SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 14
MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM AS-SYAFEI
Al- Imam as- Syafei dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150 H bersamaan tahun 767 M, di satu
tempat bernama Ghuzzah, di wilayah Palestin tidak jauh dari Baitul Maqdis. Keturunan daripada
pihak ayahnya ialah Muhammad bin Idris bin al- Abbas bin Uthman bin Syafi’ bin Assib bin
Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Muttalib bin Abd Manaf. Beliau ialah seketurunan
dengan Nabi Muhammad kerana Abd Manaf , datuk ketiga kepada Nabi Muhammad menjadi
datuk kesembilan kepada Imam Syafei. Imam as-Syafei dikenali dengan panggilan Abu
Abdullah sejak kecil lagi,setelah menjadi ulama yang terkenal, maka beliau dikenali dengan
panggilan Imam as- Syafei. Beliau adalah antara imam mazhab yang keempat, iaitu pengasas
Mazhab Syafei. Imam as- Syafei meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan tahun 820
Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.
Kewibawaannya sebagai seorang guru yang berpengaruh terserlah ketika beliau masih kecil
lagi. Hal ini terbukti apabila beliau membacakan ayat- ayat suci al-Quran yang telah
memberikan kesan mendalam kepada pendengarnya sehingga semuanya dapat menghayati
maksud al- Quran dan disusuli dengan titisan air mata kesedaran. Antara kaedah pengajaran
yang telah dilakukan oleh Imam As-Syafie dalam pengajarannya adalah seperti berikut:
1) Secara kuliah
Semasa menetap di Makkah, pemusatan pengajarannya ialah di Masjidil Haram
(Muhammad Abu Zuhrah, 1367). Beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dan
dikelilingi oleh murid- muridnya. Masa ini merupakan saat- saat yang paling subur dalam
keilmuannya, di mana Imam as- Syafei menumpukan pemikiran dalam kuliahnya dan
bersama murid- muridnya mencari jalan pengeluaran hukum yang ganjil dan
membandingkan antara sumber perundangan yang pelbagai. Selama Sembilan tahun,
Imam as- Syafei menghabiskan masanya di Makkah bersama- sama para ilmuan yang
lain, membahas , mengajar, mengkaji di samping berusaha melahirkan satu intisari dari
beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang ditemui pada masa
itu.
Di Mesir , beliau juga mengajar di sebuah masjid bernama Masjid Amru bin Ash.
Kuliahnya bermula pada setiap hari dari pagi hingga tengah hari ( setelah selesai solat
subuh hingga waktu zohor). Setelah selesai solat zohor, baru lah beliau pulang ke
1
rumah bersama- sama dengan murid yang berdekatan dengan beliau, antaranya ialah al
–Muzani, al- Rabi’ dan Muhammad bin Abdullah.
2) Secara halaqah
Pengajaran beliau semasa di Baghdad berbentuk halaqah. Di sini, beliau mengajar di
sebuah masjid di sebelah barat kota Baghdad. Pada mulanya terdapat 20 halaqah
pengajian di masjid itu. Setelah kedatangan Imam as- Syafei, halaqah itu digabungkan
menjadi tiga sahaja dan halaqah yang lain bergabung ke dalam halaqah Imam as-
Syafei. Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri
daripada para ulama’, cerdik pandai dan para pegawai kerajaan.
3) Secara imlak
Cara ini diamalkan sewaktu beliau menyusun kitab Al- Umm. Pernah as- Syafei
mengimlakkan kepada murid- muridnya, dan sebahagian lagi ditulis oleh beliau sendiri.
Kadangkala dirombak pula oleh murid- muridnya apa yang ditulis oleh beliau, kemudian
dibacakan kepada beliau apa yang telah dirombak itu.
4) Secara bertukar- tukar fikiran
Kaedah ini dilakukan oleh Imam as- Syafei ketika berhadapan dengan para ulama
Baghdad, di mana beliau sering bertukar- tukar fikiran tentang masalah agama,
terutama dengan ahli fikah dari Mazhab Hanafi. Masalah- masalah agama yang
ditimbulkan oleh pembesar- pembesar Harun al- Rasyid (khalifah) pada masa itu, dapat
dijawab oleh Imam as- Syafei dengan penjelasan yang memuaskan.
5) Kaedah usuli
Cara ini digunakan beliau di Baghdad (Iraq) semasa kebanyakan para ilmuan
terpengaruh dengan Mazhab Hanafi. Tegasnya kaedah usuli adalah berlandaskan
sumber asal rujukan pengajarannya. Ini terbukti sebagaimana kata- kata al- Karabisi,
2
“Kami sebelum ini tidak mengenal istilah al- kitab, al- sunnah dan ijmak, sehinggalah
datangnya as- Syafei , beliaulah yang menerangkan maksud al- kitab, al- sunnah dan
ijmak”.
6) Secara membaca
Cara ini dilakukan oleh beliau dengan membaca kitab karangannya dalam khalayak
ramai. Menurut Ahmad Muhammad Shakir; as- Syafei telah mengarang beberapa buah
kitab, sebahagiannya pula beliau merencanakannya sahaja ( kepada para sahabatnya).
Melihat daripada model pengajaran Imam as- Syafei , secara keseluruhannya
memberikan kesan yang baik kepada para pelajarnya yang kemudiannya menjadi ulama
dan pemuda Islam pada masa itu. Antara yang terkenal ialah Imam Abu Tsaur, Al-
Muzani, Imam al- Rabi’, Imam al- Hassan bin Muhammad al-Za’farani dan sebagainya.
7) Cara perbincangan
Murid- murid Imam as- Syafei digalakkan supaya mengadakan perbincangan kerana
dalam sesuatu permasalahan yang ditimbulkan, mereka tidak dirantai atau dikekang
pendapat. Sifat taklid amat tidak digemari oleh Imam as- Syafei , justeru terdapat dalam
kalangan murid Imam Syafei yang tidak bertaklid buta kepada gurunya, bahkan ada
antara mereka yang tidak menyetujui sebahagian pendapat Imam as- Syafei. Contohnya
al-Muzani seorang alim bekas murid Imam Syafei yang terkenal sebagai orang yang
menghimpun dan menyusun kitab- kitab Imam as- Syafei akhirnya dikenali juga sebagai
“pembela Mazhab Syafei”.
Kesimpulannya, Imam as- Syafei merupakan model pengajaran yang perlu
dicontohi oleh semua golongan masyarakat, sama ada yang bergelar pendidik atau
murid. Daripada apa yang telah dibincangakn, jelas menunjukkan bahawa beliau
sentiasa bersungguh- sungguh semasa mencari ilmu pengetahuan atau memberikan
pengajaran. Kemiskinan tidak menghalang beliau untuk muncul sebagai penghafaz al-
Quran dan dapat menimba banyak ilmu pengetahuan, sama ada daripada setiap siri
3
pengembaraan dan pertemuan dengan ulama sehinggalah dikurniakan Allah menjadi
ahli dalam mengeluarkan hukum atau fatwa.
Kaedah beliau menyampaikan pengajaran melalui kuliah berbentuk halaqah
yang menganjurkan pertukaran pendapat dan perbincangan telah berjaya melahirkan
murid- muridnya sebagai ulama dan cendikiawan yang meneruskan jejak langkah
beliau. Imam as-Syafei juga Berjaya menghasilkan karya- karya yang bermutu tinggi
untuk diwarisi oleh umat Islam.
Kaedah pendidikan Imam as- Syafei telah meninggalkan pengaruh yang besar
dalam pendidikan tradisional di Malaysia, misalnya sistem pendidikan pondok,
pengajian- pengajian di masjid, surau- surau, sekolah- sekolah agama. Begitu juga mata
pelajaran yang diajarkan di institusi- institusi tersebut yang mengamalkan kitab Mazhab
Syafei.
MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM MALIK
Imam Malik dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah. Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas
bin AmAR AL- Asbahi’ bin Amru bin al- Haris bin Saad bin Auf bin ‘Adi bin Malik bin Yazid.
Daripada pihak ibunya ialah Al- Aliah binti Syarik bin Abdul Rahman. Beliau berasal daripada
keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat. Datuknya Abu Amir ialah
seorang sahabat Rasulullah yang telah banyak menyumbangkan tenaganya menjadi tentera
Islam dalam peperangan melawan kaum kafir, kecuali peperangan Badar. Beliau meninggal
dunia pada tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera
dan seorang puteri. Antara kaedah pengajaran yang telah dilakukan oleh Imam Malik dalam
pengajarannya adalah seperti berikut:
1) Kaedah syarahan
Kaedah syarahan atau kuliah merupakan kaedah yang paling banyak digunakan oleh
Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran. Majlis kuliah beliau di adakan di Masjid
Madinah dan di rumah beliau sendiri. Dalam majlis tersebut, Imam Malik seorang sahaja
yang menyampaikan ucapan dan syarahan sementara orang lain mendengar dengan
penuh perhatian. Tidak ada sedikit pun suara yang mengganggu orang ramai dalam
mendengar kuliah beliau. Begitu juga tidak ada suara yang membantah atau
4
seumpamanya. Para pendengar tunduk dan tenang mendengar pengajaran yang
disampaikan beliau. Imam Malik mula menyampaikan kuliah atau syarahan sejak
berusia 17 tahun lagi. Beliau tidak mengajar melainkan setelah mendapat pengakuan
daripada 70 orang gurunya.
2) Kaedah menyelesaikan masalah
Kaedah menyelesaikan masalah juga digunakan oleh Imam Malik khususnya dalam
perkara yang berkaitan dengan hukum. Setiap masalah yang tidak dapat diselesaikan
oleh murid- muridnya akan dirujuk kepada Imam Malik. Sepanjang hidup Imam Malik,
beliau banyak dihujani dengan bermacam- macam masalah yang berkaitan dengan
hukum. Masalah yang dikemukakan oleh beliau bukan sahaja datang daripada
penduduk sekitar Madinah, malahan dari wilayah- wilayah yang jauh.
Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, Imam Malik tidak suka kepada masalah
andaian atau khayalan yakni masalah yang direka- reka dan tidak pernah berlaku.
Beliau hanya akan menyelesaikan masalah yang benar- benar berlaku dalam
masyarakat atau masalah yang waq’I sahaja. Imam Malik amat berhati – hati dalam
menyampaikan jawapan kepada masalah yang dikemukakan. Beliau tidak akan
menjawab sebelum memikir dan mengkaji dengan mendalam.
3) Kaedah perbincangan
Dalam menyampaikan pengajaran, Imam Malik juga menggunakan kaedah
perbincangan. Seperti yang diketahui, murid- murid Imam Malik bukan sahaja terdiri
daripada orang kebanyakan. Ulama yang sudah terkenal pun datang menghadiri majlis
Imam Malik. Kesempatan ini digunakan oleh Imam Malik untuk berbincang dengan
mereka tentang masalah yang dikemukakan oleh murid yang lain. Kaedah perbincangan
ini juga digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran beliau kepada
pemerintah. Beliau selalu mengadakan perbincangan dengan khalifah Abbasiyah,
antaranya ialah al- Mansur tentang talak orang yang dipaksa.
5
4) Kaedah cerita
Pengajaran secara cerita kadangkala digunakan oleh Imam Malik. Kebanyakan cerita
yang disampaikan adalah bertujuan mendidik manusia. Ia juga banyak mengandungi
nilai dan teladan untuk diikuti. Imam Malik membawa contoh pekerjaan yang baik yang
dikerjakan oleh orang terdahulu seperti Sayidina Umar al- Khattab. Beliau berharap
supaya khalifah mengikut jejak langkah Umar. Beliau menambah kata: “ Sesungguhnya
khalifah tidak berpeluang atau mampu mengikuti sepenuhnya, tetapi hendaklah
sekurang- kurangnya menuju ke satu hala agar rakyat berpuas hati dengan cara itu
sekalipun ini tidak sama dengan taraf Khalifah Umar al- Khattab” (Dr. Ahmad
Shurbasyi,1978).
5) Kaedah penulisan
Bidang penulisan merupakan satu lagi kaedah yang digunakan oleh Imam Malik dalam
pengajaran beliau. Ada dua bidang penulisan yang digunakan oleh Imam Malik iaitu
penulisan kitab dan surat. Kitab karangan Imam Malik yang masyhur ialah kitab al-
Muwatta, kitab ini dianggap sebagai kitab yang pertama menghimpunkan hadis Nabi
dan fikah sekali. Kitab ini disusun dalam bab- bab yang berdasarkan tajuk dan masalah
yang dibincangkan. Selain kitab al- Muwatta, ada lagi kitab lain yang dinisbahkan
kepada Imam Malik seperti kitab Al-Mudawwanah. Di samping penulisan kitab, beliau
juga menulis surat khusus kepada pihak berkuasa. Dalam surat tersebut banyak
pengajaran yang telah diterapkan oleh beliau.
6) Kaedah ulangan
Pengajaran secara ulangan atau tikrar juga digunakan oleh Imam Malik untuk
mengukuhkan kefahaman kepada murid- muridnya. Imam Malik meminta penulisnya
yang bernama Habib untuk menulis segala kandungan pelajaran yang disampaikan
beliau, kemudian membacakan semula pengajaran- pengajaran tersebut kepada orann
ramai. ( Munawwar Khalil, 1985).
6
7) Kaedah pergaulan
Pergaulan merupakan satu lagi kaedah yang diambil oleh Imam Malik. Beliau
menggunakan kaedah ini khususnya untuk mendekati para pemimpin bagi
menyampaikan pengajaran. Beliau juga sering bergaul dengan murid- muridnya. Imam
Malik pernah menjemput murid- muridnya datang ke rumah. Dengan pergaulan
seumpama ini, secara tidak langsung Imam Malik dapat menerapkan banyak perkara
yang baik sebagai panduan untuk mereka. ( Dr. Ahmad Shurbasyi, 1978).
8) Kaedah nasihat
Sepanjang hidup Imam Malik, beliau banyak memberikan nasihat kepada orang ramai,
sama ada golongan atasan yang terdiri daripada pemerintah, golongan ulama mahupun
orang kebanyakan. Antara nasihat beliau yang masyhur ialah urusan bidaah, taklid,
memilih guru dan yang seumpamanya (Munawwar Khalil, 1985).
Demikianlah antara kaedah- kaedah yang telah digunakan oleh Imam Malik
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Beliau tidak hanya menggunakan kaedah
yang tertentu sahaja, malahan mempelbagaikannya sesuai dengan keadaan. Langkah
ini adalah untuk menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, jelas kepada kita bahawa kepelbagaian kaedah dalam pengajaran
adalah amat penting.
MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM AHMAD BIN HANBAL
Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan di Bandar Baghdad, pada bulan Rabiulawal tahun 164
Hijrah, iaitu setelah ibunya berpindah darai Bandar Murva tempat tinggal ayahnya. Nama penuh
beliau ialah Abu Abdullah bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdullah
bin Hayyain bin Abdullah bin Anas, digelar al- Mururi, kemudian al- Baghdadi. Keturunan Ibnu
Hanbal bertemu dengan keturunan Rasulullah pada Mazin bin Mu’ad bin Adnan (Dr. Ahmad
Syurbasyi, 1995).
7
Setelah beliau menjadi ulama yang terkenal dengan penyelidikan dalam masalah hukum-
hukum Islam, beliau terkenal dengan panggilan Imam Hanbal. Beliau ialah pengasas Mazhab
Hanbali. Semasa hidupnya beliau merupakan seorang ahli sunnah yang terbesar, soleh dan
zuhud. Sesetengah ulama menganggap beliau ialah Mujaddid bagi abad ke-3 Hijrah. Al- Imam
Ahmad meninggal dunia pada tahun 241 Hijrah bersamaan dengan tahun 855 Masihi ketika
berusia 77 tahun.
Imam Hanbal telah menggunakan teknik- teknik berikut dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya:
1) Pengajaran
Pengajaran Imam Ahmad dalam pendekatan perseorangan dapat dibuktikan daripada
suasana majlis ilmu yang dikendalikan olehnya seperti yang dinyatakan dalam buku “
Pokok Pengajaran Imam- Imam Mazhab hal.269. Antaranya berbunyi; “ Imam Ahmad di
dalam pengajarannya, adakalanya meriwayatkan hadis dan adakalanya memberikan
fatwa”. Hal ini jelas membuktikan bahawa tradisi pengambilan hadis akan melalui proses
penghafalan antara pengambil dengan periwayat, ini sudah semestinya mengambil
pendekatan perseorangan.
2) Pengajaran berkumpulan
Manakala dalam pendekatan pengajaran berkumpulan, Imam Ahmad telah
menggunakannya dalam pengajaran di masjid. Pengajaran ini amat sesuai dengan
suasana masjid yang terbuka. Jika masjid boleh menampung jumlah murid yang ramai,
maka pendekatan pengajaran berkumpulan amat sesuai. Ini dikenali sebagai kelas
umum atau terbuka.
3) Teknik bercerita
Teknik bercerita untuk mengajar merupakan satu teknik yang telah lama digunakan.
Teknik yang sama juga digunakan oleh Imam Ahmad. Teknik bercerita mudah menarik
minat seseorang, dapat menumpukan perhatian mereka dan pembelajaran dapat
berjalan dengan baik. Dengan itu, pembelajaran dalam keadaan yang ideal
penerimaannya akan menjadi lebih kekal. Hal ini dapat dijelaskan semasa Imam Ahmad
menyampaikan hadis, beliau akan menceritakan tentang rawi- rawinya satu persatu
8
sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini amat penting dalam pengajaran hadis
kerana sifat- sifat perawinya dari segi amalan mereka, thiqah, kuat ingatan dan lain- lain
lagi akan menentukan kesahihan sesuatu hadis.
4) Bersyarah
Bersyarah bukan sahaja sekadar membaca, tetapi memberikan interpretasi dan
menghuraikan idea- idea supaya murid dapat memahaminya. Teknik ini juga digunakan
oleh guru- guru yang masyhur, termasuk nabi- nabi dan golongan bijak pandai. Teknik
yang sama juga digunakan oleh Imam Ahmad dalam pengajarannya. Hal ini dapat
dibuktikan dalam buku ‘Pokok Pegangan Imam- Imam Mazhab dalam Membina Hukum’
halaman 268 yang membentangkan kaedah pengajaran Imam Ahmad yang dilakukan di
masjid. Pengajaran oleh Imam Ahmad di masjid sudah pasti dalam bentuk kelas
terbuka. Imam Ahmad menggunakan teknik bersyarah atau proses satu hala.
5) Perbincangan
Perbincangan merupakan satu teknik pengajaran yang berlaku antara murid dengan
penyeliaan guru. Teknik ini digunakan oleh Imam Ahmad dalam pengajarannya. Dalam
merumuskan sesuatu pendapat dalam bidang fekah, Imam Ahmad lebih gemar
mengadakan perbincangan kerana beliau menyedari bahawa dalam memahami ilmu
fikah antara satu tempat dengan tempat yang lain amat berbeza, mengikut kesesuaian
masa, tempat dan keadaan. Oleh itu terdapat pada masa itu Fiqh Pasri, Fiqh Kufi, Syami
dan lain- lain lagi.
6) Hafalan dan latih tubi
Dalam buku ‘Pokok Pegangan Imam- Imam Mazhab dalam Membina Hukum’, halaman
269 menyatakan; “ Imam Ahmad ini di majlisnya adakala meriwayatkan hadis”. Petikan
ini membuktikan bahawa teknik hafalan dan latih tubi merupakan satu keperluan dalam
pengajaran Imam Ahmad dalam meriwayatkan hadis. Hafalan bermaksud hafalan
secara rasional melibatkan fahaman bermakna tentang prinsip- prinsip yang diperlukan
termasuk sepatah demi sepatah. Antara ciri hafalan adalah:
- Memikirkan
- Mengulang
- Menyebut
9
- Mengingat semua ciri ini amat penting dalam proses penyampaian hadis di mana
latih tubi dilakukan sebagai pengulangan fakta- fakta atau kecekapan daripada
bentuk hadis yang dirawikan.
Inilah antara pendekatan Imam Ahmad dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.
Hal ini juga membuktikan bahawa Imam Ahmad merupakan seorang model dalam pendidikan
yang begitu peka semasa pengajaran. Imam Ahmad menggunakan pengajaran dan
pembelajaran yang menepati pendekatan, kaedah dan teknik mengikut kesesuaian masa. Oleh
sebab tokoh- tokoh Islam tidak ditonjolkan secara berkesan, maka penglibatan mereka dalam
bidang pendidikan dirasakan amat sedikit. Sedangkan dalam keadaan sebenarnya, tokoh-
tokoh Islam seperti Imam Ahmad merupakan model dalam pendidikan, di mana keadaan dan
teknik pengajaran mereka adalah tepat untuk dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada zaman moden ini.
MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM ABU HANIFAH
Abu Hanifah dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bersamaan tahun 660 Masihi. Nama asal Abu
Hanifah ialah Annu’man. Beliau berketurunan Farsi ( Kabul- Afghanistan) yang kemudiannya
berpindah ke Kota Kufah. Beliau digelar Abu Hanifah kerana beliau sentiasa bersama tinta
untuk mencatat ilmu pengetahuan yang dipelajarinya. Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada
tahun 150 Hijrah bersamaan tahun 767 Masihi dalam penjara ketika berusia 70 tahun dan
dikebumikan di Baghdad. Beliau adalah pengasas Mazhab Hanafi.
Dalam menyampaikan pengajaran, banyak kaedah yang digunakan beliau bergantung kepada
keadaan atau situasi pembelajaran serta keadaan persekitaran. Antara kaedah pengajaran
yang telah dilakukan oleh Imam Abu Hanifah dalam pengajarannya adalah seperti berikut:
1) Kaedah mujadalah
Cara dan kaedah ini banyak digunakan ketika beliau berdepan dengan anak- anak
muridnya yang dewasa. Beliau sama sekali tidak membenarkan mereka bertaklid sahaja
sebaliknya dididik berfahaman merdeka. Mereka bebas berfikir untuk turut memecahkan
persoalan- persoalan dan dibenarkan membantah pengajaran atau pendapat Imam Abu
Hanifah yang dianggap bertentangan dengan wahyu Allah dan hadis nabi yang disertai
dengan akal yang bersih dari segala bentuk pengaruh.
2) Kaedah menyelesaikan masalah
10
Kaedah ini banyak digunakan oleh beliau ketika berhadapan dengan golongan
pembesar, ketua- ketua jabatan dan orang yang datang menemui beliau dengan
membawa beberapa masalah atau persoalan untuk diselesaikan. Seringkali timbul
masalah- masalah baru yang tidak menemui hukum atau keputusan berdasarkan al-
Quran dan hadis Berjaya diselesaikan oleh beliau berdasarkan ijtihadnya. Imam Abu
Hanifah merupakan seorang yang bijak menyelesaikan masalah yang rumit bagi orang
lain untuk menyelesaikannya.
3) Kaedah nasihat
Kaedah lain yang sering digunakan oleh beliau ialah kaedah memberikan ajaran dalam
bentuk nasihat secara langsung kepada anak- anak muridnya, sama ada yang berkaitan
dengan keagamaan, adat kekeluargaan, adab bergaul dan sebagainya. Contohnya
nasihat yang telah diberikan beliau kepada beberapa orang anak muridnya seperti Abu
Yusof Yaacob bin Ibrahim, Al- Qadhi dan rakan- rakannya. Nasihat tersebut dianggap
nasihat yang luar biasa. Beliau telah membawa satu perlembagaan yang aneh tentang
cara berbudi bahasa terhadap raja- raja dan juga orang ramai. Beliau menunjukkan
kepada anak- anak muridnya jalan bagi mendapat taufik dan kejayaan dalam bidang
ilmu pengetahuan dan pengajaran.
4) Kaedah contoh teladan yang baik
Kaedah ini merupakan satu cara tidak langsung semasa beliau menyampaikan ajaran
kepada anak muridnya. Beliau banyak menunjukkan contoh, sikap, tindakan serta tutur
kata yang baik, yang daapt dilihat dan dicontohi oleh murid- muridnya. Secara tidak
langsung, beliau mendidik murid- muridnya melalui contoh teladan yang baik yang
ditunjukkan beliau kepada umum. Contohnya beliau telah menunjukkan satu ajaran
melalui sikapnya yang tidak menyukai atau tidak bekerjasama dalam hal rasuah,
ganjaran kebendaan dan sebagainya yang terlalu berbentuk keduniaan.
5) Kaedah syarahan atau ceramah
Kaedah ini merupakan satu kaedaah umum yang dilakukan oleh ramai tenaga pengajar.
Imam Abu Hanifah juga tidak terlepas dari menggunakan kaedah ini. Setiap hari pada
waktu yang telah ditentukan, orang ramai akan datang berduyun- duyun dari sekitar
Kota Kufah menuju ke masjid untuk mendengar pengajaran atau pengajian beliau
tentang soal- soal keagamaan dan sebagainya. Disebabkan bilangan pelajarnya yang
11
kian bertambah, Imam Abu Hanifah telah menjadikan masjid Kufah sebagai pusat
pengajiannya. Ramai anak muridnya yang datang dari dalam dan luar kota Kufah untuk
mendengar syarahan atau ceramah pengajiannya.
6) Kaedah tanrin atau latihan
Kaedah ini pernah digunakan oleh seorang guru beliau, kemudian beliau pula telah
menjadikannya sebagai satu cara pengajiannya. Cara yang dilakukan dalam kaedah ini
ialah guur menyediakan beberapa masalah atau persoalan untuk diselesaikan oleh anak
muridnya. Pada kebiasaannya, tiga soalan akan diberikan dalam sehari dan ia perlu
diselesaikan oleh murid, diingatkan serta dipelajari. Setelah pasti pelajarnya mendapat
pengajaran atau kefahaman daripada masalah tersebut, barulah beliau beralih pula
kepada masalah atau persoalan yang lain. Bagitulah yang dilakukan oleh Imam Abu
Hanifah dalam menyampaikan ilmu kepada sebahagian para pelajarnya.
Sebagai kesimpulan, kaedah pengajaran Imam Abu Hanifah pada
keseluruhannya menggunakan kaedah secara langsung. Iaitu berdepan dengan muridnya
secara lisan atau dalam suasana pembelajaran. Para pelajarnya berhimpun di masjid Kufah
dan beliau menyampaikan pengajarannya secara interaksi (lisan) seperti ceramah dan
bermuzakarah di samping nasihat kepada para pelajarnya. Beliau tidak menggunakan kaedah
penulisan. Lantaran itu tidak ditemui walau sebuah pun buku yang ditulis sendiri oleh beliau
pada zamannya. Sebaliknya, pandangan serta ajaran beliau telah dikumpulkan dan dibukukan
oleh murid- muridnya untuk dijadikan panduan dan rujukan umat Islam sejagat.
MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM AL- GHAZALI
Imam al- Ghazali dilahirkan di At- Tibran, Tus pada tahun 1058 Masihi. Bapanya bernama
Muhammad al- Ghazali yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing. Nama sebenarnya ialah
Abu Hamad Muhammad bin Ahmad al- Ghazali. Beliau digelar al- Ghazali bersempena dengan
gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing. Beliau berasal daripada
keluarga yang miskin. Bapanya mempunyai cita- cita yang tinggi, iaitu ingin melihat anaknya
menjadi seorang yang alim dan soleh. Al- Ghazali ialah seorang pemikir Islam yang ulung. Al-
Ghazali mempunyai banyak keistimewaan hinggakan dalam usia 34 tahun beliau telah dilantik
sebagai reactor Universiti Baghdad. Selepas itu, al- Ghazali mengembara mencari kebenaran
dan kedamaian selama 12 tahun sehingga berjaya mendapat kepuasan dalam ilmu sufi. Al-
12
Imam al- Ghazali meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah di Tus dan jenazahnya dikebumikan
di tempat kelahirannya.
Dalam menyampaikan pengajarannya, banyak kaedah yang digunakan oleh Imam al- Ghazali.
Antaranya ialah:
1) Kaedah perbandingan
Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk
membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka terhadap karya- karyanya.
Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al- Ghazali menerangkan perbezaan pendapat
dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak.
2) Kaedah halaqah
Kaedah ini terus menerus digunakan oleh yayasan- yayasan pendidikan dalam dunia
Islam. Semenjak bermulanya dakwah Islamiah, pelajar- pelajar mengelilingi gurunya
dalam separa bulatan untuk mendengar syarahannya. Al- Ghazali telah mendirikan
sebuah sekolah berhampiran dengan rumahnya untuk penuntut- penuntut ilmu dan
sebagai tempat persinggahan bagi golongan sufi. Maka, tidak dapat dielakkan, Imam al-
Ghazali juga melaksanakan kaedah halaqah di sekolah tersebut ketika menyampaikan
ilmu kepada penuntut- penuntutnya.
3) Kaedah petunjuk dan bimbingan
Imam al- Ghazali ialah seorang peneliti dan selalu mengadakan percubaan sebelum
memberikan pendapatnya. Pendapat- pendapat beliau diperah daripada kemurnian
hidup yang dihayatinya, dimensi- dimensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui
percubaan- percubaan yang telah dilakukan dan daripada beberapa kesulitan yang
dialami di dalam kehidupannya. Misalnya dalam menanamkan dasar- dasar agama
kepada anak- anak, Imam al- Ghazali memulakan dengan meniru, iaitu menunjuk cara,
diikuti dengan meyakini dan menguatkan dengan dalil- dalil, membaca ayat- ayat al-
Quran dan menerangkan kandungan serta maknanya (Fathiyyah Hassan Sulaiman,
1986).
4) Kaedah dialog dan perbincangan
Kaedah dialog ialah kaedah yang berdasarkan dialog, perbincangan melalui soal jawab
untuk sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan, dikritik dan dibantah lagi. Imam
13
al- Ghazali pernah menggunakan kaedah perbincangan dan dialog bagi mendalamkan
lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu pengetahuan (Abdullah Ishak, 1989). Kaedah
ini dapat mengasah otak dan memperkuatkan pendapat di samping kepercayaan
kepada diri sendiri dan berkemampuan untuk berbicara tanpa teks.
Kesimpulannya, Imam al- Ghazali meletakkan asas- asas sewajarnya digunakan
dalam kaedah pengajaran. Beliau melukiskan kaedah pendidikan agama dan budi
pekerja secara jelas yang berdasarkan langkah yang tegas lagi sesuai dengan falsafah
dan tujuan yang hendak dijangkau. Oleh itu, beliau berdiri sama tegak dengan filosofi-
filosofi pendidikan yang terpenting dalam menyusun suatu system pendidikan
terencana, sesuai dengan fikiran yang matang lagi konsisten dengan aliran falsafah
khusus seperti Plato, Rousseau dan lain- lain ( Fathiyyah Hassan Sulaiman, 1986).
Pendapat- pendapat Imam al- Ghazali diperah daripada keadaan kehidupannya
yang penuh dengan kemurnian, ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui percubaan-
percubaan yang dilakukan dari kesulitan- kesulitan yang menimpa hidupnya. Justeru,
tidak dapat disangkal bahawa semua kaedah pengajaran dan pembelajaran yang di
amalkan di seluruh dunia pada hakikatnya adalah berpunca daripada al- Quran dan as-
sunnah. Pelbagai kaedah tersebut bukan sahaja sesuai bagi menyampaikan ilmu- ilmu
keduniaan (fardhu kifayah).
14

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1ronita67
 
Rph bahasa arab kssr
Rph bahasa arab kssrRph bahasa arab kssr
Rph bahasa arab kssrSiti Khadijah
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahamira nurfahmida
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiShamsul Amir
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroAfifah Yusoff
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahChe' Wan Azhar Shariffudin
 

Was ist angesagt? (20)

Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
Rancangan pengajaran harian jawi tahun 1
 
Rph bahasa arab kssr
Rph bahasa arab kssrRph bahasa arab kssr
Rph bahasa arab kssr
 
Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawi
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
 

Andere mochten auch

60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)Mawar Pink
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahMaizatul Malik
 
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahKaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahNur Aliaa Mohd Ahwan
 
Biography Imam Syafi'i
Biography Imam Syafi'iBiography Imam Syafi'i
Biography Imam Syafi'iSyukran
 
Slide show imam syafie
Slide show imam syafieSlide show imam syafie
Slide show imam syafieseharummawar
 
Himpunan peta i think
Himpunan peta i thinkHimpunan peta i think
Himpunan peta i thinkRoiamah Basri
 

Andere mochten auch (8)

60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah
 
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahKaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Biography Imam Syafi'i
Biography Imam Syafi'iBiography Imam Syafi'i
Biography Imam Syafi'i
 
Slide show imam syafie
Slide show imam syafieSlide show imam syafie
Slide show imam syafie
 
Imam Syafie
Imam SyafieImam Syafie
Imam Syafie
 
Imam as syafie
Imam as syafie Imam as syafie
Imam as syafie
 
Himpunan peta i think
Himpunan peta i thinkHimpunan peta i think
Himpunan peta i think
 

Ähnlich wie Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab

Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Wan Anwar
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIFALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIAcu Atiq
 
Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Adibah Huda
 
[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarahcaturprasetyo11tgb1
 
Bab 3 pengaruh mazhab syafie dalam pendidikan
Bab 3 pengaruh mazhab syafie  dalam pendidikanBab 3 pengaruh mazhab syafie  dalam pendidikan
Bab 3 pengaruh mazhab syafie dalam pendidikanwmkfirdaus
 
13.9.2012 imam malik
13.9.2012   imam malik13.9.2012   imam malik
13.9.2012 imam malikAngah Rahim
 
IMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALIMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALkkqsmkta
 
Ketokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam HanafiKetokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam HanafiAZURAROSLAN
 
Imamas syafieppt-121102081830-phpapp01
Imamas syafieppt-121102081830-phpapp01Imamas syafieppt-121102081830-phpapp01
Imamas syafieppt-121102081830-phpapp01iffah_najwa46
 
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malikKaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan maliknormizan
 
Sejarah lengkap 2014
Sejarah lengkap 2014Sejarah lengkap 2014
Sejarah lengkap 2014Truffle Lu'lu
 
Abu al a'la
Abu al a'laAbu al a'la
Abu al a'laZaim Nur
 

Ähnlich wie Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab (20)

Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIFALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
 
Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Folio pqs form 4
Folio pqs form 4
 
[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah
 
Bab 3 pengaruh mazhab syafie dalam pendidikan
Bab 3 pengaruh mazhab syafie  dalam pendidikanBab 3 pengaruh mazhab syafie  dalam pendidikan
Bab 3 pengaruh mazhab syafie dalam pendidikan
 
13.9.2012 imam malik
13.9.2012   imam malik13.9.2012   imam malik
13.9.2012 imam malik
 
IMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALIMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBAL
 
TOKOH .pptx
TOKOH .pptxTOKOH .pptx
TOKOH .pptx
 
Imam 'Asim
Imam 'AsimImam 'Asim
Imam 'Asim
 
Hamka(1)
Hamka(1)Hamka(1)
Hamka(1)
 
Ketokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam HanafiKetokohan Imam Hanafi
Ketokohan Imam Hanafi
 
Hamka (1)
Hamka (1)Hamka (1)
Hamka (1)
 
Imamas syafieppt-121102081830-phpapp01
Imamas syafieppt-121102081830-phpapp01Imamas syafieppt-121102081830-phpapp01
Imamas syafieppt-121102081830-phpapp01
 
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malikKaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
 
5.muhammad abdul wahab
5.muhammad abdul wahab5.muhammad abdul wahab
5.muhammad abdul wahab
 
Imam al ghazali
Imam al ghazaliImam al ghazali
Imam al ghazali
 
Sejarah lengkap 2014
Sejarah lengkap 2014Sejarah lengkap 2014
Sejarah lengkap 2014
 
Hamka permata nusantara
Hamka permata nusantaraHamka permata nusantara
Hamka permata nusantara
 
Imam syafi’e
Imam syafi’eImam syafi’e
Imam syafi’e
 
Abu al a'la
Abu al a'laAbu al a'la
Abu al a'la
 

Kürzlich hochgeladen

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 

Kürzlich hochgeladen (12)

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 

Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab

  • 1. MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM AS-SYAFEI Al- Imam as- Syafei dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150 H bersamaan tahun 767 M, di satu tempat bernama Ghuzzah, di wilayah Palestin tidak jauh dari Baitul Maqdis. Keturunan daripada pihak ayahnya ialah Muhammad bin Idris bin al- Abbas bin Uthman bin Syafi’ bin Assib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Muttalib bin Abd Manaf. Beliau ialah seketurunan dengan Nabi Muhammad kerana Abd Manaf , datuk ketiga kepada Nabi Muhammad menjadi datuk kesembilan kepada Imam Syafei. Imam as-Syafei dikenali dengan panggilan Abu Abdullah sejak kecil lagi,setelah menjadi ulama yang terkenal, maka beliau dikenali dengan panggilan Imam as- Syafei. Beliau adalah antara imam mazhab yang keempat, iaitu pengasas Mazhab Syafei. Imam as- Syafei meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan tahun 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir. Kewibawaannya sebagai seorang guru yang berpengaruh terserlah ketika beliau masih kecil lagi. Hal ini terbukti apabila beliau membacakan ayat- ayat suci al-Quran yang telah memberikan kesan mendalam kepada pendengarnya sehingga semuanya dapat menghayati maksud al- Quran dan disusuli dengan titisan air mata kesedaran. Antara kaedah pengajaran yang telah dilakukan oleh Imam As-Syafie dalam pengajarannya adalah seperti berikut: 1) Secara kuliah Semasa menetap di Makkah, pemusatan pengajarannya ialah di Masjidil Haram (Muhammad Abu Zuhrah, 1367). Beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dan dikelilingi oleh murid- muridnya. Masa ini merupakan saat- saat yang paling subur dalam keilmuannya, di mana Imam as- Syafei menumpukan pemikiran dalam kuliahnya dan bersama murid- muridnya mencari jalan pengeluaran hukum yang ganjil dan membandingkan antara sumber perundangan yang pelbagai. Selama Sembilan tahun, Imam as- Syafei menghabiskan masanya di Makkah bersama- sama para ilmuan yang lain, membahas , mengajar, mengkaji di samping berusaha melahirkan satu intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang ditemui pada masa itu. Di Mesir , beliau juga mengajar di sebuah masjid bernama Masjid Amru bin Ash. Kuliahnya bermula pada setiap hari dari pagi hingga tengah hari ( setelah selesai solat subuh hingga waktu zohor). Setelah selesai solat zohor, baru lah beliau pulang ke 1
  • 2. rumah bersama- sama dengan murid yang berdekatan dengan beliau, antaranya ialah al –Muzani, al- Rabi’ dan Muhammad bin Abdullah. 2) Secara halaqah Pengajaran beliau semasa di Baghdad berbentuk halaqah. Di sini, beliau mengajar di sebuah masjid di sebelah barat kota Baghdad. Pada mulanya terdapat 20 halaqah pengajian di masjid itu. Setelah kedatangan Imam as- Syafei, halaqah itu digabungkan menjadi tiga sahaja dan halaqah yang lain bergabung ke dalam halaqah Imam as- Syafei. Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada para ulama’, cerdik pandai dan para pegawai kerajaan. 3) Secara imlak Cara ini diamalkan sewaktu beliau menyusun kitab Al- Umm. Pernah as- Syafei mengimlakkan kepada murid- muridnya, dan sebahagian lagi ditulis oleh beliau sendiri. Kadangkala dirombak pula oleh murid- muridnya apa yang ditulis oleh beliau, kemudian dibacakan kepada beliau apa yang telah dirombak itu. 4) Secara bertukar- tukar fikiran Kaedah ini dilakukan oleh Imam as- Syafei ketika berhadapan dengan para ulama Baghdad, di mana beliau sering bertukar- tukar fikiran tentang masalah agama, terutama dengan ahli fikah dari Mazhab Hanafi. Masalah- masalah agama yang ditimbulkan oleh pembesar- pembesar Harun al- Rasyid (khalifah) pada masa itu, dapat dijawab oleh Imam as- Syafei dengan penjelasan yang memuaskan. 5) Kaedah usuli Cara ini digunakan beliau di Baghdad (Iraq) semasa kebanyakan para ilmuan terpengaruh dengan Mazhab Hanafi. Tegasnya kaedah usuli adalah berlandaskan sumber asal rujukan pengajarannya. Ini terbukti sebagaimana kata- kata al- Karabisi, 2
  • 3. “Kami sebelum ini tidak mengenal istilah al- kitab, al- sunnah dan ijmak, sehinggalah datangnya as- Syafei , beliaulah yang menerangkan maksud al- kitab, al- sunnah dan ijmak”. 6) Secara membaca Cara ini dilakukan oleh beliau dengan membaca kitab karangannya dalam khalayak ramai. Menurut Ahmad Muhammad Shakir; as- Syafei telah mengarang beberapa buah kitab, sebahagiannya pula beliau merencanakannya sahaja ( kepada para sahabatnya). Melihat daripada model pengajaran Imam as- Syafei , secara keseluruhannya memberikan kesan yang baik kepada para pelajarnya yang kemudiannya menjadi ulama dan pemuda Islam pada masa itu. Antara yang terkenal ialah Imam Abu Tsaur, Al- Muzani, Imam al- Rabi’, Imam al- Hassan bin Muhammad al-Za’farani dan sebagainya. 7) Cara perbincangan Murid- murid Imam as- Syafei digalakkan supaya mengadakan perbincangan kerana dalam sesuatu permasalahan yang ditimbulkan, mereka tidak dirantai atau dikekang pendapat. Sifat taklid amat tidak digemari oleh Imam as- Syafei , justeru terdapat dalam kalangan murid Imam Syafei yang tidak bertaklid buta kepada gurunya, bahkan ada antara mereka yang tidak menyetujui sebahagian pendapat Imam as- Syafei. Contohnya al-Muzani seorang alim bekas murid Imam Syafei yang terkenal sebagai orang yang menghimpun dan menyusun kitab- kitab Imam as- Syafei akhirnya dikenali juga sebagai “pembela Mazhab Syafei”. Kesimpulannya, Imam as- Syafei merupakan model pengajaran yang perlu dicontohi oleh semua golongan masyarakat, sama ada yang bergelar pendidik atau murid. Daripada apa yang telah dibincangakn, jelas menunjukkan bahawa beliau sentiasa bersungguh- sungguh semasa mencari ilmu pengetahuan atau memberikan pengajaran. Kemiskinan tidak menghalang beliau untuk muncul sebagai penghafaz al- Quran dan dapat menimba banyak ilmu pengetahuan, sama ada daripada setiap siri 3
  • 4. pengembaraan dan pertemuan dengan ulama sehinggalah dikurniakan Allah menjadi ahli dalam mengeluarkan hukum atau fatwa. Kaedah beliau menyampaikan pengajaran melalui kuliah berbentuk halaqah yang menganjurkan pertukaran pendapat dan perbincangan telah berjaya melahirkan murid- muridnya sebagai ulama dan cendikiawan yang meneruskan jejak langkah beliau. Imam as-Syafei juga Berjaya menghasilkan karya- karya yang bermutu tinggi untuk diwarisi oleh umat Islam. Kaedah pendidikan Imam as- Syafei telah meninggalkan pengaruh yang besar dalam pendidikan tradisional di Malaysia, misalnya sistem pendidikan pondok, pengajian- pengajian di masjid, surau- surau, sekolah- sekolah agama. Begitu juga mata pelajaran yang diajarkan di institusi- institusi tersebut yang mengamalkan kitab Mazhab Syafei. MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM MALIK Imam Malik dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah. Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin AmAR AL- Asbahi’ bin Amru bin al- Haris bin Saad bin Auf bin ‘Adi bin Malik bin Yazid. Daripada pihak ibunya ialah Al- Aliah binti Syarik bin Abdul Rahman. Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat. Datuknya Abu Amir ialah seorang sahabat Rasulullah yang telah banyak menyumbangkan tenaganya menjadi tentera Islam dalam peperangan melawan kaum kafir, kecuali peperangan Badar. Beliau meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri. Antara kaedah pengajaran yang telah dilakukan oleh Imam Malik dalam pengajarannya adalah seperti berikut: 1) Kaedah syarahan Kaedah syarahan atau kuliah merupakan kaedah yang paling banyak digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran. Majlis kuliah beliau di adakan di Masjid Madinah dan di rumah beliau sendiri. Dalam majlis tersebut, Imam Malik seorang sahaja yang menyampaikan ucapan dan syarahan sementara orang lain mendengar dengan penuh perhatian. Tidak ada sedikit pun suara yang mengganggu orang ramai dalam mendengar kuliah beliau. Begitu juga tidak ada suara yang membantah atau 4
  • 5. seumpamanya. Para pendengar tunduk dan tenang mendengar pengajaran yang disampaikan beliau. Imam Malik mula menyampaikan kuliah atau syarahan sejak berusia 17 tahun lagi. Beliau tidak mengajar melainkan setelah mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya. 2) Kaedah menyelesaikan masalah Kaedah menyelesaikan masalah juga digunakan oleh Imam Malik khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan hukum. Setiap masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh murid- muridnya akan dirujuk kepada Imam Malik. Sepanjang hidup Imam Malik, beliau banyak dihujani dengan bermacam- macam masalah yang berkaitan dengan hukum. Masalah yang dikemukakan oleh beliau bukan sahaja datang daripada penduduk sekitar Madinah, malahan dari wilayah- wilayah yang jauh. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, Imam Malik tidak suka kepada masalah andaian atau khayalan yakni masalah yang direka- reka dan tidak pernah berlaku. Beliau hanya akan menyelesaikan masalah yang benar- benar berlaku dalam masyarakat atau masalah yang waq’I sahaja. Imam Malik amat berhati – hati dalam menyampaikan jawapan kepada masalah yang dikemukakan. Beliau tidak akan menjawab sebelum memikir dan mengkaji dengan mendalam. 3) Kaedah perbincangan Dalam menyampaikan pengajaran, Imam Malik juga menggunakan kaedah perbincangan. Seperti yang diketahui, murid- murid Imam Malik bukan sahaja terdiri daripada orang kebanyakan. Ulama yang sudah terkenal pun datang menghadiri majlis Imam Malik. Kesempatan ini digunakan oleh Imam Malik untuk berbincang dengan mereka tentang masalah yang dikemukakan oleh murid yang lain. Kaedah perbincangan ini juga digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran beliau kepada pemerintah. Beliau selalu mengadakan perbincangan dengan khalifah Abbasiyah, antaranya ialah al- Mansur tentang talak orang yang dipaksa. 5
  • 6. 4) Kaedah cerita Pengajaran secara cerita kadangkala digunakan oleh Imam Malik. Kebanyakan cerita yang disampaikan adalah bertujuan mendidik manusia. Ia juga banyak mengandungi nilai dan teladan untuk diikuti. Imam Malik membawa contoh pekerjaan yang baik yang dikerjakan oleh orang terdahulu seperti Sayidina Umar al- Khattab. Beliau berharap supaya khalifah mengikut jejak langkah Umar. Beliau menambah kata: “ Sesungguhnya khalifah tidak berpeluang atau mampu mengikuti sepenuhnya, tetapi hendaklah sekurang- kurangnya menuju ke satu hala agar rakyat berpuas hati dengan cara itu sekalipun ini tidak sama dengan taraf Khalifah Umar al- Khattab” (Dr. Ahmad Shurbasyi,1978). 5) Kaedah penulisan Bidang penulisan merupakan satu lagi kaedah yang digunakan oleh Imam Malik dalam pengajaran beliau. Ada dua bidang penulisan yang digunakan oleh Imam Malik iaitu penulisan kitab dan surat. Kitab karangan Imam Malik yang masyhur ialah kitab al- Muwatta, kitab ini dianggap sebagai kitab yang pertama menghimpunkan hadis Nabi dan fikah sekali. Kitab ini disusun dalam bab- bab yang berdasarkan tajuk dan masalah yang dibincangkan. Selain kitab al- Muwatta, ada lagi kitab lain yang dinisbahkan kepada Imam Malik seperti kitab Al-Mudawwanah. Di samping penulisan kitab, beliau juga menulis surat khusus kepada pihak berkuasa. Dalam surat tersebut banyak pengajaran yang telah diterapkan oleh beliau. 6) Kaedah ulangan Pengajaran secara ulangan atau tikrar juga digunakan oleh Imam Malik untuk mengukuhkan kefahaman kepada murid- muridnya. Imam Malik meminta penulisnya yang bernama Habib untuk menulis segala kandungan pelajaran yang disampaikan beliau, kemudian membacakan semula pengajaran- pengajaran tersebut kepada orann ramai. ( Munawwar Khalil, 1985). 6
  • 7. 7) Kaedah pergaulan Pergaulan merupakan satu lagi kaedah yang diambil oleh Imam Malik. Beliau menggunakan kaedah ini khususnya untuk mendekati para pemimpin bagi menyampaikan pengajaran. Beliau juga sering bergaul dengan murid- muridnya. Imam Malik pernah menjemput murid- muridnya datang ke rumah. Dengan pergaulan seumpama ini, secara tidak langsung Imam Malik dapat menerapkan banyak perkara yang baik sebagai panduan untuk mereka. ( Dr. Ahmad Shurbasyi, 1978). 8) Kaedah nasihat Sepanjang hidup Imam Malik, beliau banyak memberikan nasihat kepada orang ramai, sama ada golongan atasan yang terdiri daripada pemerintah, golongan ulama mahupun orang kebanyakan. Antara nasihat beliau yang masyhur ialah urusan bidaah, taklid, memilih guru dan yang seumpamanya (Munawwar Khalil, 1985). Demikianlah antara kaedah- kaedah yang telah digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Beliau tidak hanya menggunakan kaedah yang tertentu sahaja, malahan mempelbagaikannya sesuai dengan keadaan. Langkah ini adalah untuk menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, jelas kepada kita bahawa kepelbagaian kaedah dalam pengajaran adalah amat penting. MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM AHMAD BIN HANBAL Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan di Bandar Baghdad, pada bulan Rabiulawal tahun 164 Hijrah, iaitu setelah ibunya berpindah darai Bandar Murva tempat tinggal ayahnya. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdullah bin Hayyain bin Abdullah bin Anas, digelar al- Mururi, kemudian al- Baghdadi. Keturunan Ibnu Hanbal bertemu dengan keturunan Rasulullah pada Mazin bin Mu’ad bin Adnan (Dr. Ahmad Syurbasyi, 1995). 7
  • 8. Setelah beliau menjadi ulama yang terkenal dengan penyelidikan dalam masalah hukum- hukum Islam, beliau terkenal dengan panggilan Imam Hanbal. Beliau ialah pengasas Mazhab Hanbali. Semasa hidupnya beliau merupakan seorang ahli sunnah yang terbesar, soleh dan zuhud. Sesetengah ulama menganggap beliau ialah Mujaddid bagi abad ke-3 Hijrah. Al- Imam Ahmad meninggal dunia pada tahun 241 Hijrah bersamaan dengan tahun 855 Masihi ketika berusia 77 tahun. Imam Hanbal telah menggunakan teknik- teknik berikut dalam proses pengajaran dan pembelajarannya: 1) Pengajaran Pengajaran Imam Ahmad dalam pendekatan perseorangan dapat dibuktikan daripada suasana majlis ilmu yang dikendalikan olehnya seperti yang dinyatakan dalam buku “ Pokok Pengajaran Imam- Imam Mazhab hal.269. Antaranya berbunyi; “ Imam Ahmad di dalam pengajarannya, adakalanya meriwayatkan hadis dan adakalanya memberikan fatwa”. Hal ini jelas membuktikan bahawa tradisi pengambilan hadis akan melalui proses penghafalan antara pengambil dengan periwayat, ini sudah semestinya mengambil pendekatan perseorangan. 2) Pengajaran berkumpulan Manakala dalam pendekatan pengajaran berkumpulan, Imam Ahmad telah menggunakannya dalam pengajaran di masjid. Pengajaran ini amat sesuai dengan suasana masjid yang terbuka. Jika masjid boleh menampung jumlah murid yang ramai, maka pendekatan pengajaran berkumpulan amat sesuai. Ini dikenali sebagai kelas umum atau terbuka. 3) Teknik bercerita Teknik bercerita untuk mengajar merupakan satu teknik yang telah lama digunakan. Teknik yang sama juga digunakan oleh Imam Ahmad. Teknik bercerita mudah menarik minat seseorang, dapat menumpukan perhatian mereka dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Dengan itu, pembelajaran dalam keadaan yang ideal penerimaannya akan menjadi lebih kekal. Hal ini dapat dijelaskan semasa Imam Ahmad menyampaikan hadis, beliau akan menceritakan tentang rawi- rawinya satu persatu 8
  • 9. sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini amat penting dalam pengajaran hadis kerana sifat- sifat perawinya dari segi amalan mereka, thiqah, kuat ingatan dan lain- lain lagi akan menentukan kesahihan sesuatu hadis. 4) Bersyarah Bersyarah bukan sahaja sekadar membaca, tetapi memberikan interpretasi dan menghuraikan idea- idea supaya murid dapat memahaminya. Teknik ini juga digunakan oleh guru- guru yang masyhur, termasuk nabi- nabi dan golongan bijak pandai. Teknik yang sama juga digunakan oleh Imam Ahmad dalam pengajarannya. Hal ini dapat dibuktikan dalam buku ‘Pokok Pegangan Imam- Imam Mazhab dalam Membina Hukum’ halaman 268 yang membentangkan kaedah pengajaran Imam Ahmad yang dilakukan di masjid. Pengajaran oleh Imam Ahmad di masjid sudah pasti dalam bentuk kelas terbuka. Imam Ahmad menggunakan teknik bersyarah atau proses satu hala. 5) Perbincangan Perbincangan merupakan satu teknik pengajaran yang berlaku antara murid dengan penyeliaan guru. Teknik ini digunakan oleh Imam Ahmad dalam pengajarannya. Dalam merumuskan sesuatu pendapat dalam bidang fekah, Imam Ahmad lebih gemar mengadakan perbincangan kerana beliau menyedari bahawa dalam memahami ilmu fikah antara satu tempat dengan tempat yang lain amat berbeza, mengikut kesesuaian masa, tempat dan keadaan. Oleh itu terdapat pada masa itu Fiqh Pasri, Fiqh Kufi, Syami dan lain- lain lagi. 6) Hafalan dan latih tubi Dalam buku ‘Pokok Pegangan Imam- Imam Mazhab dalam Membina Hukum’, halaman 269 menyatakan; “ Imam Ahmad ini di majlisnya adakala meriwayatkan hadis”. Petikan ini membuktikan bahawa teknik hafalan dan latih tubi merupakan satu keperluan dalam pengajaran Imam Ahmad dalam meriwayatkan hadis. Hafalan bermaksud hafalan secara rasional melibatkan fahaman bermakna tentang prinsip- prinsip yang diperlukan termasuk sepatah demi sepatah. Antara ciri hafalan adalah: - Memikirkan - Mengulang - Menyebut 9
  • 10. - Mengingat semua ciri ini amat penting dalam proses penyampaian hadis di mana latih tubi dilakukan sebagai pengulangan fakta- fakta atau kecekapan daripada bentuk hadis yang dirawikan. Inilah antara pendekatan Imam Ahmad dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Hal ini juga membuktikan bahawa Imam Ahmad merupakan seorang model dalam pendidikan yang begitu peka semasa pengajaran. Imam Ahmad menggunakan pengajaran dan pembelajaran yang menepati pendekatan, kaedah dan teknik mengikut kesesuaian masa. Oleh sebab tokoh- tokoh Islam tidak ditonjolkan secara berkesan, maka penglibatan mereka dalam bidang pendidikan dirasakan amat sedikit. Sedangkan dalam keadaan sebenarnya, tokoh- tokoh Islam seperti Imam Ahmad merupakan model dalam pendidikan, di mana keadaan dan teknik pengajaran mereka adalah tepat untuk dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada zaman moden ini. MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM ABU HANIFAH Abu Hanifah dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bersamaan tahun 660 Masihi. Nama asal Abu Hanifah ialah Annu’man. Beliau berketurunan Farsi ( Kabul- Afghanistan) yang kemudiannya berpindah ke Kota Kufah. Beliau digelar Abu Hanifah kerana beliau sentiasa bersama tinta untuk mencatat ilmu pengetahuan yang dipelajarinya. Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah bersamaan tahun 767 Masihi dalam penjara ketika berusia 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad. Beliau adalah pengasas Mazhab Hanafi. Dalam menyampaikan pengajaran, banyak kaedah yang digunakan beliau bergantung kepada keadaan atau situasi pembelajaran serta keadaan persekitaran. Antara kaedah pengajaran yang telah dilakukan oleh Imam Abu Hanifah dalam pengajarannya adalah seperti berikut: 1) Kaedah mujadalah Cara dan kaedah ini banyak digunakan ketika beliau berdepan dengan anak- anak muridnya yang dewasa. Beliau sama sekali tidak membenarkan mereka bertaklid sahaja sebaliknya dididik berfahaman merdeka. Mereka bebas berfikir untuk turut memecahkan persoalan- persoalan dan dibenarkan membantah pengajaran atau pendapat Imam Abu Hanifah yang dianggap bertentangan dengan wahyu Allah dan hadis nabi yang disertai dengan akal yang bersih dari segala bentuk pengaruh. 2) Kaedah menyelesaikan masalah 10
  • 11. Kaedah ini banyak digunakan oleh beliau ketika berhadapan dengan golongan pembesar, ketua- ketua jabatan dan orang yang datang menemui beliau dengan membawa beberapa masalah atau persoalan untuk diselesaikan. Seringkali timbul masalah- masalah baru yang tidak menemui hukum atau keputusan berdasarkan al- Quran dan hadis Berjaya diselesaikan oleh beliau berdasarkan ijtihadnya. Imam Abu Hanifah merupakan seorang yang bijak menyelesaikan masalah yang rumit bagi orang lain untuk menyelesaikannya. 3) Kaedah nasihat Kaedah lain yang sering digunakan oleh beliau ialah kaedah memberikan ajaran dalam bentuk nasihat secara langsung kepada anak- anak muridnya, sama ada yang berkaitan dengan keagamaan, adat kekeluargaan, adab bergaul dan sebagainya. Contohnya nasihat yang telah diberikan beliau kepada beberapa orang anak muridnya seperti Abu Yusof Yaacob bin Ibrahim, Al- Qadhi dan rakan- rakannya. Nasihat tersebut dianggap nasihat yang luar biasa. Beliau telah membawa satu perlembagaan yang aneh tentang cara berbudi bahasa terhadap raja- raja dan juga orang ramai. Beliau menunjukkan kepada anak- anak muridnya jalan bagi mendapat taufik dan kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan dan pengajaran. 4) Kaedah contoh teladan yang baik Kaedah ini merupakan satu cara tidak langsung semasa beliau menyampaikan ajaran kepada anak muridnya. Beliau banyak menunjukkan contoh, sikap, tindakan serta tutur kata yang baik, yang daapt dilihat dan dicontohi oleh murid- muridnya. Secara tidak langsung, beliau mendidik murid- muridnya melalui contoh teladan yang baik yang ditunjukkan beliau kepada umum. Contohnya beliau telah menunjukkan satu ajaran melalui sikapnya yang tidak menyukai atau tidak bekerjasama dalam hal rasuah, ganjaran kebendaan dan sebagainya yang terlalu berbentuk keduniaan. 5) Kaedah syarahan atau ceramah Kaedah ini merupakan satu kaedaah umum yang dilakukan oleh ramai tenaga pengajar. Imam Abu Hanifah juga tidak terlepas dari menggunakan kaedah ini. Setiap hari pada waktu yang telah ditentukan, orang ramai akan datang berduyun- duyun dari sekitar Kota Kufah menuju ke masjid untuk mendengar pengajaran atau pengajian beliau tentang soal- soal keagamaan dan sebagainya. Disebabkan bilangan pelajarnya yang 11
  • 12. kian bertambah, Imam Abu Hanifah telah menjadikan masjid Kufah sebagai pusat pengajiannya. Ramai anak muridnya yang datang dari dalam dan luar kota Kufah untuk mendengar syarahan atau ceramah pengajiannya. 6) Kaedah tanrin atau latihan Kaedah ini pernah digunakan oleh seorang guru beliau, kemudian beliau pula telah menjadikannya sebagai satu cara pengajiannya. Cara yang dilakukan dalam kaedah ini ialah guur menyediakan beberapa masalah atau persoalan untuk diselesaikan oleh anak muridnya. Pada kebiasaannya, tiga soalan akan diberikan dalam sehari dan ia perlu diselesaikan oleh murid, diingatkan serta dipelajari. Setelah pasti pelajarnya mendapat pengajaran atau kefahaman daripada masalah tersebut, barulah beliau beralih pula kepada masalah atau persoalan yang lain. Bagitulah yang dilakukan oleh Imam Abu Hanifah dalam menyampaikan ilmu kepada sebahagian para pelajarnya. Sebagai kesimpulan, kaedah pengajaran Imam Abu Hanifah pada keseluruhannya menggunakan kaedah secara langsung. Iaitu berdepan dengan muridnya secara lisan atau dalam suasana pembelajaran. Para pelajarnya berhimpun di masjid Kufah dan beliau menyampaikan pengajarannya secara interaksi (lisan) seperti ceramah dan bermuzakarah di samping nasihat kepada para pelajarnya. Beliau tidak menggunakan kaedah penulisan. Lantaran itu tidak ditemui walau sebuah pun buku yang ditulis sendiri oleh beliau pada zamannya. Sebaliknya, pandangan serta ajaran beliau telah dikumpulkan dan dibukukan oleh murid- muridnya untuk dijadikan panduan dan rujukan umat Islam sejagat. MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM AL- GHAZALI Imam al- Ghazali dilahirkan di At- Tibran, Tus pada tahun 1058 Masihi. Bapanya bernama Muhammad al- Ghazali yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing. Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Ahmad al- Ghazali. Beliau digelar al- Ghazali bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing. Beliau berasal daripada keluarga yang miskin. Bapanya mempunyai cita- cita yang tinggi, iaitu ingin melihat anaknya menjadi seorang yang alim dan soleh. Al- Ghazali ialah seorang pemikir Islam yang ulung. Al- Ghazali mempunyai banyak keistimewaan hinggakan dalam usia 34 tahun beliau telah dilantik sebagai reactor Universiti Baghdad. Selepas itu, al- Ghazali mengembara mencari kebenaran dan kedamaian selama 12 tahun sehingga berjaya mendapat kepuasan dalam ilmu sufi. Al- 12
  • 13. Imam al- Ghazali meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya. Dalam menyampaikan pengajarannya, banyak kaedah yang digunakan oleh Imam al- Ghazali. Antaranya ialah: 1) Kaedah perbandingan Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka terhadap karya- karyanya. Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al- Ghazali menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak. 2) Kaedah halaqah Kaedah ini terus menerus digunakan oleh yayasan- yayasan pendidikan dalam dunia Islam. Semenjak bermulanya dakwah Islamiah, pelajar- pelajar mengelilingi gurunya dalam separa bulatan untuk mendengar syarahannya. Al- Ghazali telah mendirikan sebuah sekolah berhampiran dengan rumahnya untuk penuntut- penuntut ilmu dan sebagai tempat persinggahan bagi golongan sufi. Maka, tidak dapat dielakkan, Imam al- Ghazali juga melaksanakan kaedah halaqah di sekolah tersebut ketika menyampaikan ilmu kepada penuntut- penuntutnya. 3) Kaedah petunjuk dan bimbingan Imam al- Ghazali ialah seorang peneliti dan selalu mengadakan percubaan sebelum memberikan pendapatnya. Pendapat- pendapat beliau diperah daripada kemurnian hidup yang dihayatinya, dimensi- dimensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui percubaan- percubaan yang telah dilakukan dan daripada beberapa kesulitan yang dialami di dalam kehidupannya. Misalnya dalam menanamkan dasar- dasar agama kepada anak- anak, Imam al- Ghazali memulakan dengan meniru, iaitu menunjuk cara, diikuti dengan meyakini dan menguatkan dengan dalil- dalil, membaca ayat- ayat al- Quran dan menerangkan kandungan serta maknanya (Fathiyyah Hassan Sulaiman, 1986). 4) Kaedah dialog dan perbincangan Kaedah dialog ialah kaedah yang berdasarkan dialog, perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan, dikritik dan dibantah lagi. Imam 13
  • 14. al- Ghazali pernah menggunakan kaedah perbincangan dan dialog bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu pengetahuan (Abdullah Ishak, 1989). Kaedah ini dapat mengasah otak dan memperkuatkan pendapat di samping kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan untuk berbicara tanpa teks. Kesimpulannya, Imam al- Ghazali meletakkan asas- asas sewajarnya digunakan dalam kaedah pengajaran. Beliau melukiskan kaedah pendidikan agama dan budi pekerja secara jelas yang berdasarkan langkah yang tegas lagi sesuai dengan falsafah dan tujuan yang hendak dijangkau. Oleh itu, beliau berdiri sama tegak dengan filosofi- filosofi pendidikan yang terpenting dalam menyusun suatu system pendidikan terencana, sesuai dengan fikiran yang matang lagi konsisten dengan aliran falsafah khusus seperti Plato, Rousseau dan lain- lain ( Fathiyyah Hassan Sulaiman, 1986). Pendapat- pendapat Imam al- Ghazali diperah daripada keadaan kehidupannya yang penuh dengan kemurnian, ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui percubaan- percubaan yang dilakukan dari kesulitan- kesulitan yang menimpa hidupnya. Justeru, tidak dapat disangkal bahawa semua kaedah pengajaran dan pembelajaran yang di amalkan di seluruh dunia pada hakikatnya adalah berpunca daripada al- Quran dan as- sunnah. Pelbagai kaedah tersebut bukan sahaja sesuai bagi menyampaikan ilmu- ilmu keduniaan (fardhu kifayah). 14