SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 Ogos 2014
FLIPPED CLASSROOM DALAM KONTEKS MALAYSIA
Azlina A.Rahman1
, Baharuddin Aris2
, Hasnah Mohamed3
, Norasykin Mohd Zaid4
dan Zaleha
Abdullah5
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
linskkb2012@gmail.com
2
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
bba@utm.my
3
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
hasnah-m@utm.my
4
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
norasykin@utm.my
5
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
zac@utm.my
ABSTRAK
Sistem pendidikan abad kini, iaitu pembelajaran abad ke-21 menuntut kepada pembelajaran berpusatkan
pelajar. Namun demikian kajian-kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih menggunakan
pendekatan konvensional. Kaedah konvensional dilihat menyebabkan penglibatan pelajar yang kurang dalam
aktiviti pembelajaran. Justeru pelajar akan berhadapan dengan kesukaran membina pengetahuan sendiri kerana ia
menjurus kepada pembelajaran kurang aktif. Maka perlu ada satu kaedah pengajaran yang berupaya mengatasi
permasalahan tersebut selain menepati pembelajaran terkini seperti kaedah flipped classroom. Kaedah flipped
classroom merupakan salah satu pembelajaran berpusatkan pelajar yang menitikberatkan penglibatan pelajar
secara aktif. Dalam konteks Malaysia, kajian berkenaan flipped classroom adalah sangat terhad terutamanya di
peringkat sekolah memandangkan ia adalah antara kaedah pedagogi yang terkini. Kertas ini akan mengulas
mengenai kajian-kajian lepas terhadap keberkesanan pelaksanaan kaedah flipped classroom. Kaedah flipped
classroom memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk belajar secara kadar kendiri serta menggalakkan
pembelajaran aktif. Kaedah flipped classroom juga menggunakan teknologi sebagai perantara dalam
pembelajaran dan pengajaran (PdP). Analisa awal menunjukkan kaedah flipped classroom mempunyai kelebihan
serta cabaran dalam pelaksanaannya namun ia berpotensi meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.
Kata kunci: Flipped Classroom, Pembelajaran aktif, Pembelajaran berpusatkan pelajar, Teknologi dalam
PdP.
1. PENDAHULUAN
Menurut Mohd Zin et al. (2012), kaedah pengajaran yang menepati kualiti
pembelajaran pelajar mampu memenuhi matlamat dan halatuju negara. Oleh itu guru perlu
mempelbagaikan kaedah pengajaran kerana guru berperanan sebagai agen perubahan dalam
menyampaikan maklumat. Flipped classroom (Baker, 2000) atau inverted classroom (Lage et
al., 2000) merupakan salah satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar yang telah mula
diperkenalkan pada tahun 2000. Kaedah flipped classroom membantu mewujudkan suasana
pembelajaran yang aktif (Siegle, 2013a). Kaedah ini mula mendapat perhatian setelah
dipopularkan oleh dua orang guru sekolah iaitu Bergmann dan Samms (2009) menerusi
penggunaan video dan aktiviti pembelajaran dalam talian. Kelebihan kaedah flipped
classroom ialah kaedah ini mempunyai dua fasa yang memberi ruang kepada pelajar belajar
secara kadar kendiri dan belajar membina pengetahuan melalui pengalaman atau melalui
bimbingan guru dan rakan (Lowell et al., 2013). Penggunaan teknologi dalam pelaksanaan
kaedah flipped classroom bukan sahaja dapat membantu guru dalam pengajaran tetapi juga
membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran yang sukar sekiranya
diguna secara tepat dan bersistematik (Abu Bakar, 2013). Selain itu, kaedah flipped classroom
dilihat mampu meningkatkan prestasi pencapaian pelajar, meningkatkan komunikasi dan
kerjasama berkumpulan (Herreid dan Schiller, 2013). Kaedah flipped classroom pada asalnya,
mula dilaksanakan di peringkat universiti dalam bidang teknologi sebelum digunakan secara
meluas di peringkat sekolah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(Herreid dan A.Schiller, 2012; Hamdan et al., 2013). Ini bermaksud kaedah flipped classroom
telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang pendidikan. Namun,
persoalan yang perlu dirungkai adalah implikasi sebenar kaedah flipped classroom terhadap
prestasi pelajar. Kesesuaian pelaksanaan kaedah flipped classroom juga perlu dikaji sama ada
ia mampu diadaptasi dalam pelbagai bidang dan peringkat pendidikan. Kertas ini akan
membincangkan secara ringkas kajian-kajian lepas berkaitan kaedah flipped classroom yang
mengkaji pencapaian pelajar dalam pelbagai disiplin dan peringkat pendidikan.
2. SOROTAN KAJIAN LEPAS
Secara umumnya, kajian-kajian mengenai kaedah flipped classroom memberi
penumpuan terhadap pencapaian pelajar. Kertas ini akan membincangkan secara ringkas
berkenaan kajian yang telah dijalankan mengikut dimensi dan disiplin yang berbeza.
Jadual 1: Kajian-kajian berkaitan flipped classroom
Penulis Peringkat pengajian Disiplin Dimensi
Butt (2014) Universiti Sains Persepsi pelajar
Flumerfelt dan Green
(2013)
Sekolah Matematik
Sains
Sains Sosial
Bahasa Inggeris
Pembangunan kurikulum
Fulton (2012) Sekolah Matematik Kemahiran pelajar
Pang dan Yap (2014) Universiti Kejuruteraan Pencapaian pelajar
Lockwood et al. (2013) Universiti Matematik
Teknologi
Pencapaian pelajar
Mason et al. (2013) Universiti Kejuruteraan Pencapaian pelajar
Persepsi pelajar
Kandungan mata pelajaran
Siegle (2013) Sekolah Teknologi Pencapaian pelajar
Strayer (2012) Universiti Matematik Pencapaian pelajar
Persepsi pelajar
Bergmann dan Sams
(2009)
Sekolah Sains Pencapaian pelajar
Stone (2012) Universiti Sains Pencapaian pelajar
Kehadiran pelajar
Tingkah laku pelajar
Berdasarkan jadual 1, kajian mengenai kaedah flipped classroom telah diaplikasikan di
sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kaedah flipped classroom mula mendapat tempat
dalam institusi pendidikan dan mula dilaksanakan secara meluas di peringkat sekolah (Jiugen
et al., 2014). Namun demikian kajian mengenai kaedah flipped classroom adalah sangat
terhad di Malaysia (Mukherjee, 2013). Jadual 1 juga memperlihatkan pelaksanaan kaedah
flipped classroom yang telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang yang berbeza mengikut
peringkat pengajian masing-masing.
Kajian yang telah dijalankan oleh Butt (2014) ke atas sekumpulan pelajar Universiti
dalam bidang Sains mendapati bahawa kaedah flipped classroom yang telah diperkenalkan
buat pertama kali telah mendapat reaksi yang positif di kalangan pelajar. Daripada
maklumbalas yang diterima, sebanyak 70% pelajar menyatakan bahawa mereka mendapat
manfaat dengan cara belajar menerusi aktiviti berkumpulan dan perbincangan yang
terkandung dalam kaedah flipped classroom berbanding kaedah konvensional. Kaedah
konvensional dalam kajian Butt (2014) adalah merujuk kepada pembelajaran sehala iaitu
pelajar menerima maklumat secara pasif ketika sesi kuliah berlangsung.
Berbeza pula pendekatan yang dibuat oleh Flumerfelt dan Green (2013) iaitu dari
sudut perubahan kurikulum di sekolah. Bagi memastikan kurikulum sekolah bergerak selari
dengan pembelajaran abad ke-21, kurikulum pendidikan memerlukan perubahan yang berani
dan kajian terhadap PdP diperlukan secara berterusan. Flumerfelt dan Green (2013)
melaksanakan kaedah flipped classroom sebagai perubahan pedagogi yang perlu disuntik ke
dalam kurikulum sekolah. Dapatan kajian Flumerfelt dan Green (2013) menunjukkan berlaku
peningkatan peratusan dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Sains
Sosial setelah melaksanakan kaedah flipped classroom.
Penggunaan teknologi dalam PdP memberi impak yang positif terhadap sistem
pendidikan. Penggunaan teknologi secara tepat dan bersistematik bukan sahaja dapat
membantu guru dalam pengajaran tetapi juga membantu meningkatkan kefahaman pelajar
dalam mata pelajaran yang sukar (Abu Bakar, 2013). Fulton (2012) membuat kajian di salah
sebuah sekolah di Amerika Syarikat iaitu Bryon School yang telah mengalami masalah
kewangan yang serius hingga menyebabkan pihak sekolah terpaksa membuat perubahan
secara drastik terhadap kurikulum pendidikan sekolah tersebut. Akibat tidak dapat
menanggung kos pembelian buku teks, Bryon School telah melaksanakan kaedah flipped
classroom sebagai alternatif bagi menggantikan kaedah konvensional. Selaras dengan konsep
kaedah flipped classroom, Bryon School menggunakan teknologi untuk menggantikan buku
teks biasa kepada buku teks digital. Bahan rujukan kemudiannya dikongsi melalui capaian
internet dan digunakan sebagaimana yang disaran dalam kaedah flipped classroom. Mata
pelajaran matematik dijadikan mata pelajaran perintis dalam pelaksanaan kaedah flipped
classroom tersebut. Kejayaan menyebelahi sekolah ini hingga menunjukkan prestasi yang
sangat memberangsangkan sehinggalah pada tahun 2011, Bryon School telah dianugerahkan
School of Distinction for Mathematics oleh Syarikat Intel. Hasilnya, kaedah flipped classroom
telah mula dilaksanakan secara meluas oleh sekolah-sekolah yang lain dan Bryon School
dijadikan idola dan rujukan bagi sekolah lain yang berminat untuk mendalami kaedah flipped
classroom.
Pelaksanaan kaedah pedagogi yang baru seperti kaedah flipped classroom memerlukan
panduan ringkas terhadap prosedur pelaksanaannya kepada pelajar. Ini adalah kerana kaedah
ini sangat berbeza berbanding kaedah konvensional sedia ada dan maklumat yang diberikan
sebelum pelaksanaan membantu pelajar bersedia untuk menerima sesuatu yang baru. Kajian
seterusnya iaitu Pang dan Yap (2014) di Singapura memberi tumpuan kepada hasil
pembelajaran menggunakan kaedah flipped classroom dengan menerangkan terlebih dahulu
prosedur pelaksanaan kaedah flipped classroom sebelum sesi pengajian bermula. Pang dan
Yap (2014) mendapati kaedah flipped classroom mendapat sambutan positif dari pelajar dan
hasil pembelajaran tercapai seperti yang diharapkan.
Jika pengkaji-pengkaji sebelum ini, menjalankan kajian terhadap pencapaian pelajar
melalui keberkesanan kaedah flipped classroom, berbeza dengan Lockwood et al. (2013) yang
menggabungkan kaedah flipped classroom dengan salah satu kaedah pedagogi yang lain iaitu
pembelajaran berasaskan penyiasatan (inquiry base learning). Kaedah pembelajaran
berasaskan siasatan dilaksanakan bagi memastikan pelajar mempunyai lebih banyak peluang
menjalani aktiviti secara berkumpulan dan hands-on. Impak yang berkesan daripada kajian
tersebut menyebabkan Lockwood et al. (2013) berusaha membangunkan sendiri buku digital
dan meluaskan pelaksanaan kaedah flipped classroom terhadap disiplin yang lain.
Kaedah flipped classroom yang telah dikaji secara meluas menyebabkan Mason et al.
(2013) mengambil pendekatan membesarkan lagi skop dimensi kepada 3 bidang iaitu isi
kandungan, pencapaian pelajar dan persepsi pelajar. Seperti pengkaji-pengkaji yang lepas,
kaedah flipped classroom memberikan kesan yang positif berbanding kaedah pengajaran
konvensional. Lebih banyak isi kandungan dalam mata pelajaran dapat dikuasai pelajar.
Pelajar yang diajar menggunakan kaedah flipped classroom juga didapati mampu
menyelesaikan lebih banyak soalan-soalan aras tinggi berbanding pelajar dari kelas
konvensional.
Kaedah flipped classroom adalah kaedah yang fleksibel yang boleh diguna dalam
pelbagai disiplin dan peringkat pendidikan. Di peringkat sekolah, kaedah ini tidak terhad
kepada pelajar biasa. Siegle (2013b) membuktikan bahawa kaedah flipped classroom sesuai
dilaksanakan terhadap pelajar yang istimewa dan juga terhadap pelajar yang berbakat. Bagi
pelajar yang bermasalah dalam pendidikan, kaedah flipped classroom membantu
meningkatkan motivasi dan minat pelajar dan bertindak sebagai proses pemulihan.
Sebaliknya, bagi pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi pula, kaedah flipped
classroom bertindak sebagai proses pengayaan (Siegle, 2013b).
Kepesatan penggunaan teknologi dalam PdP memberi impak terhadap kaedah
pengajaran abad masa kini. Antara teknologi yang digunakan dalam kaedah flipped classroom
ialah penggunaan video, audio, perisian multimedia dan sistem pembelajaran pintar. Sistem
pembelajaran pintar dalam talian adalah antara sistem yang digunakan oleh Strayer (2012)
dalam pelaksanaan kaedah flipped classroom. Strayer (2012) menekankan pembelajaran
interaktif seperti pembelajaran dalam talian adalah perlu dilaksanakan bersama bagi
memastikan objektif flipped classroom tercapai. Pendapat Strayer (2012) bertentangan dengan
Jiugen et al. (2014) yang menyatakan kaedah flipped classroom tidak bergantung kepada
pembelajaran dalam talian sahaja tetapi boleh menggunakan apa jua jenis bahan selagi ia
memberi manfaat kepada pelajar. Walau bagaimanapun, dari sudut lain, percanggahan
pendapat ini memberi peluang kepada pengkaji-pengkaji lain meluaskan skop kajian berkaitan
kaedah flipped classroom dari pelbagai dimensi.
Kaedah flipped classroom mula mendapat perhatian apabila Bergmann dan Sams
(2009) menggunakan teknologi Vodcast dalam pelaksanaan kaedah flipped classroom.
Kemudian, teknologi seperti video dan aktiviti dalam talian percuma terutama yang dihasilkan
oleh Khan Academy digunapakai secara meluas. Tidak seperti pengkaji-pengkaji yang lepas,
Bergmann dan Sams (2009) lebih menitikberatkan aktiviti di dalam kelas. Aktiviti di dalam
kelas diperuntukkan hanya untuk aktiviti makmal, demonstrasi, kerja berkumpulan dan
bimbingan yang lebih khusus. Melalui Bergmann dan Sams (2009), populariti kaedah flipped
classroom mula terserlah dan memberi inspirasi kepada institusi pendidikan terutamanya di
peringkat sekolah.
Berasaskan inspirasi daripada kajian Bergmann dan Sams (2009), Stone (2012)
mengukur keberkesanan kaedah flipped classroom dari sudut pencapaian pelajar, purata
kehadiran dan tingkah laku pelajar. Stone (2012) melaksanakan kaedah flipped classroom
terhadap mata pelajaran Sains. Meskipun dapatan yang diperolehi memberikan impak yang
positif namun Stone (2012) berpendapat, kelebihan kaedah flipped classroom yang ketara
adalah kerana kaedah ini menyediakan ruang dan masa yang lebih berkualiti antara guru dan
pelajar. Interaksi antara pelajar dan guru adalah kunci kepada pembelajaran aktif dan
bermakna.
3. KESIMPULAN
Daripada kesemua dapatan kajian yang dinyatakan di dalam jadual 1, dapat
dirumuskan bahawa kaedah flipped classroom memberikan kesan yang positif terhadap
pencapaian pelajar. Kaedah flipped classroom dilihat sesuai diintegrasikan dalam pelbagai
disiplin seperti Matematik, Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial. Selain itu,
kaedah flipped classroom juga sesuai diaplikasikan pada peringkat sekolah menengah dan
institusi pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, daripada kesemua 10 kajian, hanya 1 kajian
oleh Lockwood et al. (2013) yang memberi penekanan terhadap aktiviti di dalam kelas.
Disebabkan kajian flipped classroom masih terhad, kebanyakan pengkaji memberi
penumpuan terhadap keberkesanan pelaksanaan kaedah flipped classroom. Kajian kaedah
flipped classroom yang memberi penumpuan terhadap aktiviti di dalam kelas adalah sangat
terhad dan perlu diteroka (Flumerfelt dan Green, 2013; Lowell et al., 2013; Butt, 2014).
Kajian berkaitan kaedah flipped classroom di peringkat sekolah menengah di Malaysia adalah
sangat perlu memandangkan pelaksanaan kaedah flipped classroom memberi implikasi yang
sangat besar terhadap kurikulum pendidikan. Penggunaan teknologi dalam kaedah flipped
classroom juga adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia agar
memanfaatkan bidang teknologi maklumat dalam PdP. Justeru itu kaedah pengajaran
konvensional sedia ada perlu mengalami transformasi bagi memastikan sistem pendidikan
negara mampu bergerak seiring pembelajaran abad kini. Oleh itu kaedah flipped classroom
adalah antara kaedah yang dilihat berpotensi merealisasikan hasrat tersebut.
RUJUKAN
Abu Bakar (2013). Kurikulum Kearah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan
Inovatif. Juku Juku, 10–18.
Baker, W. (2000). The “Classroom Flip”: Using Web Course Management Tools Too
Become The Guide By The Side.
Bergmann, J., dan Sams, A. (2009). Remixing chemistry class: Two Colorado teachers make
vodcast of their lectures to free up class time for hands-on activities. Learning and Leading
with Technology, (December 2008), 22–27.
Butt, A. (2014). Students Views On the Use Of a Flipped classroom Approach: Evidence
from Australia, 6(1), 33–44.
Flumerfelt, S., dan Green, G. (2013). Using Lean in the Flipped Classroom for At Risk
Students, 16, 356–366.
Fulton, K. P. (2012). 10 reasons to flip. The Phi Delta Kappan of Journal Storage (JSTOR),
94(2), 20–24.
Hamdan, N., Mcknight, P., George, P. D., Lee, R., dan Washington, C. (2013). The flipped
learning model: A white paper based on the literature review titled A Review of Flipped
Learning.
Herreid, C. F., dan A.Schiller, N. (2012). Case Studies and the Flipped Classroom.
Herreid, C. F., dan Schiller, N. A. (2013). Case Studies and the Flipped Classroom. Journal of
College Science Teaching, 42(5), 62–66.
Jiugen, Y., Ruonan, X., dan Wenting, Z. (2014). Essence of Flipped Classroom Teaching
Model and Influence on Traditional Teaching. IEEE, 362–365.
Lage, M. J., Platt, G. J., Treglia, M., dan Lage, J. (2000). Inverting the Classroom : A
Gateway to Creating an Inclusive Learning Environment, 31(1), 30–43.
Lockwood, K., Bay, C. S. U. M., dan Esselstein, R. (2013). The Inverted Classroom and the
CS Curriculum, 113–118.
Lowell, J., Utah, B., Verleger, M. A., dan Beach, D. (2013). The Flipped Classroom : A
Survey of the Research.
Mason, G. S., Shuman, T. R., dan Cook, K. E. (2013). Comparing the Effectiveness of an
Inverted Classroom to a Traditional Classroom in an Upper-Division Engineering Course.
IEEE Transactions on Education, 56(4), 430–435. doi:10.1109/TE.2013.2249066
Mohd Nor dan Rashita. (2011). Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi, 2, 1–17.
Mukherjee, T. C. (2013). Exploring the relationship between Learner ’ s a ttributes and
Flipped classroom success in the Malaysian context.
Pang, N. K., dan Yap, K. T. (2014). The Flipped Classroom Experience. IEEE, 39–43.
Siegle, D. (2013a). Differentiating Instruction by Flipping the Classroom, 37(1), 51–56.
doi:10.1177/1076217513497579.
Siegle, D. (2013b). Technology: Differentiating Instruction by Flipping the Classroom. Gifted
Child Today, 37(1), 51–55. doi:10.1177/1076217513497579
Stone, B. B. (2012). Flip Your Classroom to Increase Active Learning and Student
Engagement, 1–5.
Strayer, J. F. (2012). How learning in an inverted classroom influences cooperation,
innovation and task orientation. Learning Environments Research, 15(2), 171–193.
doi:10.1007/s10984-012-9108-4
Zulkefli dan Fatin. (2013). Amalan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan Guru Fizik
Tingkatan Enam, (Isqae), 21–33.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

KONSEP KBAT DAN I THINK
KONSEP KBAT DAN I THINKKONSEP KBAT DAN I THINK
KONSEP KBAT DAN I THINKzerat88
 
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaAnjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Numbered Heads Together
Numbered Heads TogetherNumbered Heads Together
Numbered Heads TogetherMokhzani Fadir
 
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021Mokhzani Fadir
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanNur Ashikin Ismahun
 
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematikIsu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematikEli Lilly and Company
 
apa itu program i think
apa itu program i thinkapa itu program i think
apa itu program i thinkCikgu Bibi
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Abu Bakar Sani
 
Buku panduan pbd edisi 2 23 disember 2019
Buku panduan pbd edisi 2   23 disember 2019Buku panduan pbd edisi 2   23 disember 2019
Buku panduan pbd edisi 2 23 disember 2019Mokhzani Fadir
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Sekolah Amanah
Sekolah AmanahSekolah Amanah
Sekolah AmanahVince Here
 
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...Janic Chew
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktVijaen Cool
 
Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1
Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1
Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1surayahhusein
 

Was ist angesagt? (20)

KONSEP KBAT DAN I THINK
KONSEP KBAT DAN I THINKKONSEP KBAT DAN I THINK
KONSEP KBAT DAN I THINK
 
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaAnjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Numbered Heads Together
Numbered Heads TogetherNumbered Heads Together
Numbered Heads Together
 
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah versi 2.0 2021
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematikIsu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
 
apa itu program i think
apa itu program i thinkapa itu program i think
apa itu program i think
 
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
Program Ekuiti Merapatkan Jurang (Matematik): SMK Kuala Penyu 2021
 
Buku panduan pbd edisi 2 23 disember 2019
Buku panduan pbd edisi 2   23 disember 2019Buku panduan pbd edisi 2   23 disember 2019
Buku panduan pbd edisi 2 23 disember 2019
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Dasar-dasar kpm 2011-2016
Dasar-dasar kpm 2011-2016Dasar-dasar kpm 2011-2016
Dasar-dasar kpm 2011-2016
 
NKRA Pendidikan
NKRA PendidikanNKRA Pendidikan
NKRA Pendidikan
 
Abad ke 21
Abad ke 21Abad ke 21
Abad ke 21
 
Lesson Study in Malaysia
Lesson Study in MalaysiaLesson Study in Malaysia
Lesson Study in Malaysia
 
Sekolah Amanah
Sekolah AmanahSekolah Amanah
Sekolah Amanah
 
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
 
Kssr 2011
Kssr 2011Kssr 2011
Kssr 2011
 
Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1
Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1
Dokumen standard prestasi bagi pbs ting. 1
 

Andere mochten auch

Elemen KBAT Dalam Sumber
Elemen KBAT Dalam SumberElemen KBAT Dalam Sumber
Elemen KBAT Dalam SumberMokhzani Fadir
 
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYAELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYAMokhzani Fadir
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATMokhzani Fadir
 
Elemen KBAT Dalam Instrumen Pentaksiran
Elemen KBAT Dalam Instrumen PentaksiranElemen KBAT Dalam Instrumen Pentaksiran
Elemen KBAT Dalam Instrumen PentaksiranMokhzani Fadir
 
Sample questions stems based in revised Bloom's taxonomy
Sample questions stems based in revised Bloom's taxonomySample questions stems based in revised Bloom's taxonomy
Sample questions stems based in revised Bloom's taxonomyMokhzani Fadir
 
Kursus Program i-Think
Kursus Program i-ThinkKursus Program i-Think
Kursus Program i-ThinkMokhzani Fadir
 
Matapelajaran Sains: Taksonomi Objektif Pendidikan dan contoh kata soal
Matapelajaran Sains: Taksonomi Objektif Pendidikan dan contoh kata soalMatapelajaran Sains: Taksonomi Objektif Pendidikan dan contoh kata soal
Matapelajaran Sains: Taksonomi Objektif Pendidikan dan contoh kata soalMokhzani Fadir
 
Elemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogiElemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogiMokhzani Fadir
 
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras TinggiContoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras TinggiMokhzani Fadir
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomMokhzani Fadir
 
Pembelajaran kolaboratif
Pembelajaran kolaboratifPembelajaran kolaboratif
Pembelajaran kolaboratifMokhzani Fadir
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
Elemen KBAT dalam Kurikulum
Elemen KBAT dalam KurikulumElemen KBAT dalam Kurikulum
Elemen KBAT dalam KurikulumMokhzani Fadir
 
Borang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLCBorang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLCUng Eleanor
 
Cuti umum swak 2017
Cuti umum swak 2017Cuti umum swak 2017
Cuti umum swak 2017Ung Eleanor
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan VideoKomuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan VideoMokhzani Fadir
 
Contoh cadangan pelaksanaan satu sesi Learning Walks
Contoh cadangan pelaksanaan satu sesi Learning WalksContoh cadangan pelaksanaan satu sesi Learning Walks
Contoh cadangan pelaksanaan satu sesi Learning WalksMokhzani Fadir
 

Andere mochten auch (20)

Elemen KBAT Dalam Sumber
Elemen KBAT Dalam SumberElemen KBAT Dalam Sumber
Elemen KBAT Dalam Sumber
 
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYAELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
ELEMEN KBAT DALAM BINA UPAYA
 
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBATSOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
SOKONGAN KOMUNITI & SWASTA untuk meningkatkan Elemen KBAT
 
W pengenalan-kbat
W pengenalan-kbatW pengenalan-kbat
W pengenalan-kbat
 
Elemen KBAT Dalam Instrumen Pentaksiran
Elemen KBAT Dalam Instrumen PentaksiranElemen KBAT Dalam Instrumen Pentaksiran
Elemen KBAT Dalam Instrumen Pentaksiran
 
Sample questions stems based in revised Bloom's taxonomy
Sample questions stems based in revised Bloom's taxonomySample questions stems based in revised Bloom's taxonomy
Sample questions stems based in revised Bloom's taxonomy
 
Kursus Program i-Think
Kursus Program i-ThinkKursus Program i-Think
Kursus Program i-Think
 
Matapelajaran Sains: Taksonomi Objektif Pendidikan dan contoh kata soal
Matapelajaran Sains: Taksonomi Objektif Pendidikan dan contoh kata soalMatapelajaran Sains: Taksonomi Objektif Pendidikan dan contoh kata soal
Matapelajaran Sains: Taksonomi Objektif Pendidikan dan contoh kata soal
 
Elemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogiElemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogi
 
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras TinggiContoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
Pembelajaran kolaboratif
Pembelajaran kolaboratifPembelajaran kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif
 
Ebook kbat oleh KPM
Ebook kbat oleh KPMEbook kbat oleh KPM
Ebook kbat oleh KPM
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Elemen KBAT dalam Kurikulum
Elemen KBAT dalam KurikulumElemen KBAT dalam Kurikulum
Elemen KBAT dalam Kurikulum
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
Borang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLCBorang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLC
 
Cuti umum swak 2017
Cuti umum swak 2017Cuti umum swak 2017
Cuti umum swak 2017
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan VideoKomuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
Komuniti Pembelajaran Profesional : Kritikan Video
 
Contoh cadangan pelaksanaan satu sesi Learning Walks
Contoh cadangan pelaksanaan satu sesi Learning WalksContoh cadangan pelaksanaan satu sesi Learning Walks
Contoh cadangan pelaksanaan satu sesi Learning Walks
 

Ähnlich wie Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1

teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibsondiaernah
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahNorshakirah Adnan
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)nurrasyiqah
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044Nurul Mazni
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learningliaw5
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikPerbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikAtiqah Aizan
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 

Ähnlich wie Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1 (20)

Ict 1
Ict 1Ict 1
Ict 1
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
 
Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044
 
Frog vle
Frog vleFrog vle
Frog vle
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
ULASAN JURNAL
ULASAN JURNALULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
JURNAL SAIN 3
JURNAL SAIN 3JURNAL SAIN 3
JURNAL SAIN 3
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikPerbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 

Mehr von Mokhzani Fadir

Elemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdf
Elemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdfElemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdf
Elemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdfMokhzani Fadir
 
CUP 3: Sains Sekolah Rendah
CUP 3: Sains Sekolah RendahCUP 3: Sains Sekolah Rendah
CUP 3: Sains Sekolah RendahMokhzani Fadir
 
CUP 3: Contoh pelaksanaan Matematik SR
CUP 3: Contoh pelaksanaan Matematik SRCUP 3: Contoh pelaksanaan Matematik SR
CUP 3: Contoh pelaksanaan Matematik SRMokhzani Fadir
 
CUP Fasa 3: Contoh BM Sekolah Rendah
CUP Fasa 3: Contoh BM Sekolah RendahCUP Fasa 3: Contoh BM Sekolah Rendah
CUP Fasa 3: Contoh BM Sekolah RendahMokhzani Fadir
 
Kit Penerangan Catch-Up-Plan Fasa 3 - Program Berfokus
Kit Penerangan Catch-Up-Plan Fasa 3 - Program BerfokusKit Penerangan Catch-Up-Plan Fasa 3 - Program Berfokus
Kit Penerangan Catch-Up-Plan Fasa 3 - Program BerfokusMokhzani Fadir
 
Kit Penerangan PAK2121
Kit Penerangan PAK2121Kit Penerangan PAK2121
Kit Penerangan PAK2121Mokhzani Fadir
 
Slaid Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr
Slaid Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPrSlaid Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr
Slaid Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPrMokhzani Fadir
 
Surat siaran pemakluman berhubung manual pdpr versi 2
Surat siaran pemakluman  berhubung manual pdpr versi 2Surat siaran pemakluman  berhubung manual pdpr versi 2
Surat siaran pemakluman berhubung manual pdpr versi 2Mokhzani Fadir
 
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0Mokhzani Fadir
 
Tips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesanTips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesanMokhzani Fadir
 
KIT PLC - Profesional Learning Community
KIT PLC - Profesional Learning CommunityKIT PLC - Profesional Learning Community
KIT PLC - Profesional Learning CommunityMokhzani Fadir
 
Panduan penjaminan kualiti
Panduan penjaminan kualitiPanduan penjaminan kualiti
Panduan penjaminan kualitiMokhzani Fadir
 

Mehr von Mokhzani Fadir (20)

Elemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdf
Elemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdfElemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdf
Elemen-KBAT-dalam-PENTAKSIRAN.pdf
 
CUP 3: Sains Sekolah Rendah
CUP 3: Sains Sekolah RendahCUP 3: Sains Sekolah Rendah
CUP 3: Sains Sekolah Rendah
 
CUP 3: Contoh pelaksanaan Matematik SR
CUP 3: Contoh pelaksanaan Matematik SRCUP 3: Contoh pelaksanaan Matematik SR
CUP 3: Contoh pelaksanaan Matematik SR
 
CUP Fasa 3: Contoh BM Sekolah Rendah
CUP Fasa 3: Contoh BM Sekolah RendahCUP Fasa 3: Contoh BM Sekolah Rendah
CUP Fasa 3: Contoh BM Sekolah Rendah
 
Kit Penerangan Catch-Up-Plan Fasa 3 - Program Berfokus
Kit Penerangan Catch-Up-Plan Fasa 3 - Program BerfokusKit Penerangan Catch-Up-Plan Fasa 3 - Program Berfokus
Kit Penerangan Catch-Up-Plan Fasa 3 - Program Berfokus
 
Kit Penerangan PAK2121
Kit Penerangan PAK2121Kit Penerangan PAK2121
Kit Penerangan PAK2121
 
SKPMg2 Standard 4.6
SKPMg2 Standard 4.6SKPMg2 Standard 4.6
SKPMg2 Standard 4.6
 
Slaid Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr
Slaid Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPrSlaid Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr
Slaid Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr
 
Surat siaran pemakluman berhubung manual pdpr versi 2
Surat siaran pemakluman  berhubung manual pdpr versi 2Surat siaran pemakluman  berhubung manual pdpr versi 2
Surat siaran pemakluman berhubung manual pdpr versi 2
 
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPr 2.0
 
Slaid manual PdPr 1.0
Slaid manual PdPr 1.0Slaid manual PdPr 1.0
Slaid manual PdPr 1.0
 
Manual PdPr 1.0
Manual PdPr 1.0Manual PdPr 1.0
Manual PdPr 1.0
 
Tips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesanTips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesan
 
8 Dokumen KBAT
8 Dokumen KBAT8 Dokumen KBAT
8 Dokumen KBAT
 
Canva 20 dec 2020
Canva 20 dec 2020Canva 20 dec 2020
Canva 20 dec 2020
 
Etika online
Etika onlineEtika online
Etika online
 
KIT PLC - Profesional Learning Community
KIT PLC - Profesional Learning CommunityKIT PLC - Profesional Learning Community
KIT PLC - Profesional Learning Community
 
Panduan penjaminan kualiti
Panduan penjaminan kualitiPanduan penjaminan kualiti
Panduan penjaminan kualiti
 
Bunting
BuntingBunting
Bunting
 
Poster
PosterPoster
Poster
 

Kürzlich hochgeladen

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 

Kürzlich hochgeladen (12)

Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 

Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1

  • 1. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 Ogos 2014 FLIPPED CLASSROOM DALAM KONTEKS MALAYSIA Azlina A.Rahman1 , Baharuddin Aris2 , Hasnah Mohamed3 , Norasykin Mohd Zaid4 dan Zaleha Abdullah5 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia linskkb2012@gmail.com 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia bba@utm.my 3 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia hasnah-m@utm.my 4 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia norasykin@utm.my 5 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia zac@utm.my ABSTRAK Sistem pendidikan abad kini, iaitu pembelajaran abad ke-21 menuntut kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Namun demikian kajian-kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih menggunakan pendekatan konvensional. Kaedah konvensional dilihat menyebabkan penglibatan pelajar yang kurang dalam aktiviti pembelajaran. Justeru pelajar akan berhadapan dengan kesukaran membina pengetahuan sendiri kerana ia menjurus kepada pembelajaran kurang aktif. Maka perlu ada satu kaedah pengajaran yang berupaya mengatasi permasalahan tersebut selain menepati pembelajaran terkini seperti kaedah flipped classroom. Kaedah flipped classroom merupakan salah satu pembelajaran berpusatkan pelajar yang menitikberatkan penglibatan pelajar secara aktif. Dalam konteks Malaysia, kajian berkenaan flipped classroom adalah sangat terhad terutamanya di peringkat sekolah memandangkan ia adalah antara kaedah pedagogi yang terkini. Kertas ini akan mengulas mengenai kajian-kajian lepas terhadap keberkesanan pelaksanaan kaedah flipped classroom. Kaedah flipped classroom memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk belajar secara kadar kendiri serta menggalakkan pembelajaran aktif. Kaedah flipped classroom juga menggunakan teknologi sebagai perantara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP). Analisa awal menunjukkan kaedah flipped classroom mempunyai kelebihan serta cabaran dalam pelaksanaannya namun ia berpotensi meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Kata kunci: Flipped Classroom, Pembelajaran aktif, Pembelajaran berpusatkan pelajar, Teknologi dalam PdP. 1. PENDAHULUAN Menurut Mohd Zin et al. (2012), kaedah pengajaran yang menepati kualiti pembelajaran pelajar mampu memenuhi matlamat dan halatuju negara. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran kerana guru berperanan sebagai agen perubahan dalam menyampaikan maklumat. Flipped classroom (Baker, 2000) atau inverted classroom (Lage et al., 2000) merupakan salah satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar yang telah mula diperkenalkan pada tahun 2000. Kaedah flipped classroom membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif (Siegle, 2013a). Kaedah ini mula mendapat perhatian setelah dipopularkan oleh dua orang guru sekolah iaitu Bergmann dan Samms (2009) menerusi penggunaan video dan aktiviti pembelajaran dalam talian. Kelebihan kaedah flipped classroom ialah kaedah ini mempunyai dua fasa yang memberi ruang kepada pelajar belajar secara kadar kendiri dan belajar membina pengetahuan melalui pengalaman atau melalui bimbingan guru dan rakan (Lowell et al., 2013). Penggunaan teknologi dalam pelaksanaan kaedah flipped classroom bukan sahaja dapat membantu guru dalam pengajaran tetapi juga membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran yang sukar sekiranya diguna secara tepat dan bersistematik (Abu Bakar, 2013). Selain itu, kaedah flipped classroom
  • 2. dilihat mampu meningkatkan prestasi pencapaian pelajar, meningkatkan komunikasi dan kerjasama berkumpulan (Herreid dan Schiller, 2013). Kaedah flipped classroom pada asalnya, mula dilaksanakan di peringkat universiti dalam bidang teknologi sebelum digunakan secara meluas di peringkat sekolah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Herreid dan A.Schiller, 2012; Hamdan et al., 2013). Ini bermaksud kaedah flipped classroom telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang pendidikan. Namun, persoalan yang perlu dirungkai adalah implikasi sebenar kaedah flipped classroom terhadap prestasi pelajar. Kesesuaian pelaksanaan kaedah flipped classroom juga perlu dikaji sama ada ia mampu diadaptasi dalam pelbagai bidang dan peringkat pendidikan. Kertas ini akan membincangkan secara ringkas kajian-kajian lepas berkaitan kaedah flipped classroom yang mengkaji pencapaian pelajar dalam pelbagai disiplin dan peringkat pendidikan. 2. SOROTAN KAJIAN LEPAS Secara umumnya, kajian-kajian mengenai kaedah flipped classroom memberi penumpuan terhadap pencapaian pelajar. Kertas ini akan membincangkan secara ringkas berkenaan kajian yang telah dijalankan mengikut dimensi dan disiplin yang berbeza. Jadual 1: Kajian-kajian berkaitan flipped classroom Penulis Peringkat pengajian Disiplin Dimensi Butt (2014) Universiti Sains Persepsi pelajar Flumerfelt dan Green (2013) Sekolah Matematik Sains Sains Sosial Bahasa Inggeris Pembangunan kurikulum Fulton (2012) Sekolah Matematik Kemahiran pelajar Pang dan Yap (2014) Universiti Kejuruteraan Pencapaian pelajar Lockwood et al. (2013) Universiti Matematik Teknologi Pencapaian pelajar Mason et al. (2013) Universiti Kejuruteraan Pencapaian pelajar Persepsi pelajar Kandungan mata pelajaran Siegle (2013) Sekolah Teknologi Pencapaian pelajar Strayer (2012) Universiti Matematik Pencapaian pelajar Persepsi pelajar Bergmann dan Sams (2009) Sekolah Sains Pencapaian pelajar Stone (2012) Universiti Sains Pencapaian pelajar Kehadiran pelajar Tingkah laku pelajar Berdasarkan jadual 1, kajian mengenai kaedah flipped classroom telah diaplikasikan di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kaedah flipped classroom mula mendapat tempat dalam institusi pendidikan dan mula dilaksanakan secara meluas di peringkat sekolah (Jiugen et al., 2014). Namun demikian kajian mengenai kaedah flipped classroom adalah sangat terhad di Malaysia (Mukherjee, 2013). Jadual 1 juga memperlihatkan pelaksanaan kaedah flipped classroom yang telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang yang berbeza mengikut peringkat pengajian masing-masing. Kajian yang telah dijalankan oleh Butt (2014) ke atas sekumpulan pelajar Universiti dalam bidang Sains mendapati bahawa kaedah flipped classroom yang telah diperkenalkan
  • 3. buat pertama kali telah mendapat reaksi yang positif di kalangan pelajar. Daripada maklumbalas yang diterima, sebanyak 70% pelajar menyatakan bahawa mereka mendapat manfaat dengan cara belajar menerusi aktiviti berkumpulan dan perbincangan yang terkandung dalam kaedah flipped classroom berbanding kaedah konvensional. Kaedah konvensional dalam kajian Butt (2014) adalah merujuk kepada pembelajaran sehala iaitu pelajar menerima maklumat secara pasif ketika sesi kuliah berlangsung. Berbeza pula pendekatan yang dibuat oleh Flumerfelt dan Green (2013) iaitu dari sudut perubahan kurikulum di sekolah. Bagi memastikan kurikulum sekolah bergerak selari dengan pembelajaran abad ke-21, kurikulum pendidikan memerlukan perubahan yang berani dan kajian terhadap PdP diperlukan secara berterusan. Flumerfelt dan Green (2013) melaksanakan kaedah flipped classroom sebagai perubahan pedagogi yang perlu disuntik ke dalam kurikulum sekolah. Dapatan kajian Flumerfelt dan Green (2013) menunjukkan berlaku peningkatan peratusan dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Sains Sosial setelah melaksanakan kaedah flipped classroom. Penggunaan teknologi dalam PdP memberi impak yang positif terhadap sistem pendidikan. Penggunaan teknologi secara tepat dan bersistematik bukan sahaja dapat membantu guru dalam pengajaran tetapi juga membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran yang sukar (Abu Bakar, 2013). Fulton (2012) membuat kajian di salah sebuah sekolah di Amerika Syarikat iaitu Bryon School yang telah mengalami masalah kewangan yang serius hingga menyebabkan pihak sekolah terpaksa membuat perubahan secara drastik terhadap kurikulum pendidikan sekolah tersebut. Akibat tidak dapat menanggung kos pembelian buku teks, Bryon School telah melaksanakan kaedah flipped classroom sebagai alternatif bagi menggantikan kaedah konvensional. Selaras dengan konsep kaedah flipped classroom, Bryon School menggunakan teknologi untuk menggantikan buku teks biasa kepada buku teks digital. Bahan rujukan kemudiannya dikongsi melalui capaian internet dan digunakan sebagaimana yang disaran dalam kaedah flipped classroom. Mata pelajaran matematik dijadikan mata pelajaran perintis dalam pelaksanaan kaedah flipped classroom tersebut. Kejayaan menyebelahi sekolah ini hingga menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan sehinggalah pada tahun 2011, Bryon School telah dianugerahkan School of Distinction for Mathematics oleh Syarikat Intel. Hasilnya, kaedah flipped classroom telah mula dilaksanakan secara meluas oleh sekolah-sekolah yang lain dan Bryon School dijadikan idola dan rujukan bagi sekolah lain yang berminat untuk mendalami kaedah flipped classroom. Pelaksanaan kaedah pedagogi yang baru seperti kaedah flipped classroom memerlukan panduan ringkas terhadap prosedur pelaksanaannya kepada pelajar. Ini adalah kerana kaedah ini sangat berbeza berbanding kaedah konvensional sedia ada dan maklumat yang diberikan sebelum pelaksanaan membantu pelajar bersedia untuk menerima sesuatu yang baru. Kajian seterusnya iaitu Pang dan Yap (2014) di Singapura memberi tumpuan kepada hasil pembelajaran menggunakan kaedah flipped classroom dengan menerangkan terlebih dahulu prosedur pelaksanaan kaedah flipped classroom sebelum sesi pengajian bermula. Pang dan Yap (2014) mendapati kaedah flipped classroom mendapat sambutan positif dari pelajar dan hasil pembelajaran tercapai seperti yang diharapkan. Jika pengkaji-pengkaji sebelum ini, menjalankan kajian terhadap pencapaian pelajar melalui keberkesanan kaedah flipped classroom, berbeza dengan Lockwood et al. (2013) yang menggabungkan kaedah flipped classroom dengan salah satu kaedah pedagogi yang lain iaitu pembelajaran berasaskan penyiasatan (inquiry base learning). Kaedah pembelajaran berasaskan siasatan dilaksanakan bagi memastikan pelajar mempunyai lebih banyak peluang menjalani aktiviti secara berkumpulan dan hands-on. Impak yang berkesan daripada kajian tersebut menyebabkan Lockwood et al. (2013) berusaha membangunkan sendiri buku digital dan meluaskan pelaksanaan kaedah flipped classroom terhadap disiplin yang lain.
  • 4. Kaedah flipped classroom yang telah dikaji secara meluas menyebabkan Mason et al. (2013) mengambil pendekatan membesarkan lagi skop dimensi kepada 3 bidang iaitu isi kandungan, pencapaian pelajar dan persepsi pelajar. Seperti pengkaji-pengkaji yang lepas, kaedah flipped classroom memberikan kesan yang positif berbanding kaedah pengajaran konvensional. Lebih banyak isi kandungan dalam mata pelajaran dapat dikuasai pelajar. Pelajar yang diajar menggunakan kaedah flipped classroom juga didapati mampu menyelesaikan lebih banyak soalan-soalan aras tinggi berbanding pelajar dari kelas konvensional. Kaedah flipped classroom adalah kaedah yang fleksibel yang boleh diguna dalam pelbagai disiplin dan peringkat pendidikan. Di peringkat sekolah, kaedah ini tidak terhad kepada pelajar biasa. Siegle (2013b) membuktikan bahawa kaedah flipped classroom sesuai dilaksanakan terhadap pelajar yang istimewa dan juga terhadap pelajar yang berbakat. Bagi pelajar yang bermasalah dalam pendidikan, kaedah flipped classroom membantu meningkatkan motivasi dan minat pelajar dan bertindak sebagai proses pemulihan. Sebaliknya, bagi pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi pula, kaedah flipped classroom bertindak sebagai proses pengayaan (Siegle, 2013b). Kepesatan penggunaan teknologi dalam PdP memberi impak terhadap kaedah pengajaran abad masa kini. Antara teknologi yang digunakan dalam kaedah flipped classroom ialah penggunaan video, audio, perisian multimedia dan sistem pembelajaran pintar. Sistem pembelajaran pintar dalam talian adalah antara sistem yang digunakan oleh Strayer (2012) dalam pelaksanaan kaedah flipped classroom. Strayer (2012) menekankan pembelajaran interaktif seperti pembelajaran dalam talian adalah perlu dilaksanakan bersama bagi memastikan objektif flipped classroom tercapai. Pendapat Strayer (2012) bertentangan dengan Jiugen et al. (2014) yang menyatakan kaedah flipped classroom tidak bergantung kepada pembelajaran dalam talian sahaja tetapi boleh menggunakan apa jua jenis bahan selagi ia memberi manfaat kepada pelajar. Walau bagaimanapun, dari sudut lain, percanggahan pendapat ini memberi peluang kepada pengkaji-pengkaji lain meluaskan skop kajian berkaitan kaedah flipped classroom dari pelbagai dimensi. Kaedah flipped classroom mula mendapat perhatian apabila Bergmann dan Sams (2009) menggunakan teknologi Vodcast dalam pelaksanaan kaedah flipped classroom. Kemudian, teknologi seperti video dan aktiviti dalam talian percuma terutama yang dihasilkan oleh Khan Academy digunapakai secara meluas. Tidak seperti pengkaji-pengkaji yang lepas, Bergmann dan Sams (2009) lebih menitikberatkan aktiviti di dalam kelas. Aktiviti di dalam kelas diperuntukkan hanya untuk aktiviti makmal, demonstrasi, kerja berkumpulan dan bimbingan yang lebih khusus. Melalui Bergmann dan Sams (2009), populariti kaedah flipped classroom mula terserlah dan memberi inspirasi kepada institusi pendidikan terutamanya di peringkat sekolah. Berasaskan inspirasi daripada kajian Bergmann dan Sams (2009), Stone (2012) mengukur keberkesanan kaedah flipped classroom dari sudut pencapaian pelajar, purata kehadiran dan tingkah laku pelajar. Stone (2012) melaksanakan kaedah flipped classroom terhadap mata pelajaran Sains. Meskipun dapatan yang diperolehi memberikan impak yang positif namun Stone (2012) berpendapat, kelebihan kaedah flipped classroom yang ketara adalah kerana kaedah ini menyediakan ruang dan masa yang lebih berkualiti antara guru dan pelajar. Interaksi antara pelajar dan guru adalah kunci kepada pembelajaran aktif dan bermakna.
  • 5. 3. KESIMPULAN Daripada kesemua dapatan kajian yang dinyatakan di dalam jadual 1, dapat dirumuskan bahawa kaedah flipped classroom memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar. Kaedah flipped classroom dilihat sesuai diintegrasikan dalam pelbagai disiplin seperti Matematik, Sains, Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial. Selain itu, kaedah flipped classroom juga sesuai diaplikasikan pada peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, daripada kesemua 10 kajian, hanya 1 kajian oleh Lockwood et al. (2013) yang memberi penekanan terhadap aktiviti di dalam kelas. Disebabkan kajian flipped classroom masih terhad, kebanyakan pengkaji memberi penumpuan terhadap keberkesanan pelaksanaan kaedah flipped classroom. Kajian kaedah flipped classroom yang memberi penumpuan terhadap aktiviti di dalam kelas adalah sangat terhad dan perlu diteroka (Flumerfelt dan Green, 2013; Lowell et al., 2013; Butt, 2014). Kajian berkaitan kaedah flipped classroom di peringkat sekolah menengah di Malaysia adalah sangat perlu memandangkan pelaksanaan kaedah flipped classroom memberi implikasi yang sangat besar terhadap kurikulum pendidikan. Penggunaan teknologi dalam kaedah flipped classroom juga adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia agar memanfaatkan bidang teknologi maklumat dalam PdP. Justeru itu kaedah pengajaran konvensional sedia ada perlu mengalami transformasi bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu bergerak seiring pembelajaran abad kini. Oleh itu kaedah flipped classroom adalah antara kaedah yang dilihat berpotensi merealisasikan hasrat tersebut.
  • 6. RUJUKAN Abu Bakar (2013). Kurikulum Kearah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif. Juku Juku, 10–18. Baker, W. (2000). The “Classroom Flip”: Using Web Course Management Tools Too Become The Guide By The Side. Bergmann, J., dan Sams, A. (2009). Remixing chemistry class: Two Colorado teachers make vodcast of their lectures to free up class time for hands-on activities. Learning and Leading with Technology, (December 2008), 22–27. Butt, A. (2014). Students Views On the Use Of a Flipped classroom Approach: Evidence from Australia, 6(1), 33–44. Flumerfelt, S., dan Green, G. (2013). Using Lean in the Flipped Classroom for At Risk Students, 16, 356–366. Fulton, K. P. (2012). 10 reasons to flip. The Phi Delta Kappan of Journal Storage (JSTOR), 94(2), 20–24. Hamdan, N., Mcknight, P., George, P. D., Lee, R., dan Washington, C. (2013). The flipped learning model: A white paper based on the literature review titled A Review of Flipped Learning. Herreid, C. F., dan A.Schiller, N. (2012). Case Studies and the Flipped Classroom. Herreid, C. F., dan Schiller, N. A. (2013). Case Studies and the Flipped Classroom. Journal of College Science Teaching, 42(5), 62–66. Jiugen, Y., Ruonan, X., dan Wenting, Z. (2014). Essence of Flipped Classroom Teaching Model and Influence on Traditional Teaching. IEEE, 362–365. Lage, M. J., Platt, G. J., Treglia, M., dan Lage, J. (2000). Inverting the Classroom : A Gateway to Creating an Inclusive Learning Environment, 31(1), 30–43. Lockwood, K., Bay, C. S. U. M., dan Esselstein, R. (2013). The Inverted Classroom and the CS Curriculum, 113–118. Lowell, J., Utah, B., Verleger, M. A., dan Beach, D. (2013). The Flipped Classroom : A Survey of the Research. Mason, G. S., Shuman, T. R., dan Cook, K. E. (2013). Comparing the Effectiveness of an Inverted Classroom to a Traditional Classroom in an Upper-Division Engineering Course. IEEE Transactions on Education, 56(4), 430–435. doi:10.1109/TE.2013.2249066 Mohd Nor dan Rashita. (2011). Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi, 2, 1–17.
  • 7. Mukherjee, T. C. (2013). Exploring the relationship between Learner ’ s a ttributes and Flipped classroom success in the Malaysian context. Pang, N. K., dan Yap, K. T. (2014). The Flipped Classroom Experience. IEEE, 39–43. Siegle, D. (2013a). Differentiating Instruction by Flipping the Classroom, 37(1), 51–56. doi:10.1177/1076217513497579. Siegle, D. (2013b). Technology: Differentiating Instruction by Flipping the Classroom. Gifted Child Today, 37(1), 51–55. doi:10.1177/1076217513497579 Stone, B. B. (2012). Flip Your Classroom to Increase Active Learning and Student Engagement, 1–5. Strayer, J. F. (2012). How learning in an inverted classroom influences cooperation, innovation and task orientation. Learning Environments Research, 15(2), 171–193. doi:10.1007/s10984-012-9108-4 Zulkefli dan Fatin. (2013). Amalan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan Guru Fizik Tingkatan Enam, (Isqae), 21–33.