SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 5
BULETIN KESIHATAN : Budaya Makan Malam Punca Obesiti
on 06, May 2010 (3833 reads)
TENTU ramai bersetuju bahawa orang Malaysia makan mengikut selera. Apa sahaja makanan yang sedap akan
diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya
sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, semuanya tidak boleh dimakan'.
Pepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati' tidak dihiraukan sehingga timbul falsafah baru, 'dulu orang
mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan'.
Makan mengikut selera bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit malah menjadikan ramai di
kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti.
Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan ju ah penduduk negara ini yang mengalami
obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia.
Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang
rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.
Akibatnya kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat negara ini.
Salah satu daripada sebab kepada masalah ini ialah kegemaran kanak-kanak, remaja malah dewasa terhadap
makanan segera.
Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan mereka yang menikmatinya daripada
sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.
Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai
dengan budaya kita.
Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk
tetapi bukan di Malaysia.
Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera.
Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan
sebagainya di dalam makanan.
Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam.
Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang
menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.
Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu,
banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai
makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia.
Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia
sebagai syurga makanan.
Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat
malam.
Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-
makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.
Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah
berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.
Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng
(281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).
Banyak yang harus diubah seperti diet yang tidak seimbang dan tabiat makan pada waktu malam.
Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini,
kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak
dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak
aktif dan berpenyakit.
Justeru katanya, obesiti mesti ditangani secepat mungkin sebelum semakin ramai rakyat Malaysia
mengalaminya.
"Obesiti boleh menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh dan memberikan kesan negatif
pada kesihatan.
"Pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, jantung serta menjejaskan
sistem reproduksi berpunca daripada obesiti," katanya.
Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak kepada 250 peratus
pada tempoh 10 tahun lalu daripada 1996.
Sementara itu, ju ah mereka yang mengalami kegemukan turut bertambah kepada 70 peratus.
Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa
atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau obesiti.
Lebih membimbangkan ju ah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada
empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006.
Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan
sebagai terlebih berat.
Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di
antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti.
Bagi membendung masalah obesiti yang semakin membimbangkan di negara ini, Kementerian Kesihatan akan
menempatkan kira-kira 300 pakar pemakanan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat bagi memberi
kaunseling mengenai obesiti.
Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah
Obesiti Malaysia (Mcom) baru-baru ini.
Dr. Mohamad berkata, masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap membimbangkan bagi semua peringkat
umur.
Terdapat dua punca utama yang dikesan menyebabkan kepada masalah obesiti, iaitu makan berlebihan dan
kurang bersenam.
Terdapat juga kes kegemukan yang disebabkan oleh kes keadaan kesihatan seperti masalah endokrin dan
pengambilan ubat-ubatan atau dadah tertentu.
''Kajian yang dilakukan mendapati masyarakat kita tidak suka bersenam kerana menganggap senaman tidak
penting dan tidak ada alasan untuk mereka bersenam.
''Banyak faedahnya bersenam kerana badan akan menjadi sihat dan kuat serta menjauhkan daripada pelbagai
penyakit.
"Dengan bersenam, kita dapat membina kekuatan otot, meningkatkan keupayaan badan mengawal paras
glukosa darah, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal, menguatkan tulang dan melambatkan
proses osteoporosis.
''Selain itu, tidak banyak tempat untuk beriadah, kes ragut, rogol, bunuh dan sebagainya menghalang orang
untuk keluar bersenam lebih-lebih lagi selepas Subuh di mana sekeliling masih gelap.
''Tidak ramai yang mampu untuk ke kelab kesihatan atau membeli peralatan untuk diletakkan di rumah.
"Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bagi mengeluarkan peluh seperti menari, mengemas
rumah, berkebun dan mencuci kereta. Aktiviti seperti ini juga dapat membantu menguatkan otot-otot.
''Kerajaan mempunyai banyak perancangan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat seperti
menyediakan lebih banyak tempat beriadah tetapi amat sukar untuk melaksanakan kerana kekurangan
peruntukan.
''Sebenarnya banyak cara untuk bersenam. Berjalan kaki juga salah satu daripada jenis senaman.
"Tetapi orang kita terlalu bergantung kepada kereta, hendak pergi kedai yang dekat pun hendak naik kereta.
Hendak pergi tingkat satu pun nak naik lif. Mereka tidak mahu naik tangga sedangkan itu adalah senaman yang
baik, mudah dan ringkas ,'' ujar Prof Mohamad Ismail lagi.
Beliau menambah, setiap orang harus mengubah cara pemikiran mereka mengenai obesiti.
Ramai yang memandang remeh dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh.
Tetapi H1n1 membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini.
Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian
yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang boleh dilakukan
untuk menanganinya.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Penulisan tema kesihatan 2
Penulisan tema kesihatan 2Penulisan tema kesihatan 2
Penulisan tema kesihatan 2Bong Shuying
 
Bab 2 nutrisi (Amalan pemakanan Yang Sihat)
Bab 2 nutrisi (Amalan pemakanan Yang Sihat)Bab 2 nutrisi (Amalan pemakanan Yang Sihat)
Bab 2 nutrisi (Amalan pemakanan Yang Sihat)nurlailiizzati3
 
Amalan pemakanan remaja
Amalan pemakanan remajaAmalan pemakanan remaja
Amalan pemakanan remajamimoo zibang
 
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihatpendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihatRaJa MakSum
 
Unit 1 piramid makanan malaysia
Unit 1 piramid makanan malaysiaUnit 1 piramid makanan malaysia
Unit 1 piramid makanan malaysianur fahimah
 
Amalan pemakanan yang seimbang sains tingkatan 2
Amalan pemakanan yang seimbang sains tingkatan 2Amalan pemakanan yang seimbang sains tingkatan 2
Amalan pemakanan yang seimbang sains tingkatan 2husna_alia_halmi
 
Kencing Manis Dan Buah Pinggang
Kencing Manis Dan Buah PinggangKencing Manis Dan Buah Pinggang
Kencing Manis Dan Buah Pinggangedwinchowyw
 
Faktor risiko penyakit kencing manis
Faktor risiko penyakit kencing manisFaktor risiko penyakit kencing manis
Faktor risiko penyakit kencing manisShah Pieeca
 
makanan dan amalan pemakanan pbs band 6 sains form 2
makanan dan amalan pemakanan pbs band 6 sains form 2makanan dan amalan pemakanan pbs band 6 sains form 2
makanan dan amalan pemakanan pbs band 6 sains form 2earth as caliph for Islam
 
46809565 wanita-sukan
46809565 wanita-sukan46809565 wanita-sukan
46809565 wanita-sukanShazana Sukri
 
Smart Naco Green Factors Fiber
Smart Naco Green Factors FiberSmart Naco Green Factors Fiber
Smart Naco Green Factors FiberSuccess Profile
 

Was ist angesagt? (14)

Penulisan tema kesihatan 2
Penulisan tema kesihatan 2Penulisan tema kesihatan 2
Penulisan tema kesihatan 2
 
Bab 2 nutrisi (Amalan pemakanan Yang Sihat)
Bab 2 nutrisi (Amalan pemakanan Yang Sihat)Bab 2 nutrisi (Amalan pemakanan Yang Sihat)
Bab 2 nutrisi (Amalan pemakanan Yang Sihat)
 
Amalan pemakanan remaja
Amalan pemakanan remajaAmalan pemakanan remaja
Amalan pemakanan remaja
 
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihatpendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
 
Unit 1 piramid makanan malaysia
Unit 1 piramid makanan malaysiaUnit 1 piramid makanan malaysia
Unit 1 piramid makanan malaysia
 
Amalan pemakanan yang seimbang sains tingkatan 2
Amalan pemakanan yang seimbang sains tingkatan 2Amalan pemakanan yang seimbang sains tingkatan 2
Amalan pemakanan yang seimbang sains tingkatan 2
 
Kencing Manis Dan Buah Pinggang
Kencing Manis Dan Buah PinggangKencing Manis Dan Buah Pinggang
Kencing Manis Dan Buah Pinggang
 
Faktor risiko penyakit kencing manis
Faktor risiko penyakit kencing manisFaktor risiko penyakit kencing manis
Faktor risiko penyakit kencing manis
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbang
 
makanan dan amalan pemakanan pbs band 6 sains form 2
makanan dan amalan pemakanan pbs band 6 sains form 2makanan dan amalan pemakanan pbs band 6 sains form 2
makanan dan amalan pemakanan pbs band 6 sains form 2
 
46809565 wanita-sukan
46809565 wanita-sukan46809565 wanita-sukan
46809565 wanita-sukan
 
Smart Naco Green Factors Fiber
Smart Naco Green Factors FiberSmart Naco Green Factors Fiber
Smart Naco Green Factors Fiber
 
MAKAN SECARA SIHAT
MAKAN SECARA SIHATMAKAN SECARA SIHAT
MAKAN SECARA SIHAT
 
Tabiat manusia thn4
Tabiat manusia thn4Tabiat manusia thn4
Tabiat manusia thn4
 

Ähnlich wie Buletin kesihatan

Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)JANGAN TENGOK
 
Hypercholesterolemia - Komunikasi Kesihatan
Hypercholesterolemia - Komunikasi KesihatanHypercholesterolemia - Komunikasi Kesihatan
Hypercholesterolemia - Komunikasi KesihatanYonizam Syahrul
 
Lee Chen Hoe-Keajaiban Organ Kembar
Lee Chen Hoe-Keajaiban Organ KembarLee Chen Hoe-Keajaiban Organ Kembar
Lee Chen Hoe-Keajaiban Organ KembarChen Hoe Lee
 
Tutorial 1 - Kelas Makanan
Tutorial 1 - Kelas MakananTutorial 1 - Kelas Makanan
Tutorial 1 - Kelas MakananAhmad Fahmi
 
218806296-Pengurusan-Kesihatan-ppt.ppt
218806296-Pengurusan-Kesihatan-ppt.ppt218806296-Pengurusan-Kesihatan-ppt.ppt
218806296-Pengurusan-Kesihatan-ppt.pptikhwan103495
 
Slaid refresher kospen elemen pemakanan petaling 19 mac 2017
Slaid refresher kospen elemen  pemakanan petaling 19 mac 2017Slaid refresher kospen elemen  pemakanan petaling 19 mac 2017
Slaid refresher kospen elemen pemakanan petaling 19 mac 2017JessWongHuiJuan1
 
Isu Psikologi Dalam Krisis Berkait Dengan Pengguguran
Isu Psikologi Dalam Krisis Berkait Dengan PengguguranIsu Psikologi Dalam Krisis Berkait Dengan Pengguguran
Isu Psikologi Dalam Krisis Berkait Dengan PengguguranDr. Umi Adzlin Silim
 
Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"
Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"
Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"SMK Jeram
 
SET A SC T2 BAB 3 zila khalid =).pptx
SET A SC T2 BAB 3 zila khalid =).pptxSET A SC T2 BAB 3 zila khalid =).pptx
SET A SC T2 BAB 3 zila khalid =).pptxSHAHRILBINHASHIMMoe
 
BAB 3 NUTRISI.pptx
BAB 3 NUTRISI.pptxBAB 3 NUTRISI.pptx
BAB 3 NUTRISI.pptxnajmillaila1
 
Koswer Piramid Makanan
Koswer Piramid MakananKoswer Piramid Makanan
Koswer Piramid Makanansri_indah2022
 
Forum Kidney Care
Forum Kidney CareForum Kidney Care
Forum Kidney Careedwinchowyw
 
Amalan terbaik kesejahteraan sosial - SNAP (Amerika Syarikat)
Amalan terbaik kesejahteraan sosial - SNAP (Amerika Syarikat)Amalan terbaik kesejahteraan sosial - SNAP (Amerika Syarikat)
Amalan terbaik kesejahteraan sosial - SNAP (Amerika Syarikat)SitiKhadijahHalim
 
PEMAKANAN SEIMBANG GKK1073
PEMAKANAN SEIMBANG GKK1073PEMAKANAN SEIMBANG GKK1073
PEMAKANAN SEIMBANG GKK1073azrimahali
 

Ähnlich wie Buletin kesihatan (20)

Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)
 
Hypercholesterolemia - Komunikasi Kesihatan
Hypercholesterolemia - Komunikasi KesihatanHypercholesterolemia - Komunikasi Kesihatan
Hypercholesterolemia - Komunikasi Kesihatan
 
1.1 Intro nutrition SN.pdf
1.1 Intro nutrition SN.pdf1.1 Intro nutrition SN.pdf
1.1 Intro nutrition SN.pdf
 
Panduan Pemakanan Malaysia
Panduan Pemakanan MalaysiaPanduan Pemakanan Malaysia
Panduan Pemakanan Malaysia
 
Lee Chen Hoe-Keajaiban Organ Kembar
Lee Chen Hoe-Keajaiban Organ KembarLee Chen Hoe-Keajaiban Organ Kembar
Lee Chen Hoe-Keajaiban Organ Kembar
 
Tutorial 1 - Kelas Makanan
Tutorial 1 - Kelas MakananTutorial 1 - Kelas Makanan
Tutorial 1 - Kelas Makanan
 
218806296-Pengurusan-Kesihatan-ppt.ppt
218806296-Pengurusan-Kesihatan-ppt.ppt218806296-Pengurusan-Kesihatan-ppt.ppt
218806296-Pengurusan-Kesihatan-ppt.ppt
 
4E LISAN
4E LISAN4E LISAN
4E LISAN
 
Slaid refresher kospen elemen pemakanan petaling 19 mac 2017
Slaid refresher kospen elemen  pemakanan petaling 19 mac 2017Slaid refresher kospen elemen  pemakanan petaling 19 mac 2017
Slaid refresher kospen elemen pemakanan petaling 19 mac 2017
 
Isu Psikologi Dalam Krisis Berkait Dengan Pengguguran
Isu Psikologi Dalam Krisis Berkait Dengan PengguguranIsu Psikologi Dalam Krisis Berkait Dengan Pengguguran
Isu Psikologi Dalam Krisis Berkait Dengan Pengguguran
 
Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"
Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"
Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"
 
SET A SC T2 BAB 3 zila khalid =).pptx
SET A SC T2 BAB 3 zila khalid =).pptxSET A SC T2 BAB 3 zila khalid =).pptx
SET A SC T2 BAB 3 zila khalid =).pptx
 
BAB 3 NUTRISI.pptx
BAB 3 NUTRISI.pptxBAB 3 NUTRISI.pptx
BAB 3 NUTRISI.pptx
 
case study GDM.pdf
case study GDM.pdfcase study GDM.pdf
case study GDM.pdf
 
Koswer Piramid Makanan
Koswer Piramid MakananKoswer Piramid Makanan
Koswer Piramid Makanan
 
Forum Kidney Care
Forum Kidney CareForum Kidney Care
Forum Kidney Care
 
Amalan terbaik kesejahteraan sosial - SNAP (Amerika Syarikat)
Amalan terbaik kesejahteraan sosial - SNAP (Amerika Syarikat)Amalan terbaik kesejahteraan sosial - SNAP (Amerika Syarikat)
Amalan terbaik kesejahteraan sosial - SNAP (Amerika Syarikat)
 
K ursus kospen staff
K ursus kospen staffK ursus kospen staff
K ursus kospen staff
 
Jangan Derita Dalam Diam - Badan Berasid
Jangan Derita Dalam Diam - Badan BerasidJangan Derita Dalam Diam - Badan Berasid
Jangan Derita Dalam Diam - Badan Berasid
 
PEMAKANAN SEIMBANG GKK1073
PEMAKANAN SEIMBANG GKK1073PEMAKANAN SEIMBANG GKK1073
PEMAKANAN SEIMBANG GKK1073
 

Buletin kesihatan

  • 1. BULETIN KESIHATAN : Budaya Makan Malam Punca Obesiti on 06, May 2010 (3833 reads) TENTU ramai bersetuju bahawa orang Malaysia makan mengikut selera. Apa sahaja makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, semuanya tidak boleh dimakan'. Pepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati' tidak dihiraukan sehingga timbul falsafah baru, 'dulu orang mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan'. Makan mengikut selera bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit malah menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti. Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan ju ah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia. Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti. Akibatnya kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat negara ini. Salah satu daripada sebab kepada masalah ini ialah kegemaran kanak-kanak, remaja malah dewasa terhadap makanan segera. Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan mereka yang menikmatinya daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan malam. Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita. Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia.
  • 2. Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera. Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan. Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam. Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam. Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia. Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan. Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam. Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan- makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak. Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol. Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori). Banyak yang harus diubah seperti diet yang tidak seimbang dan tabiat makan pada waktu malam. Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak. Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak
  • 3. dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit. Justeru katanya, obesiti mesti ditangani secepat mungkin sebelum semakin ramai rakyat Malaysia mengalaminya. "Obesiti boleh menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh dan memberikan kesan negatif pada kesihatan. "Pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, jantung serta menjejaskan sistem reproduksi berpunca daripada obesiti," katanya. Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak kepada 250 peratus pada tempoh 10 tahun lalu daripada 1996. Sementara itu, ju ah mereka yang mengalami kegemukan turut bertambah kepada 70 peratus. Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau obesiti. Lebih membimbangkan ju ah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006. Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat. Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti. Bagi membendung masalah obesiti yang semakin membimbangkan di negara ini, Kementerian Kesihatan akan menempatkan kira-kira 300 pakar pemakanan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat bagi memberi kaunseling mengenai obesiti. Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah
  • 4. Obesiti Malaysia (Mcom) baru-baru ini. Dr. Mohamad berkata, masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap membimbangkan bagi semua peringkat umur. Terdapat dua punca utama yang dikesan menyebabkan kepada masalah obesiti, iaitu makan berlebihan dan kurang bersenam. Terdapat juga kes kegemukan yang disebabkan oleh kes keadaan kesihatan seperti masalah endokrin dan pengambilan ubat-ubatan atau dadah tertentu. ''Kajian yang dilakukan mendapati masyarakat kita tidak suka bersenam kerana menganggap senaman tidak penting dan tidak ada alasan untuk mereka bersenam. ''Banyak faedahnya bersenam kerana badan akan menjadi sihat dan kuat serta menjauhkan daripada pelbagai penyakit. "Dengan bersenam, kita dapat membina kekuatan otot, meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal, menguatkan tulang dan melambatkan proses osteoporosis. ''Selain itu, tidak banyak tempat untuk beriadah, kes ragut, rogol, bunuh dan sebagainya menghalang orang untuk keluar bersenam lebih-lebih lagi selepas Subuh di mana sekeliling masih gelap. ''Tidak ramai yang mampu untuk ke kelab kesihatan atau membeli peralatan untuk diletakkan di rumah. "Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bagi mengeluarkan peluh seperti menari, mengemas rumah, berkebun dan mencuci kereta. Aktiviti seperti ini juga dapat membantu menguatkan otot-otot. ''Kerajaan mempunyai banyak perancangan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat seperti menyediakan lebih banyak tempat beriadah tetapi amat sukar untuk melaksanakan kerana kekurangan peruntukan. ''Sebenarnya banyak cara untuk bersenam. Berjalan kaki juga salah satu daripada jenis senaman.
  • 5. "Tetapi orang kita terlalu bergantung kepada kereta, hendak pergi kedai yang dekat pun hendak naik kereta. Hendak pergi tingkat satu pun nak naik lif. Mereka tidak mahu naik tangga sedangkan itu adalah senaman yang baik, mudah dan ringkas ,'' ujar Prof Mohamad Ismail lagi. Beliau menambah, setiap orang harus mengubah cara pemikiran mereka mengenai obesiti. Ramai yang memandang remeh dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh. Tetapi H1n1 membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini. Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menanganinya.