SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 8
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Cerpen Israk
(Erda Roslan Khairi)
Sinopsis
Cerpen Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-
sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong Perak.
Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan
menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan
kehidupan kampung . Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan
mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar
negara.Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa
kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah.
Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak
suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula
walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di kampung Sayong telah terputus
menyebabkan Mikraj mencadangkan agar abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah
terjatuh dan Wahlah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya,
Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta
tempoyak untuk dimakan.
Tema
Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga sehingga mencetuskan
pertentangan pandangan dan nilai.
Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya
tentang kampung, kehidupan dan diri neneknya Wah.
Persoalan
1. Persoalan jati diri
Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat
persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj
yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran.
2. Persoalan kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya.
Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu
melukakan hatinya namun Wah tetap sabar.Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan
Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya.
3. Persoalan tanggungjawab bapa terhadap keluarga.
Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anak-anak
dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak sombong
dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar.
Plot
Binaan Plot
1. Permulaan
Adam, Siti Hawa, Israk dan Mikraj telah pulang ke rumah Wah di Kampung Sayong. Israk
anak teruna Adam, kelihatan kurang selesa dengan suasana di kampung kerana selama ini
dia dibesarkan oleh datuknya di Perth Australia.
2. Perkembangan
Mikraj, adik kepada Israk seorang remaja yang mudah menyesuaikan diri dengan
kehidupan di kampong. Israk pula ego dengan statusnya sebagai orang bandar dan bakal
bergelar ahli korporat. Perselisihan pendapat antara dua beradik ini semakin memuncak
apabila kelakuan dan tingkah laku Israk semakin keterlaluan terhadap Wah. Israk tidak
patut menyakiti hati Wah kerana Wahlah yang menjaganya sejak berumur sehari.
Pertikaman lidah antara dua beradik itu berlarutan dan telah menyebabkan Wah masuk
campur serta menasihati kedua-dua cucunya agar jangan bertekak pasal dirinya lagi.
3. Klimaks
Keputusan air di kampung Sayong telah memaksa Israk ke sungai untuk mandi, setelah
dicabar oleh adiknya Mikraj. Israk telah terjatuh ke dalam sungai dan telah diselamatkan
oleh neneknya.
4. Peleraian
Israk keluar dari bilik dengan berpakaian baju Melayu telah mengejutkan keluarganya.
Israk mulai mencedok nasi dan gulai malah mencari jering dan tempoyak yang merupakan
makanan yang paling tidak disukainya.
Teknik Penceritaan
1. Teknik Dialog
“Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang menjadi ahli korporat
nanti,” rayu Mikraj.
“Tak perlu!” Israk menghayun kata-kata
2. Teknik Imbas Kembali
Mikraj teringat akan peristiwa yang berlaku pada Wah semasa muda.
Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah
bertakhta di hati Wah. Tetapi terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir………….Mikraj
tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya.
3. Teknik Pemerian
Pagi nirmala. Camar menyanyi mesra bersaing dengan cengkerik menunjuk ketangguhan.
Daun-daun melambai-lambai setenang air Sungai Perak. Bot tambang sudah mula
beroperasi.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Israk
1. Anak teruna Adam dan Siti Hawa.
2. Merupakan cucu sulung Wah.
3. Ego dan sombong - Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan
kampung. seperti petai dan jering.
4. Biadap – Dia sering menyindir dan merungut tentang ketidakselesaan tinggal sehingga
menyakiti hati neneknya.
5. Degil – Dia tidak menghormati Wah sebagai neneknya walaupun dinasihati oleh Mikraj.
6. Insaf – Dia sedar akan kesalahannya setelah dia jatuh ke dalam sungai dan
diselamatkan oleh Wah.
Mikraj
1. Anak kedua pasangan Adam dan Siti Hawa.
2. Adik perempuan Israk dan cucu kedua Wah.
3. Berjiwa seni – dia berminat dalam bidang sastera dan mengajak Israk berkenalan
dengan alam.
4. Penyayang - dia amat menyayangi Wah.
5. Bertanggungjawab - Tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan
terhadap neneknya Wah.
Wah
1. Merupakan ibu kepada Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj.
2. Sudah lanjut usia tetapi masih kuat dan bertenaga.
3. Alim dan taat akan agama – dia sentiasa berwuduk .
4. Penyayang - dia amat menyayangi cucu-cucunya.
5. Tabah - Wah memelihara anaknya seorang diri setelah kematian suaminya yang
meninggal dunia sebelum kelahiran anak mereka.
Latar
Latar Masa
1. Musim durian
2. Pada waktu pagi - Israk jatuh di sungai ketika hendak mandi akibat ketiadaan air paip.
3. Kebanyakan peristiwa berlaku pada waktu siang.
Latar tempat
1. Kampung Sayung iaitu tempat tinggal Wah.
2. Sungai Perak iaitu sungai yang terletak di tepi rumah Wah.
3. Rumah kayu milik Wah.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang menghormati orang tua – Mikraj amat menghormati Wah
2. Masyarakat muda yang sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung.
Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan
jering.
3. Masyarakat yang bertanggungjawab
Mikraj tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap
neneknya Wah.
4. Masyarakat yang penyayang
Wah amat menyayangi cucu-cucunya.
Gaya bahasa
1. Simile
……pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona.
2. Dialog
“Lama sampai?” aju Wah dan salam dihulurkan oleh tetamu dari Bukit Antarabangsa itu
disambut dengan pantas.
“Baru”.Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab.
3. Peribahasa
Sudah terhantuk baru terngadah
Macam anjing dengan kucing .
Bagai air dengan minyak. Entah bila akan bercantum.
Cari-cari bulu ayam bercantum jua akhirnya.
4. Pesonifikasi
Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengeji.
5. Metafora
Bara kata-kata
Nilai
1. Nilai menghormati ibu bapa.
Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya
2. Nilai ketabahan.
Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.
3. Nilai keprihatinan
Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan
dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan
miskin neneknya.
4. Nilai kasih sayang
Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya
untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu
menyakiti hatinya.
Pengajaran
1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi
percakapan dan perbuatan kita.
2. Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak
agama dan masyarakat.
3. Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang
di sekeliling kita tidak merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita.
4. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada
orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.
5. Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima.
Latihan.
1. Mengapakah Israk berasa tidak selesa hidup di kampung?
2. Mengapa Wah tidak mahu menjualkan rumah uzurnya kepada Majlis Daerah?
Jawapan.
1. Israk berasa tidak selesa hidup di kampung kerana dia dibesarkan di Perth, Australia
yang mewah dengan kekayaan dan dia bakal menjadi orang korporat.
2. Wah tidak mahu menjualkan rumah uzurnya kerana masih memegang amanah ibunya
dan rumah itu menyimpan sejuta rahsia hati dan kenangan kehidupan Wah.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Was ist angesagt? (18)

Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Imbasan komsas tingkatan 4
Imbasan komsas tingkatan 4Imbasan komsas tingkatan 4
Imbasan komsas tingkatan 4
 
P&p leftenan adnan wira bangsa
P&p leftenan adnan wira bangsaP&p leftenan adnan wira bangsa
P&p leftenan adnan wira bangsa
 
Latihan memilih ayat yang betul
Latihan memilih ayat yang betulLatihan memilih ayat yang betul
Latihan memilih ayat yang betul
 
Bab 13 Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4
Bab 13 Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4Bab 13 Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4
Bab 13 Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4
 
Biarkan samudera 4 akd
Biarkan samudera 4 akdBiarkan samudera 4 akd
Biarkan samudera 4 akd
 
Sesi 3 UN BINA 14-15
Sesi 3 UN BINA 14-15Sesi 3 UN BINA 14-15
Sesi 3 UN BINA 14-15
 
Menganalisis Novel tahun 20-30 an
Menganalisis Novel tahun 20-30 anMenganalisis Novel tahun 20-30 an
Menganalisis Novel tahun 20-30 an
 
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
 
Sinopsis merenang gelora
Sinopsis merenang geloraSinopsis merenang gelora
Sinopsis merenang gelora
 
Novel merenang gelora sinopsis ikut bab
Novel merenang gelora sinopsis ikut babNovel merenang gelora sinopsis ikut bab
Novel merenang gelora sinopsis ikut bab
 
Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta Alir
Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta AlirSinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta Alir
Sinopsis Novel Merenang Gelora | Bab 3: Bermain Api | Peta Alir
 
Nota Merenang gelora
Nota Merenang geloraNota Merenang gelora
Nota Merenang gelora
 
Sinopsis merenang gelora
Sinopsis merenang gelora Sinopsis merenang gelora
Sinopsis merenang gelora
 
Legenda malin kundang
Legenda malin kundangLegenda malin kundang
Legenda malin kundang
 
Pantun 3 c
Pantun 3 cPantun 3 c
Pantun 3 c
 
Bahan bm th 4
Bahan bm th 4Bahan bm th 4
Bahan bm th 4
 
Cerpen warkah daripada ibu
Cerpen warkah daripada ibuCerpen warkah daripada ibu
Cerpen warkah daripada ibu
 

Ähnlich wie 2 cerpen israk

Israk
IsrakIsrak
Israkftot
 
Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat
Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empatAntologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat
Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empatAriefHamdi
 
Dalam cerpen komponen sastera bahasa melayu
Dalam cerpen komponen sastera bahasa melayuDalam cerpen komponen sastera bahasa melayu
Dalam cerpen komponen sastera bahasa melayuHilmi Qimie
 
Cerpen israk
Cerpen israkCerpen israk
Cerpen israkfarina86
 
Israk (B.M.) form 4
Israk (B.M.) form 4Israk (B.M.) form 4
Israk (B.M.) form 4Veshal Rock
 
5 cerpen biarkan-samudera
5 cerpen biarkan-samudera5 cerpen biarkan-samudera
5 cerpen biarkan-samuderaMis Sem
 
Cerpen biarkan-samudera
Cerpen biarkan-samuderaCerpen biarkan-samudera
Cerpen biarkan-samuderaGrace Rui
 
Komsas~warkah daripada ibu
Komsas~warkah daripada ibuKomsas~warkah daripada ibu
Komsas~warkah daripada ibu0142361861
 

Ähnlich wie 2 cerpen israk (14)

Celine and the gang
Celine and the gangCeline and the gang
Celine and the gang
 
Israk
IsrakIsrak
Israk
 
Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat
Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empatAntologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat
Antologi teks komponen_sastera_tingkatan_empat
 
Cerpen 3
Cerpen 3Cerpen 3
Cerpen 3
 
Israk
IsrakIsrak
Israk
 
Dalam cerpen komponen sastera bahasa melayu
Dalam cerpen komponen sastera bahasa melayuDalam cerpen komponen sastera bahasa melayu
Dalam cerpen komponen sastera bahasa melayu
 
Warkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibuWarkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibu
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Cerpen israk
Cerpen israkCerpen israk
Cerpen israk
 
Israk (B.M.) form 4
Israk (B.M.) form 4Israk (B.M.) form 4
Israk (B.M.) form 4
 
5 cerpen biarkan-samudera
5 cerpen biarkan-samudera5 cerpen biarkan-samudera
5 cerpen biarkan-samudera
 
Cerpen biarkan-samudera
Cerpen biarkan-samuderaCerpen biarkan-samudera
Cerpen biarkan-samudera
 
Komsas~warkah daripada ibu
Komsas~warkah daripada ibuKomsas~warkah daripada ibu
Komsas~warkah daripada ibu
 
Cerpen Ibu dan ceper
Cerpen Ibu dan ceperCerpen Ibu dan ceper
Cerpen Ibu dan ceper
 

Mehr von Mis Sem

Dasar transformasi nasional
Dasar transformasi nasionalDasar transformasi nasional
Dasar transformasi nasionalMis Sem
 
Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di MalaysiaLaporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di MalaysiaMis Sem
 
4 cerpen mellisa1
4 cerpen mellisa14 cerpen mellisa1
4 cerpen mellisa1Mis Sem
 
3 cerpen pemain-catur
3 cerpen pemain-catur3 cerpen pemain-catur
3 cerpen pemain-caturMis Sem
 
1 cerpen memori-seorang-tua
1 cerpen memori-seorang-tua1 cerpen memori-seorang-tua
1 cerpen memori-seorang-tuaMis Sem
 
Cerpen ibu-dan-ceper
Cerpen ibu-dan-ceperCerpen ibu-dan-ceper
Cerpen ibu-dan-ceperMis Sem
 
Fakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap Sabah
Fakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap SabahFakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap Sabah
Fakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap SabahMis Sem
 
Kemahiran belajar
Kemahiran belajarKemahiran belajar
Kemahiran belajarMis Sem
 
Dasar Wanita Negara
Dasar Wanita NegaraDasar Wanita Negara
Dasar Wanita NegaraMis Sem
 
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui TeladanD. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui TeladanMis Sem
 
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Mis Sem
 
D.Beli Barangan Buatan Malaysia & D.Pensyarikatan Malaysia
D.Beli Barangan Buatan Malaysia & D.Pensyarikatan MalaysiaD.Beli Barangan Buatan Malaysia & D.Pensyarikatan Malaysia
D.Beli Barangan Buatan Malaysia & D.Pensyarikatan MalaysiaMis Sem
 
Dasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi HijauDasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi HijauMis Sem
 
Dasar Alam Sekitar
Dasar Alam Sekitar Dasar Alam Sekitar
Dasar Alam Sekitar Mis Sem
 
Dasar Sosial Negara
Dasar Sosial NegaraDasar Sosial Negara
Dasar Sosial NegaraMis Sem
 
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan MakananDasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan MakananMis Sem
 
Dasar Automatif Nasional & Dasar Pertanian Negara
Dasar Automatif Nasional & Dasar Pertanian NegaraDasar Automatif Nasional & Dasar Pertanian Negara
Dasar Automatif Nasional & Dasar Pertanian NegaraMis Sem
 
Sogoshosha Malaysia
Sogoshosha MalaysiaSogoshosha Malaysia
Sogoshosha MalaysiaMis Sem
 
Pelan induk perindustrian ketiga
Pelan induk perindustrian ketigaPelan induk perindustrian ketiga
Pelan induk perindustrian ketigaMis Sem
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Mis Sem
 

Mehr von Mis Sem (20)

Dasar transformasi nasional
Dasar transformasi nasionalDasar transformasi nasional
Dasar transformasi nasional
 
Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di MalaysiaLaporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
 
4 cerpen mellisa1
4 cerpen mellisa14 cerpen mellisa1
4 cerpen mellisa1
 
3 cerpen pemain-catur
3 cerpen pemain-catur3 cerpen pemain-catur
3 cerpen pemain-catur
 
1 cerpen memori-seorang-tua
1 cerpen memori-seorang-tua1 cerpen memori-seorang-tua
1 cerpen memori-seorang-tua
 
Cerpen ibu-dan-ceper
Cerpen ibu-dan-ceperCerpen ibu-dan-ceper
Cerpen ibu-dan-ceper
 
Fakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap Sabah
Fakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap SabahFakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap Sabah
Fakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap Sabah
 
Kemahiran belajar
Kemahiran belajarKemahiran belajar
Kemahiran belajar
 
Dasar Wanita Negara
Dasar Wanita NegaraDasar Wanita Negara
Dasar Wanita Negara
 
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui TeladanD. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
 
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan
 
D.Beli Barangan Buatan Malaysia & D.Pensyarikatan Malaysia
D.Beli Barangan Buatan Malaysia & D.Pensyarikatan MalaysiaD.Beli Barangan Buatan Malaysia & D.Pensyarikatan Malaysia
D.Beli Barangan Buatan Malaysia & D.Pensyarikatan Malaysia
 
Dasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi HijauDasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi Hijau
 
Dasar Alam Sekitar
Dasar Alam Sekitar Dasar Alam Sekitar
Dasar Alam Sekitar
 
Dasar Sosial Negara
Dasar Sosial NegaraDasar Sosial Negara
Dasar Sosial Negara
 
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan MakananDasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
 
Dasar Automatif Nasional & Dasar Pertanian Negara
Dasar Automatif Nasional & Dasar Pertanian NegaraDasar Automatif Nasional & Dasar Pertanian Negara
Dasar Automatif Nasional & Dasar Pertanian Negara
 
Sogoshosha Malaysia
Sogoshosha MalaysiaSogoshosha Malaysia
Sogoshosha Malaysia
 
Pelan induk perindustrian ketiga
Pelan induk perindustrian ketigaPelan induk perindustrian ketiga
Pelan induk perindustrian ketiga
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
 

2 cerpen israk

  • 1. Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi) Sinopsis Cerpen Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama- sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung . Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara.Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah. Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan agar abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah terjatuh dan Wahlah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya, Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan. Tema Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan nilai. Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung, kehidupan dan diri neneknya Wah.
  • 2. Persoalan 1. Persoalan jati diri Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran. 2. Persoalan kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya. Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar.Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya. 3. Persoalan tanggungjawab bapa terhadap keluarga. Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anak-anak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar. Plot Binaan Plot 1. Permulaan Adam, Siti Hawa, Israk dan Mikraj telah pulang ke rumah Wah di Kampung Sayong. Israk anak teruna Adam, kelihatan kurang selesa dengan suasana di kampung kerana selama ini dia dibesarkan oleh datuknya di Perth Australia. 2. Perkembangan Mikraj, adik kepada Israk seorang remaja yang mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampong. Israk pula ego dengan statusnya sebagai orang bandar dan bakal
  • 3. bergelar ahli korporat. Perselisihan pendapat antara dua beradik ini semakin memuncak apabila kelakuan dan tingkah laku Israk semakin keterlaluan terhadap Wah. Israk tidak patut menyakiti hati Wah kerana Wahlah yang menjaganya sejak berumur sehari. Pertikaman lidah antara dua beradik itu berlarutan dan telah menyebabkan Wah masuk campur serta menasihati kedua-dua cucunya agar jangan bertekak pasal dirinya lagi. 3. Klimaks Keputusan air di kampung Sayong telah memaksa Israk ke sungai untuk mandi, setelah dicabar oleh adiknya Mikraj. Israk telah terjatuh ke dalam sungai dan telah diselamatkan oleh neneknya. 4. Peleraian Israk keluar dari bilik dengan berpakaian baju Melayu telah mengejutkan keluarganya. Israk mulai mencedok nasi dan gulai malah mencari jering dan tempoyak yang merupakan makanan yang paling tidak disukainya. Teknik Penceritaan 1. Teknik Dialog “Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang menjadi ahli korporat nanti,” rayu Mikraj. “Tak perlu!” Israk menghayun kata-kata 2. Teknik Imbas Kembali Mikraj teringat akan peristiwa yang berlaku pada Wah semasa muda. Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah bertakhta di hati Wah. Tetapi terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir………….Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya.
  • 4. 3. Teknik Pemerian Pagi nirmala. Camar menyanyi mesra bersaing dengan cengkerik menunjuk ketangguhan. Daun-daun melambai-lambai setenang air Sungai Perak. Bot tambang sudah mula beroperasi. Watak dan Perwatakan Watak Utama Israk 1. Anak teruna Adam dan Siti Hawa. 2. Merupakan cucu sulung Wah. 3. Ego dan sombong - Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering. 4. Biadap – Dia sering menyindir dan merungut tentang ketidakselesaan tinggal sehingga menyakiti hati neneknya. 5. Degil – Dia tidak menghormati Wah sebagai neneknya walaupun dinasihati oleh Mikraj. 6. Insaf – Dia sedar akan kesalahannya setelah dia jatuh ke dalam sungai dan diselamatkan oleh Wah. Mikraj 1. Anak kedua pasangan Adam dan Siti Hawa. 2. Adik perempuan Israk dan cucu kedua Wah. 3. Berjiwa seni – dia berminat dalam bidang sastera dan mengajak Israk berkenalan dengan alam. 4. Penyayang - dia amat menyayangi Wah. 5. Bertanggungjawab - Tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah.
  • 5. Wah 1. Merupakan ibu kepada Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj. 2. Sudah lanjut usia tetapi masih kuat dan bertenaga. 3. Alim dan taat akan agama – dia sentiasa berwuduk . 4. Penyayang - dia amat menyayangi cucu-cucunya. 5. Tabah - Wah memelihara anaknya seorang diri setelah kematian suaminya yang meninggal dunia sebelum kelahiran anak mereka. Latar Latar Masa 1. Musim durian 2. Pada waktu pagi - Israk jatuh di sungai ketika hendak mandi akibat ketiadaan air paip. 3. Kebanyakan peristiwa berlaku pada waktu siang. Latar tempat 1. Kampung Sayung iaitu tempat tinggal Wah. 2. Sungai Perak iaitu sungai yang terletak di tepi rumah Wah. 3. Rumah kayu milik Wah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang menghormati orang tua – Mikraj amat menghormati Wah 2. Masyarakat muda yang sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung. Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering. 3. Masyarakat yang bertanggungjawab Mikraj tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah.
  • 6. 4. Masyarakat yang penyayang Wah amat menyayangi cucu-cucunya. Gaya bahasa 1. Simile ……pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona. 2. Dialog “Lama sampai?” aju Wah dan salam dihulurkan oleh tetamu dari Bukit Antarabangsa itu disambut dengan pantas. “Baru”.Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab. 3. Peribahasa Sudah terhantuk baru terngadah Macam anjing dengan kucing . Bagai air dengan minyak. Entah bila akan bercantum. Cari-cari bulu ayam bercantum jua akhirnya. 4. Pesonifikasi Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengeji. 5. Metafora Bara kata-kata Nilai 1. Nilai menghormati ibu bapa. Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya 2. Nilai ketabahan. Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.
  • 7. 3. Nilai keprihatinan Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya. 4. Nilai kasih sayang Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya. Pengajaran 1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan kita. 2. Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat. 3. Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita. 4. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. 5. Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima.
  • 8. Latihan. 1. Mengapakah Israk berasa tidak selesa hidup di kampung? 2. Mengapa Wah tidak mahu menjualkan rumah uzurnya kepada Majlis Daerah? Jawapan. 1. Israk berasa tidak selesa hidup di kampung kerana dia dibesarkan di Perth, Australia yang mewah dengan kekayaan dan dia bakal menjadi orang korporat. 2. Wah tidak mahu menjualkan rumah uzurnya kerana masih memegang amanah ibunya dan rumah itu menyimpan sejuta rahsia hati dan kenangan kehidupan Wah.