SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN
PELAJAR DI SEKOLAH.
PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI
MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH.
Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan ilmu
pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu
menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan
dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association
(ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti
berikut.
Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial
dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang kaunselor
berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa dirinya yang
sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia sekelilngnya
dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas kaunselor yang terpenting
ialah membantu klien mencari dan memahami sikap,minat ,bakat serta kebolehan
yang ada pada diri klien untuk berkembang dengan baik,memahami serta peluang-
peluang yang dimiliki oleh klien hasil daripada perbincangannya dengan kaunselor
untuk proses ke arah mencapai kesempurnaan kendiri serta hubungan antara kesemua
unsur yang telah dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri
sebagaimana yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat.
Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat, sikap,
kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga berperanan
untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang bersesuaian dengan
minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting agar segala tidakan yang
bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa yang diingininya agar ia
berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu ke arah penyempurnaan
kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan cita-cita seseorang pelajar yang
inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah menjadi seorang saintis,maka
kaunselor berperanan untuk memberikan panduan dan beberapa cadangan yang
bersesuaian dengan minat dan memberikan panduan tentang mata pelajaran yang
pentng yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar jika pelajar tersebut ingin mencapai
cita-citanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan membimbing
murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini oleh pelajar.
Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat
keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu membimbing pelajar
untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup
bertanggungjawab terhadapa apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang
bakal diambilnya.Perkara ii akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragak-
agak dalam membuat keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.
Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan
dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk
membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar. Seseorang kaunselor
berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi melibatkan keseluruhan organisasi
sekolah untuk mereka memahami akan keperluan terhadap keperluan persendirian dan
hak-hak yang dipunyai oleh seseorang pelajar untuk dihormati.Ini merupakan suatu
perkara penting agar pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru serta
kakitangan sekolah yang lain mengetahui bahawa para pelajar mempunyai hak untuk
mendapat khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya mereka
ingin berbuat demikian dan juga kaunselor juga mempunyai hak untuk memanggil
pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kaunsleling.
Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran
perkembangan psikososial pelajar dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan
lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap
program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang besar kepada pelajar
dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan bahawa setiap program yang
dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-sungguh daripada kaunselor bermula
dari tahap perancangan hinggalah ke tahap perlaksanaan program.Dan penelitian ini
tidak terhenti di sini sahaja malahan pemantauan terhadap perkembangan pelajar perlu
diajalnakn dari semasa ke semasa bagi memastika para pelajar menadapat faedah
daripada program yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat
sekolah,daerah,negeri atau kebangsaan.
Memberitahu pihak pentadbiran tentang perubahan-¬perubahan yang signifikan di
sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan. Selain
memastikan dan menentukan perubahan pelajar berjaya kaunselor juga perlu
melaporkan kepada pihak sekolah akan perkembangan yang diperolehi hasil daripada
program yang telah dijalankan.Laporan ini perlu dimaklumkan terutamanya kepada
pihak pentadbiran agar mereka maklum akan situasi pelajar di sekolah berkenaan.
Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya,
keperluan¬-keperluannya dan peluang¬-peluang lain di persekitarannya dengan tujuan
untuk menambahkan kebolehan,memberikan sumbangan kepada perkembangan anak
mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar utnuk membantu ibu bapa untuk mereka
mengetahui kemajuan perkembangan anaknya terutama dari segi sikap dan
akademik,keperluan-keperluan yang diperlukan oleh anak-anak mereka untuk
mencapai kejayaan yang bermakna serta membantu ibu bapa mendapatkan gambaran
akan peluanyang -pelunag yang bakal diperolehi sekiranya anak mereka berjaya
kelak.Memahami kemajuan perkembangan anak,keperluan dan peluang perlu
diperjelaskan kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal anak mereka secara lebih
dekat dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk membantu anak mereka untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan dalam peperiksaan
atau perubahan sikap .
Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk
individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah. Kaunselor
perlu membuat interpretasi terutama kepada komuniti perihal pentingnya sikap
bertimbang rasa untuk inividu agar ia dapat memberikan sumbangan kepada program
kaunseling yang dijalankan di sekolah.Dalam hal ini, komuniti perlu dimaklumkan
bahawa sikap bertimbang rasa yang wujud dalam diri individu merupakan perkara
terpenting untuk merealisasikan dan memrikan sumbangan kepada kaunsleing di
sekolah.
Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk
perkembangan pelajar.Seseorang kaunsleor perlu memperjelaskan kepada masyarakat
berkenaan peluang-peluang yang perlu diperolehi oleh seseorang pelajar.Ia juga
berperanan untuk melancarkan peluang-peluang yang perlu dimilik oleh pelajar untuk
mereka mencapai kejayaan yang cemerlang.Karnival kerjaya,karnival sains dan
pelbagai lagi karnival anjuran pihak luar seharusnya dijadikan tempat untuk pelajar
mendapatkan maklumat berkenaan minat dan kecenderungan masing-masing.Melalui
karnival ini,para pelajar sebenarnya didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa
yang bakal mereka perolehi sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti.Selain
daripada itu,program ajuran pihak luar ini pada kebiasaannya melibatkan umum,jadi
kaunselor berperanan untuk mengumumkan bahan tersebut kepada para ibu bapa dan
masyarakat agar merek afaham dan seterusnya dapat membantu anak mereka untuk
mencapai kejayaan.
Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber¬-sumber masyarakat
bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta
luar tanggungjawab sekolah.
Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatan-¬jabatan
kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat LPPKN, Pejabat Agama Islam,
Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain¬-lain.Hubungan yang baik dengan agensi
luar sebenarnya memudahkan lagi kaunselor utnuk mendapatkan maklumat berkenaan
bukan sahaja peluang-peluang yang bakal diperolehi pelajar tetapi juga dapat
menjaminkan para pelajar mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesuatu
agensi.Mendedahkan pelajar tentang peranan yang boleh dimainkan oleh sesuatu
agensi membolehkan pelajar merebut peluang yang ditawarkan oleh sesuatu agensi
tersebut.Perlu diingat,dengan mengadakan hubungan yang baik dengan pelbagai
agensi akan memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan pihak sekolahtidak
akan mampu untuk menangani segala permasalahan secara bersendrian.
Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah
pelajar kerana mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar.
Sebelum ini guru ‘biasa’ ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Beban
tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi perhatian
yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran kaunselor di sekolah
amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap permasalahan pelajar malah
beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua bidang yang
diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.
Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan
tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk
mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap
buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang bermasalah.
Menurut menteri Pendidikan , Dato’ Seri Najib Tun Razak (1996), pada awal tahun
1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah di Malaysia
menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa bagi
menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk masalah
peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah pelajar.
Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru
Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh
harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan
Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama dalam
menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini.
Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan
hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan bahawa
peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh
diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan
Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi
kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar menangani
masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar mengurangkan
masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil terutama dari segi
emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang sepatutnya akan
dapat dilihat.
Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam
mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling dengan para pelajar yang menghadapai
masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan membincangkan
keperluan murid dari pelbagai segi seperti kemahiran sosial,kemahiran menyelesaikan
masalah,kemahiran membuat keputusan dan pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh
pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998).
Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja
kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang
diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga sekolah
termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu bapa.Untuk
itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang timbul adakah ia
berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca yang lain.Sekiranya ada guru
atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat kaunsleing maka kaunselor perlau
menerima dan berusaha membantu menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat
penting kerana permasalahan yang wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan
sekolah sedikit sebayak akan mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di
sesebuah sekolah.Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar
menjadi mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan
tidak puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan
kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut.Maka atas dasar inilah ,maka
kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk
memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu.
Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi masa ruang para
pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat peperiksaan awam seperti
Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah Rendah ,Sijil Peperiksaan
Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini amat penting kerana
pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak mempunyai apa-apa
program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama rakan-rakan.Dan sudah
tentulah akan timbul gejala-gejala negatif di kalangan mereka.Justeru itu,kaunselor
harus memainkan peranan dalam mengisi ruang masa yang wujud di kalangan pelajar
dengan mengadakan pelbagai program seperti perkhemahan ,kem motivasi ,bengkel-
bengkel dan lain-lain yang difikirkan perlu.Ini penting agar masa yang terluang di
kalangan pelajar tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya mengikut nilai-nilai yang
diterima oleh agama dan masyarakatnya.
KEBERKESANAN KAUNSELING KELOMPOK MENGGUNAKAN “MODUL
KUPPON” DALAM MENGURANGKAN PONTENG SEKOLAH
PENDAHULUAN
Masalah ponteng sekolah masih menduduki tangga pertama dalam
senarai kesalahan disiplin pelajar sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Isu
ponteng berada pada tahap kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama
remaja memasuki dunia penuh masalah. Ponteng sekolah merupakan perlakuan
yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah
sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif
terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995 : Menangani Masalah Ponteng Sekolah
adalah bertujuan mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah,
Pengetua, Guru Besar dan guru-guru mengenai tindakan-tindakan yang perlu
diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah terutamanya ponteng
sekolah dan ponteng kelas. Kementerian Pendidikan telah pun menerbit dan
mengedarkan ke sekolah-sekolah Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di
Sekolah. Saranan dan cadangan yang dikemukakan dalam buku tersebut
diyakini boleh membantu pihak sekolah mencegah berlakunya masalah ponteng.
Langkah Kementerian Pelajaran melancarkan Kempen Basmi Ponteng
Sekolah adalah tepat pada waktunya dan merupakan satu inisiatif terpuji.
Justeru, para guru atau kaunselor perlu berusaha untuk membendung gejala ini
daripada merebak atau menjadi lebih buruk dengan memperlengkapkan diri
dengan ilmu kaunseling yang bersesuaian dengan senario sekarang.
Sebagaimana yang kita sedia maklum pengetahuan di dalam bidang kaunseling
oleh para kaunselor akan membolehkan mereka menolong individu berubah
daripada keadaan sekarang kepada satu keadaan yang dikehendaki.
Sebagai kaunselor, pendekatan kaunseling kelompok didapati salah satu
cara yang efektif untuk menangani masalah ponteng sekolah sebab punca utama
masalah ini dapat dikupas dari akar umbinya mengikut satu tempoh masa.
Kaunseling kelompok menurut Gibson dan Mitchell (1981) dipandang sebagai
proses penyesuaian diri dan memfokuskan kepada menolong ahli untuk
mengatasi kebimbangan yang dihadapi sehari-hari. Melalui kaunseling kelompok,
ahli dapat meluahkan perasaan, kepercayaan, tanggapan dan hasrat mereka.
Kaunseling kelompok boleh dilaksanakan secara berstruktur dan tidak
berstruktur. Kaunseling kelompok berstruktur dilaksanakan mengikut susunan
perkembangan dan halatuju yang telah ditetapkan. Penggunaan modul yang
telah dirancang dapat membantu kaunselor melaksanakan perjalanan sesi
kaunseling kelompok dengan berkesan.
Oleh yang demikian, kajian ini cuba menyelidik keberkesanan ‘Modul
Kuppon’ yang akan diaplikasikan dalam kaunseling kelompok untuk mengatasi
masalah ponteng pelajar.
TUJUAN KAJIAN
1. Mengkaji keberkesanan ‘Modul Kuppon’ dalam mengurang masalah ponteng di dalam
sesi kelompok
2. Mengenalpasti kelemahan pelaksanaan ‘Modul Kuppon’ mengikut pengalaman
pengkaji
SOALAN KAJIAN
1. Sejauhmanakah ‘Modul Kuppon’ dapat mengurang masalah ponteng di sekolah?
2. Apakah kelemahan yang dapat dikenalpasti semasa melaksanakan ‘Modul Kuppon’
dalam sesi kelompok?
BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan kepada 8 orang pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah
menengah di daerah Kota Setar dan hanya melibatkan pelajar yang mempunyai
tahap ponteng sederhana iaitu 5 hingga 15 hari dalam satu bulan. Pelajar-pelajar
yang dipilih telah dikenakan sekurang-kurangnya amaran kali pertama.
Pengkaji akan mengenalpasti kelemahan semasa melaksanakan sesi kelompok
menggunakan ‘Modul Kuppon’ mengikut persepsi pengkaji.
SOROTAN KAJIAN
Oleh kerana masalah ponteng telah lama menjadi masalah kepada pihak
sekolah, banyak kajian telah dilakukan sama ada di dalam mahupun di luar
negara bagi mengkaji masalah ini .
Kajian yang dijalankan oleh Maureen Sarkuna Raj (2004) menunjukkan bahawa
sesi kaunseling kelompok berjaya meningkatkan tahap kehadiran pelajar di
kelas. Aktiviti yang dijalankan semasa sesi kaunseling kelompok dan
penggunaan teori kaunseling ‘Teori Pemusatan Klien Rogers’ didapati amat
sesuai menangani masalah ponteng kelas ini sebab pelajar-pelajar yang
bermasalah ini tidak terasa tersisih dan sebaliknya rasa dikasihi, dihargai dan
disayangi. Keadaan sedemikian dapat membantu mencari punca utama yang
membawa kepada masalah ponteng kelas dan seterusnya meningkatkan peratus
kehadiran pelajar-pelajar bermasalah ini di bilik darjah.
Wong Kean Loong (2003), mendapati bilangan pelajar ponteng sekolah
meningkat sejajar dengan peningkatan umur dan tingkatan pengajian. Kedua-dua
jantina pelajar lelaki dan perempuan lebih suka ponteng sekolah berseorangan
diri. Semasa ponteng sekolah, majoriti mereka tinggal di rumah menonton
televisyen, tidur atau menghabiskan kerja-kerja sekolah .
Manakala kajian yang dijalankan oleh Ng Ai Cheng, (2003) sesi kaunseling
kelompok yang dilaksanakan telah meningkatkan minat pelajar ke sekolah.
Peningkatan ini hanya bertahan sehingga bulan kedua sahaja dan kehadiran
merosot kembali pada bulan-bulan yang seterusnya.
METODOLOGI
REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif kerana akan dilaksanakan secara
kaunseling kelompok. Kajian ini akan dijalankan pada bulan Jun dan Julai.
Sebanyak 6 sesi kelompok akan dijalankan bersama sekumpulan pelajar. Tiga
sesi akan dilaksanakan pada bulan Jun dan tiga sesi lagi akan dilaksanakan
pada bulan Julai. Minggu keempat pada bulan Julai akan digunakan untuk
mengumpul data-data pelajar.
Satu set modul yang mengandungi enam aktiviti yang telah ditentukan temanya
akan diedarkan kepada pelajar. Setiap sesi akan membincang hanya satu tema
yang khusus mengikut perkembangan tahap sesi kelompok.
Sesi kelompok ini akan dilaksanakan sekali dalam tempoh satu minggu. Setiap
satu sesi akan mengambil masa antara satu hingga satu setengah jam. Masa
pertemuan akan ditetapkan dengan persetujuan ahli-ahli kelompok.
Alat yang akan digunakan dalam kajian ini ialah “Modul Kuppon’. Modul ini
mengandungi 6 tema. Setiap tema akan disediakan dengan satu set aktiviti . Set
aktiviti akan dibantu dengan tayangan VCD, lembaran, kad kehadiran dan kad
kecemerlangan. VCD mengandungi cerita teladan akan di tayang kepada pelajar.
Ahli kelompok akan berinteraksi berdasarkan lembaran aktiviti yang disediakan.
Kad kecemerlangan akan diberikan kepada ahli yang berjaya mengurangkan
jumlah ponteng yang paling banyak. Kad kehadiran pelajar akan disediakan pada
setiap pelajar.
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen yang berikut akan digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang
subjek dan masalah yang dikaji:
Analisa Data Dari Rekod Kehadiran Pelajar
Pengumpulan data akan dilakukan pada bulan Mac hingga April 2007. Dokumen
Rekod Kehadiran Pelajar tahun 2007 akan digunakan. Bilangan hari pelajar tidak
menghadiri sekolah telah dikumpul berdasarkan bulan Januari, Februari, Mac,
April dan Mei 2007.
Surat-Surat Amaran Pelajar
Surat-surat amaran yang dihantar oleh guru-guru tingkatan yang berkenaan telah
disemak dan tindakan susulan oleh ibu bapa telah diambil kira dalam pemilihan
subjek untuk kajian ini.
Borang Soal Selidik
Pengkaji telah mengunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat
mengenai latarbelakang pelajar. Borang soalselidik ini mempunyai 2 bahagian
iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah untuk mendapatkan
maklumat diri pelajar dan bahagian B adalah khusus untuk mendapat maklumat
mengenai masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah. Pelajar akan mengisi
borang tersebut pada perjumpaan pertama.
tu set modul
Alat yang akan digunakan dalam kajian ini ialah “Modul Kuppon’. Modul ini
mengandungi 6 tema. Setiap tema akan disediakan dengan satu set aktiviti . Set
aktiviti akan dibantu dengan tayangan VCD, lembaran, kad kehadiran dan kad
kecemerlangan.
CD cerita teladan
VCD mengandungi cerita teladan akan di tayang kepada pelajar. Lima contoh
cerita teladan akan digunakan untuk memangkin interaksi ahli dalam kelompok.
Lembaran aktiviti
Ahli kelompok akan berinteraksi berdasarkan lembaran aktiviti yang disediakan.
Kad kecemerlangan.
Kad kecemerlangan akan diberikan kepada ahli yang berjaya mengurangkan
jumlah ponteng yang paling banyak. Kad kecemerlangan akan disampaikan oleh
pihak pentadbir sekolah.
Log Catatan Pengkaji
Log catatan digunakan untuk mencatat pelaksanaan aktiviti kaunseling
kelompok. Log ini akan mencatat perkembangan aktiviti, pemerhatian pengkaji
dan refleksi pengkaji terhadap pentadbiran Modul Kelompok dalam sesi
kaunseling.
PERSAMPELAN
Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar yang mempunyai tahap ponteng
sederhana iaitu 5 hingga 15 hari dalam satu bulan. Sepuluh orang ahli
kaunseling kelompok yang terdiri daripada 2 orang pelajar lelaki dan 6 orang
pelajar perempuan. Pemilihan pelajar adalah dilakukan oleh guru kaunseling di
sekolah.
PROSEDUR MENGUMPUL DATA
Data yang akan digunakan dalam kajian ini ialah borang biodata pelajar, jadual
kehadiran sesi kaunseling kelompok, rekod kehadiran pelajar dan log catatan
pengkaji. Data akan dikumpulkan setiap minggu berdasarkan rekod kehadiran
sekolah. Sepanjang 6 sesi yang dilaksanakan, data keseluruhan adalah
berdasarkan rekod kehadiran sekolah.
Kelemahan pentadbiran sesi kelompok pula akan disediakan selepas setiap kali
sesi dilaksanakan kepada pelajar. Permasalahan yang berlaku di dalam sesi
kelompok akan digunakan bagai bahan untuk mengenalpasti kelemahan yang
akan dinyatakan oleh pengkaji.
INTERPRETASI DAN ANALISIS DATA
Berdasarkan rekod kehadiran sekolah. Data akan dipunggut mengikut mingguan
dan dikumpulkan menjadi data bulanan. Jumlah kehadiran bulan pertama kajian
akan dibandingkan dengan bulan sebelumnya. Keberkesanan kajian akan
memberi fokus kepada peningkatan atau penurunan jumlah kehadiran pelajar.
Data kehadiran bulan kedua pula akan dikumpulkan dan dibandingkan dengan
bulan sebelum untuk melihat perbezaannya. Interpretasi data untuk melihat
keberkesanan kajian akan memberi fokus kepada peningkatan atau penurunan
jumlah kehadiran pelajar.
Melalui catatan log aktiviti, pengkaji akan mencatat kembali pengalaman
mengenai kelemahan yang wujud semasa mentadbir sesi kelompok bersama
modul yang digunakan.
ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Penyelidik telah berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah untuk
membincangkan mengenai kajian yang akan dijalankan. Butiran mengenai kajian
disampaikan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk mendapat
responden yang sesuai. Pihak sekolah telah menyenarai 8 nama pelajar dari
tingkatan 4 yang memenuhi kriteria pelajar untuk dijadikan responden.
Pada minggu pertama kajian, penyelidik telah mengumpul data rekod kes pelajar
yang ponteng sekolah sederhana iaitu 5 hingga 15 hari dalam satu bulan.
Pelajar-pelajar yang dipilih telah dikenakan sekurang-kurangnya amaran kali
pertama. Hasil dapatan maklumat pelajar persekolahan menunjukkan

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahKaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahzakwan azhar
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan kliensiewling1988
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
Fungsi guru menangani masalah disiplin
Fungsi guru menangani masalah disiplinFungsi guru menangani masalah disiplin
Fungsi guru menangani masalah disiplinafiqbahri
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosialaishahwan
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanNur ja
 
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahAsyikin4996
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 

Was ist angesagt? (20)

Kaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolahKaunseling kerjaya di sekolah
Kaunseling kerjaya di sekolah
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Fungsi guru menangani masalah disiplin
Fungsi guru menangani masalah disiplinFungsi guru menangani masalah disiplin
Fungsi guru menangani masalah disiplin
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
 
9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling
 
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 

Andere mochten auch

“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”Salwa Samsudin
 
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling廷武 邹
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahThavasri Chandiran
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingHumyra Amer
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Ponteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPonteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPRA-UNIVERSITY
 
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling Rasikha Hansi
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)ShaZila Niza
 
Nota ringkas bimbingan dan kaunseling
Nota ringkas bimbingan dan kaunselingNota ringkas bimbingan dan kaunseling
Nota ringkas bimbingan dan kaunselingHazel Bug
 
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)Shima Arshad
 
Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107baskin robbin
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunselingHerney Aqilah Kay
 

Andere mochten auch (20)

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
Isu kauseling Sekolah
Isu kauseling SekolahIsu kauseling Sekolah
Isu kauseling Sekolah
 
Bimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunselingBimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunseling
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
B&k
B&kB&k
B&k
 
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
 
Etika kaunselor
Etika kaunselorEtika kaunselor
Etika kaunselor
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
 
Kaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplinKaunselor bukan guru disiplin
Kaunselor bukan guru disiplin
 
Ponteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPonteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spm
 
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
Sejarah dan rasioanal bimbingan & kaunseling
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
 
Nota ringkas bimbingan dan kaunseling
Nota ringkas bimbingan dan kaunselingNota ringkas bimbingan dan kaunseling
Nota ringkas bimbingan dan kaunseling
 
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
 
Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 

Ähnlich wie Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah

Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...kennedy alip
 
Bimbingan dan konseling
Bimbingan dan konselingBimbingan dan konseling
Bimbingan dan konselingDede Kurnia
 
Bk format power point
Bk format power pointBk format power point
Bk format power pointImam Sutisna
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konselingisman12345
 
Bimbingan dan konseling
Bimbingan dan konselingBimbingan dan konseling
Bimbingan dan konselingdirta07
 
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...SMPN 4 Kerinci
 
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah DasarPentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah DasarIntan Irawati
 
Bimbingan & Konseling
Bimbingan & KonselingBimbingan & Konseling
Bimbingan & KonselingMuhamad Yogi
 
Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1agusindro
 
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunselingMenangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunselingLatiSigub
 
357604315 dokumen-tips-progfoitulkutoram-bimbingan-konseling-di-sekolah-dasar...
357604315 dokumen-tips-progfoitulkutoram-bimbingan-konseling-di-sekolah-dasar...357604315 dokumen-tips-progfoitulkutoram-bimbingan-konseling-di-sekolah-dasar...
357604315 dokumen-tips-progfoitulkutoram-bimbingan-konseling-di-sekolah-dasar...AgungSetiaBudi16
 
KONEKSI ANTAR MATERI 3.3.pptx
KONEKSI ANTAR MATERI 3.3.pptxKONEKSI ANTAR MATERI 3.3.pptx
KONEKSI ANTAR MATERI 3.3.pptxDedeSolehudin4
 
koneksiantarmateri3-230711211238-f97edc33.pdf
koneksiantarmateri3-230711211238-f97edc33.pdfkoneksiantarmateri3-230711211238-f97edc33.pdf
koneksiantarmateri3-230711211238-f97edc33.pdfssuser2ba3c9
 
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensiJelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensiPensil Dan Pemadam
 
Program bimbingan-dan-konseling
Program bimbingan-dan-konselingProgram bimbingan-dan-konseling
Program bimbingan-dan-konselingMozanni Tia
 
Peran Guru dan Wali Kelas dalam Bimbingan Konseling
Peran Guru dan Wali Kelas dalam Bimbingan KonselingPeran Guru dan Wali Kelas dalam Bimbingan Konseling
Peran Guru dan Wali Kelas dalam Bimbingan KonselingIndah Lestari
 
KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.3 PENGELOLAAN PROGRAM YANG BERDAMPAK POSITIF PAD...
KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.3 PENGELOLAAN PROGRAM YANG BERDAMPAK POSITIF PAD...KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.3 PENGELOLAAN PROGRAM YANG BERDAMPAK POSITIF PAD...
KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.3 PENGELOLAAN PROGRAM YANG BERDAMPAK POSITIF PAD...NURLIAFAUZI
 

Ähnlich wie Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah (20)

Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
 
Bimbingan dan konseling
Bimbingan dan konselingBimbingan dan konseling
Bimbingan dan konseling
 
Bk format power point
Bk format power pointBk format power point
Bk format power point
 
Bimbingan konseling
Bimbingan konselingBimbingan konseling
Bimbingan konseling
 
Bimbingan dan konseling
Bimbingan dan konselingBimbingan dan konseling
Bimbingan dan konseling
 
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
 
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah DasarPentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
 
Bimbingan & konseling
Bimbingan & konselingBimbingan & konseling
Bimbingan & konseling
 
Bimbingan & Konseling
Bimbingan & KonselingBimbingan & Konseling
Bimbingan & Konseling
 
Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1Bimbingan & kons1
Bimbingan & kons1
 
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunselingMenangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
 
Kpf individu
Kpf individuKpf individu
Kpf individu
 
357604315 dokumen-tips-progfoitulkutoram-bimbingan-konseling-di-sekolah-dasar...
357604315 dokumen-tips-progfoitulkutoram-bimbingan-konseling-di-sekolah-dasar...357604315 dokumen-tips-progfoitulkutoram-bimbingan-konseling-di-sekolah-dasar...
357604315 dokumen-tips-progfoitulkutoram-bimbingan-konseling-di-sekolah-dasar...
 
KONEKSI ANTAR MATERI 3.3.pptx
KONEKSI ANTAR MATERI 3.3.pptxKONEKSI ANTAR MATERI 3.3.pptx
KONEKSI ANTAR MATERI 3.3.pptx
 
koneksiantarmateri3-230711211238-f97edc33.pdf
koneksiantarmateri3-230711211238-f97edc33.pdfkoneksiantarmateri3-230711211238-f97edc33.pdf
koneksiantarmateri3-230711211238-f97edc33.pdf
 
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensiJelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
Jelaskan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan intervensi
 
Jenis layanan bk
Jenis layanan bkJenis layanan bk
Jenis layanan bk
 
Program bimbingan-dan-konseling
Program bimbingan-dan-konselingProgram bimbingan-dan-konseling
Program bimbingan-dan-konseling
 
Peran Guru dan Wali Kelas dalam Bimbingan Konseling
Peran Guru dan Wali Kelas dalam Bimbingan KonselingPeran Guru dan Wali Kelas dalam Bimbingan Konseling
Peran Guru dan Wali Kelas dalam Bimbingan Konseling
 
KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.3 PENGELOLAAN PROGRAM YANG BERDAMPAK POSITIF PAD...
KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.3 PENGELOLAAN PROGRAM YANG BERDAMPAK POSITIF PAD...KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.3 PENGELOLAAN PROGRAM YANG BERDAMPAK POSITIF PAD...
KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.3 PENGELOLAAN PROGRAM YANG BERDAMPAK POSITIF PAD...
 

Kürzlich hochgeladen

PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptxPENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptxmuhammadarsyad77
 
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHANBENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHANharri34
 
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.pptEtika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.pptAlMaliki1
 
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan PendahuluanSosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan PendahuluanIqbaalKamalludin1
 
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas TerbukaSesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas TerbukaYogaJanuarR
 
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertamaLuqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertamaIndra Wardhana
 
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKIHAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKIdillaayuna
 
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)ErhaSyam
 
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum ViktimologiSaktaPrwt
 
Hukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptx
Hukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptxHukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptx
Hukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptxAudyNayaAulia
 

Kürzlich hochgeladen (10)

PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptxPENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
 
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHANBENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
 
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.pptEtika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
 
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan PendahuluanSosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
 
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas TerbukaSesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
 
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertamaLuqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
 
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKIHAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
 
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
 
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
 
Hukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptx
Hukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptxHukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptx
Hukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptx
 

Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah

  • 1. PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH. PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH. Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti berikut. Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas kaunselor yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang dengan baik,memahami serta peluang- peluang yang dimiliki oleh klien hasil daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai kesempurnaan kendiri serta hubungan antara kesemua unsur yang telah dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri sebagaimana yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat. Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga berperanan untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting agar segala tidakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu ke arah penyempurnaan kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan cita-cita seseorang pelajar yang
  • 2. inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah menjadi seorang saintis,maka kaunselor berperanan untuk memberikan panduan dan beberapa cadangan yang bersesuaian dengan minat dan memberikan panduan tentang mata pelajaran yang pentng yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar jika pelajar tersebut ingin mencapai cita-citanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan membimbing murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini oleh pelajar. Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu membimbing pelajar untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya.Perkara ii akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragak- agak dalam membuat keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar. Seseorang kaunselor berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi melibatkan keseluruhan organisasi sekolah untuk mereka memahami akan keperluan terhadap keperluan persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh seseorang pelajar untuk dihormati.Ini merupakan suatu perkara penting agar pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru serta kakitangan sekolah yang lain mengetahui bahawa para pelajar mempunyai hak untuk mendapat khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya mereka ingin berbuat demikian dan juga kaunselor juga mempunyai hak untuk memanggil pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kaunsleling. Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial pelajar dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang besar kepada pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan bahawa setiap program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-sungguh daripada kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap perlaksanaan program.Dan penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja malahan pemantauan terhadap perkembangan pelajar perlu diajalnakn dari semasa ke semasa bagi memastika para pelajar menadapat faedah
  • 3. daripada program yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah,daerah,negeri atau kebangsaan. Memberitahu pihak pentadbiran tentang perubahan-¬perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan. Selain memastikan dan menentukan perubahan pelajar berjaya kaunselor juga perlu melaporkan kepada pihak sekolah akan perkembangan yang diperolehi hasil daripada program yang telah dijalankan.Laporan ini perlu dimaklumkan terutamanya kepada pihak pentadbiran agar mereka maklum akan situasi pelajar di sekolah berkenaan. Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan¬-keperluannya dan peluang¬-peluang lain di persekitarannya dengan tujuan untuk menambahkan kebolehan,memberikan sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar utnuk membantu ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan anaknya terutama dari segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang diperlukan oleh anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna serta membantu ibu bapa mendapatkan gambaran akan peluanyang -pelunag yang bakal diperolehi sekiranya anak mereka berjaya kelak.Memahami kemajuan perkembangan anak,keperluan dan peluang perlu diperjelaskan kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal anak mereka secara lebih dekat dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan dalam peperiksaan atau perubahan sikap . Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah. Kaunselor perlu membuat interpretasi terutama kepada komuniti perihal pentingnya sikap bertimbang rasa untuk inividu agar ia dapat memberikan sumbangan kepada program kaunseling yang dijalankan di sekolah.Dalam hal ini, komuniti perlu dimaklumkan bahawa sikap bertimbang rasa yang wujud dalam diri individu merupakan perkara terpenting untuk merealisasikan dan memrikan sumbangan kepada kaunsleing di sekolah. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk perkembangan pelajar.Seseorang kaunsleor perlu memperjelaskan kepada masyarakat berkenaan peluang-peluang yang perlu diperolehi oleh seseorang pelajar.Ia juga
  • 4. berperanan untuk melancarkan peluang-peluang yang perlu dimilik oleh pelajar untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang.Karnival kerjaya,karnival sains dan pelbagai lagi karnival anjuran pihak luar seharusnya dijadikan tempat untuk pelajar mendapatkan maklumat berkenaan minat dan kecenderungan masing-masing.Melalui karnival ini,para pelajar sebenarnya didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa yang bakal mereka perolehi sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti.Selain daripada itu,program ajuran pihak luar ini pada kebiasaannya melibatkan umum,jadi kaunselor berperanan untuk mengumumkan bahan tersebut kepada para ibu bapa dan masyarakat agar merek afaham dan seterusnya dapat membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan. Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber¬-sumber masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah. Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatan-¬jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain¬-lain.Hubungan yang baik dengan agensi luar sebenarnya memudahkan lagi kaunselor utnuk mendapatkan maklumat berkenaan bukan sahaja peluang-peluang yang bakal diperolehi pelajar tetapi juga dapat menjaminkan para pelajar mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesuatu agensi.Mendedahkan pelajar tentang peranan yang boleh dimainkan oleh sesuatu agensi membolehkan pelajar merebut peluang yang ditawarkan oleh sesuatu agensi tersebut.Perlu diingat,dengan mengadakan hubungan yang baik dengan pelbagai agensi akan memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan pihak sekolahtidak akan mampu untuk menangani segala permasalahan secara bersendrian. Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah pelajar kerana mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar. Sebelum ini guru ‘biasa’ ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.
  • 5. Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato’ Seri Najib Tun Razak (1996), pada awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah pelajar. Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama dalam menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini. Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang sepatutnya akan dapat dilihat. Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling dengan para pelajar yang menghadapai masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan membincangkan keperluan murid dari pelbagai segi seperti kemahiran sosial,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran membuat keputusan dan pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998). Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang
  • 6. diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang timbul adakah ia berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca yang lain.Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat kaunsleing maka kaunselor perlau menerima dan berusaha membantu menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat penting kerana permasalahan yang wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut.Maka atas dasar inilah ,maka kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu. Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi masa ruang para pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah Rendah ,Sijil Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini amat penting kerana pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak mempunyai apa-apa program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama rakan-rakan.Dan sudah tentulah akan timbul gejala-gejala negatif di kalangan mereka.Justeru itu,kaunselor harus memainkan peranan dalam mengisi ruang masa yang wujud di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program seperti perkhemahan ,kem motivasi ,bengkel- bengkel dan lain-lain yang difikirkan perlu.Ini penting agar masa yang terluang di kalangan pelajar tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya mengikut nilai-nilai yang diterima oleh agama dan masyarakatnya.
  • 7. KEBERKESANAN KAUNSELING KELOMPOK MENGGUNAKAN “MODUL KUPPON” DALAM MENGURANGKAN PONTENG SEKOLAH PENDAHULUAN Masalah ponteng sekolah masih menduduki tangga pertama dalam senarai kesalahan disiplin pelajar sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Isu ponteng berada pada tahap kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah. Ponteng sekolah merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995 : Menangani Masalah Ponteng Sekolah adalah bertujuan mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah dan ponteng kelas. Kementerian Pendidikan telah pun menerbit dan mengedarkan ke sekolah-sekolah Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah. Saranan dan cadangan yang dikemukakan dalam buku tersebut diyakini boleh membantu pihak sekolah mencegah berlakunya masalah ponteng. Langkah Kementerian Pelajaran melancarkan Kempen Basmi Ponteng Sekolah adalah tepat pada waktunya dan merupakan satu inisiatif terpuji. Justeru, para guru atau kaunselor perlu berusaha untuk membendung gejala ini daripada merebak atau menjadi lebih buruk dengan memperlengkapkan diri dengan ilmu kaunseling yang bersesuaian dengan senario sekarang. Sebagaimana yang kita sedia maklum pengetahuan di dalam bidang kaunseling oleh para kaunselor akan membolehkan mereka menolong individu berubah daripada keadaan sekarang kepada satu keadaan yang dikehendaki. Sebagai kaunselor, pendekatan kaunseling kelompok didapati salah satu cara yang efektif untuk menangani masalah ponteng sekolah sebab punca utama masalah ini dapat dikupas dari akar umbinya mengikut satu tempoh masa. Kaunseling kelompok menurut Gibson dan Mitchell (1981) dipandang sebagai proses penyesuaian diri dan memfokuskan kepada menolong ahli untuk mengatasi kebimbangan yang dihadapi sehari-hari. Melalui kaunseling kelompok, ahli dapat meluahkan perasaan, kepercayaan, tanggapan dan hasrat mereka. Kaunseling kelompok boleh dilaksanakan secara berstruktur dan tidak berstruktur. Kaunseling kelompok berstruktur dilaksanakan mengikut susunan perkembangan dan halatuju yang telah ditetapkan. Penggunaan modul yang telah dirancang dapat membantu kaunselor melaksanakan perjalanan sesi kaunseling kelompok dengan berkesan. Oleh yang demikian, kajian ini cuba menyelidik keberkesanan ‘Modul Kuppon’ yang akan diaplikasikan dalam kaunseling kelompok untuk mengatasi masalah ponteng pelajar.
  • 8. TUJUAN KAJIAN 1. Mengkaji keberkesanan ‘Modul Kuppon’ dalam mengurang masalah ponteng di dalam sesi kelompok 2. Mengenalpasti kelemahan pelaksanaan ‘Modul Kuppon’ mengikut pengalaman pengkaji SOALAN KAJIAN 1. Sejauhmanakah ‘Modul Kuppon’ dapat mengurang masalah ponteng di sekolah? 2. Apakah kelemahan yang dapat dikenalpasti semasa melaksanakan ‘Modul Kuppon’ dalam sesi kelompok? BATASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan kepada 8 orang pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di daerah Kota Setar dan hanya melibatkan pelajar yang mempunyai tahap ponteng sederhana iaitu 5 hingga 15 hari dalam satu bulan. Pelajar-pelajar yang dipilih telah dikenakan sekurang-kurangnya amaran kali pertama. Pengkaji akan mengenalpasti kelemahan semasa melaksanakan sesi kelompok menggunakan ‘Modul Kuppon’ mengikut persepsi pengkaji. SOROTAN KAJIAN Oleh kerana masalah ponteng telah lama menjadi masalah kepada pihak sekolah, banyak kajian telah dilakukan sama ada di dalam mahupun di luar negara bagi mengkaji masalah ini . Kajian yang dijalankan oleh Maureen Sarkuna Raj (2004) menunjukkan bahawa sesi kaunseling kelompok berjaya meningkatkan tahap kehadiran pelajar di kelas. Aktiviti yang dijalankan semasa sesi kaunseling kelompok dan penggunaan teori kaunseling ‘Teori Pemusatan Klien Rogers’ didapati amat sesuai menangani masalah ponteng kelas ini sebab pelajar-pelajar yang bermasalah ini tidak terasa tersisih dan sebaliknya rasa dikasihi, dihargai dan disayangi. Keadaan sedemikian dapat membantu mencari punca utama yang membawa kepada masalah ponteng kelas dan seterusnya meningkatkan peratus kehadiran pelajar-pelajar bermasalah ini di bilik darjah. Wong Kean Loong (2003), mendapati bilangan pelajar ponteng sekolah meningkat sejajar dengan peningkatan umur dan tingkatan pengajian. Kedua-dua jantina pelajar lelaki dan perempuan lebih suka ponteng sekolah berseorangan diri. Semasa ponteng sekolah, majoriti mereka tinggal di rumah menonton televisyen, tidur atau menghabiskan kerja-kerja sekolah . Manakala kajian yang dijalankan oleh Ng Ai Cheng, (2003) sesi kaunseling kelompok yang dilaksanakan telah meningkatkan minat pelajar ke sekolah. Peningkatan ini hanya bertahan sehingga bulan kedua sahaja dan kehadiran merosot kembali pada bulan-bulan yang seterusnya.
  • 9. METODOLOGI REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif kerana akan dilaksanakan secara kaunseling kelompok. Kajian ini akan dijalankan pada bulan Jun dan Julai. Sebanyak 6 sesi kelompok akan dijalankan bersama sekumpulan pelajar. Tiga sesi akan dilaksanakan pada bulan Jun dan tiga sesi lagi akan dilaksanakan pada bulan Julai. Minggu keempat pada bulan Julai akan digunakan untuk mengumpul data-data pelajar. Satu set modul yang mengandungi enam aktiviti yang telah ditentukan temanya akan diedarkan kepada pelajar. Setiap sesi akan membincang hanya satu tema yang khusus mengikut perkembangan tahap sesi kelompok. Sesi kelompok ini akan dilaksanakan sekali dalam tempoh satu minggu. Setiap satu sesi akan mengambil masa antara satu hingga satu setengah jam. Masa pertemuan akan ditetapkan dengan persetujuan ahli-ahli kelompok. Alat yang akan digunakan dalam kajian ini ialah “Modul Kuppon’. Modul ini mengandungi 6 tema. Setiap tema akan disediakan dengan satu set aktiviti . Set aktiviti akan dibantu dengan tayangan VCD, lembaran, kad kehadiran dan kad kecemerlangan. VCD mengandungi cerita teladan akan di tayang kepada pelajar. Ahli kelompok akan berinteraksi berdasarkan lembaran aktiviti yang disediakan. Kad kecemerlangan akan diberikan kepada ahli yang berjaya mengurangkan jumlah ponteng yang paling banyak. Kad kehadiran pelajar akan disediakan pada setiap pelajar. INSTRUMEN KAJIAN Instrumen yang berikut akan digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang subjek dan masalah yang dikaji: Analisa Data Dari Rekod Kehadiran Pelajar Pengumpulan data akan dilakukan pada bulan Mac hingga April 2007. Dokumen Rekod Kehadiran Pelajar tahun 2007 akan digunakan. Bilangan hari pelajar tidak menghadiri sekolah telah dikumpul berdasarkan bulan Januari, Februari, Mac, April dan Mei 2007. Surat-Surat Amaran Pelajar Surat-surat amaran yang dihantar oleh guru-guru tingkatan yang berkenaan telah disemak dan tindakan susulan oleh ibu bapa telah diambil kira dalam pemilihan subjek untuk kajian ini. Borang Soal Selidik Pengkaji telah mengunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat mengenai latarbelakang pelajar. Borang soalselidik ini mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah untuk mendapatkan
  • 10. maklumat diri pelajar dan bahagian B adalah khusus untuk mendapat maklumat mengenai masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah. Pelajar akan mengisi borang tersebut pada perjumpaan pertama. tu set modul Alat yang akan digunakan dalam kajian ini ialah “Modul Kuppon’. Modul ini mengandungi 6 tema. Setiap tema akan disediakan dengan satu set aktiviti . Set aktiviti akan dibantu dengan tayangan VCD, lembaran, kad kehadiran dan kad kecemerlangan. CD cerita teladan VCD mengandungi cerita teladan akan di tayang kepada pelajar. Lima contoh cerita teladan akan digunakan untuk memangkin interaksi ahli dalam kelompok. Lembaran aktiviti Ahli kelompok akan berinteraksi berdasarkan lembaran aktiviti yang disediakan. Kad kecemerlangan. Kad kecemerlangan akan diberikan kepada ahli yang berjaya mengurangkan jumlah ponteng yang paling banyak. Kad kecemerlangan akan disampaikan oleh pihak pentadbir sekolah. Log Catatan Pengkaji Log catatan digunakan untuk mencatat pelaksanaan aktiviti kaunseling kelompok. Log ini akan mencatat perkembangan aktiviti, pemerhatian pengkaji dan refleksi pengkaji terhadap pentadbiran Modul Kelompok dalam sesi kaunseling. PERSAMPELAN Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar yang mempunyai tahap ponteng sederhana iaitu 5 hingga 15 hari dalam satu bulan. Sepuluh orang ahli kaunseling kelompok yang terdiri daripada 2 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Pemilihan pelajar adalah dilakukan oleh guru kaunseling di sekolah. PROSEDUR MENGUMPUL DATA Data yang akan digunakan dalam kajian ini ialah borang biodata pelajar, jadual kehadiran sesi kaunseling kelompok, rekod kehadiran pelajar dan log catatan pengkaji. Data akan dikumpulkan setiap minggu berdasarkan rekod kehadiran sekolah. Sepanjang 6 sesi yang dilaksanakan, data keseluruhan adalah berdasarkan rekod kehadiran sekolah. Kelemahan pentadbiran sesi kelompok pula akan disediakan selepas setiap kali sesi dilaksanakan kepada pelajar. Permasalahan yang berlaku di dalam sesi kelompok akan digunakan bagai bahan untuk mengenalpasti kelemahan yang akan dinyatakan oleh pengkaji. INTERPRETASI DAN ANALISIS DATA
  • 11. Berdasarkan rekod kehadiran sekolah. Data akan dipunggut mengikut mingguan dan dikumpulkan menjadi data bulanan. Jumlah kehadiran bulan pertama kajian akan dibandingkan dengan bulan sebelumnya. Keberkesanan kajian akan memberi fokus kepada peningkatan atau penurunan jumlah kehadiran pelajar. Data kehadiran bulan kedua pula akan dikumpulkan dan dibandingkan dengan bulan sebelum untuk melihat perbezaannya. Interpretasi data untuk melihat keberkesanan kajian akan memberi fokus kepada peningkatan atau penurunan jumlah kehadiran pelajar. Melalui catatan log aktiviti, pengkaji akan mencatat kembali pengalaman mengenai kelemahan yang wujud semasa mentadbir sesi kelompok bersama modul yang digunakan. ANALISIS TINJAUAN MASALAH Penyelidik telah berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah untuk membincangkan mengenai kajian yang akan dijalankan. Butiran mengenai kajian disampaikan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk mendapat responden yang sesuai. Pihak sekolah telah menyenarai 8 nama pelajar dari tingkatan 4 yang memenuhi kriteria pelajar untuk dijadikan responden. Pada minggu pertama kajian, penyelidik telah mengumpul data rekod kes pelajar yang ponteng sekolah sederhana iaitu 5 hingga 15 hari dalam satu bulan. Pelajar-pelajar yang dipilih telah dikenakan sekurang-kurangnya amaran kali pertama. Hasil dapatan maklumat pelajar persekolahan menunjukkan