SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 20
1
FALKULTI PENDIDIKAN
KOD KURSUS : OUMM3203SMP :
TAJUK KURSUS : ETIKA PROFASIONAL
SEMESTER : MEI 2013
_____________________________________________________________________________
MATRICULATION NO : 741211115077-001
IDENTITY CARD NO. : 741211-11-11-5077
TELEPHONE NO. : 013-9823213
E-MAIL : jju2727@gmail.com
LEARNING CENTRE : PPW KELANTAN
2
1.0 Pengenalan
Samada kita sedar atau tidak, gegala rasuah telah menjadi satu budaya yang membentuk satu
sistem yang semakin dapat diterima dan telah berfungsi dalam masyarakat negara kita hari
ini.Walaupun kita mungkin menunjukkan sikap penentangan terhadap gejala rasuah pihak lain,
tetapi seringkali kita mengambil sikap berbeza apabila menghadapi situasi sama yang melibatkan
kepentingan sendiri atau pihak yang mempunyai kaitan dengan kita.Banyak terdapat tanda
rasuah di negara ini telah mula diterima dalam masyarakat sebagai satu sistem dan tanda-tanda
ini dapat dilihat di mana-mana sahaja tidak mengira samada di kalangan masyarakat bandar atau
pun luar bandar dan tidak mengenal taraf kehidupan
1.1 Definisi,
1.1.1 Apa itu Rasuah
Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana
melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan
terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) (Akta 694),
terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:
 Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
 Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]
 Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
 Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]
Gagal Melapor :-
Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah
Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009
 DENDA : Tidak lebih RM100,000
 PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali
Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan
3
Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009
 DENDA : Tidak lebih RM100,000
 PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali
Anda Dilindungi :-
Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa
memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI MAKLUMAT adalah
dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.
 PEMBERI MAKLUMAT adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah
rasuah berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta
SPRM 2009.
 PEMBERI MAKLUMAT juga dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi
Maklumat 2010.
 PEMBERI MAKLUMAT yang menjadi SAKSI bagi sesuatu kes rasuah dilindungi di
bawah Akta Perlindungan Saksi 2009
www.sprm.gov.my/apa-itu-rasuah.html
1.2 Sejarah dan amalan rasuah
1.2.1 Sejarah penubuhan SPRM
Pada hari ini dalam tahun 2009, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi
melancarkan dengan rasminya penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). SPRM ditubuhkan
melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 [Akta 694], mula
beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009 menggantikan Badan Pencegah Rasuah Malaysia.
Penubuhan SPRM bertujuan meningkatkan keberkesanan, kecekapan dalam usaha pencegahan
rasuah serta memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan BPR. Usaha pencegahan rasuah di
Malaysia bermula pada tahun 1959 oleh sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri yang
4
menjalankan aktiviti pencegahan rasuah melalui ceramah dan dialog. Manakala tanggungjawab
siasatan kes rasuah dijalankan oleh Cawangan Special Crime yang di letakkan di bawah Jabatan
Polis, sementara proses pendakwaan dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian
Undang-undang. Pada 1 Oktober 1967, ketiga-tiga agensi ini digabungkan dan dikenali sebagai
Badan Pencegah Rasuah (BPR). BPR kemudiaanya ditukar namanya kepada Biro Siasatan
Negara pada tahun 1973. Mulai 13 Mei 1982 badan ini dikenali semula sebagai Badan Pencegah
Rasuah apabila Akta Badan Pencegah Rasuah, 1982 diluluskan. Sesungguhnya pelancaran
penubuhan SPRM pada hari membuktikan kesungguhan kerajaan menjadikannya sebuah institusi
anti rasuah yang unggul, disegani dalam negara dan dihormati di peringkat antarabangsa.
http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=6770
RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang
diluluskan kelmarin, selepas dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak kerana kini
negara berada di landasan tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari dengan pembangunan
negara menjelang 2020.Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen
kerajaan dan pembangkang, akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota Dewan yang
bersidang dalam suasana agak tegang. Ternyata hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi, yang mahu melihat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan ketika mula
memegang jawatan pada 2004, mula menampakkan hasil.Ia bermula dengan penubuhan Institut
Integriti Malaysia yang bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan
pentadbiran dan tadbir urus negara, diikuti SPRM, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan
Program Perlindungan Saksi.
Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk memperlihatkan
keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia menjadi sebahagian manifesto Barisan
Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Seperti dijangkakan, perubahan berlaku secara
berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan Wawasan 2020, untuk menjadikan
negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang bakal menggantikan Badan Pencegah Rasuah
(BPR) mulai Januari depan, mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaan yang
menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi rasuah dan
penyelewengan.
5
Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini, selepas melihat gejala
rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej kerajaan
dan membantutkan pembangunan negara. Kita yakin SPRM yang mengambil pendekatan
dilaksanakan Pentadbiran Hong Kong dalam mencegah rasuah selama 30 tahun, akan beroleh
kejayaan berikutan gejala rasuah di negara ini masih pada tahap terkawal. Dengan lebih 5,000
kakitangan SPRM yang diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah,
hasrat kerajaan untuk menghapuskan gejala itu sudah pasti mampu dicapai, terutama dengan
sokongan seluruh rakyat.
Malah, cadangan untuk mewujudkan satu mahkamah khas bagi mendengar dan membicarakan
kes rasuah yang berlaku di negara ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan membanteras
rasuah dan penyelewengan sehingga ke akar umbi. Begitu juga Rang Undang-Undang
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang turut dibahaskan di Parlimen bakal memantapkan lagi
institusi berkenaan selepas terjejas teruk berikutan krisis kehakiman yang melanda sebelum ini.
Kita berharap semua pihak terus memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan bagi
memantapkan lagi pentadbiran supaya tadbir urus yang dijalankan telus dan memanfaatkan
rakyat. Pentadbiran telus dan berwibawa amat penting bagi membawa negara ini melepasi
halangan dan krisis ekonomi yang tidak nampak penghujungnya. Jadi menerusi rang undang-
undang bersejarah ini, semua pihak perlu melihat ke depan untuk bersama berganding bahu
dengan kerajaan dalam mencapai Misi Nasional negara.
1.2.2 Penjawat Awam Perlu Integriti Atasi Cabaran Ekonomi
Datuk Seri Najib Razak menggariskan enam pendekatan yang perlu diamalkan kakitangan awam
bagi menghadapi cabaran krisis ekonomi global, termasuk meminta pegawai peringkat atasan
mengurangkan kuasa membuat keputusan mengikut budi bicara bagi mengelak amalan
rasuah.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka perlu sentiasa
berpegang kepada nilai integriti dalam sistem kerajaan, sekali gus menjadikan sektor
perkhidmatan awam mempunyai integriti tinggi.Najib berkata, pendekatan lain perlu diberi
perhatian kakitangan awam, terutama Kementerian Kewangan ialah memperkukuhkan modal
keintelektualan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan tepat.Beliau berkata,
6
Perbendaharaan yang turut menyediakan perkhidmatan kepada agensi dan kementerian lain perlu
meningkatkan keberkesanan sistem penyampaiannya.
Dato seri Najib juga meminta pegawai dan kakitangan awam menggunakan kemampuan daya
fikir untuk memberi idea yang lebih baik, inovatif dan kreatif bagi menghasilkan keputusan dan
menyelesaikan sesuatu masalah.Beliau berkata, kakitangan awam juga perlu mementingkan
keputusan atau hasil projek pembangunan yang berkesan bagi memenuhi objektif setiap
kementerian dan kerajaan.Katanya, mereka juga perlu sentiasa memastikan setiap peruntukan
yang disediakan kerajaan untuk projek pembangunan dapat memberi nilai sewajarnya.Selain itu,
Najib berkata, tahun ini dan tahun akan datang amat mencabar bagi Perbendaharaan untuk
menangani kesan krisis ekonomi.
Oleh Abdul Rahman Sulaiman rahmansulaiman@yahoo.com
1.2.3 Mahkamah Khas Rasuah Permulaan Sebuah Era Baru
CADANGAN kerajaan mewujudkan mahkamah khas untuk mendengar dan membicarakan kes
rasuah seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz
kelmarin, memberi petanda yang cukup meyakinkan mengenai kesungguhan pihak berkuasa
dalam memerangi jenayah yang boleh menghancurkan negara itu.Menurut Nazri, yang membuat
pengumuman itu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian diluluskan di Dewan Rakyat, penubuhan mahkamah
berkenaan bukan saja dapat mengatasi masalah kes tertunggak, tetapi juga membuktikan
kesungguhan kerajaan menerima cadangan orang ramai, termasuk daripada pembangkang.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang SPRM sebelum itu beberapa anggota Dewan
Rakyat mencadangkan agar mahkamah seumpama itu ditubuhkan bagi mengurangkan beban
mahkamah biasa yang memang sudah dibebani dengan timbunan kes jenayah lain dan
sivil.Dengan adanya mahkamah yang tugasnya semata-mata untuk mengendalikan kes berkaitan
rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya, maka sudah pasti kes demikian dapat diselesaikan
dengan lebih pantas dan licin tanpa terpaksa menunggu senarai giliran yang panjang.
7
Ia diharapkan dapat memberi kepuasan kepada orang ramai yang sentiasa sinis terhadap usaha
kerajaan dalam memerangi rasuah selama ini. Memang tidak dinafikan bahawa persepsi umum,
termasuk di kalangan orang luar, mengenai rasuah di negara ini sejak beberapa tahun
kebelakangan kurang baik, walaupun kegiatan tidak bermoral itu tidak seburuk di sesetengah
negara membangun lain.Berdasarkan kepada persepsi negatif ini, maka penubuhan Mahkamah
Khas Rasuah seiring dengan kelulusan yang diberikan Parlimen terhadap penubuhan SPRM
nanti, serta pembentukan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) dan Rang Undang-Undang
Perlindungan Saksi 2008 yang sedang dan akan dibahaskan, tidak syak lagi akan membuka era
atau lembaran baru dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
Perlu diingat bahawa usaha memerangi rasuah berbentuk dua dimensi, iaitu pencegahan dan
pendakwaan. Dalam hubungan ini, penubuhan mahkamah khas, SPRM, SPK dan Akta
Perlindungan Saksi ditambah dengan usaha yang sedang dijalankan institusi sedia ada seperti
Institut Integriti Nasional, diharapkan mampu berfungsi sebagai infrastruktur yang akan
menakutkan individu atau golongan yang mempunyai kecenderungan rasuah.Jika ini boleh
dijelmakan sebagai kenyataan, maka sebahagian daripada peperangan terhadap rasuah sudah
berjaya. Pendakwaan hanya akan berperanan sebagai pelengkap kepada usaha itu.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pendakwaan dan hukuman tidak penting. Adalah
sesuatu yang lumrah bahawa manusia itu terdiri daripada dua jenis – yang baik dan jahat.
Individu yang secara tabiatnya jahat akan terus memiliki kecenderungan untuk membuat
kejahatan, termasuk melakukan rasuah, walau sehebat dan seberat mana peraturan yang
ditetapkan atau hukuman yang dikenakan.Oleh itu, langkah selanjutnya tentulah keperluan untuk
menzahirkan dalam bentuk tindakan hasrat yang tersemat di sebalik penubuhan pelbagai entiti
dan undang-undang yang sudah dan akan diluluskan Parlimen nanti.Satu-satunya perkembangan
yang orang ramai mahu lihat nanti tentulah lebih banyak kes berkaitan rasuah, khususnya yang
besar-besar, disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Ini akan secara langsung meningkatkan keyakinan orang ramai, termasuk pelabur dari dalam dan
luar negara, sekali gus memperbaiki imej Malaysia pada mata dunia. Semua ini akan memberi
sumbangan positif terhadap usaha menarik pelaburan tempatan dan asing untuk menambah
kemakmuran negara dan rakyat.Masalah kesukaran memperoleh bukti, keengganan saksi tampil
ke hadapan, kekurangan kakitangan dan pegawai dan sebagainya yang selama ini sering
8
menghindar usaha Badan Pencegah Rasuah sepatutnya tidak akan wujud lagi dengan adanya
SPRM dan Akta Perlindungan Saksi.
Di lihat dari perspektif ini, adalah jelas bahawa tindakan perundangan yang digerakkan
sepanjang minggu ini untuk merintis jalan bagi penubuhan SPRM dan SPK serta pengenalan
undang-undang baru untuk melindungi saksi dan mengawal tingkah laku hakim adalah lebih
daripada usaha menunaikan janji yang pernah dibuat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum
2004.Ia juga lebih daripada usaha peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, seperti yang cuba diuar-uar sesetengah pihak, untuk meninggalkan legasi
pemerintahannya sebelum melepaskan jawatan Mac tahun depan.Sesungguhnya, usaha itu adalah
permulaan sebuah era baru dalam sejarah negara memerangi rasuah, salah guna kuasa dan
pelbagai bentuk penyelewengan. Semoga satu hari nanti, negara ini dikenali dan diiktiraf sebagai
negara paling bersih di dunia.
Abdul Rahman Sulaiman rahmansulaiman@yahoo.com : Sumber : Mingguan Malaysia
2.0 Analisis ekonomi ke atas perbuatan rasuah
Rasuah merupakan penyakit masyarakat yang serius diperdengarkan pada masa kini, khususnya
dikalangan negara membangun. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap
pertumbuhan ekonomi dan juga kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat. Pengamalan rasuah
yang berleluasa boleh mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu terbantut dan
seterusnya menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga turut menurun. Bahkan
amalan rasuah juga turut menjadi barah penyakit kepada masyarakat akibat daripada
ketidakadilan sosial yang wujud dikalangan masyarakat secara amnya. Bertepatan dengan
masalah tersebut, maka objektif utama kajian adalah untuk melihat kesan rasuah terhadap
pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Hasil penemuankajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan
kesan negatif di mana dengan peningkatan rasuah sebanyak 1% akan mengakibatkan KDNK
negara akan menurun sebanyak 1.618%. Ini jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah yang
berlaku di Malaysia memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi di mana
pemboleh ubah rasuah yang diperolehi adalah signifikan untuk menerangkan kadar pertumbuhan
KDNK negara pada aras keertian 1%.
9
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemIII/PERKEM2008-2D3.pdf
Penggunaan model pertumbuhan ekonomi dalam kajian ini telah digunakan bagi mengukur
kadar pertumbuhan ekonomi KDNK dan secara tidak langsung indeks rasuah yang dimasukkan
dalam persamaan model regresi (Persamaan 1) telah menjelaskan kesan rasuah terhadap
pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia.
Walaubagaimanapun, hasil keputusan penganggaran yang dijalankan ke atas model pertumbuhan
ekonomi mendapati bahawa rasuah mempunyai hubungan yang negatif terhadap pertumbuhan
ekonomi. Keputusan kajian yang ditunjukkan bahawa rasuah di Malaysia adalah pada aras
signifikan 0.01 dan ianya dapat dijelaskan dengan peningkatan 1% dalam rasuah akan
menyebabkan pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618%. Manakala bagi
pembolehubah yang lain, iaitu perbelanjaan kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) dan inflasi
adalah signifikan pada aras keyakinan yang berbeza dalam menerangkan pertumbuhan ekonomi
Negara Malaysia.
Dapatan kajian di atas adalah selari dengan kebanyakan kajian-kajian yang dibuat berkaitan
dengan rasuah di mana rasuah memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.
Misalnya kajian yang dijalankan oleh Pak Hung Mo (2001) dalam menjelaskan peranan rasuah
yang mana beliau mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar
pertumbuhan dalam lingkungan 0.72%.Paolo Mauro (1995) pula menunjukkan bukti bahawa
rasuah menurunkan kadar pelaburan serta merencatkan pertumbuhan ekonomi. Dalam kajian
yang dibuat beliau mendapati bahawa penurunan satu dalam indeks rasuah akan menyebabkan
pelaburan meningkat sebanyak 5% dan pendapatan KDNK akan bertambah separuh daripada
peratusan peningkatan.
Dalam pada itu juga, akibat daripada amalan rasuah itu sendiri turut meningkatkan kadar inflasi
bagi sesebuah negara. Manakala kajian yang dibuat Fahim A. Al-Marhubi (2000) mendapati
bahawa rasuah memberi kesan yang negatif dan mengandaikan rasuah ini juga adalah sebahagian
daripada berlakunya peningkatan kadar inflasi. Bukti analisis kajian yang dibuat oleh beliau
mendapati bahawa, peningkatan jumlah rasuah secara tidak langsung akan meningkatkan kadar
inflasi. Oleh yang demikian, dengan peningkatan kadar inflasi juga akan turut menjejaskan
pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara.
10
Dalam perkataan lain, rasuah perlulah diatasi bagi memacu pertumbuhan ekonomi Negara
Malaysia.Kita dapati bahawa apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah, secara tidak
langsung ia akan membawa kepada penurunan pertumbuhan ekonomi KDNK Negara Malaysia.
Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia perlulah memastikan rasuah dapat diatasi dengan
menggerakkan jentera kerajaan yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan untuk memantau
aktiviti rasuah kerana kebanyakan penglibatan aktiviti rasuah ini adalah terdiri daripada kalangan
penjawat awam yang berpangkat besar. Implikasi dasar ini patut diamalkan oleh negara yang
mana kesan rasuah mengurangkan pertumbuhan ekonomi.
Untuk membanteras dan mengurangkan gejala rasuah, kita perlu mengetahui punca
rasuah.Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah adalah kurangnya
penghayatan nilai-nilai murni, hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik dan juga kurangnya ilmu
keagamaan menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah
rasuah. Oleh itu, adalah penting bagi pihak kerajaan dalam memantapkan jati diri dengan
menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni sejak dari zaman bangku sekolah rendah
lagi.Selain daripada itu, faktor kemiskinan juga turut mengakibatkan berlakunya pelakuan
jenayah rasuah kerana kemiskinan akan mengakibatkan seseorang itu bertindak apa yang telah
diharamkan disisi Islam. Kewujudan rasuah dari kalangan pihak tertentu, maka ianya akan
menyebabkan ketidakadilan itu wujud. Ini bertepatan dengan pendekatan yang di buat oleh
Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005), di mana kemiskinan juga boleh mendorong
kepada akhlak yang buruk. Seseorang itu mungkin cenderung untuk berdusta, mencuri, menipu,
menerima rasuah dan khianat semata-mata kerana dorongan kemiskinan
Justeru itu, akibat daripada kemiskinan menyebabkan peningkatan kadar rasuah dari kalangan
rakyat Negara Malaysia kerana kebanyakan rakyatnya adalah berpendapatan rendah kalau
hendak dibandingkan dengan Singapura di mana indeks rasuah bagi negara tersebut adalah
rendah dan kadar kemiskinannya adalah rendah di mana pendapatan per kapita bagi rakyat
Singapura adalah tinggi. Bahkan tidak hairanlah penjawat-penjawat awam terutamanya
dikalangan yang berpendapatan rendah lebih cenderung melakukan rasuah kerana kesempitan
hidup dan penindasan. Kemiskinan ini juga wujud akibat daripada kekayaan dalam sesebuah
negara tidak diagihkan sama rata, malahan kekayaan yang dimiliki bagi negara terbabit hanya
11
berlegar-legar dikalangan pihak tertentu saja sebagaimana yang terjadi di Malaysia. Maka
dengan itu, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin kerana kekayaan dibolot
oleh pihak tertentu terutamanya bagi pihak yang berjawatan tinggi dalam kerajaan serta pihak
yang berkepentingan dalam politik Negara Malaysia saja.Dalam pada itu juga, peranan kerajaan
ataupun tanggungjawab negara adalah menjamin kekayaan dan kesejahteraan penduduk. Sanep
Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005) menyatakan bahawa pemerintah bertanggungjawab
memberi kemakmuran, kekayaan dan kesejahteraan kepada rakyatnya. Pemerintah perlu
memastikan bahawa semua rakyatnya bukan sahaja dapat memenuhi keperluan asasinya tetapi
harus memastikan bahawa semua rakyatnya kaya. Pemerintah perlu berusaha membangun negara
sehingga tidak ada individu yang miskin, tidak ada individu yang mahu menerima zakat dan
tidak ada individu yang mahu menerima sebarang bantuan daripada pemerintah
3.0 Analisis Undang-Undang Ke Atas Perbuatan Rasuah
ETIKA DALAM DUNIA PERNIAGAAN MODEN
Masalah etika menimbulkan masalah dalam pengurusan disebabkan oleh wujudnya konflik
antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial.Apabila wujudnya pelbagai tanggapan seperti adakah
tindakan yang dibuat atau diambil itu “betul” (right), cara yang betul (proper) dan memang patut
(just). Maka keputusan dalam pengurusan perlu diambil sebagai mengatasi dilemma etika
tersebut.
Ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan:
Lima kesimpulan boleh dibuat mengenai betapa kompleknya pengurusan etika seperti berikut.
Ciri-ciri mengenai masalah etika dalam pengurusan adalah:kebanyakan keputusan etika
mempunyai akibat yang berpanjangan.kebanyakan keputusan etika mempunyai pelbagai
alternative.kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi perorangan.kebanyakan keputusan
etika mempunyai ketidak pastian akibatnya.kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil yang
bercampur aduk.
12
Contoh-contoh masalah etika dalam pengurusan:
1. Perletakan harga: kesan perletakan harga boleh menimbulkan kesan yang memudaratkan
pelanggan. Contohnya kadar faedah simpanan di bank adalah berbeza-beza antara satu bank
dengan bank yang lain. Menyimpan di bank yang lebih teguh dan lebih besar akan mendapat
kadar faedah yang lebih terjamin berbanding dengan bank yang kecil. Begitu juga dengan caj-caj
yang berbeza-beza dikenakan ke atas pelanggan.
2. Mesej periklanan: kepercayaan pelanggan terhadap mesej yang dipaparkan melalui iklan
adalah menjadi isu yang paling kompleks. Jika paparan iklan tidak munasabah dan tidak diterima
akal serta bercanggah dengan budaya dan etika, memberi kesan kepada paparan serta iklan yang
disampaikan. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada objektif sebaran iklan tersebut.
3. Promosi barangan: jika promosi barangan bertentangan dengan etika, nilai serta norma
kehidupan dan tidak memenuhi keperluan tetapi digambarkan lebih dari itu akan menimbulkan
kesan penolakan daripada masyarakat.
4. Suasana kerja: jika suasana tempat kerja tidak mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan,
kebersihan, dan sebagainya akan pasti mendapat tentangan daripada pihak pekerja dan kesatuan
sekerja. Kerana ini adalah bercanggah dengan etika kerja yang mementingkan keselamatan
pekerjanya terlebih dahulu selain persekitaran yang selamat dan bersih.
5. Perkhidmatan pelanggan: Pelanggan adalah asset kepada syarikat. Jika syarikat tidak
dapat memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik, dan menjaga kepentingan pelanggannya,
maka dari sudut etika syarikat berkenaan telah melanggar perjanjiannya untuk memberikan
perkhidmatan yang berkualiti.
6. Pengurangan tenaga kerja: adalah menjadi suatu kesalahan yang bercanggah dengan
etika, jika sesebuah syarikat itu memaksa pekerjanya untuk berhenti kerja. Perberhentian
hendaklah dilakukan secara sukarela dan melalui rundingan antara semua pihak, pekerja dan
kesatuan sekerja.
7. Pencemaran alam sekitar: perbuatan syarikat yang mencemarkan alam sekitar adalah
bercanggah dengan pegangan etika organisasi dan perbuatan itu akan memudaratkan masyarakat
setempat.
13
8. Hubungan komuniti: Segi etikanya, organisasi seharusnya terus mengekalkan hubungan
organisasi dengan orang ramai atau komuniti dimana ianya beroperasi. Hubungan itu boleh
wujudkan melalui berbagai program dan perlaksanaan tanggungjawab social.
9. Hubungan sebagai pembekal: syarikat dan organisasi yang besar memang mempunyai
kekuatan ekonomi dalam memelihara hubungannya dengan masyarakat setempat. Segi etikanya
organisasi tersebut akan berjaya melaksanakan tanggungjawab moral dan sosialnya kepada
masyarakat dengan projek dan program yang digerakan disebabkan mereka mempunyai kekuatan
ekonomi untuk melaksanakannya.
Analisis masalah etika dalam pengurusan:
1. analisis ekonomi
2. analisis undang-undang
3. analisis etika
a) Analisis ekonomi - Teori makro dan Mikro ekonomi bergantung kepada pasaran
terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di dalam sebahagian
permasalahan etika.
b) Analisis Undang-undang - sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undang-
undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini.
c) Analisis Etika - Dalam suasana normative philosophy, setiap orang mempunyai
dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang sama, kemudian
rakan/sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat layanan yang adil
14
4.0 Analisis Etika Dalam Perbuatan Rasuah Hujah-Hujah Yang Berdasarkan ONE Teori
Etika
Teori etika sebenarnya cuba meningkatkan maruah, keamanan, kegembiraan dan kesejahteraan
manusia. Peraturan etika melibatkan semua orang. Ia bertujuan untuk mencapai keputusan yang
baik untuk manusia sejagat. Perilaku yang tidak beretika, walaupun tidak melanggar undang-
undang boleh menjejaskan kerjaya dan reputasi kita.
Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral,
kaedahmoral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.
Greek ethos
French dan Granrose (1995) : set panduan/ peraturan bertingkahlaku-menyelesaikan konflik
terhadap keinginan Buchnolz (1989) : sistem –panduan tingkahlaku Shea (1988 : 17) : prinsip
bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion dan sebagaisatu standard tingkahlaku
4.1 TEORI-TEORI TAAKULAN ETIKA
Sebagai seorang pengurus atau orang yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah
organisasi atau syarikat, setiap keputusan dalam pengurusan pentadbiran akan membawa
implikasi yang berbeza kepada setiap anggota masyarakat yang berkaitan dengan kita, serta
organisasi yang dipimpin. Ianya bergantung sepenuhnya kepada konsep betul atau salah sesuatu
keputusan yang dilakukan.
Oleh yang demikian, kita harus mewujudkan kaedah-kaedah analitik yang konsisten untuk tujuan
pengelasan ”betul atau salah” dalam tindakan kita. Sejarah intelektual sejak 2400 tahun yang lalu
dipenuhi dengan percubaan-percubaan untuk memartabatkan standard nilai-nilai moral dan
mewujudkan sistem-sistem etika. Tidak ada satupun sistem atau teori etika yang benar-benar
berkesan dalam memartabatkan standard nilai moral atau etika setakat ini. Bagaimanapun, adalah
dipercayai bahawa pada masa kini terdapat sekurang-kurangnya lima sistem atau teori etika yang
memainkan peranan penting dalam membuat keputusan etika dalam sesuatu pengurusan
pentadbiran:-
15
1. Eternal Law (Undang-undang Abadi)
2. Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism
3. Classical Deontological Ethical Theory: Universalism
4. Distributive Justice Theory
5. Personal Liberty Theory
4.2 ETERNAL LAW (UNDANG-UNDANG ABADI)
Kebanyakan ahli agama dan ahli falsafah percaya bahawa Undang-undang Abadi boleh
digabungkan dengan aspek Ketuhanan, begitu sinonim dengan Hukum Alam dan terdapat dalam
ayat-ayat suci Holy Scripture. Undang-undang Abadi ini amat ketara atau nyata kepada mana-
mana pihak yang membuat “research” atau mempelajari mana-mana sumber di atas.
Menurut Thomas Jefferson, antara ahli sekular kemanusiaan yang terawal, beliau percaya
bahawa kebenaran undang-undang ini adalah “self-evident” iaitu kepercayaan kepada diri sendiri
sebagai bukti. Dalam frasa terkenal beliau, beliau menyatakan bahawa kebenaran tidak boleh
berubah (inalienable) dan tugas atau tanggungjawab boleh diperolehi daripada kebenaran
tersebut.
If people have the right to “life, liberty and the pursuit of happiness”, then they also have the
obligation to ensure the same right to others. Religious leaders tend to emphasize the revealed
source of the truth more than the reasoned nature, but they also believe that the state of the law is
unchanging, and that the rights and duties are obvious: if we are loved, then we must love others.
This reciprocal exchange is summarized in Christian theology by the Golden Rule: Do unto
others as you would have others do unto you.
16
4.3 CLASSICAL TELEOLOGICAL ETHICAL THEORY: UTILITARIANISM
Teori ini lebih tertumpu kepada hasil, kesan atau keputusan yang bakal menyusul hasil daripada
sesuatu keputusan yang dilakukan oleh pengurusan pentadbiran, dan bukannya niat individu
yang membuat keputusan atau tindakan. Ahli falsafah barat yang terkenal Jeremy Bentham dan
J.S. Mill menegaskan bahawa nilai moral seseorang individu diputuskan oleh masyarakat melalui
akibat atau kesan daripada tindakannya. Tindakannya betul jika ianya memberi kebaikan kepada
manusia dan sebaliknya jika ianya membawa kemudaratan kepada masyarakat. Bagaimanapun,
objektif utama keputusan etika teori ini adalah untuk kebaikan maksimum untuk semua orang
dan keburukan untuk jumlah yang paling minimum.
4.4 CLASSICAL DEONTOLOGICAL ETHICAL THEORY: UNIVERSALISM
Teori ini adalah bertentangan langsung dengan utilitarianism. “Deontology” berasal daripada
perkataan Greek yang merujuk kepada tugas atau tanggungjawab seseorang individu.Teori etika
ini menegaskan bahawa nilai moral sesuatu sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada
kesan atau hasil yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan kerana kesan atau hasil
yang menyusul tidak dapat dipastikan ketika sesuatu keputusan dilakukan. Nilai moral sesuatu
tindakan bergantung kepada niat seseorang yang membuat keputusan atau tindakan.
Jika kita mengharapkan yang terbaik untuk orang lain, maka kita dianggap mempunyai nilai
moral yang tinggi, walaupun kita ternyata seorang individu yang kurang berkesan dan selalu lalai
yang sentiasa membuat orang lain terluka oleh perbuatan atau tindakan kita.
Walaubagaimanapun, kita sebenarnya bukanlah seorang individu yang kurang berkesan dan lalai
kerana niat atau tujuan kita yang murni biasanya berakhir dengan hasil yang
memberangsangkan!
17
4.4 DISTRIBUTIVE JUSTICE THEORY
Teori ini telah diilhamkan oleh John Rawls dan berdasarkan kepada suatu nilai iaitu keadilan.
Keadilan dianggap sebagai nilai moral atau mulia yang paling utama. John Rawls menyatakan
bahawa masyarakat dan institusi di dalamnya dipenuhi konflik dan kerjasama. Kerjasama
menjadi amalan orang ramai dalam sesuatu masyarakat kerana masyarakat sedar bahawa
kerjasama membawa kebaikan yang lebih besar berbanding usaha secara bersendirian atau
individu
4.5 PERSONAL LIBERTY THEORY
Teori ini diilhamkan oleh Robert Nozick. Sistem ini bergantung kepada satu prinsip utama iaitu
kebebasan. Kebebasan dipercayai sebagai keperluan utama masyarakat. Sesuatu peraturan atau
undang-undang yang mencemarkan kebebasan seseorang harus ditolak atau dihapuskan
walaupun ia membawa banyak kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain. Nozick percaya
bahawa masyarakat adalah hasil ikatan ramai individu dan kerjasama di kalangan individu ini
adalah wajib untuk pertumbuhan ekonomi. Harta-benda, kesihatan dan kehormatan seseorang
individu diperolehi daripada individu lain melalui tukaran barang dan perkhidmatan, atau
pemberian sebagai hadiah.
PROGRAM UNTUK MENANGANI GEJALA RASUAH
Bagi memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, penekanan kepada usaha
meningkatkan integriti dan jati diri individu adalah sangat penting. Secara mikronya, usaha ini
dibahagikan kepada dua sasaran iaitu fokus kepada jabatan/agensi yang memberikan
perkhidmatan kepada orang awam dan fokus kepada individu-individu yang berkhidmat dalam
organisasi kerajaan tersebut.
Di peringkat jabatan/agensi, kajian semula prosedur yang panjang, sukar dan lambat perlu
dikemaskini dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Penggunaan borang, proses saringan dan seumpamanya perlu diringkaskan
supaya tidak membebankan orang awam khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses
yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata
18
untuk mempercepatkan proses. Manakala di peringkat individu, langkah-langkah yang boleh
diambil adalah dengan memantapkan dan mengukuhkan jati diri dalam diri setiap pegawai
awam. Keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala
kerana sekiranya setiap individu bencikan rasuah maka amalan ini dapat diatasi. Kekuatan
jatidiri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka
luas di hadapan mata.
Peningkatan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman adalah cadangan asas yang sering
diberikan oleh banyak pihak. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan
agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibanteras dan
dibendung untuk keselamatan negara. Ianya juga membuatkan para pengamal rasuah akan
berfikir panjang sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
Empat perkara utama yang boleh gunapakai dalam memastikan SPRM berkesan dalam
menangani rasuah iaitu :
i. merangka strategi pencegahan yang komprehensif;
ii. bebas daripada diberikan rasuah dalam menjalankan tugas;
iii. tidak diletakkan di bawah pengawasan pemegang dasar atau polisi; dan
iv. mengurangkan ruang dan peluang untuk memberi dan menerima rasuah dalam agensi-agensi
yang strategik.
Pendekatan pendidikan dengan memasukan konsep bahaya rasuah dalam sistem pembelajaran
juga dirasakan mampu meningkatkan tahap kesedaran golongan muda diperingkat awal. Ini
kerana sikap benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri mereka sekiranya diajar dan
dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik ini akan membesar menjadi
individu yang lebih bertanggungjawab, amanah dan ikhlas. Pendekatan menggunakan sistem
pendidikan diharap mampu membentuk generasi muda yang bebas daripada rasuah.
19
5. KESIMPULAN
Berdasarkan pendekatan dan langkah yang dinyatakan diatas, jelas menunjukkan komitmen
kerajaan adalah serius ke arah memastikan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
dihapuskan. Prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti juga perlu diserapkan ke
dalam ketetapan minda (mind set) masyarakat terutama penjawat awam. Ini membolehkan
wujudnyua rasa tanggungjawab dalam diri disamping akan meningkatkan tahap motivasi,
kecekapan dan mutu kerja mereka. Memang agak sukar mencapai tahap rasuah sifar di negara
kita di era kebendaan dan glamor ini. Namun tidak sukar untuk membenci perbuatan rasuah.
Oleh itu, kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa dalam membasmi gejala rasuah adalah
penting tanpa mengambil kira sektor awam mahupun di sektor swasta dan badan badan bukan
kerajaan. Pokoknya adalah kesediaan, keazaman dan komitmen yang bersungguh-sungguh dan
berterusan dari semua pihak dalam mengajak masyarakat melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran seperti rasuah
20
Rujukan
1. Ab. Razak Dan. 2000. Kajian Ekonomi Pembangunan. Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab.
Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
2. Abdul Samat Kasah. 2002. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya gejala
rasuah: satu kajian di BPR Pahang. Kertas Projek Bagi Diploma Sains Kepolisian Di
Maktab Polis DiRaja Malaysia. Kuala Kubu Baru.
3. Al-Marhubi, Fahim A. 2000. Corruption and inflation. Economic Letters. 66: 199-
202.Berita Harian. 2007, 30 Ogos
4. Blackburn, Keith. 2006. The incidence and persistence of corruption in economic
development. Journal of Economic Dynamics & Control. 30: 2447-2469
5. Bruce, W. F. Linda K. G & David E. M. 2006. Economic development: corruption,
complexity, wealth and a contribution to the theory of economic growth.
www.emeraldinsight.com/0828-8666.htm. 22(4): 185-204

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriLaporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriKizizikachi Izzat
 
Contoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docContoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docDaud Ayub Abdullah
 
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)NaimAlmashoori
 
Jenayah siber
Jenayah siber Jenayah siber
Jenayah siber Darx Sidez
 
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasisiti arzmi
 
Surat Tuntutan Claim Kenderaan Insurans
Surat Tuntutan Claim Kenderaan InsuransSurat Tuntutan Claim Kenderaan Insurans
Surat Tuntutan Claim Kenderaan InsuransMat Yus
 
Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)NaimAlmashoori
 
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...Nurul Atikah
 
Rangka tugasan
Rangka tugasanRangka tugasan
Rangka tugasanCid Hamdan
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahyulin_eunice
 
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATANPIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATANSiti Mastura
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Rizalshah Zulkifli
 
Dokumen Tender
Dokumen Tender Dokumen Tender
Dokumen Tender no suhaila
 
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)Naveen Segaran
 

Was ist angesagt? (20)

Contoh Resume Bahasa Melayu
Contoh Resume Bahasa MelayuContoh Resume Bahasa Melayu
Contoh Resume Bahasa Melayu
 
Surat jemputan panel
Surat jemputan panelSurat jemputan panel
Surat jemputan panel
 
Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriLaporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan Industri
 
Contoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docContoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu doc
 
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
 
Jenayah siber
Jenayah siber Jenayah siber
Jenayah siber
 
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
 
Surat Tuntutan Claim Kenderaan Insurans
Surat Tuntutan Claim Kenderaan InsuransSurat Tuntutan Claim Kenderaan Insurans
Surat Tuntutan Claim Kenderaan Insurans
 
Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)
 
Maklumat perniagaan
Maklumat perniagaanMaklumat perniagaan
Maklumat perniagaan
 
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
Rangka tugasan
Rangka tugasanRangka tugasan
Rangka tugasan
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalah
 
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATANPIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
 
Dokumen Tender
Dokumen Tender Dokumen Tender
Dokumen Tender
 
Tanah runtuh
Tanah runtuhTanah runtuh
Tanah runtuh
 
Azlanmohdnorf
AzlanmohdnorfAzlanmohdnorf
Azlanmohdnorf
 
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
 

Ähnlich wie ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP

15 Materi Dasar Penyuluh Anti Korupsi.pptx
15 Materi Dasar Penyuluh Anti Korupsi.pptx15 Materi Dasar Penyuluh Anti Korupsi.pptx
15 Materi Dasar Penyuluh Anti Korupsi.pptxcahyomeiyana
 
BE&GG, Intan Wachyuni, Hapzi Ali, Korupsi, Universitas Mercu Buana.2017.pdf
BE&GG, Intan Wachyuni, Hapzi Ali, Korupsi, Universitas Mercu Buana.2017.pdfBE&GG, Intan Wachyuni, Hapzi Ali, Korupsi, Universitas Mercu Buana.2017.pdf
BE&GG, Intan Wachyuni, Hapzi Ali, Korupsi, Universitas Mercu Buana.2017.pdfIntan Wachyuni
 
Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, corruption dan fraud, unive...
Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, corruption dan fraud, unive...Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, corruption dan fraud, unive...
Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, corruption dan fraud, unive...Muh Agus Priyetno
 
BE & GG, Maya Dwi Indrawati, Hapzi Ali, Corruption & fraud
BE & GG, Maya Dwi Indrawati, Hapzi Ali, Corruption & fraudBE & GG, Maya Dwi Indrawati, Hapzi Ali, Corruption & fraud
BE & GG, Maya Dwi Indrawati, Hapzi Ali, Corruption & fraudmaya indrawati
 
Solusi Pencegahan korupsi : Formula Vaksin Anti Korupsi
Solusi Pencegahan korupsi : Formula Vaksin Anti KorupsiSolusi Pencegahan korupsi : Formula Vaksin Anti Korupsi
Solusi Pencegahan korupsi : Formula Vaksin Anti KorupsiIsnu Rahadi Wiratama
 
PERCEPATAN PEMBANGUNAN EKONOMI SULAWESI BARAT DALAM PERSPEKTIF ANTI KORUPSI
PERCEPATAN PEMBANGUNAN EKONOMI SULAWESI BARAT DALAM PERSPEKTIF ANTI KORUPSI PERCEPATAN PEMBANGUNAN EKONOMI SULAWESI BARAT DALAM PERSPEKTIF ANTI KORUPSI
PERCEPATAN PEMBANGUNAN EKONOMI SULAWESI BARAT DALAM PERSPEKTIF ANTI KORUPSI temanna #LABEDDU
 
BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption Fraud, UMB, 2017
BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption  Fraud, UMB, 2017BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption  Fraud, UMB, 2017
BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption Fraud, UMB, 2017Basori Basori
 
PENCEGAHAN KORUPSI PROVINSI SULAWESI SELATAN
PENCEGAHAN KORUPSI PROVINSI SULAWESI SELATANPENCEGAHAN KORUPSI PROVINSI SULAWESI SELATAN
PENCEGAHAN KORUPSI PROVINSI SULAWESI SELATANtemanna #LABEDDU
 
Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11Arli Klang
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Kb 4 strategi-pemberantasan-korupsi
Kb 4 strategi-pemberantasan-korupsiKb 4 strategi-pemberantasan-korupsi
Kb 4 strategi-pemberantasan-korupsiImam Sarwo Edi
 
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA   “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA   “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...parluhutan silitonga
 
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA   “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA   “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...parluhutan silitonga
 
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA   “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA   “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...parluhutan silitonga
 
Sosial dan budaya pa (2)
Sosial dan budaya pa (2)Sosial dan budaya pa (2)
Sosial dan budaya pa (2)Nur Hidayah
 

Ähnlich wie ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP (20)

15 Materi Dasar Penyuluh Anti Korupsi.pptx
15 Materi Dasar Penyuluh Anti Korupsi.pptx15 Materi Dasar Penyuluh Anti Korupsi.pptx
15 Materi Dasar Penyuluh Anti Korupsi.pptx
 
BE&GG, Intan Wachyuni, Hapzi Ali, Korupsi, Universitas Mercu Buana.2017.pdf
BE&GG, Intan Wachyuni, Hapzi Ali, Korupsi, Universitas Mercu Buana.2017.pdfBE&GG, Intan Wachyuni, Hapzi Ali, Korupsi, Universitas Mercu Buana.2017.pdf
BE&GG, Intan Wachyuni, Hapzi Ali, Korupsi, Universitas Mercu Buana.2017.pdf
 
Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, corruption dan fraud, unive...
Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, corruption dan fraud, unive...Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, corruption dan fraud, unive...
Be & gg, muh agus priyetno, prof dr ir hapzi, corruption dan fraud, unive...
 
BE & GG, Maya Dwi Indrawati, Hapzi Ali, Corruption & fraud
BE & GG, Maya Dwi Indrawati, Hapzi Ali, Corruption & fraudBE & GG, Maya Dwi Indrawati, Hapzi Ali, Corruption & fraud
BE & GG, Maya Dwi Indrawati, Hapzi Ali, Corruption & fraud
 
Solusi Pencegahan korupsi : Formula Vaksin Anti Korupsi
Solusi Pencegahan korupsi : Formula Vaksin Anti KorupsiSolusi Pencegahan korupsi : Formula Vaksin Anti Korupsi
Solusi Pencegahan korupsi : Formula Vaksin Anti Korupsi
 
Rasuah Pemusnah Tamadun
Rasuah Pemusnah TamadunRasuah Pemusnah Tamadun
Rasuah Pemusnah Tamadun
 
PERCEPATAN PEMBANGUNAN EKONOMI SULAWESI BARAT DALAM PERSPEKTIF ANTI KORUPSI
PERCEPATAN PEMBANGUNAN EKONOMI SULAWESI BARAT DALAM PERSPEKTIF ANTI KORUPSI PERCEPATAN PEMBANGUNAN EKONOMI SULAWESI BARAT DALAM PERSPEKTIF ANTI KORUPSI
PERCEPATAN PEMBANGUNAN EKONOMI SULAWESI BARAT DALAM PERSPEKTIF ANTI KORUPSI
 
BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption Fraud, UMB, 2017
BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption  Fraud, UMB, 2017BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption  Fraud, UMB, 2017
BE & GG13, Basori, Hapzi Ali, Corruption Fraud, UMB, 2017
 
PENCEGAHAN KORUPSI PROVINSI SULAWESI SELATAN
PENCEGAHAN KORUPSI PROVINSI SULAWESI SELATANPENCEGAHAN KORUPSI PROVINSI SULAWESI SELATAN
PENCEGAHAN KORUPSI PROVINSI SULAWESI SELATAN
 
Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11
 
PPT KORUPSI.pptx
PPT KORUPSI.pptxPPT KORUPSI.pptx
PPT KORUPSI.pptx
 
PPT KORUPSI.pptx
PPT KORUPSI.pptxPPT KORUPSI.pptx
PPT KORUPSI.pptx
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Kb 4 strategi-pemberantasan-korupsi
Kb 4 strategi-pemberantasan-korupsiKb 4 strategi-pemberantasan-korupsi
Kb 4 strategi-pemberantasan-korupsi
 
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA   “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA   “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
 
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA   “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA   “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
 
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA   “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA   “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
BE & GG , Parluhutan, Prof. Dr. Hapzi Ali, CMA “ BE & GG Minggu 13 Corrupti...
 
Gejala rasuah
Gejala rasuah  Gejala rasuah
Gejala rasuah
 
Fraud.pptx
Fraud.pptxFraud.pptx
Fraud.pptx
 
Sosial dan budaya pa (2)
Sosial dan budaya pa (2)Sosial dan budaya pa (2)
Sosial dan budaya pa (2)
 

Mehr von muhammad

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxmuhammad
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanmuhammad
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala pontengmuhammad
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1muhammad
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1muhammad
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanmuhammad
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologimuhammad
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)muhammad
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014muhammad
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addmuhammad
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2muhammad
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas gurumuhammad
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalammuhammad
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarmuhammad
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengmuhammad
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehamuhammad
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanmuhammad
 

Mehr von muhammad (20)

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala ponteng
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
 
Fekah 1
Fekah 1Fekah 1
Fekah 1
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan add
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala ponteng
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othman
 

Kürzlich hochgeladen

Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfHendroGunawan8
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 

ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP

  • 1. 1 FALKULTI PENDIDIKAN KOD KURSUS : OUMM3203SMP : TAJUK KURSUS : ETIKA PROFASIONAL SEMESTER : MEI 2013 _____________________________________________________________________________ MATRICULATION NO : 741211115077-001 IDENTITY CARD NO. : 741211-11-11-5077 TELEPHONE NO. : 013-9823213 E-MAIL : jju2727@gmail.com LEARNING CENTRE : PPW KELANTAN
  • 2. 2 1.0 Pengenalan Samada kita sedar atau tidak, gegala rasuah telah menjadi satu budaya yang membentuk satu sistem yang semakin dapat diterima dan telah berfungsi dalam masyarakat negara kita hari ini.Walaupun kita mungkin menunjukkan sikap penentangan terhadap gejala rasuah pihak lain, tetapi seringkali kita mengambil sikap berbeza apabila menghadapi situasi sama yang melibatkan kepentingan sendiri atau pihak yang mempunyai kaitan dengan kita.Banyak terdapat tanda rasuah di negara ini telah mula diterima dalam masyarakat sebagai satu sistem dan tanda-tanda ini dapat dilihat di mana-mana sahaja tidak mengira samada di kalangan masyarakat bandar atau pun luar bandar dan tidak mengenal taraf kehidupan 1.1 Definisi, 1.1.1 Apa itu Rasuah Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:  Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]  Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]  Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]  Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009] Gagal Melapor :- Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009  DENDA : Tidak lebih RM100,000  PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan
  • 3. 3 Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009  DENDA : Tidak lebih RM100,000  PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali Anda Dilindungi :- Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI MAKLUMAT adalah dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.  PEMBERI MAKLUMAT adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah rasuah berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009.  PEMBERI MAKLUMAT juga dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.  PEMBERI MAKLUMAT yang menjadi SAKSI bagi sesuatu kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 www.sprm.gov.my/apa-itu-rasuah.html 1.2 Sejarah dan amalan rasuah 1.2.1 Sejarah penubuhan SPRM Pada hari ini dalam tahun 2009, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi melancarkan dengan rasminya penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). SPRM ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 [Akta 694], mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009 menggantikan Badan Pencegah Rasuah Malaysia. Penubuhan SPRM bertujuan meningkatkan keberkesanan, kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan BPR. Usaha pencegahan rasuah di Malaysia bermula pada tahun 1959 oleh sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri yang
  • 4. 4 menjalankan aktiviti pencegahan rasuah melalui ceramah dan dialog. Manakala tanggungjawab siasatan kes rasuah dijalankan oleh Cawangan Special Crime yang di letakkan di bawah Jabatan Polis, sementara proses pendakwaan dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-undang. Pada 1 Oktober 1967, ketiga-tiga agensi ini digabungkan dan dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR). BPR kemudiaanya ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara pada tahun 1973. Mulai 13 Mei 1982 badan ini dikenali semula sebagai Badan Pencegah Rasuah apabila Akta Badan Pencegah Rasuah, 1982 diluluskan. Sesungguhnya pelancaran penubuhan SPRM pada hari membuktikan kesungguhan kerajaan menjadikannya sebuah institusi anti rasuah yang unggul, disegani dalam negara dan dihormati di peringkat antarabangsa. http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=6770 RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang diluluskan kelmarin, selepas dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak kerana kini negara berada di landasan tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari dengan pembangunan negara menjelang 2020.Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota Dewan yang bersidang dalam suasana agak tegang. Ternyata hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu melihat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan ketika mula memegang jawatan pada 2004, mula menampakkan hasil.Ia bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus negara, diikuti SPRM, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Program Perlindungan Saksi. Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk memperlihatkan keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia menjadi sebahagian manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Seperti dijangkakan, perubahan berlaku secara berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan Wawasan 2020, untuk menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang bakal menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mulai Januari depan, mempunyai struktur pentadbiran dan bidang pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi rasuah dan penyelewengan.
  • 5. 5 Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini, selepas melihat gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Kita yakin SPRM yang mengambil pendekatan dilaksanakan Pentadbiran Hong Kong dalam mencegah rasuah selama 30 tahun, akan beroleh kejayaan berikutan gejala rasuah di negara ini masih pada tahap terkawal. Dengan lebih 5,000 kakitangan SPRM yang diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah, hasrat kerajaan untuk menghapuskan gejala itu sudah pasti mampu dicapai, terutama dengan sokongan seluruh rakyat. Malah, cadangan untuk mewujudkan satu mahkamah khas bagi mendengar dan membicarakan kes rasuah yang berlaku di negara ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan membanteras rasuah dan penyelewengan sehingga ke akar umbi. Begitu juga Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang turut dibahaskan di Parlimen bakal memantapkan lagi institusi berkenaan selepas terjejas teruk berikutan krisis kehakiman yang melanda sebelum ini. Kita berharap semua pihak terus memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan bagi memantapkan lagi pentadbiran supaya tadbir urus yang dijalankan telus dan memanfaatkan rakyat. Pentadbiran telus dan berwibawa amat penting bagi membawa negara ini melepasi halangan dan krisis ekonomi yang tidak nampak penghujungnya. Jadi menerusi rang undang- undang bersejarah ini, semua pihak perlu melihat ke depan untuk bersama berganding bahu dengan kerajaan dalam mencapai Misi Nasional negara. 1.2.2 Penjawat Awam Perlu Integriti Atasi Cabaran Ekonomi Datuk Seri Najib Razak menggariskan enam pendekatan yang perlu diamalkan kakitangan awam bagi menghadapi cabaran krisis ekonomi global, termasuk meminta pegawai peringkat atasan mengurangkan kuasa membuat keputusan mengikut budi bicara bagi mengelak amalan rasuah.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka perlu sentiasa berpegang kepada nilai integriti dalam sistem kerajaan, sekali gus menjadikan sektor perkhidmatan awam mempunyai integriti tinggi.Najib berkata, pendekatan lain perlu diberi perhatian kakitangan awam, terutama Kementerian Kewangan ialah memperkukuhkan modal keintelektualan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan tepat.Beliau berkata,
  • 6. 6 Perbendaharaan yang turut menyediakan perkhidmatan kepada agensi dan kementerian lain perlu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaiannya. Dato seri Najib juga meminta pegawai dan kakitangan awam menggunakan kemampuan daya fikir untuk memberi idea yang lebih baik, inovatif dan kreatif bagi menghasilkan keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah.Beliau berkata, kakitangan awam juga perlu mementingkan keputusan atau hasil projek pembangunan yang berkesan bagi memenuhi objektif setiap kementerian dan kerajaan.Katanya, mereka juga perlu sentiasa memastikan setiap peruntukan yang disediakan kerajaan untuk projek pembangunan dapat memberi nilai sewajarnya.Selain itu, Najib berkata, tahun ini dan tahun akan datang amat mencabar bagi Perbendaharaan untuk menangani kesan krisis ekonomi. Oleh Abdul Rahman Sulaiman rahmansulaiman@yahoo.com 1.2.3 Mahkamah Khas Rasuah Permulaan Sebuah Era Baru CADANGAN kerajaan mewujudkan mahkamah khas untuk mendengar dan membicarakan kes rasuah seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin, memberi petanda yang cukup meyakinkan mengenai kesungguhan pihak berkuasa dalam memerangi jenayah yang boleh menghancurkan negara itu.Menurut Nazri, yang membuat pengumuman itu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian diluluskan di Dewan Rakyat, penubuhan mahkamah berkenaan bukan saja dapat mengatasi masalah kes tertunggak, tetapi juga membuktikan kesungguhan kerajaan menerima cadangan orang ramai, termasuk daripada pembangkang. Ketika membahaskan Rang Undang-Undang SPRM sebelum itu beberapa anggota Dewan Rakyat mencadangkan agar mahkamah seumpama itu ditubuhkan bagi mengurangkan beban mahkamah biasa yang memang sudah dibebani dengan timbunan kes jenayah lain dan sivil.Dengan adanya mahkamah yang tugasnya semata-mata untuk mengendalikan kes berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya, maka sudah pasti kes demikian dapat diselesaikan dengan lebih pantas dan licin tanpa terpaksa menunggu senarai giliran yang panjang.
  • 7. 7 Ia diharapkan dapat memberi kepuasan kepada orang ramai yang sentiasa sinis terhadap usaha kerajaan dalam memerangi rasuah selama ini. Memang tidak dinafikan bahawa persepsi umum, termasuk di kalangan orang luar, mengenai rasuah di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan kurang baik, walaupun kegiatan tidak bermoral itu tidak seburuk di sesetengah negara membangun lain.Berdasarkan kepada persepsi negatif ini, maka penubuhan Mahkamah Khas Rasuah seiring dengan kelulusan yang diberikan Parlimen terhadap penubuhan SPRM nanti, serta pembentukan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) dan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008 yang sedang dan akan dibahaskan, tidak syak lagi akan membuka era atau lembaran baru dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini. Perlu diingat bahawa usaha memerangi rasuah berbentuk dua dimensi, iaitu pencegahan dan pendakwaan. Dalam hubungan ini, penubuhan mahkamah khas, SPRM, SPK dan Akta Perlindungan Saksi ditambah dengan usaha yang sedang dijalankan institusi sedia ada seperti Institut Integriti Nasional, diharapkan mampu berfungsi sebagai infrastruktur yang akan menakutkan individu atau golongan yang mempunyai kecenderungan rasuah.Jika ini boleh dijelmakan sebagai kenyataan, maka sebahagian daripada peperangan terhadap rasuah sudah berjaya. Pendakwaan hanya akan berperanan sebagai pelengkap kepada usaha itu. Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pendakwaan dan hukuman tidak penting. Adalah sesuatu yang lumrah bahawa manusia itu terdiri daripada dua jenis – yang baik dan jahat. Individu yang secara tabiatnya jahat akan terus memiliki kecenderungan untuk membuat kejahatan, termasuk melakukan rasuah, walau sehebat dan seberat mana peraturan yang ditetapkan atau hukuman yang dikenakan.Oleh itu, langkah selanjutnya tentulah keperluan untuk menzahirkan dalam bentuk tindakan hasrat yang tersemat di sebalik penubuhan pelbagai entiti dan undang-undang yang sudah dan akan diluluskan Parlimen nanti.Satu-satunya perkembangan yang orang ramai mahu lihat nanti tentulah lebih banyak kes berkaitan rasuah, khususnya yang besar-besar, disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan. Ini akan secara langsung meningkatkan keyakinan orang ramai, termasuk pelabur dari dalam dan luar negara, sekali gus memperbaiki imej Malaysia pada mata dunia. Semua ini akan memberi sumbangan positif terhadap usaha menarik pelaburan tempatan dan asing untuk menambah kemakmuran negara dan rakyat.Masalah kesukaran memperoleh bukti, keengganan saksi tampil ke hadapan, kekurangan kakitangan dan pegawai dan sebagainya yang selama ini sering
  • 8. 8 menghindar usaha Badan Pencegah Rasuah sepatutnya tidak akan wujud lagi dengan adanya SPRM dan Akta Perlindungan Saksi. Di lihat dari perspektif ini, adalah jelas bahawa tindakan perundangan yang digerakkan sepanjang minggu ini untuk merintis jalan bagi penubuhan SPRM dan SPK serta pengenalan undang-undang baru untuk melindungi saksi dan mengawal tingkah laku hakim adalah lebih daripada usaha menunaikan janji yang pernah dibuat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2004.Ia juga lebih daripada usaha peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, seperti yang cuba diuar-uar sesetengah pihak, untuk meninggalkan legasi pemerintahannya sebelum melepaskan jawatan Mac tahun depan.Sesungguhnya, usaha itu adalah permulaan sebuah era baru dalam sejarah negara memerangi rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai bentuk penyelewengan. Semoga satu hari nanti, negara ini dikenali dan diiktiraf sebagai negara paling bersih di dunia. Abdul Rahman Sulaiman rahmansulaiman@yahoo.com : Sumber : Mingguan Malaysia 2.0 Analisis ekonomi ke atas perbuatan rasuah Rasuah merupakan penyakit masyarakat yang serius diperdengarkan pada masa kini, khususnya dikalangan negara membangun. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan juga kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat. Pengamalan rasuah yang berleluasa boleh mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu terbantut dan seterusnya menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga turut menurun. Bahkan amalan rasuah juga turut menjadi barah penyakit kepada masyarakat akibat daripada ketidakadilan sosial yang wujud dikalangan masyarakat secara amnya. Bertepatan dengan masalah tersebut, maka objektif utama kajian adalah untuk melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Hasil penemuankajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan kesan negatif di mana dengan peningkatan rasuah sebanyak 1% akan mengakibatkan KDNK negara akan menurun sebanyak 1.618%. Ini jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah yang berlaku di Malaysia memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi di mana pemboleh ubah rasuah yang diperolehi adalah signifikan untuk menerangkan kadar pertumbuhan KDNK negara pada aras keertian 1%.
  • 9. 9 http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemIII/PERKEM2008-2D3.pdf Penggunaan model pertumbuhan ekonomi dalam kajian ini telah digunakan bagi mengukur kadar pertumbuhan ekonomi KDNK dan secara tidak langsung indeks rasuah yang dimasukkan dalam persamaan model regresi (Persamaan 1) telah menjelaskan kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Walaubagaimanapun, hasil keputusan penganggaran yang dijalankan ke atas model pertumbuhan ekonomi mendapati bahawa rasuah mempunyai hubungan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Keputusan kajian yang ditunjukkan bahawa rasuah di Malaysia adalah pada aras signifikan 0.01 dan ianya dapat dijelaskan dengan peningkatan 1% dalam rasuah akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618%. Manakala bagi pembolehubah yang lain, iaitu perbelanjaan kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) dan inflasi adalah signifikan pada aras keyakinan yang berbeza dalam menerangkan pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Dapatan kajian di atas adalah selari dengan kebanyakan kajian-kajian yang dibuat berkaitan dengan rasuah di mana rasuah memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Misalnya kajian yang dijalankan oleh Pak Hung Mo (2001) dalam menjelaskan peranan rasuah yang mana beliau mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan dalam lingkungan 0.72%.Paolo Mauro (1995) pula menunjukkan bukti bahawa rasuah menurunkan kadar pelaburan serta merencatkan pertumbuhan ekonomi. Dalam kajian yang dibuat beliau mendapati bahawa penurunan satu dalam indeks rasuah akan menyebabkan pelaburan meningkat sebanyak 5% dan pendapatan KDNK akan bertambah separuh daripada peratusan peningkatan. Dalam pada itu juga, akibat daripada amalan rasuah itu sendiri turut meningkatkan kadar inflasi bagi sesebuah negara. Manakala kajian yang dibuat Fahim A. Al-Marhubi (2000) mendapati bahawa rasuah memberi kesan yang negatif dan mengandaikan rasuah ini juga adalah sebahagian daripada berlakunya peningkatan kadar inflasi. Bukti analisis kajian yang dibuat oleh beliau mendapati bahawa, peningkatan jumlah rasuah secara tidak langsung akan meningkatkan kadar inflasi. Oleh yang demikian, dengan peningkatan kadar inflasi juga akan turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara.
  • 10. 10 Dalam perkataan lain, rasuah perlulah diatasi bagi memacu pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia.Kita dapati bahawa apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah, secara tidak langsung ia akan membawa kepada penurunan pertumbuhan ekonomi KDNK Negara Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia perlulah memastikan rasuah dapat diatasi dengan menggerakkan jentera kerajaan yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan untuk memantau aktiviti rasuah kerana kebanyakan penglibatan aktiviti rasuah ini adalah terdiri daripada kalangan penjawat awam yang berpangkat besar. Implikasi dasar ini patut diamalkan oleh negara yang mana kesan rasuah mengurangkan pertumbuhan ekonomi. Untuk membanteras dan mengurangkan gejala rasuah, kita perlu mengetahui punca rasuah.Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah adalah kurangnya penghayatan nilai-nilai murni, hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik dan juga kurangnya ilmu keagamaan menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Oleh itu, adalah penting bagi pihak kerajaan dalam memantapkan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni sejak dari zaman bangku sekolah rendah lagi.Selain daripada itu, faktor kemiskinan juga turut mengakibatkan berlakunya pelakuan jenayah rasuah kerana kemiskinan akan mengakibatkan seseorang itu bertindak apa yang telah diharamkan disisi Islam. Kewujudan rasuah dari kalangan pihak tertentu, maka ianya akan menyebabkan ketidakadilan itu wujud. Ini bertepatan dengan pendekatan yang di buat oleh Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005), di mana kemiskinan juga boleh mendorong kepada akhlak yang buruk. Seseorang itu mungkin cenderung untuk berdusta, mencuri, menipu, menerima rasuah dan khianat semata-mata kerana dorongan kemiskinan Justeru itu, akibat daripada kemiskinan menyebabkan peningkatan kadar rasuah dari kalangan rakyat Negara Malaysia kerana kebanyakan rakyatnya adalah berpendapatan rendah kalau hendak dibandingkan dengan Singapura di mana indeks rasuah bagi negara tersebut adalah rendah dan kadar kemiskinannya adalah rendah di mana pendapatan per kapita bagi rakyat Singapura adalah tinggi. Bahkan tidak hairanlah penjawat-penjawat awam terutamanya dikalangan yang berpendapatan rendah lebih cenderung melakukan rasuah kerana kesempitan hidup dan penindasan. Kemiskinan ini juga wujud akibat daripada kekayaan dalam sesebuah negara tidak diagihkan sama rata, malahan kekayaan yang dimiliki bagi negara terbabit hanya
  • 11. 11 berlegar-legar dikalangan pihak tertentu saja sebagaimana yang terjadi di Malaysia. Maka dengan itu, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin kerana kekayaan dibolot oleh pihak tertentu terutamanya bagi pihak yang berjawatan tinggi dalam kerajaan serta pihak yang berkepentingan dalam politik Negara Malaysia saja.Dalam pada itu juga, peranan kerajaan ataupun tanggungjawab negara adalah menjamin kekayaan dan kesejahteraan penduduk. Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005) menyatakan bahawa pemerintah bertanggungjawab memberi kemakmuran, kekayaan dan kesejahteraan kepada rakyatnya. Pemerintah perlu memastikan bahawa semua rakyatnya bukan sahaja dapat memenuhi keperluan asasinya tetapi harus memastikan bahawa semua rakyatnya kaya. Pemerintah perlu berusaha membangun negara sehingga tidak ada individu yang miskin, tidak ada individu yang mahu menerima zakat dan tidak ada individu yang mahu menerima sebarang bantuan daripada pemerintah 3.0 Analisis Undang-Undang Ke Atas Perbuatan Rasuah ETIKA DALAM DUNIA PERNIAGAAN MODEN Masalah etika menimbulkan masalah dalam pengurusan disebabkan oleh wujudnya konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial.Apabila wujudnya pelbagai tanggapan seperti adakah tindakan yang dibuat atau diambil itu “betul” (right), cara yang betul (proper) dan memang patut (just). Maka keputusan dalam pengurusan perlu diambil sebagai mengatasi dilemma etika tersebut. Ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan: Lima kesimpulan boleh dibuat mengenai betapa kompleknya pengurusan etika seperti berikut. Ciri-ciri mengenai masalah etika dalam pengurusan adalah:kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan.kebanyakan keputusan etika mempunyai pelbagai alternative.kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi perorangan.kebanyakan keputusan etika mempunyai ketidak pastian akibatnya.kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur aduk.
  • 12. 12 Contoh-contoh masalah etika dalam pengurusan: 1. Perletakan harga: kesan perletakan harga boleh menimbulkan kesan yang memudaratkan pelanggan. Contohnya kadar faedah simpanan di bank adalah berbeza-beza antara satu bank dengan bank yang lain. Menyimpan di bank yang lebih teguh dan lebih besar akan mendapat kadar faedah yang lebih terjamin berbanding dengan bank yang kecil. Begitu juga dengan caj-caj yang berbeza-beza dikenakan ke atas pelanggan. 2. Mesej periklanan: kepercayaan pelanggan terhadap mesej yang dipaparkan melalui iklan adalah menjadi isu yang paling kompleks. Jika paparan iklan tidak munasabah dan tidak diterima akal serta bercanggah dengan budaya dan etika, memberi kesan kepada paparan serta iklan yang disampaikan. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada objektif sebaran iklan tersebut. 3. Promosi barangan: jika promosi barangan bertentangan dengan etika, nilai serta norma kehidupan dan tidak memenuhi keperluan tetapi digambarkan lebih dari itu akan menimbulkan kesan penolakan daripada masyarakat. 4. Suasana kerja: jika suasana tempat kerja tidak mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan, kebersihan, dan sebagainya akan pasti mendapat tentangan daripada pihak pekerja dan kesatuan sekerja. Kerana ini adalah bercanggah dengan etika kerja yang mementingkan keselamatan pekerjanya terlebih dahulu selain persekitaran yang selamat dan bersih. 5. Perkhidmatan pelanggan: Pelanggan adalah asset kepada syarikat. Jika syarikat tidak dapat memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik, dan menjaga kepentingan pelanggannya, maka dari sudut etika syarikat berkenaan telah melanggar perjanjiannya untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti. 6. Pengurangan tenaga kerja: adalah menjadi suatu kesalahan yang bercanggah dengan etika, jika sesebuah syarikat itu memaksa pekerjanya untuk berhenti kerja. Perberhentian hendaklah dilakukan secara sukarela dan melalui rundingan antara semua pihak, pekerja dan kesatuan sekerja. 7. Pencemaran alam sekitar: perbuatan syarikat yang mencemarkan alam sekitar adalah bercanggah dengan pegangan etika organisasi dan perbuatan itu akan memudaratkan masyarakat setempat.
  • 13. 13 8. Hubungan komuniti: Segi etikanya, organisasi seharusnya terus mengekalkan hubungan organisasi dengan orang ramai atau komuniti dimana ianya beroperasi. Hubungan itu boleh wujudkan melalui berbagai program dan perlaksanaan tanggungjawab social. 9. Hubungan sebagai pembekal: syarikat dan organisasi yang besar memang mempunyai kekuatan ekonomi dalam memelihara hubungannya dengan masyarakat setempat. Segi etikanya organisasi tersebut akan berjaya melaksanakan tanggungjawab moral dan sosialnya kepada masyarakat dengan projek dan program yang digerakan disebabkan mereka mempunyai kekuatan ekonomi untuk melaksanakannya. Analisis masalah etika dalam pengurusan: 1. analisis ekonomi 2. analisis undang-undang 3. analisis etika a) Analisis ekonomi - Teori makro dan Mikro ekonomi bergantung kepada pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di dalam sebahagian permasalahan etika. b) Analisis Undang-undang - sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undang- undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini. c) Analisis Etika - Dalam suasana normative philosophy, setiap orang mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang sama, kemudian rakan/sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat layanan yang adil
  • 14. 14 4.0 Analisis Etika Dalam Perbuatan Rasuah Hujah-Hujah Yang Berdasarkan ONE Teori Etika Teori etika sebenarnya cuba meningkatkan maruah, keamanan, kegembiraan dan kesejahteraan manusia. Peraturan etika melibatkan semua orang. Ia bertujuan untuk mencapai keputusan yang baik untuk manusia sejagat. Perilaku yang tidak beretika, walaupun tidak melanggar undang- undang boleh menjejaskan kerjaya dan reputasi kita. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedahmoral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Greek ethos French dan Granrose (1995) : set panduan/ peraturan bertingkahlaku-menyelesaikan konflik terhadap keinginan Buchnolz (1989) : sistem –panduan tingkahlaku Shea (1988 : 17) : prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion dan sebagaisatu standard tingkahlaku 4.1 TEORI-TEORI TAAKULAN ETIKA Sebagai seorang pengurus atau orang yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi atau syarikat, setiap keputusan dalam pengurusan pentadbiran akan membawa implikasi yang berbeza kepada setiap anggota masyarakat yang berkaitan dengan kita, serta organisasi yang dipimpin. Ianya bergantung sepenuhnya kepada konsep betul atau salah sesuatu keputusan yang dilakukan. Oleh yang demikian, kita harus mewujudkan kaedah-kaedah analitik yang konsisten untuk tujuan pengelasan ”betul atau salah” dalam tindakan kita. Sejarah intelektual sejak 2400 tahun yang lalu dipenuhi dengan percubaan-percubaan untuk memartabatkan standard nilai-nilai moral dan mewujudkan sistem-sistem etika. Tidak ada satupun sistem atau teori etika yang benar-benar berkesan dalam memartabatkan standard nilai moral atau etika setakat ini. Bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa pada masa kini terdapat sekurang-kurangnya lima sistem atau teori etika yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan etika dalam sesuatu pengurusan pentadbiran:-
  • 15. 15 1. Eternal Law (Undang-undang Abadi) 2. Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism 3. Classical Deontological Ethical Theory: Universalism 4. Distributive Justice Theory 5. Personal Liberty Theory 4.2 ETERNAL LAW (UNDANG-UNDANG ABADI) Kebanyakan ahli agama dan ahli falsafah percaya bahawa Undang-undang Abadi boleh digabungkan dengan aspek Ketuhanan, begitu sinonim dengan Hukum Alam dan terdapat dalam ayat-ayat suci Holy Scripture. Undang-undang Abadi ini amat ketara atau nyata kepada mana- mana pihak yang membuat “research” atau mempelajari mana-mana sumber di atas. Menurut Thomas Jefferson, antara ahli sekular kemanusiaan yang terawal, beliau percaya bahawa kebenaran undang-undang ini adalah “self-evident” iaitu kepercayaan kepada diri sendiri sebagai bukti. Dalam frasa terkenal beliau, beliau menyatakan bahawa kebenaran tidak boleh berubah (inalienable) dan tugas atau tanggungjawab boleh diperolehi daripada kebenaran tersebut. If people have the right to “life, liberty and the pursuit of happiness”, then they also have the obligation to ensure the same right to others. Religious leaders tend to emphasize the revealed source of the truth more than the reasoned nature, but they also believe that the state of the law is unchanging, and that the rights and duties are obvious: if we are loved, then we must love others. This reciprocal exchange is summarized in Christian theology by the Golden Rule: Do unto others as you would have others do unto you.
  • 16. 16 4.3 CLASSICAL TELEOLOGICAL ETHICAL THEORY: UTILITARIANISM Teori ini lebih tertumpu kepada hasil, kesan atau keputusan yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan yang dilakukan oleh pengurusan pentadbiran, dan bukannya niat individu yang membuat keputusan atau tindakan. Ahli falsafah barat yang terkenal Jeremy Bentham dan J.S. Mill menegaskan bahawa nilai moral seseorang individu diputuskan oleh masyarakat melalui akibat atau kesan daripada tindakannya. Tindakannya betul jika ianya memberi kebaikan kepada manusia dan sebaliknya jika ianya membawa kemudaratan kepada masyarakat. Bagaimanapun, objektif utama keputusan etika teori ini adalah untuk kebaikan maksimum untuk semua orang dan keburukan untuk jumlah yang paling minimum. 4.4 CLASSICAL DEONTOLOGICAL ETHICAL THEORY: UNIVERSALISM Teori ini adalah bertentangan langsung dengan utilitarianism. “Deontology” berasal daripada perkataan Greek yang merujuk kepada tugas atau tanggungjawab seseorang individu.Teori etika ini menegaskan bahawa nilai moral sesuatu sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada kesan atau hasil yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan kerana kesan atau hasil yang menyusul tidak dapat dipastikan ketika sesuatu keputusan dilakukan. Nilai moral sesuatu tindakan bergantung kepada niat seseorang yang membuat keputusan atau tindakan. Jika kita mengharapkan yang terbaik untuk orang lain, maka kita dianggap mempunyai nilai moral yang tinggi, walaupun kita ternyata seorang individu yang kurang berkesan dan selalu lalai yang sentiasa membuat orang lain terluka oleh perbuatan atau tindakan kita. Walaubagaimanapun, kita sebenarnya bukanlah seorang individu yang kurang berkesan dan lalai kerana niat atau tujuan kita yang murni biasanya berakhir dengan hasil yang memberangsangkan!
  • 17. 17 4.4 DISTRIBUTIVE JUSTICE THEORY Teori ini telah diilhamkan oleh John Rawls dan berdasarkan kepada suatu nilai iaitu keadilan. Keadilan dianggap sebagai nilai moral atau mulia yang paling utama. John Rawls menyatakan bahawa masyarakat dan institusi di dalamnya dipenuhi konflik dan kerjasama. Kerjasama menjadi amalan orang ramai dalam sesuatu masyarakat kerana masyarakat sedar bahawa kerjasama membawa kebaikan yang lebih besar berbanding usaha secara bersendirian atau individu 4.5 PERSONAL LIBERTY THEORY Teori ini diilhamkan oleh Robert Nozick. Sistem ini bergantung kepada satu prinsip utama iaitu kebebasan. Kebebasan dipercayai sebagai keperluan utama masyarakat. Sesuatu peraturan atau undang-undang yang mencemarkan kebebasan seseorang harus ditolak atau dihapuskan walaupun ia membawa banyak kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain. Nozick percaya bahawa masyarakat adalah hasil ikatan ramai individu dan kerjasama di kalangan individu ini adalah wajib untuk pertumbuhan ekonomi. Harta-benda, kesihatan dan kehormatan seseorang individu diperolehi daripada individu lain melalui tukaran barang dan perkhidmatan, atau pemberian sebagai hadiah. PROGRAM UNTUK MENANGANI GEJALA RASUAH Bagi memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, penekanan kepada usaha meningkatkan integriti dan jati diri individu adalah sangat penting. Secara mikronya, usaha ini dibahagikan kepada dua sasaran iaitu fokus kepada jabatan/agensi yang memberikan perkhidmatan kepada orang awam dan fokus kepada individu-individu yang berkhidmat dalam organisasi kerajaan tersebut. Di peringkat jabatan/agensi, kajian semula prosedur yang panjang, sukar dan lambat perlu dikemaskini dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penggunaan borang, proses saringan dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang awam khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata
  • 18. 18 untuk mempercepatkan proses. Manakala di peringkat individu, langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan memantapkan dan mengukuhkan jati diri dalam diri setiap pegawai awam. Keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala kerana sekiranya setiap individu bencikan rasuah maka amalan ini dapat diatasi. Kekuatan jatidiri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata. Peningkatan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman adalah cadangan asas yang sering diberikan oleh banyak pihak. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Ianya juga membuatkan para pengamal rasuah akan berfikir panjang sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima. Empat perkara utama yang boleh gunapakai dalam memastikan SPRM berkesan dalam menangani rasuah iaitu : i. merangka strategi pencegahan yang komprehensif; ii. bebas daripada diberikan rasuah dalam menjalankan tugas; iii. tidak diletakkan di bawah pengawasan pemegang dasar atau polisi; dan iv. mengurangkan ruang dan peluang untuk memberi dan menerima rasuah dalam agensi-agensi yang strategik. Pendekatan pendidikan dengan memasukan konsep bahaya rasuah dalam sistem pembelajaran juga dirasakan mampu meningkatkan tahap kesedaran golongan muda diperingkat awal. Ini kerana sikap benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri mereka sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik ini akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah dan ikhlas. Pendekatan menggunakan sistem pendidikan diharap mampu membentuk generasi muda yang bebas daripada rasuah.
  • 19. 19 5. KESIMPULAN Berdasarkan pendekatan dan langkah yang dinyatakan diatas, jelas menunjukkan komitmen kerajaan adalah serius ke arah memastikan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dihapuskan. Prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti juga perlu diserapkan ke dalam ketetapan minda (mind set) masyarakat terutama penjawat awam. Ini membolehkan wujudnyua rasa tanggungjawab dalam diri disamping akan meningkatkan tahap motivasi, kecekapan dan mutu kerja mereka. Memang agak sukar mencapai tahap rasuah sifar di negara kita di era kebendaan dan glamor ini. Namun tidak sukar untuk membenci perbuatan rasuah. Oleh itu, kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa dalam membasmi gejala rasuah adalah penting tanpa mengambil kira sektor awam mahupun di sektor swasta dan badan badan bukan kerajaan. Pokoknya adalah kesediaan, keazaman dan komitmen yang bersungguh-sungguh dan berterusan dari semua pihak dalam mengajak masyarakat melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti rasuah
  • 20. 20 Rujukan 1. Ab. Razak Dan. 2000. Kajian Ekonomi Pembangunan. Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2. Abdul Samat Kasah. 2002. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya gejala rasuah: satu kajian di BPR Pahang. Kertas Projek Bagi Diploma Sains Kepolisian Di Maktab Polis DiRaja Malaysia. Kuala Kubu Baru. 3. Al-Marhubi, Fahim A. 2000. Corruption and inflation. Economic Letters. 66: 199- 202.Berita Harian. 2007, 30 Ogos 4. Blackburn, Keith. 2006. The incidence and persistence of corruption in economic development. Journal of Economic Dynamics & Control. 30: 2447-2469 5. Bruce, W. F. Linda K. G & David E. M. 2006. Economic development: corruption, complexity, wealth and a contribution to the theory of economic growth. www.emeraldinsight.com/0828-8666.htm. 22(4): 185-204