Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Profail syarikat
1. Profail Syarikat CMSSB
1.0 PENGENALAN
CHE MAH & SONS SDN. BHD. (CMSSB) adalah merupakan sebuah syarikat berhad menurut syer.
Syarikat ini telah diperbadankan pada 19hb Oktober 1993 di bawah Akta Syarikat 1965.
CMSSB adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera dan merupakan syarikat pengeluar ubat
tradisional yang unggul di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya lebih dari empat puluh tahun
yang lalu di mana sebelum ini ia dikenali sebagai syarikat M. Mestika Enterprise. Pemerbadanan
syarikat ini adalah dengan matlamat utama bagi memperkembangkan operasi pengeluaran dan
pemasaran ubat-ubatan tradisional jenama “MESTIKA”.
Pengeluaran ubat-ubatan keluaran syarikat CMSSB adalah berasaskan kepada ramuan turun-
temurun. Ramuan ubatan tersebut telah diperturunkan daripada Almarhum Tengku Muhammad bin
Tengku Chik iaitu seorang bomoh yang terkenal dikalangan kerabat diraja Kelantan, kepada
Allahyarhamah Hajjah Che Mah binti Che Ali iaitu isteri beliau lebih lima puluh tahun yang lepas.
Setelah itu, ramuan tersebut telah diperturunkan kepada Haji Jaafar bin Harun iaitu anak
Allahyarhamah Hajjah Che Mah.
Pada masa kini, ubatan keluaran CMSSB telah dikilangkan menggunakan kaedah moden yang
menepati ciri-ciri keselamatan dan kesihatan sebagaimana yang dikehendaki oleh Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu kilang Amalan
Pengilangan Baik (APB). Syarikat CMSSB telah mendirikan kilang APB di Lot 2959, Kg. Simpang
Empat, Chetok, 17000 Pasir Mas, Kelantan di mana kos pembuatannya adalah sebanyak RM 0.625
juta.
Kilang ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Y.B. Dato’ Dr. Suleiman
Bin Mahamed pada 17 Jun 2000. Pejabat urusan CMSSB pula terletak di No. 5, Wisma MDT, Jalan
Puteri Saadong, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan. Sehingga kini, Tuan Haji Jaafar bin Harun adalah
pengarah urusan syarikat CMSSB yang bertanggungjawab ke atas pembuatan, pengeluaran dan
pemasaran produk Mestika.
Dengan adanya kilang APB, syarikat CMSSB telah berjaya meningkatkan daya pengeluaran serta
memperkembangkan pemasarannya di negeri Kelantan khasnya dan negeri-negeri lain di Malaysia
amnya menerusi agen-agen dan rangkaian pengedar yang aktif.
Produk yang dikilangkan oleh syarikat CMSSB pada masa kini ialah Minyak Mestika, Maajun Mestika
Wanita, Maajun Mestika Lelaki dan Maajun Ratu Mestika. Hasil dari R&D yang dilakukan oleh pihak
syarikat CMSSB, produk baru telah dikeluarkan iaitu Minyak Bayini Mestika ( Minyak Telon ) khas
untuk bayi.
2. Profail Syarikat CMSSB
2.0 PROFAIL SYARIKAT
NAMA SYARIKAT : CHE MAH & SONS SDN. BHD
ALAMAT KILANG : Lot 2959, Kg. Simpang Empat, Chetok, 17000 Pasir Mas,
Kelantan Darul Naim
ALAMAT PEJABAT : No, 5, Wisma MDT, Jalan Puteri Saadong,
16250 Wakaf Bharu, Kelantan Darul Naim
NO. TEL (PEJ) : 09-7191332
NO. FAX : 09-7199925
ALAMAT BERDAFTAR : Wan Nadzir & Co. Lot 588B, Tingkat 1,Jalan Bayam
15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
JENIS AKTIVITI : Mengeluar, memasar dan menjual ubatan-ubatan
tradisional
TARAF SYARIKAT : Berhad Menurut Syer (Sdn. Bhd)
NO. PENDAFTARAN : 278832 A
TARIKH DIPERBADANKAN : 19HB Oktober 1993
MODAL DIBENARKAN : RM500,000.00
MODAL BERBAYAR : RM500,000.00
BANK PERNIAGAAN : MALAYAN BANKING BHD. Cawangan Wakaf
Siku, Kota Bharu, Kelantan
NO. AKAUN : 553038000400
*Nota :
Sila rujuk dokumen-dokumen perniagaan yang dilampirkan.
a. Memorandum & Article of Association
b. Borang 24
c. Borang 49
d. Borang 44
3. Profail Syarikat CMSSB
3.0 PROFAIL AHLI LEMBAGA PENGARAH
3.1 PENGARAH PERTAMA
NAMA : JAAFAR BIN HARON
NO. KAD PENGENALAN : 420215-03-5181
TARIKH LAHIR : 15HB Februari 1942
ALAMAT : Lot 3146, Kg. Kedemit, 16250 Wakaf Bharu
Kelantan Darul Naim
JAWATAN : Pengarah Urusan
PENGALAMAN : Melebihi 40 tahun dan berpengalaman luas
di dalam bidang pengeluaran, pengendalian
dan pemasaran ubat-ubatan tradisional
Mestika.
3.2 PENGARAH KEDUA
NAMA : ZAILINTUN BT JAAFAR
NO. KAD PENGENALAN : 721102-03-5264
TARIKH LAHIR : 02HB November 1972
ALAMAT : Lot 3146, Kg. Kedemit, 16250 Wakaf Bharu
Kelantan Darul Naim
JAWATAN : Pengurus Pentadbiran
PENGALAMAN : Berpengalaman dalam bidang pentadbiran dan
pengurusan. Beliau juga berkemampuan dalam
mengendalikan urusan-urusan pejabat dengan
amanah,jujur dan berdedikasi.
4. Profail Syarikat CMSSB
3.3 PENGARAH KETIGA
NAMA : ABDULLAH BIN SAMSUDDIN
NO. KAD PENGENALAN : 710723-71-5293
TARIKH LAHIR : 23HB Julai 1971
ALAMAT : Lot 2959, Kg. Simpang Empat, Chetok
17040 Pasir Mas, Kelantan Darul Naim
JAWATAN : Pengurus kilang
PENGALAMAN : Mempunyai pengalaman dalam urusan
perkilangan, pengeluaran dan pengendalian ubat-
ubatan tradisional. Beliau juga turut terlibat secara
langsung dalam urusan pentadbiran pekerja-
pekerja kilang.
5. Profail Syarikat CMSSB
4.0 PEMEGANG SAHAM
JUMLAH PEGANGAN SAHAM
4.1 Minyak Mestika Holdings Sdn. Bhd. 227,505 unit
6. Profail Syarikat CMSSB
5.0 AKTIVITI SYARIKAT
Aktiviti utama syarikat adalah mengeluar, memasarkan dan menjual ubat-ubatan tradisional Jenama
MESTIKA. Ubat-ubat dikilangkan oleh kilang yang bertaraf Amalan Perkilangan Baik (APB) atau
Good Manufacturing Practice (GMP) yang diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Produk utama yang dikeluarkan adalah seperti berikut :
BIL NAMA/KOD PRODUK CIRI-CIRI DISKRIPTIF PRODUK
1. Minyak Mestika Digunakan secara tradisional untuk :
MAL 20012844T 1. Sakit otot
2. Sakit sendi
Ramuan : 3. Sakit perut
Herba Pandanus Odorus 0.93 gm 4. Terseliuh
Camphor 0.69 gm 5. Kembung perut
Menthol 1.38 gm 6. Digigit serangga
Oleum Menthae Piperitae 2.79 gm 7. Kanak-kanak kencing malam
Oleum Eucalypti 4.17 gm
2. Maajum Mestika (Wanita) Digunakan secara tradisional untuk :
MAL 20012845T 1. Melancarkan peredaran darah haid.
2. Melegakan senggugut, keputihan.
Ramuan : 3. Melegakan sakit sendi.
Rhizoma Zingiber Minus 25 mg 4. Melawaskan sembelit.
Aloe Sp 50 mg 5. sebagai tonik bersalin.
Flos Eugenia Caryophyllata 75 mg
Semen Carum Copticum 100 mg
Fructus Piper Nigrum 100 mg
Flos Illicium Verum 150 mg
3. Maajun Mestika (Lelaki) Digunakan secara tradisional untuk :
MAL 20012843T 1. Melancarkan peredaran darah.
2. Melegakan sakit urat, sakit pinggang,
Ramuan : sakit sendi.
Folium Cassia Angustifolia 50 mg 3. Sembelit.
Rhizoma Zingiber Minus 50 mg
Flos Illicium Verum 75 mg
Flos Eugenia Caryophyllata 75 mg
Semen Carum Copticum 75 mg
Fructus Piper Nigrum 75 mg
Bark Cinnamum Zeylanicum 100 mg
7. Profail Syarikat CMSSB
4. Maajun Ratu Mestika (Wanita) Digunakan secara tradisional untuk :
MAL 20012842T 1. Melancarkan peredaran darah haid.
2. Melegakan senggugut, keputihan.
Ramuan : 3. Sembelit.
Rhizoma Zingiber Minus 25 mg 4. Tonik bersalin.
Aloe Sp 50 mg
Flos Eugenia Caryophyllata 50 mg
Fructus Piper Nigrum 50 mg
Flos Illicum Verum 50mg
Semen Carum Copticum 75mg
Radix Astragalus Membranaceus 100mg
Rhizoma Angelica Sinesis 100 mg
5. Minyak Bayini Mestika Digunakan secara tradisional untuk:
(Minyak Telon) 1. Melegakan hidung tersumbat.
MAL 20020225T 2. Sakit perut.
3. Kembung perut.
Ramuan: 4. Kanak-kanak kencing malam.
Herba Pandanus Odorus 1.25gm
Oleum Citronellae 0.62gm
Oleum Myristicae 0.62gm
Oleum Eucalypti 0.62gm
Oleum Menthae Piperitae 1.88gm
6.0 PENGURUSAN
CHE MAH & SONS SDN. BHD diuruskan sendiri oleh Ahli Lembaga Pengarah iaitu En. Jaafar Bin
Haron yang bertindak sebagai Pengarah Urusan dengan dibantu oleh Pengurus Pentadbiran,
Pengurus Kewangan, Pengurus Pemasaran dan Pengurus Kilang. Selain daripada itu, syarikat ini
digerakkan juga oleh Pegawai Pemasaran, Jurujual, Penyelia Pengeluaran, Pegawai Kawalan
Kualiti, Juruteknik dan operator pengeluaran yang bekerja secara tetap dan kontrak.
8. Profail Syarikat CMSSB
CARTA ORGANISASI
CHE MAH & SONS SDN. BHD
AHLI LEMBAGA PENGARAH
PENGARAH URUSAN
PENGURUS PENGURUS PENGURUS PENGURUS PEGAWAI
PENTADBIRAN KEWANGAN PEMASARAN KILANG KAWALAN
KUALITI
EKSEKUTIF AKAUN KERANI AKAUN PEGAWAI
PEMASARAN JURUTEKNIK PENYELIA
JURUJUAL OPERATOR
PENGELUARAN
7.0 PERANCANGAN MASA DEPAN
9. Profail Syarikat CMSSB
CHE MAH & SONS SDN. BHD mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa permintaan terhadap
ubatan tradisional akan terus meningkat pada masa depan. Justeru itu, pihak pengurusan sentiasa
berusaha gigih bagi meningkatkan mutu dan pengeluaran ubatan tradisional ini. Selaras dengan
peningkatan di atas, pihak syarikat sedang berusaha keras bagi meluaskan pasaran, dengan
menembusi pasaran luar terutamanya Asia Tenggara dan Asia Barat.
Bagi mencapai matlamat tersebut, pihak syarikat telah megambil beberapa pendekatan yang
proaktif. Antara lain, pihak syarikat telah menubuhkan unit pemasaran yang lebih agresif,
menubuhkan unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi meningkatkan kualiti ubatan dan
menepati piawaian antarabangsa, memperkemaskan organisasi pengurusan bagi membentuk
kumpulan pengurusan yang berwibawa, berwawasan dan berupaya merealisasikan matlamat
syarikat.
Syarikat juga telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti secara berterusan iaitu dengan
mengaplikasikan sistem MS ISO 9001 : 2008, Sistem Pengurusan Kualiti sebagai panduan. Langkah
ini adalah penting untuk menjadi pengeluar dan pembekal produk perubatan tradisional yang
berkualiti, selamat dan mujarab demi mencapai kepuasan pelanggan di seluruh Malaysia khasnya
dan pasaran antarabangsa amnya.