SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Perpaduan: Ke manakah Hala Tuju Kita?
Oleh: Norshazira Binti Mohamed Yazik
“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Itulah antara ungkapan atau pepatah orang Melayu
yang sangat terkenal untuk menggambarkan semangat kerjasama serta tolong-menolong antara
satu sama lain terutama dalam masyarakat. Malaysia? Sebuah negara yang digambarkan oleh
masyarakat dunia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu Melayu,
Cina, dan India yang hidup bersatu-padu tanpa sebarang persengketaan di bawah satu bumbung
yang sama. Sejak dahulu lagi, tiada sebarang masalah yang kita hadapi berkaitan isu perpaduan
ini. Sebagai contoh, orang Melayu boleh makan semeja dengan orang Cina dan India, tidur
sebantal, saling berkongsi rasa, bahkan sanggup berkorban demi persahabatan yang sedia
terjalin. Perpaduan yang terjalin ini jugalah yang telah menjadikan negara kita sebagai sebuah
negara yang menjadi kebanggaan masyarakat dunia kerana kita mampu hidup aman dan damai.
Dalam Islam juga turut menekankan umatnya supaya bersatu-padu dan ianya dapat dilihat
berdasarkan petikan ayat al-Quran yang bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya
kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu
ketika kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu. Maka
menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah berada di tepi
jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya” (Surah Al-Imran, ayat 3:103).
Isu perpaduan sebenarnya telah membuka mata pemimpin dan masyarakat di negara ini setelah
tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Isu ini dipandang serius oleh kerajaan negara ini kerana ianya
melibatkan perpaduan. Oleh itu, pelbagai usaha ke arah menjaga serta mengekalkan perpaduan
kaum giat dijalankan oleh pihak kerajaan sehingga keadaan menjadi semakin aman dan
masyarakat kembali hidup bersatu.
Namun begitu, Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang baru sahaja melabuhkan
tirainya, iaitu pada 5 Mei 2013 yang lalu telah membawa sebuah cerita yang baru kerana ianya
seolah-olah cuba merobek atau mencetuskan isu perpaduan yang selama ini telah kita pelihara.
Hal ini berlaku disebabkan oleh kaum Cina yang dikatakan lebih bersifat perkauman dan lebih
mempercayai kepimpinan kaum mereka semata. Tidak salah rasanya jika perkara ini berlaku
kerana ianya merupakan hak individu itu sendiri asalkan tidak memecahbelahkan perpaduan
yang sudah sedia terjalin sejak dahulu lagi. Namun, disebabkan masyarakat Cina yang dikatakan
cuba untuk melakukan konspirasi sehingga dikatakan adanya unsur perkauman secara tidak
langsung akan menyebabkan berlakunya pepecahan kaum. Oleh itu, takkan disebabkan oleh
pergolakkan politik tersebut, perpaduan yang sudah kita pupuk sejak dahulu lagi perlu terkubur
begitu sahaja. Ke manakah hala tujunya masyarakat kita sekiranya keadaan ini terus
membelenggu setiap benak fikiran kita? Sia-siakah usaha para pemimpin yang telah bertungkus-
lumus membentuk beberapa dasar untuk terus mengekalkan perpaduan ini?
Konsep 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
pada tahun 2009 telah memperlihatkan dengan jelas usaha beliau untuk mempereratkan lagi
serta terus mengekalkan perpaduan rakyat di negara ini. Menurut beliau, 1Malaysia adalah
sebuah gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat
Malaysia. Tambah beliau lagi, 1Malaysia juga menekankan sikap “penerimaan” dalam kalangan
rakyat berbilang kaum, yang mana sesebuah kaum itu menerima keunikan kaum yang lain
seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai
rakyat dalam sebuah negara.
Justeru, jika rakyat bersatu di bawah satu bumbung dan berpaksikan perlembagaan,
Rukun Negara, dan prinsip penerimaan kepelbagaian kaum serta memahami rentetan sejarah
pembentukan negara Malaysia, maka tiada usaha luar mahupun dalam yang boleh atau mampu
mengikis semangat jati diri yang sedia tertanam dalam diri kita. 1Malaysia bukan retorik politik
bahkan gagasan mencerminkan satu realiti dan hakikat sejarah serta perkembangan politik
negara. Kita bersatu teguh di dalam konteks prinsip penerimaan, bahawa semua kaum sebagai
rakan setia, prinsip kenegaraan bertunjangkan semangat cintakan negara yang diterapkan sejak di
bawah pimpinan Perdana Menteri yang pertama lagi dan prinsip keadilan sosial dalam kalangan
kaum dari segi kebajikan dan aspek sosial yang penting. Oleh itu, takkan disebabkan pergolakan
politik yang sengaja diuar-uarkan menyebabkan perpaduan yang sedia terbina itu musnah dengan
mudah. Kita perlu renungkan kembali motif atau tujuan asal konsep 1Malaysia itu
diperkenalkan, iaitu menyatupadukan kesemua kaum di negara ini dari pelbagai aspek tidak kira
ianya dalam sektor ekonomi, pendidikan, pembangunan, mahupun kewangan. Hal ini bermakud,
setiap kaum dapat merasai serta menikmati segala kemudahan serta kemewahan yang terdapat di
negara ini tanpa ada unsur perkauman. Tidak perlulah unsur perkauman ini dibangkit-
bangkitkan sehingga akhirnya berpecah-belah malah lahirnya perasaan tidak puas hati ataupun
dendam. Justeru, kenapa perlu ada segelintir yang cuba mempersendakan konsep 1Malaysia
yang pada hakikatnya membawa banyak pengertian jika kita hanyati atau fahami konsep
tersebut.
Selain itu, masyarakat Melayu perlu sedar dan bangkit untuk terus memperjuangkan
tinggalan nenek moyang kita. Kita perlu bersatu untuk terus mengekalkan kedaulatan serta
keamanan negara. Jika kita sendiri yang jatuh tersungkur dan terlalu beremosi, maka akhirnya
maruah bangsa kita juga yang akan tergadai. Perpaduan kita juga yang akan tergadai. Oleh itu,
Melayu perlu bersatu. Melayu tidak boleh berpecah. Melayu tidak boleh terpengaruh dengan
hasutan atau kronologi luar yang tidak membawa faedah sehingga boleh memecahbelahkan
bangsa kita. Sebagai contohnya, dalam senario politik di Malaysia itu sendiri yang mana terdapat
banyak parti yang berusaha untuk menarik perhatian masyarakat supaya pada akhirnya parti yang
berjaya itu dapat memimpin negara. Kenapa tidak kebanyakan pemimpin parti-parti tersebut
yang merupakan orang Melayu itu sendiri bergabung untuk untuk memperkukuhkan lagi hasrat
atau impian tersebut. Saya percaya, jika suatu hari nanti hasrat untuk menyatukan pemimpin-
pemimpin Melayu ini tercapai, maka secara tidak langsung kekuatan Melayu itu sendiri akan
bertambah gah dan kuat. Kepimpinan Melayu itu sendiri juga tidak lagi diragui oleh
masyarakatnya dan saya sebagai anak Melayu akan berasa sangat bangga.
Orang Melayu merupakan masyarakat majoriti negara ini. Oleh itu, Perlembagaan
Persekutuan telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerana ianya merupakan
bahasa masyarakat majoriti negara ini. Agama Islam pula menjadi agama rasmi negara ini.
Kedua-dua perkara tersebut merupakan antara hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk
majoriti negara ini. Namun begitu, kaum yang lain juga turut diberi hak keistimewaan masing-
masing yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam Perlembagaan. Antaranya ialah peruntukan
pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti turut termaktub
melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara
pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia. Justeru, tidak akan timbul
isu perkauman di sini. Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956),
negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacau bilaukan oleh penjajah dengan
polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat berharga untuk diamalkan oleh pihak
British ke atas nenek moyang kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian
menguntungkan pihak penjajah semata-mata. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah
mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang
membawa maksud ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme
sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara.
Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan
‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Hal ini bermaksud, kita sekadar berhubungan di
pejabat, pasar, dan tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui
sempadan-sempadan persekitaran tersebut. Justeru, kita perlu mengubah persepsi tersebut kepada
perkara yang lebih positif. Keadaan ini boleh dan sememangnya telah direalisasikan serta
diamalkan oleh masyarakat dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi
sesebuah negara. Mana-mana kerajaan juga pasti akan berusaha untuk menentukan elemen-
elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi, dan
infrastruktur dapat dicapai. Kita sebagai masyarakat juga perlu sedar akan usaha-usaha yang
telah dilakukan oleh kerajaan dan kita juga perlu bangkit untuk merealisasikannya dan bukan
memusnahkannya.
Di samping itu, agama rasmi negara kita merupakan agama Islam, namun kerajaan tidak
pernah melarang kaum lain untuk menyambut perayaan mereka mengikut agama masing-masing.
Hal ini demikian kerana, kerajaan tidak pernah memaksa agar semua rakyat yang menetap di
Malaysia untuk menganut agama Islam. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa
tidak ada unsur paksaan, malah kerajaan sangat menggalakkan masyarakatnya untuk turut serta
menyambut perayaan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, jika kerajaan mengadakan Sambutan
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan, maka secara tidak langsung kaum
lain akan turut hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut. Begitu juga perayaan-perayaan yang
disambut oleh kaum lain. Sambutan serta kemeriahan yang sama turut akan diadakan oleh
kerajaan. Bahkan, aktiviti kunjung-mengunjung turut diterapkan dan digalakkan untuk
diamalkan oleh masyarakat. Justeru, tidak akan timbul isu perkauman kerana wujudnya
kesamarataan, malah ianya akan lebih mengeratkan lagi perpaduan yang sudah sedia terjalin.
Sebagai kesimpulannnya, perpaduan yang sedia ada ini kita perlu kekalkan, pelihara,
serta perkukuhkan lagi kerana bak kata pepatah “Sekali air bah, sekali pantai berubah.” Hal ini
bermaksud sekiranya sesuatu yang sudah kita bina itu berubah yakni perpaduan, maka mungkin
segala yang kita nikmati pada hari ini hanya akan tinggal kenangan semata-mata. Justeru, kita
haruslah mengekalkan perpaduan kebangsaan ini sampai bila-bila sehingga ianya dapat dirasai
oleh generasi akan datang. Segala usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan perlu dihargai
dan difikirkan kerelevanan perkara tersebut dibuat. Kita harus menghindari segala anasir yang
boleh memecahbelahkan perpaduan yang telah terbina. Bersatu hati demi negara yang hakiki
agar kesejahteraan dan keamanan kekal abadi.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaanAnalisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaanaeyma
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaDeeba Arumugam
 
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduanCara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduangoogle
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalAtifah Ruzana Abd Wahab
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
Pendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangPendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangMohamad Bakar
 
13 perpaduan asas kestabilan & cabaran
13 perpaduan asas kestabilan & cabaran13 perpaduan asas kestabilan & cabaran
13 perpaduan asas kestabilan & cabaranZahratul Jannah
 
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...Asyraf Abdul Rahim
 
Dinamika 1 malaysia
Dinamika 1 malaysiaDinamika 1 malaysia
Dinamika 1 malaysiasitinurhanna
 
Amalan menjaga keamanan dan keharmonian
Amalan menjaga keamanan dan keharmonianAmalan menjaga keamanan dan keharmonian
Amalan menjaga keamanan dan keharmonianSai Kim Tan
 
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiHubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiMahyuddin Khalid
 
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020960623
 
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMKOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMChittana Som Sak
 
Amalan terbaik kesejahteraan sosial di dunia
Amalan terbaik kesejahteraan sosial di duniaAmalan terbaik kesejahteraan sosial di dunia
Amalan terbaik kesejahteraan sosial di duniaIdlanSyahmi
 
Was ist angesagt? (20)

Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaanAnalisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
Analisa keberkesanan program integrasi oleh kerajaan
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysia
 
Presiden Idaman Masa Depan
Presiden Idaman Masa DepanPresiden Idaman Masa Depan
Presiden Idaman Masa Depan
 
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduanCara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
 
1 malaysiabooklet
1 malaysiabooklet1 malaysiabooklet
1 malaysiabooklet
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
Pendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangPendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilang
 
13 perpaduan asas kestabilan & cabaran
13 perpaduan asas kestabilan & cabaran13 perpaduan asas kestabilan & cabaran
13 perpaduan asas kestabilan & cabaran
 
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
kepentingan perpaduan & integrasi nasional demi kestabilan & kesejahteraan so...
 
Dinamika 1 malaysia
Dinamika 1 malaysiaDinamika 1 malaysia
Dinamika 1 malaysia
 
Amalan menjaga keamanan dan keharmonian
Amalan menjaga keamanan dan keharmonianAmalan menjaga keamanan dan keharmonian
Amalan menjaga keamanan dan keharmonian
 
1 malaysia b
1 malaysia b1 malaysia b
1 malaysia b
 
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiHubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
 
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
Peranan remaja dalam mencapai wawasan 2020
 
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAMKOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Amalan terbaik kesejahteraan sosial di dunia
Amalan terbaik kesejahteraan sosial di duniaAmalan terbaik kesejahteraan sosial di dunia
Amalan terbaik kesejahteraan sosial di dunia
 
moral t3 esei.docx
moral t3 esei.docxmoral t3 esei.docx
moral t3 esei.docx
 
Ähnlich wie Perpaduan ke manakah hala tuju kita

CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA Pushpanantini Iswaran
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisJamilah Abd Halim
 
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan BangsaE-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsaaymanadrisham1
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Bab 7 cabaran terhadap he di malaysia
Bab 7 cabaran terhadap he di malaysiaBab 7 cabaran terhadap he di malaysia
Bab 7 cabaran terhadap he di malaysiaDhani Ahmad
 
Negara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahNegara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahfaizah12
 
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunanFidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunanFidelia Museh
 
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanTeks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanAtie Duckling
 
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptxAhmadKamalSaidin1
 
Pidato
Pidato Pidato
Pidato eqazue
 
Bedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptx
Bedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptxBedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptx
Bedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptxMuhammadGymnastiar3
 
Membangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan Pancasila
Membangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan PancasilaMembangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan Pancasila
Membangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan Pancasilamusniumar
 
Ähnlich wie Perpaduan ke manakah hala tuju kita (20)

CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
 
26499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-126499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-1
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakis
 
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan BangsaE-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Bab 7 cabaran terhadap he di malaysia
Bab 7 cabaran terhadap he di malaysiaBab 7 cabaran terhadap he di malaysia
Bab 7 cabaran terhadap he di malaysia
 
Negara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahNegara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarah
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunanFidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
 
Powerpoint kenegaraan
Powerpoint kenegaraanPowerpoint kenegaraan
Powerpoint kenegaraan
 
Powerpoint kenegaraan
Powerpoint kenegaraanPowerpoint kenegaraan
Powerpoint kenegaraan
 
Ucapan
Ucapan Ucapan
Ucapan
 
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduanTeks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
Teks syarahan 1 msia pemangkin perpaduan
 
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
 
Pidato
Pidato Pidato
Pidato
 
Bedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptx
Bedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptxBedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptx
Bedah Kasus Pancasila Sebagai Ideologi Bangsa.pptx
 
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
 
E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )
 
Membangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan Pancasila
Membangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan PancasilaMembangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan Pancasila
Membangun Wawasan Kebangsaan: Mengimplementasikan Pancasila
 
Perpaduan ke manakah hala tuju kita

  • 1. Perpaduan: Ke manakah Hala Tuju Kita? Oleh: Norshazira Binti Mohamed Yazik “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Itulah antara ungkapan atau pepatah orang Melayu yang sangat terkenal untuk menggambarkan semangat kerjasama serta tolong-menolong antara satu sama lain terutama dalam masyarakat. Malaysia? Sebuah negara yang digambarkan oleh masyarakat dunia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina, dan India yang hidup bersatu-padu tanpa sebarang persengketaan di bawah satu bumbung yang sama. Sejak dahulu lagi, tiada sebarang masalah yang kita hadapi berkaitan isu perpaduan ini. Sebagai contoh, orang Melayu boleh makan semeja dengan orang Cina dan India, tidur sebantal, saling berkongsi rasa, bahkan sanggup berkorban demi persahabatan yang sedia terjalin. Perpaduan yang terjalin ini jugalah yang telah menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang menjadi kebanggaan masyarakat dunia kerana kita mampu hidup aman dan damai. Dalam Islam juga turut menekankan umatnya supaya bersatu-padu dan ianya dapat dilihat berdasarkan petikan ayat al-Quran yang bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu. Maka menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah berada di tepi jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya” (Surah Al-Imran, ayat 3:103). Isu perpaduan sebenarnya telah membuka mata pemimpin dan masyarakat di negara ini setelah tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Isu ini dipandang serius oleh kerajaan negara ini kerana ianya melibatkan perpaduan. Oleh itu, pelbagai usaha ke arah menjaga serta mengekalkan perpaduan kaum giat dijalankan oleh pihak kerajaan sehingga keadaan menjadi semakin aman dan masyarakat kembali hidup bersatu.
  • 2. Namun begitu, Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang baru sahaja melabuhkan tirainya, iaitu pada 5 Mei 2013 yang lalu telah membawa sebuah cerita yang baru kerana ianya seolah-olah cuba merobek atau mencetuskan isu perpaduan yang selama ini telah kita pelihara. Hal ini berlaku disebabkan oleh kaum Cina yang dikatakan lebih bersifat perkauman dan lebih mempercayai kepimpinan kaum mereka semata. Tidak salah rasanya jika perkara ini berlaku kerana ianya merupakan hak individu itu sendiri asalkan tidak memecahbelahkan perpaduan yang sudah sedia terjalin sejak dahulu lagi. Namun, disebabkan masyarakat Cina yang dikatakan cuba untuk melakukan konspirasi sehingga dikatakan adanya unsur perkauman secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya pepecahan kaum. Oleh itu, takkan disebabkan oleh pergolakkan politik tersebut, perpaduan yang sudah kita pupuk sejak dahulu lagi perlu terkubur begitu sahaja. Ke manakah hala tujunya masyarakat kita sekiranya keadaan ini terus membelenggu setiap benak fikiran kita? Sia-siakah usaha para pemimpin yang telah bertungkus- lumus membentuk beberapa dasar untuk terus mengekalkan perpaduan ini? Konsep 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2009 telah memperlihatkan dengan jelas usaha beliau untuk mempereratkan lagi serta terus mengekalkan perpaduan rakyat di negara ini. Menurut beliau, 1Malaysia adalah sebuah gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tambah beliau lagi, 1Malaysia juga menekankan sikap “penerimaan” dalam kalangan rakyat berbilang kaum, yang mana sesebuah kaum itu menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam sebuah negara.
  • 3. Justeru, jika rakyat bersatu di bawah satu bumbung dan berpaksikan perlembagaan, Rukun Negara, dan prinsip penerimaan kepelbagaian kaum serta memahami rentetan sejarah pembentukan negara Malaysia, maka tiada usaha luar mahupun dalam yang boleh atau mampu mengikis semangat jati diri yang sedia tertanam dalam diri kita. 1Malaysia bukan retorik politik bahkan gagasan mencerminkan satu realiti dan hakikat sejarah serta perkembangan politik negara. Kita bersatu teguh di dalam konteks prinsip penerimaan, bahawa semua kaum sebagai rakan setia, prinsip kenegaraan bertunjangkan semangat cintakan negara yang diterapkan sejak di bawah pimpinan Perdana Menteri yang pertama lagi dan prinsip keadilan sosial dalam kalangan kaum dari segi kebajikan dan aspek sosial yang penting. Oleh itu, takkan disebabkan pergolakan politik yang sengaja diuar-uarkan menyebabkan perpaduan yang sedia terbina itu musnah dengan mudah. Kita perlu renungkan kembali motif atau tujuan asal konsep 1Malaysia itu diperkenalkan, iaitu menyatupadukan kesemua kaum di negara ini dari pelbagai aspek tidak kira ianya dalam sektor ekonomi, pendidikan, pembangunan, mahupun kewangan. Hal ini bermakud, setiap kaum dapat merasai serta menikmati segala kemudahan serta kemewahan yang terdapat di negara ini tanpa ada unsur perkauman. Tidak perlulah unsur perkauman ini dibangkit- bangkitkan sehingga akhirnya berpecah-belah malah lahirnya perasaan tidak puas hati ataupun dendam. Justeru, kenapa perlu ada segelintir yang cuba mempersendakan konsep 1Malaysia yang pada hakikatnya membawa banyak pengertian jika kita hanyati atau fahami konsep tersebut. Selain itu, masyarakat Melayu perlu sedar dan bangkit untuk terus memperjuangkan tinggalan nenek moyang kita. Kita perlu bersatu untuk terus mengekalkan kedaulatan serta keamanan negara. Jika kita sendiri yang jatuh tersungkur dan terlalu beremosi, maka akhirnya maruah bangsa kita juga yang akan tergadai. Perpaduan kita juga yang akan tergadai. Oleh itu,
  • 4. Melayu perlu bersatu. Melayu tidak boleh berpecah. Melayu tidak boleh terpengaruh dengan hasutan atau kronologi luar yang tidak membawa faedah sehingga boleh memecahbelahkan bangsa kita. Sebagai contohnya, dalam senario politik di Malaysia itu sendiri yang mana terdapat banyak parti yang berusaha untuk menarik perhatian masyarakat supaya pada akhirnya parti yang berjaya itu dapat memimpin negara. Kenapa tidak kebanyakan pemimpin parti-parti tersebut yang merupakan orang Melayu itu sendiri bergabung untuk untuk memperkukuhkan lagi hasrat atau impian tersebut. Saya percaya, jika suatu hari nanti hasrat untuk menyatukan pemimpin- pemimpin Melayu ini tercapai, maka secara tidak langsung kekuatan Melayu itu sendiri akan bertambah gah dan kuat. Kepimpinan Melayu itu sendiri juga tidak lagi diragui oleh masyarakatnya dan saya sebagai anak Melayu akan berasa sangat bangga. Orang Melayu merupakan masyarakat majoriti negara ini. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerana ianya merupakan bahasa masyarakat majoriti negara ini. Agama Islam pula menjadi agama rasmi negara ini. Kedua-dua perkara tersebut merupakan antara hak istimewa orang Melayu sebagai penduduk majoriti negara ini. Namun begitu, kaum yang lain juga turut diberi hak keistimewaan masing- masing yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam Perlembagaan. Antaranya ialah peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti turut termaktub melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia. Justeru, tidak akan timbul isu perkauman di sini. Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacau bilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat berharga untuk diamalkan oleh pihak British ke atas nenek moyang kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian
  • 5. menguntungkan pihak penjajah semata-mata. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang membawa maksud ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Hal ini bermaksud, kita sekadar berhubungan di pejabat, pasar, dan tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut. Justeru, kita perlu mengubah persepsi tersebut kepada perkara yang lebih positif. Keadaan ini boleh dan sememangnya telah direalisasikan serta diamalkan oleh masyarakat dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi sesebuah negara. Mana-mana kerajaan juga pasti akan berusaha untuk menentukan elemen- elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi, dan infrastruktur dapat dicapai. Kita sebagai masyarakat juga perlu sedar akan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan kita juga perlu bangkit untuk merealisasikannya dan bukan memusnahkannya. Di samping itu, agama rasmi negara kita merupakan agama Islam, namun kerajaan tidak pernah melarang kaum lain untuk menyambut perayaan mereka mengikut agama masing-masing. Hal ini demikian kerana, kerajaan tidak pernah memaksa agar semua rakyat yang menetap di Malaysia untuk menganut agama Islam. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa tidak ada unsur paksaan, malah kerajaan sangat menggalakkan masyarakatnya untuk turut serta menyambut perayaan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, jika kerajaan mengadakan Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan, maka secara tidak langsung kaum lain akan turut hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut. Begitu juga perayaan-perayaan yang
  • 6. disambut oleh kaum lain. Sambutan serta kemeriahan yang sama turut akan diadakan oleh kerajaan. Bahkan, aktiviti kunjung-mengunjung turut diterapkan dan digalakkan untuk diamalkan oleh masyarakat. Justeru, tidak akan timbul isu perkauman kerana wujudnya kesamarataan, malah ianya akan lebih mengeratkan lagi perpaduan yang sudah sedia terjalin. Sebagai kesimpulannnya, perpaduan yang sedia ada ini kita perlu kekalkan, pelihara, serta perkukuhkan lagi kerana bak kata pepatah “Sekali air bah, sekali pantai berubah.” Hal ini bermaksud sekiranya sesuatu yang sudah kita bina itu berubah yakni perpaduan, maka mungkin segala yang kita nikmati pada hari ini hanya akan tinggal kenangan semata-mata. Justeru, kita haruslah mengekalkan perpaduan kebangsaan ini sampai bila-bila sehingga ianya dapat dirasai oleh generasi akan datang. Segala usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan perlu dihargai dan difikirkan kerelevanan perkara tersebut dibuat. Kita harus menghindari segala anasir yang boleh memecahbelahkan perpaduan yang telah terbina. Bersatu hati demi negara yang hakiki agar kesejahteraan dan keamanan kekal abadi.
  • 7. disambut oleh kaum lain. Sambutan serta kemeriahan yang sama turut akan diadakan oleh kerajaan. Bahkan, aktiviti kunjung-mengunjung turut diterapkan dan digalakkan untuk diamalkan oleh masyarakat. Justeru, tidak akan timbul isu perkauman kerana wujudnya kesamarataan, malah ianya akan lebih mengeratkan lagi perpaduan yang sudah sedia terjalin. Sebagai kesimpulannnya, perpaduan yang sedia ada ini kita perlu kekalkan, pelihara, serta perkukuhkan lagi kerana bak kata pepatah “Sekali air bah, sekali pantai berubah.” Hal ini bermaksud sekiranya sesuatu yang sudah kita bina itu berubah yakni perpaduan, maka mungkin segala yang kita nikmati pada hari ini hanya akan tinggal kenangan semata-mata. Justeru, kita haruslah mengekalkan perpaduan kebangsaan ini sampai bila-bila sehingga ianya dapat dirasai oleh generasi akan datang. Segala usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan perlu dihargai dan difikirkan kerelevanan perkara tersebut dibuat. Kita harus menghindari segala anasir yang boleh memecahbelahkan perpaduan yang telah terbina. Bersatu hati demi negara yang hakiki agar kesejahteraan dan keamanan kekal abadi.