SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 18
1 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
1.0 Pendahuluan
Penubuhan negara Israel pada tahun 1948 merupakan permulaan kepada tercetusnya
konflik antara rakyat Palestin dengan orang Yahudi di Israel. Kedatangan Israel inilah yang
telah menyebabkan tercetusnya pertikaian hak sehingga mendorong rakyat Palestin dalam
menuntut keadilan terhadap Israel. Perjanjian Sykes Picot yang menonjolkan watak British,
Perancis dan Rusia, dalam pembahagian wilayah kerajaan Turki Uthmaniyah ini sejurus
selepas pembabitan kerajaan Islam yang terlama ini dalam Perang Dunia Pertama, telah
menyebabkan Palestin jatuh di bawah kuasa barat iaitu British. Penglibatan British dalam
wilayah Palestin ini, merupakan faktor terbesar kepada penubuhan negara Israel.
Hal ini kerana, British merupakan kuasa barat yang berpengaruh pada ketika itu.
Dengan termeterainya Deklarasi Baflour pada 2 November 1917, dan kebijaksanaan Yahudi
dalam melobi kuasa-kuasa berpengaruh dunia seperti British telah mendorong kepada
penubuhan negara Israel. Dalam menelusuri lebih dalam mengenai keberkesanan
kebangkitan rakyat Palestin ini dalam menuntut hak terhadap Israel pada tahun 1987-1991,
haruslah diketahui bahawa beberapa elemen penting atau persoalan iaitu bagaimana boleh
timbulnya pertikaian hak sehingga rakyat Palestin bangkit dalam menuntut keadilan
terhadap Israel, apakah punca yang mencetuskan kebangkitan rakyat Palestin dalam
menuntut hak-hak tersebut terhadap Israel, perkembangan kebangkitan rakyat Palestin
dalam menuntut hak keadilan dan sejauhmanakah keberkesanan kebangkitan rakyat
Palestin dalam menuntut keadilan hak terhadap Israel dalam kerangka masa iaitu antara
tahun 1987-1991.
2 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
2.0 Pertikaian Hak Palestin
Selepas sahaja kekalahan yang dialami oleh pihak kerajaan Turki Uthmaniyah dan Jerman
dalam perang Dunia Pertama, bermulalah pengalaman perit rakyat Palestin dibedil oleh
orang Yahudi. Kuasa Berikat (British, Perancis dan Amerika Syarikat, suatu sistem yang
dikenali sebagai mandat telah diperkenalkan untuk mengambil tanah-tanah jajahan Jerman
dan Turki yang ditawan semasa peperangan.
1
Sistem mandate ini dibentuk pada tahun 1919
dan berada dibawah pengawasan Liga-Liga Bangsa Bersatu namun selepas peang dunia
kedua ditukar nama menjadi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan antara wilayah yang
dimasukkan ke dalam sistem ini adalah Palestin. Seperti mana yang dipersetujui oleh
mereka dalam Sykes-Picot Agreement pada tahun 1916. Keberadaan British di Palestin
merupakan peluang keemasan bagi pihak Yahudi untuk menubuhkan sebuah negara di
bumi Palestin, hal ini merupakan permulaan terhadap pertikaian hak Palestin terhadap tanah
tempat tinggal mereka sendiri. Idea kepada penubuhan negara Israel di Palestin ini adalah
tercetus daripada pemimpin Gerakan Zionis Yahudi iaitu Theodore Herzl yang bermula pada
tahun 1897 di Basle. Matlamat ini adalah seperti yang dinyatakan didalam kongres yang
diadakan iaitu:
“to establish for jews a publicly and legally assured home in Palestin”
2
Dalam melaksanakan idea tersebut, pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak Yahudi
termasuklah melobi kuasa besar dunia barat bagi menubuhkan negara mereka itu. Peranan
kuasa melobi mereka ini akhirnya telah menyebabkan British mengeluarkan Deklarasi
1
Mohd Roslan & Nor Dalila, (2010), Perancangan Zionis ke Arah Pembentukan Negara Israel, Jurnal Usuluddin,
hlm. 231.
2
Laqueur, Walter Z., & Rubin, Barry (eds), (1984), The Israel-Arab Reader: A Documentary History of a Middle
East Conflict,( 4
th
Edition), New York: Pengun Books, hlm. 11-12.
3 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
Baflour pada 2 November 1917.
3
Oleh itu, dengan pengiktirafan tersebut telah membolehkan
kaum Yahudi bebas memasuki Palestin sebagai warganegara Yahudi dalam
membangunkan ekonomi negara yang dibina diatas tanah Palestin tersebut. Penghijrahan
beramai-ramai orang Yahudi ke Palestin secara drastik telah menyebabkan rakyat Palestin
tertindas didalam negara mereka sendiri. Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan
pertikaian hak Palestin sebagai penduduk tetap di tanah mereka sendiri.
Selepas sahaja, kekalahan Turki Uthmaniyah di dalam Perang Dunia Pertama,
secara tidak langsung, Palestin telah berada di bawah mandat British. Namun begitu,
apabila British mulai menarik keluar warganya bermula awal tahun 1947, Palestin telah
diletakkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hal ini bermakna, pada
masa itu, Palestin tidak mempunyai kerajaan yang memerintah.
4
Pada 29 November 1947,
PBB telah mengumumkan Resolusi 181 iaitu Pelan Pembahagian yang telah dibentangkan
oleh PBB. Pelan pembahagian ini, adalah merangkumi pembahagian kawasan yang akan
dibahagikan oleh kedua-dua pihak iaitu antara Palestin dan Yahudi di Israel. Namun begitu,
respon terhadap pelan ini tidak mendapat sebarang sambutan yang positif daripda kedua-
dua pihak. Hal ini kerana, bagi Palestin sendiri, hak mereka terhadap tanah mereka sendiri
telah dieprtikaikan, sementara orang Yahudi pula bersungguh-sungguh memperjuangkan
matlamat meraka agar terlaksana. Akhirnya, hal ini telah membawa peperangan kepada
kedua-dua belah pihak.
3.0 Punca Kebangkitan Rakyat Palestin dalam Menegakkan Hak Mereka
3.1 Kezaliman dan Penindasan orang Yahudi-Israel
3
Op.Cit, Mohd. Roslan & Nor Dalila, (2010), hlm. 232.
4
Sabaruddin Hussein, (2012), Perang Arab Israel (Selagi Belum Kiamat), Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd, hlm.
14.
4 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
Tidak dapat dinafikan, setelah pengumuman penubuhan negara Israel di Palestin, secara
tidak langsung ianya telah menimbulkan kemarahan terhadap rakyat Palestin sendiri. Bukan
itu sahaja, kehadiran secara haram Yahudi di Palestin sememangnya, telah mencetuskan
pergolakan dalam kalangan negara Arab sendiri sebenarnya, ini merupakan punca
kebangkitan rakyat Palestin terhadap orang Yahudi, namun begitu, sehubungan dengan
penubuhan negara Israel tersebut di Palestin telah mendorong ke arah penyiksaan secara
total rakyat Palestin yang menyebabkan rakyat Palestin menentang dan cuba untuk
mengeakkan hak mereka.
Sebelum Yahudi menubuhkan sebuah negara di Palestin mereka sememangnya
telah menindas rakyat Palestin. Antara peristiwa yang memberikan impak yang sangat besar
kepada kebangkitan rakyat Palestin dalam menegakkan hak mereka adalah pembunuhan
beramai-ramai yang dilakukan oleh orang Yahudi pada 7 April 1948.
5
Peristiwa berdarah
dan pembunuhan kejam ini dinyatakan sendiri oleh Jacuques De Reyneir, Ketua Delegasi
Persatuan Palang Merah Antarabangsa, dimana beliau pergi melihat dan menyaksikan diri
kesan daripada tragedi tersebut.
6
Tanpa sebarang sebab, kanak-kanak, orang tua lelaki,
bayi yang baru lahir dibunuh dengan kejam oleh pasukan tentera Yahudi, Irgun dengan
arahan jelas oleh ketua-ketua mereka.
7
Kekejaman tentera Yahudi ini juga dapat dilihat melalui sikap brutal mereka yang
dahsyat. Tentera Irgun telah telah mengambil mangsa-mangsa yang terselamat daripada
pembunuhan beramai-ramai itu dan memasukkan mereka ke dalam trak-trak mereka yang
sebahagian daripada mereka terdiri daripada wanita lalu mereka ini dibawa berarak ke
5
Mohd Roslan, (2010), Konflik Israel-Palestin dari Aspek Sejarah dan Langkah Pembebasan dari Cengkaman
Zionis, Jurnal Al-Tamadun, 5, hlm. 76.
6
Ibid, hlm. 79
7
Lihat terjemahan dari de Reyneir, Jacques (1950), A Jerusalem un Drapeau Flottait sur la Ligne de
Feu, Baconniere, Neuchatel, hlm. 213.
5 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
sekitar bandar dan dipamerkan dijalan-jalan sekitar Jurusalem.
8
Hal ini bertujuan untuk
memberikan mereka tekanan psikologi dan kesan yang lebih hebat terhadap penyeksaan
emosi dan spiritual rakyat Palestin disamping penindasan fizikal yang dilakukan oleh rakyat
Yahudi.
Selain itu, penubuhan negara Israel juga telah menandakan permulaan bagi kisah
duka yang mewarnai kehidupan umat Islam. Pada 21 Ogos 1969, Masjid Al-Aqsa telah
dibakar dan diserang oleh musuh yang tidak bertanggungjawab. Bahagian masjid yang
turut teruk terbakar adalah bahagian tenggara yang dikenali sebagai Mimbas Masjid berusia
1000 tahun yang telah didatangkan dari Aleppo pada zaman Salahudin Al- Ayubi.
3.2 Palestin rantau penting orang Islam
Umat Islam mengganggap bahawa Palestin merupakan rantau penting bagi orang Islam. Hal
ini berdasarkan kepada nas dan juga sejarah. Dalam salah sebuah hadith ada menyatakan
mengenai keutamaan terhadap Bumi Palestin, mafhum hadith tersebut:
“ Jangan kalian keluar berjalan melainkan untuk melawat tiga tempat ibadat iaitu masjid al-
Haram, masjid al- Nabawi, dan Masjid al-Aqsa”
(Sahih Al-Bukhari)
9
Merujuk kepada hadith ini dapat dilihat bahawa, Masjid Al-Aqsa merupakan kawasan ketiga
suci di dalam Islam dan umat Islam sangat digalakkan untuk melawat masjid ini, disamping
dua lagi masjid lain adalah Masjid Al-Haram di Mekah dan Masjid Al-Nabawi di Madinah. Hal
ini menunjukkan, bahawa Islam tidak pernah melupakan kepentingan Islamik Jurusalem
kepada kaum muslimin hal ini kerana rantau Palestin merupakan sebuah kawasan yang
8
Levin, Harry, (1950), Jerusalem Embattled, London: Gollancz, hlm. 50.
9
Sahīh Bukhārī, Kitāb al-Jum’ah, Bāb Fal al-Salāh fī Masjid Makkah wa Madīnah
6 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
terkenal kesan-kesan peninggalan sejarah para anbiya’ terdahulu. Ianya menjadi begitu
penting dan signifikan dalam kalangan umat Islam.
Oleh itu dapat dilihat secara keseluruhan, berdasarkan punca-punca ini, tidak
hairanlah mengapa rakyat Palestin sanggup untuk bangkit dan bermati-matian dalam
mempertahankan hak mereka dan menuntut keadilan daripada pihak Israel.
4.0 Perkembangan Kebangkitan Rakyat Palestin dalam Menuntut Keadilan
Kebangkitan rakyat Palestin ini dapat dilihat melalui semangat jihad mereka dalam
memperjuangkan hak mereka di bumi mereka sendiri. Kebangkitan rakyat Palestin ini dapat
dilihat melalui perjuangan mereka dalam peperangan menentang Yahudi sehingga
melibatkan negara-negara Arab yang lain seperti Jordan, Syria dan Mesir.
4.1 Tahun 1936-1939
Pemberontakan Arab Palestin secara besar-besaran telah berlaku pada tahun 1936 hingga
1939 setelah kematian dua orang Yahudi yang mengakibatkan penduduk Yahudi yang lain
membalas dengan membunuh dua orang Arab Palestin.
10
Sejak dari itu, pembunuhan demi
pembunuhan mula berterusan. Akhirnya Arab Palestin mulai mengorak langkah untuk
bangun memberontak atas perbuatan Yahudi. Dalam pemberontakan ini telah
mengumpulkan beribu-ribu masyarakat Arab Palestin. Pemberontakan ini jelas dilakukan
kerana kedudukan Arab Palestin yang dahulunya adalah majority kini beralih menjadi
10
Baruch.K., & Joel S.M, (1993), Palestinians The Making of People: The Arab Revolt, 1936-1939, Harvard
University Press: Cambridge Massachusetts, hlm. 96.
7 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
golongan minority. Lebih teruk apabila tanah-tanah penduduk tempatan dirampas
sewenang-wenangnya tanpa kerelaan mereka. Akibatnya, rakyat Palestin menjadi pelarian.
4.2 Tahun 1947 ( Perang Arab-Israel I)
Konflik Arab-Israel sememangnya telah bermula sejak dahulu lagi, konflik mulai meruncing
apabila Pelan Pembahagian yang dibentangkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif dengan Yahudi dan Arab.
11
Resolusi 181 yang diumumkan pada 29 November 1947, keganasan mulai merebak. Pada
masa itu, Palestin tidak mempunyai kerajaan Palestin hal ini kerana, British telah
meletakkan Palestin di bawah kuasa PBB.
12
Disebabkan hal ini, kedua-dua pihak sudah
mulai menghidu ura-ura peperangan antara kedua-dua pihak dalam mempertahankan
tuntutan masing-masing dan membuat persediaan dalam menghadapi peperangan.
Dalam peperangan yang berlaku pada 1 Disember 1947, pihak Palestin yang terdiri
daripada pejuang dalam kalangan penduduk Palestin sendiri , Lubnan dan para
sukarelawan Ikhwanul Muslimin dari Mesir, dan Jordan berhadapan dengan tentera militia
Yahudi daripada kumpulan pengganas Haganah, Irgun, dan Lehi yang dianggotai kira-kira
25,000 hingga 30,000 tentera lelaki dan wanita. Pada ketika itu, para pejuang Palestin tidak
mempunyai matlamat yang jelas, mereka hanya berjihad menentang pihak Yahudi tapi
tanpa strategi dan perancangan perang yang sistematik hal ini kerana, pejuang Islam pada
ketika itu tidak mengenali antara satu sama lain disamping ketiadaan pusat gerakan
11
Sabaruddin Hussein, (2012), Perang Arab-Israel, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd, hlm. 14.
12
Ibid,
8 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
berwibawa bagi menyelaraskan strategi perang, manakala negara-negara Arab yang berada
disekeliling Palestin mengganggap peperangan yang berlaku di Palestin adalah perang
saudara kerana pada masa itu, negara Israel belum wujud. Walaupun peperangan ini
sebenarnya lebih memihak kepada orang Yahudi namun, dapat dilihat kebangktian rakyat
Palestin dalam perjuangan mereka menentang orang Yahudi di bumi mereka.
4.3 Tahun 1948 (Perang Arab-Israel II)
Peperangan yang berlaku berikutan dari tahun 1947 telah menjadi semakin runcing apabila
pihak Yahudi mengisytiharkan kemerdekaannya di bumi Palestin pada tahun 1948 iaitu 14
Mei 1948. Peperangan ini pada awalnya, dianggap sebagai perang saudara oleh negara-
negara Arab disekeliling Palestin. Namun, selepas sahaja David Ben Gurion mengumumkan
penubuhan rasmi Israel, ianya telah mendorong penglibatan dari negara-negara Arab yang
lain sehinggakan Arab Saudi turut menghantar tentera, pada asalnya, dapat dilihat bahawa
tentera Arab diwar-warkan adalah ramai namaun begitu, tentera Yahudi sentiasa melebihi
bilangan tentera Arab pada kadar 1:2. Hal ini kerana, selepas sahaja pengisytiharan negara
Israel di Palestin bilangan pendatang Yahudi ke tanah Palestin adalah semakin bertambah.
Rakyat Palestin menjadi pelarian, terpaksa keluar dan tinggal di kem-kem pelarian seperti
Lubnan, Jordan dan Mesir.
13
Hal ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian dari negara-negara Arab
yang lain. Kedatangan secara beramai-ramai orang Yahudi secara tidak langsung telah
merampas sebahagian kawasan Palestin dan peperangan antara kedua pihak bermula
apabila orang Yahudi mulai menawan kawasan penduduk Arab yang dikenali sebagai Acre
13
Mohd Roslan Mohd Nor, (2010), Konflik Israel Palestin dan Aspek Sejarah Moden Dan Langkah Pembebasan
Dari Cengkaman Zionis. Jurnal Al-tamadun, (5), hlm. 80.
9 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
pada 17 Mei, sehari selepas itu, tentera Syria bergerak melancarkan serangan besar-
besaran dan menawan Mossada serta Hagolan dan pertempuran berlaku tanpa henti
apabila tentera Mesir juga turut terlibat dalam pertempuran di Yard Mordechai dan mencapai
kemenangan besar menghalau tentera Zionis dari Kilkutz. Manakala, Jordan pula mengucar-
ngacirkan pertahanan Israel dan berjaya menduduki Bandar lama Baitulmuqaddis,
kemarahan yang meluap-luap dalam kalagan penduduk Arab telah mendorong mereka
memusnahkan seluruh penempatan Yahudi di kawasan terbabit dan meruntuhkan sebanyak
58 buah sinagog (rumah ibadat Yahudi) dan hanya ditinggalkan sebuah sahaja.
14
Oleh itu, dapat dilihat secara keseluruhannya, kebangkitan rakyat Palestin dalam
memperjuangkan hak mereka dapat diinterpretasikan melalui peperangan yang berlaku
antara orang Arab Palestin dan Yahudi. Peperangan-peperangan yang disebut diatas
merupakan gambaran kepada kebangkitan rakyat Palestin, peperangan demi peperangan
yang berlaku ini yang melibatkan rakyat Palestin sendiri dengan Yahudi Israel secara tidak
langung telah mencetuskan fenomena, ke arah peperangan seterusnya dan kebangkitan
nasionalisme orang Arab di sekitar Palestin seperti Mesir sehingga berlakunya revolusi
1952, dan perang Suez pada tahun 1956, seterusnya perang enam Hari yang berlaku pada
tahun 1967. Kebangkitan nasionalisme arab Palestin ini telah berterusan sehinggalah ke
tahun 1887. Malahan, dapat dilihat, perjuangan Palestin seperti tidak ada sudahnya, kerana,
ianya masih lagi berterusan sehingga ke hari ini.
4.4 Tahun 1987-1991
14
Op. Cit, Sabaruddin Hussein, (2012), hlm. 35.
10 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
Pada tahun 1987, telah berlaku kebangkitan besar-besaran rakyat Palestin untuk membela
diri daripada penindasan yang berterusan dari pihak kaum Yahudi.
15
Kebangkitan tersebut
terkenal dengan nama Intifada yang pertama.
16
Intifadah merupakan suatu luahan
kemarahan dan pemberontakan ini adalah tidak berorganisasi, tidak ada gerakan
perlawanan dan mereka tidak memiliki senjata untuk melawan pihak Israel.
17
Ianya merebak
secara meluas dari Gaza sehingga ke kawasan West Bank.
18
Intifadah juga merupakan
pemberontakan yang terdiri daripada kalangan orang miskin. Intifadah yang berlaku ini
mendapat perhatian dan perspektif yang berbeza daripada kalangan orang Israel dan pihak
Palestin sendiri. Kebangkitan ini adalah
Bagi pihak Israel, intifada ini merupakan suatu sikap yang tidak boleh diterima atau
dalam kata lain suatu sikap yang menyalahi etika.
19
Seperti yang dikatakan oleh Menteri
Pertahanan Israel pada waktu itu, iaitu Yitzhak Rabin, yang menyatakan bahawa intifadah ini
adalah teroris (“Terrorism”). Manakala, daripada orang Arab Palestin sendiri terdapat dua
perspektif yang berbeza iaitu yang pertama suatu cabaran atau halangan terhadap
penindasan orang Israel yang kedua pula ialah sebagai salah satu tawaran kebebasan dan
kesejahteraan apabila negara untuk orang Palestin bakal diwujudkan. Kedua-dua matlamat
ini adalah sama, iaitu untuk menyingkirkan dominasi orang Israel terhadap. Merujuk kepada
kebangkitan rakyat Palestin dalam intifada ini, dua orang peguam Arab dari Gaza telah
dijemput untuk menyatakan mengenai matlamat intifadah ini dalam suatu pertemuan di Tel
Aviv Universiti pada musim bunga pada tahun 1888, namun kedua-dua mereka ditangkap,
15
Op. Cit, Mohd Roslan Mohd Nor, (2010), hlm, 81.
16
Ibid,
17
Trias Kuncahyono, (2009), Jalur Gaza- Tanah Terjanji, Intifada, dan Pembersihan Etnis, Jakarta: KOMPAS,
hlm, 169.
18
Smith, C., D, (1996), Palestin and Arab-Israeli Conflict, New York: St. Martin’s Press, Inc., hlm, 297.
19
Ibid, hlm, 298.
11 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
pihak Israel iaitu selaku penganjur bagi konferens tersebut tidak mempunyai alasan yang
kukuh untuk penahanan tersebut.
20
Dapat dilihat, bahawa pihak Israel sememangnya amat
menentang terhadap intifadah yang tercetus dalam kalangan orang arab Palestin ini.
Selain itu juga, pada 5 minggu pertama intifadah tersebut, seramai 33 orang Arab
Palestin dibunuh dan sebanyak 250 orang tercedera dan 2000 orang dipenjarakan. Dapat
dilihat, tentangan dan ancaman terhadap Israel adalah dua kali ganda.
21
Dua tahun pertama
Intifadah ini sehingga penghujung tahun 1989 boleh dikatakan waktu kerangka masa
keganasan yang drastik (Intensified Violence) yang berlaku antara kedua-dua belah pihak.
Penentangan orang Arab Palestin adalah dengan menggunakan batu dan mogok serta
pelakuan yang tidak beretika daripada orang awam iaitu dengan tidak membayar cukai dan
memboikot barangan buatan Israel. Manakala di pihak Israel pula mereka terus menerus
dengan keganasan dan penindasan terhadap orang Palestin.
22
Pada penghujung tahun
1989 dianggarkan sebanyak 626 orang Arab Palestin dan 43 Israel terbunuh, manakala
seramai 37, 439 orang Arab cedera dan sebanyak lebih kurang 35, 000 dan 40,000 orang
ditahan.
23
5.0 Keberkesanan kebangkitan rakyat Palestin dalam menuntut keadilan
hak terhadap Israel
Kebangkitan rakyat Palestin dalam intifadah telah memberikan impak kepada pelbagai
pihak. Penentangan orang Islam terhadap Israel dapat dilihat begitu drastik pada tahun
20
Op. Cit, Smith, C., D, (1996), hlm. 299.
21
Hunter, Robert., (1991), The Palestinian Uprising: A War by Other Means, Berkeley and Los Angeles, hlm, 81.
22
Ibid, hlm. 300.
23
Hunter, Robert., (1991), hlm. 215.
12 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
1970 dan awal tahun 1980 dalam suatu bentuk organisasi iaitu Islamik Jihad. Kumpulan ini
digelar sebagai Jihad (Holy War) untuk mengakhiri regim ideology barat sekular dan
menjadikan Islam sebagai asas kehidupan dalam dunia Islamik. Kebangkitan intifada pada
tahun 1987 telah menimbulkan semangat jihad dalam kalangan orang Islam.
Pada masa yang sama penentangan secara terbuka ini telah membawa lebih banyak
orang-orang ikhwanul muslimin ke dalam perjuangan menentang orang Israel ini. Hal ini
telah membawa ke arah pembentukan sayap pertahanan yang digelar sebagai Hamas
dalam penentangan terhadap orang Israel. Pembentukan Hamas (Harakat al- Maqawama
al-Islamiyya-Gerakan Penentangan Islam “The Islamic Resistance Movement” ) ini adalah
hasil daripada kebangkitan intifada tersebut.
24
Pengasas bagi gerakan tersebut adalah
daripada Ikhwanul Muslimin seperti Shaykh Ahmad Yasin yang membuat kata putus untuk
menjadikan ideologi Ikhwanul Muslimin kepada aliran politik. Hamas telah mengemukakan
alternatf kepada pihak PLO dalam rangka kerja politik untuk meletakkan didalamnya tentang
pembentukan negara Palestin berasaskan kepada prinsip agama.
Selain itu, ledakan intifada ini telah membawa kepada perubahan yang besar
terhadap poltik antarabangsa yang mempunyai perkaitannya dnegan Timur Tengah dan
masa depan Palestin. Arafat melalui wakilnya iaitu Bassam Al-Sharif telah membentangkan
kertas kerja kepada Arab League Emergency Summit yang bertemu di Algiers pada Jun
1988 untuk mempertimbangkan mengenai pemberontakan tersebut.
25
Dalam pertemuan itu
juga, Bassam Al-Sharif telah menyuarakan pendapat mengenai persamaan hak Palestin
sebagaimana Israel dalam keamanan dan kesejahteraan.
24
Op. Cit, Smith, C., D, (1996), hlm. 301.
25
Ibid, hlm. 302.
13 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
Dalam kertas kerja yang dibentangkan oleh Sharif juga turut memperkatakan
mengenai kewujudan PLO itu sebenarnya bukanlah untuk memusnahkan atau meruntuhkan
Israel tetapi merupakan penyelamat atau pejuang rakyat Palestin dan hak mereka termasuk
hak demokratik terhadap pembelaan diri mereka.
26
Kertas kerja tersebut mendapat respon
yang agak pasif dalam kalangan mereka, namun liga tersebut turut menyuarakan kertas
kerja tersebut ke Konferense Antarabangsa untuk penyelesaian namun begitu, ahli liga
menolak untuk menampung dana untuk menyokong intifada dan para pekerja yang
kehilangan kerja.
Pada tahun 1991, berikutan tercetusnya Intifada ini sebuah konferens antarabangsa
tentang Timur Tengah di Madrid, Sepanyol telah dilaksanakan.
27
Konferens telah diadakan
selama tiga hari, tuan rumah bagi konferens ini adalah Sepanyol dan dibantu oleh Amerika
Syarikat dan Uni Soviet. Konferense ini juga merupakan usaha pertama masyarakat
antarabangsa dalam memulakan proses perdamaian melalui perundingan yang melibatkan
Israel dan Palestin serta negara-negara Arab yang lain seperti Syria, Lebanon dan Jordan.
Tujuan Konferens ini diadakan adalah untuk membuka sebuah forum ataupun
diskusi terhadap para hadirin yang hadir dalam konferens dan kepada mereka yang tidak
mempunyai kekuatan untuk membuat solusi-solusi atau kuasa veto terhadap pelaksanaan
kesepakatan. Secara ringkasnya, konferens ini adalah suatu perasmian perundingan sama
ada bilateral (perbincangan secara duo) ataupun multilateral (perbincangan secara ramai),
dimana strategi ini turut dipersetuju dari pihak Syria dan Lebanon.
28
Sebagai contoh, Israel
26
Don Peretz, (1990), Intifada: The Palestinian Uprising, Boulder.
27
Op. Cit, Trias Kuncahyono, (2009), hlm. 169.
28
Op. Cit, Trias Kuncahyono, (2009), hlm. 169.
14 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
dan Jordan mengadakan rundingan bilateral dan keduanya mencapai kesepakatan dan
menandatangani perjanjian perdamaian pada tahun 1994.
Dua tahun kemudiannya, setelah konferens Madrid tersebut dilaksanakan telah
termetarainya Kesepakatan Oslo atau sering disebut sebagai Deklarasi Prinsip-Prinsip.
Deklarasi ini disepakati di Oslo, Norwegia pada 20 Ogos 1993 dan kemudian ditandatangani
secara rasmi dalams ebuah upacara di Washingon DC pada 13 September 1993 oleh
Mahmoud Abbas, yang mewakili Organisasi Pembebasan Palestina (PLO), Menteri Luar
Negeri Israel, Shimon Perez, Menteri Luar Negeri Rusia Andrei Kozyrev, manakala saksi
bagi upacara tersebut adalah terdiri daripada pemimpin PLO Yasser Arafat, PM Israel
Yittzhak Rabin dan Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton.
29
Kesepakatan ini merupakan tonggak sejarah hubungan antara Israel dan Palestin
dan menjadi batu loncatan dalam membangun hubungan antara kedua buah negara itu.
Selain itu, kesepakatan itu menjadi dasar pembentukan autoriti Palestin yang
bertanggungjawab ke atas pemerintahan di wilayah Palestin. Di samping itu, perkara penting
yang disebut didalam kesepakatan itu adalah penarikan pasukan Israel dari wilayah-wilayah
Jalur Gaza dan Tebing Barat. Berdasarkan, kesepakatan itu juga, PLO secara rasmi
mengakui negara Israel sementara Israel mengakui PLO sebagai wakil Palestin, tetapi
menafikan hak kedaulatan Palestin dan Palestin sebagai sebuah negara.
Oleh itu, secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa kebangkitan rakyat pada
tahun 1987-1991, menunjukkan keberkesanan dan perkembangan positif meskipun pada
akhirnya ianya lebih memihak kepada pihak Israel namun, sekurang-kurangnya kebangkita
rakyat Palestin ini telah membuka mata dunia mengenai penindasan Israel terhadap rakyat
Palestin dan perjuangan rakyat Palestin dan mempertahankan tanah air mereka.
29
Ibid, hlm. 170.
15 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
6.0 Penilaian
Penubuhan negara Israel pada tahun 1948, merupakan tarikh yang amat meninggalkan
kesan yang mendalam terhadap umat Islam khususnya di Palestin. Hal ini kerana, bermula
pada waktu itulah, pihak Israel sebenarnya telah mempunyai kuasa autoriti untuk
melaksanakan permbersihan etnis sehinggalah telah menimbulkan kemarahan dalam
kalangan umat Palestin. Hal ini telah membawa kepada tercetusnya beberapa siri
peperangan yang melibatkan antara orang Palestin dan Yahudi. Meskipun, pada hampir
setiap peperangan yang berlaku lebih memihak kepada kaum Yahudi- Israel, namun hal ini
tidak mematahkan semangat umat Palestin untuk bangun dan bangkit menentang demi
mempertahankan hak mereka dan tanah yang mereka duduki itu.
Semangat ini sememangnya merupakan suatu perkara yang perlu dicontohi bagi
segenap warga masyarakat dunia keseluruhannya. Meskipun, umat Palestin dibelenggu
dalam penjajahan dan penindasan fizikal dari pihak Yahudi namun ianya tidak sekali-sekali
memudarkan semanagt mereka untuk terus bangkit mempertahankan apa yang menjadi
milik mereka pada asalnya. Kebangkitan mereka ini yang sampai di kemuncaknya pada
tahun 1987, telah memberikan sebuah nafas baru terhadap perhubungan antara orang Arab
Palestin dan Yahudi. Namun begitu, kesepakatan yang terjalin pada tahun 1993 itu tidak
mampu menjamin apa-apa hal ini kerana ibarat melepaskan batuk di tepi tangga, intifada
yang berlaku pada tahun 2000, 2002 dan 2009 tetap tercetus akibat kezaliman dan
penindasan daripada orang Yahudi malahan, pertikaian hak Palestin di bumi mereka seperti
tidak ada sudahnya. Namun begitu, haruslah diyakini bahawa bumi Palestin pasti akan
bebas suatu hari nanti.
16 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
7.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa kebangkitan rakyat Palestin terutamanya
dalam tahun 1987-1991 menunjukkan keberkesanan yang baik hal ini kerana, kebangkitan
umat Palestin telah berjaya mewujudkan perundingan damai yang dikenali sebagai
kesepakatan Oslo.
Rujukan
Baruch.K., & Joel S.M,. (1993), Palestinians The Making of People: The Arab Revolt,
1936-1939, Harvard University Press: Cambridge Massachusetts.
Don Peretz. (1990). Intifada: The Palestinian Uprising. Boulder.
Hunter, Robert,. (1991). The Palestinian Uprising: A War by Other Means, Berkeley
and Los Angeles.
Laqueur, Walter Z., & Rubin, Barry (eds). (1984). The Israel-Arab Reader: A
Documentary History of a Middle East Conflict. ( 4
th
Edition). New York: Pengun Books.
Lihat terjemahan dari de Reyneir, Jacques (1950), A Jerusalem un Drapeau Flottait
sur la Ligne de Feu, Baconniere, Neuchatel.
17 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
Levin, Harry,. (1950).Jerusalem Embattled. London: Gollancz.
Mohd Roslan & Nor Dalila. (2010). Perancangan Zionis ke Arah Pembentukan
Negara Israel, Jurnal Usuluddin, 30, 227-250.
Mohd Roslan Mohd Nor. (2010). Konflik Israel-Palestin dari Aspek Sejarah dan
Langkah Pembebasan dari Cengkaman Zionis, Jurnal Al-Tamadun, 5, 73-92.
Sabaruddin Hussein. (2012). Perang Arab Israel (Selagi Belum Kiamat). Selangor:
PTS Islamika Sdn. Bhd.
Smith, C., D,. (1996). Palestin and Arab-Israeli Conflict, New York: St. Martin’s Press,
Inc.
Sahīh Bukhārī, Kitāb al-Jum’ah, Bāb Fal al-Salāh fī Masjid Makkah wa Madīnah
Sabaruddin Hussein. (2012). Perang Arab-Israel, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.
18 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI)
Trias Kuncahyono. (2009). Jalur Gaza- Tanah Terjanji, Intifada, dan Pembersihan
Etnis, Jakarta: KOMPAS.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaKamarularnizam
 
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)Danialkmal
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamaNoha Fiq
 
sejarah stpm sem 1 - Perkembangan pendidikan dan pemikiran humanisme di eropah
sejarah stpm sem 1 - Perkembangan pendidikan dan pemikiran humanisme di eropahsejarah stpm sem 1 - Perkembangan pendidikan dan pemikiran humanisme di eropah
sejarah stpm sem 1 - Perkembangan pendidikan dan pemikiran humanisme di eropahsaadiah alidrus
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Thanushah Soniyasee
 
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahAgama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahMr Pickle
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakAmirul Ezuan
 
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggaraFaktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggaraNor Hasimah
 
Pelaksanaan jizyah pada zaman khulafah ar-rasyidin
Pelaksanaan jizyah pada zaman khulafah ar-rasyidinPelaksanaan jizyah pada zaman khulafah ar-rasyidin
Pelaksanaan jizyah pada zaman khulafah ar-rasyidinAsmidahIsdal
 
Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2fazrul
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanAtiqah Wan
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Thanushah Soniyasee
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)路人 路过
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.shafikah zakaria
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALsyuherna nandu
 

Was ist angesagt? (20)

Gerakan islah
Gerakan islahGerakan islah
Gerakan islah
 
Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
 
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertama
 
sejarah stpm sem 1 - Perkembangan pendidikan dan pemikiran humanisme di eropah
sejarah stpm sem 1 - Perkembangan pendidikan dan pemikiran humanisme di eropahsejarah stpm sem 1 - Perkembangan pendidikan dan pemikiran humanisme di eropah
sejarah stpm sem 1 - Perkembangan pendidikan dan pemikiran humanisme di eropah
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
Pemilikan francais
Pemilikan francaisPemilikan francais
Pemilikan francais
 
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahAgama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
 
Sumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul RazakSumbangan Tun Abdul Razak
Sumbangan Tun Abdul Razak
 
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggaraFaktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
 
Pelaksanaan jizyah pada zaman khulafah ar-rasyidin
Pelaksanaan jizyah pada zaman khulafah ar-rasyidinPelaksanaan jizyah pada zaman khulafah ar-rasyidin
Pelaksanaan jizyah pada zaman khulafah ar-rasyidin
 
Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 
Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm Contoh viva sejarah stpm
Contoh viva sejarah stpm
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 

Andere mochten auch

Andere mochten auch (16)

sejarah-Nasionalisme Arab abad19
sejarah-Nasionalisme Arab abad19sejarah-Nasionalisme Arab abad19
sejarah-Nasionalisme Arab abad19
 
Pancasila dasar negara
Pancasila dasar negaraPancasila dasar negara
Pancasila dasar negara
 
Palestin
PalestinPalestin
Palestin
 
sejarah stpm penggal 2
sejarah stpm penggal 2sejarah stpm penggal 2
sejarah stpm penggal 2
 
Enbe 2
Enbe 2Enbe 2
Enbe 2
 
Final project enbe
Final project enbeFinal project enbe
Final project enbe
 
20160301 DHM Co-Profile
20160301 DHM Co-Profile20160301 DHM Co-Profile
20160301 DHM Co-Profile
 
Enjoy a hot cup of coffee in the morning
Enjoy a hot cup of coffee in the morningEnjoy a hot cup of coffee in the morning
Enjoy a hot cup of coffee in the morning
 
Edc Holster 2015
Edc Holster 2015Edc Holster 2015
Edc Holster 2015
 
LiHD Cordless Brochure
LiHD Cordless BrochureLiHD Cordless Brochure
LiHD Cordless Brochure
 
YR_SV
YR_SVYR_SV
YR_SV
 
Revista decoração
Revista decoraçãoRevista decoração
Revista decoração
 
Project 2 itd
Project 2 itdProject 2 itd
Project 2 itd
 
Calculated MOC 1
Calculated MOC 1Calculated MOC 1
Calculated MOC 1
 
Dhanasekaran_Resume
Dhanasekaran_ResumeDhanasekaran_Resume
Dhanasekaran_Resume
 
Psy assignment 1
Psy assignment 1Psy assignment 1
Psy assignment 1
 

Ähnlich wie Konflik Palestina

Israel,as, hamas dan fattah
Israel,as, hamas dan fattahIsrael,as, hamas dan fattah
Israel,as, hamas dan fattahAkbar Fuad
 
Penubuhan negara israel
Penubuhan negara israelPenubuhan negara israel
Penubuhan negara israelSitiNajihah21
 
Rian yuliani fah
Rian yuliani fahRian yuliani fah
Rian yuliani fahLa Mone
 
SENGKETA PALESTINA DAN ISRAEL
SENGKETA PALESTINA DAN ISRAELSENGKETA PALESTINA DAN ISRAEL
SENGKETA PALESTINA DAN ISRAELTOFIK SUPRIYADI
 
Sejarah Palestina dan Israel
Sejarah Palestina dan IsraelSejarah Palestina dan Israel
Sejarah Palestina dan IsraelAjeng Pipit
 
Solusi Total Permasalahan Palestina 23.pptx
Solusi Total Permasalahan Palestina 23.pptxSolusi Total Permasalahan Palestina 23.pptx
Solusi Total Permasalahan Palestina 23.pptxArdiMuluk1
 
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaan
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaanKonflik israel palestina gaza dalam persengketaan
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaanEvie Avrilianty
 
PERMASALAHAN ISRAEL-PALESTINA
PERMASALAHAN ISRAEL-PALESTINAPERMASALAHAN ISRAEL-PALESTINA
PERMASALAHAN ISRAEL-PALESTINAYUSTUSSAKAN
 
Insiden mavi marmara bukti nyata tiada solusi selain khilafah
Insiden mavi marmara bukti nyata tiada solusi selain khilafahInsiden mavi marmara bukti nyata tiada solusi selain khilafah
Insiden mavi marmara bukti nyata tiada solusi selain khilafahsiauwfelix
 
Solusi total masalah palestina khilafah islam!
Solusi total masalah palestina khilafah islam!Solusi total masalah palestina khilafah islam!
Solusi total masalah palestina khilafah islam!t4w0nndas
 
Zionisme:Gerakan Penaklukan Dunia
Zionisme:Gerakan Penaklukan DuniaZionisme:Gerakan Penaklukan Dunia
Zionisme:Gerakan Penaklukan DuniaHusna Arman
 
Konflik israel palestina
Konflik israel palestinaKonflik israel palestina
Konflik israel palestinaRochimudin
 
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKAPPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKAZulfira Farah Nubua
 
ISRAEL DAN PALESTINA SEJARAH DUA NEGARA ppt
ISRAEL DAN PALESTINA SEJARAH DUA NEGARA pptISRAEL DAN PALESTINA SEJARAH DUA NEGARA ppt
ISRAEL DAN PALESTINA SEJARAH DUA NEGARA pptisembel
 
independence history of indonesia.pptx
independence history of indonesia.pptxindependence history of indonesia.pptx
independence history of indonesia.pptxBilqistiNurMasitoh1
 

Ähnlich wie Konflik Palestina (20)

Israel,as, hamas dan fattah
Israel,as, hamas dan fattahIsrael,as, hamas dan fattah
Israel,as, hamas dan fattah
 
Penubuhan negara israel
Penubuhan negara israelPenubuhan negara israel
Penubuhan negara israel
 
Rian yuliani fah
Rian yuliani fahRian yuliani fah
Rian yuliani fah
 
SENGKETA PALESTINA DAN ISRAEL
SENGKETA PALESTINA DAN ISRAELSENGKETA PALESTINA DAN ISRAEL
SENGKETA PALESTINA DAN ISRAEL
 
Sejarah Palestina dan Israel
Sejarah Palestina dan IsraelSejarah Palestina dan Israel
Sejarah Palestina dan Israel
 
Solusi Total Permasalahan Palestina 23.pptx
Solusi Total Permasalahan Palestina 23.pptxSolusi Total Permasalahan Palestina 23.pptx
Solusi Total Permasalahan Palestina 23.pptx
 
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaan
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaanKonflik israel palestina gaza dalam persengketaan
Konflik israel palestina gaza dalam persengketaan
 
SEJARAH KONFLIK ISRAEL.pptx
SEJARAH KONFLIK ISRAEL.pptxSEJARAH KONFLIK ISRAEL.pptx
SEJARAH KONFLIK ISRAEL.pptx
 
Palestina
PalestinaPalestina
Palestina
 
PERMASALAHAN ISRAEL-PALESTINA
PERMASALAHAN ISRAEL-PALESTINAPERMASALAHAN ISRAEL-PALESTINA
PERMASALAHAN ISRAEL-PALESTINA
 
Insiden mavi marmara bukti nyata tiada solusi selain khilafah
Insiden mavi marmara bukti nyata tiada solusi selain khilafahInsiden mavi marmara bukti nyata tiada solusi selain khilafah
Insiden mavi marmara bukti nyata tiada solusi selain khilafah
 
Solusi total masalah palestina khilafah islam!
Solusi total masalah palestina khilafah islam!Solusi total masalah palestina khilafah islam!
Solusi total masalah palestina khilafah islam!
 
Salinan
SalinanSalinan
Salinan
 
Salinan
SalinanSalinan
Salinan
 
Zionisme:Gerakan Penaklukan Dunia
Zionisme:Gerakan Penaklukan DuniaZionisme:Gerakan Penaklukan Dunia
Zionisme:Gerakan Penaklukan Dunia
 
Konflik israel palestina
Konflik israel palestinaKonflik israel palestina
Konflik israel palestina
 
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKAPPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
 
ISRAEL DAN PALESTINA SEJARAH DUA NEGARA ppt
ISRAEL DAN PALESTINA SEJARAH DUA NEGARA pptISRAEL DAN PALESTINA SEJARAH DUA NEGARA ppt
ISRAEL DAN PALESTINA SEJARAH DUA NEGARA ppt
 
Sejarah Peminatan XI IPS
Sejarah Peminatan XI IPSSejarah Peminatan XI IPS
Sejarah Peminatan XI IPS
 
independence history of indonesia.pptx
independence history of indonesia.pptxindependence history of indonesia.pptx
independence history of indonesia.pptx
 

Kürzlich hochgeladen

tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 

Kürzlich hochgeladen (20)

tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 

Konflik Palestina

  • 1. 1 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) 1.0 Pendahuluan Penubuhan negara Israel pada tahun 1948 merupakan permulaan kepada tercetusnya konflik antara rakyat Palestin dengan orang Yahudi di Israel. Kedatangan Israel inilah yang telah menyebabkan tercetusnya pertikaian hak sehingga mendorong rakyat Palestin dalam menuntut keadilan terhadap Israel. Perjanjian Sykes Picot yang menonjolkan watak British, Perancis dan Rusia, dalam pembahagian wilayah kerajaan Turki Uthmaniyah ini sejurus selepas pembabitan kerajaan Islam yang terlama ini dalam Perang Dunia Pertama, telah menyebabkan Palestin jatuh di bawah kuasa barat iaitu British. Penglibatan British dalam wilayah Palestin ini, merupakan faktor terbesar kepada penubuhan negara Israel. Hal ini kerana, British merupakan kuasa barat yang berpengaruh pada ketika itu. Dengan termeterainya Deklarasi Baflour pada 2 November 1917, dan kebijaksanaan Yahudi dalam melobi kuasa-kuasa berpengaruh dunia seperti British telah mendorong kepada penubuhan negara Israel. Dalam menelusuri lebih dalam mengenai keberkesanan kebangkitan rakyat Palestin ini dalam menuntut hak terhadap Israel pada tahun 1987-1991, haruslah diketahui bahawa beberapa elemen penting atau persoalan iaitu bagaimana boleh timbulnya pertikaian hak sehingga rakyat Palestin bangkit dalam menuntut keadilan terhadap Israel, apakah punca yang mencetuskan kebangkitan rakyat Palestin dalam menuntut hak-hak tersebut terhadap Israel, perkembangan kebangkitan rakyat Palestin dalam menuntut hak keadilan dan sejauhmanakah keberkesanan kebangkitan rakyat Palestin dalam menuntut keadilan hak terhadap Israel dalam kerangka masa iaitu antara tahun 1987-1991.
  • 2. 2 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) 2.0 Pertikaian Hak Palestin Selepas sahaja kekalahan yang dialami oleh pihak kerajaan Turki Uthmaniyah dan Jerman dalam perang Dunia Pertama, bermulalah pengalaman perit rakyat Palestin dibedil oleh orang Yahudi. Kuasa Berikat (British, Perancis dan Amerika Syarikat, suatu sistem yang dikenali sebagai mandat telah diperkenalkan untuk mengambil tanah-tanah jajahan Jerman dan Turki yang ditawan semasa peperangan. 1 Sistem mandate ini dibentuk pada tahun 1919 dan berada dibawah pengawasan Liga-Liga Bangsa Bersatu namun selepas peang dunia kedua ditukar nama menjadi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan antara wilayah yang dimasukkan ke dalam sistem ini adalah Palestin. Seperti mana yang dipersetujui oleh mereka dalam Sykes-Picot Agreement pada tahun 1916. Keberadaan British di Palestin merupakan peluang keemasan bagi pihak Yahudi untuk menubuhkan sebuah negara di bumi Palestin, hal ini merupakan permulaan terhadap pertikaian hak Palestin terhadap tanah tempat tinggal mereka sendiri. Idea kepada penubuhan negara Israel di Palestin ini adalah tercetus daripada pemimpin Gerakan Zionis Yahudi iaitu Theodore Herzl yang bermula pada tahun 1897 di Basle. Matlamat ini adalah seperti yang dinyatakan didalam kongres yang diadakan iaitu: “to establish for jews a publicly and legally assured home in Palestin” 2 Dalam melaksanakan idea tersebut, pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak Yahudi termasuklah melobi kuasa besar dunia barat bagi menubuhkan negara mereka itu. Peranan kuasa melobi mereka ini akhirnya telah menyebabkan British mengeluarkan Deklarasi 1 Mohd Roslan & Nor Dalila, (2010), Perancangan Zionis ke Arah Pembentukan Negara Israel, Jurnal Usuluddin, hlm. 231. 2 Laqueur, Walter Z., & Rubin, Barry (eds), (1984), The Israel-Arab Reader: A Documentary History of a Middle East Conflict,( 4 th Edition), New York: Pengun Books, hlm. 11-12.
  • 3. 3 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) Baflour pada 2 November 1917. 3 Oleh itu, dengan pengiktirafan tersebut telah membolehkan kaum Yahudi bebas memasuki Palestin sebagai warganegara Yahudi dalam membangunkan ekonomi negara yang dibina diatas tanah Palestin tersebut. Penghijrahan beramai-ramai orang Yahudi ke Palestin secara drastik telah menyebabkan rakyat Palestin tertindas didalam negara mereka sendiri. Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan pertikaian hak Palestin sebagai penduduk tetap di tanah mereka sendiri. Selepas sahaja, kekalahan Turki Uthmaniyah di dalam Perang Dunia Pertama, secara tidak langsung, Palestin telah berada di bawah mandat British. Namun begitu, apabila British mulai menarik keluar warganya bermula awal tahun 1947, Palestin telah diletakkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hal ini bermakna, pada masa itu, Palestin tidak mempunyai kerajaan yang memerintah. 4 Pada 29 November 1947, PBB telah mengumumkan Resolusi 181 iaitu Pelan Pembahagian yang telah dibentangkan oleh PBB. Pelan pembahagian ini, adalah merangkumi pembahagian kawasan yang akan dibahagikan oleh kedua-dua pihak iaitu antara Palestin dan Yahudi di Israel. Namun begitu, respon terhadap pelan ini tidak mendapat sebarang sambutan yang positif daripda kedua- dua pihak. Hal ini kerana, bagi Palestin sendiri, hak mereka terhadap tanah mereka sendiri telah dieprtikaikan, sementara orang Yahudi pula bersungguh-sungguh memperjuangkan matlamat meraka agar terlaksana. Akhirnya, hal ini telah membawa peperangan kepada kedua-dua belah pihak. 3.0 Punca Kebangkitan Rakyat Palestin dalam Menegakkan Hak Mereka 3.1 Kezaliman dan Penindasan orang Yahudi-Israel 3 Op.Cit, Mohd. Roslan & Nor Dalila, (2010), hlm. 232. 4 Sabaruddin Hussein, (2012), Perang Arab Israel (Selagi Belum Kiamat), Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd, hlm. 14.
  • 4. 4 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) Tidak dapat dinafikan, setelah pengumuman penubuhan negara Israel di Palestin, secara tidak langsung ianya telah menimbulkan kemarahan terhadap rakyat Palestin sendiri. Bukan itu sahaja, kehadiran secara haram Yahudi di Palestin sememangnya, telah mencetuskan pergolakan dalam kalangan negara Arab sendiri sebenarnya, ini merupakan punca kebangkitan rakyat Palestin terhadap orang Yahudi, namun begitu, sehubungan dengan penubuhan negara Israel tersebut di Palestin telah mendorong ke arah penyiksaan secara total rakyat Palestin yang menyebabkan rakyat Palestin menentang dan cuba untuk mengeakkan hak mereka. Sebelum Yahudi menubuhkan sebuah negara di Palestin mereka sememangnya telah menindas rakyat Palestin. Antara peristiwa yang memberikan impak yang sangat besar kepada kebangkitan rakyat Palestin dalam menegakkan hak mereka adalah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh orang Yahudi pada 7 April 1948. 5 Peristiwa berdarah dan pembunuhan kejam ini dinyatakan sendiri oleh Jacuques De Reyneir, Ketua Delegasi Persatuan Palang Merah Antarabangsa, dimana beliau pergi melihat dan menyaksikan diri kesan daripada tragedi tersebut. 6 Tanpa sebarang sebab, kanak-kanak, orang tua lelaki, bayi yang baru lahir dibunuh dengan kejam oleh pasukan tentera Yahudi, Irgun dengan arahan jelas oleh ketua-ketua mereka. 7 Kekejaman tentera Yahudi ini juga dapat dilihat melalui sikap brutal mereka yang dahsyat. Tentera Irgun telah telah mengambil mangsa-mangsa yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai itu dan memasukkan mereka ke dalam trak-trak mereka yang sebahagian daripada mereka terdiri daripada wanita lalu mereka ini dibawa berarak ke 5 Mohd Roslan, (2010), Konflik Israel-Palestin dari Aspek Sejarah dan Langkah Pembebasan dari Cengkaman Zionis, Jurnal Al-Tamadun, 5, hlm. 76. 6 Ibid, hlm. 79 7 Lihat terjemahan dari de Reyneir, Jacques (1950), A Jerusalem un Drapeau Flottait sur la Ligne de Feu, Baconniere, Neuchatel, hlm. 213.
  • 5. 5 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) sekitar bandar dan dipamerkan dijalan-jalan sekitar Jurusalem. 8 Hal ini bertujuan untuk memberikan mereka tekanan psikologi dan kesan yang lebih hebat terhadap penyeksaan emosi dan spiritual rakyat Palestin disamping penindasan fizikal yang dilakukan oleh rakyat Yahudi. Selain itu, penubuhan negara Israel juga telah menandakan permulaan bagi kisah duka yang mewarnai kehidupan umat Islam. Pada 21 Ogos 1969, Masjid Al-Aqsa telah dibakar dan diserang oleh musuh yang tidak bertanggungjawab. Bahagian masjid yang turut teruk terbakar adalah bahagian tenggara yang dikenali sebagai Mimbas Masjid berusia 1000 tahun yang telah didatangkan dari Aleppo pada zaman Salahudin Al- Ayubi. 3.2 Palestin rantau penting orang Islam Umat Islam mengganggap bahawa Palestin merupakan rantau penting bagi orang Islam. Hal ini berdasarkan kepada nas dan juga sejarah. Dalam salah sebuah hadith ada menyatakan mengenai keutamaan terhadap Bumi Palestin, mafhum hadith tersebut: “ Jangan kalian keluar berjalan melainkan untuk melawat tiga tempat ibadat iaitu masjid al- Haram, masjid al- Nabawi, dan Masjid al-Aqsa” (Sahih Al-Bukhari) 9 Merujuk kepada hadith ini dapat dilihat bahawa, Masjid Al-Aqsa merupakan kawasan ketiga suci di dalam Islam dan umat Islam sangat digalakkan untuk melawat masjid ini, disamping dua lagi masjid lain adalah Masjid Al-Haram di Mekah dan Masjid Al-Nabawi di Madinah. Hal ini menunjukkan, bahawa Islam tidak pernah melupakan kepentingan Islamik Jurusalem kepada kaum muslimin hal ini kerana rantau Palestin merupakan sebuah kawasan yang 8 Levin, Harry, (1950), Jerusalem Embattled, London: Gollancz, hlm. 50. 9 Sahīh Bukhārī, Kitāb al-Jum’ah, Bāb Fal al-Salāh fī Masjid Makkah wa Madīnah
  • 6. 6 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) terkenal kesan-kesan peninggalan sejarah para anbiya’ terdahulu. Ianya menjadi begitu penting dan signifikan dalam kalangan umat Islam. Oleh itu dapat dilihat secara keseluruhan, berdasarkan punca-punca ini, tidak hairanlah mengapa rakyat Palestin sanggup untuk bangkit dan bermati-matian dalam mempertahankan hak mereka dan menuntut keadilan daripada pihak Israel. 4.0 Perkembangan Kebangkitan Rakyat Palestin dalam Menuntut Keadilan Kebangkitan rakyat Palestin ini dapat dilihat melalui semangat jihad mereka dalam memperjuangkan hak mereka di bumi mereka sendiri. Kebangkitan rakyat Palestin ini dapat dilihat melalui perjuangan mereka dalam peperangan menentang Yahudi sehingga melibatkan negara-negara Arab yang lain seperti Jordan, Syria dan Mesir. 4.1 Tahun 1936-1939 Pemberontakan Arab Palestin secara besar-besaran telah berlaku pada tahun 1936 hingga 1939 setelah kematian dua orang Yahudi yang mengakibatkan penduduk Yahudi yang lain membalas dengan membunuh dua orang Arab Palestin. 10 Sejak dari itu, pembunuhan demi pembunuhan mula berterusan. Akhirnya Arab Palestin mulai mengorak langkah untuk bangun memberontak atas perbuatan Yahudi. Dalam pemberontakan ini telah mengumpulkan beribu-ribu masyarakat Arab Palestin. Pemberontakan ini jelas dilakukan kerana kedudukan Arab Palestin yang dahulunya adalah majority kini beralih menjadi 10 Baruch.K., & Joel S.M, (1993), Palestinians The Making of People: The Arab Revolt, 1936-1939, Harvard University Press: Cambridge Massachusetts, hlm. 96.
  • 7. 7 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) golongan minority. Lebih teruk apabila tanah-tanah penduduk tempatan dirampas sewenang-wenangnya tanpa kerelaan mereka. Akibatnya, rakyat Palestin menjadi pelarian. 4.2 Tahun 1947 ( Perang Arab-Israel I) Konflik Arab-Israel sememangnya telah bermula sejak dahulu lagi, konflik mulai meruncing apabila Pelan Pembahagian yang dibentangkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif dengan Yahudi dan Arab. 11 Resolusi 181 yang diumumkan pada 29 November 1947, keganasan mulai merebak. Pada masa itu, Palestin tidak mempunyai kerajaan Palestin hal ini kerana, British telah meletakkan Palestin di bawah kuasa PBB. 12 Disebabkan hal ini, kedua-dua pihak sudah mulai menghidu ura-ura peperangan antara kedua-dua pihak dalam mempertahankan tuntutan masing-masing dan membuat persediaan dalam menghadapi peperangan. Dalam peperangan yang berlaku pada 1 Disember 1947, pihak Palestin yang terdiri daripada pejuang dalam kalangan penduduk Palestin sendiri , Lubnan dan para sukarelawan Ikhwanul Muslimin dari Mesir, dan Jordan berhadapan dengan tentera militia Yahudi daripada kumpulan pengganas Haganah, Irgun, dan Lehi yang dianggotai kira-kira 25,000 hingga 30,000 tentera lelaki dan wanita. Pada ketika itu, para pejuang Palestin tidak mempunyai matlamat yang jelas, mereka hanya berjihad menentang pihak Yahudi tapi tanpa strategi dan perancangan perang yang sistematik hal ini kerana, pejuang Islam pada ketika itu tidak mengenali antara satu sama lain disamping ketiadaan pusat gerakan 11 Sabaruddin Hussein, (2012), Perang Arab-Israel, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd, hlm. 14. 12 Ibid,
  • 8. 8 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) berwibawa bagi menyelaraskan strategi perang, manakala negara-negara Arab yang berada disekeliling Palestin mengganggap peperangan yang berlaku di Palestin adalah perang saudara kerana pada masa itu, negara Israel belum wujud. Walaupun peperangan ini sebenarnya lebih memihak kepada orang Yahudi namun, dapat dilihat kebangktian rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menentang orang Yahudi di bumi mereka. 4.3 Tahun 1948 (Perang Arab-Israel II) Peperangan yang berlaku berikutan dari tahun 1947 telah menjadi semakin runcing apabila pihak Yahudi mengisytiharkan kemerdekaannya di bumi Palestin pada tahun 1948 iaitu 14 Mei 1948. Peperangan ini pada awalnya, dianggap sebagai perang saudara oleh negara- negara Arab disekeliling Palestin. Namun, selepas sahaja David Ben Gurion mengumumkan penubuhan rasmi Israel, ianya telah mendorong penglibatan dari negara-negara Arab yang lain sehinggakan Arab Saudi turut menghantar tentera, pada asalnya, dapat dilihat bahawa tentera Arab diwar-warkan adalah ramai namaun begitu, tentera Yahudi sentiasa melebihi bilangan tentera Arab pada kadar 1:2. Hal ini kerana, selepas sahaja pengisytiharan negara Israel di Palestin bilangan pendatang Yahudi ke tanah Palestin adalah semakin bertambah. Rakyat Palestin menjadi pelarian, terpaksa keluar dan tinggal di kem-kem pelarian seperti Lubnan, Jordan dan Mesir. 13 Hal ini secara tidak langsung telah mendapat perhatian dari negara-negara Arab yang lain. Kedatangan secara beramai-ramai orang Yahudi secara tidak langsung telah merampas sebahagian kawasan Palestin dan peperangan antara kedua pihak bermula apabila orang Yahudi mulai menawan kawasan penduduk Arab yang dikenali sebagai Acre 13 Mohd Roslan Mohd Nor, (2010), Konflik Israel Palestin dan Aspek Sejarah Moden Dan Langkah Pembebasan Dari Cengkaman Zionis. Jurnal Al-tamadun, (5), hlm. 80.
  • 9. 9 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) pada 17 Mei, sehari selepas itu, tentera Syria bergerak melancarkan serangan besar- besaran dan menawan Mossada serta Hagolan dan pertempuran berlaku tanpa henti apabila tentera Mesir juga turut terlibat dalam pertempuran di Yard Mordechai dan mencapai kemenangan besar menghalau tentera Zionis dari Kilkutz. Manakala, Jordan pula mengucar- ngacirkan pertahanan Israel dan berjaya menduduki Bandar lama Baitulmuqaddis, kemarahan yang meluap-luap dalam kalagan penduduk Arab telah mendorong mereka memusnahkan seluruh penempatan Yahudi di kawasan terbabit dan meruntuhkan sebanyak 58 buah sinagog (rumah ibadat Yahudi) dan hanya ditinggalkan sebuah sahaja. 14 Oleh itu, dapat dilihat secara keseluruhannya, kebangkitan rakyat Palestin dalam memperjuangkan hak mereka dapat diinterpretasikan melalui peperangan yang berlaku antara orang Arab Palestin dan Yahudi. Peperangan-peperangan yang disebut diatas merupakan gambaran kepada kebangkitan rakyat Palestin, peperangan demi peperangan yang berlaku ini yang melibatkan rakyat Palestin sendiri dengan Yahudi Israel secara tidak langung telah mencetuskan fenomena, ke arah peperangan seterusnya dan kebangkitan nasionalisme orang Arab di sekitar Palestin seperti Mesir sehingga berlakunya revolusi 1952, dan perang Suez pada tahun 1956, seterusnya perang enam Hari yang berlaku pada tahun 1967. Kebangkitan nasionalisme arab Palestin ini telah berterusan sehinggalah ke tahun 1887. Malahan, dapat dilihat, perjuangan Palestin seperti tidak ada sudahnya, kerana, ianya masih lagi berterusan sehingga ke hari ini. 4.4 Tahun 1987-1991 14 Op. Cit, Sabaruddin Hussein, (2012), hlm. 35.
  • 10. 10 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) Pada tahun 1987, telah berlaku kebangkitan besar-besaran rakyat Palestin untuk membela diri daripada penindasan yang berterusan dari pihak kaum Yahudi. 15 Kebangkitan tersebut terkenal dengan nama Intifada yang pertama. 16 Intifadah merupakan suatu luahan kemarahan dan pemberontakan ini adalah tidak berorganisasi, tidak ada gerakan perlawanan dan mereka tidak memiliki senjata untuk melawan pihak Israel. 17 Ianya merebak secara meluas dari Gaza sehingga ke kawasan West Bank. 18 Intifadah juga merupakan pemberontakan yang terdiri daripada kalangan orang miskin. Intifadah yang berlaku ini mendapat perhatian dan perspektif yang berbeza daripada kalangan orang Israel dan pihak Palestin sendiri. Kebangkitan ini adalah Bagi pihak Israel, intifada ini merupakan suatu sikap yang tidak boleh diterima atau dalam kata lain suatu sikap yang menyalahi etika. 19 Seperti yang dikatakan oleh Menteri Pertahanan Israel pada waktu itu, iaitu Yitzhak Rabin, yang menyatakan bahawa intifadah ini adalah teroris (“Terrorism”). Manakala, daripada orang Arab Palestin sendiri terdapat dua perspektif yang berbeza iaitu yang pertama suatu cabaran atau halangan terhadap penindasan orang Israel yang kedua pula ialah sebagai salah satu tawaran kebebasan dan kesejahteraan apabila negara untuk orang Palestin bakal diwujudkan. Kedua-dua matlamat ini adalah sama, iaitu untuk menyingkirkan dominasi orang Israel terhadap. Merujuk kepada kebangkitan rakyat Palestin dalam intifada ini, dua orang peguam Arab dari Gaza telah dijemput untuk menyatakan mengenai matlamat intifadah ini dalam suatu pertemuan di Tel Aviv Universiti pada musim bunga pada tahun 1888, namun kedua-dua mereka ditangkap, 15 Op. Cit, Mohd Roslan Mohd Nor, (2010), hlm, 81. 16 Ibid, 17 Trias Kuncahyono, (2009), Jalur Gaza- Tanah Terjanji, Intifada, dan Pembersihan Etnis, Jakarta: KOMPAS, hlm, 169. 18 Smith, C., D, (1996), Palestin and Arab-Israeli Conflict, New York: St. Martin’s Press, Inc., hlm, 297. 19 Ibid, hlm, 298.
  • 11. 11 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) pihak Israel iaitu selaku penganjur bagi konferens tersebut tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk penahanan tersebut. 20 Dapat dilihat, bahawa pihak Israel sememangnya amat menentang terhadap intifadah yang tercetus dalam kalangan orang arab Palestin ini. Selain itu juga, pada 5 minggu pertama intifadah tersebut, seramai 33 orang Arab Palestin dibunuh dan sebanyak 250 orang tercedera dan 2000 orang dipenjarakan. Dapat dilihat, tentangan dan ancaman terhadap Israel adalah dua kali ganda. 21 Dua tahun pertama Intifadah ini sehingga penghujung tahun 1989 boleh dikatakan waktu kerangka masa keganasan yang drastik (Intensified Violence) yang berlaku antara kedua-dua belah pihak. Penentangan orang Arab Palestin adalah dengan menggunakan batu dan mogok serta pelakuan yang tidak beretika daripada orang awam iaitu dengan tidak membayar cukai dan memboikot barangan buatan Israel. Manakala di pihak Israel pula mereka terus menerus dengan keganasan dan penindasan terhadap orang Palestin. 22 Pada penghujung tahun 1989 dianggarkan sebanyak 626 orang Arab Palestin dan 43 Israel terbunuh, manakala seramai 37, 439 orang Arab cedera dan sebanyak lebih kurang 35, 000 dan 40,000 orang ditahan. 23 5.0 Keberkesanan kebangkitan rakyat Palestin dalam menuntut keadilan hak terhadap Israel Kebangkitan rakyat Palestin dalam intifadah telah memberikan impak kepada pelbagai pihak. Penentangan orang Islam terhadap Israel dapat dilihat begitu drastik pada tahun 20 Op. Cit, Smith, C., D, (1996), hlm. 299. 21 Hunter, Robert., (1991), The Palestinian Uprising: A War by Other Means, Berkeley and Los Angeles, hlm, 81. 22 Ibid, hlm. 300. 23 Hunter, Robert., (1991), hlm. 215.
  • 12. 12 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) 1970 dan awal tahun 1980 dalam suatu bentuk organisasi iaitu Islamik Jihad. Kumpulan ini digelar sebagai Jihad (Holy War) untuk mengakhiri regim ideology barat sekular dan menjadikan Islam sebagai asas kehidupan dalam dunia Islamik. Kebangkitan intifada pada tahun 1987 telah menimbulkan semangat jihad dalam kalangan orang Islam. Pada masa yang sama penentangan secara terbuka ini telah membawa lebih banyak orang-orang ikhwanul muslimin ke dalam perjuangan menentang orang Israel ini. Hal ini telah membawa ke arah pembentukan sayap pertahanan yang digelar sebagai Hamas dalam penentangan terhadap orang Israel. Pembentukan Hamas (Harakat al- Maqawama al-Islamiyya-Gerakan Penentangan Islam “The Islamic Resistance Movement” ) ini adalah hasil daripada kebangkitan intifada tersebut. 24 Pengasas bagi gerakan tersebut adalah daripada Ikhwanul Muslimin seperti Shaykh Ahmad Yasin yang membuat kata putus untuk menjadikan ideologi Ikhwanul Muslimin kepada aliran politik. Hamas telah mengemukakan alternatf kepada pihak PLO dalam rangka kerja politik untuk meletakkan didalamnya tentang pembentukan negara Palestin berasaskan kepada prinsip agama. Selain itu, ledakan intifada ini telah membawa kepada perubahan yang besar terhadap poltik antarabangsa yang mempunyai perkaitannya dnegan Timur Tengah dan masa depan Palestin. Arafat melalui wakilnya iaitu Bassam Al-Sharif telah membentangkan kertas kerja kepada Arab League Emergency Summit yang bertemu di Algiers pada Jun 1988 untuk mempertimbangkan mengenai pemberontakan tersebut. 25 Dalam pertemuan itu juga, Bassam Al-Sharif telah menyuarakan pendapat mengenai persamaan hak Palestin sebagaimana Israel dalam keamanan dan kesejahteraan. 24 Op. Cit, Smith, C., D, (1996), hlm. 301. 25 Ibid, hlm. 302.
  • 13. 13 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) Dalam kertas kerja yang dibentangkan oleh Sharif juga turut memperkatakan mengenai kewujudan PLO itu sebenarnya bukanlah untuk memusnahkan atau meruntuhkan Israel tetapi merupakan penyelamat atau pejuang rakyat Palestin dan hak mereka termasuk hak demokratik terhadap pembelaan diri mereka. 26 Kertas kerja tersebut mendapat respon yang agak pasif dalam kalangan mereka, namun liga tersebut turut menyuarakan kertas kerja tersebut ke Konferense Antarabangsa untuk penyelesaian namun begitu, ahli liga menolak untuk menampung dana untuk menyokong intifada dan para pekerja yang kehilangan kerja. Pada tahun 1991, berikutan tercetusnya Intifada ini sebuah konferens antarabangsa tentang Timur Tengah di Madrid, Sepanyol telah dilaksanakan. 27 Konferens telah diadakan selama tiga hari, tuan rumah bagi konferens ini adalah Sepanyol dan dibantu oleh Amerika Syarikat dan Uni Soviet. Konferense ini juga merupakan usaha pertama masyarakat antarabangsa dalam memulakan proses perdamaian melalui perundingan yang melibatkan Israel dan Palestin serta negara-negara Arab yang lain seperti Syria, Lebanon dan Jordan. Tujuan Konferens ini diadakan adalah untuk membuka sebuah forum ataupun diskusi terhadap para hadirin yang hadir dalam konferens dan kepada mereka yang tidak mempunyai kekuatan untuk membuat solusi-solusi atau kuasa veto terhadap pelaksanaan kesepakatan. Secara ringkasnya, konferens ini adalah suatu perasmian perundingan sama ada bilateral (perbincangan secara duo) ataupun multilateral (perbincangan secara ramai), dimana strategi ini turut dipersetuju dari pihak Syria dan Lebanon. 28 Sebagai contoh, Israel 26 Don Peretz, (1990), Intifada: The Palestinian Uprising, Boulder. 27 Op. Cit, Trias Kuncahyono, (2009), hlm. 169. 28 Op. Cit, Trias Kuncahyono, (2009), hlm. 169.
  • 14. 14 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) dan Jordan mengadakan rundingan bilateral dan keduanya mencapai kesepakatan dan menandatangani perjanjian perdamaian pada tahun 1994. Dua tahun kemudiannya, setelah konferens Madrid tersebut dilaksanakan telah termetarainya Kesepakatan Oslo atau sering disebut sebagai Deklarasi Prinsip-Prinsip. Deklarasi ini disepakati di Oslo, Norwegia pada 20 Ogos 1993 dan kemudian ditandatangani secara rasmi dalams ebuah upacara di Washingon DC pada 13 September 1993 oleh Mahmoud Abbas, yang mewakili Organisasi Pembebasan Palestina (PLO), Menteri Luar Negeri Israel, Shimon Perez, Menteri Luar Negeri Rusia Andrei Kozyrev, manakala saksi bagi upacara tersebut adalah terdiri daripada pemimpin PLO Yasser Arafat, PM Israel Yittzhak Rabin dan Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton. 29 Kesepakatan ini merupakan tonggak sejarah hubungan antara Israel dan Palestin dan menjadi batu loncatan dalam membangun hubungan antara kedua buah negara itu. Selain itu, kesepakatan itu menjadi dasar pembentukan autoriti Palestin yang bertanggungjawab ke atas pemerintahan di wilayah Palestin. Di samping itu, perkara penting yang disebut didalam kesepakatan itu adalah penarikan pasukan Israel dari wilayah-wilayah Jalur Gaza dan Tebing Barat. Berdasarkan, kesepakatan itu juga, PLO secara rasmi mengakui negara Israel sementara Israel mengakui PLO sebagai wakil Palestin, tetapi menafikan hak kedaulatan Palestin dan Palestin sebagai sebuah negara. Oleh itu, secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa kebangkitan rakyat pada tahun 1987-1991, menunjukkan keberkesanan dan perkembangan positif meskipun pada akhirnya ianya lebih memihak kepada pihak Israel namun, sekurang-kurangnya kebangkita rakyat Palestin ini telah membuka mata dunia mengenai penindasan Israel terhadap rakyat Palestin dan perjuangan rakyat Palestin dan mempertahankan tanah air mereka. 29 Ibid, hlm. 170.
  • 15. 15 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) 6.0 Penilaian Penubuhan negara Israel pada tahun 1948, merupakan tarikh yang amat meninggalkan kesan yang mendalam terhadap umat Islam khususnya di Palestin. Hal ini kerana, bermula pada waktu itulah, pihak Israel sebenarnya telah mempunyai kuasa autoriti untuk melaksanakan permbersihan etnis sehinggalah telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Palestin. Hal ini telah membawa kepada tercetusnya beberapa siri peperangan yang melibatkan antara orang Palestin dan Yahudi. Meskipun, pada hampir setiap peperangan yang berlaku lebih memihak kepada kaum Yahudi- Israel, namun hal ini tidak mematahkan semangat umat Palestin untuk bangun dan bangkit menentang demi mempertahankan hak mereka dan tanah yang mereka duduki itu. Semangat ini sememangnya merupakan suatu perkara yang perlu dicontohi bagi segenap warga masyarakat dunia keseluruhannya. Meskipun, umat Palestin dibelenggu dalam penjajahan dan penindasan fizikal dari pihak Yahudi namun ianya tidak sekali-sekali memudarkan semanagt mereka untuk terus bangkit mempertahankan apa yang menjadi milik mereka pada asalnya. Kebangkitan mereka ini yang sampai di kemuncaknya pada tahun 1987, telah memberikan sebuah nafas baru terhadap perhubungan antara orang Arab Palestin dan Yahudi. Namun begitu, kesepakatan yang terjalin pada tahun 1993 itu tidak mampu menjamin apa-apa hal ini kerana ibarat melepaskan batuk di tepi tangga, intifada yang berlaku pada tahun 2000, 2002 dan 2009 tetap tercetus akibat kezaliman dan penindasan daripada orang Yahudi malahan, pertikaian hak Palestin di bumi mereka seperti tidak ada sudahnya. Namun begitu, haruslah diyakini bahawa bumi Palestin pasti akan bebas suatu hari nanti.
  • 16. 16 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) 7.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa kebangkitan rakyat Palestin terutamanya dalam tahun 1987-1991 menunjukkan keberkesanan yang baik hal ini kerana, kebangkitan umat Palestin telah berjaya mewujudkan perundingan damai yang dikenali sebagai kesepakatan Oslo. Rujukan Baruch.K., & Joel S.M,. (1993), Palestinians The Making of People: The Arab Revolt, 1936-1939, Harvard University Press: Cambridge Massachusetts. Don Peretz. (1990). Intifada: The Palestinian Uprising. Boulder. Hunter, Robert,. (1991). The Palestinian Uprising: A War by Other Means, Berkeley and Los Angeles. Laqueur, Walter Z., & Rubin, Barry (eds). (1984). The Israel-Arab Reader: A Documentary History of a Middle East Conflict. ( 4 th Edition). New York: Pengun Books. Lihat terjemahan dari de Reyneir, Jacques (1950), A Jerusalem un Drapeau Flottait sur la Ligne de Feu, Baconniere, Neuchatel.
  • 17. 17 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) Levin, Harry,. (1950).Jerusalem Embattled. London: Gollancz. Mohd Roslan & Nor Dalila. (2010). Perancangan Zionis ke Arah Pembentukan Negara Israel, Jurnal Usuluddin, 30, 227-250. Mohd Roslan Mohd Nor. (2010). Konflik Israel-Palestin dari Aspek Sejarah dan Langkah Pembebasan dari Cengkaman Zionis, Jurnal Al-Tamadun, 5, 73-92. Sabaruddin Hussein. (2012). Perang Arab Israel (Selagi Belum Kiamat). Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd. Smith, C., D,. (1996). Palestin and Arab-Israeli Conflict, New York: St. Martin’s Press, Inc. Sahīh Bukhārī, Kitāb al-Jum’ah, Bāb Fal al-Salāh fī Masjid Makkah wa Madīnah Sabaruddin Hussein. (2012). Perang Arab-Israel, Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.
  • 18. 18 | TH20303 SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA (DR. LEE BIH NI) Trias Kuncahyono. (2009). Jalur Gaza- Tanah Terjanji, Intifada, dan Pembersihan Etnis, Jakarta: KOMPAS.