LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
Hidup Seperti Daun Yang Memberi Jasa
1. SAJAK DAN MAKSUD
TEMA
PERSOALAN
NILAI
PENGAJARAN
2. Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan
sebagai sehelai daun. Apabila manusia dilahirkan ,
membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka
telah mampu menyumbangkan jasa untuk
menerangi kehidupan insan lain agar keluar dari
belenggu penderitaan.
3. Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu
membuat jasa, maka tiadalah ruang dan
peluang bagi mereka yang hidup dalam
kepayahan untuk bergantung harap.
4. Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan
menjadi tua dan mati. Maka janganlah kita terlalu
sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang
dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup
orang lain yang bergantung harap kepada kita.
5. Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun,
sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah
setelah matipun, banyak jasa dan bakti kita
masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
6. Tema
Amalan yang baik dalam kehidupan.
Persoalan
1.Kebaikan diri yang sanggup memberikan makhluk
lain menumpang untuk hidup.
2.Kesedaran bahawa sifat tamak akan
membuatkan pihak lain menghadapi kesukaran
untuk hidup.
3.Insaf akan keupayaan diri yang sementara dan
tidak bersikap sombong terhadap makhluk lain.
4.Setiap jasa yang dilakukan sewaktu hidup akan
berterusan sehingga telah meninggal dunia.
7. Nilai
1. Simpati.
2. Baik hati.
3. Keinsafan.
4. Berbudi pekerti.
Pengajaran
1. Kita harus bersimpati terhadap insan lain.
2. Kita harus berbuat baik terhadap insan lain.
3. Janganlah kita angkuh dan sombong dengan
kelebihan diri.
4. Kita hendaklah menabur budi kepada insan
lain.