Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Die SlideShare-Präsentation wird heruntergeladen. ×
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Wird geladen in …3
×

Hier ansehen

1 von 18 Anzeige

Weitere Verwandte Inhalte

Diashows für Sie (19)

Ähnlich wie BIMS1023 Aqidah Islam - Bahagian 7 (20)

Anzeige

Weitere von Mohd Adib Abd Muin, Senior Lecturer at Universiti Utara Malaysia (20)

Aktuellste (20)

Anzeige

BIMS1023 Aqidah Islam - Bahagian 7

  1. 1. B I M S 1 0 2 3 A Q I D A H I S L A M O L E H : K A P T E N D R . M O H D A D I B B I N A B D M U I N P E N S Y A R A H K A N A N P U S A T P E N G A J I A N P E R N I A G A A N I S L A M ( I B S ) , U U M BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 1
  2. 2. BERIMAN DENGAN ALLAH SWT BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 2
  3. 3. MENGENAL ALLAH SWT  Tiap-tiap orang Islam yang sudah mukallaf wajib mengenal Allah SWT yang mencipta seluruh alam, dan cara mengenalkan Allah SWT itu tidaklah dengan melalui pancaindera yang ada kepada kita ini seperti mata, telinga dan sebagainya dan tidak dapat pula dikaji melalui akal fikiran semata-mata, kerana Allah SWT itu adalah suatu zat yang tidak termasuk dalam lingkungan benda-benda yang ada dalam alam ini.  Firman Allah SWT: َ‫ف‬ ً‫ة‬ َ‫ر‬ْ‫ه‬َ‫ج‬ َ ّٰ ‫اّٰلل‬ ‫ى‬ َ‫َر‬‫ن‬ ‫ى‬ّٰ‫ت‬َ‫ح‬ َ‫ك‬َ‫ل‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُّ‫ن‬ ْ‫ن‬َ‫ل‬ ‫ى‬ٰ‫س‬ ْ‫و‬ُ‫م‬ٰ‫ي‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫ل‬ُ‫ق‬ ْ‫ذ‬ِ‫ا‬ َ‫و‬ َ‫ن‬ ْ‫و‬ُ‫ر‬ُ‫ظ‬ْ‫ن‬َ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫ن‬َ‫ا‬ َ‫و‬ ُ‫ة‬َ‫ق‬ِ‫ع‬ّٰ‫ص‬‫ال‬ ُ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ت‬َ‫ذ‬َ‫خ‬َ‫ا‬ “Dan (ingatlah) ketika kamu berkata, “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan jelas,” maka halilintar menyambarmu, sedang kamu menyaksikan.” (Surah al- Baqarah: 55) BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 3
  4. 4. SAMB…  Manusia tidak ada kuasa hendak mendapatkan hakikat dan kenal zat Allah SWT, tetapi mereka mengenal dan mempercayai Allah SWT dengan mengkaji kejadian-kejadian dan kekuasaan Allah SWT yang ada di alam ini. • Riwayat daripada Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: ‫هللا‬ ‫في‬ ‫تتفكروا‬ ‫وال‬ ‫هللا‬ ‫خلق‬ ‫في‬ ‫تفكروا‬ Maksudnya: “Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah dan janganlah kamu berfikir tentang Allah.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim, Hilyah Al-Awliya’) BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 4
  5. 5. SAMB.. Dalam hadis di atas jelas menunjukkan bahawa umat Islam dituntut untuk memikirkan tentang makhluk-makhluk ciptaan Allah supaya dengan cara tersebut mereka dapat menambahkan keyakinan dalam beriman kepada Allah S.W.T. Oleh kerana itu, hadis di atas membawa maksud yang sama dengan beberapa firman Allah di dalam al-Qur’an dalam menjelaskan tuntutan meneliti dan memikirkan ciptaan Allah SWT. Antaranya: َ‫ق‬ْ‫َل‬‫خ‬ْ‫ال‬ َ‫أ‬َ‫د‬َ‫ب‬ َ‫ْف‬‫ي‬َ‫ك‬ ‫وا‬ُ‫ر‬ُ‫ظ‬‫ان‬َ‫ف‬ ِ ‫ض‬ ْ‫ر‬َ ْ ‫اْل‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫وا‬ُ‫ير‬ِ‫س‬ ْ‫ل‬ُ‫ق‬ Maksudnya: (Katakanlah wahai Muhammad), berjalanlah kamu semua di atas muka bumi dan perhatikanlah bagaimana Allah memulakan penciptaan sesuatu ? (Surah Al-Ankabut :20) BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 5
  6. 6. SAMB.. • Ini kerana dengan berfikir berkenaan penciptaan makhluk-makhluk Allah S.W.T dapat membantu seseorang itu untuk menambah keyakinan dan keimanan akan kekuasaan Allah. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T: ِ‫ل‬ْ‫ي‬َّ‫الل‬ ِ‫ف‬ َ ‫َل‬ِ‫ت‬ْ‫اخ‬ َ‫و‬ ِ ‫ض‬ ْ‫ر‬َ ْ ‫اْل‬ َ‫و‬ ِ‫ت‬‫ا‬ َ‫او‬َ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ ِ‫ق‬ْ‫َل‬‫خ‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ‫ا‬ ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ب‬ْ‫ل‬َ ْ ‫اْل‬ ‫ي‬ِ‫ل‬‫و‬ُ ِِ ‫ْل‬ ٍ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬ َ ‫َل‬ ِ ‫ار‬َ‫ه‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫و‬ ُ‫ر‬ُ‫ك‬ْ‫ذ‬َ‫ي‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬ َ َّ ‫اّٰلل‬ َ‫ون‬ َ‫خ‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫ون‬ُ‫ر‬َّ‫ك‬َ‫ف‬َ‫ت‬َ‫ي‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ب‬‫و‬ُ‫ن‬ُ‫ج‬ ٰ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َ‫و‬ ‫ًا‬‫د‬‫و‬ُ‫ع‬ُ‫ق‬ َ‫و‬ ‫ا‬ً‫م‬‫ا‬َ‫ي‬ِ‫ق‬ َ‫ل‬َ‫خ‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫َا‬‫ن‬َّ‫ب‬ َ‫ر‬ ِ ‫ض‬ ْ‫ر‬َ ْ ‫اْل‬ َ‫و‬ ِ‫ت‬‫ا‬ َ‫او‬َ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ ِ‫ق‬ْ‫ل‬ ِ‫اط‬َ‫ب‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َٰ‫ه‬ َ‫ت‬ْ‫ق‬ ً ‫َل‬ ِ ‫ار‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫اب‬َ‫ذ‬َ‫ع‬ ‫َا‬‫ن‬ِ‫ق‬َ‫ف‬ َ‫َك‬‫ن‬‫ا‬َ‫ح‬ْ‫ب‬ُ‫س‬ Maksudnya: “Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan juga bumi serta pertukaran malam kepada siang, nescaya terdapat padanya tanda-tanda kebesaran Allah bagi golongan ulul albab. Iaitu golongan yang sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk, serta berbaring dan mereka memikirkan kepada penciptaan langit-langit dan juga bumi lalu mengatakan ‘’Wahai Tuhan kami, tidaklah Kau menciptakan kesemuanya ini secara sia-sia, maha suci Kamu maka peliharalah kami dari azab api neraka’’. (Surah Aali Imran: 191) BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 6
  7. 7. SAMB.. • Begitu juga firman Allah S.W.T: َ‫ون‬ُ‫ر‬ ِ ‫ْص‬‫ب‬ُ‫ت‬ َ ‫َل‬َ‫ف‬َ‫أ‬ ۚ ْ‫م‬ُ‫ك‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫و‬ Maksudnya: “Dan pada diri kamu, apakah kamu tidak memikirkannya.” (Surah Al-Dzariyat: 28) • Imam Al-Thabari dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata: ‘’Pandangan paling tepat dalam menjelaskan makna ayat ini adalah: Pada diri kamu juga wahai umat manusia terdapatnya tanda-tanda kebesaran Allah dan juga ibrah yang menunjukkan kepada kamu akan keesaan Pencipta kamu. Dan sesungguhnya tidak ada Tuhan bagi kamu selain-Nya. Dari sudut tidak ada yang berkuasa menciptakan seperti ciptaan-Nya kepada kamu. Maka apakah kamu tidak merenung secara mendalam akan hal tersebut serta berfikir padanya. Nescaya kamu akan mengetahui hakikat keesaan Tuhan kamu’’. Rujuk Tafsir Al-Thabari (22/419). BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 7
  8. 8. SAMB.. • Demikian juga kita selaku umat Islam dilarang oleh syarak untuk memikirkan tentang zat Allah S.W.T disebabkan keterbatasan akal fikiran yang terhad. Ini seperti seseorang itu memikirkan bagaimanakah rupa bentuk Allah, adakah Allah berjirim atau berjisim, maka hal-hal seperti ini adalah dilarang di sisi syarak. Bahkan Allah S.W.T berfirman: ‫ير‬ ِ ‫ص‬َ‫ب‬ْ‫ال‬ ُ‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َ‫و‬ ۖ ٌ‫ء‬ْ‫ي‬َ‫ش‬ ِ‫ه‬ِ‫ل‬ْ‫ث‬ِ‫م‬َ‫ك‬ َ ‫ْس‬‫ي‬َ‫ل‬ ُُ Maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang semisal dengan Allah. Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Syura: 11) • Adapun sekiranya memikirkan Allah S.W.T itu dengan cara berzikrullah menerusi zikir-zikir dan juga pembacaan Al-Quran maka hal sebegini adalah suatu kebaikan yang disyariatkan. Terdapat begitu banyak anjuran dan galakan mengingati Allah S.W.T seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga hadis-hadis yang sahih. ْ‫ط‬َ‫ت‬ ِ َّ ‫اّٰلل‬ ِ ‫ر‬ْ‫ك‬ِ‫ذ‬ِ‫ب‬ َ ‫ال‬َ‫أ‬ ۗ ِ َّ ‫اّٰلل‬ ِ ‫ر‬ْ‫ك‬ِ‫ذ‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫ب‬‫و‬ُ‫ل‬ُ‫ق‬ ُّ‫ن‬ِ‫ئ‬َ‫م‬ْ‫ط‬َ‫ت‬ َ‫و‬ ‫وا‬ُ‫ن‬َ‫م‬‫آ‬ َ‫ِين‬‫ذ‬َّ‫ال‬ ُ‫وب‬ُ‫ل‬ُ‫ق‬ْ‫ال‬ ُّ‫ن‬ِ‫ئ‬َ‫م‬ Maksudnya: “Dan golongan yang beriman itu tenang jantung hati mereka dengan mengingati Allah dan ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah jantung hati akan berasa tenang.” (Surah Ar-Ra’d: 28) BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 8
  9. 9. CARA MENGENAL ALLAH SWT  Ada DUA (2) cara untuk mengenal Allah SWT: 1. Dengan menggunakan Akal untuk memikirkan sesuatu daripada kejadian Allah SWT. 2. Dengan mengetahui nama-nama Allah SWT yang elok (Asma ul Husna) dan sifat-sifat yang agung.  Firman Allah SWT: ُ‫ت‬ٰ‫ي‬ٰ ْ ‫اال‬ ‫ى‬ِ‫ن‬ْ‫غ‬ُ‫ت‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫ۗو‬ ِ ‫ض‬ ْ‫ر‬َ ْ ‫اال‬ َ‫و‬ ِ‫ت‬ ٰ ‫و‬ ٰ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ ‫ى‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َ‫ذ‬‫ا‬َ‫م‬ ‫ا‬ ْ‫و‬ُ‫ر‬ُ‫ظ‬ْ‫ن‬‫ا‬ ِ‫ل‬ُ‫ق‬ َ‫ن‬ ْ‫و‬ُ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫ي‬ َّ ‫ال‬ ٍ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ق‬ ْ‫ن‬َ‫ع‬ ُ‫ر‬ُ‫ذ‬ُّ‫ن‬‫ال‬ َ‫و‬ Maksud: “Katakanlah, “Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi!” Tidaklah bermanfaat tanda-tanda (kebesaran Allah) dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang yang tidak beriman.” (Surah Yunus: 101) BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 9
  10. 10. SAMB..  Firman Allah SWT: ٍۖ‫ْم‬‫ي‬ِ‫و‬ْ‫ق‬َ‫ت‬ ِ‫ن‬َ‫س‬ْ‫ح‬َ‫ا‬ ْْٓ‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫ان‬َ‫س‬ْ‫ن‬ِ ْ ‫اال‬ ‫َا‬‫ن‬ْ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬ ْ‫د‬َ‫ق‬َ‫ل‬ . Maksud: “Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (Surah at-Tin: 4)  Firman Allah SWT: ً‫ر‬ ْ‫و‬ُ‫ك‬ْ‫ذ‬َّ‫م‬ ‫ا‬ًٔ‫ْـ‬‫ي‬َ‫ش‬ ْ‫ن‬ُ‫ك‬َ‫ي‬ ْ‫م‬َ‫ل‬ ِ ‫ر‬ْ‫ه‬َّ‫د‬‫ال‬ َ‫ن‬ِِ‫م‬ ٌ‫ْن‬‫ي‬ ِ‫ح‬ ِ‫ان‬َ‫س‬ْ‫ن‬ِ ْ ‫اال‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ‫ى‬ٰ‫ت‬َ‫ا‬ ْ‫ل‬َ‫ه‬ ‫ا‬ ُ‫ه‬ٰ‫ن‬ْ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ج‬َ‫ف‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬ِ‫ل‬َ‫ت‬ْ‫ب‬َّ‫ن‬ ٍۖ‫َاج‬‫ش‬ْ‫م‬َ‫ا‬ ٍ‫ة‬َ‫ف‬ْ‫ط‬ُّ‫ن‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ان‬َ‫س‬ْ‫ن‬ِ ْ ‫اال‬ ‫َا‬‫ن‬ْ‫ق‬َ‫ل‬َ‫خ‬ ‫ا‬َّ‫ن‬ِ‫ا‬ ‫ا‬ً‫ْر‬‫ي‬ ِ ‫ص‬َ‫ب‬ ‫ا‬ً‫ع‬ْ‫ي‬ِ‫م‬َ‫س‬ ‫ا‬ً‫ر‬ ْ‫و‬ُ‫ف‬َ‫ك‬ ‫ا‬َّ‫م‬ِ‫ا‬ َّ‫و‬ ‫ا‬ً‫ر‬ِ‫ك‬‫َا‬‫ش‬ ‫ا‬َّ‫م‬ِ‫ا‬ َ‫ل‬ْ‫ي‬ِ‫ب‬َّ‫س‬‫ال‬ ُ‫ه‬ٰ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫د‬َ‫ه‬ ‫ا‬َّ‫ن‬ِ‫ا‬ Maksud: “Bukankah pernah datang kepada manusia waktu dari masa, yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut? Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur.” (Surah al-Insan: 1-3) BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 10
  11. 11. SAMB..  Firman Allah SWT lagi: َ‫ه‬ٰ‫ل‬ِ‫ا‬ ْٓ َ ‫ال‬ ۗ ُ‫ء‬ۤ‫َا‬‫ش‬َ‫ي‬ َ‫ْف‬‫ي‬َ‫ك‬ ِ‫ام‬َ‫ح‬ ْ‫ر‬َ ْ ‫اال‬ ‫ى‬ِ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ر‬ِِ‫و‬َ‫ص‬ُ‫ي‬ ْ‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ك‬َ‫ح‬ْ‫ال‬ ُ‫ْز‬‫ي‬ ِ ‫ز‬َ‫ع‬ْ‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َّ ‫ال‬ِ‫ا‬ Maksud: “Dialah yang membentuk kamu dalam rahim menurut yang Dia kehendaki. Tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana” (Surah Ali-Imran: 6) BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 11
  12. 12. SAMB.. Daripada ayat-ayat al-Qur’an yang dinyatakan tadi dapatlah diambil kesimpulan bahawa: 1. Dengan adanya kelebihan-kelebihan yang istimewa yang dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia itu dapatlah mereka menguasai di darat, di laut dan di udara. 2. Marilah kita fikirkan mula manusia dijadikan daripada tiada kepada ada melalui proses-proses yang tertentu, siapakah yang menentukan semuanya dan dari manakah datangnya? 3. Pada kejadian manusia itu ada beberapa anggota yang sangat berharga dan sangat tinggi nilainya. Dari manakah datangnya nikmat-nikmat itu dan apakah yang patut kita gunakan dengan nikmat-nikmat itu? BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 12
  13. 13. ASMA UL HUSNA  Mempelajari nama-nama Allah SWT yang elok itu adalah suatu jalan untuk mengenali Allah SWT.  Di samping mendapat beberapa kelebihan yang besar jika kita mengamalkannya.  Firman Allah SWT: ۤ‫ا‬َ‫م‬ْ‫س‬َ ْ ‫اال‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬َ‫ف‬ ‫ا‬ ْ‫و‬ُ‫ع‬ْ‫د‬َ‫ت‬ ‫ا‬َّ‫م‬ ‫ًّا‬‫ي‬َ‫ا‬ َۗ‫ن‬ ٰ‫م‬ْ‫ح‬َّ‫الر‬ ‫وا‬ُ‫ع‬ْ‫د‬‫ا‬ ِ‫و‬َ‫ا‬ َ ّٰ ‫اّٰلل‬ ‫وا‬ُ‫ع‬ْ‫د‬‫ا‬ ِ‫ل‬ُ‫ق‬ َ‫ك‬ِ‫ت‬ َ ‫َل‬َ‫ص‬ِ‫ب‬ ْ‫ر‬َ‫ه‬ْ‫ج‬َ‫ت‬ َ ‫ال‬ َ‫و‬ ۚ‫ى‬ٰ‫ن‬ْ‫س‬ُ‫ح‬ْ‫ال‬ ُ‫ء‬ ‫َا‬‫خ‬ُ‫ت‬ َ ‫ال‬ َ‫و‬ ‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ب‬ ْ‫ت‬ِ‫ف‬ ً ‫َْل‬‫ي‬ِ‫ب‬َ‫س‬ َ‫ك‬ِ‫ل‬ٰ‫ذ‬ َ‫ْن‬‫ي‬َ‫ب‬ ِ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫ب‬‫ا‬ َ‫و‬ . Maksud: “Katakanlah (Muhammad), “Serulah Allah atau serulah Ar- Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu dapat menyeru, karena Dia mempunyai nama-nama yang terbaik (Asma‘ul husna) dan janganlah engkau mengeraskan suaramu dalam salat dan janganlah (pula) merendahkannya dan usahakan jalan tengah di antara kedua itu.” (Surah al-Isra’: 110) BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 13
  14. 14. SAMB.. Firman Allah SWT lagi: ُ‫ي‬ َ‫ْن‬‫ي‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ ‫وا‬ُ‫ر‬َ‫ذ‬ َ‫و‬ ۖ‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ب‬ ُ‫ه‬ ْ‫و‬ُ‫ع‬ْ‫د‬‫ا‬َ‫ف‬ ‫ى‬ٰ‫ن‬ْ‫س‬ُ‫ح‬ْ‫ال‬ ُ‫ء‬ۤ‫ا‬َ‫م‬ْ‫س‬َ ْ ‫اال‬ ِ ّٰ ِ ‫ّٰلل‬ َ‫و‬ َ‫ك‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫ن‬ ْ‫و‬ َ‫ز‬ْ‫ج‬ُ‫ي‬َ‫س‬ ۗ‫ه‬ِٕ‫ى‬ۤ‫ا‬َ‫م‬ْ‫س‬َ‫ا‬ ْْٓ‫ي‬ِ‫ف‬ َ‫ن‬ ْ‫ُو‬‫د‬ ِ‫ح‬ْ‫ل‬ ‫ا‬ ۖ َ‫ن‬ ْ‫و‬ُ‫ل‬َ‫م‬ْ‫ع‬َ‫ي‬ ‫ا‬ ْ‫و‬ُ‫ن‬ Maksud: “Dan Allah memiliki Asma'ul-husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya Asma'ul-husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalahartikan nama-nama-Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-A’raf: 180) BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 14
  15. 15. SAMB.. Firman Allah SWT lagi: ِ‫ْم‬‫ي‬ِ‫ظ‬َ‫ع‬ْ‫ال‬ َ‫ك‬ِِ‫ب‬ َ‫ر‬ ِ‫م‬ْ‫س‬‫ا‬ِ‫ب‬ ْ‫ح‬ِِ‫ب‬َ‫س‬َ‫ف‬ ࣖ Maksud: “Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Mahabesar.” (Surah al-Waqi’ah: 74) BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 15
  16. 16. SAMB..  Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, di mana Rasulullah SAW bersabda: َ‫ة‬َّ‫ن‬َ‫ج‬ْ‫ال‬ َ‫ل‬َ‫خ‬َ‫د‬ ‫َا‬‫ه‬‫ا‬َ‫ص‬ْ‫ح‬َ‫أ‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ ‫ًا‬‫د‬ ِ‫اح‬ َ‫و‬ ‫ال‬ِ‫إ‬ ً‫ة‬َ‫ئ‬‫ا‬ِ‫م‬ ‫ا‬ً‫م‬ْ‫س‬‫ا‬ َ‫ِين‬‫ع‬ْ‫س‬ِ‫ت‬ َ‫و‬ ً‫ة‬َ‫ع‬ْ‫س‬ِ‫ت‬ ِ َّ ِ ‫ّٰلل‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama, seratus kurang satu. Sesiapa yang menghitungnya, dia masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari (2736) dan Muslim (2677))  Namun begitu, hadis ini tidaklah memaksudkan bahawa nama Allah SWT terhad kepada 99 nama sahaja. Imam al-Nawawi menjelaskan: “Ulama bersepakat bahawa hadis ini tidak menunjukkan batasan jumlah nama- nama Allah. Tidaklah hadis ini bermaksud: Bahawa tiada nama lain selain daripada 99 nama ini. Sesungguhnya maksud hadis ini ialah jika seseorang melakukan ihsa’ (beriman, meyakini dan beramal) dengan 99 nama ini, maka dia akan masuk syurga.” (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, 9/39) BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 16
  17. 17. KESIMPULAN  Sebagai kesimpulan dapat dinyatakan bahawa sekiranya berfikir tentang Allah SWT itu merujuk kepada berfikir tentang zat Allah maka hal ini adalah dilarang. Namun sekiranya berfikir tentang Allah itu dengan cara melakukan zikrullah dan pembacaan al-Qur’an maka hal ini adalah dituntut dan disyariatkan.  Akhir kalam hendaklah kita berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kepada kita kefahaman yang baik dalam beragama. Ameen. BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 17
  18. 18. RUJUKAN • Abdul Aziz Omar Ahmad. (2009). Asas Akidah Islam. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn Bhd. • https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3766-al-kafi-1410-hukum- berfikir-tentang-allah BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 7 18

×