1. Dr.Hj. Ahmad Bin Hj. Abang
K.M.N., A.M.N., DDPH(Sydney),B.D.S (Malaya)
Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian
Bahagian Perkhidmatan Pergigian
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur & Putrajaya
11. Dengan Menyebut Nama Allah Yang
Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya
kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan
nikmat kepada mereka; bukan mereka yang dimurkai
dan bukan pula mereka yang sesat.
12. Amanah Allah S.W.T. kepada
umat yang terbaik :
Kamu adalah umat yang
paling baik yang dilahirkan
untuk faedah manusia,
menyuruh mengerjakan yang
benar dan melarang
membuat yang salah, serta
beriman kepada Allah.
(Al-Quran 3:110)
15. PERKHIDMATAN BERPUSATKAN
PESAKIT
(PATIENT CENTRED SERVICE)
INFRASTUKTUR : UJIAN MAKMAL,
FARMASI, PERKHIDMATAN RADIOLOGI
KEMAHIRAN PELBAGAI
KEBOLEHAN UNTUK MEMBERI RAWATAN
ASAS
PENCAPAIAN HASIL RAWATAN
18. KEBUDAYAAN
Keseluruhan cara hidup (yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan
dan berfikir) serta segala kegiatan dan
penciptaan yang berupa kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat,
tamadun, peradaban, kemajuan (akal
budi)
Kamus Dewan
21. BUDAYA KORPORAT
Budaya Korporat bermaksud satu
pembentukan amalan dan
perlakuan yang berasaskan
kepada nilai-nilai bermakna dan
komited terhadap objektif
Kementerian
23. LATAR BELAKANG
Initiatif Budaya Kerja KKM bermula pada
tahun 1991
Jawatankuasa Kerja telah memutuskan
untuk mendalami ciri-ciri berasaskan 3
Nilai-nilai Utama / ‘Core Values’
Majlis Perasmian Penerapan Budaya
Korporat – 23 Februari 2009
25. PERKHIDMATAN PENYAYANG
Corak perkhidmatan penyayang
yang ingin diwujudkan di
Kementerian ini adalah berteraskan
kepada 3 unsur
1. Bersopan Santun
2. Responsif
3. Menghormati
26. PERKHIDMATAN PENYAYANG
1. Bersopan Santun
Amalan dan perlakuan bersopan
santun bermakna mereka yang
sentiasa berbudi bahasa, mempunyai
perasaan timbangrasa dan sentiasa
murah hati untuk menghulurkan
pertolongan(sedia membantu) kepada
insan lain, sama ada rakan sejawat
atau pun pelanggan
27. BERBUDI BAHASA
Tenang, peramah dan mudah tersenyum
Bermula dengan senyuman
ikhlas, tumpuan terhadap pelanggan
Melayan dengan lemah lembut,
mesra dan bertutur dengan baik
Perasaan anda.
Penampilan anda.
Perwatakan anda.
Cara anda dibesarkan.
Jangan terbawa-terbawa
perangai tidak baik.
Suasana di rumah tidak sama
dengan tempat kerja.
28. A Smile….
“Senyuman itu adalah penawar”
“Senyuman itu suatu amal jariah”
“Senyuman itu adalah suatu sedekah”
30. A Kind Word
“Words are all I have, to
take your heart away”
Bee Gees 70s
31. BERTIMBANG
RASA
Prihatin terhadap keselesaan
dan kesejahteraan orang lain.
Selalunya tidak mendesak dan
juga penyabar
Double standard.
Pelanggan=Pesakit
- Menanggung kesakitan
- Menanggung kerisauan / resah
- Menanggung keluarga
- Beban kerja
33. SEDIA MEMBANTU
Kesediaan menghulur pertolongan kepada
sesiapa walau dimana tanpa diminta.
Ikhlas dan penuh mesra.
Udang sebalik batu.
Harapan mesti balas.
Berkira.
Tangan yang menghulur lebih baik
dari yang menerima
34. PERKHIDMATAN PENYAYANG
2. Responsif
Memberi perkhidmatan yang cekap
kepada pelanggan, bertindak secara
cepat dan tepat demi untuk
kepentingan pelanggan
(Proaktif, Bertindak Pantas &
Ketepatan Masa)
35. PROAKTIF
Dapat menjangka apa yang diperlukan
oleh orang lain dan mengambil inisiatif
untuk memberi perkidmatan
yang diperlukan atau menyelesai
masalah yang mungkin timbul.
Tidak perlu tunggu arahan.
Seorang yang reaktif hanya
akan bertindak apabila
sesuatu telah berlaku.
36. BERTINDAK DENGAN PANTAS
Bertindak segeradengan cekap dalam semua
keadaan semasa memberi perkhidmatan atau
apabila berlaku sesuatu.
Keadaan cemas.
Lengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran.
Ingin tahu.
Mengambil tindakan bergantung
kepada situasi
Kemampuan anda.
37. KETEPATAN MASA
Mengikut jadual yang
telah ditetapkan
On-time: perancangan
First things first
Organiser/planner
Tepati temujanji dan
membuat persediaan
38. PERKHIDMATAN PENYAYANG
3. Hormat Menghormati
Amalan hormat menghormati ini
bermaksud kita berinteraksi secara
jujur, mulia dan tidak menjatuhkan
maruah orang lain atau membuatkan
orang lain merasa malu
39. HORMATI PRIVASI
ORANG LAIN
Hormati hal-hal peribadi.
Semua manusia ada
perasaan malu.
“Respect human dignity”
Tirai.
Ditemani semasa
pemeriksaan.
41. ETIKET SOSIAL
Cara berinteraksi dengan orang lain
secara hormat.
Cara memanggil pelanggan.
Cara menjawab pertanyaan.
Berikan ucapan yang
bersesuaian.
42. Komunikasi Positif
Komunikasi antara individu:
C : Clarify your thinking
O : Obtain favourable attention
M : Make it simple and specific
M : Make effective use of feedback
U : Use “your” appeal
N : Note social climate and specific
situation
I : Include benefits to the receiver
43. C: Consider tone as well as content
A: Always plan mental pictures as social
images
T: Talk only in positive terms
I : Impress, repeat, associate to get retention
O : Offer and earn liking and respect
N : Nullify barriers to transmission and
reception.
Komunikasi Positif
44. Nilai teras Penyayang
Kami komited untuk menerima
pelanggan dengan sikap ramah mesra
dan penuh perhatian.
Kami bersedia memberi layanan dengan
bersopan santun, responsif dan
menghormati hak individu.
Kami bertanggungjawab memberi
perkhidmatan yang mesra pelanggan.
46. DEFINISI
Profesion
Pekerjaan terutama yang memerlukan pelajaran yang
tinggi dan latihan khas
Professionalisme
Sifat sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan
sesuatu dll.) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada
atau dilakukan oleh seorang profesional.
(Kamus Dewan)
48. Seseorang itu boleh dianggap profesional
apabila beliau KOMITED terhadap kerjanya dan
sentiasa MENDISIPLINKAN dirinya. Kerja
yang dilakukan mempunyai TARAF kualiti
yang tinggi, menggunakan CARA YANG
TERBAIK yang menjimatkan kos, masa dan
tenaga tanpa membelakangi ETIKA yang telah
ditetapkan dan bersesuaian.
50. Sesorang yang komited itu selalunya
mempunyai ciri-ciri tersebut :
• Kesungguhan menjalankan tugas
( ketekunan dan dedikasi )
• Keyakinan dalam melaksanakan tugas
( tidak perlu diselia atau meminta
bantuan )
• Proaktif ( kebolehan menjangka dan
mengambil langkah awalan )
51. Komitmen boleh dipupuk melalui:
• Komunikasi berkesan
• Empowerment
• Mempastikan perkembangan anggota
• Memberi pengiktirafan yang bersesuaian dan
• Mempastikan persekitaran tempat kerja yang
kondusif
53. Tujuan disiplin adalah untuk mengawal
kelakuan kakitangan awam supaya sempurna
dan bersesuaian dengan kedudukan penting
mereka dalam masyarakat. Imej perkhidmatan
terletak pada tahap disiplin yang dipamerkan
oleh anggotanya. Disiplin yang perlu dipatuhi
oleh anggota perkhidmatan awam termaktub
dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dibawah BAB D
– PERATURAN – PERATURAN PEGAWAI AWAM
( KELAKUAN DAN TATATERTIB )
54. Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib)
Tatakelakuan Yang Perlu Diikuti
4(2)(a) Tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi
kepentingan persendirian.
4(2)(d) Tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara
hingga memburukkan nama perkhidmatan awam;
4(2)(e) Tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha
(lemah dalam daya pemikiran; malas atau cuai)
4(2)(i) Tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan
dengan apa-apa cara yang disifatkan sebagai ingkar
perintah.
55. Perkara-perkara Yang Perlu Diikuti
Peraturan Perkara
6 Pakaian (memakai pakaian yang
ditetapkan oleh kerajaan)
7 Menyalahguna Dadah
8 Hadiah – memberi atau menerima
10 Pemunyaan Harta (membuat
pengisytiharaan harta kepada Pihak
Berkuasa Tatatertib.
12 Meminjam wang (menjadi penjamin)
23 Tidak hadir bertugas (tidak boleh tidak
hadir bertugas tanpa cuti/tanpa
kebenaran/tanpa sebab yang munasabah.
57. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Elemen yang penting untuk memperolehi cara terbaik dalam
melakukan sesuatu perkerjaan ialah ILMU PENGETAHUAN dan
KEMAHIRAN. Tanpa ilmu seseorang itu tidak dapat menjiwai
kerja yang sedang dibuatnya. Kita perlu tahu mengapa kita
melakukan sesuatu pekerjaan itu (bukan seperti robot)
Kemahiran akan hanya dapat didalami apabila seseorang itu
mula bekerja selepas mendapat ilmu. Pengetahuan dan
kemahiran perlu dipratikkan jika tidak ianya tidak berguna. Ilmu
ini akan lebih bermakna jika iajuga diajar kepada rakan dan orang
lain. Melbatkan diri dalam aktiviti jabatan seperti AJK Hari Q,
KMK , Klab Sukan dan Sosial boleh meningkat ilmu dan
kemahiran seseorang
59. Eh..betul ke
Doktor ni? Mulut
tak tutup, sarung
tangan tak pakai!!!
Tanggungjawab & tingkah laku anggota
60. Definisi Etika
Tanggungjawab dan tingkah laku seseorang terhadap
masyarakat.
Di dalam pembentukan etika, terdapat tiga unsur utama yang diperlukan:
• Nilai - sifat ( attribute ) yakni sesuatu objek diberikan sifat dan kedudukan
tertentu untuk menyatakan nilai yang tinggi terhadapnya.
•Norma – peraturan-peraturan praktis yang dicipta dan diterima oleh
masyarakat, yang mengawal tatakelakuan masyarakat tersebut.
•Sikap – keadaan kesediaan seseorang yang bersifat mental dan saraf untuk
bertindak terhadap sesuatu objek atau suasana tertentu, yang
terbentuk melalui pengalaman dan mempengaruhi sesorang terhadap
sesuatu (objek ) dan suasana tadi. Sikap dengan itu tidak semulajadi, tetapi
dipelajari melalui pengalaman; dan ini bermakna ia adalah dinamik dan
boleh diubah melalui pendidikan dan latihan.
61. Bagi Perkhidmatan Awam, etika kerja adalah unsur yang sangat
mustahak untuk dititikberatkan kerana setiap anggota kerajaan
perlu memiliki tingkahlaku yang sempurna seperti dikehendaki
oleh masyarakat. Etika kerja ini adalah satu bentuk kawalan
bagi mempastikan perlakuan pekerja sentiasa selaras dengan
sistem nilai Perkhidmatan Awam.
Tingkah laku yang beretika ada seperti berikut:
•Amanah
•Bertanggungjawab
•Ikhlas
•Jujur
•Berdedikasi
•Berdisiplin
•Bekerjasam
•Bersih
•Tekun
•Sederhana
•Berbudi mulia
•Bersabar
•Sopan santun
•Peramah
•Adil
•Berilmu
•Bersyukur
•Beriman dan etc
62. Perlakuan yang tidak beretika:
Secara umumnya perbuatan-perbuatan atau tingakah laku
seseorang pegawai itu dikatakan tidak beretika apabila:
• Perbuatan tersebut melanggar undang-undang negara
dan boleh dikenakan hukuman
• Apabila perbuatan itu bercanggah dengan prinsip-
prinsip moral dan etika yang diamalkan oleh masyarakat
dan
• Apabila perbuatan itu dilakukan bukan atas tujuan
awam sebaliknya disebabkan oleh tekanan – tekanan
seperti kepentingan kekeluargaan, politik, agama atau
suku kaum.
63. Contoh- contoh perbuatan yang dianggap tidak
beretika ini termasuklah :
• Rasuah, sogokan, pilih kasih dan menyalahgunakan
pengaruh;
• Bertindak bercanggah dengan kepentingan awam
seperti membuat urusniaga atas tujuan kepentingan diri
atau melakukan kerja luar semasa memegang jawatan
awam.
• Menyalahgunakan maklumat kerajaan untuk
kepentingan sendiri / keluarga dan
• Memberi pengecualian dalam menguatkuasakan
undang-undang demi untuk melindungi kepentingan diri
atau keluarga.
64. Hasil kerja itu mesti mencapai “standard” atau taraf yang dikehendaki. Taraf
in adalah yang minimum dan setiap anggota digalakkan untuk menghasilkan
pekerjaan yang melebihi taraf. Misalnya adalah seperti yang dikehendaki
dalam QAP indicator dan SKT:
Pap Smear – technically unsatisfactory smear Tidak melebihi 5%
Percentage of Primary school children covered 95%
Mencapai kadar prevalen kusta Kurang dari 1 bagi 10,000 penduduk
Dos Ketiga DPT(Liputan immunisasi) 90%
Pesakit baru 2000
Bilangan ceramah 20 kali
66. Nilai teras Profesionalisme
Kami komited untuk memberi
perkhidmatan yang terbaik merangkumi
etika dan taraf kerja yang dikehendaki
serta prinsip anggota yang
bertanggungjawab.
Kami percaya dalam memberikan
perkhidmatan cemerlang dan sentiasa
bersedia memenuhi harapan
mesyarakat.
68. KERJA BERPASUKAN
Apakah faedah bekerjasama?
1) Tekanan kerja berkurangan
2) Tanggungjawab dikongsi bersama
3) Pengetahuan dan kemahiran dapat dipertingkatkan
4) Perasaan harga diri dapat dipupuk
5) Kejayaan dan kegagalan dapat dikongsi bersama
6) Ahli-ahli dalam pasukan dapat belajar di antara
satu sama lain
7) Setiap ahli mempunyai semangat kekitaan
8) Bekerja bersama dalam pasukan adalah
menyeronokkan
69. Elemen-elemen kerja berpasukan
I : Bersatu menuju matlamat
II : Perasaan kekitaan
III : Kepimpinan
IV : Saling Mempercayai
V : Akauntabiliti
VI : Pengetahuan & Kemahiran
VII : Kreativiti / Inovasi
VIII : Kerjasama dalam pasukan &
Kesepakatan
70. Elemen Kerja Berpasukan
Elemen I: Bersatu menuju matlamat
Setiap ahli dalam pasukan mesti
bersatu menuju matlamat sekiranya
objektif hendak dicapai. Oleh yang
demikian matlamat mestilah jelas dan
dipercayai oleh setiap ahli.
71. Elemen Kerja Berpasukan
Elemen II: Perasaan kekitaan
adalah perlu bagi sesuatu organisasi
kerana ia menanamkan semangat
kekeluargaan diantara semua
anggota. Perasaan ini boleh
meningkatkan komitmen anggota
kearah pencapaian matlamat
organisasi.
72. Elemen Kerja Berpasukan
Elemen III: Kepimpinan
Kepimpinan bererti berupaya untuk
merangsang penghasilan yang terbaik
daripada seseorang serta boleh
memberi panduan bagi mencapai
matlamat yang sama. Kepimpinan
yang berkesan adalah perlu bagi
memastikan komitmen ahli dan
menetukan arah tujuan untuk
mendapatkan hasil.
73. Elemen Kerja Berpasukan
Elemen IV: Saling Mempercayai
Sifat percaya bermaksud
mempunyai keyakinan ke atas
kewibawaan dan keupayaan ahli-
ahli dalam pasukan. Sifat percaya
adalah asas pembinaan pasukan di
mana tanpanya konflik akan berlaku
74. Elemen Kerja Berpasukan
Elemen V: Akauntabiliti
Akauntabiliti merangkumi sikap
tanggungjawab oleh setiap ahli
diatas kejayaan atau kegagalan
pasukan. Sikap ini boleh
diperlihatkan oleh ketua dengan
memberi sokongan padu dan ahli
yang melaksanakan tugas dengan
penuh ikhlas dan tanggungjawab
75. Apabila menghadapi masalah:
Jangan panik
Akui bahawa perkara ini berlaku disebabkan
tindakan anda atau kumpulan anda
Jangsan lari daripada perkara tersebut
Jangan cuba menuduh orang lain
Analisa situasi dengan menggunakan informasi
sebanyak mungkin
Berbincang denga ahli kumpulan jika ianya
melibatkan kumpulan
Ambil tindakan untuk membetulkan keadaan
Menilai keberkesanan tindakan
76. Elemen Kerja Berpasukan
Elemen VI: Pengetahuan dan
Kemahiran
Setiap ahli mesti mepertingkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang masing-masing. Ini adalah
kerana setiap pasukan memerlukan
kemahiran yang luas untuk
mencapai objektif mereka
77. BAGAIMANA MEMBENTUK
DAN MEMBAIKI KEMAHIRAN
Menjalankan kerja dengan sendiri
Menjalankan kerja dibawah pengawasan
orang lain
Banyak membaca
Memerhati bagaimana orang
menjalankan kerja atau aktiviti mereka
Dengan mengingati kembali tentang
bagaimana kita telah menjalankannya
dahulu.
78. Elemen Kerja Berpasukan
Elemen VII: Kreativiti/ Inovasi
Sesuatu pasukan yang berkesan
akan selalu memperkenalkan
inovasi atau idea-idea baru dalam
semua aspek kerja. Inovasi-inovasi
ini selalunya dapat dihasilkan jika
pasukan tersebut mempunyai ahli-
ahli kreatif
79. Bagaimana meningkatkan
kreativiti dan inovasi
1. Menerapkan perasaan ingin tahu dan
berfikiran luas
2. Mempunyai ketua yang sentiasa memberi
sokongan
3. Mempunyai peraturan dan garis panduan
yang fleksibel
4. Bersemanagat cekal serta tidak putus asa
apabila berhadapan dengan
cabaran/dugaan
5. Diberi penghargaan dan pengiktirafan
80. Beberapa halangan / rintangan
kreativiti yang perlu di lalui:
1. Perasaan takut terhadap kegagalan atau ke
atas sesuatu yang tidak pasti
2. Takut akan dikritik
3. Kritikan yang tidak membina
4. Terlalu menjaga kepentingan diri sendiri
5. Takut akan kerja-kerja tambahan
6. Komunikasi satu arah
7. Perlunya mematuhi arahan/peraturan
81. Elemen Kerja Berpasukan
Elemen VIII: Kerjasama dalam pasukan dan
kesepakatan
Kerjasama adalah berkerja bersama-sama untuk
mencapai matlamat yang dikongsi bersama
disamping memperolehi faedah bersama. Di dalam
sesuatu pusat kesihatan, unit kesihatan ibu dan
anak dan unit pesakit luar mesti saling membantu
dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
Disamping itu juga, kerjasama mesti wujud di antara
satu pusat kesihatan dengan pusat kesihatan lain.
82. Peranan Pemimpin dalam
pasukan:
1. Penggerak bagi pasukan
- Memilih anggota yang sesaui untuk
sesuatu tanggungjawab.
- Merangka tugas pasukan.
- Membimbing anggota sepasukan.
- Menyelaraskan kerja-kerja dalam
pasukan.
- Pantau, nilai dan arah anggota
sepasukan.
83. Peranan Pemimpin dalam
pasukan:
2. Peranan pelengkap:
- Ikut serta bersama pasukan dalam
sesetengah kerja.
- Merangsang anggota (cadangan dan idea
baru diberi ganjaran).
- Menyediakan kemudahan bagi anggota
kearah penambahbaikan.
- Mendidik anggota supaya lebih baik
dan cemerlang dalam tugas,
- Menghargai anggota sepasukan atas
khidmat yang baik.
84. Peranan ahli pasukan:
1. Yakin dengan tuntutan kerja dan
kepentingannya sebagai anggota
pasukan dibawah kepimpinan
pemimpin kumpulan.
2. Senang dan lunak.
3. Berlapang dada dan berbaik sangka
dengan anggota lain.
85. Peranan ahli pasukan:
4. Kasih dan hormat kepada pimpinan
pasukan dan menjaga adab
berinteraksi dengan pimpinan:
i. Bersangka baik.
ii. Hormat.
iii. Tidak mendahuluinya.
iv. Bertukar-tukar nasihat yang baik.
86. Peranan ahli pasukan:
5. Memantapkan perasaan kasih sayang antara
sesama anggota.
6. Berpandangan luas.
7. Memberi tanpa mengharapkan balasan.
8. Bersedia menerima pandangan orang lain dan
bertolak ansur dengan pandangan sendiri.
9. Komited dengan matlamat pasukan dan
peraturannya.
10. Bersedia untuk meningkatkan diri sendiri.
87. Panduan interaksi antara ketua dan
anggota sepasukan:
- Mengambilkira berbedaan antara
individu.
- Saling hormat menghormati.
- Mengambilkira aspek emosi dan
perasaan.
- Perhubungan yang berterusan.
- Menjadi pendegar yang baik.
- Pemimpin sebagai contoh
88. Sifat yang menjadi pemusnah kepada
kelancaran misi berpasukan:
i. Kikir
ii. Ikut nafsu
iii. Kagum dengan pandangan sendiri
iv. Sifat sifat munafik
89. Sifat sifat munafik
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya
bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa
yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu
bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga
ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap
ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia
mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu
dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa
ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn
‘Amr)
90. Nilai teras Kerja Berpasukan
Kami komited untuk bekerja sebagai
satu pasukan dengan harmoni bagi
mencapai matlamat yang sama.
91. Petak 1
(+ P – E)
Petak IV
(+ P + E)
Petak II
(- P – E)
Petak III
(- P + E)
Rajah I
Profesionalisme
(P)
Beretika (E)
Ceramah “Public Service 2000 – Canada” oleh En. Ingstrup dan Ms Margaret dari
Canadian Centre For management Developmeny
92. SEMANGAT KERJASAMA
DALAM TRADISI, PEMIKIRAN DAN BUDAYA
KITA, NILAI KERJASAMA, BANTU MEMBANTU
DAN KERJA BERPASUKAN SANGAT
DITITIKBERATKAN.
BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT
MANUSIA KERANA MUAFAKAT.
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA
ROBOH.
93. Angin barat bertiup lembut,
Bertiup pagi sampai ke petang,
Kerja muafakat pasti bersambut,
Nama yang baik sentiasa ditatang.
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat,
Kerja berpasukan membawa untung,
Moga JKWPKL & P sentiasa dilimpahi berkat.
104. Empat Prinsip Asas Bekerja :
Ketepatan masa dan ketepatan fakta;
Sikap lebih teliti dan terperinci
melaksanakan tugas;
Menanam falsafah do it right the first
time dan never settle for less than
the BEST dalam diri masing-masing;
dan
Sentiasa cuba melaksanakan sesuatu
tugas melebihi dari standard yang
tetapkan.
105. Tiga falsafah Ketika melayan
pelanggan
Pertama “setiap pelanggan itu adalah
VVIP” (‘very,very important person’),
Kedua “Customer before self”
(pelanggan sebelum kita sendiri) dan
Ketiga “Customer is always right”
(pelanggan sentiasa betul).