3. TAKRIF KATA Kata ialah bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang diucapkan atau ditulis dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan maksud atau makna tertentu.
4. BENTUK KATA KATA ASAL / KATA TUNGGAL KATA TERBITAN KATA MAJMUK KATA GANDA
5.
6.
7.
8.
9.
10. i. dengan SIsipan Kata Nama: -el, -em ii. dengan Sisipan Kata Adjektif: -el, -er, -em, -in KATA TERBITAN BERSISIPAN
11. Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. KATA MAJMUK
12.
13. antarabangsa suruhanjaya tandatangan matahari pesuruhjaya kerjasama bumiputera sukarela KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP kakitangan jawatankuasa setiausaha warganegara olahraga beritahu tanggungjawab
14.
15.
16.
17. Kesalahan penggunaan bentuk jamak Contoh: salah betul mereka-mereka rakyat-rakyat kita-kita semua guru-guru guru besar-guru besar mereka rakyat kita semua guru guru-guru besar
18. Kata Nama (KN) Kata Kerja (KK) Kata Adjektif (KA) Kata Tugas GOLONGAN KATA
19.
20.
21. Kata Kerja (KK) b. Kata Kerja Tak Transitif: kata kerja yang tidak diikuti oleh objek. Contohnya: bangun tersenyum membesar (kk tak transitif tak berpelengkap) beransur berbantalkan (kk tak transitif berpelengkap)
22. Kata Adjektif (KA) Kata Adjektif (KA) menerangkan sifat, rupa atau keadaan sesuatu.
23. Kata Tugas Kata yang boleh bersifat pelbagai jenis sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri ataupun tugas-tugas lain
24. Kata Tugas dan, atau, tetapi a. Kata hubung wah, amboi, aduh, aduhai b. Kata seru bagaimana, siapa, bila, berapa c. Kata tanya
25. Kata Tugas sila, tolong, harap d. Kata perintah hatta, maka, syahdan e. Kata pangkal ayat akan, pernah, sudah f. Kata bantu
26. Kata Tugas amat, sangat, paling g. Kata penguat juga, lah, tah, pun h. Kata penegas tidak, bukan i. Kata nafi
27. Kata Tugas ialah, adalah j. Kata pemeri di, dari, dalam k. Kata sendi nama ya, benar, betul l. Kata pembenar
28. Kata Tugas dua, segala, masing-masing m. Kata bilangan atas, sini, dalam n. Kata arah yang, -nya o. Kata pembenda
30. AKRONIM Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar.
31.
32. AKRONIM ii. Gabungan huruf awal/suku kata pertama bagi rangkai kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: tabika (taman bimbingan kanak-kanak) cerpen (cerita pendek)
33. AKRONIM iii. Gabungan huruf awal dan/atau suku kata pertama bagi nama khas, ditulis dengan huruf kecil yang dimulai dengan huruf besar. Contohnya: Bernama ( Berita Nasional Malaysia) Mara ( Majlis Amanah Rakyat)
34. 1. Kata Ganti Nama: contoh : aku digunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau kepada Tuhan, beta digunakan oleh raja dan sultan apabila bercakap dengan rakyat. patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja dan sultan. digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang amat mesra dengan kita dan dengan Tuhan. saya digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal/ orang lain pada umumnya. kami digunakan sebagai ganti diri orang yang berkata serta teman atau teman-temannya apabila bercakap dengan diri orang kedua. kita digunakan sebagai ganti diri dan menyertakan diri orang kedua yang menjadi teman bercakap. anda digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua apabila kita tidak berhadapan muka dengan dia.
35. Awak/ kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita seperti kawan/adik. tuanku digunakan ketika bercakap dengan sultan atau raja. baginda digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja. beliau digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati, seperti menteri dan guru. ia/dia digunakan untuk diri orang ketiga yang umum ( untuk manusia sahaja ). apa digunakan untuk menanyakan nama benda dan binatang. mana digunakanuntuk menanyakan benda, binatang, orang dan tempat. siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang. apa-apa digunakan untuk hal atau benda yang tidak tentu. siapa-siapa, sesiapa digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu. mana-mana digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu.
53. jenazah - mayat dinobat - dilantik Bersemayam - tinggal peterana - tempat duduk permaisuri - isteri raja berdaulat - bertuah bahtera - kapal Sepersalinan - sepasang baju almarhum - arwah
54.
55.
56. Keterangan Ringkas Tentang Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu 1. Kesalahan Dari Segi Kata Kesalahan ini meliputi sebahagian besar jenis kata yang terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi, kata hubung, kata majmuk, kata ganda dan sebagainya. Kesalahan kata nama kebanyakan merujuk kesalahan dari segi penggunaan kata ganti diri, hukum DM, penjodoh bilangan serta kata bilangan. Kebanyakan pengguna terkeliru terhadap penggunaan kata ganti diri pertama untuk 'dia' atau 'beliau'. Juga kesalahan menggunakan kata ganti diri 'ianya' yang sepatutnya tidak boleh disatukan. Bagi kata bilangan, kesalahan kerap dikesan apabila kata bilangan, yang menunjukkan jamak seperti 'semua' digunakan pada kata nama yang digandakan. Begitu juga kesalahan penggunaan kata bilangan himpunan yang berawalan 'ber..' yang perlu digandakan.
57. Contohnya; Semua pelajar-pelajar (Salah) Semua Pelajar (Betul) Kebanyakan penghuni-penghuni (Salah) Kebanyakan penghuni (Betul) Berminggu lamanya (Salah) Berminggu-minggu lamanya (Betul)
58. Begitu juga pada penggunaan hukum DM (Diterangkan dan Menerangkan). Contohnya Klinik Aminah atau Aminah Klinik, Contoh lain adalah; Lain-lain hal (Salah) Hal-hal lain (Betul) Lain-lain agenda (Salah) Agenda-agenda lain (Betul)
59.
60.
61. Berlainan pula dengan penggunaan kata kerja tak transitif seperti tidur berbantalkan lengan atau tidur berbantalkan dengan lengan. Bagi apitan kata kerja tak transitif ber..kan, tidak memerlukan lagi sebarang kata sendi setelah kata kerja tersebut kecuali imbuhan kata kerja tak transitif ber-. Contoh kesalahan lain adalah seperti; nenek tidur berbantal lengan (Salah) Nenek tidur berbantalkan lengan (Betul) Nenek tidur berbantal akan lengan (Betul)
62. Bagi kata kerja pasif, kesalahan kerap dilakukan apabila menggunakan kata kerja pasif diri pertama dan kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya; Baju itu kakak jahit (Salah) Baju itu dijahit oleh kakak (Betul) Kuih itu dimakan oleh saya (Salah) Kuih itu saya makan (Betul)
63. 2.1 Apitan me, me.,kan, memper.i, memper.,kan Sering kali juga kita dapat melihat bahawa kesalahan penggunaan apitan me…i, me…kan, memper…i, memper...kan lebih mengelirukan. Kita perlu berhati-hati apabila menggunakan apitan-apitan tersebut kerana apitan tersebut mempunyai fungsi dan maksud tertentu, Contohnya, gadis itu menghadiahi bunga atau gadis itu menghadiahkan bunga. Bagi apitan memper..i dan memper..kan, kedua-dua apitan tersebut membawa maksud yang berbeza apabila digunakan. Contoh-contoh tersebut adalah; Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung (Salah) Hakim menjatuhkan hukuman gantung terhadap pesalah itu (Betul) Tuan kadi memperisteri Aminah dengan jejaka pilihannya (Salah) Tuan kadi memperisterikan Aminah dengan jejaka pilihannya (Betul)
64. Sementara apitan memper..i dan memper..kan tidak boleh digunakan pada kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif. Akhiran pada apitan tersebut digugurkan. Contohnya; Kerajaan memperdalamkan sungai itu (Salah) Kerajaan memperdalam sungai itu (Betul) Namun ada kata yang berapitan menunjukkan perbuatan kena pada objek utama. Contohnya; Doktor menjalani pembedahan (Betul) Doktor menjalankan pembedahan (Betul) Kedua-dua ayat tersebut betul dan membawa maksud yang berlainan. Ayat pertama bermaksud doktor yang kena bedah sementara ayat kedua doktor yang membedah.
65. 3. Kesalahan Penggunaan Kata Adjektif Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata penguat hadapan dan kata penguat belakang seperti 'sekali', 'paling', 'sungguh' dan sebagainya mahupun pada imbuhan ter... yang menunjukkan paling. Contohnya; Bangunan itu paling tinggi sekali (Salah) Bangunan itu paling tinggi atau tinggi sekali (Betul) Bangunan itu yang tertinggi sekali (Salah) Rumah itu yang terbesar (Salah) Rumah itu yang paling besar atau besar sekali (Betul)
66. Kata adjektif yang menggunakan imbuhan ter- tidak boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Kesalahan juga dapat dikesan pada penggunaan kata penguat sangat atau 'paling’ pada kata adjektif yang digandakan yang juga telah menunjukkan 'sangat' atau 'paling' tersebut. Contohnya; Keadaan di dalam dewan itu sangat hingar-bingar (Salah) Keadaan di dalam dewan itu hingar-bingar (Betul) Dia berkelakuan seperti keanak-anakan (Salah ) Dia berkelakuan keanak-anakan (Betul)
67.
68.
69. Begitu juga kesalahan penggunaan kata hubung 'yang' dan 'bahawa' pada ayat pancangan. Kita kerap menyamakan penggunaan kedua-dua kata hubung tersebut. Contohnya; Dia menjelaskan yang hukuman itu tidak adil (Salah) Dia menjelaskan bahawa hukuman itu tidak adil (Betul)
70. 6. Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk Kesalahan penggunaan kata majmuk selalu dikaitkan dengan kesilapan menentukan sama ada kata tersebut dieja jarak atau menggunakan tanda sempang. Umumnya tanda sempang digunakan untuk kata ganda dan kata majmuk yang digandakan. Contohnya; Tiga buah kapal-terbang dikesan di perairan Malaysia (Salah) Tiga buah kapal terbang dikesan di perairan Malaysia (Betul) Guru besar-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Salah) Guru-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Betul) Hanya kata pertama daripada kata majmuk yang dieja terpisah itu yang perlu digandakan. Bagi kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan hendaklah digandakan kesemua kata tersebut. Contohnya setiausaha-setiausaha.
71.
72. Kita juga perlu berhati-hati apabila menulis kata ganda yang jelas menunjukkan ‘sangat', 'paling', 'sungguh' atau 'saling'. Bagi kata-kata tersebut tidak perlu lagi ditulis kata 'sangat', 'sungguh' tersebut. Contohnya; Rambutnya yang sangat kusut-masai itu… (Salah) Rambutnya yang sangat kusut / kusut-masai itu…(Betul) Mereka saling bersalam-salaman (Salah) Mereka saling bersalaman / bersalam-salaman (Betul)
73. 8. Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri Aspek penggunaan kata pemeri 'adalah' dan 'ialah' kerap menimbulkan kekeliruan. Kebanyakan pengguna bahasa tidak memahami fungsi kata tersebut. Contohnya; Barang itu ialah untuk kekasihnya (Salah) Barang itu adalah untuk kekasihnya (Betul) Jelasnya kata pemeri 'adalah' digunakan pada kata adjektif atau kata sendi sementara kata pemeri 'ialah' digunakan pada kata nama.
74.
75. 10. Kesalahan Dari Segi lmbuhan Kadang kala imbuhan yang digunakan pada sesuatu kata itu tidak tepat. Contohnya pada kata pengeboman atau pengboman. Kekeliruan timbul apabila menggunakan awalan tertentu, contohnya sama ada menggunakan awalan ‘per’ atau 'pe' pada kata dasar ‘laksana'. Kesalahan dari segi imbuhan juga dilihat kesalahan pada ketentuan imbuhan yang tepat dengan kata dasar yang digunakan. Contohnya menentukan penggunaan imbuhan 'menge...' Perserta atau peserta Pemprosesan atau pemerosesan Mengambarkan atau menggambarkan Mengcat atau mengecat
76.
77. Begitu juga kekeliruan dari segi pembentukan ayat gabungan yang predikatnya mempunyai unsur frasa sendi. Maka kata sendi yang membentuk frasa sendi tersebut tidak boleh ditiadakan. Contohnya; Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor atau Melaka (Salah) Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor atau di Melaka (Betul)
78. Peribahasa Maksud Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Semua pekerjaan dapat dilaksanakan sekiranya ada kemampuan, kemahiran atau bayaran. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Perbuatan jahat akan dibalas jua akhirnya Adat juara menang kalah. Dalam setiap usaha mesti terdapat untung ruginya Air dicincang tiada putus. Perselisihan antara saudara, tidak akan memutuskan persaudaraan itu. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Orang yang diam bukan pengecut.
79. Alah membeli menang memakai. Biar membeli barangan yang mahal sedikit, asalkan tahan lama. Bagai balak terendam. Orang yang gemuk dan malas bergerak. Bagai Belanda minta tanah. Orang yang telah diberi sedikit namun minta banyak lagi. Bagai berkain tiga hasta. Berada dalam keadaan yang serba tidak cukup. Cacing hendak menjadi naga. Orang kecil-kecilan yang hendak menjadi seperti orang besar-besar atau orang kaya. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Pergaduhan antara keluarga, akhirnya akan berbaik juga.
80. Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga. Jika seseorang ahli keluarga mendapat susah yang lain akan turut susah. Dapat durian runtuh. Mendapat keuntungan atau kekayaan dengan mudah. Dapur tidak berasap. Terlalu miskin. Daripada cempedak baiklah nangka. Daripada tidak ada langsung sedikit pun cukuplah. Embun di hujung rumput. Bersifat sementara, tidak kekal. Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Berkawan dengan orang yang sama taraf dengan kita.
81. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Orang baik meninggalkan nama yang baik dan orang jahat meninggalkan nama yang jahat setelah meninggal dunia. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Raja-raja yang berselisih, rakyat yang mendapat kesusahan
82.
83.
84.
85.
86.
87.
88. Kesalahan Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok (X) Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok (√)
89.
90.
91.
92.
93.
94.
95.
96.
97. Pelancong itu tertarik __________ sikap ramah-tamah penduduk di Malaysia. A oleh B akan C tentang D dengan
101. ________ jala rawan ________ mercun papan ________ rantai utas ________ anggur gugus ________ rebung pucuk ________ permaidani hamparan ________ cendawan kaki ________ tombak bilah ________ kunyit kaki ________ telur butir
102. Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ___________ asam gelugur dan beberapa ___________ bawang putih. A sepotong...biji B sehiris...ulas C seketul...biji D sekeping...ulas UPSR1992
103. Simpulan bahasa ada angin, anak buah, angkat kaki, bendera putih, batu api, cahaya mata, darah daging, gaji buta, harga mati, harga pokok, jaga hati, jauh hati, kepala batu, khabar angin, langkah kanan, makan angkat,mata duitan, omong kosong, sebatang kara, tahan lasak
104. Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu __________ sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya. A gelap mata B putih mata C rambang mata D rabun mata UPSR1994:26
105. Kata ganda Perasaannya___________ apabila cita-citanya untuk mendapat 5A dalam peperiksaan U.P.S.R. tidak tercapai. A haru-biru B kacau-bilau C remuk-redam D gundah-gulana
106. Gadis ________ yang memperagakan minyak wangi dalam iklan televisyen itu ialah sepupu saya. A lembut B pemalu C elok D ayu UPSR2002:25
107. Kesalahan penggunaan kata atau istilah Contoh: Perkarangan rumah saya sangat bersih. Sepatutnya : Pekarangan rumah saya sangat bersih.
108. Contoh: Kedua ibu bapa saya guru. Sepatutnya : Kedua-dua ibu bapa saya guru.
109. Contoh: Bila hari hujan, latihan sukan terpaksa diberhentikan. Sepatutnya : Apabila hari hujan, latihan sukan terpaksa diberhentikan.
111. Kesalahan Struktur Ayat Lantai ini kamu mesti cuci.(Salah) Nota itu Azman taip.(Salah) Lantai ini mesti kamu cuci.(Betul) Nota itu ditaip oleh Azman.(Betul)
112.
113. Kesalahan Ejaan Jurukur / Juruukur / Juru ukur ? Istirehat / Istirahat ? Tengah hari / Tengahari / Tengahhari ? Bumiputera / Bumiputra / Bumi putra ?
114. Kesalahan Ejaan Contoh: salah betul olih bolih bilek masok lebeh anih oleh boleh bilik masuk lebih aneh
115. Kesalahan Tanda baca Contoh: salah betul tahun 1930an kehendakNya seMalaysia antiAmerika ke2, ke 2 tahun 1930-an kehendak-Nya se-Malaysia anti-Amerika ke-2
116. Tanda baca membezakan makna. Contoh: Ini jambu monyet. Ini jambu, monyet. Ini, jambu monyet.
117. Kesalahan Imbuhan Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang sepatutnya menerima imbuhan. Contoh : Kakak tanak nasi. Sepatutnya : Kakak menanak nasi. “ Kakak, tanak nasi,” kata adik kepada Siti.
118. Menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau tidak sesuai. Contoh : Mike Tyson seorang peninju. Sepatutnya : Mike Tyson seorang petinju.
119. Menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu dibubuh imbuhan. Contoh : Saya meninggal di Muar. Sepatutnya : Saya tinggal di Muar.
120. Imbuhan yang salah. merbahaya berbahaya X memperolehi memperoleh X memperakui memperakukan X memperlebarkan memperlebar X
121. Ayat pasif kata ganti diri I, II, & III. √ × √ × √ × KGD I saya, aku, kami. KGD II awak, kamu, anda. KGD III Ali, ibu, dia, beliau. Bola ini saya sepak. Bola ini disepak oleh saya. Buku ini awak balut. Buku ini dibalut oleh awak. Bunga ini ibu tanam. Bunga ini ditanam oleh ibu.
122. Kata Penguat paling ________ √ ter ________ √ ________ sekali √ sangat ________ √ amat ________ √ sungguh ________ √ ________ nian √ ________sangat √ _______amat √ ________sungguh √
123. sangat ________ sekali √ amat ________ sekali √ sungguh ________ sekali √ teramat ________ √ tersangat ________ √ paling ________ sekali × paling ter________ × ter________ sekali × paling ter________ sekali × teramat________ sekali × tersangat________ sekali ×