SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
Berita Harian (7 Jun 2005) menyiarkan artikel bertajuk “Kod etika Internet bendung khabar
angin” melihat internet ibarat pisau yang “boleh memotong dan juga membunuh”. Kepincangan
belia yang mengadap komputer sepanjang hari berchatting, melayari laman porno, asyik
bermain video game dan terdapat pula laman web yang menyebarkan fitnah terhadap individu
atau atau kerajaan. Tindakan invividu atau kumpulan yang menyebarkan fitnah melalui laman
web juga berleluasa sehingga mampu menimbulkan panik kepada masyarakat. Tindakan
kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia, menubuhkan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertujuan mengadakan forum dan membincangkan
“kod etika pengamal telekomunikasi dan multimedia” sangatlah dialu-alukan. Etika guru-guru
dalam penggunaan ICT ini juga harus dimaktubkan dalam etika perguruan.
Adalah disarankan agar pihak pengurusan sekolah mengambil berat akan etika profesion
perguruan supaya semua guru di bawah pentadbiran mereka akan lebih beretika semasa
menjalankan tugas. Paling tidak etika perguruan ini dibawa ke dalam mesyuarat guru pertama
setiap awal tahun untuk mengingatkan guru-guru tentang kepentingannya.
Pentadbir sekolah dicadangkan menyediakan satu checklist pelanggaran etika oleh guru-guru
sebagai semakan untuk dijadikan alat pengukuran dan penilaian sahsiah guru. Ini dijangka
mampu mengurangkan kes-kes guru bermasalah di sekolah. Pihak pentadbir harus faham Teori
Y (personaliti positif) tidak dimiliki oleh semua guru, malah ramai guru yang harus dipantau dan
diawasi (Teori X) sentiasa (Lunenburg dan Ornstein, 2004; Hanson, 2003; Owens, 1998). Guru-
guru di sekolah sudah biasa dengan sindrom “kucing tiada, tikus bermaharajalela”.
Di peringkat atasan pula, dicadangkan agar kod etika guru (Tatasusila Profesion Perguruan
Malaysia) digubal semula mengikut keperluan semasa. Penggubalan kod etika guru yang baru
harus mengambil kira pandangan guru-guru secara keseluruhannya. Kajian-kajian mengenai
keberkesanan kod etika guru harus dijalankan secara komprehensif guna untuk mengetahui
tahap kesedaran, pengetahuan dan amalan guru-guru bersesuaian dengan etika perguruan.
Kesimpulan

Guru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profesion perguruan di Malaysia masih
dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara, walaupun semakin pudar pengiktirafan tersebut.
Kerajaan masih memberikan peruntukan tertinggi kepada Kementerian Pelajaran dalam
Belanjawan Negara. Walaupun nilai ekonominya tidak berapa memberangsangkan, para guru
harus bersyukur kerana tugas guru merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam agama dan
menjadi agenda utama kerajaan.

Kita telah melihat bagaimana sesuatu kod etika perguruan dibina. Bermula dengan teori-teori
yang berkaitan, permasalahan etika terutama yang berkaitan dengan dunia perguruan, diikuti
dengan rasionalnya pembentukan sesuatu kod etika, nilai moral yang seharusnya ada pada
seorang guru dan tanggungjawab seorang guru.
Bahagian seterusnya, kita melihat kepada prinsip-prinsip dan nilai etika seorang guru yang juga
    seorang penjawat awam. Bagi guru-guru, kita adalah terikat kepada etika Kementerian
    Pelajaran, Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan Perintah Am. Guru-guru harus
    mengamalkan etika-etika dan peraturan yang disediakan ini supaya masyarakat memandang
    tinggi dan yakin kepada profesionalisme guru-guru Malaysia.

    Bahagian terakhir kita telah didedahkan dengan beberapa isu yang berkaitan dengan
    pematuhan etika perguruan. Terdapat tujuh isu yang diketengahkan, iaitu, isu penilaian; isu
    amanah; isu ikhlas; isu dedikasi; isu bersyukur; isu gangguan seksual; dan isu sekitar etika
    perguruan yang wujud pada masa ini. Beberapa cadangan juga disarankan dalam kupasan
    setiap isu untuk memperbaiki keadaan yang wujud. Jelas kepada kita bahawa nilai etika guru-
    guru banyak “dipalit arang” oleh segelintir yang tidak seharusnya menceburi bidang perguruan.

    Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan melanggar etika perguruan kerana ia
    merupakan landasan yang menuju kepada tingkahlaku yang akan dipandang tinggi oleh
    masyarakat. Selain daripada itu, pematuhan etika perguruan akan meningkatkan martabat
    guru-guru Malaysia.




    BIBLIOGRAFI



   Buku Rujukan




   Abdullah Bakri. 1990. Kepimpinan Pengajaran dan Konsep Kepimpinan Berpasukan . Wawasan.
    Ogos 1990. 5 – 15.




   Asnah Abdul Hamid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan. Jurnal
    Pengurusan Pendidikan. Jld. 5. 29 – 40




   Berita Harian. 7 Jun 2005. Kod Etika Internet Bendung Khabar Angin.
   Black, P. 2001. Ideology, Evidence and the Raising of Standards dalam Dillon, J. dan Maguire,
    M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University
    Press. 25 - 36.




   Cribb, A. dan Gewirtz, S. 2001. Values and Schooling dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed).
    Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 37 –
    49.




   Feeney, S. dan Christensen, D. 1979. Who Am I In The Lives of Children?: An Introduction to
    Teaching Young Children. Ohio : Charles E. Merill




   Feeney, S., Christensen, D. dan Moravcik, E. 1996. Who Am I In The Lives of Children? : An
    Introduction to Teaching Young Children. New Jersey: Prentice Hall.




   Foo Say Fooi. 2005. Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Serdang: Penerbit
    UPM.




   Hanson, E.M. 2003. Educational Administration and Organizational Behavior (Edisi 5). Boston:
    Allyn and Bacon.




   Institut Aminudin Baki. 1997. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan. Kementerian Pendidikan
    Malaysia. 15 Disember 1997




   Kamarudin Hj. Kachar. 1989. Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing.
   Lieberman, M. 1956. Education As A Profession. New Jersey: Prentice Hall.




   Lunenberg, F.C. dan Ornstein, A.C. 2004. Educational Administration: Concepts and Practices
    (Edisi 4). Belmont: Wadsworth / Thomson




   Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia (Edisi 7). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.




   Mukherjee, G.H. 1978. Sekolah dan Nilai Moral. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia. Jld. 23
    (58) April 1978. 28 – 33.




   Omens, R.G. 1998. Organizational Behavior in Education (Edisi 6). Boston: Allyn and Bacon.




   Radzuan Hassan. 1997. Utusan Melayu. 26 Okt. 1997.




   Strike, K. A. dan Soltis, J. F. 1998. The Ethics of Teaching. New York: Teacher College Press.




   Sufean Hussin, 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur:
    DBP.




   Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice ( Edisi 7 ). New Jersey : Prentice Hall.




   _____. 1996. Perintah-perintah Am: Bab A – Bab G, Kuala Lumpur: MDC
   Atas Talian




   Alabama Education Association. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas
    talian.http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm (3 Sept. 2005)




   Association of Unity Churches. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas
    talianhttp://www.unity.org/education/ltcode.html%20%203%209%202005 (3 Sept 2005)




   Azman Md. Nor. 25 Ogos 1997. Guru Bahasa Inggeris Enggan Ke Desa. atas
    talian. http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97826.htm ( 13 Sept. 2005)




   Berita Harian. 11 Sept. 2005. Guru Rogol 32 Pelajar. atas talian.
   http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20050911103703/Article/pp_index_html
   20050911103703/Article/pp_index_html (11 Sept 2005)




   Buletin Online. 2004. Guru AJK UMNO Dungun Abai Tanggungjawab. atas
    talian http://buletinonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=131 (9 Sept. 2005)




   EVAW. tanpa tarikh. EVAW International Mission Statement. (atas talian) G:About EVAW
    International.htm (3 Sept. 2005)
   Freitas, D. tanpa tarikh. A Professional Code of Ethics for Teacher Educators: A Proposal to
    Stimulate Discussion and Debate. atas talian.http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm (3
    Sept. 2005)
   Kant, I. (tanpa tarikh). Ethics. atas talian. http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtech/t-
    ethics.htm (3 Sept. 2005)




   Marzita Abdullah. 26 Mac 2004. Rasuah: Beberapa Kes Melibatkan Sekolah. atas
    talian. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.htm (15 Sept. 2005)




   New York State United Teachers. 2002. Seeking input on ethics code: Proposal lists six guiding
    principles for teachers. atas
    talian.http://www.nysut.org/newyorkteacher/2001-2002/020116ethics.html ( Sep 2005)




   Syuhada Choo Abdullah. 2002. Sikap Ketua Jabatan Lewat Lapor Kes
   Tatatertib. atas
    talian. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/5aug_tatatertib.htm
   2002/5aug_tatatertib.htm ( 9 Sept. 2005)




   United State Equal Employment Opportunity Commision. (tanpa tarikh).
   Sexual Harassment. atas talian. http://www.de2.psu.edu/harassment/legal/ (12 Ogos 2005)
   Worley S.M. (tanpa tarikh). About The Teacher. atas
    talian.http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/MrsWorleyEthics/t.stm
    MrsWorleyEthics/t.stm (3 Sept. 2005)




   ______. Sept. 2005. Bayaran Skim Baucer Tuisyen Masih Belum Dijelaskan.atas
    talian. http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article (11 Sept 2005)




   ______. 25 Feb. 2004. Guru Disyaki Rogol 2 Pelajar Bisu. atas talian.
   http://www.network54.com/ (11 Sept. 2005)
   ______ . 2001. Code of Ethics for Minnesota Teachers. atas talian.
   http://education.state.mn.us/html/012969.htm (3 Sept. 2005




    Prinsip-prinsip Etika Profesional
    Mengikut Lieberman (1956) prinsip-prinsip Etika Profesion Perguruan harus merangkumi prinsip
    tanggungjawab guru terhadap pelajar, perkongsian dengan ibu bapa, interaksi dengan
    masyarakat, mutual respect dengan majikannya dan hubungan sesama rakan sekerja.Dalam
    profesion perguruan, seorang guru bertanggungjawab membawa para pelajar ke arah
    pemerolehan ilmu dan seterusnya menyediakan mereka ke arah amalan demokrasi. Guru juga
    berperanan membantu mereka mencapai kebahagiaan hidup, menjadi orang yang berguna
    kepada masyarakat dan negara dan individu yang berdikari. Ini merupakan prinsip etika
    professional dalam hubungan antara guru dan murid.Dalam hubungan antara guru dan ibubapa
    pula, ahli-ahli profesion perguruan berkongsi tugas dengan ibu bapa membentuk perlakuan
    kanak-kanak ke arah matlamat akhir yang diterima masyarakat. Keberkesanan kaedah
    pengajaran bergantung kepada hubungan kerjasama antara sekolah dan rumah. Guru
    menggesa ibubapa sentiasa mengawasi aktiviti pelajar di rumah seperti membuat kerja rumah,
    manakala ibubapa pula mengharap guru agar dapat menjadikan anak-anak mereka manusia
    yang berjaya.
    Profesion perguruan melibatkan bukan sahaja tingkah laku guru secara peribadi tetapi juga
    merangkumi interaksi sekolah dengan masyarakat. Hubungan guru dengan masyarakat harus
    berlangsung dalam suasana mesra, bersifat kerjasama, dan sikap yang membina. Masyarakat
    sentiasa mengharapkan sekolah supaya melahirkan ahli masyarakat yang mampu menyumbang
    kepada masyarakat dan negara. Guru-guru pula perlukan masyarakat di luar agar menyediakan
    peluang-peluang untuk anak-anak didik mereka apabila mereka tamat persekolahan seperti
    menyambung pelajaran atau bekerja.Ahli-ahli profesion perguruan tidak dapat lari daripada
    tanggungjawab berkaitan dengan kariernya. Tanggungjawab ini bersifat tanggungjawab di
    antara pekerja dengan majikan. Adalah amat molek jika hubungan ini bersifat mutual respect
    dan saling mempercayai agar tugas dapat dilaksanakan dengan ikhlas. Jika amalan ini berjaya
    dilaksanakan, pemantauan dan arahan daripada pihak atasan akan berlangsung dalam jumlah
    yang sangat minimum dan guru-guru akan merasai bahawa mereka merupakan individu yang
    sangat meyakinkan pihak atasan.
    Adalah dikatakan profesion perguruan berbeza daripada profesion-profesion yang lain. Salah
    satunya kerana keunikan hubungan antara seorang guru dengan rakan sekerjanya. Ada
    keunikan hubungan dan kualiti professional antara sesama guru. Kerjasama antara guru dengan
rakan sejawat mampu memecahkan halangan yang sebesar manapun, terutama bila ia
melibatkan prubahan dalam kurikulum dan system pendidikan.

Prinsip oleh Lieberman ini diakui oleh Sufean Hussin (1996). Menurutnya, tanggungjawab
professional guru meliputi tanggungjawab terhadap pelajar; rakan sejawat dan profesion
perguruan; masyarakat dan negara; dan ibu bapa. Malah Sheila Worley
dalam http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/t.stm, New York State
United Teachers dalamhttp://www.highered.nysed.gov/tcert/resteachers/codeofethics.htm,
guru-guru Association of Unity Churches dalam http://www.unity.org/education/ltcode.html,
David Freitas dalamhttp://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm, Kod Etika Guru-guru Minnesota
dalamhttp://education.state.mn.us/html/012969.htm, Kod Etika Guru oleh Alabama Education
Association dalam http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm dan Tatasusila (Etika) Profesion
Perguruan Malaysia memperakui tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibubapa, rakan
sejawat, profesion perguruan, masyarakat dan negara dalam pembinaan etika perguruan.
Foo (2005) yang merumuskan kod etika universal oleh Larry Colero pula membincangkan enam
prinsip yang perlu dalam pembentukan kod etika perguruan. Pertama beliau melihat prinsip
kesaksamaan dimana setiap guru mesti melayan semua pelajar tanpa mengira bangsa, agama
atau kepercayaan. Sifat adil juga penting dalam mengambil apa-apa tindakan terhadap para
pelajar tanpa mengambil kira jantina, fahaman politik, tempat asal, latar belakang pelajar,
kemampuan akademik dan sebagainya.Kedua, prinsip keterbukaan di mana sifat jujur sangat
diutamakan. Selain dari pada itu, seorang guru tidak wajar mengaibkan rakan-rakan sejawatan
mereka dan tidak harus melobi dengan apa cara sekalipun untuk mendapat kenaikan pangkat
atau markah yang tinggi dalam penilaian prestasi tahunan.Prinsip seterusnya berkaitan dengan
prinsip kerahsiaan dimana guru diminta supaya menghormati hak kerahsiaan para pelajar.
Pelajar tidak harus dimalukan atau direndah-rendahkan dengan mendedahkan maklumat-
maklumat yang boleh memalukan atau menjatuhkan maruah atau merendahkan nilai diri dan
jati diri pelajarnya.
Prinsip ketekunan pula menghendaki guru mengesan potensi pelajar-pelajarnya dan sedia
menerima perbezaan individu pelajar dan seterusnya menjadikan ia asas untuk membimbing
mereka ke arah kecemerlangan.Prinsip kelima ialah prinsip kesetiaan terhadap profesionnya
yang menegah seorang guru daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sopan. Prinsip ini
turut menuntut seorang guru bertindak sebagai ibu bapa ganti dalam usaha membentuk
tingkah laku pelajar ke arah matlamat yang ingin dicapai.. Akhir sekali guru dilarang mengajar
sesuatu yang boleh merosakkan ke[pentingan pelajar, ibu bapa dan negara.Prinsip terakhir
dalam pembentukan etika perguruan ialah prinsip mengelakkan konflik kepentingan peribadi.
Guru-guru disaran agar mengutamakan kepentingan pelajar lebih daripada kepentingan
masyarakat, persatuan atau peribadi. Prinsip ini turut melarang guru mengiklankan kelas-kelas
tuisyen yang beliau mempunyai kepentingan di dalamnya. Juga guru tidak boleh menerima atau
meminta hadiah daripada pelajar dan ibu bapa berkaitan dengan tugas-tugas keguruannya.
Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

    Prinsip Pertama: Niat yang Betul
    Prinsip ini menuntut agar setiap warga Kementerian melaksanakan tugas dengan niat yang
    betul, sebagaimana yang dituntut oleh agama, selaras dengan nilai kerja yang dicadangkan.
    Terdapat empat jangkaan nilai kerja yang diharapkan daripada amalan prinsip pertama ini,
    iaitu:

    Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif
    Kementerian Pelajaran Malaysia;

    Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara;
    Memberikan sumbangan bermutu; dan Sentiasa membarui niat untuk kebaikan.
    Prinsip Kedua: Perlakuan yang Baik
    Berdasarkan prinsip ini, semua warga Kementerian diseru agar melaksanakan tugas dengan
    sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Warga
    Kementerian diminta agar mengamalkan nilai-nilai yang berikut semasa melakukan tugas
    mereka.



   Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa;




   Memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan




   Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.




    Prinsip Ketiga: Penggerak ke arah Kebaikan

   Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia diseru supaya menjadi penggerak ke arah
    kebaikan. Berikut merupakan apa yang disarankan berdasarkan prinsip ini.
   Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong
    seseorang melakukan kebaikan;
   Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan cirri-ciri kecemerlangan dan
    ketinggian kualiti yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat; dan
   Sentiasa berusaha untuk menjadi pekerja yang baik.



    Prinsip Keempat: Mengotakan Apa yang Dikatakan
    Prinsip ini menuntut agar semua warga Kementerian sentiasa berusaha melaksanakan apa yang
    dikatakan. Aspek ini amat penting kerana salah satu elemen yang amat penting dalam
    pengurusan organisasi hari ini ialah memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan kepuasan
    kepada mereka. Untuk mematuhi prinsip ini, perlakuan-perlakuan seperti yang berikut haruslah
    menjadi amalan:

    Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada
    terhadap diri sendiri atau orang lain;

   Apa yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan
   Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.



    Prinsip Kelima: Berdisiplin dan Beradab
    Warga Kementerian hendaklah sentiasa melakukan aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin
    dan beradab. Semua warga Kementerian perlu mengamalkan perlakuan-perlakuan seperti
    berikut:

   Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terkandung dalam ajaran agama;
   Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan
   Sentiasa berpandukan prosedur serta kaedah yang sesuai dan betul.




    Nilai-nilai Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
    Nilai Pertama: Amanah
    Secara umumnya, amanah bermaksud sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
    tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan Berikut merupakan beberapa amalan amanah yang
    dikemukakan:

   Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa menyeleweng
    dan cuai;
   Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan;
   Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang
    ditetapkan serta tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi;
   Berdisiplin dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan
    kepercayaan orang lain terhadap dirinya; dan
   Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.



    Nilai Kedua: Benar
    Nilai benar telah ditafsirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai benar pada niat dan
    perbuatan. Antara perlakuan yang diharapkan daripada warga Kementerian yang
    memperlihatkan nilai ini adalah seperti yang berikut:

   Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang
    tersembunyi mahupun mengharapkan balasan;
   Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji;
   Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat daripada orang lain dengan tidak bersikap
    sombong atau angkuh;
   Memberikan atau menerima arahan yang jelas serta tepat dan tidak mengelirukan; dan
   Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.




    Nilai Ketiga: Bijaksana
    Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mentafsirkan nilai bijaksana sebagai menggunakan
    pemikiran dengan bijaksana dengan membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan
    masa serta keadaan. Amalan-amalan yang diperakukan termasuklah:



   Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas
    dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah;
   Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti;
   Mempunyai fikiran dan pertimbangan yang rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah
    tanpa mengikut perasaan serta emosi; dan
   Sentiasa meningkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.



    Nilai Keempat: Bersyukur
    Bersyukur bermaksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan penghargaan atas nikmat
    atau pemberian yang diterima. Perlakuan-perlakuan yang dicadangkan ialah:
    Sentiasa menghargai anugerah yang diterima tanpa menganggap kejayaan-kejayaan sebagai
    hak;
   Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka,
    berdendam atau menabur fitnah;
   Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak
    berputus asa; dan
   Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan
    yang disediakan.



    Nilai kelima: Dedikasi
    Dedikasi bermaksud berminat dan rela mengorbankan masa serta tenaga secara berterusan
    dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Amalan-amalan atau nilai yang diharapkan adalah
    seperti berikut:

    Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari
    helah;

   Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan;
   Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja
    sentiasa berkualiti;
   Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau
    merungut; dan
   Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.

    Nilai keenam: Ikhlas
    Ikhlas bermaksud menunaikan tanggungjawab dengan suci hati untuk menghasilkan kerja yang
    terbaik tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan. Amalan-amalan yang mencerminkan nilai
    ini adalah seperti berikut:

   Menerima tanggungjawab dengan rela, hati yang suci, tidak berpura-pura atau berusaha
    mengelakkan daripada tanggungjawab;
   Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat,
    kedudukan atau mendapat perhatian orang lain; dan
   Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak
    bersikap pilih kasih.



    Nilai Ketujuh: Penyayang
    Nilai penyayang membawa maksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap
    memahami, menghargai serta mengambil berat. Ia dapat ditunjukkan seperti berikut:

   Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong atau suka meninggi diri;
   Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang
    prasangka buruk;
   Bertimbangrasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas;
   Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh mesra; dan
   Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.




    Pematuhan Etika Perguruan
    Apabila kita membincangkan isu pematuhan etika perguruan, satu perkara yang harus kita
    perbincangkan ialah Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
    Tatatertib) Ini disebabkan semua penjawat awam adalah tertakluk kepada perintah ini
    termasuklah guru. Kita lihat Bahagian II, Peraturan 4 (2) secara terperinci kerana ia sangat
    signifikan dengan isu yang bakal kita bincangkan nanti.

    Perintah Am Bab D; Bahagian II, Peraturan 4 (2)
    Seorang pegawai tidak boleh:

    (a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya;
    (b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
    persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya;
    (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah
    bahawa –
    (i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya
    hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau
    (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
    (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama
    perkhidmatan awam;
    (e) kurang cekap atau kurang berusaha;
    (f) tidak jujur atau tidak amanah;
    (g) tidak bertanggungjawab;
    (h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk
    menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada
    tuntutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang
    lain;
    (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan
    munasabah sebagai ingkar perintah; dan
    (j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Sahsiah etika

Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanannakkeli
 
BUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAHBUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAHSitti Aysa
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahyulin_eunice
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
TESIS PENDIDIKAN AGAMA
TESIS PENDIDIKAN AGAMATESIS PENDIDIKAN AGAMA
TESIS PENDIDIKAN AGAMAguestf6b63af
 
Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1Noor Dollah
 
4 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_20144 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_2014awangyie
 
INTEGRITI PENDIDIKAN.pptx
INTEGRITI PENDIDIKAN.pptxINTEGRITI PENDIDIKAN.pptx
INTEGRITI PENDIDIKAN.pptxssusera9d49a1
 
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Myss Youry
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Budak Baik
 
Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)Yusri Mohd Yusof
 
ISU-ISU KRITIS DALAM PENDIDIKAN ISLAM
ISU-ISU KRITIS DALAM PENDIDIKAN ISLAMISU-ISU KRITIS DALAM PENDIDIKAN ISLAM
ISU-ISU KRITIS DALAM PENDIDIKAN ISLAMLiseu Taqillah
 
4 b peranan-pendidikan moral
4 b peranan-pendidikan moral4 b peranan-pendidikan moral
4 b peranan-pendidikan moralNorazah Mohamad
 

Ähnlich wie Sahsiah etika (20)

Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruan
 
BUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAHBUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAH
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalah
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Uas lpp
Uas lppUas lpp
Uas lpp
 
TESIS PENDIDIKAN AGAMA
TESIS PENDIDIKAN AGAMATESIS PENDIDIKAN AGAMA
TESIS PENDIDIKAN AGAMA
 
Tajuk 2 done
Tajuk 2 doneTajuk 2 done
Tajuk 2 done
 
Tajuk 2 done
Tajuk 2 doneTajuk 2 done
Tajuk 2 done
 
Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1Edu sem 7 kumpulan 1
Edu sem 7 kumpulan 1
 
4 b peranan-pendidikan
4 b peranan-pendidikan4 b peranan-pendidikan
4 b peranan-pendidikan
 
Proposal kuu
Proposal kuuProposal kuu
Proposal kuu
 
4 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_20144 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_2014
 
INTEGRITI PENDIDIKAN.pptx
INTEGRITI PENDIDIKAN.pptxINTEGRITI PENDIDIKAN.pptx
INTEGRITI PENDIDIKAN.pptx
 
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
 
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
 
Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)
 
Tugasan KPF Esei Ilmiah
Tugasan KPF Esei IlmiahTugasan KPF Esei Ilmiah
Tugasan KPF Esei Ilmiah
 
ISU-ISU KRITIS DALAM PENDIDIKAN ISLAM
ISU-ISU KRITIS DALAM PENDIDIKAN ISLAMISU-ISU KRITIS DALAM PENDIDIKAN ISLAM
ISU-ISU KRITIS DALAM PENDIDIKAN ISLAM
 
4 b peranan-pendidikan moral
4 b peranan-pendidikan moral4 b peranan-pendidikan moral
4 b peranan-pendidikan moral
 

Mehr von aku_ hafif

46537693 rph-pendidikan-jasmani-tahun-1-kssr
46537693 rph-pendidikan-jasmani-tahun-1-kssr46537693 rph-pendidikan-jasmani-tahun-1-kssr
46537693 rph-pendidikan-jasmani-tahun-1-kssraku_ hafif
 
Lembaran kerja
Lembaran kerjaLembaran kerja
Lembaran kerjaaku_ hafif
 
Kerjaya ( power point )
Kerjaya ( power point )Kerjaya ( power point )
Kerjaya ( power point )aku_ hafif
 
Latihan pengukuhan ( blog )
Latihan pengukuhan ( blog )Latihan pengukuhan ( blog )
Latihan pengukuhan ( blog )aku_ hafif
 
Gambar tempat ( blog )
Gambar tempat ( blog )Gambar tempat ( blog )
Gambar tempat ( blog )aku_ hafif
 
Koleksi Soalan Forum SEM 2
Koleksi Soalan Forum SEM 2Koleksi Soalan Forum SEM 2
Koleksi Soalan Forum SEM 2aku_ hafif
 
Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikroaku_ hafif
 
KRT 3013 TUGASAN 1(C)
KRT 3013 TUGASAN 1(C)KRT 3013 TUGASAN 1(C)
KRT 3013 TUGASAN 1(C)aku_ hafif
 
KPF 3012 FORMAT PORTFOLIO
KPF 3012 FORMAT PORTFOLIOKPF 3012 FORMAT PORTFOLIO
KPF 3012 FORMAT PORTFOLIOaku_ hafif
 
KURSUS BLOGGER (UPSI)
KURSUS BLOGGER (UPSI)KURSUS BLOGGER (UPSI)
KURSUS BLOGGER (UPSI)aku_ hafif
 
PANDUAN MEMBINA BLOG
PANDUAN MEMBINA BLOGPANDUAN MEMBINA BLOG
PANDUAN MEMBINA BLOGaku_ hafif
 
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012aku_ hafif
 
Tugasan KRT3013 (PJJ)
Tugasan KRT3013 (PJJ)Tugasan KRT3013 (PJJ)
Tugasan KRT3013 (PJJ)aku_ hafif
 
Contoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNSContoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNSaku_ hafif
 
Contoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNSContoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNSaku_ hafif
 
Contoh Soalan HNS
Contoh Soalan HNSContoh Soalan HNS
Contoh Soalan HNSaku_ hafif
 
-Format penulisan ilmiah--
 -Format penulisan ilmiah-- -Format penulisan ilmiah--
-Format penulisan ilmiah--aku_ hafif
 
Slide Taklimat PPG PJJ 2011
Slide Taklimat PPG PJJ 2011Slide Taklimat PPG PJJ 2011
Slide Taklimat PPG PJJ 2011aku_ hafif
 

Mehr von aku_ hafif (20)

46537693 rph-pendidikan-jasmani-tahun-1-kssr
46537693 rph-pendidikan-jasmani-tahun-1-kssr46537693 rph-pendidikan-jasmani-tahun-1-kssr
46537693 rph-pendidikan-jasmani-tahun-1-kssr
 
Lembaran kerja
Lembaran kerjaLembaran kerja
Lembaran kerja
 
Rph tahun 3
Rph tahun 3Rph tahun 3
Rph tahun 3
 
Kerjaya ( power point )
Kerjaya ( power point )Kerjaya ( power point )
Kerjaya ( power point )
 
Latihan pengukuhan ( blog )
Latihan pengukuhan ( blog )Latihan pengukuhan ( blog )
Latihan pengukuhan ( blog )
 
Gambar tempat ( blog )
Gambar tempat ( blog )Gambar tempat ( blog )
Gambar tempat ( blog )
 
Koleksi Soalan Forum SEM 2
Koleksi Soalan Forum SEM 2Koleksi Soalan Forum SEM 2
Koleksi Soalan Forum SEM 2
 
Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikro
 
KRT 3013 TUGASAN 1(C)
KRT 3013 TUGASAN 1(C)KRT 3013 TUGASAN 1(C)
KRT 3013 TUGASAN 1(C)
 
KPF 3012 FORMAT PORTFOLIO
KPF 3012 FORMAT PORTFOLIOKPF 3012 FORMAT PORTFOLIO
KPF 3012 FORMAT PORTFOLIO
 
KURSUS BLOGGER (UPSI)
KURSUS BLOGGER (UPSI)KURSUS BLOGGER (UPSI)
KURSUS BLOGGER (UPSI)
 
PANDUAN MEMBINA BLOG
PANDUAN MEMBINA BLOGPANDUAN MEMBINA BLOG
PANDUAN MEMBINA BLOG
 
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
 
Tugasan KRT3013 (PJJ)
Tugasan KRT3013 (PJJ)Tugasan KRT3013 (PJJ)
Tugasan KRT3013 (PJJ)
 
Contoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNSContoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNS
 
Contoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNSContoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNS
 
Contoh Soalan HNS
Contoh Soalan HNSContoh Soalan HNS
Contoh Soalan HNS
 
-Format penulisan ilmiah--
 -Format penulisan ilmiah-- -Format penulisan ilmiah--
-Format penulisan ilmiah--
 
Inkuiri
InkuiriInkuiri
Inkuiri
 
Slide Taklimat PPG PJJ 2011
Slide Taklimat PPG PJJ 2011Slide Taklimat PPG PJJ 2011
Slide Taklimat PPG PJJ 2011
 

Kürzlich hochgeladen

POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasarrenihartanti
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 

Kürzlich hochgeladen (20)

POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 

Sahsiah etika

  • 1. Berita Harian (7 Jun 2005) menyiarkan artikel bertajuk “Kod etika Internet bendung khabar angin” melihat internet ibarat pisau yang “boleh memotong dan juga membunuh”. Kepincangan belia yang mengadap komputer sepanjang hari berchatting, melayari laman porno, asyik bermain video game dan terdapat pula laman web yang menyebarkan fitnah terhadap individu atau atau kerajaan. Tindakan invividu atau kumpulan yang menyebarkan fitnah melalui laman web juga berleluasa sehingga mampu menimbulkan panik kepada masyarakat. Tindakan kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia, menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertujuan mengadakan forum dan membincangkan “kod etika pengamal telekomunikasi dan multimedia” sangatlah dialu-alukan. Etika guru-guru dalam penggunaan ICT ini juga harus dimaktubkan dalam etika perguruan. Adalah disarankan agar pihak pengurusan sekolah mengambil berat akan etika profesion perguruan supaya semua guru di bawah pentadbiran mereka akan lebih beretika semasa menjalankan tugas. Paling tidak etika perguruan ini dibawa ke dalam mesyuarat guru pertama setiap awal tahun untuk mengingatkan guru-guru tentang kepentingannya. Pentadbir sekolah dicadangkan menyediakan satu checklist pelanggaran etika oleh guru-guru sebagai semakan untuk dijadikan alat pengukuran dan penilaian sahsiah guru. Ini dijangka mampu mengurangkan kes-kes guru bermasalah di sekolah. Pihak pentadbir harus faham Teori Y (personaliti positif) tidak dimiliki oleh semua guru, malah ramai guru yang harus dipantau dan diawasi (Teori X) sentiasa (Lunenburg dan Ornstein, 2004; Hanson, 2003; Owens, 1998). Guru- guru di sekolah sudah biasa dengan sindrom “kucing tiada, tikus bermaharajalela”. Di peringkat atasan pula, dicadangkan agar kod etika guru (Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia) digubal semula mengikut keperluan semasa. Penggubalan kod etika guru yang baru harus mengambil kira pandangan guru-guru secara keseluruhannya. Kajian-kajian mengenai keberkesanan kod etika guru harus dijalankan secara komprehensif guna untuk mengetahui tahap kesedaran, pengetahuan dan amalan guru-guru bersesuaian dengan etika perguruan. Kesimpulan Guru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profesion perguruan di Malaysia masih dipandang tinggi oleh masyarakat dan negara, walaupun semakin pudar pengiktirafan tersebut. Kerajaan masih memberikan peruntukan tertinggi kepada Kementerian Pelajaran dalam Belanjawan Negara. Walaupun nilai ekonominya tidak berapa memberangsangkan, para guru harus bersyukur kerana tugas guru merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam agama dan menjadi agenda utama kerajaan. Kita telah melihat bagaimana sesuatu kod etika perguruan dibina. Bermula dengan teori-teori yang berkaitan, permasalahan etika terutama yang berkaitan dengan dunia perguruan, diikuti dengan rasionalnya pembentukan sesuatu kod etika, nilai moral yang seharusnya ada pada seorang guru dan tanggungjawab seorang guru.
  • 2. Bahagian seterusnya, kita melihat kepada prinsip-prinsip dan nilai etika seorang guru yang juga seorang penjawat awam. Bagi guru-guru, kita adalah terikat kepada etika Kementerian Pelajaran, Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan Perintah Am. Guru-guru harus mengamalkan etika-etika dan peraturan yang disediakan ini supaya masyarakat memandang tinggi dan yakin kepada profesionalisme guru-guru Malaysia. Bahagian terakhir kita telah didedahkan dengan beberapa isu yang berkaitan dengan pematuhan etika perguruan. Terdapat tujuh isu yang diketengahkan, iaitu, isu penilaian; isu amanah; isu ikhlas; isu dedikasi; isu bersyukur; isu gangguan seksual; dan isu sekitar etika perguruan yang wujud pada masa ini. Beberapa cadangan juga disarankan dalam kupasan setiap isu untuk memperbaiki keadaan yang wujud. Jelas kepada kita bahawa nilai etika guru- guru banyak “dipalit arang” oleh segelintir yang tidak seharusnya menceburi bidang perguruan. Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan melanggar etika perguruan kerana ia merupakan landasan yang menuju kepada tingkahlaku yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain daripada itu, pematuhan etika perguruan akan meningkatkan martabat guru-guru Malaysia. BIBLIOGRAFI  Buku Rujukan  Abdullah Bakri. 1990. Kepimpinan Pengajaran dan Konsep Kepimpinan Berpasukan . Wawasan. Ogos 1990. 5 – 15.  Asnah Abdul Hamid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jld. 5. 29 – 40  Berita Harian. 7 Jun 2005. Kod Etika Internet Bendung Khabar Angin.
  • 3. Black, P. 2001. Ideology, Evidence and the Raising of Standards dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 25 - 36.  Cribb, A. dan Gewirtz, S. 2001. Values and Schooling dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 37 – 49.  Feeney, S. dan Christensen, D. 1979. Who Am I In The Lives of Children?: An Introduction to Teaching Young Children. Ohio : Charles E. Merill  Feeney, S., Christensen, D. dan Moravcik, E. 1996. Who Am I In The Lives of Children? : An Introduction to Teaching Young Children. New Jersey: Prentice Hall.  Foo Say Fooi. 2005. Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Serdang: Penerbit UPM.  Hanson, E.M. 2003. Educational Administration and Organizational Behavior (Edisi 5). Boston: Allyn and Bacon.  Institut Aminudin Baki. 1997. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia. 15 Disember 1997  Kamarudin Hj. Kachar. 1989. Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing.
  • 4. Lieberman, M. 1956. Education As A Profession. New Jersey: Prentice Hall.  Lunenberg, F.C. dan Ornstein, A.C. 2004. Educational Administration: Concepts and Practices (Edisi 4). Belmont: Wadsworth / Thomson  Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia (Edisi 7). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.  Mukherjee, G.H. 1978. Sekolah dan Nilai Moral. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia. Jld. 23 (58) April 1978. 28 – 33.  Omens, R.G. 1998. Organizational Behavior in Education (Edisi 6). Boston: Allyn and Bacon.  Radzuan Hassan. 1997. Utusan Melayu. 26 Okt. 1997.  Strike, K. A. dan Soltis, J. F. 1998. The Ethics of Teaching. New York: Teacher College Press.  Sufean Hussin, 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur: DBP.  Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice ( Edisi 7 ). New Jersey : Prentice Hall.  _____. 1996. Perintah-perintah Am: Bab A – Bab G, Kuala Lumpur: MDC
  • 5. Atas Talian  Alabama Education Association. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas talian.http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm (3 Sept. 2005)  Association of Unity Churches. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas talianhttp://www.unity.org/education/ltcode.html%20%203%209%202005 (3 Sept 2005)  Azman Md. Nor. 25 Ogos 1997. Guru Bahasa Inggeris Enggan Ke Desa. atas talian. http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97826.htm ( 13 Sept. 2005)  Berita Harian. 11 Sept. 2005. Guru Rogol 32 Pelajar. atas talian.  http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20050911103703/Article/pp_index_html  20050911103703/Article/pp_index_html (11 Sept 2005)  Buletin Online. 2004. Guru AJK UMNO Dungun Abai Tanggungjawab. atas talian http://buletinonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=131 (9 Sept. 2005)  EVAW. tanpa tarikh. EVAW International Mission Statement. (atas talian) G:About EVAW International.htm (3 Sept. 2005)
  • 6. Freitas, D. tanpa tarikh. A Professional Code of Ethics for Teacher Educators: A Proposal to Stimulate Discussion and Debate. atas talian.http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm (3 Sept. 2005)  Kant, I. (tanpa tarikh). Ethics. atas talian. http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtech/t- ethics.htm (3 Sept. 2005)  Marzita Abdullah. 26 Mac 2004. Rasuah: Beberapa Kes Melibatkan Sekolah. atas talian. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.htm (15 Sept. 2005)  New York State United Teachers. 2002. Seeking input on ethics code: Proposal lists six guiding principles for teachers. atas talian.http://www.nysut.org/newyorkteacher/2001-2002/020116ethics.html ( Sep 2005)  Syuhada Choo Abdullah. 2002. Sikap Ketua Jabatan Lewat Lapor Kes  Tatatertib. atas talian. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/5aug_tatatertib.htm  2002/5aug_tatatertib.htm ( 9 Sept. 2005)  United State Equal Employment Opportunity Commision. (tanpa tarikh).  Sexual Harassment. atas talian. http://www.de2.psu.edu/harassment/legal/ (12 Ogos 2005)  Worley S.M. (tanpa tarikh). About The Teacher. atas talian.http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/MrsWorleyEthics/t.stm MrsWorleyEthics/t.stm (3 Sept. 2005)  ______. Sept. 2005. Bayaran Skim Baucer Tuisyen Masih Belum Dijelaskan.atas talian. http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article (11 Sept 2005)  ______. 25 Feb. 2004. Guru Disyaki Rogol 2 Pelajar Bisu. atas talian.  http://www.network54.com/ (11 Sept. 2005)
  • 7. ______ . 2001. Code of Ethics for Minnesota Teachers. atas talian.  http://education.state.mn.us/html/012969.htm (3 Sept. 2005 Prinsip-prinsip Etika Profesional Mengikut Lieberman (1956) prinsip-prinsip Etika Profesion Perguruan harus merangkumi prinsip tanggungjawab guru terhadap pelajar, perkongsian dengan ibu bapa, interaksi dengan masyarakat, mutual respect dengan majikannya dan hubungan sesama rakan sekerja.Dalam profesion perguruan, seorang guru bertanggungjawab membawa para pelajar ke arah pemerolehan ilmu dan seterusnya menyediakan mereka ke arah amalan demokrasi. Guru juga berperanan membantu mereka mencapai kebahagiaan hidup, menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara dan individu yang berdikari. Ini merupakan prinsip etika professional dalam hubungan antara guru dan murid.Dalam hubungan antara guru dan ibubapa pula, ahli-ahli profesion perguruan berkongsi tugas dengan ibu bapa membentuk perlakuan kanak-kanak ke arah matlamat akhir yang diterima masyarakat. Keberkesanan kaedah pengajaran bergantung kepada hubungan kerjasama antara sekolah dan rumah. Guru menggesa ibubapa sentiasa mengawasi aktiviti pelajar di rumah seperti membuat kerja rumah, manakala ibubapa pula mengharap guru agar dapat menjadikan anak-anak mereka manusia yang berjaya. Profesion perguruan melibatkan bukan sahaja tingkah laku guru secara peribadi tetapi juga merangkumi interaksi sekolah dengan masyarakat. Hubungan guru dengan masyarakat harus berlangsung dalam suasana mesra, bersifat kerjasama, dan sikap yang membina. Masyarakat sentiasa mengharapkan sekolah supaya melahirkan ahli masyarakat yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara. Guru-guru pula perlukan masyarakat di luar agar menyediakan peluang-peluang untuk anak-anak didik mereka apabila mereka tamat persekolahan seperti menyambung pelajaran atau bekerja.Ahli-ahli profesion perguruan tidak dapat lari daripada tanggungjawab berkaitan dengan kariernya. Tanggungjawab ini bersifat tanggungjawab di antara pekerja dengan majikan. Adalah amat molek jika hubungan ini bersifat mutual respect dan saling mempercayai agar tugas dapat dilaksanakan dengan ikhlas. Jika amalan ini berjaya dilaksanakan, pemantauan dan arahan daripada pihak atasan akan berlangsung dalam jumlah yang sangat minimum dan guru-guru akan merasai bahawa mereka merupakan individu yang sangat meyakinkan pihak atasan. Adalah dikatakan profesion perguruan berbeza daripada profesion-profesion yang lain. Salah satunya kerana keunikan hubungan antara seorang guru dengan rakan sekerjanya. Ada keunikan hubungan dan kualiti professional antara sesama guru. Kerjasama antara guru dengan
  • 8. rakan sejawat mampu memecahkan halangan yang sebesar manapun, terutama bila ia melibatkan prubahan dalam kurikulum dan system pendidikan. Prinsip oleh Lieberman ini diakui oleh Sufean Hussin (1996). Menurutnya, tanggungjawab professional guru meliputi tanggungjawab terhadap pelajar; rakan sejawat dan profesion perguruan; masyarakat dan negara; dan ibu bapa. Malah Sheila Worley dalam http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/t.stm, New York State United Teachers dalamhttp://www.highered.nysed.gov/tcert/resteachers/codeofethics.htm, guru-guru Association of Unity Churches dalam http://www.unity.org/education/ltcode.html, David Freitas dalamhttp://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm, Kod Etika Guru-guru Minnesota dalamhttp://education.state.mn.us/html/012969.htm, Kod Etika Guru oleh Alabama Education Association dalam http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm dan Tatasusila (Etika) Profesion Perguruan Malaysia memperakui tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibubapa, rakan sejawat, profesion perguruan, masyarakat dan negara dalam pembinaan etika perguruan. Foo (2005) yang merumuskan kod etika universal oleh Larry Colero pula membincangkan enam prinsip yang perlu dalam pembentukan kod etika perguruan. Pertama beliau melihat prinsip kesaksamaan dimana setiap guru mesti melayan semua pelajar tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Sifat adil juga penting dalam mengambil apa-apa tindakan terhadap para pelajar tanpa mengambil kira jantina, fahaman politik, tempat asal, latar belakang pelajar, kemampuan akademik dan sebagainya.Kedua, prinsip keterbukaan di mana sifat jujur sangat diutamakan. Selain dari pada itu, seorang guru tidak wajar mengaibkan rakan-rakan sejawatan mereka dan tidak harus melobi dengan apa cara sekalipun untuk mendapat kenaikan pangkat atau markah yang tinggi dalam penilaian prestasi tahunan.Prinsip seterusnya berkaitan dengan prinsip kerahsiaan dimana guru diminta supaya menghormati hak kerahsiaan para pelajar. Pelajar tidak harus dimalukan atau direndah-rendahkan dengan mendedahkan maklumat- maklumat yang boleh memalukan atau menjatuhkan maruah atau merendahkan nilai diri dan jati diri pelajarnya. Prinsip ketekunan pula menghendaki guru mengesan potensi pelajar-pelajarnya dan sedia menerima perbezaan individu pelajar dan seterusnya menjadikan ia asas untuk membimbing mereka ke arah kecemerlangan.Prinsip kelima ialah prinsip kesetiaan terhadap profesionnya yang menegah seorang guru daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sopan. Prinsip ini turut menuntut seorang guru bertindak sebagai ibu bapa ganti dalam usaha membentuk tingkah laku pelajar ke arah matlamat yang ingin dicapai.. Akhir sekali guru dilarang mengajar sesuatu yang boleh merosakkan ke[pentingan pelajar, ibu bapa dan negara.Prinsip terakhir dalam pembentukan etika perguruan ialah prinsip mengelakkan konflik kepentingan peribadi. Guru-guru disaran agar mengutamakan kepentingan pelajar lebih daripada kepentingan masyarakat, persatuan atau peribadi. Prinsip ini turut melarang guru mengiklankan kelas-kelas tuisyen yang beliau mempunyai kepentingan di dalamnya. Juga guru tidak boleh menerima atau meminta hadiah daripada pelajar dan ibu bapa berkaitan dengan tugas-tugas keguruannya.
  • 9. Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Prinsip Pertama: Niat yang Betul Prinsip ini menuntut agar setiap warga Kementerian melaksanakan tugas dengan niat yang betul, sebagaimana yang dituntut oleh agama, selaras dengan nilai kerja yang dicadangkan. Terdapat empat jangkaan nilai kerja yang diharapkan daripada amalan prinsip pertama ini, iaitu: Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia; Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara; Memberikan sumbangan bermutu; dan Sentiasa membarui niat untuk kebaikan. Prinsip Kedua: Perlakuan yang Baik Berdasarkan prinsip ini, semua warga Kementerian diseru agar melaksanakan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Warga Kementerian diminta agar mengamalkan nilai-nilai yang berikut semasa melakukan tugas mereka.  Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa;  Memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan  Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. Prinsip Ketiga: Penggerak ke arah Kebaikan  Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia diseru supaya menjadi penggerak ke arah kebaikan. Berikut merupakan apa yang disarankan berdasarkan prinsip ini.  Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan;  Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan cirri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat; dan
  • 10. Sentiasa berusaha untuk menjadi pekerja yang baik. Prinsip Keempat: Mengotakan Apa yang Dikatakan Prinsip ini menuntut agar semua warga Kementerian sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. Aspek ini amat penting kerana salah satu elemen yang amat penting dalam pengurusan organisasi hari ini ialah memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan kepuasan kepada mereka. Untuk mematuhi prinsip ini, perlakuan-perlakuan seperti yang berikut haruslah menjadi amalan: Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain;  Apa yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan  Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan. Prinsip Kelima: Berdisiplin dan Beradab Warga Kementerian hendaklah sentiasa melakukan aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab. Semua warga Kementerian perlu mengamalkan perlakuan-perlakuan seperti berikut:  Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terkandung dalam ajaran agama;  Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan  Sentiasa berpandukan prosedur serta kaedah yang sesuai dan betul. Nilai-nilai Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Nilai Pertama: Amanah Secara umumnya, amanah bermaksud sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan Berikut merupakan beberapa amalan amanah yang dikemukakan:  Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai;  Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan;  Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi;  Berdisiplin dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya; dan
  • 11. Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Nilai Kedua: Benar Nilai benar telah ditafsirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai benar pada niat dan perbuatan. Antara perlakuan yang diharapkan daripada warga Kementerian yang memperlihatkan nilai ini adalah seperti yang berikut:  Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi mahupun mengharapkan balasan;  Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji;  Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat daripada orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh;  Memberikan atau menerima arahan yang jelas serta tepat dan tidak mengelirukan; dan  Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama. Nilai Ketiga: Bijaksana Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mentafsirkan nilai bijaksana sebagai menggunakan pemikiran dengan bijaksana dengan membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa serta keadaan. Amalan-amalan yang diperakukan termasuklah:  Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah;  Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti;  Mempunyai fikiran dan pertimbangan yang rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan serta emosi; dan  Sentiasa meningkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme. Nilai Keempat: Bersyukur Bersyukur bermaksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan penghargaan atas nikmat atau pemberian yang diterima. Perlakuan-perlakuan yang dicadangkan ialah: Sentiasa menghargai anugerah yang diterima tanpa menganggap kejayaan-kejayaan sebagai hak;
  • 12. Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah;  Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak berputus asa; dan  Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan. Nilai kelima: Dedikasi Dedikasi bermaksud berminat dan rela mengorbankan masa serta tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Amalan-amalan atau nilai yang diharapkan adalah seperti berikut: Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah;  Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan;  Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti;  Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut; dan  Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi. Nilai keenam: Ikhlas Ikhlas bermaksud menunaikan tanggungjawab dengan suci hati untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan. Amalan-amalan yang mencerminkan nilai ini adalah seperti berikut:  Menerima tanggungjawab dengan rela, hati yang suci, tidak berpura-pura atau berusaha mengelakkan daripada tanggungjawab;  Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain; dan  Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih. Nilai Ketujuh: Penyayang Nilai penyayang membawa maksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai serta mengambil berat. Ia dapat ditunjukkan seperti berikut:  Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong atau suka meninggi diri;
  • 13. Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk;  Bertimbangrasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas;  Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh mesra; dan  Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian. Pematuhan Etika Perguruan Apabila kita membincangkan isu pematuhan etika perguruan, satu perkara yang harus kita perbincangkan ialah Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Ini disebabkan semua penjawat awam adalah tertakluk kepada perintah ini termasuklah guru. Kita lihat Bahagian II, Peraturan 4 (2) secara terperinci kerana ia sangat signifikan dengan isu yang bakal kita bincangkan nanti. Perintah Am Bab D; Bahagian II, Peraturan 4 (2) Seorang pegawai tidak boleh: (a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya; (b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya; (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa – (i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri; (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; (e) kurang cekap atau kurang berusaha; (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab; (h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan (j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.