir. Hal ini boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara serta mendedahkan negara kepada pencerobohan luar. Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi menjamin keamanan negara. Undang-undang digubal bagi menjaga kepentingan rakyat dan keselamatan negara ini. Undang-undang juga digubal untuk membantu melicinkan urusan pentadbiran negara. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan pelampau dalam negara. Pindaan Akta Hasutan 1970, mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya serta larangan menyentuh perkara sensitif demi mengelakkan perbalahan antara kaum. Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat dijalankan dengan baik dan mantap melalui sokongan padu rakyat terhadap kerajaan yang memerintah. Rakyat harus menjalin permuafakatan dengan kerajaan dengan menyokong dasar-dasar kerajaan, menyahut seruan kerajaan dan bekerja dengan telus dan amanah. Selain itu, rakyat haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh oleh anasir – anasir luar. Rakyat perlu menghindari diri daripada terlibat dengan anasir yang boleh merosakkan negara seperti perhimpunan di jalanan. Rakyat juga harus saling bekerjasama, tolong-menolong dan menyokong kerajaan yang memerintah demi mengekalkan keharmonian negara. Hal ini penting kerana keamanan
  • 25. dan kemakmuran negara mampu menjanjikan masa depan ekonomi Malaysia dapat dipacu dengan lebih cemerlang. Warganegara Malaysia juga boleh memainkan peranan menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen dengan melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya. Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut. Warganegara Malaysia juga perlu mempertahankan Sistem Raja Berperlembagaan di negara kita dalam usaha menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen. Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat di negara ini. Raja merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Raja memelihara hak keistimewaan dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak. Raja sebagai ketua negara dan lambang kedaulatan negara. Oleh sebab itu, sistem beraja perlu dipertahankan kerana raja merupakan lambang penyatuan orang Melayu dan pelindung bagi semua rakyat Malaysia. Pengukuhan institusi beraja dapat mengekalkan keharmonian antara kaum di negara ini. Jawapan 5c Saya berbangga dengan pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita kerana terbukti sistem ini menjamin kerajaan yang adil dan saksama. Malaysia ialah salah sebuah negara yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan. Tujuannya untuk mengelakkan pembolotan kuasa serta menghindari pemimpin berkuasa mutlak dan zalim. Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita juga membanggakan saya kerana sistem ini menjamin ketenteraman dan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kerjasama dan kesepakatan antara pemimpin dan rakyat dan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membolehkan rakyat hidup aman damai dan bersatu padu serta terhindar daripada perbalahan antara kaum dan pertumpahan darah. Keadaan yang aman ini menjamin kestabilan negara dan kerajaan boleh memberi tumpuan kepada pembangunan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
  • 26. Saya harus berbangga dengan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita kerana institusi beraja terus berfungsi sebagai payung kepada rakyat sedangkan terdapat banyak negara yang tidak mengekalkan kedaulatan raja pada arus kemodenan ini. Peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai tonggak utama negara amat dikagumi oleh masyarakat dunia. Malaysia sudah membuktikan bahawa sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan adalah sistem pemerintahan yang paling efisen dan progresif kerana sistem ini menggabungkan barisan kepimpinan negara yang menjunjung aspirasi rakyat. Institusi beraja amat penting dalam menjana keseimbangan politik selain mengekalkan kestabilan negara. Peranan raja-raja dalam memelihara dan melindungi kedaulatan bangsa Melayu dan kepentingan kaum-kaum lain wajar dijadikan aspirasi oleh rakyat Malaysia. Saya juga berbangga dengan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita yang peka dan mengutamakan kepentingan rakyat. Rakyat digalakkan terlibat menentukan dasar atau polisi kerajaan. Rakyat juga berhak membantah segala cadangan kerajaan jika kerajaan gagal memenuhi kehendak rakyat atau menyeleweng daripada dasar yang telah dipersetujui. Setiap rakyat dianggap mempunyai hak yang sama dan berhak menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan dan hak asasi rakyat negara ini seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan ini rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang. Selepas 57 tahun merdeka, sistem Demokrasi Berparlimen masih menjadi simbol kebanggaan rakyat Malaysia. Demokrasi Berparlimen masih merupakan sistem terbaik negara ini yang mempertahan tanggungjawab pemimpin dan hak rakyat ke atas kerajaan. Perlembagaan merupakan dokumen terpenting yang mendasari hubungan ini dan menjadi asas permuafakatan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Demokrasi Berparlimen yang kita amalkan membolehkan rakyat menyalurkan pandangan dan kritikan melalui wakil yang terpilih. Pengamalan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di negara kita turut membanggakan saya kerana berjaya melahirkan pemimpin yang dikagumi dunia seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antara kejayaan Tun Dr. Mahathir ialah mencipta idea bagi mengatasi krisis kewangan dunia, mengelakkan negara kita daripada penguasaan International Monetary Fund (IMF), membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menubuhkan Koridor Raya Multimedia dan membina Litar Formula 1. Tun Dr. Mahathir juga merupakan pemimpin yang lantang membela kepentingan Negara Dunia Ketiga serta membela negara-negara Islam secara konsisten dalam forum antarabangsa seperti menyokong perjuangan rakyat Palestine bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.
  • 27. Soalan 6(a): Amalan demokrasi berparlimen telah menjadi kunci kestabilan politik di Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut. (10m) Soalan 6(b): Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Buktikan. (10m) Soalan 6(c): Amalan demokrasi berparlimen telah menjamin kestabilan politik dan kemakmuran sosioekonomi negara. Buktikan. (10m) Contoh jawapan 6(a) Amalan demokrasi yang diamalkan oleh negara sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara Malaysia.Konsep pengasingan kuasa telah berjaya melicinkan sistem pentadbiran negara. Kuasa pemerintahan negara telah dibahagikan kepada kepada 3 cabang iaitu badan perundangan, badan perlaksana dan badan kehakiman, dimana ketiga-tiga badan di pegang oleh pihak yang berasingan bagi mengelakkan pembolotan kuasa. Raja berpelembagaan adalah ciri penting dan unik dalam negara Malaysia. Ia merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini. Yang di Pertuan Agong bertindak berdasarkan kuasa yang ditetapkan dalam perlembagaan negara. Konsep raja berpelembagaan telah memantapkan kewibawaan institusi raja negara kita. Penetapan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah untuk mengekalkan identiti bangsa. Namun begitu bahasa lain masih dibenarkan penggunaannya. Islam adalah agama rasmi persekutuan. Namun begitu agama lain bebas diamalkan tanpa menyinggung amalan agama kaum lain. Seperti mana yang kita lihat pada hari ini nilai-nilai Islam telah diaplikasikan dalam cara hidup, ekonomi dan politik Malaysia. Agama lain juga bebas mengamalkan cara hidup agama mereka, membina kuil dan sebagainya Perlembagaan telah menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dinegara ini, seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Setiap rakyat mengetahui had kebebasan disisi undang-undang. Hal ini menjamin keharmonian dan kestabilan negara. Contoh jawapan 6(b) Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Buktikan. Amalan demokrasi yang diamalkan oleh negara sejak merdeka terbukti berkesan memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Islam adalah agama rasmi persekutuan. Ianya telah termaktub dalam perlembagaan. Agama lain bebas diamalkan. Seperti mana yang kita lihat pada hari ini nilai-nilai Islam telah diaplikasikan
  • 28. dalam cara hidup, ekonomi dan politik Malaysia. Agama lain juga bebas mengamalkan cara hidup agama mereka, membina kuil dan sebagainya. Sebagai negara persekutuan, konsep pengasingan kuasa telah diamalkan dalam sistem pentadbiran negara. Kuasa pemerintahan negara telah dibahagikan kepada kepada 3 cabang iaitu badan perundangan, badan perlaksana dan badan kehakiman dimana ketiga-tiga badan mempunyai tugas dan tanggungjawab melancarkan dan memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia negara. Raja berpelembagaan adalah ciri penting dan unik dalam negara Malaysia. Ia merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini. Yang di Pertuan Agong bertindak berdasarkan kuasa yang ditetapkan dalam perlembagaan negara. Konsep raja berpelembagaan telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Ciri pembinaan negara bangsa yang seterusnya ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ianya menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa perpaduan apabila semua kaum bertutur dalam bahasa yang sama. Namun begitu penggunaan bahasa kaum lain tidak dihalang. Perlembagaan telah menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dinegara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Setiap rakyat mengetahui had kebebasan disisi undang- undang. Hal ini membantu memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Contoh jawapan 6(c) Amalan demokrasi berparlimen telah menjamin kestabilan politik dan kemakmuran sosioekonomi negara. Buktikan. (10m) Rakyat perlu berpegang teguh dan memegang lima prinsip rukun negara. Setiap rakyat perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Rakyat perlu menjadikan Raja-Raja Melayu sebagai lambang taat setia rakyat kepada negara. Dengan itu kestabilan politik dan keharmonian negara akan dapat dicapai. Perlembagaan telah menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dinegara ini, seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Setiap rakyat mengetahui had kebebasan disisi undang-undang. Hal ini menjamin keharmonian dan kestabilan negara. Kerajaan perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif kearah mempertingkatkan kualiti hidup. Penyediaan kemudahan awan yang selesa seperti kemudahan pengangkutan, kemudahan kesihatan dan pendidikan yang baik perlu disediakan untuk rakyat . Sikap penerimaan dikalangan rakyat berbilang kaum perlu dipupuk sedari awal. Hal ini perlu bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara. Sikap saling bantu membantu antara kaum perlu diamalkan bagi mengekalkan kesejahteraan hidup.
  • 29. Kesejahteraan hidup juga dapat dipelihara dengan memelihara kestabilan ekonomi negara. Golongan yang kurang berkemampuan perlu diberikan bantuan kewangan. Pemimpin yang berkalibar yang dipilih oleh rakyat dapat membantu rakyat dengan cara menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Soalan 7 (a): Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. Soalan 7(b): Cadangan anda bagi memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita.(10 markah) Contoh Jawapan 7(a) i) Cabaran (5 markah) Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen antaranya ialah mempersoalkan perlembagaan negara. Terdapat segelintir rakyat yang tidak berpuas hati dengan kandungan Perlembagaan Malaysia. Mereka berpendapat perlembagaan mesti diubah sejajar dengan perubahan politik . Contohnya isu berhubung dengan dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu sering dipersoalkan oleh pihak-pihak yang tertentu. Mereka tidak menghormati institusi beraja dan mempersoal kewibawaan raja-raja Melayu sebagai pemerintah negeri. Sikap biadap dan memperlekehkan institusi beraja semakin menjadi-jadi dalam kalangan rakyat dan pemimpin tertentu di negara kita ini. Kesannya boleh membuatkan masyarakat berpecah belah dan tidak menghormati institusi raja. Cabaran yang seterusnya ialah menyalahgunakan hak kebebasan asasi yang diberikan terutamanya kebebasan bersuara. Rakyat menuntut perkara-perkara yang melampaui peruntukan dalam perlembagaan negara dan juga membangkitkan isu-isu yang sensitif. Contohnya menuntut hak sama rata, isu kebebasan beragama dan sebagainya. Tuntutan ini mereka zahirkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Cabaran yang berikutnya ialah tidak menghormati hak kaum lain. Ini disebabkan oleh sifat perkauman yang menebal. Situasi ini boleh mengugat perpaduan antara kaum dan seterusnya boleh mengugat keamanan dan kestabilan negara di bawah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Cabaran yang seterusnya ialah isu pemimpin yang tidak berintergriti dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawab. Terdapat segelintir pemimpin yang mengutamakan kaum keluarga daripada kepentingan negara, rasis, terlibat dengan rasuah dan tidak menjaga kebajikan rakyat. Keadaan ini boleh membawa kepada
  • 30. ketidakpuasan hati rakyat kepada pemimpin. Situasi ini boleh mengugat kelancaran sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh negara kita. Cabaran yang berikutnya ialah terdapat pihak yang mengambil kesempatan untuk mencemarkan pilihanraya dengan melakukan perbuatan yang salah. Antaranya berkempen secara agresif dan melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kekacauan. Mereka juga turut mempertikai kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya dengan membangkitkan isu-isu pengiraan undi, pengundi hantu dan ada juga yang menganggap SPR memihak kepada parti kerajaan. Contohnya demonstrasi BERSIH yang menuntut pilihanraya yang bebas dan adil. Mereka berjaya memperdayakan rakyat sehingga pengundi-pengundi mudah menjadi bingung, prejudis dan teragak-agak untuk membuat pilihan disebabkan banyaknya maklumat yang saling bertentangan daripada pihak-pihak yang berkepentingan. Selain itu pengaruh globalisasi turut memberi cabaran dalam mengekalkan sistem demokrasi berparlimen. Kepesatan teknologi maklumat menyebabkan rakyat mudah terpengaruh dengan banyak fahaman politik negara lain dan terdedah dengan ideologi politik. Rakyat mula mempersoal perkara-perkara yang terdapat dalam pentadbiran negara. Tidak ramai rakyat umum yang celik hak dan yang mahu mengambil tahu fakta- fakta tepat sesuatu situasi sebaliknya menerima bulat-bulat apa yang disampaikan dalam media elektronik. Cabaran lainnya ialah menghina sistem kehakiman dan melanggar undang- undang negara. Mereka menuduh sistem kehakiman negara tidak telus dan adil. Mereka juga turut mempertikaikan kewibawaan badan kehakiman dalam mengendalikan kes- kes yang melibatkan orang kenamaan dan membuat tuduhan melampau terhadap badan kehakiman. ii) Langkah-langkah mengatasi (5 markah) Antara langkah-langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran di atas ialah peranan pihak kerajaan memberi penjelasan kepada pihak yang terlibat agar mereka memahami perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Malaysia seperti kempen melalui media massa dan elektronik. Pihak kerajaan juga boleh memperkasakan pembelajaran di sekolah rendah. Mulai tahun 2014 mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan di sekolah rendah kepada pelajar-pelajar Tahun 4 supaya mereka dapat mengetahui latar belakang sejarah negara. Proses pendidikan ini perlu bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi. Dengan ini generasi muda dapat memahami sebab-sebab kandungan perlembagaan mempunyai elemen-elemen yang tertentu seperti hak keistimewaan orang Melayu, bumiputera dan kedudukan raja-raja Melayu. Langkah yang berikutnya ialah menghormati institusi beraja. Ada baiknya satu badan khusus ditubuhkan untuk menjadi tempat rujukan ilmuan hingga kepada anak
  • 31. sekolah diwujudkan bagi memastikan kedaulatan raja sebagai tonggak pemerintahan negara kekal utuh di negara ini. Institusi raja sebagai sebagai payung dan lambang kerajaan sejak zaman berzaman perlu dihormati dan ditaati setiap lapisan rakyat berbilang kaum. Fenomena mempersoalkan kuasa raja tidak sepatutnya berlaku kerana kedudukan raja-raja Melayu telah diletakkan dalam perlembagaan. Sehubungan dengan itu kajian serta penyelidikan yang khusus mengenai raja-raja Melayu perlu dijalankan secara intelektual dan ilmiah bagi mempertahankan institusi beraja. Langkah seterusnya ialah tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan dengan tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan isu agama, hak istimewa orang melayu dan sebagainya. Masyarakat Malaysia perlulah mengukuhkan lagi semangat patriotisme iaitu cinta akan negara dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan antara kaum supaya mereka dapat menerima dan mematuhi Perlembagaan Negara. Apabila wujud semangat perpaduan yang menebal ini, rakyat akan saling bertolak ansur dan menghormati hak kaum lain. Selain itu konsep 1 Malaysia perlu dipraktikkan dan diamalkan. Pemimpin-pemimpin negara yang telah dipilih dan diberi kepercayaan oleh rakyat juga perlu mengamalkan sifat kepemimpinan yang cemerlang, jujur dalam tanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas. Selain itu, melakukan kerja dengan beretika dan profesional dan mementingkan kebajikan rakyat daripada kepentingan sendiri. Mereka juga perlu berpegang teguh kepada agama supaya tidak melakukan rasuah dan sebagainya yang boleh mengugat kepercayaan rakyat kepada mereka. Bakal-bakal pemimpin juga perlu mempunyai pegangan agama yang kukuh. Langkah seterusnya bagi melicinkan perjalanan pilihanraya, pihak pemerintah perlu memberikan panduan kepada parti politik dalam menjalankan kempen pilihanraya. Pihak kerajaan atau SPR boleh membuat beberapa penambahbaikan. Antaranya seperti penggunaan dakwat kekal boleh diteruskan. Pihak keselamatan pula boleh mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang sengaja mencemarkan pilihanraya yang diadakan. Pihak yang masih berdegil akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya. (di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) Langkah berikutnya ialah Suruhanjaya Komunikasi Malaysia harus bertindak menapis unsur-unsur negatif khususnya dalam media cetak dan media elektronik. Langkah terakhir ialah menghayati Rukun Negara. Apabila rakyat menjiwai Rukun Negara, semua cabaran yang ada dapat diatasi. Rakyat akan taat setia kepada raja dan negara, mematuhi undang-undang dan perlembagaan. Selain itu memantapkan lagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah.
  • 32. Contoh Jawapan 7(b) Cadangan saya bagi memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita ialah pemimpin/pemerintah memerintah dengan adil dan saksama. Institusi raja perlu menjunjung amanah pemerintahan dan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat. Pemimpin yang dipilih pula perlulah berpegang teguh kepada prinsip sistem demokrasi berparlimen serta bersikap jujur, amanah dan berintegriti serta memgutamakan kepentingan negara daripada kepentingan sendiri. Kerajaan yang memerintah juga perlu menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat dengan sebaik mungkin. Kerajaan yang mesra rakyat perlu diwujudkan. Sistem pemerintahan demokrasi juga dapat ditegakkan dengan cara menghormati dan mematuhi perkara-perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan negara hendaklah dijadikan rujukan utama dalam mengurus tadbir negara. Perlembagaan adalah milik semua. Ia bukan saja milik dan tanggungjawab kerajaan tetapi ia juga milik dan tanggungjawab semua warga negara untuk terus mempertahankan dan menghormatinya. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat memilih pemimpin yang benar- benar layak dan berhemah di samping bertindak bijak membuat keputusan yang rasional untuk mengekalkan kerajaan yang berwibawa. Rakyat juga perlu mematuhi undang-undang negara dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu berganding bahu dengan pihak kerajaan membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosial. Kerjasama dan kesepakatan antara pemimpin dan rakyat dapat memantapkan sistem pemerintahan kita seterusnya mengekalkan kestabilan dan keselamatan negara. Sebagai warganegara Malaysia, semangat cinta akan negara perlu dikukuhkan lagi. Semangat patriotisme yang menebal dalam kalangan rakyat boleh membantu memantapkan sistem pemerintahan negara seterusnya dapat mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen juga boleh dimantapkan dengan cara mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum. Semua kaum perlu bekerjasama, menghormati antara satu sama lain dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menyebabkan berlaku perbalahan kaum. Perpaduan yang kukuh dapat dapat mengekalkan keharmonian kaum serta memajukan negara. Cadangan yang terakhir ialah menyuarakan pendapat dengan menggunakan saluran yang betul iaitu menyalurkannya melalui wakil rakyat. Demonstrasi jalanan tidak seharusnya diamalkan. Wakil rakyat pula perlu menerima pandangan rakyat dengan hati yang terbuka.Konklusinya, amalan demokrasi hanya dapat berfungsi dengan baik jika ada kesungguhan dan kerjasama dalam kalangan semua pihak bukan pemimpin semata-mata.
  • 33. Soalan 8: Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen untuk kecemerlangan bangsa dan negara Malaysia. (5 markah) Nilai-nilai murni yang boleh diambil daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah menjadi tanggungjawab rakyat memilih pemimpin yang benar-benar layak dan berkeliber untuk memimpin negara. Pemimpin yang dipilih hendaklah berpegang teguh kepada prinsip sistem demokrasi berparlimen serta jujur, amanah dan berintegriti agar negara terus maju dan berdaulat. Sebagai warganegara yang baik, kita mestilah memahami perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita supaya perlaksanaannya menjadi sistematik. Sehubungan rakyat hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan bijak supaya dapat membuat keputusan yang rasional untuk mengekalkan kerajaan berwibawa. Warganegara Malaysia hendaklah menghormati pemimpin negara agar pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kita mestilah saling bertoleransi dalam memelihara hak asasi dan kebebasan individu supaya setiap rakyat dapat hidup dengan sejahtera. Kita hendaklah mengamalkan prinsip keluhuran perlembagaan serta mematuhi undang-undang negara agar keselamatan negara terjamin. Kita hendaklah bersatu mengekalkan keamanan negara supaya rakyat dapat hidup dengan harmoni. Tuntasnya pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen membolehkan pemimpin dan rakyat berganding bahu untuk memajukan negara dan bangsa. Maka dengan semangat patriotisme yang tinggi dan jati diri yang kukuh dalam kalangan rakyat berjaya mengekalkan kestabilan politik negara kita yang tercinta.
  • 34. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan (5 markah) a. Pengetahuan yang diperoleh b. Iktibar yang diperoleh daripada kejayaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ke arah kecemerlangan bangsa dan negara Malaysia. c. Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang Contoh Jawapan a. Pengetahuan yang diperoleh Pengetahuan yang diperoleh ialah pentadbiran negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan institusi raja berperlembagaan. Ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen ialan jentera pentadbiran kerajaan iaitu Badan perlaksana, Badan Perundangan(parlimen), Badan kehakiman, Raja berperlembagaan, perlembagaan, pilihanraya, parti politik dan kebebasan asasi. Sistem ini membolehkan rakyat memilih pemimpin dan kerajaan melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil sejahtera dan stabil. b. Iktibar yang diperoleh daripada kejayaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ke arah kecemerlangan bangsa dan negara Malaysia. Iktibar yang dapat diambil daripada perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen ialah kerajaan dan rakyat hendaklah bermuafakat untuk mengwujudkan kestabilan politik negara. Kerajaan yang memerintah wajib menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang diperintah. Rakyat Malaysia hendaklah bekerjasama dan bersatupadu menyokong kerajaan mengekalkan keharmonian kaum serta memajukan negara. Sistem ini berjalan lancar dan mantap kerana sokongan daripada rakyat. Rakyat Malaysia hendaklah mempunyai semangat setia negara yang tinggi agar kemerdekaan dan kedaulatan negara dapat dikekalkan. c. Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang Saya berharap negara kita dapat mengekalkan pemerintahan sistem demokrasi berparlimen dan institusi raja berperlembagaan. Pemimpin yang dipilih dapat menunaikan tanggungjawab dengan amanah agar pentadbiran bertambah cekap dan negara terus aman dan makmur. Kerajaan yang adil dapat dikekalkan kesan daripada kerjasama rakyat berbilang kaum. Pemerintahan demokrasi berparlimen akan mengukuhkan perasaan setia dan bangga kepada negara. Begitu juga perpaduan rakyat akan terus kukuh dan masyarakat dapat hidup secara bersama dengan harmoni. Di samping itu, Malaysia akan terus dihormati olen negara lain didunia kerana kestabilan politiknya. Kunklusinya Malaysia mampu merealisasikan Wawasan 2020 iaitu mencapai taraf negara maju dengan pengamalan sistem Demokrasi berparlimen yang cekap dan mantap.