SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 17
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
2
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
3
PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan
di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK
digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan
inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai
negara yang sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah
pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin
pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang
amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang
tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk menjana pembangunan modal insan
yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang
terkandung dalam FPK. .
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka
sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan
dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan
membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga
kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan
insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi
seorang warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang
paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. FPK melihat individu
dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja
untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan
dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan
keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
4
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli
keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak
mulia, dan berbakti. Berikut merupakan perincian yang dihuraikan oleh pengkaji
mengenai FPK.
a) Pendidikan Suatu Usaha Berterusan
Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai-
nilai murni serta mendapatkan kemahiran. Proses ini berjalan secara berterusan dalam
diri individu sejak lahir lagi. Pendidikan asas kanak-kanak bermula dari rumah dan dari
rumah jugalah sahsiah mereka mula terbentuk dan berterusan. (Kamarudin Hj Husin &
Kamarul Azhar, 1994)
Pendidikan adalah satu bentuk pencarian erti kehidupan yang sentiasa berterusan.
Boleh kita pecahkan pendidikan kepada dua iaitu Pendidikan Tidak Formal dan
Pedidikan Formal. Pendidikan tidak fomal bermula di rumah. Ini bermaksud seseorang
kanak-kanak dari bayi sehingga memasuki alam persekolahan telah mempelajari
pelbagai pelajaran melalui pengalaman dan pemerhatian mereka di persekitaran dalam
dan luar rumah. Pendidikan ini tidak mempunyai sukatan pelajaran dan lebih banyak
mengunakan psikomotor. Jelasnya disini ialah kanak-kanak telah cuba jaya dalam
sesuatu pelajaran yang telah dilakukan olehnya. Sebagai contoh, belajar berjalan,
makan, bercakap dan lain-lain lagi.
Sistem pendidikan formal pula adalah satu pendidikan yang mempunyai sukatan
pelajaran, kelas atau sekolah, mempunyai ujian dan peperiksaan serta lain-lain lagi.
Kebiasaannya pendidikan ini bermula seawal usia lima hingga tujuh belas tahun. Hal ini
boleh kita lihat dari Tadika sehingga Tingkatan Lima nanti. Pembelajaran yang
dinyatakan dalam FPK sebenarnya bukan berhenti di sekolah malahan ianya
berterusan sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi dan seterusnya sepanjang hayat.
Terdapat banyak program-program yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi
mewujudkan budaya belajar sepanjang hayat. Antaranya ialah mengalakan golongan
guru untuk belajar ke peringkat yang tertinggi bagi memberi peluang kepada golongan
ini belajar lagi. Program ini telah memberikan kesedaran kepada guru supaya mereka
bukan setakat mempuyai diploma atau ijazah sahaja, malah mereka digalakan untuk
belajar ke peringkat yang paling tinggi.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
5
b) Memperkembangkan Potensi Individu
Setiap individu memiliki keupayaan dan bakat yang tersendiri. Keupayaan dan bakat itu
pula dapat diperkembangkan menerusi aktiviti sosial. Namun begitu tidak semua
kebolehan itu dapat dilihat dengan jelas kerana pendedahan untuk memperkembang
dan mempertingkatkanya agak terhad. Oleh itu pendidikan memainkan peranan penting
dalam memperkembangkan potensi individu dan ia perlu diracangkan terlebih dahulu
dan dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh. ( Ee Ah Meng, 1988).
Di sekolah, terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang telah diwujudkan bagi memberi
keseimbangan dalam akedemik dan aktiviti luar. Kokurikulum ini biasanya dilaksanakan
selepas proses pembelajaran. Penglibatan pelajar boleh kita perhatikan dalam kegiatan
sukan, kelab, persatuan dan pakaian seragam. Dalam aktiviti ini pelajar akan
melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan. Ada di kalangan mereka yang
mempunyai bakat dalam menjadi pemimpin. Daripada mereka juga akan membentuk
satu kumpulan yang menjadi pengikut kepada ketua mereka. Kesannya, ia akan
mendedahkan pelajar tersebut supaya dapat menampilkan diri mereka yang sebenar
suatu hari nanti.
Daripada kegiatan ini juga, seseorang pelajar akan dapat mengembangkan diri mereka
dalam pelbagai bidang. Contohnya sukan, berpantun, bersajak, menyanyi, menari,
mereka cipta sesuatu benda baru dan lain-lain lagi kebolehan yang dapat ditunjukan
oleh pelajar dalam kegiatan luar. Bakat-bakat ini jika sesebuah sekolah mengunakan
kelebihan pelajar ini sudah semestinya ia akan meningkatkan nama sesebuah sekolah.
Kita ambil contoh sebuah sekolah yang berunsurkan kesenian iaitu Sekolah Seni
Kuching. Di sekolah ini, aktiviti berbetuk kesenian sangat dititikberatkan. Pelajar-pelajar
belajar seperti biasa pada sebelah pagi. Di sebelah petang pula, pelajar akan
dibahagikan beberapa aktiviti yang telah mereka pilih mengikut minat mereka.
Antaranya mereka akan masuk kelas teater, kelas tarian masyarakat, kelas muzik
tradisonal, kelas syair dan puisi, kelas pantun dan lain-lain lagi. Semasa kegiatan ini
dijalankan, mereka akan diasah mengikut kebolehan mereka dengan bimbingan
beberapa guru nanti. Guru akan menjadi petunjuk dalam mencari dan
memperkembangkan bakat pelajar ini (Omardin Ashaari, 1998). Kesannya, pelajar tadi
akan menjadi semakin mahir dalam minat yang telah mereka pilih tadi. Ini akan
memberikan satu impak yang sangat berguna kepada pelajar di sekolah ini apabila
mereka tamat persekolahan nanti.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
6
Jika kita imbas kembali, falsafah pendidikan yang menyentuh tentang
memperkembangkan potensi individu adalah sangat diperlukan oleh pelajar dan
haruslah diteruskan demi menjadikan pelajar negara kita sentiasa mencari kelebihan
mereka dalam bidang yang mereka pilih. Setiap pelajar bijak dan lemah mempunyai
kelebihan mereka masing-masing. Tidak semestinya pelajar yang lemah tidak
mempunyai kebolehan tersendiri, mereka mungkin mempunyai kelebihan dalan sukan
dan lain-lain lagi. Tegasnya di sini, falsafah ini sangat releven pada zaman sekarang.
c) Menyeluruh Dan Bersepadu
Potensi-potensi yang ada pada individu harus dikembangkan secara bersepadu dan
tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Sebagai contohnya potensi dari sudut
intelek tidak boleh dipisahkan dengan potensi kerohanian. Pelajar yang bijak adalah
tidak seimbang tanpa ada norma-norma kemanusiaan seperti kasih sayang sesama
manusia dan menghormati orang lain. Begitu juga dengan potensi lain iaitu potensi
rohani dan jasmani dalam satu-satu aktiviti tidak boleh dipisahkan dengan kemahiran
bersosial semasa bermain secara berpasukan seperti sifat-sifat kerjasama dalam
permainan. Semua potensi ini seharusnya berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu untuk membentuk pelajar yang sempurna.
Usaha hendaklah dijalankan untuk menghubungkaitkan perkembangan semua potensi
untuk memenuhi keperluan jasmani, intelek, rohani dan sosial. Antara usaha yang
boleh dilakukan adalah selain memberikan pendidikan keduniaan seperti ilmu akademik
dan jasmani untuk mengembangkan semua potensi secara bersepadu adalah dengan
menerapkan kepercayaan kepada tuhan. Ini akan melahirkan pelajar yang bersahsiah
tinggi selain berilmu. Oleh itu, semua potensi hendaklah dikembangkan melalui
berbagai-bagai aktiviti kehidupan manusia yang berlandaskan nilai-nilai murni dan juga
norma-norma masyarakat yang baik seperti aktiviti ceramah agama dan gotong-royong
selain proses pembelajar dan pengajaran dalam kelas.
Oleh itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan kurikulum yang
sesuai bagi mencapai hasrat ini. Antaranya adalah mewujudkan bidang mata pelajaran
seperti matematik dan bahasa untuk tujuan komunikasi, bidang Pendidikan Agama
Islam, moral, geografi dan sains untuk mengenali manusia dan alam sekeliling serta
pencipta kita. Bidang Muzik, pendidikan Jasmani dan kesihatan, kokurukulum dan
bidang kemahiran-kemahiran manipulatif untuk memperkembangkan potensi individu
secara bersepadu.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
7
d) Insan Yang Seimbang Dan Harmonis
Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia mencukupi iaitu
pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan
bersepadu. Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani
dalam diri manusia adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Keadaan ini akan
membawa hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam
sekitar dan manusia dengan Maha Pencipta.
Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengatahuan,
berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang sihat, tubuh badan yang sihat dan
cergas serta mampu bekerjasama dengan orang lain dan mempunyai keyakinan yang
teguh kepada Tuhan. Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan harmonis memiliki
kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran. Dalam alam pekerjaan
mereka mampu melaksanakan tugas dengan amanah dan baik. Mereka juga begitu
teguh dalam menjalani kehidupan seharian iaitu segala masalah dan cabaran yang
dihadapi dapat di atasi secara profesional dan rasional.
Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pendidikan sempurna di sekolah dan rumah. Di
sekolah telah disediakan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak. Hasrat ini tidak
akan tercapai jika anak-anak tidak ke sekolah. Oleh itu ibu bapa dan guru harus
bekerjasama bagi memastikan pendidikan ini sampai kepada golongan pelajar untuk
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
e) Keseimbangan Dari Aspek JERI
Pendidikan di Malaysia suatu usaha berterusan ke arah melahirkan insan atau individu
yang seimbang dari aspek Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani atau lebih dikenali
sebagai “JERI”. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Keseimbangan dalam aspek JERI boleh dicapai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Unsur Jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan angota-angota
tubuh badan dengan cekap dan sihat. Walaupun merujuk tubuh badan, kesihatannya
bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, ia juga perlu penjagaan
emosi. Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Oleh itu
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan subjek-subjek yang berkaitan
dalam sistem pendidikan negara. Contohnya subjek Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta aktiviti dalam Kelab dan
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
8
Persatuan seperti Kelab Kebudayaan yang melibatkan gerakan dan kemahiran. Dengan
unsur jasmani pelajar seharusnya dapat memperkembangkan bakat dan kemahiran
teknikal, memanipulatif dan bersosial. Jasmani yang sihat secara dasarnya bermaksud
memiliki tubuh badan yang sihat. Dengan tubuh badan yang sihat pelajar tentu sekali
dapat menyumbang tenaga dengan baik dan berkesan.
Dengan melahirkan insan atau individu yang sihat sahaja tidak cukup dalam sistem
pendidikan negara. Ia juga perlu melahirkan insan atau individu yang stabil emosi.
Unsur emosi ini diselit bagi menjamin perasaan yang sihat dan matang serta memiliki
kasih sayang untuk mencintai perpaduan serta keamanan dan perasaan positif yang
lain yang dapat menjamin kestabilan individu yang membawa kepada keatabilan
negara. Contohnya, seseorang yang sihat tubuh badan tetapi bila menghadapi cabaran
cepat panas baran, putus asa atau pun bunuh diri. Keadaan ini berlaku kerana tidak
ada emosi yang stabil. Emosi merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi
pelajar yang mempunyai masalah emosi guru kaunseling bertanggungjawab untuk
memberi nasihat dan panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat
diselesaikan dengan baik. Contohnya, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
juga ditubuhkan di setiap sekolah di mana ahlinya dipilih di kalangan pelajar-pelajar
untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli
PRS ini diberi pendedahan yang khas untuk membantu rakan-rakan mereka. Satu buku
panduan yang mencadangkan cara-cara menangani masalah emosi harus diterbitkan
dan diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah
menengah agar ianya dapat dijadikan panduan oleh mereka apabila mempunyai konflik
emosi kerana sesetengah pelajar malu untuk meluahkan konflik emosi mereka.
Penjagaan emosi adalah penting kerana masalah emosi bukan sahaja boleh
menjejaskan mental malah juga fizikal.
Seimbang daripada aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, emosi yang stabil juga tidak
cukup untuk melahirkan insan yang seimbang, jika tidak ada unsur rohani dalam diri.
Rohani adalah merujuk kepada pembentukan dan pembinaan watak dan kejatidirian
manusia. Sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang sesuai
dengan agama, adat dan sosio-budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam
Rukun Negara. Unsur rohani ini diselitkan agar setiap individu percaya kepada Tuhan,
sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan serta berakhlak mulia dan
berpegang teguh kepada amalan-amalan yang baik. Jika rohani kosong atau
penerapan nilai-nilai moral tidak ada maka kita tidak dapat melahirkan keperibadian
yang mulia. Oleh itu kerajaan telah memantapkan matapelajaran agama Islam di
sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab dan Fardu
Ain (J-QAF). Bagi pelajar yang bukan Islam pendidikan moral sudah cukup tetapi amali
haruslah diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ianya dapat
dipraktikan di luar.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
9
Sihat, emosi stabil dan bermoral juga tidak dapat melahirkan insan yang seimbang
tanpa intelek. Intelek bermaksud daya kemampuan berfikir dan memahami
(menganalisis dan sebagainya). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990)
insan yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh
badan, hidup bermasyarakat dan cergas. Intelek merupakan unsur yang sangat
diperlukan.
Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi
rakyat Malaysia intelek diukur di atas kertas ujian. Kebanyakan rakyat Malaysia
menganggap bahawa intelek merupakan lembing kejayaan individu. Perkara ini harus
dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan
dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu
bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah
kejayaan merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir
untuk hidup dan berdikari. Contohnya, apalah guna cemerlang didalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan
berfikiran rasional untuk membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa
hadapan. Guru-guru harus mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang
diajar supaya murid yang lahir akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat
keputusan yang bernas dan bijak serta tidak mendatangkan masalah pada masa
hadapan. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan keyakinan
pelajar dengan memberi mereka peluang untuk bercakap di khalayak ramai.
f) Kepercayaan Kepada Tuhan
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam
pembentukan identiti negara Malaysia. Pihak kerajaan telah membentuk rukun negara
dengan meletakkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan pada tempat yang pertama. Ini
menunjukkan betapa pentingnya prinsip ini kepada pembentukan sesebuah negara
Malaysia yang harmoni di mana masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai
agama, kaum, budaya, bahasa, dan sebagainya. Dengan adanya kepercayaan kepada
Tuhan oleh masyarakat di negara kita, ini akan mewujudkan satu masyarakat yang
seimbang. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), perkara yang sangat
dititikberatkan adalah berkaitan dengan soal keagamaan iaitu kepercayaan kepada
Tuhan.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
10
Kepercayaan kepada Tuhan adalah elemen yang ketujuh dalam Pembentukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dimana kalau kita lihat kepentingannya, semua pelajar Islam
diwajibkan mengambil mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan
awam. Sementara itu, pelajar bukan Islam hendaklah diberikan pelajaran Pendidikan
Moral. Kewajipan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelajar-pelajar dapat
mengamalkan konsep kepercayaan kepada Tuhan kerana mereka telah diajar perkara
tersebut di dalam kelas.
Dalam melihat kepada kerelevan kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan pelajar-
pelajar di negara kita berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pengkaji
bersetuju dan berpendapat bahawa ianya begitu relevan dan sesuai mengikut
peredaran zaman dan masa. Hal ini kalau kita lihat secara rasionalnya, individu-individu
pelajar telah mengakui tentang wujudnya Pencipta. Pelajar-pelajar telah mengamalkan
kepercayaan keagamaan masing-masing seperti dalam agama Islam, Kristian, Buddha,
Hindu dan sebagainya. Mereka mengakui bahawa manusia dan alam semesta dijadikan
oleh Pencipta yang disebut sebagai Tuhan. Malah mereka juga mengetahui hukum dan
fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta. Pelajar-pelajar
juga boleh berfikir dan menyedari bahawa manusia dijadikan adalah untuk
memakmurkan alam dan bertanggungjawab di atas perbuatan yang dilakukan seperti
percaya adanya syurga dan neraka, dosa dan pahala, hukuman dan tindakan dan lain-
lain.
Malah, pelajar-pelajar berusaha untuk meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan di
mana mereka akan hadir ke tempat-tempat beribadat mengikut kepercayaan dan
amalan agama masing-masing. Bagi mengukuhkan amalan, mereka berusaha mencari
ilmu dan mengamalkan ajaran agama. Sebagai contoh, pendidikan tentang agama
bermula dari sekolah rendah dan ramai pelajar memasuki sekolah aliran agama bagi
mendapatkan ilmu pengetahuan agama, mengamalkannya dan menyampaikan ilmu
tersebut kepada orang lain.
Secara realiti dunia pada hari ini, peredaran zaman telah mengubah pelbagai aspek
dalam kehidupan manusia di dunia ini. Tidak terkecuali dalam aspek pendidikan dan
sahsiah pelajar. Di sini kita melihat konteks di negara kita, pegangan agama dalam
kalangan pelajar sejak akhir-akhirnya ini amat membimbangkan. Ramai pelajar pada
peringkat rendah mahupun atasan kurang memahami dan menghayati isi kandungan
apa yang diajar kepada mereka berkaitan aspek keagamaan. Ramai pelajar tidak tahu
membaca al-quran dan tidak menjawab soalan Pendidikan Islam dan moral dalam
peperiksaan.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
11
Pelajar-pelajar yang berjaya dan lulus dalam peperiksaan Pendidikan Islam dan moral
hanyalah sekadar untuk memenuhi syarat mereka untuk memasuki institusi pengajian
tinggi ataupun untuk mencari pekerjaan apabila tamat persekolahan nanti. Kita juga
amat sedih kerana kurangnya dari segi pengamalan keagamaan pelajar-pelajar dan
mempraktikkannya dalam kehidupan harian semasa ilmu-ilmu pengetahuan agama
yang diajar oleh guru-guru di sekolah. Pelajar-pelajar lebih suka pergi ke tempat-tempat
lain seperti pusat beli belah, melepak dijalanan, ke taman-taman rekreasi, tempat
perkelahan dan sebagainya. Mereka jarang untuk pergi ke tempat-tempat beribadat dan
ada sekalipun hanya apabila perlu sahaja. Keadaan ini boleh menimbulkan gejala-
gejala yang tidak sihat dalam kalangan pelajar yang akhirnya mereka boleh terjebak ke
lembah maksiat dan meninggalkan amalan keagamaan seperti kepercayaan kepada
tuhan.
Dunia teknologi maklumat dan globalisasi pada hari ini menyebabkan penyebaran
budaya dan anasir-anasir jahat yang bertentangan dengan agama dan norma
masyarakat. Proses globalisasi yang tiada sempadan memudahkan pihak yang tidak
bertanggungjawab menyebarkan dakyah negatif kepada remaja kita. Contohnya,
amalan Black Metal, Punk, Skin Head, seks bebas, perkahwinan sejenis dan
sebagainya. Perkara-perkara ini bukan sahaja telah disebarkan kepada remaja dan
pelajar-pelajar, malah ada yang telah mengikut dan mengamalkannya. Hal ini amat
membimbangkan semua pihak. Oleh itu, usaha dan langkah-langkah perlu diambil agar
gejala ini tidak meresap ke dalam jiwa remaja dan pelajar-pelajar. Kepercayaan kepada
tuhan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu ditekannya kepada
pelajar-pelajar agar masalah seperti ini dapat diatasi.
g) Berilmu Pengetahuan
Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang ditekankan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen ini menyarankan rakyat yang
memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya
untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar
membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha
meningkatkan serta menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu
untuk kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam. Selain
itu, dalam pembentukan FPK, ianya juga menekankan penyebaran ilmu pengetahuan
dan memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
12
Secara realiti dalam konteks hari ini, wujud segelintir pelajar-pelajar baik peringkat
rendah mahupun menengah tidak tahu membaca. Hal ini amat membimbangkan para
pendidik kerana zaman moden kalau difikirkan kita memang tidak wujud golongan
pelajar yang tidak pandai membaca. Ini boleh membantutkan perancangan negara
dalam memcapai negara maju pada tahun 2020. Ramai pelajar hanya belajar sehingga
peringkat ijazah dan berhenti setakat itu sahaja demi mencari pekerjaan yang
bersesuaian. Situasi ini berlaku disebabkan terlalu ramai graduan universiti yang
menganggur dan tidak mendapat pekerjaan yang sesuai. Bagi pandangan graduan,
tidak guna belajar pada peringkat yang seterusnya sedangkan tiada peluang pekerjaan
diwujudkan bersesuaian dengan bidang-bidang yang diambil semasa di univerisiti
Selain itu, rakyat Malaysia kurang membaca buku-buku ilmiah berbanding buku-buku
berbentuk hiburan seperti majalah mangga, komik kartun dan sebagainya. Ini juga amat
merisaukan semua pihak. Untuk mencapai hasrat kerajaan dalam FPK, ilmu
pengetahuan yang mendalam perlu ada dalam diri masyarakat. Rakyat Malaysia lebih
mengetahui situasi dan perkembangan isu di negara luar berbanding dalam negara
sendiri. Ini juga merisau pihak kerajaan dalam merealisasikan apa yang terkandung
dalam FPK.
h) Rakyat Malaysia Yang Berketerampilan
Keterampilan membawa maksud bagaimana seseorang dapat berhubung dengan insan
yang lain (Ee Ah Meng, 1990). Ia juga meliputi beberapa aspek seperti pemikiran ,
kepercayaan dan perasaan. Di sini hasrat yang ingin dicapai ialah melahirkan rakyat
Malaysia yang mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam menjalankan sesuatu
tugas atau amanah.
Melahirkan individu yang berketerampilan ini penting bagi memastikan keseimbangan
pendidikan dari segi rohani, jasmani dan intelek. Antara ciri-ciri individu berketerampilan
yang ingin dilahirkan ialah yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan
sememangnya kunci bagi kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi. Dalam situasi
perkembangan dunia hari dimana perkembangan teknologi adalah begitu pesat, ilmu
pengetahuan sememangnya amat mudah didapati. Hasrat melahirkan individu yang
berpengetahuan harus disertai dengan mempunyai kemahiran apabila mempraktikkan
ilmu pengetahuan tersebut.
Selain itu, mereka juga harus memiliki kelayakan yang wajar bagi menjalankan sesuatu
tugas. Mempunyai kelayakan membolehkan individu mempunyai keyakinan bagi
menjalankan sesuatu tugas. Apabila mahir serta berkelayakan, maka individu mampu
melaksanakan tugas dengan cekap, tangkas dan sempurna. Dengan ini juga individu
tersebut mampu memberi dan menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada orang lain yang
memerlukan.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
13
Dalam pendidikan, kompenan-kompenan yang harus di ambil kira ialah penampilan
secara fizikal dimana seseorang pelajar harus memainkan peranan dalam penampilan
mereka. Sebagai contoh, pakaian pelajar perlu kemas dan mengikut kod etika pakaian
serta harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Seterusnya, ketrampilan juga
melihat elemen bagaimana pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan juga orang
lain. Ia berkaitan dengan aspek positif atau negatif pemikiran seseorang itu terhadap
diri mereka dan orang lain. Akhirnya ia memberi penekanan yang tinggi terhadap
perasaan harga diri dan keyakinan diri.
Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia
Sehubungan dengan itu, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga ingin
melahirkan masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia. Masyarakat berakhlak mulia di
sini bermaksud masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersopan
santun, berbudi bahasa, jujur, amanah, berintergriti dan sebagainya. Unsur ini
merupakan perkara utama yang dituntut agar rakyat Malaysia mampu untuk berfikir,
bertindak dan menilai mana satu yang baik dan mana satu yangg buruk. Kebolehan
berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam
perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia
yang berakhlak mulia. Kesemua nilai-nilai murni ini sangat penting dan perlu diterapkan
kepada rakyat Malaysia sejak dari peringkat sekolah lagi supaya ia sebati di dalam jiwa
rakyat Malaysia.
j) Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab
Selain daripada itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menitikberatkan unsur dan
nilai kebertanggungjawaban di dalam diri setiap rakyat Malaysia. Bertanggungjawab
yang dimaksudkan disini bukanlah bererti bertanggungjawab ke atas tugasan pekerjaan
sahaja malahan ianya meliputi pelbagai aspek tanggungjawab seperti tanggungjawab
terhadap agama dan keluarga, tanggungjawab terhadap perlembagaan undang-
undang, tanggungjawab terhadap keamanan sejagat dan sebagainya. Oleh sebab itu,
nilai ini telah dipupuk dan disemai kepada rakyat Malaysia sejak berada di bangku
sekolah lagi. Dengan mengetahui tugas dan tanggungjawab ini diharapkan agar rakyat
Malaysia mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang
warganegara yang berwibawa, disegani dan dihormati disamping memelihara
perpaduan kaum untuk menjamin keamanan negara diteruskan.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
14
k) Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri
Seterusnya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang mampu dan berkeupayaan untuk menikmati kesejahteraan diri.
Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri di sini bermaksud seseorang individu yang
berupaya menangani apa-apa sahaja masalah di dalam hidupnya sebagai contoh.
Mereka juga mampu untuk berfikir secara waras apabila menghadapi sebarang situasi
seperti menilai kesan dan akibat baik dan buruk sesuatu pertimbangan. Di samping itu
juga, keseimbangan mencapai kesejahteraan hidup ini juga meliputi keupayaan
seseorang individu untuk mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran
dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain.
l) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Unsur yang terakhir yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
rakyat Malaysia yang dapat memberikan banyak sumbangan kepada masyarakat,
agama, dan negara. Dengan wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi
sumbangan kepada negara, ia sebenarnya telah membantu proses pembangunan
negara ke arah sebuah negara maju. Bukan itu sahaja, harapan untuk melihat ramai
rakyat Malaysia berjaya di dalam memberikan sumbangan terutama sekali sumbangan
kepada keluarga akan menambahkan lagi keharmonian dan kemakmuran di dalam
sesebuah keluarga bahkan juga kepada masyarakat. Tuntasnya disini adalah untuk
melahirkan masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa.
Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis,
pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan
dahulu kerana elemen-elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam
pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan
2020.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
15
REFLEKSI
NURDIANA BINTI YUNUS (201119210045)
Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi, akhirnya tugasan Falsafah dan Pendidikan
malaysia (EDU 3102) ini dapat saya siapkan dengan jayanya walaupun semasa saya
menyiapkan tugasan ini banyak halangan dan cabaran yang terpaksa saya
lalui.pertama kali saya mendapat tugasan ini saya tidak tahu langsung mengenai
falsafah pendidikan kebangsaan mahupun falsafah pendidikan guru Serta system
pendidikan di Malaysia
Saya selalu mendengar dan menghafal FPK DAN FPG ini bagi menghadiri temuduga
semasa saya berkhidmat sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Saya tidak ambil
pusing mengenai FPK dan FPG yang saya saya hafal dan diterima semasa
ditemuduga.akhirnya apabila saya sampai di institu pendidikan guru kampus bahasa
melayu (IPGKBM) saya banyak didedahkan mengenai peranan guru dalam mendidik
anak bangsa.Peranan guru dalam mendidik dan membimbing anak bangsa sangat
penting untuk pembangunan ekonomi negara
Semasa membuat tugasan ini beberapa masalah telah timbul diantaranya berkaitan
dengan sumber rujukan.Tidak banyak buku rujukan yang terdapat di perpustakaan
IPGKBM. Buku rujukan yang ada kebanyakan adalah edisi lama dan kebanyakan isi
tidak menepati keperluan sekarang tetapi masaah ini dapat diatasi dengan bantuan
rakan yang meminjamkan buku rujukan yang beliau ada dan rujukan daripada sumber
laman sesawang.semua maklumat yang diperolehi saya satukan dan dioleh sebaik
mungkin untuk menyiapkan tugasan ini.
Dalam subjek Falsafah dan pendidikan Malaysia ini saya dapat menghuraikan FPK dan
FPG dalam pelbagai segi dan saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mencapai
garis panduan untuk menjadi guru seperti yang terdapat didalam FPK dan FPG.dalam
akhir tugasan ini saya dapat membincangkan konsep pendidikan dan peranan
pendidikan dalam pembangunan nasional dan dapat menghuraikan konsep dan
implikas FPK dan FPG.Melalui FPK dan FPG menjadi panduan kita sebagai seorang
guru untuk mendidik pelajar menjadi insan yang cemerlang dari segi
Terdapat banyak implikasi FPG dan FPK yang perlu diketahui dan diikuti untuk menjadi
seorang guru yang berkaliber.dalam tugasan ini banyak kekurangan yang saya dapat
lihat didalam diri saya untuk saya mencapai falsafah FPK dan FPG.saya perlu
menyiapkan diri daya sebelum saya menjadi seorang pendidik diluar sana supaya misi
dan matlamat kementerian pelajaran Malaysia (kpm) akan tercapai untuk melahirkan
seorang guru yang berkaliber dari segi rohani mahupun jasmani
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
16
Akhir kata saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing iaitu puan Sabariah Binti Yaakub yang banyak memberikan sokongan dan
memberikan kata-kataa motivasi kepada saya untuk saya menyiapkan tugasan ini.Tidak
dilupakan kepada rakan-rakan didalam kelas yang memberikan idea dan buah fikiran
sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini. Jasa baik kalian tidak akan saya
lupakan.kepada keluarga juga yang banyak membantu memberikan kata-kata
semangat dan menjadi sumber inspirasi saya semasa saya berada dalam alam
pengajian.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101
17
Bibliografi
Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd
Lee Keok Cheong, Noriati A. Rashid, Zakiah Noordin dan Zulkufli Mahayudin. (2012)
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd
http://teachersyafa.blogspot.com/2012/08/konsep-falsafah-dan-falsafah-
pendidikan.htmlhttp://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2012/08/kepentingan-elemen-
elemen-yang.htmlhttp://ipgmalaysia.blogspot.com/2009/03/elemen-elemen-falsafah-
pendidikan.htmlhttp://treebuilder.blogspot.com/2011/01/elemen-elemen-dalam-falsafah-
pendidikan.html

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Asas-Asas Pendidikan
Asas-Asas PendidikanAsas-Asas Pendidikan
Asas-Asas PendidikanIntan Irawati
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Adibah Azman
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAWan Nor Faezah
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-gurualexander alexander
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
HALA TUJU PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN SWASTA
HALA TUJU PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN SWASTAHALA TUJU PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN SWASTA
HALA TUJU PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN SWASTAErwina Masir
 
Kebijakan pendidikan
Kebijakan pendidikan Kebijakan pendidikan
Kebijakan pendidikan Erik Kuswanto
 
20140321130358 kpf3012 kuliah 06
20140321130358 kpf3012   kuliah 0620140321130358 kpf3012   kuliah 06
20140321130358 kpf3012 kuliah 06Profesor Laut
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Sukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolahSukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolahBadRule Izraeel
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
Makalah pengertian pendidikan dan tujuannya
Makalah pengertian pendidikan dan tujuannyaMakalah pengertian pendidikan dan tujuannya
Makalah pengertian pendidikan dan tujuannyaMara Sutan Siregar
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaAzizi Ahmad
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraCeedrah Mohammad
 
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan KebangsaanArthur Jupong
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12ammart852
 
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Rainne Lee
 

Was ist angesagt? (20)

Asas-Asas Pendidikan
Asas-Asas PendidikanAsas-Asas Pendidikan
Asas-Asas Pendidikan
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5Pembentangan kuliah 5
Pembentangan kuliah 5
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
8527541 tanggungjawab-dan-peranan-guru
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
HALA TUJU PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN SWASTA
HALA TUJU PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN SWASTAHALA TUJU PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN SWASTA
HALA TUJU PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN SWASTA
 
Tugasan KPF Esei Ilmiah
Tugasan KPF Esei IlmiahTugasan KPF Esei Ilmiah
Tugasan KPF Esei Ilmiah
 
Kebijakan pendidikan
Kebijakan pendidikan Kebijakan pendidikan
Kebijakan pendidikan
 
20140321130358 kpf3012 kuliah 06
20140321130358 kpf3012   kuliah 0620140321130358 kpf3012   kuliah 06
20140321130358 kpf3012 kuliah 06
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Sukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolahSukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolah
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
Makalah pengertian pendidikan dan tujuannya
Makalah pengertian pendidikan dan tujuannyaMakalah pengertian pendidikan dan tujuannya
Makalah pengertian pendidikan dan tujuannya
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
 
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12
 
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
Format suruhanjaya perkhidmatan_pelajaran_terbaharu_2011
 

Andere mochten auch

Akta dan undang undang kanak2
Akta dan undang undang kanak2Akta dan undang undang kanak2
Akta dan undang undang kanak2Munirah Ismail
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bfLee Roy
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_bond82
 

Andere mochten auch (12)

Sure start
Sure startSure start
Sure start
 
Akta dan undang undang kanak2
Akta dan undang undang kanak2Akta dan undang undang kanak2
Akta dan undang undang kanak2
 
Spe Bab1
Spe Bab1Spe Bab1
Spe Bab1
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
 
Akta Kanak-Kanak 2001
Akta Kanak-Kanak 2001Akta Kanak-Kanak 2001
Akta Kanak-Kanak 2001
 

Ähnlich wie Assingment fpm

peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkMusaDiq YaaCob
 
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdfnyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdfNyokap Toto
 
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikanMar Tunis
 
Data bem unpatti
Data bem unpattiData bem unpatti
Data bem unpattiAfif Faith
 
Lembaga pendidikan
Lembaga pendidikanLembaga pendidikan
Lembaga pendidikanNamaku Merah
 
Makalah komprehensif Perkembangan Koqnitif Anak Usia Dini
Makalah komprehensif Perkembangan Koqnitif Anak Usia DiniMakalah komprehensif Perkembangan Koqnitif Anak Usia Dini
Makalah komprehensif Perkembangan Koqnitif Anak Usia DiniSoga Biliyan Jaya
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iThian Ngee
 
Karya tulis ilmiah UPAYA PENINGKATAN RETORIKA,TENDENSI DAN KOMPETENSI BAKAT D...
Karya tulis ilmiah UPAYA PENINGKATAN RETORIKA,TENDENSI DAN KOMPETENSI BAKAT D...Karya tulis ilmiah UPAYA PENINGKATAN RETORIKA,TENDENSI DAN KOMPETENSI BAKAT D...
Karya tulis ilmiah UPAYA PENINGKATAN RETORIKA,TENDENSI DAN KOMPETENSI BAKAT D...Totok Priyo Husodo
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiNur Kareena
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...Siti Nadzirah
 
Makna pendidikan bagi manusia
Makna pendidikan bagi manusiaMakna pendidikan bagi manusia
Makna pendidikan bagi manusiaSugeng Riadi
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 

Ähnlich wie Assingment fpm (20)

Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpk
 
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdfnyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
nyokaptoto slot gacor terbaik dan terpercaya.pdf
 
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan141621285 makalah-manajemen-pendidikan
141621285 makalah-manajemen-pendidikan
 
Bakti dan ujang.p
Bakti dan ujang.pBakti dan ujang.p
Bakti dan ujang.p
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Data bem unpatti
Data bem unpattiData bem unpatti
Data bem unpatti
 
Lembaga pendidikan
Lembaga pendidikanLembaga pendidikan
Lembaga pendidikan
 
Makalah komprehensif Perkembangan Koqnitif Anak Usia Dini
Makalah komprehensif Perkembangan Koqnitif Anak Usia DiniMakalah komprehensif Perkembangan Koqnitif Anak Usia Dini
Makalah komprehensif Perkembangan Koqnitif Anak Usia Dini
 
Pengantar Pengajian Profesional
Pengantar Pengajian ProfesionalPengantar Pengajian Profesional
Pengantar Pengajian Profesional
 
Edu 3101
Edu 3101Edu 3101
Edu 3101
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
 
Karya tulis ilmiah UPAYA PENINGKATAN RETORIKA,TENDENSI DAN KOMPETENSI BAKAT D...
Karya tulis ilmiah UPAYA PENINGKATAN RETORIKA,TENDENSI DAN KOMPETENSI BAKAT D...Karya tulis ilmiah UPAYA PENINGKATAN RETORIKA,TENDENSI DAN KOMPETENSI BAKAT D...
Karya tulis ilmiah UPAYA PENINGKATAN RETORIKA,TENDENSI DAN KOMPETENSI BAKAT D...
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Makna pendidikan bagi manusia
Makna pendidikan bagi manusiaMakna pendidikan bagi manusia
Makna pendidikan bagi manusia
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
makalh pengantar pendidikan
makalh pengantar pendidikanmakalh pengantar pendidikan
makalh pengantar pendidikan
 

Mehr von Mummy Rayyan

Senarai pendaftaran sukan
Senarai pendaftaran sukanSenarai pendaftaran sukan
Senarai pendaftaran sukanMummy Rayyan
 
Assingment full sains
Assingment full sainsAssingment full sains
Assingment full sainsMummy Rayyan
 
Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit
Laporan penuh ceramah rpi 2013 editLaporan penuh ceramah rpi 2013 edit
Laporan penuh ceramah rpi 2013 editMummy Rayyan
 
Assingment cik cit sem 3
Assingment cik cit sem 3Assingment cik cit sem 3
Assingment cik cit sem 3Mummy Rayyan
 
Assingemt dr supian
Assingemt dr supianAssingemt dr supian
Assingemt dr supianMummy Rayyan
 
Surat jabatan-laut
Surat jabatan-lautSurat jabatan-laut
Surat jabatan-lautMummy Rayyan
 
Laporan setiausaha
Laporan setiausahaLaporan setiausaha
Laporan setiausahaMummy Rayyan
 

Mehr von Mummy Rayyan (10)

Senarai pendaftaran sukan
Senarai pendaftaran sukanSenarai pendaftaran sukan
Senarai pendaftaran sukan
 
Senarai produk
Senarai produkSenarai produk
Senarai produk
 
Assingment full sains
Assingment full sainsAssingment full sains
Assingment full sains
 
Titas 6
Titas 6Titas 6
Titas 6
 
Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit
Laporan penuh ceramah rpi 2013 editLaporan penuh ceramah rpi 2013 edit
Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit
 
Assingment pbs
Assingment pbsAssingment pbs
Assingment pbs
 
Assingment cik cit sem 3
Assingment cik cit sem 3Assingment cik cit sem 3
Assingment cik cit sem 3
 
Assingemt dr supian
Assingemt dr supianAssingemt dr supian
Assingemt dr supian
 
Surat jabatan-laut
Surat jabatan-lautSurat jabatan-laut
Surat jabatan-laut
 
Laporan setiausaha
Laporan setiausahaLaporan setiausaha
Laporan setiausaha
 

Kürzlich hochgeladen

PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxfitriaoskar
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Kürzlich hochgeladen (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Assingment fpm

  • 1.
  • 2. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 2
  • 3. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 3 PENGENALAN Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk menjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK. . FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. FPK melihat individu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
  • 4. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 4 Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Berikut merupakan perincian yang dihuraikan oleh pengkaji mengenai FPK. a) Pendidikan Suatu Usaha Berterusan Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai- nilai murni serta mendapatkan kemahiran. Proses ini berjalan secara berterusan dalam diri individu sejak lahir lagi. Pendidikan asas kanak-kanak bermula dari rumah dan dari rumah jugalah sahsiah mereka mula terbentuk dan berterusan. (Kamarudin Hj Husin & Kamarul Azhar, 1994) Pendidikan adalah satu bentuk pencarian erti kehidupan yang sentiasa berterusan. Boleh kita pecahkan pendidikan kepada dua iaitu Pendidikan Tidak Formal dan Pedidikan Formal. Pendidikan tidak fomal bermula di rumah. Ini bermaksud seseorang kanak-kanak dari bayi sehingga memasuki alam persekolahan telah mempelajari pelbagai pelajaran melalui pengalaman dan pemerhatian mereka di persekitaran dalam dan luar rumah. Pendidikan ini tidak mempunyai sukatan pelajaran dan lebih banyak mengunakan psikomotor. Jelasnya disini ialah kanak-kanak telah cuba jaya dalam sesuatu pelajaran yang telah dilakukan olehnya. Sebagai contoh, belajar berjalan, makan, bercakap dan lain-lain lagi. Sistem pendidikan formal pula adalah satu pendidikan yang mempunyai sukatan pelajaran, kelas atau sekolah, mempunyai ujian dan peperiksaan serta lain-lain lagi. Kebiasaannya pendidikan ini bermula seawal usia lima hingga tujuh belas tahun. Hal ini boleh kita lihat dari Tadika sehingga Tingkatan Lima nanti. Pembelajaran yang dinyatakan dalam FPK sebenarnya bukan berhenti di sekolah malahan ianya berterusan sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi dan seterusnya sepanjang hayat. Terdapat banyak program-program yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mewujudkan budaya belajar sepanjang hayat. Antaranya ialah mengalakan golongan guru untuk belajar ke peringkat yang tertinggi bagi memberi peluang kepada golongan ini belajar lagi. Program ini telah memberikan kesedaran kepada guru supaya mereka bukan setakat mempuyai diploma atau ijazah sahaja, malah mereka digalakan untuk belajar ke peringkat yang paling tinggi.
  • 5. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 5 b) Memperkembangkan Potensi Individu Setiap individu memiliki keupayaan dan bakat yang tersendiri. Keupayaan dan bakat itu pula dapat diperkembangkan menerusi aktiviti sosial. Namun begitu tidak semua kebolehan itu dapat dilihat dengan jelas kerana pendedahan untuk memperkembang dan mempertingkatkanya agak terhad. Oleh itu pendidikan memainkan peranan penting dalam memperkembangkan potensi individu dan ia perlu diracangkan terlebih dahulu dan dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh. ( Ee Ah Meng, 1988). Di sekolah, terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang telah diwujudkan bagi memberi keseimbangan dalam akedemik dan aktiviti luar. Kokurikulum ini biasanya dilaksanakan selepas proses pembelajaran. Penglibatan pelajar boleh kita perhatikan dalam kegiatan sukan, kelab, persatuan dan pakaian seragam. Dalam aktiviti ini pelajar akan melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan. Ada di kalangan mereka yang mempunyai bakat dalam menjadi pemimpin. Daripada mereka juga akan membentuk satu kumpulan yang menjadi pengikut kepada ketua mereka. Kesannya, ia akan mendedahkan pelajar tersebut supaya dapat menampilkan diri mereka yang sebenar suatu hari nanti. Daripada kegiatan ini juga, seseorang pelajar akan dapat mengembangkan diri mereka dalam pelbagai bidang. Contohnya sukan, berpantun, bersajak, menyanyi, menari, mereka cipta sesuatu benda baru dan lain-lain lagi kebolehan yang dapat ditunjukan oleh pelajar dalam kegiatan luar. Bakat-bakat ini jika sesebuah sekolah mengunakan kelebihan pelajar ini sudah semestinya ia akan meningkatkan nama sesebuah sekolah. Kita ambil contoh sebuah sekolah yang berunsurkan kesenian iaitu Sekolah Seni Kuching. Di sekolah ini, aktiviti berbetuk kesenian sangat dititikberatkan. Pelajar-pelajar belajar seperti biasa pada sebelah pagi. Di sebelah petang pula, pelajar akan dibahagikan beberapa aktiviti yang telah mereka pilih mengikut minat mereka. Antaranya mereka akan masuk kelas teater, kelas tarian masyarakat, kelas muzik tradisonal, kelas syair dan puisi, kelas pantun dan lain-lain lagi. Semasa kegiatan ini dijalankan, mereka akan diasah mengikut kebolehan mereka dengan bimbingan beberapa guru nanti. Guru akan menjadi petunjuk dalam mencari dan memperkembangkan bakat pelajar ini (Omardin Ashaari, 1998). Kesannya, pelajar tadi akan menjadi semakin mahir dalam minat yang telah mereka pilih tadi. Ini akan memberikan satu impak yang sangat berguna kepada pelajar di sekolah ini apabila mereka tamat persekolahan nanti.
  • 6. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 6 Jika kita imbas kembali, falsafah pendidikan yang menyentuh tentang memperkembangkan potensi individu adalah sangat diperlukan oleh pelajar dan haruslah diteruskan demi menjadikan pelajar negara kita sentiasa mencari kelebihan mereka dalam bidang yang mereka pilih. Setiap pelajar bijak dan lemah mempunyai kelebihan mereka masing-masing. Tidak semestinya pelajar yang lemah tidak mempunyai kebolehan tersendiri, mereka mungkin mempunyai kelebihan dalan sukan dan lain-lain lagi. Tegasnya di sini, falsafah ini sangat releven pada zaman sekarang. c) Menyeluruh Dan Bersepadu Potensi-potensi yang ada pada individu harus dikembangkan secara bersepadu dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Sebagai contohnya potensi dari sudut intelek tidak boleh dipisahkan dengan potensi kerohanian. Pelajar yang bijak adalah tidak seimbang tanpa ada norma-norma kemanusiaan seperti kasih sayang sesama manusia dan menghormati orang lain. Begitu juga dengan potensi lain iaitu potensi rohani dan jasmani dalam satu-satu aktiviti tidak boleh dipisahkan dengan kemahiran bersosial semasa bermain secara berpasukan seperti sifat-sifat kerjasama dalam permainan. Semua potensi ini seharusnya berkembang secara menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar yang sempurna. Usaha hendaklah dijalankan untuk menghubungkaitkan perkembangan semua potensi untuk memenuhi keperluan jasmani, intelek, rohani dan sosial. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah selain memberikan pendidikan keduniaan seperti ilmu akademik dan jasmani untuk mengembangkan semua potensi secara bersepadu adalah dengan menerapkan kepercayaan kepada tuhan. Ini akan melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi selain berilmu. Oleh itu, semua potensi hendaklah dikembangkan melalui berbagai-bagai aktiviti kehidupan manusia yang berlandaskan nilai-nilai murni dan juga norma-norma masyarakat yang baik seperti aktiviti ceramah agama dan gotong-royong selain proses pembelajar dan pengajaran dalam kelas. Oleh itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan kurikulum yang sesuai bagi mencapai hasrat ini. Antaranya adalah mewujudkan bidang mata pelajaran seperti matematik dan bahasa untuk tujuan komunikasi, bidang Pendidikan Agama Islam, moral, geografi dan sains untuk mengenali manusia dan alam sekeliling serta pencipta kita. Bidang Muzik, pendidikan Jasmani dan kesihatan, kokurukulum dan bidang kemahiran-kemahiran manipulatif untuk memperkembangkan potensi individu secara bersepadu.
  • 7. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 7 d) Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia mencukupi iaitu pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan bersepadu. Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani dalam diri manusia adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Keadaan ini akan membawa hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar dan manusia dengan Maha Pencipta. Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengatahuan, berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang sihat, tubuh badan yang sihat dan cergas serta mampu bekerjasama dengan orang lain dan mempunyai keyakinan yang teguh kepada Tuhan. Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan harmonis memiliki kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran. Dalam alam pekerjaan mereka mampu melaksanakan tugas dengan amanah dan baik. Mereka juga begitu teguh dalam menjalani kehidupan seharian iaitu segala masalah dan cabaran yang dihadapi dapat di atasi secara profesional dan rasional. Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pendidikan sempurna di sekolah dan rumah. Di sekolah telah disediakan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak. Hasrat ini tidak akan tercapai jika anak-anak tidak ke sekolah. Oleh itu ibu bapa dan guru harus bekerjasama bagi memastikan pendidikan ini sampai kepada golongan pelajar untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara. e) Keseimbangan Dari Aspek JERI Pendidikan di Malaysia suatu usaha berterusan ke arah melahirkan insan atau individu yang seimbang dari aspek Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani atau lebih dikenali sebagai “JERI”. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Keseimbangan dalam aspek JERI boleh dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur Jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan angota-angota tubuh badan dengan cekap dan sihat. Walaupun merujuk tubuh badan, kesihatannya bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, ia juga perlu penjagaan emosi. Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan subjek-subjek yang berkaitan dalam sistem pendidikan negara. Contohnya subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta aktiviti dalam Kelab dan
  • 8. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 8 Persatuan seperti Kelab Kebudayaan yang melibatkan gerakan dan kemahiran. Dengan unsur jasmani pelajar seharusnya dapat memperkembangkan bakat dan kemahiran teknikal, memanipulatif dan bersosial. Jasmani yang sihat secara dasarnya bermaksud memiliki tubuh badan yang sihat. Dengan tubuh badan yang sihat pelajar tentu sekali dapat menyumbang tenaga dengan baik dan berkesan. Dengan melahirkan insan atau individu yang sihat sahaja tidak cukup dalam sistem pendidikan negara. Ia juga perlu melahirkan insan atau individu yang stabil emosi. Unsur emosi ini diselit bagi menjamin perasaan yang sihat dan matang serta memiliki kasih sayang untuk mencintai perpaduan serta keamanan dan perasaan positif yang lain yang dapat menjamin kestabilan individu yang membawa kepada keatabilan negara. Contohnya, seseorang yang sihat tubuh badan tetapi bila menghadapi cabaran cepat panas baran, putus asa atau pun bunuh diri. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada emosi yang stabil. Emosi merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi pelajar yang mempunyai masalah emosi guru kaunseling bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat diselesaikan dengan baik. Contohnya, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga ditubuhkan di setiap sekolah di mana ahlinya dipilih di kalangan pelajar-pelajar untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli PRS ini diberi pendedahan yang khas untuk membantu rakan-rakan mereka. Satu buku panduan yang mencadangkan cara-cara menangani masalah emosi harus diterbitkan dan diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah agar ianya dapat dijadikan panduan oleh mereka apabila mempunyai konflik emosi kerana sesetengah pelajar malu untuk meluahkan konflik emosi mereka. Penjagaan emosi adalah penting kerana masalah emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal. Seimbang daripada aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, emosi yang stabil juga tidak cukup untuk melahirkan insan yang seimbang, jika tidak ada unsur rohani dalam diri. Rohani adalah merujuk kepada pembentukan dan pembinaan watak dan kejatidirian manusia. Sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang sesuai dengan agama, adat dan sosio-budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Unsur rohani ini diselitkan agar setiap individu percaya kepada Tuhan, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan serta berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada amalan-amalan yang baik. Jika rohani kosong atau penerapan nilai-nilai moral tidak ada maka kita tidak dapat melahirkan keperibadian yang mulia. Oleh itu kerajaan telah memantapkan matapelajaran agama Islam di sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF). Bagi pelajar yang bukan Islam pendidikan moral sudah cukup tetapi amali haruslah diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ianya dapat dipraktikan di luar.
  • 9. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 9 Sihat, emosi stabil dan bermoral juga tidak dapat melahirkan insan yang seimbang tanpa intelek. Intelek bermaksud daya kemampuan berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup bermasyarakat dan cergas. Intelek merupakan unsur yang sangat diperlukan. Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi rakyat Malaysia intelek diukur di atas kertas ujian. Kebanyakan rakyat Malaysia menganggap bahawa intelek merupakan lembing kejayaan individu. Perkara ini harus dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah kejayaan merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan berdikari. Contohnya, apalah guna cemerlang didalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan berfikiran rasional untuk membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa hadapan. Guru-guru harus mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang diajar supaya murid yang lahir akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat keputusan yang bernas dan bijak serta tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan keyakinan pelajar dengan memberi mereka peluang untuk bercakap di khalayak ramai. f) Kepercayaan Kepada Tuhan Kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam pembentukan identiti negara Malaysia. Pihak kerajaan telah membentuk rukun negara dengan meletakkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan pada tempat yang pertama. Ini menunjukkan betapa pentingnya prinsip ini kepada pembentukan sesebuah negara Malaysia yang harmoni di mana masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai agama, kaum, budaya, bahasa, dan sebagainya. Dengan adanya kepercayaan kepada Tuhan oleh masyarakat di negara kita, ini akan mewujudkan satu masyarakat yang seimbang. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), perkara yang sangat dititikberatkan adalah berkaitan dengan soal keagamaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan.
  • 10. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 10 Kepercayaan kepada Tuhan adalah elemen yang ketujuh dalam Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana kalau kita lihat kepentingannya, semua pelajar Islam diwajibkan mengambil mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan awam. Sementara itu, pelajar bukan Islam hendaklah diberikan pelajaran Pendidikan Moral. Kewajipan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelajar-pelajar dapat mengamalkan konsep kepercayaan kepada Tuhan kerana mereka telah diajar perkara tersebut di dalam kelas. Dalam melihat kepada kerelevan kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan pelajar- pelajar di negara kita berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pengkaji bersetuju dan berpendapat bahawa ianya begitu relevan dan sesuai mengikut peredaran zaman dan masa. Hal ini kalau kita lihat secara rasionalnya, individu-individu pelajar telah mengakui tentang wujudnya Pencipta. Pelajar-pelajar telah mengamalkan kepercayaan keagamaan masing-masing seperti dalam agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Mereka mengakui bahawa manusia dan alam semesta dijadikan oleh Pencipta yang disebut sebagai Tuhan. Malah mereka juga mengetahui hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta. Pelajar-pelajar juga boleh berfikir dan menyedari bahawa manusia dijadikan adalah untuk memakmurkan alam dan bertanggungjawab di atas perbuatan yang dilakukan seperti percaya adanya syurga dan neraka, dosa dan pahala, hukuman dan tindakan dan lain- lain. Malah, pelajar-pelajar berusaha untuk meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan di mana mereka akan hadir ke tempat-tempat beribadat mengikut kepercayaan dan amalan agama masing-masing. Bagi mengukuhkan amalan, mereka berusaha mencari ilmu dan mengamalkan ajaran agama. Sebagai contoh, pendidikan tentang agama bermula dari sekolah rendah dan ramai pelajar memasuki sekolah aliran agama bagi mendapatkan ilmu pengetahuan agama, mengamalkannya dan menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain. Secara realiti dunia pada hari ini, peredaran zaman telah mengubah pelbagai aspek dalam kehidupan manusia di dunia ini. Tidak terkecuali dalam aspek pendidikan dan sahsiah pelajar. Di sini kita melihat konteks di negara kita, pegangan agama dalam kalangan pelajar sejak akhir-akhirnya ini amat membimbangkan. Ramai pelajar pada peringkat rendah mahupun atasan kurang memahami dan menghayati isi kandungan apa yang diajar kepada mereka berkaitan aspek keagamaan. Ramai pelajar tidak tahu membaca al-quran dan tidak menjawab soalan Pendidikan Islam dan moral dalam peperiksaan.
  • 11. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 11 Pelajar-pelajar yang berjaya dan lulus dalam peperiksaan Pendidikan Islam dan moral hanyalah sekadar untuk memenuhi syarat mereka untuk memasuki institusi pengajian tinggi ataupun untuk mencari pekerjaan apabila tamat persekolahan nanti. Kita juga amat sedih kerana kurangnya dari segi pengamalan keagamaan pelajar-pelajar dan mempraktikkannya dalam kehidupan harian semasa ilmu-ilmu pengetahuan agama yang diajar oleh guru-guru di sekolah. Pelajar-pelajar lebih suka pergi ke tempat-tempat lain seperti pusat beli belah, melepak dijalanan, ke taman-taman rekreasi, tempat perkelahan dan sebagainya. Mereka jarang untuk pergi ke tempat-tempat beribadat dan ada sekalipun hanya apabila perlu sahaja. Keadaan ini boleh menimbulkan gejala- gejala yang tidak sihat dalam kalangan pelajar yang akhirnya mereka boleh terjebak ke lembah maksiat dan meninggalkan amalan keagamaan seperti kepercayaan kepada tuhan. Dunia teknologi maklumat dan globalisasi pada hari ini menyebabkan penyebaran budaya dan anasir-anasir jahat yang bertentangan dengan agama dan norma masyarakat. Proses globalisasi yang tiada sempadan memudahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakyah negatif kepada remaja kita. Contohnya, amalan Black Metal, Punk, Skin Head, seks bebas, perkahwinan sejenis dan sebagainya. Perkara-perkara ini bukan sahaja telah disebarkan kepada remaja dan pelajar-pelajar, malah ada yang telah mengikut dan mengamalkannya. Hal ini amat membimbangkan semua pihak. Oleh itu, usaha dan langkah-langkah perlu diambil agar gejala ini tidak meresap ke dalam jiwa remaja dan pelajar-pelajar. Kepercayaan kepada tuhan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu ditekannya kepada pelajar-pelajar agar masalah seperti ini dapat diatasi. g) Berilmu Pengetahuan Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen ini menyarankan rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan serta menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam. Selain itu, dalam pembentukan FPK, ianya juga menekankan penyebaran ilmu pengetahuan dan memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain.
  • 12. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 12 Secara realiti dalam konteks hari ini, wujud segelintir pelajar-pelajar baik peringkat rendah mahupun menengah tidak tahu membaca. Hal ini amat membimbangkan para pendidik kerana zaman moden kalau difikirkan kita memang tidak wujud golongan pelajar yang tidak pandai membaca. Ini boleh membantutkan perancangan negara dalam memcapai negara maju pada tahun 2020. Ramai pelajar hanya belajar sehingga peringkat ijazah dan berhenti setakat itu sahaja demi mencari pekerjaan yang bersesuaian. Situasi ini berlaku disebabkan terlalu ramai graduan universiti yang menganggur dan tidak mendapat pekerjaan yang sesuai. Bagi pandangan graduan, tidak guna belajar pada peringkat yang seterusnya sedangkan tiada peluang pekerjaan diwujudkan bersesuaian dengan bidang-bidang yang diambil semasa di univerisiti Selain itu, rakyat Malaysia kurang membaca buku-buku ilmiah berbanding buku-buku berbentuk hiburan seperti majalah mangga, komik kartun dan sebagainya. Ini juga amat merisaukan semua pihak. Untuk mencapai hasrat kerajaan dalam FPK, ilmu pengetahuan yang mendalam perlu ada dalam diri masyarakat. Rakyat Malaysia lebih mengetahui situasi dan perkembangan isu di negara luar berbanding dalam negara sendiri. Ini juga merisau pihak kerajaan dalam merealisasikan apa yang terkandung dalam FPK. h) Rakyat Malaysia Yang Berketerampilan Keterampilan membawa maksud bagaimana seseorang dapat berhubung dengan insan yang lain (Ee Ah Meng, 1990). Ia juga meliputi beberapa aspek seperti pemikiran , kepercayaan dan perasaan. Di sini hasrat yang ingin dicapai ialah melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam menjalankan sesuatu tugas atau amanah. Melahirkan individu yang berketerampilan ini penting bagi memastikan keseimbangan pendidikan dari segi rohani, jasmani dan intelek. Antara ciri-ciri individu berketerampilan yang ingin dilahirkan ialah yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan sememangnya kunci bagi kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi. Dalam situasi perkembangan dunia hari dimana perkembangan teknologi adalah begitu pesat, ilmu pengetahuan sememangnya amat mudah didapati. Hasrat melahirkan individu yang berpengetahuan harus disertai dengan mempunyai kemahiran apabila mempraktikkan ilmu pengetahuan tersebut. Selain itu, mereka juga harus memiliki kelayakan yang wajar bagi menjalankan sesuatu tugas. Mempunyai kelayakan membolehkan individu mempunyai keyakinan bagi menjalankan sesuatu tugas. Apabila mahir serta berkelayakan, maka individu mampu melaksanakan tugas dengan cekap, tangkas dan sempurna. Dengan ini juga individu tersebut mampu memberi dan menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada orang lain yang memerlukan.
  • 13. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 13 Dalam pendidikan, kompenan-kompenan yang harus di ambil kira ialah penampilan secara fizikal dimana seseorang pelajar harus memainkan peranan dalam penampilan mereka. Sebagai contoh, pakaian pelajar perlu kemas dan mengikut kod etika pakaian serta harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Seterusnya, ketrampilan juga melihat elemen bagaimana pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Ia berkaitan dengan aspek positif atau negatif pemikiran seseorang itu terhadap diri mereka dan orang lain. Akhirnya ia memberi penekanan yang tinggi terhadap perasaan harga diri dan keyakinan diri. Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia Sehubungan dengan itu, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga ingin melahirkan masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia. Masyarakat berakhlak mulia di sini bermaksud masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersopan santun, berbudi bahasa, jujur, amanah, berintergriti dan sebagainya. Unsur ini merupakan perkara utama yang dituntut agar rakyat Malaysia mampu untuk berfikir, bertindak dan menilai mana satu yang baik dan mana satu yangg buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Kesemua nilai-nilai murni ini sangat penting dan perlu diterapkan kepada rakyat Malaysia sejak dari peringkat sekolah lagi supaya ia sebati di dalam jiwa rakyat Malaysia. j) Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab Selain daripada itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menitikberatkan unsur dan nilai kebertanggungjawaban di dalam diri setiap rakyat Malaysia. Bertanggungjawab yang dimaksudkan disini bukanlah bererti bertanggungjawab ke atas tugasan pekerjaan sahaja malahan ianya meliputi pelbagai aspek tanggungjawab seperti tanggungjawab terhadap agama dan keluarga, tanggungjawab terhadap perlembagaan undang- undang, tanggungjawab terhadap keamanan sejagat dan sebagainya. Oleh sebab itu, nilai ini telah dipupuk dan disemai kepada rakyat Malaysia sejak berada di bangku sekolah lagi. Dengan mengetahui tugas dan tanggungjawab ini diharapkan agar rakyat Malaysia mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara yang berwibawa, disegani dan dihormati disamping memelihara perpaduan kaum untuk menjamin keamanan negara diteruskan.
  • 14. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 14 k) Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Seterusnya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mampu dan berkeupayaan untuk menikmati kesejahteraan diri. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri di sini bermaksud seseorang individu yang berupaya menangani apa-apa sahaja masalah di dalam hidupnya sebagai contoh. Mereka juga mampu untuk berfikir secara waras apabila menghadapi sebarang situasi seperti menilai kesan dan akibat baik dan buruk sesuatu pertimbangan. Di samping itu juga, keseimbangan mencapai kesejahteraan hidup ini juga meliputi keupayaan seseorang individu untuk mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain. l) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Unsur yang terakhir yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu rakyat Malaysia yang dapat memberikan banyak sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara. Dengan wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan kepada negara, ia sebenarnya telah membantu proses pembangunan negara ke arah sebuah negara maju. Bukan itu sahaja, harapan untuk melihat ramai rakyat Malaysia berjaya di dalam memberikan sumbangan terutama sekali sumbangan kepada keluarga akan menambahkan lagi keharmonian dan kemakmuran di dalam sesebuah keluarga bahkan juga kepada masyarakat. Tuntasnya disini adalah untuk melahirkan masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana elemen-elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.
  • 15. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 15 REFLEKSI NURDIANA BINTI YUNUS (201119210045) Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi, akhirnya tugasan Falsafah dan Pendidikan malaysia (EDU 3102) ini dapat saya siapkan dengan jayanya walaupun semasa saya menyiapkan tugasan ini banyak halangan dan cabaran yang terpaksa saya lalui.pertama kali saya mendapat tugasan ini saya tidak tahu langsung mengenai falsafah pendidikan kebangsaan mahupun falsafah pendidikan guru Serta system pendidikan di Malaysia Saya selalu mendengar dan menghafal FPK DAN FPG ini bagi menghadiri temuduga semasa saya berkhidmat sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Saya tidak ambil pusing mengenai FPK dan FPG yang saya saya hafal dan diterima semasa ditemuduga.akhirnya apabila saya sampai di institu pendidikan guru kampus bahasa melayu (IPGKBM) saya banyak didedahkan mengenai peranan guru dalam mendidik anak bangsa.Peranan guru dalam mendidik dan membimbing anak bangsa sangat penting untuk pembangunan ekonomi negara Semasa membuat tugasan ini beberapa masalah telah timbul diantaranya berkaitan dengan sumber rujukan.Tidak banyak buku rujukan yang terdapat di perpustakaan IPGKBM. Buku rujukan yang ada kebanyakan adalah edisi lama dan kebanyakan isi tidak menepati keperluan sekarang tetapi masaah ini dapat diatasi dengan bantuan rakan yang meminjamkan buku rujukan yang beliau ada dan rujukan daripada sumber laman sesawang.semua maklumat yang diperolehi saya satukan dan dioleh sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam subjek Falsafah dan pendidikan Malaysia ini saya dapat menghuraikan FPK dan FPG dalam pelbagai segi dan saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mencapai garis panduan untuk menjadi guru seperti yang terdapat didalam FPK dan FPG.dalam akhir tugasan ini saya dapat membincangkan konsep pendidikan dan peranan pendidikan dalam pembangunan nasional dan dapat menghuraikan konsep dan implikas FPK dan FPG.Melalui FPK dan FPG menjadi panduan kita sebagai seorang guru untuk mendidik pelajar menjadi insan yang cemerlang dari segi Terdapat banyak implikasi FPG dan FPK yang perlu diketahui dan diikuti untuk menjadi seorang guru yang berkaliber.dalam tugasan ini banyak kekurangan yang saya dapat lihat didalam diri saya untuk saya mencapai falsafah FPK dan FPG.saya perlu menyiapkan diri daya sebelum saya menjadi seorang pendidik diluar sana supaya misi dan matlamat kementerian pelajaran Malaysia (kpm) akan tercapai untuk melahirkan seorang guru yang berkaliber dari segi rohani mahupun jasmani
  • 16. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 16 Akhir kata saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu puan Sabariah Binti Yaakub yang banyak memberikan sokongan dan memberikan kata-kataa motivasi kepada saya untuk saya menyiapkan tugasan ini.Tidak dilupakan kepada rakan-rakan didalam kelas yang memberikan idea dan buah fikiran sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini. Jasa baik kalian tidak akan saya lupakan.kepada keluarga juga yang banyak membantu memberikan kata-kata semangat dan menjadi sumber inspirasi saya semasa saya berada dalam alam pengajian.
  • 17. FALSAFAH DAN PENDIDIKAN MALAYSIA EDU 3101 17 Bibliografi Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd Lee Keok Cheong, Noriati A. Rashid, Zakiah Noordin dan Zulkufli Mahayudin. (2012) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd http://teachersyafa.blogspot.com/2012/08/konsep-falsafah-dan-falsafah- pendidikan.htmlhttp://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2012/08/kepentingan-elemen- elemen-yang.htmlhttp://ipgmalaysia.blogspot.com/2009/03/elemen-elemen-falsafah- pendidikan.htmlhttp://treebuilder.blogspot.com/2011/01/elemen-elemen-dalam-falsafah- pendidikan.html