Dokumen ini merangkum kandungan Kajian Tempatan untuk Tahun 4 hingga 6. Kandungan dibahagikan kepada tiga skop yang meliputi pemahaman rumah, sejarah negara, dan ekonomi negara. Setiap skop menyenaraikan topik, objektif, hasil pembelajaran, unsur patriotik, dan contoh aktiviti yang berkaitan. Susunan kandungan ini dirancang untuk memberikan pemahaman menyeluruh tentang diri, masyarakat, dan
2. Kandungan Kajian Tempatan ini mengandungi program pembelajaran untuk tiga tahun mulai Tahun 4 hingga Tahun 6. Kandungan mata pelajaran ini disusun mengikut tiga skop kandungan seperti berikut :
3.
4. Skop Kandungan Pertama memahami rumah sebagai keperluan asas manusia serta kawasan persekitarannya menekankan interaksi murid dan masyarakat serta mengamalkan nilai-nilai hidup murni.
5. Skop Kandungan Kedua Memberi pengenalan tentang negara kita dan sejarahnya supaya murid cinta dan bangga dengan persekitaran dan warisan sejarah negara. Diberi pendedahan beberapa jenis iklim dan tumbuhan semula jadi di beberapa kawasan iklim dunia.
6. Skop Kandungan Ketiga memberi pendedahan kepada murid tentang ekonomi dan kejayaan negara. Hal ini akan menimbulkan kesedaran kepada murid tentang usaha pembinaan bangsa dan negara Malaysia serta pembangunan negara.
7. Bukankah itu satu susunan yang rasional lagi wajar ? Apa pendapat anda?
9. TEMA 1 : RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA OBJEKTIF : 1. Memahami sejarah dan jenis petempatan awal manusia 2. Memahami faktor yang mempengaruhi pembinaan rumah 3. Mengenali jenis rumah di Malaysia dan negara lain serta kepentingannya 4. Menghargai rumah sebagai tempat tinggal
10.
11. Lajur Pertama Dalam lajur Tema/Topik, disenaraikan topik utama dan subtopik-subtopik kepada topik utama tersebut. Bagi setiap subtopik, disenaraikan tajuk-tajuk kecil. Tema, topik dan subtopik ialah kandungan Sukatan Pelajaran. Bagi setiap subtajuk pula tercatat perincian huraian. Kedalaman dan keluasan skop sesuatu tema itu ditentukan oleh topik dan subtopik, tajuk serta perincian huraian.
12. Lajur Kedua Hasil Pembelajaran bermaksud kemahiran dan pengalaman pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan HP dicatat secara spesifik,jelas dan tepat supaya mudah diukur objektif P & P HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyenaraikan corak petempatan awal manusia 2. Menceritakan corak petempatan awal manusia 3. Membandingkan dan membezakan dua jenis petempatan awal manusia 4. Menerangkan persekitaran gua ialah jenis petempatan awal yang sesuai 5. Menerangkan keperluan tinggal di kawasan lapang 6. Menceritakan kepentingan tinggal di pinggiran sungai atau tasik
13. Lajur Ketiga disenaraikan nilai murni masyarakat dan semangat patriotik yang ingin dipupuk. Aspek ini amat penting disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana melaluinya murid akan dapat menghayati mesej yang disampaikan. Pemupukan unsur patriotisme ini boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara terancang. Penyataan semangat patriotik ini disenaraikan selaras dengan isi kandungan dalam lajur Tema / Topik dan Hasil Pembelajaran. UNSUR PATRIOTISME Bersyukur dengan adanya rumah sebagai tempat tinggal Bersyukur dengan pembinaan rumah yang sempurna Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri
14. Lajur Keempat CONTOH AKTIVITI 1. Membina model gua sebagai petempatan awal manusia daripada bahan terbuang 2. Membuat buku skrap tentang pelbagai jenis petempatan awal manusia 3. Melukis gambar sejarah awal petempatan manusia 4. Mengumpulkan gambar petempatan awal manusia dan menulis karangan pendek berkaitan gambar tersebut Untuk memastikan murid mengetahui, memahami dan menguasai pelbagai kemahiran, lajur Contoh Aktiviti disediakan. Berpandukan contoh aktiviti tersebut, guru dapat mengelolakan pelajaran dengan lebih berkesan. Contoh yang disediakan adalah berbentuk kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Contoh : Muridmenyenaraikan……… Murid melakarkan peta……… Murid mencatat………………