1. Linux merupakan salah satu sistem operasi percuma.
Ia boleh bertindak berbilang tugas (multiasking), multi
threading dan operasinya seakan-akan UNIX.
Linux adalah hasil terbaik versi unix seperti unix BSD
dan unix SVR4.
Berbanding Linux, untuk menggunakan unix lesen perlu
dibeli. Jika tidak si pengguna
dikatakan menggunakan program cetak rompak.
Linux percuma boleh dipasang ke komputer peribadi
yang menggunakan cip Intel, Sparc dan Motorola
Pengguna boleh mengubah dan menokok tambah apa
saja kepada kod sumber (source code) Linux
2. Linux boleh berfungsi dengan komputer Intel 386 dan ruang storan
cakera keras 40MB serta RAM 4MB.
Sokongan yang linux perolehi selalunya dalam bentuk dokumen
kaedah penggunaan, soalan lazim, laman web dan bantuan di
ruangan IRC
Terdapat banyak edaran atau versi Linux.
Slackware,
Red Hat,
Debian
Caldera
Sumber Linux boleh didapati dengan FTP atau membeli CD dari
pengedarnya.
Terdapat dua versi kernel Linux. Versi 1.X.Y atau 2.X.Y, di mana X
adalah nombor genap, merupakan kernel yang stabil dan telah diuji
3. Linux boleh mengesan semua jenis cakera keras dan kawalan popular
seperti EIDE, ESDI dan SCSI tanpa masalah.
Jika ingin menggunakan X untuk Linux, iaitu paparan window melalui
GUI, jenis cip yang menjalankan sistem video perlu diketahui kerana
Linux akan berfungsi lebih pantas sekiranya dijalankan dengan Xserver
yang sesuai. Sekiranya tidak tahu jenis cip sistem paparan, bolehlah
mencuba Xserver VGA.
Linux ada sokongan untuk CDROM IDE dan SCSI, kebanyakan
pencetak seperti HP dan Canon serta hampir semua jenis modem, tidak
kira pemasangan di luar atau di dalam. Panduan terbaik ialah, jika DOS
boleh mengesan modem itu, linux juga boleh.