Ketika tinggal sendirian di rumah, saya mendengar suara minta tolong dari rumah jiran. Rumah itu sedang terbakar. Saya cepat-cepat memanggil bomba untuk memadamkan api sebelum merebak ke rumah saya.
1. Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu bapa saya
pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.
Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya
segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap berkepul-kepul keluar dari
rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.
Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang
menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke
rumah saya.
Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit kemudian,
anggota bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat
dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran
tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa,
kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang.
Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah
nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di
situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.
Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut
sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam,
lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri.
Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut nenek, datuk
menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa
yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu
adalah datukku sendiri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil. Saya membuat
persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi.
Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan saya. Ini kerana
dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan saya.
Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai bahawa seorang anak
kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya sedar kemiskinan bukanlah penghalang
untuk seseorang itu mencapai kejayaan.
Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada adik-adik saya. Saya berjanji akan
belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain.