SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
1
Gaya Pembelajaran Pelajar Etnik Penan di IPG Kampus Sarawak,
Miri, Malaysia
Mohamad Zailani Jayaa, Ainah Julheeb, Ling Snelus Angkingc ,
Habibah Mohd Samind
a,b,c Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak,
Malaysia
d Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak, Malaysia
Abstrak
Kajian ini mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik dalam kalangan pelajar tahun tiga Etnik Penan yang mengikuti Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri.
Responden kajian ini adalah seramai 37 orang yang terdiri daripada lapan orang
lelaki dan 29 orang perempuan daripada pelbagai pengkhususan. Kajian ini berbentuk
deskriptif menggunakan instrumen soal selidik dengan skala empat mata bagi
mengukur lima rangsangan gaya pembelajaran (Persekitaran, Emosi, Sosiologi,
Fizikal dan Psikologi) oleh Dunn dan Dunn (1978). Nilai pekali Alpha
Cronbach untuk kajian ini ialah 0.847. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya
pembelajaran keseluruhan bagi responden berada pada tahap yang sederhana
(M=2.89, SP=0.17). Dua gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan
oleh responden ialah gaya pembelajaran rangsangan sosiologi (M=3.09, SP=0.25) dan
rangsangan emosi (M=3.03, SP=0.22), diikuti oleh rangsangan psikologi (M=2.91,
SP=0.34), rangsangan fizikal (M=2.83, SP=0.34) dan yang terakhir rangsangan
persekitaran (M=2.60, SP =0.24). Analisis korelasi Spearman rho menunjukkan tidak
terdapat korelasi yang siginifikan pada aras 0.05 bagi semua rangsangan gaya
pembelajaran yang dikaji bagi pelajar Etnik Penan. Ini menunjukkan tidak terdapat
rangsangan gaya pembelajaran yang kursus yang dapat mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar Etnik Penan. Kepelbagaian gaya pembelajaran memberi kesan
yang berbeza terhadap tabiat dan kesungguhan pembelajaran akademik pelajar.
Keywords: Gaya pembelajaran, pencapaian akademik, rangsangan sosiologi,
rangsangan emosi, rangsangan psikologi, Model Dunn dan Dunn, pelajar Etnik Penan
2
Latar Belakang
Keefe (1979) menegaskan bahawa keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dipertingkatkan jika guru memahami gaya pembelajaran
pelajarnya. Gaya pembelajaran pelajar pada peringkat kanak-kanak dan remaja lebih
kepada cara pedagogi manakala orang dewasa secara andragogi (Knowles 1980).
Persekitaran pembelajaran yang efektif untuk orang dewasa adalah dalam keadaan
mereka merasakan perlu untuk belajar, persekitaran pembelajaran yang selamat untuk
berfikir dan bergaul, mempunyai matlamat pembelajaran, terlibat dengan aktif dalam
proses pengajaran, pembelajaran yang membina, berguna dengan pengalaman,
melihat akan kemajuan pembelajaran dan pembelajaran terlibat secara komunukasi
dua hala (Malouf 1994).
Reiff (1992) menyatakan bahawa memahami gaya pembelajaran seseorang
pelajar dengan cara yang terbaik akan membantu mengurangkan kekecewaan guru
dan pelajar. Dalam memahami sifat pelajar, gaya pembelajaran menjadi indikator
bagaimana cara seseorang pelajar belajar dan cara belajar yang digemarinya. Kajian di
peringkat kolej dan universiti di luar negeri menunjukkan kesan pembelajaran yang
baik apabila strategi dan aktiviti pengajaran bersesuaian dengan gaya pembelajaran
pelajar (Dunn & Dunn 1985; Keefe 1987; Krimsky 1982). Kajian pada peringkat
tempatan telah dijalankan (Zalizan et al. 1998; Wan Zakri 2000; Ch’ng 2000;
Lourdusamy 1994; Abdul Razak 1999; Badariah 1997; Maktab Perguruan Seri Kota
1996) namun kajian dalam bidang ini di peringkat pendidikan guru masih lagi kurang.
Oleh itu, program penyediaan bakal-bakal guru di Institut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak yang sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada golongan
pelajar awal dewasa dan daripada etnik yang pelbagai perlu dikenal pasti aspek-aspek
gaya pembelajaran yang sesuai untuk mereka bagi meningkatkan pencapaian
akademik. Untuk kajian ini difokuskan kepada etnik Penan sahaja.
Pernyataan Masalah
Prestasi akademik guru pelatih daripada pelbagai etnik yang berbeza di IPG
Kampus Sarawak perlu dikenal pasti agar pemindahan pembelajaran di dalam bilik
kuliah menjadi lebih efektif. Bagi pelajar etnik Penan, kemasukan mereka ke IPGK
Sarawak adalah mengikut saluran biasa seperti pelajar-pelajar lain namun, keputusan
ujian SPM mereka tidaklah sebaik pelajar yang lain. Oleh itu, situasi ini perlu diambil
perhatian untuk mengenal pasti aspek gaya pembelajaran yang sesuai untuk pelajar
etnik Penan ini supaya dapat dipadankan dengan gaya pengajaran oleh pensyarah
3
yang mengajar mereka di dalam bilik kuliah.
Pengkaji berhasrat untuk mengetahui secara mendalam tentang gaya
pembelajaran pelajar etnik Penan ini dengan menggunakan soal selidik yang telah
dibangunkan oleh Bahrin et. al. (2007). Kajian yang dijalankan adalah bagi
menjawab persoalan yang berikut iaitu apakah gaya pembelajaran yang diamalkan
oleh para pelajar etnik Penan? Apakah gaya pembelajaran yang dominan dalam
kalangan pelajar Etnik Penan? Adakah terdapat korelasi antara gaya pembelajaran
dalam kalangan pelajar etnik Penan dengan pencapaian akademik? Oleh itu, kajian
saintifik perlu dijalankan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang manakah
paling sesuai dengan pelajar etnik Penan supaya pembelajaran menjadi lebih efektif.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
(a) Mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar etnik
Penan
(b) Melihat gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar etnik Penan.
(c) Meninjau korelasi antara gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar etnik
Penan dengan pencapaian akademik.
Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
(a) Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar etnik Penan?
(b) Apakah gaya pembelajaran dominan dalam kalangan pelajar etnik Penan?
(c) Adakah terdapat korelasi antara gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar
etnik Penan dengan pencapaian akademik?
Sorotan Literatur
Kajian-kajian yang menggunakan model Dunn dan Dunn (1978) telah
dijalankan oleh beberapa penyelidik. Terdapat berbagai-bagai dapatan tentang gaya
pembelajaran dalam kalangan penyelidik dan masing-masing mengkaji serta
melihatnya daripada pelbagai bidang dan pendekatan. Kajian pada peringkat tempatan
telah dijalankan oleh beberapa pengkaji antaranya Nur Sofurah Mohd Faiz, Maziana
Mohamed dan Rosfaszlizah Zahit, 2008; Baharin Abu et al., 2007; Azizi Yahaya,
Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli dan Ahmad Johari Sihes, 2006; Kartini Abdul
4
Mutalib dan Ahamad Shabudin Yahaya, 2013; Low Xin Xin, 2003; Yee Mei Heong,
2002; Marazlina Mansor, 2004, Zalizan et al. 1998; Wan Zakri 2000; Ch’ng 2000;
Lourdusamy 1994; Abdul Razak 1999; Badariah 1997; Maktab Perguruan Seri Kota
1996). Selain itu, terdapat juga beberapa penyelidik yang mengkaji hubungan antara
pencapaian akademik dengan gaya pembelajaran. Antaranya ialah Alireza Jilardi
Damavandi, Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Shafee Mohd Daud, & Jafar Shabani
(2011); Mohd Nihra Haruzuan Mohd Said dan Chang Guek Ngo (2011); Terragrossa,
R. A., F. Englander, & Z. Wang. (2009); Terragrossa et al. (2009); Yufiza Yusof
(2004); Baharin Abu et al. (2007); Juliawati Ibrahim (2006); dan Ong Sze Chong
(2008); dan Yildirim, Acarb, Bulk dan Sevinc (2008). Walau bagaimanapun, kajian di
peringkat institut pendidikan guru di Malaysia masih belum meluas.
Penelitian kajian-kajian lepas, jelas membuktikan bahawa pelajar yang
berjaya, belajar dengan lebih berkesan serta berupaya pula mengekalkan perkara yang
dipelajari dalam ingatan mereka dengan lebih lama lagi sekiranya pelajar diajar
berlandaskan kekuatan pengamatan dan persekitaran pengajaran yang mengambil kira
cara-cara atau gaya pelajar belajar. Oleh itu, guru atau pensyarah perlu mengenal
pasti gaya pembelajaran supaya pelajar mampu melihat ruang bagi mereka untuk
memajukan diri. Kegagalan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran ini akan
memberi impak ke atas keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kerana
pelajar tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan atau gaya
pengajaran yang bercanggah dengan gaya mereka (Sims and Sims, 2006).
Metadologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan dalam kajian ini
menggunakan instrumen soal selidik skala empat poin dan fokus utama kajian adalah
untuk meninjau hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik.
Untuk memperoleh data kuantitatif, pengkaji telah mengubah suai instrumen kajian
berdasarkan alat kajian yang telah digunakan oleh Baharin et. al (2007) yang berskala
4 poin iaitu (STS), (TS), (S) dan (ST) bagi memenuhi kehendak kajian.
Bagi menguji tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman dan keseragaman
item soal selidik, kajian rintis ini telah diuji dengan menggunakan formula pekali alfa
Cronbach (Cronbach 1951). Nilai Cronbach alfa ialah 0.847 yang diperoleh daripada
ujian rintis menunjukkan bahawa item-item dalam soal selidik ini lebih homogenous
dan ini bermakna soal selidik ini mengukur satu konsep atau satu tret psikologi
dengan baik (Alias 1999).
5
Bilangan responden dalam kajian ini ialah 37 orang terdiri daripada 8 orang
lelaki dan 29 orang wanita daripada kalangan kumpulan etnik Penan Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) seramai 15 orang dan Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 2 seramai 22 orang.
Data-data kuantitatif daripada soal selidik kajian ini dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS-PC for
Windows-Version 10.0) untuk memperoleh statistik deskriptif seperti kekerapan,
peratus, min dan sisihan piawai manakala korelasi bagi statistik inferensi.
Dapatan Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada 37 orang guru pelatih etnik Etnik Penan
yang terdapat di IPG Kampus Sarawak. Profil responden dalam kajian ini adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1
Jadual 1:
Profil Responden
Profil Kekerapan Peratus
Jantina Lelaki 8 49.6
Perempuan 29 50.4
Kumpulan PPISMP 15 30.2
PISMP Sem 2 22 31.0
Tempat Tinggal Asal Baram 32 23.0
Luar Baram 5 10.3
(a) Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar Etnik Penan?
Jadual 2:
Min Tahap Gaya Pembelajaran Keseluruhan
Tahap gaya pembelajaran Min(M) Sisihan
Piawai
(SP)
Skor
minimum
Skor
maksimun
Rendah (1.00-1.99)
Sederhana (2.00 – 2.99)
Tinggi (3.00-4.00) 3.23
2.89 0.16 2.54
6
Jadual 2 menunjukkan tahap gaya pembelajaran keseluruhan yang diamalkan
oleh pelajar Etnik Penan. Keputusan menunjukkan bahawa gaya pembelajaran
keseluruhan pelajar berada pada tahap sederhana (M = 2.89, s.p=0.16). Skor
minimum ialah 2.54 dan skor maksimum ialah 3.23
(b) Gaya pembelajaran dominan dalam kalangan pelajar Etnik Penan?
JADUAL 3:
Pola gaya pembelajaran dominan
Gaya
pembelajaran
Tahap Min Sisihan
Piawai
Skor
minimum
Skor
maksimun
Persekitaran Rendah (1.00-1.99)
Sederhana (2.00 – 2.99) 2.60 0.24 2.11
Tinggi (3.00-4.00) 3.00
Emosi Rendah (1.00-1.99)
Sederhana (2.00 – 2.99) 0.22 2.57
Tinggi (3.00-4.00) 3.03 3.43
Sosiologi Rendah (1.00-1.99)
Sederhana (2.00 – 2.99) 0.25 2.70
Tinggi (3.00-4.00) 3.09 3.70
Fizikal Rendah (1.00-1.99) 1.89
Sederhana (2.00 – 2.99) 2.83 0.34
Tinggi (3.00-4.00) 3.44
Psikologi Rendah (1.00-1.99)
Sederhana (2.00 – 2.99) 2.90 0.34 2.13
Tinggi (3.00-4.00) 3.75
Jadual 3 menunjukkan gaya pembelajaran bagi pelajar etnik Etnik Penan.
Keputusan menunjukkan bahawa terdapat dua gaya pembelajaran yang paling
dominan yang diamalkan oleh responden. Gaya pembelajaran tersebut ialah gaya
pembelajaran rangsangan sosiologi (M = 3.09, s.p= 0.25) dan gaya pembelajaran
rangsangan emosi (M= 3.03, s.p= 0.22). Kedua-dua min gaya pemeblajaran tersebut
berada pada tahap yang tinggi iaitu di antara skor min 3.00 hingga 4.00, diikuti oleh
rangsangan psikologi (M=2.9, s.p=0.34), rangsangan fizikal (M=2.83, s.p=0.34) dan
rangsangan persekitaran (M=2.60, s.p=0.24).
7
(i) Min Item Gaya Pembelajaran Rangsangan Sosiologi
Jadual 4:
Min item Gaya Pembelajaran Rangsangan Sosiologi
Bil Rangsangan Sosiologi Min Tahap
B24. Saya selalu memberikan kerjasama kepada pelajar lain untuk
menyiapkan kerja yang diberikan 3.16 Tinggi
B25. Saya akan mendapatkan pertolongan rakan apabila saya
menghadapi masalah pembelajaran 3.30
Tinggi
B26. Saya suka mendapatkan pandangan orang dewasa berhubung
dengan tugasan saya. 3.32
Tinggi
B27. Saya suka melakukan kerja dengan cara sendiri.
3.05
Tinggi
B28. Saya suka belajar secara bersendirian.
3.03
Tinggi
B29. Saya suka belajar dengan seorang atau dua orang rakan.
2.92
Sederhana
B30. Saya suka belajar secara berkumpulan bersama ramai rakan
sebaya.
2.78
Sederhana
B31. Saya suka ditemani oleh orang dewasa semasa belajar. 2.49 Sederhana
B32. Kadangkala saya suka bersendirian semasa belajar
3.59 Tinggi
B33 Kadangkala saya suka belajar bersama-sama kawan saya.
3.24 Tinggi
Jumlah Purata Min skor 3.09 Tinggi
Jadual 4 menunjukkan skor min rangsangan gaya pembelajaran sosiologi.
Pada keseluruhanya skor min bagi gaya pembelajaran sosiologi berada antara min
skor 2.49 dan min skor 3.59. Min skor purata bagi rangsangan gaya pembelajaran
sosiologi ialah 3.09 (s.p = 0.25). Nilai min skor yang tinggi melebihi min skor 3.0
menunjukkan bahawa pelajar mementingkan gaya pembelajaran berasaskan sosiologi.
Item-item yang mempengaruhi rangsangan gaya pembelajaran sosiologi ialah B24,
B25, B25, B27, B28, B32 dan B33. Item min skor tertinggi ialah item B32
(Kadangkala saya suka bersendirian semasa belajar). Item min skor terendah ialah
item B31(Saya suka ditemani oleh orang dewasa semasa belajar).
Item-item yang memperoleh min skor yang tinggi ini menunjukkan bahawa
pelajar etnik Penan suka belajar secara bersendirian, suka mendapatkan pandangan
orang dewasa berhubung dengan tugasan, mendapatkan pertolongan rakan apabila
menghadapi masalah pembelajaran, suka belajar dengan kawan-kawan dan
memberikan kerjasama kepada pelajar lain untuk menyiapkan kerja yang diberi.
8
(ii) Min Item Gaya Pembelajaran Rangsangan Emosi
Jadual 5:
Min item Gaya Pembelajaran Rangsangan Emosi
Bil Rangsangan Emosi Min Tahap
B10 Saya mahu mendapatkan gred yang baik. 3.89 Tinggi
B11 Maklum balas dan teguran daripada ibu bapa dapat mendorong
saya dalam proses pembelajaran
3.84 Tinggi
B12 Maklum balas dan teguran daripada pensyarah dapat mendorong
saya dalam proses pembelajaran.
3.68 Tinggi
B13 Saya berasa gembira apabila mendapat markah atau gred yang
baik di IPG
3.73 Tinggi
B14 Tiada orang yang mengambil berat tentang pencapaian saya. 1.73 Rendah
B15 Saya dapat menghasilkan kerja yang terbaik dalam masa yang
singkat
2.22 sederhana
B16 Apabila saya belajar, saya akan menumpukan perhatian sehingga
saya dapat menyiapkan kerja
3.22 Tinggi
B17 Saya suka mempelajari sesuatu yang baharu 3.49 Tinggi
B18 Saya berasa sukar untuk menyelesaikan semua kerja saya 2.51 sederhana
B19 Saya mudah bosan dalam melakukan sesuatu perkara yang
menyebabkan saya ingin membuat sesuatu yang baharu.
2.65 sederhana
B20 Saya akan menyelesaikan kerja yang saya mulakan 3.19 Tinggi
B21 Saya menghabiskan kerja rumah saya tepat pada masanya. 2.76 sederhana
B22 Saya melakukan sesuatu perkara yang telah saya janjikan 3.11 Tinggi
B23 Saya selalu lupa untuk membuat atau menghabiskan kerja rumah
saya
2.38 sederhana
Jumlah Purata Min 3.03 Tinggi
Jadual 5 menunjukkan skor min rangsangan gaya pembelajaran emosi. Pada
keseluruhanya skor min bagi gaya pembelajaran emosi berada antara min skor 1.73
dan min skor 3.89. Min skor purata bagi rangsangan gaya pembelajaran emosi ialah
3.03 (s.p = 0.22). Nilai min skor yang tinggi melebihi min skor 3.0 menunjukkan
bahawa pelajar mementingkan gaya pembelajaran berasaskan emosi. Item-item yang
mempengaruhi rangsangan gaya pembelajaran emosi ialah B10, B11, B12, B13, B16,
B17, B20, dan B22. Item min skor tertinggi ialah item B10 (Saya mahu mendapatkan
gred yang baik). Item min skor terendah ialah item B14 (Tiada orang yang mengambil
9
berat tentang pencapaian saya.).
Item-item yang menunjukkan min skor yang tinggi menunjukkan bahawa
pelajar Etnik Penan mahu mendapatkan gred yang baik. Di samping itu maklum balas
dan teguran daripada ibu bapa dapat mendorong mereka dalam proses pembelajaran
dan berasa gembira apabila mendapat markah atau gred yang baik di IPG.
Maklum balas dan teguran daripada pensyarah dapat mendorong mereka dalam
proses pembelajaran, mereka juga suka mempelajari sesuatu yang baharu, semasa
belajar mereka akan menumpukan perhatian sehingga dapat menyiapkan kerja.
Mereka akan menyelesaikan kerja yang diberi dan melakukan sesuatu perkara yang
telah janjikan
Korelasi antara gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar etnik Penan dengan
pencapaian akademik
JADUAL 6 :
Korelasi antara gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Etnik Penan
dengan pencapaian akademik.
Gaya Pembelajaran Punca variasi PMGT
Persekitaran Korelasi Spearmans rho -0.304
Sig. (2-tailed) 0.067
N 37
Emosi Korelasi Spearmans rho 0.089
Sig. (2-tailed) 0.601
N 37
Sosiologi Korelasi Spearmans rho 0.300
Sig. (2-tailed) 0.071
N 37
Fizikal Korelasi Spearmans rho 0.102
Sig. (2-tailed) 0.550
N 37
Psikologi Korelasi Spearmans rho 0.227
Sig. (2-tailed) 0.177
N 37
Keseluruhan Korelasi Spearmans rho 0.210
Sig. (2-tailed) 0.212
N 37
*signifikan pada aras 0.05
10
Keputusan analisis korelasi Spearman rho menunjukkan tidak terdapat
korelasi yang siginifikan pada aras 0.05 bagi semua rangsangan gaya pembelajaran
yang dikaji bagi pelajar Etnik Penan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak
terdapat rangsangan gaya pembelajaran yang kursus yang dapat mempengaruhi gaya
pembelajaran pelajar Etnik Penan.
Perbincangan
Daripada kajian yang dijalankan, didapati tahap gaya pembelajaran
keseluruhan yang diamalkan guru pelatih Etnik Penan di IPG Kampus Sarawak
berada pada tahap yang sederhana (M=2.89, s.p= 0.17). Manakala gaya pembelajaran
yang paling dominan yang diamalkan oleh pelajar Etnik Penan ialah rangsangan gaya
pembelajaran sosiologi (M= 3.09, s.p= 0.25) dan rangsangan gaya pembelajaran
emosi (M=3.03, s.p=0.22). Kedua-dua min skor bagi gaya pembelajaran sosiologi dan
gaya pembelajaran emosi berada pada tahap yang tinggi iaitu di antara skor min 3.00
dan skor min 4.0. Rangsangan gaya pembelajaran psikologi (M=2.91), gaya
pembelajaran fizikal (M=2.83) dan gaya pembelajaran persekitaran (M=2.60) adalah
pada tahap sederhana sahaja. Kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian
Habibah Mohd Samin (2014), iaitu Habibah juga mendapati bahawa gaya
pembelajaran dominan respondennya ialah gaya pembelajaran rangsangan emosi
(M=3.03, SP=0.22) dan rangsangan sosiologi (M=3.09, SP=0.22), diikuti oleh
rangsangan psikologi (M=2.91, SP=0.34), rangsangan fizikal (M=2.83, SP=0.34) dan
rangsangan persekitaran (M=2.60, SP =0.24). Selain itu, Kajian Nur Sofurah Mohd
Faiz et al. (2008) juga menunjukkan keutamaan responden kajian mereka ialah gaya
pembelajaran emosi (M=3.91), gaya pembelajaran sosiologi (M=3.63), gaya
pembelajaran fizikal (M=3.61) dan gaya pembelajaran alam sekitar (3.53). Dapatan
kajian pengkaji juga menyamai kajian oleh Baharin Abu et al. (2007). Dapatan kajian
mereka juga menunjukkan bahawa rangsangan emosi (M=3.09, s.p= 0.63) merupakan
gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan pelajar tahun 2 Fakulti Ilmu
Pendidikan, UTM dan diikuti gaya pembelajaran psikologi, gaya pembelajaran fizikal,
persekitaran dan gaya pembelajaran sosiologi. Selain itu, Kartini Abdul Mutalib dan
Ahamad Shabudin Yahaya (2013) juga menunjukkan gaya pembelajaran dominan
pelajar PPG Sains ialah gaya pembelajaran emosi (M=3.41), gaya pembelajaran
sosiologi (M=2.69), gaya pembelajaran fizikal (M=2.75), gaya pembelajaran
psikologi (M=2.69) dan gaya pembelajaran persekitaran (M=2.51).
Kajian ini juga menunjukkan tidak wujudnya hubungan signifikan
rangsangan gaya pembelajaran terhadap pencapaian akademik pelajar. Hal ini
11
bermaksud bahawa tidak ada aspek gaya pembelajaran yang kursus yang boleh
dimanfaatkan untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar etnik Penan. Ini
menunjukkan rangsangan gaya pembelajaran mereka adalah pelbagai. Dapatan kajian
ini adalah berbeza dengan kajian Habibah Mohd Samin (2014) yang mendapati
bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan terhadap gaya pembelajaran sosiologi
(r=0.669*, p<0.01) dalam kalangan pelajar PISMP Tahun 3 di Institut Pendidikan
Kampus Ipoh, Perak. Nik Mohd Rahimi et al. (2000) mendapati semua gaya
pembelajaran yang dikaji iaitu gaya hafalan, perbincangan, latihan dan motivasi
digemari oleh responden. Mohamad Zailani Jaya (2001) juga mendapati bahawa
guru pelatih kaum Orang Ulu lebih berkeyakinan, berani memberi pendapat, berani
menanggung risiko walaupun pendapat atau idea mereka mungkin ditolak oleh
pensyarah atau rakan lain. Oleh itu, memadankan gaya pembelajaran pelajar dengan
cara pengajaran dalam kelas adalah perlu diambil kira untuk mempertingkatkan
pencapaian akademik pelajar.
Kesimpulan
Konsep pembelajaran tidak harus dianggap sama dan serupa dalam semua
budaya, bangsa dan agama (Wan Zah 2000). Griggs dan Dunn (1995) mendapati
bahawa nilai budaya sesuatu bangsa mungkin boleh memberi kesan kepada proses
pembelajaran. Latar belakang budaya sesuatu bangsa itu memberi kesan kepada
kecenderungan memilih sesuatu gaya pembelajaran kerana persekitaran
mempengaruhi tanggapan cara seseorang itu berfikir (Tamao-Katsuo 1987). Kesan
daripada latar belakang kaum, budaya, tempat tinggal asal, status sosioekonomi serta
suasana persekitaran yang berbeza telah mewujudkan corak kecenderungan gaya
pembelajaran yang berbeza dalam kalangan guru pelatih. Kajian yang dilakukan oleh
Keefe (1979) mendapati kecenderungan para pendidik untuk mengajar mengikut
kecenderungan pembelajaran mereka dan mengabaikan gaya pembelajaran pelajar
yang kadangkala tidak bersesuaian dengan strategi dan aktiviti yang dipilih
menyebabkan pengajaran tidak begitu berkesan kerana tidak berpadanan dengan
kecenderungan gaya pembelajaran pelajar.
Rujukan
Abdul Razak Ahmad. (1999). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
mata pelajaran Sejarah daripada segi jantina, etnik dan lokasi sekolah. Tesis
Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia.
Alias Baba. (1999). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi:
Penerbit UKM.
12
Badariah Mohd. Saad. (1997). Korelasi antara persekitaran pembelajaran dan
pendekatan pembelajaran dengan pencapaian ekonomi STPM. Tesis Sarjana
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Mansor dan Haliza Jaafar
(2007). Kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar
universiti di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai Johor. Tidak diterbitkan. Projek
Penyelidikan Pembiayaan RMC UTM
Ch’ng S.K. (2000). Perbezaan gaya pembelajaran dan hubungannya dengan
pencapaian sains. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Cronbach, L.J. (1951). Coefficient alpha and the internal structure of tests.
Psychology. 30. 116-127.
Dunn, R., & Dunn, K (1978). Teaching students throught their individual learning
styles: A practical approach. New Jersey; Pentice Hill.
Dunn, R., Dunn, K., & Price, G.E. (1985). Learning style inventory. Lawrence,
Kansas: Price Systems, Inc.
Griggs, S. & Dunn, R. (1995). Hispanic-American students and learning style.
Emergency Librarian. (23): 11-17
Habibah Mohd Samin (2014). Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik dalam kalangan pelajar PISMP Tahun 3 di Institut Pendidikan
Kampus Ipoh, Perak Malaysia. Seminar Internasional Pendidikan Serantau
ke-7 2014, Universitas Negeri Padang, Sumatera Barat, Indonesia.
Kartini Abdul Mutalib & Ahamad Shabudin Yahaya. (2013). Gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar dalam kalangan pelajar PPG Sains di sebuah Institut
Pendidikan Guru. Jurnal Teknokrat II, Jilid XV.
Keefe, J. W. (1979). Dlm J. W. Keefe (pnyt.). School application of the learning style
concept. Student learning style: diagnosing and prescribing programs. 21 (1):
22-25.
Keefe, J. W. (1987). Dlm J. W. Keefe (pnyt.). Learning style: theory & practice.
assessing student learning styles. 10 (2): 24-30.
Knowles, M.S. (1980). The Modern Practice of Adult Education : From Pedagogy to
Andragogy. New York: Cambridge Books.
Krimsky, J. (1982). Dlm J. W. Keefe (pnyt.). A comparative study of the effects of
matching and mismatching fourth grade students with their learning style
preferences for the environmental elements of light and their subsequent
reading speed and accuracy scores. Students learning style and brain behavior.
13
8-17
Lourdusamy, A. (1994). Perbezaan gaya kognitif individu dan implikasinya terhadap
pendidikan. Universiti Sains Malaysia.
Maktab Perguruan Seri Kota. (1996). Gaya pembelajaran guru pelatih Maktab
Perguruan Seri Kota. Jurnal Pendidikan Tigaenf 1999/2000. (2): 1-9.
Malouf, D. (1994). How to teach adults in a fun and exciting way. Chatswood, NSW:
Business & Professional Publishing
Mohamad Zailani Jaya (2001). Kecenderungan gaya pembelajaran guru pelatih tahun
2 Maktab-maktab Perguruan di Sarawak. Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Nur Sofurah Mohd Faiz, Maziana Mohamed dan Rosfaszlizah Zahit. (2008). Gaya
pembelajaran pelajar cemerlang, Johor: Penerbit Kolej Uniersiti TunHussein
Onn, Johor
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Kamarulzaman Abd. Ghani & Zamri Mahamod.
(2000). Kepelbagaian gaya pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi mengikut
jantina dan lokasi sekolah. Kepelbagaian Pelajar: Cabaran dan Strategi
Pengajaran. Bangi: Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 34-
55.
Reiff, J.C. (1992). Learning style: what researchers say to teachers. A National
Education Association Publication.
Tamao-Katsuo. (1987). Gender differences in learning styles of Cree, Dene and Metis
students. ED336229.
Wan Zah Wan Ali. (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Wan Zakri b. Wan Mohamad Nawi. (2000). Hubungan antara gaya pembelajaran
dengan pencapaian fizik pelajar matrikulasi kampus induk Bangi UKM.
Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zalizan Mohd Jelas, Ruhizan Mohd Yassin, Norlena Salamuddin, Mohd Jasmy Abd.
Rahman, Rosadah Abd. Majid & Ruslin Amir. (1998). Proses kognitif pelajar
cemerlang dan bukan cemerlang. Laporan Akhir Penyelidikan G 3/98. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
hidadaus
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Dyg Khairunnisa
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
Ummi Azilla
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
jejakakunak
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
روقيه عثمان
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
Loreta Long
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8
daripenacikgu
 

Was ist angesagt? (18)

Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
 
Isu n trens final
Isu n trens finalIsu n trens final
Isu n trens final
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1
 
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengahIsu pentaksiran matematik di sekolah menengah
Isu pentaksiran matematik di sekolah menengah
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8
 

Ähnlich wie Gaya pembelajaran pelajar etnik penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia

Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Ummi Azilla
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tengku Firdaus
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal
shila siti
 
Bab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahang
Bab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahangBab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahang
Bab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahang
Muzzamil Mnsor
 
Artikel seminar
Artikel seminarArtikel seminar
Artikel seminar
gieyahya
 

Ähnlich wie Gaya pembelajaran pelajar etnik penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia (20)

Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
slaid viva.pptx
slaid viva.pptxslaid viva.pptx
slaid viva.pptx
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Slideshow for issues on assessment
Slideshow for issues on assessmentSlideshow for issues on assessment
Slideshow for issues on assessment
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
Bab 5.1
Bab 5.1Bab 5.1
Bab 5.1
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal
 
Bab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahang
Bab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahangBab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahang
Bab 10 kepelbagaian pelajae dan skeolaj sau kajian kes di negeri pahang
 
Bab 3 terkini
Bab 3 terkiniBab 3 terkini
Bab 3 terkini
 
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di SekolahIsu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik Yang Dilaksanakan Di Sekolah
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 
Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.Pentaksiran matematik di sekolah.
Pentaksiran matematik di sekolah.
 
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)Trend issues   tugasan 1 (kumpulan)
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
A rtikel p&p sejarah
A rtikel p&p sejarahA rtikel p&p sejarah
A rtikel p&p sejarah
 
Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
 Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ... Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
Meningkatkan kosa kata, motivasi dan keyakinan dalam kalangan murid sekolah ...
 
Artikel seminar
Artikel seminarArtikel seminar
Artikel seminar
 

Kürzlich hochgeladen (7)

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 

Gaya pembelajaran pelajar etnik penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia

  • 1. 1 Gaya Pembelajaran Pelajar Etnik Penan di IPG Kampus Sarawak, Miri, Malaysia Mohamad Zailani Jayaa, Ainah Julheeb, Ling Snelus Angkingc , Habibah Mohd Samind a,b,c Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak, Malaysia d Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak, Malaysia Abstrak Kajian ini mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar tahun tiga Etnik Penan yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri. Responden kajian ini adalah seramai 37 orang yang terdiri daripada lapan orang lelaki dan 29 orang perempuan daripada pelbagai pengkhususan. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan instrumen soal selidik dengan skala empat mata bagi mengukur lima rangsangan gaya pembelajaran (Persekitaran, Emosi, Sosiologi, Fizikal dan Psikologi) oleh Dunn dan Dunn (1978). Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.847. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran keseluruhan bagi responden berada pada tahap yang sederhana (M=2.89, SP=0.17). Dua gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh responden ialah gaya pembelajaran rangsangan sosiologi (M=3.09, SP=0.25) dan rangsangan emosi (M=3.03, SP=0.22), diikuti oleh rangsangan psikologi (M=2.91, SP=0.34), rangsangan fizikal (M=2.83, SP=0.34) dan yang terakhir rangsangan persekitaran (M=2.60, SP =0.24). Analisis korelasi Spearman rho menunjukkan tidak terdapat korelasi yang siginifikan pada aras 0.05 bagi semua rangsangan gaya pembelajaran yang dikaji bagi pelajar Etnik Penan. Ini menunjukkan tidak terdapat rangsangan gaya pembelajaran yang kursus yang dapat mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Etnik Penan. Kepelbagaian gaya pembelajaran memberi kesan yang berbeza terhadap tabiat dan kesungguhan pembelajaran akademik pelajar. Keywords: Gaya pembelajaran, pencapaian akademik, rangsangan sosiologi, rangsangan emosi, rangsangan psikologi, Model Dunn dan Dunn, pelajar Etnik Penan
  • 2. 2 Latar Belakang Keefe (1979) menegaskan bahawa keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan jika guru memahami gaya pembelajaran pelajarnya. Gaya pembelajaran pelajar pada peringkat kanak-kanak dan remaja lebih kepada cara pedagogi manakala orang dewasa secara andragogi (Knowles 1980). Persekitaran pembelajaran yang efektif untuk orang dewasa adalah dalam keadaan mereka merasakan perlu untuk belajar, persekitaran pembelajaran yang selamat untuk berfikir dan bergaul, mempunyai matlamat pembelajaran, terlibat dengan aktif dalam proses pengajaran, pembelajaran yang membina, berguna dengan pengalaman, melihat akan kemajuan pembelajaran dan pembelajaran terlibat secara komunukasi dua hala (Malouf 1994). Reiff (1992) menyatakan bahawa memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar dengan cara yang terbaik akan membantu mengurangkan kekecewaan guru dan pelajar. Dalam memahami sifat pelajar, gaya pembelajaran menjadi indikator bagaimana cara seseorang pelajar belajar dan cara belajar yang digemarinya. Kajian di peringkat kolej dan universiti di luar negeri menunjukkan kesan pembelajaran yang baik apabila strategi dan aktiviti pengajaran bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar (Dunn & Dunn 1985; Keefe 1987; Krimsky 1982). Kajian pada peringkat tempatan telah dijalankan (Zalizan et al. 1998; Wan Zakri 2000; Ch’ng 2000; Lourdusamy 1994; Abdul Razak 1999; Badariah 1997; Maktab Perguruan Seri Kota 1996) namun kajian dalam bidang ini di peringkat pendidikan guru masih lagi kurang. Oleh itu, program penyediaan bakal-bakal guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak yang sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada golongan pelajar awal dewasa dan daripada etnik yang pelbagai perlu dikenal pasti aspek-aspek gaya pembelajaran yang sesuai untuk mereka bagi meningkatkan pencapaian akademik. Untuk kajian ini difokuskan kepada etnik Penan sahaja. Pernyataan Masalah Prestasi akademik guru pelatih daripada pelbagai etnik yang berbeza di IPG Kampus Sarawak perlu dikenal pasti agar pemindahan pembelajaran di dalam bilik kuliah menjadi lebih efektif. Bagi pelajar etnik Penan, kemasukan mereka ke IPGK Sarawak adalah mengikut saluran biasa seperti pelajar-pelajar lain namun, keputusan ujian SPM mereka tidaklah sebaik pelajar yang lain. Oleh itu, situasi ini perlu diambil perhatian untuk mengenal pasti aspek gaya pembelajaran yang sesuai untuk pelajar etnik Penan ini supaya dapat dipadankan dengan gaya pengajaran oleh pensyarah
  • 3. 3 yang mengajar mereka di dalam bilik kuliah. Pengkaji berhasrat untuk mengetahui secara mendalam tentang gaya pembelajaran pelajar etnik Penan ini dengan menggunakan soal selidik yang telah dibangunkan oleh Bahrin et. al. (2007). Kajian yang dijalankan adalah bagi menjawab persoalan yang berikut iaitu apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar etnik Penan? Apakah gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar Etnik Penan? Adakah terdapat korelasi antara gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar etnik Penan dengan pencapaian akademik? Oleh itu, kajian saintifik perlu dijalankan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang manakah paling sesuai dengan pelajar etnik Penan supaya pembelajaran menjadi lebih efektif. Objektif Kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk: (a) Mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar etnik Penan (b) Melihat gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar etnik Penan. (c) Meninjau korelasi antara gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar etnik Penan dengan pencapaian akademik. Persoalan Kajian Persoalan kajian ini adalah seperti berikut: (a) Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar etnik Penan? (b) Apakah gaya pembelajaran dominan dalam kalangan pelajar etnik Penan? (c) Adakah terdapat korelasi antara gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar etnik Penan dengan pencapaian akademik? Sorotan Literatur Kajian-kajian yang menggunakan model Dunn dan Dunn (1978) telah dijalankan oleh beberapa penyelidik. Terdapat berbagai-bagai dapatan tentang gaya pembelajaran dalam kalangan penyelidik dan masing-masing mengkaji serta melihatnya daripada pelbagai bidang dan pendekatan. Kajian pada peringkat tempatan telah dijalankan oleh beberapa pengkaji antaranya Nur Sofurah Mohd Faiz, Maziana Mohamed dan Rosfaszlizah Zahit, 2008; Baharin Abu et al., 2007; Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli dan Ahmad Johari Sihes, 2006; Kartini Abdul
  • 4. 4 Mutalib dan Ahamad Shabudin Yahaya, 2013; Low Xin Xin, 2003; Yee Mei Heong, 2002; Marazlina Mansor, 2004, Zalizan et al. 1998; Wan Zakri 2000; Ch’ng 2000; Lourdusamy 1994; Abdul Razak 1999; Badariah 1997; Maktab Perguruan Seri Kota 1996). Selain itu, terdapat juga beberapa penyelidik yang mengkaji hubungan antara pencapaian akademik dengan gaya pembelajaran. Antaranya ialah Alireza Jilardi Damavandi, Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, Shafee Mohd Daud, & Jafar Shabani (2011); Mohd Nihra Haruzuan Mohd Said dan Chang Guek Ngo (2011); Terragrossa, R. A., F. Englander, & Z. Wang. (2009); Terragrossa et al. (2009); Yufiza Yusof (2004); Baharin Abu et al. (2007); Juliawati Ibrahim (2006); dan Ong Sze Chong (2008); dan Yildirim, Acarb, Bulk dan Sevinc (2008). Walau bagaimanapun, kajian di peringkat institut pendidikan guru di Malaysia masih belum meluas. Penelitian kajian-kajian lepas, jelas membuktikan bahawa pelajar yang berjaya, belajar dengan lebih berkesan serta berupaya pula mengekalkan perkara yang dipelajari dalam ingatan mereka dengan lebih lama lagi sekiranya pelajar diajar berlandaskan kekuatan pengamatan dan persekitaran pengajaran yang mengambil kira cara-cara atau gaya pelajar belajar. Oleh itu, guru atau pensyarah perlu mengenal pasti gaya pembelajaran supaya pelajar mampu melihat ruang bagi mereka untuk memajukan diri. Kegagalan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran ini akan memberi impak ke atas keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan atau gaya pengajaran yang bercanggah dengan gaya mereka (Sims and Sims, 2006). Metadologi Kajian Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan dalam kajian ini menggunakan instrumen soal selidik skala empat poin dan fokus utama kajian adalah untuk meninjau hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Untuk memperoleh data kuantitatif, pengkaji telah mengubah suai instrumen kajian berdasarkan alat kajian yang telah digunakan oleh Baharin et. al (2007) yang berskala 4 poin iaitu (STS), (TS), (S) dan (ST) bagi memenuhi kehendak kajian. Bagi menguji tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman dan keseragaman item soal selidik, kajian rintis ini telah diuji dengan menggunakan formula pekali alfa Cronbach (Cronbach 1951). Nilai Cronbach alfa ialah 0.847 yang diperoleh daripada ujian rintis menunjukkan bahawa item-item dalam soal selidik ini lebih homogenous dan ini bermakna soal selidik ini mengukur satu konsep atau satu tret psikologi dengan baik (Alias 1999).
  • 5. 5 Bilangan responden dalam kajian ini ialah 37 orang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 29 orang wanita daripada kalangan kumpulan etnik Penan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) seramai 15 orang dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 2 seramai 22 orang. Data-data kuantitatif daripada soal selidik kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS-PC for Windows-Version 10.0) untuk memperoleh statistik deskriptif seperti kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai manakala korelasi bagi statistik inferensi. Dapatan Kajian Sampel kajian ini terdiri daripada 37 orang guru pelatih etnik Etnik Penan yang terdapat di IPG Kampus Sarawak. Profil responden dalam kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 Jadual 1: Profil Responden Profil Kekerapan Peratus Jantina Lelaki 8 49.6 Perempuan 29 50.4 Kumpulan PPISMP 15 30.2 PISMP Sem 2 22 31.0 Tempat Tinggal Asal Baram 32 23.0 Luar Baram 5 10.3 (a) Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar Etnik Penan? Jadual 2: Min Tahap Gaya Pembelajaran Keseluruhan Tahap gaya pembelajaran Min(M) Sisihan Piawai (SP) Skor minimum Skor maksimun Rendah (1.00-1.99) Sederhana (2.00 – 2.99) Tinggi (3.00-4.00) 3.23 2.89 0.16 2.54
  • 6. 6 Jadual 2 menunjukkan tahap gaya pembelajaran keseluruhan yang diamalkan oleh pelajar Etnik Penan. Keputusan menunjukkan bahawa gaya pembelajaran keseluruhan pelajar berada pada tahap sederhana (M = 2.89, s.p=0.16). Skor minimum ialah 2.54 dan skor maksimum ialah 3.23 (b) Gaya pembelajaran dominan dalam kalangan pelajar Etnik Penan? JADUAL 3: Pola gaya pembelajaran dominan Gaya pembelajaran Tahap Min Sisihan Piawai Skor minimum Skor maksimun Persekitaran Rendah (1.00-1.99) Sederhana (2.00 – 2.99) 2.60 0.24 2.11 Tinggi (3.00-4.00) 3.00 Emosi Rendah (1.00-1.99) Sederhana (2.00 – 2.99) 0.22 2.57 Tinggi (3.00-4.00) 3.03 3.43 Sosiologi Rendah (1.00-1.99) Sederhana (2.00 – 2.99) 0.25 2.70 Tinggi (3.00-4.00) 3.09 3.70 Fizikal Rendah (1.00-1.99) 1.89 Sederhana (2.00 – 2.99) 2.83 0.34 Tinggi (3.00-4.00) 3.44 Psikologi Rendah (1.00-1.99) Sederhana (2.00 – 2.99) 2.90 0.34 2.13 Tinggi (3.00-4.00) 3.75 Jadual 3 menunjukkan gaya pembelajaran bagi pelajar etnik Etnik Penan. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat dua gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh responden. Gaya pembelajaran tersebut ialah gaya pembelajaran rangsangan sosiologi (M = 3.09, s.p= 0.25) dan gaya pembelajaran rangsangan emosi (M= 3.03, s.p= 0.22). Kedua-dua min gaya pemeblajaran tersebut berada pada tahap yang tinggi iaitu di antara skor min 3.00 hingga 4.00, diikuti oleh rangsangan psikologi (M=2.9, s.p=0.34), rangsangan fizikal (M=2.83, s.p=0.34) dan rangsangan persekitaran (M=2.60, s.p=0.24).
  • 7. 7 (i) Min Item Gaya Pembelajaran Rangsangan Sosiologi Jadual 4: Min item Gaya Pembelajaran Rangsangan Sosiologi Bil Rangsangan Sosiologi Min Tahap B24. Saya selalu memberikan kerjasama kepada pelajar lain untuk menyiapkan kerja yang diberikan 3.16 Tinggi B25. Saya akan mendapatkan pertolongan rakan apabila saya menghadapi masalah pembelajaran 3.30 Tinggi B26. Saya suka mendapatkan pandangan orang dewasa berhubung dengan tugasan saya. 3.32 Tinggi B27. Saya suka melakukan kerja dengan cara sendiri. 3.05 Tinggi B28. Saya suka belajar secara bersendirian. 3.03 Tinggi B29. Saya suka belajar dengan seorang atau dua orang rakan. 2.92 Sederhana B30. Saya suka belajar secara berkumpulan bersama ramai rakan sebaya. 2.78 Sederhana B31. Saya suka ditemani oleh orang dewasa semasa belajar. 2.49 Sederhana B32. Kadangkala saya suka bersendirian semasa belajar 3.59 Tinggi B33 Kadangkala saya suka belajar bersama-sama kawan saya. 3.24 Tinggi Jumlah Purata Min skor 3.09 Tinggi Jadual 4 menunjukkan skor min rangsangan gaya pembelajaran sosiologi. Pada keseluruhanya skor min bagi gaya pembelajaran sosiologi berada antara min skor 2.49 dan min skor 3.59. Min skor purata bagi rangsangan gaya pembelajaran sosiologi ialah 3.09 (s.p = 0.25). Nilai min skor yang tinggi melebihi min skor 3.0 menunjukkan bahawa pelajar mementingkan gaya pembelajaran berasaskan sosiologi. Item-item yang mempengaruhi rangsangan gaya pembelajaran sosiologi ialah B24, B25, B25, B27, B28, B32 dan B33. Item min skor tertinggi ialah item B32 (Kadangkala saya suka bersendirian semasa belajar). Item min skor terendah ialah item B31(Saya suka ditemani oleh orang dewasa semasa belajar). Item-item yang memperoleh min skor yang tinggi ini menunjukkan bahawa pelajar etnik Penan suka belajar secara bersendirian, suka mendapatkan pandangan orang dewasa berhubung dengan tugasan, mendapatkan pertolongan rakan apabila menghadapi masalah pembelajaran, suka belajar dengan kawan-kawan dan memberikan kerjasama kepada pelajar lain untuk menyiapkan kerja yang diberi.
  • 8. 8 (ii) Min Item Gaya Pembelajaran Rangsangan Emosi Jadual 5: Min item Gaya Pembelajaran Rangsangan Emosi Bil Rangsangan Emosi Min Tahap B10 Saya mahu mendapatkan gred yang baik. 3.89 Tinggi B11 Maklum balas dan teguran daripada ibu bapa dapat mendorong saya dalam proses pembelajaran 3.84 Tinggi B12 Maklum balas dan teguran daripada pensyarah dapat mendorong saya dalam proses pembelajaran. 3.68 Tinggi B13 Saya berasa gembira apabila mendapat markah atau gred yang baik di IPG 3.73 Tinggi B14 Tiada orang yang mengambil berat tentang pencapaian saya. 1.73 Rendah B15 Saya dapat menghasilkan kerja yang terbaik dalam masa yang singkat 2.22 sederhana B16 Apabila saya belajar, saya akan menumpukan perhatian sehingga saya dapat menyiapkan kerja 3.22 Tinggi B17 Saya suka mempelajari sesuatu yang baharu 3.49 Tinggi B18 Saya berasa sukar untuk menyelesaikan semua kerja saya 2.51 sederhana B19 Saya mudah bosan dalam melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan saya ingin membuat sesuatu yang baharu. 2.65 sederhana B20 Saya akan menyelesaikan kerja yang saya mulakan 3.19 Tinggi B21 Saya menghabiskan kerja rumah saya tepat pada masanya. 2.76 sederhana B22 Saya melakukan sesuatu perkara yang telah saya janjikan 3.11 Tinggi B23 Saya selalu lupa untuk membuat atau menghabiskan kerja rumah saya 2.38 sederhana Jumlah Purata Min 3.03 Tinggi Jadual 5 menunjukkan skor min rangsangan gaya pembelajaran emosi. Pada keseluruhanya skor min bagi gaya pembelajaran emosi berada antara min skor 1.73 dan min skor 3.89. Min skor purata bagi rangsangan gaya pembelajaran emosi ialah 3.03 (s.p = 0.22). Nilai min skor yang tinggi melebihi min skor 3.0 menunjukkan bahawa pelajar mementingkan gaya pembelajaran berasaskan emosi. Item-item yang mempengaruhi rangsangan gaya pembelajaran emosi ialah B10, B11, B12, B13, B16, B17, B20, dan B22. Item min skor tertinggi ialah item B10 (Saya mahu mendapatkan gred yang baik). Item min skor terendah ialah item B14 (Tiada orang yang mengambil
  • 9. 9 berat tentang pencapaian saya.). Item-item yang menunjukkan min skor yang tinggi menunjukkan bahawa pelajar Etnik Penan mahu mendapatkan gred yang baik. Di samping itu maklum balas dan teguran daripada ibu bapa dapat mendorong mereka dalam proses pembelajaran dan berasa gembira apabila mendapat markah atau gred yang baik di IPG. Maklum balas dan teguran daripada pensyarah dapat mendorong mereka dalam proses pembelajaran, mereka juga suka mempelajari sesuatu yang baharu, semasa belajar mereka akan menumpukan perhatian sehingga dapat menyiapkan kerja. Mereka akan menyelesaikan kerja yang diberi dan melakukan sesuatu perkara yang telah janjikan Korelasi antara gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar etnik Penan dengan pencapaian akademik JADUAL 6 : Korelasi antara gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Etnik Penan dengan pencapaian akademik. Gaya Pembelajaran Punca variasi PMGT Persekitaran Korelasi Spearmans rho -0.304 Sig. (2-tailed) 0.067 N 37 Emosi Korelasi Spearmans rho 0.089 Sig. (2-tailed) 0.601 N 37 Sosiologi Korelasi Spearmans rho 0.300 Sig. (2-tailed) 0.071 N 37 Fizikal Korelasi Spearmans rho 0.102 Sig. (2-tailed) 0.550 N 37 Psikologi Korelasi Spearmans rho 0.227 Sig. (2-tailed) 0.177 N 37 Keseluruhan Korelasi Spearmans rho 0.210 Sig. (2-tailed) 0.212 N 37 *signifikan pada aras 0.05
  • 10. 10 Keputusan analisis korelasi Spearman rho menunjukkan tidak terdapat korelasi yang siginifikan pada aras 0.05 bagi semua rangsangan gaya pembelajaran yang dikaji bagi pelajar Etnik Penan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat rangsangan gaya pembelajaran yang kursus yang dapat mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Etnik Penan. Perbincangan Daripada kajian yang dijalankan, didapati tahap gaya pembelajaran keseluruhan yang diamalkan guru pelatih Etnik Penan di IPG Kampus Sarawak berada pada tahap yang sederhana (M=2.89, s.p= 0.17). Manakala gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh pelajar Etnik Penan ialah rangsangan gaya pembelajaran sosiologi (M= 3.09, s.p= 0.25) dan rangsangan gaya pembelajaran emosi (M=3.03, s.p=0.22). Kedua-dua min skor bagi gaya pembelajaran sosiologi dan gaya pembelajaran emosi berada pada tahap yang tinggi iaitu di antara skor min 3.00 dan skor min 4.0. Rangsangan gaya pembelajaran psikologi (M=2.91), gaya pembelajaran fizikal (M=2.83) dan gaya pembelajaran persekitaran (M=2.60) adalah pada tahap sederhana sahaja. Kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian Habibah Mohd Samin (2014), iaitu Habibah juga mendapati bahawa gaya pembelajaran dominan respondennya ialah gaya pembelajaran rangsangan emosi (M=3.03, SP=0.22) dan rangsangan sosiologi (M=3.09, SP=0.22), diikuti oleh rangsangan psikologi (M=2.91, SP=0.34), rangsangan fizikal (M=2.83, SP=0.34) dan rangsangan persekitaran (M=2.60, SP =0.24). Selain itu, Kajian Nur Sofurah Mohd Faiz et al. (2008) juga menunjukkan keutamaan responden kajian mereka ialah gaya pembelajaran emosi (M=3.91), gaya pembelajaran sosiologi (M=3.63), gaya pembelajaran fizikal (M=3.61) dan gaya pembelajaran alam sekitar (3.53). Dapatan kajian pengkaji juga menyamai kajian oleh Baharin Abu et al. (2007). Dapatan kajian mereka juga menunjukkan bahawa rangsangan emosi (M=3.09, s.p= 0.63) merupakan gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan pelajar tahun 2 Fakulti Ilmu Pendidikan, UTM dan diikuti gaya pembelajaran psikologi, gaya pembelajaran fizikal, persekitaran dan gaya pembelajaran sosiologi. Selain itu, Kartini Abdul Mutalib dan Ahamad Shabudin Yahaya (2013) juga menunjukkan gaya pembelajaran dominan pelajar PPG Sains ialah gaya pembelajaran emosi (M=3.41), gaya pembelajaran sosiologi (M=2.69), gaya pembelajaran fizikal (M=2.75), gaya pembelajaran psikologi (M=2.69) dan gaya pembelajaran persekitaran (M=2.51). Kajian ini juga menunjukkan tidak wujudnya hubungan signifikan rangsangan gaya pembelajaran terhadap pencapaian akademik pelajar. Hal ini
  • 11. 11 bermaksud bahawa tidak ada aspek gaya pembelajaran yang kursus yang boleh dimanfaatkan untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar etnik Penan. Ini menunjukkan rangsangan gaya pembelajaran mereka adalah pelbagai. Dapatan kajian ini adalah berbeza dengan kajian Habibah Mohd Samin (2014) yang mendapati bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan terhadap gaya pembelajaran sosiologi (r=0.669*, p<0.01) dalam kalangan pelajar PISMP Tahun 3 di Institut Pendidikan Kampus Ipoh, Perak. Nik Mohd Rahimi et al. (2000) mendapati semua gaya pembelajaran yang dikaji iaitu gaya hafalan, perbincangan, latihan dan motivasi digemari oleh responden. Mohamad Zailani Jaya (2001) juga mendapati bahawa guru pelatih kaum Orang Ulu lebih berkeyakinan, berani memberi pendapat, berani menanggung risiko walaupun pendapat atau idea mereka mungkin ditolak oleh pensyarah atau rakan lain. Oleh itu, memadankan gaya pembelajaran pelajar dengan cara pengajaran dalam kelas adalah perlu diambil kira untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar. Kesimpulan Konsep pembelajaran tidak harus dianggap sama dan serupa dalam semua budaya, bangsa dan agama (Wan Zah 2000). Griggs dan Dunn (1995) mendapati bahawa nilai budaya sesuatu bangsa mungkin boleh memberi kesan kepada proses pembelajaran. Latar belakang budaya sesuatu bangsa itu memberi kesan kepada kecenderungan memilih sesuatu gaya pembelajaran kerana persekitaran mempengaruhi tanggapan cara seseorang itu berfikir (Tamao-Katsuo 1987). Kesan daripada latar belakang kaum, budaya, tempat tinggal asal, status sosioekonomi serta suasana persekitaran yang berbeza telah mewujudkan corak kecenderungan gaya pembelajaran yang berbeza dalam kalangan guru pelatih. Kajian yang dilakukan oleh Keefe (1979) mendapati kecenderungan para pendidik untuk mengajar mengikut kecenderungan pembelajaran mereka dan mengabaikan gaya pembelajaran pelajar yang kadangkala tidak bersesuaian dengan strategi dan aktiviti yang dipilih menyebabkan pengajaran tidak begitu berkesan kerana tidak berpadanan dengan kecenderungan gaya pembelajaran pelajar. Rujukan Abdul Razak Ahmad. (1999). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian mata pelajaran Sejarah daripada segi jantina, etnik dan lokasi sekolah. Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia. Alias Baba. (1999). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Penerbit UKM.
  • 12. 12 Badariah Mohd. Saad. (1997). Korelasi antara persekitaran pembelajaran dan pendekatan pembelajaran dengan pencapaian ekonomi STPM. Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia. Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Mansor dan Haliza Jaafar (2007). Kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar universiti di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai Johor. Tidak diterbitkan. Projek Penyelidikan Pembiayaan RMC UTM Ch’ng S.K. (2000). Perbezaan gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian sains. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia. Cronbach, L.J. (1951). Coefficient alpha and the internal structure of tests. Psychology. 30. 116-127. Dunn, R., & Dunn, K (1978). Teaching students throught their individual learning styles: A practical approach. New Jersey; Pentice Hill. Dunn, R., Dunn, K., & Price, G.E. (1985). Learning style inventory. Lawrence, Kansas: Price Systems, Inc. Griggs, S. & Dunn, R. (1995). Hispanic-American students and learning style. Emergency Librarian. (23): 11-17 Habibah Mohd Samin (2014). Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar PISMP Tahun 3 di Institut Pendidikan Kampus Ipoh, Perak Malaysia. Seminar Internasional Pendidikan Serantau ke-7 2014, Universitas Negeri Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Kartini Abdul Mutalib & Ahamad Shabudin Yahaya. (2013). Gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar PPG Sains di sebuah Institut Pendidikan Guru. Jurnal Teknokrat II, Jilid XV. Keefe, J. W. (1979). Dlm J. W. Keefe (pnyt.). School application of the learning style concept. Student learning style: diagnosing and prescribing programs. 21 (1): 22-25. Keefe, J. W. (1987). Dlm J. W. Keefe (pnyt.). Learning style: theory & practice. assessing student learning styles. 10 (2): 24-30. Knowles, M.S. (1980). The Modern Practice of Adult Education : From Pedagogy to Andragogy. New York: Cambridge Books. Krimsky, J. (1982). Dlm J. W. Keefe (pnyt.). A comparative study of the effects of matching and mismatching fourth grade students with their learning style preferences for the environmental elements of light and their subsequent reading speed and accuracy scores. Students learning style and brain behavior.
  • 13. 13 8-17 Lourdusamy, A. (1994). Perbezaan gaya kognitif individu dan implikasinya terhadap pendidikan. Universiti Sains Malaysia. Maktab Perguruan Seri Kota. (1996). Gaya pembelajaran guru pelatih Maktab Perguruan Seri Kota. Jurnal Pendidikan Tigaenf 1999/2000. (2): 1-9. Malouf, D. (1994). How to teach adults in a fun and exciting way. Chatswood, NSW: Business & Professional Publishing Mohamad Zailani Jaya (2001). Kecenderungan gaya pembelajaran guru pelatih tahun 2 Maktab-maktab Perguruan di Sarawak. Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia. Nur Sofurah Mohd Faiz, Maziana Mohamed dan Rosfaszlizah Zahit. (2008). Gaya pembelajaran pelajar cemerlang, Johor: Penerbit Kolej Uniersiti TunHussein Onn, Johor Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Kamarulzaman Abd. Ghani & Zamri Mahamod. (2000). Kepelbagaian gaya pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi mengikut jantina dan lokasi sekolah. Kepelbagaian Pelajar: Cabaran dan Strategi Pengajaran. Bangi: Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 34- 55. Reiff, J.C. (1992). Learning style: what researchers say to teachers. A National Education Association Publication. Tamao-Katsuo. (1987). Gender differences in learning styles of Cree, Dene and Metis students. ED336229. Wan Zah Wan Ali. (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Wan Zakri b. Wan Mohamad Nawi. (2000). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian fizik pelajar matrikulasi kampus induk Bangi UKM. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia. Zalizan Mohd Jelas, Ruhizan Mohd Yassin, Norlena Salamuddin, Mohd Jasmy Abd. Rahman, Rosadah Abd. Majid & Ruslin Amir. (1998). Proses kognitif pelajar cemerlang dan bukan cemerlang. Laporan Akhir Penyelidikan G 3/98. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.