SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 39
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Panduan Penggunaan Pusat
Akses Sekolah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
ISI KANDUNGAN
Perkara muka surat
Kata Pengantar 4
Prakata 5
1. Pengenalan 0
2. Matlamat 1
3. Objektif 1
4. Pengurusan dan Pentadbiran 1
5. Susun Atur dan Peralatan 8
6. Waktu Operasi 8
7. Pengguna 9
8. Cadangan Aktiviti 9
9. Keselamatan 10
10. Cadangan Peraturan 13
11. Pengurusan Penyenggaraan 14
Akronim 16
Penyumbang 17
Penilai 18
Senarai Lampiran
Lampiran 1 - Susun Atur Pusat Akses Sekolah
Lampiran 2 – Contoh Rekod Penggunaan Pusat Aks es Sekolah
Lampiran 3 – Pekeliling
a) Garis Panduan Mengenai Tatacara
Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di
Agensi-agensi Kerajaan (Pekeliling Kemajuan
Perkhidmatan Am Bil. 1/2003)
b) Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2000)
c) Penyelarasan Waktu Mengjar Bagi Guru
Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan
dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat
Sumber Sekolah) (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.3/2005)
Lampiran 4 – Soalan-soalan Lazim Pusat Akses Sekolah
Kata Pengantar
Selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat di negara
ini, kerajaan berhasrat membestarikan semua sekolah di seluruh
negara melalui program Pembestarian Sekolah. Pelaksanaan Pusat
Akses Sekolah merupakan satu dari pelbagai inisiatif Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang
mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Pada masa ini
ramai pelajar dilihat amat berminat dan cenderung dengan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Kecenderungan ini harus dipupuk
dengan penyediaan kemudahan dan akses kepada pengisian ICT
agar selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai
pelajar yang mahir dalam bidang ICT bagi menghadapi persaingan di
peringkat global.
Pusat Akses Sekolah berfungsi sebagai pemangkin pembudayaan ICT
di sekolah. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan
bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri dan
mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Penggunaan Pusat
Akses Sekolah yang berkesan diharapkan meningkatkan kemahiran
ICT murid untuk tujuan pembelajaran.
Akhirnya, saya berharap melalui Pelaksanaan Pusat Akses, sekolah
dapat membantu merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk melahirkan insan yang berkemahiran dan berilmu
yang mampu memenuhi wawasan negara.
Kementeria Pelajaran Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan
buku Panduan Penggunaan Pusat Akses Sekolah ini. Kita sedia
maklum, objektif utama buku ini adalah untuk memberi satu garis
panduan kepada semua sekolah bagi memantapkan pengurusan dan
penggunaan Pusat Akses Sekolah. Semoga usaha murni ini memberi
manfaat kepada semua warga sekolah, warga pendidikan dan
komuniti keseluruhannya.
Dato’ Dr Haji Ahamad bin Sipon
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Prakata
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan
kemudahan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk
menghasilkan Panduan Penggunaan Pusat Akses ini. Saya juga ingin
mengucapkan tahniah kepada Sektor Perancangan Dasar dan
Pengurusan Kualiti, BTP yang telah berjaya menghasilkan buku ini
bersama dengan pegawai-pegawai Bahagian Kementerian Pelajaran
Malaysia, Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan wakil-wakil sekolah.
Pusat Akses dilaksanakan di sekolah-sekolah untuk meningkatkan
kemahiran murid dalam mencapai maklumat. Selain itu, murid boleh
meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT untuk
proses pembelajaran.
Tujuan utama buku ini ialah untuk menyeragamkan pelaksanaan dan
penggunaan Pusat Akses di sekolah seluruh negara. Penggunaan
Pusat Akses yang teratur diharap dapat membolehkan murid
melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, akses kendiri dan terarah
kendiri dengan lebih berkesan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat
menghulurkan bantuan tenaga dan masa untuk melahirkan buku
panduan ini. Adalah diharapkan dengan adanya buku panduan ini,
penggunaan Pusat Akses di sekolah menjadi lebih tersusun dan
bermakna.
Dato’ Haji Yusoff bin Harun
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
1. Pengenalan
1.1 Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep
ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada
pembelajaran. Ia merupakan satu ruang
pembelajaran yang disediakan bagi
membolehkan murid membuat pembelajaran
kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan
memilih sumber pembelajaran secara sendiri
mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan
akses kendiri.
1.2 Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk
sokongan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah
khasnya murid mendapatkan maklumat dan
berkomunikasi melalui penggunaan teknologi
maklumat.
1.3 Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah
boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh
menggunakan kemudahan Pusat Akses
Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru
bertindak sebagai pemudah cara dengan
membuat pemantauan dari semasa ke
semasa.
1.4 Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya
pembelajaran murid yang pelbagai dan
mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah
pembentukan masyarakat celik maklumat dan
berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang
hayat.
0
2. Matlamat
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
2.1 Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2.2 Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
2.3 Meningkatkan masa penggunaan (contact
hours) komputer oleh murid
3. Objektif
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
3.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam
mencapai maklumat.
3.2 Membolehkan murid melaksanakan
pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan
akses kendiri dengan lebih berkesan.
3.3 Meningkatkan penggunaan dan penguasaan
kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.
4. Pengurusan dan Pentadbiran
4.1 Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana
hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat
Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini
ialah:
1
4.1.1 Merancang, merangka dan
melaksanakan dasar penubuhan
Pusat Akses Sekolah.
4.1.2 Memantau pelaksanaan program dan
aktiviti yang berkaitan dengan Pusat
Akses Sekolah.
4.1.3 Memastikan semua aspek
keselamatan Pusat Akses Sekolah
diutamakan.
4.1.4 Membuat perancangan peruntukan
kewangan berikut untuk dikemukakan
kepada Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) bagi dimasukkan dalam
Anggaran Belanja Mengurus (ABM):
Kos bahan habis guna
Kos penyenggaraan peralatan
Kos bekalan elektrik
Kos penggantian alat
4.1.5 Memastikan setiap laporan yang
berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran Pusat Akses Sekolah
dikemukakan kepada pihak yang
berkenaan.
4.2 Cadangan carta organisasi Jawatankuasa
Pusat Akses Sekolah:
2
PENASIHAT
Pengetua / Guru Besar
PENGERUSI
Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1)
SETIAUSAHA
Guru Perpustakaan dan Media
4.3 Cadangan bidang tugas Jawatankuasa Pusat
Akses Sekolah:
a) Penasihat
i) Menggubal dan melaksanakan dasar
penggunaan Pusat Akses Sekolah di
peringkat sekolah.
AJK
Ketua-Ketua Bidang / Panitia
PENOLONG SETIAUSAHA
Guru Penyelaras ICT
Pengawas Pusat Sumber/Pengawas Pusat Akses/Briged ICT
(mengikut keperluan sekolah)
3
ii) Memastikan perancangan dan
pelaksanaan program/aktiviti
berjalan dengan lancar.
iii) Memantau pelaksanaan aktiviti
Pusat Akses Sekolah dari semasa
ke semasa.
b) Pengerusi
i) Merangka dan merancang
pelaksanaan aktiviti Pusat Akses
Sekolah sepanjang tahun.
ii) Memastikan dasar penggunaan
Pusat Akses Sekolah di peringkat
sekolah dipatuhi.
iii) Memastikan pelaksanaan aktiviti
Pusat Akses Sekolah berjalan
dengan lancar.
iv) Memantau penggunaan dan
keberkesanan Pusat Akses Sekolah.
v) Merancang atau mewujudkan
Jawatankuasa Kerja, jika perlu, bagi
tujuan melaksanakan program
/aktiviti yang dirancangkan.
c) Setiausaha
i) Melaksanakan dasar penggunaan
Pusat Akses Sekolah di peringkat
sekolah.
4
ii) Mengurus setiakan mesyuarat
Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah
secara berkala.
iii) Menyediakan keperluan peruntukan
kewangan.
iv) Menguruskan inventori dan
pendaftaran harta modal Pusat
Akses Sekolah dan menyerahkan
kepada Unit ICT PPD/PPG (Pejabat
Pelajaran Gabungan) dan sesalinan
kepada Unit Maklumat Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) untuk tujuan
penyenggaraan.
v) Merekod dan melaporkan sebarang
kerosakan peralatan dan rangkaian
kepada:
• Syarikat pembekal peralatan
(dalam tempoh jaminan)
• Jabatan Pelajaran Negeri
(selepas tempoh jaminan)
• Meja Bantuan GITN (1-300-88-
2888) bagi semua masalah
berkaitan talian SchoolNet
vi) Menentukan waktu penggunaan
Pusat Akses Sekolah.
vii) Memastikan Pusat Akses Sekolah
digunakan dengan berkesan.
5
viii) Mendapatkan khidmat bantu
penggunaan daripada Pusat Sumber
Pendidikan Negeri (PSPN) atau
Pusat Kegiatan Guru (PKG).
ix) Memastikan keselamatan fizikal,
sistem dan peralatan.
x) Melatih Pengawas Pusat Sumber
Sekolah/Pengawas Pusat Akses/
Briged ICT, jika ada.
d) Penolong Setiausaha
i) Menyediakan jadual bertugas untuk
mengawasi penggunaan Pusat
Akses Sekolah.
ii) Menyediakan peraturan penggunaan
Pusat Akses Sekolah
iii) Memastikan penggunaan Pusat
Akses Sekolah direkodkan. Buku
log penggunaan dan pergerakan
kunci Pusat Akses Sekolah perlu
disediakan. Contoh maklumat bagi
buku log penggunaan adalah seperti
di Lampiran 2.
iv) Memastikan aktiviti Pusat Akses
Sekolah berjalan dengan lancar.
v) Memantau keberkesanan aktiviti
Pusat Akses Sekolah.
vi) Menyediakan laporan penggunaan
secara berkala.
6
vii) Melaporkan sebarang kerosakan
peralatan dan rangkaian kepada
Setiausaha untuk tindakan
selanjutnya.
e) Ahli Jawatankuasa
i) Melaksanakan program/aktiviti yang
telah dirancangkan.
ii) Memastikan semua peraturan
penggunaan dipatuhi.
iii) Memastikan peralatan dan rangkaian
sentiasa berada dalam keadaan
baik.
iv) Menyediakan maklumat laman web
atau portal pendidikan (URL) untuk
rujukan.
v) Kawal selia penggunaan dan
keceriaan Pusat Akses Sekolah.
vi) Membimbing dan melatih pengguna
Pusat Akses Sekolah.
f) Pengawas Pusat Sumber Sekolah/
Pengawas Pusat Akses/Briged ICT
memainkan peranan membantu
Jawatakuasa menguruskan Pusat Akses
Sekolah.
7
5. Susun Atur dan Peralatan
5.1 Ditempatkan di satu lokasi sahaja dan
bersesuaian dengan ruang yang terdapat di
sekolah. Keluasan minima bagi pusat akses
adalah 22.5 m2
(satu bay). Sila rujuk cadangan
susun atur seperti di Lampiran 1.
5.2 Sekolah akan menerima 10 buah komputer,
satu switch 24 port, satu pencetak, dan
perabot.
5.3 Peralatan tersebut dirangkaikan dengan
rangkaian setempat dan dihubungkan dengan
talian SchoolNet.
5.4 Perisian yang dibekalkan bersama dalam
setiap komputer ini termasuk Sistem
Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan
anti-virus.
5.5 Switch hub dan router SchoolNet hendaklah
sentiada dalam keadaan baik bagi memastikan
capaian Internet tidak terganggu.
6. Waktu Operasi
6.1 Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa
seperti berikut:
• semasa waktu persekolahan
• selepas waktu persekolahan
6.2 Digalakkan beroperasi pada hujung minggu
dan cuti sekolah dengan syarat ada
8
pengawasan oleh Jawatankuasa Pusat Akses
Sekolah yang boleh menjamin keselamatan
peralatan dan boleh memantau penggunaan.
7. Pengguna
7.1 Keutamaan penggunaan diberikan kepada
murid.
7.2 Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru,
dan staf sokongan juga boleh menggunakan
kemudahan Pusat Akses Sekolah.
8. Cadangan Aktiviti
8.1 Murid boleh menggunakan Pusat Akses
Sekolah ini untuk:
i) Mencari maklumat daripada Internet untuk
pembelajaran.
ii) Mengakses sumber maklumat seperti
buku-buku, bahan bercetak atau bahan
digital yang berkaitan (e-Learning).
iii) Menyediakan tugasan dan slaid
persembahan berkaitan dengan
pembelajaran.
iv) Berkomunikasi dengan guru dan murid
lain melalui e-mel.
v) Berkolaborasi dengan murid lain.
9
9. Keselamatan
9.1 Pihak sekolah perlu mengambil berat aspek-
aspek keselamatan seperti kemudahan
infrastruktur, kemudahan fizikal, perkakasan,
rangkaian, perisian dan aplikasi.
9.2 Keselamatan Bekalan Elektrik
i) Bekalan elektrik hendaklah 3 fasa dan
boleh menampung penggunaan
perkakasan.
ii) Keupayaan minima bekalan elektrik dari
generator mestilah 30 kvA.
iii) Kedudukan pendawaian dan punca kuasa
elektrik mesti memenuhi piawaian
Jabatan Kerja Raya (JKR).
9.3 Keselamatan Fizikal dan Perkakasan
i) Saiz ruang yang sesuai (22.5 m2
) dan ke
atas
ii) Lokasi yang strategik dan selamat
iii) Alat keselamatan yang perlu diberi
perhatian:
a. Sistem penggera
b. Jeriji besi
c. Alat pemadam api
10
d. Sistem peredaran udara
e. Perangkap kilat
iv) Peraturan dan garis panduan
penggunaan mestilah disediakan dan
dipaparkan di dalam Pusat Akses.
v) Pengawasan dan laporan keselamatan
perlu dilakukan secara berkala.
vi) Kawal selia kemudahan fizikal dan
perkakasan secara berkala.
vii) Buku log untuk merekod pergerakan kunci
Pusat Akses Sekolah.
viii) Buku log untuk penggunaan Pusat Akses
Sekolah. Contoh maklumat adalah seperti
di Lampiran 2.
ix) Setiap kunci, peralatan, network point dan
kabel mesti dilabelkan.
9.4 Keselamatan Sistem Rangkaian
i) Susun atur mengikut spesifikasi dan
piawaian pengkabelan Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM).
ii) Semua komputer mesti dirangkaikan dan
boleh mengakses Internet.
iii) Aras kebenaran pengguna (Access Right)
mesti dihadkan untuk mengelakkan
daripada membuat pengubahsuaian
konfigurasi komputer.
11
9.5 Keselamatan Perisian dan Aplikasi
i) patches untuk sistem pengoperasian yang
terkini.
ii) Perisian anti-virus yang terkini.
iii) Menggunakan perisian yang berlesen.
iv) Manual instalasi mudah diperolehi.
9.6 Keselamatan Mengakses Internet
i) Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun
2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis
Panduan Mengenai Tatacara
Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik
Di Agensi-Agensi Kerajaan (boleh dimuat
turun daripada http://www.mampu.gov.my
/mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm)
9.7 Keselamatan Penyimpanan Bahan
i) Pengguna TIDAK DIBENARKAN
menyimpan bahan di cakera keras
komputer di Pusat Akses Sekolah.
ii) Sentiasa menyelenggara ruang cakera
keras komputer (housekeeping) untuk
menjamin pengoperasian komputer
sentiasa ditahap optimum dan stabil.
12
10. Cadangan Peraturan
10.1 Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti
mematuhi peraturan bagi menjamin
keselamatan diri dan peralatan komputer.
Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah:
i) Dilarang membawa beg, makanan atau
minuman ke dalam Pusat Akses
Sekolah.
ii) Dilarang membawa masuk sebarang
cakera perisian milik persendirian
kecuali dengan kebenaran guru
bertugas.
iii) Dilarang membawa keluar sebarang
perkakasan atau perisian komputer
daripada Pusat Akses Sekolah.
iv) Dilarang sama sekali mengusik
sebarang pendawaian atau sambungan
kabel yang terdapat di belakang
komputer.
v) Dilarang memasukkan sebarang
perisian luar dan mengubah konfigurasi
komputer.
vi) Dilarang menyimpan semua hasil kerja
dalam cakera keras komputer.
vii) Pengguna hendaklah merekod
penggunaan komputer dalam buku log.
13
10.2 Beberapa peraturan lain yang berkaitan
terserah kepada budi bicara Jawatankuasa
Pusat Akses Sekolah.
11. Pengurusan Penyenggaraan
11.1 Dalam Tempoh Jaminan
a) Pihak sekolah perlu mengambil maklum
bahawa jangka masa jaminan, terma
dan syarat jaminan terdapat di dalam
perjanjian.
b) Merekod dan melaporkan sebarang
masalah kerosakan yang dihadapi terus
kepada pembekal peralatan ICT yang
berkenaan
c) Satu salinan laporan masalah
hendaklah dihantar kepada:
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pesiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
Tel: 03-20987788
Faks: 03-20923763
e-mel: pcb@moe.edu.my
11.2 Tamat Tempoh Jaminan (tertakluk kepada
pindaan atau arahan semasa)
14
a) Penyelenggaraan akan diuruskan di
bawah kontrak berpusat Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM).
Penyelenggaraan kontrak berpusat ini
merangkumi tiga (3) aspek, iaitu:
• Tagging
• Penyenggaraan Pencegahan
• Penyenggaraan Pemulihan
b) Sebarang kerosakan hendaklah direkod
dan dilaporkan kepada Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN).
c) Satu salinan laporan masalah
hendaklah dihantar kepada:
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pesiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
Tel: 03-20987788
Faks: 03-20923763
e-mel: pcb@moe.edu.my
15
Akronim
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
BTP Bahagian Teknologi Pendidikan
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
PPD Pejabat Pelajaran Daerah
PSPN Pusat Sumber Pendidikan Negeri
PKG Pusat Kegiatan Guru
PPG Pejabat Pelajaran Gabungan
TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi
ICT Information Technology and Communication
JKR Jabatan Kerja Raya
Penyumbang
1) Zamzuri bin Abdullah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
2) Khairul Azmin bin Othman
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3) Yusni Afindi bin Lukman
Bahagian Sekolah
4) Zakaria bin Mahsan
Jemaah Nazir Sekolah
5) Fadzilah binti Ariffin
Bahagian Teknologi Pendidikan
6) Zaleha binti Mustapha
Bahagian Teknologi Pendidikan
7) Zaidi bin Kassim
Bahagian Teknologi Pendidikan
8) Rohana binti Abd Rahman
Bahagian Teknologi Pendidikan
9) Lim Siew Ngen
Bahagian Teknologi Pendidikan
10) Moktar bin Wahid
Bahagian Teknologi Pendidikan
11) Samsuri bin Abdullah
Bahagian Teknologi Pendidikan
12) Mohd Shaharudin Abd Hamid
Bahagian Teknologi Pendidikan
13) Yap Ley Har
Bahagian Teknologi Pendidikan
14) Rahmat bin Md Nor
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka
15) Tn. Hj. Abd Rahman bin Giman
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor
16) Johari bin Jaafar
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan
17) Osman bin Shaari
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah
Penilai
1) Tan Hock Thiam (Guru Besar)
SJK (C) Tun Tan Cheng Lock, Selangor
2) Nor Kamisah binti Abdul Latif (AJK ICT)
SK Sentul 1, Kuala Lumpur
3) Yesumary a/p John Selliah (Guru Media)
SJK (T) Tun Sambanthan, Selangor
4) Nizad Bakti bin Mohd Asuar (Guru ICT)
SMK Seri Sentosa, Kuala Lumpur
5) Siti Salwa binti Hj Arshad (Guru Penasihat Perpustakaan)
SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
6) Marzila binti Mohamed (Guru Penyelaras Bestari)
SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
LAMPIRAN
Lampiran 1
SUSUN ATUR
PUSAT AKSES SEKOLAH
Susun atur Model ’1 Bay’
Susun atur Model Bilik Darjah
Susun atur Model ’Island’
Lampiran 2
CONTOH REKOD PENGGUNAAN
PUSAT AKSES SEKOLAH
Lampiran 2
CONTOH REKOD PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH
Masa Penggunaan
Bil Tarikh Nama Kelas No.PC Tujuan Penggunaan Masa Masuk Masa Keluar Tandatangan Catatan
Lampiran 3
SURAT PEKELILING
Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Am Bil. 1/2003
Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet
dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2000
Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/
Teknologi Maklumat Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2005
Penyelarasan Waktu Mengjar Bagi Guru Penyelaras
Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah
(Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)
Lampiran 4
SOALAN-SOALAN LAZIM
PUSAT AKSES SEKOLAH
SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI PUSAT AKSES
SEKOLAH
Apakah itu Pusat Akses Sekolah?
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe”
tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu
ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid
membuat pembelajaran kendiri (self learning) dan
mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh
mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri
mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
Meningkatkan masa penggunaan (contact hours)
komputer oleh murid
Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai
maklumat
Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar
kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih
berkesan
Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran
ICT murid untuk pembelajaran
Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi?
Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu
persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung
minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh
pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan
boleh memantau penggunaan.
Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran
dan pembelajaran
Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan
bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning)
Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan
dengan pembelajaran
Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-
mel
Berkolaborasi dengan murid lain
Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses
Sekolah?
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah
diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk
pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh
menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk
memperoleh maklumat dari Internet
Apakah peralatan yang akan dibekalkan?
Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu
pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana
ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan
rangkaian setempat.
Bilakah Pusat Akses Sekolah akan dipasang di sekolah?
Penubuhan Pusat Akses Sekolah akan dilaksanakan secara
berperingkat mulai tahun 2006.
Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah?
Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus
sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus
daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah
rendah manakala baki 30 pertaus adalah sekolah menengah.
Bandar
Sekolah30%
Menengah
30%
Luar Bandar Sekolah
70% Rendah
70%
Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan
Pusat Akses Sekolah?
Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat
berdasarkan kriteria berikut:
Ada ruang/bilik yang sesuai
Ada bekalan elektrik 24 jam
Ada akses kepada Internet
Ada Makmal Pengkomputeran
Kemahiran ICT warga sekolah
Komitmen pihak pentadbir sekolah
Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?
Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu
akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut
ialah:
Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin
pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo,
Altavista, dan sebagainya
Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus
seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart
Learning, dan sebagainya
Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam
bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus,
perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Borang semakan buku kerja murid
Borang semakan buku kerja muridBorang semakan buku kerja murid
Borang semakan buku kerja muridSiti Musiah Matnor
 
Laporan bergambar aktiviti sekolah
Laporan bergambar aktiviti sekolahLaporan bergambar aktiviti sekolah
Laporan bergambar aktiviti sekolahZatil Nabilah
 
Borang pemarkahan kawad kaki
Borang pemarkahan kawad kakiBorang pemarkahan kawad kaki
Borang pemarkahan kawad kakialishah md daud
 
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docx
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docxKERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docx
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docxZamri Morshidi
 
Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020
Buku panduan program susu sekolah (pss)  2.0   22 sept 2020Buku panduan program susu sekolah (pss)  2.0   22 sept 2020
Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020Izzati Zaman
 
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptxSLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptxNurulHazwani37
 
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxKERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxnur habibah yusuf
 
Penyata kewangan pibg 2 sesi1718
Penyata kewangan pibg 2 sesi1718Penyata kewangan pibg 2 sesi1718
Penyata kewangan pibg 2 sesi1718mardhati98
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxssuser3fe836
 
TEMPLAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN.pptx
TEMPLAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN.pptxTEMPLAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN.pptx
TEMPLAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN.pptxLizaMathsTen
 
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...Kong BeeLing
 
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANABORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANAJanet Jouti
 
Sinopsis buku ladap(mohd aznin)
Sinopsis buku ladap(mohd aznin)Sinopsis buku ladap(mohd aznin)
Sinopsis buku ladap(mohd aznin)Hawari Wanik
 
Carta organisasi program literasi dan numerasi
Carta organisasi program literasi dan numerasiCarta organisasi program literasi dan numerasi
Carta organisasi program literasi dan numerasiRosfadilah Khalid
 
Kertas kerja program akademik
Kertas kerja program akademikKertas kerja program akademik
Kertas kerja program akademikyobtani
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM Mokhzani Fadir
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3krb Persona
 

Was ist angesagt? (20)

Borang semakan buku kerja murid
Borang semakan buku kerja muridBorang semakan buku kerja murid
Borang semakan buku kerja murid
 
Laporan bergambar aktiviti sekolah
Laporan bergambar aktiviti sekolahLaporan bergambar aktiviti sekolah
Laporan bergambar aktiviti sekolah
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
 
Borang pemarkahan kawad kaki
Borang pemarkahan kawad kakiBorang pemarkahan kawad kaki
Borang pemarkahan kawad kaki
 
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docx
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docxKERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docx
KERTAS KERJA MINGGU ANTI DADAH 2022.docx
 
Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020
Buku panduan program susu sekolah (pss)  2.0   22 sept 2020Buku panduan program susu sekolah (pss)  2.0   22 sept 2020
Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020
 
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptxSLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
SLIDE MESYUARAT KOKURIKULUM 2 (2022-2023) (1).pptx
 
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxKERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
 
Penyata kewangan pibg 2 sesi1718
Penyata kewangan pibg 2 sesi1718Penyata kewangan pibg 2 sesi1718
Penyata kewangan pibg 2 sesi1718
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
 
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docxFORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
 
TEMPLAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN.pptx
TEMPLAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN.pptxTEMPLAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN.pptx
TEMPLAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN.pptx
 
Rph sn thn 1
Rph sn thn 1Rph sn thn 1
Rph sn thn 1
 
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
 
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANABORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
BORANG SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN PRASARANA
 
Sinopsis buku ladap(mohd aznin)
Sinopsis buku ladap(mohd aznin)Sinopsis buku ladap(mohd aznin)
Sinopsis buku ladap(mohd aznin)
 
Carta organisasi program literasi dan numerasi
Carta organisasi program literasi dan numerasiCarta organisasi program literasi dan numerasi
Carta organisasi program literasi dan numerasi
 
Kertas kerja program akademik
Kertas kerja program akademikKertas kerja program akademik
Kertas kerja program akademik
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3
 

Ähnlich wie Panduan urus pusat akses sekolah

BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...fazudli
 
Inisiatif ict kpm bestari
Inisiatif ict kpm  bestariInisiatif ict kpm  bestari
Inisiatif ict kpm bestariAxie
 
Fail meja guru penyelaras ict
Fail meja guru penyelaras ictFail meja guru penyelaras ict
Fail meja guru penyelaras ictrebakasajaya
 
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
131605128 fungsi-dan-peranan-ppdMat mohd
 
Assigment pembudayaan ict
Assigment pembudayaan ictAssigment pembudayaan ict
Assigment pembudayaan ictDewi Ali
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Buku panduan pengoperasian pkg 070916 final4pdf
Buku panduan pengoperasian pkg 070916   final4pdfBuku panduan pengoperasian pkg 070916   final4pdf
Buku panduan pengoperasian pkg 070916 final4pdfpkgketereh
 
fail meja-gpb-penyelaras-ict 2020
fail meja-gpb-penyelaras-ict 2020fail meja-gpb-penyelaras-ict 2020
fail meja-gpb-penyelaras-ict 2020Ros Faizah
 
Failmeja gpbsmsj
Failmeja gpbsmsjFailmeja gpbsmsj
Failmeja gpbsmsjjega070
 
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Lina Abu Bakar
 
Pelan pembangunan ict
Pelan pembangunan ictPelan pembangunan ict
Pelan pembangunan ictsyiha3107
 
Piawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Piawaian Pusat Sumber Sekolah MalaysiaPiawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Piawaian Pusat Sumber Sekolah MalaysiaFadzliaton Zainudin
 

Ähnlich wie Panduan urus pusat akses sekolah (20)

BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
 
Inisiatif ict kpm bestari
Inisiatif ict kpm  bestariInisiatif ict kpm  bestari
Inisiatif ict kpm bestari
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
Fail meja guru penyelaras ict
Fail meja guru penyelaras ictFail meja guru penyelaras ict
Fail meja guru penyelaras ict
 
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
131605128 fungsi-dan-peranan-ppd
 
Assigment pembudayaan ict
Assigment pembudayaan ictAssigment pembudayaan ict
Assigment pembudayaan ict
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Buku panduan gpm
Buku panduan gpmBuku panduan gpm
Buku panduan gpm
 
Bidang tugas ajk ict
Bidang tugas ajk ictBidang tugas ajk ict
Bidang tugas ajk ict
 
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi PendidikanBahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
 
Buku panduan pengoperasian pkg 070916 final4pdf
Buku panduan pengoperasian pkg 070916   final4pdfBuku panduan pengoperasian pkg 070916   final4pdf
Buku panduan pengoperasian pkg 070916 final4pdf
 
fail meja-gpb-penyelaras-ict 2020
fail meja-gpb-penyelaras-ict 2020fail meja-gpb-penyelaras-ict 2020
fail meja-gpb-penyelaras-ict 2020
 
Failmeja gpbsmsj
Failmeja gpbsmsjFailmeja gpbsmsj
Failmeja gpbsmsj
 
Fail meja ft17
Fail meja ft17Fail meja ft17
Fail meja ft17
 
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
 
Pelan pembangunan ict
Pelan pembangunan ictPelan pembangunan ict
Pelan pembangunan ict
 
Piawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Piawaian Pusat Sumber Sekolah MalaysiaPiawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Piawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Bab10 pusat sumber
Bab10 pusat sumberBab10 pusat sumber
Bab10 pusat sumber
 

Kürzlich hochgeladen

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 

Kürzlich hochgeladen (12)

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 

Panduan urus pusat akses sekolah

  • 1. Panduan Penggunaan Pusat Akses Sekolah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 2. ISI KANDUNGAN Perkara muka surat Kata Pengantar 4 Prakata 5 1. Pengenalan 0 2. Matlamat 1 3. Objektif 1 4. Pengurusan dan Pentadbiran 1 5. Susun Atur dan Peralatan 8 6. Waktu Operasi 8 7. Pengguna 9 8. Cadangan Aktiviti 9 9. Keselamatan 10 10. Cadangan Peraturan 13 11. Pengurusan Penyenggaraan 14 Akronim 16 Penyumbang 17 Penilai 18
  • 3. Senarai Lampiran Lampiran 1 - Susun Atur Pusat Akses Sekolah Lampiran 2 – Contoh Rekod Penggunaan Pusat Aks es Sekolah Lampiran 3 – Pekeliling a) Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan (Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Am Bil. 1/2003) b) Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2000) c) Penyelarasan Waktu Mengjar Bagi Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2005) Lampiran 4 – Soalan-soalan Lazim Pusat Akses Sekolah
  • 4. Kata Pengantar Selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat di negara ini, kerajaan berhasrat membestarikan semua sekolah di seluruh negara melalui program Pembestarian Sekolah. Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan satu dari pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Pada masa ini ramai pelajar dilihat amat berminat dan cenderung dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kecenderungan ini harus dipupuk dengan penyediaan kemudahan dan akses kepada pengisian ICT agar selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mahir dalam bidang ICT bagi menghadapi persaingan di peringkat global. Pusat Akses Sekolah berfungsi sebagai pemangkin pembudayaan ICT di sekolah. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Penggunaan Pusat Akses Sekolah yang berkesan diharapkan meningkatkan kemahiran ICT murid untuk tujuan pembelajaran. Akhirnya, saya berharap melalui Pelaksanaan Pusat Akses, sekolah dapat membantu merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan insan yang berkemahiran dan berilmu yang mampu memenuhi wawasan negara. Kementeria Pelajaran Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan buku Panduan Penggunaan Pusat Akses Sekolah ini. Kita sedia maklum, objektif utama buku ini adalah untuk memberi satu garis panduan kepada semua sekolah bagi memantapkan pengurusan dan penggunaan Pusat Akses Sekolah. Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua warga sekolah, warga pendidikan dan komuniti keseluruhannya. Dato’ Dr Haji Ahamad bin Sipon Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 5. Prakata Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan kemudahan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk menghasilkan Panduan Penggunaan Pusat Akses ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Sektor Perancangan Dasar dan Pengurusan Kualiti, BTP yang telah berjaya menghasilkan buku ini bersama dengan pegawai-pegawai Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan wakil-wakil sekolah. Pusat Akses dilaksanakan di sekolah-sekolah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat. Selain itu, murid boleh meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT untuk proses pembelajaran. Tujuan utama buku ini ialah untuk menyeragamkan pelaksanaan dan penggunaan Pusat Akses di sekolah seluruh negara. Penggunaan Pusat Akses yang teratur diharap dapat membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri dengan lebih berkesan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menghulurkan bantuan tenaga dan masa untuk melahirkan buku panduan ini. Adalah diharapkan dengan adanya buku panduan ini, penggunaan Pusat Akses di sekolah menjadi lebih tersusun dan bermakna. Dato’ Haji Yusoff bin Harun Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 6. 1. Pengenalan 1.1 Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri. 1.2 Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat. 1.3 Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. 1.4 Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat. 0
  • 7. 2. Matlamat Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk: 2.1 Membudayakan penggunaan ICT di sekolah 2.2 Mengurangkan nisbah komputer dengan murid 2.3 Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid 3. Objektif Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk: 3.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat. 3.2 Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan. 3.3 Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran. 4. Pengurusan dan Pentadbiran 4.1 Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah: 1
  • 8. 4.1.1 Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Sekolah. 4.1.2 Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah. 4.1.3 Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan. 4.1.4 Membuat perancangan peruntukan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi dimasukkan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM): Kos bahan habis guna Kos penyenggaraan peralatan Kos bekalan elektrik Kos penggantian alat 4.1.5 Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Pusat Akses Sekolah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. 4.2 Cadangan carta organisasi Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah: 2
  • 9. PENASIHAT Pengetua / Guru Besar PENGERUSI Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1) SETIAUSAHA Guru Perpustakaan dan Media 4.3 Cadangan bidang tugas Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah: a) Penasihat i) Menggubal dan melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah. AJK Ketua-Ketua Bidang / Panitia PENOLONG SETIAUSAHA Guru Penyelaras ICT Pengawas Pusat Sumber/Pengawas Pusat Akses/Briged ICT (mengikut keperluan sekolah) 3
  • 10. ii) Memastikan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti berjalan dengan lancar. iii) Memantau pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah dari semasa ke semasa. b) Pengerusi i) Merangka dan merancang pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah sepanjang tahun. ii) Memastikan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah dipatuhi. iii) Memastikan pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar. iv) Memantau penggunaan dan keberkesanan Pusat Akses Sekolah. v) Merancang atau mewujudkan Jawatankuasa Kerja, jika perlu, bagi tujuan melaksanakan program /aktiviti yang dirancangkan. c) Setiausaha i) Melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah. 4
  • 11. ii) Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah secara berkala. iii) Menyediakan keperluan peruntukan kewangan. iv) Menguruskan inventori dan pendaftaran harta modal Pusat Akses Sekolah dan menyerahkan kepada Unit ICT PPD/PPG (Pejabat Pelajaran Gabungan) dan sesalinan kepada Unit Maklumat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk tujuan penyenggaraan. v) Merekod dan melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada: • Syarikat pembekal peralatan (dalam tempoh jaminan) • Jabatan Pelajaran Negeri (selepas tempoh jaminan) • Meja Bantuan GITN (1-300-88- 2888) bagi semua masalah berkaitan talian SchoolNet vi) Menentukan waktu penggunaan Pusat Akses Sekolah. vii) Memastikan Pusat Akses Sekolah digunakan dengan berkesan. 5
  • 12. viii) Mendapatkan khidmat bantu penggunaan daripada Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau Pusat Kegiatan Guru (PKG). ix) Memastikan keselamatan fizikal, sistem dan peralatan. x) Melatih Pengawas Pusat Sumber Sekolah/Pengawas Pusat Akses/ Briged ICT, jika ada. d) Penolong Setiausaha i) Menyediakan jadual bertugas untuk mengawasi penggunaan Pusat Akses Sekolah. ii) Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Akses Sekolah iii) Memastikan penggunaan Pusat Akses Sekolah direkodkan. Buku log penggunaan dan pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah perlu disediakan. Contoh maklumat bagi buku log penggunaan adalah seperti di Lampiran 2. iv) Memastikan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar. v) Memantau keberkesanan aktiviti Pusat Akses Sekolah. vi) Menyediakan laporan penggunaan secara berkala. 6
  • 13. vii) Melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada Setiausaha untuk tindakan selanjutnya. e) Ahli Jawatankuasa i) Melaksanakan program/aktiviti yang telah dirancangkan. ii) Memastikan semua peraturan penggunaan dipatuhi. iii) Memastikan peralatan dan rangkaian sentiasa berada dalam keadaan baik. iv) Menyediakan maklumat laman web atau portal pendidikan (URL) untuk rujukan. v) Kawal selia penggunaan dan keceriaan Pusat Akses Sekolah. vi) Membimbing dan melatih pengguna Pusat Akses Sekolah. f) Pengawas Pusat Sumber Sekolah/ Pengawas Pusat Akses/Briged ICT memainkan peranan membantu Jawatakuasa menguruskan Pusat Akses Sekolah. 7
  • 14. 5. Susun Atur dan Peralatan 5.1 Ditempatkan di satu lokasi sahaja dan bersesuaian dengan ruang yang terdapat di sekolah. Keluasan minima bagi pusat akses adalah 22.5 m2 (satu bay). Sila rujuk cadangan susun atur seperti di Lampiran 1. 5.2 Sekolah akan menerima 10 buah komputer, satu switch 24 port, satu pencetak, dan perabot. 5.3 Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat dan dihubungkan dengan talian SchoolNet. 5.4 Perisian yang dibekalkan bersama dalam setiap komputer ini termasuk Sistem Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan anti-virus. 5.5 Switch hub dan router SchoolNet hendaklah sentiada dalam keadaan baik bagi memastikan capaian Internet tidak terganggu. 6. Waktu Operasi 6.1 Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa seperti berikut: • semasa waktu persekolahan • selepas waktu persekolahan 6.2 Digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada 8
  • 15. pengawasan oleh Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan. 7. Pengguna 7.1 Keutamaan penggunaan diberikan kepada murid. 7.2 Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan juga boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah. 8. Cadangan Aktiviti 8.1 Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk: i) Mencari maklumat daripada Internet untuk pembelajaran. ii) Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning). iii) Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran. iv) Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel. v) Berkolaborasi dengan murid lain. 9
  • 16. 9. Keselamatan 9.1 Pihak sekolah perlu mengambil berat aspek- aspek keselamatan seperti kemudahan infrastruktur, kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan aplikasi. 9.2 Keselamatan Bekalan Elektrik i) Bekalan elektrik hendaklah 3 fasa dan boleh menampung penggunaan perkakasan. ii) Keupayaan minima bekalan elektrik dari generator mestilah 30 kvA. iii) Kedudukan pendawaian dan punca kuasa elektrik mesti memenuhi piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR). 9.3 Keselamatan Fizikal dan Perkakasan i) Saiz ruang yang sesuai (22.5 m2 ) dan ke atas ii) Lokasi yang strategik dan selamat iii) Alat keselamatan yang perlu diberi perhatian: a. Sistem penggera b. Jeriji besi c. Alat pemadam api 10
  • 17. d. Sistem peredaran udara e. Perangkap kilat iv) Peraturan dan garis panduan penggunaan mestilah disediakan dan dipaparkan di dalam Pusat Akses. v) Pengawasan dan laporan keselamatan perlu dilakukan secara berkala. vi) Kawal selia kemudahan fizikal dan perkakasan secara berkala. vii) Buku log untuk merekod pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah. viii) Buku log untuk penggunaan Pusat Akses Sekolah. Contoh maklumat adalah seperti di Lampiran 2. ix) Setiap kunci, peralatan, network point dan kabel mesti dilabelkan. 9.4 Keselamatan Sistem Rangkaian i) Susun atur mengikut spesifikasi dan piawaian pengkabelan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). ii) Semua komputer mesti dirangkaikan dan boleh mengakses Internet. iii) Aras kebenaran pengguna (Access Right) mesti dihadkan untuk mengelakkan daripada membuat pengubahsuaian konfigurasi komputer. 11
  • 18. 9.5 Keselamatan Perisian dan Aplikasi i) patches untuk sistem pengoperasian yang terkini. ii) Perisian anti-virus yang terkini. iii) Menggunakan perisian yang berlesen. iv) Manual instalasi mudah diperolehi. 9.6 Keselamatan Mengakses Internet i) Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan (boleh dimuat turun daripada http://www.mampu.gov.my /mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm) 9.7 Keselamatan Penyimpanan Bahan i) Pengguna TIDAK DIBENARKAN menyimpan bahan di cakera keras komputer di Pusat Akses Sekolah. ii) Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer sentiasa ditahap optimum dan stabil. 12
  • 19. 10. Cadangan Peraturan 10.1 Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah: i) Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah. ii) Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas. iii) Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah. iv) Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer. v) Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer. vi) Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer. vii) Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log. 13
  • 20. 10.2 Beberapa peraturan lain yang berkaitan terserah kepada budi bicara Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah. 11. Pengurusan Penyenggaraan 11.1 Dalam Tempoh Jaminan a) Pihak sekolah perlu mengambil maklum bahawa jangka masa jaminan, terma dan syarat jaminan terdapat di dalam perjanjian. b) Merekod dan melaporkan sebarang masalah kerosakan yang dihadapi terus kepada pembekal peralatan ICT yang berkenaan c) Satu salinan laporan masalah hendaklah dihantar kepada: Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Pesiaran Bukit Kiara 50604 Kuala Lumpur Tel: 03-20987788 Faks: 03-20923763 e-mel: pcb@moe.edu.my 11.2 Tamat Tempoh Jaminan (tertakluk kepada pindaan atau arahan semasa) 14
  • 21. a) Penyelenggaraan akan diuruskan di bawah kontrak berpusat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penyelenggaraan kontrak berpusat ini merangkumi tiga (3) aspek, iaitu: • Tagging • Penyenggaraan Pencegahan • Penyenggaraan Pemulihan b) Sebarang kerosakan hendaklah direkod dan dilaporkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). c) Satu salinan laporan masalah hendaklah dihantar kepada: Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Pesiaran Bukit Kiara 50604 Kuala Lumpur Tel: 03-20987788 Faks: 03-20923763 e-mel: pcb@moe.edu.my 15
  • 22. Akronim KPM Kementerian Pelajaran Malaysia BTP Bahagian Teknologi Pendidikan JPN Jabatan Pelajaran Negeri PPD Pejabat Pelajaran Daerah PSPN Pusat Sumber Pendidikan Negeri PKG Pusat Kegiatan Guru PPG Pejabat Pelajaran Gabungan TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT Information Technology and Communication JKR Jabatan Kerja Raya
  • 23. Penyumbang 1) Zamzuri bin Abdullah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2) Khairul Azmin bin Othman Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi 3) Yusni Afindi bin Lukman Bahagian Sekolah 4) Zakaria bin Mahsan Jemaah Nazir Sekolah 5) Fadzilah binti Ariffin Bahagian Teknologi Pendidikan 6) Zaleha binti Mustapha Bahagian Teknologi Pendidikan 7) Zaidi bin Kassim Bahagian Teknologi Pendidikan 8) Rohana binti Abd Rahman Bahagian Teknologi Pendidikan 9) Lim Siew Ngen Bahagian Teknologi Pendidikan 10) Moktar bin Wahid Bahagian Teknologi Pendidikan 11) Samsuri bin Abdullah Bahagian Teknologi Pendidikan 12) Mohd Shaharudin Abd Hamid Bahagian Teknologi Pendidikan 13) Yap Ley Har Bahagian Teknologi Pendidikan
  • 24. 14) Rahmat bin Md Nor Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka 15) Tn. Hj. Abd Rahman bin Giman Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor 16) Johari bin Jaafar Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan 17) Osman bin Shaari Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah Penilai 1) Tan Hock Thiam (Guru Besar) SJK (C) Tun Tan Cheng Lock, Selangor 2) Nor Kamisah binti Abdul Latif (AJK ICT) SK Sentul 1, Kuala Lumpur 3) Yesumary a/p John Selliah (Guru Media) SJK (T) Tun Sambanthan, Selangor 4) Nizad Bakti bin Mohd Asuar (Guru ICT) SMK Seri Sentosa, Kuala Lumpur 5) Siti Salwa binti Hj Arshad (Guru Penasihat Perpustakaan) SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor 6) Marzila binti Mohamed (Guru Penyelaras Bestari) SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
  • 27. Susun atur Model ’1 Bay’
  • 28. Susun atur Model Bilik Darjah
  • 29. Susun atur Model ’Island’
  • 30. Lampiran 2 CONTOH REKOD PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH
  • 31. Lampiran 2 CONTOH REKOD PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH Masa Penggunaan Bil Tarikh Nama Kelas No.PC Tujuan Penggunaan Masa Masuk Masa Keluar Tandatangan Catatan
  • 33. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Am Bil. 1/2003 Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan
  • 34. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2000 Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/ Teknologi Maklumat Sekolah
  • 35. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2005 Penyelarasan Waktu Mengjar Bagi Guru Penyelaras Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)
  • 37. SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI PUSAT AKSES SEKOLAH Apakah itu Pusat Akses Sekolah? Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri. Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah? Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk: Membudayakan penggunaan ICT di sekolah Mengurangkan nisbah komputer dengan murid Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid Apakah objektif Pusat Akses Sekolah? Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk: Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi? Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.
  • 38. Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah? Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk: Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning) Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e- mel Berkolaborasi dengan murid lain Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah? Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet Apakah peralatan yang akan dibekalkan? Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat. Bilakah Pusat Akses Sekolah akan dipasang di sekolah? Penubuhan Pusat Akses Sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006. Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah? Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 pertaus adalah sekolah menengah.
  • 39. Bandar Sekolah30% Menengah 30% Luar Bandar Sekolah 70% Rendah 70% Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah? Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut: Ada ruang/bilik yang sesuai Ada bekalan elektrik 24 jam Ada akses kepada Internet Ada Makmal Pengkomputeran Kemahiran ICT warga sekolah Komitmen pihak pentadbir sekolah Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah? Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut ialah: Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista, dan sebagainya Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart Learning, dan sebagainya Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat.